panduan konvokesyen upsi

18
1. PENGENALAN Sekalung Tahniah daripada Pengurusan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kepada anda dan keluarga di atas kejayaan menamatkan pengajian di Universiti ini. Memandangkan Istiadat Konvokesyen adalah majlis yang amat bererti kepada anda dan keluarga, maka pihak Universiti memohon anda untuk bekerjasama sepenuhnya agar majlis yang penuh istiadat dan bermakna ini berjalan lancar. Harapan kami semoga Buku Panduan ini dapat membantu anda membuat persiapan yang sebaiknya menjelang Istiadat Konvokesyen Ke-17 UPSI pada November nanti. 2. ISTIADAT KONVOKESYEN Istiadat Konvokesyen Ketujuh Belas UPSI Sidang Kedua akan diadakan pada 24, 25, 26 dan 28 November 2015 (hari Selasa, Rabu, Khamis dan Sabtu) Lokasi istiadat adalah di Dewan Besar Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City, Universiti Pendidikan Sultan Idris. 3. ETIKA PAKAIAN GRADUAN Jubah akademik graduan, hood dan topi (mortar board/bannet) yang disediakan oleh Universiti. Graduan Lelaki : Pakaian kebangsaan (lengkap bersampin), atau Lounge suite, atau Kemeja lengan panjang, bertali leher dan seluar panjang berwarna gelap Kasut dan sarung kaki bewarna gelap. (Kasut sukan tidak dibenarkan) Graduan Wanita : Baju Kebangsaan Graduan mengandung boleh memakai pakaian yang bersesuaian. Gaun dan skirt hendaklah labuh melebihi paras lutut. Blouse tanpa lengan dan kain pario adalah TIDAK DIBENARKAN Kasut tertutup (court shoes). Selipar adalah tidak dibenarkan Peringatan : Petugas istiadat berhak menghalang mana-mana graduan yang tidak mematuhi etika pakaian daripada memasuki dewan istiadat. 4. KAJIAN PENGESANAN GRADUAN/TRASER STUDY Semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) termasuk Universiti Pendidikan Sultan Idris telah diarahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menjalankan Kajian Pengesanan Graduan. Pada Istiadat Konvokesyen Ketujuh Belas Sidang Kedua November 2015 semua graduan diwajibkan melengkapkan maklumat Kajian Pengesanan Graduan melalui laman web http://graduat.mohe.gov.my yang akan dibuka satu (1) bulan sebelum tarikh konvokesyen iaitu mulai 23 Oktober 2015.

Upload: ananthankumar-munusamy

Post on 03-Feb-2016

695 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

UPSI KONVO

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan Konvokesyen UPSI

1. PENGENALAN

Sekalung Tahniah daripada Pengurusan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

kepada anda dan keluarga di atas kejayaan menamatkan pengajian di Universiti ini.

Memandangkan Istiadat Konvokesyen adalah majlis yang amat bererti kepada anda dan

keluarga, maka pihak Universiti memohon anda untuk bekerjasama sepenuhnya agar

majlis yang penuh istiadat dan bermakna ini berjalan lancar.

Harapan kami semoga Buku Panduan ini dapat membantu anda membuat persiapan

yang sebaiknya menjelang Istiadat Konvokesyen Ke-17 UPSI pada November nanti.

2. ISTIADAT KONVOKESYEN

Istiadat Konvokesyen Ketujuh Belas UPSI Sidang Kedua akan diadakan pada 24, 25, 26

dan 28 November 2015 (hari Selasa, Rabu, Khamis dan Sabtu)

Lokasi istiadat adalah di Dewan Besar Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City,

Universiti Pendidikan Sultan Idris.

3. ETIKA PAKAIAN GRADUAN

Jubah akademik graduan, hood dan topi (mortar board/bannet) yang disediakan oleh

Universiti.

Graduan Lelaki :

Pakaian kebangsaan (lengkap bersampin), atau

Lounge suite, atau

Kemeja lengan panjang, bertali leher dan seluar panjang berwarna gelap

Kasut dan sarung kaki bewarna gelap. (Kasut sukan tidak dibenarkan)

Graduan Wanita :

Baju Kebangsaan

Graduan mengandung boleh memakai pakaian yang bersesuaian.

Gaun dan skirt hendaklah labuh melebihi paras lutut.

Blouse tanpa lengan dan kain pario adalah TIDAK DIBENARKAN

Kasut tertutup (court shoes). Selipar adalah tidak dibenarkan

Peringatan : Petugas istiadat berhak menghalang mana-mana graduan yang

tidak mematuhi etika pakaian daripada memasuki dewan istiadat.

4. KAJIAN PENGESANAN GRADUAN/TRASER STUDY

Semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) termasuk Universiti Pendidikan Sultan Idris telah

diarahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menjalankan Kajian Pengesanan

Graduan.

Pada Istiadat Konvokesyen Ketujuh Belas Sidang Kedua November 2015 semua

graduan diwajibkan melengkapkan maklumat Kajian Pengesanan Graduan melalui

laman web http://graduat.mohe.gov.my yang akan dibuka satu (1) bulan sebelum

tarikh konvokesyen iaitu mulai 23 Oktober 2015.

Page 2: Panduan Konvokesyen UPSI

Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI

2

Graduan adalah diwajibkan untuk melengkapkan maklumat kajian ini dan membawa

cetakan slip pengesahan kajian semasa mendaftar untuk membuat peminjaman

Pakaian Akademik.

Adalah diingatkan, graduan yang gagal melengkapkan kajian ini tidak akan

dibenarkan membuat peminjaman Pakaian Akademik.

5. JADUAL PEMINJAMAN & PEMULANGAN PAKAIAN AKADEMIK GRADUAN

GRADUAN PASCA SISWAZAH (IJAZAH SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH)

5.1 Peminjaman :

Graduan Tarikh Masa

Fakulti Lokasi Raptai

Program Sarjana

20 November 2015 (Jumaat)

8.30 pagi – 12.30 t/hari

2.30 petang

- 4.30 petang

FPE

FSKIK FMSP

Foyer Blok C,

Institut Pengajian Siswazah

Kampus Sultan Abdul

Jalil (Kampus

Lama)

20 November Jam 3.00 petang

Dewan Besar

21 November 2015 (Sabtu)

FPPM

22 November 2015 (Ahad)

FBK

FPTV FSK

FSMT FSSKJ

Program Doktor

Falsafah

23 November 2015 (Isnin)

8.30 pagi – 12.30 t/hari

5.2 Pemulangan

Pemulangan Pakaian Akademik hendaklah dibuat pada hari bekerja sahaja.

Lokasi pemulangan pakaian akademik adalah seperti berikut:

Graduan Tarikh Tempat Masa

Semua Graduan Program Sarjana

dan Doktor Falsafah

24 November (Petang) – 4

Disember 2015

Student Lounge, Institut Pengajian Siswazah, Blok C Kampus Sultan

Abdul Jalil (Kampus Lama)

8.30 pagi - 12.30 tengahari dan

2.15 petang - 4.30 petang

(kecuali hari Jumaat kaunter dibuka pada jam 2.45 petang)

Sila rujuk Pelan Kampus Sultan Abdul Jalil Shah yang disediakan di Laman Web

Konvokesyen UPSI sebagai panduan tempat letak kenderaan bagi kemudahan graduan

yang berurusan dengan IPS.

Page 3: Panduan Konvokesyen UPSI

Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI

3

GRADUAN IJAZAH SARJANA MUDA (PJJ dan Francais USM)

DPLI & DIPLOMA

5.3 Peminjaman

5.3.1 Peminjaman pakaian akademik akan dibuka mulai 16 hingga 20

November 2015 bertempat di Bilik Jubah, Dewan Besar, Kampus

Sultan Azlan Shah.

5.3.2 Para graduan diminta mematuhi jadual yang telah ditetapkan

seperti di bawah:

Graduan Tarikh Masa Fakulti

Sarjana Muda 16-11-15 8.30 pagi FBK

(Isnin) hingga FMSP

1.00 t/hari

Sarjana Muda 2.00 petang FPEK

hingga FPTV

6.00 petang FSMT

Sarjana Muda 17-11-15 8.30 pagi FPPM

(Selasa) hingga FSSKJ

1.00 t/hari

Sarjana Muda 2.00 petang

hingga FSKIK

6.00 petang

Sarjana Muda 18-11-15 8.30 pagi

(Rabu) hingga FSK

1.00 t/hari

Diploma 2.00 petang FBK

hingga FMSP

6.00 petang FPE

FSKIK

Diploma 19-11-15 8.30 pagi FSMT (A2000)

(Khamis) hingga FSMT (A2003)

1.00 t/hari

Diploma 2.00 petang FSMT (A2002)

hingga FPPM

6.00 petang

Sarjana Muda 20-11-15 8.30 pagi

(PJJ) (Jumaat) hingga FPPM (AT34J sahaja)

12.00 t/hari

Sarjana Muda 2.00 petang AT05J, AT08J, AT07J,

Francais USM, hingga AT31J, AT32J, AT03J

PJJ dan DPLI 5.00 petang FPPM & FBK

5.3.3 Seorang graduan hanya boleh mewakili seorang graduan lain

sahaja untuk membuat pinjaman pakaian akademik.

Page 4: Panduan Konvokesyen UPSI

Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI

4

5.4 Pemulangan

5.4.1 Pemulangan pakaian akademik boleh dilakukan mulai 24 Oktober 2015

iaitu sebaik sahaja graduan tamat konvokesyen mengikut sesi masing-

masing sehingga selewat-lewatnya pada 4 Disember 2015. Lokasi

pemulangan adalah di Bilik Jubah, Dewan Besar, Kampus Sultan

Azlan Shah.

5.4.2 Pemulangan selepas daripada tarikh tersebut boleh dibuat pada hari

bekerja sahaja di Pejabat Unit Pengijazahan, Bahagian Hal Ehwal

Akademik, Aras Bawah Bangunan Canselori, Kampus Sultan Abdul Jalil

Shah dan akan dikenakan denda seperti berikut:

BIL. PERKARA

KADAR (RM)

IJAZAH

LANJUTAN

SARJANA

MUDA /

DIPLOMA

1. Lewat pulang Pakaian Akademik (kadar

sehari lewat) 10.00 10.00

2. Denda rosak/hilang jubah 400.00 300.00

3. Denda rosak/hilang mortar board (topi) 80.00 70.00

4. Denda rosak/hilang hood 50.00 40.00

5. Denda rosak/hilang semua pakaian

akademik 450.00 350.00

5.5 Raptai Pelajar

Semua bakal graduan diminta hadir ke raptai konvokesyen mengikut tarikh dan

masa yang telah ditetapkan.

Tarikh : 20 November 2015 (Jumaat) Masa : 3.00 petang Tempat : Dewan Besar Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City

Page 5: Panduan Konvokesyen UPSI

Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI

5

6. PENGAMBILAN TRANSKRIP DAN IJAZAH

6.1 Transkrip dan skrol ijazah akan diserahkan kepada para graduan selepas

graduan selesai membuat pemulangan jubah.

6.2 Lokasi pengambilan adalah di Bilik Pengambilan Transkrip & Skrol Ijazah,

Bangunan Pusat Pelajar yang terletak di belakang Dewan Besar mulai 24

Oktober 2015 iaitu sebaik sahaja graduan tamat konvokesyen mengikut sesi

masing-masing sehingga selewat-lewatnya pada 4 Disember 2015.

6.3 Pengambilan transkrip dan Ijazah selepas daripada tarikh yang ditetapkan boleh

dilakukan di Pejabat Unit Pengijazahan, Bahagian Hal Ehwal Akademik, Aras

Bawah Bangunan Canselori, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah.

6.4 Graduan juga boleh memberi kebenaran kepada Universiti untuk mengepos

transkrip dan skrol ijazah dengan mengisi Borang Lampiran 5 : Kebenaran

Wakil Mengambil Ijazah dan Transkrip / Ijazah dan Transkrip Dipos

yang disertakan dengan slip bayaran yuran konvokesyen dan Slip Pengesahan

Kajian Pengesanan Graduan melalui emel kepada [email protected] atau

pos ke alamat Unit Pengijazahan, Bahagian Hal Ehwal Akademik, Universiti

Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak. Urusan pos akan dibuat

bermula dua minggu selepas Istiadat Konvokesyen berakhir.

6.5 Graduan yang tidak memulangkan pakaian akademik dengan lengkap tidak

dibenarkan mengambil skrol ijazah.

6.6 Transkrip akademik dan ijazah hanya dikeluarkan satu (1) kali sahaja. Pihak

universiti tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kerosakan / kehilangan dan

sebagainya ke atas ijazah dan transkrip akademik sekiranya tidak dituntut,

dituntut melalui pos atau dituntut melalui wakil yang mengambilnya.

6.7 Bayaran akan dikenakan untuk mendapatkan salinan dokumen-dokumen

berkenaan yang hilang atau rosak dengan kadar berikut :

BIL. PERKARA KADAR (RM)

1 Bayaran Salinan Transkrip 10.00

2 Bayaran Salinan Ijazah 60.00

Page 6: Panduan Konvokesyen UPSI

Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI

6

NOTA PENTING:

a) Graduan diminta menyelesaikan semua baki hutang yang masih tertunggak sebelum

datang mengambil pakaian akademik. Resit pembayaran hendaklah dikemukakan

sebagai bukti pembayaran (Jika berkaitan).

b) Graduan wajib membayar yuran konvokesyen yang ditetapkan mengikut tempoh masa

yang akan dimaklumkan. Slip pembayaran Yuran Konvokesyen hendaklah

dikemukakan semasa sesi peminjaman pakaian akademik.

c) Graduan wajib menjawab soal selidik Kajian Pengesanan Graduan (Tracer Study)

Kementerian Pendidikan Malaysia di laman web http://graduan.moe.gov.my/ dan

seterusnya mencetak Slip Pengesahan Kajian untuk dikemukakan semasa

membuat peminjaman pakaian akademik.

d) Graduan adalah diingatkan untuk mematuhi giliran pengambilan jubah seperti yang

dijadualkan. Panduan Saiz Jubah boleh dirujuk semasa membuat saiz jubah.

e) Graduan dikehendaki melengkapkan Borang Peminjaman Pakaian Akademik dan

membawanya bersama perkara a (jika berkaitan), b dan c semasa membuat

peminjaman Pakaian Akademik.

f) Hanya bakal graduan sahaja yang dibenarkan untuk membuat pinjaman pakaian

akademik, kecuali dalam kes-kes kecemasan dan kesihatan dibenarkan wakil graduan

mengambilnya dengan membawa Borang Kebenaran untuk wakil mengambil Pakaian

Akademik dan dilampirkan dengan slip bayaran yuran konvokesyen dan pengesahan

kajian pengesanan graduan.

7. BAYARAN

7.1 Yuran konvokesyen diwajibkan kepada semua graduan sama ada hadir

atau tidak hadir Istiadat Konvokesyen UPSI.

7.2 Jumlah yuran yang dikenakan adalah sebanyak Ringgit Malaysia Satu Ratus

(RM100.00) sahaja.

7.3 Pembayaran boleh dibuat melalui Kaunter Bank Islam di semua cawangan.

Pembayaran hendaklah dibuat atas nama UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN

IDRIS dengan No. Akaun 08068 01 0023133.

Page 7: Panduan Konvokesyen UPSI

Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI

7

7.4 Pembayaran juga boleh dibuat melalui Automated Teller Machine (ATM) Bank

Islam Malaysia Berhad.

7.5 Cetak resit atau slip pembayaran yuran konvokesyen dan kemukakan sewaktu

membuat pinjaman pakaian akademik.

7.6 Kegagalan graduan membuat pembayaran yuran konvokesyen boleh

menyebabkan transkrip dan skrol ditahan daripada diserahkan kepada graduan.

7.7. Maklumat lanjut berkenaan pembayaran yuran konvokesyen boleh dirujuk

kepada Unit Kewangan Pelajar dan Kolej, Jabatan Bendahari UPSI di nombor

05-450 6906 / 05-450 6309 / 015-4811 7755

7.8 Graduan PPG-UPSI Francais USM : Sila rujuk Pusat Pengajian Ilmu

Pendidikan, USM di nombor 04-653 6133 (Cik Yusnani binti Yusof)

8. MELAPORKAN DIRI UNTUK PERARAKAN GRADUAN

8.1 Semua bakal graduan diwajibkan melapor diri lengkap dengan pakaian akademik

untuk perarakan graduan di Panggung Percubaan pada hari Konvokesyen

mengikut sesi seperti berikut:

SESI 1 : 24 NOVEMBER 2015 (PAGI)

IJAZAH DOKTOR FALSAFAH

PT02 Doktor Falsafah (Pendidikan Kesusasteraan Melayu)

PT03 Doktor Falsafah (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua)

PT10 Doktor Falsafah (Pengajian Kurikulum)

PT11 Doktor Falsafah (Pengurusan Pendidikan)

PT118 Doktor Falsafah (Pendidikan Islam)

PT12 Doktor Falsafah (Psikologi Pendidikan)

PT121 Doktor Falsafah (Kimia)

PT139 Doktor Falsafah (Kesusasteraan Tamil)

PT14 Doktor Falsafah (Pengukuran Pendidikan)

PT17 Doktor Falsafah (Pendidikan Awal Kanak-kanak)

PT22 Doktor Falsafah (Bimbingan dan Kaunseling)

PT34 Doktor Falsafah (Pendidikan Matematik)

PT40 Doktor Falsafah (Pendidikan Muzik)

PT41 Doktor Falsafah (Pendidikan Seni)

PT57 Doktor Falsafah (Keusahawanan)

PT59 Doktor Falsafah (Pengurusan Sumber Manusia)

PT64 Doktor Falsafah (Pengajian Sejarah Seni)

Page 8: Panduan Konvokesyen UPSI

Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI

8

PT69 Doktor Falsafah (Teknologi Instruksi)

PT13 Doktor Falsafah (Pendidikan Pedagogi)

PT36 Doktor Falsafah (Pendidikan Teknologi Maklumat)

PT31 Doktor Falsafah (Pendidikan Fizik)

PT67 Doktor Falsafah (Psikologi Sukan)

PT10 Doktor Falsafah (Pengajian Kurikulum)

IJAZAH SARJANA (MOD PENYELIDIKAN)

MT132 Sarjana Sastera (Kesusasteraan Tamil)

MT131 Sarjana Sastera (Bahasa Cina)

MT78 Sarjana Pengurusan (Pemasaran)

MT84 Sarjana Ekonomi (Ekonomi Kewangan)

MT11 Sarjana Pendidikan (Pengurusan Pendidikan)

MT115 Sarjana Perakaunan (Perakaunan Pengurusan)

MT82 Sarjana Perakaunan (Kewangan Islam)

MT79 Sarjana Pengurusan (Pengurusan Strategi)

MT148 Sarjana Pengurusan (Pengurusan Perniagaan)

MT20 Sarjana Pendidikan (Ekonomi)

MT127 Sarjana Sains (Pendidikan Teknikal dan Vokasional)

MT102 Sarjana Sastera (Geografi)

MT104 Sarjana Sastera (Usuluddin)

MT118 Sarjana Pendidikan (Pendidikan Islam)

MT100 Sarjana Sastera (Sejarah Malaysia)

MT129B Sarjana Seni (Studio Seni Halus)

MT85B Sarjana Seni (Pengajian Seni Halus)

MT41 Sarjana Pendidikan (Seni)

MT69 Sarjana Sains (Bahan Termaju)

MT75 Sarjana Sains (Fizik Bahan)

MT122 Sarjana Sains (Fizik)

MT68 Sarjana Sains (Sebatian Semulajadi)

MT67 Sarjana Sains (Kimia Analisis)

MT121 Sarjana Sains (Kimia)

MT123 Sarjana Sains (Matematik)

MT16 Sarjana Pendidikan (Sains Sukan)

MT119 Sarjana Sains (Biologi)

MT34 Sarjana Pendidikan (Matematik)

MT01 Sarjana Pendidikan (Bahasa Melayu)

MT125 Sarjana Sains (Matematik Gunaan)

MT137 Sarjana Sains (Psikologi)

MT102 Sarjana Sastera (Geografi)

MT03 Sarjana Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua)

Page 9: Panduan Konvokesyen UPSI

Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI

9

IJAZAH SARJANA MUDA

AA16 Ijazah Sarjana Muda Psikologi dengan Kepujian

AT04 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) dengan Kepujian

AT10 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Khas) dengan Kepujian

AT19 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-kanak) dengan Kepujian

AS72 Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (Rehabilitasi Sukan) dengan Kepujian

AT03 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains Sukan) dengan Kepujian

AT43 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains Kejurulatihan) dengan Kepujian

AT59 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Jasmani) dengan Kepujian

AC10 Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian (Perisian Pendidikan) dengan Kepujian

AH17 Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk (Animasi) dengan Kepujian

DIPLOMA

A2212 Diploma Keusahawanan

SESI 2 : 24 NOVEMBER 2015 (PETANG)

IJAZAH SARJANA

ME11/MT11 Sarjana Pendidikan (Pengurusan Pendidikan)

ME/MT24 Sarjana Pendidikan (Sosiologi Pendidikan)

IJAZAH SARJANA MUDA

AT08 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Perakaunan) dengan Kepujian

AT21 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Perniagaan) dengan Kepujian

AT45 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Keusahawanan dan Perdagangan) dengan Kepujian

DIPLOMA

A2000 Diploma Sains

SESI 3 : 25 NOVEMBER 2015 (PAGI)

IJAZAH SARJANA

ME/MT01 Sarjana Pendidikan (Bahasa Melayu)

ME/MT03 Sarjana Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua)

ME/MT36 Sarjana Pendidikan (Teknologi Maklumat)

MT36A Sarjana Pendidikan (Teknologi Maklumat dan Komunikasi)

Page 10: Panduan Konvokesyen UPSI

Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI

10

IJAZAH SARJANA MUDA

AT33 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Geografi) dengan Kepujian

AT58 Ijazah Sarjana Muda Pengajian Malaysia dengan Pendidikan

AT41 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Moral) dengan Kepujian

AT11 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Biologi) dengan Kepujian

AT13 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kimia) dengan Kepujian

AT14 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Matematik) dengan Kepujian

AT48 Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan Pendidikan

DIPLOMA

A2002 Diploma Sains (Matematik)

A2003 Diploma Teknologi Makmal

SESI 4 : 25 NOVEMBER 2015 (PETANG)

IJAZAH SARJANA

ME/MT12 Sarjana Pendidikan (Psikologi Pendidikan)

ME/MT14 Sarjana Pendidikan (Penilaian Pendidikan)

ME/MT17 Sarjana Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-kanak)

ME/MT21 Sarjana Pendidikan (Pendidikan Sekolah Rendah)

IJAZAH SARJANA MUDA

AT07 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Ekonomi Rumah Tangga) dengan Kepujian

AT09 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains Pertanian) dengan Kepujian

AT31 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kemahiran Hidup) dengan Kepujian

AT22 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Muzik) dengan Kepujian

DIPLOMA

A2112 Diploma Muzik

A2150 Diploma Bahasa Inggeris

SESI 5 : 26 NOVEMBER 2015 (PAGI)

IJAZAH SARJANA

ME/MT33 Sarjana Pendidikan (Biologi)

ME/MT34 Sarjana Pendidikan (Matematik)

Page 11: Panduan Konvokesyen UPSI

Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI

11

IJAZAH SARJANA MUDA

AT01 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kesusasteraan Melayu) dengan Kepujian

AT06 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua)

dengan Kepujian

AT05 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Melayu) dengan Kepujian

AT49 Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Pendidikan

AT50 Ijazah Sarjana Muda Bahasa Cina dengan Pendidikan

AT62 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Tamil) dengan Kepujian

DIPLOMA

A2160 Diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan

SESI 6 : 26 NOVEMBER 2015 (PETANG)

IJAZAH SARJANA

ME/MT10 Sarjana Pendidikan (Pengajian Kurikulum)

ME/MT13 Sarjana Pendidikan (Pedagogi)

MT19 Sarjana Pendidikan (Pengurusan Perniagaan)

MT20 Sarjana Pendidikan (Ekonomi)

MT23 Sarjana Pendidikan (Perakaunan)

MT40 Sarjana Pendidikan (Muzik)

MT15 Sarjana Pendidikan (Teknologi Instruksional)

MT30 Sarjana Pendidikan (Multimedia)

MT41 Sarjana Pendidikan (Seni)

DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH

Diploma Pendidikan (Sastera)

Diploma Pendidikan (Sains)

IJAZAH SARJANA MUDA

AT34F Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) dengan Kepujian

DIPLOMA

AT19E/ Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak

A2520/

A2520E

Page 12: Panduan Konvokesyen UPSI

Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI

12

SESI 7 : 28 NOVEMBER 2015 (PAGI)

IJAZAH SARJANA

ME/MT16 Sarjana Pendidikan (Sains Sukan)

MT116 Sarjana Pendidikan (Matematik Sekolah Rendah)

MT117 Sarjana Pendidikan (Sains Sekolah Rendah)

MT31 Sarjana Pendidikan (Fizik)

MT32 Sarjana Pendidikan (Kimia)

MT02 Sarjana Pendidikan (Kesusasteraan Melayu)

MT18 Sarjana Pendidikan (Pendidikan Khas)

MT22 Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)

IJAZAH SARJANA MUDA

AT34J Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) dengan Kepujian

SESI 8 : 28 NOVEMBER 2015 (PETANG)

IJAZAH SARJANA MUDA

AT32 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sejarah) dengan Kepujian

AH16 Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk (Pengiklanan) dengan Kepujian

AT46 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Multimedia) dengan Kepujian

AT47 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Teknologi Reka Bentuk Berkomputer) dengan Kepujian

AT20 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Teknologi Maklumat) dengan Kepujian

AT23 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Seni) dengan Kepujian

Petunjuk: P1 : Panggung Percubaan Pintu 1 P2 : Panggung Percubaan

Pintu 2

Nota: Semakan giliran bergraduat juga boleh dirujuk di laman web konvokesyen

UPSI http://konvokesyen.upsi.edu.my/

8.2 Bakal graduan adalah diingatkan untuk melapor diri mengikut masa yang telah

ditetapkan untuk menerima kad nama graduan yang tercatat nombor giliran

Page 13: Panduan Konvokesyen UPSI

Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI

13

menerima ijazah. Kad nama yang diberi perlu disimpan dengan baik untuk

diserahkan kepada petugas semasa graduan berdiri untuk naik ke pentas di

dalam dewan bagi menerima ijazah. Kehilangan kad nama ini boleh

menyebabkan nama graduan tidak dipanggil untuk naik ke pentas.

8.3 Bakal graduan kategori OKU atau yang mengalami masalah kesihatan

seperti kurang upaya, mengandung, dalam tempoh berpantang dan

bermasalah untuk beratur atau berjalan dipohon untuk memaklumkan

ketidakupayaan tersebut kepada Urus Setia Istiadat Konvokesyen melalui emel

[email protected] agar dapat dibantu.

8.4 Graduan tidak dibenarkan membawa apa-apa beg ke dalam Panggung

Percubaan. Sehubungan itu, segala urusan peribadi hendaklah diselesaikan

sebelum mendaftar diri.

9. PERARAKAN GRADUAN MASUK KE DEWAN

Bakal graduan akan bergerak dalam barisan Perarakan Graduan dari Panggung

Percubaan ke Dewan Besar pada masa yang ditetapkan seperti berikut:

TARIKH SESI MASA

24 November 2015

(Selasa)

1 9.10 pagi

2 2.20 petang

25 November 2015

(Rabu)

3 8.35 pagi

4 2.20 petang

26 November 2015

(Khamis)

5 8.35 pagi

6 2.20 petang

28 November 2015

(Sabtu)

7 8.35 pagi

8 2.45 petang

Jawatankuasa Istiadat Mempunyai Kuasa Untuk Tidak Membenarkan Graduan

Yang Tidak Mematuhi Masa Dan Etika Pakaian Yang Ditetapkan Daripada Menyertai

Istiadat Konvokesyen UPSI.

BAKAL GRADUAN TIDAK DIBENARKAN KELUAR DEWAN SEHINGGA ISTIADAT

KONVOKESYEN SELESAI.

Page 14: Panduan Konvokesyen UPSI

Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI

14

10. PANDUAN DAN TATACARA MENERIMA IJAZAH

10.1 Semua bakal graduan dikehendaki berkumpul dan melaporkan diri lengkap

dengan Pakaian Akademik di Panggung Percubaan pada tarikh dan masa yang

telah ditetapkan (Rujuk perkara 8.1).

10.2 Semua bakal graduan dikehendaki duduk di kerusi yang bertanda dengan

nombor giliran masing-masing sama ada di Panggung Percubaan mahupun di

Dewan Besar. Nombor giliran adalah tercatat dalam Kad Nama anda. (Rujuk

perkara 8.2).

10.3 Semua bakal graduan dikehendaki berdiri semasa Dekan mengumumkan

penganugerahan Doktor Falsafah/ Sarjana/Sarjana Muda/Diploma/Diploma

Pendidikan.

10.4 Semasa Istiadat pengurniaan/penyampaian, nama graduan akan diumumkan

untuk menerima Doktor Falsafah/Sarjana/Sarjana Muda/Diploma/Diploma

Pendidikan. Bakal graduan akan bergerak ke hadapan dewan mengikut barisan.

Para graduan diminta mematuhi semua arahan pegawai bertugas semasa

Istiadat Konvokesyen berlangsung.

10.5 Apabila nama graduan diumumkan;

i) graduan diminta berjalan terus ke arah DYMM Tuanku Canselor / Pro

Canselor.

ii) tunduk sebagai tanda hormat (penanda ada disediakan di atas pentas).

iii) terima Ijazah Doktor Falsafah/Sarjana/Sarjana Muda/Diploma/Diploma

Pendidikan dengan kedua belah tangan.

iv) beri ucapan “Menjunjung Kasih Tuanku” kepada Tuanku Canselor

dan “Terima kasih” kepada Pro Canselor.

v) undur selangkah dan tundukkan kepala sebelum berjalan turun dari

pentas dan kembali ke tempat duduk asal.

10.6 Panduan dan tatacara menerima ijazah akan dijelaskan dengan lebih lanjut

semasa raptai.

Page 15: Panduan Konvokesyen UPSI

Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI

15

11. PERARAKAN GRADUAN KELUAR DEWAN

Semua bakal graduan akan bergerak dalam barisan untuk meninggalkan dewan sebaik

sahaja juruacara mengumumkan “Perarakan Graduan Keluar Dewan”.

12. JEMPUTAN KEPADA TETAMU GRADUAN

Semua bakal graduan hanya diberi sekeping kad jemputan untuk 3 orang tetamu

sahaja. Kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan masuk ke dalam

dewan. Kad Jemputan dan pelekat kenderaan akan diserahkan kepada graduan

semasa membuat pinjaman pakaian akademik.

Peraturan Istiadat dan Etika Pakaian tetamu graduan ada dijelaskan di dalam kad

jemputan. Tetamu graduan yang tidak mengikut panduan berpakaian yang

ditetapkan boleh dihalang daripada masuk ke dalam dewan.

13. GAMBAR

Gambar-gambar graduan semasa menerima ijazah akan diuruskan oleh Syarikat

Fotografi yang dilantik oleh Universiti. Syarikat ini akan mempamerkan gambar-gambar

yang telah siap diproses selepas konvokesyen. Graduan dan ahli keluarga tidak

dibenarkan mengambil gambar di dalam dewan semasa istiadat berlangsung,

kecuali dari tempat duduk masing-masing.

Pendaftaran gambar boleh dilakukan di kaunter-kaunter pendaftaran gambar

konvokesyen yang akan mula dibuka semasa sesi pengambilan pakaian akademik.

Page 16: Panduan Konvokesyen UPSI

Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI

16

14. PERTANYAAN

Pertanyaan dan urusan mengenai konvokesyen bolehlah dirujukkan kepada pegawai-

pegawai berikut:

14.1 Kehadiran, Pakaian Akademik, Transkrip dan Ijazah

Pn. Safinaz binti Salim

Penolong Pendaftar (Pengijazahan)

Bahagian Hal Ehwal Akademik UPSI

Email : [email protected]

Tel : 05-450 6314

En. Mohd Zaid bin Tahir

Pembantu Tadbir (Pengijazahan)

Bahagian Hal Ehwal Akademik UPSI

Email : [email protected]

Tel : 05-450 6994

14.2 Gambar

Catalia Creative

No. 10, Jalan Naluri Sukma A 8/A

Bandar Baru Puncak Alam

42300 Puncak Alam Selangor

Email : [email protected]

Tel : 03-5512 7515

14.3 Alumni

Cik Nurul Nadiah binti Ishak

Page 17: Panduan Konvokesyen UPSI

Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI

17

Penolong Pendaftar

Pusat Perhubungan Alumni

Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni UPSI

Email : [email protected]

Tel : 05-450 5325

14.4 Unit Kewangan Pelajar dan Kolej

Penolong Bendahari

Cik Norfazitahanim bt. Mohd. Fazil

Tel : +605-450 6906

E-Mel : [email protected]

NOTA

Page 18: Panduan Konvokesyen UPSI

Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI

18

Segala bentuk borang boleh dimuat turun melalui Laman Web Rasmi

Konvokesyen di alamat url http://konvokesyen.upsi.edu.my

Maklumat yang terkandung di dalam buku ini adalah betul sewaktu

buku ini dicetak. Pihak Universiti berhak menambah, meminda dan

membetulkan mana-mana kandungan tanpa terlebih dahulu

memaklumkannya kepada graduan.