jurnal kajian membaca upsi

Click here to load reader

Post on 21-Jan-2016

216 views

Category:

Documents

9 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN MEMBACA PERMULAAN : SATU TINJAUAN

    NORFAIZAH ABD. JOBAR

    UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

    2003

  • PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN MEMBACA PERMULAAN : SATU TINJAUAN

    NORFAIZAH ABD. JOBAR 20001-05045

    TESIS YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI

    IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

    FAKULTI BAHASA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

    TANJONG MALIM

    2003

  • PENGAKUAN

    Bahawasanya saya mengaku sesungguhnya tesis ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan, petikan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya catatkan sumbernya. Tarikh : Tandatangan : Nama : Norfaizah Abd Jobar No. Matrik : 2001-05045

  • PENGHARGAAN Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana telah memberi taufik dan hidayat-Nya sehingga penyelidik berupaya menyiapkan penulisan akademik ini. Pada kesempatan ini, penyelidik ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan Norliza binti Hj. Jamaluddin, selaku penyelia yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar semasa penyelidik menyiapkan penulisan ini dari awal hingga akhir. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada guru besar, guru penolong kanan, guru dan para pelajar tahun satu Sekolah Rendah Kebangsaan Tualang Sekah kerana membenarkan dan memberi kerjasama sepenuhnya semasa penyelidikan berlangsung. Sesungguhnya budi baik anda hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalasnya. Akhir kata segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu daripada kelemahan saya sendiri. Sekian, terima kasih.

  • ABSTRAK

    PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN MEMBACA PERMULAAN : SATU TINJAUAN

    Penyelidikan ini dijalankan bertujuan melihat hubungan pendekatan pengajaran yang

    digunakan dalam pengajaran membaca permulaan di sekolah rendah. Kajian diperincikan

    bagi melihat aspek penggunaan kaedah pengajaran dan pengetahuan guru berkenaan teori

    psikolinguistik hubungannya dengan pencapaian membaca. Kajian ini menggunakan

    markah pencapaian pelajar tahun satu yang diperolehi daripada guru kelas serta borang soal

    selidik berkenaan tahap penguasaan dan kekerapan penggunaan kaedah pengajaran yang

    dijalankan oleh guru. Dalam kajian ini didapati penggunaan teknik yang pelbagai dalam

    pengajaran membaca memberikan kesan yang lebih baik berbanding terikat dengan satu

    teknik sahaja. Beberapa cadangan dikemukakan dalam kajian ini, antaranya cadangan untuk

    meningkatkan pengetahuan guru tentang ilmu psikolinguistik, kaedah pengajaran membaca

    berdasarkan pendekatan dan kaedah psikolinguistik dan beberapa strategi jangka panjang

    agar pelajar dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik.

  • ABSTRACT

    This study seeks the inter-relation theories of teaching pre-reading primary school. The

    study focuses on the teachers knowledge aspect of psycholinguistic theories and its

    relationship with the puils achievement in reading skills and the affectiveness of a

    particular psycholinguistic theory in pre-reading teaching. Research conducted made used

    of serveral assement test on pupils and questionnairens completed by the Bahasa melayu

    teachers. Results of the content analysis on questionnaires and bahasa Melayu test indicate

    that the teachers knowledge factor and choice of approach influenced the pupils

    achievements in reading skills. Several suggestion brought forward in the research include

    teaching methodology of pre-reading based of psycholinguistics and several long term

    strategies so that pupils will aquire reading skills effiction.

  • KANDUNGAN Halaman PENGAKUAN . ii PENGHARGAAN . iii ABSTRAK . iv KANDUNGAN . v SENARAI JADUAL . vi BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan . 1 1.2 Latar Belakang kajian . 3 1.3 Penyataan Masalah . 5 1.4 Kepentingan Kajian . 9 1.5 Tujuan Kajian . 12 1.6 Skop Kajian . 13

    1.7 Definisi Operasional 1.7.1 Membaca Permulaan . 15

    BAB II TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pengenalan . 17 2.2 Kajian-Kajian di Barat. 18 2.3 Kajian-Kajian di Malaysia . 26 BAB III METODOLOGIKAJIAN 3.1 Reka Bentuk Kajian . 33 3.2 Tempat Kajian . 33 3.3 Pendekatan Kajian . 34 3.4 Alat Kajian . 34 3.4.1 Soal Selidik Guru . 34 3.4.2 Temubual dan Pemerhatian . 36 3.4.3 Markah Ujian Membaca . 36 3.5 Kaedah Pengumpulan Data . 36 3.6 Penganalisisan Data . 37

  • BAB IV DAPATAN KAJIAN

    4.1 Pendahuluan 39 4.2 Perihal Sampel dan Analisis Dapatan Kajian 39

    4.2.1 Latar Belakang Subjek 40 4.2.1.1 Jantina 41

    4.2.1.2 Umur ... 41 4.2.1.3 Kelulusan Akademik/Iktisas.. 42 4.2.1.4 Bidang Pengkhususan 43 4.2.1.5 Pengalaman Mengajar Bahasa

    Melayu .... 44 4.2.1.6 Pengalaman Mengajar Tahun

    Satu 45 4.3 Penguasaan Psikolinguistik Dan Kaedah Pengajaran Membaca 46

    4.3.1 Tahap Penguasaan dan Pengetahuan Subjek dalam Psikolinguistik 47

    4.3.2 Penggunaan Kaedah Pengajaran Membaca Permulaan . 52

    4.4 Pendekatan dan Kaedah Pengajaran Yang Diterapkan Oleh Guru . 56 4.5 Min Markah Ujian Membaca . 60 4.6 Kesimpulan . 62 4.7 Ulasan Hasil Dapatan Kajian . 62 BAB V RUMUSAN 5.1 Rumusan . 65 5.1.1 Rumusan Umum . 66 5.1.2 Cadangan . 67 5.1.2.1 Cadangan Perbaiki Kelemahan 67 5.1.2.2 Cadangan Penyelidik . 70 BIBLIOGRAFI LAMPIRAN A

  • SENARAI JADUAL No. Jadual Nama Jadual Halaman 1 Taburan Subjek Kajian Mengikut Jantina 41

    2 Taburan Subjek Kajian Mengikut Umur 42

    3 Bidang Pengkhususan Subjek Kajian 43

    4 Pengalaman Mengajar Bahasa Melayu 44

    5 Pengalaman Mengajar Bahasa Melayu Tahun Satu 45

    6 Pengetahuan Subjek Kajian Tentang Teori Psikolinguistik 47

    7 Kaedah Pengajaran Membaca Subjek Kajian 52

    8 Taburan Markah Mentah Penilaian Membaca 60

    9 Taburan Markah Dalam Bentuk Peratus 60

    10 Taburan Markah Mengikut Urutan 61

  • BAB 1

    PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan

    Bahasa memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Bahasa merupakan

    alat yang digunakan oleh anggota masyarakat untuk berhubung. Apabila timbul kesedaran

    tentang kepentingan bahasa, maka manusia mula berminat untuk mengkajinya. Sejarah

    pengkajian manusia terhadap bahasa telah bermula sejak 3000 tahun yang lalu apabila ahli

    agama Hindu mula mengkaji bahasa Sanskrit dalam kitab suci Veda dengan tujuan agar

    sebutan yang tepat dapat dikekalkan ketika membaca kitab tersebut.

    Apabila kehidupan manusia semakin maju, peranan bahasa juga telah menjadi

    semakin penting. Bahasa mula dipelajari secara serius. Pengajaran bahasa turut menjadi

    satu kegiatan yang penting. Apabila timbul pelbagai masalah dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran bahasa, ahli-ahli bahasa telah berusaha untuk menangani masalah-masalah

  • tersebut. Hal ini menjadikan kajian terhadap bahasa semakin berkembang. Pengkaji-

    pengkaji bahasa telah berusaha mencari jalan bagaimana sesuatu bahasa dapat diajarkan

    dan dipelajari dengan lebih baik dan berkesan. Berdasarkan kajian-kajian inilah maka

    terhasil beberapa teori bahasa yang dikenali sebagai teori linguistik.

    Dalam pengajaran bahasa, teori psikologi pembelajaran turut diterapkan. Psikologi

    merupakan bidang yang mengkaji bagaimana manusia mempelajari sesuatu. Uji kaji yang

    dijalankan ke atas binatang oleh ahli-ahli psikologi telah menemukan teori psikologi

    pembelajaran yang turut sama diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.

    Berdasarkan kedua-dua displin ilmu yang mengemukakan teori berkenaan suatu

    perkara yang sama, iaitu bahasa, tetapi berlainan dari segi kaedah, cara dan tujuan akhirnya

    menghasilkan satu displin ilmu yang baharu, iaitu yang menggabungkan kedua-duanya

    sekali yang dikenali sebagai psikolinguistik. Ilmu psikolinguistik merupakan kajian

    terhadap hakikat bahasa, bagaimana bahasa dipelajari dan banyak lagi persoalan bahasa

    terutama berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa (Mengantar Simanjuntak,

    1978 : 1-2)

    Teori-teori psikolinguistik memberi huraian tentang bagaimana bahasa dipelajari,

    strategi-strategi yang digunakan oleh pelajar untuk menguasai bahasa dan model

    pengajaran bahasa. Semua penerangan ini penting kepada guru bahasa bagi memilih

    prosedur pengajaran bahasa (Juriah Long et al. , 1990 : 16). Dalam pengajaran bahasa, guru

    bahasa perlu mengetahui teori-teori psikolinguistik dan berupaya untuk

  • mengaplikasikannya melalui cara pemilihan pendekatan, kaedah atau teknik yang sesuai

    untuk menjadikan pengajaran bahasa lebih berkesan.

    1.2 Latar belakang kajian

    Dalam pembelajaran bahasa terdapat empat komponen kemahiran utama, iaitu kemahiran

    mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran membaca merupakan kemahiran

    lanjutan daripada kemahiran-kemahiran lain yang lebih asas, iaitu mendengar dan bertutur.

    Penguasaan dalam kemahiran membaca membantu seseorang pelajar memperluas

    pemikiran dan idea serta meningkatkan daya kreativiti dalam pelbagai bidang.

    Kebolehan menguasai kemahiran membaca sangat penting dan sering menjadi

    ukuran kepada pencapaian pelajar di sekolah. Hal ini adalah kerana kemahiran tersebut

    menjadi faktor penentu terhadap pembelajaran yang berkesan dalam berbagai-bagai bidang

    ilmu. P