contoh karangan surat rasmi

5
Soalan : Persatuan Pengakap sekolah kamu akan mengadakan Perkhemahan Tahunan. Sebagai setiausaha, kamu perlu menulis surat kepada Guru Besar sekolah kamu untuk memohon mengadakan perkhemahan tersebut. Persatuan Pengakap, Sekolah Kebangsaan Taman Tambun, 14000 Simpang Empat, Pulau Pinang. ____________________________________________________________________ ______________ Tuan Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Taman Tambun, 14000 Simpang Empat, Pulau Pinang. 05 MAC 2012 Tuan, Memohon Mengadakan Perkhemahan Tahunan Pengakap Berhubung perkara di atas, Saya Ali bin Abu, setiausaha Pasukan Pengakap Sekolah Kebangsaan Taman Tambun ingin memohon untuk mengadakan Perkhemahan Tahunan Pasukan Pengakap. 2. Untuk makluman pihak tuan, Ahli Jawatankuasa Persatuan Pengakap sekolah telah merancang untuk mengadakan aktiviti perkhemahan tahunan. Butir-butir perkhemahan adalah seperti ketetapan berikut ; Tarikh 10 Mac 2012 hingga 12 Mac 2012 Tempat : Padang Sekolah Peserta : 40 orang ahli pengakap 3. Tujuan perkhemahan ini diadakan adalah sebagai aktiviti tahunan pertubuhan ini. Selain itu, perkhemahan ini diadakan untuk memberikan pengalaman di samping dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid seperti berdisiplin, bekerjasama, berdikari dan sebagainya. 5. Kami berharap pihak tuan dapat menimbang permohonan ini. Kami juga berharap pihak tuan dapat memberi maklum balas secepat mungkin agar kami dapat membuat persediaan awal. Sekiranya tarikh yang kami cadangkan itu tidak bersesuaian, maka pihak tuan bolehlah mencadangkan tarikh yang lain. 1

Upload: april-chee

Post on 24-Dec-2015

67 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Karangan Surat Rasmi

Soalan : Persatuan Pengakap sekolah kamu akan mengadakan Perkhemahan Tahunan. Sebagai setiausaha, kamu perlu menulis surat kepada Guru Besar sekolah kamu untuk memohon mengadakan perkhemahan tersebut.

  Persatuan Pengakap,Sekolah Kebangsaan Taman Tambun,14000 Simpang Empat,Pulau Pinang.__________________________________________________________________________________

Tuan Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Taman Tambun,14000 Simpang Empat,Pulau Pinang.                                                                                          05 MAC 2012

Tuan,

Memohon Mengadakan Perkhemahan Tahunan   Pengakap

Berhubung perkara di atas, Saya Ali bin Abu, setiausaha Pasukan Pengakap Sekolah Kebangsaan Taman Tambun ingin memohon untuk mengadakan Perkhemahan Tahunan Pasukan Pengakap.

2.    Untuk makluman pihak tuan, Ahli Jawatankuasa Persatuan Pengakap sekolah telah merancang untuk mengadakan aktiviti perkhemahan tahunan. Butir-butir perkhemahan adalah seperti ketetapan berikut ;       Tarikh 10 Mac 2012 hingga 12 Mac 2012       Tempat : Padang Sekolah       Peserta : 40 orang ahli pengakap  

3.    Tujuan perkhemahan ini diadakan adalah sebagai aktiviti tahunan pertubuhan ini. Selain itu, perkhemahan ini diadakan untuk memberikan pengalaman di samping dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid seperti berdisiplin, bekerjasama, berdikari dan sebagainya.

5.    Kami berharap pihak tuan dapat menimbang permohonan ini. Kami juga berharap pihak tuan dapat memberi maklum balas secepat mungkin agar kami dapat membuat persediaan awal. Sekiranya tarikh yang kami cadangkan itu tidak bersesuaian, maka pihak tuan bolehlah mencadangkan tarikh yang lain.

Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih. 

Yang menjalankan tugas,

Aiman Hakim…………………………………(AIMAN HAKIM BIN ILHAM)Setiausaha Persatuan Pengakap Sekolah Kebangsaan Taman Tambun.

1

Page 2: Contoh Karangan Surat Rasmi

Soalan :

Persatuan  Bahasa malaysia sekolah kamu akan mengadakan pertandingan syarahan sempena Bulan Kemerdekaan. Selaku setiausaha persatuan, Kamu diminta menulis surat memohon kebenaran untuk menggunakan dewan  sekolah kepada guru besar.

Persatuan Bahasa Malaysia,Sekolah Kebangsaan Subang Jaya,47600 Subang Jaya,Selangor._____________________________________________________________________________________

Guru Besar,Sekolah Kebangsaan  Subang Jaya,47600 Subang Jaya,Selangor.                                                                                                                 17 OGOS 2011

Tuan,

Kebenaran   Menggunakan   Dewan   Sekolah

Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas.

2. Persatuan Bahasa Malaysia sekolah ini akan menganjurkan pertandingan syarahan sempena Bulan Kemerdekaan pada bulan hadapan. Sehubungan itu, saya selaku setiausaha persatuan memohon kebenaran pihak tuan untuk menggunakan dewan sekolah ini bagi tujuan tersebut. 

3.  Tujuan pertandingan ini diadakan  untuk mencungkil bakat bersyarah dalam kalangan murid-murid sekolah ini serta mencari peserta terbaik bagi mewakili sekolah ke pertandingan syarahan di peringkat daerah.

4.  Untuk makluman tuan, pertandingan tersebut akan diadakan seperti berikut:                                             Hari dan Tarikh  : Sabtu (25 Ogos 2011)                       Tempat  : Dewan Sekolah Kebangsaan Subang Jaya                       Masa : 8.00 pagi

Besarlah harapan kami sekiranya pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini. Segala kerjasama yang tuan berikan dalam menjayakan program ini amatlah dihargai.

Sekian,terima kasih.

Yang benar,

Faiz Najmie......................................(FAIZ NAJMIE B HASAN)Setiausaha,Persatuan Bahasa Malaysia,Sekolah Kebangsaan Subang Jaya..

Tajuk : Faedah-faedah Amalan Membaca            2

Page 3: Contoh Karangan Surat Rasmi

             Membaca adalah salah satu amalan yang amat berfaedah. Mereka yang mempunyai tabiat ini dapat memperoleh banyak kelebihan dan manfaat.           Seseorang yang suka membaca mempunyai minda yang sihat dan positif. Bahan bacaan seperti buku-buku ilmiah dan majalah boleh merangsang pemikiran kita. Oleh itu, pemikiran kita senantiasa kreatif, kritis dan mempunyai wawasan.            Amalan suka membaca juga boleh meningkatkan perbendaharaan kata. Misalnya kita boleh membaca buku-buku cerita, novel dan makalah. Perbendaharaan kata yang meluas baik dalam bahasa Malaysia ataupun bahasa Inggeris akan meningkatkan kemampuan kita untuk berkomunikasi secara lisan ataupun bertulis.           Di samping itu, amalan suka membaca boleh menambah pengetahuan kita. Contohnya, jika kita suka membaca buku-buku tentang sains dan sejarah yang boleh kita dapati di perpustakaan. Dengan itu, pengetahuan tentang konsep sains dan juga sejarah boleh ditingkatkan dan sekaligus membantu dalam proses pembelajaran di sekolah.           Seterusnya, amalan suka membaca boleh mengisi masa lapang kita dengan berfaedah. Membaca buku-buku pelajaran, majalah dan buku cerita amat bermanfaat kepada kita daripada membuang masa dengan bermain atau menonton televisyen sahaja. Oleh itu, masa lapang kita tidak akan terbuang dengan sia-sia.           Kesimpulannya, tabiat membaca memang mempunyai banyak kelebihan. Maka kita harus memupuk tabiat suka membaca ini sejak kecil lagi. Bak kata orang bijak pandai, "Membaca Jambatan Ilmu".___________________________________________________________________________

Tajuk : Faedah-faedah Membaca

Amalan membaca merupakan salah satu tabiat yang amat bermanfaat. Semua lapisan masyarakat haruslah berusaha mengamalkan budaya membaca kerana ‘Membaca Jambatan Ilmu’.              Antara kebaikan membaca termasuklah dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Kita dapat mengetahui tentang perkara-perkara baru yang tidak kita ketahui sebelum ini. Pengetahuan am kita akan bertambah luas dan kita akan menjadi lebih bijak.         Selain itu, kita dapat mengetahui tentang isu-isu atau perkembangan semasa yang berlaku di dalam negeri dan di luar negara. Contohnya isu kegawatan ekonomi, bencana dan peperangan, krisis air dan pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh dunia. Justeru, kita tidak lagi ketinggalan zaman atau dianggap "seperti katak di bawah tempurung".

       Membaca dapat mematangkan fikiran kita juga. Dengan membaca, kita dapat mengetahui tentang kebaikan dan keburukan sesuatu perkara. Oleh itu, kita didorong untuk berfikir secara lebih baik dalam membuat penilaian terhadap sesuatu perkara itu.  

         Masa adalah emas dan perlu digunakan dengan bijak. Membaca buku-buku seperti ini amat bermanfaat. Kita haruslah tanamkan sikap suka membaca buku. Jadikanlah amalan membaca buku amalan harian.

Sesungguhnya banyak kebaikan atau faedah yang dapat diperoleh dengan membaca. Justeru, tabiat membaca harus dijadikan amalan seharian. Kita perlu mencontohi sikap masyarakat di negara maju seperti Jepun yang menjadikan membaca sebagai budaya hidup mereka.

3