karangan jenis surat rasmi

22
Karangan Jenis Surat Rasmi Surat rasmi ditulis untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut antaranya : a. Memohon pekerjaan b. Membuat aduan / bantahan / cadangan c. Membuat rayuan d. Membuat jemputan rasmi e. Menempah barangan f. Meminta kebenaran g. atau apa-apa yang melibatkan urusan rasmi 1. Surat rasmi adalah salah satu karangan yang memerlukan kita sensitif dengan penggunaan tanda baca seperti penggunaan huruf besar dan huruf kecil. ( Anda boleh dapatkan bantuan daripada guru. ) 2. Karangan ini juga merupakan karangan yang penuh dengan format tersendiri yang mesti kamu ikuti. Ini memudahkan anda melakukan kesalahan serta mudahlah markah anda melayang. Ia juga memudahkan anda mendapat markah jika anda mahir dengan formatnya. 3. Perhatikan format di bawah. Alamat Penulis ______________ ______________ ______________ ________________________________________( garisan panjang )___________ Jawatan / penerima Alamat ( pejabat, sekolah, dsb ) Tarikh : (selari dengan nama negeri) Tuan / Puan, Tajuk /Perkara / Hal (Permulaan Perkataan Huruf Besar Dan Gariskan) Menyatakan tujuan ( perenggan tiada nombor dan rapat di sebelah kiri ) 2. ( Menyatakan isi -isi atau hal-hal lain yang berkaitan dengan tajuk. cuba sampaikan sekurang-kurangnya tiga isi penting yang berkaitan antara satu sama lain ) 3. ( Menyatakan hal-hal lain yang ada hubungannya dengan hal yang kita kemukakan , misalnya alasan yang boleh memungkinkan permohonan kita dipertimbangkan .) (Penutup) Yang benar, ( perhatikan penggunaan huruf yang digunakan ) __________ Nama Penuh ( HURUF BESAR) Jawatan ( Huruf Kecil ) .................................................................................................................................. Tuliskan sepucuk surat kepada Setiausaha Sukan sekolah kamu untuk memberitahunya bahawa Pasukan Bola Jaring sekolah kamu memerlukan sebiji bola baru bagi

Upload: mscarol-yna

Post on 12-Dec-2014

337 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Karangan Jenis Surat Rasmi

Karangan Jenis Surat Rasmi

Surat rasmi ditulis untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut antaranya :

a.      Memohon pekerjaanb.      Membuat aduan / bantahan / cadanganc.      Membuat rayuand.      Membuat jemputan rasmie.      Menempah baranganf.        Meminta kebenarang.      atau apa-apa yang melibatkan urusan rasmi

1.      Surat rasmi adalah salah satu karangan yang memerlukan kita sensitif dengan penggunaan tanda baca seperti penggunaan huruf besar dan huruf kecil. ( Anda boleh dapatkan bantuan daripada guru. )

2.      Karangan ini juga merupakan karangan yang penuh dengan format tersendiri yang mesti kamu ikuti. Ini memudahkan anda melakukan kesalahan serta mudahlah markah anda melayang. Ia juga memudahkan anda mendapat markah jika anda mahir dengan formatnya.

3.      Perhatikan format di bawah.Alamat Penulis__________________________________________________________________________________( garisan panjang )___________

  Jawatan / penerima Alamat ( pejabat, sekolah, dsb )                                     Tarikh : (selari dengan nama negeri)

Tuan / Puan,

Tajuk /Perkara / Hal (Permulaan Perkataan Huruf Besar Dan Gariskan)

Menyatakan tujuan ( perenggan tiada nombor dan rapat di sebelah kiri)

2.       ( Menyatakan isi -isi atau hal-hal lain yang berkaitan dengan tajuk. cuba sampaikan sekurang-kurangnya tiga isi penting yang berkaitan antara satu sama lain)

3.       ( Menyatakan hal-hal lain yang ada hubungannya dengan hal yang kita kemukakan , misalnya alasan yang boleh memungkinkan permohonan kita dipertimbangkan.)

(Penutup)

Yang benar, ( perhatikan penggunaan huruf  yang digunakan)

__________

Nama Penuh ( HURUF BESAR)Jawatan ( Huruf Kecil )

..................................................................................................................................

Tuliskan sepucuk surat kepada Setiausaha Sukan sekolah kamu untuk memberitahunya bahawa Pasukan Bola Jaring sekolah kamu memerlukan sebiji bola baru bagi

Page 2: Karangan Jenis Surat Rasmi

menggantikan bola yang telah rosak. 

Rangka

1.      alamat pengirim ( permulaan perkataan dalam huruf besar ) ( jangan lupa tanda koma di hujungnya ) kemudian selang satu baris

2.      buat satu baris panjang melintang kemudian selang satu baris

3.      nama ( jawatan ) serta alamat penerima ( permulaan perkataan dalam huruf besar )( alamat yang terakhir digariskan )

4.      tarikh ( selari dengan alamat terakhir penerima ) ( bulan ditulis dalam huruf besar )

5.      kata ganti diri penerima ( Tuan, )

6.      perkara / tajuk ( permulaan perkataan dalam huruf besar dan digariskan )

7.      perenggan pertama         tujuan menulis surat ini ( tiada jarak perenggan, lihat contoh )

8.      perenggan ke-2             - bola lama tidak dapat digunakan lagi- memerlukan bola baru        ( bagi perenggan kedua dan seterusnya mempunyai nombor serta tanda noktah. Jarakkan sedikit sebelum menulis )

9.      perenggan ke-3         berharap agar permohonan diluluskan supaya latihan tidak terganggu

10.   perenggan ke-4             mempunyai masa yang singkat sebelum hari perlawanan

11.   penutup                       terima kasih

12.   tandatangan pengirim ( boleh ditulis nama secara bersambung atau tidak )

13.   nama penuh ( huruf besar ) dalam kurungan

14.   jawatan jika ada ( permulaan perkataan dalam huruf besar )

15.   berhati-hati dalam penggunaan tanda baca seperti huruf besar , tanda noktah dan koma.

Tip : Amalkan menulis salam sebelum memulakan karangan jenis ucapan, syarahan, surat tidak rasmi atau jenis karangan yang sesuai., Ini adalah kerana, diyakini kebanyakan yang memeriksa kertas penulisan adalah orang terdiri dari kalangan orang Islam.

Pasukan Bola Jaring,Sekolah Kebangsaan Dumpar,390, Jalan Junid,84000, MuarJohor.-----------------------------------------------------------------------------------------------

Encik Musa Bin Hassan,Setiausaha Sukan,Sekolah Kebangsaan Dumpar,390, Jalan Junid,84000, Muar,

Page 3: Karangan Jenis Surat Rasmi

Johor                                                                                      24 APRIL 2012.        Tuan,

Memohon Sebiji Bola Baru Bagi Menggantikan Bola Lama  

Saya sebagai Ketua Pasukan, Pasukan Bola Jaring Sek. Keb. Dumpar, Muar ingin memohon sebiji bola yang baru bagi menggantikan yang lama.

2.       Bola yang sedia ada itu telah rosak dan tidak dapat digunakan lagi. Kami memohon bola baru itu melicinkan lagi latihan yang sedang kami jalankan sebagai persediaan untuk menghadapi perlawanan yang akan datang.

3.       Kami berharap permohonan kami ini akan segera diluluskan. Dengan ini latihan yang kami adakan setiap hari itu tidak tergendala.

4.       Untuk pengetahuan tuan, kami hanya mempunyai masa dua minggu lagi untuk berlatih sebelum turun ke padang untuk menghadapi perlawanan.

Sekian, terima kasih

Yang benar,

Widyawati…………………

( WIDYAWATI BINTI HUSAIN )Ketua Pasukan,Pasukan Bola Jaring, Sekolah Kebangsaan Dumpar,Muar,Johor.

.- Mesti ditulis mengikut format ( jika tersalah format,       - tolak 3 markah )a]     Alamat  ( salah letak / jika tiada                              - tolak 1 markah )b]     Tarikh  ( salah letak / jika tiada                               - tolak 1 markah )c]     Panggilan hormat  ( salah letak / jika tiada                - tolak 1 markah )d]     Tajuk / perkara  ( salah letak / jika tiada                   - tolak 1 markah )e]     Tanda tangan dan nama  ( salah letak / jika tiada       - tolak 1 markah )- isi mengikut perenggan biasa

Tajuk : Persatuan Bahasa Melayu sekolah anda akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Unit Akhbar Dalam Darjah, Berita Harian. Tuliskan sepucuk surat permohonan kepada akhbar tersebut. 

Persatuan Bahasa Melayu,Sekolah Kebangsaan Darau,22000 Jerteh,Terengganu.________________________________________________________________________Ketua Pengarang,              Unit Akhbar Dalam Darjah ( ADD ) ,Berita Harian Sendirian Berhad,31, Jalan Riong,59100 Kuala Lumpur.                                                                    10 JANUARI 2012

Tuan,

Page 4: Karangan Jenis Surat Rasmi

Permohonan Mengadakan Lawatan Sambil Belajar

Saya bagi pihak Persatuan Bahasa Melayu sekolah ini ingin memaklumkan bahawa persatuan kami bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Unit Akhbar Dalam Darjah ( ADD ) pada 27 Januari 2012, jam 9.30 pagi.

2.       Rombongan kami terdiri daripada 30 pelajar dan tiga guru pengiring. Tujuan kami mengadakan lawatan ini adalah untuk mengetahui matlamat unit ADD ditubuhkan dan bagaimana mengendalikannya.

3.       Oleh itu, saya berharap permohonan ini akan diluluskan oleh pihak tuan.

4.       Segala kerjasama tuan, saya ucapkan terima kasih.

Yang benar,

    Nazimah…………………..( NAZIMAH NAZIM ) Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,Sekolah Kebangsaan Darau,22000 Jerteh,Terengganu.

http://rohana-rahman-bm.blogspot.com/2012/12/kaedah-penulisan-surat-kiriman-rasmi.html

Karangan Jenis Surat Rasmit Rasmi

Surat rasmi ditulis untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut antaranya :

a.      memohon pekerjaanb.      membuat aduan / bantahan / cadanganc.      membuat rayuand.      membuat jemputan rasmie.      menempah baranganf.        meminta kebenarang.      atau apa-apa yang melibatkan urusan rasmi

1.      Surat rasmi adalah salah satu karangan yang memerlukan kita sensitif dengan penggunaan tanda baca seperti penggunaan huruf besar dan huruf kecil. ( Anda boleh dapatkan bantuan daripada guru. )

2.      Karangan ini juga merupakan karangan yang penuh dengan format tersendiri yang mesti kamu ikuti. Ini memudahkan anda melakukan kesalahan serta mudahlah markah anda melayang. Ia juga memudahkan anda mendapat markah jika anda mahir dengan formatnya.

3.      Perhatikan format di bawah.

Alamat Penulis__________________________________________________________________________________(garisanpanjang)_____________Jawatan / penerimaAlamat ( pejabat, sekolah, dsb )                                               Tarikh : (selari dengan nama negeri)

Page 5: Karangan Jenis Surat Rasmi

Tuan / Puan,Tajuk /Perkara / Hal (Permulaan Perkataan Huruf Besar Dan Gariskan)Menyatakan tujuan ( perenggan tiada nombor dan rapat di sebelah kiri)2.       ( Menyatakan isi -isi atau hal-hal lain yang berkaitan dengan tajuk. cuba sampaikan sekurang-kurangnya tiga isi penting yang berkaitan antara satu sama lain)3.       ( Menyatakan hal-hal lain yang ada hubungannya dengan hal yang kita kemukakan , misalnya alasan yang boleh memungkinkan permohonan kita dipertimbangkan.)(Penutup)Yang benar, ( perhatikan penggunaan huruf  yang digunakan)__________Nama Penuh ( HURUF BESAR)Jawatan ( Huruf Kecil )Tuliskan sepucuk surat kepada Setiausaha Sukan sekolah kamu untuk memberitahunya bahawa Pasukan Bola Jaring sekolah kamu memerlukan sebiji bola baru bagi menggantikan bola yang telah rosak.Rangka1.      alamat pengirim ( permulaan perkataan dalam huruf besar ) ( jangan lupa tanda koma di hujungnya ) kemudian selang satu baris2.      buat satu baris panjang melintang kemudian selang satu baris3.      nama ( jawatan ) serta alamat penerima ( permulaan perkataan dalam huruf besar )( alamat yang terakhir digariskan )4.      tarikh ( selari dengan alamat terakhir penerima ) ( bulan ditulis dalam huruf besar )5.      kata ganti diri penerima ( Tuan, )6.      perkara / tajuk ( permulaan perkataan dalam huruf besar dan digariskan )7.      perenggan pertama                  tujuan menulis surat ini ( tiada jarak perenggan, lihat contoh )8.      perenggan ke-2             - bola lama tidak dapat digunakan lagi- memerlukan bola baru        ( bagi perenggan kedua dan seterusnya mempunyai nombor serta tanda noktah. Jarakkan sedikit         sebelum menulis )9.      perenggan ke-3             berharap agar permohonan diluluskan                                      supaya latihan tidak terganggu10.   perenggan ke-4             mempunyai masa yang singkat sebelum hari perlawanan11.   penutup                       terima kasih12.   tandatangan pengirim ( boleh ditulis nama secara bersambung atau tidak )13.   nama penuh ( huruf besar ) dalam kurungan14.   jawatan jika ada ( permulaan perkataan dalam huruf besar )

15.   berhati-hati dalam penggunaan tanda baca seperti huruf besar , tanda noktah dan koma.Tip : Amalkan menulis salam sebelum memulakan karangan jenis ucapan, syarahan, surat tidak rasmi atau jenis karangan yang sesuai., Ini adalah kerana, diyakini kebanyakan yang memeriksa kertas penulisan adalah orang terdiri dari kalangan orang Islam.

CONTOH PENULISAN SURAT KIRIMAN RASMI

Pasukan Bola Jaring,Sek. Keb. Seri Kenangan Darau,22000 Jerteh,Terengganu.------------------------------------------------------------------------------------------Encik Musa Bin Hassan,Setiausaha Sukan,Sek. Keb. Seri Kenangan Darau,

Page 6: Karangan Jenis Surat Rasmi

22000 Jerteh,Terengganu.                                                                                     24 APRIL2012.        

Tuan,

Memohon Sebiji Bola Baru Bagi Menggantikan Bola Lama  

Saya sebagai Ketua Pasukan, Pasukan Bola Jaring Sek. Keb. Seri Kenangan Darau ingin memohon sebiji bola yang baru bagi menggantikan yang lama.

2.       Bola yang sedia ada itu telah rosak dan tidak dapat digunakan lagi. Kami memohon bola baru itu melicinkan lagi latihan yang sedang kami jalankan sebagai persediaan untuk menghadapi perlawanan yang akan datang.

3.       Kami berharap permohonan kami ini akan segera diluluskan. Dengan ini latihan yang kami adakan setiap hari itu tidak tergendala.

4.       Untuk pengetahuan tuan, kami hanya mempunyai masa dua minggu lagi untuk berlatih sebelum turun ke padang untuk menghadapi perlawanan.Sekian, terima kasih

Yang benar,Widyawati…………………( WIDYAWATI BINTI HUSAIN )Ketua Pasukan,Pasukan Bola Jaring,Sek. Keb. Seri Kenangan Darau.

- mesti ditulis mengikut format ( jika tersalah format,       - tolak 3 markah )a]     alamat  ( salah letak / jika tiada                              - tolak 1 markah )b]     tarikh  ( salah letak / jika tiada                               - tolak 1 markah )c]     panggilan hormat  ( salah letak / jika tiada                - tolak 1 markah )d]     tajuk / perkara  ( salah letak / jika tiada                   - tolak 1 markah )e]     tanda tangan dan nama  ( salah letak / jika tiada       - tolak 1 markah )- isi mengikut perenggan biasa

http://rohana-rahman-bm.blogspot.com/p/karangan.html

PANDUAN MENULIS SURAT RASMI                                               Panduan yang diberikan untuk kegunaan jabatan kerajaan dan bukan untuk tujuan peperiksaan awam. Cara menulis surat rasmi: 1.  Nama dan Alamat Pengirim :   

 1.5   Nama pengirim ialah nama jabatan atau pejabat. 1.6   Lambang Kerajaan Malaysia diletakkan di sebelah kiri alamat pengirim.

 1.7   Jarak nama dan alamat pengirim dari atas ialah “3 cm”.

 1.8   Jarak nama dan alamat pengirim dari tepi ialah “2 cm”.

 1.9   Pada akhir setiap baris hendaklah diletakkan tanda koma  “, “.

Page 7: Karangan Jenis Surat Rasmi

 1.10                        Pada baris akhir diletakkan tanda noktah “ . “.

 1.11                        Hendaklah dibuat satu garisan panjang melintang muka surat di bawah nama

dan alamat pengirim iaitu dengan jarak “Langkau Dua”. 

1.12                        Nama dan alamat pengirim boleh ditulis dengan huruf besar. 2.  Nombor Telefon dan Faks:     2.1 Hendaklah ditulis di sebelah kanan bertentangan dengan baris akhir alamat            pengirim..3. Nama dan Alamat Penerima:     3.1 Nama dan alamat penerima ditulis dengan langkau dua di bawah garis lintang           dan sama lajur dengan nama dan alamat pengirim.     3.2 Nama penerima hendaklah ditulis dengan lengkap termasuk gelaran dan          pangkat.           Contoh: Yang Berbahagia Profesor Tan Sri Datuk Dr. Haji ( isim),     3.3 Di bawah nama penerima hendaklah ditulis nama jawatan dan dikuti dengan            alamat pejabat.     3.4 Rujukan kehormat hendaklah ditulis bersesuaian dengan kedudukan atau          pangkat.           Contoh : Yang Berbahagia Datuk Abdul Rafie bin Mahat,                        Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia,                        Kementerian Pendidikan Malaysia,                        Paras 7 ,Blok J Utara,Pusat Bandar Damansara,                        50604  Kuala Lumpur.  

11.2Pada hujung baris diletakkan tanda koma. 11.3 Baris akhir alamat penerima hendaklah diletakkan tanda noktah .

 11.4Sekiranya surat tersebut dikirimkan melalui ketua penerima ,hendaklah ditulis

“ Melalui dan salinan:”. Jaraknya ialah langkau dua di bawah alamat penerima. Contoh : En. Yunos bin Husin,Penyelia Pendidikan Daerah,Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar,                      (Penerima)33000 Kuala Kangsar,Perak. Melalui dan salinan: Pegawai Pendidikan Daerah,Pejabat Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar,        (Ketua Penerima)33000 Kuala Kangsar,Perak. 

11.5Sekiranya surat tersebut dikirimkan kepada penerima melalui ketua pengirim, hendaklah ditulis “Melalui dan salinan:”. Jaraknya ialah langkau dua di bawah alamat penerima. Contoh : Guru besar menulis surat kepada Pengarah Pendidikan Perak melalui

Page 8: Karangan Jenis Surat Rasmi

               Pegawai Pendidikan Daerah.  Pengarah Pendidikan Perak,Jabatan Pendidikan Perak ,Jalan Tun Abdul Razak,                                                  (Penerima)30640 Ipoh,Perak. Melalui dan salinan: Pegawai Pendidikan Daerah,Pejabat Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar,        (Ketua Pengirim)33000 Kuala Kangsar,Perak.    

4. Nombor Rujukan:      4.1 Nombor rujukan surat ditulis di sudut kanan, langkau satu di bawah garis           lintang.      4.2 Nombor rujukan penerima ditulis di sebelah atas dan diikuti dengan nombor           rujukan pengirim di bawahnya.    

     5. Tarikh :        5.1 Tarikh hendaklah ditulis di sebelah kanan muka surat pada baris yang sama             dengan baris akhir alamat penerima. 

1.1     Hari bulan ditulis dalam bentuk angka,nama bulan dieja penuh dengan huruf       besar atau kecil dan tahun ditulis penuh dengan angka. 

    6. Untuk Perhatian:        6.1 Untuk perhatian ditulis dalam kurungan . Boleh ditulis dengan frasa penuh atau             dalam bentuk akronim.

      (Untuk perhatian: Ketua Sektor Pengurusan Sekolah)                                   atau      (u.p. : Ketua Sektor Pengurusan Sekolah )

   7. Perkataan Menghadap Surat:      Iaitu panggilan (sapaan) atau rujukan kehormat kepada penerima. 

1.1     Panggilan ini mesti sesuai dengan darjat,pangkat, gelaran dan jantina penerima. 

Contoh : Yang Berhormat,Yang Mulia,Yang Berhormat Mulia,Tan Sri,Dato’,   atau Datuk,

Page 9: Karangan Jenis Surat Rasmi

Tuan,  atau Puan,     Catatan: Sapaan bagi ketua jabatan tidak terikat kepada jantina.Contohnya               sapaan “tuan” boleh digunakan bagi ketua jabatan lelaki atau               perempuan. Begitu juga sapaan kepada penerima yang umum               digunakan sapaan “tuan”.  

1.2     Panggilan menghadap surat ini hendaklah ditulis dengan langkau dua di bawah nama dan alamat penerima dan selajur dengan alamat penerima.

 1.3     Letakkan tanda koma “ ,” di hujungnya.

  8. Perkara atau Tajuk Surat:      8.1 Ditulis dengan langkau dua di bawah perkataan menghadap surat iaitu selajur           dengan nama dan alamat pengirim serta penerima.      8.2 Tajuk surat hendaklah tepat,ringkas dan padat serta dapat membayangkan              kandungan surat.      8.3 Huruf pertama pada setiap perkataan hendaklah ditulis dengan huruf besar dan           digariskan.      8.4 Jika tajuk surat  lebih daripada satu baris, hanya baris terakhir digariskan.      8.5 Tajuk surat tidak perlu diletakkan noktah.             Contoh:            Maklumat Guru Sandaran Tidak Terlatih,Guru Kursus Dalam Cuti dan           Guru Kontrak Bagi Daerah Kuala Kangsar     Tahun 2003      9.  Pemerengganan:        9.1 Perenggan pertama atau pembuka surat ditulis dengan langkau dua di bawah             tajuk  dan dimulakan selajur dengan tajuk,nama dan alamat pengirim dan            penerima.        9.2 Perenggan pertama tidak dinomborkan dengan nombor “1” tetapi jika ada            pecahan maklumat yang hendak disampaikan boleh gunakan pecahan berikut:             1.1            1.2            1.3 ... dan seterusnya.          9.3 Perenggan kedua dan seterusnya dinomborkan dengan angka dan noktah.      9.4 Jarak antara satu perenggan dengan perenggan yang lain ialah langkau dua.         9.5 Bagi perenggan yang mempunyai pecahan hendaklah digunakan pecahan :            2.1

Page 10: Karangan Jenis Surat Rasmi

           2.2           2.3 ... dan seterusnya.            Jika ada pecahan seterusnya gunakan huruf ( abjad)            (a)           (b)           (c) ... dan seterusnya. 10. Penutupan  Surat : .       10.1 Penutupan surat rasmi hendaklah ringkas,tepat dan sesuai dengan tujuan                   atau hasrat surat tersebut dan tiada nombor.        10.2 Penutupan surat rasmi terdapat tiga penanda wacana dan cogan kata iaitu: 

a.      Penanda Antisipasib.      Penanda  Penamatc.      Cogan Katad.      Penanda Akuan atau Rujukan Diri

 1.1      Contoh Penanda Antisipasi :

 a.      Kerjasama tuan dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan

terima kasih. b.      Atas jasa baik tuan mempertimbang permohonan ini amatlah dihargai dan didahului

dengan ucapan jutaan terima kasih. 

c.      Kesudian tuan melapangkan masa bagi menerima jemputan kami amatlah disanjung tinggi dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.  .

 1.2       Contoh Penanda Penamat: 

a.      Sekian terima kasih.b.      Sekian.c.      Sekian untuk perhatian dan makluman tuan.

    

1.3      Contoh Cogan Kata: Ditulis dengan huruf besar dalam kata petik (“ ”) 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”.  

1.4       Contoh Penanda Akuan atau Rujukan Diri: 

a.      Saya yang menurut perintah,b.      Yang benar,c.      Patik dengan hormat dan takzimnya,

 1.5      Di hujung kata akuan hendaklah diletakkan tanda koma “,”

 1.6      Kata akuan ditulis sebelah kiri selajur dengan penutupan dengan jarak langkau dua di

bawah cogan kata.. 11. Tandatangan dan Nama Pengirim: 

Page 11: Karangan Jenis Surat Rasmi

       11.1 Tandatangan diturunkan di bawah  Penanda Akuan. 

1.5         Di bawah tandatangan ditulis nama penuh pengirim dengan huruf besar dan           diletakkan dalam kurungan .Di bawahnya ditulis nama jawatan dan perkataan            “bagi pihak”  ketua jabatan jika berkaitan. 1.6         Tidak boleh tulis kata sapaan sebelum nama seperti Encik,Tuan, Yang          Berhormat, Yang Mulia dan lain-lain lagi. 1.7         Perkataan “bagi pihak” biasanya ditulis dalam akronim “ b.p.” 1.8         Di bawah jawatan tidak perlu letak alamat pejabat.

  12.Salinan Kepada :

    12.1 Sekiranya perlu dikirimkan salinan surat tersebut kepada pihak lain,tuliskan           dalam jarak langkau dua di bawah nama pengirim.            a. Jika salinan surat untuk edaran dalaman dan jabatan yang sama ,nama                         penerima tidak perlu dituliskan alamat penuh.             Contoh:            s.k. :                  1. Pengarah Pendidikan Perak.                  2. Timbalan Pengarah Pendidikan Perak.                  3. Semua Ketua Sektor.                  4. Semua Pegawai Pendidikan Daerah.  

b.   Jika salinan surat untuk dihantar kepada pihak lain di luar jabatan      hendaklah ditulis nama penerima dan beralamat penuh.       Contoh:       s.k. : 

1.    Pengarah Pendidikan Melaka,                                Jabatan Pendidikan Melaka,                                Jalan Bukit Beruang,                                75902 Melaka. 

5.        Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan,Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan,Jalan Dato’ Hamzah,70990 Seremban,Negeri Sembilan..

 b.      Di bawah “salinan kepada “boleh juga diltuliskan arahan-arahan     tertentu. 

  Contoh:                      s.k.:                             1.  Guru Besar SK. Kampung Maamor,Sungai Siput(U):                                   Sila kemukakan dokumen berikut ke  Jabatan Pendidikan Perak                                 ( u.p.: Ketua Sektor Pengurusan  Perkhidmatan Pendidikan ) :

Page 12: Karangan Jenis Surat Rasmi

       1.1 6 salinan Laporan Perubahan ( Kew 8 ) mengikut Pekeliling Jabatan            Pendidikan Perak ( Perkhidmatan Tadbiran ) Bil .2 Tahun 1984 bertarikh 

      21.7.1984 bersama –sama  baucar  tuntutan mengikut Pekeliling        Jabatan Pendidikan Perak  “ J.Pel.Pk.Kew.889/64 Pt. II  (55 ) & ( 83 )      masing-masing bertarikh 27.12.1984   dan 5.3.1986 bagi tujuan      mempercepat bayaran elaun guru sandaran.

                 1.2 Salinan sijil akademik yang disahkan.                 1.3 Surat penerimaan jawatan ( Lampiran C ).

     1.4 Surat Sumpah Bukan Penjenayah dan Bukan Penagih Dadah bagi guru              sandaran yang pertama kali dilantik. Jika pelantikan kali kedua sila           sertakan salinan yang diakui sah. Bagi tujuan mempercepat pembayaran           elaun dokumen-dokumen ini boleh dihantar kemudian.

                          2.  Ketua Sektor Pengurusan Sekolah (u.p: Ketua Unit Sekolah Rendah). 13. Penulisan Muka Surat:       Ditulis di hujung sebelah kanan atau di bahagian tengah.Sebaiknya ada      penanda sambungan di muka surat  sebelah sekiranya ada sambungan.  

CONTOH SURAT MINTA MAKLUMAT 

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA KANGSAR,JALAN TUN ABDUL RAZAK,                                                  Telefon : 05-7761184PETI SURAT 84,                                                                                  05-776635433007 KUALA KANGSAR.         (ALAMAT PENGIRIM)           Faks      : 05-7761188

 _________________________________________________________________(PENERIMA)                                             (RUJUKAN)Semua Guru Besar,                                Ruj. Tuan  : Sekolah Jenis Kebangsaan Cina,           Ruj. Kami :  PPD. KK/ 02/04/037 R/ ( 30 )Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil,Daerah Kuala Kangsar.                          Tarikh       :  13 September 2003 Tuan, Maklumat GuruSandaran Tidak Terlatih,Guru Kursus Dalam Cutidan Guru Kontrak           ( TAJUK SURAT) Dengan hormatnya  saya merujuk perkara di atas dan  memaklumkan bahawa  pihak Pejabat Pendidikan Daerah sedang mengemaskinikan  maklumat tersebut .    (PENANDA RUJUKAN) 1.                                        Sehubungan dengan ini, tuan diminta menghantar maklumat tersebutuntuk perhatian Penolong Pegawai Pendidikan Daerah  (R ) pada18 September 2003.                 (PENANDA PERINTAH)3.                  Bersama-sama ini, disertakan Lampiran A,B,C, dan D untuk tindakan tuan selanjutnya.   (PENANDA PENYERTAAN) Kerjasama tuan dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.   (PENANDA ANTISIPASI)                           Sekian terima kasih.     (PENANDA PENAMAT) 

Page 13: Karangan Jenis Surat Rasmi

 “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”    (COGAN KATA) Saya yang menurut perintah,   (PENANDA AKUAN/RUJUKAN DIRI)     (ABD. RASHID BIN OMAR )Penolong Pegawai Pendidikan Daerah ( R ),b. p. Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar.    

CONTOH SURAT PANGGILAN MESYUARAT 

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA KANGSAR,JALAN TUN ABDUL RAZAK,                                                  Telefon : 05-7761184PETI SURAT 84,                                                                                  05-776635433007 KUALA KANGSAR.                                                    Faks      : 05-7761188

 _________________________________________________________________(PENERIMA)                                             (RUJUKAN)Semua Guru Besar,                                       Ruj. Tuan  : Sekolah Rendah,                                           Ruj. Kami  :  PPD. KK/ 02/04/037 R/ ( 31 )Daerah Kuala Kangsar.                                 Tarikh       :  15 September 2003  Tuan, Mesyuarat Pengurusan Sekolah RendahDaerah Kuala Kangsar Kali Keenam     Tahun 2003 ( TAJUK SURAT) Dengan hormatnya  saya merujuk perkara di atas dan  memaklumkan bahawa  mesyuarat  tersebut akan diadakan seperti yang berikut:(PENANDA RUJUKAN)                     Tarikh    :  24 September 2003  ( Rabu  ).                     Masa     :  9.00  Pagi.                     Tempat  :  Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tsung Wah,Kuala Kangsar.   2.                  Sehubungan dengan ini,  tuan dijemput hadir  dalam mesyuarat tersebut.(PENANDA PERINTAH)3.                   Bersama-sama ini, disertakan agenda mesyuarat dan minit mesyuarat yang lalu untuk makluman dan tindakan  tuan.( PENANDA PENYERTAAN)Kerjasama tuan dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.    (PENANDA ANTISIPASI)                            Sekian terima kasih.     (PENANDA PENAMAT) “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”  (COGAN KATA) 

Page 14: Karangan Jenis Surat Rasmi

Saya yang menurut perintah, (PENANDA AKUAN/RUJUKAN DIRI)   (ABD. RASHID BIN OMAR)Penolong  Pegawai  Pendidikan Daerah( R ),b.p.  Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar.    

CONTOH SURAT JEMPUTAN 

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA KANGSAR,JALAN TUN ABDUL RAZAK,                                          Telefon : 05-7761184PETI SURAT 84,                                                                                05-776635433007 KUALA KANGSAR.                                                Faks      : 05-7761188

 ________________________________________________________________________________(PENERIMA)                                                                    (RUJUKAN)Yang Berbahagia,                                          Ruj. Tuan  : Dato’ Haji Adnan bin Haji Ibrahim,                 Ruj. Kami :  PPD. KK/ 02/04/037 R/ ( 13 )Pengarah Pendidikan Perak,Jabatan Pendidikan Perak,Jalan Tun Abdul Razak,30640 Ipoh,Perak.                                         Tarikh       :  3 Mac  2003 Yang Berbahagia Dato’, Jemputan Perasmian Pembukaan Kejohanan Olahraga TahunanDaerah Kuala Kangsar Kali Ke-20 Tahun 2003         ( TAJUK SURAT) Dengan hormatnya  saya merujuk perkara di atas dan  memaklumkan bahawa Kejohanan Olahraga Tahunan Daerah Kuala Kangsar Kali Ke-20 akan diadakan seperti yang berikut :    (PENANDA RUJUKAN)                     Tarikh    : 7 - 9 Mac 2003.                    Masa     : 8.30 Pagi hingga 5.00 Petang.                    Tempat  : Padang Kolej Melayu, Kuala Kangsar.                   2.                  Dengan sukacitanya pihak kami menjemput Yang Berbahagia Dato’ untuk merasmikan majlis pembukaan kejohanan tersebut pada 7 Mac 2003 ,pukul 2.30 petangdi Padang Kolej Melayu,Kuala Kangsar.                 (PENANDA PERINTAH- PERMINTAAN ) Atas kesudian Yang Berbahagia Dato’ menerima jemputan ini  amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.   (PENANDA ANTISIPASI)                           Sekian terima kasih.     (PENANDA PENAMAT) “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”    (COGAN KATA) Saya yang menurut perintah,   (PENANDA AKUAN/RUJUKAN DIRI)

Page 15: Karangan Jenis Surat Rasmi

     (HAJAH ZAWIYAH BINTI AHMED, AMN.)Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar   

CONTOH SURAT “LAMPIRAN” 

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA KANGSAR,JALAN TUN ABDUL RAZAK,                                                  Telefon : 05-7761184PETI SURAT 84,                                                                                  05-776635433007 KUALA KANGSAR.                                                    Faks      : 05-7761188

 _________________________________________________________________(PENERIMA)                                             (RUJUKAN)Ketua Unit Sekolah Rendah,                         Ruj. Tuan  : Jabatan Pendidikan Perak,                           Ruj. Kami  :  PPD. KK/ 02/04/037 R/ ( 25)Jalan Tun Abdul Razak,                               30640 Ipoh,Perak.                                         Tarikh       :  2 Ogos  2003 Tuan, Data Guru ,Murid     dan Kelas Daerah Kuala Kangsar Pada 31 Julai 2003 ( TAJUK SURAT)Dengan hormatnya  saya merujuk perkara di atas dan  bersama-sama ini disertakan  Data Guru,Murid dan Kelas Daerah Kuala Kangsar Pada 31 Julai 2003 untuk tindakan tuan.(PENANDA RUJUKAN DAN PENANDA PENYERTAAN)                       Sekian terima kasih.     (PENANDA PENAMAT) “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”  (COGAN KATA) Saya yang menurut perintah, (PENANDA AKUAN/RUJUKAN DIRI)     (ABD. RASHID BIN OMAR)Penolong  Pegawai  Pendidikan Daerah ( R ),b.p.  Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar.          

Page 16: Karangan Jenis Surat Rasmi

      PENANDA WACANA Ungkapan yang digunakan dalam surat rasmi bagi menerangkan sesuatu kandungan surat supaya lebih bermakna atau signifikan.  1. Penanda Rujukan:     Pada kebiasaannya ungkapan ini digunakan pada awal ayat atau perenggan    pertama.     Contoh: 

1.5  Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas dan memaklumkan... 

1.6  Dengan hormatnya saya merujuk surat daripada Kementerian Pendidikan Malaysia  yang  rujukannya KP (AM)2952/18/(20) bertarikh 26 Mei 2003 tentang perkara di atas.

 2. Penanda Penyertaan:     Ungkapan yang digunakan untuk memberi isyarat bahawa ada disertakan sesuatu.     Contoh:     2.1  Bersama-sama ini,disertakan “Lampiran A” untuk tuan kemas kini... 

1.1     Bersama-sama ini, saya lampirkan...  2.3  Dengan ini saya lampirkan sesalinan helaian yang tuan kehendaki.

 3. Penanda Makluman:     Ungkapan yang menunjukkan adanya pemakluman yang dibuat.     Contoh:     3.1 Dengan ini dimaklumkan bahawa...     3.2 Sukacita dimaklumkan bahawa...     3.3 Dukacita dimaklumkan bahawa...     3.4 Dengan  sukacita dimaklumkan bahawa...    4. Penanda Perintah atau Arahan:     Ungkapan yang digunakan untuk menunjukkan perintah.    Contoh: 

Page 17: Karangan Jenis Surat Rasmi

   4.1 Perintah kasar atau tegas: 

a.      Saya telah diarahkan bagi memberitahu tuan... b.      Dengan ini tuan diingatkan bahawa...

 c.      Seyogia tuan diingatkan supaya...

 d.      Saya diarahkan merujuk perkara di atas dan memaklumkan bahawa...

 e.      Sila beri sebab tindakan tatatertib tidak boleh diambil terhadap tuan.

 1.5  Memberi Harapan: 

a.      Dengan ini diharapkan tuan... b.      Pihak kami mengharapkan tuan dapat...

 c.      Saya mengharapkan tuan memaklumkan perkara tersebut kepada...

 1.6  Nasihat : 

a.      Tuan dinasihatkan supaya... b.      Dengan ini tuan dinasihatkan supaya lapor diri dengan segera.

 c.      Pihak tuan didapati melanggar peraturan... dan dinasihatkan...

  

1.7  Permintaan: 

a.      Saya memohon jasa baik tuan... b.      Diharapkan tuan sudi melapangkan masa untuk bersama-sama kami pada hari tersebut.

 c.      Sukacita sekiranya mendapat kerjasama daripada...

 d.      Ingin saya mendapatkan penjelasan tuan tentang...

   

5. Penanda Sebab-musabab:     Ungkapan yang menunjukkan penanda sesuatu peristiwa yang menyebabkan    peristiwa yang lain berlaku.     Contoh:     5.1 Saya berkeberatan menerima jemputan tersebut kerana...     5.2 Kejadian tersebut amatlah dikesali dan pihak kami...     5.3 Terima kasih atas jemputan tuan tetapi saya memohon maaf kerana...     5.4 Atas kesulitan yang timbul amatlah dikesali dan...  6. Penanda Matlamat:     Ungkapan yang menunjukkan danya matlamat atau tujuan yang hendak dicapai. 

Page 18: Karangan Jenis Surat Rasmi

    6.1 Untuk tujuan...       6.2 Untuk pengetahuan tuan...     6.3 Untuk makluman tuan...  7. Penanda Perwakilan:     Ungkapan yang digunakan bagi menandakan wakil bagi pihak tertentu.     7.1 Bagi pihak kakitangan jabatan ini,saya...     7.2 Bagi pihak semua anggota keluarga jabatan ini, ingin saya... 

1.4     Sebagai wakil Jabatan Pendidikan Perak ,saya ingin memaklumkan...   8. Penanda Pendapat:     Ungkapan yang digunakan untuk menyatakan sesuatu pendapat.     8.1 Berhubung dengan perkara di atas, saya ingin mencadangkan...     8.2 Ekoran perbincangan antara  pegawai daripada jabatan tuan dengan pihak kami          tempoh hari, saya ingin mencadangkan...     8.3 Oleh sebab tuan akan menghadiri persidangan tersebut, dicadangkan... 9. Penanda Penegas:      Ungkapan yang digunakan bagi memberi penegasan terhadap sesuatu perkara.     9.1 Dengan hormat dimaklumkan bahawa tuan dikehendaki...     9.2 Dengan ini, menjadi harapan kami...     9.3 Dengan ini, didapati pihak tuan telah ...  10. Penanda Sambungan:       Ungkapan yang digunakan bagi menunjukkan kaitan peristiwa dari segi waktu.       10.1 Sebagai lanjutan surat saya dahulu...       10.2 Berikutan daripada percakapan kita tempoh hari...       10.3 Dalam mesyuarat tempoh hari telah diputuskan bahawa... 11.  Penanda Sikap:       Ungkapan yang digunakan bersifat emotif tertentu dan boleh dibahagikan kepada      positif dan negatif.       11.1 Positif : 

i.                    Saya merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan tuan...ii.                  Saya  tidak berhalangan membenarkan pegawai tersebut menghadiri...iii.                Saya tidak berkeberatan...

Page 19: Karangan Jenis Surat Rasmi

  

1.5         Negatif: i.                    Dukacita dimaklumkan bahawa saya tidak membenarkan...ii.                  Kejadian itu sangat dikesali kerana pihak tuan tidak...iii.                Pihak kami berhalangan membenarkan pegawai tersebut...

 12. Penanda Antisipasi:       Ungkapan ini biasanya digunakan pada akhir surat yang berkaitan dengan       penghargaan dan sebab-musabab.       12.1 Atas kerjasama tuan itu saya dahului dengan ucapan terima kasih.       12.2 Kerjasama tuan dalam hal ini didahului dengan ucapan terima kasih.      12.3 Dengan kehadiran tuan  akan menyerikan lagi majlis kami.   .     12.4 Atas pertimbangan tuan bagi permohonan ini amatlah dihargai dan didahului             dengan jutaan terima kasih.      12.5 Atas kesudian tuan menerima jemputan ini amatlah dihargai dan didahului             dengan ucapan jutaan terima kasih.  13. Penanda Penamat:       Ungkapan yang memberikan isyarat akan berakhirnya isi surat.       13.1 Sekian terima kasih.       13.2 Sekian.       13.3 Sekian jutaan terima kasih.  14. Penanda Akuan  atau Rujukan Diri:       Ungkapan ini hendaklah bersesuaian dengan tujuan menulis surat,situasi pengirim      dan hubungannya dengan penerima.          14.1 Yang benar,       14.2 Saya yang menurut perintah,       14.3 Patik dengan hormat dan takzimnya,         .         

Page 20: Karangan Jenis Surat Rasmi

        SAPAAN (Sistem Panggilan dan Rujukan Kehormat) Sapaan yang diberikan di bawah ialah yang berkaitan dengan majlis rasmi dan surat rasmi. Sapaan melibatkan panggilan seperti yang berikut: 1. Kata pembuka rujukan kehormat : Kebawah  ( Sultan)2. Rujukan kehormat : Duli Yang Maha Mulia (Sultan),Yang Berhormat (ADUN).3. Gelaran jawatan : Yang di-Pertuan Agong (Agong)4. Gelaran raja : Sultan5. Gelaran keagamaan : Haji6. Gelaran bahasa Arab: Al-Musta’in Billah7. Gelaran warisan: Nik, Syed.8. Gelaran akademik dan ikhtisas: Profesor (ikhtisas) , Doktor (akademik).9. Gelaran adat: Datuk Baginda Besar (Negeri Sembilan)10. Gelaran kurniaan: Tan Sri, Dato’ Seri,Datuk.11. Gelaran kurniaan tanpa bintang: Dato’ Seri Wangsa Diraja (Perak) Rujukan Kehormat 

 Bil

 Jawatan

 Rujukan KehormatPenyandang

 Rujukan KehormatUntuk Isteri

1.   2.  3.   4.  5.6.7. 8. 9.  10.11.12.13.

Yang di-Pertuan Agong   Sultan Perak  Raja Muda   Raja Di Hilir  Perdana MenteriTimbalan Perdana MenteriMenteri,Timbalan Meneteri ) dan Setiausaha Parlimen    )Yang Dipertua Dewan           )Rakyat  dan Dewan Negara  )Timbalan Yang Dipertua    ) Dewan Rakyat  dan            )Dewan Negara                   )ADUN dan Ahli ParlimenTun dan Toh PuanTan Sri dan Puan SriDatuk/Dato’/Datin

Seri Paduka BagindaYang di-Pertuan Agong  Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Duli Yang Teramat  Mulia Raja Muda Perak.  Duli Yang Amat MuliaRaja Di Hilir Perak Yang Amat BerhormatYang Amat BerhormatYang Berhormat Yang Berhormat Yang Berhormat  Yang BerhormatYang Amat BerbahagiaYang BerbahagiaYang Berbahagia 

Seri Paduka BangindaRaja Permaisuri Agong  Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Duli Yang Teramat  Mulia Raja Puan Besar Perak Duli Yang Amat MuliaRaja Puan Muda Perak Yang Amat BerbahagiaYang Amat BerbahagiaYang Berbahagia Yang Berbahagia Yang Berbahagia  Yang BerbahagiaYang Amat BerbahagiaYang BerbahagiaYang Berbahagia

 Bil

 Jawatan

 Rujukan Kehormat

 Rujukan Kehormat

Page 21: Karangan Jenis Surat Rasmi

Penyandang Untuk Isteri 14.15. 16. 17.18.19.20.21.22. 23.24.  25.26.27.28.29.30. 31.32.

 Ketua Hakim NegaraHakim Besar Malaya dan BorneoHakim Mahkamah Tinggi / AgungKetua Setiausaha NegaraPanglima Angkatan TenteraKetua Polis NegaraPegawai Tentera/PolisKetua SetiausahaSpeaker Dewan Undangan NegeriMenteri Besar/Ketua MenteriSetiausaha Kerajaan/ Penasihat Undang-undang/ Pegawai Kewangan NegeriKetua JabatanRaja/TengkuProfesor/DoktorMuftiKadi/UlamaPengarah Jabatan Agama IslamBalu Almarhum SultanRaden, Syeikh

 Yang Amat ArifYang Arif Yang Arif Yang BerbahagiaYang Amat SetiaYang Amat SetiaYang SetiaYang BerbahagiaYang Berhormat Yang Amat BerhormatYang Berhormat  Yang BerusahaYang MuliaYang BerbahagiaSahibul SamahahSahibul FadilahSahibus Saadah Yang Maha MuliaYang Mulia

 Yang Amat BerbahagiaYang Berbahagia Yang Berbahagia Yang BerbahagiaYang Amat BerbahagiaYang Amat BerbahagiaYang BerbahagiaYang BerbahagiaYang Berbahagia Yang Amat BerbahagiaYang Berbahagia  Yang BerbahagiaYang MuliaYang BerbahagiaYang BerbahagiaYang BerbahagiaYang Berbahagia -Yang Mulia  

   Sapaan Bagi Orang Yang Mempunyai Satu Gelaran: Contoh: 

i.                    Yang Teramat Mulia Tengku (isim)ii.                  Yang Mulia Raden (isim)iii.                Yang Amat Berbahagia  Tun (isim)iv.                Yang Mulia Syeikh (isim)v.                  Yang Berbahagia Tan Sri (isim)vi.                Yang Amat Berhormat Dato’ Seri (isim)

      Sapaan Bagi Orang Yang Mempunyai Lebih Daripada Satu Gelaran: 1.Jika gelaran itu gelaran warisan yang kanan seperti Tengku dan Raja, gelaran itu   hendaklah didahulukan daripada gelaran kurniaan.    Contoh: 

i.                    Yang Mulia Raja Tan Sri ( isim)ii.                  Yang Mulia Tengku Datuk (isim)

  2. Sekiranya gelaran warisan itu bukan yang kanan seperti Syed,Meor,Nik  dan Megat

Page 22: Karangan Jenis Surat Rasmi

    gelaran itu hendaklah dikemudiankan daripada gelaran kurniaan.     Contoh: 

i.                    Yang Berbahagia Datuk Nik (isim)ii.                  Yang Berbahagia Tan Sri Syeikh (isim)iii.                Yang Berbahagia Datuk  Syed (isim)

  3. Kalau kedua-dua gelaran yang dimiliki itu gelaran kurniaan maka hendaklah     didahulukan gelaran kurniaan yang lebih kanan.     Contoh: 

i.                    Yang Berbahagia Tan Sri Datuk (isim)ii.                  Yang Berbahagia Datuk Patinggi Tan Sri (isim)iii.                Yang Amat Berbahagia Tun Datuk (isim).

 4. Contoh-contoh lain bagi orang yang mempunyai gelaran lebih daripada dua. 

i.                    Yang Berbahagia Profesor Tan Sri Datuk Dr. Haji (isim)ii.                  Yang Berbahagia Profesor Tan Sri Datuk Dr. (isim)iii.                Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. (isim)iv.                Yang Amat Arif Raja Tan Sri Datuk (isim)v.                  Yang Arif Tengku Tan Sri Datuk (isim)vi.                Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Syed (isim)

  Sapaan Bagi Datuk Gelaran (Gelaran Datuk yang tiada pingat): 

i.                    Yang Berbahagia Dato’ Lela Jasa . (Terengganu)ii.                  Yang Berbahagia  Dato’ Karma Jaya. (Kedah)iii.                Yang Berbahagia Dato’ Paduka Maharajalela  ( Negeri Sembilan)iv.                Yang Berbahagia Dato’ Seri Wangsa Diraja . (Perak)

  Faktor yang menentukan susunan gelaran:

  1. Susunan gelaran kurniaan daripada Yang di-Pertuan Agung paling kanan dan    diletakkan pada permulaan susunan gelaran . Manakala susunan gelaran kurniaan    daripada  kerajaan negeri (kedua kanan) . 2. Walau bagaimanapun susunan gelaran juga berdasarkan istiadat kerajaan negeri    dan juga  berdasarkan kebebasan individu.   Disediakan Oleh: Allahyarham En Abd. Rashid bin Omar,Penolong Pegawai Pendidikan Daerah ( R ),Kuala Kangsar. 15 September 2003  Saya tidak menanam nenas,Tanam kepaya di dalam padi;Saya tidak memandang emas,

Page 23: Karangan Jenis Surat Rasmi

Budi bahasa yang saya cari. Perigi dikatakan telaga,Tempat budak berulang mandi;Emas merah ada berharga,Budi bahasa bernilai abadi. (Mohd. Taib Osman, 1975:21)  Rujukan: 1. Sistem Panggilan Dalam Bahasa Melayu (DBP)2. Acara Rasmi Adat Istiadat Menyambut  Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan    Perak,Kedah,Selangor, dan Pahang3. Sejarah Perak,Kedah,Selangor, dan Pahang. (DBP)4. Panduan Menulis Surat (DBP)5. Gaya Bahasa Dewan  (DBP)6. Pekeliling Perkhidmatan Awam dan Kementerian Pendidikan.7. Tatabahasa Dewan (DBP).http://ppdkerian.edu.my/surat/PANDUAN_PENULISAN_SURAT_RASMI.htm