contoh karangan pendapat

16
Contoh Karangan Pendapat : Isu Dadah Jun 4, 2007 mindabahasa Apabila anda merdengar ungkapan “Enam Jahanam”, apakah yang mungkin anda fikirkan ? itu judul sebuah filem klasik P. Ramlee atau nama kumpulan penjenayah yang diburu oleh p Rupa-rupanya, ungkapan itu merujuk kepada enam jenis dadah yang harus diberi perhatian s kerana penyalahgunaannya yang meluas – heroin, kokain, ecstasy, kanabis, syabu dan morfi melancarkan “Karnival Enam Jahanam”, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan bahawa isu dadah di negara kita berada pada tahap yang berbahaya. Oleh itu, mengisytiharkan dadah harus diperangi hingga ke akar umbi kerana dadah merupakan musuh n satu negara.Apakah sebenarnya dadah ? Dadah yang fungsi asalnya ialah bahan perubatan me bahan kimia psikoaktif yang mempunyai kesan ke atas sistem saraf pusat seperti menyebabk khayal, ketagihan dan gangguan tingkahlaku. Penyalahgunaanya yang berterusan mendatangka kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Pada akhir tahun 1960-an, negara kita mulai mengalami masalah dadah Golongan remaja dipengaruhi oleh kebudayaan ‘hippie’ dan askar-askar Amerika yang melancong ke Pulau P Sebagai kesan daripada kedua pengaruh tersebut, penagihan dadah telah merebak ke seluruh Golongan muda yang terlibat dalam penagihan dadah merupakan pemuda- pemudi har bangsa dan negara dan terjerumusnya mereka dalam alam khayalan ini mengakibatkan merek bukan sahaja tidak berguna kepada masyarakat bahkan diri mereka sendiri. Memandangkan inilah, kerajaan telah mengambil sikap tegas terhadap pengedaran dadah, dan me langkah yang perlu untuk melindungi rakyat termasuklah undang-undang yang amat ketat. pengedaran dadah nampaknya tidak boleh diselesaikan dengan hanya peruntukan undang-undan seperti Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas 1985) walaupun mereka yang kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati mandatori. Oleh itu, kerajaan telah melancarkan antidadah di seluruh negara secara meluas. Namun demikian, tanggungjawab untuk dadah seharusnya kita pikul bersama. Tindakan pencegahandadah yang berkesan memerlukan penglibatan semua golongan masyarakat. Pada zaman moden ini, golngan muda lebih bebas, terdedah kepada pengaruh asing dan me mengutamakan pandangan rakan sebaya. Dengan ini, mereka mudah terlibat dengan kegiatan y tidak sihat. Untuk disanjung oleh kawan, mereka menunjukkan keberanian dengan menghisap dan dadah. Sekali mereka bermula, maka amat sukar bagi mereka memberhentikan amalan buruk ini. Masyarakat harus dididik sejak kecil lagi bahawa dadah itu najis, benda yang kotor disentuh. Sekiranya kita berjaya menyemai nilai ini dalam hati sanubari mereka, seba kejayaan pencegahan dadah akan tercapai. Kita harus sedar bahawa tindakan kita ke arah mencegah penyalahgunaan dadah ini adalah untuk menyelamatkan bukan sahaja keluarga kita bahkan generasi muda untuk mewujudkan satu bangsa yang bermaruah dan dihormati. Sebahagian besar penagih-penagih dadah di negara kita terdiri daripada golongan remaja a 29 tahun. Antara sebab-sebab utama mereka ini menjadi penagih ialah kerana keseronok ingin tahu, pengaruh persekitaran terutamanya pengaruh rakan sebaya, tekanan emosi dis oleh sama ada kegagalan, tidak mendapat kasih sayang ibu bapa atau kerana kemewahan. H menunjukkan, sekolah boleh memainkan peranan penting dalam membasmi bencana dadah. Pada tahun 2005 ini, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah melancarkan program pencegahan penagihan dadah besar-besaran tahun ini dengan sasaran utama terhadap golongan belia ter pelajar sekolah. Program pencegahan merupakan usaha terbaik bagi mengelak pertambahan ju penagih baru di negara ini. Menurut laporan agensi itu, sehingga Oktober tahun 2004, dar sejumlah 30,659 penagih dadah, sebanyak 15,292 orang adalah penagih baru manakala sebany adalah penagih berulang. Data ini jelas menunjukkan kita perlu bersungguh-sungguh dengan

Upload: padlon-abdul-rahman

Post on 21-Jul-2015

266 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Contoh Karangan Pendapat : Isu DadahJun 4, 2007 mindabahasaApabila anda merdengar ungkapan Enam Jahanam, apakah yang mungkin anda fikirkan ? Adakah itu judul sebuah filem klasik P. Ramlee atau nama kumpulan penjenayah yang diburu oleh pihak polis ? Rupa-rupanya, ungkapan itu merujuk kepada enam jenis dadah yang harus diberi perhatian serius kerana penyalahgunaannya yang meluas heroin, kokain, ecstasy, kanabis, syabu dan morfin. Sewaktu melancarkan Karnival Enam Jahanam, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan bahawa isu dadah di negara kita berada pada tahap yang berbahaya. Oleh itu, kerajaan mengisytiharkan dadah harus diperangi hingga ke akar umbi kerana dadah merupakan musuh nombor satu negara.Apakah sebenarnya dadah ? Dadah yang fungsi asalnya ialah bahan perubatan merupakan bahan kimia psikoaktif yang mempunyai kesan ke atas sistem saraf pusat seperti menyebabkan keadaan khayal, ketagihan dan gangguan tingkahlaku. Penyalahgunaanya yang berterusan mendatangkan kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Pada akhir tahun 1960-an, negara kita mulai mengalami masalah dadah Golongan remaja dipengaruhi oleh kebudayaan hippie dan askar-askar Amerika yang melancong ke Pulau Pinang. Sebagai kesan daripada kedua pengaruh tersebut, penagihan dadah telah merebak ke seluruh negara. Golongan muda yang terlibat dalam penagihan dadah merupakan pemuda- pemudi harapan bangsa dan negara dan terjerumusnya mereka dalam alam khayalan ini mengakibatkan mereka bukan sahaja tidak berguna kepada masyarakat bahkan diri mereka sendiri. Memandangkan hakikat inilah, kerajaan telah mengambil sikap tegas terhadap pengedaran dadah, dan mengambil langkahlangkah yang perlu untuk melindungi rakyat termasuklah undang-undang yang amat ketat. Tetapi, pengedaran dadah nampaknya tidak boleh diselesaikan dengan hanya peruntukan undang-undang seperti Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas 1985) walaupun mereka yang sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati mandatori. Oleh itu, kerajaan telah melancarkan kempen antidadah di seluruh negara secara meluas. Namun demikian, tanggungjawab untuk memerangi dadah seharusnya kita pikul bersama. Tindakan pencegahan dadah yang berkesan memerlukan penglibatan semua golongan masyarakat. Pada zaman moden ini, golngan muda lebih bebas, terdedah kepada pengaruh asing dan mereka lebih mengutamakan pandangan rakan sebaya. Dengan ini, mereka mudah terlibat dengan kegiatan yang tidak sihat. Untuk disanjung oleh kawan, mereka menunjukkan keberanian dengan menghisap rokok dan dadah. Sekali mereka bermula, maka amat sukar bagi mereka memberhentikan amalan buruk ini. Masyarakat harus dididik sejak kecil lagi bahawa dadah itu najis, benda yang kotor dan tidak boleh disentuh. Sekiranya kita berjaya menyemai nilai ini dalam hati sanubari mereka, sebahagian daripada kejayaan pencegahan dadah akan tercapai. Kita harus sedar bahawa tindakan kita ke arah matlamat mencegah penyalahgunaan dadah ini adalah untuk menyelamatkan bukan sahaja keluarga kita sendiri bahkan generasi muda untuk mewujudkan satu bangsa yang bermaruah dan dihormati. Sebahagian besar penagih-penagih dadah di negara kita terdiri daripada golongan remaja antara 1529 tahun. Antara sebab-sebab utama mereka ini menjadi penagih ialah kerana keseronokan, sikap ingin tahu, pengaruh persekitaran terutamanya pengaruh rakan sebaya, tekanan emosi disebabkan oleh sama ada kegagalan, tidak mendapat kasih sayang ibu bapa atau kerana kemewahan. Hal ini menunjukkan, sekolah boleh memainkan peranan penting dalam membasmi bencana dadah. Pada tahun 2005 ini, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah melancarkan program pencegahan penagihan dadah besar-besaran tahun ini dengan sasaran utama terhadap golongan belia terutama pelajar sekolah. Program pencegahan merupakan usaha terbaik bagi mengelak pertambahan jumlah penagih baru di negara ini. Menurut laporan agensi itu, sehingga Oktober tahun 2004, daripada sejumlah 30,659 penagih dadah, sebanyak 15,292 orang adalah penagih baru manakala sebanyak 15,667 adalah penagih berulang. Data ini jelas menunjukkan kita perlu bersungguh-sungguh dengan program

pencegahan kerana program pemulihan dan rawatan sukar menghalang penagih-penagih ini mengulangi kegiatan mereka. Kajian oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan kegiatan penagihan dadah lazimnya bermula dengan tabiat menghisap rokok. Ini kerana tabiat ketagihan dihasilkan oleh unsur nikotin dalam rokok. Apabila merasakan rokok tidak memberi kepuasan, mereka beralih kepada ganja dan sekiranya ganja juga tidak memberi keseronokan, mereka akan beralih kepada heroin dan morfin. Jelasnya, pencegahan tabiat merokok juga penting dalam memerangi najis dadah kerana implikasinya terhadap dorongan untuk mendapatkan dadah. Masyarakat harus sama-sama menyedari akan kesan pengambilan dadah. Dengan berfikiran rasional, mereka tentu tidak sanggup menerima risikonya yang menakutkan. Antara kesan-kesannya ialah mendapat penyakit meningitis, penyakit jangkitan jantung, AIDS, Hepatitis B, C, dan D, kerosakan buah pinggang, otot-otot badan mengecut dan berkemungkinan lumpuh. Kesan fizikal pula ialah apabila sekiranya bekalan dadah tidak diperoleh mereka akan berasa keluh-kesah, gian, dan amat menderita. Jelasnya mereka akan berperang dengan kematian kerana terdedah dengan penyakit terutamanya penyakit AIDS yang amat digeruni. Kesimpulannya, kita harus bertekad dengan keazaman yang tinggi untuk memerangi dadah. Najis dadah akan kita kuburkan dan wujudlah suasana dadah sifar. Marilah kita sama-sama menghapuskan najis dadah yang menjahanamkan masyarakat daripada terus hadir di Malaysia. Kita tiada pilihan melainkan hanya satu slogan di hati dan di minda pada setiap masa iaitu Perangi Dadah HabisHabisan.

Contoh Karangan : Pencemaran SungaiJun 30, 2007 mindabahasa Sejak beberapa tahun, kerajaan telah melancarkan kempen Sayangi Sungai dalam negara yang merangkumi pelbagai usaha memantau, memulihara, membersih dan mengindahkan keadaan sungai. Walaupun begitu, belakangan ini, isu pencemaran sungai kian serius sehinggakan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid melahirkan rasa kecewanya kerana tidak terdapat kesan yang boleh dibanggakan terhadap keadaan banyak sungai kita. Masalahnya tidak kelihatan apa-apa tindakan berkesan dilakukan. Mereka yang mendiami sekitaran sungai seperti pengusaha kilang, peniaga gerai makan dan juga penghuni rumah masih menganggap sungai sebagai tempat untuk menyalurkan sampah dan segala macam sisa yang hendak dibuang. Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri perlu mengadakan pelbagai acara membabitkan orang ramai dan industri. Sokongan orang ramai dan swasta adalah penting sekiranya kempen menyayangi sungai dikehendaki mendatangkan kesan. Perasaan cintakan sungai yang mengalir melalui kediaman atau bandar mereka diami adalah milik mereka juga perlu dipupuk. Hanya dengan cara begini, baru akan timbul perasaan menyayangi sungai mereka sendiri dan dengan itu mereka juga berusaha memuliharanya daripada dicemari. Apa pun kebanyakan sungai dan kawasan lembahnya terus dilanda pencemaran. Malah tahap pencemaran terhadap beberapa batang sungai semakin teruk hingga ada yang terpaksa dikategorikan sebagai sudah mati. Mengikut perangkaan yang diberikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perairan dan Saliran, Datuk Keizrul Abdullah, kedudukan sungai dalam negara kita sebenarnya semakin meruncing. Daripada keseluruhan 120 kawasan lembah sungai yang dipantau Jabatan Alam Sekitar (JAS) kedudukan pencemarannya semakin buruk dari tahun ke tahun. Pada tahun 2002, masih ada 63 sungai dikategorikan sebagai bersih, tetapi setahun kemudian hanya tinggal 58 sungai yang masih bersih. Pada 2002, 43 sungai dianggap sudah tercemar manakala setahun kemudian jumlah sungai yang tercemar meningkat kepada 53. Bagaimanapun, jumlah sungai yang mengalami pencemaran teruk tinggal sembilan batang saja pada 2003 berbanding dengan 14 sebelum itu. Tidak diketahui apakah yang menyebabkan lima sungai yang tercemar teruk pada 2002 bertambah baik setahun kemudian.

Pemantauan yang dilakukan Jabatan Alam Sekitar menunjukkan bahawa kiranya tidak ada rancangan berkesan memelihara kebersihan sungai, kedudukan kebanyakan sungai dalam negara akan terus dilanda pencemaran. Hal ini disebabkan, keseluruhannya rakyat negara ini amat kurang prihatin terhadap tahap kebersihan sungai. Kebanyakan daripada mereka seolah-olah tidak pernah terfikir bahawa merekalah juga yang menyebabkan keadaan kebanyakan sungai kita terus tercemar. Penghuni rumah di tepi sungai baik setinggan atau pun tidak, berterusan menganggap sungai seperti saliran membuang najis dan sampah. Kalau diperhatikan kawasan perumahan, bangunan dan rumah kedai yang didirikan 30 atau 40 tahun lalu semuanya membelakangkan sungai. Ramai ketika itu menjadikan sungai sebagai saliran sampah dan najis. Sehingga kini pun ketika pemaju perumahan misalnya sudah tidak lagi menganggap sungai sebagai saliran sampah dan mula mendirikan rumah menghadap sungai, itupun orang ramai masih tidak dapat mengikis pandangan mereka terhadap sungai. Selagi tahap kesedaran terhadap kebersihan sungai tidak dapat diwujudkan, selagi itulah segala usaha untuk memulihkan sungai tidak akan berkesan. Kesedaran demikian ini seharusnya dipupuk daripada bangku sekolah lagi. Perasaan cinta akan sungai dan prihatin terhadap persekitaran alam didedahkan kepada murid di sekolah lagi supaya apabila dewasa kelak mereka akan lebih prihatin terhadap usaha kebersihan alam sekitar. Media juga boleh memainkan peranan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap pentingnya sungai dipelihara supaya terus bersih. Demikian juga walaupun ada pelbagai peraturan dan undang-undang mencegah kotoran dan sisa pengilangan atau ternakan dibuang ke sungai, kegiatan tidak bertanggungjawab ini tetap diteruskan. Pemantauan dan pencegahan oleh Jabatan Alam Sekitar dan pihak berkuasa tempatan perlu ditingkatkan. Lazimnya, apabila pencemaran didedahkan media, barulah mereka bertindak. Bahkan kadangkala pesalah hanya dikenakan kompaun yang tidak seberapa sehingga tidak wujud perasaan takut menghadapi tindakan. Walaupun ada peruntukan membolehkan kilang yang secara berterusan membuang sisa dan sisa toksik ditutup, apakah tindakan drastik demikian ini pernah diambil? Sebenarnya kalau ada kemahuan, sungai-sungai ini sememangnya boleh dipulihkan menjadi bersih agar ikan akan dapat membiak kembali dan berbagai-bagai kegiatan riadah dan pelancongan boleh dilaksanakan menggunakan sungai terbabit. Jelasnya, segala usaha mungkin akan mengambil masa tetapi sekiranya ada keazaman dan dengan perangan rapi dan dapat pula dilaksanakan dengan betul tanpa pengecualian tentunya sungai-sungai yang terjejas dapat dipulihkan.

ANALISIS SOALAN PERCUBAAN SPM 2011 (BAHASA MELAYU 2) SOALAN 1 (RUMUSAN) BIL NEGERI 1 SKOR BH 2 3 4 5 6 7 8 ARAHAN SOALAN Punca-punca kewujudan masalah kemiskinan di negara ini dan usaha-usaha membasmi masalah tersebut. SBP Kepentingan berekreasi dalam kalangan remaja dan kekangan yang dihadapi bagi melaksanakannya. KEDAH Kepentingan klinik 1Malaysia dan cabaran dalam pelaksanaannya. SABAH Kebaikan pokok putat dan cara-cara untuk memajukan industri tanaman herba. TERENGGANU Langkah-langkah yang telah diambil untuk mencegah pembalakan haram dan kepentingan mengekalkan kawasan hutan. YAYASAN Sebab-sebab remaja tidak mahu hidupnya ISLAM dikongkong dan faedah-faedah jika dikawal KELANTAN oleh ibu bapa mereka. N. SEMBILAN Keistimewaan sejarah dalam kehidupan dan langkah-langkah meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran sejarah. JOHOR Peranan ibu bapa dalam mengatasi kemerosotan pencapaian akademik pelajar dan kepentingan pencapaian akademik bagi masa depan pelajar. WPKL SELANGOR KELANTAN Ciri-ciri remaja berkualiti dan kesan-kesan terhadap negara. Kepentingan bersarapan dan usaha-usaha untuk menggalakkan tabiat bersarapan dalam kalangan masyarakat. Punca berlakunya tekanan mental dalam kalangan remaja dan langkah-langkah

9 10 11

12 13 14 15 16

PULAU PINANG PAHANG MRSM PERAK SARAWAK ZON A MELAKA

17

18 19

SARAWAK ZON C PERLIS

mengatasinya. Cara-cara menggalakkan golongan muda menabung dan kekangan untuk menggalakkan mereka menabung. Usaha-usaha ke arah pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan dan masalah-masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan tersebut. Kepentingan mempelajari subjek Sejarah dan cara-cara menyuburkan minat pelajar terhadap subjek tersebut. Cara-cara mengelakkan individu daripada keracunan makanan dan kepentingan makanan yang bersih kepada keluarga. Usaha-usaha untuk menangani masalah tekanan mental dalam kalangan pelajar dan kesan-kesan masalah mental kepada pelajar. Langkah-langkah meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam dan masalah-masalah perkhidmatan pengangkutan awam. Usaha-usaha membendung pencemaran alam sekitar dan kepentingan mewujudkan alam sekitar yang bersih. Tanggungjawab remaja sebagai pengguna dan usaha-usaha memupuk kesedaran kepenggunaan dalam kalangan remaja.

ANALISIS SOALAN PERCUBAAN SPM 2011 (BAHASA MELAYU 2) SOALAN 2(c), 2(c) dan 2(d) BIL NEGERI 1 SKOR BH 2 3 SBP KEDAH SOALAN 2 (b) SOALAN 2 (c) Cerpen: Israk Hikayat Langlang Buana Cerpen: Hikayat Opu Memori Daeng Seorang Tua Menambun Cerpen: Hikayat SOALAN 2 (d) Gurindam 12 Fasal Keenam Pantun Lapan Kerat Sajak: Harga

4 5

SABAH TERENGGANU

Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong Cerpen: Ibu dan Ceper Drama: Tiang Cengal Dinding Sayung Drama: Tiang Cengal Dinding Sayung Cerpen: Israk Cerpen: Ibu dan Ceper

Langlang Buana Hikayat Langlang Buana Pelayaran Yang Penuh Peristiwa Dua Geliga Hikmat Hikayat Langlang Buana Pelayaran yang penuh peristiwa Hikayat Langlang Buana

Remaja

Sajak: Harga Remaja Sajak: Dirgahayu Bahasaku Sajak: Adat Sezaman Sajak : Dirgahayu Bahasaku Sajak: Kecek Sajak: Di Perpustakaan

6

YAYASAN ISLAM KELANTAN N. SEMBILAN JOHOR

7 8 9

WP K.LUMPUR Drama: Tiang Cengal Dinding Sayung SELANGOR Drama: Taing Cengal Dinding Sayung Cerpen: Biarkan Samudera Drama: Forum Remaja 2020 Cerpen: Ibu dan Ceper Cerpen:

10

Dua Geliga Hikmat

Sajak: Harga Remaja

11 12 13 14

KELANTAN PULAU PINANG PAHANG MRSM

Dua Geliga Hikmat Hikayat Langlang Buana Hikayat Opu Daeng Menambun Hikayat Siak

Sajak: Bangkitlah Sajak: Di Perpustakaan Sajak: Kecek Sajak: Di

Melissa 15 16 17 18 19 PERAK SARAWAK ZON A MELAKA SARAWAK ZON C PERLIS Drama: Dato Onn Cerpen: Ibu dan Ceper Cerpen: Pahlawan Buntung Drama: Gelanggang Tuk Wali Cerpen: Pahlawan Buntung Pelayaran yang Penuh Peristiwa Hikayat Langlang Buana Merah Silu Hikayat Langlang Buana Pelayaran yang Penuh Peristiwa

Bawah Langit yang Sama Sajak: Harga Remaja Sajak: Harga Remaja Sajak: Di Perpustakaan Sajak: Harga Remaja Sajak: Adat Sezaman

ANALISIS SOALAN PERCUBAAN SPM 2011 (BAHASA MELAYU 2) SOALAN 3BIL

1

NEGERI SKOR BH

2

SBP

3

KEDAH

4

SABAH

SOALAN 3 (a) - balas - belas - dulang - dalang - kaji - keji Tulis dua ayat - gamat - diam - bidang - bergerigi - bergeletar - bergelodak - bergemerlap - bersemerbak - bergeruping - rancang

SOALAN 3 (b) Nyatakan Jenis Ayat

SOALAN 3 (e) Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat. Kemukakan 3 peribahasa berdasarkan situasi. Berikan maksud peribahasa dalam petikan. Nyatakan

Pisahkan ayat majmuk kepada ayat tunggal. Nyatakan golongan kata.

Nyatakan

5

TERENGGAN U

6

YAYASAN ISLAM KELANTAN

7

N. SEMBILAN

- merancang - terancang - perancang - rancangan - perancangan - bekalan - pembekal - membekalkan - menaiki - kenaikan - penaikan - salah faham - salah guna - sara hidup - senarai hitam - serba salah - soal siasat Tulis dua ayat - bela - reda - perang - seniman - budiman - hartawan - karyawan - peragawati - olahragawati Pasangan perkataan: - peperiksaan pemeriksaan - persatuan penyatuan - penemuan pertemuan - soal siasat - soal jawab - temu duga - temu bual

jenis-jenis ayat.

peribahasa yang sesuai.

Tukar ayat susunan songsang kepada susunan biasa. Tukarkan cakap pindah kepada cakap ajuk. Menentukan jenis-jenis ayat perintah.

Tulis satu ayat bagi setiap peribahas. Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

8

JOHOR

Tukar peribahasa atau kata hikmat yang hampir sama erti. Tukarkan ayat Nyatakan pasif kepada peribahasa ayat aktif. yang sesuai dengan maksud ayat. Jenis-jenis ayat suruhan, larangan, silaan dan permintaan. Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat.

9

WPKL

10

SELANGOR

Gabungkan ayat tiga ayat.

Nyatakan peribahasa yang sama dengan

11

KELANTAN

12

PULAU PINANG

13

PAHANG

14

MRSM

- lemah lembut - lemah lesu - nama - bernama - ternama - menamakan - kenamaan - penamaan - menjahit - menyulam - menganyam - mengait - memilin - menyirat - asal usul - adat resam - amal ibadat - hak milik - atur cara - reka bentuk - reda redah - paras parau - kerat kelat

peribahasa yang diberi. Nyatakan pola Nyatakan ayat dasar. peribahasa yang menepati maksud. Menggabungkan dua ayat dengan menggunakan kata hubung yang sesuai. Tulis petikan dialog dalam bentuk cakap pindah. Kenal pasti jenis-jenis ayat pasif. Berikan peribahasa yang sama maksud. Berikan maksud tiga peribahasa.

15

PERAK

16

SARAWAK ZON A

17

MELAKA

- lebih kurang Tukar ayat - baik buruk bersusunan - tinggi rendah biasa kepada - susah senang ayat - tua muda bersusunan - maju mundur songsang. - daya Cerakinkan daya saing ayat majmuk - ulang kepada enam ulang tahun ayat tunggal. - ambil ambil berat - latar Tukarkan ayat

Kemukakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi yang diberi. Isi tempat kosong dengan peribahasa yang betul. Kemukakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi diberi Kemukakan

18

SARAWAK ZON C

19

PERLIS

latar pasif kepada belakang ayat aktif. - pusat pusat serenti - jangka jangka hayat - baik Cerakinkan baik hati ayat majmuk - jarang kepada enam jarang-jarang ayat tunggal. - suka suka-suka - cari gali Nyatakan - jati diri jenis ayat: - ruang legar ayat penyata, - ulasan selari ayat perintah, - ulang ayat seruan, tayang ayat tanya - temu ramah.

tiga peribahasa yang sesuai dengan petikan. Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayatayat yang diberi. Kemukakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam ayat.

ANALISIS SOALAN PERCUBAAN SPM 2011 (BAHASA MELAYU 2) SOALAN 4 NOVEL BIL NEGERI 1 SKOR BH 2 SBP SOALAN 4 (a) Tema Dua teknik plot. SOALAN 4 (b) Perwatakan watak utama dalam dua novel. Perwatakan watak utama yang boleh dijadikan teladan dalam 2 buah novel. Latar masyarakat dalam 2 buah novel. Satu persoalan dalam setiap dua novel.

3 4

KEDAH SABAH

Dua peristiwa yang menyayatkan hati. Dua teknik penceritaan.

5 6

TERENGGANU Dua persoalan. YAYASAN ISLAM KELANTAN N. SEMBILAN Dua konflik yang dihadapi watak utama dan bagaimana konflik itu diselesaikan. Dua persoalan

Satu nilai murni yang terdapat dalam 2 buah novel. Perbandingan 2 latar masyarakat dalam setiap novel. Bandingkan satu perwatakan watak utama dalam 2 novel. Perbandingan satu latar masyakarat dalam setiap novel. Huraikan tiga peristiwa yang memperlihatkan latar masyarakat yang prihatin terhadap masalah orang lain. Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam dua novel Perbandingan satu latar masyarakat dalam setiap novel. Dua peristiwa negatif yang membawa teladan dalam kehidupan kita dalam dua novel. Perbandingan satu peristiwa yang memaparkan persoalan kasih sayang dalam setiap

7

8

JOHOR

Huraikan tema novel. Nyatakan dan huraikan tema novel.

9

WPKL

10

SELANGOR

11 12

KELANTAN PULAU PINANG

Huraikan dua peristiwa yang menunjukkan nilai kasih sayang. Peristiwa yang mempunyai nilai murni. Berikan dua peristiwa yang menunjukkan nilai kasih sayang. Dua keistimewaan perwatakan watak utama.

13

PAHANG

14

MRSM

Huraikan dua persoalan novel. Dua peristiwa yang menarik dalam novel. Huraikan perasaan anda setelah selesai membaca novel dan sebab-sebab anda berperasaan demikian.

15

PERAK

novel. Huraikan dua peristiwa yang menunjukkan nilai tanggungjawab. Perbandingan dua novel persoalan kasih sayang. Perbandingan satu peristiwa yang menggambarkan nilai kegigihan dalam setiap novel.

16

SARAWAK ZON A

17

MELAKA

Dua peristiwa yang Perbandingan latar menunjukkan tempat. pertentangan antara watak dalam novel. Nyatakan peristiwa yang mengandungi unsur saspens. Huraikan persoalan dalam satu novel. Perbandingan satu persamaan dan satu perbezaan latar masyarakat. Berdasarkan dua novel, huraikan perwatakan watak utama.

18

SARAWAK ZON C PERLIS

19

ANALISIS SOALAN PERCUBAAN SPM 2011 (BAHASA MELAYU 2) SOALAN 4 NOVEL BIL NEGERI 1 SKOR BH SOALAN 4 (a) Tema SOALAN 4 (b) Perwatakan watak utama dalam dua novel.

2

SBP

Dua teknik plot.

3 4 5 6

KEDAH SABAH

Dua peristiwa yang menyayatkan hati. Dua teknik penceritaan.

TERENGGANU Dua persoalan. YAYASAN ISLAM KELANTAN N. SEMBILAN Dua konflik yang dihadapi watak utama dan bagaimana konflik itu diselesaikan. Dua persoalan

Perwatakan watak utama yang boleh dijadikan teladan dalam 2 buah novel. Latar masyarakat dalam 2 buah novel. Satu persoalan dalam setiap dua novel. Satu nilai murni yang terdapat dalam 2 buah novel. Perbandingan 2 latar masyarakat dalam setiap novel. Bandingkan satu perwatakan watak utama dalam 2 novel. Perbandingan satu latar masyakarat dalam setiap novel. Huraikan tiga peristiwa yang memperlihatkan latar masyarakat yang prihatin terhadap masalah orang lain. Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam dua novel Perbandingan satu latar masyarakat dalam setiap novel. Dua peristiwa negatif

7

8

JOHOR

Huraikan tema novel. Nyatakan dan huraikan tema novel.

9

WPKL

10

SELANGOR

11 12

KELANTAN PULAU

Huraikan dua peristiwa yang menunjukkan nilai kasih sayang. Peristiwa yang mempunyai nilai murni. Berikan dua

PINANG

peristiwa yang menunjukkan nilai kasih sayang. Dua keistimewaan perwatakan watak utama.

13

PAHANG

14

MRSM

Huraikan dua persoalan novel. Dua peristiwa yang menarik dalam novel. Huraikan perasaan anda setelah selesai membaca novel dan sebab-sebab anda berperasaan demikian.

15

PERAK

yang membawa teladan dalam kehidupan kita dalam dua novel. Perbandingan satu peristiwa yang memaparkan persoalan kasih sayang dalam setiap novel. Huraikan dua peristiwa yang menunjukkan nilai tanggungjawab. Perbandingan dua novel persoalan kasih sayang. Perbandingan satu peristiwa yang menggambarkan nilai kegigihan dalam setiap novel.

16

SARAWAK ZON A

17

MELAKA

Dua peristiwa yang Perbandingan latar menunjukkan tempat. pertentangan antara watak dalam novel. Nyatakan peristiwa yang mengandungi unsur saspens. Huraikan persoalan dalam satu novel. Perbandingan satu persamaan dan satu perbezaan latar masyarakat. Berdasarkan dua novel, huraikan perwatakan watak utama.

18

SARAWAK ZON C PERLIS

19