contoh karangan spm.docx

26
Contoh Karangan SPM: Langkah-langkah mengatasi Masalah Vandalisme dalam kalangan Pelajar Era digital ini, kepentingan melahirkan generasi muda yang cemerlang untuk masa hadapan negara semakin meningkat. Malangnya, gejala sosial dalam kalangan pelajar yang kian meruncing membimbangkan semua pihak. Menurut kajian Kementerian Pelajaran Malaysia, salah satu daripada lapan gejala salah laku pelajar yang semakin menjadi-jadi kini ialah masalah vandalisme. Aktiviti vandalisme, atau kegiatan merosakkan harta benda awam bukan sahaja merugikan pelbagai pihak, malah turut menjejaskan imej negara kita. Oleh itu, langkah-langkah untuk mengatasi masalah vandalisme dalam kalangan pelajar perlu dilaksanakan dengan segera. Pertama sekali, ibu bapa harus menjalankan peranan penting dalam menyifarkan masalah vandalisme. Mereka perlu memantau kegiatan anak- anak mereka supaya tidak terjerumus ke dalam kancah yang negatif. Bukan itu sahaja, malah pergaulan anak-anak juga patut diawasi agar tidak melakukan kesilapan dalam memilih rakan. Lebih-lebih lagi, ibu bapa harus menyemai ilmu keagamaan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi kerana sesungguhnya, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini demikian kerana ilmu keagamaan mampu menjadi benteng utama dalam menghalang generasi muda daripada terpengaruh dengan anasir-anasir negatif seperti kegiatan vandalisme. Jika ibu bapa melaksanakan peranan mereka dengan sempurna, pasti masalah vandalisme dapat diatasi dengan mudah. Selain itu, masyarakat juga perlu memainkan tanggungjawab mereka demi menangani masalah vandalisme dalam kalangan pelajar. Sebagai seorang ahli masyarakat, kita harus peka terhadap situasi di sekeliling kita. Contohnya, jika terlihat perlakuan vandalisme, kita patut melaporkannya kepada pihak berkuasa. Pendek kata, kita tidak patut bersikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Maka, sekiranya masyarakat bersikap proaktif, pasti kegiatan vandalisme mampu dikurangkan. Seterusnya, pihak berkuasa turut mempunyai peranan yang penting dalam mengatasi masalah vandalisme dalam kalangan pelajar. Hakikatnya,

Upload: sokuden

Post on 07-Nov-2015

135 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Contoh Karangan SPM: Langkah-langkah mengatasi Masalah Vandalisme dalam kalangan PelajarEra digital ini, kepentingan melahirkan generasi muda yang cemerlang untuk masa hadapan negara semakin meningkat. Malangnya, gejala sosial dalam kalangan pelajar yang kian meruncing membimbangkan semua pihak. Menurut kajian Kementerian Pelajaran Malaysia, salah satu daripada lapan gejala salah laku pelajar yang semakin menjadi-jadi kini ialah masalah vandalisme. Aktiviti vandalisme, atau kegiatan merosakkan harta benda awam bukan sahaja merugikan pelbagai pihak, malah turut menjejaskan imej negara kita. Oleh itu, langkah-langkah untuk mengatasi masalah vandalisme dalam kalangan pelajar perlu dilaksanakan dengan segera.

Pertama sekali, ibu bapa harus menjalankan peranan penting dalam menyifarkan masalah vandalisme. Mereka perlu memantau kegiatan anak-anak mereka supaya tidak terjerumus ke dalam kancah yang negatif. Bukan itu sahaja, malah pergaulan anak-anak juga patut diawasi agar tidak melakukan kesilapan dalam memilih rakan. Lebih-lebih lagi, ibu bapa harus menyemai ilmu keagamaan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi kerana sesungguhnya, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini demikian kerana ilmu keagamaan mampu menjadi benteng utama dalam menghalang generasi muda daripada terpengaruh dengan anasir-anasir negatif seperti kegiatan vandalisme. Jika ibu bapa melaksanakan peranan mereka dengan sempurna, pasti masalah vandalisme dapat diatasi dengan mudah.

Selain itu, masyarakat juga perlu memainkan tanggungjawab mereka demi menangani masalah vandalisme dalam kalangan pelajar. Sebagai seorang ahli masyarakat, kita harus peka terhadap situasi di sekeliling kita. Contohnya, jika terlihat perlakuan vandalisme, kita patut melaporkannya kepada pihak berkuasa. Pendek kata, kita tidak patut bersikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Maka, sekiranya masyarakat bersikap proaktif, pasti kegiatan vandalisme mampu dikurangkan.

Seterusnya, pihak berkuasa turut mempunyai peranan yang penting dalam mengatasi masalah vandalisme dalam kalangan pelajar. Hakikatnya, undang-undang kini hanya seperti melukut di tepi gantang kerana tidak mampu menunjukkan impak yang signifikan dalam menangani gejala negatif dalam kalangan pelajar. Menyedari realiti ini, pihak berkuasa perlulah menggubal undang-undang supaya hukuman yang lebih berat dijatuhkan terhadap si pelaku vandalisme. Pada masa yang sama, pihak polis harus menjalankan pemantauan yang lebih kerap dan ketat di kawasan yang berpotensi tinggi berlakunya kegiatan vandalisme. Jika langkah-langkah ini dilaksanakan dengan segera, sudah tentu masalah vandalisme boleh disifarkan dalam kalangan pelajar.

Di samping itu, pihak sekolah patut melaksanakan peraturan sekolah secara lebih tegas terhadap pelajar. Mereka harus mendenda pelajar yang melakukan vandalisme di dalam kawasan sekolah. Misalnya, pelajar yang terlibat dengan vandalisme perlu dirotan atau dikenakan hukuman gantung sekolah. Tindakan ini dapat menginsafkan pelajar yang terlibat dan mampu menjadi pengajaran kepada pelajar-pelajar yang lain. Pihak sekolah juga harus mengenepikan sikap pilih kasih semasa mengenakan tindakan terhadap pelajar yang terlibat dengan vandalisme. Langkah ini bukan sahaja mampu menangani masalah vandalisme, tetapi turut dapat mengurangkan masalah-masalah disiplin yang lain.

Intihanya, sememangnya terdapat pelbagai langkah yang boleh dilaksanakan untuk menangani masalah vandalisme dalam kalangan pelajar. Oleh sebab itu, semua pihak, terutamanya ibu bapa, masyarakat, pihak kerajaan dan pihak sekolah harus berganding bahu dan melaksanakan obligasi masing-masing demi mengurangkan gejala yang semakin serius ini. Jika hasrat tersebut berjaya dilaksanakan, tidak mustahil negara kita dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju.Semoga dengan penyelesaian masalah ini, negara kita mampu merealisasikan Wawasan 2020 dan terkenal di seantero dunia.Langkah-Langkah mengatasi vandalismei. Penguatkuasaan Undang-undang

Penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang perlu dijalankan oleh pihak berkenaan. Di bawah Akta Kerajaan Tempatan 9 Undang-Undang Kecil Vandalisme1991), sesiapa yang didapati merosakkan harta benda awam boleh didenda membabitkan RM 2,000 atau penjara tidak lebih setahun jika sabit kesalahan.Pelaksanaan undang-undang baru menetapkan pesalah-pesalah vandalisme menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat danmereka juga akan menggunakan pakaian seragam pesalah vandalisme.(kerja ini dilakukan di tempat awam seperti pusat membeli-belah)Tindakan tegas perlu dikenakan kepada pesalah agar menjadi teladan kepada rakan-rakan.

ii. Peranan Ibu Bapa dan Keluarga

Ibu bapa berperanan memberi tunjuk ajar kepada golongan remaja tentang falsafah kepentingan harta benda awam. Ibu bapa semestinya menerangkan kepada anak-anak tentang pentingnya menganggap harta benda orang lain sama seperti harta sendiri. Secara tidak langsung sekiranya anak sudah diingatkan dengan falsafah ini maka sudah tentu masalah vandalisme tidak seteruk hari ini. Ibu bapa perlu mengasihi dan mendampingi anak-anakmereka supaya tidak berlaku kebosanan dan kekosongan di hati remaja. Kesedaran perlu diterapkan untuk membentuk jiwa remaja yang sihat dan fikiran yang matang sebelum melangkah ke alam dewasa.

iii. Peranan Masyarakat dan Pihak Sekolah.

Setiap anggota masyarakat perlu bersikap prihatin dan memberi perhatian kepada anak mereka agar tidak melakukan perbuatan yang salah ini dan masyarakat perlu peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Masyarakat perlu proaktif terhadap gejala vandalisme yang berlaku di kawasan mereka. Selain itu anggota masyarakat boleh memainkan perananpenting memberikan kefahaman betapa buruknya akhlak vandalisme. Pihak sekolah patut memberi nasihat dan bimbingan kepada pelajar mengenai kepentingan harta awam .Generasi muda perlu diterangkan dengan mendalam tentang tanggungjawab mereka terhadap harta benda awam. Terangkan kepada pelajar apa perasaan mereka sekiranya beg sekolah mereka diconteng atau dikoyak oleh mereka tidak bertanggungjawab Kesedaran seumpama itu akan sedikit sebanyak memberi gambaran tentangpentingnya sikap dan tanggungjawab.

iv. Peranan Media Massa

Selain berfungsi sebagai media hiburan dan sumber maklumat terkini, media massa juga seharusnya ada tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Media massa memainkan peranan dan mempunyai pengaruh kuat dari segi menanam kesedaran memperoleh kerjasama dan menyampai maklumat tentang vandalisme dalam apa bentuk rancaangan yang tersiar atau yang terdapat dalam media massa.Media massa juga berperananmembantu pihak kerajaan dari segi mengadakan kempen agar masyarakat faham dan menghayati kempen Harta Awam Milik Bersama kerana dengan adanya iltizam dan komitmen daripada media massa maka kempen ini dapat direalisasikan keberkesanannya

*Di ibu negara,Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sentiasa sedaya upaya utnuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang pentingnya sikap memelihara harta benda awam ini dengan membentuk Jawatankuasa Antivandalisme yang turut dianggotai oleh jabatandan kerajaanlain.Jawatankuasa Antivandalisme ini telah melibatkan sekolah dan para remaja untuk turut sama menjayakan kempen tersebut.

Sejak akhir-akhir ini, gejala vandalisme atau 'laku musnah ' semakin hari semakin meningkat. Gejala ini telah menular ke kawasan sekolah apabila gejala ini turut melibatkan pelajar sekolah. Menurut kamus dewan, vandalisme bermaksud kegiatan merosakkan atau memusnahkan harta benda awam dan juga harta benda orang lain.Fenomena ini semakin menggusarkan hati pelbagai pihak memandangkan golongan remaja boleh diibaratkan batu permata yang bakal mencorakkan masa depan negara. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memerangi gejala negatif ini?

Sebenarnya, sebelum membincangkan peranan pihak lain, diri golongan remaja sendiri perlu diberi perhatian. Hal ini demikian kerana, remaja sendiri dikurniakan akal fikiran untuk berfikir tentang baik buruknya seuatu perkara. Usaha murni pelbagai pihak untuk memendung gejala vandalisme tidak akan memberi impak seperti yang diharap-harapkan jika golongan remaja sendiri tidak bersedia untuk membuat anjakan paradigma dan mengubah persepsi mereka terhadap kepentingan menghargai kemudahan awam.Sehubungan dengan itu, remaja perlu mempunyai sikap bertanggungjawab dan bersyukur terhadap kemudahan yang disediakan. Contohnya, golongan remaja haruslah menggunakan dengan berhemah dan sentiasa menjaga kemudahan yang disediakan oleh ibu bapa di rumah, kemudahan dan peralatan di sekolah , malahan kemudahan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan. Golongan remaja wajar mempunyai kesedaran dengan membayangkan kesulitan yang akan timbul jika mereka tinggal si sesebuah negara yang tidak mempunyai kemudahan awam yang sempurna seperti negara-negara miskin atau negara yang mengalami pergolakan dan peperangan. Sekiranya setiap remaja berjaya memupuk kesedaran ini dalam jiwa mereka, sudah pasti mereka tidak akan tergamak melakukan kegiatan vandalisme ini. Memang tidak dapat disangkal lagi, ibu bapa perlu memainkan peranan penting sebagai pihak yang paling hampir dengan remaja. Didikan agama dan nilai moral yang sempurna haruslah ditanam dalam jiwa anak-anak mereka sejak kecil lagi, bak kata pepatahmelentur buluh biarlah dari rebungnya. Didikan agama yang sempurna mampu menjadi tembok penghalang remaja daripada melibatkan diri dalam gejala vandalisme. Hal ini demikian kerana, ajaran agama mementingkan kebaikan dan melarang melakukan perkara-perkara keburukan.Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka supaya menghargai harta benda yang ada di dalam rumah dan menghargai harta benda awam yang terdapat baik di kawasan tempat tinggal mereka mahupun di tempat lain. Justeru, didikan sejak peringkat awalumpama sebutir benih yang ditanam, dibaja, dan disiram setiap hari, bakal tumbuh menjadi pokok yang subur dan menghijau.

Lanjutan daripada itu,ibu bapa, harus memantau aktiviti-aktiviti yang biasa dilakukan oleh anak-anak mereka dan mengetahui latar belakang rakan anak-anak mereka.Ibu bapa yang cemerlang ialah yang sering menjalinkan hubungan yang baik dengan pihak sekolah untuk mengetahui perkembangan anak-anak mereka terutama dari segi sahsiah. Hal ini disebabkan, tidak mustahil berlaku apabila tingkah laku anak-anak sangat berbeza semasa di sekolah berbanding semasa di rumah. Contohnya, terdapat remaja yang serig menimbulkan masalah di sekolah tetapi dimaklumkan oleh ibu bapa sebagai remaja yang baik tingkah lakunya ketika di rumah. Oleh itu, sekiranya ibu bapa mendapati anak-anak mereka terlibat dalam gejala vandalisme ini, tindakan sewajarnya harus diambil sebelumnasi menjadi bubur. Hal ini termasuklah dengan memberi amaran tegas kepada anak-anak mereka. Tindakan ini memang sesuai dengan kata orang-orang tua, sayangkan anak, tangan-tangankan.

Selain itu, pihak sekolah harus mengambil tindakan tegas terhadap gejala merosakkan harta benda di sekolah. Contohnya, kes pelajar memecahkan pintu bilik darjah, pintu pagar sekolah, pintu tandas, merosakkan kerusi meja dan kemudahan sekolah yang lain serta gejala menconteng dinding bangunan sekolah amat mendukacitakan pihak sekolah. Hal ini demikian kerana, peruntukan yang besar terpaksa dikeluarkan untuk menggantikan peralatan sekolah yang rosak untuk menyediakan persekitaran yang kondusif kepada guru dan pelajar sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Gejala vandalisme dalam kalangan pelajar di sekolah mesti dibendung sejak awal dengan mengenal pasti pelajar-pelajar yang terlibat. Tindakan tegas perlu diambil selaras dengan peraturan disiplin sekolah contohnya, tindakan amaran, sesi kaunseling, denda malah sehingga lah pelajar boleh digantung sekolah supaya gejala ini tidak menular kepada pelajar-pelajar lain dan menjadiduri dalam dagingkepada pihak sekolah. Malah program 'Polis Angkat' iaitu pihak polis menjadikan sekolah sebagai sekolah angkat dan menghantar beberapa orang pegawai polis untuk memberi ceramah tentang vandalisme atau terlibat dalam program sekolah amat baik untuk mengelakkan pelajar dari terlibat dalam gejala ini. Di samping itu, masyarakattidak harus berpeluk tubuhapabila gejala vandalisme berlaku dengan berleluasa di kawasan perumahan mereka. Sikap mementingkan diri sendiribagai enau dalam belukar , melepaskan pucuk masing-masingharus dikikis apatah lagi jika gejala yang berlaku tidak melibatkan anak atau saudara mara sendiri.Setiap anggota masyarakat juga tidak harus besikaplepas tangandan hanya mengharapkan pihak berkuasa sahaja. Amalanhanya menjaga tepi kain sendiri, dantidak mahu menjaga tepi kain orang lainmungkin tidak lagi relevan bagi permasalahan vandalisme ini. Justeru, tindakan segera perlu diambil atas perbuatan seperti menconteng dinding bangunan, merosakkan telefon awam, buaian di taman permainan dan tong sampah awam. Sebagai contoh, masyarakat di sesebuah kawasan itu perlu mengadakan mesyuarat dengan para ibu bapa tentang gejala itu dan mengenakan tindakan seperti bayaran denda kepada ibu bapa yang anaknya terlibat dalam salah laku ini. Kesannya, ibu bapa akan menjadi lebih peka terhadap tindak-tanduk anak-anak mereka. Selain itu anggota masyarakatperlu prihatin dan melaporkan gejala vandalisme kepada pihak berkuasajika gejala ini bertambah serius di kawasan perumahan masing-masih. Jika masyarakat sentiasa peka dan prihatin tentang gejala vandalisme ini, nescaya jalan keluar dapat ditemui untuk menangani gejala yang melibatkan golongan remaja sebagaiaset negaratercinta. Selain itu, memang tidak syak lagi, pihak kerajaan perlu memainkan peranan yang drastik. Umpamanya,pihak kerajaan perlu mengadakan kempen-kempen untuk memerangi gejala vandalisme. Pengisian kempen yang relevan amat perlu dititikberatkan demi meningkatkan kesedaran semua pihak yang terlibat terutama golongan remaja tentang kesan-kesan negatif gejala vandalisme ini. Perancangan yang teliti perlu dibuat supaya kempen yang dijalankan berjaya mengatasi masalah vandalisme ini dan bukanya sekadarmelepaskan batuk di tangga sahaja'. Contohnya , siri ceramah, pameran, pertandingan yang berkaitan dengan isu vandalisme perlu dilaksanakan dengan terancang dan menyeluruh. Pihak kerajaan boleh menyebarkan idea tersebut melalui stesen televisyen dan radio tempatan untuk menangani gejala ini. Kerajaan juga perlu mengenakan bayaran kompaun yang setimpal kepada sesiapa yang didapati melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan kerosakan harta benda awam. Individu yang didapati bersalah melakukan perbuatan laku musnah ini perlulah melakukan kerja-kerja kebajikan kepada masyarakat seperti menyapu sampah, membersihkan tandas awam dan taman-taman permainan. Natijahnya, sudah pasti gejala vandalisme akan dapat diatasi dengan penguatkuasaan undang-undang yang tegas oleh pihak berwajib. Tambahan pula, pihak media massa harus berganding bahu dengan pihak kerajaan untuk membasmi gejala vandalisme ini. Media elektronik seperti televisyen umpamanya, mempunyai pengaruh yang besar terhadap masyarakat terutama remaja. Justeru, pihak penerbit siaran televisyen harus menyiarkan lebih banyak rancangan yang memberi maklumat dan kesedaran terhadap buruk dan hinanya gejala vandalisme ini dan tidak hanya menumpukan pada rancangan yang membawa keuntungan semata-mata sehingga mengabaikan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat. Contohnya, rancangan berbentuk rencana, wawancara dengan tokoh yang berkenaan, drama yang memaparkan pengajaran tentang vandalisme perlu diperbanyak. Begitu juga dengan media cetak seperti surat khabar, turut berperanan untuk menyiarkan rencana atau artikel tentang vandalisme. Oleh itu sekiranya wujud kesedaran tentang kesan-kesan negatif gejala vandalisme ini dalam sanubari segenap lapisan masyarakat , sudah pasti gejala vandalisme ini dapat dibendung.

Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu dan mengerah keringat serta bersama-samamelangkah sederapuntuk memerangi gejala vandalisme ini. Gejala ini jika dibiarkan mampu menjadi virus yang akan mencipta jenayah yang lebih besar. Kerajaan bukan sahaja terpaksa menanggung kerugian malah imej negara di mata para pelancong asing turut tercalar. Justeru, langkah memerangi gejala vandalisme perlu dilakukan segera demi masa depan generasi muda dan seterusnya demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. Marilah kita bertindak segera untuk memerangi gejala ini jangan sudah terhantuk barulah nak terngadah.

Bab 1 : Pucuk-pucuk Kayu di Hadapan MatanyaRahayu sukar bangun pagi kerana menyiapkan tugasan pada malam sebelumnya. Badannya juga kurang sihat. Namun dia bergegas bangun kerana dia berjanji akan ke perpustakaan bersama-sama Azrul. Tepat pukul 8.00 dia tiba di perpustakaan. Azrul mengajak Rahayu bersarapan terlebih dahulu dan mereka berbual-bual tentang tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Rahayu memberitahu dia berasa lega apabila dapat menyiapkan tugasan. Azrul pula menceritakan rancangannya untuk ke KLCC pada hujung minggu kerana menyertai kempen Persatuan pencinta Alam. Kempen itu dinamakan Save Our River untuk menyelamatkan sungai yang tercemar. Rahayu berminat ikut serta dan niat itu dipersetujui oleh Azrul. Mereka berdua memang akrab dan berhasrat untuk berkahwin. Malahan perhubungan mereka juga tidak ditentang oleh ibu bapa masing-masing. Azrul sangat aktif dalam aktiviti alam sekitar. Dia sering menyertai ekspedisi mendaki gunung. Rahayu pula berminat dengan aktiviti Azrul tetapi dia menghidap penyakit asma. Dia merupakan pelajar dalam jurusan pembangunan manusia. Ketika di perpustakaan, tiba-tiba Ayu jatuh dan pengsan. Dia dikejarkan ke Pusat Kesihatan UPM. Ketika itu imbas kembali memaparkan kisah faridah dan Mastura. Faridah mahu ke Raub dengan memandu van. Dia ingin menenangkan fikirannya. Tunangnya telah memutuskan pertunangan mereka tanpa sebarang alasan. Dalam perjalanan tiba-tiba Faridah disapa oleh Iqbal, seorang muridnya yang mengalami sindrom down. Hal ini amat mengejutkan Faridah yang melihat Iqbal bersama-sama Mastura ketika dia bertolak. Faridah hilang kawalan terhadap vannya lalu melanggar penghadang jalan. Vannya terjatuh ke dalam gaung.Bab 2 : Hilang Tanpa JejakGhazali dan Said iaitu pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat telah ke rumah Faridah untuk menyampaikan berita kehilangan Faridah dan Iqbal. Salmah , ibu Faridah berasa sangat sedih menerima berita itu kerana Faridahlah tempat dia bergantung. Majlis sembahyang hajat dan doa selamat diadakan di kampung diketuai oleh Imam Haji Sohod. Ghazali dan Said pergi ke Bukit Fraser untuk mengetahui maklumat tentang kehilangan Faridah. malam itu mereka ditemani oleh pegawai-pegawai polis telah ke tempat kejadian. Namun mereka hanya dapay melihat van yang berada lebih kurang 50 kaki di dalam gaung. Pihak penyelamat akan menarik van itu keluar dengan bantuan anggota tentera. Malam itu Ghazali dan Said bermalam di Rumah Rehat Gap di Bukit Fraser. Mereka ditemani oleh beberapa orang pegawai polis termasuk Sarjan Yusoff. Keadaan yang terlalu sejuk menyebabkan Ghazali mengenang nasib Faridah dan Iqbal yang masih hilang. Semua usaha yang dijalankan termasuk menggunakan pasukan Senoi Praak untuk mengesan mangsa menemui jalan buntu. Sarjan Yusoff mencadangkan agar mereka menggunakan bomoh kerana bimbang ada pengaruh makhluk halus dalam kejadian tersebut. Akan tetapi Ghazali kurang bersetuju dengan cadangan itu. Mereka hanya mampu berdoa dan akan mendapatkan bantuan helikopter Tentera Udara untuk meneruskan usaha menyelamat.Bab 3 : Bersarang di Dalam DadaBerita kehilangan Faridah disampaikan kepada bapanya Mejar(B) Kamarudin yang sudah berkahwin dengan Hamidah tidak memberitahu isterinya tentang Faridah yang merupakan kembar seiras Rahayu. yang membezakan kedua-dua beradik itu ialah Faridah mempunyai lesung pipit dan Rahayu tidak memilikinya. Namun Hamidah tidak menghalang suaminya pergi ke tempat kejadian. Sepeninggalannya Kamarudin , Hamidah mendapat berita tentang Rahayu yang dirawat di Hospital Universiti Kebangsaan, cheras. Pihak hospital mahu berjumpa dengan ibu bapa Rahayu untuk membincangkan masalah kesihatan Rahayu. Azrul menunggu Hamidah ketika wanita itu sampai. Setelah bertemu dengan Rahayu yang terbaring di katil. hamidah diminta untuk bertemu dengan Dr. Susan yang merawat Rahayu. Melalui pemeriksaan Dr. Susan, terdapat tompok-tompok dikesan melalui x-ray dalam dada Rahayu. Tompok-tompok putih itu mula menjalar ke pangkal leher dan menyebabkann leher Rahayu membengkak. Pihak hospital meminta kebenaran agar ujian biopsi ke atas Rahayu dapat dijalankan untuk mengesan sel-sel kanser. Hamidah memberikan kebenaran agar ujian biopsi dijalankan terhadap Rahayu. Setelah menjalani ujian tersebut Rahayu dibenarkan pulang. Azrul membantu Rahayu ketika Rahayu di rumah. Nota-nota kuliah dan tugasan disampaikan kepada Rahayu.Bab 4 : Air Mata dan Rambut yang BerguguranRahayu dirawat di hospital. Dia berasa sangat sedih dengan keadaannya. Azrul tetap datang menemani Rahayu di wad. Keadaan penyakit Rahayu semakin serius. Rambutnya gugur setelah menjalani rawatan kimoterapi. Hamidah juga tetap setia menjaga anak tirinya itu. Perasaan Rahayu bertambah tertekan apanila Suhaila yang menjadi rakannya di wad meninggal dunia. Sebelum meninggal dunia Suhaila memberikannya beberapa buah novel cinta untuk dibaca. Mejar (B) Kamarudin tidak dapat menahan kesedihan melihat keadaan anaknya yang menderita. Azlin iaitu jururawat yang menjaga Rahayu di wad menjadi teman rapatnya. Azlin melayan Rahayu dengan baik agar Rahayu tidak terlalu tertekan dengan penderitaannya. Dr. susan hanya memberikan masa tiga bulan untuk Rahayu terus hidup. Dalam pada itu, Rahayu tetap mengingati kakaknya faridah yang nasih hilang.Bab 5 : Bukit KutuFaridah yang hilang selepas kemalangan terasa dirinya berada di tempat yang asing. Dia seolah-olah berada di sebuah rumah zaman kolonial. Tempatnya agak eksklusif di sebuah kawasan peranginan tempat tinggi. Tuan rumah itu seorang lelaki kulit putih bernama Tuan Cecil Renking yang fasih berbahasa Melayu. Faridah mula berasa dia tidak berada di alam maya. Dia bertanya bagaimana dia berada di tempat itu. Dia diberitahu bahawa orang Penghulu Garang yang menjumpainya bersama-sama Iqbal lalu dibawa ke situ. Dia diberitahu bahawa tempat itu bernama Bukit Kutu. Ketika dia tidur dia bermimpi bertemu dengan adiknya Rahayu. Mereka berdua seolah-olah berkomunikasi antara satu dengan lain. Rahayu meminta Faridah pulang kerana Bukit Kutu deolah-olah satu dunia yang berbeza. Di hospital Rahayu kelihatan seperti meracau-racau. Dr. Susan berkata perkara itu merupakan kesan morfin iaitu ubat yang digunakan untuk merawat Rahayu. Dr. Susan juga diberitahu oleh Hamidah tentang Faridah. Dr. Susan mula menyedari bahawa ada hubungan bawah sedar antara Rahayu dan Faridah.

Bab 6 : Hanya pada HarapanAzrul berasa sedih dengan penderitaan yang dialami oleh Rahayu . ketika dia melawat Rahayu di rumahnya, gadis itu berkata dia hanya menanti kematian. Rahayu juga meminta agar Azrul meneruskan cita-citanya untuk membuka perniagaan berasaskan pertanian. Hamidah memahami perasaan Azrul. Dia memujuk Azrul dengan mengatakan orang yang berpenyakit memang berkelakuan seperti Rahayu. Azrul pulang dengan perasan yang hambar. Satu sidang akhbar diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub untuk mengumumkan penamatan usaha mencari dan menyelamat Faridah dan Iqbal. Namun pihak polis berjanji untuk meneruskan siasatan kes yang dikategorikan sebagai orang hilang. Penamatan operasi itu menyebabkan Kamarudin berasa kecewa. Dia membuat keputusan untuk mencari anaknya sendiri memandangkan kembar Faridah sedang sakit dan berhajat untuk bertemu dengan kakaknya itu. Kamarudin berhasrat untuk meminta bantuan rakannya, Buyung untuk membantunya mencari Faridah.Bab 7 : Kabus di PerbukitanKamarudin memulakan usaha mencari anaknya Faridah di hutan. Dia ditemani oleh Buyung yang juga bekas tentera. Kamarudin berasa dirinya tidak secergas semasa masih berkhidmat dalam angkatan tentera sebelum dia bersara 15 tahun yang lalu. Buyung masih seperti dahulu iaitu dia sangat suka menghisap rokok gulung. Kamarudin mengajak Buyung mencari Faridah di Bukit Kutu. Katanya Rahayu sering meracau dan menyebut Bukit Kutu. Dia teringat akan Rahayu yang sedang sakit. Dia juga menghantarkan Rahayu untuk bertemu dengan ibu kandungnya Salmah di Sungai Besar. Dia mahu memenuhi semua kehendak Rahayu kerana dia berasa bersalah terhadap semua pergolakan yang berlaku dalam keluarga mereka. Setelah lima jam mendaki, mereka sampai di puncak Bukit Kutu. pemandangannya sangat indah. Kamarudin dan Buyung bermalam di bukit itu ketika malam tiba. Keadaan malam sangat gelap dan berkabus. suasana sangat dingin. Kamarudin bertanya pada Buyung tentang kemungkinan kehilangan Faridah ada kaitan dengan makhluk halus. Hamidah menghubungi Kamarudin untuk memberitahu perkembangan keadaan Rahayu. Menurutnya Rahayu ada memberikan gambaran tentang tempat Faridah hilang. Berdasarkan panduan itu, Kamarudin meneruskan pencarian. Mereka cuba mencari kawasan petempatan orang asli kerana gambaran yang diberikan oleh Rahayu ada kaitan dengan kawasan orang asli.Bab 8 : Terus MencariKamarudin dan Buyung meneruskan pencarian hingga ke sempadan negeri Pahang. Dalam perjalanan mereka mendengar bunyi salakan anjing dan suara kanak-kanak. Mereka berjumpa dengan kawasan orang asli suku Temuan. Buyung menceritakan tujuan kedatangan mereka kepada Tok batin Senik. Setelah mendengar cerita Buyung, Tok Batin Senik mengajak mereka ke rumahnya. Di situlah Kamarudinmendapati Faridah sedang tidur. Kepalanya berbalut dengan kain putih dan ada kesan darah. Tok batin Senik menjelaskan bahawa Faridah dijumpai di Sungai Dua. Keadaan Faridah waktu dia ditemui oleh orang asli seperti kebingungan dan tidak ingat akan namanya. Iqbal mengikut Meor untuk meminta bantuan. Tok Batin Senik menyuruh anak buahnya menebas semak untuk dijadikan kawasan pendaratan helikopter. Akhirnya Faridah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dengan helikopter. Berita tentang penemuan Faridah tersebar ke seluruh negara.Bab 9 : Pekan Sungai KubuBab ini mengisahkan imbas kembali yang berlaku suatu ketika dahulu di Pekan Sungai Kubu secara bawah sedar, Faridah seolah-olah berada di tempat tersebut dan menyaksikan suasana kehidupan di situ. Penduduk keluar ke pekan membeli barang keperluan selepas hujan teduh. Terdapat 12 buah kedai di pekan kecil itu. Orang Melayu dan Mandailing mempunyai empay buah kedai. Pekedai Cina menjual pelbagai barang keperluan. Ada sebuah kedai yang menjual candu untuk pekerja-pekerja lombong. Rumah kayu milik Tuan Cecil Renking terletak di atas bukit. Kebanyakan penduduk bekerja sebagai pelombong bijih timah. Bijih diangkut dengan kereta kuda melalui pondok cukai yang dijaga oleh Penghulu Garang. Faridah dibawa oleh Amah Siti ke pasar. Faridah tertarik dengan cara orang dulu-dulu berkomunikasi dengan penuh adat sopan. Setelah sebulan tinggal di Sungai Kubu, Faridah mula menyesuaikan diri. Namun, dia masih tidak dapat mencelikkan mata. Dia berharap untuk pulang ke Sungai Besar. Akan tetapi Amah Siti mengatakan Sungai Besar sangat jauh dari tempat mereka. Di rumah Tuan Cecil, Faridah dan Iqbal diberikan sebuah bilik kecil, bersebelehan bilik Amah Siti. Tuan Cicil diberitahu tentang kewujudan buaya keramat di empangan bijih. Namun, Tuan Cecil tidak percaya tentang unsur keramat. Beliau mengambil keputusan untuk menembak buaya itu. Tindakan Tuan Cecil tidak disenangi oleh Penghulu Garang. Katanya tempat itu akan ditimpa bala akibat perbuatan Tuan Cecil itu. Penghulu Garang menyuruh orang berpindah meninggalkan tempat tersebut.

Bab 10 : Kau hadir dalam IgauanFaridah dirawat di wad kecemasan hospital tetapi belum sedar. Tubuhnya penuh dengan kesan gigitan dan calar-balar. Ghazali sedih melihat keadaan Faridah yang terlantar. Setelah keadaan stabil, Faridah dipindahkan dari wad rawatan rapi. Hanya duga orang pelawat dibenarkan melawat Faridah pada satu-satu masa. Rahayu dibawa melawat Faridah. Dia menangis sambil menggenggam tangan kakaknya. Dia bercakap dengan Faridah yang masih tidak sedarkan diri. Akibat berasa lemah kerana baru menjalani kemoterapi, Rahayu meletakkan kepalanya di tepi dada Faridah. Dia tertidur dan bermimpi rumah mereka digenangi air. Dalam mimpi itu, kedua-dua adik-beradik itu seolah-olah bercakap antara satu sama lain. Tiba-tiba suasana dikejutkan oleh raungan Faridah menyebut nama Rahayu. Pada masa itu juga Rahayu didapati telah meninggal dunia.Bab 11 : Kasih Ibu Sepanjang JalanKematian Rahayu meninggalkan kesan yang mendalam terhadap ibu kandungnya, Salmah. Dia sering teringat akan Rahayu dan mula diserang sakit jantung. Suatu pagi Salmah mahu ke pasar di Sungai Haji Dorani. Dia mahu membeli belacan di gerai Pak Talib. Ghazali sering datang untuk membantu Faridah. Salmah mencadangkan agar Faridah berkahwin dengan Ghazali tetapi Faridah berasa malu dan bimbang dianggap perigi mencari timba. Namun demikian Ghazali telah berterus terang untuk mengambil Faridah sebagai isteri. Rombongan peminangan akan dihantar untuk meminang Faridah secara rasmi. Faridah seba salah. Dia bimbang kekecewaan pertama akan berulang kembali. Akhirnya Faridah bersetuju untuk menerima Ghazali sebagai teman hidupnya. Salmah berasa sangat gembira dengan persetujuan Faridah.Bab 12 : TekadAzrul menamatkan pengajiannya di UPM. Namun demikian beliau tidak berminat untuk bekerja makan gaji. Dia mahu memulakan projek ternakan kambing. Pasaran kambing di negara ini semakin besar. Berdasarkan kajian Azrul, terdapat pelbagai spesies kambing yang sesuai dipelihara. Keputusan Azrul mendapat sokongan bapanya tetapi ibunya agak resah. Suatu hari, Azrul menziarahi kubur arwah Rahayu. Dia terserempak dengan Faridah yang kebetulan menziarahi kubur adiknya. Dia teringat akan kisah kehilangan Faridah ketika Rahayu sedang dirawat di hospital. Mereka berdua berkenalan. Namun kehidupan Azrul agak muram kerana masa terkenangkan Rahayu. Dia banyak termenung hingga disedari oleh ibunya. Namun Azrul menyakinkan ibunya bahawa dia akan meneruskan niatnya untuk bekerja sendiri. Dia tetap menjadikan Rahayu sebagai pencetus semangatnya untuk menghadapi masa hadapan yang mencabar.Bab 13 : RinduGhazali telah bertukar ke Kelang. Dia hanya pulang ke rumah dua atau tiga kali dalam seminggu. Faridah masih tinggal di Sungai Besar untuk menemani ibunya. Salmah pula meneruskan kehidupan dengan mengerjakan sawah. namun dalam jiwanya dia sangat rindu akan anaknya. Bertahun-tahun dia terpisah dengan Ayu setelah dibawa pergi oleh Kamarudin selepas mereka berpisah. Fikiran Salmah semakin terganggu. Dia sering menziarahi kubur anaknya itu. Dia sering teringat saat-saat terakhir kehidupan Ayu, ketika anak gadisnya pulang untuk bersama-sama dengannya. Oleh sebab itu dia sangat sukar melupakan Rahayu, walaupun dua tahun selepas Rahayu meninggal dunia. faridah dan Ghazali bimbang dengan keadaan Salmah. Faridah menceritakan tentang Azrul kepada Ghazali. Katanya Azrul terlalu sayang akan arwah Rahayu. Kini Azrul mengusahakan ternakan kambing dan tapak semaian. Dia mahu mengotakan janjinya dengan arwah Rahayu untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.Bab 14 : Ibu, Angin Telah Menderu PergiFaridah bangun awal pagi, iaitu pukul 4.00 pagi. Dia menunaikan solat tahajud. Entah mengapa hatinya berasa resah. Ketika fajar menyingsing, Faridah membasuh beras kerana ibunya berpesan kepadanya untuk masak nasi lemak. Faridah berasa hairan kerana ibunya lambat bangun pagi itu. Ketika cuba dikejutkan, barulah dia sedar bahawa ibunya telah meninggal dunia. Faridah memeluk tubuh ibunya dengan penuh kasih. Dia berasa pemergian ibunya ialah titik akhir penderitaan orang tua itu.Bab 15 : 25 Tahun Kemudian Cintaku AbadiFaridah kini berada di New Zealand. Dia telah berhijrah ke negara itu sejak 25 tahun yang lalu. Dia tinggal di Rosewood iaitu pekan kecil berhampiran bandar Christchurch. Dia telah berkahwin dengan Soleh Johnsons dan memiliki dua orang anak perempuan, Anne dan Melina. Faridah melalui kenangan pahit di tanah air sendiri. Tidak lama selepas ibunya meninggal dunia, Ghazali pula meninggal akibat kemalangan jalan raya. Dia hampir gila dengan tekanan hidup akibat kehilangan orang yang tersayang. Nasibnya baik apabila dia ditawarkan oleh ibu pejabat JKM untuk berkursus selama enam bulan di New Zealand. Selepas itu dia tidak balik-balik lagi ke kampung kerana telah bertemu jodoh dengan Soleh Johnsons. Ingatannya terhadap Sungai Besar tetap abadi. Suaminya memahami perasaan Faridah. Soleh mengusahakan kawasan ternakan dan pusat penyembelihan kambing. Dia sering mengupah pelajar Islam dari negara luar untuk menyembelih kambing sebagai kerja sambilan.Bab 16 : Mengejar Mimpi-MimpiMelina adalah salah seorang anak kembar Faridah. Pada suatu hari Melina berkenalan dengan Benny yang berketurunan Arab. Benny menyapa Melina ketika dia sedang minum di sebuah gerai di Auckland. perkenalan mereka merupakan permulaan hubungannya dengan lelaki yang lahir di Dubai itu. Dari segi peribadi Melina agak bebas. Dia sangat berbeza dengAnne yang begitu taat dengan ajaran Islam. Dia juga tidak tinggal bersama-sama keluarganya di Christchurch, sebaliknya memilih tinggal di Auckland dan bekerja sebagai pembantu pelukis pelan. Benny meneruskan perhubungannya dengan Melina. Mereka saling bertemu dan berbincang tentang pelbagai perkara. Benny memberitahu dia akan ke Malaysia kerana hendak melihat tempahan perahu layarnya di Terengganu. Dia juga bakal ditempatkan oleh syarikat keluarganya untuk mengendalikan anak syarikat mereka di Malaysia. Dia mengajak Melina dan ajakan itu sangat-sangat dihargai oleh Melina. Dia memang teringin untuk ke Malaysia kerana tidak pernah berbuat demikian walaupun ibunya orang Malaysia. Akhirnya Benny membuat keputusan untuk mengahwini Melina . Benny dan Melina pulang ke rumah ibu bapanya di Christchurch untuk menyatakan hasrat mereka untuk berkahwin serta untuk mendapat persetujuan Soleh Johnsons.Bab 17 : Penyembelihan KambingZain ialah anak Azrul yang menuntut dalam bidang pertanian di New Zealand. Dia bekerja sambilan sebagai penyembelih kambing di pusat penyembelihan yang dimiliki oleh Soleh Johnsons. Dia tinggal bersama-sama Asraf Ameen yang berasal dari Nigeria. Pada suatu hari, mereka mendapat jemputan perkahwinan anak Soleh johnsons dan bercadang untuk menghadirinya. Zain seperti juga ayahnya, sangat meminati bidang pertanian. Dalam kalangan pelajar Malaysia di Universiti Lincoln, hanya dia seorang yang mengambil jurusan pertanian. Dia sering teringat akan pandangan ayahnya tentang kepentingan bidang pertanian. Di tanah air, ayahnya merupakan seorang peladang yang berjaya. Datuk Azrul pernah membawa isterinya melawat New Zealand ketika Zain belajar di sana. Mereka menikmati keindahan pemandangan di New Zealand ketika menaiki bot persiaran di pantai Kouikora. Menurut zain, ada ramai orang Melayu yang menetap di New Zealand. mereka menjadi orang berjaya. Pada suatu hari, Zain bertemuAnne.Zainmembantu Anne yang menghadapi masalah keretanya rosak. Pertemuan itu membuatkan Zain jatuh hati pada Anne.Bab 18 : Tanah Tumpah Air MataBenny membawa Melina ke Malaysia selepas dua minggu mereka dinikahkan di Masjid al-Noor, Christchurch. Di Kuala Lumpur mereka berdua dilayan dengan baik oleh pekerja syarikat yang ditugaskan untuk menjemput Benny. Benny akan memulakan tugasnya di syarikat milik bapa saudaranya Jaafar al-anbia. Dia telah lama menghabiskan masa dengan belayar. melina berasa dia berada di tempat yang sangat asing dan bimbang tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di Kuala Lumpur. Namun Benny berkata Kuala Lumpur mempunyai lebih 50 ribu orang ekspatriat asing seperti mereka berdua. Semasa di Kuala Lumpur, Khalid bertindak sebagai pemandu Benny. Dalam satu mesyuarat, Benny diperkenalkan kepada ahli-ahli lembaga pengarah syarikat milik keluarga al- Anbia. Dia diberitahu bahawa dia akan ditugaskan di pejabat cawangan Kuala Terengganu. Benny tidak menolak dan berkata dia suka akan Terengganu. Dia memang suka akan laut. Melina membeli peta untuk mencari tempat yang bernama Sungai Besar, iaitu tempat kelahiran ibunya, Faridah. Dia teringat akan ibunya yang gemar mendodokannya dengan lagu Melayu ketika dia masih kecil.Bab 19 : Hati dan Warna KanvasBenny membeli sebuah banglo di tepi pantai dengan harga setengah juta ringgit termasuk tanah lima ekar. Melina juga tertarik dengan suasana banglo tersebut kerana kedudukannya menghadap laut. Benny tidak bimbang dengan kewangan kerana dia yakin dapat menjual perahu layar yang ditempahnya dengan harga yang lebih tinggi. Marang telah menjadi tempat tinggal melina. Dia suka melihat laut dari beranda banglo itu. Dia memulakan minatnya kembali, iaitu melukis. Keindahan Marang diabadikan di atas kanvas lukisannya. Benny turut mengagumi bakat yang dimiliki oleh Melina. Setelah agak lama bertugas, Benny mempunyai beberapa orang kawan. Antaranya Mohamed Attar yang berasal dari pakistan, Mehmood dari Maghribi dan Noor Mohamad dari bangladesh. Mehmood masih bujang dan berniat untuk berkahwin dengan gadis di kampung halamannya. Mereka sering berbincang soal agama, soal jihad dan dakwah Islam. Benny mula sedar dan mahu kembali ke jalan Allah.Bab 20 : PendatangSoleh bimbang dengan kejadian vandalisme di An Noor islamic Centre apabila beberapa buah kereta dipecahkan cerminnya. hal ini akan menyebabkan media memberikan gambaran yang salah tentang Islam. Faridah pula yakin ketenangan akan tetap terjamin. Malah Faridah sendiri pula mulanya sukar untuk menyesuaikan diri ketika mula-mula sampai di Christchurch dahulu. Dia disangka orang Maori, rakyat pribumi New Zealand. Kini dia diterima dengan baik oleh semua jiran. Dia juga mencadangkan agar ada usaha dijalankan untuk membaiki hubungan antara anggota masyarakat setempat. dia mencadangkan agar diadakan majlis ramah mesra komuniti. Cadangannya sangat disokong oleh suaminya. Mereka pun bercadang untuk menganjurkan majlis tersebut dalam masa dua minggu. Mereka akan memaklumkan perkara itu kepada komuniti setempat. Mereka juga menjemput rakan-rakan sekuliah Anne untuk membantu. Ketika merancang majlis tersebut, Faridah teringat akan kemeriahan majlis kenduri di kampung yang sudah lama ditinggalkan. Dia juga terbayangnwajah Melina yang sudah menetap di Malaysia.Bab 21 : Tak Ingin TahuZain kembali ke tanah air setelah tiga tahun berada di New Zealand. Zain mendapati banyak perubahan telah berlaku di kampungnya dalam tempoh ketiadaannya. Azrul pula dianugerahi gelaran Datuk kerana berjasa kepada rakyat melalui penglibatannya dalam bidang pertanian. Beliau juga menggalakkan para petani untuk menanam modal dalam Pertubuhan Peladang di samping berusaha menyatukan kebun-kebun tradisi menjadi estet mini kelapa sawit dan dusun buah-buahan. Ketika Datuk Azrul berbual dengan Zain, tiba-tiba Masitah muncul untuk mendapatkan tandatangan tentang urusan pengambilan tenaga pekerja asing. Datuk Azrul mengambil pekerja asing untuk bekerja dengannya kerana tiada pilihan. Menurut Datuk Azrul, anak-anak tempatan semuanya sudah berpendidikan tinggi dan tidak sesuai bekerja di ladang.Bab 22 : Mengukur UsiaDatuk Azrul mengimamkan sembahyang Asar. Dia berasa sedih kerana tidak ramai jemaah yang hadir ke masjid. Hal ini demikian kerana kebanyakan penduduk kampung terdiri daripada orang tua. Banyak juga yang menghidap penyakit gout. Jemaah solat Jumaat juga kini berkurangan hingga sekitar 60 orang sahaja. Kebun-kebun juga telah banyak terbiar. Anak-anak yang mewarisi kebun ramai. Mereka pula tidak mahu menjual tanah pusaka masing-masing. Jadi, pemilikan tanah semakin lama semakin mengecil dan tidak ekonomi. Datuk Azrul tidak dapat berbuat apa-apa untuk mengubah sikap masyarakat. Suasana kerjasama dalam masyarakat kini juga sudah berbeza. Zain bersetuju dengan pandangan bapanya bahawa zaman sudah berubah, Negara ini makmur kerana rakyat bekerja kuat. Pendidikan tinggi pula bukan jaminan untuk menjadi senang tetapi jalan yang memudahkan. Datuk Azrul sendiri berjaya dalam bidangnya kerana beliau berpendidikan tinggi. Namun dia masih tidak berjaya mengubah pandangan masyarakat setempat untuk mengusahakan tanah secara lebih komersial. Zain memberitahu Datuk Azrul bahawa dia sudah mempunyai pilihan teman hidup iaitu seorang gadis kacukan di New Zealand. Datuk Azrul tidak membantah dengan pilihan anaknya.Bab 23:Melihat Dalam DiriPerubahan Benny semakin dirasai isterinya, Melina. Bennya sering pergi ke luar daerah tetapi tidak pernah membawa bersama. Kali terakhir dia dibawa bersama ke Kuala Lumpur ialah pada tiga bulan lalu setelah dia merengek mahu membeli-belah pakaian baharu. Seperti biasa, Khadijah, anak gadis Haji Awang akan datang menemaninya. Melina berasa serba salah apabila dia kerap menemaninya namun Khadijah menerangkannya dengan memberitahu bahawa Haji Awang sering meminta dia menemani Melina. jauh di sudut hatinya, Melina sangat berterima kasih kerapa Haji Awang yang tulus membantunya. Melina dan Khadijah duduk di beranda sambil bercerita tentang pembunuhan yang dibacanya dalam akhbar akhir-akhir ini. Tiba-tiba Melina teringat akan ibunya yang menguruskan keluarganya dengan sempurna. Ibunya juga pernah menceritakan pengalaman hidupnya sewaktu kecil mengutip telur itik untuk digoreng sebagai makanan tengah hari. Tidak semena-menan Melina berhasrat melihat kampung halaman ibunya di Sungai Besar.Bab 24: Lambaian HatiKetika Zain ke rumah Anne, dia berbual-bual tentang pelbagai perihal dengan Faridah. Faridah sangat gembira apabila mengetahui Zain berasal daripada Sungai Besar. Dia sangat merindu kampong halamannya. Dia teringat sawah padi dan ubi yang selalu menjadi sarapan mereka. Setelah berbual panjang, Anne mencadangkan agar mereka ke Malaysia cuti semester dan menumpang rumah Zain. Selain pulang ke kampong Faridah, mereka juga boleh pergi melawat Melina yang telah menerap di sana. Faridah sangat menyenangi persahabatan Zain dan Anne. Dia berharap agar persahabatan mereka berakhir dengan perkahwinan dam Anne akan kembali kepada susur galurnya, menetap di tanah ibunda.Bab 25: Menghapus DosaMehmood, Benny dan Mohamed Attar mengunjungi rumah Ustaz Hassan Syukri untuk bertukar pendapat. Ustaz Hassan Syukri yang sudah berumahtangga sudah tidak segan mengajak orang bertandang ke rumahnya. Sambil menjami hidangan, mereka mula berbincang mengenai pengamalan agama Islam di Negara kita ini. Ustaz Hassan Syukri berpendapat bahawa agama Islam boleh diamalkan mengikut budaya dan amalan masing-masing selagi tidak melanggar Syariat, sebagaimana yang berlaku di Negara ini. Beliau mengumpamakan agama Islam seperti sekeping roti. Mereka juga berbincang tentang budaya orang Melayu yang berbeza-beza. Beberapa tahun kemudian, mereka beransur pulang. Dalam perjalanan, mereka berbual tentang Ustaz Hassan yang dikatakan mempunyai pandangan yang agak berbeza. Mereka beranggapan bahawa untuk mahu, kita kena berjuang dan berpolitik. Mereka percaya bahawa tiada Negara Islam yang berkekalan tanpa peperangan dan politik. Mereka bertekad untuk menegakkan perjuangan bersama-sama agar musuh Islam merasakan keperitannya.Bab 26: Hati WanitaSoleh Johnsons dan Faridah sudah berada di tanah air dengan tujuan mahu bercuti, melawat Melina yang sedang sarat mengandung dan membincangkan perkahwinan Zain dan Anne. Soleh dan Faridah menginap di bunglo percutian di Cameron Highlands. Soleh telah berkenalan dengan ramai jemaah dalam seminggu ke masjid dan kebanyakan mereka sudah lama menetap di Cameron Highlands, antaranya Amir Mustor, Muslim, Arif Carlson bekas askar British, Ahmad Raffles, bekas Royal Australian Force yang mengusahakan kebun Strawberry manakala isterinya, Zaidah Hashim memasarkan hasil kebun di kedai kecil mereka. Musa Surray yang berbangsa Scot pernah menjadi penyiasat persendirian dan bekas anggota Sepcial Branch yang memerangi komunis dan seorang lagi kenalan Soleh, Yusuf Jensen berbangsa Belanda tetapi fasih berbahasa Indonesia kerana dia dilahirkan di Bogor. Soleh dibawa minum teh bersama Yusof Jensen dan menjemput dia untuk bersama-sama menerima kunjungan daripada keluarga Datul Azrul. Zain bersama ayah dan ibunya, Datuk Azrul dan Datin Aishah bertemu dengan keluarga Anne. Datin Aishah khuatir Zain akan menetap di luar Negara selepas berkahwin. Datuk Azrul dan sekeluarga bertemu dengan keluarga Anne di banglo yang digelar The Golf View Cottage yang dahulunya dinamakan oleh pemilik asal The Fog Cottage. Majlis yang asalnya dirancang untuk membincangkan perkahwinan Zain dan Anne bertukar menjadi pertemuan bersejarah apabila Datuk Azrul bertemu dengan Faridah yang juga kakak kepada buah hantinya, Rahayu yang telah meninggal dunia kerana menghidap barah paru-paru.Bab 27:Kembali Ke Alam NyataBenny memandu keretanya untuk ke Pulau Pinang setelah mendapat e-mel berbahasa Arab. Dia meninggalkan rumah awal pagi dengan hati libang-libu. Dia meninggalkan rumah sehelai sepinggang dengan hanya sebuah ciuman di dahi isterinya, Melina. Ketika Benny tiba di kawasan perbukitan di Awana berhampiran Genting, telefon bimbitnya menyampaikan pesanan supaya terus ke Pulau Pinang dan bukan menyusur masuk ke bandar Ipoh. Selepas itu, Mehmood yang menghubunginya dari Kuala Lumpur menggesa Benny supaya menyerah diri kepada International Police. Benny tidak menyangka bahawa Mehmood seorang anggota polis yang menyamar untuk menjejaki Mohamed Attar. Benny tidak mengendahkan pujukan Mehmood kerana dia tidak mahu ditangkap dan kemudian dihantar ke pusat tahanan. Dia memutuskan penggilan lalu mencampakkan telefon bimbit itu keluar tingkat. Hanya tiga minit yang diperlukan untuk mengesannya. Bennya memandu terus. Suara Melina kembali dalam ingatannya. Betapa isterinya tidak menyenangi teman-temannya. Pendapat Benny selalu bertentangan dengan Ustaz Hassan Syukri mahupun Haji Awang, jirannya. Haji Awang menjelaskan tentang Islam kepada Benny tetatpi Bennu tetap tidak sependapat dengannya. Sebuah kereta memotong laju memadamkan ingatanya. Dia memecut laju untuk sampai ke destinasi. Dia tidak menyangka begitu jauh tindakan Mohamed Attar. Benny kecewa kerana dia terpaksa meninggalkan Melina sendirian. Sebaik tiva di Pantai Miami dia berttemu dua orang lelaki. Mereka memperkenalkan diri mereka. Kemudian, dia menaiki bot menuju perairan antarabangsa.Bab 28: Cerita Penghujung UsiaFaridah dan Datuk Azrul terkenang akan peristiwa silam 25 atau 27 tahun lalu. Faridah bercerita tentang kisah hidupnya dan Ayu, iaitu adik kembarnya yang penuh dengan cerita duka. Mereka terpisah kerana perceraian ibu bapa. Selepas itu, Faridah tertanya-tanya tentang kehilangannya begitu lama dahulu. Datuk Azrul berkata bahawa dia telah jumpa banyak orang dan mendapat pelbagai sumber. Antaranya, ada cerita tentang orang bunian, mitos dan sejarah yang sudah lama dilupakan orang namun dia hanya percaya kepada satu sumber iaitu akal. Dia percaya akal Faridah telah bergerak jauh, merentasi ruang dan sempadan masa. Faridah juga berkesempatan bertemu Ayu sungguhpun hanya dalam mimpi. Selepas itu, mereka berbual tentang rumah bangle yang dibeli oleh Soleh, Memandangkan kedua-dua anaknya akan menetap di Malaysia. Faridah juga berkata bahawa dia sepatutnya menulis tentang pengalamannya ketika koma. Selain itu, dia juga ingin pulang untuk menziarahi kubur Ayu, Ghazali dan ibunya.Bab 29: PasrahMelina termenung memikirkan Benny yang sudah empat hari menghilangkan diri tanpa pesanan. Melina tahu suaminya seorang yang bertanggungjawab dan pasti ada sebab mengapa Benny pergi tanpa satu pesanan. Melina teringat akan peristiwa pertama kali dia melihat Benny begitu bersungguh-sungguh untuk berubah semasa mereka dalam penerbangan ke Kuala Lumpur. Azamnya itulah yang mengukuhkan persahabatannya dengan Ustaz Hassan Syukri, Mohamed Attar, Mehmood dan Noor Mohamad. Akhirnya, Melina pergi ke balai polis untuk membuat laoran kehilangan. Akhirnya terbongkar juga kisteri kehilangan Benny apabila Melina memberikan beberapa kad kepada Inspektor Radzi tetapi Benny tidak terlibatd alam senarai tangkapan. Tiba-tiba, telefonnya berbunyi dan panggilan daripada nombor yang tidak dikenali. Hatinya berdetik.Bab 30: PangkuanSudah dua minggu Benny menghilangkan diri. Akaunnya sudah dipenuhi wang yang cukup untuk menyara hidupnya selama setahun. Rumah yang didiami Melina sekarang sudah ditukar ke atas namanya. Setelah menerima kereta daripada wakil Jaafar Al-Anbla, Khalid, Melina mengemaskan barang-barangnya dan bertolak ke Cameron Highlands setelah menolak permintaan Khalid untuk mengikutnya ke Dubai. Melina menuju ke Kuantan dan bergenti di sebuah kedai menjual cekera padat di Bandar Kuantan. Dia membeli sekeping CD Koleksi terbaikLOBG. Dalam perjalanan ke Cameron Highlands dia teringat kembali perbualannya dengan Inspektor Radzi tentang penglibatan Benny dengan pengganas. Dia juga terkenang bagaimana Benny secara tiba-tiba membrek bagi mengelak agar tidak terlanggar seekor kucing hutan. Melina tidak percaya Benny terlibat dengan keganasan. Melina berhenti di sebuah masjid di Pekan Batang Kali untuk bersolat Zuhor. Setelah tiga jam perjalanan Melina tiba di Pekan Ringlet. Melina terus menelefon mamanya, Faridah. Faridah sangat terharu, Faridah dan Soleh menjemput Melina di Maybank Tanah Rata.Bab 31: Atas Nama CintaAnak Faridah, Anne Johnson berkahwin dengan Zain, anak Datuk Azrul. Perkahwinan Anne dan Zain dihadiri ramai tetamu terutamanya dari luar Negara. Perkahwinan tersebut begitu bersejarah kerana perkahwinan tersebut melibatkan pasangan dari dua Negara berlainan. Faridah sangat gembira kerana akhirnya dia dapat pulang ke kampong halamannya. Ramai orang lama kampong halamannya telah meninggal dunia, walau bagaimanapun, Faridah Berjaya bertemu dengan Pak Talib. Pak Talib sudah tua dan hanya mampu baring serta tidak larat berdiri. Kedatangan Faridah disambut Sujak, anak Pak Talib. Mereka bersembang seketika tentang kehidupan Faridah dahulu yang telah pergi meninggalkan kampong dan tidak pernah kembali lagi selepas itu. Faridah, Anne dan Zain berjalan dan meninjau di sekitar rumah lama Faridah, sambil mengimbau kembali kenangan lama dan peristiwa silam. Faridah menyuruh Zain mencari anak Pak Ghaffur, orang yang memegang kunci rumah lama Faridah kerana dia ingin menunaikan solat taubat dan sujud syukur di dalam rumah tersebut. Di situ Faridah bersembang bersama Anne sambil memberinya nasihat bahawa wanita akan menjadi matang apabila dia bergelar isteri dan seterusnya menjadi ibu. Faridah juga menjawab soalan yang dilontarkan oleh Anne tentang sebab Faridah meninggalkan kampong halamannya suatu masa dahulu.Bab 32: Bahagia Bersulam Air MataSoleh telah membawa Melina ke Dubai untuk bertemu dengan Benny. Sebaik tiba di Dubai mereka telah menaiki limousin terus ke Emirate Tower Hotel. Benny telah sedia menunggu mereka di sana. Benny telah insaf dan mengakui bahawa dia telah tersilap memilih kawan.. Benny bersyukur kerana telah selamat sampai ke Dubai atas pertolongan sahabat-sahabat setelah menempuh berbagai dugaan di lautan. Kata putus diambil Melina dan Benny akan terus menetap di Dubai dan Benny tidak akan belayar lagi . Dua hari kemudian Soleh terbang pulang ke Kuala Lumpur. Jauh di sudut hatinya, Soleh tahu Melina akan bahagia di sana.Bab 33: Janji Pada Tanah IniZain dan Anne telah menetap di New Zealand, mengambil alih perusahaan dan penternakan keluarga Johnsons. Anne telah melahirkan anak perempuan kembar seiras diberi nama Melinda dan Rahayu. Melina pula telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Saidal-Anbia.Solehdan Datuk Azhar bersama-sama telah mengusahakan pusat peranginan di Tanah Tinggi Lojing. Faridah memilih untuk menjadi pemerhati dan penikmat alam. Memori di Bukit Kutu serta saat-saat indah bersama Ayu dalam alam bawah sedar tetap terpahat di hatinya. Faridah bersyukur berbaur sebak kerana akhirnya dia telah pulang dan kembali membina jati diri bangsa di tanah air ini.