contoh karangan bm baru

Click here to load reader

Post on 31-Oct-2015

1.108 views

Category:

Documents

3 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kaangan bm

TRANSCRIPT

Lawatan Ke Kilang Minuman

Pada 16 November 2009, Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan lawatan ke Kilang Minuman Pepsi di Petaling Jaya, Selangor. Rombongan ini disertai oleh 30 orang ahli Persatuan Bahasa Melayu dan 4 orang guru pengiring.

Tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan murid-murid tentang proses membuat air minuman berkarbonat. Di samping itu, lawatan ini juga untuk menambahkan ilmu pengetahuan serta memupuk semangat keusahawanan murid-murid.

Kami bertolak dari sekolah kira-kira pada pukul 8.00 pagi dengan sebuah bas yang disewa khas. Kami tiba ke kilang itu pula kira-kira pada pukul 10.30 pagi dengan disambut oleh beberapa orang pegawai kilang tersebut. Selepas itu, kami diberi taklimat ringkas tentang kilang tersebut oleh salah seorang daripada mereka.

Kemudian, kami dibawa melawat ke beberapa bahagian memproses minuman. Kami dapati sebahagian besar kerja memproses minuman itu dilakukan oleh mesin-mesin berteknologi tinggi. Pekerja-pekerja di kilang ini memakai pakaian seragam yang berwarna biru serta sarung tangan ketika bertugas. Kami diberi peluang oleh pihak kilang untuk mengemukan soalan tentang proses membuat minuman berkarbonat. Ramai peserta yang mengemukan soalan untuk mengetahui maklumat tentang memproses minuman itu.

Pada pukul 1.00 petang, kami dijemput untuk makan tengah hari di kantin kilang itu. Kami juga diberi setin minuman setiap seorang sebagai cenderahati. Sebelum bertolak balik, ketua guru pengiring kami iaitu Cikgu Ain telah memberi cenderamata kepada pengurus kilang tersebut sebagai tanda penghargaan kerana membenarkan kami melawat kilang itu. Kira-kira pukul 2.00 petang, kami bertolak ke sekolah semula dan sampai kira-kira pukul 5.00 petang. Walaupun hanya beberapa jam melawat kilang itu tetapi kami gembira kerana banyak pengetahuan baru diperoleh.

Laporan disediakan oleh: 19 November 2009

------------------------------(Nik Syukri b. Nik Sabri)Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,Sekolah Kebangsaan Seri Tualang,Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Kilang Sabun

Pada 23 Januari 2010, Persatuan Kemahiran Hidup Sekolah Kebangsaan Merapoh telah mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah kilang sabun di Kuala Lumpur. 30 orang ahli persatuan dan3 orang guru pengiringterlibat dalam rombongan tersebut.

Tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan para pelajar tentang proses membuat sabun. Justeru, akan menambahkan ilmu pengetahuan serta memupuk semangat keusahawananpara pelajar.Peserta bertolak pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki bas yang disewa khas. Mereka sampai ke kilang sabun itu pada pukul 9.30 pagi. Ketibaan mereka disambut oleh beberapa orang pegawai kilang. Kemudian, satu taklimat ringkas tentang kilang tersebut disampaikan oleh salah seorang pegawai kilang tersebut.

Selepas itu para peserta dibawa ke beberapa bahagian memproses sabun. Sebahagian besar kerja memproses sabun ini dilakukan oleh mesin yang berteknologi tinggi. Pekerja-pekerja di kilang tersebut memakai pakaian seragam yang berwarna hijau dan sarung tangan ketika bekerja. Di situ, ramai peserta mengambil kesempatan menyoal beberapa orang pekerja kilang yang sedang bertugas dan mereka dilayan dengan mesra. Pada pukul 11.00 pagi, para peserta dibawa ke bahagian pembungkusan sabun. Di situ terdapat pelbagai jenama sabun seperti Lux, Protex dan Okchid dibungkus dengan mesin yang canggih. Kemudian Pada pukul 12.30 tengah hari, semua peserta diberi sedikit jamuan ringan di kantin kilang tersebut.

Para peserta bertolak balik pada pukul 2.00 petang. Mereka diberi sebuku sabun setiap seorang sebagai cenderamata oleh pihak kilang. Guru pengiring iaitu Cikgu Aisyah telah menyampaikan cenderamata kepada pengurus kilang sebagai tanda penghargaan. Para peserta dilihat sangat seronok menyertai rombongan ini kerana mendapat banyak pengetahuan serta dapat melihat sendiri cara-cara membuat sabun.

Laporan disediakan oleh, 25 Januari 2010

..................................................(Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi)Setiausaha,Persatuan kemahiran Hidup

Laporan Temasya Sukan Ke-10 Sekolah Kebangsaan Seri Tualang

Pada 14 Mac 2010, Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan termasya sukan yang ke-10. Termasya sukan ini diadakan di padang sekolah bermula pada pukul 8.30 pagi.

Sehari sebelum temasya itu dimulakan, kerja-kerja membuat persiapan terakhir telah dilaksanakan. Khemah-khemah didirikan dan dihias dengan cantik. Beberapa orang pekerja sekolah, guru dan murid berganding bahu meyiapkan kerja-kerja tersebut. Papan untuk mencatat markah rumah-rumah pasukan diletakkan di tengah-tengah padang. Manakala, bendera rumah sukan, bendera Negei Pahang dan Jalur Gemilang dikibarkan di bahagian depan astaka.

Keadaan cuaca pada pagi temasya sukan itu sangat baik, redup dan berangin. Pada pukul 8.00 pagi, semua penonton termasuk ibu bapa mula memenuhi ruang tempat duduk yang disediakan di sebelah astaka.Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Temerloh telah tiba pada pukul 8.10 pagi. Ketibaan beliau disambut oleh Guru Besar sekolah ini iaitu Encik Awang Satip bin Mat Salleh serta ahli jawatankuasa PIBG. Acara dimulakan dengan perbarisan lintas hormat para peserta yang mengambil bahagian. Pegawai Pendidikan Daerah menerima tabit hormat dan seterusnya merasmikan sukan tersebut.

Selepas upacara perasmian dilakukan, acara sukan pun dilangsungkan. Acara-acara yang dijalankan berjalan lancar dan teratur. Acara sukan berhenti untuk berehat pada pukul 10.00 pagi.Acara sukan disambung semula pada pukul 10.30 pagi. Acara lari 400 meter menjadi acara kemuncak sukan pada hari itu. Kira-kira pukul 11.30 pagi, semua acara tamat. Seterusnya acara penyampaian hadiah dijalankan. Tuan Pegawai Pendidikan Daerah telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Pasukan yang menjadi juara pada kejohanan sukan ke-10 ini ialah pasukan Rumah Kuning. Temasya sukan ini tamat kira-kira pada pukul 12.30 tengah hari. Sebelum bersurai, semua hadirin dijemput untuk menikmati jamuan yang disediakan di kantin.

Laporan disediakan oleh, 16 Mac 2010

..............................................................(Nur Rafhanah Izzah binti Ahmad Zaidee)

Laporan Tahunan Kelab Alam Sekitar Sekolah Kebangsaan Seri Tualang, 2010

Kelab Alam Sekitar Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah ditubuhkan pada tahun 2008. Sehingga hari ini seramai 45 orang ahli berjaya didaftarkan yang terdiri daripada murid-murid Tahap Dua. Sepanjang penggal pertama persekolahan tahun 2010, kelab ini telah mengadakan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan dan mencantikkan kawasan sekolah. Kawasan yang terlibat ialah padang, taman sains dan bilik darjah.

Pada penggal kedua pula, kelab ini telah mengadakan "Kempen Kitar Semula". Kempen ini bertujuanmengumpulkansebanyak mungkinbarang-barang terpakai seperti botol-botol kaca, barang-barang plastik, surat khabar dan lain-lain untuk dikitar semula.Selain dapat memelihara alam sekitar, aktiviti ini juga telahmenambahkan tabungan kelabhasil jualan barang-barang terpakai tersebut kepada kedai kitar semula. Kempen ini telah mendapat sambutan yang amat mengalakkan daripada pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Tualang.Pada 16 Jun 2010, Kelab ini telah mengadakan lawatan sambil belajar ke pusat kitar semula di Shah Alam. tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan ahli kelab tentang bagaimana menguruskan barang terpakai untuk dikitar semula.

Manakala pada 18 Ogos 2010,kelab ini telah mengadakan pertandingan reka cipta dengan mengunakan bahan-bahan terbuang. Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat kreativiti murid-murid dalam menghasilkan sesuatu ciptaan daripada barang-barang tersebut. Pertandingan ini telah mendapat sambutan hangat daripada ahli-ahli kelab serta para pelajar.

Semua ahli kelab berharap kelab ini akan lebih aktif pada masa hadapan. Jika sekiranya ahli-ahli kelab menghadapi sebarang masalah, mereka diharap segera mengemukakan masalah itu untuk dibincangkan dan diselesaikan bersama-sama dengan guru penasihat dan ahli jawatan kuasa Kelab Alam Sekitar.

Laporan disediakan oleh, 15 Disember 2010

.................................................(Ahmad Naim Safwan bin Sufian)Setiasaha,Kelab Alam Sekitar.Sekolah Kebangsaan Seri Tualang

Cerita Jenis FaktaBanjir

Banjir adalah bencana alam yang sering melanda negara kita terutamanya di negeri -negeri Pantai Timur, Semenanjung Malaysia. Kebiasaannya negeri-negeri ini akan mengalami musim tengkujuh pada setiap akhir tahun. Hujan lebat yang kerap berlaku pada musim itu menyebabkan banjir di kawasan tersebut.

Banjir kerap melanda kawasan-kawasan yang rendah seperti kawasan berhampiran sungai. Banyak harta benda yang musnah serta binatang ternakan dan tanaman mati. Mereka yang terlibat seperti para petani akan mengalami kerugian besar.

Banjir juga boleh mengancam nyawa. Ramai yang lemas kerana bermain dengan air banjir yang alirannya deras dan dalam. Apatah lagi jika mereka tidak tahu berenang.

Air banjir yang keruh menghanyutkan pelbagai benda yang berbahaya seperti kayu tajam, tali dan sebagainya. Ada yang nahas kerana terlanggar atau terperangkap dengan benda-benda yang dihanyutkan air deras ini. Air banjir juga tercemar dengan pelbagai kotoran daripada air kumbahan, bangkai binatang dan sebagainya. Keadaan ini boleh menyebarkan penyakit. Justeru, janganlah mengambil air banjir untuk diminum, apatah lagi jika tidak dimasak.

Oleh itu, apabila tiba musim hujan kita mestilah berhati -hati. Adalah lebih baik jika kita berpindah ke tempat yang lebih selam