contoh karangan berkaitan sukan

73
Mutu sukan negara sudah jauh berubah berbanding dengan era 60an atau 70an.Pelbagai pihak mula mempamerkan rasa tidak senang mereka dengan situasi sebegini.Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil untuk memajukan sukan di negara ini. Sukan di negara ini mengalami zaman kemelesetan yang begitu ketara kerana tiada lagi kejayaan yang diraih seperti awal tahun 50- an, 60-an atau 80-an. Keadaan ini telah menimbulkan rungutan pelbagai pihak terutama peminat sukan di negara ini. Media massa pula asyik mengeluarkan pelbagai teori dan langkah untuk menangani masalah sukan di negara ini tanpa hasil jua. Jelaslah, ada pelbagai tindakan drastik yang boleh dilakukan oleh semua pihak. Sudah pasti perubahan minda masyarakat harus berlaku terutama persepsi mereka terhadap sukan. Anggapan bahawa sukan tidak memberi apa-apa kesan atau tiada prospek ekonomi harus dikikis dengan segera. Sukan sama juga seperti kerjaya lain jika dilakukan dengan betul, sistematik dan tabah berupaya menyumbangkan sumber kewangan yang lumayan kepada penggamalnya. Oleh itu, perubahan paradigma masyarakat hendaklah berubah selaras dengan perubahan zaman yang mengutamakan sukan di peringkat global. Selain itu, kerajaan harus memberikan ganjaran yang setimpal kepada ahli sukan yang berjaya di dalam kejohanan peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Sumbangan dalam bentuk kewangan atau pemberian latihan berupaya menyuntik semangat baru kepada ahli sukan untuk berusaha mencapai kejayaan yang lebih baik lagi. Pemberian insentif ini juga memberi satu harapan kepada golongan muda terutama kanak-kanak untuk mempunyai impian menjadi ahli sukan dan menerima ganjaran itu. Jadi, ganjaran kepada ahli sukan perlulah wujud dan usahlah kita menganggap pemberian ganjaran ini tidak penting dalam pembangunan sukan negara. Jika kita mahu memiliki kelompok ahli sukan yang ramai dan baik, sudah pasti pembinaan kemudahan sukan ditingkatkan. Pembinaan stadium, gelanggang dan padang menjadikan acara sukan lebih mudah dan murah untuk disertai oleh masyarakat di negara ini. Keadaan ini menyebabkan kemahiran asas dalam sesuatu asas sukan itu sudah dimiliki oleh masyarakat di negara ini dan hanya perlu digilap sahaja oleh jurulatih negara apabila tiba masanya. Sesungguhnya, pembinaan kemudahan sukan menjamin negara memiliki satu kelompok ahli sukan yang berwibawa. Tambahan pula, negara boleh menganjurkan kejohanan sukan bertaraf dunia di negara ini. Penganjuran sukan sebegini memberi

Upload: leah-york

Post on 11-Feb-2015

1.989 views

Category:

Documents


35 download

DESCRIPTION

contoh

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Karangan Berkaitan Sukan

Mutu sukan negara sudah jauh berubah berbanding dengan era 60an atau 70an.Pelbagai pihak mula mempamerkan rasa tidak senang mereka dengan situasi sebegini.Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil untuk memajukan sukan di negara ini.

Sukan di negara ini mengalami zaman kemelesetan yang begitu ketara kerana tiada lagi kejayaan yang diraih seperti awal tahun 50-an, 60-an atau 80-an. Keadaan ini telah menimbulkan rungutan pelbagai pihak terutama peminat sukan di negara ini. Media massa pula asyik mengeluarkan pelbagai teori dan langkah untuk menangani masalah sukan di negara ini tanpa hasil jua. Jelaslah, ada pelbagai tindakan drastik yang boleh dilakukan oleh semua pihak.

Sudah pasti perubahan minda masyarakat harus berlaku terutama persepsi mereka terhadap sukan. Anggapan bahawa sukan tidak memberi apa-apa kesan atau tiada prospek ekonomi harus dikikis dengan segera. Sukan sama juga seperti kerjaya lain jika dilakukan dengan betul, sistematik dan tabah berupaya menyumbangkan sumber kewangan yang lumayan kepada penggamalnya. Oleh itu, perubahan paradigma masyarakat hendaklah berubah selaras dengan perubahan zaman yang mengutamakan sukan di peringkat global.

Selain itu, kerajaan harus memberikan ganjaran yang setimpal kepada ahli sukan yang berjaya di dalam kejohanan peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Sumbangan dalam bentuk kewangan atau pemberian latihan berupaya menyuntik semangat baru kepada ahli sukan untuk berusaha mencapai kejayaan yang lebih baik lagi. Pemberian insentif ini juga memberi satu harapan kepada golongan muda terutama kanak-kanak untuk mempunyai impian menjadi ahli sukan dan menerima ganjaran itu. Jadi, ganjaran kepada ahli sukan perlulah wujud dan usahlah kita menganggap pemberian ganjaran ini tidak penting dalam pembangunan sukan negara.

Jika kita mahu memiliki kelompok ahli sukan yang ramai dan baik, sudah pasti pembinaan kemudahan sukan ditingkatkan. Pembinaan stadium, gelanggang dan padang menjadikan acara sukan lebih mudah dan murah untuk disertai oleh masyarakat di negara ini. Keadaan ini menyebabkan kemahiran asas dalam sesuatu asas sukan itu sudah dimiliki oleh masyarakat di negara ini dan hanya perlu digilap sahaja oleh jurulatih negara apabila tiba masanya. Sesungguhnya, pembinaan kemudahan sukan menjamin negara memiliki satu kelompok ahli sukan yang berwibawa.

Tambahan pula, negara boleh menganjurkan kejohanan sukan bertaraf dunia di negara ini. Penganjuran sukan sebegini memberi peluang kepada ahli sukan negara untuk bersaing dengan ahli-ahli sukan dunia yang sememangnya lebih baik. Persaingan yang hebat ini menjadikan ahli sukan kita lebih fokus dan menyedari kelemahan serta mampu meningkatkan kualiti diri mereka sejajar dengan pengalaman yang diperoleh. Maka, lebih banyak penganjuran acara sukan dunia di negara ini, semakin bertambahlah mutu ahli sukan kita.

Bagaimana dengan juruatih? Sudah pasti pengambilan jurulatih berpengalaman terutama dari negara luar berupaya menyuntik teknik baru kepada latihan ahli sukan kita. Jurulatih asing yang berpengalaman ini mampu melihat kelemahan dan mengatasi kelemahan ahli sukan kita dengan pantas kerana mereka berpengalaman. Dalam masa yang sama jurulatih asing ini boleh membuat program untuk melatih jurulatih tempatan atau berkongsi pengalaman dengan mereka untuk merangka satu sistem latihan yang baik. Jadi, jurulatih asing boleh membawa perubahan drastik terhadap mutu sukan kita.

Konklusinya, mutu sukan di negara ini boleh berubah. Cuma kegagalan persatuan-persatuan sukan untuk melihat secara positif dan masalah konflik dalaman persatuan yang menyebabkan mutu sukan kita terus menjunam. Masyarakat sudah muak dengan alasan demi alasan yang diberikan setiap kali ahli sukan kita mengalami kekalahan. Sikap 'menuding jari' membuktikan betapa kita banyak menyalahkan orang lain tanpa mahu berubah.

Page 2: Contoh Karangan Berkaitan Sukan

Sebagai wartawan sebuah majalah sukan, anda ditugaskan untuk menulis rencana yang bertajuk “Langkah-langkah Meningkatkan Mutu Sukan Negara”.Tulis rencana itu selengkapnya.

Langkah-langkah Meningkatkan Mutu Sukan NegaraOleh: Mohd Shahir Mohd Shah

Kekalahan skuad bola sepak kebangsaan dalam semua perlawanan pada Kejohanan Piala Asia (AFC) serta tumbangnya jagoan badminton negara dalam Kejohanan Badminton Dunia baru-baru ini, seolah-olah mengesahkan bahawa mutu sukan Malaysia semakin merudum. Itu belum lagi mengambil kira prestasi sukan-sukan teras lain seperti hoki, olahraga, renang, dan sebagainya. Kemerosotan pencapaian atlet-atlet negara ketika bertanding sama ada pada peringkat serantau mahupun antarabangsa telah menimbulkan pelbagai tanggapan negatif dalam kalangan peminat sukan di negara ini. Apakah atlet-atlet kita hanya gah ketika bertanding sesama sendiri sehingga mewajarkan gelaran “jaguh kampung?” Ataupun atlet kita kurang bermotivasi apabila bersaing pada peringkat antarabangsa? Walau apa pun pertikaiannya, ternyata pelbagai langkah konkrit dan menyeluruh perlu diambil untuk meningkatkan mutu sukan negara, agar kita dapat “duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi” dengan negara-negara lain dalam bidang sukan.

Dalam hal ini, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah dengan merombak jawatankuasa induk yang menaungi sesebuah persatuan sukan. Bukan lagi rahsia, kebanyakan persatuan-persatuan sukan di Malaysia dipimpin oleh elit politik. Lihat sahaja persatuan-persatuan seperti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Malangnya, para pemimpin yang dipilih secara “sebulat suara” ini, sering menjadikan persatuan berkenaan sebagai medan untuk mencari pengaruh dan meneruskan agenda politik mereka. Keghairahan memenuhi agenda peribadi, menyebabkan program pembangunan sukan dan atlet telah “dianak tirikan” oleh mereka. Kedangkalan ilmu tentang bidang sukan serta kegagalan memahami perubahan yang berlaku, mewajarkan ketandusan pencapaian para atlet kita. Berkaitan hal ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi pernah menyeru agar para pemimpin politik melepaskan jawatan mereka dalam persatuan sukan agar program pembangunan sukan hanya ditangani oleh individu yang berkelayakan. Justeru, sewajarnya barisan kepimpinan sukan ini dirombak dan seterusnya memberikan laluan kepada muka-muka baru yang mempunyai latar belakang bidang sukan serta beriltizam tinggi untuk memajukan mutu sukan negara, bak kata pepatah, “hanya jauhari yang mengenal manikam”.

Di samping itu, program-program pembangunan atlet juga perlu diperbaiki dan diberi nafas baru dalam usaha melahirkan atlet yang berdaya saing dan mampu mengibarkan cabaran negara pada peringkat antarabangsa. Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan telah menyediakan peruntukan yang cukup banyak untuk menyokong program-program pembangunan sukan di negara ini seperti penubuhan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN). Program pembangunan sukan ini meliputi aspek-aspek kritikal seperti kewangan, kejurulatihan, pemakanan, psikologi, dan sebagainya. Berhubung dengan isu ini, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman pernah menegur tentang cara pemakanan para pemain bola sepak kebangsaan ketika bertanding dalam Kejohanan Piala Asia yang dianggap tidak bersesuaian dengan diet para atlet. Menurutnya kebanyakan para pemain bola sepak negara lebih menggemari roti canai, nasi lemak, dan merokok. Kegagalan menyediakan program-program berkualiti, memungkinkan mutu sukan negara terus merudum dan kita terus ketandusan para atlet yang berpotensi. Contohnya sejak menjuarai Piala Thomas pada 1992, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terus gagal membentuk sebuah pasukan kebangsaan yang mampu memecah penguasaan China dan Indonesia dalam arena badminton. Biarpun munculnya “gandingan emas”, Koo Ken Kiat dan Tan Boon Heong, namun kegagalan pasukan negara dalam Kejohanan Badminton Dunia bulan lalu menterjemahkan segala-galanya. Namun begitu, segala kelemahan tidak harus menjadi noktah untuk kita terus berusaha. Dengan pengemblengan usaha dan iltizam semua pihak, pastinya “sinar di hujung terowong” dapat dijelmakan untuk mengangkat kembali martabat sukan negara kita.

Page 3: Contoh Karangan Berkaitan Sukan

Selain itu, para atlet negara juga perlu didedahkan dengan kejohanan-kejohanan antarabangsa secara lebih kerap. Penyertaan secara berterusan amat penting dalam usaha memantapkan persembahan serta menyesuaikan diri di dalam situasi pertandingan yang sebenarnya. Pasukan bola sepak contohnya, tidak mampu membentuk persefahaman yang mantap jika digabungkan menjelang saat akhir pada sesebuah kejohanan sahaja. Setiap pemain sudah pasti mempunyai latar belakang kemahiran dan peribadi yang berbeza. Justeru, penyertaan secara berterusan dalam pelbagai kejohanan dapat membentuk persefahaman dalam kalangan mereka seterusnya mampu menuai hasil yang diharapkan. Pencapaian ratu squasy negara, Nicole Ann David sehingga membolehkan beliau berada pada kedudukan teratas senarai pemain terbaik dunia, adalah berpunca daripada penyertaan yang tidak putus-putus dalam pertandingan peringkat antarabangsa. Perlu ditegaskan bahawa kejayaan yang diinginkan tidak boleh dijelmakan dengan usaha secara ala kadar, “seperti melepaskan batuk di tangga”. Sebaliknya ia menuntut iltizam dan kerja keras semua pihak sama ada dalam kalangan para atlet, pihak-pihak berwajib, dan malahan peminat sukan tanah air.

Sesungguhnya kemerosotan mutu sukan negara tidak seharusnya dibiarkan terus berlanjutan kerana ia sedikit sebanyak berkaitan dengan maruah kita pada peringkat antarabangsa. Sejajar dengan usia kemerdekaan negara yang sudah menjangkau angka lima puluh tahun, seharusnya ia telah mematangkan pencapaian kita dalam bidang sukan. Mungkin tiada salahnya untuk kita belajar dengan negara-negara seperti Trinidad dan Tobago atau pun Kenya yang telah berjaya melayakkan diri dalam pertandingan akhir bola sepak Piala Dunia 2006 serta mampu melahirkan atlet olahraga bertaraf dunia. Hanya dengan kerjasama erat semua pihak, misi untuk melihat kelibat anak-anak muda Malaysia beraksi pada pusingan akhir bola sepak Piala Dunia 2014 akan menjadi kenyataan. Bak kata pepatah “pengayuh sudah ada di tangan, perahu sudah ada di tangan”, terserah kepada kita untuk merealisasikan impian 26 juta rakyat Malaysia. “Majulah sukan untuk negara!”

Peranan ibu bapa untuk menggilap bakat anak-anak dalam bidang sukan.Huraikan pendapat anda.

Page 4: Contoh Karangan Berkaitan Sukan

Bidang sukan merupakan salah satu bidang yang penting di negara kita. Hal ini demikian kerana, aktiviti sukan mendatangkan faedah yang banyak kepada masyarakat dan negara kita. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab dalam bidang sukan perlulah memainkan peranan yang berkesan dengan kerjasama semua pihak seperti ibu bapa. Sekiranya ibu bapa memberikan galakan dan sokongan moral, sudah pasti matlamat untuk memajukan bidang sukan di negara kita akan tercapai iaitu, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Dengan cara itu, nama negara kita akan dikenali dan digeruni di peringkat antarabangsa melalui kejayaan atlet negara dalam bidang sukan.

Antara peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa adalah dengan memberikan galakan dengan cara membeli peralatan sukan untuk anak-anak mereka. Sekiranya anak-anak memiliki peralatan sukan yang lengkap dan sesuai sudah pastilah mereka lebih bersemangat untuk bersukan. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah membelikan anak-anak mereka pakaian, kasut dan alat-alat yang berkaitan dengan permainan yang diceburi oleh anak-anak mereka seperti raket badminton, squash dan tenis. Oleh hal yang demikian, minat anak-anak dapat dikembangkan sekiranya peralatan yang sesuai dimiliki oleh mereka. Seterusnya, mereka diharapkan dapat melakar kemenangan dan seterusnya mengharumkan nama sekolah, daerah, negeri dan negara.

Ibu bapa juga perlu menggalakkan anak-anak untuk menceburkan diri dalam bidang sukan dengan aktif. Ibu bapa boleh menasihati anak-anak supaya memperuntukkan masa mereka dalam aktiviti kokurikulum seperti sukan dan permainan. Hal ini demikian kerana, aktiviti sukan akan menyihatkan dan mencergaskan badan. Di samping itu, anak-anak yang berbakat dan berminat dalam sukan dan permainan tertentu bolehlah melibatkan diri dengan lebih aktif untuk mencipta kejayaan yang cemerlang. Bakat dan minat tersebut perlulah dipupuk dari bangku sekolah lagi untuk dikembangkan agar dapat mengharumkan nama negara di persada dunia.

Selain itu, ibu bapa hendaklah memberikan sokongan moral dengan menghantar anak-anak mereka ke tempat latihan atau permainan tersebut dijalankan. Dengan cara itu, anak-anak mereka lebih bersemangat untuk bergiat aktif dalam bidang sukan tersebut. Mereka juga boleh menemani anak-anak dan menyaksikan anak-anak mereka berlatih atau bertanding dalam sesuatu acara sukan atau permainan. Sudah tentulah perkara ini akan memberikan kesan yang lebih mendalam kepada anak-anak dalam usaha untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu permainan iaitu, tinggi gunung, tinggi lagi harapan kami. Seterusnya, mereka akan berasa lebih yakin untuk mencipta kemenangan pada peringkat yang lebih tinggi lagi.

Ibu bapa perlulah membelikan anak-anak mereka majalah sukan yang diminati oleh mereka. Hal ini demikian kerana, anak-anak akan lebih berminat untuk menceburkan diri dalam bidang sukan dengan serius. Mereka juga akan mendapat maklumat atau perkembangan terkini dalam bidang sukan menerusi majalah-majalah sukan tersebut. Selain itu, kejayaan ahli-ahli sukan antarabangsa yang dipaparkan dalam majalah sukan tersebut akan menjadi idola dan pencetus semangat serta motivasi kepada anak-anak untuk menjadi ahli sukan yang berjaya.

Secara keseluruhannya, peranan ibu bapa tidak boleh dikesampingkan dalam usaha untuk menggalakkan anak-anak bersukan. Oleh itu, ibu bapa perlulah diberikan kesedaran supaya memainkan peranan yang sepatutnya dalam usaha untuk melahirkan lebih banyak ahli sukan di negara kita. Ibu bapa tidak seharusnya mementingkan aspek kecemerlangan akademik semata-mata dan mengetepikan kepentingan sukan kepada anak-anak mereka. Kita mahu agar kecemerlangan akademik dan kecemerlangan sukan bergerak seiring sekiranya mahu negara kita maju dalam bidang sukan. Perkara ini akan menjadi realiti jika pepatah, "genggam bara api biar sampai jadi arang" sentiasa menjadi amalan dalam diri setiap orang yang ingin akan kejayaan.

Pada tahun 2011, kerajaan telah memperkenalkan program 1Murid 1Sukan untuk memastikan semua murid terlibat dalam bidang sukan. Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah melibatkan diri dalam aktiviti sukan dalam kalangan murid.

Page 5: Contoh Karangan Berkaitan Sukan

Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta tenaga yang dilakukan sama ada sebagai acara pertandingan, hiburan atau untuk suka-suka bagi mengisi masa lapang atau untuk beriadah. Pada tahun yang lalu kerajaan telah memperkenalkan dasar 1Murid 1Sukan kerana menyedari kepentingan bersukan. Contoh aktiviti sukan yang agak popular kini ialah seperti olahraga, berenang, permainan bola sepak, tenis, badminton dan sebagainya. Persoalannya apakah faedahnya jika seseorang murid itu melibatkan diri dalam aktiviti bersukan?

Antara faedah bersukan kepada murid ialah sukan dapat meningkatkan disiplin murid. Hal ini dikatakan demikian kerana individu yang ingin berjaya dalam bidang sukan mesti mempunyai disiplin yang tinggi dan dapat mengawal diri sendiri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Contohnya setiap pemain dalam sesebuah pasukan itu mesti menepati masa, rajin berlatih, tidak merokok dan mematuhi arahan jurulatihnya. Oleh itu, secara tidak langsung sukan juga turuk membentuk disiplin murid tersebut.

Seterusnya, sukan juga penting bagi melahirkan seseorang murid yang sihat. Hal ini dikatakan demikian kerana bersukan boleh menguatkan otot dan tulang serta menyihatkan badan. Misalnya, seseorang murid yang bersukan pada setiap petang sudah banyak berpeluh. Oleh itu murid yang aktif bersukan jarang mendapat demam dan selesema berbanding dengan rakan-rakannya yang tidak bersukan

Selain itu, seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk mengagihkan masa dengan sewajarnya. Hal ini dikatakan demikian kerana murid tersebut akan menentukan masa yang sesuai untuk memberikan tumpuan terhadap sukan dan masa untuknya belajar. Contohnya, seseorang murid yang menyertai pasukan sekolah mesti ada jadual latihan sukan dan jadual belajar. Oleh itu, seseorang murid yang aktif dalam sukan juga berjaya dalam pelajaran.

Di samping itu, sukan juga membentuk murid menjadi seseorang yang berfikiran positif. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan aktif bersukan seseorang itu dapat berfikir secara rasional dan berkeyakinan tinggi dan tidak cepat berputus asa. Contohnya, Datuk Lee Chong Wei tetap tidak berputus asa walaupun gagal meraih pinggat emas dalam sukan Olimpik baru-baru ini. Oleh itu, sukan penting dalam melahirkan murid yang berfikiran positif.

Akhir sekali, murid yang aktif bersukan juga dapat menggunakan masa lapang mereka dengan lebih bermanfaat. Hal ini dikatakan demikian kerana biasanya murid yang aktif dalam bidang sukan tidak berminat bermain ‘computer game’ dan tidak akan menghabiskan masanya untuk berplesiran di pusat beli-belah, menonton televisyen, dan seumpamanya. Oleh itu, sudah pasti mereka akan menghabiskan masa dengan lebih bermanfaat.

Intihanya, jelaslah di sini bahawa melibatkan diri dalam sukan banyak membawafaedah kepada murid. Oleh itu, pihak kerajaan perlu menyediakan banyak kemudahan untuk bersukan di sekolah. Ibu bapa pula patut menggalakkan anak-anak mereka bersukan. Begitu juga dengan guru-guru mereka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran sukan. Saya percaya dengan adanya kerjasama antara semua pihak lebih ramai lagi jaguh sukan negara yang akan menyerlah di peringkat antarabangsa, asalkan kita tidak melakukannya hanya ‘hangat-hangat tahi ayam’.

Pengukuhan Institusi keluarga merupakan tunjang utama dalam keluarga bahagia. Huraikan peranan ahli keluarga dalam membina keluarga bahagia.

Page 6: Contoh Karangan Berkaitan Sukan

Dalam mendepani era modenisasi abad ke-21 kini, dunia menyaksikan iktisad negara membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Negara yang semakin pesat membangun seperti tenggelam sama basah timbul sama hanyut seiringan dengan negara maju yang lain. Sebagaimana yang kita ketahui, institusi keluarga merupakan tunjang utama dalam membina keluarga bahagia. Dari segi konsepsinya, institusi keluarga boleh ditakrifkan sebagai insan terdekat yang sanggup menerima kita seadanya dan sentiasa bersama tidak kira di waktu susah atau senang. Dengan menunjukkan contoh yang baik, ibu bapa merupakan suri teladan yang terdekat dalam membentuk institusi keluarga yang utuh. Anak-anak juga memainkan peranan penting dalam membentuk peranan penting dalam membentuk institusi keluarga yang kukuh. Hal ini boleh dianalogikan seperti, tentera semut bekerjasama mengumpul makanan. Hal ini juga bertepatan dengan aforisme, bagai aur dengan tebing. Biasanya keluarga bahagia dapat dibentuk melalui sikap ahli keluarga yang mempunyai sahsiah yang baik. Menurut pakar motivasi Dato’ Dr. Haji Fadzilah Kamsah, keutuhan institusi keluarga mampu membangunkan negara dengan aman tanpa perbalahan. Oleh itu,setiap ahli keluarga perlu menjadi tulang belakang kepada institusi kekeluargaan supaya keluarga tidak berpecah belah.

Peribahasa Melayu ada mengatakan bahawa anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapa yang mencorakkannya. Oleh itu,peranan ibu bapa dalam membentuk institusi keluarga bahagia ialah ibu bapa menjadi suri teladan yang baik kepada anak-anak. Hal ini kerana,ibu bapa merupakan orang yang paling hampir dengan anak-anak.Ibu bapa tidak seharusnya menunjukkan teladan yang negatif kepada anak-anak seperti berbohong,mengumpat dan bergaduh. Natijahnya, anak-anak akan mencontohi setiap perbuatan yang dilakukan oleh ibu bapa. Keadaan ini akan mewujudkan hubungan baik di dalam sebuah keluarga. Menurut Ustazah Siti Nur Bahiyah, ibu bapa merupakan idola kepada anak-anak justeru ibu bapa harus menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak dan sentiasa berfikiran positif. Jadikan kata-kata Imam Al-Ghazali sebagai panduan keranja, mendidik anak-anak umpama menanam biji benih dan dibajai,disirami serta dimanjai supaya membesar dengan subur dan mengeluarkan hasil baik. Ibu bapa yang menjadi suri teladan boleh dianologikan seperti kucing yang mengajar anaknya berjalan. Hal ini boleh diaforismekan,bagaimana acuan begitulah kuihnya.Sebagai ibu bapa yang prihatin mereka perlu memastikan institusi keluarga bahagia dapat dikekalkan dengan memberikan contoh yang baik kepada anak-anak.Sekiranya ibu bapa berjaya menjadi suri teladan yang baik kepada anak-anak pastinya negara akan menghasilkan insan yang bijak sekali gus dapat mewujudkan keluarga yang aman dan damai.

Saidina Umar Al-Khatab pernah berkata,didiklah anak kamu mengikut zamannya,jangan mendidik mereka mengikut zaman kamu. Oleh itu,ibu bapa perlu menyediakan kediaman yang selamat untuk anak-anak mengikut keperluan mereka. Hal ini kerana, kediaman yang selamat menyebabkan anak-anak berasa selamat dan dilindungi daripada ancaman luar.Natijahnya, anak-anak akan lebih hati-hati sebelum melakukan aktiviti luar dan berfikir panjang kesannya sebelum melakukan aktiviti di luar rumah. Amsalnya,ciri-ciri rumah yang selamat mempunyai empat buah bilik,dua buah bilik persalinan dan pengasingan di antara anak lelaki dan anak perempuan. Selain itu,ibu bapa perlu menyediakan jadual waktu yang selengkapnya untuk melakukan sebarang aktiviti sama ada menonton televisyen, waktu bermain dan seumpanya.Kediaman yang selamat dan selesa boleh dianologikan seperti, pohon yang melindungi sarang burung yang tersembunyi. Hal ini bertepatan dengan peribahasa,sediakan payung sebelum hujan. Menurut pepatah Inggeris,orang yang dilahirkan di dalam kandang kuda tidak semestinya menjadi kuda.Tambahan pula, menurut Khong Hu Chu sesiapa yang tidak berfikir panjang,kesusahan telah tersedia di mukanya.Sekiranya ibu bapa dapat menyediakan kediaman yang selamat dan selesa maka hal ini dapat mewujudkan keluarga yang bahagia.

Memetik wasitah nirmala seterusnya,ibu bapa haruslah menyediakan makanan yang berkhasiat dan seimbang dapat membantu pembesaran anak-anak dengan sempurna. Natijahnya,tubuh anak-anak yang sihat dapat membantu menjamin keluarga bahagia.Amsalnya,ibu bapa perlu menyediakan sarapan yang bercoklat untuk anak-anak mendapat tenaga di pagi hari. Kajian Universiti Malaysia Pahang menunjukkan bahawa ,anak-anak yang tidak mendapat sarapan menyebabkan mereka tidak

Page 7: Contoh Karangan Berkaitan Sukan

mempunyai tenaga dan pelajaran di dalam kelas akan terganggu.Peribahasa Melayu ada mengatakan, badan yang sihat dapat melahirkan otak yang cerdas.Oleh itu,ibu bapa perlulah menyediakan makanan yang seimbang supaya dapat melahirkan keluarga yang bahagia. Hal ini kerana anak-anak yang mempunyai fikiran dan badan yang sihat akan menyumbang kepada minda yang sihat dan menyebabkan anak-anak dapat berfikir dengan bijak tanpa terjebak dengan aktiviti yang bermoral.Hal ini boleh dianologikan seperti memberi baja yang berkualiti kepada benih agar dapat membesar dengan baik. Menurut Alex Osbon makanan yang sihat dan berkhasiat akan menjana kepada kesihatan yang baik. Jelaslah bahawa makanan yang seimbang dan berkhasiat akan menyumbang institusi keluarga bahagia

Dari sudut kodifikasi yang berbeza,semua ahli keluarga perlu menjaga kebersihan tempat tinggal agar persekitaran tempat tinggal bersih dan ceria. Hal ini kerana,persekitaran tempat tinggal yang bersih dan ceria dapat menenangkan fikiran dan kebahagiaan dapat dikecap.Biasanya,ahli keluarga yang progresif akan memastikan kebersihan dan keceriaan kediaman mereka.Natijahnya,tempat tinggal akan sentiasa bersih dan penghuninya akan sentiasa ceria.Menurut Lao Tze dalam karya mukadimahnya,jika tujuan anda jelas,anda boleh mencapainya dengan mudah.Ahli keluarga perlulah bekerjasama mengekalkan kebersihan dan keceriaan tempat tinggal.Hal ini bertepatan dengan peribahasa, bagai aur dengan tebing.Hal ini boleh dianologikan seperti penyapu yang sentiasa digunakan. Menurut mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad,keluarga bahagia dapat mencapai bermula dengan kebersihan tempat tinggal dan keceriaan isi rumah.Hal ini boleh dianologikan seperti, bunga mawar yang mekar.Sekiranya ahli keluarga menjadi persekitaran tempat tinggal dengan baik,maka negara akan mempunyai isi rumah yang bahagia dan mementingkan kebersihan.

Dalam Islam telah menetapkan bahawa 7 tahun pertama kelahiran , hendaklah kita menjadikan anak-anak sebagai teman sepermainan , 7 tahun berikutnya hendaklah kita mendidiknya dengan rotan dan 7 tahun seterusnya hendaklah kita jadikannya sahabat . Oleh itu , sudah terang lagi bersuluh , ibu bapa harus cakna terhadap kesihatan ahli keluarga . Hal ini kerana, peranan ibu bapa amat penting dalam memastikan ahli keluarga sihat sejahtera . Impaknya , anak-anak akan merasakan diri mereka diberi sepenuh perhatian oleh ibu bapa dalam sebuah keluarga . Ibu bapa yang cakna terhadap kesihatan ahli keluarga dapat dianologikan seperti payung yang sentiasa terbuka untuk melindungi diri daripada panas terik mentari .Amsalnya, anak-anak yang sakit perlu dirujuk ke klinik dan hospital sebelum nasi menjadi bubur. Biasanya , ibu bapa yang cakna terhadap kesihatan ahli keluarga ialah ibu bapa yang prihatin . Menurut Datok Dr. Haji Fadzillah Kamsah , keluarga yang bahagia ialah keluarga yang hidup dalam suasana yang harmoni dan sejahtera . Oleh itu , ibu bapalah yang mencorakkan sesebuah keluarga itu menjadi sebuah keluarga bahagia . Sekiranya ibu bapa di negara kita cakna terhadap kesihatan ahli keluarga , maka wujudlah sebuah keluarga yang bahagia tanpa sebarang pertelingkahan .

Rahmohan Gandhi dalam karya mukadimahnya menyatakan bahawa, keruntuhan keluarga akan melahirkan generasi yang lemah . Sebagai remaja yang lebai lagi berjanggut dalam memacu negara ke persada antarabangsa , anak-anak yang bersahsiah terpuji dapat merealisasikan institusi keluarga yang bahagia . Hal ini kerana , anak-anak yang mempunyai peribadi yang mulia dan berbudi pekerti yang tinggi dapat memenuhi tuntutan sebuah keluarga yang bahagia . Natijahnya , anak-anak yang soleh dan solehah dapat menjaga nama baik keluarga di samping melahirkan generasi yang cemerlang dan sifar jenayah . Oleh itu , ibu bapa perlu membentuk peribadi anak-anak mereka sejak kecil bagi menjamin kesejahteraan keluarga pada masa akan datang . Ibu bapa yang mampu mendisiplinkan anak-anak sejak kecil bertepatan dengan aforisme, melentur buluh biarlah dari rebungnya . Menurut Joseph Conrad , kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka . Oleh itu, ibu bapa yang bertanggunjawab tidak seharusnya leka dan bersikap bena tak bena dalam menerapkan akhlak terpuji dalam diri anak-anak. Ibu bapa yang membentuk sahsiah terpuji anak-anak boleh dianologikan

Page 8: Contoh Karangan Berkaitan Sukan

seperti, ibu ayam yang mengajar anaknya mencari makan . Sekiranya anak-anak yang mempunyai sahsiah peribadi yang terpuji maka mereka dapat menjamin keharmonian dan kesejahteraan keluarga .

Selain itu , peranan ahli keluarga terdekat seperti adik-beradik , nenek , datuk , saudara-mara juga penting dalam membentuk keluarga bahagia . Hal ini kerana , institusi keluarga yang ramai dapat memeriahkan lagi hubungan kekeluargaan . Natijahnya , kita dapat mengeratkan lagi ukhwah antara keluarga sama ada yang tinggal berjauhan atau terdekat . Di samping itu , sebuah keluarga yang bahagia dapat menyelesaikan masalah dengan baik . Seterusnya , keluarga terdekat perlulah mengadakan rumah terbuka pada hari-hari tertentu untuk mngeratkan hubungan kekeluargaan yang kita tidak kenal . Aktiviti kunjung-mengunjung ke rumah saudara-mara juga dapat membina keluarga harmoni terutamanya pada musim perayaan. Menurut Datuk Dr. Haji Fadzillah Kamsah , institusi keluarga yang harmoni menjamin kebahagiaan di dunia dan di akhirat . Institusi keluarga terdekat juga memainkan peranan yang penting dalam membantu keluarga lain yang menghadapi kesusahan bagi meringankan bebannya . Hal ini bertepatan dengan aforisme, bagai aur dengan tebing . Sementelahan itu, peranan adik-beradik juga mampu menjurus pada pembentukan keluarga bahagia . Sebagai adik-beradik , kita perlu memulakan dengan percakapan yang baik bagi mengelakkan pergaduhan. Sekiranya , keluarga dapat memainkan peranan dengan berkesan maka institusi keluarga yang utuh lagi teguh dapat direalisasikan dalam membina keluarga bahagia .

Sebagai pengitlakan , isu keluarga bahagia sering meniti dari bibir ke bibir dalam kalangan marhaen di Malaysia perlu direalisasikan kewujudannya . Sememangnya , sudah terang lagi bersuluh , peranan daripada pelbagai pihak sama ada ibu bapa , anak-anak , saudara-mara perlu diimplimentasikan bagi memupuk sebuah institusi keluarga bahagia . Oleh itu , sediakan payung sebelum hujan kerana jikalau nasi sudah menjadi bubur usaha dalam membentuk keluarga bahagia tidak lagi bermakna . Tambahan lagi , peranan utama dalam membentuk keluarga bahagia terletak pada bahu kedua-dua ibu bapa . Seyogia , kita ibarat burung jentayu yang patah sayap bertongkatkan paruh , patah paruh bertongkatkan dagu , patah dagu bertongkatkan kuku . Sekiranya , semua pihak memanipulasikan tanggungjawab masing-masing nescaya sebuah keluarga bahagia dapat dibentuk dengan berkesan serta mewujudkan negara yang harmonis . Jika negara harmonis boleh diwujudkan maka pembangunan dan kemajuan ekonomi dapat dilaksanakan dengan jayanya .

Burung merpati terbang merata ,Terbang bersama anak-anaknya ,Keluarga bahagia idaman kita ,Marilah kita merealisasikannya .

Tema : Memajukan Industri Inap Desa Di Negara KItaArah : Usaha

Page 9: Contoh Karangan Berkaitan Sukan

Dasawarsa ini,sektor pelancongan di Malaysia amat diberi perhatian dan semakin berkembang ke arah yang positif.Salah satu usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk menarik lebih ramai pelancong datang melancong ke Malaysia adalah dengan cara penubuhan inap desa.Pihak kerajaan juga telah menawarkan pakej penginapan yang termurah dan menarik minat para pelancong untuk melancong ke Malaysia.Dari segi konsepnya,inap desa boleh ditakrifkan sebagai suatu tempat mahupun kawasan yang menarik dan mempunyai kemudahan yang selesa kepada para pengunjungnya.Oleh itu,pelbagai prakarsa yang terbaik dapat diatur oleh pihak kerajaan untuk memajukan industri inap desa di negara kita, Malaysia.

Antara usaha yang boleh dilaksanakan untuk memajukan industri inap desa di negara kita ialah pihak kerajaan memberikan bantuan dari segi kewangan kepada peserta untuk menaik taraf rumah,bilik dan menambah bilangan perabot.Hal ini kerana,inap desa yang akan dikunjungi para pelancong akan kelihatan lebih menarik dan selesa tetapi harganyan haruslah lebih rendah dan berbaloi daripada hotel ternama.Peserta seharusnya memikirkan keselesaan para pengunjung supaya impak di kemudiannya adalah pengunjung akan lebih berpuas hati atas keselesaan yang diberikan.

Sementelahan, pihak kerajaan melalui kementerian pelancongan boleh memberikan mahupun mengadakan latihan pengendalian kepada para peserta dari segi sambutan,layanan kepada pelancong,kemasan dan kebersihan bilik dan sepatutnya mengamalkan sikap sopan santun.Hal ini kerana,pelancong akan lebih tertarik untuk datang dan menginap di sana dan membuat keputusan untuk datang meluangkan masa sekali lagi.Mereka juga sekali gus mencadangkan hal ini kepada rakan-rakan yang lain untuk datang melancong ke Malaysia dan menginap di inap desa.Cara mereka ini juga akan menaikkan peratus dan perkembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Selain itu,pihak kerajaan juga boleh menyediakan infrastruktur yang lengkap ataupun jaringan perhubungan yang sempurna kepada para pelancong.Bekalan elektrik dan bekalan air harus dititikberatkan supaya pelancong akan berasa lebih selesa dan berkemungkinan besar mmembuat keputusan untuk menginap lebih lama.Harus diingatkan bahawa,amat penting bagi memastikan bahawa para pelancong dapat merasai kenikmatannya tanpa keluhan mahupun masalag.Sebagai kesannya,para pelancong akan merasa dihargai dan teruja dengan perkhidmatan yang disediakan.Apabila tiba masanya untuk pelancong kembali pulang ke negara mereka,ini akan menimbulkan memorabilia buat mereka semua.

Prakarsa yang terakhir untuk memajukan industri inap desa di negara kita adalah dengan cara mempromosikan inap desa yang sempurna di dalam dan luar negara.Cara ini dapat dilaksankan melalui iklan,media elektronik,jemputan khas dan mengadakan lawatan.Hal ini kerana,pelancong akan berasa lebih tertarik dan memastikan dirinya akan terlibat untuk datang melancong ke Malaysia tanpa sebarang masalah.Pihak pengusaha inap desa perlulah mempromosikan bersesuaian dengan apa-apa yang terbukti.Hal ini supaya para pelancong tidak mengatakan bahawa ini adalah sesuatu perkara yang fakta tanpa penipuan.Jangan menjadikannya seperti indah khabar dari rupa.

Secara tuntasnya,pelbagai usaha yang dapat dilaksanakan untuk memajukan industri inap desa di Malaysia.Semua lapisan masyarakat boleh turut serta bagi mempromosikan inap desa untuk meningkatkan sektor pelancongan.Oleh itu,semua pihak seharusnya berganding bahu demi merealisasikan apa-apa yang diusahakan dapat membuahkan hasil yang bernas dan memberansangkan.

Dalam mendepani era modenisasi pada abad ke-21 kini,dunia menyaksikan iktisad negara membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan.Negara yang semakin pesat membangun sperti tenggelam sama basah timbul sama hanyut seiringan dengan negara maju yang lain.Namun sering

Page 10: Contoh Karangan Berkaitan Sukan

meniti dari bibir ke bibir segenap umat manusia tentang ibu bapa yang mengharapkan anak-anak mereka berjaya dalam kehidupan. Menurut pakar motivasi Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah,setiap perkara yang hendak dilakukan oerlulah mendapat retu daripada ibu bapa . Anak-anak pasti akan berjaya jika mereka sentiasa menghormati dan tidak melawan kata-kata ibu bapa.Sebagai remaja yang lebai lagi berjanggut,harus memikirkan usaha-usaha untuk memastikan harapan ibu bapa terhadap kita tercapai .Jika ditelusuri secara mendalam lagi,anak-anak perlu mempunyai asas agama yang kuat. Menurut Hamka,pegangan agama yang ada di dalam kita,akan membentuk akhlak peribadi seseorang itu.Oleh itu,anak-anak perlulah berusaha untuk memenuhi keinginan ibu bapa untuk memastikan anak-anak berjaya dalam hidup.

Sebagai anak-anak yang meningkat dewasa,kita perlulah mengubah diri supaya menjadi seorang anak yang dapat membanggakan ibu bapa.Usaha sebagai seorang anak adalah belajar bersungguh-sungguh pada peringkat sekolah rendah lagi bagi menjadikan kita menjadi seorang anak yang pandai mengenangkan jasa ibu bapa.Apabila kita belajar bersungguh-sungguh dari peringkat permulaan,kita mungkin berpeluang untuk meneruskan pelajaran sehingga ke peringkat yang paling tertinggi.Sudah terang lagi bersuluh,anak-anak adalah harapan ibu bapa bagi memartabatkan maruah ahli keluarga mereka waktu kelak nanti.Sesudah mencapai kejayaan pada peringkat pembelajaran anak-anak pasti memikirkan untuk mencari pekerjaan yang sesuai dengan kerjaya mereka.Anak-anak yang mencapai kejayaan pasti membuatkan ibu bapa mereka lebih bangga dan lebih senang.Anak-anak akan menampung perbelanjaan keluarga apabila sudah bekerja.Ibu bapa akan merasakan tanggungjawab keluarga apabila sudah bekerja.Ibu bapa akan merasakan tanggungjawab mereka sudah tertunai dan ada lagi yang mungkin akan diusahakan oleh mereka.Bak kata pepatah,melentur buluh biar dari rebungnya.Ibu bapa perlu mendidik anak-anak sejak mereka dari kecil lagi.Anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkannya.

Jika ditelusuri secara mendalam usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh kita untuk memastikan harapan ibu bapa tercapai ialah kita perlulah sentiasa menjaga personaliti diri serta menjaga tingkah laku agar tidak terlibat terlibat dalam gejala sosial yang semakin menular dalam kalangan remaja.Hal ini demikian kerana,remaja mudah terpengaruh melakukan perkara ke arah negatif jika bergaul dengan rakan-rakan yang sering terlibat dalam gejala sosial serta rakan-rakan yang menjalani kehidupan yang terlalu bebas.Selain itu,kita hendaklah menjaga air muka dan nama baik ibu bapa agar kita tidak menconteng arang ke muka mereka dek perkara yang negatif.Natijahnya,jika kita tidak terlibat dalam gejala sosial dan mendatangkan masalah ibu bapa maka harapan ibu bapa kepada kita untuk berjaya dalam kehidupan akan tercapai.Menurut pakar motivasi,Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah jika kita menjaga personaliti diri tidak mustahil kita akan dapat seseorang pelajar dan anak.Oleh itu,kita perlulah menjaga tingkah laku di rumah mahupun di sekolah.Maka,terbentuklah akhlak seseorang itu.

Memetik wasitah nirmala seterusnya,bagi menjayakan lagi usaha-usaha kita bagi memastikan harapan ibu bapa tercapai ialah,kita sebagai anak perlulah bergaul serta mendekati dengan orang-orang yang berilmu supaya kita berminat serta cenderung dalam pelajaran.Dalam konteks ini,mengapakah kita perlu bergaul dengan orang yang berilmu? Sementelahan lagi,dengan siapakah kita perlu bergaul ? Menurut pakar motivasi, Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah, kita perlu bergaul dengan orang berilmu supaya minat belajar akan timbul dalam diri kita sebagai seorang pelajar dan anak.Jadi,tidak mustahil kita boleh berjaya.Kita perlulah bergaul dan berkawan dengan orang yang sering berjaya dalam peperiksaan.Jadi,kita bolehlah berkongsi ilmu pendapat serta idea yang bernas dalam mempelajari sesuatu mata pelajaran.Jadi,jika kita mahu terus berjaya dalam kehidupan,kia mestilah bergaul dengan orang yang berilmu.Hal ini boleh dianalogikan seperti orang mukmin yang inginkan kejayaan,mukmin tersebut perlulah berusaha untuk menggapai kejayaan tersebut.Hal ini bertepatan dengan aforisme hendak seribu daya,tak nak seribu dalih.Natijahnya,kita berusaha untuk mencapai kejayaan tersebut,InsyaAllah kita akan mendapat kejayaan dalam kehidupan di dunia serta

Page 11: Contoh Karangan Berkaitan Sukan

di akhirat.Maka dengan ini,tercapailah usaha ibu bapa yang inginkan kejayaan dalam kehidupan anak-anak mereka.

Jika ditelusuri secaramendalam,usaha seterusnya yang dapat kita lakukan ialah tidak terlibat dalam gejala sosial.Usaha ini perlu dilakukan dengan betul agar kita menjadi insan yang lebih beragama dan lebih berdisiplin.Natijahnya,kita dapat melahirkan alam sekitar yang harmoni dan aman.Menurut pakar motivasi,gejala sosial dapat dibendung sekiranya kita menasihati rakan-rakan kita untuk melakukan kebaikan dan menghalang mereka untuk melakukan keburukan,sekiranya rakan kita melakukan keburukan,kita haruslah memberitahu kesan akan keburukan yang telah mereka lakukan itu.Jadi jelaslah bahawa sekiranya kita tidak terlibat dengan gejala sosial maka kita dapat melahirkan masyarakat yang harmoni.

Sebagai deduksinya, kita hendaklah mengimplementasian pendekatan dalam bentuk indoktrinasi kepada ibu bapa supaya harapannya itu tercapai. Kita sebagai anak-anak haruslah sentiasa menghargai jasa ibu bapa dan menghormati setiap keputusan yang telah ditetapkan sama ada keputusan itu bercanggah dengan apa yang kita cadangkan kerana syurga itu dibawah telapak kaki ibu. Nasihat ibu bapa perlu diberi perhatian dan dipatuhi dengan teliti supaya masuk telinga kanan tidak keluar telinga kiri juga tidak sekadar melepaskan batuk di tangga. Seyogia, anak-anak ini dianggap sebagai permata hati atau cahaya mata oleh Allah kepada ibu bapa di dunia dan di akhirat. Oleh itu, anak-anak mestilah sama-sama berganding bahu ibarat ke bukit sama didaki ke lurah sama dituruni bagi mencapai harapan atau hasrat ibu bapa.

KEJADIAN TANAH RUNTUH

Page 12: Contoh Karangan Berkaitan Sukan

Dalam mendepani era modenisasi pada abad ke-21 kini, dunia menyaksikan iktisad negara membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Negara yang semakin pesat membangun seperti tenggelam sama basah, timbul sama hanyut seiringan dengan negara maju lain. Namin sering meniti dari bibir ke bibir segenap umat manusia tentang fanomena kejadian tanah runtuh yang semakin membimbangkan. Kemelut ini juga disiarkan dalam media massa seperti internet, televisyen dan surat khabar. Dari segi konsepsinya, kejadian tanah runtuh ialah kejadian yang berlaku akibat daripada gelongsoran tanah di lereng-lereng bukit. Implikasinya, fenomena ini boleh menyebabkan kerosakan harta benda dan boleh meragut nyawa pengguna jalan raya mahupun penduduk yang berdekatan. Persoalan yang bermain dalam kotak fikiran kita ialah mengapakah fenomena ini boleh berlaku dan siapakah yang patut dipersalahkan? Menurut Jabatan Kerja Raya (JKR), fenomena kejadian tanah runtuh ini berpunca daripada kegiatan pembalakan hutan secara berleluasa oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan akhirnya menyebabkan hakisan tanah. Oleh itu, terdapat beberapa langkah yang mesti dilaksanakan oleh pihak-pihak yang berkenaan bagi mengatasi fenomena ini sebelum nasi menjadi bubur.

Cara-cara untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh adalah pembangunan di lereng bukit yang terkawal. Dalam hal ini, pembinaan taman perumahan di lereng bukit mesti mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga perlu mengetatkan undang-undang kelulusan projek di bukit dan juga tidak meluluskan projek yang kecerunannya melebihi 35 darjah yang ditetapkan oleh kerajaan. Seperti kata dalam peribahasa sediakan payung sebelum hujan. Kejadian seperti berlaku di Highland Towers pada Disember 1993 yang mengorbankan nyawa adalah pengajaran untuk semua pihak terutama pihak pemaju untuk membina projek yang berisiko tinggi tanah runtuh.

Langkah yang tidak boleh dikesampingkan untuk mengelak kejadian tanah runtuh ialah membina sistem perparitan yang terancang. Dalam konteks ini, dapat mengurangkan kejadian tanah runtuh di kawasan lereng bukit-bukau di negara kita. Sementelahan pula, tanah di bukit tidak mudah tergelongsor ke jalan raya dan dapat mengelakkan kes kemalangan. Terdapat statistik menjelaskan bahawa kejadian tanah runtuh disebabkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan aktiviti pembalakan haram. Implikasinya, langkah yang efektif dan pragmatik dapat ditangani dengan baik. Misalnya, pihak kerajaan membina parit atau longkang yang sesuai dan sempurna di kawasan perumahan masyarakat. Justifikasinya, dapat mengurangkan kejadian kegelongsoran tanah di tempat kediaman masyarakat. Jadi jelaslah bahawa melalui langkah membina sistem perparitan yang terancang dapat mengelakkan kejadian tanah runtuh di negara kita sebelum nasi menjadi bubur.

Jika ditelusuri secara mendalam, antara langkah-langkah yang pragmatik yang perlu dilakukan oleh kerajaan bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh ialah kerajaan harus menguatkuasakan undang-undang bagi mengelakkan kejadian ini daripada terus berlaku. Oleh sebab itu, kerajaan haruslah mengenakan hukuman yang maksimum kepada pemaju perumahan yang tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan. Bukan sahaja kerajaan malahan masyarakat juga harus memainkan peranan dalam mengelakkan kejadian tanah runtuh ini. Hal ini demikian keran tangan-tangan manusia inilah yang telah menyebabkan berlakunya kejadiaan tanah runtuh ini. Kejadian ini juga perlu dipantau dari semasa ke semasa oleh pihak yang berwajib agar masalah ini dapat ditangani dengan segera. Agensi-agensi kerajaan harus mengadakan kempen “Cintai Alam Sekitar” sebelum nasi sudah menjadi bubur. Anak-anak harus dididik dari kecil agar apabila dewasa kelak, mereka akan menyanyangi alam sekitar dan alam sekitar akan terjaga. Ibu bapa haruslah melentur buluh biarlah dari rebungnya sebelum nasi sudah menjadi bubur.

Sebagai konklusinya kita hendaklah menjaga alam sekitar supaya kurang bencana alam seperti tanah runtuh. Seyogia, marhaen Malaysia hendaklah mengurangkan perbuatan yang menyebabkan tanah runtuh. Mencegah lebih baik daripada merawat. Peribahasa yang sesuai digunakan untuk masalah ini. Kita perlulah bijaksana dalam melangkah untuk menghadapi semua ini. Seumpama kata Elbert Hubbard kebijaksanaan ialah keupayaan untuk bertindak pada masa yang benar-benar tepat. Jika kita tersalah langkah, kita ibarat menconteng arang kemuka sendiri. Janganlah kita hanya melapaskan batuk di tangga dalam mengurangkan masalah tanah runtuh.

Page 13: Contoh Karangan Berkaitan Sukan

USAHA IBU BAPA UNTUK MEMASTIKAN ANAK-ANAK BERJAYA DALAM KEHIDUPAN

Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir di segenap empat penjuru negara ini tentang isu usaha ibu bapa untuk memastikan anak-anak berjaya dalam kehidupan. Isu tersebut semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat dan tokoh ilmuan negara baik di warung-warung kopi mahupun di Dewan Parlimen. Sebagai ibu bapa lagi lebai lagi berjanggut harus memikirkan langkah yang perlu di pragmatik lagi sistematik yang boleh dilakukan untuk menggalakkan anak-anak mempunyai masa depan yang cerah dan berjaya dalam kehidupan. Bukan sahaja ibu bapa perlu berusaha dalam kehidupan untuk mempunyai masa depan yang cerah supaya tidak mengecewakan ibu bapa sendiri dan merisaukan ibu bapa terhadap diri sendiri. Ibu bapa merupakan penjaga kita dalam kehidupan sejak kita kecil lagi dan merupakan watak terpenting bagi memuliakan kehidupan kita. Ibu bapa memastikan bahawa anak-anaknya mendapat keperluan kehidupan yang sempurna serta peluang mendapat pendidikan. Sebaliknya, setiap ibu bapa juga mengharapkan anak-anak berjaya dalam kehidupan. Oleh sebab itu, kita harus berusaha untuk memastikan harapan ibu bapa tercapai.

Pertamanya, saya sebagai pelajar di sekolah harus berusaha untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Hal ini kerana, usaha untuk mendapat ilmu pengetahuan dan pendidikan yang banyak dapat memberi bantuan besar untuk saya berjaya pada masa depan. Pendidikan yang tinggi dapat membantu saya bersaing untuk mendapat pekerjaan yang gaji tinggi. Oleh itu, saya harus rajin belajar dengan bersungguh-sungguh serta melakukan perkara penuh dengan semangat ketekunan, kegigihan, kecekalan, dedikasi dan berdaya maju. Melakukan setiap perkara dengan serius dan bukanlah melepaskan batuk di tangga. Selain daripada belajar dengan bersungguh-sungguh, saya harus mendapat didikan agama yang sempurna. Saya bersikap baik dan mendapat nilai-nilai murni melalui didikan agama. Dengan sikap yang baik, saya dapat berkomunikasi lebih baik dan lebih mudah bekerjasama dengan orang lain pada masa depan. Hal ini dapat membantu saya berjaya pada masa depan.

Jika ditelusuri secara mendalam, didikan agama merupakan usaha yang dominan dalam memastikan anak-anak berjaya dalam kehidupan. Agama memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak tidak akan terpesong ke lembah hina. Agama merupakan lampu suluh yang menerangi jalan anak-anak ke arah masa depan yang cerah. Memetik wasitah nirmala Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad, didikan agama yang utuh dapat mengawal tingkah laku manusia. Hal ini demikian kerana sekiranya seorang yang bermoral dan beretika, gerak geri dan tingkah laku mereka akan sentiasa ke arah kebaikan. Mereka tidak akan menconteng arang ke muka sendiri mahupun ke muka ibu bapa. Ibu bapa seharusnya memberi didikan agama yang sempurna kepada anak-anak sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sekiranya seseorang mempunyai didikan agama yang kukuh, mereka akan belajar untuk bersyukur. Sifat inilah yang menjadi titik penolak kepada anak-anak untuk berjaya. Dalam konteks ini, anak-anak yang sentiasa bersyukur akan menghargai apa yang dimiliki. Justifikasi, mereka akan rajin dan tekun mempelajari segala ilmu dengan sifat rendah diri. Hal ini bertepatan dengan kata-kata Albert Einstein, agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh. Kata-kata ini membuktikan bahawa agama dan ilmu saling berkait. Oleh itu, ibu bapa seharusnya memberikan didikan agama kepada anak-anak agar kejayaan anak dapat tercapai dan impian mereka dapat dimakbulkan.

Sejak zaman nenek moyang kita lagi, mereka sudahpun mengenali peribahasa dan juga terkenal dengan ahli-ahli falsafah yang ternama. Ahli-ahli falsafah atau saintis yang ternama seperti Hippocrates, Aristotle dan Plato merupakan orang yang amat berilmu dan berperanan penting dalam memajukan sesebuah tamadun. Justeru, sudah terang lagi bersuluh bahawa ilmu pengetahuan tidak kurang pentingnya dalam menjamin masa depan yang gilang-gemilang. Justifikasinya, ibu bapa haruslah menggalakkan anak mereka bergaul dengan orang yang berilmu. Dengan ini, anak-anak akan mudah mendapat lebih banyak ilmu pelajaran yang tidak dipelajari dalam bilik darjah di samping meluaskan kemahiran asas diri. Kepentingan ilmu turut ditunjukkan dalam wahyu pertama yang

Page 14: Contoh Karangan Berkaitan Sukan

diturunkan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W, iaitu Surah al-Alaq ayat 1 hingga 5 yang menyeru umat Islam supaya membaca. Hal ini demikian kerana ilmu pengetahuan boleh meningkatkan tahap pemikiran seseorang. Menerusi ilmu pengetahuan yang luas barulah agama Islam dapat tersebar luas, orang Eropah dapat berpisah dengan zaman gelap dan mencapai kegemilangan pada zaman Renaissance. Seyogia itu, ibu bapa harus menggalakkan anak-anak berkenalan dengan orang yang berilmu kerana pendedahan baru, seseorang itu barulah boleh maju. Ibu bapa yang mempunyai harapan tinggi terhadap anak seharusnya mengambil prakasa yang pragmatik ini untuk membantu anak mengecapi kejayaan. Hal ini bertepatan dengan aforisme, pemuda tiang berguna, pemudi tiang negara.

Di samping itu, kita tidak seharusnya menjauhi diri daripada sebarang gejala sosial seperti ponteng sekolah, mencuri, merokok, vandalisme dan sebagainya. Pada era globalisasi ini, masalah sosial semakin meningkat seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Berdasarkan laporan daripada pihak kerajaan, terdapat sebanyak 60 peratus daripada kalangan remaja terlibat dalam masalah sosial. Masalah yang semakin meruncing ini amat menyedihkan para ibu bapa. Sebagai anak yang bertanggungjawab, kita tidak seharusnya terlibat dalam sebarang gejala sosial, pastilah ibu bapa kita akan berasa sedih dan kecewa atas perlakuan kita. Sebaliknya, kita haruslah senantiasa menyertai aktiviti-aktiviti yang diadakan oleh pihak kerajaan dan bukan melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang tidak berfaedah. Bak kata pepatah, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Sebagai seorang remaja yang bersemangat patriotisme, kita patutlah menyumbang tenaga dalam pembangunan negara untuk merealisasikan wawasan 2020. Jika kita dapat memajukan negara kita, pastilah ibu bapa kita akan berasa bangga atas kejayaan kita. Oleh itu, kita patutlah menjauhi diri daripada sebarang aktiviti yang tidak berfaedah terutamanya masalah sosial supaya tidak mencemarkan maruah keluarga, menjejaskan imej keluarga dan juga tidak menyedihkan ibu bapa kita.

Sudah terang lagi bersuluh, kita sebagai anak haruslah sentiasa bersikap tahu berterima kasih kepada orang jasa kepadanya seperti yang diketahui umum, orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Kita haruslah sentiasa berterima kasih dan berusaha mencapai harapan ibu bapa yang telah banyak memberi jasa kepadanya. Justeru, usaha yang pragmatik dan wajar kita lakukan untuk memastikan harapan ibu bapa tercapai adalah dengan menghormati orang yang lebih tua terutamanya ibu bapa dan guru seperti yang diketahui. Anak haruslah sentiasa tahu membalas jasa dan menyayangi ibu bapa dengan belajar bersungguh-sungguh dan mencapai kejayaan pada masa depan. Kendatipun begitu, jika kita telah mencapai harapan ibu bapa dengan mendapat kejayaan pada masa depan tetapi kita tidak tahu menghormati orang yang lebih tua, tidak mengamalkan nilai murni dan tidak beradap sopan. Ibu bapa juga tidak akan berasa bangga dan gembira atas kejayaan kita. Maka, kita haruslah belajar menghormati orang yang lebih tua sebelum kita mencapai kejayaan dan matlamat kita. Menurut Charles Cahier, bahawa orang ynag berjay dalam kehidupan bukan sahaja mempunyai tujuannya yang jelas dan juga haruslah mengetahui cara menghormati orang lain dan beradap sopan dalam kehidupannya. Dengan sesuatu perlakuan yang kecil seperti mendengar nasihat dan menerima pandangan daripada ibu bapa, mereka akan berasa bangga atas kejayaan kita dan sikap kita. Sesungguhnya, marilah kita belajar cara menghormati orang lain sebagai tanda pertama dalam perjalanan kejayaan kita.

Akhirul kalam, terdapat pelbagai usaha yang pragmatik dapat kita lakukan untuk mencapai harapan ibu bapanya. Oleh itu, kita sebagai seorang anak kepada ibu bapa kita, kita mempunyai tanggungjawab untuk berusaha mencari usaha untuk mencapai harapan ibu bapa. Hal ini kerana, ibu bapa telah banyak memberi jasa kepada kita sejak kita lahir di dunia ini. Mereka selalu memberi didikan, agama, memberi sokongan dan memberi bantuan kepada kita dalam kesusahan. Hal ini demikian, kita haruslah berusaha mencapai kejayaan pada masa depan untuk mencapai harapan ibu bapa. Sesungguhnya, dengan mencapai harapan ibu bapa dapatlah menjaminkan kesejahteraan hidup dan membanggakan ibu bapa.

CARA MEMBALAS JASA IBU BAPA

Page 15: Contoh Karangan Berkaitan Sukan

Dalam mendepani era modenisasi pada pada abad ke-21 kini, dunia menyaksikan iktisad negara membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Negara membangun seperti berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara atas angin. Namun, disebalik pembangunan yang pesat membangun, isu anak membalas jasa ibu bapa meniti dari bibir ke bibir dalam kalangan marhaen di Malaysia. Adakah anda memikirkan bagaimana susah payah mereka membesarkan mereka? Mampukah kita membalas jasa mereka? Setiap individu perlu membalas jasa ibu bapa mereka supaya mereka berasa diri mereka disanyangi oleh anak-anak. Sesungguhnya, anak-anak sedar akan membalas jasa ibu bapa mereka apabila telah meningkat dewasa. Oleh itu, cara membalas jasa ibu bapa yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan secara terperinci demi manfaat semua.

Sudah terang lagi bersuluh, dengan belajar bersungguh-sungguh dapat mengembirakan ibu bapa. Hal ini kerana mereka tentunya melihat setiap titik peluhnya membesarkan anak-anak terbalas. Natijahnya, dengan belajar bersungguh-sungguh seseorang remaja pasti akan meraih kejayaan dan telah membalas jasa ibu bapa mereka. Menurut Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah, ibu bapa pasti akan gembira apabila mereka melihat anak-anak berjaya dalam kehidupan. Hati ibu bapa yang gembira boleh dianalogikan seperti taman yang dipenuhi bunga-bunga. Oleh itu, dengan belajar bersungguh-sungguh mereka dapat membalas jasa ibu bapa mereka.

Di samping itu, kita boleh membalas jasa mereka dengan berjaya dalam sesebuah peperiksaan, Hal ini kerana mereka pasti akan menangis kerana gembira dan berbangga terhadap kejayaan yang dicapai oleh kita dalam peperiksaan. Namun, janganlah kita berputus asa apabila gagal dalam sesebuah peperiksaan. Jika kita berusaha bersungguh-sungguh maka pastinya pada suatu hari kita akan berjaya kerana usaha tangga kejayaan. Kejayaan memerlukan pengorbanan yang besar daripada kita dan jalan yang kita harus lalui untuk kejayaan pastinya dipenuhi dengan halangan dan unsur-unsur negatif yang boleh mematahkan semangat kita. Walaupun begitu, jika kita berusaha untuk menempuhi segala halangan dan cabaran yang menanti, pastinya kita mendapat kejayaan yang dikejari itu. Janganlah kita berputus asa kerana kita melakukan semua demi kedua ibu bapa kita. Hal ini kerana, dengan kejayaan kita dalam peperiksaan pastinya akan lupa segala kesakitan yang dilalui selepas mengukir senyuman manis di atas muka ibu bapa kita.

Dari sudut kodifikasi yang berbeza, sebagai anak yang bertanggungjawab, kita seharusnya menjaga mereka ketika mereka menghadapi kesusahan. Hal ini sebagai satu balasan yang diberi kepada mereka. Natijahnya, hubungan ibu bapa akan lebih rapat dengan anak-anak. Menurut aforisme, syurga di bawah telapak kaki ibu. Menurut Ustazah Siti Norbathiyah, anak-anak yang dapat menjaga ibu bapa dengan baik merupakan anak yang soleh. Janganlah kita menjadi seperti melepaskan anjing yang tersepit sebaliknya, kita perlu membalas jasa mereka. Hal ini bermakna anak-anak tidak melupakan pengorbanan ibu bapa mereka setelah mereka mengecapi kejayaan.

Secara tuntasnya, sebagai seorang insan yang bergelar anak perlulah menghargai dan membalas jasa kedua ibu bapa mereka. Sesungguhnya, ibu bapa telah banyak berjasa dan berkorban demi masa depan anak-anak mereka. Selalunya, anak-anak yang sayang dan cintakan ibu bapa mereka akan membalas jasa ibu bapa mereka. Menurut kata-kata Dato’ Dr Fadzillah Kamsah, tiada kejayaan yang datang tanpa pengorbanan daripada ibu bapa. Kita perlulah membalas jasa ibu bapa mereka, janganlah kita menjadi seperti kacang melupakan kulit. Sekiranya prakasa ini diamalkan dan dipraktikkan oleh anak-anak, betapa bersyukurnya ibu bapa mereka kerana dapat melahirkan anak yang soleh dan solehah.

Ayah dan ibu, ayah dan ibu,Itulah permulaan kami,Dapat melihat bulan dan matahari,Ayah dan ibu, ayah dan ibulah,Mesti dihormati.

AMALAN BERJIMAT CERMAT AMAT DIGALAKKAN DALAM KEHIDUPAN

Page 16: Contoh Karangan Berkaitan Sukan

Pada era globalisasi ini, amalan berjimat cermat amat digalakkan dalam kehidupan. Isu ini sering diperkatakan. Amalan ini sering menjadi buah mulut dalam kalangan masyarakat. Dari segi istilah, amalan berjimat cermat adalah berbelanja secara berhekmah dengan berhati-hati dan bukan secara boros. Biasanya segenap lapisan masyarakat perlu berjimat cermat untuk memastikan mereka tidak kesusahan di kemudian hari. Amalan berjimat cermat diamalkan dalam masyarakat, namun sikap segelintir masyarakat yang bersikap hangat-hangat tahi ayam dalam berjimat menyebabkan amalan ini terhenti di tengah jalan. Namun, bagaimanakah cara-cara untuk memupuk amalan berjimat cermat dalam masyarakat?

Jika ditelusuri secara mendalam, kepentingan amalan berjimat cermat dalam kehidupan ialah membantu seseorang ketika susah seperti orang mengantuk disorongkan bantal. Hal ini kerana, melalui membantu seseorang ketika susah akan mengurangkan masyarakat yang miskin dan berpendapatan rendah di negara kita. Selain itu, melalui membantu seseorang ketika susah dapat meningkatkan taraf kehidupan seseorang masyarakat. Natijahnya, masyarakat yang susah dapat meringankan beban yang mereka hadapi. Tamsilnya, wang sudah di simpan di bank dapat dikeluarkan bagi menghadapi saat-saat getir dalam hidup. Sudah terang lagi bersuluh, bahawa berjimat dapat menjadi tangan ghaib yang membantu kita pada saat tiada yang boleh membantu.

Jika dikaji sekali lagi, amalan menjimatkan wang boleh dijadikan sebagai tabung simpanan wang kita untuk masa depan. Hal ini kerana, wang simpanan itu boleh dijadikan bekalan kita apabila menghadapi kesusahan pada hari muka. Hal ini bertepatan dengan pepatah lama iaitu sediakan payung sebelum hujan. Natijahnya, kita tidak akan menhadapi kesulitan wang pada masa akan datang. Misalnya, kita pelru menabung wang kita dengan membuka akaun simpanan bank atau menyimpannya di rumah sahaja. Jadi jelaslah bahawa amalan berjimat cermat boleh memberi jaminan untuk masa depan kita nanti.

Jika dikaji seterusnya, amalan berjimat cermat dalam kalangan masyarakat dapat melahirkan pengguna yang bijak kerana dapat mengelakkan pembaziran dalam membelanjakan wang. Dalam hal ini, seorang pengguna yang bijak akan lebih berwaspada dan lebih peka ketika membeli barang. Bahkan juga, seorang pengguna yang bijak juga akan membeli barangan keperluan kehidupan seharian sahaja dan tidak membazirkan wang dengan membeli barang yang tidak memberi apa-apa faedah. Sebagai tamsilny, ketika membeli atau memilih barang yang hendak dibeli, kita perlu mengetahui isi kandungan dan sum ber barang tersebut sebelum membelinya. Masyarakat juga dapat hidup dengan lebih kondusif.Oleh itu, ternyatalah benar bahawa dengan mengamalkan amalan berjimat cermat dapat melahirkan pengguna yang bijak.

Jika ditelusuri secara mendalam, amalan berjimat cermat adalah amalan murni dan seharusnya amalan ini dipraktikkan sejak azali lagi khusunya sewaktu kecil lagi. Jika diperhatikan amalan menabung ini dapat menjadikan masyarakat berjimat cermat. Dengan amalan menabung ini, seseorang itu dapat membeli barang yang mereka hajati. Biarpun lambat namun barang yang dihajati itu tetap akan dapat dimiliki. Dengan amalan menabung ini, sedikit sebanyak ia dapat menjamin masa hadapan kerana seperti kata pepatah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Menurut kata Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah, amalan menabung ini perlu diajar kepada anak-anak dari kecil lagi supaya amalan menabung ini dapat memberi faedah dan manfaat pada masa hadapan.

Sebagai ibu bapa lagi lebai lagi berjanggut, amalan berjimat cermat juga dapat memupuk amalan menabung. Dengan menabung kita dapat mengumpul wang untuk masa hadapan anak-anak. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Ibu bapa haruslah mengamalkan amalan menabung ini untuk menjamin pendidikan anak-anak. Seringkali, dikaitkan isu kewangan dalam negara kita yang kian menjadi racun dalam masyarakat. Sebanyak 1440 kes perceraian dalam masyarakat kita ini berpunca daripada kemerosotan kewangan. Bagi pasangan suami isteri yang baru berkahwin mereka akan menhadapi masalah ini dan akhirnya sebagai penyelesaian mereka akan bercerai. Jadi sebagai langkah penyelesaian amalan menabung haruslah dipraktikkan sejak dari dulu lagi untuk menjamin

Page 17: Contoh Karangan Berkaitan Sukan

kebahagiaan keluaraga di masa hadapan. Dengan itu, anak-anak boleh menikmati kemewahan dan keselesaan hidup.

Jika ditelusuri secara mendalam, amalan berjimat cermat adalah amalan yang paling bagus dan seharusnya amalan ini dipraktikkan oleh semua orang. Jika diperhatikan amalan menabung ini dapat menjadikan masyarakat berjimat cermat. Dengan amalan menabung ini, seseorang itu dapat membeli barang-barang yang mereka inginkan. Biarpun lambat tetapi barang yang mereka hajati itu dapat dibeli.

Akhirul kalam, kita haruslah pandai dalam berjimat cermat. Hal ini kerana, amalan berjimat cermat itu amat penting untuk menjamin kewangan kita pada masa hadapan. Oleh itu, kita haruslah mempraktikkan amalan ini sejak dari azali lagi. Bak kata pepatah, bersusah dahulu, bersenang-senang kemudian. Bukan itu sahaja, kita juga haruslah memainkan peranan penting dalam mengamalkan amalan berjimat cermat dan kita juga perlu menunjukkan teladan yang baik supaya generasi akan datang dapat mencontohi sikap ini. Amalan ini harus ditanam dalam diri masing-masing sejak dari kecil lagi oleh ibu bapa bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya sebelum nasi menjadi bubur.

INDUSTRI PELANCONGAN

Page 18: Contoh Karangan Berkaitan Sukan

Pada era modenisasi ini, Malaysia semakin gah menempa nama di persada dunia kerana peningkatan ekonomi yang maju. Hal ini kerana, industri pelancongan telah menjadi peneraju utama yang menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara ini. Sudah terang lagi bersuluh bahawa melalui industri pelancongan telah menaikkan taraf ekonomi negara. Persoalan yang bermain dalam kotak minda sanubari kita ialah siapakah yang memainkan peranan penting untuk memajukan industri pelancongan ini? Oleh itu, semua pihak perlu menjalankan tanggungjawab untuk membangunkan industri pelancongan dan perlu mengelakkan sikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing sebaliknya sikap ke bukit sama didaki ke lurah sama dituruni pelru diamalkan dalam kalangan masyarakat setempat untuk memajukan industri pelancongan.

Jika ditelusuri secara mendalam peranan yang boleh dimainkan oleh pihak kerajaan untuk memajukan industri pelancongan ialah kerajaan haruslah mengadakan pelbagai promosi kepada pelancong. Hal ini kerana untuk menarik minat pelancong untuk melancong ke negara ini. Selain itu, ekonomi di negara kita akan bertambah maju kerana ramai pelancong yang membeli barangan tempatan di negara ini. Natijahnya, negara kita dapat menjalin hubungan dengan pelancong di negara lain. Sebagai contohnya, pihak kerajaan mengadakan promosi Cuti-Cuti Malaysia bagi mengalakkan pelancong di negara ini. Jadi sudah terang lagi bersuluh bahawa pihak kerajaan harus memainkan peranan dengan mengadakan pelbagai promosi untuk memajukan industri pelancongan ini kerana tak kenal maka tak cinta.

Langkah seterusnya, bagi mengalakkan ramai pelancong untuk datang ke negara ini, kerajaan perlulah menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur dengan cukup lengkap dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang selamat digunakan bagi pelancong untuk melancong ke negara ini. Natijahnya, jika kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan di negara ini, maka tidak hairanlah pelancong melancong ke negara ini. Hal ini bertepatan dengan aforisme Melayu orang memberi kita merasa. Oleh itu, jika kerajaan tidak menyediakan pelbagai kemudahan maka pelancong tidak berminat untuk melancong ke negara ini. Dalam konteks ini, pihak kerajaan perlu menitikberatkan tentang kemudahan infrastruktur supaya dapat meramaikan lagi pelancong untuk melancong ke negara yang serba indah ini. Walaubagaimanapun, pihak kerajaan perlu memainkan peranan dalam mengusahakan kemudahan infrastruktur ini seperti jalan raya dan sebagainya. Jadi jelaslah bahawa industri pelancongan ini merupakan penyumbang terbesar kepada ekonomi negara serta meningkatkan ekonomi negara kita.

Jika dikaji seterusnya, masyarakat hendaklah menyambut pelancong luar dengan bersopan-santun. Hal ini kerana, dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain. Bahkan juga, dapat menarik pelancong lebih ramai lagi ke negara kita dan negara kita akan lebih maju di persada dunia. Amalan bersopan-santun boleh dianalogikan sebagai permata yang sangat indah di dunia. Natijahnya, negara kita akan bertambah maju dengan adanya masyarakat yang berbudi bahasa dan berakhlak mulia. Menurut Perdana Menteri, amalan bersopan santun haruslah sentiasa disemat dalam diri masyarakat Malaysia agar negara Malaysia akan lebih terjamin dan aman damai serta harmoni. Selain itu, masyarakat mestilah bekerjasama dalam membangunkan sesebuah negara yang berteknologi dan kaya dengan nilai-nilai murni. Bak kata pepatah berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Oleh itu, ternyatalah benar bahawa industri pelancongan merupakan penyumbang terbesar ekonomi negara.

Pada hakikatnya, setiap negara mempunyai tempat pelancongan yang tersendiri. Hal ini menekankan supaya masyarakat di setiap negara perlulah memastikan negara mereka dalam keadaan yang bersih. Masyarakat perlu menanamkan sikap bertanggungjawab terhadap persekitaran negara mereka. Masyarakat juga perlu menjaga kebersihan alam sekitar supaya pelancong dari negara luar tidak memandang rendah akan negara yang dilawatinya. Dengan ini, pelancong luar akan berasa lebih selesa apabila mereka melawati sesebuah negara yang sentiasa berada dalam keadaan yang bersih. Pelancong yang ingin datang melancong ke sesebuah negara akan menyelidik latar belakang sesebuah negara itu supaya apabila dilawatinya mereka akan berasa lebih selesa. Sehubungan dengan itu,

Page 19: Contoh Karangan Berkaitan Sukan

pelancong meninginkan tempat yang dilawatinya kelihatan bersih. Masyarakat perlulah menjaga kebersihan alam sekitar di negara mereka dan akan menarik lebih ramai orang untuk melawat. Kerajaan juga turut menyumbang dalam membangunkan ekonomi sesebuah negara. Sebagai contohnya, agensi perhotelan boleh memberi potongan harga dalam penginapan pelancong.

Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa Malaysia mempunyai tempat-tempat pelancongan yang cantik, bersih dan indah seperti Pulau Langkawi, Pulau Tioman juga Melaka yang mempunyai sejarah mereka yang tersendiri. Kesannya, Malaysia menjadi sebuah negara yang maju dalam pelbagai sektor. Malaysia juga banyak menawarkan pakej-pakej promosi pelancongan yang menarik. Contohnya seperti taman negara yang menyediakan pakej yang berpatutan supaya pelancong berpuas hati. Hal ini bertepatan dengan pelancong yang suka pergi ke tempat-tempat yang mencabar. Kerajaan perlu memastikan pusat-pusat pelancongan yang terdapat di Malaysia menyediakan pakej-pakej yang menarik. Sehubungan dengan itu, pakej-pakej tersebut perlulah disediakan dengan harga yang menarik. Jadi sudah terang lagi bersuluh bahawa Malaysia mempunyai pusat pelancongan yang menarik dan banyak menawarkan pakej-pakej promosi pelancongan yang berpatutan.

Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh industri pelancongan merupakan penyumbang terbesar ekonomi negara. Oleh itu, semua pihak mesti berganding bahu ke bukit sama didaki ke lurah sam dituruni bekerjasama, berusaha, memajukan lagi industri pelancongan agar negara tidak dipandang rendah dan diperlekehkan oleh negara lain. Seterusnya, semua pihak perlu memainkan peranan sebagai tuan rumah untuk menunjukkan tingkah laku yang sopan supaya industri pelancongan dapat dimajukan. Sebaliknya, jika tidak bekerjasama seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing dalam memajukan industri pelancongan, kadar bilangan pelancong ke negara ini akan berkurangan. Sesungguhnya ingatlah ‘Pelancongan meningkat, negara maju’.

CARA MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN

Page 20: Contoh Karangan Berkaitan Sukan

Dalam mendepani era modenisasi pada abad-21 kini, dunia menyaksikan iktisad negara membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Negara yang semakin pesat membangun seperti tenggelam sama basah, timbul sama hanyut seiringan dengan negara maju lain. Namun isu memupuk semangat kejiranan masih menjadi polemik dalam kalangan marhaen di Malaysia. Dari segi konsepnya semangat kejiranan boleh ditakrifkan sebagai suatu perasaan yang harus dipupuk oleh setiap masyarakat di Malaysia tanpa mengira warna kulit bangsa dan agama dalam usaha untuk mengukuhkan perpaduan kaum demi negara yang tercinta. Biasanya semangat kejiranan merangkumi semua lapisan masyarakat tidak kira muda ataupun tua yang perlu kita amalkan. Menurut Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah jiran merupakan orang yang tinggal di sekeliling kita sama ada di depan, belakang, kiri , atau pun kanan dan merupakan orang pertama yang membantu kita disaat kita berada dalam kesusahan. Hal ini boleh dianalogikan seperti, awan yang melindungi bumi daripada cahaya matahari. Oleh itu, langkah yang signifikan harus diambil bagi menerapkan semangat kejiranan kepada semua lapisan masyarakat.

Sudah terang lagi bersuluh cara memupuk semangat kejiranan ialah ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak. Hal ini kerana, jika ibu bapa menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak maka mereka akan mencontohi teladan yang ditunjukkan. Sekiranya ibu bapa menunjukkan suri teladan yang buruk kepada anak-anak maka mereka akan menjadi anak-anak yang jahat malah lebih teruk lagi. Sebagai contoh ibu bapa haruslah mengunjungi atau menziarahi jiran tetangga walaupun mereka berada dalam keadaan yang baik atau tidak. Selain itu, ibu bapa haruslah tidak sombong dengan jiran agar dapat memiupuk semangat kejiranan. Biasanya ibu bapa yang berfikiran terbuka dan luas akan mendidik dan mengajar anak mereka dengan ilmu agama yang secukupnya supaya mereka menjadi jiran yang baik dan dapat merapatkan hubungan silaturahim antara jiran. Natijahnya, semangat kejiranan dapat dipupuk antara jiran dalam kalangan anak-anak dan ibu bapa sekaligus dapat mewujudkan masyrakat yang harmoni. Ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak bertepatan dengan aforisme anak-anak ibarat kain putih , ibu bapa bertanggungjawab mencorakkannya. Hal ini boleh dianologikan seperti, anak burung yang baru belajar terbang daripada ibunya. Menurut Albert Einstein, agama tanpa amal adalah buta manakala amal tanpa agama adalah lumpuh. Oleh itu, ibu bapa perlulah memberi ajaran agama yang secukupnya dan menjadi suri teladan kepada anak-anak supaya mereka dapat mencontohi dan menjadi jiran yang baik dan bertanggungjawab. Sekiranya cara memupuk semangat kejiranan dapat dipupuk oleh ibu bapa maka negara dapat melahirkan generasi yang bijaksana dan bekerjasama dalam mentadbir membangunkan negara ke arah kemajuan negara pada masa akan datang.

Memetik wasitah nirmala seterusnya minhaj untuk memupuk semangat kejiranan dalam masyarakat setempat di Malaysia ialah kita perlu bertegur sapa dengan jiran kita yang lain. Hal ini demikian, kita akan dapat mengenali antara satu sama lain dan dapat mengeratkan hubungan silaturahim. Biasanya jiran yang berwawasan dan cemerlang mampu memupuk semangat kejiranan. Jiran yang berwawasan bertepatan dengan peribahasa bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Menurut Tun Dr. Mahathir, jiran yang muafakat akan membentuk masyarakat yang harmoni. Oleh itu, kita perlu bertegur sapa bagi melahirkan semangat kejiranan yang utuh dan bersatu padu.

Dari sudut kodifikasi yang berbeza, prakarsa yang berkesan yang perlu dilakukan oleh kerajaan ialah mengadakan kempen kesedaran untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana, masyarakat pada hari ini terlalu mementingkan diri sendiri dan bodoh sombong Kempen mampu menyedarkan segenap lapisan marhaen di negara kita akan kepentingan semangat kejiranan.Amsalnya, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri mengadakan jamuan Rumah Terbuka 1 Malaysia setiap kali tibanya Aidilfitri sebagai meraikan kepelbagaian bangsa dan agama di negara ini. Selain mempromosikan negara, rumah terbuka mampu mempererat hubungan pelbagai bangsa supaya lebih memahami dan mengenali budaya masyarakat berbilang . Hal ini kerana, tak kenal maka tak cinta dan jiran sepakat membawa berkat. Selain itu, komuniti Rukun Tetangga dan

Page 21: Contoh Karangan Berkaitan Sukan

Skim Rondaan Sukarela merupakan elemen terpenting dalam mempromosikan kempen supaya lebih segar dalam sanubari rakyat Malaysia. Sekiranya, kempen yang digerak kerangka mampu menjadi wadah semangat kejiranan maka rakyat Malaysia mampu menjadi bangsa kelas pertama di persada dunia.

Sebagai pengitlakkannya, isu semangat kejiranan masih menjadi polemik dalam kalangan marhaen di Malaysia. Semoga Malaysia menjadi sebuah negara yang mempunyai perpaduan yang utuh dan kukuh. Sememangnya negara kita tidak memiliki semangat kejiranan kerana masing-masing mementingkan diri sendiri dan tidak mengambil tahu tentang hal orang lain. Oleh itu, kita perlu memupuk semangat kejiranan bermula daripada sekarang. Golongan remaja seharusnya menyuburkan semangat kejiranan seperti burung jentayu yang patah sayap bertongkatkan paruh, patah paruh bertongkatkan dagu, patah dagu bertongkatkan kuku dalam menyuburkan semangat kejiranan. Sekiranya masyarakat berjaya mengamalkan semangat kejiranan maka negara Malaysia akan melahirkan generasi yang berdisiplin dan berhemah.

Petang hari memancing ikan, Terlupa janji dengan Pak Musa;Semangat kejiranan perlu diamalkan, Agar negara aman sentosa.

Arus globalisasi telah menyebabkan pelbagai budaya warisan rakyat Malaysia semakin terhakis.

Page 22: Contoh Karangan Berkaitan Sukan

Anda sebagai rakyat yang cinta akan negara, sarankan sumbangan anda untuk mengekalkan budaya warisan rakyat Malaysia.

Peribahasa Melayu jelas menyatakan bahawa tak basah dek hujan, tak lekang dek panas. Peribahasa ini menunjukkan warisan budaya bangsa perlu dipertahankan agar sentiasa releven dan diingati oleh masyarakat Malaysia, terutamanya golongan muda-mudi. Yang berlaku sekarang, kemasukan budaya asing sudah mula menjajahi minda warisan yang dianggap pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Budaya “punk” dan “gotic” umpamanya menerapkan unsur bawah tanah, yakni alam kematian dan keseronokan yang bertunjangkan keghairahan melalui penggunaan pil khayal dan dadah. Fenomena ini melunturkan semangat menghargai warisan bangsa. Tepuk dada, tanya selera; berapa ramaikah yang mengenali dan menghargai pakaian tradisional? Golongan yang muda masih bermain permainan tradisional mahupun suka akan makanan tradisional? Oleh hal yang demikian, remaja seperti saya memainkan peranan penting untuk mengembalikan zaman kegemilangan untuk warisan rakyat Malaysia supaya tinggalan nenek moyang kita sentiasa subur dalam sanubari kita.

Sebagai rakyat yang berjiwa patriotisme, darah kita mengalir deras warisan daripada nenek moyang kita. Hal ini dikatakan demikian kerana manusia tidak mungkin melupakan asal usulnya kecuali berpegang pada sikap kacang lupakan kulitnya. Sebagai remaja, saya akan mengaktifkan diri dalam persatuan atau kelab permainan tradisional. Dengan menyertai aktiviti dalam kelab tersebut, saya dapat memahami permainan tradisional yang terdapat di Malaysia. Hal ini bertepatan sekali dengan peribahasa Melayu, tak kenal maka tak cinta. Dengan menghadiri perjumpaan dan belajar bermain permainan seperti congkak dan gasing, kita dapat mengetahui betapa halusnya dan tingginya tahap pemikiran nenek moyang kita yang mewariskan permainan ini kepada kita. Oleh hal yang demikian, warisan bangsa ini dapat diturunkan dari satu generasi kepada satu generasi. Jikalau warisan acara merejam lembing dan wushu dapat diketengahkan ke arena sukan dunia, bagaimanakah pula dengan wau dan gasing? Saya berpendapat bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Kita harus menghargai warisan rakyat Malaysia sebelum warisan ini diapresiasi oleh orang asing.

Selain itu, anak remaja seperti saya yang umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang perlulah mengingati warisan nenek moyang seperti pantang larang sekali gus mempraktikkannya. Hal ini dikatakan demikian kerana kita akan memperoleh banyak pengetahuan dan pengalaman daripada amalan tersebut. Di samping itu, kita dapat mengetahui kebaikan yang diperoleh daripada amalan pantang larang tersebut. Antara pantang larang yang penting ialah anak gadis tidak digalakkan duduk di anjung rumah dan bernyanyi di dapur. Selain itu, kita diajar tidak memakai kasut di dalam rumah dan bercakap sewaktu menikmati hidangan. Jika dilihat dari sudut lain, pantang larang ini sebenarnya mendisiplinkan diri kita selain dapat menglakkan anak gadis daripada terjerumus dalam kebejatan sosial. Oleh sebab itu, warisan rakyat Malaysia yang juga amalan nenek moyang harus dijadikan tunjang kehidupan agar kita berjati diri teguh untuk menangkis segala godaan anasir yang jahat yang mampu menggadaikan maruah diri dan keluarga. Oleh itu, janganlah kita menconteng arang di muka ibu bapa kita.

Warisan rakyat Malaysia memang luas. Antara warisan yang perlu dipertahankan ialah busana. Pakaian tradisional kita melambangkan ketinggian nilai hidup serta kehalusan hasil tangan masyarakat dahulu kala. Golongan pelajar seperti saya sewajarkan memainkan peranan yang penting dengan mengetengahkan pakaian tradisional. Pemakaian busana klasik ini bukan sahaja menutup aurat, malah dapat menonjolkan keistimewaan Malaysia kepada jagatraya. Remaja seperti saya wajarlah memakai pakaian tradisional untuk menghadiri majlis rasmi atau majlis tidak rasmi seperti jamuan. Pakaian tradisional seperti baju kurung dan baju kebaya bukan sahaja menampilkan kecantikan diri seseorang gadis malah kemanisan gadis yang memelihara adab pemakaian dan adab berjalan apabila berpakaian tradisional. Mahukah kita melihat dengan bangganya busana tradisional

Page 23: Contoh Karangan Berkaitan Sukan

kita dipakai oleh model terkenal dunia lalu berjalan di pentas fesyen dunia. Kita harus mengorak langkah untuk merealisasikannya kerana genggam bara api, biar sampai jadi arang.

Apabila kita melangkah masuk ke dapur rumah, nescaya makanan yang disediakan oleh ibu bapa kita adalah untuk melangsungkan kehidupan. Makanan merupakan keperluan hidup manusia yang terpenting selain tempat tinggal. Oleh hal yang demikian, masyarakat yang terdahulu banyak membuat kajian dan analisis tentang makanan. Golongan yang lebih banyak makan garam ini telah mencipta makanan tradisisional yang berwarna warni untuk terus dapat dinikmati oleh muda-mudi zaman globalisasi ini. Oleh hal yang demikian, kita sepatutnya menunjukkan penghargaan kepada golongan tua dengan mempelajari cara penyediaann makanan tradisional. Jika kita membuat anjakan paradigma ini, nenek atau datuk kita pasti sejuk hati melihat kejayaan kita menyediakan makanan kegemaran mereka seperti petai, jering, kuih-muih dan sebagainya. Makanan tradisional yang bebas daripada bahan kimia bukan sahaja lebih sihat, malah dapat memperkukuh silaturahim dan ukhuwah antara golongan tua dengan yang muda.

Peribahasa “Bagaimana acuan, begitulah kuihnya” juga jelas menunjukkan kebijaksaan golongan veteran menyamakan sikap ibu bapa kepada anak-anak mereka. Dengan kata lain, golongan muda seperti saya sepatutnya memberikan teladan kepada adik-adik kita supaya mengenali dan mengamalkan warisan rakyat Malaysia. Pada masa lapang, kita bolehlah membawa adik kita bermain wau, congkak, mahupun menyertai pertandingan membuat wau. Aktiviti seperti ini mampu mencambahkan minat anak-anak muda untuk terus berkecimpung dalam bidang tugas yang diperturunkan oleh nenek moyang kita. Janganlah kita berasa malu untuk menerima warisan yang sebenarnya milik kita bersama. Walaupun pemikiran orang terdahulu sanggup mempertahankan prinsip biar mati anak, jangan mati adat; golongan zaman ini boleh memperbaik keadaan dengan menghargai dan menjadikannya sebagai kayu pengukur tahap pemerimaan kita terhadap nenek moyang kita dan betapa kita menghormati dan menyanjungi mereka.

Tiada kusut yang tidak boleh dileraikan, tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Oleh hal yang demikian, arus globalisasi yang mengalir deras dalam kehidupan kita tidak wajar menghakiskan jati diri kita yang sebenar. Hakisan warisan rakyat Malaysia yang semakin serius haruslah diselamatkan daripada terus melunturkan sinar dan kekilatan warisan kita. Warisan kita tanggungjawab kita. Nenek moyang kita yang menciptanya, kita yang harus mengekalkannya. Jika kita hanya berpeluk tubuh dan menunggu warisan ini tenggelam dalam arus perdana ini, ke mana akan kita gapai kehidupan sebenar? Apakah erti sebenar kehidupan ini jika kita hanya mampu merosakkan yang baik dan membinasakan yang murni? Ayuh rakyatku, marilah kita sama-sama menggembleng tenaga demi memastikan warisan kita terus berdiri teguh di belakang kita sebagai warisan yang tidak boleh dijual beli oleh bangsa lain. Slogan Satu Malaysia harus dijadikan pegangan demi kehidupan yang lebih bersatu dan padu. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!

Page 24: Contoh Karangan Berkaitan Sukan

KEPENTINGAN MEMULIHARA BANGUNAN BERSEJARAH

Pembangunan di negara kita semakin hari semakin maju dan pesat seiring dengan nama Malaysia yang kini lebih dikenali sebagai negara yang sedang membangun. Banyak kilang perindustrian, pusat beli-belah dan rumah dibina yang menggunakan ruang yang luas sehingga memakan tanah yang berhektar-hektar. Antara isu yang hangat yang telah dibincangkan di kedai kopi sehingga sidang di Dewan Parlimen mutakhir ini ialah isu meruntuhkan bangunan bersejarah tetapi perbincangan itu telah membuat keputusan muktamad untuk tidak meruntuhkan bangunan tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat juga negara-negara yang telah merobohkan bangunan bersejarah seperti di Surabaya, Jakarta. Mengapakah ada kejadian seperti ini berlaku? Adakah perlu bangunan tersebut diruntuhkan? Tepuk dada tanyalah selera. Sebenarnya, terdapat pelbagai kepentingannya kita perlu mengekalkan bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita.

Satu daripada kepentingan bangunan bersejarah perlu dikekalkan ialah bangunan bersejarah atau monumen dapat dijadikan sebagai bukti yang kukuh kepada sesuatu era atau peristiwa sejarah yang telah berlaku. Monumen, mengikut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat bermaksud bangunan yang dibina untuk memperingati seseorang atau peristiwa penting. Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama 50 tahun, kesan yang ditinggalkan oleh penjajah kolonial seperti British, Belanda dan Portugis masih dapat dilihat dan perlu dijaga dan bukanlah untuk dimusnahkan. Di samping itu, bangunan bersejarah amat penting untuk generasi kini dan juga generasi yang akan datang kerana dengan kewujudan bangunan bersejarah, kita dapat membuktikan bahawa sejarah Malaysia yang telah dibukukan oleh penulis-penulis yang terkenal merupakan sesuatu yang realistik dan bukanlah cerita-cerita dongeng, mitos atau lagenda. Sebagai contohnya, zaman kegemilangan bandar pelabuhan Melaka pada abad ke-15 dan abad ke-16 dapat dirasai dengan wujudnya Pintu Gerbang Porta de Santiago, Gereja Christ, Bangunan Stadhuys dan Gereja St.Paul. Selain itu, Kota Cornwallis, Masjid Kling, Gereja St.George di Georgetown, Pulau Pinang dapat mengimbas kembali detik-detik sejarah negara yang pernah suatu masa dahulu dijajah dan juga dapat membuktikan berlakunya penjajahan awal pemerintahan British di Semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-18. Tegasnya, usaha meruntuhkan bangunan bersejarah dan monuman negara tidak wajar dilaksanakan.

Pendapat sesetengah pihak yang mengatakan bahawa bangunan bersejarah perlu diruntuhkan adalah tidak berasas kerana bangunan bersejarah dan monumen lama dapat memberikan teladan dan iktibar kepada masyarakat terutamanya remaja kini yang mempunyai semangat patriotisme yang semakin menipis. Walaupun ada antara bangunan bersejarah yang hanya menggambarkan sejarah hitam negara namun jika kita menghayati sejarah di sebalik bangunan tersebut semula serta mengambil pengajaran daripada peristiwa yang telah berlaku, maka kita dapat terus mara ke hadapan tanpa mengulangi kesilapan yang telah dilakukan oleh masyarakat terdahulu. Sebagai contohnya, Kota A Famosa di Melaka yang merupakan sebuah kubu pertahanan yang kukuh telah dibina oleh Portugis setelah mereka berjaya menakluki Melaka dapat dijadikan iktibar. Penaklukan ini terjadi kerana terdapatnya masalah perpaduan, kelemahan kepemimpinan dan juga kelemahan tentera yang mengawal Melaka. Negara kita juga mampu menjadi negara yang setaraf dengan negara-negara maju yang lain sekiranya kita tidak mengambil mudah dan mengambil iktibar daripada sejarah negara. Oleh itu, bangunan bersejarah di negara kita sememangnya tidak perlu diruntuhkan kerana yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

Bukan itu sahaja, dari sudut pelancongan pula, bangunan bersejarah dan monumen dapat menarik pelancong baik pelancong tempatan mahupun pelancong dari luar negara untuk melawat ke negara kita. Bangunan ini juga menjadi salah satu faktor dominan pelancong bercuti di negara kita selain menyaksikan Menara Berkembar Petronas. Oleh itu, bangunan bersejarah tidak perlu diruntuhkan sebaliknya dipulihara dan diubah suai. Sebagai contohnya, bangunan lama hendaklah diubah suai untuk dijadikan muzium, galeri seni lukis dan pusat pelancongan. Fenomena ini sudah menjadi suatu perkara biasa di beberapa buah negara Eropah seperti di England, Perancis, Itali, dan

Page 25: Contoh Karangan Berkaitan Sukan

Belanda. Bandar-bandar bersejarah seperti York, Bath, Oxford, dan Cambridge di England telah berjaya melindungi sebahagian besar daripada bangunan bersejarah mereka dengan baik. Usaha seperti ini dapat menarik lebih ramai pelancong dari seluruh dunia dan dapat menjadi sumber pendapatan negara. Di samping itu, pelancong juga dapat melawat bangunan bersejarah dan melihat monumen-monumen yang terdapat di sekitar bangunan selain menikmati keindahan alam semula jadi negara kita dan artifak-artifak di dalam muzium dan galeri seni lukis. Oleh itu, bangunan dan monumen ini secara tidak langsung dapat membantu industri pelancongan negara.

Di samping itu, bangunan dan monumen lama juga memainkan peranan yang penting dalam pendidikan di negara kita khususnya para pelajar dan penyelidik. Pelbagai ilmu yang dapat dipelajari dengan memahami dan mengkaji bangunan dan monumen lama. Sebagai contohnya, dengan terdapatnya bangunan dan pancutan air Horse di sekitar Dataran Merdeka dan Masjid Jamek di pertemuan Sungai Gombak dan Klang di Kuala Lumpur, seseorang dapat mengetahui bukan sahaja kepentingan Kuala Lumpur dalam era kolonial British tetapi juga kehidupan dan kebudayaan masyarakat penjajah dan tempatan pada ketika itu. Bangunan Kelab Di Raja Selangor dan Dataran Merdeka telah dibina bagi kemudahan sosial dan rekreasi khasnya kepada rakyat British dan Eropah yang berkhidmat di Tanah Melayu pada akhir abad ke-19. Begitu juga halnya dengan kepentingan pancutan air Horse yang telah dibina di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Raja Laut pada tahun 1897. Pancutan air Horse dibina sebagai memperingati seorang inspektor polis negeri Selangor, iaitu Encik Steve Harper. Pemuliharaan dan penghayatan kemaslahatan bangunan bersejarah persis peribahasa, yakni “tak kenal maka tak cinta”. Oleh itu, bangunan bersejarah dan monumen sememangnya mempunyai nilai yang tersendiri.

Secara tuntas, bangunan bersejarah amat penting dalam pembentukan minda generasi muda negara terutamanya ke arah penghayatan warisan dan khazanah negara. Bangunan dan monumen yang bersejarah merupakan aset yang patut dipelihara dan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Dengan terdapatnya bangunan bersejarah, generasi baharu akan lebih menghargai dan peka akan perkembangan sejarah negara. Hal ini akan membentuk sebuah masyarakat yang sensitif terhadap sebarang perobohan atau pemusnahan bangunan bersejarah. Sesungguhnya, pihak kerajaan pula perlulah mewartakan bangunan bersejarah sebagai bangunan yang perlu dikekalkan. Oleh hal yang demikian, mana-mana pihak yang merobohkan atau memusnahkan bangunan bersejarah, mereka perlulah dikenakan tindakan undang-undang.

KEPENTINGAN MEMBACA

Page 26: Contoh Karangan Berkaitan Sukan

Dalam mendepani era globalosasi pada abad ke-21 kini, dunia menyaksikan iktisad pembangunan negara bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Pembangunan negara yang semakin hari semakin membangun ini seperti tenggelam sama basah timbul sama hanyut seiring dengan negara atas angin. Negara yang maju tidak akan wujud sekiranya tidak mempunyai generasi muda yang bersahsiah mulia, berfikiran matang dan mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Biasanya, anak-anak muda yang berdarah panas yang memerlukan perhatian yang secukupnya oleh semua pihak. Anak-anak ini boleh dianalogikan seperti bunga yang baru mekar dan berbau harum yang mampu memimpin negara sehingga ke persada dunia. Menurut Perdana Menteri Malaysia, maju mundur sesebuah negara bergantung kepada pelapis yang memimpinnya. Sekiranya negara melahirkan generasi muda yang kurang berilmu pengetahuan, maka negara akan mengalami kesusahan dalam membentuk negara yang berwibawa yang boleh mencetus satu fanomena yang boleh membawa negara standing dengan negara maju. Oleh itu, dalam membina generasi muda yang berilmu pengetahuan, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam memupuk amalan membaca dalam diri anak-anak mereka. Hal ini disebabkan, tanpa ilmu pengetahuan yang banyak, anak-anak diibaratkan seperti layang-layang yang terputus talinya. Amalan membaca perlu dipupuk sejak usia anak-anak melangkau lima tahun bagi mendorong minat anak-anak terhadap amalan membaca tersebut. Tambahan pula, bukan sahaja ibu bapa yang memainkan peranan penting dalam memupuk budaya membaca malahan semua pihak seharusnya berganding bahu dalam merealisasikan budaya membaca sebagai satu budaya dalam kehidupan seharian.

Sudah terang lagi bersuluh, membaca dapat meningkatkan ilmu pengetahuan. Kecermelangan pembangunan negara bermula dengan permata negara yang dinamik. Kepentingan membaca dapat menjadikan masyarakat berpengetahuan dengan mendapat maklumat yang banyak daripada pelbagai risalah, majalah, surat khabar, ensiklopedia dan buku-buku. Marhaen yang membaca dapat membezakan dirinya dengan orang lain kerana mereka mempunyai kelebihan dan memiliki pelbagai kemahiran. Di samping itu, peningkatan ilmu pengetahuan dapat memajukan diri kita. Masyarakat yang lebih berdaya maju akan berusaha untuk mendapatkan ilmu yang terbaik tanpa mengenepikan kepentingan orang lain dan boleh membantu orang lain bagi menyelesaikan masalah. Hal ini bertepatan dengan kata-kata Francis Barchan bahawa ilmu ialah kuasa. Menurut Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah, membaca merupakan jambatan ilmu yang perlu diterokai dan dicari. Oleh itu, tabiat membaca perlu diperkasakan agara peningkatan kualiti wacana nasional dapat dilestarikan.

Dari sudut kodifikasi yang berbeza, membaca dapat meningkatkan diri kita dalam penguasaan bahasa terutamanya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Kebanyakkan pelajar di Malaysia selalu mengalami masalah dalam penulisan karangan mereka kerana terpengaruh dengan bahasa pasar dan bahasa slanga yang menjadi budaya percakapan mereka seharian. Apabila mereka banyak membaca, mereka akan lebih memahami perbezaan bahasa itu. Natijahnya, pelajar akan dapat meningkatkan penguasaan mereka dalam bahasa. Biasanya kita sering mengabaikan kepentingan menguasai bahasa Inggeris. Hal ini disebabkan, kita tidak mengetahui tentang pentingnya penguasaan ini. Bahasa Inggeris juga sama penting dengan bahasa Melayu kerana apabila mereka sudah belajar di universiti penggunaan bahasa Inggeris lebih banyak digunakan. Kita perlu banyak membaca supaya kita lebih faham makna dan kita dapat berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Inggeris. Menurut Albert Einstein, mundur bangsa kerana ilmu. Oleh itu, kita seharusnya banyak membaca supaya kita dapat menguasai kedua-dua bahasa dengan baik dan cemerlang. Jika kita sudah menguasainya, kita juga dapat memperkenalkan bahasa kita kepada bahasa asing yang lain.

Memetik wasitah nirmala seterusnya, membaca dapat menjamin keberkesanan dalam melahirkan masyarakat yang kreatif lagi inovatif. Individu yang telah tersemat dengan kepelbagaian kreativiti dan inovatif yang tinggi akan sentiasa berusaha untuk menghasilkan produk atau ciptaan baru berpandukan kepadatan idea yang datangnya daripada membaca. Hal ini kerana dengan aktiviti membaca yang dijadikan amalan ini akan memberi kesinambungan idea yang tidak putus-putus. Sebenarnya, masyarakat telah pun mendapat pendedahan secara meluas bermulanya di peringkat

Page 27: Contoh Karangan Berkaitan Sukan

sekolah lagi. Jadi, masyarakat dapat mempraktikkan ilmu tersebut ke dalam kehidupan seharian malah dapat membantu masyarakat sekeliling dengan ilmu di dada mereka. Hal ini bertepatan dengan peribahasa orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Dengan amalan ini, hal ini dapat memastikan populasi masyarakat akan bertambah maju sejurus menyumbang kemajuan ini kepada negara tercinta. Di samping itu, kejayaan ini dapat mewujudkan masyarakat yang berdaya saing dengan penduduk negara maju. Misalnya, negara China yang kian maju berasaskan pendidikan industri. Menurut kajian, statistik menunjukkan kebanyakkan rakyat negara China gemar membaca sarat dengan pelbagai idea untuk menghasilkan perkara baru. Oleh itu, mereka tidak bergantung kepada negara luar untuk menghasilkan sesuatu yang baru. Kejayaan mereka yang jelas kelihatan pada era globalisasi kini patut diberi pujian yang tinggi kerana pencapaian mereka hanyalah berasaskan membaca. Secara kesimpulannya, masyarakat Malaysia perlu menghayati pencapaian itu kerana sabda Rasulullah S.A.W, tuntutlah ilmu hingga ke negara China.

Sebagai pengitlakannya, amalan membaca dapat memberi manfaat yang berguna kepada setiap individu tidak kira golongan tua mahupun golongan muda. Sekiranya semua pihak tidak memekakkan telinga, tidak hanya membisukan mulut, membutakan mata mereka, maka negara akan berdiri standing dengan negara moden pada masa ini. Dalam mengejar wawasan 2020, semua rakyat perlu memahami amalan membaca supaya amalan ini mampu menjadi amalan turun temurun. Jika kita halusi dengan lebih terperinci, negara-negara moden seperti Jepun mengamalkan amalan membaca yang sangat penting dalam diri setiap penghuni yang berada dalam negara tersebut. Hal ini disebabkan mereka mengamalkan amalan membaca dalam kehidupan seharian. Oleh itu, kita perlu berganding bahu memupuk amalan membaca supaya amalan ini boleh memberi 1001 manfaat ke arah pembentukan negara maju.

Menggorak langkah berjalan pulang,Mawar disisip hiasan dara,Membaca amalan cemerlang terbilang,Mencorak ke arah kemajuan negara.

Tema : Ciri-ciri Remaja Cemerlang

Page 28: Contoh Karangan Berkaitan Sukan

Dalam mendepani era modenisasi pada abad ke 21 kini , dunia menyaksikan iktisad negara membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan . Negara yang semakin pesat membangun seperti tenggelam sama basah timbul sama hanyut seiringan dengan negara maju yang lain . Namun permasalahan remaja cemerlang masih tiada penghujungnya . Dari segi konsepsinya remaja cemerlang boleh didefinisikan sebagai remaja yang mempunyai matlamat yang jelas dalam membuat sesuatu perkara . Biasanya , remaja yang cemerlang mempunyai sifat-sifat mahmudah sebagai tonggak utama mencapai kejayaan . Natijahnya , remaja yang cemerlang ini akan mengecapi masa depan yang lebih cerah . Remaja yang cemerlang boleh dianalogikan sebagai biji benih yang baik dicampakkan ke darat menjadi permata yakut yang bersinar cemerlang dicampakkan ke laut menjadi pulau yang penuh khazanah terawang di angkasa menjadi bintang kejora yang bersinar bergemalapan . Hal ini bertepatan dengan aforisme, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi . Menurut Datuk Dr Hj Fadzillah Kamsah , remaja yang cemerlang bermula daripada didikan ibu bapa di rumah . Oleh itu , jika setiap remaja yang mendengar nasihat dari ibu bapa maka mereka mampu untuk menjadi remaja yang cemerlang .

Sudah terang lagi bersuluh , dengan menghormati ibu bapa dapat melahirkan remaja yang cemerlang . Hal ini kerana , ibu bapa berasa lebih tenang dan gembira apabila remaja mengormati mereka . Segala yang dilakukan remaja akan mendapat keberkatan . Oleh itu , setiap remaja haruslah menghormati ibu bapa mereka agar mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat . Menurut Dato Dr Fadzillah Kamsah , setiap anak wajib menghormati ibu bapa kerana ibu bapa boleh dianalogikan sebagai cahaya yang sentiasa bersinar dengan terangnya. Bahkan dalam menghormati ibu bapa dapat memupuk remaja yang bersahsiah mulia dan berwawasan . Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nahl , ayat 125 ,serulah ke jalan Tuhanmu , wahai Muhammad dengan hikmah dan bijaksana serta berbahaslah dengan mereka dengan cara yang baik , sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui asal usul hambanya . Oleh itu ibu bapa sewajarnya memiliki skil kontemporari dalam mendidik anak-anak. Tambahan pula, ibu bapa ialah golongan yang wajib kita hormati . Anak – anak tidak sepatutnya menjadi seperti kacang lupakan kulit. Sekiranya , setiap remaja menghormati , maka kehidupan keluarga akan sentiasa terjamin .

Memetik wasitah nirmala seterusnya , remaja juga perlu bijak menguruskan masa . Hal ini kerana , ramai pelajar mahupun remaja sering merungut menghadapi kekangan masa . Namun , tidak dapat dinafikan bahawa pelajar yang cemerlang mampu menguruskan masa dengan baik dan lebih bersistematik dengan membina satu jadual harian mahupun jadual belajar secara persendirian . Natijahnya , lahirlah pelajar yang tidak mengalami tekanan masa dalam kehidupan seharian mereka . Masa yang terluang perlu diisi dan dimuatkan denhan perkara yang bermamfaat . Biar kita ambil contoh , pelajar cemerlang SPM tahun 2009 , Nik Nur Madihah yang mencapai keputusan 20 A telah menggunakan masa yang terluang dengan mengulang kaji pelajaran . Biarpun masa yang ada tidak mencukupi , namun tiada rungutan yang dikeluarkan olehnya sebaliknya berusaha menguruskannya dengan bijak . Hal ini bertepatan dengan aforisme , masa itu emas . Hal ini telah menbuktikan bahawa sesungguhnya masa itu amat bernilai dalam diri seseorang pelajar mahupun remaja yang berwawasan dan terbukti dalam surah An – Nas yang menjelaskan bahawa masa tidak menunggu kita , sebaliknya kita yang perlu mengejar masa . Pelajar yang cemerlang merasakan bahawa kehidupan yang dilayarinya begitu padat sehingga tidak mampu untuk bernafas . Sebaliknya , pelajar mahupun remaja yang tidak berwawasan hidup yang jelas akan merasakan sehari bagai seminggu untuk dijalani . Natijahnya , lahirlah ramai remaja yang rugi dalam kehidupannya kerana tidak bijak dalam memenuhi masanya dengan perkara yang tidak mendatangkan apa – apa manfaat . Pengurusan masa yang sistematik dan teratur mampu membina ketenangan diri sewaktu menghadapi peperiksaan . Menurut Dato Dr Hj Fadzillah Kamsah , pengurusan masa merupakan perkara yang harus dipandang serius dan seterusnya harus dimanfaatkan dengan sebaik mungkin . Sekiranya , remaja gagal menguruskan masa dengan baik , maka wujudlah kera kena belacan , sejajar dengan perlakuannya . Hal ini boleh dianalogikan seperti kaca yang jatuh berderai . Sesungguhnya , amatlah rugi kehidupan seseorang remaja sekiranya membiarkan masa yang bernilai ibarat emas berlian berlalu dengan begitu sahaja

Page 29: Contoh Karangan Berkaitan Sukan

tanpa disedari . Haruslah diingatkan bahawa masa yang bernilai tidak akan berulang untuk kali kedua sebaliknya perlu difikirkan den dimanfaat dengan perkara yang berguna . Sekiranya , remaja mahupun pelajar bijak menguruskan dan memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin nescaya kehidupan mereka akan bebas daripada mengalami tekanan mahupun stres yang hebat . Oleh itu , sekiranya setiap remaja mampu menguruskan masa dengan bijak , nescaya kehidupan seseorang individu akan lebih cemerlang dan maju kehadapan .

Dari sudut kodifikasi yang berbeza remaja yang rajin berusaha dan beristiqamah untuk mencapai kejayaan tanpa mengenal erti berputus asa pasti akan berjaya . Hal ini kerana , manusia yang mudah mengalah tidak akan mencapai sesuatu yang dikehendakinya tanpa berusaha . Natijahnya , masa depan mereka akan menjadi sirna dan mereka akan hidup tanpa arah tuju yang kukuh . Sementelahan ittu , secara tidak langsung mereka akan menjadi seorang yang mudah terpengaruh dengan budaya kuning . Menurut Dato Dr Hj Fadzillah Kamsah , manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah . Remaja yang cemerlang akan mengikuti jejak langkah ayahnya yang berusaha keras mencari nafkah kerana anak borek ,bapak rintih . Remaja seharusnya mengikut sikap seperti burung jentayu yang patah sayap bertongkatkan paruh , patah paruh bertongkatkan dagu , patah dagu bertongkatkan kuku . Jika kita menghadapi sesuatu rintangan seperti patah kandar di tengah jalan , kita seharusnya menghadapinya dengan kental . Remaja yang rajin berusaha pasti tidak akan takut untuk jatuh lalu tertiarap malah pasti akan bangun semula dari kegagalan . Hal ini kerana anjing ditepuk kepala menjungkit ekornya . Orang yang tidak berusaha , cetek ilmunya . Orang yang cetek ilmunya seperti diam-diam ubi berisi , diam-diam besi berkarat . Sekiranya , remaja berusaha ditambah pula dengan doa dan tawakal pasti akan berjaya dan mampu membangun dan membanggakan nama negara kelak.

Sebagai remaja lagi lebai lagi berjanggut didikan agama sememangnya penting sebagai petunjuk supaya mereka sentiasa berada pada landasan yang sepatutnya . Oleh itu , remaja cemerlang akan mempunyai didikan agama yang sempurna dalam diri mereka . Hal ini kerana , didikan agama yang secukupnya dapat membentuk jati diri dan sahsiah yang mulia . Tidak dinafikan golongan yang bertanggungjawab yang memberi didikan kepada remaja ialah ibu bapa. Seharusnya ibu bapa harus menjalankan peranan yang sebaiknya dengan memberikan segala yang diperlukan oleh anak – anaknya termasuklah member didikan agama . Janganlah menjadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan dengan lurus . Remaja yang mempunyai didikan agama boleh dianalogikan seperti pokok yang dapat baja untuk terus hidup . Menurut kata – kata Albert Einstein , agama tanpa ilmu adalah buta , ilmu tanpa agama adalah lumpuh . Terbuktilah agama sangat penting dalam membentuk remaja yang cemerlang seterusnya dapat membantu untuk merealisasikan visi negara iaitu Wawasan 2020 . Oleh itu, ibu bapa perlu memberikan penegasan kepada anak – anak mereka untuk menunaikan solat lima waktu , mengaji dan memberi didikan fardu ain bagi membendung anak – anak terjebak dengan perkara yang sia – sia . Natijahnya , remaja tidak akan terpesong dari landasan yang betul . Hal ini bertepatan dengan peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya . Jadi benarlah didikan agama memberi kesan yang mendalam untuk membentuk remaja yang cemerlang . Sekiranya , ibu bapa perlu bersinergi untuk memastikan anak – anak yang mempunyai sahsiah yang mulia seterusnnya menjadi remaja yang remaja yang cemerlang .

Akhirul kalam , remaja yang cemerlang merupakan remaja yang sanggup merentasi segala halangan bagi mencapai segala yang diimpikan sesungguhnya remaja yang cemerlang merupakan tonggak kepada keluarga dan akan menjadi pelapis Negara yang sentiasa mempunyai idea untuk menaikan negara dengan acuannya sendiri . Pada era globalisasi ini , begitu ramai remaja yang cemerlang dalam kehidupannya untuk meningkatkan taraf hidup . Biasanya , remaja yang ingin mencapai kejayaan di menara gading akan menggembleng tenaga bagi mencapai kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat . Ibu bapa juga akan menjadi cermin kepada seseorang remaja dan akan menjadikan mereka sebagai idola atau perangsang untuk membina kecemerlangan diri . Remaja yang cemerlang akan menjadi seperti pucuk dengan pelapah . Menurut Dato Dr Fadzillah Kamsah , jika

Page 30: Contoh Karangan Berkaitan Sukan

tujuan anda jelas , anda boleg mencapai kecemerlangan dengan jayanya . Sebagai pelapis pemimpin , remaja yang cemerlang akan pandai meniti buih supaya selamat badan ke seberang . Sebagai remaja yang berintigriti jadilah seperti burung jentayu uyang patah sayap bertongkatkan paruh , patah paruh bertongkatkan dagu , patah dagu bertongkatkan kuku . Janganlah hanya menjadi seperti angan – angan Mat Jenin yang akhirnya jatuh ke perdu pohon jua . Oleh itu , remaja perlu memiliki sifat – sifat mahmudah bagi menjadi seorang remaja yang cemerlang untuk menerangi kehidupan kelak . Natijahnya , remaja yang cemerlang akakn dapat melayari bahtera kehidupan dengan lebih cemerlang tanpa sebarang masalah . Semoga , remaja yang cemerlang dapat merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020 bagi memastikan negara tenggelam sama basah , timbul sama hanyut seiring dengan negara atas angin .

Menangkap lokan hanya sia- sia ,

Letak di bendang dimakan helang ,

Remaja pemangkin kemajuan Malaysia ,

Penjana modal insan yang cemerlang .

Tema : membaca

Page 31: Contoh Karangan Berkaitan Sukan

Arah : usaha

Dasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir keruncingan minat membaca buku-buku ilmiah dalam kalangan masyarakat di Malaysia . Keruncingan minat membaca buku-buku ilmiah di negara kita semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat dan tokoh ilmuwan baik di warung-warung kopi mahupun di parlimen . Hal ini kerana, kita sering didedahkan dengan isu ini di dada-dada akhbar di dalam negara kita . Karya-karya para ilmuwan dapat memberikan pengetahuan yang penting dalam kehidupan seharian . Melalui membaca bahan ilmiah , kita tidak akan menjadi seperti katak di bawah tempurung yakni tidak mengetahui sebarang perkembangan mahupun pengajaran . Membaca juga dapat membentuk sahsiah diri yang terpuji dan tinggi dalam kalangan marhaen. Selain itu , ibu bapa dapat memainkan peranan yang penting dalam mengatasi isu ini . Ibu bapa dapat melatih anak – anak sejak kecil untuk meminati buku ilmiah seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya . Tiada penyakit yang tiada penawarnya , maka usaha – usaha yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi .

Pada realitinya , memang tidak dapat dinafikan bahawa membeli bahan bacaan yang berbentuk ilmiah dan dijadikan sebagai hadiah ialah prakarsa utama yang dapat menggalakkan anak-anak mereka membaca karya-karya ilmiah di negara kita kita . Dalam konteks ini , anak-anak akan berasa teruja dan dapat meningkatkan keinginan anak – anak untuk membaca apabila ibu bapa menghadiahkan bahan bacaan kepada mereka . Selain itu , ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak – anak dengan membaca sekurang – kurangnya surat khabar harian untuk memberi galakan kepada anak – anak supaya mereka turut gemar membaca. Sekiranya usaha ini berjaya , negara kita akan dapat melahirkan generasi muda yang berilmu pengetuan dan cendekiawan serta dapat menjadi tunjang kekuatan negara pada masa akan datang . Menurut Dr .H.M Tuah Iskandar Al-Haj, pengetahuan ialah teman anda yang terbaik dan sentiasa mengikut anda ke mana-mana pun anda pergi dan tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkan sesuatu yang berharga. Sesungguhnya terbuktilah bahawa membeli bahan bacaan yang berbentuk ilmiah sebagai hadiah merupakan usaha yang pramatik yang dapat mengalakkan anak-anak mengamalkan amalan membaca tanpa mengira masa serta tempat.

Sebagaimana yang kita maklumi bahawa menggalakkan anak-anak ke perpustakaan awam dan membuat pinjaman buku-buku ilmiah secara berkala oleh ibu bapa merupakan usaha seterusnya yang boleh menggalakkan anak-anak membaca karya ilmiah di negara kita. Dalam konteks ini anak-anak dapat mendekatkan diri dengan buku-buku di perpustakaan dan menanamkan sifat membaca buku yang bermanfaat dalam diri mereka. Di samping itu, anak-anak dapat membaca buku-buku ilmiah secara berterusan apabila mereka sentiasa dibawa oleh ibu bapa ke perpustakaan. Oleh itu, situasi ini boleh menyebabkan mereka minat membaca buku-buku ilmiah dan mencapai tahap yang memuaskan sebagaimana yang dikehendaki oleh ibu bapa mereka. Usaha ini juga boleh dijayakan melalui program ‘Perpustakaan Bergerak’ dari sekolah ke sekolah oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Melalui usaha ini, anak-anak dapat meminjam buku-buku ilmiah secara berkala dan mudah. Sesungguhnya terbuktilah bahawa menggalakkan anak-anak ke perpustakaan awam dan membuat pinjaman buku-buku ilmiah secara berkala sejak kecil seperti, melentur buluh biarlah dari rebungnya merupakan usaha yang pragmatik untuk menanamkan sifat membaca dalam diri anak-anak.

Page 32: Contoh Karangan Berkaitan Sukan

Jika ditelusuri secara mendalam antara usaha lain yang boleh diimplementasikan ialah ibu bapa menggalakkan anak-anak menyertai sesuatu aktiviti bersifat ilmiah seperti diskusi ilmiah tentang sesebuah buku yang baharu diterbitkan. Hal ini kerana, anak-anak berpeluang untuk berkongsi idea antara satu sama lain melalui diskusi yang diadakan. Tambahan pula, mereka dapat memperoleh informasi baharu dan pengetahuan terkini. Melalui diskusi ini juga, anak-anak dapat meningkatkan penguasaan bahasa melayu mereka melalui membaca dan menambahkan keyakinan mereka serta dapat bertukar-tukar pandangan dengan rakan-rakan yang lain. Sebagai contoh, Kementerian Pelajaran Malaysia juga menyarankan pihak sekolah mengadakan aktiviti ilmiah seperti resensi buku murid-murid dan guru. Sekiranya hal ini dilaksanakan dengan penuh jaya, sudah pastilah sikap membaca dalam kalangan anak-anak dapat diterapkan ke dalam sanubari mereka, bak kata pepatah membaca itu jambatan ilmu.

Satu lagi peranan ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak mereka membaca karya-karya ilmiah adalah dengan menyediakan bahan-bahan ilmiah di sudut bacaan. Dalam konteks ini, dengan menubuhkan satu perpustakaan mini di rumah dapat menyemai tabiat membaca dalam diri anak-anak. Ibu bapa perlulah mengambil langkah pragmatik bagi memastikan anak-anak mereka menggunakan perpustakaan yang telah disediakan dengan sebaik-baiknya. Oleh itu, perpustakaan mini tersebut mestilah dilengkapi bahan-bahan bacaan yang menarik, bermanfaat dan bersesuaian dengan minat dan umur anak-anak. Susun atur buku dan perabot juga mestilah ringkas dan sistematik. Hal ini dapat menggalakkan anak-anak mereka untuk membaca dan dapat menghalang mereka membazir masa lapang dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah di luar rumah. Sesungguhnya membaca itu jambatan ilmu dan masa itu emas. Selain itu, penubuhan perpustakaan mini dapat memudahkan anak-anak untuk mencari maklumat. Hal ini kerana, mereka boleh memperoleh maklumat tersebut di rumah tanpa perlu mengeluarkan kos dan masa yang lebih panjang untuk ke perpustakaan awam. Jelaslah bahawa dengan menyediakan bahan-bahan ilmiah di sudut bacaan di rumah dapat menggalakkan anak-anak membaca dan menambah ilmu pengetahuan dan tidak jadi seperti katak di bawah tempurung.

Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah menggalakkan anak-anak mengumpul koleksi buku-buku ilmiah yang diminati merupakan usaha seterusnya untuk menanam sikap minat membaca buku. Dalam konteks ini, ibu bapa dapat menarik minat anak-anak untuk membaca buku. Selain itu, anak-anak dapat menambah ilmu pengetahuan daripada membaca pelbagai buku ilmiah yang dikumpul. Di samping itu, anak-anak akan berfikiran lebih matang dan seterusnya menjadi insan yang kamil. Oleh itu, situasi ini boleh dijayakan sekiranya ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak. Bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Pepatah ini amat bersesuaian dengan sikap ibu bapa kepada anak-anak. Wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W. ialah surah al-Alaq ayat satu hingga lima yang memerintahkan umat Islam supaya membaca. Ayat ini menerangkan bahawa melalui pembacaan, seseorang itu akan mendapat ilmu dan menambahkan ilmunya. Oleh itu, sebagai umat Islam, kita diwajibkan membaca keran perkara ini telah tertulis dalam surah Al-Alaq. Sesungguhnya terbuktilah bahawa menggalakkan anak-anak mengumpul koleksi ilmiah merupakan satu usaha untuk menanam sikap minat membaca.

Secara tuntasnya, sudah terang lagi bersuluh bahawa minat untuk menelaah buku-buku ilmiah dalam kalangan remaja masih di tahap sederhana dan perlu dipertingkatkan lagi. Namun begitu, isu ini dapat diatasi jika ibu bapa dan pihak luar berganding bahu mengambil langkah pragmatik bagi memperhalusi masalah ini agar anak-anak remaja gemar untuk membaca bahan-bahan ilmiah yang

Page 33: Contoh Karangan Berkaitan Sukan

memberikan keuntangan kepada mereka. Selain itu, harapan Perdana Menteri dapat direalisasikan apabila melihat anak-anak didik cemerlang yang kaya dengan ilmu intelek dapat dilahirkan. Lantaran itu, sudah tentu Malaysia mempunyai lapisan generasi yang berkualiti dan berilmu pengetahuan yang dapat memartabatkan negara kita. Generasi ini akan membawa Malaysia memacu ke hadapan untuk mencapai kejayaan yang setanding dengan negara lain ibarat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Sesungguhnya, membaca buku ilmiah membawa banyak maslahat yang positif dan tidak merugikan sesiapa.

PERCUBAAN NEGERI PULAU PINANG

Sedasawarsa ini,masyarakat di negara kita menyerah tulang empat kerat mereka untuk meningkatkan pembangunan negara yang boleh diibaratkan dengan cendawan yang tumbuh selepas hujan.Seiringan dengan pembangunan ekonomi terdapat juga buah mulut yang meniti dari bibir ke bibir di segenap empat penjuru negara ini tentang isu amalan berjimat cermat dalam kehidupan serba mewah dengan teknologi ini yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat dan tokoh ilmuan di Malaysia sama ada di warung-warung kopi mahupun di Dewan Parlimen.Persoalannya sekarang ini,bagaimanakah amalan berjimat-cermat ini dapat di semat dalam kehidupan manusia yang bertamadun ini ? Memetik kata-kata pujangga Habib Umar Bin Hafidz, kita tidak akan naik lagi dangkal dan perlu menetapkan cita-cita untuk menyemat amalan berjimat cermat agar generasi belia pembangunan negara dapat meningkatkan lagi martabat negara ini. Oleh itu,marilah kita sama-sama meneliti sepatah demi sepatah kepentingan amalan ini dalam kehidupan kita.

Pada realitinya,memang tidak dapat dinafikan bahawa membantu seseorang ketika merupakan kepentingan utama amalan berjimat-cermat yang semakin kerap menjadi polemik masyarakat di negara ini.Menelusuri maslahat ini,dapat kita saksikan bahawa pada era langit terbuka ini,kebanyakan penduduk di dunia lebih gemar hidup secara berjiran dan bermasyarakat. Bertepatan dengan aforisme lain padang lain belalang, lain orang lain ragam.Hal ini kerana, setiap hamba Allah yang hidup di dunia ini pastinya akan diuji dengan pelbagai masalah kehidupan.Mereka juga akan mencari prakarsa yang berbeza bagi menyelesaikan masalah yang menimpa dengan cara yang dirasakan paling pragmatik .Oleh itu, apabila terdapat jiran yang menemui jalan buntu dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi, kita sebagai individu yang terhampir haruslah menjadi wahana bagi mereka melepaskan diri dari kepompong masalah yang menyelubungi kehidupan mereka agar mereka tidak menjadi seperti duduk dalam duri. Pada saat-saat genting seperti ini,wang simpanan yang disimpan seharusnya digunakan bagi membantu mereka seperti peribahasa Melayu,berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Sesungguhnya terbuktilah bahawa amalan berjimat-cermat dapat diimplimentasikan dalam usaha untuk membantu orang lain.

Page 34: Contoh Karangan Berkaitan Sukan

Sebagaimana yang kita maklumi bahawa kepentingan amalan berjimat-cermat adalah dapat menyediakan simpanan untuk masa depan yang boleh digunakan pada waktu kecemasan atau pada waktu persaraan.Tamsilnya,jika berlaku sesuatu kejadian yang tidak diduga seperti kebakaran,kemalangan dang sebagainya wang yang disimpan ini boleh diibaratkan seperti menyediakan payung sebelum hujan.Selain itu,simpanan ini dapat digunakan sewaktu ingin melanjutkan pelajaran bagi meringankan beban ibu bapa. Dari sudut kodifikasi yang berbeza,simpanan ini juga membolehkan kita menyara ibu bapa pada masa mereka sudah tidak bekerja walhal dapat membalas jasa mereka yang sudah bekerja keras dalam membiayai kos persekolahan kita dahulu dan tidak mengamalkan peribahasa seperti kacang lupakan kulit.Menurut kata-kata pakar motivasi yang tersohor di Malaysia,Dr Fadzilah Kamsah bahawa amalan berjimat-cermat sangat digalakkan dalam Islam agar pembangunan Islam lebih bertamadun ibarat kata-kata yang mencapai kemajuan dengan hanya bermodalkan kata-kata,sebaliknya bangsa yang maju ialah mereka yang gigih berusaha.Sekiranya kita tidak berjimat maka tiadalah simpanan untuk masa depan kita.

Memetik wasitah nirmala seterusnya,amalan berjimat-cermat dapat melahirkan pengguna yang bijak.Dalam konteks ini,melalui berjimat-cermat kita dapat mengelakkan diri daripada berbelanja untuk perkara yang tidak member menfaat.Sementelahan lagi,kita dapat mengawal nafsu kita supaya berbelanja kepada perkara yang kita perlu sahaja dan bukan perkara yang kita mahukan.Hal ini kerana,menurut pendapat Schopenhauer,hidup itu ialah kemahuan.Oleh itu,kita harus bijak mengawal kemahuan kita semasa berbelanja.Kita boleh membendungnya dengan membuat senarai pembelajaan dan menetapkan bajet perbelanjaan.Kita juga harus mengamalkan sikap mengukur baju pada badan sendiri dalam memupuk diri sebagai pengguna yang bijak.Oleh itu terbuktilah pengguna yang bijak mampu dilahirkan dengan mengamalkan amalan berjimat-cermat

Namun demikian, suatu kepentingan lain yang tidak boleh dikesampingkan ialah amalan berjimat cermat dapat memupuk sifat suka menabung dalam kalangan masyarakat. Sifat ini dapat diterapkan dalam diri anak-anak oleh ibu bapa yang memainkan peranan kerana anak-anak lebih mudah dibentuk semasa kecil seumpama melentur buluh biarlah dari rebungnya. Andai anak-anak tersebut sudah dewasa, mereka tidak akan melupakan kebiasaan tersebut seterusnya melatih mereka untuk mengelakkan pembaziran. Selain itu, anak-anak akan lebih cenderung untuk mencontohi perilaku ibu bapa umpama peribahasa Melayu, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Jika ibu bapa tersebut mengamalkan sifat tersebut, maka anak-anak akan mengikut jejak langkah mereka. Sifat anak-anak ini akan dapat diwarisi oleh generasi seterusnya menjadikan amalan ini tidak lenyap ditelan zaman dan tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Menurut Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, guru-guru turut memikul tanggungjawab untuk menanamkan sikap suka menabung dalam kalangan murid yang bakal menjadi pemimpin negara kelak melalui pembelajaran di dalam kelas ataupun di luar waktu persekolahan. Oleh itu, individu yang mengamalkan amalan berjimat cermat mampu memupuk sikap suka menabung.

Sebagai intihanya, amalan berjimat cermat amat digalakkan dalam kehidupan kita dan terbuktilah bahawa amalan ini memang penting dalam melayari hari-hari yang akan mendatang. Seperti aforisme, sediakan payung sebelum hujan, amalan ini haruslah diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat untuk memastikan masa depan yang lebih cemerlang dapat dikecapi oleh generasi seterusnya. Oleh itu, semua pihak, sama ada pihak ibu bapa, kerajaan, media massa mahupun individu itu sendiri haruslah bersinergi untuk menanam amalan ini dalam diri setiap anggota masyarakat kerana seperti kata Woodrow Wilson, hidup ini bukanlah berfikir semata-mata tetapi bertidak.

Page 35: Contoh Karangan Berkaitan Sukan

Dengan mengimplimentasikan amalan berjimat cermat dalam kehidupan kita, nescaya ekonomi negara Malaysia akan dapat dibangunkan sejajar dengan Wawasan 2020 yang dibentuk oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad.

PERCUBAAN PULAU PINANG

TEMA: LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH IBU BAPA UNTUK MENGGALAKKAN ANAK-ANAK MENJAGA KEINDAHAN ALAM SEKITAR.

Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir di segenap empat penjuru negara ini tentang isu penjagaan keindahan alam sekitar. Isu penjagaan keindahan alam sekitar di negara kita semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat dan tokoh ilmuwan negara baik di warung-warung kopi mahupun di parlimen. Sebagai ibu bapa lagi lebai lagi berjanggut harus memikirkan langkah yang perlu di pragmatik lagi sistematik yang boleh dilakukan untuk menggalakkan anak-anak menjaga keindahan alam sekitar bagi melahirkan keharmonian dalam masyarakat. Hal ini bertepatan degan peribahasa Melayu, anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang perlu mencorakkannya. Justifikasinya, hal ini kita sering didedahkan dengan isu ini di dada-dada akhbar di dalam negara kita. Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting bagi mendidik anak-anak supaya sayang dan cinta akan negara kita. Menurut Hamka, kecantikan yang abadi terletak pada kebolehan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. Tiada penyakit yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalakan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.

Sebagai ibu bapa yang lebai lagi berjanggut, mereka haruslah membuka mata mereka dan menyedari bahawa mereka memainkan peranan yang penting dalam memastikan anak-anak mereka menjaga keindahan alam sekitar. Ibu dan bapa haruslah berganding bahu dalam mendidik anak-anak mereka. Sebagai langkah pertama dan langkah yang utama, ibu bapa mestilah mendidik mereka sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Mengitar semula boleh dianologikan sebagai mengisi sejenis air di dalam bekas yang dikhaskan untuknya. Air tersebut digunakan pada masa hadapan sebagai bahan yang berguna. Menurut Datuk Seri Shahrizat Jalil, pihak kerajaan telahpun menyediakan tiga buah tong sampah yang mempunyai warna yang berbeza untuk sampah yang berbeza. Pihak kerajaan juga telah menghasilkan sebuah lagu bagi mengingatkan tentang kod-kod warna tong sampah tersebut bersama kepentingan mengitar semula. Tong sampah yang berwarna biru telah dikhaskan untuk kertas, tong oren pula dikhususkan untuk plastik manakala tong coklat disediakan untuk kaca. Sekiranya seluruh kulawarga melaksanakan tanggungjawab mereka, keindahan alam sekitar pasti dapat dikekalkan. Peribahasa Melayu ada menyebut, belakang parang kalau diasah akan tajam juga. Ibu bapa mestilah mengamalkan amalan mengitar semula dalam kalangan anak-anak supaya boleh menjadi rutin harian mereka.

Anak-anak sentiasa memerhatikan segala perlakuan ibu bapa dari segi mental dan fizikal. Segala perlakuan yang ditunjukkan ibu bapa menjadi ikutan anak-anak. Bergantung kepada ibu bapalah untuk mencorak peribadi anak-anak yang menunjukkan sifat-sifat dan nilai-nilai murni yang baik. Ibu bapa harus memperlihatkan teladan yang baik kepada anak-anak atau digambarkan sebagai ‘role model’. Selain itu, ibu bapa perlu memberi tunjuk ajar anak-anak cara untuk menjaga kebersihan alam sekitar terutamanya yang berkaitan dengan sampah. Peranan ibu bapa untuk mengajar anak-anak untuk membuang sampah dengan cara yang betul ke dalam tong sampah yang dikhaskan untuk pembuangan sampah. Kendatipun begitu, jika ditelusuri secara mendalam, memang patut kebersihan sekeliling dijaga untuk keselesaan bersama dan tidak menyakitkan mata. Tambahan pula, sikap yang baik akan mendapat kehidupan yang baik. Hal ini boleh dikaitkan dengan aforisme Melayu, bapa borek anak rintik. Maka ibu bapa harus bergerak sederap dalam membentuk keperibadian anak-anak

Page 36: Contoh Karangan Berkaitan Sukan

untuk menjalani kehidupan yang selesa dalam menekankan penjagaan alam sekitar. Tiada ubat yang tiada penawarnya tanpa cara dan langkah pragmatik dan sistematik.

Prakasa yang pragmatik lagi efisen bagi menggalakkan anak-anak menjaga alam sekitar ialah ibu bapa boleh menetapkan jadual waktu kepada anak-anak untuk membersihkan rumah agar nilai penjagaan alam sekitar dapat dipupuk dari rumah. Jadual waktu pembersihan rumah yang ditetapkan oleh ibu bapa memainkan peranan yang penting bagi menggalakkan penjagaan alam sekitar. Ibu bapa perlu memulakan langkah bagi menyediakan jadual waktu pembersihan rumah sejak anak-anak kecil lagi agar perasaan cinta akan alam sekitar dapat ditanam di dalam diri anak-anak sejak peringkat awal lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Selain itu, penggunaan jadual waktu pembersihan rumah yang dilakukan oleh ibu bapa dapat memberikan contoh yang baik kepada anak-anak kerana sifat ini akan menjadi amalan dan ikutan kepada anak-anak sampai bila-bila dan membentuk adab dan akhlak yang baik ini kerana adab dan akhlak yang buruk adalah sifat yang tidak patut ada di dalam diri seseorang. Ibarat kata Wahab Munabin, akhlak dan adab yang buruk ibarat tembikar yang sudah pecah, tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah.

Jika ditelusuri secara mendalam, ibu bapa haruslah mendidik anak-anak agar menyahut kempen yang dianjurkan oleh kerajaan. Langkah ini perlu diimplementasikan kerana pada zaman kontemporari ini mahaen terlalu memandang enteng terhadap penjagaan alam sekitar. Natijahnya, generasi muda akan datang tidak lagi dapat merasai dan melihat keindahan alam sekitar yang tuhan kurniakan. Kerajaan telah melaksanakan Kempen Tidak Menggunakan Plastik. Ibu bapa yang lebai lagi berjanggut haruslah memberi contoh dengan mengamalkan kempen ini kepada anak-anak kerana anak-anak ibarat kain putih maka ibu bapalah yang akan mencorakkannya. Anak-anak mudah mengikuti perbuatan atau amalan yan dilakukan oleh ibu bapa kerana sebagaimana acuan begitulah kuihnya. Sementelahan lagi, anak-anak akan lebih menyayangi alam sekitar dan alam sekitar akan sentiasa terjaga. Sekiranya, kita sentiasa bersinergi dalam menjaga alam sekitar, masalah pencemaran yang ghalibnya diperkatakan dapat ditangani. Menurut El Leseur, tanpa semangat tidak ada pekerjaan besar yang dapat dilakukan.

Jika ditelusuri secara mendalam antara langkah yang perlu dilakukan oleh ibu bapa bagi memelihara alam sekitar ialah memberi didikan agama sejak kecil kerana meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Menurut Hamka, agaam tidak mengajar umatnya sesuatu perkara melainkan perkara itu memberi manfaat kepada manusia. Agama tidak menyuruh melakukan sesuatu perkara, melainkan merosakkan manusia. Islam tentang menyarankan umatnya menjaga kebersihan kerana kebersihan separuh daripada iman. Ibu bapa perlu menyemat dalam diri anak-anak perasaan malu jika mereka sebagai umat Islam tidak dapat menjaga kebersihan dengan sempurna. Ironinya, jika umat Islam tidak mementingkan kebersihan, maka umat Islam akan ditempelak oleh penganut agama lain. Sesungguhnya, agama dan kebersihan umpama dakwat dan kertas.

Akhirul kalam, kita mempunyai pelbagai kaedah untuk menjaga keindahan alam sekitar supaya bumi hijau ini dapat memelihara dengan baik. Oleh itu, kita sebagai penduduk bumi ini bertanggungjawab untuk memelihara alam sekitar. Hal ini kerana, alam sekitar yang terpeliharaakan melahirkan suasana yang tenang dan selesa. Natijahnya, kita juga dapat menyelamatkan bumi daripada pencemaran yang mungkin memudaratkan penduduknya. Hal ini kerana, ibu bapa hendaklah

Page 37: Contoh Karangan Berkaitan Sukan

menitikberatkan kaedah-kaedah yang boleh dilakukan untuk menggalakkan anak-anak menjaga keindahan alam sekitar sebelum keadaan bumi di tahap kritikal. Hal ini bertepatan dengan aforisme, sediakan payung sebelum hujan. Sekiranya masyarakat Malaysia bersama-sam berganding bahu menjaga keindahan alam sekitar, kita akan dapat mengecapi kehidupan yang harmoni dan sejahtera dengan berterusan. Seperti yang diperkatakan William Shakespeare, jangan hentikan usaha yang mulia selagi hasilnya belum kita kecapi.

PERCUBAAN PERAK

Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir di segenap empat penjuru negara ini tentang isu usaha – usaha yang wajar untuk memastikan harapan anak-anak tercapai. Isu ini di negara kita semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat dan tokoh ilmuan negara baik di warung – warung kopi mahupun di dewan parlimen. Hal ini demikian kerana kita sering didedahkan dengan isu ini di dada – dada akhbar di dalam negara. Tiada penyakit yang tiada penawarnya, maka langkah – langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi agar harapan anak – anak tercapai.

Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa untuk memastikan harapan ibu bapa tercapai, saya akan berusaha untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Dalam konteks in , saya dapat menceburi pelbagai bidang. Selain itu, saya akan mendapat peluang untuk menceburi untuk memahami secara mendalam dalam mata pelajaran yang lemah. Peribahasa melayu ada menyebut, belakang parang kalau diasah akan tajam juga. Oleh itu, ibu bapa tidak akan merisaukan tentang masa depan saya.

Sebagaimana yang kita maklumi bahawa setiap ibu bapa mengharapkan anak-anak berjaya dalam kehidupan mereka. Anak – anak perlu belajar untuk menghormati orang yang lebih tua terutamanya ibu bapa dan guru. Dalam konteks ini anak – anak atau pelajar harus menghormati ibu bapa dan guru supaya anak – anak atau pelajar akan mendapat ilmu yang berkat daripada ibu bapa dan guru. Selain

Page 38: Contoh Karangan Berkaitan Sukan

itu, anak- anak atau pelajar harus menghormati ibu bapa dan guru supaya anak – anak atau pelajar akan disukai oleh ibu bapa atau guru seperti anak emas. Menurut mantan Perdana Menteri Malaysia , Tun Dr. Mahathir bin Mohammad pada masa ini semakin ramai anak- anak atau pelajar tidak menghormati orang yang lebih tua kerana sesetengah ibu bapa juga mempunyai perangai yang sama bak kata pepatah bapa borek anak rintik. Sesungguhnya terbuktilah bahawa anak- anak atau pelajar perlu diajar dari kecil supaya semasa dewasa mereka akan teringat akan ilmu yang diajar oleh ibu bapa dan guru, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Dari sudut kondifikasi yang berbeza, mendapat didikan agama yang sempurna dapat memberi pandangan yang baik dalam mengusahakan dan memajukan diri untuk ibu bapa dapat mempercayai anak- anak. Hal ini kerana, didikan agama mengajar kita unsur untuk menjalani kehidupan harian supaya kita melibatkan diri dengan bersosial. Agama juga tidak mengajar kita perkara buruk dan merosakkan manusia tetapi memberi manfaat kepada manusia. Misalnya, orang yang mendapat didikan agama akan lebih bersopan dan berfikiran yang lebih matang. Implikasinya, mereka yang memegang didikan agama akan lebih mengalami kehidupan yang lebih senang kerana orang lain dapat lebih mempercayai mereka. Menurut Perdana Menteri Malaysia yang kedua Tun Abdul Razak, remaja yang melibatkan diri dalam agama dapat meningkatkan peratus untuk berjaya dalam kehidupan. Oleh itu , remaja haruslah memegang didikan agama untuk memastikan harapan ibu bapa tercapai.

Sebagai anak-anak yang berakhlak mulia dan bermoral tinggi, kita harus menjauhi dan tidak melibatkan diri dalam gejala sosial. Dalam mendepani era modenisasi pada abad ke-21, remaja sekarang mudah terjerumus dalam kancah gejala sosial. Tamsilnya merokok, ponteng sekolah, membuli dan sebagainya. Jika ditelusuri secara mendalam, faktor yang menyebabkan gejala sosial berlaku ialah pengaruh rakan sebaya. Dalam konteks ini remaja haruslah bijak memilih rakan dan berfikiran rasional. Hal ini demikian, remaja patut mengetahui keburukan melibatkan diri dalam gejala sosial dan kepenatan ibu bapa yang mengasuh kita bagai menatang minyak yang penuh sejak kecil. Menurut Eug’one, beliau menyatakan bahawa orang yang dapat menguasai dirinya sendiri merupakan orang yang bijaksana. Oleh hal yang demikian, remaja haruslah tidak terlibat dalam gejala sosial supaya harapan ibu bapa tercapai.

Sebagai konklusinya, kita harus berusaha dengan pelbagai pihak seperti rakan dan sekolah ibarat ke bukit sama didaki kelurah sama dituruni supaya harapan ibu bapa yang mengharapkan anak-anak berjaya dalam kehidupan dapat dikecapi. Harapan ibu bapa pada zaman ini ialah mengharapkan anak-anak menjadikan doctor, peguam atau usahawan sebagai kerjaya pilihan. Oleh itu, anak-anak hendaklah menitikberatkan kaedah-kaedah yang boleh dilakukan secara berterusan seperti yang diperkatakan oleh William Shakespeare , jangan hentikan usaha yang mulia selagi hasilnya belum dikecapi.

Page 39: Contoh Karangan Berkaitan Sukan

PERCUBAAN PAHANG

Dalam era globalisasi ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap penjuru dunia mengenai kemampuan remaja bersahsiah mulia untuk membangunkan sesebuah negara. Isu ini sering di polemikkan sama ada di media massa mahupun di warung-warung dan kedai-kedai kopi. Isu ini turut menimbulkan perdebatan di parliman dan menjadi buah mulut orang ramai. Siapakah yang seharusnya membentuk remaja bersahsiah mulia yang mana dikatakan mampu memacu pembangunan negara dengan penuh kegemilangan pada masa yang akan datang? Menurut pakar motivasi yang terkenal Dato’ Dr Fadzillah Kamsah, remaja bersahsiah mulia mampu dibentuk dalam lingkungan keluarga dahulu yang mana jelas menyerlahkan bahawa ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah murni anak-anak umpama peribahasa Melayu melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu, pembentukan remaja bersahsiah mulia ini berada dibawah tanggungjawab ibu bapa. Terdapat banyak cara yang boleh diaplikasikan untuk membentuk remaja yang berperilaku terpuji ini oleh ibu bapa.

Jika ditelusuri secara mendalam, antara langkah yang boleh diimplimentasikan bagi membentuk remaja bersahsiah mulia ialah memberi didikan agama yang secukupnya sama ada dengan menghantar anak untuk mengikuti pendidikan formal di kelas agama atau KAFA ataupun dengan mengajar anak-anak secara tidak formal di rumah. Langkah ini dilaksanakan supaya anak –anak mampu membezakan antara hak dan batil. Selain itu, anak-anak juga akan lebih mentaati segala perintah Allah sekali gus mengekang nafsu mereka yang ingin membuat kerosakan dan kejahatan umpama mutiara kata, sedangkan manusia yang mempunyai agama sentiasa melakukan kejahatan, apatah lagi mereka yang tidak mempunyai pegangan agama. Anak-anak juga akan membesar menjadi remaja yang berpendirian teguh, tidak mudah terpengaruh dan sentiasa melakukan kebajikan. Sebagai buktinya, Nik Nor Madihah, pelajar cemerlang SPM, mendapat pendidikan agama yang secukupnya dan semestinya diberikan oleh ibu bapa dan anak-anak. Selain mendapat keputusan yang sangat cemerlang umpama bulan jatuh ke riba, beliau turut mempunyai nilai-nilai murni lain yang boleh dicontohi oleh semua pelajar berkat asuhan dan didikan kedua ibu bapanya. Kepatuhan kepada agama tidak akan sama sekali melahirkan remaja yang kurang sopan dan tidak berakhlak malah mereka yang patuh akan agama tidak akan menjadi orang yang mundur. Einstein pernah berkata, “agama tanpa ilmu itu lumpuh, ilmu tanpa agama itu buta”. Oleh itu, terbuktilah bahawa didikan agama yang mencukupi mampu melahirkan remaja yang bersahsiah mulia.

Jika dikaji dengan lebih terperinci, pengawasan ibu bapa terhadap anak-anak juga merupakan langkah yang pragmatik untuk melahirkan remaja yang bersahsiah mulia. Langkah ini dilaksanakan

Page 40: Contoh Karangan Berkaitan Sukan

oleh ibu bapa bukannya untuk mengongkong setiap pergerakan anak-anak, sebaliknya ibu bapa hanya akan mengawasi dan meletakkan had dalam kebebasan yang diberikan. Ibu bapa perlu mengenal setiap seorang kawan-kawan anak-anak sama ada mereka pernah berkunjung ke rumah ataupun tidak pernah sekali bersua muka kerana dengan cara ini, ibu bapa dapat menilai keperibadian dan tingkah laku mereka. Hal ini kerana, sebahagian besar masa anak-anak diluangkan bersama-sama dengan teman yang serasi di jiwa seterusnya menjadi akrab ibarat isi dengan kuku. Anak-anak akan lebih terdorong untuk meniru tingkah laku dan perbuatan teman-teman mereka. Jika golongan teman anak-anak itu bukannya golongan yang baik dan merusuhkan jiwa tidak mustahil anak-anak bakal dilabelkan begitu juga oleh marhaen walaupun hakikatnya tidak seumpama peribahasa Melayu kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Ibu bapa harus mengehadkan kebebasan anak-anak dan seterusnya mengajar anak-anak supaya bergaul dengan yang mampu membimbingnya ke arah kebaikan. Statistik menunjukkan 70 peratus halangan utama untuk membentuk remaja bersahsiah mulia ialah tersalah memilih kawan seperti kaca disangkakan batu permata. Oleh itu, pengawasan ibu bapa amatlah penting untuk melahirkan anak-anak yang mampu menjadi remaja yang bersahsiah mulia.

Antara prakarsa yang pragmatik dan efisien ialah kedudukan ibu bapa yang secara senyap menjadi contoh teladan kepada anak-anak mereka. Ibu bapa yang cemerlang mampu melahirkan anak-anak yang cemerlang dan begitu juga sebaliknya. Perkara ini bertepatan dengan aforisme, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Ibu bapa yang menyedari diri mereka sebenarnya adalah contoh teladan yang terhampir dengan anak-anak akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mempamirkan kelakuan yang baik-baik sahaja supaya anak-anak akan mengikuti jejak mereka jika ibu bapa tidak menunjukkan kelakuan yang selari dengan suruhan yang telah diucapkan dan ditegaskan akan menjadikan ibu bapa itu kelihatan seperti ibu ketam mengajar anaknya berjalan. Cara yang terbaik untuk membentuk remaja yang bersahsiah mulia adalah dengan menjadi ‘role model’ yang boleh dipuji dan diikut oleh anak-anak kerana mereka cenderung untuk mencontohi sikap orang-orang yang hamper denagan mereka. Anak-anak yang lahir hasil gabungan asuhan dan didikan ibu bapa sebenarnya adalah cerminan ibu bapa itu sendiri bak kata peribahasa melayu bagaiman acuan begitulah kuihnya.

Langkah lain yang tidak boleh dikesampingkan ialah ibu bapa perlulah berdoa menadah tangan dan memohon kepada Allah S.W.T supaya anak- anak mereka mempunyai peribadi yang terpuji. Sesungguhnya doa ibu bapa tiada hijabnya dengan Allah dan doa ibu adalah lebih diterima kerana ibu memiliki sifat penyayang yang sangat banyak maka doa orang yang penyayang tidak sia-sia. William Shakespeare turut berkata, “ jangan kamu berhenti dari melakukan usaha yang mulia selagi kamu belum kecapi hasilnya”. Oleh itu, ibu bapa perlulah berdoa dengan tulus ikhlas untuk anak-anak yang diharapkan mampu membangunkan negara suatu hari nanti. Seterusnya , ibu bapa boleh mendidik dengan lebih tegas dengan cara mengenakan hukuman atau denda . Tamsilnya,hukuman ringan dikenakan kepada anak-anak yang tidak mendengar kata dan melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Anak-anak yang dikenakan hukuman boleh diminta bermuhasabah diri di dalam bilik. Hukuman yang ringan itu boleh ditukarkan secara beransur-ansur kepada yang lebih berat jika mereka masih mengulangi perbuatan yang sama. Antara contohnya ialah mengehadkan masa untuk bermain komputer kepada setengah jam ataupun mengurangkan wang poket yang diterima mereka sebagai denda. Walau bagaimanapun kehidupan yang penuh kesalahan lebih bermakna dan lebih berguna berbanding hidup tanpa melakukan apa-apa seperti yang diperkatakan oleh George Bernard shaw . Anak –anak akan belajar daripada pengalaman dan akan lebih menghormati peraturan pada masa akan datang. Oleh itu terbuktilah bahawa dengan doa dan didikan yang berupa hukuman dan denda mampu membentuk remaja bersahsiah mulia.

Kesimpulannya, peranan yang dimainkan oleh ibu bapa jelas menunjukkan betapa pentingnya peranan mereka dalam melahirkan remaja yang bershasiah mulia. Ibu bapa banyak memainkan peranan yang menyumbang kepada pembentukan anak-anak yang berkembang menjadi remaja bersahsiah mulia. Setiap langkah yang dilaksanakan oleh ibu bapa meskipun kecil tetapi tetap akan

Page 41: Contoh Karangan Berkaitan Sukan

mengubah setiap perilaku buruk anak-anak. Oleh itu jelaslah sumbangan dan peranan yang dimainkan oleh ibu bapa adalah sangat penting dan menjadi pencetus kelahiran remaja yang bersahsiah mulia.

Soalan Percubaan Kedah:

Konsep Sekolah Penyayang berteraskan budaya kemesraan dan sayang menyayangi dalam kalangan guru dan murid.

Jelaskan cara-cara anda menghargai kasih sayang guru.

TEMA : Menghargai kasih sayang guru

ARAH : Cara

Page 42: Contoh Karangan Berkaitan Sukan

Dalam mendepani era milennium pada abad ke-21 kini, dunia menyaksikan iktisad negara yang semakin pesat membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Ekonomi negara yang semakin maju ibrata tenggelam sama basah, timbul sama hanyut dengan negara maju lain. Namun, dasawarsa ini generasi muda kurang menghormati guru sungguhpun golongan guru ibarat lilin yang yang sanggup membakar diri. Suffian Astauri ada menyatakan, menuntut ilmu lebih utama daripada solat sunat. Hal ini kerana , menuntut ilmu merupakan bekalan pahala kita di akhirat nanti. Surah Al-Baqarah ada menjelaskan, boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu perkara sedangkan perkara tersebut baik untukmu, boleh jadi kamu menyukai sesuatu perkara sedangkan perkara tersebut tidak baik untukmu. Hatta, tanpa guru tidak lahir golongan cerdik pandai yang mampu memimpin negara ke arah kecemerlangan. Oleh itu, Konsep Sekolah Penyayang yang berteraskan budaya kemesraan dan kasih sayang antara guru dan murid sewajarnya diterapkan di setiap sekolah. Rentetan itu, murid akan lebih menghargai setiap ilmu yang dititiskan oleh guru. Malahan, terdapat pelbagai variasi uslub dan minhaj boleh diswadaya bagi menghargai golongan guru. Hal ini kerana, guru sentiasa menganggap murid sebagai benih yang baik dilemparkan ke darat menjadi permata yakut yang bersinar cemerlang, dilemparkan ke laut menjadi pulau penuh khazanah.

Sudah terang lagi bersuluh, prakarsa yang afdal untuk menghargai kasih sayang guru adalah menghormatinya. Tamsilnya, kita mestilah memberi salam dan mengikuti arahan guru pada setiap masa. Hal ini kerana, guru ialah orang yang mencurahkan ilmu dan mengajar kita erti kehidupan tanpa mengenal jemu. Natijahnya, kita akan menjadi orang yang berpengetahuan luas dan bersedia menghadapi krisis kehidupan pada masa akan datang. Murid yang menghormati guru boleh dianalogikan seperti semut merah yang menghormati dan melindungi permaisurinya. Menurut Whittier, apabila kepercayaan terhadap guru hilang, maka matilah orang itu. Surah An Nahl ayat 125 ada menyatakan, serulah ke jalan Tuhan-Mu wahai Muhammad dengan hikmah dan pengajaran yang baik serta berbahaslah dengan cara yang terbaik. Hal ini bermakna, guru merupakan orang yang sepatutnya kita letakkan di tempat yang tinggi kerana agama Islam sendiri meletakkan guru sebagai insan selepas ibu dan bapa. Sekiranya pelajar di Malaysia menghormati guru-guru mereka , maka wujudlah suasana sekolah yang kondusif dan harmonis. Oleh itu, marilah kita menghormati guru yang mengajar kita supaya kita menjadi pelajar yang cemerlang dan berakhlak mulia.

Peribahasa Melayu ada menyatakan, orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Oleh itu, sebagai murid, kita seharusnya bersyukur dan sentiasa mendoakan kebahagiaan guru yang telah mendidik kita tanpa jemu. Tambahan pula, mereka sanggup bersengkang mata menanda kertas peperiksaan dan mengadakan kelas tambahan semata-mata mahu melihat kejayaan anak didiknya. Jika kita sentiasa mendoakan kebahagiaan guru-guru kita, ilmu yang kita pelajari akan kekal dan diberkati oleh Allah s.w.t. Imam Abu Hanifah pernah menyatakan, “tidak sekalipun aku solat kecuali aku doakan untuk guruku Hammad dan mereka yang pernah mengajarku.” Hal ini kerana, sebagai umat Islam kita seharusnya sentiasa berpegang teguh pada ajaran Islam dan mentaati serta mendoakan guru-guru kita agar kita dapat belajar dengan tenang dan selesa.

Sebagai remaja yang lagi lebai lagi berjanggut, kita semestinya membantu guru tatkala mereka inginkan pertolongan kita.Hal ini kerana, guru merupakan golongan yang perlu dihormati oleh

Page 43: Contoh Karangan Berkaitan Sukan

individu bergelar pelajar. Natijahnya, keberkatan ilmu akan diperoleh jika menyenangkan hati guru mereka tanpa menggores perasaan mereka. Seyogia, setiap pelajar harus ringan tulang membantu guru-guru mereka. Hal ini bertepatan dengan aforisme, habis kapak berganti beliung. Tanpa sikap ringan tulang, pasti pelajar akan mengalami kesukaran untuk berjaya kelak. Menurut Datuk Dr Haji Fadzillah Kamsah, pelajar yang terbaik ialah pelajar yang sentiasa datang awal ke sekolah membantu guru sesuai dengan peribahasa hanyut dipintasi, lulus diselami dan hilang dicari. Sementelahan, jasa guru terhadap pelajar tidak ternilai dengan harta dan wang ringgit. Sekiranya setiap pelajar berusaha sedaya upaya menbatu guru seperti membawa buku guru dan menyiapkan tugasan mengikut masa yang ditetapkan, segala ilmu akan beroleh keberkatan.

Peribahasa seperti pahat dengan penukul menggambarkan sikap liat dan berat hati dalam melakukan tugasan. Oleh itu , pelajar perlu mengubah sikap dan sentiasa bertindak pantas dalam membuat sebarang tugasan yang diarahkan oleh guru. Menurut Surah Ar Ra’d, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum tersebut yang mengubahnya. Hal ini menunjukkan bahawa, pelajar perlu memiliki wawasan dan visi yang jelas di sekolah. Sikap malas harus dibuang sama sekali dan sikap rendah diri dalam menyiapkan sebarang tugasan yang diberikan oleh guru perlu wujud dalam diri pelajar. Seperkara yang penting ialah, setiap tugasan merupakan amanah yang diberikan oleh guru kepada murid. Manakala sebagai murid, kita perlu berusaha sedaya upaya menyiapkan tugasan yang terbaik untuk diserahkan kepada guru. Sekiranya semua pelajar berintegriti dalam menyiapkan tugasan serta memahami tanggunjawab diri, maka elemen kasih sayang antara guru dan murid semakin terpaut erat.

Sebagai pengitlakan, guru ialah insan yang perlu kita letakkan pada darjat yang tinggi. Guru banyak berkorban masa dan tenaga mendidik kita sehingga berjaya. Albert Einstein sendiri pernah menyatakan, ilmu tanpa agama ialah buta. Hal ini membuktikan kepada kita bahawa, pelajar yang berilmu dan berpengetahuan dalam semua bidang terhasil daripada komitmen dan kerja keras golongan guru. Sebagai murid, kita perlu menjadi seperti burung jentayu yang patah sayap bertongkatkan paruh, patah paruh bertongkatkan dagu, patah dagu bertongkatkan kuku dalam memartabatkan guru-guru kita. Sekiranya semua pelajar menghargai jasa dan pengorbanan guru, maka ilmu yang dipelajari diberkati dan seterusnya menjana modal insan kelas pertama.

Jika hari ini seorang ulama yang mulia ,

Jika hari ini seorang peguam menang bicara ,

Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa ,

Semuanya bermula dengan guru biasa ,

Yang mengajar tulis baca.

Page 44: Contoh Karangan Berkaitan Sukan

Tema : Merokok

Arah : Langkah menangani

Isi:

1. Bijak memilih rakan

2. Pemantauan

3. Didikan

4. Kempen

5. Tindakan

Dalam mendepani era modenisasi pada abad ke-21 kini, dunia menyaksikan iktisad negara yang semakin pesat membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Bahkan ekonomi negara yang semakin membangun seperti tenggelam sama basah, timbul sama hanyut dengan negara maju lain. Namun begitu, dasawarsa ini, isu gejala merokok semakin hangat diperkatakan bak virus epidemik, semakin menjadi polemik dalam kalangan masyarakat. Rokok diperbuat daripada sejenis tembakau yang mengandungi nikotin, candu, tar dan karbon monoksida . Hal ini menjejaskan kesihatan seseorang seperti barah paru-paru, kelahiran bayi pramatang dan mencacatkan fizikal perokok.Biasanya gejala merokok ini terkenal dalam kalangan remaja yang mempunyai masalah terutamanya dari sudut keruntuhan akhlak. Remaja sepatutnya menjadi seperti benih yang baik dilemparkan ke darat menjadi permata yakut yang bersinar cemerlang, dibuang ke laut menjadi pulau yang penuh khazanah.Kerajaan dan masyarakat perlu mengambil langkah sederap dalam mencapai impian mewujudkan bangsa yang cemerlang dengan gabungan semua pihak. Allah dalam Surah Ar-Ra'd berfirman, nasib sesuatu kaum tidak akan berubah melainkan mereka sendiri yang mengubahnya. Jangan disebabkan nila setitik rosak bangsa se-Malaysia. Oleh itu, pelbagai modus operandi yang signifikan boleh diaturkan oleh pelbagai pihak bagi mengatasi gejala merokok.

Ibnu Khaldun dalam karya mukadimahnya, keutuhan sesuatu bangsa bergantung pada cara pemudanya mempraktikkan sahsiah atau perilaku susila mulia dalam kehidupannya. Oleh itu, sebagai remaja yang bakal menerajui negara, haruslah bijak dalam memilih rakan sebaya. Rakan merupakan insan kedua selepas ibu bapa yang sentiasa bersama-sama kita pada waktu susah atau senang. Jika seseorang itu memiliki rakan yang baik, sudah pasti memberikan impak yang positif sekali gus memperkasakan jati diri sebagai seorang mukmin yang unggul.Perumpamaan teman soleh dan teman yang jahat ialah laksana pembawa wangi-wangian dan tukang besi.Ghalibnya, rakan ketawa mudah dicari, rakan menangis sukar dicari. Oleh itu, remaja haruslah bijak memilih rakan yang dapat membantu dalam meningkatkan prestasi sebagai seorang pelajar. Hadis riwayat Muslim juga ada menyatakan, teman yang paling baik ialah apabila kamu melihat wajahnya , kita akan teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama dan melihat gerak-gerinya teringat akan mati. Oleh itu, rakan memainkan peranan penting dalam mempengaruhi perilaku merokok dalam kalangan kelompok komuniti remaja di negara kita.

Sudah terang lagi bersuluh, ibu bapa merupakan suri teladan terbaik kepada anak-anak untuk membentuk generasi muda yang berakhlak, berilmu dan berjaya. Anak-anal diibaratkan seperti kain putih dan ibu bapalah yang seharusnya mencorakkannya sama ada menjadu Yahudi, Nasrani

Page 45: Contoh Karangan Berkaitan Sukan

ataupun Islam. Ibu bapa perlu bersikap cakna terhadap kegiatan remaja masa ini yang semakin hari, semakin terhakis nilai bangsa dan ketandusan niali-nilai kemanusiaan. bertitik tolak daripada itu, ibu bapa perlu menyiapkan diri dengan skil-skil kontemporari bagi menangani merokok ini. Ibu bapa mestilah bijak daripada anak-anak dan sentiasa mendahului dengan memantau sesiapa sahaja yang menjadi rakan baik anak-anak mereka.Malahan ibu bapa yang sibuk dengan tugas ,asing-masing hendaklah meluangkan masa bersama-sama dengan anak-anak mereka untuk mengelakkan mereka kesunyian dan kebosanan. Ramai dalam kalangan pendidik berpendapat, pengaruh utama yang mesti dipantau oleh ibu bapa ialah rokok. Oleh itu , ibu bapa mesti bersikap hikmah dan bijaksana dalam menarik minat anak ke arah kebaikan bertepatan dengan peribahasa, ibarat menarik rambut dari tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak. Firman Allah dalam Surah An.Nahl ayat 125 berbunyi, serulah ke jalan Tuhan-Mu wahai Muhammad dengan hikmah dan pengajaran yang baik serta berbahaslah dengan cara yang terbaik. Sekiranya ibu bapa berjaya menjadi suri teladan terbaik dalam pencegahan gejala merokok maka remaja Malaysia mampu menjadi ikon terbaik di persada dunia.

Dari sudut kodifikasi yang berbeza, organisasi pendidikan merupakan satu organisasi yang terpenting dalam sesebuah negara. Hal ini bukan sahaja sebagai indikator pada tahap pembangunan negara, malah akan menjadi indikator hala tuju negara pada masa akan datang.Umumnya organisasi pendidikan seperti sekolah merupakan entiti yang unik kerana mampu menghadapi pelbagai cabaran dan perubahan dalam menyelesaikan masalah disiplin seperti merokok, gengsterisme, bili dan dadah. Merokok dalam kalangan pelajar di sekolah merupakan masalah utama dan semakin hari semakin parah. Oleh itu, guru-guru digalakkan menggunakan pelbagai media yang berkaitan dengan gejala ini seperti poster-poster yang berkaitan dengan rokok dan risalah kandungan rokok serta bahan audio video berkaitan rokok. Penggunaan bahan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran secara berterusan akan memberi kesan mendalam kepada pelajar.Bahkan, pengukuhan dan penghayatan agama Islam dalam kalangan pelajar ialah strategi yang paling berkesan. Islam sebagai agama syumul mempunyai nilai-nilai sejagat yang dapat diterapkan dalam diri pelajar. Di samping itu, menurut Abdullah Al-Qari b Haji Salleh, merokok boleh boleh menjejaskan akal fikiran manusia dan proses kematangannya. Rasullullah juga pernah bersabda bahawa, umat Islam dilarang menggunakan setiap yang memabukkan dan melemahkan tubuh dan akal fikiran.Oleh itu, sebelum nasi menjadi bubur kita sediakanlah payung sebelum hujan. Pendidikan yang utuh lagi mapan haruslah dipraktikkan dalam diri remaja bermulanya daripada insan yang bergelar pendidik. Sekiranya pendidikan memberikan kesan yang mendalam kepada anak-anak remaja maka golongan perokok di negara kita dapat dikurangkan. Di samping itu, prinsip negara bebas daripada rokok dapat direalisasikan jika rokok diangkat menjadi musuh utama golongan remaja di negara ini.

Memetik wasitah nirmala yang berbeza, melalui kempen kesedaran yang diadakan oleh pihak governan seperti kempen antirokok, generasi muda akan lebih terdedah tentang bahaya merokok.Hal ini bertepatan dengan aforisme, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Hatta , kempen secara berterusan terutamanya pada peringkat institusi pendidikan merupakan salah satu modus operanda yang efisien dalam menangani tabiat merokok. Hal ini kerana, melalui kempen di sekolah dan institusi pendidikan dilihat mampu menyalurkan maklumat secara berterusan kepada pelajar dan masyarakat. Di sekolah misalnya, penerapan kempen bahana merokok bukan sahaja diadakan secara formal tetapi juga melalui kempen serampang dua mata yang merentas kurikulum dalam bilik darjah. Perkara ini amat penting kerana dilihat mampu mengurangkan tabiat merokok dalam kalangan pelajar dan masyarakat madani kini melalui pengajaran berkesan. Uswahnya, melalui mata pelajaran Sains pelbagai impak daripada tabiat merokok dapat diketaahui oleh pelajar. Kempen Tak Nak Merokok melalui media massa pada tahun 2010 telah berjaya meningkatkan kesedaran orang ramai. Malahan jumlah Klinik Berhenti Merokok kerajaan telah ditambah daripada 167 buah kepada

Page 46: Contoh Karangan Berkaitan Sukan

lebih 200 buah pada tahun ini. Oleh itu, pihak governan haruslah mevariasikan Kempen Tak Nak Merokok agar dapat menjadi satu medium yang dapat menarik dan membuka mata masyarakat setempat. Janganlah hanya bersandarkan cakap-cakap dan angan-angan Mat Jenin kerana walaupun gah setinggi gunung namun akhirnya jatuh ke perdu kelapa jua.

Sebagaimana yang kita ketahui, banyak impak negatif akan berlaku jika remaja di Malaysia terus alpa dan terbawa-bawa dengan amalan merokok. Langkah yang berkesan dan pragmatik perlu diswadaya iaitu mengenakan tindakan tegas terhadap perokok yang merokok di kawasan larangan. Pemilik kedai yang menjual rokok kepada remaja berusia bawah 18 tahun juga perlu dikenakan tindakan tegas dan didenda. Selain itu, perokok wajar dikenakan tindakan tegas bagi memberikan pengajaran kerana memberi marabahaya kepada orang lain.Masalah ini perlu ditangani segera sebelum menjadi parah. Oleh itu, kempen antimerokok yang dilaksanakan perlu dilaksanakan secara bersungguh-sungguh oleh semua pihak.Umpamanya, dalam ketamadunan Hwang Ho hanya ketegasan undang-undang yang dapat mengawal tingkah laku manusia dan tiada belas kasihan. Tindakan seperti menaikkan harga rokok ke paras maksimum dan denda kepada perokok yang ingkar terhadap larangan merokok perlu dilaksanakan segera. Sementelahan tindakan mandatori seperti ini mampu menimbulkan elemen ketakutan dan kesedaran dalam diri perokok tegar. Hal ini bertepatan dengan aforisme, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Sekiranya pihak penguat kuasa seiring sejalan dengan kempen antirokok di negara ini, maka masyarakat Malaysia akan bebas daripada kongkongan najis rokok yang merosakkan akal dan pemikiran umat manusia.

Sebagai pengitlakan, nasib sesuatu kaum tidak akan berubah melainkan mereka sendiri yang mengubahnya. Oleh itu semua pihak perlu bersatu hati, berpadu tenaga, bertindak seia sekata dalam mencari kaedah terbaik bagi mengatasi masalah merokok dalam kalangan remaja. Hal ini bagi memastikan kewujudan sebuah bangsa Malaysia yang maju, berdaya saing dan memiliki citra bangsa yang kompetetif seiring dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menjadikan bangsa Malaysia bangsa yang bertaraf dunia. Namun begitu, iltizam remaja perlu dipahat jitu dalam diri mereka bertepatan dengan peribahasa serumpun bagai serai, seliang bagai tebu. Janganlah remaja tewas dalam godaan dan cabaran kehidupan yang semakin menjadi-jadi. Sebaliknya mereka perlu memperkasakan diri bagai burung jentayu patah sayap bertongkatkan paruh, patah paruh bertongkatkan dagu, patah dagu bertongkatkan kuku.

Page 47: Contoh Karangan Berkaitan Sukan

Gejala buli semakin berleluasa dalam kalangan remaja.

Bincangkan langkah mengatasi gejala buli di sekolah.

Belakangan ini, isu gejala buli sering meniti dari bibir ke bibir golongan marhaen di negara ini. Dari segi konsepsinya, gejala buli boleh ditakrifkan sebagai perbuatan memeras ugut pelajar lain hingga mengakibatkan kecederaan atau kehilangan nyawa. Biasanya, murid sekolah menengah yang bermasalah terlibat dalam gejala buli ini. Keadaan pembuli dan mangsanya bertepatan dengan peribahasa, bagai anjing dengan kucing. Oleh itu, terdapat pelbagai strategi untuk mengatasi gejala buli di sekolah.

Antara prakarsa yang pragmatik dan berkesan untuk menangani gejala buli ialah remaja seharusnya bijak memilih rakan sebaya. Hal ini demikian dapat mengelakkan remaja daripada terlibat dalam gejala negatif. Justeru, remaja perlu mencari rakan yang Islamik, taat kepada kedua ibu bapa dan mempunyai budi pekerti mulia sebagai rakan akrab. Natijahnya, remaja boleh menghindarkan diri daripada terlibat dalam gejala buli serta perlakuan negatif yang lain. Hal ini bertepatan dengan peribahasa Arab, jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi kita akan berbau wangi dan jika berkawan dengan tukang besi kita akan terasa bahangnya. Rakan yang baik boleh dianalogikan seperti bunga ros yang sentiasa mekar dan harum baunya. Menurut Datuk Dr Haji Fadzillah Kamsah, orang yang cemerlang dan hebat dalam pergaulan bermula daripada cetusan aura apabila dikelilingi rakan-rakan yang hebat. Sekiranya remaja Malaysia bijak dalam bersahabat, maka pastinya gejala buli dapat dikurangkan.

Selain itu, langkah seterusnya ialah ibu bapa bertanggungjawab memantau tingkah laku anak-anak mereka. Hal ini demikian, ibu bapa boleh mengesan sebarang perlakuan aneh anak-anak mereka. Justeru, ibu bapa seharusnya megetahui keberadaan anak-anak mereka dengan sentiasa berhubung melalui telefon bimbit. Natijahnya, ibu bapa boleh menghindarkan anak-anak mereka daripada sebarang perlakuan songsang terutamanya buli. Hal ini bertepatan dengan peribahasa, anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapa pencoraknya. Pemantauan berkesan oleh ibu bapa dalam menangani gejala buli boleh dianalogikan seperti selimut yang menutup tubuh ketika kesejukan. Sekiranya, ibu bapa peka dengan tingkah laku anak-anak maka statistik masalah buli dalam kalangan remaja di sekolah akan berkurangan.

Selain itu, pihak kerajaan boleh menjenamakan semula kempen antibuli yang selama ini saban tahun diadakan di sekolah. Hal ini kerana kempen antibuli yang berteraskan ceramah dan pameran agak kurang terkesan di hati para pelajar. Pihak sekolah melalui Unit Disiplin Sekolah boleh menukar

Page 48: Contoh Karangan Berkaitan Sukan

strategi kempen yang proaktif dan provokatif bagi tujuan menakut-nakutkan bakal pembuli. Justeru, pihak sekolah umpamanya boleh meminta kerjasama pihak Jabatan Penjara Malaysia atau Polis Diraja Malaysia bagi memastikan kempen antibuli menjadi lebih berkesan. Kerjasama pelbagai pihak dalam menangani gejala buli boleh diumpamakan seperti ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Sekiranya, kempen antibuli berjaya meresapi nurani pelajar maka pastinya sekolah menjadi tempat yang lebih selamat untuk semua pelajar.

Akhir kalam, gejala buli yang menjadi polemik dalam kalangan masyarakat pelajar di negara ini perlu ditangani segera. Sememangnya gejala buli masih wujud namun banyak kes-kes terpencil disensasikan oleh media massa di negara ini. Semoga gejala buli dapat ditangani secara bijaksana oleh pihak berkuasa dengan kerjasama pihak sekolah. Oleh itu kita perlu bersinergi dalam memastikan gejala buli dapat dilenyapkan di bumi bertuah ini. sekiranya gejala buli tidak wujud maka Malaysia mampu berdiri gah di persada dunia dan mendabik dada kerana generasi mudanya bertaraf dunia.