karangan contoh permulaan

23
Karangan Naratif

Upload: shaaimy

Post on 29-Jun-2015

3.212 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Karangan contoh permulaan

Karangan Naratif

Page 2: Karangan contoh permulaan

Plot

• Permulaan

• Perkembangan

• Konflik

• Klimaks

• Peleraian

• Penutup

Page 3: Karangan contoh permulaan

Permulaan

Bagaimana memulakan cerita?

1. Permulaan dengan deskripsi

2. Permulaan dengan laporan

3. Permulaan dengan dialog

4. Permulaan dengan imbas kembali

Page 4: Karangan contoh permulaan

Permulaan dengan deskripsi

Contoh 1:Angin petang membawa senja jadi malam. Namun

angin petang bagaikan tidak terasa, kerana menyangkut pada pohon-pohon dan daun-daun

Contoh 2:Air Sungai Bernam mengalir deras, membawa segala

khazanahnya. Air yang bercampur dengan lumpur itu berwarna hitam kilat berpusar-pusar. Rintik-rintik hijau yang masih belum berhenti bagaikan menjadi teman kepada seorang tua yang matanya memandang jauh ke arah aliran sungai yang semakin menggila

Page 5: Karangan contoh permulaan

Permulaan dengan deskripsi 2

• Keadaan sekitar begitu menyeramkan. Di depanku muncul satu lembaga yang berwajah aneh. Aku kehairanan dan cuba memikirkan tindak balas lembaga tersebut. Tiba-tiba…

Page 6: Karangan contoh permulaan

Permulaan dengan laporan

• Bacaan talkin baru disudahi. Matahari yang tegak di atas kepala menyimbahkan cahaya ke atas pusara nenek yang masih merah. Mak Long menyucukan keratan dahan kemboja ke pusara nenek. Pak Long masih duduk bertafakur. Begitu juga Pak Uda. Sesekali ada sendu yang berbunyi. Abah pula terjelopok memerhatikan tanah merah tempat nenek bersemadi

Page 7: Karangan contoh permulaan

Permulaan dengan dialog

“Betulkah apa yang kau cakap ni?” tanya Liza dengan matanya terbeliak mencari kepastian.

“Ya, yang kau macam tak percaya ni, kenapa?” balas Nurulhuda dengan tenang dan yakin.

Page 8: Karangan contoh permulaan

Permulaan dengan Imbas Kembali

• Fitri duduk termenung memerhatikan sebuah keluarga yang kelihatan begitu riang berkelah di tepi pantai. Dia teringat kembali saat-saat bahagia yang dilalui bersama keluarganya. Kini…

Page 9: Karangan contoh permulaan

Perwatakan

• Kuteliti tubuhku di depan cermin. Sebagai remaja yang menjangkau usia 17 tahun, tubuhku kelihatan tegap. Dadaku agak bidang dan otot-ototku begitu kental.

Page 10: Karangan contoh permulaan

Aksi Watak

• Aku merempuh pintu itu dengan sekuat tenagaku. Setangkas harimau kuterkam musuh yang ketakutan itu. Kulepaskan sebiji penumbuk ke muka Bidin. Bidin cuba mengelak tetapi elakannya tidak sederas penumbukku.

Page 11: Karangan contoh permulaan

Latar

• Kokok ayam berkeruyuk bersahut-sahutan. Kian lama kian mengendur dan berkurangan. Kemudian tinggal satu-satu sahaja terdengar kokok yang nyaring di hujung Lembah Titiwangsa. Sebentar kemudian, kedengaran bunyi derapan tapak kaki ayah menuruni tangga hendak ke sungai.

Page 12: Karangan contoh permulaan

Bahagian Pertengahan

• Perkembangan cerita• Timbulkan kekusutan / masalah / konflik• Timbulkan perasaan ingin tahu atau suspen hingga

sampai ke klimaks/kemuncak ceritaPisau lelaki itu terpelanting lalu cuba kucapai.

Berlakulah pergelutan. Tidak kusangka-sangka lelaki itu mengeluarkan pistol dari pinggangnya dan mengacukan ke arahku. Aku tidak bergerak. Kaku dan kelu.“Pak Su, Pak Su!” bunyi panggilan dari luar. Bunyi tersebut mengejutkan dan mengalpakan lelaki tersebut. Aku menerkam lelaki itu. Berlakulah pergelutan sekali lagi.

Page 13: Karangan contoh permulaan

Bahagian Akhir

• Penyelesaian / peleraian terhadap konflik yang dialami watak

Luka pada pahaku sudah terubat. Kematiannya bukan kerana kesalahanku. Aku diceroboh dan kerana itu aku harus mempertahankan diri. Walaupun pada mulanya aku berasa takut-takut, tetapi akhirnya aku berasa bangga kerana aku dianggap wira yang berjaya menghancurkan satu pencerobohan.

Page 14: Karangan contoh permulaan

Pengakhiran

• Penyelesaian atau peleraian konflik

Contoh 1: Keadilan Puitis:

Pembalasan yang wajar – watak mendapat ganjaran setimpal dengan kelakuannya

Cth:

Hidup di rumah tumpangan banyak mengajarku tentang erti kehidupan dan pentingnya pendidikan agama. Aku bertekad, sebaik sahaja dibebaskan dari neraka dunia ini, aku akan mengubah haluan hidupku dan kembali ke pangkal jalan.

Page 15: Karangan contoh permulaan

Pengakhiran: Kejutan (Surprise Ending)

• Misalnya pembaca meramalkan sesuatu penyelesaian yang buruk berlaku, tetapi ia berlaku sebaliknya

Cth: Tiba-tiba duniaku bagaikan dihempas dan berkecai seribu. Aku menangis tiada henti. Kesedihan tertaut di hatiku berminggu-minggu lamanya. Tidurku tidak lena. Hidupku sengsara tanpa kehadirannya. Susah bagi diriku untuk menerima hakikat itu. Dengan dorongan rakan-rakanku, aku sedar bahawa Tuhan lebih menyayanginya dari aku menyayanginya. Orang yang kusayangi telah pergi jauh dari sisiku. Pusara Hafiz akan menjadi tempat penghilang rindu.

Page 16: Karangan contoh permulaan

Lamunanku tersentak oleh bunyi benda jatuh. Aku mengesatkan air mata lalu bangun ke arah bunyi itu tadi. Apabila aku menoleh ke belakang, aku sangkakan aku sudahpun dibuai mimpi. Tali jantungku bagaikan hendak terputus apabila pandanganku terpacak ke wajah yang sering bermain di benak fikiranku, Hafiz! Senyuman terukir di wajahnya. Tidak mungkin! Aku menitiskan air mata gembira.

Page 17: Karangan contoh permulaan

Pengakhiran Tragedi

“Sudahlah Man. Pakcik tahu kau masih mengenangkan kasih lama itu. Apa yang boleh kita buat. Setiap yang hidup pasti akan mati. Walaupun ditangisi dengan air mata darah sekalipun, nescaya mereka tidak akan kembali. Kita yang hidup mesti bersabar menghadapi liku-liku hidup masadepan dan berdoalah agar pemergian mereka dipelihara oleh Allah.”

Tiba-tiba suara azan menandakan waktu maghrib, bergema dengan panggilannya. Hujan kini reda. Aku mengatur langkah mengambil air sembahyang dan teurs menuju ke surau berhampiran.

Page 18: Karangan contoh permulaan

Pengakhiran Gembira

Dengan semangat yang kental aku menyalakan semula obor perjuanganku. Sejarah hitam yang kulalui sebelumnya kusingkirkan jauh-jauh dan aku memulakan hidup baru dengan menduduki peperiksaan ‘O’ buat kali kedua sebagai calon persendirian. Aku menduduki peperiksaan peringkat ‘O’ beberapa bulan kemudian dan lulus dengan mendapat tujuh kepujian. Aku layak melanjutkan pelajaranku di Maktab Rendah Raffles dan pada saat itulah aku berjanji pada diri aku sendiri bahawa aku akan mengubah cara hidupku dan membantu kehidupan keluargaku pada masa yang akan datang. Sekarang aku telah dewasa dan segala kepahitan pada masa lalu akan aku kenang sehingga akhir hayat…

Page 19: Karangan contoh permulaan

Penamat Terbuka

• Terserah kepada pembaca untuk membuat pertimbangan sendiri

Cth: Sejak hari itu, aku masih tidak tahu apa yang terjadi kepada ayahku. Kehilangannya merupakan suatu misteri. Di mana dia tinggal dan bagaimana keadaannya sekarang tiada siapa yang tahu. Yang nyata keadaan kami sekeluarga lebih aman dan tenang. Walaupun ayah tiada di samping kami kenangan bersama ayah tetap terpahat di dalam dada.

Page 20: Karangan contoh permulaan

Penutup

• Unsur Moral / Pengajaran

• Kaitan pada tajuk/ permulaan ceritaPeristiwa yang berlaku itu masih lagi terngiang-ngiang di ingatanku. Ia merupakan satu pengajaran bagiku, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna.

Page 21: Karangan contoh permulaan

Gaya Bahasa

• Bahasa harus tinggalkan kesan perasaan yang mendalam, merangsangkan daya imaginasi

• Dialog – monolog, imbas kembali, imbas muka

• Kreatif, frasa bebunga, unsur kiasan atau perbandingan (besar seperti gajah)

• Ayat pasif, aktif, tanya, seru, songsang

Page 22: Karangan contoh permulaan

Ciri-Ciri Cereka Menarik

• Plot cerita yang jelas

• Fakta dan konsep isi yang betul, logik

• Cerita berkembang dengan baik

• Penggunaan bahasa dan laras bahasa yang sesuai, penggunaan frasa bebunga yang baik

• Pemilihan perkataan yang sesuai untuk menggambarkan sesuatu maksud

• Watak digambarkan secara hidup

• Stail penulisan yang menarik

Page 23: Karangan contoh permulaan

CERITAKAN SEBUAH PERISTIWA YANG BERAKHIR

DENGAN KEINSAFAN.