contoh karangan b.melayu (pmr_spm)

40
Contoh-contoh Karangan TERBAI k ISU PENGANGGURAN DAN CARA MENGATASINYA Isu pengangguran telah menjadi satu isu sensitif kepada masyarakat terutama golongan siswazah. Namun, ada banyak pihak yang beranggapan isu ini bukan sahaja melibatkan siswazah tetapi golongan lain juga. Jadi, apakah punca-punca wujudnya pengangguran dan apakah cara-cara mengatasinya. Pengangguran merupakan satu penyakit era globalisasi yang semakin menular ke negara ini. Saban tahun negara kita dikejutkan dengan isu kegagalan belia terutama golongan siswazah untuk memperoleh pekerjaan. Malah, berita ini sudah dianggap menjadi satu isu yang akan menjelma setiap kali keputusan peperiksaan umum negara diumumkan atau konvokesyen sesebuah universiti dijalankan. Jadi, apakah punca-punca yang mendorong isu ini berlaku Sudah pasti punca utama berkaitan dengan keadaan ekonomi negara yang merudum. Situasi ini menyebabkan banyak syarikat atu kilang terpaksa gulung tikar dan membuang pekerjanya. Bukan sahaja mereka dibuang kerja tetapi mereka juga sukar untuk memperoleh kerja dalam tempoh yang terdekat akibat tiadanya aktiviti ekonomi di negara. Malah ekonomi dunia bukan sahaja memberi kesan terhadap ekonomi negara tetapi mengambil masa yang lama untuk pulih seperti peristiwa kejatuhan ekonomi pada akhir dekad 90-an. Selain itu, pengangguran turut disebabkan oleh sikap belia yang tidak mempunyai kemahiran. Belia kita hanya didedahkan dengan konsep teori baik ketika di sekolah mahupun ketika di universiti. Akibatnya, belia kita kekurangan kemahiran berfikir, menganalisa sesuatu, berbicara dalam pelbagai bahasa, dan mempunyai kemahiran berinteraksi dengan

Upload: aisyah-nazifah

Post on 18-Feb-2015

670 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

rujukan anda

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Karangan b.melayu (PMR_SPM)

Contoh-contoh Karangan TERBAI k

ISU PENGANGGURAN DAN CARA MENGATASINYA

Isu pengangguran telah menjadi satu isu sensitif kepada masyarakat terutama

golongan siswazah. Namun, ada banyak pihak yang beranggapan isu ini bukan

sahaja melibatkan siswazah tetapi golongan lain juga.

Jadi, apakah punca-punca wujudnya pengangguran dan apakah cara-cara

mengatasinya.

Pengangguran merupakan satu penyakit era globalisasi yang semakin menular ke

negara ini. Saban tahun negara kita dikejutkan dengan isu kegagalan belia terutama

golongan siswazah untuk memperoleh pekerjaan. Malah, berita ini sudah dianggap

menjadi satu isu yang akan menjelma setiap kali keputusan peperiksaan umum

negara diumumkan atau konvokesyen sesebuah universiti dijalankan. Jadi, apakah

punca-punca yang mendorong isu ini berlaku

Sudah pasti punca utama berkaitan dengan keadaan ekonomi negara yang

merudum. Situasi ini menyebabkan banyak syarikat atu kilang terpaksa gulung tikar

dan membuang pekerjanya. Bukan sahaja mereka dibuang kerja tetapi mereka juga

sukar untuk memperoleh kerja dalam tempoh yang terdekat akibat tiadanya aktiviti

ekonomi di negara. Malah ekonomi dunia bukan sahaja memberi kesan terhadap

ekonomi negara tetapi mengambil masa yang lama untuk pulih seperti peristiwa

kejatuhan ekonomi pada akhir dekad 90-an.

Selain itu, pengangguran turut disebabkan oleh sikap belia yang tidak mempunyai

kemahiran. Belia kita hanya didedahkan dengan konsep teori baik ketika di sekolah

mahupun ketika di universiti. Akibatnya, belia kita kekurangan kemahiran berfikir,

Page 2: Contoh Karangan b.melayu (PMR_SPM)

menganalisa sesuatu, berbicara dalam pelbagai bahasa, dan mempunyai kemahiran

berinteraksi dengan masyarakat. Biasanya, majikan akan memilih pekerja yang

mereka beranggapan mempunyai keunikan yang tertentu terutama penguasaan

bahasa asing dan pengetahuan komputer.

Mungkin juga faktor malas menjadi pendorong wujudnya masalah ini. Sikap belia

yang hidup ketika era pembangunan pesat menyebabkan belia mengambil konsep

tunggu dan lihat. Mereka hanya bertindak apabila keadaan mendesak atau sudah

terlewat. Mereka menganggap pertumbuhan ekonomi negara akan berterusan maju

tanpa sebarang masalah. Mereka juga sudah terlalu lama menerima bantuan

kerajaan seperti pemberian biasiswa dan menganggap kerajaan akan memberi

mereka pekerjaan selepas tamat belajar.

Dalam usaha mengatasi ekonomi negara yang merudum, kerajaan telah

menghantar rombongan perdagangan ke luar negara untuk menarik lebih banyak

modal asing ke Malaysia. Rombongan ini cuba mengiklankan kelebihan negara jika

pemodal asing itu sanggup menanam modal mereka di negara ini. Malah, kerajaan

telah cuba menjalankan beberapa projek mega untuk memastikan ekonomi negara

berjalan rancak semula. Projek Pembangunan Johor Selatan dan Kereta Api Laju

KL-Singpura dijangka mampu meninggikan pertumbuhan ekonomi negara selain

mengurangkan pelbagai cukai.

Selain itu, kerajaan telah menjalankan pelbagai program untuk memahirkan

golongan belia seperti mengadakan program bahasa Inggeris dan mengutamakan

penubuhan institut kemahiran dengan negara-negara luar seperti Jerman. Program

ini mampu menyediakan satu sumber manusia yang mempunyai kemahiran tinggi

untuk bersaing dalam era globalisasi. Kewujudan buruh yang berkemahiran tinggi ini

turut menjadikan negara sasaran utama pelabur asing kelak.

Page 3: Contoh Karangan b.melayu (PMR_SPM)

Kerajaan turut memudahkan urusan pembiayaan perniagaan terutamanya kepada

golongan belia. Pihak bank sendiri telah memudahkan urusan untuk mendapatkan

pinjaman peribadi untuk membantu belia memulakan perniagaan mereka secara

kecil-kecilan. Langkah drastik ini memastikan lebih banyak industri kecil dan

sederhana mampu diwujudkan dan menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik

dalam tempoh terdekat ini. Belia yang tidak bekerja akan mengambil peluang ini

untuk mencuba nasib mereka sebagai ahli perniagaan.

Sebenarnya, masalah pengangguran ini bukanlah satu isu baru. Cuma masyarakat

harus berfikiran positif dan cuba meninggikan kemahiran diri mereka. Dunia

pekerjaan sering berubah mengikut teknologi dan mereka yang sering meningkatkan

kemahiran sahaja mampu duduk di tempat yang sama sepanjang hidup mereka.

“Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

Page 4: Contoh Karangan b.melayu (PMR_SPM)

Faktor Menggalakkan Pelancongan di Malaysia.

Sektor pelancongan merupakan salah satu industri perkhidmatan terpenting di

negara kita. Bincangkan faktor-faktor yang merangsang perkembangan industri

pelancongan tersebut.

............Malaysia merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di dunia.

Saban tahun, jumlah pelancong yang direkodkan semakin bertambah bukan sahaja

pelancong dari negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Indonesia malah turut

menjadi tumpuan pelancong asing dari Asia Barat, Eropah dan Amerika Syarikat.

Industri pelancongan ini juga mempunyai potensi besar dan mampu dijadikan

sumber ekonomi baharu yang menguntungkan. Justeru, banyak syarikat besar yang

tumbuh “bak cendawan selepas hujan” mahupun agensi kerajaan yang giat

melaksanakan usaha bagi menarik pelancong berkunjung ke Malaysia. Sebenarnya

terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan Malaysia menjadi tumpuan pelancong.

............Antara faktor tersebut adalah kerana Malaysia mempunyai banyak tempat

menarik untuk dilawati. Tempat menarik tersebut lazimnya menjadi tumpuan

pelancong asing yang berkunjung ke negara kita. Sebagai contohnya, Malaysia

memiliki kawasan rekreasi di tanah tinggi yang mempunyai suhu sejuk seperti

Cameron Highlands dan Genting Highlands. Di kawasan ini, para pelancong dapat

menikmati keindahan alam semula jadi yang unik di samping melihat pelbagai

tanaman hawa sederhana iaitu sayur-sayuran serta buah-buahan tropika. Malaysia

juga mempunyai hutan semula jadi iaitu hutan hujan Khatulistiwa yang berusia lebih

dua juta tahun. Di kawasan hutan semula jadi ini pelancong dapat menjalankan

aktiviti riadah sambil menikmati keindahannya mahupun menjalankan kajian tentang

flora dan fauna yang terdapat di situ. Justeru, kewujudan kawasan reakrasi seperti

ini dapat menarik pelancong dari dalam dan dari luar negara.

Page 5: Contoh Karangan b.melayu (PMR_SPM)

............Selain itu, perkembangan industri pelancongan di negara kita juga

disebabkan oleh keadaan iklim semula jadinya yang panas sepanjang tahun. Corak

iklim seperti ini amat digemari oleh pelancong asing khususnya pelancong dari

negara-negara barat seperti negara Eropah dan Amerika Syarikat. Ramai pelancong

barat yang mengambil kesempatan bercuti di Malaysia untuk berjemur di bawah

sinaran matahari terik terutamanya di kawasan pantai yang terdapat di Malaysia. Hal

ini disebabkan juga oleh keadaan pantai yang terdapat di Malaysia amat cantik,

bersih dan berpasir putih. Di kawasan pantai ini juga disediakan pelbagai aktiviti

untuk para pelancong seperti berkayak, berperahu layar mahupun mandi-manda.

Oleh itu, keistimewaan tersebut berjaya menambat hati para pelancong untuk terus

berkunjung ke negara kita.

............Di samping itu, perkembangan industri pelancongan di negara kita juga turut

disebabkan oleh kewujudan banyak pulau yang indah dan menarik. Di antara pulau

yang menjadi tumpuan para pelancong di negara kita termasuklah Pulau redang,

Pulau Kapas dan Pulau Tioman. Kemudahan prasarana di kawasan ini dijaga

dengan rapi bagi memastikan kawasan ini sentiasa bersih dan selesa untuk

kunjungan para pelancong. Para pelancong juga akan dapat merasai “syurga dunia”

dengan melakukan aktiviti skuba di kawasan batu karang yang terletak di Pulau

Kapas sehingga diakui sebagai satu daripada tujuh keajaiban dunia. Bagi

memastikan pelancong dapat menikmati keindahan semula jadi di kawasan pulau

tersebut, kerajaan telah mewartakan kawasan itu sebagai Taman Laut. Jadi, dengan

adanya keistimewaan tersebut, Malaysia dapat menarik lebih ramai pelancong yang

sekaligus dapat menjana kemajuan industri pelancongan negara.

.............Pada masa yang sama, kemajuan industri pelancongan tanah air dibantu

oleh wujudnya keunikan budaya di negara kita. Memandangkan Malaysia

merupakan sebuah negara yang memiliki masyarakat majmuk maka pelbagai

budaya menarik terdapat di sini. Gabungan budaya masyarakat Melayu, Cina dan

India telah berjaya meningkatkan kunjungan pelancong asing ke Malaysia. Kaum

Melayu umpamanya terkenal dengan tarian inang dan zapin manakala kaum Cina

pula terkenal dengan tarian naga. Selain itu, Malaysia juga kaya dengan pelbagai

Page 6: Contoh Karangan b.melayu (PMR_SPM)

makanan tradisional yang dapat dinikmati oleh para pelancong. Masyarakat Melayu

misalnya terkenal dengan makanan seperti Sate, ketupat dan rendang manakala

kaum India pula terkenal dengan masakan kari, tosei, idali dan lain-lain. Justeru

keunikan budaya masyarakat di Malaysia telah berjaya menjadi daya tarikan kepada

para pelancong untuk berkunjung ke negara kita.

.............Peranan pihak kerajaan dan agensi kerajaan yang berkaitan dengan

pelancongan juga turut memajukan sektor pelancongan di Malaysia. Sebagai

contohnya, Kementeria Pelancongan telah mengadakan pelbagai pertunjukan

kebudayaan dan destinasi pelancongan Malaysia ke beberapa buah negara sebagai

usaha mempromosikan Malaysia kepada pelancong asing. Tumpuan promosi bukan

sahaja terhad ke negara-negara Eropah atau Amerika Syarikat malah meliputi

semua negara di dunia termasuk di Asia Barat dan di Asia Timur. Pada masa yang

sama, kerajaan juga turut mengadakan pelbagai aktiviti tahunan bagi menarik lebih

ramai pelancong seperti mengadakan Pesta Flora Kuala Lumpur, Pesta Makanan

Tradisional Malaysia, sukan Le Tour De Langkawi dan sebagainya. Malaysia juga

turut memperkenalkan konsep pelancongan baru seperti “ekopelancongan”,

“agrotourism”, pelancongan perubatan, pelancongan pendidikan dan lain-lain.

Dengan usaha yang berterusan ini maka sektor pelancongan di Malaysia semakin

berkembang maju.

.............Intihanya, sektor pelancongan merupakan sektor baru yang berpotensi

untuk menyumbang pada ekonomi negara. Industri ini masih perlu diterokai kerana

“kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”. Justeru, peranan

kerajaan dan agensi pelancongan berserta dengan kerjasama daripada semua

masyarakat adalah amat diperlukan. Semoga melalui keprihatianan dan rasa

bertanggungjawab dan cinta akan negara, nama Malaysia akan menjadi sebutan

dan tumpuan utama seluruh penduduk dunia untuk berkunjung sambil merehatkan

minda mereka.

Page 7: Contoh Karangan b.melayu (PMR_SPM)

Punca-Punca Dan Langkah Mengatasi Kemalangan Jalan Raya

Assalamualaikum. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berbahagia Tuan

Pegawai Daerah Kubang Pasu, pegawai polis trafik, dan hadirin yang dihormati

sekalian. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk

menyampaikan ceramah dalam majlis ini.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Kes kemalangan jalan raya menjelang hari raya semakin meningkat sejak

kebelakangan ini. Pada tahun-tahun lepas kadar kemalangan jalan raya pada musim

perayaan khususnya Hari Raya Aidilfitri tidak sebanyak pada tahun lepas. Terdapat

banyak punca yang menyebabkan berlakunya peningkatan kes kemalangan jalan

raya di negara kita.

Antara punca utama kemalangan itu ialah kebanyakan pemandu tidak mempunyai

lesen memandu. Sesetengah pemandu juga menggunakan lesen memandu yang

palsu. Oleh itu, apabila tidak memiliki lesen yang sah, maka pemandu tersebut

sudah semestinya tidak cekap dan tidak biasa memandu kenderaan. Hal ini akan

mengakibatkan kemalangan. Setiap pemandu harus mempunyai lesen kenderaan

kerana sebelum seseorang itu memperoleh lesen memandu, mereka telah

didedahkan dengan teknik pemanduan yang betul. Malah apabila mereka lulus ujian

pemanduan barulah mereka dianggap layak memandu kenderaan. Oleh itu

seseorang yang masih tidak mempunyai lesen memandu dinasihatkan agar tidak

memandu kenderaan di jalan raya.

Selain itu, kebanyakan kes kemalangan jalan raya juga berpunca daripada kecuaian

pemandu kenderaan itu sendiri. Ramai pemandu yang memandu dalam keadaan

mengantuk. Biasanya keadaan mengantuk ini berlaku ketika tengah hari dan

sebelah malam. Mereka yang memandu dalam keadaan mengantuk besar

kemungkinan terlelap seketika semasa memandu. Seterusnya mengakibatkan

kenderaan mereka terbabas ataupun melanggar kenderaan lain pada arah yang

bertentangan. Saya amat berharap agar para pemandu memastikan mereka tidak

Page 8: Contoh Karangan b.melayu (PMR_SPM)

mengantuk semasa memandu kenderaan mereka. Sekiranya pemandu mengantuk

mereka dinasihatkan supaya berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan.

Para hadirin sekalian,

Kemalangan juga boleh berlaku apabila pemandu dalam keadaan mabuk.

Kemampuan pemandu untuk mengawal kenderaan mereka akan menjadi

berkurangan apabila mereka mabuk. Hal ini kerana mereka memandu dalam

keadaan berkhayal. Kenderaan yang dipandu mungkin akan membelok ke kiri dan

ke kanan sehingga menyebabkan kemalangan. Lebih malang lagi jika kecuaian

pemandu ini melibatkan kemalangan kepada pihak lain. Saya juga berpesan kepada

semua hadirin agar tidak sekali-kali memandu dalam keadaan mabuk. Ia bukan

sahaja membahayakan nyawa anda malahan pengguna jalan raya yang lain.

Kita seharusnya memandu kenderaan yang sempurna sifatnya. Sebelum memandu

kenderaan, kita mesti memeriksa kenderaan kita supaya selamat untuk dipandu.

Contohnya, keadaan minyak hitam, brek, bateri, air, dan lampu berada dalam

keadaan baik. Terdapat pemandu yang tidak menghiraukan masalah ini. Mereka

mengabaikan kesempurnaan kereta mereka. Contohnya, mereka tidak mengganti

tayar yang haus. Apabila tayar kita sudah haus, sudah tentu daya cengkaman

kenderaan itu akan berkurangan. Hal ini lebih membahayakan ketika hujan kerana

sewaktu hujan, cengkaman tayar dengan jalan raya semakin berkurangan. Jelas di

sini, tayar yang haus boleh menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Bagi mengatasi masalah ini, pihak polis trafik telah mengadakan pelbagai usaha

bagi mengurangkan lagi kadar kemalangan jalan raya. Usaha yang dilakukan

nampaknya masih kurang berkesan. Pihak kami sering mengadakan kempen

keselamatan jalan raya terutama sempena sambutan hari raya. Hal ini kerana kami

telah mendapat maklumat bahawa kejadian kemalangan jalan raya semasa musim

perayaan meningkat dengan mendadak berbanding hari-hari lain. Hal ini kerana

semua rakyat di Malaysia akan melakukan perjalanan jauh sarna ada pulang ke

kampung ataupun pergi melancong. Kempen-kempen yang dilakukan tertumpu di

jalan-jalan utama di seluruh negara. Melalui kempen ini sedikit sebanyak dapat

memberikan kesedaran kepada pengguna jalan raya.

Page 9: Contoh Karangan b.melayu (PMR_SPM)

Pada tahun lepas, Menteri Besar Kedah telah menyertai kempen keselamatan jalan

raya. Kempen ini telah diadakan di lebuh raya Bukit Kayu Hitam-Sungai Petani.

Ketika beliau berucap, beliau telah menekankan kesedaran kepada para pemandu

agar memandu kenderaan mereka dengan cermat. Malah beliau juga turut

memberikan baju keselamatan kepada penunggang motosikal. Kempen ini

sekurang-kurangnya berjaya memberikan sedikit pengetahuan kepada pengguna

jalan raya.

Pihak polis trafik juga telah memasang kamera perangkap kelajuan. Kami

telah memasangnya di tempat-tempat yang strategik iaitu kawasan yang biasanya

dipandu laju oleh pemilik kenderaan. Jika mereka memandu dengan kelajuan

melebihi 110 km sejam, justeru kamera perangkap kelajuan ini akan merakam

gambar kereta dan pemandunya. Selepas disemak oleh pegawai kami, dan didapati

mereka telah melanggar had kelajuan yang dibenarkan, pihak kami akan

menghantar surat sama kepada pemiliknya. Cara ini telah dapat mengurangkan

kadar kemalangan jalan raya terutama di Lebuh Raya Utara-Selatan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Pasukan polis trafik bertugas selama 24 jam di sekitar jalan raya utama di negara ini.

Mereka akan memastikan agar pemandu tidak membawa kenderaan mereka

dengan laju atau secara berbahaya. Jika para pemandu memandu kenderaan

mereka dengan laju, mereka boleh disaman ataupun kenderaan mereka boleh

ditahan. Banyak saman telah dikeluarkan oleh pasukan polis trafik melalui cara

sebegini terutamanya di sekitar bandaraya Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan di

Johor Bahru.

Jelaslah bahawa kemalangan jalan raya sebenarnya berpunca daripada sikap

pemandu itu sendiri. Seandainya pemandu itu berhati-hati ketika memandu maka

kemalangan jalan raya dapat dikurangkan. Tetapi seandainya pemandu itu masih

lagi berdegil dan tidak mematuhi undang-undang jalan raya justeru kadar

kemalangan ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa. Oleh itu saya

berharap agar setiap yang hadir ini menyedari pentingnya kita berhemah semasa

Page 10: Contoh Karangan b.melayu (PMR_SPM)

memandu di jalan raya. Saya juga berharap perkara ini dapat disebarkan kepada

orang lain yang tidak menghadiri majlis ini.

Sebelum saya mengundurkan diri besarlah harapan saya agar kemalangan jalan

raya di negara ini dapat dikurangkan. Sekian, terima kasih

PANDUAN MENGARANG / MENULIS

Sebelum membuat sesuatu karangan , kita hendaklah memilih dan memahami tajuk

atau kehendak soalan karangan itu. Selepas itu kita fikirkanlah pula tentang :

a) Pengenalan

b) Isi-isi dan

c) Penutup

A. Pengenalan

Setiap karangan mestilah mempunyai pembukaan atau pengenalan. Dalam

pengenalan kita hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang

mungkin pembaca tidak tahu atau faham. Kita hendaklah menarik perhatiannya

supaya ingin membaca karangan itu. Pengenalan ini dibuat secara ringkas dan am

sahaja, memadai tiga atau empat ayat. Pembukaan karangan yang menarik akan

meninggalkan kesan yang positif dan mendalam pada pemeriksa. Oleh itu

pastikanlah terlebih dahulu pembukaan karangan hendaklah bersih daripada

kesalahan tatabahasa atau ejaan.

B. Isi

Page 11: Contoh Karangan b.melayu (PMR_SPM)

Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan itu. Karangan perlu mempunyai

empat isi. Isi yang lebih tidak mengapa tetapi mungkin menyebabkan kekurangan

masa. Isi hendaklah disusun dengan teratur dan berkait di antara satu dengan lain.

Isi-isi itu dipecahkan dalam perenggan-perenggan. Isi yang utama didahulukan.

Sebaik-baiknya satu isi, satu perenggan kecuali jika isi pendek-pendek dan berkait

rapat. Tiap-tiap perenggan tidak semesti sama panjangnya. Mungkin sesuatu

perenggan itu lebih panjang daripada perenggan yang lain. Ini kerana sesuatu isi

utama yang ingin ditekankan oleh murid-murid biasanya lebih panjang daripada

perenggan yang lain. Jaga isinya supaya tidak terkeluar dari tajuk yang dikehendaki.

Elakkan menyertakan isi yang bercanggah dengan tajuk. Isi karangan hendaklah asli

tidak ditiru bulat-bulat dari karangan lain. Untuk mendapat isi yang baik dan banyak,

kita hendaklah banyak membaca surat khabar, majalah-majalah, makalah-makalah,

rencana-rencana, buku-buku cerita, mendengar sesuatu, menyaksikan sendiri dan

dari pengalaman sendiri. Jangan campur adukkan isi. Elakkan daripada menulis

sesuatu isi dalam perenggan yang sama. Catatkan setiap isi sebelum menulis.

Tip

Antara kaedah mencari isi

Kaedah I ( pertanyaan ) Kaedah II ( peta minda )

Apa ?

Siapa ?

Bila ?

Mengapa ?

Di mana ?

Bagaimana ?

Page 12: Contoh Karangan b.melayu (PMR_SPM)

C. Penutup

Kalau pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk

mengikuti karangan tersebut maka penutupnya juga hendaklah memberi suatu

kepuasan kepada pembaca. Penutuplah yang menjadi kesimpulan / rumusan atau

akhiran sesuatu karangan. Dalam penutup digambarkan juga pendapat kita dengan

ringkas tentang sesuatu perbincangan atau tajuk. Elakkan menamatkan karangan

secara mengejut atau tergantung. Oleh itu penutup juga adalah penting dalam tiap-

tiap karangan.

http://skdarau.tripod.com/

Page 13: Contoh Karangan b.melayu (PMR_SPM)

Pendahuluan Karangan STPM dan SPM

Pendahuluan Karangan STPM

Cara Menulis Pendahuluan Karangan dengan Menggunakan Teknik FACLK

Teknik FACLK (Fokus, Akibat, Contoh, Langkah, Kepentingannya)

Teknik ini memerlukan murid-murid membina ayat pertama dengan merujuk kepada

fokus penyataan (F) dalam soalan. Kemudian, ayat kedua iaitu akibat (A) daripada

ayat pertama tadi. Selepas itu, bina pula ayat ketiga iaitu contoh (C) yang boleh

dikaitkan dengan penyataan soalan. Seterusnya, murid-murid perlu membina ayat

keempat, iaitu langkah (L) dan ayat kelima ialah kepentingannya (K) berdasarkan

langkah yang telah diambil tadi. Kemudian, masukkan peribahasa atau gunakan

ungkapan menarik, yang dirasakan sesuai dalam mana-mana ayat pendahuluan itu

tadi. Jika murid-murid dapat menulis ayat yang ada pertalian rapat antara satu ayat

dengan ayat yang lain, sudah pasti pendahuluan itu menjadi satu pendahuluan yang

menarik dan mantap serta menepati kehendak skema pemeriksa.

Soalan Contoh 1

Page 14: Contoh Karangan b.melayu (PMR_SPM)

Kerajaan telah berusaha untuk membanteras gejala rasuah, namun amalan yang

berakar umbi dalam kalangan masyarakat ini masih wujud. Pada pendapat anda,

mengapakah masalah rasuah perlu dibendung?

Perenggan Pendahuluan Contoh 1

Kebelakangan ini, kes rasuah semakin bertambah dan nampaknya sukar dibanteras

kerana melibatkan pegawai kerajaan dan swasta, ahli politik, dan orang awam. (F)

Keadaan ini membimbangkan kita kerana jika dibiarkan, sudah tentu perkara ini

akan menjadi seperti api di dalam sekam. (A) Fenomena ini sekali gus akan

melahirkan masyarakat yang tiada integriti, contohnya jika seseorang pegawai

menawarkan rasuah untuk menutup kesalahan dirinya daripada landasan undang-

undang, jelaslah betapa rendahnya akhlak dan maruah dirinya. (C) Oleh itu, semua

pihak harus berusaha untuk membanteras gejala rasuah agar masyarakat Malaysia

yang amanah dan berintegriti dapat dilahirkan. (L) Hal ini perlu dititikberatkan kerana

rasuah perlu dibanteras dari awal iaitu, mencegah lebih baik daripada mengubati

sesuatu penyakit. (K)

Soalan Contoh 2

Bangunan bersejarah tinggalan penjajah pada zaman penjajahan perlu dikekalkan

kerana mempunyai nilai warisan yang tinggi. Jelaskan kelebihan bangunan

bersejarah tersebut.

Perenggan Pendahuluan Contoh 2

Page 15: Contoh Karangan b.melayu (PMR_SPM)

Bangunan bersejarah tinggalan penjajah pada zaman penjajahan memang banyak

terdapat di negara kita yang perlu dikekalkan kerana mempunyai nilai warisan yang

tinggi. (F) Bangunan tersebut boleh dijadikan fakta sejarah yang menarik pelancong

asing ke negara kita. (A) Oleh itu, Pulau Pinang dan Melaka yang telah diisytiharkan

sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO baru-baru ini masih banyak memiliki

bangunan bersejarah seperti di Fort Cornwalis di Pulau Pinang dan Bangunan

Stadhuyst di Melaka. (C) Jadi, kerajaan kedua-dua buah negeri tersebut perlulah

mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah tersebut jika tidak mahu

perisyhtiharan itu ditarik balik. (L) Oleh itu, langkah yang diambil oleh UNESCO itu

perlu disokong kerana hal ini pasti meningkatkan imej negara. (K)

Murid-murid harus menyedari bahawa perenggan pendahuluan sama pentingnya

dengan perenggan isi dan perenggan penutup. Perenggan pendahuluan juga akan

memberikan gambaran atau impression awal tentang keseluruhan karangan murid-

murid. Oleh hal yang demikian, cubalah berlatih untuk menulis pendahuluan

karangan dengan menggunakan teknik ini. Sebenarnya, banyak cara lagi untuk

menulis pendahuluan karangan dan cikgu mendangkan satu lagi teknik tambahan

kepada murid-murid. Jadi, murid-murid mempunyai banyak cara yang boleh dipilih

untuk menulis perenggan pendahuluan. Bagi calon-calon STPM, biasakan diri

dengan menulis perenggan pendahuluan karangan yang panjangnya lebih kurang

90 hingga 100 perkataan. Bagi calon-calon SPM pula, biasakan diri dengan menulis

pendahuluan karangan yang panjangnya lebih kurang 50 hingga 60 perkataan. Bagi

calon-calon STPM, ingatlah bahawa markah perenggan pendahuluan sudah

ditetapkan sebanyak 3 markah, dan kelemahan perenggan pendahuluan sudah pasti

akan menjejaskan markah aspek relevan (R) dan juga mempengaruhi markah

pengolahan (P).

Page 16: Contoh Karangan b.melayu (PMR_SPM)

Contoh-contoh penulisan pendahuluan karangan

Contoh Pendahuluan Jenis Definisi

Soalan:

Amalan membaca seharusnya bermula di rumah.

Anda bersetuju dengan pendapat di atas.

Huraikan pendapat anda itu.

Membaca sering didefinisikan sebagai memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau

tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya. Di samping itu,

membaca juga meliputi pengucapan apa-apa yang tertulis atau tercetak pada buku,

papan tanda, dan lain-lain lagi secara lisan, sama ada dengan kuat atau sebaliknya.

Di Malaysia, membaca belum lagi dianggap menjadi amalan dalam kehidupan

sebahagian besar rakyat negara ini. Bagi golongan pelajar, membaca hanya menjadi

rutin bagi tujuan mentelaah, manakala bagi golongan yang sudah melepasi dunia

pelajar, mereka hanya membaca bahan bacaan ringan, bukan bahan ilmiah yang

menambahkan ilmu. Justeru, membaca wajar dijadikan amalan dan perlu dibentuk

sejak kecil kerana “kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Sesuai

dengan peribahasa tersebut, maka amalan membaca seharusnya bermula di rumah.

Page 17: Contoh Karangan b.melayu (PMR_SPM)

Contoh Pendahuluan Jenis Pantun

Soalan:

Anda telah dipilih mewakili kelas dalam pertandingan menulis esei sempena

Minggu Keusahawanan yang dianjurkan oleh Persatuan Ekonomi sekolah anda.

Tajuk esei yang ditetapkan ialah “Faedah Berjimat Cermat”.

Tulis esei anda itu selengkapnya.

Tikar pucuk tikar mengkuang,

Alas nikah raja Melayu;

Ikan busuk jangan dibuang,

Buat perencah si daun kayu.

Pantun warisan di atas mengingatkan kita supaya tidak membuang ikan yang sudah

busuk. Sebaliknya, suri rumah yang kreatif seharusnya memanfaatkan ikan busuk itu

untuk dijadikan hidangan yang istimewa. Dengan sentuhan yang bijak, ditambah

pula dengan pelbagai ramuan termasuk ulam-ulaman, ikan busuk itu akan menjadi

makanan yang enak untuk dinikmati. Demikian, maksud secara literal pantun empat

Page 18: Contoh Karangan b.melayu (PMR_SPM)

kerat di atas. Secara tersiratnya, pantun tersebut mengingatkan kita agar sentiasa

berjimat-cermat dalam kehidupan amnya, dan perbelanjaan seharian khususnya.

Tambahan pula, agama Islam sendiri melarang umatnya bersikap boros lantaran

pemboros ialah sahabat syaitan.

Contoh pendahuluan jenis seni kata lagu

Soalan:

Pelbagai langkah telah diambil oleh pihak kerajaan untuk memajukan sektor

pertanian di samping meningkatkan taraf hidup golongan petani.

Tulis sebuah rencana tentang sumbangan sektor pertanian terhadap ekonomi

negara untuk dimuatkan dalam akhbar tempatan.

Burung yang berkicau

Air mengalir tenang

Sejuk mata memandang

Damai mempesonakan

Padi melambai-lambai

Gadis di tepi bendang

Walau panas membahang

Tetap manis tersenyum riang

Page 19: Contoh Karangan b.melayu (PMR_SPM)

Lagu ’Desa Tercinta’ dendangan Nora yang dikategorikan dalam genre muzik irama

Malaysia ini sangat popular sekitar tahun 2000 yang lalu. Ilustrasi di dalam lagu

tersebut menunjukkan betapa harmoni hubungan antara alam dengan insan. Lebih

jauh lagi, lagu itu berusaha memberikan gambaran tentang keindahan sebuah

kampung tradisional di negara kita. Kampung tersebut masih mengekalkan sektor

pertanian, khususnya penanaman padi sebagai sumber utama pendapatan

penduduknya. Walau bagaimanapun, gambaran seumpama itu hanya indah dan

terdapat di beberapa perkampungan di negara kita, sedangkan desa yang lainnya

sudah dicalar oleh projek pembangunan yang menggila. Di sisi yang lain, sektor

pertanian sesungguhnya masih amat diperlukan untuk terus membangunkan

negara. Lantaran itu, apakah langkah-langkah proaktif yang wajar dilaksanakan bagi

memajukan sektor pertanian di negara ini?

Contoh Pendahuluan Jenis Cerita

Soalan:

Bencana alam seperti gempa bumi, banjir lumpur dan tsunami telah melanda

beberapa buah negara sejak belakangan ini. Mala petaka ini memerlukan kerjasama

sejagat bagi membantu mangsa-mangsa yang terlibat.

Tulis sebuah rencana mengenai peranan Malaysia dalam meringankan beban yang

ditanggung oleh mangsa bencana tersebut.

Mbah Maridjan. Lelaki yang berusia 79 tahun ini amat dikenali namanya di

Kanahreja Dusun Palemsari Kabupatin Sleman, Jawa Tengah. Beliau mengaku

sebagai pemegang kunci Gunung Merapi yang akan memuntahkan lahar merahnya

bila-bila masa sahaja. Beliau yang tinggal tiga kilometer dari kawah lahar yang

sedang mendidih itu mengaku mendapat perintah daripada Almarhum Sultan

Hamengku Buwono IX yang melantiknya sebagai juru kunci gunung itu beberapa

Page 20: Contoh Karangan b.melayu (PMR_SPM)

waktu yang silam. Pengaruh Mbah Maridjan sangat kuat dalam kalangan penduduk

di desanya sehingga beliau dan pengikut-pengikutnya tidak akan berganjak dari

kawasan itu walaupun dipaksa. Persoalannya, apakah yang akan terjadi kepada

seluruh penduduk di kawasan itu apabila Gunung Merapi itu memuntahkan lahar

merahnya? Apakah pula peranan negara ini dalam meringankan beban yang

ditanggung oleh mangsa bencana alam seperti itu, di samping bencana yang lain

seumpama tsunami, banjir lumpur dan taufan?

Contoh pendahuluan jenis kata-kata pembesar

Soalan:

Amalan membaca harus dipupuk dalam kalangan rakyat negara ini sejak mereka

kecil lagi, seperti kata peribahasa ’melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Hal ini

bertepatan dengan hasrat kerajaan yang bertujuan untuk melahirkan masyarakat

berilmu yang maju dan berdaya saing.

Bincangkan usaha-usaha untuk memupuk minat membaca dalam kalangan rakyat

negara ini.

”Setiap seorang daripada kita mesti memberikan nilai tambah kepada diri masing-

masing.” Demikian Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

pernah menukil dalam salah satu ucapan beliau sekitar pertengahan tahun 2005

yang lalu. Ungkapan keramat itu sesungguhnya membawa maksud bahawa harga

seseorang dalam pasaran pekerjaan akan bertambah andai individu itu berusaha

mendapatkan keterampilan yang lain untuk dirinya. Selain melalui proses

pembelajaran secara formal, nilai diri akan dapat ditambah dengan banyaknya

menerusi amalan membaca. Cerdik pandai sering menganggap membaca sebagai

jambatan ilmu. Persepsi ini terjelma lantaran amalan membacalah yang dapat

menghubungkan antara manusia dengan segala ilmu dan pengetahuan. Oleh hal

Page 21: Contoh Karangan b.melayu (PMR_SPM)

yang demikian, pelbagai usaha perlu dilaksanakan bagi memupuk amalan membaca

dalam kalangan rakyat negara ini.

Contoh Pendahuluan Jenis Statistik

Soalan:

Kadar kemalangan jalan raya di negara dianggap antara yang tertinggi di dunia.

Setiap hari, ada sahaja berita tentang kemalangan jalan raya yang disiarkan

menerusi media massa.

Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk mengurangkan kadar

kemalangan jalan raya di negara ini.

Pada hari pertama Ops Sikap XII 2007 dilaporkan bahawa 921 kemalangana telah

berlaku di negara ini. Jumlah tersebut meliputi 24 kemalangan maut yang membawa

kepada 25 kematian. Ketua Polis Negara yang melaporkan data ini menyatakan rasa

tidak puas hati beliau akan situasi tersebut. Hal ini kerana kebanyakan kemalangan

berlaku disebabkan kecuaian pengguna jalan raya yang kurang mementingkan

keselamatan. Para pengguna dianggap tidak menghargai diri sehingga sanggup

menggadai nyawa semata-mata kerana berhasrat untuk tiba di destinasi masing-

masing dengan cepat. Oleh hal yang demikian, usaha-usaha yang lebih mapan

wajar dilaksanakan bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara ini.

Page 22: Contoh Karangan b.melayu (PMR_SPM)

Contoh Pendahuluan Jenis Berita Akhbar

Soalan:

Sistem pengangkutan di negara ini telah mengalami perubahan yang amat ketara.

Berbanding dengan dua puluh tahun yang lalu, kini pelbagai jenis sistem

pengangkutan moden telah disediakan bagi kemudahan para pengguna.

Berikan pendapat anda tentang sistem pengangkutan moden di negara ini.

‘Kerajaan galak mohon permit teksi eksekutif’. Demikian tajuk berita yang terpapar di

muka 11 akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 17 Jun 2007 yang lalu. Kenyataan

tersebut dikeluarkan oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri

Pembangunan Usahawan dan Koperasi selepas beliau merasmikan Mesyuarat

Agung Tahunan Koperasi Berjasa Negeri Sembilan Berhad kali ke-9 di Seremban.

Teksi eksekutif merupakan sistem pengangkutan awam yang menggunakan teksi

yang lebih besar dan selesa, tetapi tambangnya lebih tinggi berbanding dengan teksi

bajet. Penggunaan teksi eksekutif dicadangkan apabila usia kenderaan sedia ada

mencapai tempoh tujuh tahun. Selain teksi eksekutif, terdapat beberapa jenis sistem

pengangkutan moden di negara ini, termasuklah monorel, keretapi LRT dan lain-lain

lagi.

Page 23: Contoh Karangan b.melayu (PMR_SPM)

Contoh Pendahuluan Jenis Peribahasa

Soalan:

Peribahasa ”jiran sepakat membawa berkat” sangat tepat digunakan sebelum ini

oleh

masyarakat di kawasan luar bandar dalam tradisi bermasyarakat. Bagi mereka yang

tinggal di kawasan bandar pula, budaya ini semakin pupus sekiranya tiada usaha

untuk terus memupuknya.

Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha memupuk semangat kejiranan dalam

kalangan masyarakat.

’Jiran sepakat membawa berkat’. Ungkapan indah ini mengandungi maksud yang

amat mendalam. Hidup bermasyarakat pada era globalisasi ini sering meletakkan

konsep kejiranan bukan di sisi paling utama. Senario ini menyebabkan kedapatan

jiran yang tidak mengetahui bahawa tetangga mereka sedang mengalami masalah,

malah musibah sekalipun. Ada antara mereka yang kehairanan serta terkejut apabila

dimaklumkan bahawa jiran sebelah rumah sudah berulat setelah menjadi mangsa

pembunuhan oleh penjenayah. Seandainya hidup sesama jiran mengamalkan

Page 24: Contoh Karangan b.melayu (PMR_SPM)

konsep pemuafakan, sudah barang pasti pelbagai faedah diperoleh. Hal ini tentu

menggenapi maksud peribahasa yang terungkap di awal perenggan ini.

Contoh Pendahuluan Jenis Iklan

Soalan:

Iklan merupakan alat yang digunakan oleh pengeluar barangan untuk

memperkenalkan barangan atau perkhidmatan baru di pasaran. Iklan juga

digunakan untuk melariskan jualan sesuatu barangan. Melalui iklan, pihak pengeluar

berharap pengguna dapat dipengaruhi untuk membeli sesuatu barangan.

Berikan pendapat anda tentang sejauh mana iklan mengelirukan pengguna.

Pesona membangkitkan tarikan

Tarikan menyerlahkan personaliti

Personaliti menampilkan keanggunan

Keanggunan ialah kuasa.

Kata-kata indah ini merupakan bahasa iklan yang dikeluarkan oleh Syarikat Celcom

untuk mempromosikan barangan keluarannya. Bahasa indahnya begitu

Page 25: Contoh Karangan b.melayu (PMR_SPM)

mempesonakan pembaca, malah lebih jauh lagi amat berkuasa untuk

mempengaruhi para pengguna agar menggunakan barangan yang diiklankan.

Bagaimanapun, tidak semua kata-kata yang indah itu menggambarkan keadaan

sebenar barangan yang diklankan. Jika kenyataan ini benar, maka gambaran itu

menepati kata-kata ‘indah khabar daripada rupa’. MENULIS PERENGGAN ISI

KARANGAN

Perenggan isi terdiri daripada :

A1: Isi utama

A2: Huraian tentang isi utama

A3: Huraian tentang isi utama

A4: Bukti/contoh/ data/ statistik

A5: Rumusan/ pendapat/ cadangan.

Contoh isi karangan

Tajuk: Isu Buruh Asing

Skop : kebaikan dan keburukan

Isi : Kebaikan- dapat menampung kekurangan tenaga kerja.

(A1) Pekerja-pekerja asing di negara ini dapat menampung kekurangan tenaga kerja

yang diperlukan, terutamanya dalam sektor pembinaan, perladangan, dan

Page 26: Contoh Karangan b.melayu (PMR_SPM)

pembuatan. (A2) Sekiranya kita menyekat kehadiran tenaga kerja asing maka

pertumbuhan ekonomi negara ini akan terbantut, (A3) Hal ini demikian kerana

keadaan pembangunan di negara kita yang pesat dan menggalakkan menyebabkan

banyak tenaga asing diperlukan sebagai operator pengeluaran, penoreh getah,

pemungut kelapa sawit, pemetik daun teh, buruh binaan, jurujual, dan sebagainya.

(A4) Menurut Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat, sektor pembinaan

memerlukan 800,000 pekerja baru dan sektor pembuatan memerlukan 250,000

pekerja tambahan. (A5) Oleh itu, keperluan guna tenaga tersebut sudah tentu tidak

dapat ditampung oleh rakyat tempatan, dan dengan itu tenaga kerja asing perlu

diambil agar pembangunan negara dapat berjalan lancar. ( 154 p.p )

PERHATIAN

*** Antara kelemahan calon peperiksaan ialah tidak dapat membuat huraian bagi

fakta-fakta yang dikemukakan.

*** Oleh sebab itu karangan yang dihasilkan dianggap lemah dari segi olahannya

dan

jumlah kata yang ditulis juga terlalu terhad.

*** Untuk mengatasi masalah itu pelajar dinasihati supaya membuat latihan

menghuraikan ayat-ayat fakta.

LATIHAN MENGHURAIKAN AYAT

Baca ayat-ayat fakta di bawah dan berikan huraiannya.

Contoh:

Page 27: Contoh Karangan b.melayu (PMR_SPM)

0. Kebanyakan taman rekreasi yang terdapat di negara kita tidak dilengkapi dengan

kemudahan awam yang cukup. Pengunjung-pengunjung taman rekreasi sering

merungut kerana taman rekreasi yang dikunjungi tidak dilengkapi dengan tandas

awam, surau, pondok rehat, kerusi rehat dan tong sampah. Kadang-kadang

kemudahan yang disediakan itu telah rosak dan tidak digantikan dengan yang baru.

Kerosakan alat-alat permainan seperti tali buaian yang usang, papan jongkang-

jongkit yang reput, dan permukaan papan gelongsor yang kasar akan

membahayakan kanak-kanak yang menggunakannya. Kebanyakan kerosakan yang

berlaku itu didapati berpunca daripada perbuatan pengunjung yang tidak

bertanggungjawab akibat tidak mempunyai kesedaran sivik dan hanya

mementingkan kepuasan diri sendiri.

1. Kebanyakan nelayan di negara kita masih tidak mampu untuk memiliki bot yang

dilengkapi dengan peralatan yang moden.

2. Mutu sukan di negara kita masih berada di tingkat yang tidak membanggakan.

3. Pembuangan sisa minyak di perairan negara kita merupakan perbuatan yang

sungguh tidak bertanggungjawab.

Penulisan karangan

Sebuah karangan ialah sebuah wacana (unit pemikiran) besar yang di dalamnya

mengandungi unit-unit pemikiran lebih kecil (perenggan dan ayat). Dengan kata lain,

karangan ditunjangi oleh perenggan-perenggan sementara perenggan pula

ditunjangi oleh ayat-ayat. Oleh itu, karangan yang baik mesti ditunjangi oleh ayat

dan perenggan yang baik.

Page 28: Contoh Karangan b.melayu (PMR_SPM)

Nota: Sebuah rencana tidak menyatakan semua perkara mengenai sesuatu isu/topik

tetapi

hanya menjelaskan satu atau dua perkara penting mengenai isu/topik tersebut.

1) Ciri-ciri Ayat yang Baik

a) Tidak terlalu panjang

Sesuatu ayat hendaklah boleh habis dibaca dalam satu nafas sahaja.

Untuk mengelakkan ayat menjadi terlalu panjang, elakkan daripada melakukan

perkara-perkara yang berikut:

- memasukkan terlalu banyak keterangan dalam satu ayat.

- menggabungkan terlalu banyak ayat dalam pembentukan sesuatu ayat majmuk.

Nota: Konsepnya adalah jika terdapat dua ayat yang tidak sama panjang tetapi

kedua-

duanya menyampaikan maksud yang sama, penggunaan ayat yang lebih pendek

hendaklah diutamakan.

b) Tidak mengulang perkataan yang sama

Gunakan perkataan/frasa yang pelbagai. Caranya adalah dengan menggunakan

kata ganti nama, sinonim dan rujukan sepunya.

Page 29: Contoh Karangan b.melayu (PMR_SPM)

Sinonim bagi “faktor” – punca, sebab

Rujukan bagi Sukan Olimpik – temasya sukan itu, temasya sukan terbesar dunia itu,

temasya sukan empat tahun sekali itu, temasya sukan

bertaraf amatur itu, temasya sukan yang bermula di Athen

*Antara sebab yang menyebabkan ….

*Perasmian bangunan itu dirasmikan ….

c) Struktur yang sempurna

Sesuatu ayat mesti mengandungi dua konstituen utama iaitu subjek (topik/judul

cerita) dan predikat (cerita mengenai topik) tersebut.

*Sanggup berkorban apa sahaja demi menjaga keutuhan negara. – predikat sahaja

Betul – Rakyat negara ini sanggup berkorban apa sahaja demi ……

*Nasionalisme sebagai perasaan mencintai negara dan bangsa sendiri. – subjek

sahaja

Betul – Nasionalisme ditakrifkan sebagai perasaan mencintai negara dan …..

*Pengajaran bahasa ialah kepakaran yang khas dan perlu diberi latihan yang

mendalam lagi sistematik. – hubungan subjek dan predikat yang tidak logik

Betul – Pengajaran bahasa ialah kepakaran yang khas dan pengajar perlu diberi

latihan ..

*Hasil perbincangan itu memutuskan bahawa ibu bapa harus memainkan peranan

lebih penting dalam pendidikan anak-anak. – subjek tidak tepat

Betul – Perbincangan itu memutuskan bahawa ibu bapa ….

Page 30: Contoh Karangan b.melayu (PMR_SPM)

*Bercakap tentang kebudayaan, kata kebudayaan itu perlu kita takrifkan terlebih

dahulu. - Klausa tiada kata hubung.

Betul – Apabila kita bercakap tentang kebudayaan, kata kebudayaan itu perlu kita

….

*Akibat kurangnya pengetahuan agama, banyak belia tersesat jalan. - Klausa tiada

kata hubung

Betul – Sebagai akibat kurangnya pengetahuan agama, banyak belia tersesat jalan.

*Hasil kajian para sarjana, banyak masalah sosial dapat diselesaikan. - Klausa tiada

kata hubung

Betul – Sebagai hasil kajian para sarjana, banyak masalah sosial dapat

diselesaikan.

*Antara masalah sosial remaja yang perlu diatasi adalah lari dari rumah, penagihan

dadah dan melepak. – jenis frasa tidak sejajar

Betul - Antara masalah sosial remaja yang perlu diatasi adalah lari dari rumah,

menagih dadah dan melepak.

2) Ciri-ciri Perenggan yang Baik

a) Tidak terlalu panjang

Perenggan berfungsi untuk memberikan kesempatan kepada pembaca untuk

“berehat sejenak” dan memikirkan semula perkara yang dibacanya. Perenggan yang

terlalu panjang cenderung akan kehilangan fokus dan menyebabkannya sukar

difahami. Untuk mengelakkan pembinaan perenggan yang terlalu panjang, perkara

yang berikut harus diberikan perhatian.

- Jangan memasukkan lebih daripada satu isi dalam satu perenggan (tetapi satu isi

boleh

Page 31: Contoh Karangan b.melayu (PMR_SPM)

dihuraikan lebih daripada satu perenggan).

b) Menggunakan ayat yang pelbagai jenis dan gaya

Walaupun bahasa Melayu hanya ada empat pola ayat dasar, ayat-ayat yang dapat

diterbitkan (ayat terbitan) daripada ayat dasar ini tidak terhad jumlahnya dan banyak

jenisnya. Gunakanlah ayat-ayat yang pelbagai jenis ini untuk membina perenggan

anda.

c) Struktur yang sempurna

Sesuatu perenggan mesti mengandungi satu atau dua ayat judul dan ayat-ayat lain

untuk mengembangkan judul tersebut. Pengembangan mungkin terdiri daripada

kenyataan sokongan, data, analogi, cerita, petikan/peribahasa, hujah dan contoh.

Dalam hal ini, perenggan boleh dibahagikan kepada tiga jenis.

- Perenggan deduktif

Binaan perenggan jenis ini biasanya bermula dengan ayat penyata sebagai ayat

judul. Ayat judul ini diikuti oleh ayat-ayat yang merupakan pengembangan bagi ayat

judul tersebut.

Ayat judul

Page 32: Contoh Karangan b.melayu (PMR_SPM)

Pengembangan isi

Ayat judul - Tidak dapat dinafikan bahawa kelestarian sesuatu bahasa juga

ditentukan oleh faktor sosial dan faktor ekonomi yang membenarkan penuturnya

menikmati pelbagai peluang dalam masyarakat.

Pengembangan isi - Ada bahasa yang pupus secara berperingkat kerana kehilangan

nilai ekonomi dan atau kerana tidak ada lagi permintaan untuk menggunakannya.

Bahasa SMS, dalam bentuk akronim, emotikon dan symbol mendapat permintaan

yang tinggi walaupun ia bukan bahasa yang dikongsi bersama oleh setiap anggota

sesebuah masyarakat untuk tujuan komunikasi harian. SMS ialah satu ‘bahasa’ yang

tersendiri dalam dunia teknologi maklumat dan komunikasi. Perkataan pendek dan

ringkas dalam SMS kini dikongsi bersama oleh ramai pengguna walaupun belum

ada suatu kamus yang khusus berkenan SMS yang boleh dijadikan rujukan.

- Perenggan Induktif

Binaan perenggan jenis ini bertentangan dengan binaan perenggan deduktif. Ia

bermula dengan ayat-ayat yang merupakan pengembangan isi dan ditutup oleh ayat

judul.

Pengembangan isi

Ayat judul

Pengembangan isi - Apabila diperhatikan, tarikh dan isi kandungan batu-batu

bersurat tersebut dapat dikaitkan dengan zaman kerajaan Sriwijaya. Tarikh 683,684

dan 686 yang tercatat pada batu-batu tersebut amat penting kerana ia merupakan

Page 33: Contoh Karangan b.melayu (PMR_SPM)

tarikh zaman mula naiknya kerajaan Sriwijaya, sebuah kerajaan tempatan yang

kemudiannya berkembang luas mempengaruhi hampir seluruh Kepulauan Melayu.

Keempat-empat batu bersurat itu dijumpai di pusat kerajaan Sriwijaya dan isinya

jelas menunjukkan bahawa tulisan itu dibuat atas perintah raja.

Ayat judul - Hal ini membuktikan bahawa bahasa Melayu telah digunakan sebagai

bahasa perantaraan kerajaan tersebut, yakni sebagai bahasa rasmi sebuah kerajaan

yang luas pengaruh dan jajahan takluknya.

- Perenggan deduktif-induktif

Binaan perenggan jenis ini boleh bermula dengan ayat soal atau ayat penyata yang

menimbulkan persoalan, keraguan dan kebimbangan sebagai ayat judul. Ia disusuli

oleh ayat-ayat untuk mengembangkan ayat judul tersebut. Binaan perenggan ditutup

oleh ayat penyata/jawapan/penegasan terhadap persoalan dan keraguan yang

ditimbulkan oleh ayat judul.

Ayat judul (persoalan/keraguan)

Pengembangan isi

Ayat judul (jawapan/penegasan)

Ayat judul (menimbulkan pertanyaan) - Pasti ada sesuatu yang tidak kena dalam

usaha kita menjadikan Malaysia negara yang maju dan mendahului dunia dalam

pelbagai bidang.

Page 34: Contoh Karangan b.melayu (PMR_SPM)

Pengembangan isi - Memang tidak boleh kita sangkal, banyak kemajuan yang telah

kita capai sejak 1957, tetapi tentu lebih banyak yang boleh kita capai dengan usaha

dan kemahuan yang kuat. Kelemahan kita yang utama ialah inisiatif pembudayaan

ilmu, iaitu usaha yang berterusan untuk menjadikan ilmu pengetahuan cirri budaya

yang sebati dengan masyarakat majmuk di negara ini. Masyarakat berbudaya

keilmuan akan menjadi pemimpin dan ikutan dunia. Tidak wajar kita menyalahkan

anak-anak remaja di sekolah yang leka dengan program-program hiburan jika

budaya ilmu tidak dibentukkan dan dibajai di sekolah. Kajian yang pernah dijalankan

oleh Institut Integriti Nasional mengenai gejala rasuah dan korupsi dalam kalangan

remaja mendapati sepertiga daripada sample kajiannya menyatakan kesediaan

untuk menerima rasuah. Kenapakah hal ini berlaku? Sebabnya, ilmu pengetahuan

kini menjadi komoditi yang tidak ubah seperti barang dagangan.

Ayat judul/penegasan - Hal ini bererti bahawa proses pembelajaran di institusi

pengajian pada semua peringkat hanya memenuhi keperluan kebendaan semata-

mata.

3) Penghujahan dalam Karangan

Salah satu aspek penting yang dapat menentukan keberkesanan sesebuah

karangan ialah penghujahan. Penghujahan ialah unsur pengembangan isi yang

sangat penting sehingga dapat dikatakan bahawa tanpa unsur ini pengembangan isi

tidak akan sempurna. Aspek ini juga dapat menentukan sama ada sesebuah

karangan itu dapat menarik minat pembaca. Cara penghujahan yang baik dapat

menguja pembaca untuk meneruskan pembacaan, sebaliknya cara penghujahan

yang lemah dapat membantutkan minat mereka.

Barang kali tidak terlalu sukar untuk mencari isi dan menyusun isi tersebut mengikut

turutan keutamaan dan/atau lojik (organisasi karangan). Walau bagaimanapun isi

yang banyak dan tersusun tidak akan berguna jika ia tidak dapat dikembangkan

Page 35: Contoh Karangan b.melayu (PMR_SPM)

dengan baik. Kebanyakan kelemahan karangan bukan kerana kekurangan isi dan

kecelaruan organisasi, tetapi kerana isi tidak dapat dikembangkan dengan baik,

khususnya dari aspek penghujahan.

Terdapat beberapa kelemahan utama dari aspek penghujahan isi yang perlu

dilelakkan untuk menghasilkan sebuah karangan yang berkesan.

a) Hujah Palsu

Hujah palsu ialah hujah yang mengemukakan alasan yang tidak relevan tetapi

kelihatan benar dan dapat menyelewengkan kebenaran. Ringkasnya hujah palsu

ialah hujah yang dapat membenarkan kepalsuan / memalsukan kebenaran. Sebagai

contoh perhatikan hujah yang berikut:

“Masalah pengangguran negara ini tidak serius kerana masalah

pengangguran negara lain seperti Bangladesh adalah lebih serius.”

Membuat perbandingan dengan pihak/negara lain bukanlah cara yang tepat untuk

mengukur keseriusan sesuatu masalah. Kita seharusnya mempunyai kayu ukur

sendiri untuk melakukannya. Dalam masalah pengangguran, kayu ukur yang biasa

digunakan ialah peratusan tenaga kerja yang tidak bekerja kerana kekurangan

peluang pekerjaan. Kalau kita menetapkan 5% sebagai tahap maksimum kadar

pengangguran yang dapat diterima, maka masalah pengangguran dianggap serius

jika kadar pengangguran semasa melebihi kadar yang ditetapkan itu. Ringkasnya,

masalah serius yang dihadapi tidak akan menjadi tidak serius hanya kerana ada

pihak/negara lain yang menghadapi masalah tersebut pada tahap yang lebih serius.

Page 36: Contoh Karangan b.melayu (PMR_SPM)

Selain itu, beberapa hal lain seperti kualiti penganggur juga perlu diambil kira. Kalau

sebahagian besar penganggur terdiri daripada pemegang ijazah, maka tidak

dapatlah dikatakan bahawa masalah pengangguran di negara ini tidak serius.

Untuk menyatakan bahawa masalah pengangguran di negara ini tidak atau kurang

serius, penghujahan yang sepatutnya dikemukakan adalah seperti yang berikut:

“Masalah pengangguran yang dihadapi oleh negara ini tidak

serius kerana ia masih berada di bawah tahap yang ditetapkan.

Walau bagaimanapun perlu juga diakui bahawa sesuatu harus

dilakukan kerana kadar pengangguran dalam kalangan graduan

semakin meningkat tahun demi tahun.”

Penghujahan ini dapat menunjukkan kematangan dan penguasaan pengarang

terhadap isu yang dibincangkan. Ia menunjukkan bahawa pengarang mengetahui

cara pengukuran tahap pengangguran. Selain itu ia juga menunjukkan bahawa

pengarang mengetahui bahawa pengangguran dalam kelas menengah/elit

masyarakat merupakan masalah yang tidak boleh diabaikan.

Renungkan kecacatan/kepalsuan hujah ini.

“Tidak semestinya orang (Melayu/Malaysia) yang berbahasa Inggeris

tidak mempunyai semangat kebangsaan. Sebaliknya, tidak semestinya

orang yang berbahasa Melayu mempunyai semangat kebangsaan.”

b) Hujah Cetek/Dangkal

Page 37: Contoh Karangan b.melayu (PMR_SPM)

Hujah cetek ialah hujah yang mengemukakan alasan remeh-temeh dan

mengetepikan alasan yang penting/kukuh. Sebagai contoh perhatikan hujah yang

berikut:

“Kita mesti menjaga kebersihan negara kita supaya

dipandang tinggi oleh negara-negara barat.”

‘Dipandang tinggi oleh negara-negara barat’ bukanlah alasan yang penting/ kukuh

untuk kita menjaga kebersihan. Ada banyak alasan lain yang patut kita jadikan

pendorong untuk menjaga kebersihan. Antaranya adalah alasan kesihatan iaitu

kebersihan dapat menjamin kesihatan dan keceriaan hidup. Contoh penghujahan

yang lebih baik adalah seperti yang berikut:

“Kita mesti menjaga kebersihan negara kita kerana ia

merupakan unsur yang sangat penting yang dapat

menjamin kesihatan dan keceriaan hidup kita.”

c) Hujah Melompat/Melampau

Hujah melompat ialah hujah yang terus menuju kepada kesimpulan dengan

mengetepikan urutan hujah yang membawa kepada kesimpulan tersebut. Sebagai

contoh perhatikan hujah yang berikut:

“Kita mesti menjaga kebersihan negara kita untuk

mencapai matlamat Wawasan 2020.”

Page 38: Contoh Karangan b.melayu (PMR_SPM)

Barang kali sukar untuk kita membayangkan hubungan antara menjaga kebersihan

negara dengan pencapaian matlamat Wawasan 2020. Hal ini disebabkan terdapat

urutan hujah yang telah diabaikan. Urutan hujah tersebut ialah negara yang bersih

dapat menjamin kesihatan rakyat. Selanjutnya rakyat yang sihat dapat

melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik dan keadaan ini akan

memberikan sumbangan kepada peningkatan produktiviti negara. Faktor

peningkatan produktiviti inilah yang dapat membantu ke arah pencapaian matlamat

Wawasan 2020.

Hujah seperti ini juga dikatakan hujah melampau kerana adalah sangat keterlaluan

untuk menyatakan bahawa matlamat menjadi negara maju dapat dicapai dengan

hanya menjaga kebersihan. Penjagaan kebersihan hanyalah salah satu prasyarat

(daripada berpuluh-puluh prasyarat) untuk menjadi negara maju. Walau

bagaimanapun penghujahan ini tidak membayangkan adanya prasyarat-prasyarat

lain tersebut. Adalah lebih baik jika penghujahan seperti yang berikut dikemukakan:

“Kita mesti menjaga kebersihan negara ini kerana penjagaan

kebersihan merupakan salah satu prasyarat untuk menjadi

negara maju dan seterusnya mencapai matlamat Wawasan 2020.”

d) Hujah Songsang

Hujah songsang berlaku disebabkan kegagalan membezakan ‘sebab’ dengan

‘akibat’ sesuatu masalah/fenomena. Dengan kata lain ‘sebab’ telah disalahkenalpasti

sebagai ‘akibat’ sementara ‘akibat’ disalahkenalpasti sebagai ‘sebab’. Sebagai

contoh antara ‘ponteng sekolah’ dengan ‘kurang minat belajar’, yang manakah

‘sebab’ dan yang mana pula ‘akibat’.

Page 39: Contoh Karangan b.melayu (PMR_SPM)

Hujah yang lazim dikemukakan ialah “pelajar ponteng sekolah kerana kurang minat

belajar”. Dengan kata lain, ‘kurang minat belajar’ menjdi sebab pelajar ‘ponteng

sekolah’ (akibat). Hujah ini tidak salah tetapi perlu juga diambil perhatian bahawa

perkara sebaliknya boleh juga berlaku, iaitu pelajar hilang minat belajar (asalnya

minat belajar) setelah terjebak dalam kegiatan ponteng sekolah. Dalam situasi ini

‘ponteng sekolah’ menjadi ‘sebab’ manakala ‘tidak minat belajar’ (akibat).

Kebolehan mengenalpasti ‘sebab’ dan ‘akibat’ sesuatu masalah penting dalam

penyelesaian masalah berkenaan. Kebanyakan masalah yang tidak dapat diatasi

berpunca daripada kegagalan mengenalpasti ‘sebab’ dan ‘akibat’ masalah

berkenaan.

http://kitaberbahasa.blogspot.com

Perenggan Penutup Karangan STPM

Menulis Perenggan Penutup dengan Menggunakan Teknik KHPK dan KHH

Selepas memeriksa karangan pelajar-pelajar dalam Peperiksaan Pertengahan

Tahun, pada bulan Mei lalu, cikgu mendapati masih terdapat kelemahan dalam

penulisan perenggan penutup atau kesimpulan. Kebanyakan pelajar menulis

perenggan penutup atau kesimpulan yang pendek iaitu satu atau dua ayat sahaja.

Perenggan itu juga tidak diolah dengan baik dan tidak dimasukkan peribahasa atau

ungkapan yang menarik. Oleh itu cikgu akan membincangkan cara atau teknik untuk

menulis perenggan tersebut agar dapat membantu pelajar-pelajar untuk

memantapkannya.

i. KHPK – (Kesimpulan, Huraian, Peribahasa, Kepentingan)

Perenggan Penutup Contoh 1

Page 40: Contoh Karangan b.melayu (PMR_SPM)

Oleh hal yang demikian, masalah rasuah perlulah ditangani oleh pihak berkuasa

dengan kerjasama anggota masyarakat. (Kesimpulan) Pihak berkuasa hendaklah

mengadakan kempen secara besar-besaran tentang keburukan dan kesan rasuah

kepada masyarakat. (Huraian – Apa yang perlu dibuat) Hal ini demikian kerana, jika

masalah rasuah tidak diatasi sudah tentu perkara ini akan merosakkan jentera

pentadbiran negara. (Huraian – Apa kesannya) Jadi, sebelum nasi menjadi bubur,

kita berharap agar masalah ini dapat ditangani dengan berkesan sebelum menjadi

lebih serius. (Peribahasa) Sekiranya hal ini dapat direalisasikan, sudah pastilah

masyarakat dan negara kita akan bebas daripada belenggu rasuah. (Kepentingan)

Perenggan Penutup Contoh 2

Oleh hal yang demikian, pelaburan asing memang penting untuk menjana ekonomi

sesebuah negara. (Kesimpulan) Usaha-usaha yang serius hendaklah dipertingkat

untuk menarik pelaburan asing agar hal ini akan menambahkan pelaburan ke dalam

negara kita. (Huraian – Apa yang perlu dibuat) Sekiranya pelabur asing kurang

membuat pelaburan di sesebuah negara sudah pastinya ekonomi negara tersebut

sukar untuk berkembang. (Huraian – Apa kesannya) Hal ini demikian kerana,

negara-negara tersebut mengalami masalah kekurangan modal untuk

membangunkan negara mereka. (Huraian – Apa kesannya) Jadi, pihak yang

bertanggungjawab dalam bidang pelaburan ini hendaklah mencari jalan

(Peribahasa) bagi menarik lebih banyak pelabur asing untuk membuat pelaburan.

(Kepentingan)

ii. KHH (Kesimpulan, Hurai, Harapan)

Perenggan Penutup Contoh 3

Page 41: Contoh Karangan b.melayu (PMR_SPM)

Kesimpulannya, semua pihak perlulah bekerjasama untuk membanteras masalah

jenayah yang berlaku di negara kita. (K) Dengan kata lain, anggota masyarakat

perlulah berganding bahu dengan pihak berkuasa iaitu melaporkan kejadian jenayah

yang berlaku itu dengan segera. (H) Dengan cara itu, masalah jenayah ini sudah

pasti dapat dikurangkan dan dibanteras daripada terus berleluasa di negara kita. (H)

Teknik yang dibincangkan tadi diharapkan dapat membantu pelajar-pelajar atau

calon-calon STPM untuk menghuraikan dan mengembangkan perenggan penutup

atau kesimpulan dengan baik. Diharapkan juga murid-murid dapat membina setiap

perenggan karangan dengan teratur dan seimbang. Perenggan pendahuluan,

perenggan isi, dan perenggan kesimpulan akan seimbang jika olahan dan huraian

dirancang dengan baik dan jumlah perkataan yang dikehendaki akan dapat dipenuhi

oleh murid-murid. Selain itu murid-murid juga dinasihatkan supaya banyak berlatih

untuk mengembangkan setiap perenggan karangan supaya tidak menghadapi

masalah semasa berada di dalam dewan peperiksaan. Selamat mencuba teknik ini

dan selamat mengarang.

Syarahan_faedah membaca

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Pengerusi Majlis,para hakim yang bijaksana

dan para hadirin.Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah 'Faedah Membaca'.

Hadirin yang dihomati,

Membaca sudah semestinya dapat menambahkan ilmu pengetahuan.Dewasa ini

terdapat pelbagai jenis bacaan yang berfaedah.Kita boleh menambah pengetahuan

melalui pembacaan buku-buku,akhbar dan majalah.Malahan melalui kecanggihan

Page 42: Contoh Karangan b.melayu (PMR_SPM)

sains teknologi juga kita mampu memperolh maklumat-maklumat terkini melalui

sistem yang dikenali sebagai'internet'.

Dengan membaca, kita dapat menggunakan masa senggan yang ada dengan

sebaiknya.Bahan bacaan itu pula akan dapat membantu pembelajaran kita di dalam

kelas.

Kita juga dapat memahirkan lisan dengan banyak membaca.Di samping itu kita juga

dapat memperbaiki mutu penulisan kita dalam melahirkan karangan yang mantap.

Kita dapat berfikir dengan matang melalui pembacaan.Ada juga sesetengah bahn

bacaan yang dapat menghiburkan hati di samping menambahkan pengetahuan

membaca.

Sebagai penutup tirai saya ingin menegaskan bahawa membaca dapat meluaskan

pengetahuan.Jadikan amalan hidup kita.Saya akhiri dengan ucapan terima