contoh karangan-berpandu-1

58
1 Sijil Pelajaran Malaysia Contoh Karangan Berpandu © 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo Sijil Pelajaran Malaysia Contoh Karangan Berpandu © 2009 Hak Cipta Terpelihara kcloo

Upload: loh-yan

Post on 19-Aug-2015

472 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh karangan-berpandu-1

1 Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Karangan Berpandu

© 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo

Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Karangan Berpandu

© 2009 Hak Cipta Terpelihara

kcloo

Page 2: Contoh karangan-berpandu-1

2 Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Karangan Berpandu

© 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo

Page 3: Contoh karangan-berpandu-1

3 Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Karangan Berpandu

© 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo

Perhatikan gambar rajah di atas. Beri pendapat anda tentang gambar rajah tersebut. Panjang

karangan anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Kini, sektor pelancongan memainkan peranan penting dari sudut ekonomi negara kita. Pada

tiap-tiap tahun, dianggarkan jumlah pelancong yang berkunjung ke negara kita adalah melebihi 6 juta

orang. Kebanyakan pelancong adalah terdiri daripada pelancong asing seperti pelancong Singapura,

Amerika Syarikat, Jepun dan sebagainya selain daripada pelancong tempatan. Terdapat pelbagai

faktor yang telah menggalakkan kedatangan mereka ke negara kita.

Antara faktor utama pelancong berkunjung ke Malaysia adalah disebabkan negara kita

mempunyai pelbagai tempat menarik. Malaysia banyak memiliki kawasan rekreasi yang sesuai untuk

dikunjungi oleh para pelancong. Antaranya ialah kawasan pantai yang bersih, cantik dan berpasir

putih seperti yang terdapat di pantai Desaru, pantai Cahaya Bulan dan sebagainya. Hal ini

menggalakkan pelancong bertumpu di kawasan tersebut untuk mandi-manda sambil menikmati

keindahan alam.

Selain itu, Malaysia juga mempunyai banyak tempat menarik untuk di kunjungi oleh

pelancong. Para pelancong dapat menikmati bangunan-bangunan tinggi mencakar langit atau

bangunan bersejarah yang sentiasa terpelihara. Di ibu kota Kuala Lumpur umpamanya terdapat

bangunan canggih iaitu bangunan KLCC yang sentiasa menjadi daya tarikan pelancong. Hal ini telah

menyebabkan jumlah pelancong ke negara kita sentiasa bertambah.

Pada masa yang sama, kedatangan pelancong ke negara kita adalah disebabkan oleh

kepelbagaian jenis budaya yang terdapat di Malaysia. Memandangkan Malaysia mempunyai

masyarakat majmuk, pelbagai jenis makanan terdapat di sini. Pelancong dapat menikmati makanan

kaum Melayu seperti sate, ketupat dan rendang mahupun makanan kaum India seperti tosei dan

maruku. Mereka juga boleh menikmati tarian pelbagai kaum seperti tarian zapin dan tarian inang bagi

kaum Melayu dan tarian singa dari kaum Cina. Keunikan budaya ini telah menggalakkan kunjungan

pelancong ke negara kita.

Di samping itu, kemudahan pengangkutan awam turut menggalakkan kemajuan dalam sektor

pelancongan negara. Kerajaan telah membina jalan raya untuk menghubungkan kawasan pelancongan

agar dapat dikunjungi dengan mudah. Kerajaan juga meningkatkan kekerapan penerbangan ke negara-

negara lain untuk menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke Malaysia. Hal ini terbukti berkesan

apabila jumlah pelancong yang berkunjung ke Malaysia sentiasa bertambah dari setahun ke setahun.

Faktor terakhir yang menggalakkan pelancong berkunjung ke Malaysia ialah terdapatnya

kemudahan membeli-belah yang disediakan untuk para pelancong. Dengan wujudnya kemudahan ini,

mereka dapat berbelanja atau mendapatkan cenderamata untuk dibawa pulang ke negara mereka.

Barang-barang yang terdapat di situ juga dijual dengan harga yang berpatutan. Hal ini menggalakkan

pelancong untuk terus berkunjung ke negara kita.

Intihanya, sektor pelancongan di Malaysia semakin meningkat maju kerana disebabkan oleh

pelbagai faktor. Justeru, rakyat jelata perlulah sentiasa menunjukkan sikap mesra pelancong dan

bersopan-santun bagi menggalakkan kehadiran mereka ke negara kita.

Page 4: Contoh karangan-berpandu-1

4 Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Karangan Berpandu

© 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda berdasarkan gambar tersebut.

Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Jiran ialah sekelompok masyarakat setempat yang tinggal berhampiran antara satu dengan

lain. Jiran diibaratkan sebagai saudara kandung tempat kita mengadu tatkala berada dalam kesusahan

atau hendak mengadakan majlis keramaian. Jiran yang baik ibarat cubit peha kiri peha kanan pun

terasa amat sukar ditemui.

Semangat kejiranan wajar dipupuk kerana melaluinya kita dapat mewujudkan masyarakat

yang bersatu padu. Hal ini dapat dilaksanakan melalui budaya ziarah-menziarahi semasa perayaan

besar seperti Sambutan Hari Raya, Tahun Baru Cina atau Deepavali. Selain itu kita juga boleh

berkunjung ke rumah jiran ketika mereka mendapat musibah atau sakit. Kunjungan kita ke rumah

jiran mungkin dapat melegakan penderitaan yang mereka alami dan secara tidak langsung

mengeratkan hubungan silaturahim.

Semangat kejiranan juga berupaya mewujudkan masyarakat yang prihatin. Hal ini boleh

terjadi seandainya jiran tetangga saling mengambil berat di antara satu dengan lain. Hubungan yang

terjalin akan memudahkan kita untuk meminta bantuan ketika dalam kesusahan. Selain itu, kita juga

boleh mengharapkan jiran memerhatikan rumah kita semasa kita pulang ke kampung atau pergi

melancong. Pada masa yang lain mungkin kita pula akan dipinta oleh mereka untuk berbuat perkara

yang serupa.

Semangat kejiranan yang dipupuk juga memudahkan tugas yang besar dilaksanakan secara

bergotong-royong. Apabila hubungan sesama jiran sudah menjadi akrab sesuatu tugas yang berat dan

besar seperti membersihkan kawasan kampung atau perumahan dapat dilaksanakan secara bersama-

sama tanpa sebarang masalah. Justeru, tugas yang berat menjadi mudah laksana hati kuman sama

dicecah hati gajah sama dilapah. Lantas suasana yang harmoni dapat dibentuk dalam masyarakat.

Kesimpulannya, semangat kejiranan wajar dipupuk dalam masyarakat kita agar masyarakat

dapat hidup dalam keadaan harmoni. Sekiranya hal ini dapat dilakukan maka akan tercapailah cita-

cita negara untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu dan penyayang.

Page 5: Contoh karangan-berpandu-1

5 Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Karangan Berpandu

© 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo

Kebaikan Berjoging

Hobi merupakan aktiviti yang dilakukan pada masa lapang. Contoh aktiviti yang meliputi

hobi masa lapang termasuklah berjoging, bermain badminton, bola sepak dan memancing ikan.

Aktiviti berjoging banyak mendatangkan pelbagai. Oleh hal yang demikian, apakah faedah-faedah

mengenai hobi berjoging?

Salah satu faedahnya ialah kitadapat menyihatkan badan. Kita dapat mengeluarkan peluh

semasa berjoging. Hasil kajian yang sahih lagi tepat yang dikeluar oleh Kementerian Kesihatan, pada

tahun 2008 telah menunjukkan bahawa kesihatan orang yang sentiasa bersukan lebih baik daripada

orang yang tidak bersukan. Dengan ini, orang yang tidak bersukan lebih senang diserang penyaikit.

Oleh sebab itu, “badan sihat, otak cerdas”. Kenapa tidak?

Aktiviti tersebut juga dapat mencerdaskan fikiran kita. Oleh sebab itu, kita dapat mengambil

tindakan yang wajar untuk menyelesaikan masalah dengan otak yang cerdas. Selain itu, aktiviti

tersebut dapat menguruskan badan. Lebih baik kita berjoging untuk menguruskan badan berbanding

dengan makan pil-pil pelangsing badan. Pil tersebut mengandungi pelbagai jenis bahan kimia yang

tidak baik terhadap badan kita.

Seterusnya, aktiviti berjoging dapat mengurangkan tekanan. Pada era globalisasi ini, banyak

orang hanya sibuk bekerja sahaja sehingga tidak menpunyai sebarang masa lapang. Hal ini terjadi

demikian kerana manusia hanya mementingkan kejayaan sahaja. Aktiviti berjoging sangat berfaedah

kepada pekerja-pekerja. Oleh sebab tekanan yang tinggi sering kali dihadapi oleh pekerja, mereka

bolehlah pergi berjoging di taman berdekatan tunuk mengurangkan tekanan. Kita tidak dapat menyiap

kerja dengan sempurna sekiranya menghadapi tekanan yang tinggi. Dalam keadaan yang tiada

tekanan, barulah kita dapat menyiapkan kerja dengan cepat dan sempurna. Dengan ini, memang tidak

dapat boleh dinafikanbahawa aktiviti berjoging dapat mengurangkan tekanan.

Di samping itu, remaja dapat menggunakan masa lapang dengan berfaedah kerana masa itu

emas. Oleh sebab ibu bapa sibuk bekerja, remaja yang berada di rumah berseorangan akan berasa

bosan. Tidak hairanlah sekiranya mereka akan keluar unuk mencari kawan untuk mengurangkan

perasaan bosan. Mereka akan pergi melepak di pusat-pusat beli-belah ataupun pusat hiburan. Hal ini

pasti membazirkan wang dan masa. Kontradiksinya, aktiviti berjoging merupakan aktiviti yang

berfaedah. Remaja boleh mengajak rakan sebaya untuk pergi berjoging bersama-sama. Keadaan ini

bukan sahaja dapat mengurangkan perasaan bosan remaja di rumah malah dapat mengunakan masa

lapang dengan berfaedah.

Sebagai kesimpulan, kekayaan yang hilang boleh diperoleh semula dengan usaha yang

bersungguh-sungguh, namun kesihatan yang hilang dapat diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik?,

Page 6: Contoh karangan-berpandu-1

6 Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Karangan Berpandu

© 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo

Ingatlah bahawa masa yang hilang akan terus hilang dan tidak akan kembali kepada kita buat selama-

lamanya. Oleh sebab itu, janganlah kita membazirkan masa. Gunakan masa lapang anda dengan

aktiviti yang berfaedah seperti aktiviti berjoging yang mendatangkan pelbagai faedah.

***

FAEDAH MENABUNG SEJAK KECIL

Dalam meniti kehidupan yang bertunjangkan nawaitu materialistik dan individualistik, kita

seyogianya memahami kemaslahatan wang. Cendekiawan memfasiqkan bahawa dengan wang, kita

dapat melakukan segala-galanya tetapi wang tidak dapat membeli segala-galanya. Oleh hal yang

demikian, menabung memang sinonim dengan wang dan masa depan. Orang yang mengabaikan

amalan ini diumpamakan orang yang menagak cabaran pada hari muka. Realitinya, peribahasa

Melayu ada menjelaskan bahawa “sediakan payung sebelum hujan”.

Dalam marcapada, menabungkan wang dikatakan dapat mendisiplinkan diri kita. kesabaran

dan kesanggupan berkorban demi masa depan menjadi titik tolak seseorang menabung. Apabila

menabung, prinsip “sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit”. Wang tabungan ini dapat

mengekang diri kita daripada lalai dalam merancang masa hadapan. Disiplin diri yang terbentuk

dalam amalan menabung dapat diaplikasikan dalam kehidupan sehari-hari. Ringkasnya, menabung

merupakan rencah untuk mengawal diri daripada memboros.

Walakin begitu, amalan yang dituntut agama ini dapat memupuk pemikiran yang

mengapresiasi kesusahan mencari wang. Ibu bapa yang bekerja siang dan malam “bagai lebah

mengumpulkan madu” demi membiayai kos kehidupan yang meningkat harus kita sedari. Baki

wang saku yang diberi mestilah dimasukkan ke dalam tabung. Apabila kita memerlukannya pada kala

kecemasan, pertolongan orang lain tidak diperlukan. Oleh sebab itu, nilai berdikari dapat ditanam di

samping mengetahui setiap sen merupakan hasil titik peluh dan keringat yang bermakna.

Ibu bapa memainkan peranan sebagai mencorakkan amalan ini kepada anak-anak sejak kecil

lagi kerana “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Anak-anak bagaikan kain putih, ibu bapalah

yang harus mencorakkan dan mewarnakan kehidupan mereka dengan amalan murni seperti

menabung. Dengan berbuat demikian, anak-anak dapat diajar tentang perancangan masa hadapan.

Mereka akan menyedari hakikat kepentingan berjimat cermat. Anak-anak yang pandai berjimat-jimat

nescaya dapat berusaha dengan lebih giat untuk menjamin masa hadapan kerana “asal ditugal,

adalah benih”.

Page 7: Contoh karangan-berpandu-1

7 Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Karangan Berpandu

© 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo

Wang tabungan yang dikumpulkan acap kali dibawa ke bank untuk disimpan. Di samping

menabung, kita juga berpeluang untuk mempelajari perkembangan dunia perbankan. Hal ini secara

tidak langsung menjadikan kita warga yang sentitif akan perkembangan ekonomi semasa. Daripada

perspektif ekonomi, kita dapat memainkan peranan sebagai penjana virus yang dapat membebaskan

negara daripada serangan wabak kemelesetan ekonomi. Tegasnya, simpanan tidak seberapa yang kita

laburkan dalam simpanan bank dapat digunakan oleh pihak bank untuk pelaburan mega lain sekali

gus menstabilkan ekonomi negara.

Walhasil, sebagai anak bangsa yang bakal dibentuk menjadi modal insan kepada nusa

tercinta, kita sewajarnya menjadikan amalan menabung sebagai rutin kehidupan. “Ingat sebelum

kena, jimat sebelum habis” merupakan kata-kata mutiara yang mesti kita hayati. Dengan menabung,

kualiti kehidupan yang lebih baik dapat kita nikmati. Wang yang ditabung boleh menjadi modal

melanjutkan pelajaran demi memberi pulangan kehidupan yang lebih baik kepada ayahanda dan

bonda tercinta. Pulangan yang lumayan daripada amalan menabung dapat dirasai bukan sahaja untuk

diri justeru kepada seantero jagatraya.

****

Page 8: Contoh karangan-berpandu-1

8 Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Karangan Berpandu

© 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo

Sekolah atau alma mater merupakan tempat kita belajar. Oleh sebab itu, tempat kita

menimba ilmu ini mestilah berada dalam keadaan yang selamat dan selesa. Hal ini penting agar

sekolah dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikukum.

Sebenarnya, terdapat pelbagai cara yang dapat kita lakukan untuk menjadikan sekolah sebagai tempat

yang selamat. Cara-cara berikut mestila kita ketahui demi menjadikan sekolah sebagai tempat anak-

anak belajar yang selamat dan selesa.

Pihak sekolah mestilah menyediakan alat kawalan kebakaran di tempat-tempat yang strategik

di kawasan sekolah. Langkah ini amat penting supaya kebakaran dapat dielakkan daripada merebak

ke bangunan yang lain. Walau bagaimanapun, kebanyakan sekolah di Malaysia mengalami nasib yang

sama, yakni alat kawalan kebakaran seperti pili bomba dan alat kawalan kebakaran berbentuk

semburan tidak dapat berfungsi dengan normal kerana rosak atau hilang. Sebenarnya, alat kawalan

kebakaran yang rosak dan yang telah dicuri mestilah digantikan yang baharu. Pihak sekolah juga

haruslah mendidik murid cara-cara menggunakan alat tersebut pada waktu kecemasan. Dengan ini,

sekolah akan menjadi tempat belajar yang selamat.

Selain itu, pihak pentadbir sekolah juga haruslah melukis pelan kecemasan yang dapat

digunakan pada saat-saat sekolah ditimpa kecemasan. Hal ini demikian kerana mencegah lebih baik

daripada mengubati. Oleh sebab itu, pelan tangga kecemasan dan pelan larian ke padang mestilah

ditampal di tempat-tempat yang mudah dilihat. Dari semasa ke semasa, latihan kebakaran haruslah

dijalankan juga. Hal ini dapat memastikan pelajar bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan

yang akan berlaku. Cara ini pasti dapat mengurangkan kemalangan dan kecederaan dalam kalangan

wara sekolah.

Di samping itu, keselamatan pelajar di pintu sekolah juga mestilah dijaga dengan rapi. Setiap

pintu sekolah mestilah dijaga oleh beberapa orang pengawal keselamatan. Pondok sekuriti mestilah

dibina untuk memastikan para pelajar dapat melaporkan sebarang kejadian yang tidak diingini kepada

pihak yang bertugas. Dengan ini, kejadian seperti kes culik dan kes ragut dapat diatasi sekali gus

menjamin keselamatan anak-anak yang mahu memasuki pintu sekolah mahupun semasa balik ke

rumah. Ibu bapa juga pasti berasa puas hati dengan tahap keselamatan sekolah. Tahap kebimbangan

ibu bapa dan keyakinan ibu bapa yang tinggi ini dapat meningkatkan imej sekolah secara tidak

langsung.

Sementara itu, keselamatan di jalan-jalan berdekatan dengan kawasan sekolah juga harus

ditingkatkan oleh pihak yang bertanggungjawab. Perhatian harus diberikan oleh pihak kerajaan

tempatan dengan menyediakan lampu isyarat di jalan-jalan yang menjadi lintasan pelajar. Penyediaan

“lintasan zebra” juga merupakan langkah penting supaya murid-murid dapat melintas jalan ke sekolah

dengan selamat. Kawalan trafik oleh pihak pengawal keselamatan sekolah juga amat penting selain

memasang papan tanda isyarat “Kurangkan Kelajuan, Kawasan Sekolah”. Hal ini dapat memberi

kesedaran kepada para pemandu supaya mengurangkan kelajuan di kawasan sekolah. Apabila langkah

di atas dapat diambil, murid-murid akan berasa selamat dan kes kemalangan di kawasan sekolah dapat

dikurangkan.

Kesimpulannya, keselamatan pelajar menjadi tanggungjawab semua pihak. Semua pihak yang

terlibat haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menjamin keselamatan anak-anak ke

sekolah dan sepanjang berada di sekolah. Para pelajar mestilah dididik mematuhi segala arahan dan

peraturan di sekolah. Lebih-lebih lagi, ibu bapa haruslah memastilah anak-anak selamat masuk ke

sekolah sebelum beredar ke pejabat. Kempen “Sekolah Selamat” haruslah diuar-uarkan supaya

keselamatan anak-anak dapat dijamin. Saya berharap sekolah akan menjadi tempat belajar yang

selamat dan kondusif.

Page 9: Contoh karangan-berpandu-1

9 Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Karangan Berpandu

© 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo

Punca Fenomena Jerebu

Fenomena cuaca berjerebu merupakan duri dalam daging kepada pihak kerajaan dan rakyat.

Fenomena ini seolah-olah tertaktub dalam takwim ramalan cuaca negara kerana acap kali melanda

negara. Realitinya, keadaan negara yang berjerebu ini amat membahayakan kesihatan rakyat.

Punca utama fenomena jerebu melanda negara ialah pembebasan asap daripada kenderaan.

Hal ini demikian kerana bilangan kenderaan yang semakin meningkat bak cendawan tumbuh selepas

hujan. Kenderaan seperti lori, trelar, bas dan banyak lagi mengeluarkan asap karbon monoksida

sehingga mencemarkan udara.

Selain itu, masyarakat yang melakukan pembakaran secara terbuka juga menyebabkan

keadaan jerebu terjadi-jadi. Oleh sebab sampah sarap dibakar sesuka hati, sikap masyarakat dikatakan

bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Natijahnya, kanak-kanak diserang

sesak nafas dan penyakit asma.

Pembakaran asap kotor dari kilang juga dikenal pasti sebagai punca fenomena jerebu berlaku.

Situasi ini bertambah buruk terutamanya di kawasan perindustrian kerana pihak pengilang memasang

corong asap yang terlalu rendah sehingga menyalurkan asap beracun ke udara. Hujan asid dan

penyakit kulit pasti menyerang kita.

Sementara itu, keadaan cuaca di kawasan hutan hujan tropika memang terlalu panas sehingga

boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan terbakar sendiri akibat suhu meningkat sehingga

menyebabkan jerebu berlaku. Hal ini demikian kerana fenomena pemanasan global. Oleh itu, sudah

sampai masanya kita menyelamatkan bumi.

Selain faktor cuaca, kegiatan penebangan hutan yang berlaku dengan leluasa juga

menyebabkan keadaan cuaca berjerebu. Pembalak di kawasan hutan membuka hutan dengan jalan

mudah ini. Mereka bersikap tidak bertangungjawab sehingga menyebabkan negara-negara jika

terpaksa menerima padahnya.

Di samping itu, pembebasan debu daripada letupan gunung berapi juga menyebabkan

keadaan cuaca berjerebu. Gunung-gunung yang masih aktif di negara Indonesia tamsilnya

mengeluarkan asap tebal sebagai fenomena gunung berapi akan meletus. Hal ini menyebabkan jarak

penglihatan terbatas dan penerbangan tergendala.

Page 10: Contoh karangan-berpandu-1

10 Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Karangan Berpandu

© 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo

Kesimpulannya, semua pihak mestilah bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam soal

penjagaan alam sekitar. Kualiti udara yang bersih amat penting untuk menjamin kesihatan penduduk

di rantau ini. Oleh itu, kita harus memikirkan setiap perbuatan yang melibatkan pembakaran supaya

dapat mengelakkan fenomena jerebu.

****

Kepentingan Mempertahankan Permainan Tradisional

Sebagaimana kita sedia maklum, setiap negara di muka bumi bertuah ini memiliki permainan

tradisional yang tersendiri. Jika ditinjau dari sudut sejarah, permainan tradisional dimainkan pada kala

lapang sejak dahulu kala. Oleh hal yang demikian, permainan tradisional seperti congkak, guli, wau,

gasing dan tingting memainkan peranan yang penting dalam mengisi masa lapang para penduduk

zaman nenek moyang. Kini, permainan tradisional semakin dipandang enteng, justeru rakyat kita

mula memboikot permainan ini tanpa menyedari kepentingannya.

Sebenarnya, rakyat Malaysia memainkan peranan penting dalam penjagaan permainan

tradisional. Anjakan paradigma mestilah kita ambil agar permainan ini tidak hilang ditelan zaman.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Janganlah kita merindui permainan

tradisional selepas permainan ini pupus ditelan zaman. Oleh itu, langkah mempopularkannya seperti

kempen “Jom Main Permainan Tradisional” dan pertandingan bermain permainan tradisonal

merupakan rencah maslahat untuk mempertahankannya. Langkah tersebut penting supaya ahli

masyarakat mendapat pendedahan dan mempelajari permainan tradisional sepanjang kempen dan

pertandingan dijalankan kerana tak kenal, maka tak cinta. Dengan langkah proaktif tersebut, kita

dapat memastikan permainan tradisional mampu menjadi warisan budaya untuk generasi yang akan

datang.

Realitinya, permainan tradisional memainkan peranan penting sebagai lambang keagungan

bangsa dan negara tercinta ini. Oleh sebab rakyat negara ini berbilang kaum, permainan tradisional

merupakan salah satu cara rakyat tanpa mengira kaum mengisi masa lapang. Tanpa melihat warna

kulit mahupun agama, permainan tradisional dilihat sebagai permainan rakyat yang dapat

Page 11: Contoh karangan-berpandu-1

11 Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Karangan Berpandu

© 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo

menghidupkan kesuburan norma kehidupan murni. Kini, kerajaan sudah pun menjadikan permainan

tradisional sebagai platform untuk menarik kedatangan pelancong asing ke negara kita. Yang di luar

jangkaan, pelancong asing berasa teruja dan takjub dengan warisan bangsa kita dan sanggup tinggal

lebih lama di sini hanya untuk mempelajari permainan tradisional kerana pelancong sedar akan

peribahasa “sambil menyelam, minum air”. Hal ini sekali gus menjana pendapatan negara melalui

industri pelancongan yang semakin meningkat.

Daripada persepsi cendekiawan, permainan tradisional merupakan sejenis pendidikan tidak

formal yang amat tinggi nilainya. Hal ini demikian kerana kita dapat mematangkan pemikiran di

samping membijakkan otak untuk berfikir secara kritis dan kreatif semasa memainkan permainan

tardisional. Sebagai contoh, permainan congkak menguji kebijaksanaan dan kesabaran pemain

memasukkan biji guli ke dalam “rumah” dan “kampung” pada papan congkak. Yang indahnya, kita

dapat memupuk dan menyemai nilai-nilai murni dalan kalangan rakyat sesebuah negara supaya lebih

cinta akan negara daripada dijajah oleh anasir jahat dari luar. Natijahnya, kita harus sedar bahawa

permainan tradisional dapat mengukuhkan semangat perpaduan nasional dalam kalangan rakyat

supaya mereka sedar bahawa “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”.

Akhirulkalam, permainan tradisional mestilah dihidupkan semula supaya menjadi tak lapuk

dek hujan, tak lekang dek panas. Saya berharap, satu hari nanti, permainan rakyat ini akan lebih

dipandang berat dan diapresiasi oleh segenap lapisan masyarakat di nusa ini. Warisan bangsa ini

sebenarnya mestilah kita kekalkan demi kesejahteraan negara. Secara tidak langsung, permainan

tradisional dapat mengharumkan nama negara dan menaikkan imej Malaysia di persada dunia.

Kesimpulannya, saya berharap permainan tradisional di Malaysia akan terus popular dalam carta

kehidupan rakyat dan terus diminati sebagai hobi yang berfaedah. Ayuh kita main congkak!

****

Lihat peta minda di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang peranan masyarakat

membantu golongan warga tua menjalani kehidupan seharian. Panjang huraian, antara 200

hingga 250 patah perkataan.

Page 12: Contoh karangan-berpandu-1

12 Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Karangan Berpandu

© 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo

Kebajikan warga tua sentiasa menjadi isu yang hangat diperbualkan oleh ahli masyarakat. Hal

inidemikian kerana masyarakat madani di negara kita tidak pernah diajar menjadi seperti kacang

lupakan kulitnya. Oleh hal yang demikian, warga tua yang berkeluarga mahupun tidak berpunya apa-

apa lagi menjadi permata hati pelbagai pihak termasuk kerajaan badan bukan kerajaan. Hari warga tua

kala ini menjadi lebih bererti apabila pelbagai pihak dalam masyarakat hari ini sanggup memainkan

peranan penting untuk membantu warga tua menjalani kehidupan haria yang lebih bermakna

sementara menanti panggilan Ilahi.

Pihak kerajaan Malaysia sentiasa meletakkan warga tua di tahap yang tinggi acap kali

belanjawan negara dibentangkan di Parlimen. Perdana Menteri, merangkap portfolio Menteri

Kewangan telah membentangkan peruntukan yang "bahagia" sekali gus memberikan keceriaan

kepada golongan tua. Elaun sara hidup warga emas telah dipertingkatkan seiring kenaikan harga

barangan keperluan. Pengumuman ini membawa seribu harapan dan jutaan ukiran senyuman di

bibir warga tua. Oleh sebab itu, warga tua dapat melangsungkan sisa-sisa hidup dengan lebih

bermakna dan gembira.

Badan Bukan Kerajaan di Malaysia juga mempamerkan kesungguhan mereka untuk

menghulurkan bantuan dan sokongan hidup kepada warga emas. Hal ini demikian kerana warga tua

memerlukan perhatian daripada setiap pihak. Oleh hal yang demikian, badan kebajikan "Tzu Chi"

umpamanya membuka lebih seratus buah klinik kebajikan dengan harapan warga tua dapat membuat

pemeriksaan doktor secara percuma dan mendapat rawatan serta nasihat doktor yang bertauliah yang

memegang pada prinsip "buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali". Hal ini dapat

mengelakkan dan menurunkan tahap obesiti dan masalah kesihatan lain yang kian menyerang warga

tua akibat pengabaian aspek kesihatan.

Ahli masyarakat sentiasa digalakkan supaya menghormati dan mentaati warga tua yang lebih

berpengalaman dalam aspek kehidupan. Yang boleh kita lakukan ialah menggembirakan hati dan

membahagiakan hidup mereka. Ibu bapa haruslah mengajar anak-anak supaya membantu datuk dan

nenek mereka yang tidak bertenaga, terutamanya ke tandas atau sewaktu berjalan-jalan. Apabila

luangan masa berkualiti dikongsi bersama warga tua, kebahagiaan hidup berkeluarga dapat dicapai

sekali gus merealisasikan slogan "rumahku syurgaku jua". Dengan berbuat begitu, masyarakat

yang penyayang dan prihatin dapat dilahirkan.

Akhirulkalam, setiap daripada kita berpeluang melalui hidup pada usia lanjut. Mahukah kita

melihat warga tua hidup merempat di lorong-lorong kemiskinan? Oleh hal yang demikian, pendidikan

mengapresiasi warga tua haruslah dimulakan sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari

rebungnya. Dengan semangat ingin membantu dan meringankan beban kehidupan warga emas, setiap

daripada kita mampu mengubah kehidupan mereka daripada duka menjadi suka. Sebagai penutup

bicara, ingatlah bahawa hari ini hari mereka, esok hari kita.

Page 13: Contoh karangan-berpandu-1

13 Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Karangan Berpandu

© 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo

Page 14: Contoh karangan-berpandu-1

14 Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Karangan Berpandu

© 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo

Sejak 1990-an lagi, Malaysia sudah pun berjaya menganjurkan kempen Tahun Melawat

Malaysia. Kejayaan ini diteruskan sekali demi sekali sehingga kini. Tahun 2007 sekali lagi dikenali

sebagai Tahun Melawat Malaysia dengan slogan "Malaysia Truly Asia" Keaslian Malaysia sebagai

negara Asia yang termaktub dalam lagu tema kempen ini sekali gus membuka mata dan minda

seantero dunia. Walau bagaimanapun, banyak pihak berpendapat bahawa langkah yang diambil

untuk memajukan industri pelancongan sebelum ini belum sampai tahap berprestij dan kurang efektif.

Oleh hal yang demikian, alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai lengan.

Kempen dan usaha mempromosikan Malaysia di persada dunia merupakan rencah utama

yang dapat meningkatkan imej negara Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama di rantau ini.

Hal ini demikian kerana promosi dan kempen dapat mempercepat langkah kerajaan menguar-uarkan

aktiviti Tahun melawat Malaysia ke seluruh pelosok jagatraya. Melalui media massa dan jerayawara

(aktiviti "road show"), saya yakin Malaysia dapat menarik perhatian pendarmawisata dari segenap

sudut dunia. Hal ini memang mirip dengan lirik lagu "Malaysia Asia Sebenar" yang dimainkan di

corong-corong radio. Justifikasinya, saya yakin bahawa kempen Tahun Melawat Malaysia akan

sukses.

Mengikut kajian yang dijalankan oleh pihak bertanggungjawab, sistem pengangkutan yang

efisien di sesebuah negara memainkan peranan penting untuk menjana perkembangan industri

pelancongan. Malaysia yang masih kekurangan dari segi kemudahan pengangkutan yang sistematik

perlu ukur baju di badan sendiri sekali gus membuat anjakan paradigma dalam soal pengangkutan

awam. Rungutan dan luahan ketidakpuasan hati pelancong mestilah diambil kira. Oleh sebab itu,

kerajaan mestilah menyusun strategi pembangunan dengan menyediakan kemudahan pengangkutan

bertaraf lima bintang sebagai pemangkin usaha menjadikan Malaysia sebagai destinasi persinggahan

pelancong dari seluruh dunia yang mendambakan keunikan alam semula jadinya.

Malaysia sememangnya nusa bertuah kerana iklimnya yang panas dan lembap sepanjang

tahun. Kehidupan flora dan fauna yang terpulihara menjadikan Malaysia kaya dengan destinasi

ekopelancongan utama dunia. Penaiktarafan kawasan pelancongan di seluruh negara dengan chalet,

hotel dan kemudahan penginapan lain dapat memberi bonus kepada Malaysia untuk menjadi destinasi

pilihan pelancong. Aspek kebersihan di kawasan pelancongan janganlah dipandang enteng kerana

industri pelancongan menyediakan pelbagai peluang perniagaan dan pekerjaan kepada penduduk

tempatan. Oleh itu, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Malaysia pasti boleh!

Kesimpulannya, Malaysia mempunyai potensi yang besar dalam usaha memperkembangkan

industri pelancongannya. Yang paling penting, rakyat dan kerajaan perlulah mengamalkan prinsip

berat sama dipikul, ringan sama dijinjing dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai pilihan utama

pelancong. Saya berharap pihak berkenaan dapat mengambil langkah yang sesuai seperti dinyatakan

di atas untuk merealisasikan aspirasi negara untuk mencapai pembangunan dalam bidang pelancongan

yang bertaraf dunia. Sebenarnya, genggam bara api, biarlah sampai jadi abu. Kita mestilah berusaha

sehingga nama Malaysia tersohor di seluruh dunia.

Page 15: Contoh karangan-berpandu-1

15 Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Karangan Berpandu

© 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo

Lihat catatan di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan semangat kejiranan

tersebut. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

KEPENTINGAN SEMANGAT KEJIRANAN

Mewujudkan masyarakat bersatu padu

Melahirkan masyarakat yang prihatin

Mengakrabkan hubungan sesama jiran

Jiran ialah sekelompok masyarakat setempat yang tinggal berhampiran antara satu dengan lain. Jiran

diibaratkan sebagai saudara kandung tempat kita mengadu atau mendapatkan pertolongan. Jiran yang baik

ibarat „cubit paha kiri paha kanan pun terasa’ amat sukar ditemui.‟ Sesungguhnya, banyak kepentingan

yang diperoleh jika kita mengutamakan hubungan yang erat sesama jiran atau mengamalkan semangat

kejiranan.

Salah satu kepentingan semangat kejiranan ialah kita dapat mewujudkan masyarakat yang bersatu

padu. Hal ini dapat dilaksanakan melalui budaya ziarah-menziarahi semasa perayaan besar seperti sambutan

Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Hari Krismas, Hari Gawai dan Deepavali. Selain itu kita juga

boleh berkunjung ke rumah jiran ketika mereka mendapat musibah atau sakit. Kunjungan kita ke rumah jiran

mungkin dapat melegakan penderitaan yang dialami mereka dan secara tidak langsung mengeratkan

hubungan silaturahim. Selain itu, hubungan antara kaum dan agama juga dapat dieratkan.

Semangat kejiranan juga berupaya mewujudkan masyarakat yang prihatin. Hal ini boleh terjadi

seandainya jiran tetangga saling mengambil berat antara satu dengan lain. Hubungan yang terjalin akan

memudahkan kita untuk meminta bantuan ketika dalam kesusahan. Selain itu, kita juga boleh mengharapkan

jiran memerhatikan rumah kita semasa kita pulang ke kampung atau pergi melancong. Pada masa yang lain

mungkin kita pula akan dipinta oleh mereka untuk berbuat perkara yang serupa. Tegasnya, semangat

kejiranan akan melahirkan rasa prihatin dalam kalangan masyarakat.

Semangat kejiranan yang dipupuk juga memudahkan tugas yang besar dilaksanakan secara bergotong-

royong. Apabila hubungan sesama jiran sudah menjadi akrab seperti aur dengan tebing, sesuatu tugas yang

berat dan besar seperti membersihkan kawasan kampung atau perumahan dapat dilaksanakan secara

bersama-sama tanpa sebarang masalah. Oleh itu, tugas yang berat menjadi mudah laksana „hati kuman

sama dicecah hati gajah sama dilapah.’ Lantas suasana yang harmoni dapat dibentuk dalam masyarakat.

Kesimpulannya, semangat kejiranan wajar dipupuk dalam masyarakat kita agar masyarakat dapat

hidup dalam keadaan harmoni. Sekiranya hal ini dapat dilakukan, maka akan tercapailah cita-cita negara

untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu dan penyayang sebagaimana dihasratkan dalam matlamat

Wawasan 2020.

Page 16: Contoh karangan-berpandu-1

16 Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Karangan Berpandu

© 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo

Kaji gambar-gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara rakyat

Malaysia mengisi masa cuti. Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Page 17: Contoh karangan-berpandu-1

17 Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Karangan Berpandu

© 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo

RANGKA JAWAPAN

CARA-CARA RAKYAT MALAYSIA MENGISI MASA CUTI

Pendahuluan

Kaya dengan tempat percutian menarik kerana kepelbagaian kaum.

Mengeratkan hubungan kekeluargaan dan menyumbang ekonomi negara.

Isi/fakta

Melawat pusat-pusat kebudayaan (IU)

- Rakyat akan mengetahui budaya kaum yang unik dan menarik. (HS1)

- Pelbagai etnik seperti Melayu, Cina, dan India. (HS2)

- Mempunyai kebudayaan dan identiti yang tersendiri. (HS3)

- Mampu menjaga keharmonian tanpa berlakunya rusuhan kaum. (HS4)

- Aspek pemakanan, tarian, pakaian, musim perayaan, dan,sebagainya. (CTH)

Mengembara (IU)

Sama ada ke luar bandar atau hutan. (HS1)

Menambahkan pengalamaan dan menguji kecerdasan. (HS2)

Pulau Langkawi mempunyai keindahan alam sekitar. (CTH)

Perlu dipelihara untuk generasi akan datang dan menikmati kurniaan Iilahi. (HS3)

Mendedah kehidupan di kawasan utan dan menguji kesabaran seseorang. (HS4)

Melawat pusat-pusat membeli-belah (IU)

Pada musim perayaan atau hujung minggu. (HS1)

Ekonomi negara meningkat. (HS2)

Membeli barangan buatan tempatan. (HS3)

Menyahut seruan kerajaaan. (HS4)

Pusat penjualan batik, cenderahati, kraf tangan, dan sebagainya. (CTH)

Penutup

Matlamat kerajaanmembentuk keluarga bahagia. (CDG)

Merealisasikan harat murni kerajaan. (HP)

Page 18: Contoh karangan-berpandu-1

18 Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Karangan Berpandu

© 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo

Contoh Jawapan

Malaysia satu-satunya negara yang kaya dengan pelbagai hari percutian kerana kepelbagaian

kaum. Rakyat Malaysia harus mengambil kesempatan untuk mengisi masa percutian ini dengan

pelbagai cara kerana percutian bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim atau hubungan

kekeluargaan, malah dapat menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi . Sehubungan dengan itu,

rakyat Malaysia patut mengisi masa cuti bak kata peribahasa , jauh perjalanan, luas pengalaman.

Salah satu bentuk percutian yang digalakkan adalah percutian kebudayaan. Rakyat seharusnya

mengisi masa cuti dengan melawat ke pusat-pusat kebudayaan. Hal ini demikian kerana dapat

memudahkan rakyat negara ini mengetahui budaya kaum lain yang unik dan menarik. Memang tidak

dapat dinafikan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik seperti

Melayu, Cina, India, dan sebagainya mampu menjaga keharmonian dalam negara tanpa melakukan

rusuhan kaum. Setiap etnik ini mempunyai budayanya yang tersendiri sekali gus mempamerkan

identiti sebenarnya sesuatu kaum. Fenomena ini dapat dilihat dari aspek pemakanan, tarian, pakaian,

musim perayaan, dan sebagainya. Misalnya, pada musim perayaaan atau mengadakan rumah terbuka,

etnik yang berbilang bangsa akan saling menziarahi antara satu sama lain.

Selain itu, rakyat Malaysia juga, boleh mengisi masa cuti dengan mengembara ke pelbagai

destinasi alam semula jadi yang terdapat di Negara kita.Rakyat harus mengambil kesempatan

meneroka khazanah alam semula jadi seperti meyusur Sungai Pahang ke Taman Negara , Pahang,

mendaki Gunung Kinabalu atau lain-lain destinasi alam semula jadi yang jarang dikunjungi. Hal ini

dapat menambahkan pengalaman dan pengetahuan sekali gus memupuk sifat cinta akan alam semula

jadi. Contohnya Pulau Langkawi masih lagi mempunyai keindahan alam sekitar yang belum dinodai

oleh pembangunan negara yang begitu pesat. Khazanah alam semula jadi ini perlu dipelihara agar

generasi akan datang dapat menikmati kurniaan Ilahi ini. Aktiviti mengembara ini mendedahkan

kehidupan di kawasan hutan yang benar-benar menguji tahap kesabaran seseorang.

Di samping itu, pusat-pusat beli-belah juga menjadi tumpuan rakyat Malaysia untuk mengisi

masa cuti yang banyak. Hal ini demikian kerana pada cuti musim perayaan atau cuti hujung minggu

amat sesuai untuk pergi membeli-belah. Peribahasa Melayu ada menyatakan, sambil menyelam

minum air amat relevan dalam hal ini. Hal ini demikian kerana dengan berbelanja di pelbagai

kompleks beli-belah bertaraf antarabangsa, secara tidak langsung, ekonomi negara akan meningkat .

Tambahan pula, rakyat akan membeli barangan buatan Malaysia dan menyahut seruan kerajaan

Belilah Barangan Buatan Malaysia.”. Antara pusat beli-belah yang sering dikunjungi ialah pusat

penjualan batik, kedai cenderahati, kraf tangan, dan sebagainya.

Sesungguhnya, rakyat Malaysia harus mengisi masa cuti dengan pelbagai cara kerana

amalan percutian selaras dengan matlamat kerajaan membentuk keluarga bahagia menggenapi usaha

“Rumahku, Syurgaku.” Dengan itu, marilah kita bersam-sama merealisasikan hasrat murni ini ke arah

Malaysia yang “Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.” Oleh itu, rakyat Malaysia diseru melancong

dalam negeri sendiri yang begitu banyak dan menarik.

( 299 patah perkataan)

Page 19: Contoh karangan-berpandu-1

19 Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Karangan Berpandu

© 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo

Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha memajukan

ICT di negara kita. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah kata.

RANGKA JAWAPAN

Pendahuluan

- maksud ICT (AR)

- ICT telah mula berkembang di Negara kita(HS1)

- ICT kita standing negara lain(CTH)

- pelbagai usaha telah dan sedang dijalankan memajukan ICT(HS2)

Isi / Fakta

2.1- memajukan ICT melalui Koridor Raya Multimedia (MSC)(IU)

- projek yang mampu memacu ekonomi Negara (HS1)

- mendorong pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan(HS2)

- menyediakan syarikat ICT di Malaysia bertaraf dunia(CTH)

2.2-Usaha membudayakan ICT kepada masyarakat(IU)

- menjelang 2020 pengguna internet menjangkau 2614 juta orang(CTH)

- pertambahan dan perkembangan penggunaan internet purata 77.25%(CTH)

- usaha “celik” ICT berjaya(HS1)

2.3-memajukan ICT dalam bidang Pendidikan(IU)

- tema Hari Guru berkait ICT(HS1)

- 4500 sekolah ada makmal komputer dan 99 ribu unit computer(CTH)

Page 20: Contoh karangan-berpandu-1

20 Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Karangan Berpandu

© 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo

- berkongsi maklumat melalui sidang video(HS2)

- dapat memperkasa bidang Pendidikan(HS3)

2.4-usaha Majlis IT Negara dalam pembabitan institusi peringkat global(IU)

- menjalankan 5 agenda tersendiri(HS1)

- menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana Teras Strategik (HS2)

- menggerakkan sector awam dan swasta libatkan 30 projek(CTH)

- negara akan dianggap maju dalam teknologi maklumat(HS3)

2.5-melebarluaskan ICT dengan penyediaan infrastruktur dan utility(IU)

- usaha ini berdasarkan Dasar Telekomunikasi Kerajaan 1994-2020(HS1)

- kerjasama sektor swasta dan kerajaan(HS2)

- kerajaan sentiasa mengkaji dan menilai keberkesanannya(HS2)

Kesimpulan

- rakyat tidak harus lepaskan peluang menyambut ICT

- pentingnya semua pihak bekerjasama bersedia dalam cabaran ICT

Contoh Jawapan

Secara ringkas ICT bermaksud maklumat dan teknologi yang disampaikan dari sumber

kepada penerima melalui saluran teknologi. Darsawarsa ini, kemajuan ICT atau Industri Teknologi

Komunikasi dan Maklumat sudah Negara kita kita sudah boleh dikatakan maju dan mampu berdiri

sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain. Banyak usaha telah

dilakukan dalam memajukan ICT negara kita.

Kemajuan penggunaan ICT dalam kalangan penduduk negara ini diwujudkan melalui Koridor

Raya Multimedia (MSC) iaitu suatu projek raksasa kerajaan Malaysia untuk memajukan sektor

teknologi maklumat. Penubuhan Koridor Raya Multimedia ibarat enjin yang dapat memacu Malaysia

ke arah pencapaian negara maju menjelang 2020 dan menyediakan ICT bertaraf dunia yang

komprehensif. Hal ini dapat mewujudkan persekitaran kerja dan kehidupan yang mendorong

pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan. MSC ternyata menjadi pemangkin kepada kepada

syarikat ICT di Malaysia berdaya saing supaya dapat berkembang sebagai syarikat bertaraf dunia.

Negara berusaha Meluaskan ICT kepada seluruh masyarakat misalnya kemudahan komputer

di Malaysia adalah lebih 65% terutama ditempat kerja dan perumahan. Menurut Suruhanjaya

Komunikasi dan Multimedia tahun 2001, sehingga akhir tahun 2020 dianggarkan pengguna internet di

negara ini menjangkau 2614 juta orang. Selain itu statistik dari suruhanjaya juga menunjukkan

perkembangan dan pertambahan penggunaan internet di Malaysia dari tahun 1995-2002 sentiasa

meningkat dari tahun ke tahun iaitu sebanyak 77.25% jika dihitung secara kadar purata pertumbuhan.

Ternyata usaha kita menjadikan masyarakat kita “celik‟ ICT menampakkan kejayaan.

Bukan itu sahaja, kemajuan ICT semakin rancak dalam bidang pendidikan. Tidak hairanlah

tema hari guru tahun 2006 turut berkaitan usaha kerajaan untuk membudayakan ICT dalam kalangan

pelajar dan pendidik iaitu “Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan”. Sehingga kini 4500 buah

sekolah disediakan makmal komputer dengan 99 ribu unit komputer. Bukan itu sahaja, setakat ini

sebanyak 8120 sekolah dihubungkan dengan kemudahan jalur lebar school-net dan 14 ribu unit

televisyen. Ternyata penggunaan teknologi maklumat dapat memajukan dan merevolusikan bidang

pendidikan negara. Diharap sekolah-sekolah dapat berkongsi maklumat melalui sidang video.Dengan

ini hasrat kita untuk memperkasakan bidang pendidikan bukan hanya mimpi.

Selain itu, kemajuan ICT di bawah Majlis IT Negara (NITC) telah melancarkan Agenda Teras

Strategik yang mendorong pembabitan rakyat dan institusi secara efektif dalam kemunculan rangkaian

persekitaran global. Lima agendanya ialah E-Ekonomi, E-Perkhidmatan Awam, E-Komuniti,

Page 21: Contoh karangan-berpandu-1

21 Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Karangan Berpandu

© 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo

E-Pembelajaran dan E-Kedaulatan. NITC juga telah menubuhkan Jawatankuasa Pelaksanaan Teras

Strategik (STIC) untuk merealisasikan Agenda Teras Strategik. Setakat ini STIC berjaya

menggerakkan sektor awam dan swasta melaksanakan 30 projek termasuklah Pusat Pertukaran

Sumber E-Komuniti, Grid Pembelajaran Kebangsaan, Dana ICT Komuniti dan SJ2005. Dengan ini

kita mampu menjadikan Malaysia gah maju dalam teknologi maklumat dan bukan dianggap negara

dunia ketiga lagi.

Dalam dunia serba kompetatif ini, usaha murni kerajaan melalui Dasar Telekomunikasi

Kerajaan 1994-2020 patut dimanfaatkan oleh semua. Kerajaan akan menyediakan infrastruktur dan

utiliti yang mencukupi dan berteknologi memenuhi kehendak masyarakat atau sebuah bandar moden.

Pembangunan infrastruktur itu merangkumi projek syarikat kerajaan mahupun swasta seperti Syarikat

Telekom Malaysia Berhad (STMB) dan beberapa syarikat lain seperti Maxis, Celcom, Digi, TM

Touch dan lain-lain lagi. Setakat ini, pihak kerajaan sentiasa mengkaji dan menilai agar

telekomunikasi berteknologi tinggi dan aplikasi pengguna ICT benar-benar memberangsangkan

ekonomi negara di peringkat global.

Konklusinya, kemajuan ICT negara yang memberangsangkan sepatutnya tidak dilepaskan

begitu sahaja oleh kita semua dalam merealisasi wawasan 2020. Sesungguhnya kita belum boleh

mendabik dada kerana cabaran ICT mendatang harus ditempuh oleh semua rakyat Malaysia dengan

penuh persediaan kata orang kalau takut dilambung ombak, janganlah berumah di tepi pantai.

Tegasnya, kerjasama semua pihak penting dalam usaha memajukan lagi ICT di negara kita.

****

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha meningkatkan

mutu pengangkutan awam di Malaysia. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah

perkataan.

PENGANGKUTAN AWAM DI MALAYSIA

Page 22: Contoh karangan-berpandu-1

22 Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Karangan Berpandu

© 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo

RANGKA KARANGAN

1.0 Pendahuluan

- Usaha yang dilakukan oleh kerajaan meningkatkan mutu pengangkutan awam.

- Jenis pengangkutan awam di Malaysia.

- Tujuan pembangunan pengangkutan awam.

2.0 Isi

2.1 – Pengangkutan awam teksi

- Pengklasan teksi bandar, luar bandar dan lapangan terbang.

- Peningkatan mutu perkhidmatan- sistem bermeter/ sistem radio teksi.

- Memberi faedah kepada pengguna- memudahkan/elakkan penyelewengan.

2.2 – Pengangkutan awam bas.

- Pengabungan syarikat kecil kepada besar- bentuk modal besar.

- Penawaran perkhidmatan lebih baik- bas baru dan lebih baik

2.3 – Perkhidmatan monorel / komuter/ kereta api elektrik

- mengurangkan kesesakan di bandar dan masalah pencemaran udara

- gerabak berhawa dingin menganti gerabak kelas 3 tidak berhawa dingin.

2.4 – Perkhidmatan kapal terbang

- MAS dan Air Asia

- banyakkan destinasi

- pekej tambang murah

- ramai pengguna mampu mengunakannya

3.0 Penutup

- Sistem pengangkutan awam setanding dengan negara maju

- Syarikat terlibat perlu kekalkan dan tingkatkan kualiti.

- Kualiti yang baik menarik minat pengguna.

Contoh Jawapan

Dalam usaha menuju negara maju menjelang tahun 2020, Malaysia telah berusaha

menyediakan prasarana yang mencukupi untuk memastikan sistem pengangkutan berjalan lancar.

Sistem pengangkutan yang cuba dibangunkan ini meliputi laluan darat seperti jalan raya dan jalan

kereta api, laluan udara dan laut. Fokus utama pembangunan sistem pengangkutan ini bagi

memudahkan orang ramai berhubung dengan masyarakat tempatan dan masyarakat di dunia luar.

Teksi digunakan sebagai alat mudah untuk pergi ke sesuatu destinasi. Kenderaan tersebut

sebagai keperluan wajib untuk masyarakat ke destanasi yang diinginkan seperti ke sekolah, ke

pejabat, ke surau dan ke pasar raya. Untuk meningkatkan mutu perkhidmatan, kerajaan telah

mewartakan semua teksi bandar mengunakan sistem bermeter dan radio teksi.Kerajaan juga telah

menggunakan warna yang berbeza untuk teksi bandar dan luar bandar.Bagi pengangkutan ke

destanasi lapangan terbang kerajaan telah memperkenalkan teksi limosen. Melalui keadah ini,mutu

prkhidmatan dapat ditingkatkan dan diselaraskan serta memudahkam pengguna.Selain itu,

penggunaan teksi bermeter dapat mengelakkan pemandu teksi melakukan penyelewengan dan

menguntungkan pengguna.

Pengangkutan awam yang paling murah dan popular dalam kalangan pengguna ialah bas. Bas

biasa digunakan oleh orang ramai untuk pergi bekerja atau ke pasar raya. Untuk meningkatkan mutu

perkhidmatan ini, kerajaan telah menggalakkan pengusaha bas yang berskala kecil membentuk

konsortium bagi meningkatkan aliran modal. Antara syarikat konsortium yang beroperasi ialah

Transit Link, Couseway Link dan Pak May. Melalui keadah ini, syarikat pengangkutan akan dapat

Page 23: Contoh karangan-berpandu-1

23 Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Karangan Berpandu

© 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo

menawarkan perkhidmatan yang lebih baik dengan cara mengantikan kenderaan yang telah lama

dengan kenderaan yang baru serta selesa.Keadah ini akan menggalakkan orang ramai menggunakan

perkhidmatan ini.

Di Lembah Klang yang mempunyai aliran trafik yang lebih padat,kerajaan telah

memperkenalkan sistem pengangkutan awam yang baru dan canggih untuk mengatasi masalah

kesesakan. Untuk itu, kerajaan telah memperkenalkan monorel dan komuter yang digerakkan oleh

tenaga elektrik. Melalui sistem pengangkutan ini kerajaan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas

di bandar khasnya Kuala Lumpur selain mengurangkan masalah pencemaran udara.

Untuk perjalanan lebih jauh, katakan warga Kuala Lumpur ingin ke Johor Bahru, ramai yang

memilih menaiki kereta api. Sekiranya menaiki kereta api pada waktu malam, bangun pagi sahaja

sudah tiba tempat yang dituju. Untuk memajukan jenis pengangkutan ini kerajaan melalui badan

berkanunnya Kereta api Malaysia Berhad (KTMB) telah memperkenalkan gerabak kereta api berhawa

dingin kelas satu dan dua . KTMB juga telah menamatkan perkhidmatan gerabak kelas tiga yang tidak

berhawa dingin.

Sementara itu, mereka yang ingin ke seberang laut, ramai yang memilih perkhidmatan kapal

terbang dan kapal laut. Untuk meningkatkan mutu perkhidmatan Syarikat Penerbangan Malaysia

Berhad (MAS) dan Air Asia telah menambah destinasi penerbangan baru dan membeli pesawat-

peswat yang baru. Selain itu, syarikat penerbangan ini juga telah menawarkan pekej tambang murah

khasnya yang telah dilakukan oleh Air Asia.Dengan cara ini, ramai pengguna akan mampu

menggunakan perkhidmatan ini.

Sesungguhnya, sistem pengangkutan awam di Malaysia boleh dikatakan setanding dengan

negara-negara maju. Oleh itu, menjadi tanggungjawab syarikat yang mengendalikan perkhidmatkan

ini terus mengekalkan dan meningkatkan mutu perkhidmatan agar manarik minat pengguna

menggunakannya.

Page 24: Contoh karangan-berpandu-1

24 Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Karangan Berpandu

© 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faktor-faktor yang mendorong

Malaysia menjadi destinasi pelancongan yang menarik. Panjang huraian, antara 200 hingga 250

patah perkataan.

RANGKA KARANGAN

Pendahuluan

Malaysia berpotensi sebagai pelancongan menarik (AR)

Malaysia kaya dengan pelbagai tempat pelancongan menarik (HS)

Mampu menggamit sesiapa sahaja yang datang (HS)

Keindahan dan keunikan ini diihat daripada pebagai aspek (AA)

Isi / Fakta

Alam flora dan fauna yang indah

- Dipenuhi dengan pelbagai keaslian spesis tumbuhan, herba dan serangga.

- Taman Negara di Pahang dan Endau Rompin

- Pencinta alam dapat menikmati, mengkaji dan mengenali

- Tinggal di dalam hutan dengan menyewa chale atau khemah

Komposisi kaum yang unik

Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama iaitu Melayu, Cina dan

India, Kadazan, Bidayuh dan sebagainya.

Memiliki keunikan budaya dari segi pakaian, tarian dan makanan.

Disajikan dengan persembahan tarian kebudayaan seperti Zapin, Inang, Ngajat, Tarian Singa dan

Klasik India kepada para pelancong yang mengunjungi Rumah Kampung Budaya di Sarawak.

Menikmati keenakan masakan tradisi tempatan, biasanya disajikan oleh hote-hotel atau restoran

terkemuka.

Page 25: Contoh karangan-berpandu-1

25 Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Karangan Berpandu

© 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo

Pelancong tidak berasa rugi berkunjung ke Malaysia kerana kaya dengan pelbagai adat dan

tradisi.

Malaysia memiliki destinasi pelancongan menarik

Tanah Tinggi seperti Tanah Tinggi Cameron dan Tanah Tinggi Genting, Pantai-pantai yang

menawan seperti Rantau Abang dan Teluk Chempedak, Pulau-pulau yang indah seperti Pulau

Tioman dan Pulau Langkawi.

Dijaga kebersihan dan keindahan alam sekeliling.

Menaiktaraf infrastruktur dan prasarana di mana-mana sahaja tempat pelancongan yang

berpotensi.

Penutup

Masyarakat Malaysia harus memberi sokongan kepada pihak kerajaan dalam menjayakan kempen

cuti-cuti Malaysia dan Tahun Melawat Malaysia.

Rancanglah percutian yang menarik bersama keluarga kita di Malaysia kerana segala-galanya ada

di Malaysia.

CONTOH JAWAPAN

Malaysia memang berpotensi untuk memajukan sektor pelancongan. Hal ini demikian kerana

Malaysia kaya dengan pelbagai tempat pelancongan yang menarik, indah dan menawan. Malaysia

mampu menggamit sesiapa sahaja untuk berkunjung ke negara ini. Keindahan ini boleh dilihat

daripada pelbagai aspek.

Alam flora dan fauna yang indah merupakan daya tarikan utama para pelancong dari dalam

dan luar negara. Dalam belantara ini dipenuhi dengan pelbagai keaslian spesis tumbuhan yang dijaga

dengan rapi oleh pihak-pihak tertentu seperti Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Perhutanan. Malah

usaha kerajaan negeri Pahang dan Johor yang menjadikan hutan itu sebagai hutan simpanan iaitu

Taman Negara di Pahang dan Endau Rompin merupakan khazanah yang bernilai bagi para pencinta

alam untuk menikmati alam ciptaan-Nya. Mereka bukan sahaja dapat menikmati keindahan alam

bahkan berpeluang juga mengenali jenis-jenis tumbuhan-tumbuhan dan serangga-serangga di negara

kita yang memiliki hutan hujan khatulistiwa. Bagi mereka yang berminat pastinya mereka akan

tinggal beberapa hari dengan menyewa chalet yang disediakan oleh pihak-pihak tertentu. Jelaslah

keindahan alam flora dan fauna mampu meningkatkan industri pelancongan di Negara ini umpama

peribahasa sambil menyelam minum air kerana bukan sahaja memperoleh pendapatan malah nama

negara dapat dikenali di peringkat antarabangsa.

Komposisi kaum yang unik di Malaysia juga menyumbang daya penggalak sektor

pelancongan di negara ini. Para pelancong akan disajikan dengan persembahan kebudayaan pelbagai

kaum oleh mana-mana kumpulan kebudayaan khas. Mereka pasti berasa kagum dengan keunikan

budaya dari segi pakaian, tarian dan keenakan makanan tempatan yang mewarnai kehidupan di

Malaysia. Pelbagai tarian tradisional seperti zapin, inang, ulik mayang, tarian singa, klasik India,

ngajat dan sebagainya mampu manghiburkan para pelancong yang berkunjung ke kampong Budaya

Sarawak dan pastinya akan membawa kenangan manis yang indah dihati pelancong. Malaysia yang

kaya dengan pelbagai jenis makanan tempatan pelbagai kaum pasti mengundang rasa ingin datang

lagi untuk merasai kelazatan makanan ini. Sesungguhnya, para pelancong tidak akan berasa rugi

sekiranya berkunjung ke Malaysia kerana terdapat pelbagai masyarakat majmuk yang kaya dengan

pelbagai adat dan tradisi mereka masing-masing.

Selanjutnya, kita juga memiliki destinasi pelancongan yang menarik. Antaranya, di kawasan

tanah tinggi seperti di Tanah Tinggi Cameron dan Tanah Tinggi Genting. Selain itu, Malaysia juga

memiliki pantai-pantai yang menawan seperti Rantau Abang dan Teluk Chempedak. Malahan juga

memiliki pulau-pulau yang yang indah seperti Pulau Langkawi dan Pulau Tioman. Terdapat juga

tempat dan bangunan bersejarah yang harus dilawati bagi mengenali Malaysia dengan lebih dekat

lagi. Keistimewaan tempat pelancongan ini memberi banyak pengetahuan dan pengalaman kepada

Page 26: Contoh karangan-berpandu-1

26 Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Karangan Berpandu

© 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo

para pelancong. Setiap destinasi pelancongan sentiasa dijaga kebersihan dan keindahan alam

sekeliling. Bukan itu sahaja, kerajaan juga memperuntukkan jumlah yang besar bagi menaik taraf

infrastruktur dan prasarana di mana-mana tempat pelancongan yang berpotensi. Hal ini bagi

memastikan para pelancong akan berasa seronok untuk melancong di sini. Tidak dinafikan lagi

bahawa industri pelancongan merupakan serampang dua mata dalam usaha meningkatkan ekonomi

dan pendapatan Negara.

Konklusi, masyarakat Malaysia haruslah sentiasa memberi sokongan kepada pihak kerajaan

dalam menjayakan kempen cuti-cuti Malaysia dan Program Tahun Melawat Malaysia. Jadi,

rancanglah percutian yang menarik bersama keluarga kita di Malaysia kerana segala-galanya ada di

Malaysia.

****

Lihat rajah di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis sebuah karangan tentang sebab-sebab mengapa

masyarakat harus menyahut seruan program kitar semula. Panjang karangan hendaklah antara 200

hingga 250 patah perkataan.

Page 27: Contoh karangan-berpandu-1

27 Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Karangan Berpandu

© 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo

RANGKA JAWAPAN

1.0 Pendahuluan

Kitar semula menggunakan semula barang buangan yang masih boleh digunakan

Tujuan menjimatkan kos dan sumber alam

Masyarakat harus memberi sokongan

Banyak faedah akan dinikmati mereka

Isi / Fakta

Bilangan sampah-sarap bertambah

kitar semula mengurangkan sampah

membantu mengatasi masalah pencemaran alam

mengatasi masalah kekurangan tapak pelupusan sampah-sarap

mencegah perebakan pelbagai jenis penyakit oleh lalat dan

nyamuk

kesihatan terjamin

Kitar semula barangan kertas

menyelamatkan pokok-pokok

input penting dalam industri penghasilan kertas

dapat menyelamatkan 17 pohon jika mengitar semula 1 tan metric kertas

kos barangan kertas menurun

menguntungkan pengguna

2.3 Tin-tin aluminium

boleh dikitar semula

mengatasi masalah penyusutan sumber logam aluminum

meneruskan proses pengeluar tin-tin, minuman ringan

kos pengeluar akan menurun

menyumbang kepada peluang pekerjaan

3.0 Penutup

- rakyat harus menyahut seruan murni ini

- wang yang dibelanjakan oleh pihak kerajaan untuk kempen ini tidak

mengalami kerugian

Contoh Jawapan

Kitar semula ialah satu proses melibatkan 3R iaitu “Reduce, Reuse dan Recycle”

(kurangkan, guna semula dan kitar semula) ke atas barangan yang boleh dikitar semula seperti kertas,

aluminium, barangan kaca, plastic dan lain-lain. Program ini juga bertujuan menjimatkan kos dan

sumber alam yang semakin berkurangan. Oleh itu, masyarakat haruslah mmenyokong program ini dan

kitar semula bahan buangan mendatangkan pelbagai kebaikan kepada masyarakat dan negara.

Sebenarnya, kitar semula bahan buangan dilaksanakan kerana penambahan sampah-

sarap setiap hari oleh pengguna. Program ini dapat mengurangkan jumlah sampah yang dibuang,

secara tidak langsung kitar semula dapat membantu mengatasi masalah pencemaran yang hebat

diperkatakan kini.Program kitar semula juga berupaya menangani masalah kekurangan kawasan

pelupusan sampah yang sememangnya semakin sukar disediakan oleh Majlis Perbandaran atau

Dewan Bandaraya. Situasi ini dapat mencegah perebakan pelbagai jenis penyakit oleh lalat atau

nyamuk. Justeru, program ini juga dapat menjamin kesihatan masyarakat.

Page 28: Contoh karangan-berpandu-1

28 Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Karangan Berpandu

© 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo

Antara barang yang menjadi pilihan program kitar semula ialah barangan kertas. Ramai orang

tidak sedar bahawa kita sebenarnya membuang sumber alam yang amat bernilai. Maka, program ini

dapat menyelamatkan pokok-pokok di dalam hutan yang semakin hari semakin pupus, sebagaimana

yang kita ketahui pokok balak di hutan merupakan input penting dalam industri penghasilan kertas.

Contohnya, untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 batang pokok terpaksa ditebang. Kertas

yang dikitar semula juga dapat menurunkan kos barangan kertas. Akhirnya, sudah tentu

menguntungkan pengguna.

Selain barangan kertas, tin-tin aluminium juga boleh dikitar semula. Ini dapat

mengatasi masalah pengusutan logam besi atau bijih timah di negara kita. Secara tidak langsung dapat

meneruskan proses pengeluar tin-tin contohnya untuk minuman ringan. Oleh itu, kitar semula ini juga

dapat mengurangkan kos yang harus penguasa tanggung dan akhirnya sudah tentu harga kepada

pengguna juga dapat dikurangkan. Kesinambungan ini juga dapat menyumbang peluang pekerjaan

kepada mesyarakat.

Kesimpulannya, pihak masyarakat haruslah menyahut seruan murni kerajaan ini.

Setiap wang yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk kempen ini tidak dibazirkan. “Fikir dahulu

sebelum buang” memberikan mesej yang jelas bukan sahaja menjimatkan wang rakyat dan negara

tetapi juga dapat menyelamatkan bumi kita.

****

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang fungsi hutan di Malaysia.

Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Page 29: Contoh karangan-berpandu-1

29 Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Karangan Berpandu

© 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo

RANGKA JAWAPAN

1.0 Pendahuluan

bumi yang subur dan iklim tropika (AR)

hutan hujan tumbuh subur dan menyumbang hasil yang banyak kepada negara.(HS)

fungsi : ekonomi negara , tadahan air, taman rekreasi(AA)

2.0 Isi

2.1 Sumber pendapatan Negara.

komoditi utama ialah balak.

Pembangunan negara pesat

Misalnya , bagi hutan paya bakau : daerah Larut Matang di Perak, 80 peratus daripada kawasan

ini telah digunakan sepenuhnya sebagai sumber pembalakan, menghasilkan arang.

mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Kesan buruk jika tidak dikawal

2.1 Sumber tadahan air dan menguatkan struktur tanah.

akar hutan paya bakau menahan dan menghalang ombak daripada menghakis kawasan pantai.

berfungsi sebagai penapis air masin.

Contoh pantai di Bagan Datoh. pernah berlaku hakisan yang teruk akibat penebangan hutan

bakau yang berleluasa.

Kesan menyebabkan air masin meresap masuk ke dalam pertanian

Fungsi tadahan air.

rimbunan daun pokok hutan serta akar dan tanah di kawasan hutan akan mengawal air hujan dari

terus melimpah sepenuhnya ke sungai.

Manakala semasa musim kemarau pula, sistem tersebut pula akan mengeluarkan sebahagian air

yang diperangkap tadi untuk mewujudkan keseimbangan alam semula jadi.

Contoh : hutan paya gambut bertindak sebagai „sponge‟

mengawal air daripada terus melimpah ketika musim hujan dan memberi kelembapan pada

musim kemarau.

2.3 Sumber rekreasi

banyak kawasan hutan dijadikan taman rekreasi

dijadikan tempat beristirehat dan jauh daripada kebisingan kota.

Contoh : Taman Negara dan Taman Kinabalu serta Lembah Danum di Sabah.

Kawasan hutan di Kuala Selangor : unik dengan kehadiran ribuan kelip-kelip

pereka landskap : sambil menenangkan fikiran daripada hiruk-piruk kota

menyelam sambil minum air

mendapat ilham menghasilkan landskap berasaskan konsep semulajadi

3.0 Kesimpulan

hutan kepelbagaian fungsi bermanfaat

pemuliharaan hutan perlu dipergiatkan

hutan tidak diurus dengan baik, ekosistemnya akan terjejas.

Peranan kerajaan : Penguatkuasaan undang-undang dengan tegas

Mencegah lebih baik daripada mengubatinya.

Page 30: Contoh karangan-berpandu-1

30 Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Karangan Berpandu

© 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo

CONTOH JAWAPAN

Negara kita telah dianugerahkan Allah s.w.t bumi yang subur dan iklim tropika yang

membolehkan hutan hujan tumbuh subur dan menyumbang hasil yang banyak kepada negara. Hutan

mempunyai pelbagai fungsi yang bermanfaat kepada masyarakat setempat dan sejagat.Selain menjadi

habitat flora dan fauna , hutan juga membekal pelbagai aliran perkhidmatan alam sekitar penting yang

kurang kita sedari, menjana ekonomi serta pendapatan eksport negara.

Hutan merupakan antara ekologi yang amat penting dalam membekalkan perkhidmatan alam

sekitar. Salah satu daripada hasil hutan yang dapat dikatogerikan sebagai komoditi utama ialah seperti

kayu balak. Hasil pembalakan telah membantu menjana ekonomi serta pendapatan eksport negara

kerana pulangan hasilnya yang lumayan. Kini, kayu balak ditebang bukan sahaja untuk dijadikan kayu

bagi kegunaan tempatan , tetapi juga dieksport ke luar negara . Harga kayu tropika di pasaran dunia

tinggi telah membantu sumber pendapatan Negara. Misalnya , bagi hutan paya bakau yang terdapat di

daerah Larut Matang di Perak, iaitu 80 peratus daripada kawasan ini telah digunakan sepenuhnya

sebagai sumber pembalakan yang menghasilkan arang. Sumber arang masih lagi mendominasi sistem

pengangkutan seperti keretapi. Selain itu, sumber hutan ini telah mewujudkan peluang pekerjaan

kepada penduduk setempat.Namun begitu, walaupun kita amat berbangga dengan perkembangan

tersebut, tetapi sebenarnya kita telah menggadaikan satu sumber daripada alam yang amat

berharga.Terdapat beberapa pihak tertentu yang mempunyai kepentingan sendiri telah menebang

pokok balak secara keterlaluan. Ini akan membawa kesan buruk kepada negera jika tidak dikawal.

Oleh yang demikian , penebangannya memerlukan pemerhatian dan pengawasan serius daripada

pihak berkuasa.

Aliran perkhidmatan alam sekitar yang dibekalkan oleh sumber hutan termasuk berfungsi

menyimpan atau menjadi sumber tadahan air dan menguatkan struktur tanah. Contohnya, akar hutan

paya bakau yang berperanan menahan dan menghalang ombak laut daripada berterusan menghakis

kawasan pantai.Ekologi paya bakau juga berfungsi sebagai penapis air masin.Contoh kejadian yang

berlaku di pantai Bagan Datoh. Di pantai ini pernah berlaku hakisan yang teruk akibat penebangan

hutan bakau yang berleluasa. Kerosakan ekologi hutan ini menyebabkan air masin meresap masuk ke

dalam pertanian seterusnya merosakkan tanaman pertanian. Fungsi tadahan air merupakan antara

fungsi ekologi kritikal yang dibekalkan oleh sumber hutan selain menguatkan struktur tanah. Apabila

hujan turun , rimbunan daun pokok hutan serta akar dan tanah di kawasan hutan akan mengawal air

hujan dari terus melimpah sepenuhnya ke sungai. Manakala semasa musim kemarau pula, sistem

tersebut pula akan mengeluarkan sebahagian air yang diperangkap tadi untuk mewujudkan

keseimbangan alam semula jadi. Dengan kata lain , hutan khususnya hutan paya gambut bertindak

sebagai „sponge‟ yang mengawal air daripada terus melimpah ketika musim hujan dan memberi

kelembapan pada musim kemarau.

Selain itu , hutan berfungsi sebagai sumber rekreasi berasaskan alam semula jadi atau

pelancongan eko .Kini banyak kawasan hutan dijadikan taman rekreasi untuk dijadikan tempat

beristirahat dan jauh daripada kebisingan kota. Antara beberapa kawasan hutan yang dijadikan

kawasan rekreasi , misalnya Taman Negara dan Taman Kinabalu serta Lembah Danum di Sabah.

Kawasan hutan di Kuala Selangor juga merupakan kawasan rekreasi eko yang unik dengan kehadiran

ribuan kelip-kelip yang mengeluarkan kerlipan cahaya. Bagi pereka landskap pula, sambil

menenangkan fikiran daripada hiruk-piruk kota ,mereka boleh menyelam sambil minum air iaitu

mendapat ilham menghasilkan landskap berasaskan konsep semulajadi

Hakikatnya, hutan mempunyai kepelbagaian fungsi bermanfaat kepada masyarakat dan

sejagat. Oleh yang demikian , pemuliharaan hutan perlu dipergiatkan..Sekiranya hutan tidak diurus

dengan baik, ekosistemnya akan terjejas. Peranan kerajaan amat penting dalam hal ini.

Pennguatkuasaan undang-undang dengan tegas dan berkesan meupakan langkah terbaik untuk

mengatasi masalah tersebut. Mencegah lebih baik daripada mengubatinya.

Page 31: Contoh karangan-berpandu-1

31 Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Karangan Berpandu

© 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara mengatasi masalah

disiplin pelajar. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

RANGKA KARANGAN

1.0 Pendahuluan

Disiplin pelajar kian meruncing

Pelajar yang melakukan vandalisme dan terlibat dengan gangsterisme

Terdapat beberapa cara mengatasi masalah disiplin

2.0 Isi /Fakta

2.1 peranan pihak sekolah

guru perlu bertindak tegas

ibu bapa menyokong pihak sekolah

memberikan amaran sehingga dibuang sekolah

menjadi contoh kepada pelajar-pelajar lain

2.2 penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum

menghindari pelajar melakukan salah laku

membentuk semangat jati diri, menambahkan pengalaman dan pengetahuan, memanfaatkan masa.

Aktiviti kokurikulum unit beruniform,persatuan dan kelab.

Aktiviti kerohanian dapat mengisi jiwa

Page 32: Contoh karangan-berpandu-1

32 Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Karangan Berpandu

© 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo

2.3 berhati-hati memilih rakan sebaya

rakan adalah pengaruh besar

menilai antara yang baik dengan yang buruk

mencari kawan yang berminat dengan pelajaran, mematuhi agama dan menghormati orang tua.

Menjauhkan diri dengan kawan yang bersikap negatif

3.0 Penutup

Kesimpulannya kembali kepada agama kerana tiada agama yang menghalalkan perbuatan

salah.Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

CONTOH JAWAPAN

Disiplin pelajar dewasa ini kian meruncing. Antara masalah disiplin yang sering dilakukan

oleh pelajar ialah vandalisme dan gangsterisme. Kedua-dua masalah ini bukanlah sesuatu yang baru

tetapi telah lama dibincangkan dan kegiatan ini semakin berleluasa. Pelbagai langkah perlu diambil

untuk membendung masalah ini daripada berleluasa.

Salah satu cara untuk mengatasi masalah disiplin pelajar ialah mendidik mereka di sekolah

dan di sini peranan guru amat penting. Guru-guru perlulah mengambil tindakan tegas iaitu tindakan

secara berperingkat daripada amaran sehinggalah dibuang sekolah. Hukuman yang dijatuhkan kepada

para pelajar perlulah disokong oleh ibu bapa. Tindakan sebegini bukanlah untuk menggelapkan masa

depan pelajar tetapi adalah cara terbaik supaya tindakan ini menjadi contoh dan tidak diulangi oleh

pelajar lain.

Selain itu, penglibatan para pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah perlu untuk

menghindari pelajar melakukan salah laku. Aktiviti kokurikulum ini termasuklah unit beruniform,

persatuan-persatuan yang dianjurkan oleh sekolah, dan aktiviti kerohaniah. Penglibatan pelajar dalam

aktiviti sebegini dapat membentuk semangat jati diri, menambahkan pengalaman, pengetahuan, dan

memanfaatkan masa. Aktiviti kerohaniah dapat mengisi jiwa pelajar, oleh itu pelajar mempunyai

panduan hidup seterusnya tidak mudah terpesong untuk melakukan salah laku.

Pelajar juga dinasihatkan agar berhati-hati memilih rakan sebaya. Hal ini demikian kerana

rakan adalah pengaruh terbesar yang boleh mengubah pendirian seseorang. Seperti kata-kata seorang

ilmuan “kawan yang jahat umpama berkawan dengan tukang besi, walaupun tidak kena apinya,

sekurang-kurangnya kita terkena asapnya, kawan yang baik pula umpama berkawan dengan penjual

minyak wangi, walaupun tidak terkena minyak wangi, sekurang-kurangnya kita akan mendapat

wangiannya.” Justeru, pelajar perlu menilai antara yang baik dengan yang buruk. Pelajar perlu

menjauhkan diri daripada rakan yang bersifat negatif. Oleh itu, pelajar digalakkan untuk mencari

kawan yang berminat terhadap pelajaran, mematuhi agama, dan menghormati orang tua. Tidak ada

ruginya para pelajar berkawan dengan orang yang sedemikian.

Kesimpulannya, kita perlulah kembali kepada agama kerana tiada agama yang menghalalkan

perbuatan salah. Zaman remaja hanya sekali, sekiranya remaja tersilap langkah ia tidak akan berulang

lagi. Ingatlah “sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

Page 33: Contoh karangan-berpandu-1

33 Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Karangan Berpandu

© 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang peranan sektor pekerjaan di

dalam gambar tersebut terhadap pembangunan negara. Panjang huraian anda antara 200 hingga

250 patah perkataan.

Rangka Karangan

1.0 Pendahuluan

Setiap manusia mengimpikan pekerjaan yang disenangi oleh masyarakat.

Oleh itu, tanpa memilih pekerjaan, manusia sebenarnya boleh berjaya dalam hidup sekiranya

yakin akan usaha yang dilakukan itu dan pekerjaan itu pula mampu memberi peranan yang

bermakna untuk pembangunan negara.

Isi-isi penting

2.1 mengembangkan daya kreatif yang dimiliki oleh seseorang pekerja

melahirkan pekerja yang berinovasi dan berdaya cipta

memperkenal dan dapat mempromosi negara melalui pemasaran produk batik ke luar negara

Mengembangkan ekonomi negara

dapat menyumbang ke arah perkembangan teknologi negara

dapat memperkenalkan ciptaan teknologi yang baru

meluaskan sektor penyelidikan negara untuk mencipta sesuatu yang baru

menghalang sebarang teknologi maklumat yang salah

dapat menyumbang dalam bidang perubatan negara

- mencari atau menghasilkan ubat yang dapat menyembuhkan penyakit

- menjalankan penyelidikan ke atas sesuatu penyakit

- membolehkan negara bersaing dalam penciptaan ubat demi kesejahteraan masyarakat

Penutup

- pihak kerajaan harus menyediakan lebih banyak pekerjaan kepada masyarakat(CDGN)

- semua pihak perlu saling menghormati antara profesion agar keseimbangan ekonomi dapat

ditingkatkan demi kemajuan negara (HP)

Page 34: Contoh karangan-berpandu-1

34 Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Karangan Berpandu

© 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo

CONTOH JAWAPAN

Setiap manusia mengimpikan pekerjaan yang disenangi oleh masyarakat dan ia melambangkan status

kejayaan seseorang individu berkenaan. Oleh itu, tanpa memilih pekerjaan, manusia sebenarnya boleh

berjaya dalam hidup sekiranya yakin akan usaha yang dilakukan.Pekerjaan yang diceburi itu dapat

memainkan peranan masing-masing dalam pembangunan negara.

Antara pekerjaan yang memainkan peranan penting dalam pembangunan negara adalah dalam

industri kraftangan seperti membuat batik.Melalui pekerjaan ini dapat mengembangkan daya kreatif

seseorang pekerja.Bidang ini dapat melahirkan pekerja yang inovatif yang sememangnya diperlukan

oleh negara. Melalui pekerjaan ini juga dapat mempromosi dan memperkenal negara ke mata dunia

dengan produk keluaran industri ini seperti batik sutera,beg,alas meja dan lain-lain lagi. Di samping

itu, ekonomi negara juga akan terus berkembang.

Selain itu, juruanalisa sistem juga dapat memberikan peluang kepada negara kita untuk

bersaing dalam teknologi maklumat. Ia juga dapat memperkenal teknologi baru kepada sektor lain

untuk membangunkan lagi negara.Kerjaya ini juga mampu meluaskan sektor penyelidikan untuk

mencipta teknologi baru. Sebagai contoh, bidang ini dapat menyumbang kepada perkembangan

sistem-sistem baru yang boleh mempercepat dan mempermudah segala kerja yang dilakukan. Melalui

pekerjaan ini kita dapat mengesan dan menghalang penyebaran maklumat yang salah kepada

masyarakat.

Ahli farmasi juga tidak kurang pentingnya dalam membangunkan negara dalam bidang

perubatan. Peranan sektor ini adalah untuk mencari atau menghasilkan pelbagai jenis ubat yang dapat

menyembuhkan sebarang penyakit yang berbahaya demi kesejahteraan masyarakat di negara

kita.Contohnya dewasa ini pelbagai penyakit telah melanda seperti yang terbaru penyakit selsema

burung yang boleh meragut nyawa. Justeru,mereka yang terlibat dalam bidang ini perlu berusaha

mencipta ubat yang boleh menghalang virus ini. Kejayaan mereka dalam mencari penawar terhadap

penyakit ini akan dapat mengharumkan nama negara di mata dunia dan ini memberi peluang kepada

kita untuk bersaing dengan negara-negara lain yang lebih maju dalam sektor perubatan.

Oleh itu,kerajaan perlulah memyediakan lebih banyak peluang pekerjaan untuk semua

golongan sama ada pekerjaan itu profesional atau tidak.Semua pihak perlu saling menghormati antara

profesion agar keseimbangan ekonomi negara dapat dipertingkat demi mencapai negara maju

menjelang tahun 2020.

Page 35: Contoh karangan-berpandu-1

35 Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Karangan Berpandu

© 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk

memajukan sektor pertanian. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah

perkataan.

RANGKA KARANGAN

1.0 Pendahuluan

sektor pertanian merupakan sektor yang perlu dimajukan

dapat menyumbang kea rah ekonomi Negara

pelbagai usaha dapat dijalankan

2.0 Isi/Fakta

2.1 pelancaran Taman Kekal pPengeluaran Makanan (TKPM) oleh Menteri Pertanian Dato‟ Effendi

Nawawi

memberi dimensi baru dalam sektor pertanian

TKPM dianggap sebagai serampang dua mata

Dapat meningkatkan pendapatan Negara

Memberi transformasi terbaik dalam sektor pertanian

2.2 mengwujudkan bidang kejuruteraan genatik atau bioteknologi

- salah satu alternatif dalam memajukan sektor pertanian

- dapat menghasilkan teknik pengklonan ke atas haiwan-haiwan ternakan

contohnya lembu dan ayam telah dapat dapat meningkatkan sektor pertanian.

dapat menghasilkan baka yang sihat dalam kualiti yang banyak.

Page 36: Contoh karangan-berpandu-1

36 Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Karangan Berpandu

© 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo

2.3 kerjasama daripada pihak swasta

- melalui pendidikan amali, ceramah dan kursus kepada Pengusaha-pengusaha baru.

melalui pemberian subsidi kepada pengusaha yang ingin

menceburi bidang pertanian.

dapat menarik minat anak-anak muda melibatkan diri dalam sektor pertanian

3.0 Penutup

- Konklusinya semua pihak haruslah bekerjasama dalam memajukan sektor pertanian. Bak kata

pepatah “Bulat air kerana pembentung bulat manusia kerana muafakat”.

CONTOH JAWAPAN

Sektor pertanian merupakan sektor yang perlu dimajukan dan diberi perhatian kerana sektor

pertanian menyumbang ke arah kemajuan ekonomi negara. Bagi merealisasikan hasrat kerajaan yang

tinggi dalam sektor pertanian, pelbagai usaha telah dijalankan.

Pelancaran Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) oleh mantan Menteri Pertanian iaitu

Dato‟ Effendi Nawawi beberapa tahun lepas telah memberi dimensi baru dalam sektor

pertanian.Projek TKPM dianggap sebagai serampang dua mata kerajaan kerana projek ini bukan

sahaja meningkatkan pendapatan negara dalam bidang ekonomi malah turut memberi manfaat kepada

pengusaha dalam sektor pertanian seperti petani dan peniaga. Projek TKPM juga merupakan

transformasi terbaik sektor pertanian dan wajar dilaksanakan. Oleh itu kerajaan telah menggalakkan

graduan lepasan universiti atau sesiapa sahaja yang berminat dalam bidang pertanian melibatkan diri

dalam projek TKPM yang memberi pelbagai kemudahan bermula dengan aspek penanaman

sehinggalah aspek pemasaran.

Dalam era globalisasi, bidang kejuruteraan genetik atau lebih dikenali sebagai bioteknologi telah

menjadi salah satu alternatif bagi memajukan sector pertanian. Bioteknologi yang melibatkan

pembaharuan genetik telah menghasilkan teknik pengklonan ke atas haiwan-haiwan ternakan. Haiwan

yang boleh dihasilkan melalui teknik pengklonan seperti lembu dan ayam sememangnya telah

meningkatkan kemajuan sektor pertanian. Teknik ini telah menghasilkan baka yang sihat dan dalam

kuantiti yang banyak.

Di samping itu kerajaan haruslah bekerjasama dengan pihak swasta bagi memajukan sektor

pertanian melalui pendidikan amali, ceramah dan kursus kepada pengusaha-pengusha sektor

pertanian. Pihak swasta boleh melakukan pemberian subsidi kepada pengusaha yang ingin menceburi

bidang pertanian. Galakan sebegini tentunya mampu menarik anak-anak muda agar melibatkan diri

dalam sektor yang memberi pulangan lumayan kepada mereka. negara kita yang beriklim khatulistiwa

pastinya sesuai untuk pelbagai jenis tanaman seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

Sekiranya negara kita mampu menjadi negara pengeluar makanan antarabangsa, maka tidak perlulah

kita bergantung kepada negara-negara luar untuk mengimport makanan.

Tanah yang luas dan subur di negara kita haruslah dimanfaatkan sebaik mungkin bagi mengelakkan

wang negara mengalir ke luar Negara.Melalui pelaksanaan yang efektif, sudah tentu hal ini dapat

mengurangkan risiko kesan-kesan ekonomi global.

Konklusinya, semua pihak haruslah bekerjasama dalam memajukan sektor pertanian Negara

ibarat kata pepatah “ Bulat air kerana pembentung bulat manusia kerana muafakat”.

Page 37: Contoh karangan-berpandu-1

37 Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Karangan Berpandu

© 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah menjaga

kesihatan berdasarkan gambar tersebut. Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah

perkataan.

PENJAGAAN KESIHATAN

RANGKA KARANGAN

1.0 Pendahuluan

Kesihatan merupakan nikmat Ilahi yang tidak terhingga nilainya dalam kehidupan manusia.

Orang ramai sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk menjaga kesihatan

Sikap mengambil berat tentang kesihatan perlu diamalkan demi kesejahteraan hidup

2.0 Isi / fakta

2.1 Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang (IU)

Makanan seperti sayur-sayuran, ikan, daging dan buah-buahan dapat menjamin kesihatan (HS1)

Elakkan makanan yang berlemak, tinggi kolesterol dan tinggi gulanya (HS2)

Penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi dapat dihindari (CTH)

Page 38: Contoh karangan-berpandu-1

38 Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Karangan Berpandu

© 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo

2.2 Beriadah dan melakukan senaman atau bersukan (IU)

Dengan bersenam, bersukan, dan berekreasi secara konsisten, semua otot akan bergerak dan hal

ini menyebabkannya berfungsi dengan baik.(HS1)

Aktiviti-aktiviti tersebut dapat mengurangkan ketegangan akibat tugas di pejabat atau

sekolah.(HS2)

Tiga kali seminggu dan 20 minit setiap sesi merupakan peruntukan masa yang paling efektif

untuk masyarakat Malaysia menjalankan aktiviti senaman.(CTH)

2.3 Rehat dan tidur yang cukup

Setiap orang digalakkan tidur tidak kurang daripada enam jam sehari selain berehat bagi

mengekalkan kesihatan stabil. (HS1)

Orang yang tidak mendapat rehat yang cukup tidak mampu melakukan kerja mereka dengan baik,

mudah berasa letih dan senang jatuh sakit (CTH).

Peruntukan masa selama lapan jam sehari untuk berehat dan tidur. (HS2)

3.0 Penutup

Kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan kesihatan.

Rakyat perlu bertanggungjawab menjaga kesihatan sendiri.

CONTOH JAWAPAN

Kesihatan merupakan nikmat Ilahi yang tidak terhingga nilainya dalam kehidupan manusia.

Ramai orang yang sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk memastikan kesihatan mereka berada

pada tahap yang terbaik. Justeru, sikap mengambil berat tahap kesihatan perlu diamalkan agar

kehidupan kita sejahtera.

Langkah utama yang perlu kita amalkan untuk menjaga kesihatan adalah dengan mengambil

makanan yang berkhasiat dan seimbang pada setiap hari. Makan makanan yang seimbang dan

berkhasiat seperti sayur-sayuran, ikan, daging, buah-buahan, dan sebagainya dapat menjamin

kesihatan. Makanan yang berlemak dan berkolesterol tinggi serta makanan yang tinggi kandungan

gulanya seharusnya dihindari kerana ini mendedahkan seseorang kepada risiko menghidapi penyakit

jantung, kencing manis dan darah tinggi.

Selain itu, kita perlu beriadah dan melakukan senaman atau bersukan terutama jika kita tidak

melakukan kerja berat. Dengan melakukan senaman yang konsisten dan rajin menjalankan aktiviti-

aktiviti rekreasi serta bersukan, maka semua otot kita akan bergerak dan hal ini membolehkannya

berfungsi dengan baik. Malah dengan melakukan aktiviti tersebut kita akan dapat mengurangkan

ketegangan akibat beban tugas di pejabat atau di sekolah. Seperti yang disiarkan oleh televisyen dan

radio, tiga kali seminggu dan 20 minit setiap sesi merupakan peruntukan masa yang paling efektif

untuk masyarakat Malaysia menjalankan aktiviti senaman.

Akhirnya, ubat yang paling mujarab untuk mengekalkan kesihatan seseorang adalah dengan

mempunyai rehat dan tidur yang cukup. Setiap orang digalakkan tidur tidak kurang daripada enam

jam sehari selain berehat bagi mengekalkan kesihatan stabil. Orang yang tidak mempunyai rehat yang

cukup tidak mampu melakukan kerja mereka dengan baik, malah mereka mudah berasa letih dan

senang jatuh sakit. Oleh itu kita disarankan memperuntukkan masa selama lapan jam sehari untuk

berehat dan tidur.

Sebagai rumusan, kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan kesihatan kepada rakyat. Jadi

setiap rakyat perlu bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan sendiri seperti cogan kata “Mencegah

Lebih Baik daripada Merawat”.

(280 patah perkataan)

Page 39: Contoh karangan-berpandu-1

39 Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Karangan Berpandu

© 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan aktiviti

beriadah.Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Aktiviti Beriadah

1.0 Pendahuluan

Aktiviti riadah disarankan oleh kerajaan. (AR)

Berjogging, berkhemah, memancing dan menunggang kuda (AS)

Riadah membawa banyak faedah / kepentingan (AA)

2.0 Isi / fakta

2.1 Aktiviti riadah dapat menghindar diri daripada penyakit (IU)

Riadah adalah aktiviti gaya hidup sihat (HS1)

Jogging aktiviti yang terbaik, mudah dan murah (HS2)

Penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, angin ahmar dapat dielakkan ( HS3)

2.2 Menghilangkan stress / tekanan mental (IU)

Kepenatan dan beban di tempat kerja (HS1)

Kemurungan, perasaan marah akan timbul (HS2)

Riadah dapat membakar lemak, melancarkan perjalanan darah, meningkatkan kadar

denyutan jantung (HS3)

Page 40: Contoh karangan-berpandu-1

40 Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Karangan Berpandu

© 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo

2.3 Mengeratkan hubungan silatulrahim (IU)

- boleh dilakukan beramai-ramai (bersam keluarga / kawan ) (HS1)

- ibu bapa sibuk tiada masa bermesra dengan anak-anak (HS2)

- hubungan ibu bapa dan anak semakin mesra (HS3)

- dapat melahirkan keluarga harmonis dan elakkan masalah sosial (HS4)

3.0 Penutup

- Amalkan gaya hidup sihat (CDG)

- Dapat meneruskan hidup dengan gembira (HP)

Contoh Karangan

Masyarakat pada masa ini berlumba-lumba mengejar kemewahan dan kebendaan. Mereka

tiada masa untuk berehat demi menjaga kesihatan diri. Menyedari hakikat ini, kerajaan telah

membina dan membuka pelbagai pelbagai tempat rekreasi yang dilengkapi dengan pelbagai

kemudahahan untuk menarik hati pengunjung-pengunjung. Di tempat-tempat rekreasi ini pengunjung-

pengunjung boleh menjalankan aktiviti riadah seperti berjogging, berkhemah, memancing, dan

menunggang kuda. Aktiviti riadah membawa banyak faedah kepada masyarakat.

Pelbagai penyakit timbul kerana masyarakat kini kurang mengamalkan gaya hidup sihat.

Kesuntukan masa untuk bersukan serta amalan pemakanan yang tidak seimbang mengundang

pelbagai penyakit. Menurut pakar kesihatan, aktiviti riadah seperti berjogging sebenarnya cara yang

terbaik, mudah dan murah untuk kita mengekalkan berat badan yang sesuai dengan umur kita, di

samping mengelakkan diri daripada terkena penyakit serius seperti kencing manis, darah tinggi,

serangan sakit jantung dan juga angin ahmar.

Masyarakat pada masa ini berlumba-lumba mengejar kemewahan dan kebendaan. Mereka

tiada masa untuk berehat demi menjaga kesihatan diri. Menyedari hakikat ini, kerajaan telah

membina dan membuka pelbagai pelbagai tempat rekreasi yang dilengkapi dengan pelbagai

kemudahahan untuk menarik hati pengunjung-pengunjung. Di tempat-tempat rekreasi ini pengunjung-

pengunjung boleh menjalankan aktiviti riadah seperti berjogging, berkhemah, memancing, dan

menunggang kuda.

Kepenatan dan beban di tempat kerja akan menimbulkan pelbagai masalah sampingan. Kita

mungkin akan murung, kerap marah dan sebagainya. Apabila kita melakukan aktiviti riadah dengan

kekerapan yang konsisten dan berterusan, maka akan memudahkan pembakaran lemak berlebihan,

melancarkan aliran darah, meningkatkan kadar denyutan jantung agar mengepam darah dengan

sempurna dan optimum, serta mengurangkan tekanan mental yang kita hadapi. Cara ini bersesuaian

dengan cogan kata Badan cergas otak sihat.

Aktiviti ini lebih menyeronokan sekiranya dilakukan bersama-sama keluarga atau kawan-

kawan. Secara tidak langsung kita boleh mengeratkan hubungan silatulrahim. Mungkin selama ini

ibu bapa sibuk bekerja hingga tiada masa untuk bersama keluarga. Ibu bapa boleh menggunakan

peluang ini untuk bermesra dengan anak-anak dan bertanyakan masalah yang dihadapi oleh mereka.

Hubungan yang erat sesama ahli keluarga seperti isi dengan kuku dapat melahirkan keluarga yang

harmonis dan mengurangkan masalah sosial dalam kalangan remaja.

Tuntasnya, amalan gaya hidup sihat seperti bersukan, beriadah, dan sebagainya patut

diamalkan oleh masyarakat pada hari ini agar kita dapat meneruskan hidup dengan gembira dan

dijauhi daripada pelbagai penyakit.

Page 41: Contoh karangan-berpandu-1

41 Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Karangan Berpandu

© 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kesan buruk bencana alam.

Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Bencana Alam

Pendahuluan

satu malapetaka/Bencana alam yang terjadi secara semula jadi.(AR)

Malapetaka yang tidak dapat diramalkan.(AS)

Contoh-contoih bencana alam ialah tsunami, ribut taufan, gempa bumi (CTH)

Meninggalkan kesan yang buruk kepada negara.(AA)

Isi/fakta

Bencana alam meragut nyawa dan menyebabkan kecederaan (IU)

malapetaka ini berlaku secara tiba-tiba dan tidak dapat dielakkan oleh manusia (HS1)

Tsunami telah melanda beberapa buah negara di Asia Tenggara. (HS2)

Mengorbankan beribu-ribu orang (CTH)

Mengalami kecederaan apabila dihempap ombak besar atau pokok tumbang atau ditimpa oleh

bangunan. (CTH)

Ekonomi negara terjejas/ terbantut.

- apabila negara ditimpa bencana alam, ekonomi negara terbantut.(IU)

- banyak kemudahan dan infrastruktur musnah (HS1)

- kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang besar/banyak untuk membina kemudahan

baru/membantu mangsa yang terlibat.(HS2)

- Kerajaan perlu menyediakan pakaian, ubat-ubatan, dan sebagainya.(CTH)

Kemusnahan harta benda/hilang mata pencarian.

- bencana alam memusnahkan harta benda, tanaman musnah, mata pencarian penduduk

terjejas.(IU)

- hujan turun turun dengan lebat selama beberapa hari, kawasan rendah ditenggelami air.(HS1)

- banjir besar berlaku di Terengganu, Kelantan dan beberapa buah kawasan di negeri Pahang

pada bulan November dan Disember.(CTH)

- mata pencarian penduduk terjejas kerana tidak melakukan kerja harian.HS2)

3.0 Penutup

- bencana alam mendatangkan keburukan kepada semua orang.(ulasan)

- semua pihak memainkan peranan masing-masing bagi mengatasi masalah ini (cadangan)

- bak kata pepatah “sediakan payung sebelum hujan” /‟malang tidak berbau (HP)

Page 42: Contoh karangan-berpandu-1

42 Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Karangan Berpandu

© 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo

Contoh Jawapan

Bencana alam ialahsatu malapetaka yang terjadi secara semula jadi dan kejadian itu tidak dapat

diramalkan. Antara bencana alam yang berlaku di dunia ini ialah tsunami, gempa bumi, banjir,

kemarau panjang, ribut taufan, dan banyak lagi. Setiap bencana yang berlaku meninggalkan kesan

yang buruk kepada mangsanya.

Salah satu kesan bencana alam ialah tragedi ini boleh meragut nyawa dan menyebabkan

kecederaan kepada mangsa. Hal ini dikatakan sedemikian kerana bencana alam berlaku secara tiba-

tiba dan tidak dapat dielakkan oleh manusia. Contohnya ialah tsunami yang melanda beberapa buah

negara di Asia Tenggara pada 26 Disember 2004 telah mengorbankan beribu-ribu orang di Bandar

Aceh, Selatan India, dan Sri Lanka, manakala banyak mangsa yang mengalami kecederaan apabila

dihempap ombak besar atau ditimpa oleh bangunan atau poko yang tumbang.

Di samping itu, apabila sesebuah ditimpa bencana alam, maka ekonomi negara itu terbantut

Hal ini berlaku kerana banyak kemudahan dan infrastruktur di negara itu musnah dan kerajaan

terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk membina kemudahan baru. Selain itu,

kerajaan terpaksa berbelanja besar untuk membantu mangsa yang terlibat dalam bencana itu seperti

menyediakan bekalan makanan, ubat-ubatan, selimau, tempat tinggal, dan sebagainya. Contohnya,

Somalia berada dalam kemiskinan kerana negara itu dilanda oleh kemarau panjang pada setiap tahun.

Akhirnya, akibat banjir besar yang berlaku ialah harta benda rosak, tanaman musnah, mata

pencarian penduduk terjejas dan sebagainya. Biasanya, apabila hujan turun dengan lebat selama

beberapa hari, kawasan rendah akan ditenggelami air dan menyebabkan banjir seperti yang berlaku di

Kelantan, Terengganu, dan di beberapa kawasan di negeri Pahang pada bulan November dan

Disember setiap tahun. Apabila banjir besar berlaku, mata pencarian penduduk terjejas kerana mereka

tidak dapat melakukan kerja harian mereka.

Kesimpulannya, bencana alam banyak mendatangkan keburukan kepada semua orang. Oleh

itu, semua pihak hendaklah memainkan peranan masing-masing bagi mengatasi masalah ini bak kata

pepatah “sediakan payung sebelum hujan”.. kerana “malang tidak berbau.”

(300 patah perkataan)

Page 43: Contoh karangan-berpandu-1

43 Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Karangan Berpandu

© 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca pencemaran air.

Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Pencemaran Air

Tahukah anda apakah yang mencemarkan sungai kita? Sungai yang merupakan nadi kepada

pembangunan negara pada masa lampau kini berhadapan dengan berbagai-bagai cabaran. Setiap hari

kita disogokkan dengan berbagai-bagai isu pencemaran sungai.Persoalannya, apakah yang akan

terjadi sekiranya semua sungai di Negara ini tercemar? Oleh itu , marilah kita membincangkan punca-

punca pencemaran air ini berlaku.

Pencemaran sungai sebenarnya berpunca daripada perbuatan manusia sendiri. Sikap tidak

bertanggungjawab sesetengah pihak seperti pembuangan sampah yang tidak berdisplin ke dalam

sungai membawa kepada pencemaran sungai tersebut. Di samping itu, kepesatan pembangunan

menyumbang kepada pencemaran sungai. Kepesatan pembangunan turut menyumbang kepada

pembuangan sisa toksid serta sisa industri lain ke dalam sungai. Keadaan ini bertambah teruk apabila

terdapat pengusaha ternakan binatang membuang sisa yang tidak digunakan ke dalam sungai.

Akibatnya air sungai menjadi busuk dan tidak dapat mengalir dengan deras.

Kajian mendapati bahawa pencemaran air khususnya sungai berpunca daripada bahan

buangan industri, buangan ternakan dan domestik serta kerja tanah dan pembukaan tanah. Bahan

buangan tersebut merupakan bahan buangan industri yang berasaskan pertanian dan pembuatan.

Antara sungai-sungai yang telah didapati tercemar ialah Sungai Juru, Sungai Muar, Sungai Kelang,

dan sebagainya. Kualiti air sungai merosot disebabkan oleh pembuangan bahan terbuang ini. Air

sungai akan menjadi kotor dan berkelodak serta akan mengeluarkan bau yang busuk.

Pembuangan sisa-sisa toksid merupakan punca pencemaran air. Perbuatan yang tidak

bertanggungjawab ini banyak menyebabkan hidupan laut mati. Tumpahan minyak oleh kapal yang

belayar di laut sememangnya amat membimbangkan semua pihak. Keindahan dan sifat semula jadi air

khususnya sungai ini akan terjejas. Malahan sungai-sungai yang telah tercemar akan mengakibatkan

berlakunya kejadian banjir, hakisan , dan sebagainya akan berlaku.

Selain itu, pengusaha kilang melepaskan efluen dan sisa toksid ke dalam sungai kerana ingin

mengurangkan perbelanjaan. Kebanyakan pengusaha kilang yang tidak bertanggunjawab mengambil

jalan mudah dengan melepaskan efluen dan sisa toksid ke dalam sungai sempena cuti Hari Raya bagi

Page 44: Contoh karangan-berpandu-1

44 Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Karangan Berpandu

© 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo

mengelakkan kegiatan mereka tidak dikesan oleh pihak berkuasa. Tindakan tidak bertanggunjawab

pihak-pihak tertentu menyebabkan kualiti air yang menjadi sumber air minuman.

Konklusinya, semua pihak perlu berganding bahu bagi memelihara kebersihan sungai kerana

sungai kini bukan sahaja sumber bekalan air tetapi juga menjadi daya tarikan pelancong sebagai

tempat bersantai. Hargailah sungai kita kerana sumber sungai air tidak dapat diganti.

****

Lihat gambar dibawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara masyarakat di

Malaysia menyambut perayaan masing-masing. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga

250 patah perkataan.

RANGKA KARANGAN

1.0 Pendahuluan

Setiap kaum mempunyai adapt dan budaya (AR)

Setiap kaum bebas amalkan budaya tanpa rasa malu atau takut (AS)

Setiap kaum turut merayakan perayaan kaum kain (AS)

2.0. Isi/fakta

2.1 Sambutan Perayaan Aidilfitri

Diraikan oleh orang Melayu yang beragama Islam(IU)

Berpuasa dahulu dan ada ibadat sembahyang terawih(HS 1)

Bayar zakat sebelum 1 syawal (HS 2)

Page 45: Contoh karangan-berpandu-1

45 Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Karangan Berpandu

© 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo

Umat Islam bermaaf-maafan dan saling kunjung mengunjung (HS 3)

Rumah terbuka untuk tetamu datang berkunjung (HS 4)

2.2. Sambutan Tahun Baru China

Disambut oleh masyarakat China menandakan kedatangan tahun baru (IU)

Percaya pada 12 binatang yang menaungi calendar (HS 1)

Tahun tikus, monyet, ayam jantan, lembu dan…….(CTH)

Berkumpul pada malam tahun baru bersama keluarga dan memberi angpau (HS 2)

Perayaan Chap Goh Mei sebagai oenutup perayaan (HS 3)

2.3. Sambutan Perayaan Deepavali

Disambut masyarakat India yang beragama Hindu pada bulan Oktober dan November (IU)

Maksud Deepavali „sebarisan pelita‟ untuk kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikanmengatasi

kejahatan dsb…(HS 1)

Menyucikan badan dengan minyak dan mandi (HS 2)

Sembahyang dikuil atau dirumah dan mengunjugi ahli keluarga (HS 3)

Melukis „rangoli‟ (tepung beras yang berwarna warni) di hadapan rumah (HS 4)

2.4 Perayaan Tadau Keamatan

Perayaan ini disambut oleh masyarakat Kadazan selepas musim menuai padi (IU)

Perayaan disambut selama dua malam dengan di dahului upacara magavau oleh „bobohigan‟

(HS1)

Pada malan kedua beras yang diperam diberikan pada „bobohigan‟ sebagai tanda kesyukuran dan

kegembiraan (HS 2)

Tetamu dihiburkan dengan tarian „Sumazau‟ dan Megalang” (HS 3)

Tetamu diberikan air tapai (HS 4)

2.5 Perayaan Gawai Dayak

Disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak pada I Jun setiap tahun (IU)

Kuih muih tradisional dari tepung beras, gula dan santan di sediakan serta tuak sebagai sajian

utama (HS 1)

Tuai Gawai memulakan sambutan dengan upacara „miring‟ di beranda rumah panjang (HS 2)

Pada jam 12.00 malam upacara minum air pengayu di lakukan dengan harapan panjang umur,

sihat dan makmur (HS 3)

Pada pagi 1 Jun jam 7.00 pagi tuai rumah akan menghantar piring persembahan ke tiang

pengingat yang digunakan untuk mendirikan rumah (HS 4)

Penutup

Sambutan perayaan setiap kaum disambut dengan meriah

Kerajaan boleh anjurkan sambutan perayaan perdana agar

Semua kaum boleh merayakannya dalam suasana yang harmoni dan perpaduan negara dapat

dicapai

Page 46: Contoh karangan-berpandu-1

46 Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Karangan Berpandu

© 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo

Karangan Contoh

Setiap kaum di Malaysia mempunyai adat serta budaya yang unik dan tersendiri malah

mereka bebas mengamalkannya tanpa rasa malu ataupun takut. Setiap kaum akan saling

menghormati budaya kaum yang lain malahan telah menjadi kebiasaan pada rakyat Malaysia akan

turut sama menyertai sambutan adat dan budaya kaum-kaum lain selagi tidak melanggar tatasusila dan

agama masing-masing.

Salah satu budaya yang terdapat di Malaysia adalah sambutan perayaan mengikut kaum

masing-masing. Perayaan Aidilfitri merupakan perayaan masyarakat Melayu dan penganut agama

Islam. Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula dengan ibadat puasa di bulan Ramadan. Sepanjang

bulan Ramadan umat Islam berpuasa pada siang hari dan mengerjakan sembahyang terawih pada

sebelah malamnya. Ibadat zakat fitrah pula wajib dikeluarkan sebelum 1 Syawal iaitu sebelum Hari

Raya Aidilfitri dirayakan. Hari Raya disambut dengan penuh kesyukuran dengan umat Islam saling

bermaaf-maafan dan kunjung mengunjungi untuk mengeratkan silaturahim. Rumah terbuka juga

diadakan bagi mempersilakan tetamu datang berkunjung.

Bagi perayaan Tahun Baru China pula, perayaan ini disambut secara besar-besaran oleh

masyarakat Cina di Malaysia yang menandakan kedatangan tahun baru menurut kalender mereka.

Orang Cina percaya pada 12 binatang yang menaungi kalender mereka iaitu tikus, lembu, harimau,

arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi. Pada malam Tahun Baru

semua ahli keluarga berkumpul untuk mengeratkan perhubungan sesama keluarga. Pemberian

„angpau‟ juga dilakukan oleh mereka yang sudah berumahtangga. Perayaan Chap Goh Mei diadakan

sebagai penutup perayaan Tahun Baru Cina.

Perayaan Deepavali pula disambut oleh masyarakat India yang beragama Hindu. pada bulan

gelap dalam bulan Oktober dan November. Deepavali bermaksud „sebarisan pelita‟. Dengan

memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi

kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Di pagi hari,

masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan memakai sedikit minyak di kepala dan

mandi. Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau dikuil-kuil. Selepas bersembahyang, mereka

berkunjung ke rumah kaum keluarga. Dikebanyakan rumah, „rangoli‟ iaitu lukisan yang dibuat

daripada tepung beras berwarna-warni akan menyambut tetamu di hadapan rumah.

Perayaan Tadau Keamatan disambut oleh masyarakat Kadazan di Negeri Sabah pada bulan

Mei setiap tahun iaitu sehabis selesai menuai padi. Untuk menyambut Tadau Keamatan mereka

menyediakan kuih-muih dan air tapai. Perayaan ini kebiasaannya diadakan selama dua malam

berurut-turut. Malam pertama diadakan upacara „magavau‟ atau pemujaan semangat padi yang

diketuai oleh „bobohigan‟ dan beberapa orang pembantunya. Pada malam kedua, upacara „habot‟ iaitu

beras yang diperam diberikan kepada bobohigan sebagai tanda kegembiraan dan kesyukuran. Tetamu

akan dihiburkan dengan tarian „Sumazau‟ dan „Megalang‟ sambil meminum air tapai.

Perayaan Gawai Dayak disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak pada Jun setiap tahun.

Kuih-muih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras, gula dan santan disediakan. Tuak

merupakan sajian utama perayaan Gawai Dayak. Perayaan Gawai Dayak bermula dengan upacara

membuang sial oleh Tuai Gawai. Tuai Gawai memulakan upacara „miring‟ ini diruai (beranda) rumah

panjang. Beliau berdoa supaya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Pada jam 12.00 malam

upacara minum air pengayu dilakukan dengan harapan supaya panjang umur, sihat dan makmur. Pada

pagi 1 hb Jun, tepat jam 7.00 pagi, tuai rumah dengan diiringi oleh beberapa penghuni rumah panjang

menghantar piring persembahan ke tiang pengingat iaitu sejenis kayu yang sering digunakan untuk

mendirikan rumah panjang.

Kesimpulannya, sambutan perayaan kaum-kaum di Malaysia disambut dengan meriah pada

setiap tahun dan ini telah menunjukkan masyarakat Malaysia bebas mengamalkan budaya masing-

masing. Kerajaan Malaysia boleh menganjurkan sambutan Perdana untuk setiap perayaan ini bagi

Page 47: Contoh karangan-berpandu-1

47 Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Karangan Berpandu

© 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo

membolehkan rakyat sama-sama menyertainya dalam suasana yang harmoni dan perpaduan negara

dapat di capai.

****

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca yang

menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250

patah perkataan.

Pencemaran Udara

Pendahuluan

cuaca berjerebu kadang-kadang memendekkan jarak penglihatan(AR)

mewujudkan keadaan tidak selesa(cth)

menjejaskan kesihatan khususnya yang menghidap penyakit tertentu.(cth)

Isi/Fakta

2.1- Pembakaran bahan api kilang

pembebasan asap dan gas bertoksik oleh kilang-kilang perindustrian

pengusaha kilang tidak memasang alat penapis untuk mengelakkan pembebasan asap dari

serombong kilang.

Udara kotor dan beracun terbebas ke udara

Page 48: Contoh karangan-berpandu-1

48 Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Karangan Berpandu

© 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo

2.2- Pertambahan jumlah kenderaan

- peningkatan taraf hidup menyebabkan ramai yang mampu memiliki

kenderaan

- kenderaan menggunakan petroleum tanpa plmbum atau diesel

- asapmengandungi karbon monoksida mencemarkan udara dan

menjejaskan kesihatan

2.3 Pembakaran terbuka

- mereka melupuskan sisa buangan secara murah dan mudah

- petani menjalankan aktiviti pertanian dengan menebang pokok

kemudian membakarnya secara terbuka

- berlaku kebakaran hutan yang tidak terkawal

Kesimpulannya

- Pencemaran udara perlu diatasi secara kolektif

CONTOH JAWAPAN

Udara yang bersih amat penting untuk menjamin kesihatan orang ramai dan gaya hidup sihat.

Walau bagaimanapun, kemerosotan kualiti udara di negara kita kini kian meruncing . Bagi individu

yang tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, dan Ipoh, mereka akan menyaksikan

cuaca yang berjerebu sehingga kadang-kadang memendekkan jarak penglihatan. Keadaan yang

membimbangkan ini disebabkan oleh beberapa faktor yang memang dikenalpasti.

Salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya keadaan tersebut adalah pembebasan asap

dan gas bertoksik oleh kilang-kilang perindustrian. Sebagai sebuah negara yang sedang membangun,

sektor industri berkembang pesat di negara kita. Kilang tumbuh bagai cendawan selepas hujan,

terutamanya di bandar dan kawasan perindustrian. Kebanyakan pengusaha kilang tidak memasang

alat penapis yang cukup berkesan untuk mengelakkan pembebasan asap dari serombong kilang

mereka, hingga menyebabkan udara yang kotor dan beracun terbebas ke udara. Asap tersebut

kelihatan berwarna biru kehitam-hitaman dan berkepul-kepul terbebas ke kawasan sekitarnya.

Selain itu, pertambahan jumlah kenderaan di jalan raya menburukkan lagi kualiti udara di

negara kita. Peningkatan taraf hidup menyebabkan semakin ramai orang mampu memiliki kenderaan

sendiri. Setiap kenderaan yang bergerak akan mengeluarkan asap dan bayangkan betapa buruknya

keadaan sekitarnya. Keadaan semakin buruk jika kenderaan tersebut merupakan kenderaan berat,

seperti lori, treller, dan bas yang sudah uzur serta tidak diselenggarakan dengan baik. Situasi ini

bertambah buruk jika kenderaan menggunakan petroleum tanpa plumbum ataupun menggunakan

diesel. Asap yang terbebas daripada kenderaan tersebut yang mengandungi karbon monoksida bukan

sahaja mencemarkan udara tetapi boleh menjejaskan kesihatan seseorang.

Pembakaran terbuka juga merupakan salah satu faktor yang menjejaskan kualiti udara.

Pembakaran terbuka biasanya dilakukan oleh individu yang hanya mementingkan diri sendiri ibarat

enau melepaskan pucuknya masing-masing. Mereka mahu melupuskan sisa buangan secara mudah

dan murah semata-mata untuk mendapatkan keuntungan. Sebagai contoh ada dalam kalangan petani

menjalankan aktiviti pertanian dengan menebang pokok, kemudian membersihkan kawasan dengan

membakarnya secara terbuka.

Tuntasnya, masalah pencemaran udara ini perlu diatasi secara kolektif ibarat bulat air kerana

pembentung dan bulat manusia kerana muafakat. Kesedaran perlu ada dalam diri individu untuk

menjaga kualiti udara di negara kita. Bersama-samalah kita menghindari pencemaran udara dan

menghargai alam sekitar.

(317 patah perkataan)

Page 49: Contoh karangan-berpandu-1

49 Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Karangan Berpandu

© 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang perlunya bangunan

bersejarah di Negara kita di pelihara dan dipulihara. Panjang huraian anda hendaklah antara 200

hingga 250 patah perkataan

1.0 Pendahuluan

- Negara kita banyak mempunyai bangunan bersejarah.(AR)

- dibina sejak zaman penjajahan (HS)

- Kota A Famosa, Kota Margherita, Fort Cornwallis, bangunan Sultan Abdul Samad. (CTH)

- bangunan bersejarah perlu dipelihara dan dipulihara.(AA)

2.0 Isi (sebab-sebab )

Generasi muda dapat mengetahui dan mempelajari sejarah dengan lebih berkesan.(IU)

bangunan besejarah memberi gambaran tentang sejarah negara

Kota A Famosa dan bangunan Stadthuys – mengingatkan kita sejarah Melaka.(CTH)

Dapat melihat kesan sejarah dengan lebih dekat.(HS).

Dapat menambah ilmu pengetahuan.(R)

Salah satu cara untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda.(IU)

untuk menjadi tatapan dan penghayatan generasi muda.(HS)

generasi muda diingatkan tentang sejarah perjuangan nasionalis untuk memerdekakan

negara.(HS)

Kota Pengkalan Kempas di Negeri Sembilan, Kota A Famosa, Kota Cornwallis – mengingatkan

kita tentang usaha mempertahankan kerajaan Melaka dan Pulau Pinang pada zaman

penjajahan.(CTH)

Oleh itu bangunan besejarah penting untuk memupuk semangat patriotisme.(R)

2.3- Bangunan bersejarah mempunyai nilai ekonomi tersendiri. (IU)

untuk perkembangan sektor pelancongan.(HS)

menjadi salah satu destinasi yang dikunjungi para pelancong.(HS)

Page 50: Contoh karangan-berpandu-1

50 Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Karangan Berpandu

© 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo

kehalusan seni bina dan keunikan reka bentuk menjadi tarikan para pelancong (HS)

Bangunan Sultan Abdul samad di Kuala Lumpur perlu dikekalkan kerana kaya dengan unsur

seni.(CTH)

dapat menjana pendapatan negara.(R)

Penutup

perlu dipelihara

jika rosak perlu dibaiki segera

menjadi khazanan bangsa yang penting

untuk tatapan generasi sekarang dan akan datang

CONTOH KARANGAN

Negara kita sememangnya banyak mempunyai bangunan bersejarah. Antaranya ialah kota A

Famosa, Kota Margherita, Fort Conrwallis, Bangunan Sultan Abdul Samad dan lain-lain. Bangunan

bersejarah ini telah dibina sejak zaman penjajahan iaitu bermula pada zaman penjajahan Portugis pada

abad ke-15 hinggalah zaman penjajahan British pada abad ke-19. Pemuliharaan dan pemeliharaan

bangunan bersejarah ini adalah penting agar bangunan tersenut dapat menjadi warisan masyarakat dan

khazanah Negara yang tidak ternilai harganya.

Melalui pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan bersejarah, genrasi muda dapat

mengetahui dan mempelajari sejarah Negara dengan lebih berkesan di samping dapat merasai keadan

tamadun pada zaman silam. Bangunan-bangunan bersejarah ini dapat mmberi gambaran kepada kita

tentang sejarah negara. Di Melaka misalnya, terdapat bangunan tersohor seperti Kota A Famosa yang

dibina oleh Portugis dan Bangunan Stadthuys yanag dibina oleh Belanda dapat mengingatkan kita

tentang kebesaran dan kehebatan Melaka sebagai sebuah kerajaan Mlelayu tersohor pada zamannya.

Dengan melawat bangunan bersejarah itu kita juga dapat melihat sendiri kesan peninggalan penjajah.

Hal ini penting untuk kita menambah pengetahuan tentang sejarah negara.

Selain itu, pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan bersejarah juga penting sebagai salah

satu cara untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan generasi masa kini. Dalam konteks

ini, bangunan bersejarah perlu dikekalkan untuk menjadi tatapan dan penghayatan generasi muda .

Sebagai contoh Kota A Famosa di Melaka dan Kota Cornwallis di Pulau Pinang dapat mengingatkan

kita tentang usaha mempertahankan kedaulatan negeri Melaka dan Pulau Pinang pada zaman

penjajahan dahulu. Tinggalan sejarah ini boleh mengingatkan generasi muda tentang segala pahit

maung yang dilalui oleh pejuang nasionalis ketika memerdekakan tanah air dan secara tidak langsung

dapat mencelikkan kita agar sentiasa berwaspada terhadap musuh Negara.

Bangunan bersejarah juga mempunyai nilai ekonominya tersendiri, khasnya untuk

perkembangan sektor pelancongan. Bangunan bersejarah ini menjadi salah satu destinasi yang

dikunjungi oleh para pelancong sama ada dari dalam atau luar Negara. Kehalusan seni bina dan

keunikan reka bentuk bangunan tersebut mampu menjadi tarikan para pelancong untuk berkunjung ke

tempat-tempat tersebut. Sebagai contoh bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur mempunyai

unsure seni yang tiada tolok bandingnya. Kedatangan pelancong tersebut bukan sahaja dapat

mengharumkan nama negara tetapi juga dapat menjana sumber pendapatan Negara. Hal ini kerana

para pelancong , terutamanya pelancong asing akan berbelanja di Negara kita semasa mereka bercuti

di sini. Oleh yang demikian Negara kita boleh mengaut keuntungan yang banyak daripada sektor

pelancongan.

Kesimpulannya, bangunan-bangunan bersejarah perlu dijaga dan jika berlaku kerosakan,

usaha-usaha untuk membaik pulih perlu dilakukan segera. Hal ini kerana bangunan bersejarah ialah

khazanah bangsa yang penting untuk tatapan dan penghayatan generasi sekarang dan generasi akan

datang.

Page 51: Contoh karangan-berpandu-1

51 Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Karangan Berpandu

© 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah mengatasi

kesesakan lalu lintas di bandar. Panjang karangan hendaklah tidak lebih daripada 200 hingga 250

patah perkataan sahaja.

Kesesakan Lalu Lintas Di Bandar

Pendahuluan

-masalah kesesakan lalu lintas menjadi rungutan warga kota(AR)

-membuang masa, wang, dan tenaga(Cth)

-berpunca pertambahan bilangan kenderaan persendirian yang mendadak(AR)

-bilangan jalan raya pula tidak bertambah selaras dengan bilangan kereta(Cth)

-tempat tumpuan pejabat kerajaan dan swasta serta pusat-pusat perniagaan (Cth))

Isi/Fakta : Langkah-langkah mengatasi kesesakan lalu lintas di bandar

2.1-kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan kenderaaan awam untuk ke bandar(IU)

-Sediakan kemudahan awam yang lengkap-teksi, jadual perjalanan monorel, LRT, komuter(Cth)

-untuk waktu puncak ke kawasan bandar (HS1)

- pertambahan bilangan kenderaan persendirian(HS2)

-sistem jalan raya yang tidak bersistematik(HS3)

-bilangan jalan raya pula tidak bertambah selaras dengan bilangan kereta(HS4)

-tempat tumpuan pejabat kerajaan dan swasta(HS5)

–kerajaan menggalakkan rakyat berkongsi kereta ke tempatkerja(IU)

-mengehadkan kemasukan kenderaan ke bandar(HS1)

-mengatasi pencemaran udara akibat karbon monoksida(Cth)

-berkongsi kereta boleh menjimatkan wang dan mengekalkan keadaan kereta mereka tidak selalu

rosak(HS1)

Page 52: Contoh karangan-berpandu-1

52 Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Karangan Berpandu

© 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo

- ramai yang tidak menyahut seruan kempen untuk memudahkan diri ke sesuatu destinasi tanpa

menyusahkan orang lain.

2.3-Kerajaan perlu perlebar dan memperbanyakkan jalan raya yang keluar dan masuk ke

bandar(IU)

-dapat menampung jumlah kenderaaan

-jalan raya mempunyai empat lorong diperbanyak.(Cth)

Penutup

-pihak kerajaan perlu memastikan jalan raya bebas dari kesesakan jalan lalu lintas(IU)

-sistem jalan raya yang bersistematik(cth)

-kempen berkongsi kereta(Cth)

-ibu pejabat awam dan swasta yang berada di pusat bandar perlu dipindahkan ke kawasan luar

bandar(Cth)

CONTOH KARANGAN

Masalah kesesakan lalu lintas di pusat bandar merupakan suatu fenomena yag menjadi

rungutan warga kota sekarang. Memang tidak dapat dinafikan negara kita sedang pesat membangun,

tetapi dalam keghairahan pembangunan negara kita ini, berpunca daripada pertambahan bilangan

kenderaan persendirian, sistem jalan raya yang tidak bersistematik, bilangan jalan raya pula tidak

bertambah selaras dengan bilangan kereta dan tempat tumpuan pejabat kerajaan dan swasta dan

sebagainya. Jika masalah ini tidak dibendung, ia mungkin akan menyebabkan pelbagai masalah lain

yang lebih rumit antaranya pembaziran dari segi masa, wang, dan tenaga.

Langkah pertama yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan adalah hendaklah menggalakkan

rakyat menggunakan kenderaan awam untuk masuk ke kawasan bandar. Untuk itu, pihak kerajaan

hendaklah menyediakan kemudahan awam yang lengkap seperti teksi yang cukup, jadual perjalanan

monorel, LRT, komuter dan sebagainya. Penyediaan ini adalah perlu terutamanya pada waktu puncak

iaitu pada waktu pagi, masuk kerja dan pada waktu petang iaitu waktu pulang dari kerja. Kerajaan

perlu mengemaskini sistem pengangkutan awam yang sangat diperlukan tercanggih, cepat, pantas,

menepati waktu perjalanan dan agak selesa. Contoh kenderaan yang amat sesuai adalah monorel, LRT

dan komuter.

Selain itu, pihak kerajaan hendaklah menggalakkan rakyat berkongsi kereta ke tempat kerja.

Hal ini bukan sahaja dapat mengehadkan kemasukan kenderaan di kawasan bandar, malah dapat

mengatasi masalah pencemaran udara akibat pembebasan asap dan karbon monoksida daripada

kenderaan. Bagi mereka yang berkongsi kereta pula, mereka dapat menjimatkan wang dan juga dapat

mengekalkan keadaan kereta supaya tidak selalu rosak.

Seterusnya, pihak kerajaan hendaklah memperlebar dan memperbanyakkan jalan raya yang

masuk dan keluar dari bandar. Hal ini bertujuan supaya jalan raya dapat menampung jumlah

kenderaan yang banyak dan aliran keluar kereta dengan lebih cepat. Sebagai contoh, jalan raya yang

mempunyai empat lorong hendaklah diperbanyak. Namun begitu, ada juga antara mereka yang tidak

menyahut kempen-kempen sebegini kerana meraka lebih gemar berkenderaan sendiri bagi

memudahkan mereka pergi ke destinasi-destinasi tertentu tanpa menyusahkan orang lain.

Kesimpulannya, pihak kerajaan hendaklah memastikan jalan raya di negara kita bebas

daripada kesesakan lalu lintas. Sistem jalan raya yang bersistematik, kempen berkongsi kereta, dan

sebagainya hendaklah dilaksanakan. Oleh sebab kesesakan sering berlaku pada waktu puncak,

kenderaan-kenderaan berat hendaklah dilarang daripada memasuki kawasan bandar.

(300 patah perkataan)

Page 53: Contoh karangan-berpandu-1

53 Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Karangan Berpandu

© 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca gejala sosial

dalam kalangan remaja masa kini . Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah

perkataan.

GEJALA SOSIAL REMAJA MASA KINI

CONTOH JAWAPAN

Penglibatan remaja dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat telah menjadi satu isu dalam

kalangan masyarakat Malaysia pada hari ini.Setiap hari ada saja paparan berita tentang remaja terlibat

dalam kancah ini disiarkan oleh media-media massa. Lumba haram, penyalahgunaan dadah,‟ Black

Metal‟ dan VCD lucah adalah antara isu yang hangat diperdebatkan dalam komuniti semasa Oleh itu

kita perlulah mengenalpasti punca- punca timbul isu remaja kini untuk membendung daripada “ kudis

menjadi tokak “.

Pengaruh rakan sebaya telah dikenalpasti menjadi satu faktor yang sinonim dengan gejala

sosial dalam kalangan remaja. Mereka sering terikut-ikut dengan trend yang mekar dalam situasi

kehidupan moden dan canggih. Sekiranya mereka tidak mengikut aliran kelompok terbesar, mereka

dianggap kolot dan tidak sukakan cabaran. Oleh kerana jati diri yang rapuh dan pegangan agama yang

kurang, akhirnya mereka terjebak dalam gejala yang boleh merosakkan diri,masyarakat dan negara.

Pendidikan agama atau moral sering mengaturkan kehidupan manusia agar mematuhi

undang-undang dan menjadi anggota masyarakat yang beretika dan sopan. Tanpa pegangan agama

kukuh remaja sememangnya telah dicorakkan dengan warna-warna gejala sosial yang akan menjadi

„duri dalam daging‟ atau „api dalam sekam‟ untuk negara tercinta. Remaja kelompok ini akan berasa

seronok menjiwai watak-watak dalam drama gejala negatif kesan dari kehidupan yang tidak dibatasi

oleh undang-undang agama dan sahsiah.Oleh yang demikian suatu mekanisme perlu direka bagi

mengembalikan semula sikap dan pekerti yang menjadi tunjang kepada masyarakat berilmu dan

bermaruah.

Page 54: Contoh karangan-berpandu-1

54 Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Karangan Berpandu

© 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo

Sikap segelintir masyarakat ibu bapa yang kerap menghabiskan masa seharian dengan

mencari rezeki dan bekerja tanpa memikirkan hal berkaitan anak-anak juga menjadi punca remaja

terjebak dengan masalah ini. Atas tanggapan bahawa tanggung jawab mengajar hanyalah tugas guru

dan pendidik, ibu bapa ini tidak acuh dengan pendidikan tidak formal yang bermula dari rumah.

Mereka seharusnya tahu dan waspada dengan perubahan sikap, pergaulan dan kegiatan semasa anak

mereka. Ketiadaan pengawasan daripada ibu bapa yang hanya menyerahkan keperluan fizikal kepada

anak-anak telah menaikkan lagi peratusan berlakunya masalah remaja pada masa kini. Natijah ini

seharusnya diberi fokus yang sewajarnya oleh kaum ibu bapa kerana “ melentur buluh biar dari

rebungnya “ dan jangan pula nanti “ arang sudah terpalit dimuka” baru rasa kesalnya

Kesimpulannya remaja adalah tulang belakang pembangunan ekonomi,sosial dan politik bagi

sesebuah negara. Semua pihak perlu memikirkan satu mekanisme yang lebih efisien untuk mencegah

sebarang virus yang boleh merosakkan fizikal dan mental tenaga yang produktif ini. Penglibatan

semua pihak sama ada kerajaan, ibu bapa, masyarakat , keluarga adalah tanggungjawab yang mesti

digalas bersama demi memastikan remaja kini bebas dari sebarang gejala yang tidak sihat.

****

Lihat gambar di bawah dengan teliti.Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah

menanamkan amalan berjimat cermat dalam kalangan masyarakat Malaysia. Panjang huraian

antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Langkah-langkah Menanamkan Amalan Berjimat Cermat

Dalam Kalangan Masyarakat Malaysia

Page 55: Contoh karangan-berpandu-1

55 Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Karangan Berpandu

© 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo

Rangka Karangan

Pendahuluan

masyarakat perlu praktikkan amalan berjimat cermat (AR)

elakkan sikap boros ketika berbelanja ( cth)

terdapat langkah-langkah untuk tanamkan sikap berjimat cermat (AA)

2.1 Isi 1 : Memupuk sikap suka/rajin menabung ( IU)

mengamalkan sikap suka menabung dalam kalangan masyarakat (HS1)

kerajaan mengambil inisiatif melalui potongan KWSP (HS2)

ibu bapa harus memupuk amalan ini kepada anak-anak (HS3)

ibu bapa menggalakkan anak-anak mempunyai tabungan sendiri (HS4)

ibu bapa membuka akaun simpanan anak-anak di bank ( HS5)

tabungan/simpanan oleh institusi kewangan ( HS6)

Isi 2 : Mengadakan skim saham amanah ( IU)

Masyarakat perlu prihatin peranan skim saham amanah (HS1)

peranan badan kerajaan menggalakkan masyarakat melabur/menabung(HS2)

masyarakat perlu sedar kebaikan /faedah menabung/melabur(HS3)

2.3 Isi 3 : Perbelanjaan berhemat (IU )

perbelanjaan perlu perancangan yang teliti (HS1)

perancangan bagi mengelakkan pembaziran/boros berbelanja (HS2)

perlu mengelakkan penggunaan kad kredit ketika berbelanja (HS3)

elakkan daripada mengalami masalah kewangan/beban hutang(HS4)

Penutup

amalan berjimat cermat melahirkan masyarakat bijak dan progresif

individu/ masyarakat mempunyai simpanan untuk masa depan

amalan ini wajar menjadi budaya masyarakat Malaysia.

CONTOH JAWAPAN

Amalan berjimat cermat sememangnya merupakan sikap yang mulia dan seharusnya

dipraktikkan sepenuhnya oleh masyarakat Malaysia apatah lagi dengan keadaan harga barangan

yang semakin meningkat kesan daripada kenaikan harga bahan bakar di pasaran dunia. Sikap boros

ketika berbelanja haruslah ditangani agar tidak menyusahkan diri dan keluarga.Oleh itu, langkah-

langkah yang sewajarnya perlu diambil untuk menanamkan sikap berjimat cermat dalam kalangan

masyarakat.

Antara langkah efektif yang telah diambil oleh kerajaan untuk menggalakkan rakyat Malaysia

mengamalkan sikap mulia ini adalah dengan menanam sikap rajin menabung.Kerajaan telah

mengambil inisiatif bagi memupuk semangat menabung dalam kalangan pengguna .Pengenalan

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah contoh kesungguhan kerajaan untuk menyedarkan

masyarakat akan pentingnya perancangan masa depan kerana kita perlu sediakan payung sebelum

hujan.

Ibu bapa juga seharusnya memupuk sikap suka menabung kepada anak-anak sejak dari kecil lagi.

Anak-anak harus dididik mempunyai tabungan sendiri di rumah iaitu menabung wang lebihan

perbelanjaan sekolah mereka dan menggunakan simpanan mereka apabila ingin membeli barangan

keperluan sendiri. Ibu bapa juga boleh membuka akaun simpanan anak-anak di bank-bank tempatan

seperti Bank Simpanan Nasional , Bank Rakyat dan sebagainya kerana melentur buluh biarlah dari

rebungnya. .Institusi perbankan hendaklah dimanfaatkan sebagai tempat menyimpan wang yang

Page 56: Contoh karangan-berpandu-1

56 Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Karangan Berpandu

© 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo

selamat dan hasil daripada tabungan ini dapat digunakan untuk keperluan masa depan yang lebih

gemilang.

Masyarakat juga hendaklah pihatin akan peranan skim-skim saham amanah.Kementerian

Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna telah menjayakan Minggu Saham Amanah bagi memupuk

kesedaran melabur dalam kalangan pengguna.Oleh itu masyarakat hendaklah sedar akan peluang yang

terbuka luas untuk melabur dan seterusnya mendapat dividen yang diagihkan pada setiap tahun.Hal

ini pasti akan mendatangkan kebahagian kepada masyarakat kerana masyarakat yang bahagia

mempunyai masa depan yang terjamin.

Sebelum membeli barangan , perancangan yang teliti hendaklah dilakukan terlebih dahulu.Barang-

barang yang mahu dibeli perlu disenaraikan .Perbelanjaan berhemat ini wajar dipraktikkan bagi

mengelakkan sebarang pembaziran dan masyarakat hendaklah membeli barangan mengikut

keperluan,bukan mengikut nafsu . Ketika berbelanja ,penggunaan kad kredit juga patut dielakkan

kerana akan menambah beban tanggungan hutang dan lama kelamaan pengguna akan mengalami

masalah kewangan .Justeru, masyarakat wajar berpegang pada peribahasa berjimat sebelum

terlambat,beringat sebelum terkena.

Kesimpulannya, amalan berjimat cermat sudah pasti akan melahirkan masyarakat yang bijak dan

progresif kerana mempunyai sumber kewangan yang mecukupi dan sudah tentu untuk jaminan masa

hadapan yang lebih cerah, seperti kata tokoh Mahatma Gandhi,’berfikirlah untuk hari esok,namun

bertindaklah hari ini’.Oleh yang demikian, pelbagai pihak wajar memainkan peranan agar amalan

berjimat cermat menjadi budaya masyarakat kita setiap masa tanpa mengira peringkat umur .

( 300 patah perkataan)

****

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha memelihara permainan

tradisional agar tidak pupus. Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Page 57: Contoh karangan-berpandu-1

57 Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Karangan Berpandu

© 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo

RANGKA KARANGAN

Pendahuluan

Permainan tradisional mula dilupakan (AR)

Contoh permainan tradisional iaitu permainan gasing, congkak, wau dan sebagainya (AS)

Pelbagai usaha diambil untuk mempopularkan permainan ini (AA)

Isi/fakta

Peranan pihak sekolah (IU)

Melalui kegiatan kokurikulum(HS1)

Guru diberi pendedahan dan latihan(HS2)

Menganjurkan pertandingan permainan tradisional(CTH)

Dapat menguji minda dan fizikal(HS3)

Dapat menarik minat pelajar(HS4)

Peranan pihak Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Pelancongan (IU)

Mempopularkan kembali permainan tradisional(HS1)

Mengadakan pesta permainan tradisional(HS2)

Setiap negeri harus memainkan peranan(HS3)

Wau dahulunya tekenal di negeri kelantan(CTH)

Dapat menarik minat rakyat Malaysia(HS4)

Dikormesialkan kepada pihak tertentu(IU)

Menarik minat penganjur dan syarikat-syarikat besar(HS1)

Mengadakan promosi semasa Sukan SEA(HS2)

Sukan SEA Vietnam 2003(CTH)

Memperkenalkan permainan tradisional kepada Negara-negara lain(HS3)

Penutup

usaha untuk memupuk dan memelihara permainan tradisional tidak harus dipandang enteng

jika tidak, permainan tradisional mungkin hanya akan dapat ditonton di muzium oleh generasi

akan datang.

CONTOH JAWAPAN

Dalam era globalisasi ini, permainan tradisional mula dilupakan. Antara permainan

tradisional tersebut ialah permainan gasing, wau, congkak dan sebagainya. Hal ini terjadi kerana

pengaruh permainan moden seperti permainan video, permainan komputer, dan sebagainya berleluasa

di pasaran menjadikan permainan tradisional bagai melukut di tepi gantang. Oleh itu, usaha-usaha

tertentu perlu diambil untuk mempopularkan permainan ini terutamanya kepada generasi muda.

Salah satu usaha yang patut diambil bagi mempopularkan permainan tradisional ialah melalui

pihak sekolah. Pihak sekolah perlu mengadakan kegiatan kokurikulum yang berkaitan dengan

permainan tradisional melalui penubuhan kelab atau persatuan di sekolah masing-masing. Guru-guru

juga perlu diberikan pendedahan dan latihan secukupnya supaya mereka dapat membimbing para

pelajar untuk bermain permainan tersebut. Melalui kegiatan ini juga, pelbagai pertandingan dapat

diadakan seperti pertandingan gasing pangkah, congkah, sepak raga bulatan dan wau. Jika

pertandingan diadakan, bukan sahaja dapat menguji minda dan fizikal para peserta malahan mereka

juga akan bermain dengan bersungguh-sungguh. Sekali gus ini akan menarik minat mereka terhadap

permainan tersebut.

Page 58: Contoh karangan-berpandu-1

58 Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Karangan Berpandu

© 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo

Selain itu, pihak yang tertentu terutamanya Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan

Pelancongan harus mengorak langkah untuk mempopularkan permainan tradisional semula dengan

mengadakan pesta permainan tradisional di peringkat negeri atau kebangsaan. Sebagai contonhnya,

wau dahulunya amat terkenal di Kelantan tetapi kini dilupakan. Acara seperti permainan wau dan

gasing apabila dipersembahkan di peringkat kebangsaan, akan dapat menarik minat rakyat Malaysia

untuk mengenali dan mencuba permainan ini. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa tak kenal

maka tak cinta.

Acara ini juga perlu dikomersialkan supaya dapat menarik minat penganjur atau syarikat-

syarikat besar untuk menajanya. Salah satu daripada caranya ialah acara sukan hendaklah

dipromosikan semasa sukan SEA supaya dapat menarik minat negara lain. Sebagai contoh, Sukan

SEA Vietnam 2003 yang lalu, negara Vietnam mengambil peluang untuk memperkenalkan permainan

tradisinya kepada negara lain.

Kesimpulannya, usaha untuk memupuk dan memelihara permainan tradisional tidak harus

dipandang enteng kerana permainan ini merupakan khazanah dan warisan negara yang harus

dipelihara supaya tidak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Jika tidak, permainan tradisional

mungkin hanya akan dapat ditonton di muzium oleh generasi akan datang.

(297 patah perkataan)

****************************************