contoh persoalan karangan perlancongan

Upload: aiadah-bt-wahari-eda

Post on 13-Jul-2015

1.798 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

CONTOH PERSOALAN : 1. Industri pelancongan negara mula mencatatkan pertumbuhan pesat sejak kerajaan memperkenalkan Tahun Melawat Malaysia 1990. Sekali lagi Malaysia akan menjadi tumpuan pelancong pada 1994 kerana kerajaan telah melancarkan TMM 94. Kerajaan menganggarkan seramai tujuh juta pelancong akan melawat Malaysia pada 1994. Hal ini diususkan oleh Y.B. Datuk Sabaruddin Chik melalui Berita Harianpada 8 September 1993 di Kuala Lumpur.Sejauh manakah industri pelancongan ini dapat membawa kebaikan terhadap negara kita ?

Intro : 1. Industri pelancongan memberi sumbangan besar kepada pendapatan negara kasar dan menjadi sumber negara ketiga penting selepas perkilangan dan pertroleum.

2 . Kita menjadikan pelancong sebagai sebuah industri mulai pertengahan tahun 80-an sewaktu negara menghadapi kemelesetan ekonomi.

3. Pelancongan dikaitkan dengan kegiatan lawatan para pelancong dari dalam dan luar negeri untuk pelbagai tujuan. Bertambahlah jumlah pelancong bererti akan menggiatkan usaha untuk menyediakan tempat pengi napan, pengangkutan, perkhidmatan dan penyediaan prasarana (infrastruktur) yang berkaitan.

Langkah :

1. Usaha memperdagangkan bidang perlancongan di negara ini begitu menonjol sesudah ditubuhkan Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Pelancongan enganjurkan

Sumbangan : 1. Mempelbagaikan dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Kesan daripada berkembangnya, industri-industri yang menjadi sampingan seperti bidang perhotelan juga telah dimajukan. Pada 1985, sejumlah 32,835 bilik penginapan disediakan oleh 825 hotel di seluruh negara. Ini menunjukkan bahawa industri pelancongan yang berasaskan perhidmatan menawarkan pilihan pertumbuhan ekonomi yang sebelum ini dikuasai oleh industri pertanian dan perkilangan. Banyak hotel baru yang berbintang 5 telah dibina akibat industri pelancongan. Hotel-hotel ini dapat menambahkan sumber pendapatan negara.

2. Menyelamatkan peraliran ke luar. Menggalakkan pertukaran wang asing negara. Usaha untuk menggalakkan kedatangan pelancong asing tidak seharus- nya membelakangkan sumbangan pelancong tempatan.Kemudahan-kemudahan yang disediakan akan dapat dinikmati sama oleh pelancong tempatan. Perdana Menteri ketika melancarkan khidmat Feri Melaka ke sebuah wilayah Indonesia, mengatakan rakyat negara ini berbelanja lebih 200 juta ringgit untuk kegiatan pelancongan di luar negeri. Menurut Perbadanan Penggalakkan Pelancongan, lebih

daripada 72 peratus pelancong asing ke Malaysia terdiri dari golongan profesional dan bertaraf pengurus. Ini secara tidaklangsung mencerminkan hakikat bahawa mereka adalah orang-orang yang berada dan akan berbelanja besar ketika di negara ini. Justeru itu cukup wajar kalau ini diberi perhatian kerana akan memberi kesan positif terhadap pertukaran wang asing.

3. Mengurang kadar pengganguran. Berkembangnya industri perhotelan, pertambahan agensiagensi pelancongan dan perhidmatan bas-bas persiaran adalah antara kegiatan yang memerlukan ramai pekerja.Ini termasuklah jawatan untuk diisi oleh para pemandu pelancong. Contoh, sejak tahun 1985, perkembangan industri perhotelan sahaja telah menghasilkan kirakira 6,000 peluang pekerjaan dan jumlah itu terus meningkat setiap tahun. Hotel juga memerlukan ramai pekerja dan pelayan bagi membantu.

Keburukan :

1. Kebudayaan kuning. Kita perlu mengambil kira kebimbangan berbagai-bagai pihak di samping bersedia untuk menghadapi berbagai-bagai kesan yang mungkin timbul seperti ancaman budayakuning. Para pelancong tidak mustahil akan mendedahkan corak hidup mereka yang antaranya tidak boleh diterima oleh rakyat negara ini. Kita juga harus berusaha agar tidak dihanyutkan oleh arus yang akan mengakibatkan leburnya ciri-ciri kebudayaan timur yang telah dipertahankan sejak berzaman. Mereka mungkin memakai pakaian yang menjolok mata. Berkelakuan sumbang di hadapan pemuda-pemudi kita.

2. Pencemaran Kebimbangan juga pernah diutarakan oleh FOMCA di mana usaha kerajaan mengutamakan pelancong luar negeri akan hanya menguntungkan orang luar. Pelancong tempatan pula umumnya kurang kemampuan untuk tinggal di hotel- hotel mahal dan mewah. Kajian yang dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia juga mendapati bahawa pembinaan hotel dan kondominium di pinggir laut danpantai telah menimbulkan masalah pembuangan najis.Pencemaran mungkin sahaja akan berlaku akibat saluran paip najis dihalakan ke laut atau pantai berkenaan.

3. Sikap dan berfikiran hamba. Kemajuan industri pelancongan juga tidak mustahil akan melahirkan masyarakat yang berfikiran hamba dan bersikap rendah diri. Suasan itu boleh wujud kerana layanan yang berlebih-lebihan terhadap para pelancong sehingga mereka dianggap raja. Masyarakat akan tunduk kepada mereka kerana ingin memberi perkhidmatan yang baik. Perkembangan industri ini juga akan menggalakkan pertumbuhan kelab sosial dan kasino yang nyata bercanggah dengan prinsip islam dan norma-normamasyarakat yang bercorak konservatif kita.

Kesimpulan :

1. Industri pelancongan penting untuk mempelbagaikan sumber ekonomi dan meningkatkan pendapatan negara. Kita perlu berwaspada terhadap beberapa risiko yang akan timbul seperti penularan wabak penyakit serius,masalah sosial yang bertali-temali dan ancaman terhadap nilainilai tradisi dan murni yang telah menjamin keharmonian masyarakat selama ini.

2. Industri pelancongan patut dijalankan dengan perancangan yang baik dengan tidak membelakangkan tuntutan agama dan menggugat alam sekitar. Contoh

Persoalan : 1. Sektor pelancongan penting untuk membantu pembangunan ekonomi negara kita. Agensi-agensi kerajaan telah melaksanakan usaha-usaha untuk menarik lebih ramai pelancong luar ke Malaysia. Huraikan langkah-langkah yang harus diambil untuk memajukan industri pelancongan.

Intro : 1. Malaysia kini mencapai nama sebagai satu destinasi pelancongan terbaik. Datuk Sabaruddin Chik mengatakan kempen galakan yang agresif telah dijalankan untuk TMN 94 dengan penekanan diberikan di Hong Kong, Afrika, Amerika Latin dan Timur Tengah. Hasil yang dijangka ialah RM5 billion dan 7 juta pelancong asing akan melawat ke Malaysia. (Sumber : Berita Harian, 9 Sept.1993).

Langkah : 1. Menjualkan imej ke luar negara.Memperkenalkan Malaysia kita ke dunia. Masih terdapat negara-negara dalam dunia ini masih belum mengetahui kedudukan negara kita. Pihak kerajaan sendiri telah mengeluarkan belanja yang besar bagi membiayai kos untuk memperkenalkan negara kita di seluruh dunia. Melalui Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), kesenian dan keindahan alam Malaysia telah dihebohkan ke luar Malaysia.

2. Tempat peranginan.Tempat yang menarik yang terdapat di negara kita haruslah dijaga dan dibangunkan supaya kelihatan menarik sepanjang masa. Tanggungjawab ini bukan sahaja harus diambil oleh kerajaan pusat bahkan harus melihat kerajaan negeri, penguasa-penguasa tempatan dan juga pihak-pihak swasta sama ada memberikan sumbangan tenaga atau kewangan. Penjagaan tempat-tempat menarik ini akan menggalakkan kehadiran pelancong sepanjang musim. Kebanyakan pelancong kehendakkan satu suasana yang nyaman dan tenteram penuh dengan kesenian untuk dinikmati.

3. Program dan aturcara.Pelancong dari luar negeri telah dihiburkan dengan program-program yang menarik di negara kita. Acara-acara yang disediakan ini merangkumi aspek kesenian dankebudayaan tempatan agar masyarakat pelancong akan lebih mendekati dan mendalami keperibadian hidup penduduk negara ini. Negara kita kaya sekali dengan pelbagai kesenian. Pertandingan bercorak tradisional juga boleh diadakan untuk menarik penduduk tempatan serta pelancong-pelancong asing mengalami dan merasai permainan tradisi yang kita ada. Contoh:

sepak takraw, wau,gasing, perkhemahan sambil belajar. Pelancong-pelancong akan menyedari bahawa kerajaan kita sangat mengambil berat mengenai keadaan alam sekitar yang terdapat di negara kita.

4. Media massa.Kementerian Penerangan perlu mengadakan kempen secara besar-besaran. Televisyen, radio, majalah, suratkhabar,Far Eastern Economic Review, Newsweek, Times Magazine dsb perlu memberitakan imej Malaysia ke seluruh dunia.Risalah dan poster perlu diedarkan dan dilekatkan di sepanjang jalan di Malaysia khususnya dan di pasaran baru amnya. Isu ini haruslah dihebohkan setiap kali pemimpin negara memberi ucapan dan dalam upacara perasmian. Setiap rakyat perlu tahulah hal berkaitan dengan Tahun Melawat Malaysia 1994 ini iaitu dari murid darjah satu sehingga mahasiswa dan mahasiswi.

5. Kebudayaan unik Malaysia.Malaysia harus mempamerkan kekayaan budaya unik ialah makanan tradisional, tarian tradisional, permainan tradisional, lagu tradisional, perayaan Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Raya Aidil Fitri dsb untuk menarik minat pelancong. Hotel dan agensi pelancongan menganjurkan aktiviti berkaitan dengan kebudayaan kita seperti pertandingan tarian tradisonal di antara pelancong yang menginap di hotel mereka.

Kesimpulan : 1. TMM 94 akan memikat pelancong asing tinggal lebih lama di sini kerana banyak acara yang akan dipersembahkan iaitu selama enam hari. Kerajaan menggalakkan pertumbuhan industri pelancongan tempatan seiring perkembangan industri pelancongan asing.

CONTOH PERSOALAN :

1. Industri kraftangan semakin popular. Ini kerana kraftangan merupakan satu aktiviti ekonomi penting terutama di luar bandar. Huraikan langkah-langkah yang berkesan untuk memajukan industri di Malaysia. 2. Industri kraftangan menghadapi banyak masalah. Bincangkan masalah yang dihadapi oleh industri ini dan cadangkan cara-cara yang berkesan untuk mengatasi masalah ini.

Konsep : 1. Perusahaan kraftangan yang dikendalikan oleh penduduk tempatan. Satu bentuk perusahaan yang menggunakan kemahiran dan kecekapan anggota badan untuk mengeluarkan hasil daripada bahan-bahan tempatan seperti kayu, buluh,rotan, mengkuang dan tanah liat di samping penggunaan bahan-bahan yang telah diproses seperti perak, tembaga,besi dan kain. 2. Hasil pengeluaran ini berupa tongkat, bakul, raga, tikar,dulang, cawan, periuk, keris, batik, songket atau lain-lain seumpamanya. Barang-barang ini boleh digunakan sebagai alat keperluan harian, perhiasan, pakaian dan sebagainya.

Masalah : 1. Perusahaan yang berbentuk keluarga sahaja.Kemahirannya diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Mereka menjalankan kegiatan ini sebagai usaha sampingan. Tidak dipentingkan oleh mereka yang terlibat. Contoh : perusahaan-perusahaan membuat batik, songket, bahan-bahan perak dan tembaga di Kelantan dan Terengganu, perusahaan tekatmenekat di Perak dan perusahaan membuat tembikar daripada tanah liat di Sarawak.

2. Perusahaan ini tinggal dalam keadaan yang mundur.Golongan muda-mudi kurang berminat untuk meneruskan kegiatan ekonomi keluarga ini. Sebaliknya dengan taraf yang dimiliki serta nilai-nilai sosial yang berubah, mereka lebih cenderung untuk bekerja di sektor-sektor yang lebih moden. Maka golongan tua atau yang tidak berpelajaran terpaksa meneruskan usaha tersebut dengan daya pengeluaran yang lembab dan mutu yang rendah. Ini ditambah pula dengan ketiadaan modal yang secukupnya untuk memajukan perusahaan tersebut. Keadaan ini bertambah tergugatnya kedudukan mereka apabila adanya persaingan yang hebat dengan barang-barang tiruan sama ada yang diproses dalam negeri mahupun yang diimport. Contoh : dalam perusahaan batik.

3. Masalah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.Masalah-masalah itu ialah pengawalan mutu, daya pengeluaran, pengurusan, penggunaan bahan-bahan mentah, tenaga kerja yang mahir, modal dan pengeluaran barangan yang bermutu tinggi. Kebanyakan hasil kraftangan ini dijual dengan harga yang tidak sama. Ini menyebabkan orang ramai tidak mempercayai penjual dan mereka tidak berani membeli hasil kraftangan terutama pelancong.

Langkah : 1. Penubuhan Perbadanan Kemajuan Kraftangan kerajaan.Badan ini telah mengadakan berbagai-bagai kemudahan untuk memenuhi objektif-objektif tersebut. Mengadakan program-program latihan dalam berbagai-bagai aspek pengeluaran, kawalan mutu dan pemasaran kepada para pengusaha dan bakal pengusaha. Matlamatnya untuk membantu meningkatkan hasil pengeluaran dan mutu barangan kraftangan negara ini. Bertujuan untuk memajukan, menggalakkan dan mempergiatkan pertukangan kraftangan ke arah mewujudkan kegiatan usahawan yang teguh dan kukuh. Membuka pusat latihan dan melatih para belia dan beliawanis yang berminat. Memberi perhidmatan bimbingan dan teknikal dan menyebarkan maklumat berkaitan dengan teknik pengeluaran baru, kawalan mutu, pasaran dan beberapa aspek yang berkaitan. Hasil kraftangan ini dijual kepada pihak KEMAS untuk dinilai sebelum dihantar ke gerai-gerai Karyaneka di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, kedai-kedai Perbadanan Pelancongan, hotel-hotel dan sebagainya.

2. Pasaran diperluaskan dan program latihan.Langkah tegas yang lebih menyeluruh perlu dilaksanakan dengan segera. Kerajaan perlu mewujudkan pasaran yang lebih luas di samping meningkatkan lagi program latihan yang lebih intensi dalam aspek-aspek pengurusan, pengeluaran dan kawalan mutu. Kerajaan hendaklah juga menubuhkan pusat-pusat perusahaan

tangan yang berpotensi di kawasan-kawasan desa dengan berdasarkan kemudahan- kemudahan yang ada seperti bahan asli, minat penduduk dan bakat yang ada di kalangan mereka. Sejajar dengan ini, pusat-pusat latihan yang berkenaan harus diperluaskan dan diperlengkapkan. Kemudahan-kemudahan ini hendaklah pula disusuli dengan bantuan kredit, khidmat nasihat termasuk yang berhubung dengan pengawalan mutu dan pemasaran.

3. PKKM telah membuat penyelidikan tentang pemasaran,kemajuan pengeluaran, harga, pembungkusan, pengedaran dan usaha untuk meningkatkan mutu hasil ciptaan kraftangan. Untuk mempertingkatkan usaha ini PKKM perlu bekerja keras dan mengambil langkah untuk menjamin hasil kraftangan negara ini memenuhi permintaan dari dalam negeri dan luar negeri.

4. Majlis Amanah Rakyat atau MARA dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia telah memberi kemudahan bagi mendapatkan sumber kewangan secara pinjaman untuk mengatasi masalah kewangan dan khidmat nasihat. Pihak pemasaran telah dihantar ke luar negeri untuk memperkenalkan hasil kraftangan kita. Tujuannya supaya negara-negara maju dapat memberi sumbangan baik dari segi modal, teknik ataupun kepakaran. Perbadanan Kraftangan mengharapkan negara-negara maju akan menawarkan projek-projek usahasama dengan pengusaha tempatan untuk memajukan industri kraftangan negara ini.

5. Pengusaha-pengusaha kraftangan tempatan perlulah berani dan bersedia menghadapi saingan daripada pengusaha-pengusaha luar. Para pengusaha mestilah bersikap positif,dinamik dan terbuka untuk pembaharuan dalam pengeluaran barangan kraftangan. Kejayaannya bukan sahaja dari segi komersial malahan dari segi kemajuan negara. Syarikat korporat juga digalakkan untuk berkecimpung dalam industri kraftangan dengan menanam modal bagi membina kilang kraftangan. Kesimpulan : 1. Kerajaan bukan sahaja akan dapat membantu para pengusaha dan penduduk desa menambahkan pendapatan dan menjamin masa depan mereka. Ini akan membolehkan Malaysia muncul sebagai sebuah negara pengeluar hasil kraftangan yang bermutu dan boleh menambahkan pendapatan secara keseluruhannya. Jadi, langkah ini dalam banyak hal akan merupakan satu bentuk pelaburan jangka panjang untuk faedah semua.

CONTOH PERSOALAN : 1. Bincangkan peranan universiti dalam pembangunan Malaysia. Intro :

1. Dalam dunia pendidikan, pendidikan universiti merupakan kemuncak pendidikan seseorang. Pendidikan universiti juga merupakan satu keistimewaan bagi seseorang kerana bukan semua orang dapat menikmati pendidikan tersebut, iaitu dapat meneruskan pelajarannya di menara gading.

2. Merupakan impian bagi setiap pelajar di sekolah. Merupakan pasport atau tiket untuk ke arah kecemerlangan hidup.Tanda status dan kedudukan seseorang dalam masyarakat.

Peranan : 1. Badan penyebar ilmu Universiti adalah bak kata pepatah `gedung ilmu yang di dalamnya penuh dengan khazanah ilmu yang tidak terhingga nilainya. Dengan demikian sesiapa yang berjaya ke tahap universiti maka beerti ia telah berpeluang untuk menerokai bidang ilmu yang maha luas itu dan kemudian akan keluar sebagai seorang ilmuan yang berperanan untuk menyampaikannya kepada hak anak bangsa yang dahagakan pengetahuan. Rakyat sesebuah negara akan terus maju, apa lagi bagi negara membangun, yang selama ini jauh ketinggalan berbanding dengan negara-negara maju, tetapi kini ia sama taraf dengan bangsa-bangsa yang telah maju di dunia ini. Jelas menunjukkan bahawa universiti dapat mewujudkan sati masyrakat yang dinamik dan progresif yang sanggup menerima perubahan sesuai dengan aliran zaman.

2. Penyebaran bahasa Melayu Memenuhi tuntutan dan aspirasi rakyat yang ingin melihat bahasa ibunda mereka mempunyai kedaulatan dan kedudukan yang sewajarnya sesuai dengan sifatnya sebagai bahasa rasmi negara, iaitu menjadi bahasa ilmu yang sekaligus dapat menegakkan keperibadian bangsa. Jadi bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar sistem pendidikan negara seluruhnya. Menjadi bahasa penyebaran ilmu yang tertinggi di rantau ini khususnya dan di dunia amnya.

3. Pusat untuk mengeluarkan manusia yang berkualiti, bukan sahaja berhemah tinggi tetapi juga mempunyai kesedaran dan tanggungjawab kepada masyarakat dan sanggup membina masyrakat yang stabil, aman damai dan bersatu padu. Tegasnya dalam hubungan memenuhi cita-cita nasional, universiti dapat memberikan sumbangan terhadap perkembangan dan kemajuan tenaga manusia serta berusahamenggerakkan proses pembaharuan dan memperkayakan di samping mempertinggikan bidang ilmu demi kemajuan bangsa dan negara.

4. Pengumpulan tenaga manusia mahirDari aspek pembangunan ekonomi negara, fungsi universiti adalah mengumpulkan tenaga manusia yang pakar dalam berbagai-bagai bidang dan jurusan dengan tujuan supaya daya pemikiran dan pengetahuan iktisas yang ada pada mereka itu dapat dipergunakan sepenuhnya bagi meninggikan taraf hidup rakyat dalam negara yang makmur dan harmoni.

5. Penghasilan pemimpinDalam bidang politik pula, universiti adalah tempat tapak semaian bagi melahirkan golongan intelek yang mempunyai sikap yang rasional dan berpandangan jauh. Dapat menggerakkan dan menyalurkan motivasi rakyat bagi menuju masa depan yang lebih cerah sambil menjamin pemerintahan demokrasi serta memberikan hak asasi rakyat dalam sebuah negara yang progresif.

6. Keseimbangan kerohaniah dan jasmaniahDapat memberikan keseimbangan dia antara keperluan rohani dengan jasmani bagi mengatasi masalah kehidupan yang mencabar serta kompleks dalam zaman sains dan teknologi ini. Meskipun sains dan teknologi adalah penting

tepat negara tentulah tidak akan memerlukan golongan pakar sanis semata-mata tetapi juga berkehendakkan kepakaran dalam bidang lain hanya dapat dihasilkan oleh universiti sahaja.

Kesimpulan : 1. Universiti penting terhadap pembangunan negara. Tidak hairanlah peruntukan wang yang besar diberikan oleh kerajaan untuk perkembangannya. 2. Diharapkan para siswazah tidak mengabaikan harapan dan cita-cita negara untuk mencapai Wawasan 2020.

CONTOH PERSOALAN :

1. Baru-baru ini ahli-ahli masyarakat sering mempersoalkan kecemerlangan universiti tempatan. Mereka berpendapat kualiti siswazah yang dilahirkan kurang bermutu. Mereka juga meragui kemampuan tenaga pengajar. Bincangkan sebab-sebab kemerosotan kecemerlangan ilmiah di universiti-universiti tempatan.

Intro :

1. Kini, sering dinyatakan di dalam akhbar tempatan tentang masalah para pensyarah di universiti yang menuntut agar skim gaji dan perhidmatan mereka dikaji semula supaya selaras dengan kerjaya mereka.

2. Benarkah masalah ini memberi kesan langsung terhadap kemerosotan kecemerlangan universiti ? Masyarakat umum menganggapi kemerosotan mutu akademik para graduan sebagai berpunca daripada kemerosotan dedikasi dan kualiti pengajaran para pensyarah.

Punca : 1. Faktor sejarah Faktor-faktor kemerosotan ini dapat disorot melalui beberapa perkembangan pada masa-masa lalu. Misalnya, walaupun wujud tradisi kecemerlangan di universiti-universiti negara ini, penubuhannya lebih terdorong olehpermintaan untuk mengeluarkan tenaga mahir yang mencukupi bagi memenuhi keperluan pembangunan ekonomi, politik dan sosial negara. Penubuhannya bujanlah berdasarkankomitmen yang penuh untuk mencapai kebenaran dan ilmu pengetahuan semata-mata.

2. Sindrom ijazah dan diplomaSecara evolusi timbullah suatu kesan negatif di kalangan para penuntut universiti yang dikenali sebagai `sindrom diploma dan ijazah. Dalam hal ini, rata-rata pelajar yang berjaya menyambung pelajaran di universiti bercita-cita untuk mendapatkan segulung ijazah. Aspek ilmu pengetahuan diletakkan selepas cita-cita utama tersebut. Oleh yang demikian, ada kalanya universiti-universiti seperti ini disebut sebagai sekolah tinggi.

3. Campur tangan pihak pemerintah Campur tangan pihak pemerintah dalam urusan pentadbiran universiti juga berperanan dalam menimbulkan keresahan di kalangan para ilmuan. Misalnya, pengawalan universiti oleh satu majlis yang dilantik oleh kerajaan. Para wakil dalam majlis tersebut diberi kuasa untuk menentukan hala cara dan peranan bidang akademik. Hal ini menjadikan universiti seolah-olah suatu lanjutan daripada sebuah jabatan kerajaan. Hal inilah yang berlaku di universiti- universiti tempatan.

4. Perlantikan pegawai utama universiti Begitulah juga halnya dengan perlantikan pegawaipegawai utama universiti yang ditentukan oleh pertimbangan politik dan ketaatan kepada ketua mereka. Perlantikan tersebut bukanlah berdasarkan kepada kajaguhan akademik,kecekapan mentadbir atau kekananan perhidamatan. sejajar dengan hal ini, para tenaga akademik dikawal oleh Peraturan Tatakelakuan Kakitangan Akademik dan diberi gaji berdasarkan tangga gaji pegawai perhidmatan awam.

5. Kehilangan minat pengajar Implikasi yang timbul daripada hal tersebut ialah para tenaga akademik mula kehilangan minat terhadap tugas pengajaran dan penyelidikan yang dapat mempertahankan kecemerlangan akademik dan kewibawaan mereka sebagai golongan intelek. Ramai pensyarah yang berlumba-lumba untuk merebut pelbagai jawatan pentadbiran yang dapat menjanjikan pendapatan yang lebih. Mereka mulai patuh kepada pentadbiran dan menjalankan tugas sebagai seorang birokrat, iaitu meniru cara berpakaian birokrat, bekerja mengikut waktu pejabat, malah ada yang membataskan peranan masing-masing kepada mengajar di bilik kuliah ibarat guru sekolah tanpa mengambil berat kerja-kerja penyelidikan.

Kesimpulan : 1. Kita perlu memperbaiki keadaan tersebut. Jawatankuasa khas harus dilantik bagi merintis jalan ke arah kecemerlangan dan kegemilangan akademik sebagai tradisi kecemerlangan universiti. Kita harus ke arah mencapai dan menjadi sebuah universiti seperti Harvard University atau Cambridge University di Amerika dan England.

SUMBANGAN PENDIDIKAN SWASTA

1. Definisi : Sektor swasta memberi sumbangan yang positif untuk memajukan pendidikan bagi mencapai WAWASAN 2020. Swasta menubuhkan sekolah, pusat akademik, kolej profesional, pusat bimbingan dan sebagainya untuk bekerjasama dengan kerajaan membangunkan pendidikan di Malaysia. Contoh : Kolej Sunway, Pusat Bimbingan Tanjung, Kolej Stamford dan Kolej Tuanku Abd. Rahman.

2. Kabaikan / Peranan pendidikan swasta :

(a) Memberi peluang pendidikan yang lebih luas dan melanjutkan pelajaran. Mereka yang gagal peperiksaan, tidak berjaya ke universiti dan memilih kursus mengikut cita rasa sendiri akan ke sekolah swasta. Sekolah swasta mempunyai syarat kemasukan yang lebih longgar seperti had umur dan kelulusan minima. Boleh mengatasi masalah psikologi pelajar yang gagal dan mereka belum bersedia untuk berdikari.

(b) Pertukaran wang asing dapat dijimatkan. Tidak perlu membayar lebih kerana belajar di dalam negeri. Bayaran yuran yang rendah dan perbelanjaan harian yang murah. Tempat tinggal dan makan boleh dijimatkan. Nilai mata wang yang rendah dibandingkan dengan nilai mata wang yang lebih tinggi di luar negeri. Berpuluh-puluh ribu pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran ke luar negeri kerana universiti tempatan tidak menawarkan tempat yang mencukupi. Membawa kesan ekonomi yang negatif.

(c) Pembangunan keusahawanan dan kepakaran teknologi. Menawarkan banyak pilihan kursus. Ada yang bercorak profesional juga. Contoh : Kejuruteraan, Perakaunan,Perhotelan, Jahitan, Masakan, Sistem Bank, Perhiasan dan sebagainya. Pelajar boleh memilih subjek yang diminati oleh mereka. Membantu kerajaan menyediakan tenaga kerja yang produktif, mahir, berilmu dan berpengetahuan untuk menyumbangkan ke arah pencapaian Wawasan 2020. Meningkatkan kemahiran sumber manusia dan membantu kerajaan ke arah perindustrian yang maju. Menyediakan pelajar-pelajar bagi peperiksaan London Chamber of Commerce and Industry dan Institute of Chartered Management and Accountancy.

(d) Teknik pembelajaran yang berkesan. Menyediakan pendidikan yang bermutu. Kelas kecil dikelolakan dengan berhawa dingin. Lebih ekslusif dan mengikut sistem yang paling muktahir. Mungkin menggunakan muzik bagi menenteramkan suasana pembalajaran yang lebih tenang. Mempunyai modal yang besar dan mampu menyediakan kemudahan pengajaran pembelajaran yang serba lengkap. Menyediakan sistem pentadbiran yang berkesan dan profesional. Guru dan pensyarah yang berkaliber akan dijemput untuk mengajar. Mereka mempunyai kelayakan yang tinggi. Sentiasa menganjur seminar yang bermutu untuk membantu pelajar menyediakan diri untuk peperiksaan. Contoh : Kursus bahasa Inggeris untuk peperiksaan Toefl dan A Levels.

(e) Kegiatan ekonomi yang berpotensi. Untuk kemajuan ekonomi yang pesat, pendidikan yang bertaraf tinggi adalah penting untuk mencapai Wawasan 2020. Oleh itu, syarikat-syarikat besar telah mengeluarkan berjuta-juta ringgit untuk projek pendidikan. Untuk meningkatkan taraf profesionalme dengan menawarkan kursus-kursus yang baik demi manarik pelajar dan mengaut keuntungan. Contoh : MBF Holdings memiliki Kolej Taylor. Kursus Kembar (Twinning) dengan universiti terkemuka di dunia antarabangsa amat popular.

3. Keburukan pendidikan swasta :

(a) Mungkin tidak mengikut falsafah pendidikan dengan 100%. Mereka terpaksa menyelewengan sedikit untuk menarik minat pembelajaran.

(b) Terlalu mementingkan keuntungan bayaran yuran tinggi orang kaya sahaja yang mampu. Ini disebabkan matlamat akhir sektor swasta ialah mencapai keuntungan maksima. Tiada ciri kebajikan wujud dalam perniagaan.

(c) Wujudnya penyelewengan Sekolah swasta tutup kalau rugi. Pelajar-pelajar yang ada terpaksa diberhentikan. Ini akan menyebabkan masalah kepada pelajar dan mereka terasa ditipu. Mengiklankan tentang kehandalan sekolah swasta tetapi pada hakikatnya tidak sebegitu.

(d) Kelayakan tenaga pengajar diragui kemampuan mereka. Adakah guru sekolah-sekolah swasta terlatih ? Mampu mereka menegaskan disiplin dan menguatkuasakan peraturan sekolah dengan adil dan berkesan.

4. Kesimpulan : (a) Kementerian pendidikan haruslah menyalurkan bantuan dan menyusun cara untuk mengawal pengurusan sekolah swasta supaya selaras dengan matlamat falsafah negara.

CONTOH PERSOALAN :

1. Tiap-tiap tahun, bilangan lepasan SPM dan STPM yang mendapat keputusan baik dalam peperiksaan masing-masing semakin bertambah. Peluang mereka untuk melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat yang lebih tinggi belum terjamin memandangkan kemampuan universiti tempatan mengambil pelajar-pelajar adalah terhad. Baru-baru ini, banyak kolej swasta telah menjalankan program Universiti Berkembar dengan universiti luar negeri untuk membantu mereka yang gagal melanjutkan pelajaran di negara kita. Sejauh manakah program Universiti berkembar ini dapat membawa kebaikan terhadap perkembangan Pendidikan Negara.

Intro : 1. Menampung lebih ramai pelajar yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran. Pertambahan bilangan pelajar yang lulus peperiksaan sama ada di peringkat SPM dan STPM adalah jelas. Tiap-tiap universiti yang ada di negara ini hanya berupaya untuk menerima sekitar 2000 hingga 3300 orang pelajar pada setiap sessi pengambilan. Pelajar- pelajar ini sekurangkurangnya dapat mencapai hasrat mereka untuk dipanggil graduan. Dengan sumber manusia sedemikian kita dapat membantu kerajaan mencapai Wawasan 2020.

Kebaikan : 1. Untuk membuka peluang kepada pelajar-pelajar melanjutkan pelajaran. Program universiti berkembar di antara kolej-kolej swasta tempatan dengan universiti-universiti luar negeri telah membantu rakyat mencapai hasrat mereka. Penubuhan dan perkembangan program

yang seumpama ini telah membuka jalan kepada sebilangan pelajar-pelajar yang tidak bernasib baik untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan. Peluang-peluang ini telah menyebabkan mereka menikmati kehidupan yang lebih baik pada masa yang akan datang.

2. Melanjutkan pelajaran di dalam negeri. Corak pengendalian dan pengajarannya berlangsung di negara ini. Keadaan ini adalah sesuai untuk rakyat kerana mereka tidak perlu membeli pakaian tebal, membawa makanan sambal belacan, periuk dan sebagainya. Cara kehidupan dan kebudayaan orang-orang tempatan adalah lebih sesuai dan ini adalah satu kebaikan program berkembar. Program seperti ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kalangan masyarakat tempatan naumun kita harus menimbangkan beberapa aspek kebaikan serta keburukan akibat daripada program tersebut. ini adalah satu kebaikan program berkembar. Program seperti ini mendapat sambutan yang mengalakkan daripada kalangan masyarakat tempatan. Namun kita harus menimbangkan beberapa aspek kebaikan serta keburukan akibat daripada program tersebut.

3. Pengaliran wang ke luar boleh dielakkan. Pelajar-pelajar yang ingin menambahkan tahap akademik mereka walaupun gagal mendapat tempat dalam negeri tidak perlu lagi mengeluarkan belanja yang banyak ke luar negeri. Mereka boleh menyertai program ini di dalam negara ini sahaja. Dalam keadaan ini, kita tidak perlu membazirkan wang kita di luar negara. Kos perbelanjaan untuk membiayai pendidikan di dalam negeri lebih menjimatkan.

4. Kemahiran dan kepakaran masuk ke dalam negara. Pihak yang menganjurkan program itu sudah semestinya menggunakan kepakaran-kepakaran universiti yang bekerjasama dengan mereka. Peluang-peluang bagi pelajar- pelajar yang menyertai program ini mempelajari pelbagai teknik kemahiran sama ada dalam bidang teknologi atau ilmu kemanusiaan. Ini juga menyebabkan pemindahan kemahiran dan kepakaran di kalangan pensyarah. Pensyarah tempatan dapat mempelajari dan berkongsi pendapat dengan pensyarah luar.

Kesan Negatif :

1. Penggunaan bahasa inggeris. Institusi yang menganjurkan program berkembar dengan universiti-universiti luar negeri menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar. Ini tidak menepati falsafah pendidikan negara yang mengutamakan penggunaan bahasa melayu dalam bidang pendidikan. Penggunaan bahasa inggeris di intitusi swasta boleh menerbitkan kecenderungan pelajar-pelajar menggunakan bahasa inggeris secara berpanjangan khususnya apabila menceburi sektor pekerjaan. Mereka lebih mengutamakan bahasa inggeris.

2. Pengiktirafan kerajaan dan swasta. Kolej swasta yang menganjurkan program yang seperti ini dengan universiti luar negeri tidak mendapat pengiktirafan pihak kerajaan. Mereka melakukan

kerjasama ini semata-mata kerana ingin mencari untung dan bukannya mementingkan kualiti pelajaran serta masa depan pelajar- pelajar kelak. Pelajar-pelajar yang tamat pengajian mereka akan menghadapi masalah mendapatkan pekerjaan kerana ijazah mereka tidak diiktiraf. Pelajar tersebut telah membazirkan wang dan masanya selama menyertai program tersebut.

3. Yuran pembelajaran yang tinggi. Perbelanjaan penduduk dalam negeri ternyata tinggi kerana kolej-kolej ini mengenakan yuran yang tinggi bagi kursus-kursus yang dikendalikan. Penduduk di negara kita masih ramai yang tidak berkemampuan untuk meneruskan pelajaran mereka kerana kemiskinan. Mereka tidak mendapat biasiswa kerana kolej-kolej ini adalah kolej swasta. Kolej-kolej swasta ini lebih mementing keuntungan semata-mata. Mereka tidak berapa berminat membaiki kualiti pendidikan pelajar.

Kesimpulan : 1. Semasa meluluskan permit kolej swasta ini untuk mengadakan program berkembar, kerajaan haruslah berhati- hati dengan kelemahan yang wujud. Ini demi menjaga kualiti pendidikan yang ditawarkan. CONTOH

PERSOALAN :

1. Setiap kali menjelang musim perayaan gedung membeli-belah mengadakan berbagai-bagai jualan murah untuk menarik perhatian pengguna dan mengaut keuntungan yang cepat. Sebagai pengguna, kita sering terperangkap dalam iklan- iklan yang menarik dan jualan murah tersebut. Sebenarnya, para peniaga adalah secara halus menipu pengguna yang berbelanja. Bincangkan hak-hak anda sebagai pengguna dan huraikan peranan persatuan pengguna dalam membantu pengguna yang menghadapi masalah ini.

Intro :

1. Pengguna adalah raja kerana mereka mempunyai kuasa membeli.

2. Pengguna tidak tahu hak mereka mereka sebagai pengguna dan sering ditipu. Pengguna juga tidak bersatu-padu dalam menentang kenaikan harga barangan.

3. 15 Mac 1992 adalah Hari Pengguna sedunia dan di Malaysia sambutannya telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri. Oleh kerana hak pengguna perlu dikawal, satu kementerian halehwal pengguna telah ditubuhkan dan dipimpin oleh YB Datuk Abu Hasan (1993).

Hak Pengguna :

1. Pemilihan barangan dan perkhidmatan. Memilih barangan dan perkhidmatan secara bebas tanpa desakan, tanpa rasa takut, segan dan sebagainya. Juga berhak mendapat penerangan atau maklumat terperinci sebelum mengambil keputusan untuk membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan seperti boleh bertanya, tawar- menawar, memegang dan meniliti dengan sepuas hati.

2. Perlindungan daripada bahaya. Mendapat perlindungan daripada bahaya atau kesan-kesan sampingan semasa menggunakan barangan atau perkhidmatan, seperti alat-alat elektrik yang merbahaya, jentera dan sebagainya. Pengguna juga berhak menuntut gantirugi seperti menukar dengan barangan yang baru, memulangkan semula wang, atau membayar pampasan yang lebih tinggi.

Peranan persatuan pengguna :

1. Perjuangan hak pengguna. Peranan persatuan pengguna adalah memperjuangkan hak-hak pengguna yang tertipu, menyedarkan pengguna terhadap muslihat di tempat membeli belah, menjalankan kaji selidik barangan pengguna di pasaran dan lain-lain. Persatuan Pengguna Pulau Pinang yang ditubuhkan pada tahun 1970 adalah persatuan pengguna yang paling aktif memperjuangkan nasib pengguna. Persatuan pengguna boleh membantu pengguna yang tertipu, tertindas, atau yang teraniaya dengan cara menjadi orang tengah, membongkar kes-kes penipuan dalam akhbar terutama Utusan Pengguna atau menolong menjalankan pendakwaan di mahkamah.

2. Kajian dan pembangunan. Menjalankan kaji selidik dengan penyelidikan yang berfaedah demi kebaikaan pengguna seperti ada sesetengah Chewing Gum mengandungi geletin babi, ada sesetengah sabun yang menggunakan lemak babi, tidak sesuai untuk orang Islam, burger mengandungi timah hitam yang menyebabkan kolestrol yang tinggi dan lain-lain. 3. Kesedaran pengguna. Menyedarkan pengguna terhadap tipu muslihat di tempat membeli belah seperti kaedah jualan murah, timbangan, mutu atau gred barangan atau perkhidmatan, harga, tanda harga, halal dan bersih digunakan. Melalui risalah dan buku yang dikeluarkan oleh persatuanpersatuan ini bolehlah pengguna memahami hal-hal berkaitan dengan pengguna.

Kesimpulan : 1. Pengguna sering menjadi mangsa kerana tidak tahu hak-hak mereka sebagai pengguna. 2. Bantuan daripada pihak persatuan pengguna adalah perlu bagi mengurangkan masalah penipuan terhadap pengguna dan para peniaga yang mencari kesempatan. 3. Kerajaan juga perlu mengambil berat dalam hal ini kerana melibatkan semua rakyat dan kementerian yang berkaitan dengan kepenggunaan telah diwujudkan.

CONTOH PERSOALAN :

1. Pendirian tegas yang ditunjukkan oleh Malaysia baru-baru ini ketika membincangkan isu-isu antarabangsa telah membawa kesan negatif dan positif kepada negara. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini ?. Intro: 1. Sesebuah negara yang telah merdeka, adalah wajar menggunakan konsep Kedaulatan. 2. Malaysia sebagai negara berdaulat dan dihormati oleh kebanyakan negara di dunia. Malaysia yang mengamalkan dasar berkecuali dan adalah bebas untuk menyatakan pendiriannya dengan tegas dan berani.

Kesan negatif: 1 Hubungan Malaysia vs England (1983-1985) Hubungan Malaysia dengan Britain renggang seketika akibat sikap radikal pemimpin kita melaksanakan atau sekitar melancarkan Dasar Pandang Ke Timur dan mengimport barang-barang Britain sebagai langkah terakhir. Akibat masalah ini Menteri Luar England dihantar ke Malaysia untuk berunding. Akibat dasar kerajaan ini, kerajaan Britain dan Australia telah menaikkan yuran mahasiswa- mahasiswi di Universiti.

2. Hubungan Malaysia-Australia-England. Awal tahun 1980an hubungan diplomatik Malaysia dan Australia serta Britain agak rengang sedikit kerana ketegasan badan justisari atau kehakiman menjatuhi hukuman gantung sampai mati kepada Kelvin Barlow dan Brian Chambers kerana kesalahan mengedar dadah di Lapangan Terbang Bayan Lepas kedua-dua rakyat Australia. Apa yang menyedihkan negara kita ialah tuduhan kerajaan Britain dan Australia terhadap negara Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak berperikemanusiaan dan boleh dianggap sebagai negara barbarian.

3. Sistem Keutamaan Am Malaysia (GSP) Sistem Keutamaan Am Malaysia (General System of Preferences) dengan Amerika Syarikat hampir ditarik balik pada tahun 1991 kerana tindakan kerajaan Malaysia yang mengutuk perbuatan Amerika Syarikat pada peringkat antarabangsa, sedangkan tindakan kerajaan kita tersebut adalah kena pada tempatnya. Bagi Amerika Syarikat pula ugutan untuk menarik balik GSP kerana mereka menuduh Malaysia tidak memberi dan tidak menjaga hak asasi kepada para pekerja iaitu kebebasan membentuk kesatuan sekerja

4.Penubuhan EAEC. Tindakan tegas pemimpin kita yang mengeluarkan idea untuk menubuhkan Perundingan Ekonomi Asia Timur(EAEC) pada tahun 1991 menyebabkan kebanyakan negaranegara maju merasa tidak senang, terutamanya Amerika Syarikat. Amerika Syarikat cuba memujuk dan menyekat kerajaan Jepun daripada menyertai EAEC yang katanya merupakan satu pakatan kerjasama ekonomi dan bukan sebagai badan penasihat atau badan perundingan ekonomi. Bagi Amerika Syarikat, cuba mengagalkan kewujudan EAEC.

Kesan Positif :

1. Dasar Apartheid. Perlaksanaan Dasar Apartheid di Afrika Selatan menampakkan kesan positif. Regim Afrika Selatan semakin longgar mengenakan syarat-syarat pemerintahannya, iaitu cuba mengurangkan dasar membezakan kaum. Sebagai contoh Parti KOngres Kebangsaan Afrika (ANC) tidak lagi diisytihar sebagai parti haram, Presiden ANC, Nelson Mandela telah dibebaskan dan kelonggaran kepada rakyat Afrika untuk menyertai kongres tersebut.

2. Suruhanjaya Selatan-selatan (1986). Hasil daripada sikap lantang negara Malaysia, iaitu saranan Dr. Mahathir ketika menghadiri persidangan Pergerakan negara-negara berkecuali (6) di Harare, Simbabwe pada tahun 1985. Tujuan penubuhan Suruhanjaya tersebut adalah untuk mewujudkan satu bentuk kerjasama ekonomi di kalangan negara-negara kecil dan bukan sahaja bergantung kepada negara-negara maju. Untuk bertentangan dengan 67, diwujudkan G15 dari kalangan negara yang menganggotai Suruhanjaya Selatan-selatan. Contoh: Malaysia, Thai, Filipina, Singapura dll. Untuk mengatasi masalah ketidakstabilan ekonomi negara-negara membangun. Wujudnya G15 adalah hasil usaha Malysia pada 1990.

3. Undang-undang dadah. Ketegasan Malaysia di dalam soal dadah menampakkan ciri yang positif, iaitu lebih banyak negara-negara lain di dunia cuba meniru undang-undang Malaysia yang menjatuhi hukuman mati kepada pengedar-pengedar dadah. Contoh: Singapura juga telah menjatuhi hukuman mati kepada pengedar dadah dan kedengaran ura-ura Amerika Syarikat pun akan menjatuhi hukuman mati kepada pengedar-pengedar dadah.

4. Dasar Pandang Ke Timur Malaysia yang melaksanakan Dasar Pandang ke Timur menampakkan kesan yang positif kepada negara. Banyak pelabur-pelabur Jepun membuka firma-firmanya di Malaysia. Malaysia berjaya menghasilkan kereta nasional (Proton Saga ) dan akan mengeluarkan kereta jenis Daihatsu serta kereta sport dengan kerajaan Australia.

5. Kutukan pencerobohan Iraq di Kuwait Ketegasan Malaysia menyatakan pendiriannya iaitu mengutuk penceroboh Iraq ke atas Kuwait pada bulan Ogos 1990 serta mengundi untuk menyokong pihak bersekutu menggunakan tentera untuk menghalau Iraq keluar dari Kuwait, sememangnya mendatangkan kesan yang positif. Untuk menjaga kepentingan GSP antara Malaysia dan Amerika Syarikat dan untuk mengekalkan bantuan yang sentiasa diberikan oleh Arab Saudi kepada Malaysia.

6. Pendirian Malaysia bagi isu Kampuchea . Isu di Kampuchea berjaya diselesaikan apabila pendirian tegas Malaysia dinyatakan dalam beberapa mesyuarat Agung ASEAN dan pada peringkat antarabangsa (PBB). Hasilnya Kampuchea sekarang diperintah oleh Majlis Tertinggi Kebangsaan Kampuchea dengan diawasi oleh Pasukan Pengaman PBB. Kesimpulan : 1. Malaysia cuma memainkan peranannya dalam mengamankan dunia dengan menyertai Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

CONTOH PERSOALAN : 1. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) diwujudkan untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan negara-negara yang menjadi ahli. Walau bagaimanapun sejak kebelakangan ini peranan PBB untuk mewujudkan keharmonian masyarakat antarabangsa semakin terbatas dan kurang berkesan. Huraikan pendapat tersebut.

Intro :

1. Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa menyelamatkan dunia daripada bencana Perang Dunia Kedua, telah membuka ruang kepada kewujudan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). PBB ditubuhkan pada Persidangan di San Francisco, Amerika Syarikat pada 24 Oktober 1945. Keanggotaannya kini sudah melebihi 165 buah negara apabila beberapa buah bekas republik di Soviet Inuon dan beberapa buah negara di Kepulauan Pasifik menyertainya.

Fungsi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu :

1. Untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan dunia terutama berusaha mencegah berlakunya perang dunia. Untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi oleh negaranegara di dunia dalam bidang-bidang politik, ekonomi dan sosial.

2. Bantuan-bantuan dalam bentuk kewangan, fizikal dan kepakaran diberikan kepada negaranegara yang memerlukannya seperti dalam bidang ekonomi, teknikal dan sosial.

3. Struktur PBB secara umumnya dibahagikan kepada tiga badan iaitu badan-badan utama (principal organ), pertubuhan khas dan pertubuhan cawangan. Perhimpunan Agung, Majlis Pemegang Amanah, Majlis Ekonomi dan Sosial, pertubuhan- pertubuhan khas yang berperanan memberi sumbangan dalam bidang-bidang khusu termasuklah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), UNESCO dan sebagainya.

4. Pertubuhan-pertubuhan cawangan pula diwujudkan atas kehendak PBB sekiranya ada sesuatu isu misalnya Tabung kanak-kanak PBB (UNICEF), Program Pembangunan PBB (UNDP), Pasukan Tentera Pengaman PBB di Kampuchea dan sebagainya.

5. Tugas untuk mengendalikan keselamatan dunia diserahkan kepada Majlis Keselamatan. Majlis ini dianggotai oleh 15 buah anggota. Lima daripadanya anggota tetap dan 10 buah negara lagi dipilih untuk tempoh dua tahun.

Sebab Kegagalan :

1. Salahguna kuasa VETO. Lima buah negara menjadi anggota tetap Majlis Keselamatan (Amerika Syarikat, Rusia, Britain, Perancis dan China) sering menggunakan kuasa Veto terhadap isu-isu yang menyentuh kepentingan mereka. Kuasa Veto ialah kuasa pembatal atau pemutus yang diberikan oleh PBB kepada kuasa-kuasa besar dunia dianggap istimewa. Ini kerana negaranegara tersebut boleh mengenepikan kutukan dan kritikan dari negara-negara anggota dalam Perhimpunan Agung PBB. Amerika Syarikat dan Rusia sering menggunakan kuasa Veto ini untuk kepentingan sendiri. Contoh : isu pencerobohan Rusia ke atas Afghanistan, isu Palestin dan isu pengeboman Amerika Syarikat ke atas Libya pada tahun 1987.

2. PBB untuk kepentingan sendiri. Dalam keadaan tertentu PBB dijadikan alat oleh negara tertentu untuk mencapai tujuan politik negara tersebut. Kuasa-kuasa besar menggunakan PBB untuk menekan negara lain supaya tunduk kepada kemahuan mereka. Jelas Amerika Syarikat mendesak PBB supaya mewujudkan kumpulan pakar pengkaji nuklear yang ditugaskan oleh PBB menyiasat senjata-senjata di Iraq iaitu kuasa baru di Timur Tengah yang boleh mengugat kepentingan mereka. Pasukan penyiasat juga dikatakan sedang berusaha untuk menyiasat senjata nuklear di Korea Utara. Tindakan sedemikian sebenarnya didalangi oleh kuasa-kuasa besar.

3. Pasukan tentera menghadapi masalah. Peranan pasukan tentera pengaman PBB juga menghadapi masalah terutama mengenai pembiayaan, diplomatik, kebenaran negara-negara terlibat halangan PBB dan menyerang dua kampung di Selatan Lebanon hingga menyebabkan 30 pejuang Hizbulah terbunuh, dianggap paling hebat kepada imej dan maruah PBB. Menurut laporan, tentera Israel dan askar PBB bertumbuk ketika pasukan Israel mara ke kampung Kafra dan Yater. Dua askar PBB cedera dalam pergaduhan itu. Israel juga menggunakan jentolak untuk melanyak dua buah kenderaan PBB yang diletak di tengah jalan bagi menghalang kemaraan Israel.

4. Campurtangan kuasa-kuasa besar. Sikap suka campurtangan kuasa-kuasa besar khususnya Rusia dan Amerika Syarikat terhadap negara-negara yang tidak stabil menyebabkan peranan PBB untuk menyelesaikan konflik di negara-negara tersebut kurang berkesan. Keadaan ini dapat dibuktikan dengan pencerobohan Amerika ke atas Panama untuk menangkap Presiden negara tersebut Jeneral Noriega. Begitu juga dengan kes Grenada dan El Savador, kedua-dua kuasa besar itu (Amerika Syarikat dan Rusia) cuba mengembangkan pengaruh mereka terhadap dua kumpulan yang sedang berebut kuasa memerintah negara-negara tersebut.

5. Keputusan PMM tidak dilaksanakan. Tiada kuasa melaksanakan keputusan terhadap sesuatu resolusi yang diputuskan dalam Perhimpunan Agung. Walaupun dalam Perhimpunan Agung hampir keseluruhan negara mengutuk tindakan dan layanan Israel terhadap rakyat Palestin, tetapi masih tidak ada perlindungan kepada rakyat Palestin hingga hari ini. Ini kerana soal- soal

yang berkaitan dengan keselamatan diserahkan bulat- bulat kepada Majlis Keselamatan yang diterajui oleh Amerika Syarikat dan Rusia. Kesimpulan : 1. PBB nyata kurang berkesan dalam menyelesaikan konflik antarbangsa. Isu Palestin dan Kampuchea masih berlarutan hampir setengah abad. Usaha-usaha yang lebih positif perlu dilakukan untuk mengembalikan kepercayaan dan keyakinan negara-negara anggota terhadap pertubuhan yang bersifat World Govermemt ini.

CONTOH PERSOALAN : 1. Bincangkan peranan sukan dalam pembangunan negara. 2. Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan ekonomi, sosial dan politik negara. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini ?. 3. Bincangkan kebaikan dan keburukan sukan. 4. Sejauh manakah alat sukan boleh meningkatkan mutu sukan ? Intro : 1. Ramai orang menganggap sukan sebagai satu bentuk rekreasi dan dapat membina kesihatan kita. 2. Aktiviti sukan merangkumi kegiatan seperti berenang, olahraga, badminton, tenis, skuasy, sepak takraw, golf, gusti, tinju dan lumba kereta. 3. Sukan muncul sebagai satu fenomena penting di seluruh dunia. Berkembang sebagai kegiatan fizikal berorientasikan pertandingan. Peranan : 1. Pembangunan sosio-budaya sesebuah masyarakat. Penglibatan individu dalam sukan merupakan alat yang berkesan untuk membina kesihatan tubuh badan. Kegiatan fizikal sukan membolehkan jantung dan sistem pengaliran darah bertambah baik. Meningkatkan fungsi pernafasan manusia. Memperbaiki dan memulihkan ketidakfungsian kardiovaskular, pergerakan sendi dan mengurangkan tekanan emosi individu. Rakyat yang sihat akan menjadi aset yang penting bagi pembangunan negara. 2. Pembina sahsiah yang menyeluruh. Aktiviti sukan meletakkan kemenangan dan kegagalan pada perspektif yang betul. Idelogi sosial aktiviti sukan ialah pembinaan sahsiah dan pembaikan keseimbangan emosi. Dianggap sebagai sumber ilmu dan panduan dalam proses pembelajaran. Melalui sukan, kita dapat mempelajari apa itu menang dan kalah. Sikap bertolak ansur dapat dilahirkan. Keperibadian yang unggul dapat dilahirkan kerana sukan boleh menghasilkan semangat yang positif dan ingin berjaya serta perjuangan yang kuat. 3. Menyatukan masyrakat berbagai etnik. Malaysia terdiri daripada berbagai kaum dan kumpulan etnik. Aktiviti sukan melibatkan pelbagai etnik menyediakan peluang untuk bekerjasama dan saling memahami. Boleh menyumbang ke arah perpaduan serta dapat mengikis segala gejala sosial yang kurang diingini dalam pembangunan negara seperti diskriminasi, pengasingan dan sebagainya. Boleh menjalin keperimanusiaan. Penyakit- penyakit sosial seperti penagihan dadah, alkoholisme, lari dari rumah, keruntuhan akhlak dan penyakit kelamin dapat dikurangkan kalau seseorang individu melibatkan diri dalam aktiviti sukan. 4. Sebagai satu industri dan perdagangan. Sukan berkembang menjadi satu industri seperti yang terdapat di negara-negara maju. Contoh : Amerika Syarikat memperohlehi sebanyak RM135 billion sebagai pendapatan negara kasar bagi pengeluaran alat-alat sukan pada 1987.Industri sukan sahaja menyumbangkan kira-kira 1% hingga 2% pengeluaran negara kasar di negara-negara perindustrian yang memperlihatkan kadar pertumbuhan yang lebih pesat. Malaysia pula memperohlehi kira-kira RM45.41 juta hasil daripada eksport alat-alat sukan baru-baru ini. Contoh alat-alat sukan : Raket Yonex, kasut Reebok dan kasut bolesepak Puma. Perkembangan

industri sukan telah meningkatkan pasaran antarabangsa untuk pengeluaran, perniagaan dan pengedaran alat-alat sukan, barangan dan perhidmatan yang berkait dengan industri sukan. Pasaran dunia untuk alatan sukan melebihi RM50 billion pada tahun-tahun 1980an. 5. Peluang pekerjaan. Menyedikan peluang pekerjaan profesional dan bukan profesional. Pada 1980, terdapat kira-kira 300,000 pekerjaan dan 7,000 buah syarikat yang menceburi dalam French Federation of Sporting Industries. Di Jerman pula, terdapat kira-kira 45,000 orang pekerja yang terlibat dalam sektor sukan. Di antara pekerjaan yang diwujudkan melalui aktiviti sukan adalah pemain bolasepak, pengurus pasukan, jurulatih, pegawai perubatan sukan, peguam sukan dan pemain badminton. Ini adalah baik untuk mereka yang tidak pandai dalam bidang akademik. Kesimpulan : 1. Baru-baru ini, wujud satu hubungan yang erat dinamakan simbiotik antara sukan, media dan pengiklanan. Televisyen telah mengeksploitasikan sukan sebgai nadi pengiklanan melalui sokongan kewangan. Contoh : liputan sukan Olimpik melalui televisyen pada 1992 dibayar RM21 juta oleh Syarikat Dunhill. Kos penajaan bolasepak semi- pro Malaysia pula berjumlah RM6.6 juta. 2. Sukan boleh meningkatkan imej dan martabat negara. Sukan memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA mengikut Rahim Razali pengulas sukan negara.

CONTOH PERSOALAN : 1. Cara-cara untuk memajukan bidang perindustrian di negara kita demi mencapai Wawasan 2020. Bincangkan. 2. Pelan Induk Perindustrian dan Dasar Perindustrian Berat adalah dasar yang penting untuk menjayakan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini ? 3. Bincangkan sumbangan industri berat dalam pembangunan negara. Konsep perindustrian dalam pembangunan negara. 1. Sektor perindustrian memainkan fungsi utama dalam kemajuan sesebuah negara. Perkembangan industri perkilangan boleh meningkatkan gunatenaga dan mengglakkan pertumbuhan industri baru, menambahkan pendapatan negara dan memperbaiki imbangan pembayaran. Banyak usaha telah dipergiatkan demi menggerakkan jentera pembangunan perindustrian Malaysia. Langkah mempercepatkan kadar perindustrian : 1. Pelabur asing pelabur asing mempunyai modal yang kukuh, kemahiran teknologi, rangkaian pemasaran yang luas di peringkat antarabangsa. Kalau ada pelabur asing, Malaysia tidak perlu meminjam daripada sumber kewangan asing demi membuka kilang-kilang baru atau mengimport teknologi moden. Kerajaan telah memberi galakan yang lebih menarik kepada syarikat asing seperti pengecualian cukai menerusi taraf perintis, pengwujudan kawasan perdagangan bebas dan penyediaan kemudahan infrastruktur yang sempurna. 2. Pasaran yang luas. Faktor pasaran penting terhadap pembangunan industri perkilangan. Permintaan yang luas boleh mendorong pengilang untuk menambahkan pengeluaran dan memperluaskan pelaburan. Kerajaan telah menerokai pasaran baru terutamanya negara sosialis dan negara sedang membangun yang berpotensi. Menghantar rombongan perdagangan ke luar negara dan meyertai ekspo-ekspo antarabangsa untuk mempamerkan barangan buatan Malaysia. Contoh : Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia, Pusat Dagangan Eksport Malaysia dan Pesuruhjaya Perdagangan di luar negara telah menyebarkan maklumat kepada ahli-ahli perniagaan di luar

negara. 3. Penyediaan tenaga buruh mahir. Tenaga buruh yang mahir penting untuk memajukan proses perindustrian. Tahap kepakaran yang tinggi dapat meningkatkan daya produktiviti dan meminimunkan kos pengeluaran dan meninggikan kualiti barangan yang dihasilkan. Kerajaan telah menubuhkan banyak intitusi pengajian tinggi dan pusat latihan teknikal, seperti Universiti Teknologi Malaysia dan Institut Kemahiran MARA untuk melatih dan melahirkan tenaga pekerja mahir dan yang mempunyai semangat keusahawanan yang sesuai dengan keperluan pembangunan sektor perindustrian. 4. Penyelidikan dan pembangunan (R&D) Dalam usaha membolehkan barangan buatan Malaysia mendapat sokongan dan menembusi pasaran antarabangsa, kerajaan dan pengusaha haruslah meningkatkan program penyelidikan dan pembangunan. Kita dapat memperkenalkan teknik pengeluaran baru yang sesuai demi meninggikan daya produktiviti dan keupayaan persaingan untuk barangan tempatan di pasaran asing. Pengeluaran barangan yang bermutu tinggi dan murah akan mendapat perhatian para pengguna. Institusi penyelidikan penrindustrian seperti SIRIM dapat mengawal barang-barang pembuatan yang berkualiti. 5. Kestabilan politik. Mewujudkan iklim pelaburan yang menggalakkan. Semua orang Semua orang perlu berganding bahu demi melahirkan sebuah masyarakat yang aman dan mesra. Usahawan barulah berani menanam modal dan memperluaskan aktiviti perkilangan mereka. Gangguan politik dan masalah ketenteraman boleh mengagalkan projek pembangunan sesebuah negara. Sekiranya sesebuah negara itu sentiasa mengalami masalah perkauman dan krisis mogok yang berleluasa, ini akan menjejaskan pembangunan negara. Masalah ini akan mengakibatkan ramai pelabur asing dan pemodal tempatan beralih ke negara- negara yang lebih stabil demi menjamin keuntungan pelaburan mereka.

CONTOH PERSOALAN : 1. Huraikan langkah-langkah untuk menggalakkan pelaburan asing. 2. Pelaburan asing bantu mengatasi masalah kemelesetan ekonomi negara. Sejauh manakah pelaburan asing dapat membawa kebaikan terhadap pembangunan negara ?. Konsep ekonomi dan pelaburan : 1. Kemelesetan ekonomi dunia yang serius telah menimbulkan beberapa implikasi negatif terhadap negara. Pertumbuhan ekonomi yang lembab telah mengakibatkan pengganguran, kejatuhan eksport dan menambahkan hutang negara. Oleh itu, pihak kerajaan telah menjalankan pelbagai pendekatan baru demi menarik kemasukan pelaburan asing agar dapat membawa manfaat ke arah mempercepatkan kemajuan negara. 2. Pelaburan asing merupakan nadi penggerak ke arah pembangunan negara. Kemasukan pemodal-pemodal asing dapat menambahkan pendapatan negara, meningkatkan gunatenaga dan mempercepatkan pemindahan teknologi dan kepakaran ke dalam pelbagai aktiviti ekonomi. Kerajaan telah melipatgandakan usaha untuk menggalakkan pelaburan asing di negara ini. Sumbangan pelaburan asing : 1. Teknologi muktahir. Membolehkan pemindahan teknologi moden ke negara ini. Malaysia masih kekurangan sumber kewangan untuk membiayai projek-projek latihan dan penyelidikan demi mencapai teknologi moden. Masalah ini merupakan satu penghalang yang menyekat kemajuan sektor perindustrian. Pelabur- pelabur asing akan membawa bersama teknologi dan sistem pengurusan moden serta tenaga profesional yang pakar dan produktif.

Mereka juga akan melaksanakan pelbagai program untuk melatih buruh tempatan demi mengembangkan pengetahuan kepakaran agar pekerja-pekerja tempatan dapat diserapkan ke dalam projek pelaburan mereka. Contohnya, projek mencarigali minyak di Terengganu. 2. Gunatenaga yang mahir. Matlamat utama kerajaan menggalakkan pelaburan asing ialah untuk meningkatkan gunatenaga dan mengurangkan kadar pengganguran negara. Apabila pelaburan asing bertambah, banyak kilang baru akan didirikan. Dalam usaha menjayakan projek ini, negara kita memerlukan banyak tenaga buruh. Maka wujudlah peluang pekerjaan yang lebih banyak. Perkembangan ini memberi kesempatan kepada para penganggur untuk mendapatkan pekerjaan dalam kilang- kilang tersebut. 3. Pendapatan negara bertambah. Pengaliran wang ke luar negeri akan berkurangan kerana banyak barangan import telah digantikan dengan barangan tempatan. Sebelum ini, kebanyakan bahan mentah dieksport ke negara-negara maju dengan harga yang rendah. Kemudian bahan mentah ini diproses menjadi barangan siap dan dijual semula semula ke negara ini dengan harga yang lebih tinggi. Kemasukan pelaburan asing membolehkan banyak modal dan kepakaran disalurkan ke kilang-kilang perusahaan tempatan. Bahan-bahan tempatan boleh diproses oleh kilang-kilang di negara ini. Dengan cara ini, harga dan penggunaan bahan mentah tempatan lebih terjamin. 4. Menyelesaikan hutang negara. Sumber kewangan dalam projek-projek pelaburan asing itu merupakan modal pelaburan yang tidak perlu dibayar balik. Dalam usaha mengatasi kemelesetan ekonomi dan memajukan taraf hidup rakyat, pihak kerajaan banyak meminjam daripada intitusi kewangan asing sehingga menyebabkan hutang negara mencapai 45 billion ringgit pada tahun 1989. Ini merupakan perkembangan yang kurang sihat kerana setiap tahun negara kita terpaksa membayar balik sejumlah besar hutang tersebut ke luar negeri. 5. Pembangunan infrastruktur. Kemudahan asas yang sempurna merupakan nadi utama untuk mempergiatkan pembangunan perindustrian. Justeru itu, kerajaan telah memperuntukkan perbelanjaan yang besar untuk menyediakan kemudahan elektrik dan air, di samping sistem pengangkutan yang baik demi menarik dan menjayakan projek pelaburan asing. Pelabur-pelabur asing sendiri juga akan menyediakan kemudahan rekreasi dan tempat kediaman untuk para pekerja. Penyediaan perhidmatan sosial ini akan meninggikan taraf hidup sosial rakyat negara ini. Contoh : Jalan Sultan Azlan Shah telah dibina untuk memudahkan haluan kilang-kilang di Bayan Lepas dan Bayan Baru di Pulau Pinang. Langkah : 1. Skim galakan. Merupakan daya tarikan yang mustahak untuk menggalakkan pelaburan asing. Pihak kerajaan memberikan taraf perintis untuk membolehkan syarikat-syarikat asing yang baru menikmati kemudahan pengecualian cukai, di samping melanjutkan tempoh pengecualian cukai untuk syarikat- syarikat asing yang sedia ada. Dalam usaha menambahkan modal asing, pihak kerajaan juga harus melonggarkan peraturan pelaburan dengan membenarkan rakyat asing memiliki ekuiti yang lebih besar sehingga 100% dalam sesuatu projek. Keistimewaan ini dapat menarik pera pelabur asing untuk melabur di Malaysia. Malaysia juga mengamalkan dasar pertukaran wang asing yang liberal. Pelabur-pelabur asing dibenarkan membawa keluar segala keuntungan dan pulangan modal. Ini satu-satunya insentif negara yang dihargai oleh pelabur asing. 2. Rombongan penggalakan pelaburan. Penghantaran rombongan penggalakan pelaburan ke luar negeri adalah langkah yang wajar untuk menarik kemasukan pelaburan asing. Sejak bulan Mei

1987, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan industri telah mengetuai banyak rombongan penggalakan ke luar negeri. Untuk menyedarkan pelabur asing mengenai potensi pelaburan di Malaysia melalui seminar pelaburan, mesyuarat serta laporan media massa. Maklumat pelaburan untuk pelabur asing juga disampaikan menerusi pejabat Lambaga Kemajuan Perindustrian Malaysia di luar negeri dan kedutaan asing. Langkah ini dapat memberi penjelasan mengenai dasar-dasar baru kerajaan dan galakan serta peluang pelaburan kepada bakal pelabur asing. Ini akan menimbulkan minat di kalangan pengusaha asing dan memandang Malaysia sebagai sebuah destinasi pelaburan yang menguntungkan. 3. Tapak perindustrian. Kawasan perindustrian yang sesuai dan kemudahan infrstruktur yang sempurna mustahak untuk menjayakan sesuatu projek pelaburan asing. Dalam usaha menarik pelabur asing, tapak perusahaan yang strategik telah dipilih untuk dimajukan sebagai kawasan perusahaan. Kerajaan juga perlu memperuntukkan perbelanjaan yang banyak untuk menyediakan kemudahan elektrik dan bekalan air, di samping memperbaiki sistem pengangkutan di kawasan perindustrian tersebut demi menjayakan projek pelaburan asing. Contohnya, Kawasan Perindustrian Mak Mandin, Butterworth di Pulau Pinang dan Kawasan Perindustrian Shah Alam, Selangor. Dengan adanya kemudahan infrastruktur yang lengkap, sudah tentu ini akan memudahkan pelabur asing melaksanakan projek pelaburan mereka di sini kerana boleh menjimatkan kos penyediaan kemudahan asas yang diperlukan. 4. Teknologi dan kemahiran. Kerajaan telah melaksanakan rancangan latihan kepakaran demi meningkatkan kemahiran dan kecekapan tenaga buruh dan mempergiatkan program penyelidikan dan pembangunan untuk memperkenalkan teknik pengeluaran moden. Daya produktiviti yang tinggi bukan sahaja menjimatkan kos penghasilan, bahkan memaksimunkan keuntungan sesuatu projek pelaburan. Ini memang sesuai dengan hasrat pelabur asing untuk meningkatkan keuntungan. Dengan usaha ini, pelabur asing tertarik untuk melabur di Malaysia kerana terdapatnya tenaga pekerja yang mahir serta tingkat teknologi yang tinggi. 5. Keyakinan pelabur asing. Kestabilan politik merupakan faktor utama untuk menggalakkan pelaburan asing. Jika sesebuah negara iru sentiasa mengalami pergolakan politik akan menjejaskan keyakinan para pelabur kerana modal dan keselamatan mereka akan terancam. Masalah ini akan menyebabkan ramai pelabur asing beralih ke negara-negara yang lebih stabil. Yang demikian, segala perjuangan politik yang keterlaluan harus dielakkan demi melahirkan sebuah negara yang aman, damai dan harmoni agar usahawan asing berani menanam modal di negara ini. Kerajaan juga telah menandatangani Perjanjian Jaminan Pelaburan dengan negara-negara asing. Matlamatnya ialah untuk memberi jaminan bahawa kerajaan Malaysia tidak memiliknegarakan mana-mana syarikat asing di negara ini. Perjanjian ini akan menambahkan keyakinan pelabur asing dan mengglakkan kemasukan modal asing ke negara ini. Keburukan : 1. Persaingan dengan pelabur-pelabur tempatan. Mereka dianaktirikan dan tidak mendapat tender-tender yang sepatutnya mereka usahakan. Tidak dapat bertanding dengan pelabur asing yang berteknologi canggih dan bermodal lumayan. Barangan baru yang dihasilkan tidak dapat dikeluarkan oleh pelabur tempatan. 2. Tiada pemindahan teknologi. Mereka membawa kepakaran dan kakitangan sendiri. Merugikan negara kita kerana ini adalah harapan negara. Mereka lebih mengutamakan keuntungan menyebarkan pengetahuan baru.

Hanya membawa wang keluar dari Malaysia. 3. Pencemaran. Masalah ini akan berlaku daripada segi air, udara dan alam sekitar. Ini bertentangan dengan konsep untuk hidup dalam alam yang bersih. Dengan pembukaan kilang-kilang baru, hutan diterokai dan pokok ditebang untuk tujuan tersebut. Ini telah merosakkan sistem eko-sistem dan ekologi alam sekitar. Asap yang keluar dan sisa-sisa buangan kilang mencemarkan laut, sungai dan udara yang bersih. 4. Kebudayaan kuning dan asing. Ini bertentangan dengan kebudayaan yang lebih halus di negara kita. Adat, cara hidup, tarian, seni, lagu dan agama dipengaruhi oleh pelabur-pelabur asing. Ini kerana masyarakat lebih mendewakan kebudayaan mereka yang dianggap kompleks dan sophisticated. Ini secara tidak langsung telah mencemarkan hubungan kekeluargaan orangorang Asia. Semangat kejiranan juga merosot. 5. Penjajahan ekonomi asing. Ini amat membahayakan kerana pelabur-pelabur asing ini boleh menyebabkan kita terlalu bergantungan kepada mereka. Tanpa pelabur asing kedudukan ekonomi negara kta akan terjejas dan menjadi tidak stabil. Contoh : Sekiranya Amerika Syarikat menarik balik GSP, banyak kilang elektronik akan tutup. Ini boleh mengakibatkan ramai pekerja kilang elektronik menganggur dan menggugat kestabilan ekonomi negara kita.

CONTOH PERSOALAN :

1. Masalah kesesakan jalan raya menjadi semakin meruncing khususnya di Kuala Lumpur. Apakah pandangan anda terhadap isu ini serta cadangkan langkah-langkah yang berkesan untuk mengatasinya. Intro :

1. Kesesakan lalu lintas dihadapi oleh kebanyakan bandaraya- bandaraya di seluruh dunia termasuk di benua Eropah dan benua Amerika dan di negara kita. Masalah ini sudah pun difikirkan corak penyelesaian di peringkat kabinet.

Pandangan : 1. Sistem pengangkutan awam. Kita juga menerima hakikat bahawa sistem pengangkutan awam yang ada pada hari ini belum lagi dapat menampung pertambahan jumlah penggunaan jalan raya yang semakin meningkat. Walaupun kerajaan berusaha dengan membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membaiki sistem jalan raya di bandar-bandar besar namun masalah kesesakan masih dapat diatasi.

2. Penggunaan kenderaan sendiri. Kesesakan adalah kerana bertambahnya penggunaan kenderaan persendirian di ibu kota. Daripada perangkaan statistik menunjukkan pada tahun 1987, jualan kenderaan bermotor yang berdaftar adalah sebanyak 84,559 buah dan meningkat kepada 507393 pada tahun 1990 manakala menjelang tahun 1993 dianggarkan sebanyak 1 juta kenderaan bermotor yang membanjiri jalan-jalan di ibu kota. Jumlah ini adalah satu perubahan yang begitu cepat sekali. 3

. Pertambahan penduduk. Di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh serta Johor Bharu, adalah satu fenomena biasa kalau kita dapati bahawa kadangkala dalam sebuah keluarga memiliki lebih daripada sebuah kereta. Malahan ramai di antara mereka yang pergi ke tempat kerja dengan tidak berkongsi kenderaan sebaliknya mereka memandu seorang diri ke tempat kerja dan kadangkala berkongsi kenderaan. Justeru itu tidak hairanlah soal kesesakan lalu lintas di bandar-bandar besar ini masih tidak boleh diatasi sepenuhnya. Adalah dijangkakan bahawa penduduk kota raya akan bertambah lebih banyak menjelang tahun 1995. Pada masa tersebut, penggunaan kereta di bandar ini akan makin bertambah sekiranya langkahlangkah tertentu tidak diambil segera untuk mengatasinya.

4. Undang-undang tidak dipatuhi. Kenderaan-kenderaan komersial seperti lori, trelar dan sebagainya perlu diberi perhatian. Kenderaan ini banyak kali didapati tidak mematuhi arahan memasuki kawasan bandar, apatah lagi melibatkan jalan-jalan yang sibuk. Kadang kala kenderaan berkomersial ini membawa masuk atau mengangkat keluar barang-barang muatan yang mengikuti arahan waktu. Apa yang ada sekarang ini adalah arahan melarang kenderaan berat daripada memasuki pusat bandar selepas jam 9.00 hingga 6.00 petang. Jika arahan ini tidak dipatuhi, Kuala Lumpur khususnya sebagai ibu kota yang merupakan pusat pentadbiran dan perniagaan akan menjadi semakin sesak dengan kenderaan berat tersebut.

Langkah :

1. Perkhidmatan kenderaan awam. Sistem perkhidmatan awam yang terdapat di bandaraya Kuala Lumpur seperti perkhidmatan bas serta teksi perlu diperbaiki. Pada akhir tahun 1970an, perkhidmatan bas mini telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk menyenangkan warga kota untuk berulang-alik ke tempat kerja. Masalah waktu menunggu, tempat duduk dan jarak perhentian turut mendorong pengguna memilih untuk menggunakan kenderaan sendiri. Perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini bergantung kepada pihak swasta. Syarikatsyarikat swasta ini perlu memberi perkhidmatan yang sebaik mungkin kepada pengguna.

2. Area Traffic Control. Pada tahun 1979, sistem yang diperkenalkan ialah Area Traffic control seperti yang diamalkan di Singapura. Menerusi sistem ini pengguna digalakkan mengawal jumlah penumpang yang ada di dalam sesebuah kenderaan untuk memaksimunkan penumpang sekaligus mengurangkan jumlah kenderaan yang masuk ke sesuatu kawasan. Sistem ini harus cuba diamalkan di Malaysia.

3. Sistem LRT. Memperkenalkan sistem pengangkutan dalam bandar yang seakan-akan sama dengan keretapi dan beroperasi di antara satu tempat lain dalam bandar yang sama. Sementara LRT pula ialah sistem pengangkutan yang sama konsepnya dengan sistem monorel tetapi

memberi perkhidmatan pengangkutan di antara bandar-bandar. Contoh : di antara Shah Alam dan Kuala Lumpur.

4. Pembangunan luar bandar. Mencadangkan supaya kilang-kilang atau gudang-gudang ditempatkan di luar pusat bandar. Kerajaan patut mengenakan syarat bahawa kenderaan komersial hanya boleh memasuki pusat bandar pada waktu tertentu. Satu lagi cadangan yang agak praktikal ialah cuba menempatkan pejabat-pejabat kerajaan di luar bandar. Bagaimanapun buat masa ini, perlaksanaannya masih di peringkat awal.

Kesimpulan :

1. Pembuat dasar perlu merangka program tertentu untuk jangka panjang.

2. Pengguna-pengguna jalan raya harus bersedia untuk memaksimunkan jumlah penumpang di dalam sesebuah kereta. Pihak pengusaha bas pula perlu meningkatkan perkhidmatan. Semua pihak perlu bersama-sama cuba memberi sumbangan supaya rangkaian jalan raya di kawasan bandar dapat digunakan dengan sempurna dan seterusnya tidak menjejaskan imej bandarbandar utama di Malaysia.

CONTOH PERSOALAN :

1. Lebih kurang 13,000 kes kebakaran berlaku tiap-tiap tahun dan dalam tempoh rancangan Malaysia ke-5 sejumlah RM1 billion kerugian akibat kebakaran dilaporkan. Bilangan manusia yang terkorban akibat kebakaran antara Januari dan Oktober 1990 ialah 807 orang. Ini adalah satu hal yang serius di negara kita. Huraikan langkah-langkah yang berkesan untuk mencegah kebakaran yang semakin meningkat untuk mengelakkan kerugian dari segi wang dan nyawa yang terkorban.

2. Kebakaran sering berlaku. Kes kebakaran berlaku di mana- mana sahaja. Api semasa kecil adalah kawan dan semasa besar adalah lawan. Sejauh manakah kelalaian manusia dianggap sebagai punca utama kes kebakaran di negara kita ? Intro : 1. Kes kebakaran semakin meningkat. Pencegahan adalah langkah yang baik untuk menyelamatkan kerugian harta benda dan nyawa. Langkah pencegahan melibatkan setiap lapisan masyarakat.

Langkah-langkah :

1. Mengemaskinikan kemudahan pencegahan api. Alat mencegah api penting di sekolah-sekolah kerajaan dan swasta, bangunan tinggi, pusat-pusat hiburan malam, kilang, bangunan awam dan

bangunan kerajaan. Jabatan perkhidmatan bomba perlu menyelia kemudahan pencegahan api dari masa ke semasa bagi menentukan semua alat itu dalam keadaan baik dan mencukupi. Kerjasama pihak pemilik bangunan adalah penting. Dendaan dan hukuman perlu dikuatkuasa bagi pemilik bangunan yang enggan bekerjasama. Penggunaan alat itu juga perlu ditunjuk ajar oleh Jabatan Perkhidmatan Bomba.

2. Mengemaskinikan Jabatan Perkhidmatan Bomba. Menambahkan bilangan kakitangan bomba dan juga peralatan yang mencukupi dan canggih. Pertambahan bangunan-bangunan dan kawasan petempatan adalah tidak selaras dengan pertambahan bilangan kakitangan perkhidmatan bomba. Peralatan-peralatan semasa operasi kebakaran seperti alat pernafasan perlu ditambah. Sistem pili perlu lebih maju dan moden. Ini dapat mengelakkan masalah tekanan air rendah.

3. Mewajibkan pemasangan alat pengesan kebakaran. Diwajibkan di semua bangunan dan kawasan petempatan. Memudahkan anggota bomba mengesan tempat kejadian kebakaran dengan cepat. Mengelakkan kerugian harta benda dan nyawa yang maksimun. Sebelum meluluskan kegunaan bangunan untuk kerajaan dan swasta, pihak jabatan bomba perlu mewajibkan mereka memasang alat pengesan ini. Hal ini perlu dikuatkuasakan melalui undangundang. Peraturan ini perlu dikuatkuasakan dengan tegas.

4. Memperkenalkan perkhidmatan Unit Bomba Sukarela. Unit ini perlu ditubuhkan di kilang, bangunan dan kawasan petempatan. Mengurangkan pergantungan masyarakat terhadap ahli bomba. Tindakan pengawalan api dan pengurusan orang awam dijalankan oleh Unit Bomba Sukarela sementara menunggu ketibaan ahli bomba. Pihak bomba perlu memberi latihan dan memberi ceramah kepada unit-unit ini. Kursus- kursus khas juga perlu dianjurkan untuk ali-ahli unit ini. Contoh kilang yang mempunyai unit fire fighting squat ialah Advanced Micro Devices (M) Sdn. Bhd. Penang.

5. Kempen mencegah kebakaran dan demonstrasi. Masyarakat perlu disedarkan tentang pentingnya mencegah kebakaran. Mengadakan demonstrasi tindakan semasa kebakaran di sekolah, kilang, bangunan tinggi dan kawasan petempatan. Mengadakan demonstrasi ciri-ciri jerjak yang sesuai di rumah-rumah kediaman. Media massa seperti televisyen dan radio serta majalah dan suratkhabar amat penting untuk menjalani kempen ini. Poster-poster perlu dilekatkan di mana-mana sahaja. Program televisyen merangkumi filem dokumentari mengenai teknik pencegahan kebakaran dan temuduga diadakan dengan mangsa-mangsa kebakaran.

Kesimpulan : 1. Pencegahan adalah baik lebih baik daripada menghadapi kebakaran. Penglibatan dan kerjasama semua lapisan masyarakat sangat diperlukan untuk mengatasi masalah ini.

CONTOH PERSOALAN : Ramai kanak-kanak di Malaysia telah didera dengan menakutkan. Bilangan kanak-kanak yang didera agak tinggi. Ibu bapalah yang merupakan pendera utama kanak-kanak ini. Sejauh manakah kemiskinan merupakan punca kepada berlakunya kes penderaan kanak-kanak ? Penderaan kanak-kanak membawa maksud sebarang perbuatan yang boleh mencederakan kanak-kanak secara sengaja atau tidak daripada segi fizikal, mental, emosi dan perkembangan kanak-kanak tersebut. Walaupun telah lama wujud, namun baru-baru ini saja isu tersebut menjadi perhatian umum. Salah satu punca utama yang dikesan ialah faktor kemiskinan dalam sesebuah keluarga. Kerap kali ibu bapa yang miskin mengalami tekanan ekonomi dan kerja daripada majikan dan juga keperluan keluarga. Tiada tempat bagi mereka melepaskan geram kecuali kepada anak-anak mereka. Golongan ini berpendidikan rendah dan tidak memahami psikologi anak mereka kerap menjadikan anak mereka papan pukulan apabila anak-anak mereka bermanja atau pun bergaduh. Telah dilaporkan bahawa golongan berpendapat rendah dan berpendidikan rendah merupakan golongan yang paling ramai mendera kanak-kanak. Selain daripada itu, cara bagaimana ibu bapa atau penjaga diperbesarkan juga menyumbang kepada punca penganiayaan tersebut. Ibu bapa yang pernah dibesarkan dengan cara kekerasan berpendapat bahawa cara tersebut merupakan cara terbaik mereka mendisiplinkan anak-anak. Kanak-kanak yang nakal dibelasah dan menjadi lebih degil mengakibatkan ibu bapa hilang pertimbangan lantas melakukan sesuatu yang boleh mencederakan si anak itu. Ini telah membawa kepada kes penderaan yang serius serta meninggalkan kesan parut yang mendalam kepada kanak-kanak tersebut. Di samping itu, penyakit sosial seperti kemabukan dan judi juga turut mengakibatkan penganiayaan kanakkanak. Bapa yang pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan tambahan pula kalah berjudi tidak akan kenal siapa anak dan isteri. Kerap kali anak-anaknya dijadikan sasaran. Dalam keadaan yang tidak sedarkan diri itu, perkara yang serius seperti menendang dan menumbuk kanak-kanak pasti akan berlaku. Akibatnya, lama-kelamaan sekiranya tidak dirawati, kanakkanak tersebut mungkin menemui maut akibat kecederaan dalaman. Dalam pada itu, pasangan muda yang berkahwin kurang bersedia untuk memikul tanggungjawab mereka. Di bandar terutamanya si suami akan pulang lewat bekerja meletakkan segala tanggungjawab kepada si isteri yang muda dan tidak berpengalaman untuk menjaga si anak yang degil lagi nakal. Tanpa ajaran dan nasihat dari golongan tua, isteri tersebut akan mendidik anaknya tidak lain tidak bukan dengan memukul sahaja. Kadang-kadang, kes ini membawa kepada penganiayaan yang serius. Selain itu, ibu bapa yang meletakkan tanggungjawab mereka kepada sesetengah penjaga juga akan menyebabkan anak- anak mereka didera. Kelewatan membayar upah dan ibu bapa yang bekerja ke luar negeri akan menyebabkan penjaga melepaskan geram mereka ke atas kanak-kanak tersebut. Derita ini jelas ditanggung oleh B.Balasundram yang dijumpai dalam keadaan separuh sedar dalam tandas wanita di Hospital Besar Kuala Lumpur. Jelaslah bahawa terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada penderaan kanak-kanak. Oleh itu, demi menjaga masa depan kanak-kanak tersebut kerjasama daripada semua pihak membanteras gejala ini amat diperlukan. CONTOH PERSOALAN : 1. Bahan kosmetik lebih banyak mendatangkan kesan buruk daripada kebaikan. Bincangkan. 2. Kosmetik tradisional menjamin

kecantikan. Sejauh manakah anda bersetuju dengan kenyataan tersebut ? Konsep kosmetik : 1. Kosmetik termasuk ginju, celak, pemerah pipi, pembayang mata, bedak, losyen dan sebagainya 2. Shiseido, Sans Soucis, Avon, Fambo, Kanebo dan Amway adalah jenama-jenama kosmetik yang popular. Keburukan kosmetik : 1. Kandungan bahan kimia yang tinggi. Setengah-setengah bahan kosmetik misalnya pearl cream mengandungi paras merkuri (raksa) dan logam berat plumbum yang terlalu tinggi. Bahan-bahan ini boleh menyebabkan kerosakan sistem saraf dan keracunan bila bahan ini meresap masuk ke dalam badan. Pendedahan ini dilakukan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang, iaitu terdapat beberapa jenis krim muka yang boleh mencacatkan muka pemakainya. Contoh : Arche Pearl, Dragon Face Cream dan Torelo New Pearl Park. Benzoyl Per oksida yang ada dalam alat solek boleh menyebabkan penyakit kanser. Statistik : 1983, 853 orang wanita telah meninggal dunia di England kerana menghidapi penyakit kanser kulit yang digelar Melanome. 2. Pembaziran ringgit Malaysia. Pembaziran wang kerana kebanyakan kosmetik, terutamanya yang popular adalah amat mahal harganya. Ini menyebabkan ramai wanita membelanjakan sebahagian besar pendapatan mereka untuk membeli barangan kosmetik. Wang itu lebih baik digunakan untuk membeli barang-barang keperluan asas, perbelanjaan sekolah dan menyimpan ke dalam bank. 3. Kelihatan lesu. Wanita yang selalu menggunakan kosmetik akan kelihatan lesu dan kelihatan tidak bermaya jika mereka berhenti menggunakannya. Semasa menggunakan kosmetik mereka kelihatan berseri dan matang serta cantik. Wanita akan berasa ketagih dan menggunakan kosmetik kerana tanpa kosmetik mereka akan berasa negatif dan rendah diri. Kebaikan kosmetik : 1. Melicinkan kulit. Membersihkan kulit dan menjadikannya licin serta kurang berkedut. Contoh : Losyen pembersih, Toner, losyen pelembap dan sebagainya. Ini kerana alam sekitar kini selalu dicemari oleh habuk dan debu.Kita perlu selalu menjaga kebersihan kulit dengan menggunakan alat-alat kosmetik ini. 2. Sebagai daya penarik. Minyak wangi boleh membantu wanita yang mempunyai bau badan supaya tidak tersisih dan rendah diri. Boleh menarik perhatian seperti yang diiklankan oleh kosmetik Impulse di televisyen. Digunakan sebagai daya penarik dalam majlis atau upacara yang melibatkan bilangan orang yang ramai. 3. Kejelitaan. Membuatkan wajah wanita kelihatan lebih jelita, muda dan cantik. Kosmetik boleh menjadikan wanita kelihatan segar dan matang. Alat solek dapat menutup parut jerawat yang hodoh.

Langkah mengatasi masalah kosmetik : 1. Sikap wanita tentang kosmetik perlu diubah. Mereka perlu memahami masalah yang dihadapi oleh mereka. Mereka perlu memahami pendidikan pengguna dan matlamatnya. Perlu mempelajari dan bersikap lebih betul dalam menguruskan perbelanjaan mereka. Amalkan sikap sederhana terhadap penggunaan kosmetik oleh wanita. 2. Tindakan Persatuan Pengguna. Misalnya Persatuan Pengguna Pulau Pinang melakukan kajian dan dedahkan bahaya bahan-bahan kosmetik dalam pasaran kepada kaum wanita yang menggunakannya. International Organisation of Consumers Union (IOCU) juga perlu membuat kajian dan memaklumkan maklumat yang muktahir kepada ahli-ahlinya di seluruh dunia. 3. Tindakan kerajaan. Pemeriksaan dan analisa kandungan bahan kosmetik oleh ahli-ahli farmasi dari jabatan farmasi dan Kementerian Kesihatan. Penguatkuasaan akta dadah dan kosmetik

dengan tegas, misalnya menjalankan ujian rapi terhadap semua jenama kosmetik sebelum dibenarkan penjualan. Mereka yang bersalah menjual atau membuat kosmetik merbahaya dikenakan hukuman yang berat. 4. Bantuan nasihat pakar kecantikan. Mendapatkan nasihat dan rawatan daripada doktor atau pakar kecantikan yang berkelayakan tentang jenis alat solek atau kosmetik yang sesuai. Pakar-pakar kecantikan ini (Beautician) perlu mempunyai etika kerja dan profesion yang bermutu tinggi. Tidak boleh menipu dan terlalu mementingkan keuntungan. 5. Kosmetik cara tradisional. Menjaga kecantikan tanpa bahan kosmetik buatan kimia. Menjaga kesihatan dengan memakan makanan seimbang, sentiasa riang dan banyak bersenam. Menggunakan bahan asli (cara tradisioanal), misalnya menghaluskan muka dengan tomato gantikan krim muka dan lain-lain bahan asli seperti telur, timun, jus lemon, minyak zaitun, madu mentah serta santan kelapa.

CONTOH PERSOALAN : 1. Pada waktu ini hospital swasta di negara ini berkembang dengan begitu pesat. Ahli masyarakat yang mampu, ramai yang mendapatkan rawatan di hospitalhospital tersebut. Mereka percaya bahawa pusat-pusat ini memberi perkhidmatan yang lebih selesa. Sejauh manakah perkembangan pusat rawatan swasta ini membawa kebaikan kepada masyarakat kita. Intro : 1. Pusat rawatan swasta ditubuhkan untuk menampung keperluan kesihatan di negara ini. Di bandar-bandar utama di Malaysia pertumbuhannya bagai cendawan selepas hujan. Kepesatan ini menyebabkan permintaan yang tinggi kepada pakar perubatan sehingga kebanyakan doktor tempatan berlumba-lumba untuk berkhidmat serta membuka sendiri pusat rawatan swasta. Kebaikan : 1. Pilihan untuk orang ramai. Sebelum ini, kebanyakan mereka bertumpu di hospital kerajaan yang keadaannya kurang selesa. Mereka terpaksa berbaris lama menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan yang sekejap. Ramai pula yang merungut tentang ketidakcekapan kakitangan hospital kerajaan. Masalah ini dapat diatasi dengan adanya pusat rawatan swasta. Mereka tidak perlu menunggu lama kerana pusat rawatan swasta mempunyai strategi sendiri untuk menghiburkan pelanggannya sehingga mereka tidak terasa menunggu lama. Mereka berasa seperti menunggu di lobi hotel berbintang lima. 2. Kecekapan kakitangan dan kemudahan. Pihak pusat rawatan amat mementingkan kecekapan kakitangannya. sistem pendaftaran yang teratur, rawatan yang cekap tetapi teliti dan kemudian kecekapan dalam pemberian ubat amat dipentingkan. Hal ini berbeza dengan hospital kerajaan. Untuk mendaftar sahaja seseorang itu terpaksa mengisi borang sendiri sehingga memakan masa yang lama. Untuk menunggu giliran mendapat ubat pula biasanya boleh menimbulkan kemarahan. Masalah ketidakcekapan urusan ini dapat diatasi oleh pusat rawatan swasta yang sememangnya amat menjaga kecekapan supaya memuaskan hati pelanggannya. 3. Perkhidmatan pakar 24 jam sehari. Orang ramai boleh mendapatkan rawatan di pusat rawatan swasta mengikut kemahuannya. Kebanyakan pusat rawatan dibuka 24 jam dan orang ramai boleh datang apabila memerlukan. Apabila diserang penyakit pada larut malam, mereka tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan rawatan. Ini berbeza dengan hospital kerajaan yang mungkin perlu menunggu sehingga keesokan hari. Perkhidmatan ini boleh diperolehi di pusat rawatan swasta dengan memberi bayaran doktor yang tinggi. Setiap perkhidmatan yang diberikan oleh pakar

atau jururawat perlu dibayar dalam ringgit Malaysia. Keburukan : 1. Bayaran perkhidmatan kesihatan tinggi. Disebabkan sumber kewangan yang mengendalikan pusat rawatan itu diperolehi daripada bayaran yang dikenakan kepada pelanggan, biasanya bayaran yang dikenakan agak tinggi. Semakin teliti pemeriksaan dibuat atau semakin canggih peralatan yang digunakan untuk merawat seseorang pesakit, semakin tinggilah bayaran yang akan dikenakan. Di samping bayaran ubat, mereka juga akan mengenakan bayaran pendaftaran dan dalam keadaan-keadaan tertentu mereka mengenakan bayaran kepakaran. Semua ini sudah pasti tidak mampu dibayar oleh mereka yang miskin. 2. Pusat rawatan hanya di bandar. Hanya ditubuhkan di bandar-bandar. Sudah pasti perkhidmatannya tidak menyeluruh kepada masyarakat luar bandar. Masyarakat dari luar bandar yang mahu mendapatkan rawatan di pusat rawatan ini terpaksa pergi ke bandar dan ini sudah pasti menimbulkan masalah kepada mereka. Akhirnya mereka ini terus bergantung kepada klinik kerajaan yang berhampiran untuk mendapatkan rawatan masing-masing. 3. Kekurangan doktor kerajaan. Perkembangan pusat rawatan swasta ini juga membawa keburukan kepada pihak hospital kerajaan. Masalah serius yang dihadapi ialah kekurangan doktor. Disebabkan pendapatan dari pusat rawatan swasta lebih lumayan, hampir semua doktor berminat berkhidmat dengan swasta. Doktor kerajaan yang ada sering kali berhenti kerja dan berkhidmat dengan swasta. Gejala ini menyebabkan hospital kerajaan kekurangan doktor yang berwibawa. Ini akan memberi kesan kepada masyarakat miskin untuk mendapatkan rawatan di pusat rawatan swasta.

Kesimpulan : 1. Perkembangan pusat rawatan swasta ini membawa kebaikan dan keburukan kepada masyarakat. Peranan mereka untuk meningkatkan taraf kesihatan di negara ini amat penting. Negara maju kurang pengantungan rakyat kepada khidmat kesihatan kerajaan. Orang ramai kini semakin cenderung mendapatkan rawatan di pihak swasta.

CONTOH PERSOALAN : 1. Untuk membantu pembiayaan kos pembinaan lebuh raya, maka pengguna jalan raya dikenakan bayaran tol. Apakah kebaikan dan keburukan yang timbul dengan sistem pembayaran tol itu ? Intro : 1. Bayaran tol di lebuh raya boleh mengurangkan beban kerajaan yang berbelanja berjuta-juta ringgit Malaysia untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Malaysia. Lebuh raya yang mengenakan tol ialah seperti di Changkat Jering di Perak.

Kebaikan :

1. Membantu pembiayaan jalan raya lain. Wang yang dikutip boleh disalurkan untuk membina jalan raya yang lain. Dengan demikian pembayar tol dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Mengurangkan beban kerajaan selaras dengan kemajuan industri kenderaan di Malaysia.

2. Jalan raya lebih selesa. Jalan raya yang dikenakan tol dibina dengan begitu baik dan selesa. Jalan-jalan itu lurus dan senang mengendalikan kereta. Petrol yang digunakan juga boleh dijimatkan. Jalan itu luas dan tidak susah untuk mengendalikan kereta yang dipandu.

3. Masa perjalanan dapat dijimatkan. Orang ramai tidak perlu membuang masa untuk ke sesuatu tempat walau pun terpaksa membayar tol. Contohnya, perjalanan yang biasanya memakan masa selama lapan jam iaitu dari Butterworth ke Kuala Lumpur kini boleh sampai dengan empat jam sahaja. Ini boleh menjimatkan masa dan keselesaan memandu.

4. Keselamatan lebih terjamin. Lorong dua hala boleh mengurangkan kemalangan jalan raya. Ciri-ciri keselamatan lain seperti pondok telefon kecemasan yang disediakan oleh pembinaan jalan. Lorong- lorong yang dibina itu amat selesa dan ini boleh mengelakkan kemalangan jalan raya seperti jalan-jalan lama yang digunakan. Jalan lama menyusahkan pemotong kereta dan lori. Lori yang lambat perjalanannya ini boleh menyebabkan keselesaan pemandu.

Keburukan :

1. Membebankan para pengguna Mereka terpaksa membayar tol dan membayar cukai jalan. Ini cukup membebankan para pengguna. Mereka yang tinggal di Butterwoth dan bekerja di pulau Pinang dikehendaki membuat bayaran bulanan yang bernilai lebih kurang RM 260.00 sebulan. Wang ini boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan perkara lain untuk keluarganya.

2. Menimbulkan kesesakan di pondok pembayaran tol. Tol Jalan Kucing, Kuala Lumpur telah menimbulkan masalah ini. Pengguna tidak menyediakan wang kecil yang secukupnya dan perlu menunggu pertukaran wang akan diberikan pengutip tol. Ini akan memakan masa yang lama. Katakan setiap pemandu menggunakan masa 3 minit untuk membereskan bayaran, maka 50 kereta akan memakan masa sebanyak 150 minit. Ini yang dikatakan kesesakan.

3. Tidak adil kepada pengguna tertentu. Mereka teras membayar dua kali. Cukai Jalan dibayar, kemudian tol pula perlu dibayar. Oleh itu, kita akan berfikir wang cukai jalan digunakan untuk apa. Mereka yang tidak menggunakan lebuh raya tidak perlu bayar. Maka, pada suatu hari nanti apabila kerajaan tidak lagi menerima tol orang-orang ini dikecualikan daripada bayaran dan dapat menikmati lebuh raya secara percuma. Kesimpulan : Pengenaan tol ada baik buruknya kepada pengguna. Bergantunglah kepada kebijaksanaan mereka untuk menggunakan pintu tol.