contoh karangan isu semasa

151
1 Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015 SMK DATO’ ABU BAKAR BAGINDA NAMA : SU’AIDAH BINTI ROSMAN KELAS : 5 CERDIK NO I/C : 980629-10-5878 NAMA GURU : PN. NORLIDA MD NOOH TAJUK : JENIS-JENIS KARANGAN ISU SEMASA

Upload: suaidah

Post on 11-Jan-2016

1.892 views

Category:

Documents


53 download

TRANSCRIPT

Page 1: contoh karangan isu semasa

1

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

SMK DATO’ ABU BAKAR BAGINDA

NAMA : SU’AIDAH BINTI ROSMAN

KELAS : 5 CERDIK

NO I/C : 980629-10-5878

NAMA GURU : PN. NORLIDA MD NOOH

TAJUK : JENIS-JENIS KARANGAN ISU SEMASA

Page 2: contoh karangan isu semasa

2

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

Isi kandunganBIL TAJUK M/SURAT

1. Usaha-usaha untuk mengekalkan keamanan Negara

2.Langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasi isu warga tua yang terbiar

3. Usaha-usaha memupuk semangat patriotisme

4. Langkah-langkah menjaga kebersihan alam sekitar

5. Langkah-langkah menangani kes pembuangan bayi

6.Faktor-faktor berlakunya jenayah pemerdagangan manusia dan langkah-langkah yang harus diambil untuk menanganinya

7. Isu kemalangan jalan raya (rencana)

8.Penggunaan kad kredit mendatangkan kebaikan dan keburukan kepada pengguna

9.“Kelemahan sesetengah pelajar melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berpunca daripada sikap tidak bersungguh-sungguh untuk mempelajari Bahasa Melayu” (perbahasan)

10.Kesan buruk penyalahgunaan dadah terhadap masyarakat dan Negara (fakta)

11.

Kemajuan teknologi maklumat dikatakan banyak mendatangkan kesan yang positif ke arah pembentukan masyarakat maju. Oleh itu, masyarakat malaysia perlu memanfaatkan teknologi maklumat sebaik-baik mungkin (pendapat)

12. Faktor-faktor yang menyebabkan kes ragut menjadi lebih serius

13. Kesan-kesan kemasukan warganegara asing ke negara Malaysia

14. Sebab-sebab remaja lari dari rumah

15.Faktor-faktor lunturnya semangat kejiranan dan cara-cara mengatasinya

16. Cara-cara untuk memupuk perpaduan di negara Malaysia

17.Punca-punca makanan ringan begitu popular dalam kalangan masyarakat

18. Sebab budi bahasa hilang dan cara atasinya

19. Langkah kerajaan mengekalkan keutuhan institusi keluarga negara

20. Amalan-amalan remaja yang sihat

21. Keburukan Internet

22. Usaha-usaha untuk mengekalkan keamanan negara Malaysia

23.Kejadian jenayah wanita terus meningkat?Jelaskan cara-cara menanganinya

Page 3: contoh karangan isu semasa

3

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

24. Punca berlakunya bencana alam25. Punca-punca perpaduan terjejas26. Impak Industri terhadap Malaysia

27.Kanser serviks semakin berleluasa dalam kalangan wanita di Malaysia

28. Peranan kerajaan dan rakyat atasi penyakit berjangkit

29.Cara-cara yang berkesan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak

30. Gejala antisosial dalam kalangan pelajar

31. Punca-punca bangunan lama terbiar atau dimusnahkan

32. Faedah-faedah bekerja sendiri dalam era globalisasi ini

33.Langkah-langkah kerjasama yang mampu dilakukan oleh pihak masyarakat antarabangsa dalam isu pemanasan global

34. Rancangan hiburan televisyen jejaskan budaya tradisional

35. Peranan media massa di negara ini

36. Punca-punca kenaikan harga minyak berlaku kini

37. Langkah-langkah atasi pengangguran di Malaysia

38.Tindakan-tindakan kerajaan untuk memastikan ekonomi negara terus berkembang

39. Langkah-langkah untuk memajukan mutu sukan negara Malaysia

40.Langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasi isu warga tua yang terbiar

41. Peranan ibu bapa dalam mengatasi masalah remaja

42. Gejala merokok dalam kalangan remaja

43. Isu dadah (pendapat)

44. Pencemaran sungai

45. Isu teknologi maklumat (ceramah)

46. Kewajaran larangan penggunaan telefon bimbit di sekolah

47. Isu pengangkutan awam

48. Isu kenaikan harga barang

49. Punca-punca berlakunya penderaan kanak-kanak

50.Langkah-langkah yang positif untuk menangani fenomena banjir di negara kita

Page 4: contoh karangan isu semasa

4

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

Jenis-jenis

karangan

isu semasa

1. Usaha-usaha untuk mengekalkan keamanan Negara

Page 5: contoh karangan isu semasa

5

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

Malaysia merupakan sebuah syurga dunia kerana kejadian buruk jarang berlaku disini terutama ancaman bencana alam dan peperangan. Rakyatnya hidup dalam suasana aman sentosa bersama-sama arus pembangunan kemodenan yang pesat. Keamanan inilah yang memberikan imej yang positif kepada negara sehingga menjadikan banyak negara cemburu akan kejayaan tersebut. Jadi, memang banyak tindakan yang telah dilakukan oleh semua pihak di negara ini untuk memastikan negara terus berada dalam situasi harmoni itu.

Tindakan yang paling ketara ialah negara telah meningkatkan lagi kemampuan ketenteraannya. Angkatan tentera negara ini telah cuba menarik lebih banyak remaja yang berkaliber untuk menyertai perkhidmatan mereka bersama-sama dengan pembelian peralatan ketenteraan yang serba canggih. Semua ini bertujuan memastikan tahap keselamatan negara berada pada tahap yang tertinggi lalu menjamin keamanan negara yang stabil. Jelaslah, Negara menjadi aman kerana memiliki satu ketumbukan tentera yang berkaliber dan berteknologi tinggi.

Selain itu, negara turut membuat kerjasama yang erat dengan Negara-negara jiran terutama negara-negara ASEAN. Kita semua sedia maklum bahawa ASEAN ditubuhkan untuk menjamin keselamatan serantau lalu memastikan perkembangan ekonomi boleh berlaku pada masa yang sama. Kerjasama yang erat ini juga memastikan setiap negara ASEAN tidak mahu mengganggu urusan dalaman satu sama lain untuk memastikan tidak berlaku perselisihan faham yang boleh membawa permusuhan yang menggoyahkan keamanan pula. Jadi, kerjasama erat antara negara-negara jiran membantu Malaysia untuk menikmati satu tahap keamanan yang tinggi.

Malah, keamanan negara juga dikekalkan menerusi amalan demokrasi yang dilaksanakan di negara ini apabila tempoh pemerintahan kerajaan sebelumnya hampir tamat. Pilihan raya dan proses pertukaran pemimpin di negara ini masih berjalan secara rasional dan mengikut lunas-lunas perlembagaan negara yang mengutamakan hak asasi rakyat. Keadaan ini menjadikan keyakinan rakyat terhadap sistem pemerintahan kerajaan bertambah baik setiap kali proses demokrasi itu dilaksanakan. Jelaslah, proses demokrasi yang diamalkan menjadikan aspek keamanan itu sesuatu yang penting untuk dikekalkan di negara ini.

Malahan, pihak kerajaan juga telah meneruskan usaha pembasmian kemiskinan yang sudah mula menampakkan hasilnya. Jurang kekayaan antara golongan miskin dan kaya telah berupaya dikurangkan sehingga tidak lagi boleh dijadikan alasan untuk menimbulkan sebarang masalah besar kelak. Perasaan kekitaan dan tidak berasa ditinggalkan menjadi asas penting untuk mengekalkan keamanan di negara ini untuk satu tempoh yang panjang kerana tidak timbul perasaan pilih kasih atau sebagainya dalam jiwa masyarakat berbilang kaum disini. Maka, usaha mengikis perbezaan pengagihan kekayaan ini harus dilakukan secera berterusan untuk memastikan keamanan itu berkekalan.

Page 6: contoh karangan isu semasa

6

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

Tambahan pula, pihak polis telah berjaya memerangi pelbagai gejala sosial yang melanda negara ini. Kejadian jenayah terutama jenayah berat telah dikawal dengan baik oleh pihak polis yang bertugas tanpa mengenal penat untuk memastikan keselamatan rakyat Negara ini bertambah baik. Kejayaan mengawal jenayah di negara ini turut sama memberikan satu suasana yang tenang dan meyakinkan kepada rakyat negara ini bahawa Malaysia sebuah negara yang baik untuk terus didiami. Justeru, kejayaan pihak polis menjalankan kewajipan mereka telah menjadikan aspek keamanan di negara ini terus wujud.

Kesimpulannya, keadaan keamanan yang sebegini perlu dikekalkan untuk selama-lamanya. Pada masa yang sama aspek pembangunan negara harus diberikan penekanan juga kerana inilah kemodenan yang harus dinikmati oleh semua. Kita harus sedar dan menghargai aspek keamanan ini dengan sebaik mungkin. Peribahasa “jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya” kerana keamanan ini memerlukan satu usaha yang gigih daripada semua pihak.

Page 7: contoh karangan isu semasa

7

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

2. Langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasi isu warga tua yang terbiar

Peringkat umur tua merupakan peringkat akhir dalam perkembangan biologi manusia. Keadaan ini menyebabkan ketika inilah pelbagai masalah boleh berlaku terutama yang menyentuh aspek emosi dan kesihatan seseorang itu. Oleh itu, ada pelbagai tindakan yang boleh diambil oleh remaja untuk menangani kemelut warga tua ini.

Sudah pasti pemupukan pendidikan asas terutama didikan agama mampu menyelesaikan sebahagian besar masalah warga ini. Remaja yang menerima pendidikan asas agama yang kukuh sudah pasti akan lebih menghormati golongan tua ini lalu memberikan perhatian akan kehidupan mereka. Hubungan antara ahli keluarga juga akan menjadi lebih erat dan mesra. Jadi, remaja harus memiliki didikan yang sempurna.

Bagaimanakah didikan ini harus wujud? Sudah pasti ibu bapa berperanan untuk memberi panduan yang benar kepada remaja. Ibu bapa perlu menjelaskan kepada anak-anak akan pentingnya menghormati warga tua kerana setiap manusia akan menempuh alam tua mereka yang tersendiri. Kejayaan ibu bapa mendidik anak dengan baik memastikan satu golongan remaja yang melihat warga tua bukan sebagai satu masalah sebaliknya satu amanah yang harus dilaksanakan tanpa banyak soal.

Selain itu, media massa juga mempunyai peranan yang tersendiri dalam menyelesaikan masalah yang semakin kritikal ini. Penyiaran lebih banyak program dan siaran yang berunsur  positif akan warga tua mampu merapatkan jurang antara remaja dan warga emas ini. Keadaan ini mampu menimbulkan satu kesedaran yang mendalam dalam diri remaja untuk membantu warga tua tanpa sebarang alasan.

Sistem pendidikan yang lebih holistik dilaksanakan oleh pihak kerajaan seperti mengadakan lawatan sambil belajar ke rumah orang tua. Biasanya pelajar di sekolah hanya mendengar sahaja nasihat guru tentang peranan mereka membantu warga tua tanpa melihat contoh yang sebenarnya. Maka, lawatan ke rumah jagaan orang tua sudah pasti memberikan pengalaman sebenar kepada remaja akan kehidupan warga ini lalu timbullah keinsafan dalam diri remaja itu sendiri.

Kesimpulannya, jurang pemisah antara generasi muda dan tua semakin ketara terutama dalam era moden ini. Semua pihak sama ada masyarakat dan kerajaan harus mengenal pasti langkah-langkah yang lebih praktikal untuk menangani kemelut warga tua ini. Kita harus sedar warga tualah yang telah membangunkan negara ini lalu menjadikan kehidupan generasi muda selepas mereka lebih mudah dan selesa. Kita harus hargai jasa mereka.

Page 8: contoh karangan isu semasa

8

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

3. Usaha-usaha memupuk semangat patriotisme

Sejak belakangan ini, banyak diperkatakan tentang pemupukan semula semangat kebangsaan atau nasionalisme dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini. Gesaan ini memang wajar memandangkan generasi muda khususnya pelajar tidak lagi bersemangat kebangsaan seperti generasi sebelum merdeka. Lebih tepat kalau dikatakan semangat cinta akan negara dalam kalangan generasi muda kini adalah longgar, lemah, dan tidak bermaya seperti seseorang yang tidak makan 10 hari. Pada marcapada yang pesat membangun dalam teknologi maklumat ini, semangat patriotik adalah penting untuk membina jati yang kental dan kuat agar dapat mewujudkan perpaduan nasional.

Pelbagai usaha boleh dilakukan untuk memupuk semangat cinta akan negara dalam kalangan remaja kini. Pertamanya, mereka hendaklah digalakkan untuk mengenali tokoh-tokoh yang memperjuang untuk kemerdekaan negara dan mereka juga hendaklah didedahkan kepada jasa-jasa serta pengorbanaan pejuang tanah air kita agar golongan remaja kita sedar dan insaf, bak kata pepatah “Tak kenal maka tak cinta”. Kalau generasi muda tahu akan pahit maung dan susah payahnya tokoh-tokoh pada zaman silam memperjuangkan kemerdekaan negara , tentunya mereka tidak tergamak menghancurkan keamanan dan kemakmuran yang dikecapi kini dengan tindakan-tindakan negatif.

Pihak sekolah pula hendaklah menanam semangat cinta akan negara dalam diri setiap pelajar dengan mrnyelitkan kecintaan kepada bangsa dan negara dalam setiap subjek seperti , bekerjasama, tolong-menolong, bertoleransi serta berbudi bahasa. Para pendidik hendaklah menggunakan beberapa minit daripada jadual pengajaran sesuatu mata pelajaran untuk menanamkan semangat kecintaan kepada bangsa dan negara. Pendidikan perlu menyuntik semangat juang dan keyakinan diri dalam diri setiap pelajar. Mereka perlu didedahkan dengan semangat “Malaysia Boleh” seperti yang dilakukan oleh Datuk Azhar Mansur dan para pendaki Gunung Everest. Semangat cinta akan negara juga hendaklah dipupuk pada peringkat awal persekolahan lagi. Ibu bapa hendaklah mengasuh anak-anak mereka supaya menghormati keutuhan dan kedaulatan negara.

Selain itu, generasi muda hendaklah digalakkan melawat tempat-tempat bersejarah. Pemerhatian mereka kepada kesan-kesan peninggalan sejarah akan melahirkan semangat juang untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh. Misalnya, kunjungan ketempat-tempat yang bersejarah seperti Bandar Hilir, Melaka akan mengingatkan mereka kepada sejarah hitam negara ketika dijajah oleh Portugis, Belanda dan Inggeris.

Page 9: contoh karangan isu semasa

9

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

Di samping itu, golongan muda juga perlu selalu didedahkan kepada Jalur Gemilang yang berkibar megah pada sepanjang masa dan perayaan Hari Kebangsaan setiap tahun itu sepatutnya dijadikan wadah untuk memperbaharui azam mempertahan kemerdekaan pada masa depan. Mereka perlu diberi kesedaran betapa pentingnya erti kemerdekaan terhadap sesebuah negara.

Seterusnya, mereka juga perlu didedahkan kepada lagu-lagu patriotik terutama lagu “Negaraku” untuk menyemaikan rasa cinta dan taat kepada negara. Pihak-pihak yang tertentu seperti Persatuan Sejarah Malaysia hendaklah menganjurkan pertandingan menulis esei bertemakan semangat patriotik dalam kalangan pelajar dan generasi muda. Peraduan seperti ini akan memberi kesempatan kepada golongan muda untuk mengumpulkan bahan-bahan sejarah yang banyak dalam akhbar-akhbar. Pengumpulan bahan-bahan sejarah ini secara tidak langsung akan mencelikkan mereka kepada sejarah perjuangan generasi silam demi kemerdekaan negara daripada belenggu penjajah.

Kesimpulannya, kerajaan hendaklah memupukkan semangat cinta akan negara dalam setiap orang rakyat, khususnya dalam kalangan remaja supaya dapat melahirkan seorang modal insan yang cinta akan negara dan pemimpin yang berwibawa untuk masa yang akan datang.

Page 10: contoh karangan isu semasa

10

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

4. Langkah-langkah menjaga kebersihan alam sekitar

Sejak belakangan ini, pembangunan tanpa limitasi kini merupakan perubahan kian pesat berlaku di negara kita pada alaf globalisasi ini. Namun, kemajuan dalam sektor  perindustrian telah dikecapi hari ini sedikit tercalar impak daripada sikap manusia yang tidak  bertanggungjawab ini. Adakah kita ingin membiarkan alam sekitar terjejas semata-mata ingin mengejar kemajuan? Di manakah peranan kita sebagai masyarakat untuk menangani masalahini? Jadi, alam sekitar yang bersih penting dalam kehidupan kita dan langkah-langkah yang positif perlu dilakukan.

Salah satu langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah kebersihan alam sekitar ialah mengurangkan penggunaan bahan kimia kerana bahan kimia akan mendatangkan pencemaran. Hal ini jelas akan mendatangkan impak dalam jangka masa yang panjang kepada alam sekitar. Perkara yang dimaksudkan ialah penggunaan racun serangga dan penghawa dingin merupakan salah satu kesan yang paling ketara dan serius. Akibatnya, penipisan lapisan ozon dan air bawah tanah oleh kluoroflurokarbon (CFC) amat bahaya kepada masyarakat di Malaysia. Oleh itu, penggunaan bahan ini perlu dikawalkan oleh kerajaan dan pihak swasta supaya dapat menjaga alam sekitar yang dicipta oleh Tuhan.

Selain itu, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang alam sekitar yang menyeluruh. Hal ini demikian, boleh membantu menjaga alam sekitar kita dengan lebih efektif. Jika kita lihat pada hari ini, berapakah kilang-kilang yang telah dibina oleh kerajaan mematuhi piawaian kebersihan yang telah ditetapkan? Di sini saya memberi contoh, pelepasan asap kilang dan pembuang sisa toksik ke dalam sungai mahupun laut secara terbuka. Implikasi daripada tindakan ini, undang-undang harus diketatkan lagi oleh pihak  berkuasa supaya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Dalam pada itu, kitar semula yang diperkenalkan oleh kerajaan perlu diambil perhatian kerana mampu menjaga alam sekitar. Bahan-bahan buangan boleh diproses semula untuk digunakan sekali lagi dan kita boleh mengklasifikasikan bahan-bahan yang tidak diperlukan di dalam tong-tong kitar semula yang telah disediakan. Sebagai contoh, bahan buangan boleh diproseskan menjadi baja nutrien bagi menghindarkan pembaziran dan surat khabar boleh dijadikan sebagai tisu. Melalui cara ini, sumber manusia dan negara dapat menjimatkan kos mereka mahupun kebersihan alam sekitar.

Di samping itu, kebersihan alam sekitar boleh dijagakan melalui kempen kesedaran sivik supaya rakyat dapat menjaga alam sekitar. Melalui kempen kesedaran ini, masyarakat ditiup kesedaran untuk menjaga kebersihan alam sekitar. Dengan ini, sedikit demi sedikit masalah dan hal ini dapat membendung dan memastikan bahawa kualiti kebersihan alam sekitar senantiasa bersih dan dijaga. Jadi, kempen kesedaran ini dapat diatasi apabila semua rakyat sedar kepentingan alam sekitar.

Page 11: contoh karangan isu semasa

11

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

Tuntasnya, kita harus bekerjasama dan memainkan peranan ini untuk mengekalkan kebersihan alam sekitar. Kita tidak sepatutnya meletakkan masalah ini diatas bahu kerajaan dengan semata-matanya. Kerjasama yang erat antara rakyat Malaysia dengan kerajaan tentunya akan lebih bermakna dan hasilnya kelak akan memuaskan hati semua orang. Sinomin dengan slogan negara “ Negara Bersih, Rakyat Sihat ” .

Page 12: contoh karangan isu semasa

12

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

5. Langkah-langkah menangani kes pembuangan bayi

Dewasa ini, masalah sosial dalam kalangan masyarakat semakin menjadi-jadi bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Antaranya termasuklah kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa di negara kita. Dalam siaran berita di radio atau di televisyen, berita- berita seperti ini begitu kerap dilaporkan. Hal ini bukan sahaja menyusahkan banyak  pihak malah imej negara kita akan terjejas. Oleh hal yang demikian, pelbagai langkah harus diambil untuk membendung masalah ini.

Satu daripada langkah yang perlu dilaksanakan ialah semua lapisan masyarakat hendaklah diberi pendidikan keibubapaan melalui pelbagai program. Pendidikan ini bertujuan memberikan buah fikiran mengenai perkahwinan yang sah kepada rakyat. Melalui cara ini, orang ramai akan menjadi lebih berhati-hati supaya tidak melakukan perbuatan sumbang. Perkara ini harus ditekankan kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya para remaja. Sebagai contohnya, program pendidikan keibubapaan perlu diadakan untuk mendidik remaja tentang perkara yang perlu diamalkan dalam kehidupan berkeluarga. Tegasnya, orang ramai perlu diberi kesedaran tentang kesan buruk aktiviti pembuangan bayi.

Selain itu, pihak berkenaan hendaklah mengadakan ceramah atau kempen pada peringkat sekolah mahupun peringkat taman-taman perumahan. Melalui program tersebut, masyarakat dapat diberi kesedaran tentang keburukan pergaulan bebas. Seperti yang kita ketahui, kes pembuangan bayi berpunca daripada pergaulan bebas yang dianggap sebagai suatu perkara biasa bagi warga urban kini. Kita seharusnya mengelakkan diri daripada unsur negatif tersebut supaya tidak menjadi seperti sudah terhantuk baru nak terngadah. Sebagai contohnya, kempen kesedaran ini perlu dilakukan secara besar-besaran melalui iklan, risalah dan lain-lain. Usaha dinamik dan secara konsisten ini diperlukan untuk membimbing rakyat supaya sentiasa berada di landasan yang betul dalam kehidupan.

Langkah yang seterusnya ialah menyediakan perkhidmatan kaunseling yang perlu diurus oleh pihak kebajikan masyarakat. Khidmat nasihat hendaklah diberikan kepada mangsa rogol dan individu yang mengandung tanpa nikah. Hal ini disebabkan mangsa mengalami ketidakstabilan emosi dan mungkin akan cuba mencederakan diri sendiri. Sebagai contohnya, mangsa rogol sanggup membunuh diri kerana tidak dapat menerima kenyataan sebenar. Oleh hal yang demikian, pusat kaunseling perlu diperbanyak diseluruh negara untuk membantu mangsa-mangsa tersebut.

Di samping itu, pesalah yang disabitkan kesalahan berzina atau kes rogol perlu dikenakan hukuman yang berat. Sebagai contohnya, hukuman bagi kesalahan berzina dan merogol adalah seperti penjara dan hukuman sebat. Perogol atau orang yang mencabul kehormatan wanita merupakan manusia yang tidak berperikemanusiaan. Mereka perlu dijatuhi hukuman yang berat sebagai peringatan kepada orang lain. Hal ini menyebabkan wanita-wanita ini kehilangan harga diri dan terpaksa menanggung malu sepanjang hayatnya.

Page 13: contoh karangan isu semasa

13

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

Perkara tersebut juga akan menconteng arang ke muka ahli keluarga mangsa. Oleh sebab itu, undang-undang negara perlu dikuatkuasakan supaya perogol atau mereka yang berzina berasa serik atau takut untuk melakukan perkara tersebut.

Seterusnya, pendidikan agama dan moral harus dititikberatkan oleh ibu bapa untuk menyedarkan anak-anak tentang dosa dan balasan yang akan diterima. Ibu bapa hendaklah menitikberatkan pendidikan agama dan moral kepada anak-anak dan proses ini hendaklah diteruskan walaupun seseorang itu telah meningkat umur dewasa. Pendidikan agama dan moral amatlah penting dan perlulah disemaikan dalam sanubari rakyat. Sebagai contohnya, anak-anak perlu diberi didikan agama sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Cara ini adalah amat efektif untuk mewujudkan masyarakat yang bebas daripada kes pembuangan bayi.

Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menyelesaikan dan mengurangkan kes pembuangan bayi yang berlaku di negara kita. Masalah tersebut akan menular dan menjadi duri dalam daging jika tidak ditangani segera ketika negara sedang berusaha untuk mencapai wawasan 2020. Kerjasama daripada semua pihak adalah amat penting untuk membendung masalah ini kerana ke bukit sama-sama didaki, ke lurah sama-sama dituruni. Melalui usaha ini, hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang sihat dari segi lahiriah dan rohani dapat direalisasikan.

Page 14: contoh karangan isu semasa

14

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

6. Faktor-faktor berlakunya jenayah pemerdagangan manusia dan langkah-langkah yang harus diambil untuk menanganinya

Era globalisasi yang sarat dengan pelbagai cabaran zahir dan maya ini, terbit satu masalah yang kian membimbangkan masyarakat dunia iaitu jenayah pemerdagangan manusia. Isu yang semakin berleluasa ini sering melibatkan golongan wanita dan kanak-kanak. Namun begitu, pendedahan pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) baru-baru ini menunjukkan bahawa golongan remaja turut dijadikan mangsa jenayah pemerdagangan manusia. Hal ini sungguh membimbangkan kerana situasi tersebut mampu menyebabkan gejala negatif yang lain turut menjadi serius. Misalnya, mangsa jenayah pemerdagangan manusia sering dijadikan sebagai pelacur, buruh paksa, hamba seks dan pengemis upahan. Malah, menurut Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, sebanyak dua puluh tujuh sindiket pemerdagangan manusia yang bergiat aktif di Malaysia berjaya ditumpaskan sepanjang enam bulan pertama tahun ini. Penumpasan sindiket-sindiket tersebut telah menyelamatkan ratusan individu yang menjadi mangsa mereka. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa jenayah pemerdagangan manusia sememangnya semakin serius dan perlu diatasi dengan segera. Hakikatnya, jenayah pemerdagangan manusia hanya boleh diatasi jika kita memahami faktor-faktor berlakunya jenayah tersebut.

Pertama sekali, kewujudan korupsi dan unsur rasuah dalam kalangan pegawai kerajaan menyebabkan jenayah ini sukar ditangani. Sindiket pemerdagangan manusia sering memanfaatkan kewujudan pegawai kerajaan yang mudah dirasuah untuk memudahkan pelaksanaan modus operandi mereka. Misalnya, pegawai imigresen yang menjaga sempadan negara boleh dilepasi dengan mudah oleh ejen-ejen sindiket pemerdagangan manusia bersama mangsa mereka hanya dengan menghulurkan beberapa helai wang kertas lima puluh ringgit kepada mereka. Keadaan kini bertambah keruh apabila pegawai-pegawai kerajaan sendiri bertindak membantu sindiket pemerdagangan manusia. Contohnya, mereka mencari individu yang berpotensi untuk diperdagangkan dan menyerahkan insan-insan yang tidak berdosa itu kepada ejen pemerdagangan manusia. Hal ini amat menyedihkan kerana pihak yang patut memainkan peranan untuk mengatasi jenayah pemerdagangan manusia bertindak sebaliknya ibarat kata pepatah harapkan pagar, pagar makan padi. Maka, jenayah tersebut pasti sukar ditangani jika wujud pegawai-pegawai kerajaan yang berkorupsi.

Selain itu, jurang ekonomi antara negara-negara jiran turut menjadi faktor jenayah pemerdagangan manusia. Rakyat negara yang miskin sudah tentu ingin menambah baik taraf hidup mereka dengan apa jua cara yang mudah. Oleh itu, mereka memilih untuk bekerja di negara jiran yang lebih kaya tetapi kekurangan tenaga kerja. Namun begitu, terdapat pihak- pihak tertentu yang mengambil kesempatan terhadap mereka dengan menaburkan janji-janji manis seperti pekerjaan, tempat tinggal dan kehidupan yang lebih

Page 15: contoh karangan isu semasa

15

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

baik. Malangnya, selepas individu-individu tersebut dibawa ke luar negara, mereka dijual kepada pihak lain dan dijadikan hamba seks dan buruh paksa. Situasi ini terbukti berlaku apabila statistik Jabatan Siasatan Jenayah PDRM menunjukkan hampir kesemua individu yang berjaya diselamatkan daripada menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia berasal dari negara-negara jiran yang berpendapatan rendah seperti Myanmar, Vietnam dan Laos. Keadaan ini membuktikan bahawa jurang ekonomi antara negara-negara serantau turut menjadi faktor wujudnya jenayah pemerdagangan manusia.

Di samping itu, tahap kesedaran masyarakat terhadap isu pemerdagangan manusia yang rendah juga menyebabkan jenayah tersebut terus berleluasa. Masyarakat yang bersikap seperti katak di bawah tempurung menjadi punca yang memangkin kewujudan pelbagai jenayah merentasi sempadan. Masyarakat kini sering bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing dan tidak peka terhadap situasi di sekeliling mereka. Umpamanya, terdapatkah individu pada hari ini yang melihat pengemis kanak-kanak cacat sanggup bersikap proaktif dan membawanya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat? Keengganan masyarakat untuk mengambil tahu tentang isu semasalah menyebabkan situasi seperti ini berlaku. Lebih membimbangkan lagi apabila masyarakat mendiamkan diri meskipun tahu tetang kewujudan sindiket pemerdagangan manusia di kawasan tempat tinggal mereka. Misalnya, pihak PDRM berjaya menangkap seorang lelaki di sebuah rumah bersama tiga puluh orang wanita warganegara Vietnam yang dikurung di dalam sebuah bilik. Siasatan lanjut mendapati lelaki itu terlibat dengan sindiket pemerdagangan manusia sejak lima tahun yang lalu dan menjadikan rumahnya sebagai tempat menjalankan urusan sindiketnya itu. Sekiranya masyarakat di kawasan perumahan itu bersikap proaktif, pasti sindiket tersebut terbongkar lebih awal. Malangnya, sikap mereka yang kurang peka terhadap situasi disekeliling memudahkan lelaki itu untuk menjalankan sindiketnya selama separuh dekad. Hal ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat yang mendiamkan diri akan menyebabkan jenayah pemerdagangan manusia terus melarat.

Faktor-faktor jenayah pemerdagangan manusia sememangnya sukar diatasi. Walau bagaimanapun, jika pihak kerajaan mewujudkan undang-undang yang dapat menjatuhkan hukuman yang lebih berat terhadap dalang sindiket pemerdagangan manusia, pasti jenayah tersebut dapat ditangani. Kejayaan Akta Dadah Berbahaya dalam mengekalkan jumlah kes penyeludupan dadah pada tahap yang rendah harus dijadikan contoh untuk mewujudkan mekanisme yang sama demi mengurangkan kes pemerdagangan manusia. Hukuman penjara sahaja tidak memadai buat pesalah yang sanggup menjalankan urusan jual beli manusia. Hukuman mati mandatori patut dikenakan terhadap mereka supaya dapat menjadi pengajaran kepada masyarakat. Pada masa yang sama, pihak kerajaan perlu mewujudkan mekanisme yang tepat untuk menyifarkan kes rasuah dalam kalangan pegawai kerajaan. Jika kes rasuah dapat disifarkan, sudah tentu pelaksanaan undang-undang menjadi lebih berkesan sekali gus mengurangkan kes pemerdagangan manusia.

Seterusnya, pemimpin-pemimpin negara serantau perlu bekerjasama untuk mengurangkan jurang ekonomi. Komuniti ASEAN yang bakal diwujudkan pada tahun

Page 16: contoh karangan isu semasa

16

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

2015 patut dizahirkan kerana langkah tersebut diyakini mampu mengurangkan jenayah merentasi sempadan apabila negara-negara di Asia Tenggara menjalin kerjasama politik, ekonomi dan sosial. Sekiranya negara-negara serantau membangun secara serentak, keperluan rakyat sesebuah negara untuk bekerja di negara jiran akan berkurang. Secara tidak langsung, keadaan ini seterusnya akan mengurangkan pemerdagangan manusia.

Selain itu, masyarakat pula perlu bersikap proaktif dan melaporkan gerak-geri yang mencurigakan di sekeliling mereka. Mereka harus bekerjasama dan memastikan kawasan tempat tinggal mereka tidak dijadikan sebagai markas pemerdagangan manusia. Contohnya, Persatuan Rukun Tetangga perlu sentiasa menjalankan pelbagai langkah untuk membanteras perlakuan jenayah di kawasan perumahan mereka. Masyarakat tidak perlu takut untuk melaporkan jenayah pemerdagangan manusia kepad pihak berkuasa kerana identiti mereka akan dirahsiakan. Maka, sekiranya rakyat Malaysia bersikap proaktif, pasti jenayah pemerdagangan manusia mampu diatasi dengan mudah.

Tuntasnya, sememangnya terdapat pelbagai faktor berlakunya jenayah pemerdagangan manusia dan pelbagai langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi jenayah tersebut. Namun begitu, langkah-langkah tersebut hanya akan membuahkan hasilnya jika pihak kerajaan dan masyarakat berganding bahu kerana sesungguhnya bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Semoga dengan penyifaran jenayah pemerdagangan manusia, kita dapat menzahirkan Wawasan 2020 dan duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di dunia.

Page 17: contoh karangan isu semasa

17

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

7. Isu kemalangan jalan raya (rencana)

Punca-Punca Kemalangan Jalan RayaOleh Nik Tik Hajar Aisyah bt Ismail

“Adalah menjadi harapan saya agar rakyat Malaysia akan sentiasa beringat dan berwaspada semasa dalam perjalanan pulang ke kampung halaman. Bersama kita jadikan jalan raya kita jalan yang selamat”.

Demikianlah sedutan ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama-sama anak yatim di Putrajaya baru-baru ini. Peribahasa alah bisa tegal biasa kini telah menjadi sinonim dengan masyarakat Malaysia memandangkan saban hari rakyat Malaysia disajikan dengan berita-berita kemalangan jalan raya yang menyayatkan hati sama ada di dada akhbar mahupun di kaca televisyen. Walaupun OPS Sikap XIII sempena Aidilfitri baru-baru ini berjaya mengurangkan kes kemalangan maut daripada 213 kes kepada 203 kes, namun statistik masih menunjukkan bahawa kemalangan keseluruhan pada tahun ini meningkat sebanyak lima peratus berbanding tahun lalu. Persoalannya, apakah punca-punca yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya walaupun pelbagai pihak telah memainkan peranan mereka dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya?

Mengikut kajian yang dijalankan oleh Universiti Teknologi Mara (UTM), sikap pemandu ketika berada di jalan raya merupakan faktor dominan berlakunya kemalangan jalan raya. Memang tidak dapat dinafikan, pemandu marcapada ini memandang enteng terhadap peraturan-peraturan jalan raya yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.. Buktinya, ramai pemandu yang tidak mematuhi ‘speed limit’ terutamanya ketika memandu di lebuh raya sehingga menyebabkan mereka gagal mengawal kenderaan apabila cuba membelok ke kanan atau ke kiri di selekoh-selekoh jalan. Di sisi itu, risiko untuk seseorang mengalami kecelakaan jalan raya adalah lebih tinggi bagi mereka yang memandu dalam keadaan mengantuk atau pun mabuk. Hal ini demikian kerana pemandu yang memandu kenderaan ketika mengantuk akan hilang konsentrasi semasa memandu dan secara tidak langsung menyebabkan kenderaan dikawal secara ‘auto-pilot’ yang akhirnya membawa kepada kemalangan jalan raya. Selain itu, sikap sesetengah pemandu yang leka berbual-bual dengan rakan sebelah serta mengggunakan telefon bimbit ketika memandu turut menyebabkan kemalangan. Pernyataan ini diperkuatkan lagi apabila statistik menunjukkan bahawa 94 peratus pengguna jalan raya terlibat dalam kemalangan jalan raya berpunca daripada sikap acuh tak acuh mereka ketika berada di jalan raya. Pendek kata, kecuaian pemandu ketika di jalan raya merupakan penyumbang utama kemalangan jalan raya.

Page 18: contoh karangan isu semasa

18

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

Bak kata pepatah Melayu, “kalau tidak ada angin, masakan pokok bergoyang” kerana setiap perkara yang berlaku pasti ada sebabnya. Selain daripada faktor manusia, keadaan fizikal jalan raya yang tidak memuaskan turut membawa kepada kemalangan jalan raya. Di samping struktur jalan yang berlekak-lekuk serta mempunyai permukaan yang tidak rata, infrastruktur jalan yang turut gagal berfungsi juga boleh membahayakan pengguna jalan raya khususnya bagi mereka yang memandu pada waktu malam. Seperti yang kita ketahui, rakyat Malaysia gemar memulakan perjalanan mereka pada waktu malam khususnya pada musim perayaan bagi mengelakkan masalah kesesakan lalu lintas. Namun, ketiadaan lampu jalan di sepanjang jalan raya menyebabkan keadaan sekeliling menjadi gelap dan seterusnya membataskan penglihatan para pemandu terhadap objek di hadapan mereka. Kondisi sebegini bukan sahaja mengganggu tumpuan pemandu malah secara tidak langsung menyebabkan pemandu tidak sedar akan posisi sebenar kenderaan mereka. Tambahan pula, ketiadaan penghadang jalan raya terutamanya di kawasan-kawasan yang tinggi seperti Genting Highlands meningkatkan lagi risiko untuk sesebuah kenderaan terbabas jatuh ke dalam lembah yang curam. Oleh itu, jelaslah bahawa kemalangan jalan raya turut berlaku apabila prasarana jalan raya berada dalam keadaan yang kurang memuaskan.

Melihat dari perspektif yang berbeza, aktiviti lumba haram yang semakin menjad-jadi juga sering menyebabkan kemalangan maut terutamanya dalam kalangan katak-katak rempit. Tanpa mengira keadaan trafik, para pelumba motosikal haram ini akan berkumpul dan berlumba di tengah-tengah kota pada malam hujung minggu. Kodok-kodok rempit ini akan bermaharajalela di jalan-jalan raya dan menjadi pemandu yang beraja di mata dan bersultan di hati dengan aksi-aksi yang membanggakan diri masing-masing. Aksi-aksi lumba haram yang ganas seperti ‘drift and drag’, gaya aerospace dan superman bukan sahaja salah di sisi undang-undang negara, malah membahayakan nyawa penguna jalan raya yang lain serta nyawa pelumba haram itu sendiri. Cuba kita bayangkan pelbagai kemungkinan yang akan menimpa pelumba haram yang memecut laju dengan kelajuan 200 kilometer sejam secara tiba-tiba gagal mengawal motosikalnya dan melanggar seorang kanak-kanak. Adakah dia dan kanak-kanak itu masih terselamat? Dan adakah dia akan dibawa ke muka pengadilan setelah menyebabkan kematian seorang kanak-kanak yang tidak berdosa? Maka, tidak hairanlah jika aktiviti lumba haram menjadi salah satu punca utama peningkatan kadar kemalangan jalan raya yang kini bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

Dalam pada itu, kelemahan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan juga merupakan punca kecelakaan di jalan raya. Walaupun Malaysia mempunyai undang-undang dan peraturan yang ketat serta mampu memberi kesan terhadap psikologi masyarakat tempatan, namun ketidaktegasan dalam pelaksanaan undang-undang sudah pasti membuka ruang kepada sesetengah pihak untuk terus melakukan kesalahan di jalan raya. Sebagai contoh, akibat daripada ketidakjujuran segelintir pihak berkuasa yang sanggup menerima rasuah, pemandu bas yang mempunyai 13 saman dan dua waran tangkap masih terlepas daripada tindakan undang-undang. Hal ini diperkukuhkan lagi apabila sebuah bas yang

Page 19: contoh karangan isu semasa

19

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

digunakan sejak tahun 1987 serta telah empat kali gagal dalam pemeriksaan Puspakom Sdn Bhd kerana masalah brek, serta disaman 19 kali oleh pihak polis sejak tahun 1991 dan merekodkan 79 saman daripada pihak JPJ semenjak lima tahun lalu masih lagi dibenarkan beroperasi di jalan raya. Adakah pihak berkuasa terlalu alpa akan tanggungjawab mereka dalam memakmurkan alam sehingga memandang enteng terhadap perkara sebegini? Di manakah terletaknya keadilan dan keunggulan undang-undang negara sehinggakan fenomena sebegini masih diberi muka? Tuntasnya, kelemahan penguatkuasaan undang-undang turut menjadi dalang dalam masalah kemalangan jalan raya.

Secara intihanya, kemalangan maut di jalan raya berpunca daripada pelbagai faktor. Pada hakikatnya, kecelakaan jalan raya bukan sahaja mengakibatkan kecederaan serta menyebabkan banyak nyawa terkorban, malah telah memusnahkan alam sekitar dan kemudahan-kemudahan yang terdapat di jalan raya. Hal ini secara tidak lansung telah menyumbang kepada kejatuhan ekonomi negara memandangkan pihak kerajaan terpaksa menghabiskan berjuta-juta ringgit untuk membaik pulih infrastruktur jalan. Oleh hal yang demikian, pelbagai pihak haruslah berganding bahu dalam mencari ikhtiar supaya kadar kemalangan maut jalan raya di Malaysia dapat dikurangkan. Jika negara Beijing berjaya melakukannya, mengapa tidak Malaysia? Malaysia boleh! Insya-Allah.

Page 20: contoh karangan isu semasa

20

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

8. Penggunaan kad kredit mendatangkan kebaikan dan keburukan kepada pengguna

Kad kredit dilihat sebagai pengganti wang tunai atau dikenali sebagai wang plastik. Antara contoh kad kredit yang tersohor di dunia ini meliputi American Express, Visa, dan Master Card itu. Pihak media massa di Negara ini melihat penggunaan kad kredit sebagai satu trend dalam kalangan masyarakat kita terutama golongan remaja yang baru menyertai alam pekerjaan itu. Sebenarnya penggunaan kad ini membawa pelbagai implikasi sama ada baik atau buruk.

Kebaikan utama kad kredit ialah pengguna tidak perlu membawa wang tunai yang banyak apabila keluar membeli-belah. Situasi ini menjadikan pengguna lebih berminat untuk menggunakan kad kredit apabila membuat sebarang pembelian. Seseorang itu hanya perlu melayangkan kad apabila membuat pembelian tanpa sebarang masalah pula. Jadi, kad kredit diminati penggunaannya kerana kad ini menjadikan penggunaan wang tunai semakin berkurangan dalam setiap urus niaga itu.

Ketiadaan wang tunai dalam sebarang urusan pembelian juga menjadikan aspek keselamatan pengguna lebih terjamin. Kajian sudah membuktikan bahawa penjenayah sering mencari mangsa berdasarkan jumlah wang yang dibawa oleh mangsa tersebut. Penjenayah akan berfikir dua kali untuk merompak pengguna kerana menyedari mangsa itu tidak membawa wang tunai yang banyak setiap kali keluar rumah. Oleh itu, pengguna berasa lebih selamat daripada penjenayah apabila menggunakan kad kredit yang tidak melibatkan wang tunai itu.

Namun, penggunaan kad kredit juga ada keburukannya seperti pengguna akan berbelanja berlebihan apabila menggunakan kad itu. Pembelian kad kredit yang tidak melibatkan wang tunai memudahkan masyarakat untuk menjadi rambang mata setiap kali keluar membeli-belah. Mereka akan terdorong untuk membeli kerana tertarik dengan jualan murah tanpa menyedari bahawa mereka sudah berbelanja melebihi kemampuan kewangan sendiri. Akibatnya, pengguna yang menggunakan kad kredit tidak akan prihatin dengan nilai wang yang dibelanjakan kerana tiada wang tunai yang dikeluarkan oleh mereka.

Selain itu, pembelian yang keterlaluan ini akan mendorong masyarakat menjadi mangsa hutang lapuk pula. Jumlah kad kredit hendaklah diselesaikan setiap bulan kerana kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pihak bank mengenakan kadar bunga yang tinggi pula. Sikap tidak peduli pengguna terhadap aspek pembayaran pada masanya boleh membawa jumlah hutang kad kredit itu menjadi lebih tinggi daripada jangkaan pengguna. Maka, pihak bank akan mengambil tindakan undang-undang untuk mengisytiharkan pengguna sebagai muflis apabila mereka gagal menjelaskan hutang keseluruhan kad kredit itu pada masa tertentu.

Page 21: contoh karangan isu semasa

21

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

Malah, kes penyelewengan kad kredit juga boleh berlaku terutama oleh kumpulan sindiket penjenayah yang akan mengklonkan kad kredit pengguna. Laporan media massa telah menyiarkan banyak kejadian pengguna dikenakan bayaran tanpa diri mereka sendiri membuat pembelian itu. Kejadian penyelewengan ini bukan sahaja berlaku di negara ini tetapi juga di seluruh dunia kerana kad kredit boleh digodam oleh pakar komputer dengan mudah. Sesungguhnya, jenayah yang melibatkan penyelewengan kad kredit dijangka akan menjadi kes jenayah yang paling banyak berlaku pada masa depan.

Konklusinya, penggunaan kad kredit memerlukan penilaian yang rasional lagi bijak dalam diri pengguna itu. Kadar pengguna yang diumumkan muflis terus meningkat saban tahun yang membuktikan bahawa penggunaan kad kredit ini terus menghantui kehidupan masyarakat kita. Kegagalan untuk memahami betapa merunsingnya isu ini boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara secara keseluruhannya lalu membawa kejatuhan ekonomi secara drastik. Bak kata pepatah ukur baju di badan sendiri yang mengingatkan kita betapa pentingnya berbelanja mengikut kemampuan kewangan sendiri dalam mengharungi kehidupan materialistic ini.

Page 22: contoh karangan isu semasa

22

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

9. “Kelemahan sesetengah pelajar melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berpunca daripada sikap tidak bersungguh-sungguh untuk mempelajari Bahasa Melayu” – Perbahasan

Apabila sesuatu keputusan peperiksaan diumumkan, pelbagai analisis dibuat untuk mengkaji prestasi para pelajar. Salah satu hasil analisis yang pernah kita baca ialah merosotnya pencapaian pelajar Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Oleh sebab yang terlibat ialah pelajar-pelajar Melayu yang bahasa ibundanya bahasa Melayu, maka pelbagai rumusan dibuat. Salah satu rumusan itu ialah sikap tidak bersungguh-sungguh para pelajar Melayu sendiri untuk mempelajari bahasa Melayu. Adakah benar rumusan itu? Jika benar, mengapakah hal ini terjadi?

Sesetengah pelajar Melayu tidak mengambil berat terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana mereka menganggap bahawa mereka sudah mahir berbahasa Melayu. Ketika mata pelajaran Bahasa Melayu diajarkan di dalam kelas, maka pelajar-pelajar Melayu tersebut tidak menumpukan perhatian yang sepenuhnya.

Ketika mengulang kaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan pula, mata-mata pelajaran lain seperti Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Geografi, Sejarah, dan sebagainya diberi tumpuan yang lebih banyak jika dibandingkan dengan mata pelajaran Bahasa Melayu. Hal ini berlaku kerana mata pelajaran Bahasa Melayu dianggap oleh pelajar-pelajar lebih mudah. Pada saat terakhir barulah mata pelajaran Bahasa Melayu hendak diulang kaji. Sebagai akibatnya mata pelajaran Bahasa Melayu tidak dapat diulang kaji secara menyeluruh. Oleh hal yang demikian, pelajar-pelajar Melayu itu gagal menjawab soalan-soalan peperiksaan yang dikemukakan itu dengan baik.

  Ada juga yang jarang-jarang atau tidak merujuk kepada kamus apabila menemukan kata-kata baru atau kata-kata yang sukar. Biasanya, mereka lebih gemar mengagak-agak maknanya atau ejaannya dan terus menggunakannya dalam ayat. Sebagai akibatnya, pelbagai kesalahan dari segi penggunaan kata dan ejaan dapat ditemukan, baik dalam latihan yang dikerjakan mahupun dalam kertas jawapan peperiksaan.

Dalam pada itu, sebilangan pelajar Melayu didapati amat kurang membaca buku tentang tatabahasa Melayu. Mereka tidak berbuat demikian kerana yakin bahawa bahasa yang dituturkan oleh mereka itu sudah cukup baik dan bentuk bahasa Melayu yang digunakan dalam bahan bacaan yang selalu dibaca, misalnya surat khabar, majalah, cerpen, novel, dan sebagainya adalah betul. Biarpun mungkin bentuk bahasa yang digunakan itu salah, mereka tidak mengetahuinya. Sebagai akibatnya, bentuk bahasa yang salah dianggap sebagai betul. Bentuk bahasa yang salah inilah yang sering digunakan oleh mereka, baik dalam latihan atau dalam kertas jawapan peperiksaan.

Page 23: contoh karangan isu semasa

23

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

  Berdasarkan fakta-fakta yang diberikan, ternyatalah bahawa sikap tidak bersungguh-sungguh sesetengah pelajar Melayu itu sendirilah yang menyebabkan mereka lemah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Anggapan bahawa sebagai penutur asli maka pelajar Melayu mudah dapat menguasai Bahasa Melayu haruslah dikikis.

Page 24: contoh karangan isu semasa

24

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

10. Kesan buruk penyalahgunaan dadah terhadap masyarakat dan Negara – Fakta

Dadah memberikan manfaat yang besar pada dunia perubatan. Pelbagai kajian dilakukan untuk menghasilkan pelbagai jenis dadah yang digunakan untuk perubatan. Walaupun dadah memberikan pelbagai kebaikan, dadah juga mengakibatkan pelbagai keburukan. Hal ini berlaku apabila penggunaan dadah ini dilakukan secara berterusan sehingga mengakibatkan ketagihan yang mendatangkan pelbagai keburukan.

Dadah boleh memusnahkan kebahagiaan hidup seseorang. Apabila seseorang menagih dadah, maka gelaplah masa depannya. Badan dan otaknya menjadi lemah sebagai akibat dadah yang telah meracuni tubuhnya. Hidupnya akan senantiasa terseksa oleh rasa loya, pening, sakit perut, kekejangan, muntah-muntah, dan pelbagai gejala penyakit lagi. Gejala penyakit yang paling dahsyat sebagai akibat penggunaan dadah ialah Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS). Puncanya bukan dadah tetapi jangkitan virus kurang daya tahan melawan penyakit (HIV) pada jarum suntikan yang dikongsi bersama-sama dengan penagih lain.

Apabila muda-mudi terpengaruh oleh dadah, mereka tidak berguna lagi kepada masyarakat. Malah keharmonian, keamanan, dan keselamatan masyarakat pula terancam. Di samping itu, sebagai akibat pengaruh dadah, seseorang akan kehilangan harga diri dan kehilangan sifat-sifat kemanusiaan. Mereka sanggup merompak, sering berbalah, dan sanggup berbunuh-bunuhan semata-mata kerana dadah.

  Negara akan kerugian juga dari segi sumber tenaga manusia apabila banyak belia yang menagih dadah. Hal ini demikian kerana tenaga mereka tidak dapat digunakan untuk membangunkan negara. Sebagai akibatnya, pembangunan negara akan terjejas dengan teruknya. Selain itu, berjuta-juta ringgit terpaksa dibelanjakan oleh kerajaan untuk memberikan rawatan kepada para penagih dadah. Peruntukan terhadap pembangunan sosioekonomi negara terpaksa dikurangkan. Sebaliknya, peruntukan tersebut terpaksa disalurkan untuk usaha membiayai pembinaan serta pengurusan pusat-pusat pemulihan penagih dadah, melancarkan kempan antidadah, dan sebagainya.

Sesungguhnya, memang banyak bahaya sebagai akibat penyalahgunaan dadah. Oleh itu, dadah dianggap sebagai musuh utama negara. Kerajaan turut melancarkan pelbagai kempen untuk membendung masalah penyalahgunaan dadah. Usaha ini harus disokong dan tidak harus dipikul oleh kerajaan semata-mata. Kita hendaklah bersama-sama bertanggungjawab untuk membanteras masalah penyalahgunaan dadah ini demi keselamatan negara dan kesejahteraan masyarakat umumnya.

Page 25: contoh karangan isu semasa

25

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

11. Kemajuan teknologi maklumat dikatakan banyak mendatangkan kesan yang positif ke arah pembentukan masyarakat maju. Oleh itu, masyarakat malaysia perlu memanfaatkan teknologi maklumat sebaik-baik mungkin. – pendapat

Teknologi maklumat bermaksud sebarang bentuk teknologi yang dapat menyalurkan maklumat kepada manusia.Antara teknologi maklumat yang berkesan ialah telekomputer, radio, televisyen, telefon, dan sebagainya.Penggunaan alat-alat ini dalam kalangan masyarakat Malaysia mendatangkan kesan positif kepada negara dan seterusnya menaikkan taraf negara kita ke arah negara maju.Oleh itu, kita seharusnya menggunakan teknologi maklumat ini sebaik-baik mungkin.

Sebab utama kita perlu memanfaatkan teknologi maklumat adalah untuk membolehkan kerajaan dan rakyat dapat berhubung dengan lebih mudah.Hal ini demikian kerana kerajaan dapat menyiarkan segala rancangan dan dasarnya untuk pengetahuan rakyat.Melalui kaedah ini, rakyat dapat memahami situasi sebenar,memberikan kerjasama, dan memberi sokongan serta maklum balas terhadapnya.Hubungan yang rapat antara kerajaan dan rakyat amatlah penting untuk menjamin keamanan dan kestabilan sesebuah negara.Pentadbiran kerajaan menjadi lebih cekap setelah penggunaan teknologi moden menjadi amalan dalam pentadbiran kerajaaan.Oleh itu, keupayaan teknologi maklumat menyebabkan kerajaan dan rakyat seolah-olah berdekatan antara satu sama lain.

Seterusnya, teknologi maklumat dapat menambah pengetahuan orang ramai tentang peristiwa semasa yang berlaku di dalam mahupun di luar negara.Dengan kemudahan seperti internet,berita dan gambar-gambar yang terkini dapat disebarkan dan sebagai kesannya semua pihak dapat memperoleh maklumat itu selengkapnya.Sebagai contoh, berita gempa bumi yang berlaku di Pakistan disiarkan sacra lengkap dan terperinci dalam internet.Dengan yang demikian, kita merasai seolah-olah dunia kini kian kecil dan mudah untuk kita memperoleh apa-apa saja maklumat.

Kemajuan teknologi maklumat turut menjimatkan masa, wang, dan tenaga kita ketika hendak berhubung dengan sesuatu pihak lain.Semua kemudahan yang disediakan melalui teknologi maklumat mengambil masa yang singkat kerana segala urusan hanya menggunakan kemudahan komputer.Wang yang digunakan untuk urusan pengangkutan dapat dijimatkan.Semua ini menyebabkan tenaga yang digunakan berkurang.Sebagai contoh, penggunaan e-mel di internet berupaya menjalankan segala urusan seperti ini dalam tempoh yang singkat.Dengan itu terbuktilah bahawa kita memperoleh faedah yang berganda-ganda setelah kita memanfaatkan teknologi maklumat.

Page 26: contoh karangan isu semasa

26

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

Kesimpulannya, kemajuan teknologi maklunat amat penting dimanfaatkan oleh sesebuah negara.Hidup kita tidak dapat lari daripada penggunaan teknologi seperti ini.Tanpa penggunaan teknologi seperti ini, kita akan merasakan bahawa wujudnya halangan dalam hubungan sesama manusia.Akhirnya, masyarakat yang ingin mencapai kemajuan dan menghayati ciri-ciri globalisasi mestilah akur dengan kemajuan teknologi maklumat ini.

Page 27: contoh karangan isu semasa

27

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

12. Faktor-faktor yang menyebabkan kes ragut menjadi lebih serius

Kejadian ragut yang sering menjadi-jadi merupakan satu jenayah yang amat mengejutkan buat masyarakat kita. Kekerapan jenayah ini membuktikan bahawa ada sesuatu yang tidak betul dalam masyarakat kita dewasa ini. Media massa menghuraikan pelbagai faktor yang mendorong kejadian ini bersama-sama langkah untuk menanganinya tetapi jumlah kes ragut terus meningkat saban tahun. Oleh itu, apakah punca-punca jenayah ini menular dengan begitu cepat?

Sebenarnya jenayah ragut ini menjadi begitu menjadi-jadi ekoran sikap masyarakat itu sendiri yang tidak memberi perhatian berat tentang aspek keselamatan mereka. Masih banyak individu dalam masyarakat kita yang suka membawa wang yang banyak dalam dompet atau tas tangan mereka dan ini menjadI sasaran peragut. Begitu juga dengan sikap kita yang gagal mengambil langkah-langkah keselamatan apabila pulang dari pejabat bersendirian, berjalan di lorong yang gelap, atau mudah percaya akan orang asing menjadikan kita sasaran mudah peragut. Jadi, aspek keselamatan diri yang kurang diberi perhatian telah menyebabkan ragut semakin menjadi satu kebiasaan di negara ini pula.

Malah, kejadian ragut turut diburukkan lagi dengan keadaan ekonomi dunia yang sedang mengalami kegawatan ekonomi yang begitu teruk. Banyak kilang dan syarikat di negara ini yang terpaksa membuang pekerjanya kerana kekurangan permintaan terhadap produk mereka dengan drastik. Ketidakupayaan pekerja yang dibuang kerja itu untuk mencari kerja lain dalam masa yang terdekat telah menjurus mereka ke kancah jenayah terutama apabila memikirkan makan minum anak isteri pula. Oleh itu, kes ragut meningkat kerana banyak pekerja tidak mempunyai pekerjaan lalu beralih menjadi peragut untuk menyelesaikan masalah mereka secara mudah.

Seterusnya masalah ini bertambah serius kerana kegagalan pihak berkuasa mengambil langkah pencegahan yang efektif. Kekurangan kamera litar tertutup di kawasan-kawasan berisiko tinggi menyebabkan masalah ini terus menjadi-jadi. Jika kerajaan memasang lebih banyak kamera seperti ini sudah pasti penjenayah berfikir dua kali sebelum bertindak. Oleh itu, kekurangan kamera litar tertutup telah menyebabkan masalah ini berterusan terutama di kawasan sunyi dan ketika waktu malam.

Kemelut ini turut ditimbulkan akibat kekurangan didikan keagamaan terutama terhadap generasi muda kita. Amalan agama sudah makin dilupakan berdasarkan semakin moden sesebuah masyarakat itu. Kekurangan aspek agama menyebabkan kurangnya ketahanan diri seseorang untuk tidak melakukan jenayah. Sudah hilang rasa takut akan balasan Tuhan jika melakukan kesalahan jenayah. Maka, ragut meningkat kerana masyarakat kita sudah lupa akan agama mereka.

Page 28: contoh karangan isu semasa

28

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

Akhirnya, semua pihak harus berganding bahu untuk menyelesaikan masalah jenayah ini tanpa perlu menuding jari mencari kesalahan pula. Sementara itu pihak kerajaan harus mencari alternatif untuk menangani isu pembuangan kerja ketika kegawatan ekonomi untuk memastikan jenayah ini tidak merebak. Kegagalan mengawal jenayah ini mampu menjejaskan imej negara pada mata masyarakat dunia. Mungkin peribahasa ”sudah terantuk baru tengadah” memberikan kita satu pandangan supaya bersedia sedia sebelum masalah itu berlaku.

Page 29: contoh karangan isu semasa

29

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

13. kesan-kesan kemasukan warganegara asing ke negara Malaysia

Warganegara asing dilihat sebagai satu kelompok manusia yang datang ke sesebuah negara lain pula untuk mencari rezeki. Rakyat dari Indonesia, Myammar, Vietnam, dan Bangladesh dilihat sebagai golongan utama yang datang ke Malaysia. Ada pihak yang menentang kehadiran warganegara asing ini tetapi ada juga yang menerima kedatangan mereka dengan tangan terbuka berdasarkan laporan media massa kita. Jadi, kita semua harus sedar bahawa kehadiran orang luar ini membawa pelbagai impak kepada masyarakat dan negara kita.

Impak yang mudah difahami apabila warganegara asing berleluasa di negara ini ialah kes jenayah akan meningkat secara mendadak. Kajian sudah membuktikan ada kes jenayah seperti rompak dan ragut serta perkosaan dilakukan oleh orang asing terutama mereka yang kesempitan wang itu. Tindakan drastik sebegini juga dilakukan setelah warga asing ini ditipu oleh pihak-pihak tertentu yang menjanjikan pekerjaan sebaik sahaja sampai di negara ini. Sesungguhnya, kehadiran orang asing ini akan menjadikan negara ini tidak selamat kerana kes jenayah terhadap rakyat tempatan terus berlaku secara berleluasa itu.

Selain itu, penyakit berbahaya boleh merebak melalui kehadiran jutaan warganegara asing di negara ini. Masyarakat dunia sudah mengetahui bahawa ada penyakit seperti SARS, H1N1, dan penyakit kelamin yang disebarkan oleh orang luar. Kadar kematian akibat penyakit sebegini begitu tinggi lalu boleh mewujudkan wabak penyakit pula yang memerlukan kerjasama negara serantau untuk mengekang penularannya kelak. Maka, semakin banyak warganegara asing datang ke negara ini semakin tinggilah risiko berlakunya wabak penyakit pada suatu masa nanti.

Tambahan pula, jumlah populasi negara akan menjadi lebih banyak apabila jumlah warga asing ini ditambah semuanya. Masalah ini boleh berlaku kerana ada warga asing itu datang secara haram lalu jumlah sebenar penduduk warga asing ini sukar untuk ditentukan oleh pihak berkuasa. Penduduk yang ramai boleh menyukarkan pihak berkuasa untuk merancang kemudahan awam kerana kepadatan penduduk sukar ditentukan itu. Jelaslah, kerajaan sukar untuk merancang projek kemudahan awam kerana jumlah penduduk tempatan dan asing tidak dapat ditentukan dengan tepat.

Namun, warga asing ini juga boleh menjadikan kos buruh di Malaysia lebih murah berbanding negara jiran. Kebanyakan warga asing ini datang ke Malaysia untuk bekerja dengan kadar upah yang rendah tetapi masih sanggup bekerja dengan tekun. Situasi ini menjadikan kos untuk melakukan sesuatu projek seperti projek pembinaan di negara ini akan menjadi lebih murah apabila banyak menggaji pekerja dari negara asing itu. Oleh itu, kadar buruh di negara ini akan mempunyai daya saing yang bersesuaian dengan keadaan pasaran kerja serantau itu.

Page 30: contoh karangan isu semasa

30

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

Malah, ekonomi negara akan menjadi lebih rancak pertumbuhannya apabila warga asing ini banyak di Malaysia. Negara akan mempunyai ekonomi yang mapan kerana pertumbuhan ekonominya tinggi sepanjang tahun yang disebabkan oleh aktiviti perniagaan yang berterusan tanpa gangguan itu. Perkembangan ekonomi yang sihat ini turut membawa kestabilan politik dan sosial kepada rakyat Malaysia lalu menjadikan kualiti kehidupan lebih baik berbanding negara jiran. Lantaran itu, kemasukan warga asing ini perlulah diterima kerana kehadiran mereka akan memacu ekonomi negara menjadi lebih baik pada masa hadapan.

Kesimpulannya, semua kesan tadi harus dikaji dan diterima oleh masyarakat kita secara terbuka. Semua pihak terutama masyarakat umum perlulah melihat warga asing ini sebagai satu keperluan yang harus dipenuhi dalam kehidupan zaman moden ini. Cuma, kedatangan warga asing ini hendaklah dipantau dengan cara yang lebih efektif dan efisien supaya semua kesan negatif tidak akan berlaku lagi. Peribahasa lain padang lain belalang seolah-olah mengingatkan kita dan warga asing ini supaya meghormati budaya serta peraturan sesuatu tempat yang baru itu agar tidak berlaku sebarang masalah pada kemudian hari.

Page 31: contoh karangan isu semasa

31

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

14. Sebab-sebab remaja lari dari rumah

Remaja lari rumah diibaratkan sebagai remaja yang meninggalkan rumah tanpa mendapat keizinan ibu bapa mereka. Kajian telah membuktikan bahawa golongan remaja perempuan dari kawasan bandar lebih banyak lari dari rumah berbanding jantina yang lainnya itu. Media massa telah menggunakan bahan berita sebegini untuk melariskan jualan akhbar mereka atau menarik jumlah penonton ke saluran mereka itu. Sebenarnya, wujud pelbagai faktor yang menyebabkan kemelut ini terus menular dalam kalangan remaja kita tersebut.

Sebab utama ialah ibu bapa pada zaman ini sering mengabaikan amalan mendidik anak mereka itu. Kegagalan ini banyak dikaitkan dengan sikap ibu bapa yang terlalu sibuk mengejar kejayaan kerjaya atau mencari rezeki buat keluarga mereka itu. Remaja akan berasa diri mereka disisihkan oleh ibu bapa kerana tidak ada langsung interaksi dengan orang tua mereka itu untuk tempoh yang panjang pula. Jadi, kegagalan ibu bapa melakukan tugas mendidik itu yang membawa fenomena sosial ini terus berlaku dalam kalangan masyarakat kita.

Selain itu, gejala sosial ini berlaku kerana remaja itu mengalami tekanan yang hebat dalam kehidupan harian mereka. Tekanan ini melibatkan prestasi pelajaran di sekolah yang berdasarkan peperiksaan itu dan juga harapan ibu bapa yang keterlaluan supaya anak mereka berjaya dalam pelajaran tersebut. Remaja yang gagal mengawal tekanan sebegini akan berasa cemas dan tidak tenang dalam kehidupan mereka lalu melihat lari rumah ini sebagai jalan keluar yang paling mudah. Jelaslah, remaja yang tidak boleh mengawal tekanan hidup menjadi golongan yang mudah terlibat dalam amalan buruk ini.

Tambahan pula, pengaruh rakan sebaya turut dilihat menjadi penyebab utama remaja meninggalkan rumah tanpa kebenaran itu. Rakan sebaya yang masih mentah itu pasti memberikan nasihat yang tidak rasional apabila remaja meluahkan perasaan mereka yang tertekan tersebut. Tanpa disedari remaja akan mematuhi nasihat yang diberikan oleh kawannya tanpa memikirkan impak buruk yang berlaku pada masa hadapan itu. Lantaran itu, rakan yang tidak matang pemikirannya akan membawa banyak remaja terjebak dalam perbuatan sumbang ini.

Pengaruh media massa turut mempunyai kaitan dalam penularan perbuatan lari dari rumah ini. Penyiaran program hiburan Barat oleh pihak media massa terutama elektronik ini telah meracuni pemikiran remaja kita tentang erti kehidupan sebenar itu. Lama-kelamaan, minda remaja akan cuba meniru semua tindakan yang dilihat menerusi program tersebut termasuklah tindakan lari dari rumah kerana beranggapan tindakan itu bijak. Sesungguhnya, penyiaran program sebegini membawa minda remaja kita keliru lalu bertindak di luar batas-batas budaya tempatan itu pula.

Page 32: contoh karangan isu semasa

32

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

Malahan, budaya lari rumah ini turut disebabkan oleh sikap remaja itu sendiri terutama dalam mengharungi cabaran hidup ini. Ada remaja yang sengaja mencari masalah kerana mahu diberi perhatian oleh ahli keluarga yang tidak berinteraksi itu. Jika amalan sebegini dibiarkan sudah pasti remaja itu akan mengulangi kesilapan demi kesilapan kerana sedar bahawa keluarga mereka akan terus membantu atau memberikan perhatian apabila sebarang masalah terjadi. Oleh itu, remaja kita yang bersalah dalam isu ini kerana ada remaja yang mempunyai sikap suka menimbulkan masalah dalam kehidupan ini atau berpura-pura itu.

Pendek kata, semua hujah yang dihuraikan tadi membawa budaya lari rumah ini sebagai satu perkara yang lazim berlaku dalam kalangan remaja kita. Semua pihak haruslah berfikiran terbuka dalam menangani isu ini agar masalah sosial ini berjaya dikekang dengan efektif. Jika semua pihak masih berdegil terutamanya ibu bapa yang tidak mahu menerima pandangan hidup anak, sudah pasti gejala lari rumah ini akan berterusan untuk satu jangka masa yang panjang pula. Peribahasa menconteng arang ke muka sendiri harus direnung oleh remaja yang ingin melakukan perkara buruk ini kerana tindakan mereka itu pasti menimbulkan rasa malu terhadap keluarga mereka untuk satu jangka masa yang panjang.

Page 33: contoh karangan isu semasa

33

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

15. Faktor-faktor lunturnya semangat kejiranan dan cara-cara mengatasinya

Semangat kejiranan merujuk satu perasaan yang mengutamakan jiran tetangga dalam kehidupan seseorang itu. Pengamalan semangat ini melibatkan sikap sering berbual dengan jiran, mengunjungi mereka ketika perayaan atau kecemasan serta membantu apabila diperlukan tanpa sebarang pertanyaan. Media massa turut menyiarkan pelbagai kemelut yang melibatkan aspek kejiranan di negara ini sehingga menimbulkan polemik yang meluas itu. Akibatnya, pelbagai punca kemelut ini berlaku dan kaedah untuk mengatasinya harus difahami segera.

Punca utama yang membawa lunturnya semangat kejiranan ini ialah perubahan dalam pola kehidupan masyarakat kita itu. Masa bekerja masyarakat zaman moden sudah berubah berbanding masa kerja zaman dahulu dan kesibukan bekerja itu membawa masyarakat melupakan jiran mereka. Kesibukan bekerja ini telah membawa kesukaran masyarakat untuk bertemu dan berbual sesama sendiri untuk mengukuhkan semangat kejiranan itu. Sesungguhnya, perubahan dalam gaya hidup terutama masa bekerja telah menjadikan konsep kejiranan itu semakin terhakis dalam jiwa manusia.

Selain itu, kepupusan semangat kejiranan turut dikaitkan dengan jurang status sosioekonomi masyarakat. Sudah wujud sesetengah ahli masyarakat kita yang berstatus tinggi atau bergaji tinggi yang memandang rendah jiran mereka yang bergaji kecil itu. Persepsi yang mengutamakan status diri menyebabkan kurangnya interaksi sesama jiran yang berbeza status tersebut sehingga boleh menimbulkan perasaan tidak selesa pula. Jadi, semangat kejiranan di negara ini semakin renggang kerana ada ahli masyarakat kita yang mengutamakan status sosioekonomi apabila cuba menjalin sebarang hubungan kejiranan itu.

Tambahan pula, kajian membuktikan bahawa semangat kejiranan semakin hilang disebabkan oleh sikap mengutamakan perkauman begitu menebal. Ada ahli masyarakat kita yang tidak suka apabila mempunyai jiran yang berbeza kaum daripada diri mereka sendiri itu. Situasi ini menyebabkan interaksi tidak akan berlaku sesama jiran itu kerana sudah wujud pandangan serong terhadap jiran yang berlainan bangsa itu. Lantaran itu, rasa hormat terhadap jiran yang berlainan bangsa akan hilang sehingga menjejaskan konsep kejiranan yang mulia tersebut.

Kemelut kejiranan ini boleh ditangani apabila pihak berkuasa mengadakan lebih banyak program berunsur kemasyarakatan di peringkat kebangsaan. Antara program itu melibatkan majlis rumah terbuka setiap kali perayaan yang disambut oleh rakyat di negara ini kerana program sebegini mewujudkan peluang rakyat untuk berinteraksi sesama sendiri. Semakin kerap program sebegini dianjurkan oleh kerajaan semakin rapatlah hubungan yang boleh dijalin sesama ahli masyarakat di negara ini yang berbilang kaum itu. Ringkasnya,

Page 34: contoh karangan isu semasa

34

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

program kemasyarakatan harus menjadi agenda utama kerajaan dalam melaksanakan sebarang program mereka itu.

Ibu bapa juga berperanan dalam memupuk semangat kejiranan ini dengan menyuburkan konsep jiran yang positif dalam jiwa anak mereka. Golongan tua ini boleh membawa anak mereka menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan kejiranan mereka itu seperti aktiviti kenduri-kendara dan gotong-royong itu. Apabila anak-anak didedahkan dengan amalan yang murni ini sudah pasti jiwa mereka akan terbuka lalu memahami keperluan mempunyai jiran yang rapat itu dalam kehidupan moden ini. Maka, ibu bapa mempunyai tugas berat dalam usaha memastikan semangat kejiranan di negara ini terus wujud tanpa sebarang masalah.

Kesimpulannya, semangat kejiranan di negara ini sedang mengalami satu krisis yang besar tetapi masih sempat untuk diubah situasinya itu. Semua pihak mempunyai tugas berat dalam usaha mengekalkan semangat kejiranan di negara ini kerana dugaan yang menanti begitu hebat pula. Ketiadaan semangat kejiranan boleh menyebabkan pelbagai masalah melanda Malaysia seperti perselisihan kaum, kejatuhan ekonomi, dan kemungkinan berlakunya peperangan itu amat besar. Peribahasa bersatu teguh bercerai roboh membuktikan bahawa semangat kejiranan penting dalam mengekalkan keharmonian di negara ini untuk dinikmati oleh generasi akan datang itu.

Page 35: contoh karangan isu semasa

35

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

16. Cara-cara untuk memupuk perpaduan di negara kita

Perpaduan merujuk satu suasana atau ikatan yang mesra antara rakyat sesebuah negara itu. Antara impak yang timbul akibat ketiadaan perpaduan ialah peperangan, sikap saling bergaduh dan juga ketiadaan pertumbuhan ekonomi yang stabil di sesebuah negara itu. Tulisan mengenai kepentingan perpaduan telah banyak kali diketengahkan oleh pihak media massa di negara ini lalu membuktikan betapa seriusnya konsep ini kepada masyarakat kita. Jadi, kaedah-kaedah untuk mencapai perpaduan di negara ini harus diketahui dengan mendalam pula.

Tindakan yang paling efektif untuk memupuk perpaduan di negara ini ialah perkahwinan campur diberikan satu lonjakan atau galakan baru. Maknanya perkahwinan campur menjadi satu lumrah dalam masyarakat kita kerana cara ini merupakan kaedah paling mudah tetapi praktikal untuk dilaksanakan oleh masyarakat. Impaknya ialah satu generasi muda yang lebih bertoleransi terhadap perbezaan kebudayaan dapat dihasilkan kerana sudah melihat perbezaan budaya kedua-dua ibu bapa mereka itu. Jadi, perpaduan di negara ini mampu dicapai dengan mudah jika konsep perkahwinan campur itu dilihat sebagai sesuatu yang positif dan murni pula.

Pada masa yang sama, konsep rumah terbuka harus diluaskan di negara ini kerana setiap kaum mempunyai perayaan yang tersendiri pula. Rumah terbuka ketika musim perayaan membolehkan sesiapa sahaja melawat rumah jiran mereka lalu mewujudkan satu persefahaman tentang kehidupan mereka itu tanpa disedari pula. Lama-kelamaan lawatan sebegini memberikan satu pandangan yang positif tentang jiran tetangga yang kemudiannya turut mengukuhkan lagi semangat perpaduan yang wujud dalam jiwa masyarakat mereka itu. Maka, perpaduan masyarakat berbilang kaum boleh dicapai melalui perluasan konsep rumah terbuka di negara ini.

Bukan sahaja perkahwinan campur diberi galakan dan konsep rumah terbuka diluaskan tetapi sikap saling menghormati antara satu sama lain harus ditekankan juga. Sikap saling hormat ini menyebabkan setiap lapisan masyarakat tidak akan berani untuk mengeluarkan sebarang ungkapan atau istilah yang boleh menyinggung perasaan kaum yang lain pula. Ketertinggian pandangan terhadap perasaan individu daripada kaum lain menyebabkan rasa perpaduan itu begitu menebal dalam jiwa setiap insan di negara ini. Justeru, perpaduan akan terus menjadi sesuatu yang dihargai di negara ini jika sikap saling menghormati itu wujud dalam jiwa penduduk negara.

Malahan, satu program berunsur perpaduan boleh dianjurkan di peringkat sekolah terutama dalam kalangan remaja untuk memastikan generasi muda turut memiliki perasaan perpaduan ini. Program ini boleh menekankan pelbagai aktiviti yang melibatkan pembabitan semua pelajar daripada pelbagai kaum untuk mewujudkan satu interaksi pula. Jiwa remaja yang masih mudah sudah pasti akan mudah untuk ditanam dengan unsur perpaduan ini kerana mereka masih belum memiliki sebarang perasaan negatif terhadap kaum yang lain

Page 36: contoh karangan isu semasa

36

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

pula. Maka, penganjuran program yang bersesuaian dalam kalangan remaja menjadi satu mekanisme yang baik untuk memupuk perpaduan ini.

Tambahan pula, pihak media massa terutama stesen penyiaran tempatan terutama swasta boleh menyiarkan pelbagai program yang berunsur perpaduan. Rancangan hiburan, drama dan dokumentari perlulah menekankan unsur perpaduan seperti mengambil semua pelakon tanpa mengira kaum atau menyiarkan sejarah kaum yang wujud di Malaysia. Program melalui media massa ini sudah pasti akan tertanam secara perlahan-lahan dalam jiwa masyarakat terutama jika unsur hiburan turut diselitkan dalam setiap program tersebut. Sesungguhnya, perpaduan akan tercapai dengan lebih mudah melalui penyiaran pelbagai program berunsur perpaduan di media massa kita.

Konklusinya, semua kaedah untuk mencapai perpaduan tadi memang mampu untuk dilaksanakan lalu mencapai matlamatnya. Semua pihak perlulah memberikan kerjasama yang baik terutama masyarakat demi perpaduan sejati itu. Ketiadaan kerjasama yang padu boleh membawa kemusnahan kepada negara ini pada masa yang mendatang terutama jika isu-isu sensitif terus digunakan oleh pihak-pihak terbabit pula. Peribahasa “bersatu teguh bercerai roboh” membuktikan perpaduan itu amat penting buat mana-mana negara di dunia ini kerana tanpanya negara itu pasti akan mudah dijajah oleh kuasa-kuasa asing pula.

Page 37: contoh karangan isu semasa

37

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

17. Punca-punca makanan ringan begitu popular dalam kalangan masyarakat

Makanan ringan diklasifikasikan sebagai makanan yang mudah untuk disediakan dan dinikmati oleh masyarakat pengguna tanpa mengira masa. Antara makanan ringan itu meliputi kategori kerepok, gula-gula, manisan dan sebagainya. Pihak media massa sering menyiarkan bahan berita mengenai isu makanan ringan ini yang menjadi kegilaan dalam kalangan kanak-kanak Malaysia. Sebenarnya, ada banyak sebab yang membawa makanan ringan ini menjadi sesuatu yang lumrah di negara ini terutama dalam kalangan kanak-kanak.

Punca utama yang mendorong makanan ringan ini begitu menular dalam masyarakat kita kerana syarikat pengeluar makanan ini begitu bijak merancang strategi pengiklanan produk mereka itu. Bayangkan setiap iklan yang dikaitkan dengan makanan ringan ini pasti melambangkan suasana yang ceria dan penuh rasa seronok yang mudah difahami oleh kanak-kanak kita. Ada juga syarikat yang menawarkan hadiah istimewa setiap kali makanan ringan keluaran syarikat mereka ini dibeli oleh pengguna. Jadi, makanan ringan sudah sebati dalam masyarakat kita kerana kemahiran syarikat pengeluar untuk mempromosikan produk mereka dalam bentuk yang menarik lagi unik.

Selain itu, kanak-kanak melihat makanan ringan sebagai sesuatu yang “cool” atau menarik untuk dinikmati. Pada pandangan mereka, makanan ringan yang dinikmati itu akan menjadikan diri mereka lebih dikenali lalu ditiru oleh rakan-rakan yang lainnya terutama setelah melihat iklan produk tersebut. Makanan ringan telah dikatakan sebagai contoh kehidupan moden yang bersesuaian dengan jiwa kanak-kanak bergaya zaman globalisasi ini. Bayangkan, tidak ada lagi kanak-kanak yang suka menikmati dodol, kuih tempatan atau karipap di kantin kerana melihat makanan itu sudah ketinggalan zaman.

Penularan budaya makanan ringan ini turut dikaitkan dengan mudahnya untuk memperoleh makanan sebegini. Kanak-kanak boleh membeli makanan ini di kedai runcit dan kawasan kantin sekolah pada bila-bila masa pula terutama ketika masa rehat di sekolah. Kanak-kanak mendapati keadaan sebegini memudahkan mereka untuk pergi membeli tanpa sebarang halangan pula. Maka, makanan ringan ini terus menjadi-jadi kerana makanan ini dijual di mana-mana pun.

Kita juga tidak boleh menafikan bahawa makanan ringan itu secara relatifnya lebih murah berbanding makanan lain yang dikatakan lebih berkhasiat itu. Kadar harga yang murah ini kerana makanan ini dihasilkan tanpa khasiat dan begitu mudah cara penyediaannya berbanding dengan makanan lain yang berkualiti itu. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak malah orang dewasa melihat makanan ringan ini sesuatu yang boleh dinikmati sepanjang masa pula. Lama-kelamaan, mereka akan menjadi ketagih dengan makanan ringan ini tanpa disedari pula.

Page 38: contoh karangan isu semasa

38

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

Malahan, ada pihak yang mengaitkan isu ini dengan kekurangan pengawasan ibu bapa yang menjadikannya semakin meruncing itu. Banyak pihak melihat ibu bapa zaman ini terlalu sibuk bekerja sehingga tidak berupaya untuk memantau aktiviti anak terutama amalan pemakanan yang tidak sihat itu. Ibu bapa lebih suka melihat anak mereka gembira menikmati makanan ringan ini daripada menegur golongan muda itu kerana sudah penat bekerja atau tidak mahu menjejaskan hubungan kekeluarga pula. Ketiadaan teguran ibu bapa itu seolah-olah memberikan lampu hijau kepada anak untuk meneruskan amalan yang tidak sihat ini dalam kehidupan mereka itu.

Konklusinya, makanan ringan sudah menjadi satu budaya baru dalam kehidupan generasi moden Malaysia. Kita hendaklah mula berfikir tentang kemelut ini kerana sudah pasti kualiti kesihatan kanak-kanak kita akan terjejas suatu masa nanti. Topik yang meliputi obesiti dan gigi rosak sudah mula menjadi perbualan masyarakat kita ekoran menularnya amalan memakan makanan ringan sebegini. Mungkin sudah sampai masanya, kerajaan lebih tegas dalam memantau penjualan makanan ringan ini terutama di kawasan kantin sekolah dan tempat umum yang lainnya.

Page 39: contoh karangan isu semasa

39

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

18. Sebab budi bahasa hilang dan cara atasinya

Amalan berbudi bahasa dalam kalangan remaja ini boleh dikatakan sebagai sikap bersopan ketika remaja itu berinteraksi dengan individu lain. Antara sikap berbudi bahasa itu meliputi memanggil orang lain dengan hormat, memberi laluan kepada orang tua, dan tidak menggunakan bahasa kesat ketika bercakap. Namun, mengapakah begitu banyak pihak berpendapat remaja kita semakin kesampingkan nilai-nilai ini?

Masalah ini berlaku kerana ibu bapa terlepas pandang akan kepentingan kasih sayang dan kebajikan anak-anak mereka itu. Sikap terlalu memburu dunia kebendaan itu membawa ibu bapa tidak mempunyai masa untuk memberikan kasih sayang dan tunjuk ajar yang betul kepada anak. Ada juga ibu bapa yang terlalu sibuk ini menggunakan kaedah materialistik untuk mengatasi kesibukan mereka bekerja itu dalam mendidik anak. Akibatnya, kepincangan akhlak dan semakin menghilangnya budi bahasa berlaku dalam kalangan remaja dalam kadar yang begitu pantas serta meluas.

Selain itu, kewujudan pelbagai media massa di negara ini dalam tempoh terdekat turut menjejaskan kualiti budi bahasa remaja kita. Pelbagai program yang tersiar terutama penyiaran budaya luar telah mempengaruhi minda remaja kita untuk meninggalkan budi bahasa yang menjadi pegangan masyarakat kita suatu masa dahulu itu. Semakin lama remaja menonton program yang sebegini semakin terjejaslah konsep budi bahasa yang diterapkan dalam dirinya oleh ibu bapa dan pihak masyarakat itu. Jelaslah, remaja tidak lagi berbudi bahasa kerana terpedaya dengan kandungan palsu atau berunsur imaginasi khayalan media massa yang diimport itu.

Untuk mengatasi masalah ini, ibu bapa memainkan peranan paling utama dalam membentuk akhlak anak-anak itu. Mereka harus meluangkan masa dan mempamerkan teladan yang betul serta memberikan didikan keagamaan kepada golongan muda itu. Remaja lebih mudah meniru budi bahasa itu apabila melihat sendiri kelakuan baik yang dilakukan oleh ibu bapa mereka. Ringkasnya, masalah ini boleh ditangani apabila ibu bapa tidak mementingkan aspek kebendaan sahaja.

Tambahan pula, pihak sekolah turut mempunyai tugas berat dengan melaksanakan sistem pendidikan yang menekankan falsafah kemanusiaan yang sebenarnya. Pendidikan di sekolah hendaklah menekankan keperluan membentuk pelajar menjadi insan yang seimbang peribadinya dalam segi jasmani, rohani, dan intelektual. Masa pelajar banyak dihabiskan di sekolah yang membolehkan pihak sekolah menyemai nilai budi bahasa ini dengan lebih baik

Page 40: contoh karangan isu semasa

40

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

lagi mendalam itu. Sesungguhnya, kejayaan pihak pengurusan sekolah dalam melaksanakan tugasnya bakal menghasilkan remaja yang berbudi bahasa itu.

Kerajaan juga boleh membantu memupuk konsep budi bahasa dalam jiwa remaja dengan mewujudkan satu program khas untuk remaja. Program Khidmat Negara merupakan satu aktiviti yang baik tetapi beberapa penelitian halus harus dilaksanakan terutama menekankan lebih banyak konsep budi bahasa yang praktikal untuk diamalkan oleh remaja zaman ini. Remaja yang menyertai program sebegini akan berinteraksi sesama sendiri untuk satu tempoh yang lama lalu penyemaian budi bahasa boleh dilaksanakan dengan mudah. Lantaran itu, program yang bercorak kebangsaan tentang budi bahasa harus dilancarkan oleh kerajaan dengan segera.

Kesimpulannya, semua pihak harus memainkan peranan mereka dalam menyelesaikan kemelut sosial ini. Budi bahasa merupakan asas kehidupan yang bermaruah lagi bertamadun buat manusia. Jika remaja masih tidak mahu berubah sudah pasti masa depan negara ini akan mengalami satu zaman kegelapan yang panjang pula kerana budi bahasa merupakan asas kehidupan manusia sejagat. Bak kata pepatah biar mati anak, jangan mati adat yang menekankan betapa pentingnya kita mengekalkan budaya berbudi bahasa ini dalam merealisasikan hasrat negara untuk menjadi negara cemerlang, gemilang, dan terbilang itu.

Page 41: contoh karangan isu semasa

41

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

19. Langkah kerajaan mengekalkan keutuhan institusi keluarga Negara

Institusi keluarga bolehlah dikategorikan sebagai satu unit manusia yang meliputi ayah, ibu dan beberapa orang anak. Ada juga keluarga yang mempunyai bilangan orang tua yang lebih banyak seperti datuk, nenek, dan pak cik serta mak cik pula. Tindakan media massa yang memaparkan peningkatan gejala sosial berkait rapat dengan keruntuhan institusi keluarga telah menyebabkan semua pihak berasa terkejut lalu pelbagai pendapat kedengaran pula. Jadi, apakah langkah-langkah yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan untuk memastikan institusi keluarga di negara ini terus utuh?

Tindakan awal yang boleh dilakukan oleh kerajaan ialah kerajaan menggubal satu perundangan baru yang boleh memastikan keutuhan keluarga di negara ini terus berkekalan. Kewujudan akta yang lebih menyeluruh seperti mampu menangani masalah penceraian, penderaan anak dan isteri pasti mampu memberikan satu sinar baru kepada pembentukan keluarga yang sihat pula. Masyarakat akan lebih berhati-hati untuk bertindak mendera atau lari dari rumah begitu sahaja kerana sedar adanya peruntukan perundangan yang boleh memberi impak kepada diri mereka pula nanti jika dilakukan tanpa berfikir. Maka, tindakan mewujudkan satu perundangan yang lebih holistik mampu menghasilkan satu bentuk keluarga yang lebih baik di negara ini.

Selain itu, kerajaan boleh menjalankan satu kempen kesedaran tentang peri pentingnya institusi keluarga ini diberi penekanan di negara ini. Dalam kempen ini dihuraikan bahawa kebanyakan gejala sosial yang berlaku di Malaysia mampu dikurangkan jika negara ini memiliki persepsi kepentingan keluarga yang sebenarnya. Pada masa yang sama kempen itu juga berupaya untuk menerangkan cara-cara untuk memiliki satu keluarga yang baik dan sihat supaya masyarakat boleh melakukan sesuatu pula terhadap keluarga mereka sendiri. Jelaslah, langkah mengadakan kempen bukan sahaja mampu menerangkan kepentingan keluarga kepada masyarakat tetapi juga berupaya mendidik mereka untuk memproleh satu keluarga yang sempurna.

Bukan sahaja penggubalan perundangan dan menjalankan kempen tetapi kerajaan juga boleh menubuhkan satu agensi khas yang akan menguruskan semua aspek berkaitan dengan kekeluargaan di negara ini. Agensi ini akan merangka semua tindakan yang bersesuaian dengan perancangan kerajaan setelah mengadakan kajian mengenai keadaan keluarga di negara ini pula. Kewujudan agensi khas ini juga membuktikan kepada masyarakat bahawa kerajaan sememangnya bersungguh-sungguh dalam usaha untuk menangani masalah sosial yang berlaku itu. Sesungguhnya, penubuhan sebuah agensi khas keluarga sebegini mampu menjadikan semua aktiviti yang dilaksanakan terancang dan tepat kea rah sasarannya.

Page 42: contoh karangan isu semasa

42

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

Tindakan seterusnya ialah kerajaan boleh mewajibkan semua ibu bapa terutama pasangan yang baru berkahwin untuk menghadiri satu kursus keibubapaan. Kehadiran mereka dalam kursus sebegini memberikan mereka satu pengetahuan asas untuk mendidik anak sendiri apabila sampai masanya kelak. Pengetahuan mendidik sebeginilah yang bakal menjadikan keluarga itu lebih mantap kerana anak akan dididik dengan sempurna oleh ayah dan ibu mereka. Oleh itu, kursus yang dianjurkan ini menjadikan tugas untuk mendidik keluarga itu begitu mudah dan berkesan.

Malahan, keutuhan keluarga ini juga mampu ditingkatkan oleh kerajaan dengan menyediakan sistem perumahan yang selesa buat rakyat di negara ini terutama golongan yang berpendapatan rendah. Kita sedia maklum bahawa harga rumah di negara ini terutama di kawasan bandar begitu mahal sehingga ada keluarga yang tidak mempunyai rumah yang selesa untuk keluarga mereka. Keadaan ini menyebabkan anak-anak sering tiada di rumah lalu mereka mudah untuk terpengaruh dengan unsur-unsur negatif di luar rumah pula. Justeru, kemampuan kerajaan menyediakan perumahan yang baik buat rakyat di negara ini bakal menyaksikan semua gejala sosial yang berlaku menjadi berkurangan pula.

Kesimpulannya, semua tindakan yang diutarakan tadi sememangnya mampu menghasilkan satu institusi keluarga yang utuh di negara ini. Kerjasama semua pihak terutama ibu bapaamat diperlukan jika tindakan-tindakan ini ingin mencapai sasarannya. Kegagalan untuk memberikan kerjasama yang sewajarnya pasti menjadikan gejala sosial yang melanda negara ini terus bertambah saban tahun. Slogan “Rumahku, Syurgaku” membuktikan betapa pentingnya keharmonian dan keutuhan keluarga itu buat pendidikan generasi masa depan negara ini.

Page 43: contoh karangan isu semasa

43

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

20. Amalan-amalan remaja yang sihat

Kesihatan bukan sahaja berkaitan dengan bebas daripada penyakit tetapi juga memiliki pemikiran yang cerdas bersama-sama emosi yang stabil. Pemilikan kesihatan yang baik penting buat remaja kerana tahap kesihatan ketika usia mudalah yang akan menentukan tahap kesihatan mereka pada masa tua kelak. Untuk mendapatkan kesihatan yang baik, remaja harus melakukan amalan yang baik untuk perkembangan fizikal, mental dan emosi.

Antara amalan yang yang harus dilakukan ialah remaja perlu mempunyai disiplin diri yang baik. Maksud disiplin dalam aspek ini ialah remaja itu mematuhi jadual belajar, menghormati orang tua, guru, rakan-rakan dan peraturan budaya serta undang-undang negara. Remaja yang berdisiplin sebegini pasti tidak akan terjebak dalam sebarang aktiviti yang tidak sihat dalam kehidupan mereka lalu mampu memiliki tahap kesihatan yang baik. Maka, amalan disiplin yang baik menjadikan seseorang remaja itu mempunyai kesihatan yang baik.

Selain itu, remaja juga perlulah mengamalkan cara hidup yang sihat. Konsep cara hidup yang sihat ini meliputi makanan yang seimbang, melakukan riadah dan aktiviti kemasyarakatan. Sudah banyak kajian yang membuktikan bahawa amalan cara hidup yang sihat menjadikan diri seseorang itu lebih positif dan mampu menjalani kehidupan mereka dengan lebih baik lagi. Sesungguhnya, cara hidup yang sihat menjamin kesihatan yang seimbang kepada remaja di negara ini.

Malahan, amalan mempelajari dan mematuhi ajaran agama merupakan satu lagi amalan yang turut mampu menguatkan kesihatan seseorang itu. Semua ajaran agama menekankan aspek keseimbangan kehidupan seseorang supaya mampu menjalani satu kehidupan yang baik di dunia dan akhirat kelak. Sikap mematuhi amalan agama memberikan remaja satu matlamat hidup yang mampu meninggikan tahap kesihatan mereka pada masa yang serupa pula. Jadi, sikap mematuhi ajaran keagamaan boleh memberi remaja satu kepuasan dalam hidupnya yang berupaya juga meningkatkan tahap kesihatan.

Remaja juga perlu bersikap tegas terhadap tindakan-tindakan negatif yang wujud dalam kehidupan mereka. Sikap suka merokok, melepak, dadah dan jenayah haruslah dikikis dalam minda remaja. Ketegasan remaja dalam semua aspek di atas itu mampu menjauhi remaja daripada sebarang kemelut sosial yang melanda negara ini lalu memberikan kesihatan yang baik kepada remaja juga. Bukan sahaja remaja sihat tetapi mereka seolah-olah sedar keperluan atau kepentingan hidup mereka di dunia ini.

Amalan murni yang penting diamalkan seterusnya ialah remaja hendaklah mampu mengawal emosinya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah. Ketenangan inilah yang memberikan remaja satu pemikiran yang rasional dan rela berbincang apabila mengalami sesuatu kemelut dalam hidup mereka. Semua tindakan yang diambil ketika berfikir rasional mampu memberikan satu persepi baru yang boleh menunjukkan jalan keluar terhadap

Page 44: contoh karangan isu semasa

44

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

masalah yang dihadapi itu. Oleh itu, sikap rasional ketika melakukan sesuatu tindakan boleh menjadikan kesihatan seseorang itu lebih baik.

Kesimpulannya, semua amalan yang positif ini perlu dilaksanakan oleh remaja. Kesihatan remaja yang mengamalkan semua amalan ini pasti baik kerana bukan sahaja tubuh mereka sihat tetapi emosi serta pemikiran mereka turut menerima impak positifnya. Remaja yang sihat sebeginilah yang diperlukan oleh negara dalam mengharungi cabaran kehidupan moden kini.

Page 45: contoh karangan isu semasa

45

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

21. Keburukan Internet

Penggunaan internet kini sudah menjadi satu perkara biasa di Malaysia dan dunia amnya. Kepentingan internet dalam kehidupan manusia sudah tidak boleh disangkal lagi oleh mana-mana pihak pun. Kita boleh melihat remaja, orang tua dan kanak-kanak serta ahli perniagaan melayari internet pada setiap masa dan tempat dengan begitu mudah. Namun, ada keghairahan kita menerima teknologi ini, pelbagai impak negatif telah melanda negara dan masyarakat tanpa disedari.

Internet memudahkan masyarakat untuk mengakses pelbagai maklumat yang terdapat di dalam internet itu terutama bahan-bahan pronografi. Pendedahan yang sebegini boleh meruntuhkan moral seseorang terutama golongan remaja yang belum mampu untuk memikirkan kesan pendedahan keterlaluan mereka terhadap bahan sebegitu. Remaja akan menganggap bahan-bahan sebegini sesuatu yang lumrah lalu mereka berani melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan moral budaya masyarakat kita sebelum ini pula. Internet telah menyebabkan moral masyarakat yang suatu masa dahulu dipandang tinggi semakin dipinggirkan pula.

Selain itu, penggunaan internet berupaya untuk menjejaskan keharmonian dan perpaduan negara kita. Sudah ada banyak halaman web yang sengaja menyebarkan pelbagai fitnah dan gosip serta propaganda negatif untuk memastikan rakyat di negara ini menerima maklumat yang salah lalu berlakunya kekacauan pula. Semua bahan yang ditulis itu mampu untuk mencetuskan salah faham dan pergaduhan antara masyarakat berbilang kaum di negara ini dengan begitu mudah. Jelaslah, internet memudahkan penyebaran pelbagai maklumat palsu dan mengelirukan kepada masyarakat.

Revolusi internet turut membuka peluang berlakunya kes-kes penipuan. Kita sudah banyak kali mendengar rungutan dan aduan masyarakat mengenai diri mereka ditipu oleh pihak tertentu terutama berkaitan dengan perniagaan secara elektronik yang semakin mendapat tempat di internet sekarang ini. Pelabur-pelabur yang tidak begitu mengetahui aspek internet telah ditipu dengan begitu mudah dalam jumlah yang banyak oleh golongan tertentu sehingga memberikan imej buruk kepada dunia perniagaan internet yang lain pula. Jadi, internet menyebabkan berlakunya kerugian kewangan yang banyak kepada masyarakat negara ini.

Remaja sering menghabiskan masa mereka dengan melayari internet sebaik sahaja mereka pulang dari sekolah. Lihat sahaja kafeteria siber yang penuh sesak dengan pelajar-pelajar kita itu baik di bandar mahupun di desa. Semuanya menghabiskan tempoh masa yang lama dengan membazir sahaja selain menghabiskan sejumlah wang yang banyak pula untuk melayari internet. Remaja seolah-olah menganggap melayari internet lebih penting daripada menelaah pelajaran atau menghabikan masa membuat latihan yang diberikan oleh guru sekolah mereka.

Page 46: contoh karangan isu semasa

46

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

Malahan, pengguna internet juga dikatakan golongan masyarakat yang enggan bersosial kerana mereka lebih suka menghabiskan masa di hadapan komputer sahaja. Keadaan ini menyebabkan masa bersama-sama keluarga, sahabat dan jiran semakin dilupakan sehingga hubungan itu menjadi renggang pula. Sudah pasti keadaan ini tidak sesuai buat mana-mana pihak terutama remaja yang perlu menjalani kehidupan sebenar di luar yang boleh memberi banyak pengajaran kepada mereka kelak. Semakin lama seseorang itu melayari internet semakin kuranglah masa yang mereka habiskan dalam dunia realiti sebenarnya.

Kesimpulannya, pengguna internet terutama remaja harus bertanggungjawab dalam tindakan mereka itu. Semua maklumat yang mereka nampak haruslah diteliti dan disahkan kesahihannya sebelum mereka melakukan sebarang tindakan susulan pula. Pihak ibu bapa perlulah lebih peka dengan mengawasi masa dan halaman web yang dilayari oleh anak mereka. Jika boleh ibu bapa turut sama melayari web bersama-sama anak supaya proses pembelajaran berjalan dengan lebih baik. Semua teknologi mempunyai kebaikan dan keburukannya tetapi manusialah yang menentukannya bak kata pepatah ”tepuk dada tanya selera”.

Page 47: contoh karangan isu semasa

47

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

22. Usaha-usaha untuk mengekalkan keamanan negara Malaysia

Malaysia merupakan sebuah syurga dunia kerana kejadian buruk jarang berlaku di sini terutama ancaman bencana alam dan peperangan. Rakyatnya hidup dalam suasana aman sentosa bersama-sama arus pembangunan kemodenan yang pesat. Keamanan inilah yang memberikan imej yang positif kepada negara sehingga menjadikan banyak negara cemburu akan kejayaan tersebut. Jadi, memang banyak tindakan yang telah dilakukan oleh semua pihak di negara ini untuk memastikan negara terus berada dalam situasi harmoni itu.

Tindakan yang paling ketara ialah negara telah meningkatkan lagi kemampuan ketenteraannya. Angkatan tentera negara ini telah cuba menarik lebih banyak remaja yang berkaliber untuk menyertai perkhidmatan mereka bersama-sama dengan pembelian peralatan ketenteraan yang serba canggih. Semua ini bertujuan memastikan tahap keselamatan negara berada pada tahap yang tertinggi lalu menjamin keamanan negara yang stabil. Jelaslah, negara menjadi aman kerana memiliki satu ketumbukan tentera yang berkaliber dan berteknologi tinggi.

Selain itu, negara turut membuat kerjasama yang erat dengan Negara-negara jiran terutama negara-negara ASEAN. Kita semua sedia maklum bahawa ASEAN ditubuhkan untuk menjamin keselamatan serantau lalu memastikan perkembangan ekonomi boleh berlaku pada masa yang sama. Kerjasama yang erat ini juga memastikan setiap negara ASEAN tidak mahu menganggu urusan dalaman satu sama lain untuk memastikan tidak berlaku perselisihan faham yang boleh membawa permusuhan yang mengoyahkan keamanan pula. Jadi, kerjasama erat antara negara-negara jiran membantu Malaysia untuk menikmati satu tahap keamanan yang tinggi.

Malah, keamanan negara juga dikekalkan menerusi amalan demokrasi yang dilaksanakan di negara ini apabila tempoh pemerintahan kerajaan sebelumnya hamper tamat. Pilihanraya dan proses pertukaran pemimpin di negara ini masih berjalan secara rasional dan mengikut lunas-lunas perlembagaan negara yang mengutamakan hak asasi rakyat. Keadaan ini menjadikan keyakinan rakyat terhadap system pemerintahan kerajaan bertambah baik setiap kali proses demokrasi itu dilaksanakan. Jelaslah, proses demokrasi yang diamalkan menjadikan aspek keamanan itu sesuatu yang penting untuk dikekalkan di negara ini.

Malahan, pihak kerajaan juga telah meneruskan usaha pembasmian kemiskinan yang sudah mula menampakkan hasilnya. Jurang kekayaan antara golongan miskin dan kaya telah berupaya dikurangkan sehingga tidak lagi boleh dijadikan alasan untuk menimbulkan sebarang masalah besar kelak. Perasaan kekitaan dan tidak berasa ditinggalkan menjadi asas penting untuk mengekalkan keamanan di negara ini untuk satu tempoh yang panjang kerana tidak timbul perasaan pilih kasih atau sebagainya dalam jiwa masyarakat berbilang kaum di

Page 48: contoh karangan isu semasa

48

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

sini. Maka, usaha mengikis perbezaan pengagihan kekayaan ini harus dilakukan secera berterusan untuk memastikan keamanan itu berkekalan.

Tambahan pula, pihak polis telah berjaya memerangi pelbagai gejala sosial yang melanda negara ini. Kejadian jenayah terutama jenayah berat telah dikawal dengan baik oleh pihak polis yang bertugas tanpa mengenal penat untuk memastikan keselamatan rakyat negara ini bertambah baik. Kejayaan mengawal jenayah di negara ini turut sama memberikan satu suasana yang tenang dan meyakinkan kepada rakyat negara ini bahawa Malaysia sebuah negara yang baik untuk terus didiami. Justeru, kejayaan pihak polis menjalankan kewajipan mereka telah menjadikan aspek keamanan di negara ini terus wujud.

Kesimpulannya, keadaan keamanan yang sebegini perlu dikekalkan untuk selama-lamanya. Pada masa yang sama aspek pembangunan negara harus diberikan penekanan juga kerana inilah kemodenan yang harus dinikmati oleh semua. Kita harus sedar dan menghargai aspek keamanan ini dengan sebaik mungkin. Peribahasa “jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya” kerana keamanan ini memerlukan satu usaha yang gigih daripada semua pihak.

Page 49: contoh karangan isu semasa

49

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

23. Kejadian jenayah wanita terus meningkat?Jelaskan cara-cara menanganinya

Tindakan ganas dan kejam seorang pemandu teksi di negara ini yang sanggup memperkosa pelajar perempuan begitu menjijikkan kita semua. Laporan polis yang mengaitkan tindakan jenayah pemandu teksi itu bukan sahaja memalukan negara tetapi imej pemandu teksi itu sendiri. Kekejaman sebeginilah yang menyebabkan kita kadangkala berasa malu hidup di negara ini yang menyaksikan masih ada rakyat negara ini yang sanggup mengambil kesempatan terhadap remaja yang masih muda itu.

Pada masa yang sama peningkatan jenayah ini membuktikan betapa aspek penjagaan diri dan tindakan pencegahan amat penting diamalkan. Kita harus sedar semua jenayah yang berlaku ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tetapi kita juga harus sedar langkah-langkah pencegahan boleh diambil untuk menghalang penjenayah terus beranggapan bahawa mereka yang berkuasa dan bukannya kita sebagai rakyat di negara ini.

Pertama, pelajar perempuan harus pantas membuat perkiraan keadaan apabila mendapati sesuatu perkara tidak betul sedang berlaku apabila mereka menghadapi masalah yang serupa dalam kes jenayah pemandu teski tersebut. Semua pelajar perempuan hendaklah bijak menggunakan telefon bimbit mereka untuk mendapatkan bantuan dengan meletakkan nombor telefon pihak polis atau ibu bapa mereka supaya mudah dihubungi dengan ssatu sentuhan sahaja. Khidmatan pesanan ringkas (SMS) harus digunakan dengan sebaik mungkin dalam keadaan getir sebegini. Gunakan teknologi itu juga untuk mengambil gambar penjenayah lalu menghantarnya kepada sesiapa sahaja supaya boleh digunakan pada masa hadapan terutama ketika mendakwa penjenayah yang kejam ini.

Sikap bersendirian ketika berjalan pulang atau menerima ajakan sesiapa yang tidak dikenali harus dielakkan terutama jika unsur-unsur bahaya mula kelihatan. Amalan memberitahu ibu bapa akan kedudukan diri dan sebab musabab lewat pulang ke rumah harus diamalkan supaya ibu bapa mengetahui keadaan anak mereka lalu mampu mengambil tindakan jika mendapati anak mereka masih belum sampai ke rumah untuk sekian masa. Pastikan tidak ada sebarang ruang untuk penjenayah ini mengambil kesempatan untuk melakukan jenayah terhadap diri kita.

Mereka perlu bertindak dengan bijak terutama dengan mendapatkan semua maklumat yang tepat tentang penjenayah ini supaya pihak polis mampu menahan mereka dengan lebih pantas. Semua maklumat tentang penjenayah terutama jenis teksi, warna, nombor pendaftaran, baud an sebagainya yang mampu diingati diberikan kepada pihak polis dengan segera. Semua maklumat ini boleh diingati jika mangsa terus mencatat informasi ini dengan segera setelah berada dalam keadaan selamat daripada penjenayah terbabit.

Page 50: contoh karangan isu semasa

50

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

Laporan polis hendaklah dibuat dengan seberapa segera yang boleh walaupun sudah pasti penjenayah ini akan mengugut mangsa-mangsa mereka itu. Pihak polis sudah pasti mampu untuk memberikan jalan penyelesaian yang turut sama memerangkap penjenayah ini dengan segera. Penjenayah sengaja menggunakan taktik psikologi untuk menakutkan mangsanya dengan menggunakan kekerasan untuk memaksa mangsa melakukan semua tindakan yang mereka mahukan tanpa ada sebarang tentangan. Dalam kes pemandu teksi ini, penjenayah sengaja merakamkan perbuatan jahat mereka itu untuk menakutkan mangsa daripada melakukan laporan pihak polis.

Namun untuk memberikan semua tugas pencegahan kepada pelajar perempuan sahaja bukanlah satu tindakan yang bijak kerana kita sebagai manusia hendaklah sedar bahawa tindakan kita memperkosa sesiapa sahaja membuktikan betapa rendahnya maruah seseorang manusia itu. Sebelum kita bertindak terburu-buru untuk memenuhi hawa nafsu yang tidak terkawal itu, sedarlah betapa tindakan sebegini bakal menyusahkan kehidupan seseorang itu dalam jenayah pemandu teksi ini, pelajar perempuan yang masih jauh perjalanannya itu. Kita sebagai manusia yang mengaku beragama, dan bermaruah harus merenung diri sendiri kerana kitalah yang menyebabkan jenayah di negara ini terus meningkat.

Page 51: contoh karangan isu semasa

51

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

24. Punca berlakunya bencana alam

Sudah pasti kejadian bencana alam ini sesuatu takdir yang sudah ditentukan oleh Tuhan. Namun dalam pada masa yang sama kita sebagai manusia harus memikirkan pelbagai perkara yang membawa bencana ini menjadi semakin meruncing kerana sama ada kita mahu mengaku atau tidak bencana alam ini akan terus berlaku. Pemahaman terhadap punca-punca yang menjurus berlakunya bencana ala mini berupaya menimbulkan tindakan yang mampu menghalang atau mungkin mengawalnya lalu mengurangkan kadar kemusnahan harta benda dan korban manusia pula. Jadi, wujud pelbagai faktor yang membawa berlakunya bencana alam ini.

Punca yang ketara ialah bencana alam merupakan satu mala petaka yang sudah menjadi lumrah dalam sejarah peradaban manusia. Kita sudah sedia maklum dunia ini pasti akan mengalami gempa bumi, tsunami, kebakaran hutan dan juga banjir serta tiupan angin kencang pada bila-bila masa sahaja. Kajian sains telah membuktikan bahawa bumi ini memang senantiasa dalam proses perubahan meliputi kejadian bencana alam itu. Maka, bencana alam berlaku kerana perkara itu merupakan sesuatu fenomena biasa yang menimpa dunia ini sejak berkurun-kurun lalu.

Namun, bencana alam juga boleh dicetuskan akibat kemusnahan alam yang disebabkan oleh aktiviti harian terutama ekonomi manusia sejak berdekad-dekad lamanya itu. Lihat sahaja kemusnahan hutan, udara, laut dan sebagainya yang berlaku dengan begitu pantas terutama dalam era kemodenan manusia ini berbanding dengan zaman purbakala pula. Kemusnahan yang sebegitu sudah pasti akan membawa musibah yang tertentu kerana bumi ini walaupun luas pasti mengambil masa untuk mengimbangi perubahan yang drastik sebegitu. Jadi, bencana alam berlaku kerana dunia mengalami kemusnahan alam yang begitu pantas sehingga dunia itu sendiri tidak mampu untuk mengawalnya.

Malah, bencana alam juga berlaku akibat kegagalan manusia membuat perancangan. Kita semua sedia maklum bahawa manusia sudah boleh meramal musim hujan, kejadian ribut taufan dan juga memahami kejadian tsunami itu tetapi mengapakah angka kematian terus meningkat? Jawapannya mudah sahaja kerana manusia gagal membuat perancangan seperti memberitahu masyarakat lebih awal, membuat latihan untuk menghadapi bencana atau tidak mempunyai piawaian pembinaan bangunan yang baik. Sesungguhnya, kegagalan manusia untuk merancang atau bekerjasama memberikan satu persepsi bahawa kita memandang rendah keupayaan bencana ala mini atau menganggap nilai nyawa manusia itu tidak bernilai lalu membiarkan sahaja bencana alam berlaku begitu sahaja.

Malah, kejadian bencana alam kini mula dikaitkan dengan pemanasan global yang dikatakan menjadi sesuatu perkara lazim dalam peredaran usia bumi ini. Kajian saintis telah membuktikan bahawa bumi ini pasti akan mengalami satu perubahan yang drastik dalam iklim global dunia dalam tempoh masa tertentu. Semua bukti kajian lalu mengesahkan bahawa bencana alam merupakan sesuatu perkara yang akan, sedang dan terus berlaku di

Page 52: contoh karangan isu semasa

52

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

dunia ini. Oleh itu, bencana alam turut berlaku akibat perubahan iklim dunia yang dikaitkan dengan fenomena pemasan global.

Kesimpulannya, bencana alam berlaku berdasarkan pelbagai punca seperti yang dihuraikan tadi. Semua faktor ini saling berkait lalu menjadikan bencana alam itu begitu kritikal terutama apabila mengorbankan ribuaan nyawa dengan sekelip mata. Kita perlu sedar dan cuba membantu untuk memulihkan semula alam sekitar kerana itulah jawapan kepada penyelesaian bencana alam ini. Peribahasa hendak buat seribu daya tak hendak seribu dalih menjadi renungan kepada kita semua dalam menangani kemelut ini.

Page 53: contoh karangan isu semasa

53

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

25. Punca-punca perpaduan terjejas

Sejak negara ini merdeka tidak ada sebarang polemik yang mampu menjejaskan keutuhan perpaduan kita kecuali peristiwa 13 Mei 1969. Catatan sejarah telah membuktikan bahawa negara ini pernah mengalami kejadian yang boleh memalukan kita apabila merenung kejadian itu semula. Peristiwa yang menyedihkan itu telah menyebabkan kita semakin berhati-hati dalam setiap tindakan agar tidak wujud peristiwa hitam itu dan nampaknya kita berjaya. Namun, mengapakah keutuhan perpaduan itu mula tercabar semula di bumi yang bertuah ini?

Keutuhan perpaduan negara mula tercabar kerana masyarakat kita mula dilimpahi dengan aspek kebendaan yang melampau. Kekayaan yang melanda negara ini telah membawa kehidupan masyarakat kita berubah menjadi budaya hedonisme yang keterlaluan sehingga kita lupa asas-asas keharmonian masyarakat itu. Semua yang berlaku dalam kehidupan masyarakat diukur dalam bentuk kebendaan seperti amalan bergotong-royong atau berkhidmat demi masyarakat tidak lagi wujud kerana semua ini tidak mampu membawa keuntungan kewangan. Jadi, perpaduan negara mula terhakis kerana kehidupan masyarakat kita penuh dengan aspek kebendaan atau kewangan belaka.

Kehidupan masyarakat yang begitu mewah kini telah melupakan kita akan pentingnya sesuatu perpaduan itu. Masyarakat terutama remaja sudah tidak lagi mahu bercampur antara mereka sehingga menyebabkan kita sukar untuk melihat kewujudan pelbagai kaum dalam sesuatu persahabatan tersebut. Biasanya kelompok remaja lebih tertumpu mengikut kaum masing-masing sahaja lalu situasi ini menjadikan perpaduan itu sesuatu yang asing buat mereka. Sesungguhnya, kehidupan yang terlalu mewah menjadikan masyarakat kita lupa akan peri pentingnya perpaduan tersebut.

Malah, ancaman budaya kuning terutama daripada barat telah mula menusuk ke dalam jiwa remaja kita akibat dasar langit terbuka. Media massa terutama internet telah menyalurkan pelbagai informasi yang tidak mudah untuk dikawal oleh mana-mana kerajaan pun lalu remaja kita terpengaruh dengan budaya yang harus mereka patuhi. Kehidupan remaja yang penuh halunasi ini menyebabkan tindakan mereka kadangkala bertentangan dengan asas-asa budaya tempatan terutama tentang aspek perpaduan itu. Jelaslah, aspek perpaduan negara terjejas lantaran kewujudan budaya asing yang menjejaskan midan remaja kita semua.

Bukan sahaja aspek kebendaan dan budaya asing tetapi kemunculan sesetengah pemimpin yang suka menggunakan unsur perkauman dalam ucapan mereka turut memberikan kesan kepada tahap perpaduan di negara ini. Sikap pemimpin yang suka mengambil kesempatan ini mampu menjejaskan kepercayaan masyarakat kerana golongan sebegini begitu mudah meyakinkan masyarakat umum bahawa pendapat mereka itu benar dan harus dilaksanakan. Tindakan tidak bertanggungjawab ini harus ditolak oleh semua ahli

Page 54: contoh karangan isu semasa

54

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

masyarakat kita kerana sikap sebegini mampu memisahkan masyarakat kerana pemimpin sering dianggap sebagai pencetus sesuatu kemelut itu. Maka, tindakan segelintir pemimpin yang suka bermain api terutama dengan menggunakan isu perkauman mampu menjejaskan perpaduan masyarakat yang sudah dikenali oleh masyarakat luar itu.

Konklusinya, semua punca yang dijelaskan itu berupaya untuk menjadi ancaman utama kepada perpaduan negara. Kerjasama semua amat penting dalam usaha untuk menangkis ancaman yang memang begitu hebat ini tanpa mengamalkan sikap menuding jari pula. Masyarakat yang tidak mengutamakan perpaduan dalam aktiviti harian mereka bakal menjadi masyarakat yang porak-peranda dan negara akan musnah. Bak kata orang tua, bersatu teguh bercerai roboh.

Page 55: contoh karangan isu semasa

55

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

26. Impak Industri terhadap Malaysia

Sektor perindustrian merujuk sektor kilang yang menghasilkan pelbagai produk yang berguna buat manusia seperti menghasilkan kereta dan makanan. Negara kita memang telah menggunakan sektor ini sebagai satu tindakan untuk meningkatkan tahap ekonomi penduduk negara menjadi setanding dengan negara-negara lain terutama di sebelah rantau Asia. Kejayaan sektor perindustrian di negara ini juga sering menjadi bahan berita dalam media massa tempatan dan asing terutama sekitar tahun 80-an dan 90-an. Cuma, sejak akhir-akhir ini pelbagai komentar tentang impak negatif sektor ini mula mendapat tempat dalam perbincangan masyarakat setempat.

Impak yang paling ketara yang ditimbulkan oleh sektor perindustrian ialah kemusnahan kawasan hutan negara kita yang terkenal dengan flora dan faunanya yang tersendiri itu. Dalam usaha untuk membentuk satu kawasan perindustrian yang luas dan efisien serta berdaya saing, satu kawasan baru yang luas harus dibuka yang biasanya melibatkan penerokaan kawasan hutan negara. Penebangan kawasan hutan negara ini dikatakan telah memusnahkan habitat hidupan liar negara yang suatu masa dahulu menjadi kebanggan negara kita pula seperti harimau dan gajah serta badak sumbu sumatera. Maka, kewujudan sektor perindustrian telah membawa kemusnahan kawasan hutan negara yang luas dan sukar untuk dipulihkan semula.

Lantaran itu, kadar pencemaran alam turut meningkat kerana sektor perindustrian dikatakan sering menghasilkan sisa-sisa toksik yang tidak dibuang secara sistematik atau dengan baik. Kebanyakan bahan buangan sektor ini dialirkan begitu sahaja tanpa dilakukan sebarang rawatan yang sesuai untuk memastikan sungai dan udara negara tidak tercemar dengan mudah. Masalah ini diburukkan lagi dengan ketiadaan kawasan hijau negara yang sudah pun semakin berkurangan dengan pembukaan kawasan kilang yang besar ini. Sesungguhnya, kadar pencemaran alam menjadi begitu serius dengan bertambahnya kawasan sektor perindustrian kerana sektor ini mempunyai pembuangan sisa-sisa kimia yang berbahaya.

Bukan sahaja alam tercemar dan hutan negara hilang begitu sahaja tetapi kewujudan sektor perindustrian telah mengoyahkan sistem kekeluargaan di negara ini dengan begitu ketara. Banyak ibu bapa yang bekerja dengan sektor perindustrian terpaksa mengikut waktu kerja yang agak ganjil iaitu ada kalanya mereka terpaksa bekerja malam dan kerja lebih masa yang menyebabkan tumpuan mereka terhadap keluarga menjadi semakin kurang. Kekerapan mereka bekerja juga menjadikan diri mereka lebih tidak berupaya untuk mendidik anak dengan baik yang membawa peningkatan masalah sosial terutama di kawasan bandar yang banyak memiliki kilang-kilang moden. Jelaslah, sektor ini bukan sahaja memusnahkan alam tetapi turut menjadikan kehidupan sosial masyarakat menjadi porak-peranda dalam tempoh yang singkat.

Page 56: contoh karangan isu semasa

56

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

Impak yang lain yang turut ditimbulkan oleh sektor ini ialah terpinggirnya sektor pertanian di negara ini. Dahulu sebelum pengenalan sektor perindustrian ini, kebanyakan penduduk negara ini terlibat dalam sektor pertanian yang begitu meluas. Kini, sektor pertanian semakin terpinggir kerana kadar upah dan cara kehidupan di ladang yang dikatakan tidak lagi menepati kehendak zaman yang membawa ramai tenaga kerja beralih bekerja di sektor perindustrian pula yang mendorong negara terpaksa menggunakan pekerja asing untuk bekerja di sektor peladangan. Maka, sektor perindustrian turut memusnahkan sektor pertanian negara yang dahulunya menjadi kebanggaan kita semua.

Konklusinya, sektor prindustrian membawa banyak impak negatif kepada negara dalam jangka masa panjang. Semua pihak harus menilai semula penekanan terhadap sektor ini dengan memikirkan kaedah-kaedah lain untuk memajukan negara kerana kita tidak mahu menjadi sebuah negara moden tetapi kehilangan budaya dan khazanah negara pula dalam masa yang sama. Keseimbangan harus dicari dalam usaha untuk menangani kemelut ini kerana faktor itulah yang bakal akan membawa negara kita terus mampu untuk bersaing dalam arena global kini. Mungkinkah kita harus mengetatkan syarat-syarat penubuhan kilang-kilang baru di negara ini?

Page 57: contoh karangan isu semasa

57

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

27. Kanser serviks semakin berleluasa dalam kalangan wanita di Malaysia

Kanser serviks merujuk kanser rahim yang selalu menyerang kaum wanita di Malaysia. Antara contoh kanser yang sering berlaku ialah kanser payu dara, kulit, usus, dan tekak yang sudah menjadi lumrah dalam kehidupan pula. Berita mengenai kemelut kanser ini turut mendapat tempat dalam media massa kita saban hari. Jadi, kerajaan boleh mengadakan pelbagai tindakan yang berupaya untuk mengatasi kanser rahim ini.

Tindakan yang konkrit dilakukan oleh kerajaan melibatkan penyiaran kempen kesedaran tentang kanser ini. Pelbagai informasi mengenai kanser ini meliputi cara mencegah dan jenis rawatan yang boleh dijalankan boleh diselitkan dalam kempen yang dilancarkan ini. Semua maklumat ini kemudiannya akan digunakan oleh pesakit kanser itu untuk mengekang kanser itu daripada terus merebak pula. Maka, kempen yang efektif boleh menjadikan masalah kanser ini dapat ditangani pula.

Selain itu, kerajaan boleh menyediakan rawaan secara percuma atau murah kepada pesakit kanser. Pemberian rawatan sebegini menjadikan lebih banyak wanita di negara ini berani tampil untuk menjalani pemeriksaan kerana sedar jika mereka mendapat rawatan yang sewajarnya jika diri mereka mengalami kanser itu. Kesudian untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan ini memastikan risiko kematian akibat kanser juga akan menurun secara mendadak. Jelaslah, rawatan yang murah atau percuma boleh menjadikan kanser rahim ini satu lipatan sejarah di Malaysia sedikit masa lagi.

Pada masa yang sama, pembinaan sebuah pusat kajian kanser turut berperanan dalam usaha membasmi kanser rahim itu. Pusat kajian kanser ini berupaya untuk menjalankan pelbagai kajian yang berusaha untuk memperoleh vaksin atau penawar kanser terutama kanser rahim. Kejayaan menemukan vaksin kanser ini pasti memberikan satu lonjakan besar buat negara dalam usaha memerangi kanser rahim yang semakin serius ini. Sesungguhnya, kanser rahim tidak akan wujud di Malaysia sebaik sahaja vaksinnya berjaya dihasilkan oleh pusat kajian kanser negara itu.

Malahan, kerajaan boleh menangani kanser rahim dengan mengawal kadar pencemaran alam di Malaysia. Kajian sains telah membuktikan bahawa alam sekitar yang tercemar akibat pembuangan sisa-sisa toksik boleh menyebabkan kanser berlaku dengan meluas. Sel-sel badan manusia akan berubah menjadi sel kanser apabila sel itu berinteraksi dengan sisa-sisa kimia yang berbahaya itu. Oleh itu, kejayaan mengawal kadar pencemaran alam turut bermakna kadar kanser terutama kanser rahim akan berkurangan pula.

Page 58: contoh karangan isu semasa

58

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

Malahan, kerajaan boleh membina lebih banyak hospital kerajaan terutama yang berurusan dengan penyakit kanser ini. Kewujudan hospital ini menjamin lebih banyak tempat tersedia untuk pesakit kanser lalu menerima rawatan yang sewajarnya daripada pihak doktor. Pesakit akan berasa lebih lega kerana sedar diri mereka akan ditempatkan di hospital yang berkualiti bersama-sama tenaga doktor terlatih dan peralatan moden yang serba canggih. Sesungguhnya, lebih banyak hospital dibina lebih mudahlah untuk negara ini memantau penularan penyakit kanser rahim itu.

Kesimpulannya, semua tindakan tadi memang boleh dilaksanakan oleh kerajaan kita dengan mudah. Semua pihak terutama masyarakat perlulah memberikan kerjasama yang sewajarnya agar kanser rahim ini berjaya dikawal penularannya. Kegagalan untuk mengatasi kanser ini boleh menyebabkan jumlah mangsa korban akibat kanser di Malaysia akan bertambah saban tahun pula. Slogan "mencegah itu lebih baik daripada mengubatinya" membuktikan kita semua hendaklah bersikap positif dengan berusaha memastikan kesihatan peribadi sebelum sebarang penyakit berlaku kerana risiko untuk sembuh amat tipis.

Page 59: contoh karangan isu semasa

59

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

28. Peranan kerajaan dan rakyat atasi penyakit berjangkit

Beberapa tahun yang lalu, masyarakat dunia dikejutkan dengan penyakit selesema burung yang juga dikenali sebagai H5N1. Penyakit ganjil ini dikatakan tersebar melalui sepsis burung yang amat sukar untuk dikawal. Selang beberapa tahun kemudian pula, kita sekali lagi dikejutkan dengan kes-kes kematian yang berpunca daripada selesema babi atau lebih dikenali sebagai H1N1. Jadi, pelbagai tindakan boleh dilaksanakan oleh kerajaan dan rakyat untuk mengekang penyakit ini daripada terus berleluasa.

Tindakan awal ialah kerajaan perlu menyebarkan maklumat tentang penyakit berjangkit tersebut untuk makluman rakyat. Kementerian Kesihatan Malaysia perlu lebih proaktif untuk menjana maklumat melalui pelbagai saluran media massa. Pemberian maklumat sebegini memudahkan rakyat untuk memahami cara-cara penyakit ini boleh berjangkit lalu mengambil tindakan keselamatan peribadi pula. Oleh itu, pemberian maklumat oleh pihak kerajaan memainkan peranan penting dalam usaha mengawal penularan penyakit berbahaya ini.

Pada masa yang sama semua pintu masuk ke negara ini baik menerusi jalan darat, laut dan udara perlu dikawal ketat. Semua orang yang ingin memasuki negara ini perlu diimbas secara terperinci agar kuman yang mampu menyebarkan virus tersebut dapat dikawal. Tindakan ini juga berupaya untuk menghalang sebarang virus dari negara ini untuk keluar ke negara jiran pula lalu menghalang berlakunya penularan wabak penyakit. Sesungguhnya, kawalan ketat di pintu-pintu masuk negara menjadi benteng kukuh menghalang penularan penyakit ini.

Berkaitan dengan kawalan di pintu masuk negara ini, sesiapa sahaja terutama pelancong yang didapati mengalami simptom-simptom penyakit ini perlu dikuarantinkan di tempat yang selamat. Tindakan ini boleh menghalang sebarang penularan wabak penyakit itu kerana mereka hanya akan dibebaskan setelah didapati bebas daripada penyakit berbahaya tersebut. Penyakit berbahaya mudah dikawal jika sumber penularannya berjaya dikesan dan dimusnahkan terlebih dahulu. Oleh itu, tindakan membuat kuarantin ini menjadi satu tindakan yang paling radikal tetapi rasional dalam usaha menyelamatkan jutaan nyawa manusia yang lainnya.

Malahan, rakyat juga perlu menjaga kebersihan diri dengan lebih serius. Mereka perlu mengurangkan masa berada di luar rumah supaya tidak mudah terdedah kepada mereka yang sudah menerima penyakit berbahaya ini. Kita harus sedar bahawa jangkitan penyakit sebegini boleh berlaku dalam sekelip mata seperti menyedut udara yang mempunyai bersin mereka yang mengalami penyakit tersebut. Jadi, kualiti penjagaan diri yang tinggi berupaya menghalang penularan penyakit yang berbahaya ini ke dalam masyarakat kita.

Page 60: contoh karangan isu semasa

60

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

Rakyat juga harus mematuhi semua arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa terutama Kementerian Kesihatan. Arahan yang disiarkan menerusi media massa harus diberi perhatian oleh kita semua terutama aspek penyebaran penyakit dan cara-cara menghalangnya. Maklumat yang disiarkan melalui media massa ini juga turut memberikan kita semua satu kelebihan untuk bertindak apabila sesuatu keadaan cemas berlaku. Ringkasnya, rakyat harus percaya dengan tindakan kerajaan dalam usaha mengawal merebaknya penyakit berbahaya di negara ini.

Kesimpulannya, penyakit berjangkit yang sedang melanda dunia ini amat berbahaya kepada masyarakat global. Semua yang sudah berlaku membuktikan bahawa tidak ada sesiapa yang terkecuali daripada kemungkinan mendapat penyakit ini. Tindakan yang berani dan tegas sahaja berupaya menghalang wabak ini daripada terus berlaku. Bak kata orang tua-tua “hendak seribu daya tak hendak seribu dalih” memberitahu kita betapa pentingnya sikap berusaha mengatasi penularan penyakit ini dilaksanakan dahulu.

Page 61: contoh karangan isu semasa

61

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

29. Cara-cara yang berkesan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak

Tanpa diketahui puncanya minat membaca memang satu tabiat yang sukar untuk ditanam dalam jiwa masyarakat kita terutama dalam kanak-kanak. Usaha ini hanya akan berjaya jika pemupukan itu dibuat sejak kecil lagi oleh ibu bapa tanpa banyak alasan lagi. Jadi, ada pelbagai cara yang boleh dibuat untuk menanam minat membaca ini dalam jiwa kanak-kanak kita.

Langkah awal ialah kanak-kanak ini perlu didedahkan dengan bahan bacaan berbentuk hiburan terutama yang berkaitan dengan minat mereka. Kanak-kanak begitu mudah tertarik ilustrasi kartun terutama siri kartun yang terkenal kerana inilah jiwa mereka yang sebenarnya. Bahan-bahan bacaan ini hendaklah dipenuhi dengan gambar dan lawak jenaka yang boleh menarik perhatian mereka. Kanak-kanak suka membaca bahan yang menarik, comel dan memberikan mereka pengetahuan umum.

Selain itu, ibu bapa juga boleh membantu dalam menyelesaikan masalah ini dengan membawa anak mereka ke kawasan kedai buku. Akitviti ini boleh dijalankan secara berkala seperti setiap hujung minggu atau bulan melawat kedai buku yang berhampiran rumah mereka. Di kedai buku itu, anak-anak diberi peluang untuk memilih bahan bacaan yang mereka minati pula dan menghabiskan masa berjam-jam di sana pula. Anak-anak sudah pasti akan ternanti-nanti untuk melakukan aktiviti yang serupa pada minggu hadapan pula.

Malah, sikap berkongsi pembacaan juga boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk menarik minat anak mereka untuk membaca. Sebaik sahaja ibu bapa selesai membaca akhbar, majalah dan buku, mereka boleh berkongsi maklumat itu dengan anak mereka pula. Penjelasan daripada ibu bapa tentang sesuatu perkara boleh mencetuskan minat anak untuk membaca tentang perkara itu dengan lebih mendalam. Anak juga boleh dilatih dengan meminta mereka mereka membaca tajuk utama akhbar harridan, iklan, dan sebagainya pula.

Kewujudan perpustakaan mini di rumah turut membantu mencetuskan sikap suka membaca dalam jiwa kanak-kanak. Golongan muda ini mudah meniru perkara yang mereka nampak terutama apabila melihat ibu bapa sendiri mempamerkan minat membaca di rumah. Kanak-kanak akan melihat-lihat kulit buku, membelek gambar dan akhirnya akan berminat untuk mengetahui isi kandungan buku tersebut pula.

Konklusinya, minat membaca dalam kanak-kanak ini boleh dipupuk dengan mudah jika tahu kaedah yang betul. Kanak-kanak perlu diberi pendedahan jenis buku yang bersesuaian dengan tahap umur dan minat mereka. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya' yang membuktikan betapa pentingnya amalan membaca ini diterapkan sejak awal.

Page 62: contoh karangan isu semasa

62

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

30. Gejala antisosial dalam kalangan pelajar

Gejala antisosial dalam kalangan pelajar sekolah merujuk kelakuan tidak sopan, tidak baik, bertentangan dengan budaya tempatan dan menjatuhkan imej pelajar. Antara kelakuan negatif itu melibatkan ponteng sekolah, bergaduh dan menyertai kumpulan samseng. Media massa telah menggunakan gejala ini sebagai salah satu bahan berita utama mereka sehingga pelbagai pihak terutama masyarakat umum memberikan pandangan mereka tentang perkara ini. Jadi, mengapakah apakah gejala ini sebenarnya dan apakah cara-cara untuk mengatasinya?

Gejala ponteng sekolah bukan sahaja menular di kawasan bandar tetapi meliputi juga pelajar luar bandar. Mereka sanggup menghabiskan masa dan wang dengan melepak di sesuatu tempat tanpa memberitahu keluarga mereka. Biasanya, pelajar sebegini akan berpura-pura pergi ke sekolah tetapi melencong kemudiannya. Pakaian sekolah akan ditukar dengan pakaian biasa ketika mereka melakukan gejala yang memalukan ini. Tindakan bijak mereka ini mampu mengaburi mata ibu bapa untuk mengesan kelakuan tidak baik mereka itu.

Selain itu, vandalisme yakni sikap suka memusnahkan sesuatu juga menjadi satu masalah yang besar dalam kehidupan pelajar kini. Pelajar suka merosakkan kemudahan-kemudahan awam sekolah seperti meja tulis, papan kenyataan dan juga kemudahan tandas. Tindakan ini telah menyusahkan pihak sekolah kerana kos untuk menggantikan semua kemudahan ini agak mahal juga. Pada masa yang sama, kemusnahan kemudahan awam ini turut menyusahkan pelajar lain untuk menggunakannya pula.

Dalam usaha menangani masalah ini, pihak ibu bapa perlulah memainkan peranan yang penting dengan mendisiplinkan anak mereka. Sikap memahami dan mengesan sebarang perubahan tingkah laku dalam jiwa anak mereka amat penting supaya ibu bapa boleh memberi nasihat serta teguran yang membina. Hubungan yang erat antara ibu bapa dengan pihak sekolah juga penting supaya semua masalah anak mereka di sekolah dapat dipantau dengan lebih efektif lagi.

Manakala, pihak masyarakat pula boleh menghulurkan bantuan dengan membuat laporan sebarang aktiviti yang mencurigakan daripada pelajar sekolah ini. Masyarakat boleh memerhatikan pelajar yang bermasalah ini dengan membuat laporan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Keprihatinan masyarakat ini turut memberi amaran kepada pelajar agar lebih berhati-hati jika mahu melakukan sesuatu tindakan buruk kerana tingkah laku mereka sedang diperhatikan oleh pihak masyarakat juga.

Page 63: contoh karangan isu semasa

63

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

Kesimpulannya, gejala antisosial dalam kalangan pelajar sekolah memang semakin serius dan perlu ditangani segera. Kerjasama semua pihak terutama ibu bapa diperlukan agar masalah ini dapat dihapuskan dengan sebaik mungkin. Kegagalan untuk menghulurkan kerjasama ini pasti menyaksikan pelajare kita terus mengalami masalah sosial yang memalukan pula.

Page 64: contoh karangan isu semasa

64

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

31. Punca-punca bangunan lama terbiar atau dimusnahkan

Bangunan bersejarah seperti Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur dan Bangunan Merah di Melaka sering menjadi destinasi kunjungan pelancong asing dan tempatan. Situasi ini membuktikan bahawa bangunan lama itu memang berpotensi untuk menjana sumber kewangan kepada negara ini jika diuruskan dengan berkesan. Masyarakat juga sudah mula matang dan menerima kepentingan kewujudan bangunan bersejarah sebegini. Namun, masih ada pihak yang suka memusnahkan warisan sejarah dengan pelbagai alasan yang menarik untuk difahami semua.

Salah satu punca yang mendorong bangunan bersejarah ini dimusnahkan ialah lokasi bangunan ini boleh dimajukan untuk sesuatu projek yang lebih menjana keuntungan seperti mendirikan projek perumahan atau membina pusat membeli-belah yang luas. Biasanya kawasan bangunan bersejarah ini menjadi kawasan perniagaan utama kerana peredaran masa menjadikannya begitu strategik untuk projek pembangunan pula. Pembinaan projek pembinaan moden mampu menjamin lebih banyak pulangan keuntungan dalam jangka masa pendek kepada mana-mana pemaju projek tersebut. Jadi, faktor kawasan yang strategik menjadikan bangunan bersejarah sasaran utama pemaju untuk membina projek mereka lalu mengaut keuntungan dengan mudah.

Selain itu, faktor kekurangan sumber kewangan dan tenaga pakar untuk menyelenggarakan bangunan bersejarah juga menjadikan bangunan ini lebih sesuai dimusnahkan begitu sahaja. Kita semua sedia maklum pembinaan bangunan sebegini menggunakan bahan dan seni bina lama yang pastinya memerlukan penyelenggaran yang teliti dan professional sifatnya. Negara kita masih kekurangan pakar yang mampu memulihara semua bangunan lama ini ini selain kekurangan sumber kewangan daripada penderma-penderma hartawan untuk membiayai projek penyelenggaran sebegini mahal. Oleh itu, bangunan lama ini lebih sesuai dimusnahkan kerana kos menjaganya lebih tinggi daripada membina bangunan baru.

Bukan sahaja sumber kewangan yang tinggi dan lokasi yang strategik tetapi kesedaran masyarakat terhadap pentingnya bangunan bersejarah juga masih belum menebal dalam jiwa masyarakat kita. Kalau kita hendak bandingkan dengan masyarakat luar negara, tahap kesedaran menjaga bangunan lama di negara ini masih agak rendah lantaran negara kita baru sahaja mengecap alam kemerdekaan berbanding negara seperti Perancis dan Amerika Syarikat itu. Perasaan sebegini menyebabkan tahap penentangan terhadap kemusnahan bangunan lama begitu rendah sehingga ada bangunan lama dirobohkan tanpa masyarakat umum mengetahuinya. Jelaslah, kesedaran untuk menjaga bangunan lama masih lagi belum begitu tebal untuk menghalang bangunan ini terus menerus hilang dalam lipatan sejarah negara kita.

Page 65: contoh karangan isu semasa

65

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

Malah, kekurangan akta perundangan yang ketat dan menyeluruh turut menjadikan kemusnahan bangunan lama di negara ini sesuatu yang lumrah sahaja. Pihak pemaju sudah mengetahui semua kelemahan dalam sistem perundangan yang berkaitan dengan bangunan lama lalu mengambil kesempatan daripada kelemahan itu untuk memberi sedikit kelebihan kepada mereka pula. Tindakan mereka ini menyebabkan pihak berkuasa sukar untuk menahan mereka walaupun menyedari bahawa bangunan lama itu penting dan harus dikekalkan kewujudannya lantaran kelemahan sistem perundangan tersebut. Maka, kelemahan dalam sistem perundangan telah menjadikan masalah ini semakin menjadi-jadi sejak belakangan ini.

Konklusinya, semua punca yang dinyatakan itu telah menjadikan negara ini kehilangan bangunan bersejarah saban tahun. Kerjasama semua terutama pihak berkuasa untuk menghalang tindakan negatit ini amat penting. Kita tidak mahu generasi masa depan hanya mengenali sesuatu bangunan lama itu berdasarkan sekeping gambar sahaja tanpa melihat bukti yang sahih. Sejarah memaparkan budaya masyarakat lalu tanpa bangunan sebegini wujud tiadalah budaya sesuatu bangsa tersebut.

Page 66: contoh karangan isu semasa

66

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

32. Faedah-faedah bekerja sendiri dalam era globalisasi ini

Kata orang setiap masalah yang berlaku pasti memberikan jalan yang membawa munculnya pelbagai kebaikan pula. Samalah dengan kemelut masyarakat yang kini banyak dibuang kerja gara-gara dunia mengalami kemelesetan ekonomi yang ketara itu. Janji kerajaan untuk membuka lebih banyak peluang supaya mereka yang menganggur ini bekerja sendiri harus diterima dengan hati terbuka oleh masyarakat di negara ini kerana inilah jalan penyelesaian yang baik ketika ini. Jadi, memang ada banyak impak positif yang timbul jika seseorang itu bekerja sendiri atau menjalankan perniagannya.

Kebaikan ketara yang timbul menerusi amalan bekerja sendiri atau menjalankan perniagaan ialah cara bekerja seseorang itu akan berubah menjadi positif. Kenapakah perubahan sikap ini berlaku dengan senang dan pantas? Mudah sahaja kalau dahulu mereka bekerja dengan orang kini mereka bekerja sendiri lalu setiap tindakan yang mereka lakukan pasti memberikan impak kepada perniagaan mereka itu. Sesungguhnya, seseorang yang bekerja sendiri sedar kejayaan perniagaan mereka banyak bergantung kepada sikap mereka sendiri kerana merekalah pemiliki perniagaan tersebut.

Sebab utama seseorang itu suka menyertai perniagaan ialah bidang ini membawa keuntungan berlipat kali ganda dalam masa yang singkat pula. Semua pihak sedar jumlah wang yang dihasilkan menerusi perniagaan lebih besar jumlahnya berbanding jika seseorang itu bekerja sendiri kerana keuntungan yang diperoleh diambil secara terus dan banyak. Faktor memperoleh lebih banyak wang dalam tempoh masa yang lebih singkat menjadi daya penarik utama seseorang itu menyertai bidang perniagaan itu. Maka, individu yang memasuki alam perniagaan sedar bahawa diri mereka mampu untuk memperoleh wang yang banyak dengan begitu mudah.

Malah, kerja sendiri juga diminati kerana masa kerja yang tidak tetap sifatnya. Seseorang ahli perniagaan itu boleh menentukan sendiri masa kerjanya kerana perniagaan itu miliknya berdasarkan kepentingan atau keutamaan dalam hidupnya. Situasi sebegini sudah pasti begitu menarik terutama buat mereka yang mempunyai keluarga kerana masa yang lebih berkualiti mampu dihabiskan bersama-sama ahli keluarga selain menjalankan aktiviti perniagaan yang memberikan sumber pendapatan pula kepada keluarga itu. Sesungguhnya, bekerja sendiri memberikan peluang kepada seseorang untuk merancang masa kerjanya dengan lebih teratur dan memberi manfaat yang sebenarnya kepada semua pihak terutama ahli keluarganya.

Tambahan pula, bekerja sendiri menjadikan seseorang itu lebih berinformasi tentang sesuatu produk atau perkhidmatan yang mereka tawarkan. Semua produk atau perkhidmatan yang mereka berikan sudah pasti akan mereka fahami luar dan dalamnya supaya pelanggan yang ingin membeli berasa yakin akan kemampuan mereka sebagai ahli perniagaan. Semua

Page 67: contoh karangan isu semasa

67

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

maklumat ini diperoleh oleh seseorang itu menerusi internet, interaksi dengan pelanggan, pembacaannya dan sebagainya yang pada masa yang sama menjadikan seseorang ahli perniagaan itu lebih tahu akan sesuatu perkara tersebut. Jadi, bekerja sendiri menjadikan diri seseorang itu lebih berinformasi dan tahu akan produk atau perkhidmatan yang dijualnya.

Kesimpulannya, kerja sendiri atau menjalankan perniagaan membawa banyak kebaikan kepada seseorang itu terutama ketika kegawatan ekonomi melanda negara ini. Semua pihak terutama pihak bank hendaklah bersedia menghulurkan pelbagai bentuk pinjaman untuk memudahkan golongan ini menjalankan urusan perniagaan mereka. Penglibatan lebih banyak individu dalam perniagaan mampu menjadikan pertumbuhan ekonomi negara ini lebih gah di persada dunia. Mungkin kita semua perlu memikirkan jenis perniagaan yang sesuai untuk dijalankan mulai saat ini.

Page 68: contoh karangan isu semasa

68

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

33. langkah-langkah kerjasama yang mampu dilakukan oleh pihak masyarakat antarabangsa dalam isu pemanasan global

Isu pemanasan global dikatakan telah mencairkan ais di kawasan kutub bumi sehingga mempengaruhi perubahan iklim pula. Kejadian hujan lebat bersama-sama angin taufan yang melanda Filipina sedikit masa lalu telah membuktikan betapa isu pemanasan global ini telah mengubah sistem iklim dunia. Masyarakat sudah mula sedar akan impak negatif yang bakal dibawa oleh perubahan cuaca yang agak drastik ini kepada kehidupan harian mereka kelak. Oleh itu, pelbagai tindakan bersama boleh dilakukan oleh masyarakat dunia untuk sama-sama mengurangkan impak pemanasan global ini.

Tindakan kerjasama awal yang boleh dilakukan oleh masyarakat antarabangsa ialah kajian-kajian saintifik boleh diusahakan untuk memperoleh data yang tepat tentang pemanasan global ini. Kewujudan data yang tepat seperti kadar pencairan ais di kutub dan sebagainya ini membolehkan masyarakat dunia membuat tindakan susulan untuk mengatasi perubahan iklim yang dikatakan berlaku itu. Perkongsian data kajian ini juga boleh memberikan gambaran sebenar tentang impak yang bakal dialami oleh dunia dengan lebih jelas. Maka, kerjasama melaksanakan kajian-kajian saintifik merupakan tindakan awal yang boleh dilaksanakan oleh masyarakat antarabangsa.

Selain itu, masyarakat antarabangsa boleh melaksanakan kempen kesedaran tentang isu pemanasan global ini untuk memberikan pemahaman sebenar kepada masyarakat dunia. Kempen kesedaran ini pasti lebih efektif kerana dilakukan di seluruh dunia lalu membawa perubahan yang serupa kepada penduduk dunia dengan lebih pantas. Perubahan yang berlaku itulah mampu dijelmakan dalam tindakan bersepandu masyarakat dunia untuk sama-sama mengatasi fenomena yang mula mengancam perubahan cuaca dunia ini. Sesungguhnya, kempen kesedaran yang bersepandu di seluruh dunia akan membawa perubahan yang lebih nyata terhadap semua tindakan yang dilaksanakan secara bersama-sama itu kelak.

Malah, masyarakat dunia terutama negara-negara maju perlulah menandatangani Perjanjian Kyoto yang berkaitan dengan pengawalan kesan rumah hijau. Semua negara sedar bahawa salah satu punca pemanasan global ialah kadar perlepasan pelbagai gas akibat kemajuan manusia seperti kereta, bas, kilang dan sebagainya tetapi masih banyak negara maju yang enggan mengawal kadar perlepasan gas sebegini sebab bimbang kadar pertumbuha ekonomi mereka akan terjejas pula jika bertindak sedemikian. Semua negara perlu sedar bahawa jika perlepasan gas ini tidak dikawal dunia akan musnah termasuklah negara mereka sendiri. Jelaslah, semua negara perlu menandatangani perjanjian yang mengawal perlepasan gas yang mampu memusnahkan dunia itu dengan segera supaya proses pemanasan global tidak menjadi begitu pantas lagi.

Page 69: contoh karangan isu semasa

69

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

Masyarakat dunia juga boleh mewujudkan satu dana khas untuk membiayai semua projek sains yang membuat penyelidikan untuk mencari jalan mengatasi masalah pemanasan global ini. Dana ini hendaklah disumbangkan oleh semua negara tanpa banyak alasan lagi kerana semakin cepat wang ini dikumpulkan semakin cepat pula projek penyelidikan dijalankan untuk mencari jalan penyelesaiannya. Semua projek penyelidikan itu hendaklah meliputi semua kemungkinan yang dijangka akan berlaku dan disertai oleh ahli-ahli saintis seluruh dunia untuk mendapatkan keputusan yang tepat. Sesungguhnya, usaha mengumpul dana sebegini mampu memupuk semangat kerjasama yang tinggi selain mampu mewujudkan pelbagai projek penyelidikan yang berkualiti dalam tempoh yang singkat.

Konklusinya, semua tindakan itu harus dilaksanakan oleh masyarakat dunia tanpa perlu berlengah masa lagi. Kita tidak harus menimbulkan pelbagai alasan atau sebab yang mampu melambatkan proses mencari jalan penyelesaian kepada kemelut yang bakal menentukan keseinambungan peradaban manusia ini. Kegagalan kita untuk bertindak dengan rasional boleh menyaksikan pupusnya peradaban manusia dalam masa terdekat nanti. Kita perlu sedar bahawa dunia ini bukannya hak kita tetapi warisan yang harus dinikmati oleh generasi akan datang.

Page 70: contoh karangan isu semasa

70

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

34. Rancangan hiburan televisyen jejaskan budaya tradisional

Televisyen sering dianggap sebagai satu ciptaan moden yang banyak membawa kebaikan kepada manusia pada zaman moden ini. Namun, penyiaran pelbagai rancangan berbentuk hiburan telah menyebabkan ada pihak beranggapan bahawa masyarakat mula meminggirkan budaya seni tradisional pula. Keadaan ini diperkuatkan menerusi kenyatan demi kenyataan pihak media massa yang melihat program hiburan sebegini menghancurkan kebudayaan tempatan seperti tarian dan permainan tradisional. Sesungguhnya, penyiaran rancangan hiburan menerusi televisyen membawa masyarakat melupakan kebudayaan tradisional mereka.

Kalau kita kaji secara mendalam kebanyakan rancangan hiburan yang disiarkan itu memaparkan cara berpakaian yang langsung tidak berunsur tradisional. Ada artis terutama dari Barat yang memakai pakaian yang mencolok mata kerana pada mata mereka pakaian sebegini mampu meninggikan lagi populariti seseorang artis itu. Generasi muda yang menonton rancangan hiburan sebegini sudah pasti akan tertarik lalu menganggap cara berpakaian artis itu sahaja yang betul lalu cuba memakainya dalam kehidupan seharian mereka tanpa memikirkan kesan sampingannya. Jelaslah, program hiburan yang disiarkan itu menyebabkan masyarakat kita melupakan cara berpakaian yang seiringan dengan kebudayaan tempatan.

Begitu juga penggunaan bahasa dalam rancangan hiburan yang disiarkan menerusi televisyen telah menyebabkan kebudayaan tradisional kita terjejas. Akibat aspek masa dan cuba menjadikan rancangan hiburan itu lebih menarik, penggunaan bahasa yang rojak dan tidak tepat digunakan secara meluas sehingga menjadikan masyarakat sukar hendak membezakan penggunaan bahasa yang betul. Keadaan ini menyebabkan ada pihak yang menganggap bahasa dalam televisyen itu lebih betul berbanding dengan tatabahasa yang dikeluarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka di negara ini. Maka, kekeliruan sebegini menjadikan bahasa kebangsaan kita akan diperlekehkan penggunaannya oleh pihak-pihak tertentu sehinga menjejaskan imej kebudayaan tradisional negara kita pada jangka masa panjang pula.

Tambahan pula, program berbentuk hiburan itu turut memaparkan pemaparan kesopanan yang bertentangan dengan kebudayaan tradisional kita. Sudah banyak kali kita mendengar komentar masyarakat yang mengaitkan dengan kehilangan adat sopan generasi muda akibat terlalu terpengaruh dengan budaya yang mereka tonton di televisyen itu. Budaya memarahi ibu bapa, bergaduh dengan guru dan mengeluarkan bahasa kesat sudah dianggap biasa kerana masyarakat sering melihat adegan sebegini di televisyen. Jelaslah, masyarakat

Page 71: contoh karangan isu semasa

71

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

kita semakin melupakan adat sopan ketimuran yang suatu masa dahulu amat kita banggakan sudah hilang lantaran terlalu banyak menonton adegan yang kurang sesuai di televisyen pula.

Namun, penyiaran program hiburan di televisyen berupaya untuk menghalang pemikiran yang positif dalam diri seseorang itu. Pandangan yang melihat kebudayaan negara itu sendiri sebagai satu kebudayaan yang lemah dan tidak sesuai dengan peredaran zaman dipengaruhi menerusi sikap melihat program hiburan yang keterlaluan itu. Keadaan ini jika dibiarkan berterusan akan menimbulkan satu perasaan yang menolak kewujudan kebudayaan tempatan dalam jiwa seseorang tersebut. Jelaslah, program hiburan di televisyen menyebabkan pemikiran seseorang akan berubah lalu memandang rendah kebudayaan tradisional mereka sendiri.

Pada masa yang sama, tindakan menyalahkan televisyen seratus peratus bukanlah satu tindakan yang bijak kerana berlakunya sesuatu perkara itu sudah pasti banyak berkaitan dengan faktor yang lain juga. Pinggiran kebudayaan tradisional kita turut disebabkan sikap generasi muda kita yang tidak begitu memandang tinggi kebudayaan tempatan sehingga sanggup meniru kebudayaan lain pula. Kita menganggap kebudayaan negara lain seperti Jepun, Korea Selatan dan Barat itu lebih moden dan praktikal lalu segera menirunya tanpa merujuk dahulu aspek menghargai kebudayaan sendiri. Maka, kegagalan menghargai negara, bangsa dan kebudayaan sendiri turut menyebabkan kebudayaan tradisional itu semakin lama semakin hilang ditelan zaman.

Kesimpulannya, rancangan hiburan yang disiarkan menerusi televisyen itu memang menyebabkan kebudayaan tradisional kita mengalami kemerosotan daripada segi imejnya. Semua pihak terutama pihak berkuasa hendaklah lebih peka untuk membuat peraturan yang mengehadkan penayangan rancangan berbentuk hiburan yang keterlaluan sehingga menjejaskan kebudayaan tradisional kita itu. Kegagalan berbuat demikian dengan segera akan menyebabkan kebudayaan kita terhakis sedikit demi sedikit lalu hilang akhirnya. Bak kata pepatah “hendak seribu daya tak hendak seribu dalih” membuktikan semua yang berlaku itu berada dalam ketentuan diri kita sendiri.

Page 72: contoh karangan isu semasa

72

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

35. Peranan media massa di negara ini

Media massa meliput media cetak seperti akhbar dan majalah manakaa media elektronik pula melibatkan televisyen, radio serta internet. Kedudukan media massa dalam masyarakat begitu penting terutama untuk memastikan masyarakat mengetahui semua perkara yang berlaku di dunia ini selaras dengan konsep masyarakat bermaklumat. Ada juga pendapat yang mengaitkan media massa terlalu banyak memaparkan informasi sehingga sukar untuk diterima dan difahamii oleh mereka yang melihatnya lalu menjadikan maklumat itu tidak berguna. Oleh itu, peranan yang dimainkan oleh media cetak harus difahami untuk mengetahui impak yang dibawanya itu.

Sudah pasti peranan paling ketara yang mampu dimainkan oleh media cetak seperti akhbar dan majalah itu iaah media ini melaporkan berita yang berlaku di negara dan seantero dunia untuk makluman kita semua. Pendedahan berita yang dibuat oleh media cetak menyebabkan masyarakat memahami perkara yang sedang berlaku di dunia dengan lebih mudah dan pantas berbanding masa dahulu yang mungkin mengambil sedikit masa. Pengetahuan mengenai berita semasa ini boleh menjadikan kehidupan masyarakat kita lebih bermakna kerana mereka sendiri berasa terlibat dalam setiap berita yang disiarkan itu. Maka, peranan mendedahkan sesuatu kejadian sebagai satu berita yang boleh menjadian masyarakat kita lebih berinformasi tentang keadaan sekelilingnya.

Pada masa yang sama media cetak berbeza dengan media elektronik mampu membuat analisa berita yang lebih mendalam untuk dbaca berulang kali oleh masyarakat. Pembacaan artikel yang sebegini kritis mampu membuka minda masyarakat menjadi lebih matang dalam menilai dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara tersebut. Rencana yang disiarkan juga biasanya ditulis oleh wartawan atau penulis yang berpengalaman luas tentang sesuatu aspek yang dibicarakan itu untuk memberikan pandangan yang berbeza buat masyarakat pula. Jelaslah, media cetak berupaya menyalurkan maklumat yang lebih kritis untuk tatapan masyarakat kita.

Selain itu, berita dan rencana yang disiarkan oleh media cetak mampu memberi pengajaran dan maklumat kepada kita semua. Semua perkara yang dilaporkan oleh media massa sudah pasti memberikan pelbagai pendapat yang wujud lalu menjadikan masyarakat kita sedar dan membuat perbandingan kehidupan mereka dengan berita yang didengar. Berta kejadian jenayah menjadikan kita lebih berwaspada manakala berita tentang kesihatan menjadikan manusia lebih peka akan aspek pemakanan dan berita tentang politik membuatkan rakyat negara in sedar akan hak mereka sebagai penentu pemerintahan negara. Maka, semua berita yang disiarkan oleh media massa membolehkan masyarakat menerimanya sebagai satu bentuk pengajaran dan peringatan kepada kita semua.

Page 73: contoh karangan isu semasa

73

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

Media massa juga tanpa disedari menjadi alat yang memantu meningkatkan tahap bacaan atau celik huruf di negara ini. Kita sudah sedia maklum bahawa untuk menghayati berita media cetak ini seseorang itu perlulah mahir dalam pembacaannya dan semakin banyak berita yang dibaca maka semakin mahirlah aspek pembacaan seseorang itu. Media cetak menjadi satu saluran yang paling mudah untuk mendidik masyarakat kita supaya suka membaca dan menghargai bahan bacaan dengan efektif. Sesungguhnya, media cetak berupaya menjadikan seluruh rakyat negara ini mahir dalam bacaan mereka pada tempoh yang singkat.

Kesimpulannya, media cetak memang mempunyai banyak peranan yang boleh memajukan masyarakat kita. Usaha untuk memberi galakan supaya lebih banyak bahan media cetak dihasikan dinegara ini harus ditingkatkan dengan seberapa segera yang mungkin. Bukan sahaja masyarakat boleh menikmati faedahnya tetapi pelajar juga boleh menggunakan bahan dalam media cetak menjadi alat bantuan pendidikan mereka terutama untuk menulis karangan. Media cetak lambang kemajuan sesebuah negara dan masyarakatnya.

Page 74: contoh karangan isu semasa

74

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

36. Punca-punca kenaikan harga minyak berlaku kini

Dunia kini sedang mengalami krisis kenaikan minyak yang begitu kronik. Kenaikan ini telah menyebabkan banyak negara mengalami masalah hutang yang begitu teruk sehingga mampu memusnahkan ekonomi yang sudah dipupuk sekian lama itu. Rakyat juga mula menerima tempias krisis ini yang menyaksikan banyak syarikat mula membuang pekerja mereka kerana ekonomi dunia mengalami kegawatan yang ketara. Persoalannya, apakah punca-punca yang menyebabkan berlakunya krisis kenaikan harga minyak ini?

Kemelut harga minyak ini banyak dipengaruhi oleh permintaan minyak yang begitu tinggi dari negara China dan India. Kedua-dua negara ini sedang mengalami pertumbuhan ekonomi yang rancak lalu memerlukan jumlah minyak yang banyak untuk memenuhi keperluan industri mereka yang sedang berkembang pesat itu. Permintaan yang terlalu banyak ini telah menyebabkan harga minyak melambung kerana situasi ini mewujudkan tekanan terhadap keperluan minyak begitu jelas. Pada masa yang sama, keperluan permintaan minyak dunia begitu tinggi berbanding dengan tahap pengeluaran minyak yang sedia ada lalu menyebabkan harga melambung tinggi. Ringkasnya, harga minyak meningkat kerana China dan India telah mewujudkan satu pasaran baru buat pengusaha minyak dunia.

Selain itu, keadaan politik yang tidak stabil di rantau Asia Barat telah menjadikan harga minyak melambung tinggi. Peperangan bersama-sama tunjuk perasaan, rampasan kuasa dan ketidakstabilan politik di Iraq, Iran, Syria, Kuwait dan sebagainya menyebabkan banyak negara pembeli minyak berasa risau lalu membuat pembelian awal yang lebih banyak daripada pembelian biasa. Keadaan yang tidak stabil ini menyebabkan negara-negara pengeluar minyak yang lain mengambil kesempatan untuk meninggikan harga minyak untuk mengaut keuntungan segera daripada ketidakstabilan politik yang melanda rantau itu. Maka, keadaan politik yang tidak stabil di Asia Barat telah menyebabkan harga minyak melambung tinggi dengan begitu mudah.

Penurunan kadar nilai mata wang Amerika Syarikat juga dikaitkan dengan peningkatan harga minyak ini. Sudah menjadi kebiasaan pembelian minyak dikaitkan dengan penggunaan mata wang Amerika Syarikat lalu sebarang penurunan mata wang negara ini pasti akan menjejaskan nisbah keuntungan yang bakal diterima oleh negara pengeluar minyak itu. Situasi ini membawa kepada negara pengeluar minyak tidak berminat untuk mengeluarkan minyak lebih banyak kerana pembelian minyak menggunakan mata wang Amerika Syarikat ketika ini tidak membawa kadar keuntungan yang banyak kepada mereka.

Tambahan pula, keperluan minyak negara-negara yang mengeluarkan minyak itu sendiri begitu tinggi. Situasi ini menyebabkan jumlah minyak yang dikeluarkan oleh mereka itu tidak banyak yang boleh dieksport untuk keperluan negara lain kerana sudah pasti mereka akan cuba memenuhi keperluan minyak negara mereka terlebih dahulu. Kekurangan jumlah penawaran minyak di pasaran antarabangsa menyebabkan harga minyak melambung kerana negara-negara lain turut memerlukan minyak dalam kuantiti yang banyak.

Page 75: contoh karangan isu semasa

75

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

Konklusinya, harga minyak melambung disebabkaan oleh semua faktor yang dinyatakan tadi. Kerjasama yang lebih erat antara negara pengeluar dengan negara yang memerlukannya perlu dicapai kerana kegagalan membuat persetujuan bersama bakal menyaksikan harga bahan mentah utama dunia ini akan terus meningkat ke tahap yang begitu tinggi. Semua pihak perlulah memahami impak yang dibawa oleh kenaikan harga minyak ini terhadap pembangunaan dunia secara keseluruhannya.

Page 76: contoh karangan isu semasa

76

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

37. Langkah-langkah atasi pengangguran di Malaysia

Kegawatan ekonomi menyebabkan jumlah penganggur di negara ini meningkat dengan begitu ketara sekali sehingga menimbulkan kebimbangan semua pihak. Jumlah penganggur yang tinggi untuk membuktikan kegagalan pihak kerajaan untuk mengatasi kemelut yang melanda ekonomi negara kerana terlalu bergantung kepada perkembangan ekonomi negara luar seperti Amerika Syarikat. Pihak media massa turut menyiarkan program yang menceritakan pengalaman penganggur untuk berjaya dalam hidup jadi bukti bahawa polemik pengangguran di negara ini mula menjadi isu politik juga. Sebenarnya, ada banyak langkah yang boleh diambil oleh pelbagai pihak untuk mengatasi masalah pengangguran ini jika mereka mahu bertindak.

Langkah awal ialah kerajaan harus memberikan bantuan kewangan yang mampu memberi rangsangan kepada ekonomi untuk berkembang dengan pesat. Bantuan kewangan ini perlulah besar yakni menelan bilion ringgit supaya lebih banyak projek pembangunan dijalankan secara serentak kerana jika semua projek pembangunan dijalankan serentak sudah pasti jumlah pekerja yang diperlukan ramai dan semua orang berpeluang untuk bekerja. Pakej kewangan ini hendaklah diuruskan oleh kerajaan dengan bijak melalui pemilihan projek ekonomi yang boleh mencambahkan lebih banyak aktiviti ekonomi sampingan seperti ekonomi berasaskan teknologi dan penyelidikan tinggi. Jelaslah, ekonomi negara akan pesat membangun jika kerajaan menyediakan pakej bantuan kewangan yang banyak untuk mewujudkan peluang pekerjaan.

Pakej kewangan yang besar ini boleh diikuti dengan pengenalan pelbagai insentif baru kepada ahli-ahli perniagaan terutama pembinaan lebih banyak kawasan industri dan pemberian bebas cukai kepada industri yang tidak membuang pekerjanya. Pelbagai insentif ini mampu menguatkan semangat kepada ahli perniagaan untuk mencuba melakukan sesuatu yang baru dalam perniagaannya dan juga mengharungi cabaran kegawatan ekonomi dengan lebih terbuka dan rasional kerana menyedari bahawa pihak kerajaan berusaha untuk menyelamatkan mereka juga. Semua idea baru yang diperkenalkan sudah pasti mampu memberikan suntikan kepada ahli perniagaan untuk meneruskan kerja mereka tanpa perlu membuang pekerja sebaliknya mereka mungkin memerlukan lebih ramai pekerja untuk mengambil kesempatan yang wujud itu. Maka, kerajaan perlu memberikan idea-idea baru yang mampu memudahkan ahli perniagaan untuk menjalankan peranan mereka dengan lebih efektif.

Selain itu, usaha untuk memperkenalkan negara harus ditingkatkan oleh kerajaan menerusi pameran dan kunjungan rombongan ekonomi ke negara-negara lain. Lawatan sebegini menyebabkan lebih banyak negara luar menyedari kelebihan dan kepentingan mendirikan perniagaan di Malaysia berdasarkan maklumat yang tepat diperoleh daripada ahli-ahli rombongan ini. Kemasukan lebih banyak model asing ke negara ini sudah pasti mampu menjana lebih banyak aktiviti ekonomi bersama-sama dengan pakej ekonomi yang

Page 77: contoh karangan isu semasa

77

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

sebelum ini ditawarkan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ekonomi. Hal ini membutkikan bahawa usaha memperkenalkan negara ke mata dunia amat penting terutama jika semua rombongan ini digunakan dengan sebaik mungkin dan tidak hanya sebagai satu lawatan sahaja.

Pihak swasta pula terutama ahli perniagaan turut mempunyai perana tersendiri yakni mereka perlu sanggup berkorban ketika negara mengalami masalah kegawatan ekonomi ini. Pengorbanan mereka itu boleh dijelmakan dalam bentuk mengurangkan gaji atau ganjaran buat mereka dalam bentuk bonus dan sebagainya supaya wang itu boleh digunakan untuk memastikan syarikat terus wujud lalu tidak membuang pekerja yang boleh menambahkan jumlah pengangguran. Kehidupan mereka yang sudah lama hidup mewah perlu dikorbankan demi kemajuan negara pada masa hadapan kerana jika mereka masih mengaut keuntungan menerusi gaji dan bonus yang tinggi sudah pasti syarikat mereka akan kekurangan sumber kewangan untuk mengharungi zaman kemelesetan ini. Oleh itu, pihak swasta harus juga memikirkan orang lain dan tidak hanya mamu menyelamatkan diri mereka sahaja dalam kegawatan sebegini.

Manakala pihak individu pula harus lebih positif mengharungi kegawatan ekonomi ini dengan cuba meningkatkan lagi kemahiran diri mereka seperti menyambung belajar, mengambil kursus jangka pendek dan meningkatkan prestasi diri. Sikap suka meningkatkan kebolehan diri memastikan seseorang pekerja itu terus dihargai oleh syarikat dan kemungkinan untuk dibuang kerja amat tipis. Malah, jika mereka dibuang kerja pun, golongan yang positif seperti ini akan mudah menerima kerja baru kerana mereka memiliki kemahiran lain yang sudah pasti diperlukan oleh syarikat lain pula atau mungkin mereka boleh bekerja sendiri berdasarkan pengalaman mereka sebelum ini. Lantaran itu, semua orang harus melihat pendidikan sebagai satu proses jangka masa panjang dalam hidup seseorang itu dan tidak menganggap pelajaran tamat selepas meninggalkan bangku sekolah sahaja.

Kesimpulannya, masalah pengangguran ini memang boleh mencetuskan ketidakstabilan jika negara gagal mengawalnya dengan baik berdasarkan pengalaman negara-negara jiran kita terutama Indonesia. Pihak kerajaan bersama-sama swasta perlu menyedari betapa pentingnya sikap bekerjasama untuk memulihkan ekonomi negara dalam masa yang terdekat ini. Tanpa kerjasama masalah ekonomi akan terus wujud lalu menimbulkan banyak masalah kepada rakyat untuk mencari peluang kerja yang baik terutama golongan muda yang baru sahaja keluar dari sekolah.

Page 78: contoh karangan isu semasa

78

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

38. Tindakan-tindakan kerajaan untuk memastikan ekonomi negara terus berkembang

Kegawatan ekonomi merujuk satu keadaan yang tidak positif yang membawa ekonomi sesebuah negara itu tidak berkembang lagi. Antara contoh kegawatan ekonomi yang pernah melanda negara ialah pada akhir tahun 1990-an dan awal tahun 2006 sehinggalah sekarang yang impaknya masih terasa. Pihak media massa menggunakan isu kegawatan ekonomi ini untuk mengetengahkan pelbagai masalah kehidupan yang dialami oleh masyarakat kita terutama peningkatan kes jenayah. Jadi, kerajaan perlulah melaksanakan beberapa inisiatif untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara kembali ke tahap yang asal.

Inisiatif yang utama perlu dilakukan oleh kerajaan dalam usaha untuk mengatasi masalah kegawatan ekonomi negara ialah Malaysia perlu menarik lebih banyak pelaburan asing masuk ke negara ini. Pelaburan asing itu boleh ditarik ke negara ini dengan kerajaan memberikan pelbagai insentif yang menarik kepada pelabur asing itu terutama aspek cukai keuntungan syarikat yang rendah dan proses melakukan perniagaan yang mudah serta lancar di Malaysia. Semakin banyak pelabur asing yang tertarik dengan insentif yang disediakan oleh kerajaan itu semakin banyaklah peluang perniagaan atau kilang akan didirikan di negara ini lalu memberikan peluang kerja yang luas pula. Maka, tindakan menarik lebih banyak pelabur asing datang untuk melabur di negara ini amat penting dilaksanakan segera.

Tindakan kedua ialah kerajaan melakukan lebih banyak projek pembangunan “mega” untuk memastikan aktiviti ekonomi negara menjadi lebih rancak. Kita sudah sedia maklum bahawa pertumbuhan ekonomi yang sihat banyak berkait dengan kadar kecairan wang dalam sesebuah ekonomi itu dan projek besar-besar yang dilancarkan sudah pasti menjadikan lebih banyak perbelanjaan dilakukan oleh kerajaan atau pihak swasta. Semua pihak akan lebih berani untuk mengeluarkan wang kerana mereka sedar negara memiliki pelbagai projek yang memerlukan modal yang tinggi untuk dilaksanakan bersama-sama tahap keyakinan ahli perniagaan juga akan bertambah. Justeru, semakin banyak projek mega dilakukan oleh kerajaan semakin pesatlah pertumbuhan ekonomi sesebuah negara itu.

Bukan sahaja tindakan menarik pelabur asing dan pelaksanaan projek mega tetapi kerajaan juga hendaklah memudahkan urusan pemberian pinjaman terutama kepada peniaga-peniaga kecil dan sederhana. Proses pemberian pinjaman kepada golongan perniagaan seperti ini hendaklah dimudahkan tanpa banyak proses pengisian boring atau kertas kerja yang berjela-jela. Kategori perniagaan kecil dan sederhana amat penting digiatkan kerana golongan inilah yang melibatkan lebih banyak pekerja yang memerlukan pekerjaan berbanding dengan syrikat-syarikat besar yang masih mampu beroperasi kerana mempunyai rangkaian atau cawangan di luar negara. Sesungguhnya, proses pemberian pinjaman hendaklah disenangkan buat semua pihak terutama ketika negara dilanda kemelut ekonomi ini.

Page 79: contoh karangan isu semasa

79

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

Malahan, tindakan menghasilkan lebih banyak peluang ekonomi atau jenis ekonomi baru harus menjadi tumpuan kerajaan dalam menangani isu ini. Kewujudan teknologi terutama internet dan komputer telah menghasilkan pelbagai jenis perniagaan baru yang menjadi minat generasi muda lalu kerajaan harus bijak menggunakan teknologi untuk menggalakkan penghasilan ekonomi era moden pula. Kemampuan negara untuk mewujudkan satu perniagaan era moden akan menjadikan negara ini peneroka dalam perniagaan tersebut lalu mampu mengaut keuntungan lebih awal dengan banyaknya. Oleh itu, negara ini harus meneroka pelbagai perniagaan jenis baru yang boleh dikembangkan pula untuk memberikan nafas baru kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Tindakan lain ialah kerajaan haruslah memodenkan sistem pendidikan sumber manusianya supaya tenaga kerja kita lebih mampu untuk berdaya saing dalam dunia yang penuh persaingan ini. Perubahan dalam penekanan aspek teknikal, bahasa asing, intelek emosi dan kemudahan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi menjadi antara tindakan yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan dalam membuat reformasi sistem pendidikan kita. Semua tindakan reformasi ini berupaya menjadikan sumber manusia kita lebih mahir dalam aspek teknikal, berupaya berbahasa asing dan juga mampu untuk menyelesaikan sesuatu masalah ekonomi dengan lebih baik serta menyeluruh pula. Jadi, pendidikan kita perlulah dirombak semula oleh kerajaan supaya sumber manusia kita lebih berdaya saing lagi.

Kesimpulannya, semua langkah yang diutarakn tadi memang mampu untuk dilaksanakan oleh kerajaan kita. Kerjasama semua pihak amat diperlukan terutama daripada msyarakat sendiri untuk memastikan tindakan-tindakan ini membawa impak yang seharusnya. Kegagalan untuk bertindak segera akan menyebabkan masalah kegawatan ekonomi ini akan menjadi semakin teruk lalu sukar untuk dikawal sehingga menjadikan negara bankrup pula. Peribahasa “sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya” mampu memberikan peringatan kepada kita semua tentang betapa pentingnya bertindak lebih awal dengan menggunakan pemikiran yang rasional.

Page 80: contoh karangan isu semasa

80

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

39. Langkah-langkah untuk memajukan mutu sukan negara Malaysia

Sukan di negara ini mengalami zaman kemelesetan yang begitu ketara kerana tiada lagi kejayaan yang diraih seperti awa tahun 50-an, 60-an atau 80-an. Keadaan ini telah menimbulkan rungutan pelbagai pihak terutama peminat sukan di negara ini. Media massa pula asyik mengeluarkan pelbagai teori dan langkah untuk menangani masalah sukan di negara ini tanpa hasil jua. Jelaslah, ada pelbagai tindakan drastik yang boleh dilakukan oleh semua pihak.

Sudah pasti perubahan minda masyarakat harus berlaku terutama persepsi mereka terhadap sukan. Anggapan bahawa sukan tidak memberi apa-apa kesan atau tiada prospek ekonomi harus dikikis dengan segera. Sukan sama juga seperti kerjaya lain jika dilakukan dengan betul, sistematik dan tabah berupaya menyumbangkan sumber kewangan yang lumayan kepada penggamalnya. Oleh itu, perubahan paradigma masyarakat hendaklah berubah selaras dengan perubahan zaman yang mengutamakan sukan di peringkat global.

Selain itu, kerajaan harus memberikan ganjaran yang setimpal kepada ahli sukan yang berjaya di dalam kejohanan peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Sumbangan dalam bentuk kewangan atau pemberian latihan berupaya menyuntik semangat baru kepada ahli sukan untuk berusaha mencapai kejayaan yang lebih baik lagi. Pemberian insentif ini juga memberi satu harapan kepada golongan muda terutama kanak-kanak untuk mempunyai impian menjadi ahli sukan dan menerima ganjaran itu. Jadi, ganjaran kepada ahli sukan perlulah wujud dan usahlah kita menganggap pemberian ganjaran ini tidak penting dalam pembangunan sukan negara.

Jika kita mahu memiliki kelompok ahli sukan yang ramai dan baik, sudah pasti pembinaan kemudahan sukan ditingkatkan. Pembinaan stadium, gelanggang dan padang menjadikan acara sukan lebih mudah dan murah untuk disertai oleh masyarakat di negara ini. Keadaan ini menyebabkan kemahiran asas dalam sesuatu asas sukan itu sudah dimiliki oleh masyarakat di negara ini dan hanya perlu digilap sahaja oleh jurulatih negara apabila tiba masanya. Sesungguhnya, pembinaan kemudahan sukan menjamin negara memiliki satu kelompok ahli sukan yang berwibawa.

Tambahan pula, negara boleh menganjurkan kejohanan sukan bertaraf dunia di negara ini. Penganjuran sukan sebegini memberi peluang kepada ahli sukan negara untuk bersaing dengan ahli-ahli sukan dunia yang sememangnya lebih baik. Persaingan yang hebat ini menjadikan ahli sukan kita lebih fokus dan menyedari kelemahan serta mampu meningkatkan kualiti diri mereka sejajar dengan pengalaman yang diperoleh. Maka, lebih banyak penganjuran acara sukan dunia di negara ini, semakin bertambahlah mutu ahli sukan kita.

Page 81: contoh karangan isu semasa

81

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

Bagaimana dengan juruatih? Sudah pasti pengambilan jurulatih berpengalaman terutama dari negara luar berupaya menyuntik teknik baru kepada latihan ahli sukan kita. Jurulatih asing yang berpengalaman ini mampu melihat kelemahan dan mengatasi kelemahan ahli sukan kita dengan pantas kerana mereka berpengalaman. Dalam masa yang sama jurulatih asing ini boleh membuat program untuk melatih jurulatih tempatan atau berkongsi pengalaman dengan mereka untuk merangka satu sistem latihan yang baik. Jadi, jurulatih asing boleh membawa perubahan drastik terhadap mutu sukan kita.

Konklusinya, mutu sukan di negara ini boleh berubah. Cuma kegagalan persatuan-persatuan sukan untuk melihat secara positif dan masalah konflik dalaman persatuan yang menyebabkan mutu sukan kita terus menjunam. Masyarakat sudah muak dengan alasan demi alasan yang diberikan setiap kali ahli sukan kita mengalami kekalahan. Sikap 'menuding jari' membuktikan betapa kita banyak menyalahkan orang lain tanpa mahu berubah.

Page 82: contoh karangan isu semasa

82

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

40. Langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasi isu warga tua yang terbiar

Peringkat umur tua merupakan peringkat akhir dalam perkembangan biologi manusia. Keadaan ini menyebabkan ketika inilah pelbagai masalah boleh berlaku terutama yang menyentuh aspek emosi dan kesihatan seseorang itu. Oleh itu, ada pelbagai tindakan yang boleh diambil oleh remaja untuk menangani kemelut warga tua ini.

Sudah pasti pemupukan pendidikan asas terutama didikan agama mampu menyelesaikan sebahagian besar masalah warga ini. Remaja yang menerima pendidikan asas agama yang kukuh sudah pasti akan lebih menghormati golongan tua ini lalu memberikan perhatian akan kehidupan mereka. Hubungan antara ahli keluarga juga akan menjadi lebih erat dan mesra. Jadi, remaja harus memiliki didikan yang sempurna.

Bagaimanakah didikan ini harus wujud? Sudah pasti ibu bapa berperanan untuk memberi panduan yang benar kepada remaja. Ibu bapa perlu menjelaskan kepada anak-anak akan pentingnya menghormati warga tua kerana setiap manusia akan menempuh alam tua mereka yang tersendiri. Kejayaan ibu bapa mendidik anak dengan baik memastikan satu golongan remaja yang melihat warga tua bukan sebagai satu masalah sebaliknya satu amanah yang harus dilaksanakan tanpa banyak soal.

Selain itu, media massa juga mempunyai peranan yang tersendiri dalam menyelesaikan masalah yang semakin kritikal ini. Penyiaran lebih banyak program dan siaran yang berunsur positif akan warga tua mampu merapatkan jurang antara remaja dan warga emas ini. Keadaan ini mampu menimbulkan satu kesedaran yang mendalam dalam diri remaja untuk membantu warga tua tanpa sebarang alasan.

Sistem pendidikan yang lebih holistik dilaksanakan oleh pihak kerajaan seperti mengadakan lawatan sambil belajar ke rumah orang tua. Biasanya pelajar di sekolah hanya mendengar sahaja nasihat guru tentang peranan mereka membantu warga tua tanpa melihat contoh yang sebenarnya. Maka, lawatan ke rumah jagaan orang tua sudah pasti memberikan pengalaman sebenar kepada remaja akan kehidupan warga ini lalu timbulah keinsafan dalam diri remaja itu sendiri.

Kesimpulannya, jurang pemisah antara generasi muda dan tua semakin ketara terutama dalam era moden ini. Semua pihak sama ada masyarakat dan kerajaan harus mengenal pasti langkah-langkah yang lebih praktikal untuk menangani kemelut warga tua ini. Kita harus sedar warga tualah yang telah membangunkan negara ini lalu menjadikan kehidupan generasi muda selepas mereka lebih mudah dan selesa. Kita harus hargai jasa mereka.

Page 83: contoh karangan isu semasa

83

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

41. Peranan ibu bapa dalam mengatasi masalah remaja

Dalam meniti arus kemodenan ini, pelbagai penyakit sosial yang mampu meranapkan peradaban bangsa dan negara melanda golongan remaja. Akhir-akhir ini, berita mengenai golongan remaja terjebak dalam gejala sosial kerap terpampang di dada akhbar. Masalah sosial adalah suatu ketidaksesuaian antara unsur-unsur kebudayaan atau masyarakat, yang membahayakan kehidupan kelompok sosial. Daripada kes bohsia, hamil luar nikah yang diikuti dengan pembuangan zuriat di dalam tong sampah, penderaan, gengsterisme dan vandalisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah, hinggalah kepada mat rempit. Keutuhan institusi keluarga begitu penting dalam usaha menangani gejala sosial sehingga institusi keluarga diibaratkan seperti batu bata dalam sesebuah bangunan. Malah, institusi keluarga begitu penting dalam usaha menangani gejala sosial sehingga kempen Rumahku Syurgaku yang menekankan kepentingan rumah diibaratkan sebagai syurga untuk memastikan keutuhan institusi keluarga diadakan secara besar-besaran. Oleh itu, ibu bapa perlulah menyahut cabaran bagi menghalang golongan remaja daripada terjebak dalam gejala sosial.

Sebenarnya, golongan ibu bapa wajarlah mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak mereka dan mengasuh anak-anak bagai menatang minyak yang penuh. Ibu bapa perlu menganggap anak-anak sebagai kurniaan Tuhan yang tidak ternilai dan mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. Sikap sesetengah ibu bapa yang hanya sibuk mengejar harta kekayaan perlulah dikikis sama sekali. Mereka tidak sedar bahawa nilai kebendaan dan materialistik yang ada pada diri mereka akan menyebabkan mereka terlalu sibuk dengan kerja mereka sehingga mengabaikan anak-anak mereka. Contohnya, pada hujung minggu, ibu bapa perlulah meluangkan masa mereka untuk melakukan aktiviti-aktiviti riadah bersama-sama anak-anak mereka. Ibu bapa bolehlah membawa remaja makan angin di destinasi-destinasi yang menarik di negara kita. Hadis ada menyatakan bahawa anak-anak diibaratkan seperti kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Sememangnya, ibu bapa perlu mampu mengimbangi kepentingan keluarga dan kerjaya mereka kerana anak-anak mereka amat memerlukan kasih sayang seorang ayah dan ibu.

Peranan utama ibu bapa untuk mengatasi masalah remaja ialah memberi didikan agama kepada anak-anak. Agama merupakan senjata ampuh yang mampu membantu mereka menangkis segala anasir yang bersifat negatif. Oleh hal yang demikian, ibu bapa haruslah memberikan didikan agama kepada anak-anak sejak dari kecil ibarat “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Kendatipun, ibu bapa yang memberi anak-anak dengan cahaya keimanan yang cukup akan melahirkan adiwangsa yang soleh dan solehah. Di samping itu, ada juga keluarga yang makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kerohanian. Menurut pakar motivasi, Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah mengatakan bahawa ibu bapa haruslah mencurahkan ilmu agama kepada putera puteri mereka kerana itu merupakan benteng untuk mereka menempuh arus modenisasi kini. Tuntasnya, ibu bapa hendaklah membuka fikiran seluas

Page 84: contoh karangan isu semasa

84

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

padang pasir dan agar hati seputih salju bahawa agama merupakan senjata ampuh untuk mengelakkan modal insan terjerumus ke dalam kancah masalah sosial pada masa kini.

Bukan itu sahaja, pihak ibu bapa perlulah bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak mereka dengan mengikuti perkembangan anak-anak mereka di sekolah. Dari semasa kesemasa, ibu bapa perlu mengambil inisiatif untuk menghubungi pihak sekolah untuk mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah menghadirkan diri dalam sebarang pertemuan antara ibu bapa dan guru. Dengan ini, pihak sekolah, guru dan ibu bapa akan dapat bermuafakat dan bekerjasama untuk membantu remaja yang bermasalah dengan mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Ibu bapa perlu memastikan bahawa nasihat yang diberikan oleh mereka kepada anak-anak mereka tidaklah Bagai me ncurahkan air ke daun keladi. Setiap penyakit pasti ada penawarnya. Masalah remaja perlu dikesan sebelum terlambat kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Ibubapa memainkan peranan untuk menjaga kepentingan anak-anak mereka dengan meletakkan kepentingan anak-anak mereka melebihi harta benda dan wang ringgit.

Bukan itu sahaja, ibu bapa haruslah menjadi teladan kepada anak-anak mereka . Ibu bapa sememangnya perlu memastikan segala tingkah laku dan pertuturan mereka kerana segala perlakuan mereka akan diperhatikan oleh anak-anak mereka. Malah, segala tingkah laku ibu bapa akan ditiru oleh anak-anak mereka. Contohnya, ibu bapa yang mempunyai tabiat buruk seperti merokok perlulah bertaubat dan berhenti merokok kerana anak-anak mereka berkemungkinan besar akan terpengaruh dan seterusnya merokok. Ibu bapa perlulah mengatasi apa-apa kelemahan yang ada pada diri mereka agar perbuatan mereka tidak akan menyebabkan anak-anak mereka terdedah kepada amalan yang kurang sihat. Ibu bapa tidak harus bersikap seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul. Dengan ini, golongan remaja tidak akan terpengaruh dengan tabiat buruk ibu bapa mereka dan seterusnya tidak akan melakukan gejala sosial yang mampu menghancurkan masa depan mereka.

Intihanya, ibu bapa perlu memantapkan kemahiran keibubapaan mereka lagi dalam mendidik anak-anak. Contohilah ketokohan Luqmanul Hakim yang cukup hebat mendidik anak-anaknya berorientasikan Al-quran dan al-Hadis. Kita tidak mahu remaja-remaja yang bobrok dan kaya dengan pidana dihasilkan. Sebaliknya, kita inginkan barisan remaja yang berkaliber, cukup syumul dan utopia hasil didikan kedua-dua ibu bapa mereka. Marilah kita berubah, “sebelum padi di tangan menjadi lalang” dan “ayam ditambat disambar helang”, ayuhlah ibu bapa, berkorbanlah demi masa depan anak-anak tercinta.

Page 85: contoh karangan isu semasa

85

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

42. Gejala merokok dalam kalangan remaja

Gejala merokok kian meningkat kini walaupun pelbagai kempen dijalankan untuk mengurangkan perokok. Banyak remaja, lelaki mahupun perempuan yang terjebak dalam tabiat buruk ini. Tabiat merokok bukan sahaja membazirkan wang malah membawa pelbagai penyakit yang boleh membawa maut seperti kanser paru-paru. Menurut Menteri Kesihatan, Dato’ Dr. Chua Soi Lek, peningkatan merokok dalam kalangan remaja kian meningkat mengikut statistik pada tahun 2006.

Kempen antimerokok yang sedang dijalankan oleh kerajaan baru-baru ini sememangnya satu langkah yang baik. Kerajaan patut dipuji kerana berusaha untuk membanteras tabiat merokok. Kempen ini memberi penumpuan kepada rupa paras negatif orang yang merokok untuk menakutkan remaja yang terjebak dalam tabiat ini. Kempen ini juga menunjukkan keadaan paru-paru orang yang merokok. Paru-paru tersebut hitam, kering, dan sungguh menakutkan.

Kempen antimerokok ini disebarkan secara meluas dalam pelbagai media. Televisyen, surat khabar, dan juga radio kini dipenuhi dengan iklan-iklan antimerokok. Para remaja yang majoritinya menonton televisyen serta mendengar radio diberi kesedaran mengenai tabiat merokok dan kesan-kesan melalui iklan-iklan ini. Melalui pengiklanan golongan sasaran kempen ini, iaitu perokok seharusnya dapat dicapai dan kadar perokok dapat dikurangkan.

Kempen antimerokok yang dilancarkan oleh kerajaan kira-kira setahun yang lalu di seluruh negara berlandaskan slogan “Tak Nak!” Slogan ini sangat sesuai untuk membuang tabiat buruk merokok dan mengatakan “tak nak kepada rokok.” Kesan-kesan buruk tabiat merokok yang dipaparkan dapat menanam rasa takut dalam jiwa perokok. Pihak kerajaan berharap kempen-kempen ini dapat menyedarkan perokok untuk berhenti merokok dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Kempen antimerokok ini merupakan antara langkah kerajaan yang amat dipuji. Harapan kerajaan melalui kempen ini adalah untuk menyedarkan perokok dan mengurangkan jumlah perokok khususnya remaja.

Kesimpulannya, semua pihak berkenaan perlulah bekerjasama untuk menghapuskan tabiat yang membunuh ini. Dengan usaha kerajaan yang berterusan dan intensif ditambah dengan kerjasama masyarakat diharapkan kempen ini akan berjaya.

Page 86: contoh karangan isu semasa

86

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

43. Isu dadah – pendapat

Apabila anda merdengar ungkapan “Enam Jahanam”, apakah yang mungkin anda fikirkan ? Adakah itu judul sebuah filem klasik P. Ramlee atau nama kumpulan penjenayah yang diburu oleh pihak polis ? Rupa-rupanya, ungkapan itu merujuk kepada enam jenis dadah yang harus diberi perhatian serius kerana penyalahgunaannya yang meluas – heroin, kokain, ecstasy, kanabis, syabu dan morfin. Sewaktu melancarkan “Karnival Enam Jahanam”, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan bahawa isu dadah di negara kita berada pada tahap yang berbahaya. Oleh itu, kerajaan mengisytiharkan dadah harus diperangi hingga ke akar umbi kerana dadah merupakan musuh nombor satu negara.Apakah sebenarnya dadah ? Dadah yang fungsi asalnya ialah bahan perubatan merupakan bahan kimia psikoaktif yang mempunyai kesan ke atas sistem saraf pusat seperti menyebabkan keadaan khayal, ketagihan dan gangguan tingkahlaku. Penyalahgunaanya yang berterusan mendatangkan kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Pada akhir tahun 1960-an, negara kita mulai mengalami masalah dadah Golongan remaja dipengaruhi oleh kebudayaan ‘hippie’ dan askar-askar Amerika yang melancong ke Pulau Pinang. Sebagai kesan daripada kedua pengaruh tersebut, penagihan dadah telah merebak ke seluruh negara. Golongan muda yang terlibat dalam penagihan dadah merupakan pemuda- pemudi harapan bangsa dan negara dan terjerumusnya mereka dalam alam khayalan ini mengakibatkan mereka bukan sahaja tidak berguna kepada masyarakat bahkan diri mereka sendiri. Memandangkan hakikat inilah, kerajaan telah mengambil sikap tegas terhadap pengedaran dadah, dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk melindungi rakyat termasuklah undang-undang yang amat ketat. Tetapi, pengedaran dadah nampaknya tidak boleh diselesaikan dengan hanya peruntukan undang-undang seperti Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas 1985) walaupun mereka yang sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati mandatori. Oleh itu, kerajaan telah melancarkan kempen antidadah di seluruh negara secara meluas. Namun demikian, tanggungjawab untuk memerangi dadah seharusnya kita pikul bersama.

Tindakan pencegahan dadah yang berkesan memerlukan penglibatan semua golongan masyarakat. Pada zaman moden ini, golngan muda lebih bebas, terdedah kepada pengaruh asing dan mereka lebih mengutamakan pandangan rakan sebaya. Dengan ini, mereka mudah terlibat dengan kegiatan yang tidak sihat. Untuk disanjung oleh kawan, mereka menunjukkan keberanian dengan menghisap rokok dan dadah. Sekali mereka bermula, maka amat sukar bagi mereka memberhentikan amalan buruk ini. Masyarakat harus dididik sejak kecil lagi bahawa dadah itu najis, benda yang kotor dan tidak boleh disentuh. Sekiranya kita berjaya menyemai nilai ini dalam hati sanubari mereka, sebahagian daripada kejayaan pencegahan dadah akan tercapai. Kita harus sedar bahawa tindakan kita ke arah matlamat mencegah penyalahgunaan dadah ini adalah untuk

Page 87: contoh karangan isu semasa

87

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

menyelamatkan bukan sahaja keluarga kita sendiri bahkan generasi muda untuk mewujudkan satu bangsa yang bermaruah dan dihormati.

Sebahagian besar penagih-penagih dadah di negara kita terdiri daripada golongan remaja antara 15-29 tahun. Antara sebab-sebab utama mereka ini menjadi penagih ialah kerana keseronokan, sikap ingin tahu, pengaruh persekitaran terutamanya pengaruh rakan sebaya, tekanan emosi disebabkan oleh sama ada kegagalan, tidak mendapat kasih sayang ibu bapa atau kerana kemewahan. Hal ini menunjukkan, sekolah boleh memainkan peranan penting dalam membasmi bencana dadah. Pada tahun 2005 ini, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah melancarkan program pencegahan penagihan dadah besar-besaran tahun ini dengan sasaran utama terhadap golongan belia terutama pelajar sekolah. Program pencegahan merupakan usaha terbaik bagi mengelak pertambahan jumlah penagih baru di negara ini. Menurut laporan agensi itu, sehingga Oktober tahun 2004, daripada sejumlah 30,659 penagih dadah, sebanyak 15,292 orang adalah penagih baru manakala sebanyak 15,667 adalah penagih berulang. Data ini jelas menunjukkan kita perlu bersungguh-sungguh dengan program pencegahan kerana program pemulihan dan rawatan sukar menghalang penagih-penagih ini mengulangi kegiatan mereka.

Kajian oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan kegiatan penagihan dadah lazimnya bermula dengan tabiat menghisap rokok. Ini kerana tabiat ketagihan dihasilkan oleh unsur nikotin dalam rokok. Apabila merasakan rokok tidak memberi kepuasan, mereka beralih kepada ganja dan sekiranya ganja juga tidak memberi keseronokan, mereka akan beralih kepada heroin dan morfin. Jelasnya, pencegahan tabiat merokok juga penting dalam memerangi najis dadah kerana implikasinya terhadap dorongan untuk mendapatkan dadah.

Masyarakat harus sama-sama menyedari akan kesan pengambilan dadah. Dengan berfikiran rasional, mereka tentu tidak sanggup menerima risikonya yang menakutkan. Antara kesan-kesannya ialah mendapat penyakit meningitis, penyakit jangkitan jantung, AIDS, Hepatitis B, C, dan D, kerosakan buah pinggang, otot-otot badan mengecut dan berkemungkinan lumpuh. Kesan fizikal pula ialah apabila sekiranya bekalan dadah tidak diperoleh mereka akan berasa keluh-kesah, gian, dan amat menderita. Jelasnya mereka akan berperang dengan kematian kerana terdedah dengan penyakit terutamanya penyakit AIDS yang amat digeruni.

Page 88: contoh karangan isu semasa

88

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

Kesimpulannya, kita harus bertekad dengan keazaman yang tinggi untuk memerangi dadah. Najis dadah akan kita kuburkan dan wujudlah suasana dadah sifar. Marilah kita sama-sama menghapuskan najis dadah yang “menjahanamkan” masyarakat daripada terus hadir di Malaysia. Kita tiada pilihan melainkan hanya satu slogan di hati dan di minda pada setiap masa iaitu “Perangi Dadah Habis-Habisan”.

Page 89: contoh karangan isu semasa

89

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

44. Pencemaran sungai

Sejak beberapa tahun, kerajaan telah melancarkan kempen ”Sayangi Sungai ”dalam negara yang merangkumi pelbagai usaha memantau, memulihara, membersih dan mengindahkan keadaan sungai. Walaupun begitu, belakangan ini, isu pencemaran sungai kian serius sehinggakan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid melahirkan rasa kecewanya kerana tidak terdapat kesan yang boleh dibanggakan terhadap keadaan banyak sungai kita.

Masalahnya tidak kelihatan apa-apa tindakan berkesan dilakukan. Mereka yang mendiami sekitaran sungai seperti pengusaha kilang, peniaga gerai makan dan juga penghuni rumah masih menganggap sungai sebagai tempat untuk menyalurkan sampah dan segala macam sisa yang hendak dibuang. Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri perlu mengadakan pelbagai acara membabitkan orang ramai dan industri. Sokongan orang ramai dan swasta adalah penting sekiranya kempen menyayangi sungai dikehendaki mendatangkan kesan. Perasaan cintakan sungai yang mengalir melalui kediaman atau bandar mereka diami adalah milik mereka juga perlu dipupuk. Hanya dengan cara begini, baru akan timbul perasaan menyayangi sungai mereka sendiri dan dengan itu mereka juga berusaha memuliharanya daripada dicemari. Apa pun kebanyakan sungai dan kawasan lembahnya terus dilanda pencemaran. Malah tahap pencemaran terhadap beberapa batang sungai semakin teruk hingga ada yang terpaksa dikategorikan sebagai sudah ‘mati’.

Mengikut perangkaan yang diberikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perairan dan Saliran, Datuk Keizrul Abdullah, kedudukan sungai dalam negara kita sebenarnya semakin meruncing. Daripada keseluruhan 120 kawasan lembah sungai yang dipantau Jabatan Alam Sekitar (JAS) kedudukan pencemarannya semakin buruk dari tahun ke tahun. Pada tahun 2002, masih ada 63 sungai dikategorikan sebagai bersih, tetapi setahun kemudian hanya tinggal 58 sungai yang masih bersih. Pada 2002, 43 sungai dianggap sudah tercemar manakala setahun kemudian jumlah sungai yang tercemar meningkat kepada 53. Bagaimanapun, jumlah sungai yang mengalami pencemaran teruk tinggal sembilan batang saja pada 2003 berbanding dengan 14 sebelum itu. Tidak diketahui apakah yang menyebabkan lima sungai yang tercemar teruk pada 2002 bertambah baik setahun kemudian.

Pemantauan yang dilakukan Jabatan Alam Sekitar menunjukkan bahawa kiranya tidak ada rancangan berkesan memelihara kebersihan sungai, kedudukan kebanyakan sungai dalam negara akan terus dilanda pencemaran. Hal ini disebabkan, keseluruhannya rakyat negara ini amat kurang prihatin terhadap tahap kebersihan sungai. Kebanyakan daripada mereka seolah-olah tidak pernah terfikir bahawa merekalah juga yang menyebabkan keadaan kebanyakan sungai kita terus tercemar. Penghuni rumah di tepi sungai baik setinggan atau pun tidak,

Page 90: contoh karangan isu semasa

90

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

berterusan menganggap sungai seperti saliran membuang najis dan sampah. Kalau diperhatikan kawasan perumahan, bangunan dan rumah kedai yang didirikan 30 atau 40 tahun lalu semuanya membelakangkan sungai. Ramai ketika itu menjadikan sungai sebagai saliran sampah dan najis. Sehingga kini pun ketika pemaju perumahan misalnya sudah tidak lagi menganggap sungai sebagai saliran sampah dan mula mendirikan rumah menghadap sungai, itupun orang ramai masih tidak dapat mengikis pandangan mereka terhadap sungai.

Selagi tahap kesedaran terhadap kebersihan sungai tidak dapat diwujudkan, selagi itulah segala usaha untuk memulihkan sungai tidak akan berkesan. Kesedaran demikian ini seharusnya dipupuk daripada bangku sekolah lagi. Perasaan cinta akan sungai dan prihatin terhadap persekitaran alam didedahkan kepada murid di sekolah lagi supaya apabila dewasa kelak mereka akan lebih prihatin terhadap usaha kebersihan alam sekitar. Media juga boleh memainkan peranan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap pentingnya sungai dipelihara supaya terus bersih.

Demikian juga walaupun ada pelbagai peraturan dan undang-undang mencegah kotoran dan sisa pengilangan atau ternakan dibuang ke sungai, kegiatan tidak bertanggungjawab ini tetap diteruskan. Pemantauan dan pencegahan oleh Jabatan Alam Sekitar dan pihak berkuasa tempatan perlu ditingkatkan. Lazimnya, apabila pencemaran didedahkan media, barulah mereka bertindak. Bahkan kadangkala pesalah hanya dikenakan kompaun yang tidak seberapa sehingga tidak wujud perasaan takut menghadapi tindakan. Walaupun ada peruntukan membolehkan kilang yang secara berterusan membuang sisa dan sisa toksik ditutup, apakah tindakan drastik demikian ini pernah diambil? Sebenarnya kalau ada kemahuan, sungai-sungai ini sememangnya boleh dipulihkan menjadi bersih agar ikan akan dapat membiak kembali dan berbagai-bagai kegiatan riadah dan pelancongan boleh dilaksanakan menggunakan sungai terbabit.

Jelasnya, segala usaha mungkin akan mengambil masa tetapi sekiranya ada keazaman dan dengan perangan rapi dan dapat pula dilaksanakan dengan betul tanpa pengecualian tentunya sungai-sungai yang terjejas dapat dipulihkan.

Page 91: contoh karangan isu semasa

91

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

45. Isu teknologi maklumat – ceramah

Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Pengerusi Majlis, pegawai-pegawai persatuan belia, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Pada era ‘dotcom’ ini, banyak negara di dunia yang berlumba-lumba untuk memajukan bidang multi media (pelbagai media) mereka. Dalam hal ini Malaysia, sebagai harimau Asia tidak ketinggalan. Kerajaan sedang berusaha membangunkan Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali sebagai Multi-media Super Corridor (MSC) di kawasan seluas 750 kilometer persegi, dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC) hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Projek ini ternyata meninggalkan pelbagai implikasi atau kesan kepada rakyat Malaysia sama ada implikasi yang positif atau negatif. Kesan-kesan MSC dapat dilihat dari aspek pendidikan, ekonomi, industri, sosial dan politik.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Kehadiran teknologi multi media adalah anugerah istimewa kepada dunia pendidikan. Tugas mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi multi media. Seluruh dunia telah menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan adanya teknologi ini. Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat telah dapat diperluas. Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara guru dan pelajar sahaja, malah dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik darjah bukan lagi disempadani batu-bata dan kayu, sebaliknya alam maya. Contohnya, cara hidup di Cyberjaya yang disiarkan melalui iklan di suratkhabar baru-baru ini menjelaskan hakikat ini. Iklan tersebut berbunyi, “Jika anda sakit dan tidak dapat menghadiri sekolah, kami akan menghantar guru ke rumah anda!” Iklan tersebut memaparkan gambar seorang budak yang sakit menggunakan komputer untuk meneruskan pelajarannya tanpa perlu pergi ke sekolah. Inilah kelebihan teknologi multi media dalam bidang pendidikan.

Hadirin yang budiman,

Selain itu, dari segi ekonomi, urusan perniagaan dapat dijalankan dengan efektif dan efisien dengan adanya kemudahan multi media ini. Dunia hari ini heboh tentang ‘e-niaga’ atau ‘e-commerce,’ cara perniagaan melalui elektronik. Syarikat-syarikat e-niaga muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Hampir semua perniagaan sekarang mengiklankan alamat laman web mereka beserta alamat mel elektronik (e-mail atau sedang diguna dalam bahasa Melayu sebagai emel!). Kini ‘www.sesuatu.com.my’ bukan lagi satu perkara yang baru. Pelbagai barang dan perkhidmatan dijual dan dibeli melalui internet, bukan sahaja dari dalam negara malah dari seluruh pelosok global ini. Syarikat-syarikat Malaysia juga tidak ketinggalan dalam hal ini. Malah tidak beberapa lama dahulu ada berita di suratkhabar yang mengkhabarkan seorang surirumah tempatan mengambil pesanan nasi lemak melalui emel!

Page 92: contoh karangan isu semasa

92

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

Justeru, jelas bahawa perkembangan multi media membawa kesan positif dari aspek perniagaan.

Hadirin yang dimuliakan,

Di samping itu, kemajuan multi media juga meningkatkan kualiti dan produktiviti keluaran industri kita. Perkembangan multi media secara langsung atau tidak membantu meningkatkan produktiviti manusia. Semua kerja dapat dijalankan dengan cepat, tepat serta dengan kesilapan yang amat minimum. Umpamanya, dengan adanya emel, sesuatu maklumat dapat dihantar dengan cepat melewati batas sempadan negara, masa dan ruang. Tanpa teknologi maklumat kita tidak dapat bersaing di pasaran antarabangsa. Produk kita akan dicap sebagai ketinggalan zaman. Mujurlah, kerajaan Malaysia siang-siang lagi telah memberi tumpuan kepada pembangunan multi media. Malah ketika melawat MSC, Bill Gates (Microsoft Corporation), insan terkaya di dunia, memuji Malaysia sebagai negara yang paling serius dalam membangunkan pusat multi medianya. Beliau menambah, di luar Amerika Syarikat pembangunan seumpama ini (seperti di Malaysia) sukar didapati. Jadi terbukti bahawa pembangunan multi media membolehkan Malaysia “berdiri sama tinggi, dan duduk sama rendah” dengan negara-negara maju yang lain.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Dari segi sosialnya pula, pembangunan multi media mengeratkan lagi hubungan antara rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia sama ada yang berada di dalam negara atau yang berada di luar negara atas urusan pelajaran atau perniagaan dapat berhubungan dengan ahli keluarga dan sahabat handai pada bila-bila masa. Mel elektronik boleh diterima dan dihantar dari mana-mana pelosok dunia. Maklumat, berita, ucapan dan pandangan dapat disalurkan agar rakyat membuat keputusan yang rasional dalam kehidupan seharian. Hubungan melalui mel elektronik bukan sahaja mudah malah jauh lebih murah daripada panggilan telefon dan jauh lebih pantas daripada penghantaran surat. Selain itu, hubungan antara negara terutamanya pemimpin politik dan tokoh perniagaan juga berjalan lancar melalui internet. Semangat persefahaman dan kerjasama dapat dipupuk di kalangan rakyat pelbagai negara dan berbagai-bagai kaum. Bukankah multi media satu anugerah yang tiada tolok bandingnya?

Hadirin sekalian,

Walau bagaimanapun, pembangunan pesat multi media tidak bebas daripada implikasi negatifnya. Internet hari ini lebih menjurus kepada aspek-aspek yang negatif. Malah di Malaysia sendiri, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan kemudahan internet untuk menyebarkan khabar-khabar angin. Saya yakin kita masih ingat khabar angin bahawa akan berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei, 1999 di Chow Kit, Kuala Lumpur yang disebarkan melalui internet. Selain itu, kempen memburuk-burukkan pemimpin kerajaan dan

Page 93: contoh karangan isu semasa

93

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

kerajaan sendiri memang terus-menerus berlaku. Inilah aspek negatif internet yang sukar dibendung oleh sesiapa.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Internet juga menjadi wahana penyebaran unsur-unsur lucah terutamanya di kalangan generasi muda. Gambar dan bahan pornografi yang lain mengisi kebanyakan daripada ruang maya dalam internet. Remaja yang dahagakan pengetahuan seks dijadikan sasaran utama peniaga-peniaga bahan porno ini. Pengusaha-pengusaha ini juga mengaut keuntungan besar dengan memberikan perkhidmatan berunsur seks mereka itu dengan mengenakan bayaran sehingga RM50.00 sejam. Masalah ini juga merebak dengan cepat di kalangan pelajar-pelajar sekolah tidak kira lelaki atau perempuan. Ini turut memeningkan kepala para guru dan ibu bapa. Hampir semua pelajar sekolah hari ini terdedah kepada ancaman negatif ini. Kewujudan kafe siber di merata-rata tempat memburukkan lagi keadaan. Kafe-kafe ini merupakan pusat perkembangan dan perkongsian maklumat negatif di kalangan remaja dan belia. Dari sini juga lah aktiviti-aktiviti negatif yang lain seperti merokok, menagih dadah, gengsterisme dan vandalisme mula bertapak di sanubari anak-anak.

Hadirin yang dikasihi,

Selain itu, jika perkembangan multi media tidak dikawal implikasi yang lebih buruk boleh melanda sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia, sebarang isu perkauman dan agama yang disebarkan dengan niat yang jahat pasti mempengaruhi rakyat untuk bertindak di luar batasan kemanusiaan. Semua ini boleh membawa kemudaratan kepada negara kita sendiri. Anasir-anasir yang jahat boleh menyalurkan isu-isu sensitif tentang hak dan kepercayaan masyarakat pelbagai kaum bagi menwujudkan huru-hara di dalam negara. Sekiranya kerajaan tidak mengawasi pergerakan golongan yang berniat jahat ini, keadaan anarki mungkin terpaksa dihadapi oleh negara dan rakyat kita. Oleh itu, kesan negatif multi media yang boleh mengheret rakyat ke kancah perang sivil dan kaum wajiblah dielakkan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Jelaslah bahawa teknologi maklumat membawa pelbagai kebaikan, namun pada masa yang sama memberi laluan kepada aneka keburukan yang mampu melanda negara kita. Menjadi tugas kitalah bagi mengambil yang jernih dan membuangkan yang keruh.

Sekian, terima kasih.

Page 94: contoh karangan isu semasa

94

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

46. Kewajaran larangan penggunaan telefon bimbit di sekolah

Teknologi yang canggih telah membantu manusia untuk melaksanakan pelbagai urusan dan menjadikan negara kita semakin maju. Ringkasnya, peralatan teknologi yang canggih dapat membantu manusia membuat sesuatu kerja yang tidak termampu dilakukan oleh manusia. Sehubungan itu, pelbagai alat teknologi seperti komputer, telefon bimbit, satelit dan sebagainya telah dicipta dari semasa ke semasa untuk kemudahan kita.

Antara alat canggih yang telah dicipta oleh manusia, telefon bimbitlah yang paling biasa digunakan. Dengan adanya telefon bimbit, kita dapat menghubungi sesiapa sahaja walau di mana-mana pun hatta berada di tempat yang sangat jauh. Selain itu, pengendali telefon bimbit juga memperkenalkan perkhidmatan mesej pendek. Oleh itu, kita dapat menghantar berita dengan telefon bimbit, bukan lagi menggunakan perkhidmatan pos yang lambat dan berkos tinggi. Perkhidmatan ini lebih menjimatkan masa dan wang. Oleh itu, banyak orang menggunakan telefon untuk perkhidmatan ini. Selain itu, kamera serta pemain muzik juga telah dipasangkan pada telefon bimbit. Telefon bimbit juga semakin canggih hingga boleh melayari laman web dan juga menggunakan perkhidmatan 3G.

Kebanyakan ibu bapa membeli telefon bimbit untuk anak-anak mereka kerana mudah dihubungi. Oleh itu, kita dapat melihat banyak murid yang mempunyai telefon bimbit termasuklah murid-murid sekolah rendah. Setelah mempunyai telefon bimbit, mereka dapat membuat apa-apa sahaja serta dapat pergi ke mana-mana sahaja kerana dengan kemudahan telefon bimbit, mudah sahaja hendak menghubungi mereka. Sebagai akibatnya, banyak murid akan membawa telefon bimbit ke sekolah walaupun tidak dibenarkan.

Langkah kerajaan melarang penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar di sekolah memang tepat. Apabila pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, mereka akan mengakibatkan banyak masalah disiplin. Mereka akan menunjuk-nunjukkan telefon yang dibelikan oleh ibu bapa mereka. Maka, sikap materialistik wujud dalam diri pelajar yang masih berusia muda itu. Pelajar yang tidak mempunyai telefon bimbit juga akan berasa tersisih kerana tidak ada teman berbual seperti kawan lain yang mempunyai telefon bimbit. Mereka berasa rendah diri dan tidak puas hati dan akhirnya mereka mungkin mencuri telefon bimbit orang lain. Kesannya, pihak sekolah pula terpaksa menguruskan kes kecurian sehingga menyebabkan proses pembelajaran terganggu. Soalnya, adakah patut kita membebankan guru dengan beban baharu, iaitu menjadi pegawai penyiasat kecurian telefon bimbit?

Selain itu, pelajar tidak dapat menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar kerana mereka akan bermain dengan telefon bimbit. Seterusnya, apabila terdapat deringan telefon bimbit, proses pembelajaran dan pengajaran akan mengalami gangguan. Semasa ujian, pelajar juga boleh menggunakan telefon bimbit untuk menghantar mesej berbentuk

Page 95: contoh karangan isu semasa

95

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

jawapan kepada rakan yang lain. Perkara ini adalah amat tidak berakhlak dan tidak adil terhadap pelajar lain. Dengan telefon bimbit yang canggih, mereka dapat mengambil gambar serta mendengar lagu kegemaran mereka. Gejala seperti ini tidak patut berlaku di sesebuah sekolah. Selain itu, dengan menggunakan telefon bimbit, pelajar-pelajar dapat memuat turun gambar-gambar atau klip-klip video yang tidak senonoh. Mereka akan berkongsi gambar atau klip video tersebut dengan rakan. Maka, pelajar akan mudah tepengaruh dengan gejala tidak sihat.

Mengikut kajian, telefon bimbit akan mengeluarkan sejenis gelombang bunyi yang akan menjejaskan kesihatan. Tambahan pula, kini para pelajar masih dalam proses tumbesaran. Telefon bimbit tidak sesuai digunakan oleh murid-murid yang berusia muda kerana akan menjejaskan kesihatan mereka. Hakikat ini haruslah diberikan perhatian oleh setiap pihak. Mencegah itu lebih daripada merawat. Janganlah apabila kesihatan sudah terjejas, pihak lain pula dipersalahkan sedangkan mereka sudah diingatkan berkali-kali tentang kesan gelombang telefon itu.

Tuntasnya, langkah kerajaan melarang penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar di sekolah sememangnya merupakan langkah yang bijak. Melalui perbincangan saya di atas, kita dapat mengetahui impak penggunaan sebuah alat yang canggih ini terhadap para pelajar. Bagi mengelakkan perkara-perkara tersebut berlaku, adalah lebih baik para pelajar menggunakan telefon bimbit apabila dewasa nanti kerana telefon bimbit memerlukan kos penggunaan yang tinggi.

Page 96: contoh karangan isu semasa

96

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

47. Isu pengangkutan awam

Rangkaian pengangkutan awam di negara kita meliputi pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT) dan monorel. Memang sudah ada banyak usaha yang dilakukan untuk menyatukan semua perkhidmatan ini tetapi kejayaannya masih jauh lagi. Oleh itu, pelbagai kemelut yang melanda sistem pengangkutan awam negara kita harus difahami untuk menangani masalah yang sudah berlanjutan agak lama ini.

Sudah pasti dilema utama yang dihadapi oleh masyarakat terhadap sistem pengangkutan awam kita ialah harganya yang mahal. Kadar tambang terutama teksi dan LRT dianggap oleh masyarakat sebagai agak mahal untuk mereka gunakan dengan kerap sistem pengangkutan itu. Kadaan ini menyebabkan jumlah pengguna pengangkutan awam terutama LRT agak kurang dan tidak menyeluruh seperti mereka hanya menggunakan pengangkutan awam hanya untuk ke pejabat sahaja. Jadi, kemelut utama ini harus diselesaikan oleh kerajaan jika mereka mahu melihat rakyat negara ini berduyun-duyun menggunakan LRT.

Selain itu, kemelut pengangkutan awam ini turut dikaitkan sistem pengangkutan awam yang tidak cekap. Masyarakat menganggap sistem pengangkutan awam terutama bas tidak boleh diharap terutama jadual perjalanannya yang menyebabkan masyarakat sukar untuk merancang dan menjangka tempoh perjalanan yang bakal mereka hadapi. Masalah penjagaan bas, LRT dan teksi turut dikatakan termasuk dalam kategori ini kerana penyelenggaraan yang tidak menyeluruh. Oleh itu, masyarakat bukan sahaja menyampah melihat kegagalan pengangkutan awam mematuhi jadualnya tetapi juga kegagalan mereka untuk menjaga tahap kualiti perkhidmatan pengangkutan awam mereka.

Kalau anda sering menggunakan pengangkutan awam sudah pasti anda akan menghadapi masalah untuk menukar sistem pengangkutan. Contohnya, antara monorel dengan LRT atau antara bas dengan monorel. Keadaan ini menyebabkan penjalanan penumpang terganggu kerana terpaksa beratur untuk membeli tiket sebelum menaiki pengangkutan awam yang lain pula.

Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan, sudah pasti keadaan ini dianggap merumitkan kehidupan masyarakat. Maka, satu sistem tiket yang bersepadu harus dihasilkan oleh kerajaan dengan segera sebelum kemelut ini menjadi semakin rumit untuk diselesaikan.

Malah, pengangkutan awam turut terjejas akibat tindakan segelintir pekerja mereka seperti pemandu teksi dan pemandu bas yang tidak sopan ketika memandu. Sering kali masyarakat mengadu kerakusan pemandu pengangkutan awam di jalan raya yang dibuktikan oleh meningkatkan kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam ini. Sikap tidak

Page 97: contoh karangan isu semasa

97

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

prihatin mereka ini telah memberi satu imej negatif kepada semua pekerja yang bekerja dalam sistem pengangkutan awam negara. Sesungguhnya, semua pekerja pengangkutan awam harus diberi satu kursus untuk memastikan mereka lebih mesra pelanggan dan bukannya dibenci oleh pelanggan.

Kesimpulannya, masalah pengangkutan awam ini memang banyak tetapi rumit untuk diselesaikan. Ketika masyarakat semakin gusar dengan mutu perkhidmatan pengangkutan awam, pihak kerajaan harus membuat tindakan drastik menangani isu ini. Mungkin sudah sampai masanya kerajaan bertindak tegas bagi mengatasi kemelut ini.

Page 98: contoh karangan isu semasa

98

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

48. Isu kenaikan harga barang

Kebelakangan ini, kenaikan harga barang telah melanda negara kita. Kenaikan ini menyebabkan perbelanjaan rakyat Malaysia semakin bertambah. Bagi golongan yang hidup seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang atau kurang berada ini, kenaikan ini sudah pasti menimbulkan beban kepada mereka. Terdapat beberapa langkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk menghadapi kenaikan ini, bak kata pepatah, ingat sebelum kena jimat sebelum habis.

Satu daripada langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah ini ialah setiap rakyat Malaysia perlulah mengamalkan amalan berjimat cermat. Amalan ini dapat dilaksanakan dengan mengurangkan perbelanjaan atau ikat perut. Sebagai contohnya, jika pada suatu ketika dahulu kita berbelanja sebanyak 100 peratus, perbelanjaan tersebut hendaklah dikurangkan kepada 50 atau 60 peratus sahaja. Wang selebihnya hendaklah kita simpan. Melalui cara ini, kita dapat mengurangkan pengaliran wang di pasaran dan seterusnya dapat mengurangkan permintaan terhadap sesuatu barangan sekaligus dapat mengurangkan kenaikan harga barang.

Selain itu, ketua sesebuah keluarga pula hendaklah merancang perbelanjaan keluarga dengan teliti. Semua perbelanjaan hendaklah dibuat berdasarkan keperluan. Hal ini bermaksud barang-barang yang tidak diperlukan hendaklah diketepikan. Sebagai contoh, setiap ahli keluarga hendaklah menangguhkan pembelian pakaian yang berjenama mahal, peralatan perabot, dan sebagainya. Mereka hendaklah menumpukan pembelian barangan keperluan utama seperti beras, gula, tepung, dan sebagainya.

Di samping itu, semua ahli masyarakat hendaklah memboikot barang-barang di pasaran yang harganya naik secara mendadak. Dalam hal ini, masyarakat hendaklah bersatu hati seperti yang terungkap dalam pepatah Melayu, bersatu teguh bercerai roboh. Sebagai contohnya, masyarakat janganlah membeli ayam dagi di pasar yang mengalami kenaikan harga yang tidak munasabah.Apabila pembeli memboikot pembelian terhadap ayam daging tersebut dalam tempoh tertentu, harga ayam tersebut akan turun kembali.

Bukan itu sahaja, pihak kerajaan pula hendaklah sentiasa membuat pemantauan dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menaikkan harga barangan tanpa mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan. Pegawai yang bertanggungjawab hendaklah mengadakan lawatan mengejut dari semasa ke semasa untuk memastikan penjual mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan tidak bersikap sperti lintah darat. Sebagai contohnya, mana-mana penjual yang menaikkan harga barangan sesuka hati hendaklah didakwa di

Page 99: contoh karangan isu semasa

99

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

mahkamah. Tindakan tegas seperti ini akan menyebabkan mereka tiak berani untuk mengambil kesempatan dalam suasana negara menghadapi kemelut kenaikan harga barang.

Kesimpulannya, kenaikan harga barang telah menyusahkan banyak pihak terutamanya pengguna. Oleh itu, semua pihak hendaklah bekerjasama bagai aur dengan tebig untuk menangani masalah ini. Bagi sesetengah pihak pula, janganlah bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing tetapi sebagai rakyat Malaysia yang prihatin hendaklah bersama-sama mencari jalan untuk menyelesaikan masalah kenaikan harga barang. Sebagai pengguna yang bijak, berhemahlah ketika berbelanja, beli mana yang perlu sahaja. Jimat cermat amalan mulia, sedangkan membazir itu amalan syaitan.

Page 100: contoh karangan isu semasa

100

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

49. Punca-punca berlakunya penderaan kanak-kanak

Marcapada ini, sering meniti dari bibir ke bibir seantero rakyat Malaysia mengenai kes penderaan kanak-kanak yang semakin mencatatkan angka yang membimbangkan. Bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Media massa tidak pernah terlepas daripada memaparkan isu penderaan yang sering dilakukan oleh ibu bapa kandung anak itu sendiri. Mengapakah fenomena ini berlaku? Wajarkah kita menyalahkan anak-anak yang tidak tahu apa-apa dalam hal ini? Terdapat beberapa faktor yang boleh kita kaitkan dengan kes penderaan kanak-kanak.

Tekanan di tempat kerja merupakan salah satu pemangkin berlakunya kes penderaan kanak-kanak. Bagi ibu bapa yang bekerja, mereka pastinya menghadapi tekanan di tempat kerja. Ibu bapa yang tidak dapat mengawal emosi mereka akan menjadikan anak-anak sebagai medium melepaskan geram dan tekanan yang mereka hadapi. Ibu bapa yang tidak berfikir panjang berisiko tinggi melakukan kes penderaan ke atas anak-anak seperti menerajang, mencucuk puntung rokok atau sebagainya. Patutkah anak-anak yang tidak berdosa ini diperlakukan seperti binatang? Tepuk dada tanyalah selera.

Kes penderaan kanak-kanak turut ditunjangi oleh faktor tekanan ekonomi yang dihadapi oleh para orang tua. Kes hidup yang semakin meningkat pada masa ini, memaksa golongan ini berhutang demi memastikan kelangsungan hidup seisi keluarga. Masalah yang kewangan sering berlaku menyebabkan para ibu bapa berasa terbeban. Semua ini dilepaskan kepada sang kecil yang saat itu membutuhkan kasih sayang daripada kedua-dua insan mulia ini. Keadaan ini pasti menyedihkan sesiapa sahaja yang mendengar kes penderaan ini. Anak yang sepatutnya diberi perlindungan dan dibelai oleh ibu bapa, kini menjadi mangsa sepak terajak mereka yang terbeban dengan krisis kewangan yang dihadapi.

Kurangnya didikan agama dalam kalangan ibu bapa turut menyumbang kepada berlakunya masalah penderaan kanak-kanak. Ilmu agama merupakan tunggak utama yang menjamin kepada keutuhan serta perpaduan sesebuah institusi kekeluargaan. Ia juga memberi panduan yang terbaik dalam menguruskan keluarga. Bengkok bayang bengkoklah batangnya. Kadangkala ilmu agama akan menyebabkan sesebuah keluarga itu dipandu dengan cara yang kontra dengan didikan agama. Hal ini yang menyebabkan terdapat segelintir ibu bapa yang menghukum anaknya sehingga meninggalkan kesan seperti luka, lebam dan mungkin juga berlaku pendarahan dalam otak. Di sini kita dapat lihat betapa didikan agama mementaskan peranan yang signifikan dalam kehidupan seharian kita.

Page 101: contoh karangan isu semasa

101

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

Intihanya, penderaan kanak-kanak merupakan suatu tindakan yang keji dan sangat ditegah oleh mana-mana agama pun. Semua pihak harus bekerjasama menggalas obligasi membendung fenomena ini demi mewujudkan masyarakan madani menjelang tahun 2020. Kanak-kanak hari ini harus dipelihara dan diberikan sepenuh perhatian keranan mereka merupakan aset dan pewaris negara yang akan menerajui tampuk kepimpinan negara di hari muka. Oleh itu, hargailah anugerah Ilahi yang tidak ternilai ini.

Page 102: contoh karangan isu semasa

102

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

50. Langkah-langkah yang positif untuk menangani fenomena banjir di negara kita

Banjir yang melanda negara kita telah mengejutkan pelbagai pihak. Masing-masing sibuk mengutarakan pendapat mereka tentang faktor-faktor yang mendorong wujudnya fenomena alam ini. Mereka berpendapat pandangan mereka lebih tepat. Sebenarnya, banyak perkara yang mampu dilakukan untuk menangani mala petaka ini sebelum, semasa dan selepas.

Kerajaan seharusnya memastikan sistem perparitan dalam keadaan baik. Pihak berkuasa tempatan haruslah menjalankan pemeriksaan parit dan longkang di kawasan yang memang dianggap berisiko tinggi untuk menerima banjir. Sikap telus dalam aspek ini memastikan aliran air tidak akan terganggu atau tersumbat. Seterusnya, air tidak boleh bertakung sebegitu mudah. Sistem perparitan yang baik juga memastikan air mudah surut selepas banjir.

Malah, kerajaan seharusnya menubuhkan pusat kajian banjir kebangsaan. Pusat ini berperanan untuk menyelaraskan semua aktiviti berkaitan dengan banjir. Pusat ini bertanggungjawab mengeluarkan amaran banjir dan memastikan setiap bantuan disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir dengan lancar. Dengan kewujudan pusat ini semua perancangan dan tenaga tidak dibazirkan tetapi digunakan sebaik mungkin. Malah, pusat kebangsaan banjir ini juga mampu memastikan tidak berlaku penyelewengan dalam pemberian bantuan banjir.

Malahan, semua pasukan keselamatan seperti polis, tentera, dan pasukan pertahanan awam perlu bersedia. Semua cuti mereka harus dibekukan ketika musim hujan. Mereka juga harus diberi latihan untuk mengendalikan mangsa-mangsa banjir atau keadaan banjir dengan lebih cekap lagi. Penggunaan peralatan moden dan cukup seperti bot dan helikopter harus ditingkatkan. Persediaan ini memastikan semua mangsa akan terselamat kerana mereka akan diselamatkan oleh pasukan yang sudah terlatih dalam situasi bahaya seperti banjir.

Kutipan derma harus dijalankan oleh kerajaan beberapa bulan sebelum musim hujan berlaku. Kutipan derma ini penting supaya semua masyarakat negara berkongsi masalah negara tanpa memilih kaum. Wang derma yang sudah dikutip boleh digunakan untuk merancang strategi yang mampu untuk menyekat masalah banjir ini daripada berlanjutan. Kutipan derma ini juga membantu kerajaan kerana kewangan kerajaan tidak akan terjejas lantaran rakyat sendiri sanggup berkorban demi kebajikan rakyat senegara.

Page 103: contoh karangan isu semasa

103

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa 2015

Selain itu, kerajaan seharusnya menjalankan kempen kesedaran terhadap isu ini melalui media massa. Dalam kempen itu, pelbagai cara atau kaedah menghadapi banjir dijelaskan kepada rakyat. Pengetahuan ini mampu digunakan oleh mangsa-mangsa banjir dengan lebih bijak demi keselamatan mereka.. Kemahiran ini juga memastikan mangsa-mangsa banjir mengetahui cara-cara mendapatkan maklumat seperti kewujudan pusat-pusat bantuan banjir dan keadaan cuaca semasa. Pengetahuan ini memastikan mangsa-mangsa banjir tidak panik.

Kesimpulannya, banjir memang sukat diatasi tetapi sikap berwaspada mampu mengurangkan impak bencana ini. Semua pihak tanpa perlu menuding jari haruslah memainkan perana mereka dalam isu ini. Rakyat seharusnya lebih bersikap proaktif dengan membuat persediaan awal mereka sendiri tanpa bergantung kepada kerajaan. Kita tidak mahu pelbagai masalah wujud selepas bencana ini surut.Mungkin peribahasa ‘Sediakan payung sebelum hujan’ boleh menjadi renungan semua.