contoh karangan ramalan

12
Contoh soalan: Persatuan Bahasa malaysia sekolah kamu akan mengadakan pertandingan syarahan sempena Bulan Kemerdekaan . Selaku setiausaha persatuan,kamu diminta menulis surat kebenaran untuk menggunakan dewan kepada guru besar. Tulis surat itu selengkapnya. Jawapan: Persatuan Bahasa Malaysia, Sekolah Kebangsaan Subang Jaya, 47600 Subang Jaya, Selangor. _________________________________________________________________ _____________ Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Subang Jaya, 47600 Subang Jaya, Selangor. 17 MAC 2011 Tuan, Kebenaran Menggunakan Dewan Sekolah Dengan segala hormatnya,saya merujuk perkara di atas. 2. Persatuan Bahasa Malaysia sekolah ini akan menganjurkan pertandingan syarahan sempena Bulan Kemerdekaan pada bulan hadapan. Sehubungan itu, saya selaku setiausaha persatuan memohon kebenaran pihak tuan untuk menggunakan dewan sekolah ini bagi tujuan tersebut. 3. Tujuan pertandingan ini diadakan untuk mencungkil bakat bersyarah dalam kalangan murid-murid sekolah ini serta mencari peserta terbaik bagi mewakili sekolah ke pertandingan syarahan di peringkat daerah. 4. Untuk makluman tuan,pertandingan tersebut akan diadakan seperti berikut Hari dan Tarikh : Sabtu (17 April 2011)

Upload: sri-prakash-parchieappan

Post on 13-Dec-2015

258 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

contoh karangan

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh karangan ramalan

Contoh soalan: Persatuan Bahasa malaysia sekolah kamu akan mengadakan pertandingan syarahan sempena Bulan Kemerdekaan . Selaku setiausaha persatuan,kamu diminta menulis surat kebenaran untuk menggunakan dewan kepada guru besar. Tulis surat itu selengkapnya.

Jawapan:

Persatuan Bahasa Malaysia,Sekolah Kebangsaan Subang Jaya,47600 Subang Jaya,Selangor.______________________________________________________________________________

Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Subang Jaya,47600 Subang Jaya,Selangor. 17 MAC 2011

Tuan,Kebenaran Menggunakan Dewan Sekolah

Dengan segala hormatnya,saya merujuk perkara di atas.

2. Persatuan Bahasa Malaysia sekolah ini akan menganjurkan pertandingan syarahan sempena Bulan Kemerdekaan pada bulan hadapan. Sehubungan itu, saya selaku setiausaha persatuan memohon kebenaran pihak tuan untuk menggunakan dewan sekolah ini bagi tujuan tersebut. 3. Tujuan pertandingan ini diadakan untuk mencungkil bakat bersyarah dalam kalangan murid-murid sekolah ini serta mencari peserta terbaik bagi mewakili sekolah ke pertandingan syarahan di peringkat daerah.4. Untuk makluman tuan,pertandingan tersebut akan diadakan seperti berikut

Hari dan Tarikh : Sabtu (17 April 2011)

Tempat dan Masa : Dewan Sekolah Kebangsaan Subang Jaya (8.00 pagi)Besarlah harapan kami sekiranya pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini. Segala kerjasama yang tuan berikan dalam menjayakan program ini amatlah dihargai.

Sekian,terima kasih.Yang benar,____faiz najmie__(FAIZ NAJMIE B HASAN)Setiausaha,Persatuan Bahasa Malaysia,Sekolah Kebangsaan Subang Jaya.

Page 2: Contoh karangan ramalan

Soalan : Persatuan Pengakap sekolah kamu akan mengadakan Perkhemahan Tahunan. Sebagai setiausaha, kamu perlu menulis surat kepada Guru Besar sekolah kamu untuk memohon mengadakan perkhemahan tersebut.Tulis surat tersebut selengkap.

Persatuan Pengakap,Sekolah Kebangsaan Taman Tambun,14000 Simpang Empat,Pulau Pinang.______________________________________________________________________________Tuan Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Taman Tambun,14000 Simpang Empat,Pulau Pinang. 05 MAC 2012

Tuan,

Memohon Mengadakan Perkhemahan Tahunan Pengakap

Berhubung perkara di atas, Saya Ali bin Abu, setiausaha Pasukan Pengakap Sekolah Kebangsaan Taman Tambun ingin memohon untuk mengadakan Perkhemahan Tahunan Pasukan Pengakap.

2. Untuk makluman pihak tuan, Ahli Jawatankuasa Persatuan Pengakap sekolah telah merancang untuk mengadakan aktiviti perkhemahan tahunan. Butir-butir perkhemahan adalah seperti ketetapan berikut ;

Tarikh : 6 Mac 2012 hingga 8 Mac 2012 Tempat : Padang Sekolah Peserta : 40 orang ahli pengakap

3. Tujuan perkhemahan ini diadakan adalah sebagai aktiviti tahunan pertubuhan ini. Selain itu, perkhemahan ini diadakan untuk memberikan pengalaman di samping dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid seperti berdisiplin, bekerjasama, berdikari dan sebagainya.

5. Kami berharap pihak tuan dapat menimbang permohonan ini. Kami juga berharap pihak tuan dapat memberi maklum balas secepat mungkin agar kami dapat membuat persediaan awal. Sekiranya tarikh yang kami cadangkan itu tidak bersesuaian, maka pihak tuan bolehlah mencadangkan tarikh yang lain.Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

Aiman Hakim…………………………………(AIMAN HAKIM BIN ILHAM)Setiausaha Persatuan Pengakap Sekolah Kebangsaan Taman Tambun.

Page 3: Contoh karangan ramalan

(Faedah berjimat cermat)

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis,para hakim yand adil lagi bijaksana, guru -gura dan rakan -rakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah "Faedah berjimat cermat"Hadirin yang dihormati,

Faedah berjimat cermat bereti kebaikan yang diperoleh apabila kite berhemat dan berhati -hati ketika membelanjakan wang supaya tidak berlaku pembaziran.

Kita mestilah berjimat cermat semasa berbelanja supaya dapat menyimpan wang yang selebihny.Wang itu bolehlah kita simpan di dalam bank supaya selamat dan dapat digunakan untuk keperluan pada masa depan. Berjimat cermat dapat mengelakkan kita daripada sikap membazir. Sikap membazir akan menyebabkan kita mengalami kesusahan pada masa depan. Kita juga akan menjaga kesihatan kita kerana kita tidak akan membeli barang yang boleh membahayakan kesihatan kita. Para hadirin, Sikap berjimat cermat dapat dilakukan dengan membeli barang yang perlu sahaja. Kita perlulah menyenaraikan barang yang ingin dibeli terlebih dahulu sebelum membeli. Ini bagi mengelakkan kita daripada membeli barang yang tidak perlu. Setakat ini sahaja syarahan daripada saya. Saya ingin menegaskan sekali bahawa berjimat cermat dapat memberi banyak faedah kepada kite.

Sekain, terima kasih.

Page 4: Contoh karangan ramalan

SOALAN:

Andaiakan bahawa anda pegawai kaunseling dari Jabatan Pelajaran.Anda telah diundang untuk menyampaikan ceramah disebuah sekolah.Ceramah tersebut bertajuk “Gejala Vandalisme di Sekolah”.Tulis teks ceramah anda selengkapnya.

JAWAPAN:

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis,Yang berusaha Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Murni,Puan Hajah Saleha Tumin,guru-guru,para pelajar dan hadirin sekalian.Lebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang menyampaikan ceramah yang bertajuk,”Gejala Vandalisme di Sekolah”.

Hadirin yang dihormati,

Vandalisme dapat dikelaskan kepada tiga bahagian iaitu perlakuan,dendam dan conteng.Biasanya,mereka yang terlibat dalam gejala ini ialah remaja yang berusia sekitar 15 tahun hingga 21 tahun.Antara tempat yang sering menjadi tumpuan termasuklah telefon awam,papan tanda,dinding tandas,peralatan sekolah dan sebagainya.

Pelbagai faktor yang mempengaruhi gejala vandalisme ini.Antara punca utama termasuklah pengaruh rakan sebaya.Golongan remaja amat mudah terpengaruh oleh persekitarannya.Desakan rakan sebaya dan sikap tidak mahu ketinggalan dalam kumpulan mendorong situasi ini berlaku.Keadaan ini secara tidak langsung dapat mencorakkan sikap,nilai,serta tingkah laku mereka.

Ibu bapa dapat menjadi penyebab kepada masalah ini juga.Remaja yang terjebak lazimnya lahir daripada keluarga yang bermasalah.Ibu bapa yang terlalu sibuk bekerja hingga mengabaikan keperluan dan kasih sayang akan menyebabkan ank-anak berasa tersisih.Sikap ambil mudah dan kurangnya pemantauan daripada ibu bapa dapat menyebabkan anak-anak akan melakukan perkara di luar kawalan.

Selain itu,ibu bapa tidak harus memandang remeh aspek pembentukan akhlak menerusi nilai-nilai agama juga.Didikan agam dan amalan ajaran agama amat penting untuk membentuk jiwa anak-anak yang masih mudah dilentur ini.Hanya nilai agama yang dapat membentengi jiwa mereka dalam menghadapi pelbagai gejala negatif.

Hadirin yang budiman,

Saya benar-benar berharap agar gejala vandalisme ini dapat dibanteras melalui penguatkuasaan undang-undang yang ketat.Semua pihak memainkan peranan penting untuk memberikan bimbingan dan nasihat kepada para pelajar mengenai kepentingan menjaga dan menghargai harta benda awam.Sekian,terima kasih.

Page 5: Contoh karangan ramalan

Faedah-faedah Membaca

Amalan membaca merupakan salah satu tabiat yang amat bermanfaat.Semua lapisan masyarakat haruslah berusaha mengamalkan budaya membaca kerana Membaca Jambatan Ilmu. Antara kebaikan membaca termasuklah dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Kita dapat mengetahui tentang perkara-perkara baru yang tidak kita ketahui sebelum ini. Pengetahuan am kita akan bertambah luas dan kita akan menjadi lebih bijak.

Selain itu, kita dapat mengetahui tentang isu-isu atau perkembangan semasa yang berlaku di dalam negeri dan di luar negara. Contohnya isu kegawatan ekonomi, bencana dan peperangan, krisis air dan pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh dunia. Justeru, kita tidak lagi ketinggalan zaman atau dianggap "seperti katak di bawah tempurung".

Membaca dapat mematangkan fikiran kita juga. Dengan membaca, kita dapat mengetahui tentang kebaikan dan keburukan sesuatu perkara. Oleh itu, kita didorong untuk berfikir secara lebih baik dalam membuat penilaian terhadap sesuatu perkara itu.

Masa adalah emas dan perlu digunakan dengan bijak.Membaca buku-buku seperti ini amat bermanfaat.Kita haruslah tanamkan sikap suka membaca buku.Jadikanlah amalan membaca buku amalan harian.

Sesungguhnya banyak kebaikan atau faedah yang dapat diperoleh dengan membaca. Justeru, tabiat membaca harus dijadikan amalan seharian. Kita perlu mencontohi sikap masyarakat di negara maju seperti Jepun yang menjadikan membaca sebagai budaya hidup mereka.

Page 6: Contoh karangan ramalan

MENGHORMATI IBU BAPA

Ibu bapa banyak berkorban untuk kita. Mereka telah membesarkan kita dengan bersusah-payah. Selain kasih kepada ibu, anak mesti juga memberi kasih sayang yang sama kepada bapa. Oleh itu, manusia harus berbakti kepada ibu bapa dan mentaati suruhannya sebagai tanda membalas budi terhadap jasa keduanya.

Mendengar nasihat yang diberikan oleh ibu bapa merupakan satu cara untuk menggembirakan mereka. Kita tidak seharusnya memandang ringan akan nasihat mereka. Ini akan mengecewakan hati mereka.

Di sampingan itu kita juga boleh menggembirakan hati mereka dengan belajar bersungguh-sungguh. Ibu bapa akan rasa seronok dan merasa segala pengorbanan mereka terbalas dengan kejayaan yang kita perolehi .

Sebagai anak, kita juga seharusnya membantu mereka di dalam membuat kerja-kerja harian seperti menyapu sampah, melipat kain, menjaga adik dan sebagainya. Kerja-kerja seperti ini dapat meringankan beban mereka.

Sebagai anak, kita seharusnya menghormati dan mentaati ibu bapa agar hidup diberkati dan menjamin keluarga bahagia.

Page 7: Contoh karangan ramalan

Temu ramah

Anda telah dilantik untuk menemu ramah guru besar yang akan bersara tidak lama lagi. Temu ramah tersebut akan disiarkan dalam majalah sekolah.Tuliskan temu ramah itu selengkapnya.

Saya merupakan pengarang majalah Sekolah Menengah Seri Sentosa. Saya telah menemuramah tuan pengetua sekolah saya, yakni Encik Mazlan bin Muzaffar yang akan bersara tidak lama lagi. Berikut ialah temu ramah kami.

Lily : Selamat pagi, tuan pengetua.

Pengetua : Selamat pagi, sila masuk.

Lily : Terima kasih. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahiah kepada tuan pengetua kerana akan bersara dua bulan lagi.

Pengetua : Terima kasih. Tetapi jika ada peluang, saya ingin terus berkhidmat dalam bidang pendidikan.

Lily : Saya juga ingin mengambil kesempatan ini mewakili semua warga sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan pengetua atas sumbangan selama ini.

Pengetua : Ini merupakan kewajipan saya.

Lily : Bolehkah tuan pengetua mengisahkan tentang latar belakang pengetua?

Pengetua : Tentu boleh. Saya telah menamatkan kursus pendidikan di Universiti Malaya pada tahun 1973. Setelah tamat pengajian, saya terus berkhidmat di Sekolah Menengah Seri Petaling sebagai guru biasa.

Lily : Sejak bilakah tuan pengetua memegang jawatan pengetua?

Pengetua : Setelah 5 tahun berkhidmat sebagai guru biasa, saya telah dinaikkan pangkat menjadi penolong kanan pengetua. Pada tahun 1982, saya telah dinaikkan pangkat menjadi pengetua di Sekolah Menengah Seri Sentosa sampai hari ini.

Lily : Wah, rupa-rupanya tuan pengetua telah berkhidmat di sekolah kita selama 27 tahun. Bolehkah tuan pengetua berkongsi dengan kita sumbangan-sumbangan pengetua di sekolah ini?

Pengetua : Perkara yang paling saya bangga ialah saya telah berjaya meningkatkan imej sekolah ini. Saya masih ingat lagi, semasa saya datang ke sekolah ini, kemudahan infrastruktur dan displin pelajar amat teruk.

Lily: Apakah usaha-usaha beliau dalam membaiki hal ini?

Pengetua : Saya telah memperketatkan peraturan-peraturan sekolah. Saya bukan sahaja mengundang polis hadir ke sekolah untuk memberi ceramah, malah saya juga menjalankan hukuman berat terhadap pelajar yang melanggar peraturan sekolah.

Page 8: Contoh karangan ramalan

Lily : Bagaimana pula dengan masalah kemudahan-kemudahan sekolah?

Pengetua : Saya telah meminta tajaan daripada peniaga-peniaga berhampiran. Saya juga meminta subsidi daripada kerajaan.

Lily : Apakah harapan atau dorongan tuan pengetua terhadap sekolah dan pelajar sekolah ini?

Pengetua : Saya berharap sekolah ini boleh menjadi sekolah yang paling cemerlang bukan sahaja dalam akademik bahkan juga dalam bidang sukan di negeri ini.

Lily : Seperti yang saya tahu, tuan pengetua sangat sibuk dalam pekerjaan. Bagaimanakah tuan pengetua meluangkan masa yang emas untuk menemani ahli keluarga?

Pengetua : Setiap hujung minggu, walau bagaimana sibuk pun, saya mesti menghadir aktiviti hari keluarga saya.

Lily : Nampaknya temu ramah kita sampai sini sahaja. Terima kasih tuan pengetua. Saya berharap pelajar-pelajar sekalian akan menghargai sumbangan dan jasa pengetua selamanya. Saya ucapkan ribuan terima kasih sekali lagi.

Pengetua : Sama-sama.

Page 9: Contoh karangan ramalan

Dialog bersama rakan

Sambil menunggu ibu bapa di tempat perhentian bas di hadapan sekolah, Zubaidah bersembang bersama rakan baiknya Adlina. Mereka menceritakan tentang pengalaman masing-masing semasa cuti akhir tahun persekolahan yang lalu. Ikutilah perbualan meraka.

Zubaidah: Cuti sekolah baru-baru ini awak pergi bercuti ke mana?

Adlina : Oh, saya pergi bercuti di Sabah selama 6 hari 5 malam bersama keluarga. Awak pula bagaimana?

Zubaidah: Saya banyak menghabiskan masa di rumah tambahan pula, nenek saya menziarahi kami sekeluarga. Apakah aktiviti yang paling menarik ketika awak berada di Sabah?

Adlina : Aktiviti yang paling menarik ketika saya berada di Sabah ialah saya berpeluang member minuman kepada seekor kambing yang tanduknya baru sahaja hendak tumbuh. Saya juga dapat menikmati susu segar yang baru diperah. Bagaimana dengan awak pula, Zubaidah? Apakah aktiviti yang kamu lakukan semasa berada di rumah?

Zubaidah: Saya membantu ibu saya memasak, menguruskan dapur serta rumah. Dengan itu, saya dapat meningkatkan lagi kemahiran saya dalam bidang Ekonomi Rumah Tangga(ERT).

Adlina : Baguslah kalau begitu, awak dan ibui awak bagai aur dengan tebing kerana selalu tolong-menolong antara satu sama lain.

Zubaidah: Oh, terima kasih.

Adlina : Eh, itu kelihatannya seperti kereta ibu saya!

Zubaidah: Baiklah, kita jumpa esok. Kirimkan salam saya buat ibu awak. Assalamualaikum.

Adlina : Baiklah.