contoh kajian tindakan pendidikan islam

Upload: zahidan-ariffin

Post on 07-Mar-2016

234 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

as

TRANSCRIPT

Contoh kajian tindakan pendidikan islam1. JANGAN LUPA AYAT : KEMAHIRAN MENGHAFAZ SURAHMohd Hazri Bin Abdul Rani SK EWA, Langkawi ABSTRAK Hafazan sememangnya satu bidang yang amat ditakuti oleh murid-murid saya. Mereka menganggapnya sebagai satu kemahiran yang sukar dikuasai. Selalunya mereka tidak akan dapat menguasai surah yang melibatkan kemahiran hafazan. Ini menyebabkan soalan dalam bidang tilawah yang memerlukan murid menjawab dengan berpandukan kepada daya ingatan mereka akan ditinggalkan kosong oleh murid atau sekadar meneka jawapan yang disediakan. Saya memfokuskan kajian ini kepada kemahiran menghafaz surah, dan memilih 33 orang murid Tahun 4 sebagai kumpulan sasaran. Tinjauan awal telah dilakukan dengan menggunakan kaedah pemerhatian dan Ujian Diagnostik. Perasaan negatif yang ketara ialah perasan takut. Ini mungkin disebabkan sikap saya yang agak garang. Keputusan Ujian Diagnostik pula menunjukkan cuma 60% murid dapat menjawab soalan berbentuk fokus kajian dengan betul dan peratus ini merupakan peratus terendah berbanding bentuk-bentuk soalan lain. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah penggunaan kad ayat dan lagu dalam hafazan yang diperkenalkan dapat menyakinkan murid tentang wujudnya kaedah lebih mudah untuk menghafal. Selain itu disediakan juga hadiah dan ini menjadikan bidang tilawah adalah masa yang dinanti-nanti oleh murid. Perbandingan keputusan sebelum aktiviti dijalankan dengan selepas aktiviti dijalankan amat memberangsangkan. Bilangan murid yang telah menguasai hafazan telah meningkat kepada 80%, manakala min bagi perasaan takut juga telah jatuh ke paras tidak signifikan. Ini bermakna tindakan yang diambil dalam kajian tindakan ini adalah tepat dan berkesan. Walaupun pelbagai halangan dihadapi sepanjang melaksanakan kajian ini, saya berasa cukup berpuas hati apabila melihat murid yang paling malas dalam kelas ini turut melibatkan diri dan menyatakan seronok belajar menghafal.

2. 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN LALU Sekolah Kebangsaan Ewa merupakan sebuah sekolah yang digolongkan dalam kategori sekolah luar bandar. Apa yang hendak saya luahkan di sini adalah, mata pelajaran Pendidikan Islam sering diambil mudah dan dipandang sebagai mata pelajaran elektif oleh sebilangan murid. Ini kerana, pada anggapan mereka mata pelajaran Pendidikan Islam adalah satu mata pelajaran yang kurang penting kerana mata pelajaran ini tidak termasuk di dalam senarai mata pelajaran yang akan dijawab oleh murid-murid terbabit semasa Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Mereka juga menganggap mata pelajaran Pendidikan Islam menjadi satu bebanan kepada mereka kerana mereka terpaksa berhadapan dengan beberapa pecahan bidang yang terdapat di dalam mata pelajaran Pendidikan Islam seperti aqidah, ibadah, sirah, tilawah al-Quran, akhlak, jawi dan amali. Bidang tilawah Al-Quran contohnya, mempunyai beberapa pecahan kemahiran yang perlu dipelajari seperti bacaan surah, hafazan dan pengertian surah. Bidang hafazan misalnya, amat memerlukan penumpuan yang penuh dan teliti terhadap surah-surah yang ingin dihafaz dan ini berlainan dengan mata pelajaran lain yang boleh dipelajari dengan hanya membaca dan memahami formula atau fakta tertentu dan tidak memerlukan kepada hafalan. Ii 3. iii 2.0 FOKUS KAJIANHasil daripada ujian pra, saya dapati seramai 33 orang murid tahun empat gagal mentasmiq hafazan dengan baik di hadapan guru. Terdapat juga sebilangan pelajar yang cuma dapat menghafaz separuh dan ada juga pelajar yang menghadapi masalah untuk menghafaz dengan bacaan yang betul dari aspek makhraj huruf, tajwid dan sebagainya. Sesetengahnya pula tidak dapat membezakan di antara hujung atau permulaan ayat yang mempunyai bunyi yang hampir sama. Kelemahan ini dikenal pasti berpunca daripada kaedah pengajaran guru yang kurang menarik minat murid, dan kekurangan bahan bantu mengajar yang lebih berkesan dan juga sikap murid itu sendiri. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi dengan berkesan, maka dikhuatiri, murid-murid ini akan menghadapi masalah untuk menghafaz surah-surah dalam peringkat yang berikutnya dan ini boleh berlanjutan sehingga mereka memasuki alam persekolahan menengah nanti. (Keputusan ujian : rujuk lampiran A : Keputusan Ujian Hafazan Tahun Empat 2009)

4. iv 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Am: Meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam khususnya dalam bidang hafazan dan para pelajar dapat menggunakan kaedah hafazan yang bersesuaian dengan kemampuan diri masing-masing. 3.2 Objektif Khusus: i. Murid dapat membaca surah Al-Adiyat dengan baik, fasih, lancar dan bertajwid ii. Murid dapat menghafaz surah Al-Adiyat dengan betul, lancar dan mengikut hukum tajwid. iii. Murid dapat menghafaz makna ayat-ayat dalam surah Al-Adiyat dengan betul. 4.0 KUMPULAN SASARAN Semua murid tahun empat dijadikan kumpulan sasaran bagi kajian ini dengan lebih memfokuskan kepada 33 orang murid tahun empat yang gagal dalam ujian pra sebelum ini.

5. v 5.0 PROSEDUR KAJIAN 5.1 Tinjauan Awal Kesukaran murid untuk memahami konsep dan kaedah hafazan yang sebenar dan mudah merupakan cabaran utama yang perlu saya rungkaikan untuk membantu mereka meningkatkan keyakinan diri mereka terhadap bidang hafazan ini. Permasalahan murid-murid ini dapat saya perincikan kepada aspek-aspek berikut: (a)Pengetahuan sedia ada murid tentang surah yang akan dihafaz (b)Sejauh mana murid terdedah kepada bacaan dan hafazan al-quran (c)Permasalahan yang murid hadapi untuk menguasai kaedah hafazan. Untuk membuktikan kewujudan masalah kajian, kaedah yang saya gunapakai ialah ujian dan soal selidik.

6. Aktiviti 1: Penggunaan power point dan kad ayat. Guru telah menyediakan satu bahan power point tentang surah yang dihafaz vi dan juga hiasan-hiasan. Murid diperdengarkan dengan bacaan surah yang dipilih dari beberapa orang qari melalui komputer. Murid juga telah dihidangkan dengan kad ayat surah yang dihafaz. Murid telah mendengar bacaan dari surah yang dibacakan qari tersebut melalui komputer. Guru memperkenalkan beberapa kalimah yang sukar dan murid dilatih menyebut kalimah-kalimah tersebut berulang-ulang secara individu, kumpulan dan kelas. Pemerhatian. Hasil daripada pemerhatian saya, murid didapati tertarik dengan bahan yang disediakan. Ini mendorong mereka mengikuti setiap langkah yang dijalankan dengan baik dan memberikan kerjasama kepada guru semasa PP dijalankan. Refleksi. Menerusi aktiviti ini, murid dilihat menunjukkan minat untuk menghafal. Ini memberikan kepuasan kepada saya.

7. Aktiviti 2: Penggunaan lagu dalam hafazan ayat dan makna Guru memperkenalkan murid kepada kaedah hafazan secara berlagu. Murid diperdengarkan dengan bacaan guru. Lagu yang telah diperkenalkan bukanlah merupakan lagu-lagu yang sukar seperti dibaca oleh para qari tetapi merupakan lagu yang mudah dan bersifat kanak-kanak dan dekat di hati mereka. Murid-murid menghafaz ayat satu persatu bersama makna ayat secara vii berlagu. Murid mengulang ayat bersama makna secara berulang kali dan murid telah didedahkan dengan posisi yang berbeza semasa mereka mengulang hafazan. Murid diarahkan berdiri, duduk, berpaling ke kanan dan ke kiri sambil mengulang ayat yang dihafaz. Ini diharap dapat mengelakkan murid daripada berasa bosan semasa sesi hafazan dijalankan. Murid-murid ini juga telah dirakam suaranya, dan seterusnya murid lain akan menilai hafazan murid-murid tersebut dan diminta mentasmiq hafazan ayat dan makna ayat tadi sesama rakan mereka sebelum mereka mentasmiq di hadapan guru. Murid-murid yang diyakini dapat menghafaz dengan baik telah dilantik sebagai murid turus untuk membantu rakan-rakan mereka yang belum dapat menghafaz dengan fasih dan lancar.

8. viii Pemerhatian. Hasil daripada pemerhatian saya, menerusi aktiviti ini murid didapati menunjukkan peningkatan dalam hafazan. Ini mendorong mereka untuk berlumba menjadi murid turus. Refleksi. Menerusi aktiviti ini, murid dilihat menunjukkan minat untuk menghafal. Ini memberikan kepuasan kepada saya setelah didapati hafazan murid semakin meningkat dari semasa ke semasa walaupun masih terdapat murid yang tidak dapat menghafaz dengan baik. 5.2 PENILAIAN. Ujian Hafazan : Pengukuran kejayaan kajian tindakan ini dapat diukur semasa sesi PP dan peperiksaan pertengahan tahun yang telah dilaksanakan. Saya dapati murid dapat menghafaz dengan baik dan menjawab soalan yang diberikan dengan lebih bersedia dan yakin. 5.3 REFLEKSI KAJIAN i. Pencapaian murid a. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dinilai daripada lembaran kerja yang diberikan kepada murid, ujian hafazan semasa sesi PP dan ujian pertengahan tahun didapati mempunyai peningkatan yang memberangsangkan.9. ix ii. Aktiviti yang dijalankan a. Murid dilihat tertarik dengan aktiviti yang disediakan dengan dibantu oleh bahan bantu mengajar yang menarik minat murid. iii. Kajian tindakan ini. a. Saya amat yakin bahawa kajian tindakan ini dapat memberi manfaat kepada murid-murid. Ini juga membantu saya melihat kejayaan murid dan seterusnya memberikan kepuasan kepada saya setelah melihat murid berjaya. 6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Kajian tindakan yang saya jalankan ini adalah sebahagian dari masalah yang sering dihadapi oleh saya dalam proses PP. Masalah ini sedikit sebanyak mempengaruhi prestasi murid-murid saya. Pada kajian yang seterusnya saya bercadang untuk memfokuskan kepada cara-cara untuk membantu murid yang tidak dapat menguasai tulisan jawi dengan baik. Ini kerana, melalui pemerhatian saya, saya dapati masih ramai murid belum mempunyai kemahiran yang baik dalam menyambung huruf-huruf jawi. Ini menyebabkan mereka menyambung apa sahaja huruf yang diberi tanpa mengetahui huruf tersebut boleh disambung atau sebaliknya. Dengan kajian ini, saya berharap dapat menyelesaikan masalah tersebut dan dapat membantu murid menguasai tulisan jawi dengan baik sebelum mereka melangkah ke alam sekolah menengah.10. x LAMPIRAN KEPUTUSAN UJIAN HAFAZAN TAHUN 4 2009 BIL NAMA MURID KELAS UJIAN PRA 1 Murid A 4M 2 Murid B 4M 3 Murid C 4M 4 Murid D 4M 5 Murid E 4M 6 Murid F 4M 7 Murid G 4M 8 Murid H 4M 9 Murid I 4M 10 Murid J 4M 11 Murid K 4M 12 Murid L 4M 13 Murid M 4M 14 Murid N 4M 15 Murid O 4M 16 Murid P 4M X 17 Murid Q 4M 18 Murid R 4M 19 Murid S X 4S 20 Murid T 4M 21 Murid U X 4M 22 Murid V 4M 23 Murid W X 4M 24 Murid X 4M 25 Murid Y X 4M 26 Murid Z X 4M 27 Murid A1 X 4S 28 Murid B1 4M 29 Murid C1 4M 30 Murid D1 4M 31 Murid E1 X 4M 32 Murid F1 X 4S 33 Murid G1 X 4S 34 Murid H1 4M 35 Murid I1 X 4M 36 Murid J1 X 4M 37 Murid K1 4S 38 Murid L1 4S 39 Murid M1 4M 40 Murid N1 4S X 41 Murid O1 4M X11. 42 Murid P 1 4S X 43 Murid Q1 4M xi 44 Murid R1 X 4M 45 Murid S1 X 4S 46 Murid T1 4S 47 Murid U1 X 4S 48 Murid V1 4S 49 Murid W1 4S 50 Murid X1 X 4S 51 Murid Y1 4S 52 Murid Z 1 X 4S 53 Murid A2 X 4S 54 Murid B2 X 4S 55 Murid C2 X 4S 56 Murid D2 4S 57 Murid E2 X 4S 58 Murid F2 X 4S 58 Murid G2 4S 60 Murid H2 4S X 61 Murid I2 4S X 62 Murid J2 4S X 63 Murid K2 4S X 64 Murid L2 4S X 65 Murid M2 4S X 66 Murid N2 4S X 67 Murid O2 4S X12. xii LAMPIRAN KEPUTUSAN AKHIR UJIAN HAFAZAN TAHUN 4 2009 BIL NAMA MURID KELAS UJIAN PRA UJIAN AKHIR 1 Murid P 4M X 2 Murid S 4S X X 3 Murid U 4M X 4 Murid W 4M X 5 Murid Y 4M X 6 Murid Z 4M X X 7 Murid A1 4S X 8 Murid E1 4M X 9 Murid F1 4S X 10 Murid G1 4S X 11 Murid I1 4M X 12 Murid J1 4M X 13 Murid N1 4S X X13. 14 Murid O1 4M X 15 Murid P 1 4S X X 16 Murid R1 4M X 17 Murid S1 4S X 18 Murid U1 4S X 19 Murid X1 4S X X 20 Murid Z 1 4S X X 21 Murid A2 4S X 22 Murid B2 4S X X 23 Murid C2 4S X 24 Murid E2 4S X 25 Murid F2 4S X X 26 Murid H2 4S X 27 Murid I2 4S X 28 Murid J2 4S xiii X 29 Murid K2 4S X 30 Murid L2 4S X X 31 Murid M2 4S X X 32 Murid N2 4S X 33 Murid O2 4S X X