contoh kajian tindakan

11
1.0 Latar Belakang 1.1 Di Malaysia pendidikan pemulihan/ program pemulihan khas disediakan untuk membantu murid mengatasi masalah kelemahan menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M). Tanpa bantuan guru pemulihan, mereka akan gagal membina keyakinan diri untuk belajar dan mencari pengalaman yang mengembirakan di sekolah, dan mereka juga mungkin tercicir dari sistem persekolahan lebih awal lagi. 1.2 Dalam tahun 1983, sistem pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Kurikulum ini merupakan satu usaha untuk kembali semula kepada asas pendidikan yang member fokus kepada penguasaan 3M dan penekanan kepada pendidikan pemulihan. 1.3 Ujian diagnostik memainkan peranan yang penting dalam program pemulihan khas. Ia dapat membantu guru mengenal pasti secara khusus kesulitan – kesulitan yang hadapi oleh murid. Ujian ini dibentuk bukan untuk menilai peringkat pencapaian tetapi untuk mengesan masalah yang dialami ketika belajar. Selain itu, mengenal pasti punca kegagalan murid untuk menguasai sesuatu kemahiran. 2.0 Pernyataan Masalah 2.1 Kebanyakkan murid pemulihan mengalami masalah dalam pengamatan. Pengamatan terbahagi kepada 3 bahagian iaitu kemahiran penglihatan, kemahiran pendengaran dan kemahiran kinestatik dan taktil. Murid- murid pemulihan

Upload: idaasahi1992

Post on 26-Dec-2015

71 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kajian Tindakan

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Kajian Tindakan

1.0 Latar Belakang

1.1 Di Malaysia pendidikan pemulihan/ program pemulihan khas

disediakan untuk membantu murid mengatasi masalah kelemahan

menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).

Tanpa bantuan guru pemulihan, mereka akan gagal membina

keyakinan diri untuk belajar dan mencari pengalaman yang

mengembirakan di sekolah, dan mereka juga mungkin tercicir dari

sistem persekolahan lebih awal lagi.

1.2 Dalam tahun 1983, sistem pendidikan Malaysia telah

memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR).

Kurikulum ini merupakan satu usaha untuk kembali semula

kepada asas pendidikan yang member fokus kepada penguasaan

3M dan penekanan kepada pendidikan pemulihan.

1.3 Ujian diagnostik memainkan peranan yang penting dalam

program pemulihan khas. Ia dapat membantu guru mengenal

pasti secara khusus kesulitan – kesulitan yang hadapi oleh murid.

Ujian ini dibentuk bukan untuk menilai peringkat pencapaian

tetapi untuk mengesan masalah yang dialami ketika belajar.

Selain itu, mengenal pasti punca kegagalan murid untuk

menguasai sesuatu kemahiran.

2.0 Pernyataan Masalah

2.1 Kebanyakkan murid pemulihan mengalami masalah dalam

pengamatan. Pengamatan terbahagi kepada 3 bahagian iaitu

kemahiran penglihatan, kemahiran pendengaran dan kemahiran

kinestatik dan taktil. Murid- murid pemulihan mengalami

kesukaran dalam kemahiran penglihartan dan pendengaran.

2.2 Banyak faktor yang mempengaruhi kesukaran dalam menguasai

kemahiran pendengaran dan penglihatan. Antara faktor

penglihatan ialah ketidakbolehan membeza kedudukan sesuatu

bentuk huruf dan nombor, ketidakbolehan mengenal sesuatu

benda atau objek nombor, perkataan atau ayat, ketidakbolehan

Page 2: Contoh Kajian Tindakan

menyalin sesuatu bentuk huruf, nombor , perkataan atau ayat,

ketidakbolehan menyelesaikan sesuatu masalah dan sebagainya.

2.3 Punca- punca kelemahan pengamatan kanak- kanak terbahagi

kepada 2 faktor, iaitu faktor internal dan factor external. Kurang

minat, tekanan emosi, kerosakan penglihatan dan pendengaran

merupakan faktor internal. Manakala, faktor external ialah kurang

pendedahan dan kurang rangsangan (dorongan) terhadap

kemahiran pengamatan.

3.0 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan ujian diagnostik

pengamatan di sekolah rendah.

4.0Soalan Kajian

i. Adakah ujian diagnostik pengamatan yang diberikan sesuai atau

tidak?

ii. Adakah intervensi yang digunakan sesuai dengan masalah

murid?

5.0 Metadologi Kajian

Kajian ini melibatkan seorang murid pemulihan yang mengikuti

program pemulihan khas. Pada mulanya, Pre- Test Ujian Dignostik

Pengamatan telah diberikan kepada murid tersebut untuk mengenal

pasti secara khusus masalah yang oleh murid. Ini dapat membantu

mengenal pasti punca kegagalan murid untuk menguasai sesuatu

kemahiran. Selain itu, ia dapat membantu untuk merancang program

pengajaran yang khusus atau Rancangan Pelajaran Individu (RPI)

kepada murid tersebut dengan lebih tepat dan sistematik. Selepas

menjalankan pengajaran individu kepada murid tersebut selama

sebulan, akhirnya diberikan ujian dignostik pengamatan dengan

kemahiran- kemahiran tertentu sebagai Post Test.

Page 3: Contoh Kajian Tindakan

5.1Instrumen Kajian

Dua jenis instrumen digunakan untuk tujuan mengenal pasti

masalah iaitu:

1) Senarai Semak

5.2 Prosedur Kajian

Dipilih seorang murid untuk menjalankan ujian diagnostik

pengamatan. Melalui uiian dignostik pengamatan tersebut dapat

mengenal pasti punca kegagalan murid untuk menguasai kemahiran

pengamatan. Selain itu, telah mengumpul maklumat mengenai ciri-

ciri murid pemulihan berdasarkan senarai semak. Ini telah

membantu untuk lebih mengenali murid tersebut dengan terperinci.

Melalui dapatan ujian dignostik pengamatan, guru telah mengetahui

murid tersebut gagal menguasai mazing atau cari jalan keluar. Guru

merancang dan membina bahan bantu mengajar yang bersesuai

mengikut tahap murid. Selepas setiap Rancangan Pengajaran

Individu (RPI), guru memberi lembaran kerja sebagai aktiviti

pengukuhan murid. Selepas sebulan, guru memberi Post Test untuk

mengetahui keberkesanan intervensi yang digunakan untuk

mengatasi masalah pengamatan murid.

5.3Analisis Data

Kajian dianalisis dengan menggunakan Pre- Test Ujian Diagnostik

Pengamatan dan Post Test Ujian Diagnostik Pengamatan. Hasil

daripada Post Test Ujian Diagnostik Pengamatan, murid gagal

menguasai kemahiran penglihatan dari aspek mazing atau cari jalan

keluar. Murid menjadi keliru dan gelisah semasa membuat ujian

diagnostik dalam kemahiran ini.

Guru dapat melihat perkembangan yang ketara selepas

menjalankan Rancangan Pengajaran Individu (RPI). Setiap lembaran

Page 4: Contoh Kajian Tindakan

kerja, murid membuat dengan baik dan kemas. Hasil daripada Post

Test Ujian Diagnostik pengamatan yang dijalankan didapati murid

telah boleh membuat kemahiran mazing atau mencari jalan keluar

pada aras tinggi. Setiap data atau ujian beserta lembaran kerja

dikemukakan.

6.0 Dapatan Kajian

6.1 Ujian Diagnostik Pengamatan yang diberikan amat sesuai

digunakan untuk mengesan kelemahan murid secara terperinci.

6.2 Intervensi yang digunakan sesuai dengan masalah murid. Masalah

murid dapat diatasi dengan Rancangan Pengajaran Individu (RPI).

6.3 Lembaran kerja yang diberikan telah mengukuhkan penguasaan

murid terhadap kemahiran mazing atau mencari jalan keluar.

7.0 Cadangan

Antara cadangan yang dikemukakan dalam kajian ini ialah:

7.1 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) membina ujian diagnostik

pengamatan yang mempunyai ketiga- tiga aras dan diedarkan di

seluruh sekolah di Malaysia.

7.2 Mengadakan kursus- kursus atau bengkel- bengkel mengenai ujian

Diagnostik pengamatan dan strategi menjalankan kemahiran

pengamatan.

7.3 Menilai dan memantau perlaksanaan ujian diagnostik pengamatan

di setiap sekolah untuk menambahbaik ujian diagnostik

7.4 Merancang dan mengedarkan prosedur perlaksanaan ujian

diagnostic pengamatan kepada setiap guru pemulihan.

Page 5: Contoh Kajian Tindakan

Pendekatan kualitatif

Kajian mendalam atas sesuatu situasi & individu.

� Kutipan data melalui pemerhatian, temu bual, penulisan diari dan analisis dokumen.

� Menjawab soalan berkaitan kenapa dan bagaimana.

� Penyelidik terlibat secara langsung dalam kajian yang dijalankan.

� Pendekatan kajian kualitatif—kajian kes, etnografi & grounded theory.

� Menggunakan persampelan bertujuan.

� Analisis data mengikut Miles & Huberman (1994) terdiri daripada data reduction, data

display dan conclusion.

MENGAPA MENGGUNAKAN KAEDAH KUALITATIF?

Sebagai penyelidik, langkah awal sebelum memulakan penyelidikan adalah mewujudkan

persoalan yang perlu dijawap. Jawapan diperoleh dengan menjalankan kajian. Terdapat dua

jenis pendekatan iaitu berbentuk kajian kuantitatif dan kualitatif. Kajian kualitatif dijalankan

untuk mendapatkan kefahaman yang mendalam terhadap sesuatu perkara yang ingin dikaji

(Marohaini 2001). Selain itu, kajian kualitatif juga dijalankan untuk mendapat maklumat

terperinci berkaitan sesuatu perkara yang dikaji (Yin, 1984). Ini bermakna untuk mendapatkan

maklumat terperinci dan mendalam kajian kualitatif dijalankan. 

Tambahan lagi, kaedah ini boleh menerangkan peristiwa secara holistik dalam keadaan

sebenar peristiwa berlaku tanpa sebarang manipulasi oleh penyelidik. Kajian ini menjawab

persoalan berkaitan dengan mengapa sesuatu fenomena berlaku sedemikian dan bagaimana ia

berlaku. Justeru, kajian dijalankan untuk menjawab soalan mengapa dan bagaimana yang

dikemukakan oleh pengkaji. Pengkaji menjalankan kajian secara mendalam untuk

mendapatkan jawapan kepada persoalan kajian. Contoh persoalan kajian secara kualitatif

ialah: 

� Mengapa guru masih tidak menggunakan pendekatan koperatif dalam pengajaran dan

pembelajaran mereka?

� Bagaimana guru menjalankan aktiviti koperatif dalam pengajaran Bahasa Melayu di

sekolah rendah? Dalam kajian kualitatif, penyelidik menjadi instrumen kajian (Creswell

1994). Penyelidik kualitatif merupakan instrumen untuk mengutip data dan menganalisis data.

Penyelidik menyelidik peristiwa yang berlaku ketika kajian dijalankan. Kutipan data

dijalankan secara berterusan. Kajian ini jarang membincangkan ciri kebolehpercayaan kerana

Page 6: Contoh Kajian Tindakan

kebolehpercayaan bergantuang kepada subjektiviti seseorang individu (M. Najib 1999).

Kajian kualitatif merupakan kajian secara induktif iaitu penyelidik membina konsep, hipotesis

dan teori untuk di kembangkan, dinyatakan dan dijelaskan.

BAGAIMANA MENGANALISIS DATA KUALITATIF?

Sebelum membincangkan mengenai cara menganalisi data, anda perlu tahu jenis dan bentuk

kutipan data yang ingin dijalankan. 

� Pemerhatian—terdapat dua jenis pemerhatian iaitu pemerhatian turut serta dan

pemerhatian tidak turut serta. Pemerhatian tidak turut serta biasa digunakan dalam kajian

kualitatif. Dalam pemerhatian tidak turut serta, pemerhati tidak terlibat secara langsung dalam

situasi yang diperhatikan (Gay & Airasian, 2000). Selepas itu, penyelidik harus menentukan

bentuk kutipan data yang sesuai digunakan untuk menjawab persoalan kajian. 

Terdapat dua cara untuk mendapatkan data melalui kaedah pemerhatian iaitu pemerhatian

berstruktur dan pemerhatian tidak berstruktur. Pemerhatian berstruktur selalunya

menggunakan senarai semak pemerhatian manakala pemerhatian tidak berstruktur biasanya

menggunakan catatan nota lapangan. Pemerhatian yang dilakukan menggunakan senarai

semak lebih mudah untuk dianalisis dan memberi ruang kepada penyelidik untuk membuat

pemerhatian tanpa bantuan penyelidik lain. Flanders (1976) telah mengemukan senarai semak

berkaitan interaksi guru-pelajar dalam bilik darjah. Beliau menggunakan senarai semak FIAC.

Manakala pemerhatian tidak berstruktur menggunakan catatan nota lapangan agak sukar

untuk dijalankan tetapi masih boleh digunakan dengan bantuan rakan penyelidik lain atau

merakam menggunakan video/ alat perakan audioSemasa pemerhatian ini, penyelidik akan

mencatat beberapa perkara yang diperhatikan seperti masa dan tempat pemerhatian

dijalankan, keadaan tempat pemerhatian, aktiviti yang dijalankan dan refleksi penyelidik

(Mohd. Najib, 1999). Pemerhatian berstruktur dianalisis menggunakan frekuensi dan peratus

melalui senarai semak yang disediakan. Adalah lebih mudah menganalisis pemerhatian

menggunakan senarai semak jika dibandingkan apabila menggunakan pemerhatian tidak

berstruktur.

Selain itu, borang catatan pemerhatian juga boleh digunakan. Borang ini mencatat tingkah

laku guru-pelajar mengikut sela masa yang ditetapkan (Chua, 2006). Pemerhatian tidak

berstruktur menggunakan catatan nota lapangan yang akan dianalisis dengan

mempersembahkannya dalam bentuk naratif dengan cara memerihalkan semula apa yang

terdapat pada catatan nota lapangan pemerhatian serta menyebut petikan perbualan guru-

pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (Morrison, 1993). Selain itu, tema-tema juga

boleh diperolehi daripada catatan berkenaan. Catatan berkenaan juga boleh menerangkan

Page 7: Contoh Kajian Tindakan

keadaan bilik darjah semasa pemerhatian dijalankan.

� Temu bual - Terdapat 3 jenis temu bual iaitu temu bual berstruktur, temu bual separa

berstruktur dan temu bual terbuka seperti yang telah dinyatakan sebelum ini. Keluaran lepas

juga telah menyatakan bahawa temu bual digunakan untuk memperoleh maklumat berkenaan

fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak mengikut keperluan persoalan kajian (Mohd Majid,

2000). Temu bual dianalisis melalui transkripsi temu bual. Data temu bual ditranskripsikan

kemudian ditaip dan diberikan nombor di bahagian sebelah kiri dan ditinggalkan kosong di

sebelah kanan untuk tujuan pengekodan data. Satu ayat dalam transkripsi disebut unit. Unit

yang telah dikodkan ditulis di ruang sebelah kanan kertas yang disediakan. Proses memberi

kod terhadap unit-unit ayat ini akan memudahkan penyelidik mengenal pasti tema bagi setiap

langkah dan memberi penerangan lanjut berkaitan tingkah laku berkenaan. Transkripsi dibaca

dan tema-tema dikenal pasti kemudian dikodkan. Proses pengekodan dijalankan sehingga

tamat satu transkripsi temu bual bagi seorang peserta kajian. Hasil analisis data temu bual

boleh juga dipersembahkan dalam bentuk memerihalkan semula atau menggunakan

kekerapan tema yang diperoleh melalui transkripsi temu bual. Kesemua jenis temubual boleh

dianalisis mengikut proses yang sama iaitu dengan menghasilkan tema-tema atau

dipersembahkan dalam bentuk petikan percakapan peserta kajian.

� Penelitian dokumen - digunakan apabila penyelidik ingin mendapatkan data daripada

dokumen-dokumen yang berkaitan. Tujuannya adalah untuk menyokong dapatan yang sedia

ada. Data daripada dokumen boleh diperoleh dengan menggunakan borang senarai semak.

Analisis data dilakukan dengan menggunakan kekerapan atau peratus.

Kaedah kutipan data kajian kualitatif melibatkan beberapa langkah penting iaitu fokus kajian,

kutipan data menggunakan cara pemerhatian, temu bual, analisis dokumen, penulisan diari,

nota lapangan dan pengesahan protokol temu bual serta pemerhatian (Creswell 1994).

Penyelidik sebagai pemerhati atau penyelidik sendiri melibatkan diri dalam aktiviti yang

diperhatikan, boleh digunakan dalam kajian kualitatif. Alat perakam suara atau video

digunakan selain senarai semak pemerhatian (Cohen et. al. 2000) Tujuannya adalah untuk

membantu penyelidik menyemak semula apa yang diperhatikan. Ini akan membantu

meningkatkan kesahan dan keboleh percayaan hasil pemerhatian yang diperoleh. Selain itu,

penyelidik juga boleh menggunakan ‘peer checker’ di kalangan rakan penyelidik atau

individu yang dilatih untuk membuat pemerhatian. Terdapat tiga bentuk temu bual yang boleh

digunakan iaitu temu bual berstruktur, separa struktur atau temu bual bebas. Penyelidik perlu

Page 8: Contoh Kajian Tindakan

menyediakan protokol temu bual yang terdiri daripada pengenalan, soalan pembuka, soalan

kunci, soalan-soalan berkaitan soalan kunci dan soalan penutup. Protokol temu bual

disediakan untuk menjawab persoalan kajian. Temu bual yang dijalankan biasanya

direkodkan menggunakan alat perakam audio supaya tidak ada maklumat yang akan tertinggal

atau tercicir. Temu bual berkenaan akan ditranskripkan oleh penyelidik atau pembantunya.

Hasil analisis data temu bual dipersembahkan dalam bentuk naratif atau kekerapan tema.

Perlu diingatkan bahawa kebolehan penyelidik mengemukakan soalan demi soalan banyak

membantu kajian yang dijalankan. Jika tidak subjek kajian akan menyatakan perkara-perkara

di luar fokus kajian yang dijalankan. Dokumen seperti minit mesyuarat, surat khabar, kertas

kerja, latihan, surat-surat dan dokumen yang berkaitan digunakan untuk menyokong dapatan

kajian. Pelbagai bentuk kutipan data digunakan dalam kajian kualitatif. Data kualitatif yang

diperoleh membantu memantapkan kajian yang dijalankan. Data-data berkenaan saling

melengkapi antara satu sama lain.