contoh kajian tindakan

6
PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN Nama dan Alamat Sekolah Sekolah Kebangsaan Serendah, 48200 Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan. Nama Pengkaji Kumpulan 3 Sherwood Marina Cove Lumut. Tajuk kajian Memperbetul Tulisan Tahun 4 Fleksibal dengan Mengikut Disiplin Menulis yang Betul.

Upload: zuriyana84

Post on 16-Dec-2015

221 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

kajian tindakan

TRANSCRIPT

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

PAGE 3

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

Nama dan Alamat Sekolah

Sekolah Kebangsaan Serendah,

48200 Hulu Selangor,

Selangor Darul Ehsan.

Nama Pengkaji

Kumpulan 3

Sherwood Marina Cove Lumut.

Tajuk kajian

Memperbetul Tulisan Tahun 4 Fleksibal dengan Mengikut Disiplin Menulis yang Betul.

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Setiap kali saya menanda latihan murid-murid ,sama ada murid cemerlang atau galus, saya akan merungut kerana terlalu banyak membetulkan tulisan mereka yang agak sukar untuk dibaca.

Terdapat murid-murid yang tidak dapat menulis bentuk-bentuk huruf dengan betul, tidak dapat membezakan huruf besar dan huruf kecil, seperti huruf O dan S yang sama bentuknya. Ada juga mereka yang menulis terlalu rapat antara satu perkataan dengan satu perkataan yang lain.

Saya telah mengemukakan masalah ini ketika mesyuarat kurikulum di sekolah. Masalah saya ini rupa-rupanya juga dialami oleh guru-guru yang lain. Setelah berbincang kami telah sepakat untuk mengadakan satu bengkel bagi membantu membetulkan masalah tulisan murid-murid tersebut.

Pada hemat saya masalah ini perlu diatasi dengan segera memandangkan murid-murid ini akan menulis karangan untuk latihan dan ujian dan semua ini akan mempengaruhi markah mereka.

Fokus kajian

Ketika membaca dan menyemak buku latihan murid, saya mendapati sebilangan murid tidak dapat menulis dengan bentuk tulisan yang betul. Saya menjadi keliru dan terpaksa mengambil masa untuk mengenal pasti huruf-huruf tertentu. Antara kelemahan ketara yang saya dapati ialah

bentuk huruf yang tidak tepat.

tulisan sangat rapat antara satu perkataan dengan perkataan yang lain.

tulisan tidak selari dengan garisan.

kekeliruan bentuk huruf.

Usaha membantu murid memperbetul cara menulis diharap akan dapat membantu mereka membuat latihan secara kemas. Hal ini juga akan dapat mengelakkan pembaca lain (khususnya pemeriksa) mengurangkan markah jawapan mereka.

Objektif Kajian

Selepas kajian ini selesai dijalankan,murid-murid diharap akan mencapai objektif yang berikut:

i. Objektif umum

Murid-murid dapat membentuk tulisan berdasarkan disiplin menulis yang betul.

ii. Objektif khusus

Membentuk huruf yang tepat.

Menjarakkan perkataan mengikut jeda yang betul.

Menulis atas garisan yang betul.

Membezakan bentuk huruf yang betul.

Kumpulan sasaran

Kajian ini melibatkan 10 orang murid Tahun 4 Fleksibal.

Tindakan yang dicadangkan

i. Tinjauan masalah

Tinjauan diambil daripada beberapa data:

(a) Latihan-latihan semasa.

(b) Ujian bulanan.

(c) Peperiksaan.

ii. Program Mendandan Aksara

Cara pelaksanaan:

Disiplin menulis

(a) Guru membetulkan kedudukan murid sebelum aktiviti menulis dijalankan.

(b) Guru menyesuaikan kedudukan buku murid dengan betul.

(c) Cara-cara memegang pensel dengan betul.

(d) Ukuran pensel yang sesuai.

(e) Pergerakan psikomotor (jari jemari).

(f) Latih tubi menulis bentuk huruf besar dan huruf kecil.

(g) Menyurih huruf dan menyambung titik-titik untuk membentuk huruf.

(h) Menulis perkataan.

(i) Menulis ayat.

iii. Program Imlak

(a) Guru menyebutkan perkataan yang sering silap ditulis oleh murid dan murid menulis perkataan tersebut dalam buku latihan.

(b) Guru mengimlak ayat-ayat dan murid menulis ayat-ayat tersebut dalam buku latihan.

(c) Guru memastikan bahawa murid dapat mengaplikasikan Program Mendandan Aksara.

(d) Murid menyemak buku latihan rakan dan membetulkan aksara (huruf) yang ditulis salah oleh rakan.

iv. Program Pertandingan Menggubah Citra

(a) Guru menyediakan satu petikan rencana (yang dapat merangsang murid menulis dengan baik).

(b) Guru mengedarkan kertas bergaris dan alat tulis.

(c) Murid menyalin petikan dengan tulisan yang cantik dalam tempoh tertentu.

(d) Guru menilai hasil kerja murid dan mengumumkan pemenangnya.

(e) Guru memberikan ganjaran dan mempamerkan hasil kerja yang berjaya.

Jadual Pelaksanaan Kajian

BilAktivitiTarikh PelaksanaanCatatan

1Mengenal pasti masalah dan mengumpulkan data awal7 Februari 2005

2Menulis proposal kajian14 Februari 2005

3Merancang tindakan21 Februari 2005

4Melaksanakan tindakan 1

-Program Mendandan Aksara24 Februari 2005

5Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan.28 Februari 2005

6Melaksanakan tindakan 2.

-Program Imlak4 April 2005

7Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 27 April 2005

8Melaksanakan tindakan 3.

-Program Menggubah Citra11 April 2005

9Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 3.13 April 2005

10Refleksi kajian18 April 2005

11Menulis laporan kajian20 April 2005

12Membentangkan dapatan kajian.26 April 2005

Kos Kajian

BilJenis BahanKuantiti x harga seunitJumlah Kos

1Kertas kajang1 rim x RM12.00RM12.00

2Fotostat bahan dan laporan kajianRM20.00

3Set alat tulis15 unit x RM5.00RM75.00

JumlahRM107.00

Hasilan

EN RIDUAN ATAN SBPI SABAK BERNAM

PN NORAINI ABDUL GHANI SEKOLAH SERI PUTERI CYBERJAYA

PN ZAITON OTHMAN SMK TELOK DATOK, KUALA LANGAT

PN SITI SARAH ABDUL MALEK SK SERENDAH, HULU SELANGOR

PN HAZURAKUSMAN SK BANDAR BARU ,K. SELANGOR

EN ABD RANI BAHARUM SK KHIR JOHARI SABAK BERNAM

EN MOHD RAHIM MOHD SHARIFF SK SRI LANGAT,KUALA LANGAT

EN MUHAMMAD SABAR DIKON SK KG MEDAN,KUALA LANGAT

PN LIZA MAT YATIM SK TELOK PANGLIMA GARANG,K.LGT