contoh kajian tindakan

22
PENGHARGAAN Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah turut sama membantu dalam menghasilkan kajian tindakan ini terutaman Dr. Che Nidzam bt. Che’ Ahmad , pensyarah e-learning Universiti Perguruan Sultan Id atas usaha beliau dalam memberi tunu! aar, teguran, "adangan dalam menyiap!an !aia tinda!an ini. #n"i! $amri Abuna%as, tut&r '(S)*+) 'uri!ulum dan Pengaaran Sains Se!&lah (endah di a!tab (endah Sains ara, a%au atas nasihat, tunu! aar, bimbingan, (a!an-ra!an UPSI (a!an-ra!an guru Se!&lah 'ebangsaan Umas-umas, a%au Dan yang paling penting !epada suami yang ter"inta asnan at /in dan ana!-ana! tersayang 0atin usna, 0airuz anan dan 0aris ilman terima !asih !erana sentiasa memahami tugas Umi

Upload: nor-hayati

Post on 03-Nov-2015

51 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

CONTOH KAJIAN TINDAKAN 1

TRANSCRIPT

PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah turut sama membantu dalam menghasilkan kajian tindakan ini terutamanya

Dr. Che Nidzam bt. Che Ahmad , pensyarah e-learning Universiti Perguruan Sultan Idris atas usaha beliau dalam memberi tunjuk ajar, teguran, cadangan dalam menyiapkan kajian tindakan ini.

Encik Jamri Abunawas, tutor KRS3023 Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah di Maktab Rendah Sains Mara, Tawau atas nasihat, tunjuk ajar, bimbingan,

Rakan-rakan UPSI

Rakan-rakan guru Sekolah Kebangsaan Umas-umas, Tawau

Dan yang paling penting kepada suami yang tercinta Hasnan Mat Zin dan anak-anak tersayang Fatin Husna, Fairuz Hanan dan Faris Hilman terima kasih kerana sentiasa memahami tugas Umi

TAJUK KAJIAN :

SIKAP MURID TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS DI KALANGAN MURID TAHUN 5 SEKOLAH KEBANGSAAN UMAS-UMAS, TAWAU

NAMA :

KASTURI BINTI NUSI

NAMA SEKOLAH :

SK. UMAS-UMAS, PETI SURAT 60911,91019 TAWAU,SABAH.

ABSTRAK

Kekurangan penglibatan murid Tahun 5 dalam mata pelajaran sains di Sekolah Kebangsaan Umas-umas merupakan satu fenomena yang dibimbangi oleh semua pihak. Kajian mengenai sikap murid terhadap mata pelajaran Sains mungkin dapat meningkatkan pencapaian murid dalam peperiksaan dan minat murid terhadap Sains. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana sikap murid terhadap mata pelajaran Sains mempengaruhi pencapaian mereka dalam peperiksaan. Penumpuan diberikan terhadap 3 aspek sikap iaitu sikap komitmen, sikap emosi dan sikap berwawasan. Seramai 60 orang murid terlibat sebagai sampel kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan dimensi sikap pelakar terhadap konsep kendiri dan Sains dan motivasi dalam Sains perlu diberi lebih perhatian jika dibandingkan dengan dimensi sikap yang lain. Kedua-dua dimensi ini juga merupakan peramal kepada pencapaian murid dalam peperiksaan.

PENDAHULUANBerlandaskan kepada cabaran keenam dalam cabaran strategik Wawasan 2020, Falsafah Pendidikan Sains Negara dan Misi Pendidikan Sains, boleh disimpulkan bahawa ketiga-tiganya menekankan kearah melahirkan masyarakat berliterasi serta membudayakan Sains dalam setiap kehidupan. Menurut Harlen (1996), literasi Sains dimiliki oleh seseorang digambarkan dengan melihat kemampuan dan mengkaji sesuatu secara saintifik dan melihat sama ada fenomena berasaskan bukti ataupun sebaliknya.

Sikap menggambarkan personaliti, sikap adalah diri kita. Itulah yang sering kita dengar apabila memperkatakan tentang sikap. Sikap seseorang objek boleh mempengaruhi tingkah laku individu. Mengikut ahli psiokologi sosial, sikap meliputi 3 komponen utama iaitu afektif, perilaku dan kognisi (Rajecki, 1989). Komponen afektif merangkumi. Melalui sikap, manusia boleh mempelajari pelbagai ilmu baru untuk mempertingkatkan jati diri. Itulah sikap yang sebenar yang perlu ada dalam diri manusia. Banyak kajian telah dilakukan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran dan pencapaian murid-murid di sekolah. Antara faktor-faktor yang dapat dikesan itu, dan perlu diberi perhatian ialah berkait rapat dengan sikap murid. Sikap memainkan peranan yang penting untuk mencapai kejayaan di dalam sesuatu perkara atau usaha. Apabila seseorang itu gagal di dalam sesuatu perkara, ramai orang akan menyatakan dia mempunyai sikap yang salah. Di sekolah pula, guru-guru sering menyatakan bahawa kegagalan pelajar-pelajar disebabkan oleh sikap mereka yang negatif seperti malas, tidak berminat dan sebagainya.

Sikap ini dibentuk dari pengalaman dan persepsi seseorang terhadap sesuatu perkara atau fenomena (Robbins, 1986). Persepsi murid-murid terhadap sesuatu mata pelajaran akan membentukkan sikap mereka terhadap mata pelajaran tersebut. Disebabkan sikap seringkali dikaitkan dengan kemajuan dan kegagalan persekolahan murid, maka kajian ini akan dilakukan untuk melihat sikap murid terhadap mata pelajaran Sains dan hubungkaitnya dengan pencapaian mereka dalam mata pelajaran ini. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran boleh ditingkatkan sekiranya guru dapat memahami sikap murid terhadap mata pelajaran diajarnya. Maklumat yang diperolehi itu boleh digunakan oleh guru untuk merancangkan strategi pengajaran yang bersesuaian demi mengubah sikap murid dan seterusnya membawa kepada pencapaian yang cemerlang.

LATAR BELAKANG MASALAH

Mata pelajaran Sains merupakan mata pelajaran teras baik di sekolah rendah ataupun sekolah menengah. Mempelajari Sains adalah penting kerana dalam kehidupan harian kita tidak boleh mengelak daripada aplikasi Sains contohnya semasa aktiviti memasak di rumah, pergerakan, pencahayaan, hidupan manusia, tumbuhan dan haiwan dan tidak lain juga pembelajaran alam cakerawala. Di sekolah juga, banyak mata pelajaran lain seperti fizik, kimia, matematik, prinsip akaun, geografi yang juga melibatkan pembelajaran sains. Maka penguasaan Sains dengan baik memberi keuntungan dalam mempelajari mata pelajaran tersebut. Memandangkan kepentingan Sains ini, murid haruslah mengamalkan sikap yang positif terhadap mata pelajaran tersebut.

Sejak kebelakangan ini, sering didengari bahawa terdapatnya kemerosotan mata pelajaran Sains di kalangan murid kita. Kemerosotan ini sering dikaitkan dengan sikap mereka seperti tidak berminat atau dengan mengatakan Sains itu susah dan berasa takut semasa mempelajari Sains serta persepsi negatif yang lain. Oleh itu, kajian ini cuba meninjau sejauh manakah sikap murid terhadap mata pelajaran Sains ini memberi kesan terhadap pencapaiannya.

Kajian lepas menunjukkan dua pendapat iaitu satu kelompok menyatakan sikap murid terhadap mata pelajaran mempunyai korelasi dengan pencapaiannya. Misalnya kajian yang dibuat oleh Jordan (1940) telah menggunakan teknik soal selidik yang dimajukan oleh Thurstone dan Chave (1929) untuk menguji sikap murid terhadap mata pelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis, matematik, sejarah dan geografi di kalangan 231 pelajar (berumur 11-15 tahun) di Sekolah Utara London. Hasil dari ujian ini telah menunjukkan terdapat korelasi yang signifikan antara sikap murid terhadap mata pelajaran itu. Demikian juga dengan kajian Rallison (1941), yang dibuat di kalangan pelajar-pelajar berumur 11,12 dan 13 tahun di bandar New Castle, England, telah mendapati bahawa sikap dan minat murid mempunyai hubung-kait yang kuat dengan pencapaian mereka dalam mata pelajaran pendidikan Jasmani, bahasa Inggeris, dan sejara. Dari ujian yang menggunakan Vernon Measurement Abilities (VMA) dijelaskan faktor sikap dan minat saling mempengaruhi pencapaian murid-murid tersebut.

Fitt (1957) yang membuat kajian di Auckland, New Zealand juga mendapati hubungan antara sikap murid terhadap mata pelajaran adalah mempunyai kaitan yang positif dengan pencapaian setelah beliau menggunakan soalselidik di kalangan 1244 orang murid di bandar itu. Lebih lanjut lagi beliau menunjukkan perubahan umur murid dari rendah ke peringkat menengah mempengaruhi perubahan sikap murid terhadap persekolahan mereka. Seterusnya banyak lagi kajian yang dilakukan selepas ini termasuklah mencuba berbagai-bagai teknik.

Tetapi kelompok lain seperti kajian Jackson dan Lahademe (1957) yang mengkaji pencapaian pelajar dan sikap mereka di kalangan pelajar gred 6 di enam buah sekolah di Chicago dengan menggunakan Ujian IQ Kulmann-Anderson dan Michigan Student Questionnaire (MSQ) telah gagal mencari korelasi yang jelas antara sikap pelajar dan pencapaiannya. Demikian juga dengan kajian yang dibuat oleh Malpass terdahulu dari itu gagal mencari korelasi antara sikap pelajar terhadap pelajaran dan pencapaian di sekolah. Beliau telah menjalankan kajian itu di kalangan 92 orang pelajar gred 8, New York dalam tahun 1953. Ada tanda-tanda kesamaran dalam membuat ukuran sikap dan ujian pencapaian telah menyebabkan kajian ini gagal mencari jawapan antara dua pembolehubah berkenaan.

Kesimpulannya, ada kemungkinan berjaya atau gagalnya mencari pertalian antara sikap dengan pencapaian murid berkait rapat dengan teknik kajian, dan bagaimana kajian itu dibuat.

PERNYATAAN MASALAH

Kajian yang dijalankan ini ialah untuk melihat sejauh manakah persoalan sikap mempunyai kesan tertentu terhadap murid. Sikap berkenaan akan dilihat dari aspek komitmen iaitu penglibatan murid secara aktif atau tidak terhadap mata pelajaran Sains, aspek emosi di mana perasaan pelajar sama ada favorable atau tidak favorable terhadap Sains dan aspek berwawasan iaitu pelajar bersifat inisiatif atau tidak terhadap matematik. Ketiga-tiga aspek ini kemudian dihubungkan dengan pencapaian Sains mereka bagi mendapat jawapan kepada pertalian antara pembolehubah-pembolehubah berkenaan. Kajian ini akhirnya cuba mendapat jawapan sejauh manakah sikap terhadap pelajaran boleh dijadikan faktor pencapaian mereka di sekolah.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan mengenalpasti sikap murid terhadap mata pelajaran Sains. Melalui beberapa persepsi muridr iaitu komitmen, emosi dan berwawasan terhadap mata pelajaran Sains dengan pencapaiannya dalam mata pelajaran tersebut berdasarkan peperiksaan akhir tahun 2012. Objektif kajian ini ialah:

I. Mengetahui persepsi murid terhadap mata pelajaran Sains.

II.Mengkaji perhubungan antara sikap murid terhadap mata pelajaran Sains dengan pencapajan

HIPOTESIS

i.Tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara sikap komitmen murid terhadap mata pelajaran Sains dengan pencapaianii.Tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara sikap wawasan murid terhadap mata pelajaran Sains dengan pencapaian.iii.Tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara sikap emosi murid terhadap mata pelajaran Sains dengan pencapaian .

Pencapaian murid dalam sesuatu mata pelajaran adalah bergantung kepada sikap pembelajaran mereka terhadap mata pelajaran itu. Sikap yang positif terhadap mata pelajaran memberi rangsangan kepada seseorang dalam pembelajaran mata pelajaran tersebut. Kajian ini dapat membantu guru mengenalpasti sikap pembelajaran murid dan seterusnya dapat merancang strategi pengajaran yang bersesuaian dengan pembelajaran murid-murid dengan mengubah sikap negatif mereka kepada sikap yang positif.

KEKANGAN KAJIAN

Kajian ini membuat andaian bahawa pencapaian akademik murid yang baik adalah disebabkan oleh sikap mereka. Kajian ini juga mengawal faktor luar yang boleh mempengaruhi pencapaian seseorang seperti baka, taraf sosial ekonomi, latar belakang keluarga dan faktor guru.

DEFINISI ISTILAH

Pengertian sikap terlalu luas dan berbagai-bagai tetapi untuk kajian ini pengertian yang diberikan oleh Katz (1966), Menurut beliau, sikap adalah sesuatu yang mempengaruhi seseorang individu di dalam memberi nilai terhadap simbol objek atau apa yang disukai atau tidak. Seterusnya sikap adalah sesuatu yang terhasil dari perasaan, kepercayaan atau pemikiran seseorang terhadap objek psikologi.

Pencapaian pula diperingkat sekolah rendah merujuk kepada skor atau gred yang diperolehi dalam peperiksaan dinilai dengan A, B, C, D dan E. pencapaian gred A adalah sangat baik, B baik, C lulus, D lemah dan E sangat lemah iaitu D dan E adalah gagal.

METODOLOGI

Kajian yang dijalankan ini adalah bersifat tinjauan, di mana borang soal selidik digunakan untuk melihat persepsi murid terhadap beberapa aspek pembelajaran Sains mereka. Aspek-aspek tersebut akan dilihat dari segi komitmen, perasaan dan berwawasan. Pencapaian murid dalam mata pelajaran Sains diukur berdasarkan gred yang diperolehi oleh murid dalam peperiksaan akhir tahun Tahun 5 bagi tahun 2012.

Responden kajian ialah murid Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Umas-umas Tawau, Sabah yang telah menduduki peperiksaan akhir tahun pada tahun 2012. Murid yang terlibat dalam kajian ini seramai 60 orang yang dipilih secara rawak dari berbagai kaum dan jantina. Soal selidik yang digunakan dibina berdasarkan soal selidik Aiken (1997) dan diubahsuai selepas melaksanakan kajian rintis menggunakan sampel yang tidak terlibat dalam kajian sebenar. Kajian rintis telah dibuat bagi memastikan kebolehpercayaan dan kesahannya adalah baik.

ANALISI DATA

Pencapaian Sains murid adalah merujuk kepada gred yang diperolehi dalam peperiksaan akhir tahun 2012. Semua data-data yang diperolehi akan dianalisis. Analisis deskriptif seperti jumlah dan peratus akan digunakan.

KEPUTUSAN

Data-data telah dikumpul dari 60 orang responden yang dipilih dari kelas Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Umas-umas di Tawau, Sabah. Skor yang diperolehi telah diubahsuai dan dibahagikan kepada 3 komponen sikap iaitu komitmen, emosi dan berwawasan yang masing-masing mempunyai 3 nilai iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Pengumpulan data telah dijalankan dengan lancar di mana murid-murid yang menjawab soal selidik telah memberi kerjasama.

KEPUTUSAN DESKRIPTIF

Jadual 1 menunjukkan data kekerapan untuk 3 komponen sikap yang dikaji. Pada keseluruhannya sikap murid adalah berada di tahap sederhana dan tinggi. Secara terperinci sikap komitmen dan wawasan murid lebih bercenderung pada tahap yang tinggi iaitu 66.7% dan 75% daripada responden berada di kategori ini. Ini bermakna ramai murid mempunyai sikap yang ingin berusaha dan menyedari kepentingan Sains terhadap masa depan mereka. Walau bagaimanapun, keadaan yang sebaliknya dilihat pada sikap emosi pelajar. Dalam komponen ini terdapatnya 68.3% responden mempunyai emosi yang sederhana berbanding dengan hanya 31.7% sahaja beremosi tinggi terhadap Sains.

Ketiga-tiga sikap ini boleh dikatakan sejajar dengan pencapaiannya dengan memandang kepada kekerapan data pencapaian responden, di mana taburan yang banyak juga berada di tahap sederhana dan tinggi dengan keputusan bahawa 6 orang mempunyai pencapaian Sains yang rendah, 47 orang mencapai tahap sederhana dan seramai 7 orang mempunyai pencapaian yang tinggi.

Jadual 1: Kekerapan komponen sikap dan pencapaian

ITEMTAHAPKEKERAPANPERATUS

KOMITMENSederhana2033.3

Tinggi4066.7

WAWASANSederhana1525

Tinggi4575

EMOSISederhana4168.3

Tinggi1931.7

PENCAPAIANRendah 610

Sederhana4778.3

Tinggi 711.7

Jadual 2 : Skor pencapaianKelasBil CalonGRED AGRED BGRED CGRED DGRED EMenguasaiGPMP

DaftarAmbilTHBil%Bil%Bil%Bil%Bil%Bil%

AMANAH2828013.57621.421750000281002.71

BESTARI3232000002681.3618.8002681.33.19

JUMLAH6060013.57621.44778.36100054905.9

Jadual 3 : Skor sikap dan pencapaian

Sikap MuridNilaiPencapaianJumlah

RendahSederhanaTinggi

KomitmenSederhana106420

Tinggi8211140

WawasanSederhana74415

Tinggi7281045

EmosiSederhana10141741

Tinggi49619

Dalam analisis yang dibuat, sikap komitmen murid yang tinggi juga cenderung ke arah pencapaian yang tinggi iaitu 40 orang yang bersikap komitmen tinggi, 11 antaranya memperolehi pencapaian yang tinggi. Manakala dari 21 orang yang bersikap komitmen sederhana, kebanyakannya bertabur di pencapaian yang rendah iaitu seramai 8 orang. Sikap wawasan juga menunjukkan dapatan yang serupa dengan sikap komitmen. Bilangan besar murid yang mempunyai sikap wawasan yang tinggi , boleh dilihat di sekitar pencapaian sederhana dan tinggi dengan terdapatnya 28 orang dan 10 orang. Keadaan yang sebaliknya berlaku pada sikap emosi, di mana kebanyakan pelajar mempunyai sikap emosi sederhana. Antara mereka ini, 10 orang telah mempunyai pencapaian yang rendah, 14 orang dengan pencapaian sederhana dan terdapat 17 orang mempunyai pencapaian yang tinggi. Fenomena sikap emosi ini menerangkan perasaan pelajar terhadap Sains kurang merangsangkan dalam meningkatkan pencapaian Sains mereka.

PERBINCANGAN

Secara keseluruhan, kajian telah menunjukkan bahawa sikap komintmen pelajar terhadap mata pelajaran Sains mempunyai hubungan kait dengan pencapaian Sains mereka. Manakala sikap wawasan dan emosi tidak mempunyai pertalian dalam pencapaian Sains. Analisis data menunjukkan korelasi antara sikap pelajar dan pencapaian adalah lemah. Jika ditinjau dari setiap komponen sikap tersebut, komitmen dan wawasan yang tinggi memberi rangsangan dalam pencapaian akademik yang baik, walaupun tidak dapat dinafikan bahawa terdapat juga pelajar yang memperolehi skor Sains yang rendah.

Dari ketiga-tiga sikap ini, sikap emosi adalah sukar diramalkan. Manusia adalah unik dan mempunyal sifat peribadi yang amat berbeza. Dari kajian ini, keputusan emosi yang diperolehi adalah selalu bercanggah dengan keputusan yang diperolehi oleh sikap komitmen dan wawasan. Perasaan afektif ini haruslah diberi prihatin supaya dapat mengimbangi pembentukan sikap individu dan pemantapannya. Kejayaan dan kegagalan murid dalam sesuatu mata pelajaran bergantung kepada berbagai-bagai faktor. Walaupun dalam kajian ini hanya sikap komitmen pelajar menunjukkan korelasi dengan pencapaian mereka, faktor sikap yang lain tetap menjadi perhatian. Dalam dunia realiti, sering didapati bahawa sikap yang positif tidak seimbang dengan kemampuan murid untuk mendapatkan skor yang baik dalam mata pelajaran berkenaan. Maka sebagai pembimbing, guru seharusnya peka dan sensitif pada sikap murid terhadap mata pelajaran yang diajarnya.

Beberapa cadangan disarankan agar dapat membantu meningkatkan prestasi pencapaian Sains di kalangan murid:

1. Guru memeringkatkan bahan pengajaran-pembelajaran supaya mendahului dengan topik yang senang, diikuti dengan topik yang kompleks. Tindakan ini menyediakan pelajar supaya tidak berasa kecewa dan terdesak apabila menghadapi masalah konsep Sains.

2. Guru memberi contoh-contoh Sains yang berhubung dengan kehidupan harian supaya pelajar menyedari kepentingan mempelajarinya dan aplikasinya dalam kehidupan harian.

3. Memupuk minat belajar Sains di kalangan pelajar dengan cara simulasi. Ini kerana minat merupakan sebahagian pembentukan sikap pelajar terhadap sesuatu fenomena.

4. Menyediakan bahan pengajaran yang bukan hanya dapat membantu memupuk minat mereka terhadap mata pelajaran Sains, malah ia dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam peperiksaan sekolah dan peperiksaan awam.

5. Guru perlu meningkatkan pembelajaran yang kondusif dalam pembelajaran sains agar dapat meningkatkap emosi murid-murid untuk menerima apa yang diajar dalam Sains.

6. Guru perlu lebih peka jika murid mempunyai masalah dalam tugasan Sains. Ia bagi membantu meningkatkan konsep kendiri murid.

Sebagai kesimpulan, dapatan dari kajian ini memberikan suatu pengambaran pengajaran-pembelajaran di kalangan murid terhadap mata pelajaran Sains. Walaupun hubungan antara sikap dan pencapaian mereka adalah lemah, kita tidak boleh mengabaikan faktor sikap ini. Malah kita perlu melakukan kajian yang lebih mendalam tentang sikap murid supaya menyediakan suatu instrumen yang mantap untuk menilai sikap terhadap pencapaian pelajar. Sikap yang positif juga mungkin wujud berasaskan kesedaran murid berhubung kerjaya professional yang berkaitan dengan Sains seperti perubatan dan kejuruteraan yang dikukuhkan lagi dengan era teknologi maklumat dan dunia tanpa sempadan. Di samping itu, pendidik Sains, serta individu yang bertanggungjawab dalam penggubalan kurikulum pendidikan Sains perlu memikirkan program, corak pengajaran dan intervensi yang dapat meningkatkan motivasi pelajar dalam Sains iaitu mempelajari Sains luar daripada lingkungan sekolah dan juga untuk memperoleh pekerjaan, dengan pemupukan perasaan menghargai Sains dalam kehidupan seharian, usaha ke arah pemupukan literasi Sains dapat diteruskan malah direalisasikan.

RUJUKAN.Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga ( Disember 2008). Bahagian Perancangan & Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia.Janting Ak Ringkai & Jamin Nantang (2006). Jilid 1: Jurnal Penyelidikan Tindakan Tahun 2006. Daripada Grid Ke JSPG , m/s 102-110. Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak.

Ismail Kailani, Khairuzaman Ismail. Mengenal Pasti Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Pelajar Kurang Cemerlang Dalam Mata Pelajaran Sains. Satu Kajian Tinjauan Di Sebuah Sekolah Menengah Luar Bandar Fakulti Pendidikan : Universiti Teknologi Malaysia.Kementerian Pendidikan Malaysia (1999). Prosiding Seminar Pengajaran Sains dan Matematik 1999 (27 30 September 1999), Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.Kompilasi Kajian Tindakan (2007). Pejabat Pelajaran Gabungan Sandakan

Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999) Penyelidikan Pendidikan Skudai Johor :UTM.

Mohd Ali Samsudin, Syarifah Norhaidah Syed Idros dan Zurida Ismail. (2006). KaedahMengajar Sains. Bentong Pahang: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Poh Swee Hiang .(1997). Pedagogi Sains 2:Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Sains. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd..Saifuddin Azwar (1995). Sikap Manusia (Edisi Kedua). Yogyakarta : Pustaka Pelajar.Soon Seng Thah (2006). Kajian Tindakan Dalam Pendidikan : Trend, Metadologi & Prospek. Seminar Kajian Tindakan Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinanghttp://www.slideshare.net/must2ra86/mini-kajian-tindakan-penceritaan-dan-permainan-2835242 http://mptkl.tripod.com/rnd/tajuk00_1.htm

MajahAhad, 4 Januari 2015HEAURITIK ANALOGI DAN GAMBAR RAJAH JALUR

1.0 PENGENALANDalam International Dictionary of Educatian, penyelesaian masalah adalah suatu istilah di dalam teori pembelajaran Gagne yang menunjukkan kemahiran intelek yang tertinggi kategorinya. Menurut Szetela dan Cynthia, 1992), dari sudut pendidikan matematik, penyelesaian masalah adalah proses menangani situasi baru, membina hubungan antara fakta, mengenal pasti matlamat dan mencuba semua strategi yang mungkin ke aras pencapaian matlamat (Hamzan dan Fatimah, 2007). Secara umumnya dengan konsep yang lebih mudah kita menganggap penyelesaian masalah adalah merupakan satu proses, kaedah, langkah atau cara yang diambil oleh seseorang untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Menurut Marof Redzuan dan Haslinda Abdullah (2003), penyelesaian masalah adalah satu cubaan mencari atau satu cara yang sesuai dan berkesan dalam mencapai sesuatu matlamat. Azlena Zainal dan Munir Shuib (2004), pula menerangkan bahawa penyelesaian masalah adalah meliputi usaha-usaha mecari jalan atau strategi yang dapat menghasilkan matlamat yang belum ditemui.Pendekatan strategi heuristik membantu untuk menyempitkan lagi alternatif penyelesaian untuk mendapatkan hanya satu penyelesaian yang terbaik. Dalam situasi ini kita dikatakan menggunakan strategi heuristik apabila kita memilih salah satu sahaja daripada alternatif penyelesaian masalah bagi mengatasi masalah.

2.0 AKTIVITI PENGAJARAN

2.1 Tajuk 1: heuristik analogiCara analogi digunakan untuk menyelesaikan masalah matematik yang mempunyai cara penyelesaian serupa dengan masalah matematik yang telah dipelajari dahulu. Semasa menyelesaikan masalah matematik yang baru itu, guru boleh menarik perhatian murid-murid tentang pengalaman lama yang sedia ada supaya mereka boleh menggunakan cara penyelesaian yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah baru.AKTIVITI PENGAJARAN HEAURISTIK ANALOGI

Mata pelajaran: MatematikBidang pelajaran: Timbangan BeratObjektif pembelajaran: Memahami hubungan diantara unit dalam jisimHasil pembelajaran: Diakhir proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat A. Menguasai isi kandungan pelajaran i. Menyelesaikan masalah penukaran unit timbangan berat.

B. Membina kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir i. Menghuraikan konsep menukar unit

C. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni i. Murid mendengar dengan teliti ii. Melibatkan diri dalam aktiviti yang disediakan oleh guru iii. Menerima pandangan rakan kumpulan dalam menjalankan aktiviti.

Konsep/prinsip/hukum/teori: 1 kg bersamaan denga 1000 g

Bahan, peralatan dan bahan sumber: Papan cerita, lembaran kerja kumpulan, lembaran kerja individu

Nilai : Terapkan sifat kerjasama dan bantu membantu dalam kumpulan

Pengetahuan Sedia Ada : Murid-murid telah didedahkan dengan konsep menukar unit kilometer (km) kepada meter (m) Murid-murid juga telah belajar menukar dalam matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi.

Fasa Persediaan (Pemerhatian dan Analisis)1. Sebelum memulakan pengajaran, guru memberi salam kepada murid-murid dan bertanya khabar dan kesediaan murid untuk belajar

2. Guru menunjukkan papan cerita kepada murid, murid mendengar cerita guru dengan teliti.3. Guru bersoal jawab dengan murid melalui papan cerita yang diberikan. Murid memberi respon kepada jawapan guru.4. Guru menyoal apakah unit penukaran yang digunakan dalam papan cerita yang ditunjukkan?a. Unit ukuran panjang melibatkan meter dan kilometer.b. 1 kilometer (km) bersamaan 1000 meter (m)5. Guru memberi respon kepada jawapan murid

Fasa Imaginasi (Penjanaan Idea dan Sintesis Idea)1. Berdasarkan kepada papan cerita di atas, guru memberi lagi satu papan cerita yang berbeza.

2. Guru menunjukkan papan cerita kepada murid, murid mendengar cerita guru dengan teliti.3. Guru bersoal jawab dengan murid melalui papan cerita yang diberikan. Murid memberi respon kepada jawapan guru.4. Guru menyoal apakah unit penukaran yang digunakan dalam papan cerita yang ditunjukkan?a. Unit timbangan dan berat melibatkan kilogram dan gramb. 1 kilogram (kg) bersamaan 1000 gram (g)5. Guru memberi respon kepada jawapan murid

Fasa Perkembangan (Penambahbaikan dan menilai)1. Guru menyediakan beberapa keping gambar yang berlainan berat.2. Guru membacakan arahan aktiviti kepada setiap kumpulan3. Setiap kumpulan dikehendaki mencari berat barang berdasarkan kepada kad berat yang diperlukan. Murid perlu mengaitkan penggunaan kemahiran lepas untuk menyelesaikan masalah tersebut.4. Ketua kumpulan akan memastikan kumpulan mereka mempunyai nilai yang cukup. Mereka tidak dibenarkan menyimpan kad gambar yang lebih untuk memastikan kumpulan lain boleh melengkapkan bacaan mereka5. Kumpulan yang dapat menyiapkan 5 bacaan dengan tepat dan pantas dikira pemenang.BILBACAAN TIMBANGANKAD GAMBARBACAAN kg

1100g

2250g

3540g

4770g

770g 1000 = 0.77kg

51000g

6. Guru mengulas dan memberi peneguhan kepada pencapaian yang diberikan oleh murid

Fasa Tindakan (Perlaksanaan Amalan Berterusan1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid2. Ketua kumpulan memantau hasil kerja rakan kumpulannya3. Guru dan murid membincangkan hasil kerja murid

Pentaksiran1. Pentaksiran berdasarkan keupayaan murid menjawab lembaran kerja.

BILBACAAN TIMBANGANKAD GAMBARBACAAN (kg)

1100g

2250g

3540g

4770g

51000g

AKTIVITI PENGAJARAN HEAURISTIK GAMBAR RAJAH JALUR

2.2 Tajuk 2 : Heuristik Gambar Rajah JalurHeuristik gambar rajah jalur ialah cara yang digunakan untuk menyatakan maklumat-maklumat atau situasi soalan dengan gambarajah. Cara ini boleh menolong murid-murid melihat perkaitan di antara kuantiti yang diberi dengan lebih mudah dan jelas lagi.

Mata pelajaran: MatematikBidang pelajaran: Ukuran PanjangObjektif pembelajaran: Memahami hubungan diantara unit dalam ukuran panjangHasil pembelajaran: Diakhir proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat B. Menguasai isi kandungan pelajaran i. Menyelesaikan masalah melibatkan ukuran panjang

D. Membina kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir i. Menghuraikan konsep menganggar

E. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni iv. Murid mendengar dengan teliti v. Melibatkan diri dalam aktiviti yang disediakan oleh guru vi. Menerima pandangan rakan kumpulan dalam menjalankan aktiviti.

Konsep/prinsip/hukum/teori: Penyelesaian masalah

Bahan, peralatan dan bahan sumber: Lembaran kerja, botol air, kamus, reben, papan cerita

Nilai : Terapkan sifat kerjasama dan bantu membantu dalam kumpulan

Pengetahuan Sedia Ada : Murid-murid telah didedahkan dengan konsep menganggar Murid-murid juga telah belajar menukar dalam matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi.

Aktiviti Pengajaran Fasa Persediaan (Pemerhatian dan Analisis)1. Guru memberi salam kepada murid dan bertanya akan kesediaan murid sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran2. Guru meminta 6 orang murid untuk tampil ke hadapan. Guru 3 pasangan barang yang berbeza jenisa. Manakah yang lebih panjang daripada dan lebih pendek daripada b. Manakah yang lebih banyak daripada dan lebih sedikit daripada b. Manakah yang lebih berat daripada dan lebih ringan daripada

3. Guru memberi respon kepada jawapan murid dan membantu murid membuat perkaitan dengan pengetahuan sedia ada.

Fasa Imaginasi (Penjanaan Idea dan Sintesis Idea)1. uru menunjukkan papan cerita kepada murid tentang penyelesaian masalah matematik melibatkan ukuran panjang.2. Murid mendengar cerita guru dengan teliti.3. Guru bersoal jawab dengan murid melalui papan cerita yang diberikan. Murid memberi respon kepada jawapan guru.a. Apa maklumat yang diberi?- Ganti kan dengan jalur kuningb. Apa maklumat yang dicari?- Gantikan dengan jalur merahc. Apa operasi yang sesuai?

4. Guru membimbing murid menggunakan gambarajah jalur untuk memahami penyelesaian masalah matematik melibatkan ukuran panjang.5. Guru menjelaskan beberapa isi kandungna pelajaran yang perlu difahami oleh murid.

Fasa Perkembangan (Penambahbaikan dan menilai)1. Guru mengedarkan bahan kepada kumpulan iaitu kertas berwarna, lembaran dan gam.2. Guru membacakan arahan aktiviti kepada semua murid.3. Setiap kumpulan dikehendaki menggunting kertas berwarna berdasarkan kehendak soalan pada lembaran kerja.4. Murid juga dikehendaki menmbuat bentuk lazim bagi menyemak jawapan merekaSOALANGAMBARAJAH JALURPENYELESAIAN

5. Murid menjalankan aktiviti berdasarkan kehendak guru.6. Guru membimbing murid menjalankan aktiviti kumpulan7. Murid dan guru menyemak jawapan kumpulan dan memberikan peneguhan

Fasa Tindakan (Perlaksanaan Amalan Berterusan)4. Guru menjawap soalan latihan yang terdapat pada buku kerja Matematik Sasbadi5. Ketua kumpulan memantau hasil kerja rakan kumpulannya6. Guru dan murid membincangkan hasil kerja murid

Pentaksiran2. Pentaksiran berdasarkan keupayaan murid menjawab lembaran kerja.

LEMBARAN KERJA KUMPULANSOALANGAMBARAJAH JALURPENYELESAIAN

Jalan Umas ialah 560 m Jalan Brantian ialah 425 m lebih panjang daripada Jalan Umas. Berapakah jumlah jalan-jalan ini?

Hamidah mempunyai reben berukuran 360 cm. Dia memotong reben ini kepada 4 bahagian yang sama rata. Berapakah panjang setiap reben

Jarak diantara Pekan Tawau dan Pekan Kunak ialah 87m. Jika Amir berulang alik sebanyak 3 kali sehari, berapakah jarak yang dilaluinya?

Aminah mempunyai ukur lilit pingang 48 cm, manakala Azni ialah 32 cm. Berapakah beza ukur lilit pinggang mereka?