contoh format refleksi big

3
Refleksi Nama: Parameswary a/p Perumal Kumpulan Akademik: T1MT1 Angka Giliran: 2011272310146 Saya bersyukur kepada Tuhan, kerana dapat berjaya melaksanakan Bina Insan Guru ( BIG) fasa 1, 2013. BIG ini telah dilaksanakan di Pulau Pangor selama 4 hari 3 malam. Kami telah memperoleh banyak manfaat melalui BIG ini. Memang tidak boleh dinafikan bahawa tanpa pensyarah-pensyarah kami tidak dapat berjaya melaksanakan BIG ini. BIG fasa 1 ini telah banyak memberi ilmu pengetahuan yang tidak ternilai harganya kepada saya. Selain itu, BIG memberi peluang kepada saya untuk menilai keupayaan diri saya dari segi persediaan untuk menjadi seorang guru yang proaktif dan berkeyakinan tinggi. Sebelum saya melibatkan diri dalam kem BIG ramai rakan senior saya menakutkan saya dengan memberitahu tentang kesukaran yang mungkin kami hadapi sewaktu BIG. Pada hari pertama sebelum bertolak kami semua seramai 81 orang guru pelatih telah dibahagikan kepada 8 kumpulan. Motif utama pembahagian kumpulan ini adalah untuk memberi peluang kepada kami untuk bergaul, berorganisasi dan bekerjasama dengan mereka yang tidak sempat berkomunikasi sebelum ini walaupun kami adalah kumpulan seunit. Apabila kami tibanya ke Pulau Pangkor kami telah mendirikan khemah. Pada sebelah malam, aktiviti pertama dimulakan dengan aktiviti pengenalan iaitu “ ice breaking”. Aktiviti seterusnya yang diberikan kepada kami ialah mereka logo untuk kumpulan masing- masing. Kami dalam sekumpulan mengemukakan beberapa idea untuk membina logo, slogan kumpulan, visi dan misi kumpulan. Dengan bekerjasama antara satu sama lain, kami telah berjaya mereka logo

Upload: parameswary-perumal

Post on 29-Sep-2015

235 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

RefleksiNama: Parameswary a/p PerumalKumpulan Akademik: T1MT1

Angka Giliran: 2011272310146

Saya bersyukur kepada Tuhan, kerana dapat berjaya melaksanakan Bina Insan Guru ( BIG) fasa 1, 2013. BIG ini telah dilaksanakan di Pulau Pangor selama 4 hari 3 malam. Kami telah memperoleh banyak manfaat melalui BIG ini. Memang tidak boleh dinafikan bahawa tanpa pensyarah-pensyarah kami tidak dapat berjaya melaksanakan BIG ini. BIG fasa 1 ini telah banyak memberi ilmu pengetahuan yang tidak ternilai harganya kepada saya.

Selain itu, BIG memberi peluang kepada saya untuk menilai keupayaan diri saya dari segi persediaan untuk menjadi seorang guru yang proaktif dan berkeyakinan tinggi. Sebelum saya melibatkan diri dalam kem BIG ramai rakan senior saya menakutkan saya dengan memberitahu tentang kesukaran yang mungkin kami hadapi sewaktu BIG. Pada hari pertama sebelum bertolak kami semua seramai 81 orang guru pelatih telah dibahagikan kepada 8 kumpulan. Motif utama pembahagian kumpulan ini adalah untuk memberi peluang kepada kami untuk bergaul, berorganisasi dan bekerjasama dengan mereka yang tidak sempat berkomunikasi sebelum ini walaupun kami adalah kumpulan seunit.

Apabila kami tibanya ke Pulau Pangkor kami telah mendirikan khemah. Pada sebelah malam, aktiviti pertama dimulakan dengan aktiviti pengenalan iaitu ice breaking. Aktiviti seterusnya yang diberikan kepada kami ialah mereka logo untuk kumpulan masing-masing. Kami dalam sekumpulan mengemukakan beberapa idea untuk membina logo, slogan kumpulan, visi dan misi kumpulan. Dengan bekerjasama antara satu sama lain, kami telah berjaya mereka logo untuk kumpulan kami. Disini apa yang saya pelajari ialah jika aktiviti itu diberikan secara individu, mungkin saya tidak dapat habiskan dengan secepat mungkin. Sebelum saya melalui BIG ini saya adalah seorang yang suka membuat kerja secara bersendirian walaupun kerja itu adalah sangat sukar. Apabila saya telah mengikuti BIG, terutamanya dengan aktiviti tersebut saya menyedari bahawa betapa pentingya nilai kerjasama dan segala aktiviti boleh disiapkan dengan berjaya jika semua orang bekerjasama antara satu sama lain.

BIG ini juga telah berjaya membantu saya menjadi seorany yang lebih yakin kepada kebolehan diri sendiri dan bersemangat untuk melaksanakan sesuatu. Saya adalah seorang yang takut kepada air laut. Saya terpaksa menyelam didalam air laut dan perlu berkayak. Pada permulaanya apabila saya disuruh oleh penyarah untuk memakai BA, saya amat takut dan berdoa kepada Tuhan untuk menyelamatkan saya. Pensyarah-pensyarah saya amat membantu saya untuk menyelam dan cara-cara untuk menyelam di dalam air laut dengan penuh kesabaran. Dengan tenjuk ajar pensyarah dan rakan-rakan saya, akhirnya saya dapat berjaya menyelam dan telah berjaya berkayak menuju ke destinasinya dengan melepasi beberapa halangan. Kini saya berasa lebih yakin untuk melakukan sesuatu kerana bagi sekarang saya memahami bahawa sesuatu perkara yang mungkin sukar dilakukan pasti saya boleh lakukan sama ada seseorang diri auat dengan tunjuk ajar dari orang lain. Saya juga berkeyakinan yang tinggi untuk melakukan apa sahaja aktiviti. Perkara ini amat penting kerana sebagai seorang guru, saya pasti akan diberi pelbagai tugas sama ada di dalam sekolah atau di luar sekolah. Jadi dengan adanya pendedahan sebegini, saya yakin terhadap diri sendiri untuk menghadapi segala cabaran sewaktu menyiapkan tugasan yang diberikan kepada saya dengan jayanya.

Selain itu, saya juga telah dilatih untuk menjadi lebih bertolak ansur antara satu sama lain. Contohnya, pada setiap malam kami dalam satu kumpulan telah bergilir-gilir berkawal di kawasan khemah bermula jam 12malam hingga 6 pagi. Kami bertolak ansur untuk bersama-sama berkawal mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh AJK keselamatan. Saya dan 3 orang rakan saya diberikan tugas untuk berkawal pada jam 3 hingga 4 pagi di sekitar khemah bagi menjaga keselamatan setiap ahli. Jadi dengan aktiviti ini, saya telah mempelajari bahawa sebagai bakal guru kami perlu mempunyai nilai bertolak ansur. Hal ini kerana apabila kami ditempatkan di sekolah, nilai bertolak ansur memainkan peranan utama semasa melaksanakan segala tugasan di dalam sekolah mahupun di luar sekolah.

Secara keseluruhanya, BIG ini telah membantu saya bagi membina jati diri seorang pendidik yang berkarisma tinggi. Saya sangat bersyukur kerana melalui program BIG ini, telah memberi saya pengetahuan, menguji mental dan fizikal diri saya. Saya berharap pada BIG yang seterusnya, saya akan lebih banyak menimba pengalaman dan ilmu bagi mencapai matlamat saya untuk menjadi seorang pendidik yang gemilang.