ciri ponteng

2
CIRI-CIRI PONTENG Ponteng boleh ditakrifkan sebagai tidak menghadirkan diri ke sekolah tanpa sebab yang munasabah sama ada di luar atau dalam pengetahuan ibu bapa.Dalam erti kata yang lain,ponteng ini dilakukan dengan sengaja tidak hadir ke sekolah tanpa ada alas an yang munasabah.Pelajar yang terlibat dalam gejala ini sering dikaitkan dengan sikap tidak berdisiplin dan mempunyai moral yang rendah. Gejala ponteng sekolah ini boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu dari tingkat bawah hingga tingkat tertinggi.Tingkat atau jenis ponteng yang pertama ialah ponteng sekolah .Pelajar yang melakukan masalah ponteng sekolah ini biasanya akan keluar dari rumah dengan memakai pakaian seragam sekolah tetapi mereka tidak akan pergi ke sekolah.Malahan terdapat sesetengah dari mereka yang akan berkeliaran dan melepak di pusat membeli-belah,kedai siber dan di rumah-rumah kosong di kawasan terpinggir. Jenis ponteng yang seterusnya ialah ponteng kelas.Dalam kes ini,pelajar akan pergi ke sekolah tetapi pada masa pengajaran dan pembelajaran sesuatu subjek,pelajar tersebut akan keluar dari kelas dan menghilangkan diri. Ponteng hati juga merupakan salah satu tingkat dalam gejala ponteng.Pelajar yang terlibat dengan ponteng sebegini akan berada dalam bilik darjah tetapi hati dan fikiran mereka tidak berada dalam bilik darjah.Mereka hanya menunggu loceng waktu terakhir berbunyi bagi membolehkan merka pulang.

Upload: norsyahirah-ahmad

Post on 24-Jun-2015

272 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: ciri ponteng

CIRI-CIRI PONTENG

Ponteng boleh ditakrifkan sebagai tidak menghadirkan diri ke sekolah tanpa sebab yang

munasabah sama ada di luar atau dalam pengetahuan ibu bapa.Dalam erti kata yang lain,ponteng

ini dilakukan dengan sengaja tidak hadir ke sekolah tanpa ada alas an yang munasabah.Pelajar

yang terlibat dalam gejala ini sering dikaitkan dengan sikap tidak berdisiplin dan mempunyai

moral yang rendah.

Gejala ponteng sekolah ini boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu dari tingkat

bawah hingga tingkat tertinggi.Tingkat atau jenis ponteng yang pertama ialah ponteng

sekolah .Pelajar yang melakukan masalah ponteng sekolah ini biasanya akan keluar dari rumah

dengan memakai pakaian seragam sekolah tetapi mereka tidak akan pergi ke sekolah.Malahan

terdapat sesetengah dari mereka yang akan berkeliaran dan melepak di pusat membeli-

belah,kedai siber dan di rumah-rumah kosong di kawasan terpinggir.

Jenis ponteng yang seterusnya ialah ponteng kelas.Dalam kes ini,pelajar akan pergi ke

sekolah tetapi pada masa pengajaran dan pembelajaran sesuatu subjek,pelajar tersebut akan

keluar dari kelas dan menghilangkan diri.

Ponteng hati juga merupakan salah satu tingkat dalam gejala ponteng.Pelajar yang terlibat

dengan ponteng sebegini akan berada dalam bilik darjah tetapi hati dan fikiran mereka tidak

berada dalam bilik darjah.Mereka hanya menunggu loceng waktu terakhir berbunyi bagi

membolehkan merka pulang.

Tingkat atau jenis ponteng yang keempat dan terakhir ialah ponteng kerana bangun

lewat.Pelajar yang bangun lewat berasa malas untuk ke sekolah walaupun mereka masih

mempunyai masa untuk bersiap-siap ke sekolah.Oleh itu,pelajar tersebut akan ponteng sekolah

dengan alasan bangun lewat.