257637912 tugasan 3 isu guru ponteng 2

21
NAMA PENSYARAH : TAJUK TUGASAN : NAMA : KKD2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH GROUP EL – S07 PUAN NAZARIAH BINTI AB TUGASAN 3 ETIKA PROFESION PERGURUAN KASTURI BINTI NUSI

Upload: farah-fazley

Post on 06-Dec-2015

271 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

doc

TRANSCRIPT

NAMA PENSYARAH :

TAJUK TUGASAN :

NAMA :

NO. MATRIK :

KKD2063

PEMBANGUNAN SAHSIAH

GROUP EL – S07

PUAN NAZARIAH BINTI AB SAMAD

TUGASAN 3

ETIKA PROFESION PERGURUAN

KASTURI BINTI NUSI

D20102046756

[PEMBANGUNAN SAHSIAH] PJJ2011

TUGASAN 1 (a)

PENGENALAN

Dalam kamus dewan, etika membawa maksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah

laku atau kesusilaan. Menurut kamus oxford pula, etika ialah prinsip moral atau set prinsip

moral. Profesion pula bermaksud pekerjaan terutamanya yang memerlukan pelajaran yang

tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang undang-undang, senibina, perubatan,

perakaunan dan lain-lain. ‘keguruan’ pula membawa maksud tugas dan tanggungjawab

(kerjaya) sebagai guru. Kesimpulannya, etika guru dalam pendidikan ini adalah sangat

penting. Etika pelajar yang diajar oleh seorang guru yang tidak bersahsiah mencerminkan diri

seorang guru yang tidak beretika. Guru yang baik dan beretika akan melahirkan generasi

yang baik dan berjaya.

Begitu juga dengan isu etika guru bukanlah cerita baru yang menghiasi dada

akhbar dan kini sering dibicarakan di kaca televisyen. Profesion perguruan hari ini dilihat

semakin goyah kerana ada segelintir golongan guru yang melanggar kod etika keguruan yang

telah sedia termaktub. Ini jelas apabila semakin banyak isu salah laku guru tersiar di kaca

televisyen, menjadi topik perbincangan pihak tertentu dan menghiasi dada-dada akhbar.

Terdapat pelbagai jenis salahlaku yang dilakukan oleh guru yang mana bukan hanya

melanggar etika profesion perguruan tetapi juga telah terlibat dengan akta jenayah negara.

Ini sudah tentu akan mencemarkan martabat profesion perguruan sebagai satu profesion yang

mulia pada pandangan masyarakat. Berikut merupakan antara isu ponteng yang kini semakin

menular dikalangan guru. Isu ini telah melanggar peraturan dan boleh dikenakan tindakan

tatatertib.

DEFINISI PONTENG

ISU PONTENG 2

[PEMBANGUNAN SAHSIAH] PJJ2011

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), ponteng dari segi bahasa boleh didefinisikan

sebagai kecoh, tipu, lari daripada tugas yakni tanggungjawab dan lain-lain

Manakala ponteng dari segi istilah merujuk kepada tidak hadir bertugas tanpa

sebarang surat akuan sakit mahupun apa-apa sebab yang munasabah. Menurut Cascio (2005),

ketidakhadiran bermaksud apa-apa sahaja kegagalan seseorang pekerja daripada melaporkan

diri ataupun tidak berada di tempat kerja mengikut masa yang telah ditetapkan atas apa alasan

sekalipun. Ini menunjukkan apabila seseorang pekerja itu tidak datang ke pejabat pada waktu

bekerja maka mereka dianggap sebagai tidak hadir. Sekiranya seseorang pekerja tidak hadir

tanpa sebarang sebab yang munasabah, ianya boleh dianggap sebagai ponteng kerja.

Oleh itu, guru ponteng bermaksud guru yang lari daripada melakukan tugas yang

diamanahkan kepada mereka, sama ada tugas utama iaitu mengajar atau tugas-tugas

sampingan seperti hadir mesyuarat, melaksanakan program dan sebagainya. Faktor utama

yang menyebabkan berlakunya masalah ponteng ini ialah faktor sikap guru itu sendiri.

JENIS-JENIS PONTENG

Ponteng boleh dikategorikan dalam beberapa jenis, iaitu ponteng sekolah, ponteng kelas dan

ponteng tugasan. Kesemua jenis ponteng ini memberi kesan negatif kepada murid dan

sekolah.

a) Ponteng sekolah

Ponteng sekolah bermaksud guru tidak hadir bertugas ke sekolah tanpa sebab atau dengan

sebab yang tidak munasabah. Ponteng jenis ini memberi kesan yang sangat besar kepada

pembangunan dan pencapaian sesebuah sekolah dan muridnya. Antara alasan-alasan yang

sering diguna oleh guru ialah kurang sihat dan anak kurang sihat. Guru juga ponteng sekolah

dengan pulang ke kampung lebih awal terutamanya ketika musim cuti sekolah dan musim-

musim perayaan dengan pelbagai alasan yang kurang logik.

b) Ponteng kelas

ISU PONTENG 3

[PEMBANGUNAN SAHSIAH] PJJ2011

Ponteng kelas pula bermaksud guru tidak masuk mengajar ke kelas atau lewat wasuk ke

dalam kelas dengan sengaja atau keluar lebih awal sebelum masa pengajaran dan

pembelajaran tamat tanpa alasan yang munasabah. Sikap guru yang lebih suka melepak di

kantin sekolah, berbual atau bersembang kosong dengan rakan, melayari facebook dan

sebagainya. Guru bermasalah ini menjadikan aktiviti-aktiviti sampingan lebih penting

berbanding mengajar di dalam bilik darjah. Ponteng jenis ini memberi kesan yang amat besar

kepada pencapaian murid dalam akademik.

c) Ponteng tugasan

Ponteng tugasan ialah tidak melaksanakan arahan yang diberikan oleh pihak pentadbir

sekolah. Contohnya guru tidak menghadirkan diri dalam sesi mesyuarat yang telah ditetapkan

oleh pihak sekolah, tidak menghadirikan diri semasa aktiviti atau kegiatan ko-kurikulum

dijalankan, tidak menyertai program yang dilaksanakan di sekolah tanpa alasan yang

munasabah dan kukuh, tidak menyiapkan kerja dan sebagainya. Ponteng jenis ini

menyebabkan kelancaran sesuatu program yang dijalankan oleh pihak sekolah akan terbantut.

FAKTOR-FAKTOR PONTENG

Dalam mengkaji isu ponteng yang dilakukan oleh guru, terdapat beberapa faktor yang dikenal

pasti yang memungkinkan guru-guru mengambil jalan mudah untuk ponteng. Hal ini

merangkumi aspek dalaman dan luaran yang mana masing-masing memberi impak kepada

pembangunan sahsiah seorang guru.

i) Faktor Dalaman

a) Kurangan Pegangan Agama.

Guru tidak menghayati apa yang diajarkan dalam agama. Agama Islam contohnya

menganjurkan agar umatnya berkerja dengan ikhlas, amanah dan penuh bertanggungjawab.

Kerja adalah satu ibadah dan ramai diantara guru yang bekerja tetapi tidak bersungguh-

sungguh, tidak amanah. Walaupun ramai diantaranya yang berpuasa dan menunaikan solat

ISU PONTENG 4

[PEMBANGUNAN SAHSIAH] PJJ2011

tetapi perbuatan seperti ponteng tetap berlaku dalam pekerjaan (Pahrol Mohamad Juoi,

2010). Guru menganggap ponteng adalah perkara biasa dan tidak berkait dengan pahala dan

dosa. Walhal guru perlu menjadikan pekerjaan sebagai satu sumber yang halal untuk

dinikmati oleh anak-anak dan ahli keluarga.

b) Kurang motivasi dari dalaman guru.

Guru terbeban dengan hal-hal persekitaran yana mungkin menyebabkan guru dibelenggu rasa

kecewa kurang motivasi, lemah semangat, dihimpit bebanan sehinggakan guru merasa

tertekan, depresi, kurang minat mengajar dan sebagainya. Tanpa motivasi diri, seseorang

guru itu akan mendapat kesan yang tidak disedari seperti hilang fokus, tiada matlamat yang

jelas, hilang minat dan luntur komitmen dalaman (Pendidik, September 2010).

c) Gangguan emosi.

Emosi yang tidak stabil akan menyebabkan kemurungan. Kemurungan yang melampau boleh

memberi kesan negatif dalam kehidupan sehingga membawa kepada gejala yang tidak sihat

kepada tubuh badan dan pemikiran. Selain itu juga kemurungan boleh menyebabkan

seseorang bertindak mengasingkan diri dari kelompok rakan dan masyarakat (Pendidik, April

2010). Gangguan emosi ini terhasil apabila guru-guru tidak mencapai keperluan peribadi.

Misalnya seorang guru mempunyai sasaran terhadap keputusan markah murid-murid dalam

peperiksaan. Apabila telah berulang kali keputusan yang diharapkan tidak memenuhi sasaran

yang diharapkan, guru akan merasa kecewa, rasa putus dan akhirnya menganggu kerja-kerja

guru yang lain. Penambahan masalah akhirnya guru mengambil jalan untuk ponteng kelas,

dan ponteng kerja.

d) Sifat yang tidak ikhlas

Ikhlas selalunya dikaitkan dengan bersedekah, jarang-jarang sekali ikhlas dikaitkan dengan

kerja atau profesion, jika ada ianya hanya disebut sepintas lalu. Ini adalah satu persoalan yang

penting kerana apabila kerja dianggap sebagai satu ibadah, maka inti pati atau terasnya

mestilah sifat ikhlas. Ikhlas adalah nilai teras yang membuahkan nilai-nilai yang lain.

Ikhlaslah melahirkan integriti, produktiviti dan kualiti juga lain-lain nilai murni dalam

ISU PONTENG 5

[PEMBANGUNAN SAHSIAH] PJJ2011

pekerjaan. Ikhlas adalah pemantau dalaman yang menjamin seseorang itu berlaku telus, lurus

dan benar sebelum, semasa dan selepas sesuatu pekerjaan dilakukan (Pahrol Mohamad Juoi,

2010). Jika seseorang guru tidak ikhlas, maka amat sukar baginya menumpukan sepenuh

perhatian terhadap pekerjaan utama di sekolah dan yang paling penting kepada proses

pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah

ii) Faktor Luaran

a) Tekanan beban kerja

Kyriacou & Sutcliffe, (1978) menyatakan bahawa tekanan guru boleh ditakrifkan sebagai

perasaan tidak selesa, emosi negatif seperti marah, kebimbangan, tekanan serta kekecewaan

yang berpunca dari aspek kerja mereka sebagai seorang guru. Dalam hal ini, guru yang

menghadapi tekanan adalah guru yang tidak dapat mengawal emosi mereka terhadap

perubahan budaya pendidikan yang bukan sahaja untuk memberi ilmu pengetahuan tetapi

perlu mendidik manusia agar menjadi modal insan yang berguna kepada masyarakat. Guru

terpaksa melakukan kerja lebih masa, perkeranian, menyediakan alat bantu mengajar,

menghadiri kursus atau bengkel sepanjang minggu sambil terpaksa melakukan penyesuaian

terhadap kaedah pengajaran yang baru sehingga mengabaikan emosi dan kehendak dalaman

mereka. Seorang guru di Sarawak juga menyuarakan tentang suasana kerjanya di salah

sebuah sekolah membuktikan bahawa dalam era pemodenan pendidikan ini masih terdapat

suasana tidak selesa pada tempat kerja guru. Apa yang digambarkan adalah, isu kepadatan

guru dalam bilik guru, masalah kongsi meja dan penyediaan perabut yang tidak sesuai serta

mencukupi. (Berita Harian, 19 Julai 2005). Hal ini menyebabkan guru bertindak ponteng

daripada membebankan emosi dan perasaan mereka dengan tekanan.

b) Murid yang tidak menghormati guru

Dalam era modenisasi kini, murid kurang menghargai dan menghormati perasaaan guru.

Sambutan Hari Guru saban tahun semakin hambar dan tidak terkesan di dalam sanubari

murid-murid. Tiada lagi ucapan penghargaan kepada guru yang diterima oleh murid. Mereka

leka dengan aktiviti persekitaran tanpa menghargai perasaan guru yang selama ini

mencurahkan khidmat bakti menjadikan mereka modal insan yang akan menentukan corak

ISU PONTENG 6

[PEMBANGUNAN SAHSIAH] PJJ2011

kepimpinan negara pada masa akan datang. Murid tidak lagi menjadikan guru sebagai role

model mereka tetapi lebih memilih artis-artis barat dan tempatan sebagai ikutan mereka.

Guru yang bersemangat mendidik anak bangsa seringkali dikejutkan dengan tindakan murid

yang diluar jangkaan seperti memancitkan dan menconteng kereta guru, memandang sinis

guru, tidak menyiapkan kerja sekolah yang diarahkan, tidak mematuhi arahan, melanggar

disiplin sekolah dan sebagainya. Bagi golongan guru yang tidak mempunyai kekuatan emosi

mereka lebih mudah memilih jalan ponteng sebagai penyelesaian kepada permasalahan yang

mereka hadapi.

c) Kurang galakan dan pemantauan dari pentadbir

Faktor ini juga amat penting dalam menjadikan pekerjaan guru sebagai satu profesion yang

berjaya. Pentadbir yang perihatin selalu mengambil berat akan masalah kakitangan bawahan.

Bukan bermaksud untuk mencampuri urusan guru berkenaan, tetapi lebih kepada

mengelakkan masalah guru menjadi lebih berat sehingga boleh mengganggu tugas-tugas

mereka di sekolah. Pentadbir juga perlu mengambil tindakan serta merta kepada guru yang

sering ponteng. Ini kerana ditakuti gejala ini akan diikuti oleh guru-guru lain apabila

mendapati pihak pentadbir terutamanya Guru Besar tidak mengambil tindakan kepada guru

yang melakukan kesalahan.

d) Jarak sekolah dan keadaan persekitaraan

Keadaan ini biasanya merujuk kepada di mana guru itu mengajar. Bagi guru yang mengajar

di luar bandar, dan di pulau-pulau guru lebih terdedah untuk ponteng sekolah memandangkan

kurangnya lawatan dari pihak atasan dan nazir. Guru mengambil cuti lebih awal dari masa

yang ditetapkan untuk tujuan tertentu seperti pulang untuk sambutan perayaan dan cuti

persekolahan. Hal ini telah disahkan apabila Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, Dr

Muhiddin bin Yussin berkata, perkara itu dikenalpasti hasil lawatan jemaah nazir sekolah dari

Kementerian Pelajaran ke sekolah-sekolah baru-baru ini (Berita Harian). Lain pula halnya

apabila guru tersebut mengajar di kawasan bandar. Guru akan keluar pada sesi persekolahan

untuk memenuhi keperluan peribadi dan keluarga. Contohnya guru akan keluar untuk

membeli barang-barang dapur, keperluan anak-anak, keperluan peribadi, mengambil wang

gaji pada sesi persekolahan berjalan. Guru akan keluar apabila mempunyai masa terluang

terutamanya rehat dan tidak ada kelas dalam jadual. Namun guru tidak sedar sebenarnya

ISU PONTENG 7

[PEMBANGUNAN SAHSIAH] PJJ2011

mereka juga dikategorikan sebagai ponteng kerana tidak berada di kawasan persekolahan

pada sesi persekolahan berjalan demi untuk memenuhi keperluan peribadi.

e) Pengaruh rakan-rakan

Pengaruh rakan sejawat dan rakan sekeliling juga mempengaruhi isu ponteng guru. Ini

kerana guru baru contohnya akan mudah terpengaruh dengan sifat rakan guru yang malas,

membuat kerja sambil lewa dan sering ponteng. Besar kemungkinan ponteng telah menjadi

kebiasaan kepada guru-guru disekelilingnya dan ini menjadikan guru tersebut terikut-ikut

dan terbawa-bawa dengan sahsiah negatif guru lain lebih-lebih lagi jika pihak pentadbir

sekolah tersebut tidak menangani isu ponteng ini dengan tegas.

f) Penyalahgunaan dadah

Penyalahgunaan dadah merupakan salah satu penyebab utama berlakunya masalah ponteng

di kalangan guru. Guru yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah akan hilang kawalan diri

dan tidak mampu untuk berfikiran dengan waras. Mereka ini telah hanyut dalam dunia

mereka sendiri dan telah hilang matlamat sebenar kehidupan. Spiritual mereka amat lemah,

manakala emosi mereka sukar dikawal dan mudah tertekan. Apabila seseorang guru telah

terlibat dengan penyalahgunaan dadah, mereka akan lebih mudah dihimpit dengan pelbagai

masalah lain, contohnya kewangan, ponteng kerja, masalah keluarga, tindakan undang-

undang dan sebagainya.

IMPLIKASI ISU PONTENG

a) Kepada Murid

Apabila guru ponteng kelas, murid akan tercicir dalam pelajaran. Ini kerana pelajaran yang

sepatutnya dikuasai oleh murid tidak dapat diaplikasikan terutamanya dalam menjawab

soalan-soalan ujian dan peperiksaan. Secara tidak langsung murid-murid akan mengalami

masalah pembelajaran di sekolah, lebih-lebih lagi kepada murid yang mempunyai tahap

kebolehan yang rendah. Di samping itu juga, akan berlaku masalah disiplin terutamanya jika

guru tiada di dalam kelas. Murid yang lebih agresif akan membuli rakan murid yang lemah.

Murid-murid ini juga akan bertindak di luar kawalan apabila cuba merosakkan harta benda

ISU PONTENG 8

[PEMBANGUNAN SAHSIAH] PJJ2011

sekolah seperti meja dan kerusi di dalam kelas. Guru adalah role model kepada murid-murid

di sekolah, maka tidak hairanlah jika ada murid yang mengikut sahsiah guru yang negatif

seperti ponteng sekolah. Murid beranggapan jika guru boleh ponteng kelas, mengapa mereka

tidak boleh mengikut guru tersebut sedangkan guru adalah cerminan kemenjadian murid di

sekolah.

b) Kepada Sekolah

Apabila isu ponteng membawa kesan kepada murid, secara tidak langsung isu ini juga tentu

akan mendatangkan impak kepada sekolah. Keputusan peperiksaan akan merosot dan tentu

sahaja sekolah terpaksa menjawab dengan pihak jabatan punca kemerosotan peratus

kelulusan murid. Sekolah pastinya akan dikategorikan sebagai sekolah berprestasi rendah.

Ini pastinya akan menjatuhkan imej sekolah dan pentadbirnya. Seterusnya pihak sekolah dan

guru akan dibebenkan dengan pelbagai program untuk membaiki dan memulihkan imej

sekolah yang telah tercalar.

c) Kepada Profesion Perguruan

Gejala ponteng hanya dilakukan oleh segelintir guru, tetapi seperti kata pepatah “kerana nila

setitik rosak susu sebelanga”. Kesan daripada tindakan segelintir guru tadi akan merosakkan

dan mencemarkan imej profesion perguruan. Masyarakat lebih cenderung melihat dan

menilai sesuatu yang negatif berbanding perkara positif. Masyarakat dan ibu bapa akan

memandang sinis akan profesion perguruan dan tidak yakin dengan kebolehan guru-guru

dalam mendidik anak mereka.

d) Kepada Ibu bapa

Kesan daripada guru ponteng juga memberi kesan yang negatif kepada ibu bapa murid.

Mereka akan merasa kecewa sekiranya anak mereka gagal mendapat keputusan yang baik

dalam peperiksaan. Mereka akan meletakkan kesalahan kepada pihak sekolah. Mereka lebih

menghormati dan mempercayai guru-guru luar seperti guru-guru tuisyen yang mengajar anak

mereka daripada guru-guru di sekolah. Mereka lebih rela membelanjakan wang ringgit demi

ISU PONTENG 9

[PEMBANGUNAN SAHSIAH] PJJ2011

untuk ilmu dan kemenjadian anak mereka daripada mengharapkan guru-guru yang tidak

berkualiti dan tidak beretika. Ibu bapa akan rasa terkilan jika guru yang dibayar gaji untuk

mengajar anak mereka tetapi tidak melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sepenuh

hati.

LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN

a) Pihak Pentadbir

Perbincangan - Pelbagai langkah yang boleh diambil oleh pihak pentadbir bagi

mengelakkan masalah ponteng ini dari terus berlarutan dan menjadi ikutan kepada guru-

guru lain. Pihak pentadbir perlu mengadakan perbincangan dengan guru yang bermasalah

iaitu guru yang sering ponteng. Ini bertujuan mengkaji dan mengetahui mengapa guru

mengambil tindakan sedemikian sehingga mengabaikan tanggungjawab dan peranan mereka

di sekolah. Pihak pentadbir perlu bersemuka dan mendekatkan diri kepada guru-guru ini bagi

mengetahui punca masalah ini berlaku. Nasihat, dan motivasi diperlukan agar perkara seperti

ini tidak akan berulang dikemudian hari.

Surat Tunjuk Sebab – Jika perbincangan telah pun dijalankan dan perkara ini masih tetap

berulang, pihak pentadbir akan mengeluarkan surat tunjuk sebab dan surat amaran bagi

memberi amaran kepada guru tersebut. Surat tunjuk sebab ini menunjukkan bahawa pihak

pentadbir amat memandang berat akan isu ponteng ini. Dalam sesetengah kes, guru yang

ponteng akan kembali bertugas setelah mendapat surat tersebut.

Merujuk Kepada Lembaga Tatatertib - Namun demikin jika perkara ini masih

berlanjutan, pihak pentadbir iaitu Guru Besar mempunyai kuasa merujuk guru bermasalah

tersebut kepada lembaga tatatertib selaras dengan Peraturan 25(1) yang terkandung dalam

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993 Bahagian III.

ISU PONTENG 10

[PEMBANGUNAN SAHSIAH] PJJ2011

b) Pihak Guru

Kembali Kepada Pegangan Agama – Dengan mendalami ilmu agama, seseorang guru itu

akan sedar peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan perlu dilaksanankan dengan

sebaik yang mungkin dan berusaha untuk menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas.

Memotivasikan diri sendiri / Mengubah sikap – Apabila guru berasa tidak lagi

bersemangat mengajar sehingga hilang fokus, dan tidak berupaya menjalankan tugas kerana

menghadapi masalah tertentu, maka amat penting bagi seorang guru mempunyai kekuatan

dalaman yang kuat untuk membantu menaikkan semangat diri bagi menghadapi masalah

tertentu.

Menghadiri sesi kaunseling secara sukarela – Seandainya jika masalah yang dihadapi

masih berpanjangan, adalah lebih baik guru tersebut menghadiri sesi kaunseling dalam

mencari jalan keluar yang terbaik

RUMUSAN

Dapatlah dirumuskan bahawa, isu ponteng bukan sahaja melanggar etika profesion

perguruan, malah kesannya boleh mempengaruhi semua pihak sama ada murid, sekolah, ibu

bapa dan masyarakat sekeliling. Tindakan yang tegas dan pantas daripada pihak pentadbir

akan dapat menyelesaikan masalah ini. Namun sering kali pihak pentadbir terlewat

mengambil tindakan yang menyebabkan masalah ponteng ini berlarutan. Oleh yang

demikian perlu ada pemantauan yang berterusan daripada pentadbir dan pihak jabatan untuk

memastikan masalah ponteng di kalangan guru dapat dibendung.

ISU PONTENG 11

[PEMBANGUNAN SAHSIAH] PJJ2011

RUJUKAN

Ahmad Jazimin & Muhammad Bazlan Mustafa.(2011). Pembangunan Sahsiah : Unit 5 –

Pendekatan Kognitif Teori Pilihan dan Terapi Realiti. Perak : Universiti

Perguruan Sultan Idris

Ishak Ismail. (2010, April). Murung bawa kesan negative kepada individu. Pendidik Bil. 71,

26-28

Kamus Dewan Edisi Ketiga.(2002). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Panduan Penyelenggaraan Tindakan Tatatertib

ISU PONTENG 12

[PEMBANGUNAN SAHSIAH] PJJ2011

Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian Sumber Manusia : Kementerian

Pendidikan Malaysia

Kyriacou, C., & Sutcliffe, J. (1978). Teacher stress : Prevalence, sources and Symptoms. British Journal of Education Psychology, 48, 159-167.

Mok Soon Sang.(2007). Kursus Penilaian Tahap Kecekapan Guru (P.T.K) Pengajaran dan

Pembelajaran (P&P). Selangor : Multimedia-Es Resources Sdn. Bhd

Mohd Muzafar Shah Mohd Razali, Aslina Ahmad & NazariahAbd.Samad.(2011). Pembangunan Sahsiah : Unit 10 - Isu-isu dalam pembentukan sahsiah guru. Perak : Universiti Perguruan Sultan Idris

Sakinah Salleh (2010, September). Guru perlu ada motivasi. Pendidik Bil.76, 34-35

Guru ponteng sebelum cuti dikenal pasti

http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2010/06/guru-ponteng-sebelum-cuti-dikenal-

pasti.html di muat turun pada 9/5/11

Guru ponteng: Tindakan tegas akan diambil

http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2008/05/guru-ponteng-tindakan-tegas-akan.html

di muat turun pada 9/5/2011

Berita Harian (2005, 19 Julai). Guru dakwa suasana kerja tak kondusif. Berita Harian

LAMPIRAN

http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2010/06/guru-ponteng-sebelum-cuti-dikenal-pasti.html 9/5/11

Rabu, 2 Jun 2010

Guru ponteng sebelum cuti dikenal pasti

KOTA BELUD 1 Jun - Jabatan Pelajaran mengenal pasti terdapat segelintir guru di negeri ini 'ponteng' sekolah untuk pulang ke kampung masing-masing sebelum cuti sekolah bermula.

Pengarah Pelajaran Negeri, Dr. Muhiddin Yussin berkata, perkara itu dikenalpasti hasil lawatan jemaah nazir sekolah dari Kementerian Pelajaran ke sekolah-sekolah baru-baru ini.

ISU PONTENG 13

[PEMBANGUNAN SAHSIAH] PJJ2011

"Jabatan kami sedang menunggu laporan rasmi bertulis daripada jemaah nazir itu sebelum mengambil tindakan yang perlu sebab guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan sekolah mereka sebelum cuti penggal bermula.

"Jadi mulai sekarang Jabatan Pelajaran negeri akan lebih serius dalam menangani kes-kes disiplin (di kalangan guru-guru dan kakitangan) di semua sekolah di negeri ini," katanya ketika ditemui selepas majlis penutupan program 'Ke Arah Kecemerlangan Akademik' di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Arshad di sini semalam.

Beliau mengulas mengenai aduan ibu bapa bahawa terdapat sebilangan guru di negeri ini khususnya yang berkhidmat di pulau-pulau pulang ke kampung sebelum cuti penggal bermula.

Menurut aduan, guru berkenaan dikatakan meninggalkan sekolah mereka seawal 24 Mei sedangkan cuti sekolah bermula pada 5 Jun.

Muhiddin berkata, jabatan pelajaran sentiasa serius dalam usaha meningkatkan tahap pendidikan di sekolah-sekolah di negeri ini dan akan mengambil tindakan tegas terdapat guru yang melanggar disiplin.

"Jika terbukti benar mereka akan dikenakan tindakan sewajarnya tanpa mengira siapa mereka.

"Jika ketidakhadiran mereka memerlukan tindakan disiplin kita akan melakukannya berdasarkan perintah Am Perkhidmatan Awam sedia ada," katanya.

Utusan Malaysia Online: 2 Jun 2010

Dicatat oleh GURU_CIKGU di 9:32 AM

Label: malu, pertuduhan/jenayah/selisih faham

http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2008/05/guru-ponteng-tindakan-tegas-akan.html 9/5/2011

Selasa, 20 Mei 2008

Guru ponteng: Tindakan tegas akan diambil BATU PAHAT 11 Mei - Kementerian Pelajaran akan mengambil tindakan tegas termasuk memecat seorang guru di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Perak jika siasatan membuktikan guru itu 'ponteng' mengajar dengan sengaja.

Timbalan menterinya, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, tindakan itu akan diambil sekiranya guru terbabit didapati ponteng atau bercuti tanpa alasan munasabah.

"Kementerian sedang menunggu laporan lengkap mengenai kes tersebut daripada pengarah pelajaran negeri dan ia dijangka diterima esok," katanya selepas merasmikan Majlis

ISU PONTENG 14

[PEMBANGUNAN SAHSIAH] PJJ2011

Keselamatan Kanak-Kanak Sekolah di sebuah pusat membeli-belah di sini hari ini.

Semalam, sebuah stesen televisyen tempatan melaporkan rungutan ibu bapa mengenai tindakan seorang guru di sebuah SJKT di Ipoh yang kerap tidak hadir mengajar di sekolah.

Ka Siong berkata, maklumat awal mendapati guru itu telah tidak hadir ke sekolah selama 30 hari sejak awal Januari lalu dan dia hanya memaklumkan mengenainya kepada pihak sekolah melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Beliau berkata, kementerian mengambil serius kes tersebut walaupun ia merupakan kes terpencil dan jarang berlaku.

"Tindakan tegas perlu dilakukan kerana tidak mahu menjejaskan kerjaya perguruan," ujarnya.

Sementara itu, ketika ditemui selepas Majlis Dialog Dengan Warga Pengajar di sebuah restoran di sini, Ka Siong berkata, kementerian akan mengkaji semula kenaikan pangkat guru penolong kanan dan guru bukan siswazah kepada siswazah yang kini dianggap tidak munasabah.

Beliau berkata, guru-guru penolong kanan merungut kerana kenaikan pangkat yang diberikan tidak setanding dengan kenaikan gaji dan beban kerja juga yang ditanggung.

Katanya, guru bukan siswazah yang bertukar status kepada guru siswazah pula mendakwa jumlah kenaikan gaji mereka terlalu sedikit.

Menurutnya, rungutan-rungutan tersebut akan diambil perhatian dan dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk kajian dan tindakan selanjutnya.

Utusan Malaysia Online: 20 Mei 2008

ISU PONTENG 15