kaunseling berfokus ponteng 2014 smkam

Upload: ubdksmkam-smkam

Post on 01-Nov-2015

156 views

Category:

Documents


21 download

DESCRIPTION

Di Malaysia, semua sekolah adalah sama waktu belajar iaitu pada pukul 7.40 pagi untuk sesi pagi. Waktu tersebut dikatakan sangat sesuai untuk pelajar-pelajar memulakan pelajaran. Namun demikian, masih ada para pelajar yang tidak mengambil peduli akan hal tersebut dan sanggup dikenakan tindakan daripada guru disiplin kerana ponteng . Isu datang lambat ini merupakan bukan isu yang kecil kerana rata-rata sekolah menghadapi masalah yang sama termasuklah SMK Alor Merah. Pelbagai usaha telah diambil oleh guru disiplin dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kauseling untuk menangani masalah ini, tetapi masih ada pelajar yang tidak peduli akan hal tersebut. Oleh yang demikian, kaunseling berfokus ini dilaksanakan untuk melihat factor kedatangan lambat pelajar ke sekolah dan mengambil inisiatif untuk menangani masalah tersebut.

TRANSCRIPT

KAJIAN TINDAKAN KAUNSELING BERFOKUS BERKAITAN PONTENG TINGKATAN 3,4 DAN 5

1.0 PENGENALANProgram Kaunseling Berfokus diperkenal di sekolah sebagai satu program wajib dilaksanakan oleh setiap GBKSM bertujuan menilai keberkesanan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada sekumpulan pelajar yang menghadapi masalah-masalah tertentu dan menunjukkan perubahan dalam akademik, sikap atau tingkah laku Program Kaunseling Berfokus memberikan tumpuan khusus kepada satu kelompok pelajar antara 5 hingga 10 pelajar. Kelompok difokuskan dalam bidang sama ada akademik, sahsiah atau PPDa. Kelompok akan dibantu dengan lebih khusus dan perjumpaan ahli kelompok telah dirancang dan dimasukkan dalam takwim sekolah sebagai persediaan awal dan makluman kepada semua guru.

2.0 RASIONALMaklumat daripada data SSDM menunjukkan ramai pelajar SMK ALOR MERAH yang datang lambat. Lazimnya, setiap hari adalah pelajar yang sama dan mereka tidak ada usaha untuk datang awal. Mereka juga tidak kisah apabila diambil tindakan oleh unit disiplin dan juga diberi sesi bimbingan oleh kaunselor. Untuk menangani masalah tersebut, satu soal selidik berkaitan datang lambat diedarkan kepada pelajar yang datang lambat lebih daripada 4 kali bermula Januari sehingga April. Soal selidik tersebut bertujuan untuk mengetahui punca pelajar datang lambat ke sekolah. Hasil daripada soal selidik tersebut menunjukkan pelajar yang datang lambat ini sebahagiannya berpunca dari diri sendiri. Oleh itu, untuk menangani permasalahan tersebut maka kaunseling berfokus untuk masalah datang lambat dibuat untuk membantu pelajar-pelajar tersebut. Kaunseling berfokus ini hanya memberi fokus kepada punca peribadi sahaja.

3.0 MATLAMAT3.1 Memberi kesedaran tentang potensi diri mereka3.2 Meningkatkan kesedaran untuk menghargai diri sendiri dan sentiasa berfikiran positif3.3 Menanamkan sifat asertif dalam diri masing-masing

4.0 OBJEKTIF4.1 Membantu sekolah dalam menangani masalah disiplin pelajar4.2 Membantu sekolah menyelesaikan masalah disiplin pelajar secara berfokus dan lebih efektif.4.3 Mewujudkan kefahaman pihak pengurusan sekolah terhadap peranan Guru bimbingan dan kaunseling dalam usaha menangani masalah pelajar.

5.0 KUMPULAN SASARANKumpulan sasaran terdiri daripda pelajar sesi pagi seramai 10 orang.

6.0 PELAKSANAANSepanjang tahun 2014.

7.0 TEMPATUnit Bimbingan dan Kaunseling SMK ALOR MERAH

8.0 PENGISIAN8.1 Mengesan semua kumpulan pelajar mengikut kategori yang disenaraikan melalui laporan disiplin, SSDM dan soal selidik.8.2 10 orang pelajar dikenalpasti dalam melakukan kesalahan disiplin ponteng tegar.8.3 Ambil maklumat pelajar dan difailkan.8.4 Pelajar berkenaan hendaklah menjalani proses kaunseling individu dan kelompok secara berterusan (ada laporan dan catatan).8.5 Pelajar berkenaan dilibatkan sama dalam program khas B & K yang sesuai (ada laporan dan catatan)8.6 Bincang/ bentang laporan dan catatan kepada pengetua setiap bulan.8.7 Hantar laporan kepada PPD pada setiap 5 haribulan pada setiap 4 bulan sekali.8.8 PPD hantar ke Unit HEM JPN sebelum 10 hari bulan pada setiap 4 bulan sekali.

9.0 PENILAIAN DAN PEMANTAUAN9.1 Pengetua dan Guru-guru Penolong Kanan9.2 Pejabat Pelajaran Daerah

10.0 PROSES KERJABilProses KerjaPegawai Yang Meluluskan / DirujukCatatan

1.Mengesan pelajar berdasarkan maklumat.1. PPD (HEM)2. Pengetua

2.Senarai pelajar mengikut BIDANG kemudian senarai mengikut kumpulan sasaran.

3.Buat perjumpaan dengan pelajar yang terlibat dan rasionalkan mereka mengapa terpilih dalam Program Kaunseling Berfokus.

4.Dapatkan maklumat peribadi pelajar yang terlibat.Isi borang BDK 1-untuk simpanan Guru BK

5.

Hantar maklumat awal pelajar kepada PPPD HEM.Borang A sebelum 31 April 2014

6.Murid mengikuti proses kaunseling individu, kelompok atau program khas.Sepanjang tahun

7.Menyediakan laporan keberkesanan

Borang Rumusan B (Disiplin)

8.Berbincang / bentangkan laporan kepada pengetua.Borang Rumusan A dan B Pada atau sebelum1. 5 Disember 20142. 5 Disember 20143. Awal cuti 2014

9Hantar laporan kepada PPPD HEM

4.

10Hantar Laporan kepada Unit HEM JPN.5.

CARTA ALIRAN KERJA

MULABerbincang antara Guru Bimbingan dan Kaunseling yang ada di sekolah.

Berbincang dengan pengetua dan guru disiplin

Mengesan pelajar berdasarkan maklumat dari pelbagai sumber.

Kategorikan pelajar mengikut bidang dan kumpulan sasaran.Kumpulkan pelajar dan berikan penerangan dan rasionalkan mereka.

Edarkan Borang Profail Pelajar. Hantar maklumat awal ke PPPD HEM & Unit HEM JPN.

Pelajar menjalani proses kaunseling dan program khas.

Sediakan laporan dan catatan.

TAMATBentangkan laporan kepada pengetua dan hantar kepada PPD.

11.0 PENUTUPDiharapkan program ini dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan dan dapat membantu pelajar-pelajar dalam kelompok ini untuk bertingkahlaku dengan lebih baik dan berusaha untuk menjadi pelajar yang tidak membuat masalah disiplin. Hal ini sangat penting kerana dengan mengurangkan masalah disiplin di sekolah, maka pencapaian akademik dapat ditingkatkan.

Disediakan oleh ,Disemak Oleh,

..(CR HJH NOOR ASHIKIN HJ SHAHROM)(MUHAMAD FAUZI MOHD KAMAL)PK HEM

Diluluskan Oleh,

..(HJ ABU SEMAN BIN BAKAR)PENGETUASMK ALOR MERAH

KAJIAN TINDAKAN BERKAITAN PONTENG KE SEKOLAH TINGKATAN 3,4 & 5TAHUN 2014

1. PENDAHULUANDi Malaysia, semua sekolah adalah sama waktu belajar iaitu pada pukul 7.40 pagi untuk sesi pagi. Waktu tersebut dikatakan sangat sesuai untuk pelajar-pelajar memulakan pelajaran. Namun demikian, masih ada para pelajar yang tidak mengambil peduli akan hal tersebut dan sanggup dikenakan tindakan daripada guru disiplin kerana ponteng . Isu datang lambat ini merupakan bukan isu yang kecil kerana rata-rata sekolah menghadapi masalah yang sama termasuklah SMK Alor Merah. Pelbagai usaha telah diambil oleh guru disiplin dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kauseling untuk menangani masalah ini, tetapi masih ada pelajar yang tidak peduli akan hal tersebut. Oleh yang demikian, kaunseling berfokus ini dilaksanakan untuk melihat factor kedatangan lambat pelajar ke sekolah dan mengambil inisiatif untuk menangani masalah tersebut.

2. FAKTOR-FAKTOR PONTENG DI KALANGAN PELAJAR LELAKI DAN PEREMPUAN TINGKATAN 3, 4 DAN 5 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALOR MERAH

2.1 RASIONALProgram ini perlu dilaksanakan disebabkan oleh beberapa faktor :1. Ketidakseronokan berada di sekolah2. Latar belakang dan sikap waris yang kurang mengambil berat tentang pelajaran anak/3. Pengaruh rakan sebaya4. Faktor sosioekonomi dan budaya keluargaMenyedarkan pelajar bahawa gejala ponteng akan menyebabkan kesan buruk terhadap masa hadapan mereka sekiranya tidak di atasi.

2.2 MATLAMAT2.2.1 Memberi kesedaran tentang potensi diri mereka2.2.2 Meningkatkan kesedaran untuk menghargai diri sendiri dan sentiasa berfikiran positif2.2.3 Menanamkan sifat asertif dalam diri masing-masing

3. KAJIAN TINDAKAN UNTUK MENGETAHUI FAKTOR PELAJAR PONTENG KE SEKOLAH

3.1 LATAR BELAKANG MASALAH DAN RASIONAL KAJIANMaklumat mengenai pelajar datang lambat diperolehi daripada laporan Sistem Salah Laku murid (SSDM) 2014. Datang lambat ini diambil bermula daripada bulan Januari sehingga bulan Mac 2014 dan seramai 40 orang pelajar dipilih berdasarkan jumlah hari ponteng melebihi 10 hari ke sekolah. Pelajar-pelajar ini diberikan satu soal selidik untuk mengetahui faktor mereka datang lambat ke sekolah. Setelah dianalisis hanya 10 orang pelajar sahaja yang dipilih untuk mengikuti kaunseling kelompok. 10 orang pelajar ini dipilih disebabkan faktor diri sendiri dan bukannya faktor keluarga, kawan-kawan dan lain-lain lagi.

4. ITEM SOALANUntuk melaksanakan kajian ini, sebanyak 20 soalan dibina untuk mengetahui faktor ponteng pelajar ke sekolah.Skala ukuran yang dugunakan adalah :Skala 1 : Ya Yakin untuk bersetuju dengan pernyataan yang diberiSkala 2 : Tidak Yakin untuk tidak bersetuju dengan pernyataan yang diberi

Rasional setiap skala dibuat untuk mengetahui faktor ponteng pelajar ke sekolah dengan menjawab secara tepat sama ada ya ataupun tidak.Manakala 10 soalan untuk mengetahui matlamat pelajar datang ke sekolah. Skala ukuran yang dugunakan adalah :Skala 1 : Ya Yakin untuk bersetuju dengan pernyataan yang diberiSkala 2 : Tidak Yakin untuk tidak bersetuju dengan pernyataan yang diberi

Rasional setiap skala dibuat untuk mengetahui matlamat pelajar ke sekolah dengan menjawab secara tepat sama ada ya ataupun tidak.

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK ALOR MERAHSOAL SELIDIK PONTENGNama :...............................................................................

Tingkatan : ...........................................................................

1. Sebab anda ponteng sekolah

BILPERKARATandakan /Catatan

1Bangun lewat

2Malas / tidak minat belajar

3Dibuli rakan

4Masalah kewangan

5Masalah peribadi

6Masalah dalam keluarga

7Tidak buat kerja sekolah

8Menuntut ilmu bukan keutamaan

9Kerja sambilan

10Bermasalah dengan guru

11Tiada dorongan ibu bapa

12Masalah pengangkutan

13Pengaruh rakan sebaya

14Membantu ibu bapa bekerja

15Tidak suka pada peraturan sekolah

16Bosan dengan pengajaran guru

17Sakit dan ada surat pengesahan doktor

18Takut dengan guru

19Tiada kawan

20Malu kerana kemiskinan / kesusahan hidup

2. Matlamat saya datang ke sekolah

BILPERKARATandakan /Catatan

1Sekadar memenuhi masa remaja

2Menghilangkan bosan tinggal di rumah

3Memenuhi suruhan ibu bapa

4Dapat berjumpa rakan dan berbual

5Menamatkan pelajaran hingga tingkatan 5

6Belajar bersungguh-sungguh

7Mahu berjaya dalam kehidupan

8Tidak mahu menerima surat amaran

9Teman wanita / lelaki

10Lari dari masalah di rumah

5. KEPUTUSAN KAJIAN5.1 PUNCA PONTENG SEKOLAH DIRI SENDIRI

Graf 1 : Keputusan menunjukkan faktor ponteng ke sekolah disebabkan diri sendiri.

Bagi item soalan 1, 9 orang responden mengatakan selalu tidur lewat malam dan hanya 1 orang responden yang mengatakan tidak. Manakala bagi item soalan 2 pula, hanya 3 orang sahaja yang malas/tidak minat belajar dan yang selebihnya masih mempunyai minat untuk belajar.

Seterusnya bagi item soalan 4 iaitu respondenmengalami maslah kewangan, hanya 3 orang mengatakan ya dan 7 orang mengatakan tidak. Untuk soalan 5 semua responden mengatakan mengalami masalah peribadi. Manakala bagi soalan 7 pula, hanya 1 orang responden yang tidak buat kerja sekolah malam dan selebihnya buat kerja sekolah.

Untuk item soalan 8, 6 responden mengatakan menuntut ilmu bukan satu keutamaan manakala 4 orang lagi sebaliknya. Bagi item 20 pula, 2 orang responden menjawab malu dengan kemiskinan/kesusahan hidup dan selebihnya mengatakan tidak.

5.2 FAKTOR RAKAN SEBAYA

Graf 1 : Keputusan menunjukkan faktor ponteng ke sekolah disebabkan factor rakan sebaya.

Untuk item soalan 3, 1 responden mengatakan dibuli rakan manakala 9 orang lagi sebaliknya. Bagi item 13 pula, 2 orang responden menjawab pengaruh rakan sebaya dan selebihnya mengatakan tidak.

Manakala bagi item soalan 19 iaitu tiada kawan, 2 orang responden mengatakan ya dan 8 orang responden mengatakan tidak.

5.3 FAKTOR KELUARGA

Graf 3 : Keputusan menunjukkan faktor ponteng ke sekolah disebabkan factor keluarga.

Bagi item soalan 6 pula iaitu masalah dalam keluarga, 4responden mengatakan ya dan selebihnya mengatakan tidak. Seterusnya bagi soalan 11, 2 responden mengatakan tiada dorongan ibu bapa dan selebihnya mengatakan tidak. Manakala bagi soalan 14 pula, hanya 2 orang responden yang bekerja pada waktu malam dan selebihnya tidak bekerja.

5.4 FAKTOR-FAKTOR LAIN

Graf 4 : Keputusan menunjukkan faktor ponteng ke sekolah disebabkan faktor lain.

Bagi item soalan 9 pula iaitu Kerja sambilan, 2 responden mengatakan ya dan selebihnya mengatakan tidak. Seterusnya bagi soalan 10, 6 responden mengatakan bermasalah dengan guru dan selebihnya mengatakan tidak. Manakala bagi soalan 12 pula, hanya 4 orang responden masalah pengangkutan dan selebihnya tidak bekerja. Untuk soalan 15 , 7 responden mengatakan tidak suka peraturan sekolah dan selebihnya tidakSeterusnya bagi soalan 16, 6 responden mengatakan bosan dengan pengajaran guru dan selebihnya mengatakan tidak. Manakala bagi soalan 17 pula, hanya 1 orang responden sakit dan ada surat pengesahan doktor dan selebihnya tidak bekerja. Untuk soalan 18 , 2 responden mengatakan takut dengan guru dan selebihnya tidak.

5.5 MATLAMAT DATANG SEKOLAH

Graf 5 : Keputusan menunjukkan matlamat. ke sekolahBagi item soalan 1, 9 orang responden mengatakan sekadar memenuhi masa remaja dan hanya 1 orang responden yang mengatakan tidak. Manakala bagi item soalan 2 pula, hanya 4 orang sahaja yang menghilangkan bosan tinggal di rumah dan yang selebihnya tidak.

Seterusnya bagi item soalan 3 iaitu memenuhi suruhan ibu bapa , hanya 4 orang mengatakan ya dan 6 orang mengatakan tidak. Untuk soalan 4 ,7 responden mengatakan dapat berjumpa rakan dan berbual . Soalan 5 iaitu menamatkan pelajaran hingga tingkatan 5 ,9 mengatakan ya. 9 Responden menunjukkan ingin belajar bersungguh-sungguh bagi soalan 6. Manakala bagi soalan 7 pula, hanya 2 orang responden yang mahu berjaya dalam kehidupan dan selebihnya tidak .

Untuk item soalan 8, 6 responden mengatakan tidak mahu menerima surat amaran manakala 4 orang lagi sebaliknya.Manakala bagi item soalan 9, 1 responden mengaku mempunyai teman wanita / lelaki dan yang selebihnya tidak .Bagi item 10 pula, 6 orang responden menjawab ingin lari dari masalah di rumah dan selebihnya mengatakan tidak

5.7 ANALISIS PONTENG BULANAN

ITEMBULANPERATUSTAHUNAN

JANFEBMACAPRMEIJUNJULOGOSEPOKTNOVDIS

JUMLAH MURID69970070870468969069168568768969082.68

JUMLAH HARI SEKOLAH2117172116121820171815

JUMLAH KEHADIRAN1333410325103891250193136453964011691938599317193

JUMLAH KEHADIRAN SEPATUTNYA146791188312019147841102482801243813700116791240210350

PURATA KEHADIRAN635607611595582538536585552552480

PERATUS KEHADIRAN90.8486.8986.4484.5684.4877.9377.5085.3480.3680.0869.50

Jadual1: Analisis Kehadiran Keseluruhan Pelajar SMKAM 2014

ITEMBULANPERATUSTAHUNAN

JANFEBMACAPRMEIJUNJULOGOSEPOKTNOVDIS

JUMLAH MURID40404040 4040404040404082.68

JUMLAH HARI SEKOLAH2117172116121820171815

JUMLAH KEHADIRAN777 476554672544144558680578630525

JUMLAH KEHADIRAN SEPATUTNYA840680680840640480720800680720600

PURATA KEHADIRAN37283232 34313134343535

PERATUS KEHADIRAN90.8469.5080.0880.3685.3477.5077.9384.4884.5686.4486.89

Jadual1: Analisis Kehadiran Keseluruhan Pelajar SMKAM 2014

6. PELAKSANAAN AKTIVITI INTERVENSI1. Taklimat2. Ceramah Kepentingan Pendidikan dan Masa Depan Pelajar3. Program Intervensi Ponteng 5. Sesi Kaunseling Berfokus Individu6. Sesi Bimbingan Kelompok7. Penghargaan SIJIL KEHADIRAN PENUH8. Dendaan : Amaran,Rotan, Gantung Sekolah, Buang Sekolah 9. Program Amalan Guru Penyayang10. Program Pembimbing Rakan Sebaya

7. RINGKASAN DAN CADANGANProgram kaunseling berfokus yang dijalankan oleh guru bimbingan dan kaunseling SMK Alor Merah pada tahun ini merupakan pertama kali diadakan. Kaunselor tidak mendapat gambaran yang jelas dan hanya membuat tugasan ini berdasarkan modul yang diperolehi melalui cd yang diedarkan ke sekolah. Berdasarkan kepada soal selidik yang ditadbir kepada pelajar yang terlibat di dalam kaunseling individu berfokus 10 orang dari 40 orang pelajar yang terpilih menunjukkan perubahan yang positif dalam kehadiran ke sekolah. Setelah dianalisis hanya 10 orang pelajar sahaja yang dipilih untuk mengikuti kaunseling kelompok. 10 orang pelajar ini dipilih disebabkan faktor diri sendiri dan bukannya faktor keluarga, kawan-kawan dan lain-lain lagi. Dapatan menunjukkan faktor diri sendiri banyak mempengaruhi kadar ponteng pelajar dan apabila mereka mengikuti sesi kaunseling individu ianya menunjukkan perubahan dari peratus ponteng pelajar.Walau bagaimanapun, program ini bolehlah dikatakan berjaya diadakan walaupun hanya empat ke enam sesi yang dijalankan bagi setiap klien. Hal ini demikian adalah kerana Kaunselor tidak mempunyai waktu yang cukup untuk bertemu dengan pelajar terlibat kerana kekangan masa dan bebanan tugas lain yang banyak. Selain itu, Kaunselor uga terpaksa membahagikan masa dengan pelajar lain yang datang ke bilik kaunseling untuk mendapatkan bimbingan dan rujukan, sama ada secara sukarela atau dirujuk. Ini dibantu oleh dua orang GBK Praktikal yang mengendalikan 30 orang pelajar yang selebihnya terlibat dalam senarai pelajar ponteng.Secara keseluruhannya, program ini kurang berjaya dari segi keberkesanan program di mana hanya 15 orang daripada 40 orang pelajar( 37.5%) yang menunjukkan perubahan yang ketara, iaitu daripada ponteng kepada tidak ponteng selepas empat ke enam kali mengikuti sesi.. Kecenderungan suka ponteng keesokan hari selepas diadakan majlis seperti Sukan Sekolah atau Hari Anugerah Cemerlang dan peratus setiap hari Selasa juga rendah apabila diadakan perjumpaan kokurikulu sekolah dan kelas-kelas tambahan petang. Ponteng juga berlaku bila cuti-cuti umum yang bersambung dengan hujung minggu.Walau bagimanapun program-program intervensi yang dijalankan berjaya menimbulkan minat dan keseronokan berada disekolah ,meningkatkan kesedaran pelajar tentang penghargaan diri ,memupuk semangat dan sikap hormat menghormati . Kehadiran kesekolah lebih memberansangkan dalam membantu meningkatkan kemahiran diri di samping membantu pelajar menguruskan sikap diri serta membantu pelajar meningkatkan kemahiran diri dan mengenalpasti kepentingan kerjaya masa hadapan. Selain itu ia juga meningkatkan kemahiran waris dalam menangani masalah remaja . Walaupun sambutan dari pihak waris amat menyedihkan kerana kurang melibatkan aktiviti dengan aktiviti yang dilaksanakan oleh sekolah. Kerjasama yang sangat rendah dari kalangan waris terutamanya dalam aktiiti yang melibatkan waris pelajar menyebabkan pelajar merasa terpinggir dan kurang dorongan dari pihak keluarga. Cadangan dan penambahbaikan Kaunselor perlu menghadiri bengkel pengurusan kaunseling berfokus supaya mendapat gambaran yang lebih jelas. Mempertingkatkan penglibatan waris dalam aktiviti pelajar. Pemberian biasiswa, bantuan kewangan dan sebagainya perlu mengenalpasti kehadiran pelajar ke sekolah. Pemberian Sijil kehadiran Penuh setiap tiga bulan. Memberi Jamuan Tahunan kepada pelajar yang kehadiran penuh sepanjang tahun.Program Kaunseling Berfokus memberi peluang kepada Kaunselor /GBKSM membina hubungan lebih rapat dengan klien kerana lebih banyak masa diperuntukkan dengan klien. GBKSM akan lebih memahami masalah klien dan ini amat membantu dalam usaha membimbing klien yang bermasalah dari segi disiplin ataupun akademik. Namun begitu, GBKSM tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada klien kerana beliau juga terpaksa menjalankan sesi kaunseling atau sesi bimbingan dengan pelajar-pelajar lain yang bersilih ganti datang untuk mendapatkan khidmat kaunseling di bilik kaunseling. Selain itu, Kaunselor /GBKSM juga banyak menghabiskan masa menjalankan program-program sekolah yang melibatkan 13 bidang tugas guru kaunseling.