ciri-ciri pantun

14
Puisi Tradisional PANTUN

Upload: faradilla-ida

Post on 19-Jun-2015

15.797 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Ciri-ciri Pantun perlu diketahui untuk membezakannya dengan syair.

TRANSCRIPT

Page 1: CIRI-CIRI PANTUN

Puisi Tradisional

PANTUN

Page 2: CIRI-CIRI PANTUN

PANTUNo Pantun ialah karangan

berangkap yang menggunakan bahasa-bahasa indah.

o Ia adalah nilai masyarakat Melayu, sebab itu tidak disebutkan penciptanya.

o Sifat pantun yang sederhana, ringkas dan mudah menjadikan pantun sebagai puisi tradisional yang masih kekal dan popular sehingga kini.

Page 3: CIRI-CIRI PANTUN

Ciri-ciri Pantuno Sebuah pantun wujud dalam satu

rangkap yang sempurna dari segi maknanya.

o Setiap rangkap pantun terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pembayang dan satu lagi bahagian maksud.o Bagi pantun empat kerat, baris satu

dan dua adalah pembayang, manakala baris tiga dan empat adalah maksud.

o Bagi pantun dua kerat pula, baris pertama adalah pembayang dan baris kedua adalah maksud pantun.

Page 4: CIRI-CIRI PANTUN

o Contoh:o Pantun Empat Kerat

Pulau Pandan jauh ke tengah,Gunung Daik bercabang tiga,Hancur badan dikandung tanah,Budi yang baik dikenang juga.

Pembayang

Maksud

Page 5: CIRI-CIRI PANTUN

o Contoh:o Pantun Dua Kerat

Gendang gendut tali kecapi,Kenyang perut suka hati.

Pembayang

Maksud

Page 6: CIRI-CIRI PANTUN

o Rima atau bunyi akhir di hujung baris adalah sejajar. o Bagi pantun dua kerat, rima akhir

dalam bentuk ‘aa’ .o pantun empat kerat, rima akhir

dalam bentuk ‘abab’o Contohnya:

Pulau Pandan jauh ke tengah, (a)Gunung Daik bercabang tiga, (b)Hancur badan dikandung tanah, (a)Budi yang baik dikenang juga. (b)

Page 7: CIRI-CIRI PANTUN

o Setiap baris dalam pantun mempunyai 4 hingga 5 perkataan.Contoh:

Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah,Budi yang baik dikenang juga.

o Setiap baris dalam pantun mempunyai 8 hingga 12 suku kata.

Page 8: CIRI-CIRI PANTUN

Pantun Dua KeratSiakap senohong gelama ikan duri,Bercakap bohong, lama-lama mencuri.

Mengata dulang paku serpih,Mengata orang dia yang lebih.

Banyak udang banyak garam,Banyak orang banyak ragam.

Mentimun bongkok di balik tiang,

Ayam berkokok alamat nak siang.

Page 9: CIRI-CIRI PANTUN

Gendang gendut tali kecapi,Kenyang perut suka hati.

Sudah gaharu cendana pula,Sudah tahu bertanya pula.

Dahulu parang sekarang besi,Dahulu sayang sekarang benci.

Tukul takal muka pintu,Orang nakal memang begitu.

Page 10: CIRI-CIRI PANTUN

Keli masuk ruan keluar,Matahari masuk bulan keluar.

Duduk inding enggang tap,Senduk di dinding, panggang di atap.

Secupak padi, setahil berangan,Tersepak kaki terkehel tangan.

Kapal belayar dalam semak,Perut lapar semua lemak.

Page 11: CIRI-CIRI PANTUN

Maksud Pantun

1 •Orang yang suka berbohong lambat laun akan melakukan perbuatan mencuri.

2 •Seseorang yang suka mengata atau memburuk-burukkan orang sedangkan dirinya mempunyai lebih banyak keburukan.

3 •Semakin ramai orang, maka semakin banyak kerenah atau tingkah laku yang berbeza-beza.

4 •Bunyi ayam yang berkokok menandakan hari hampir siang.

Page 12: CIRI-CIRI PANTUN

5 •Orang yang sudah kenyang atau mendapat sesuatu yang lumayan pasti akan gembira.

6 •Sindiran kepada orang yang berpura-pura tidak tahu akan sesuatu perkara sedangkan sebenarnya dia sudah tahu.

7 •Perasaan seseorang yang berubah-ubah daripada sayang kepada benci.

8 •Orang yang nakal akhirnya akan mendapat balasan kerana perbuatannya itu.

Page 13: CIRI-CIRI PANTUN

9 •Perubahan waktu dari siang ke malam.

10 •Sesuatu itu sepatutnya berada di tempat yang sesuai .

11 •Orang lain yang melakukan kesilapan tetapi orang lain pula yang menerima akibatnya.

12 •Apabila perut lapar, semua makanan terasa sedap.

Page 14: CIRI-CIRI PANTUN

Aspek-aspek SasteraGaya Bahasa

o Anaforao Epiforao Personifikasio Repitisi atau perulangano Sinkofo Imej alam