tugasan 1 isu pelajar ponteng sekolah (1)

26
ISU PELAJAR PONTENG SEKOLAH 1.0 PENGENALAN Sejak kebelakangan ini, peningkatan kadar masalah disiplin di sekolah- sekolah di Malaysia sama ada di peringkat sekolah rendah ataupun sekolah menengah semakin meruncing dan perlu diatasi dalam kadar yang segera. Masalah disiplin berlaku tidak kira sekolah di kawasan bandar ataupun luar Bandar, sekolah harian biasa ataupun sekolah berasrama penuh. Fenomena ini semakin merunsingkan banyak pihak terutamanya para guru dan ibu bapa. Kes ponteng sekolah terutamanya mencatat bilangan yang tertinggi berbanding kes-kes disiplin yang lain. Isu ponteng sekolah bukanlah sesuatu yang baharu dalam arena pendidikan. Ia telah lama wujud malah semakin serius kerana tiada jalan penyelesaian yang efektif walaupun pelbagai langkah penyelesian telah dilaksanakan sama ada bersifat undang-undang mahupun bukan undang- undang. Malah, isu ponteng sekolah ini mendapat liputan hangat daripada pihak media massa. Bukan itu sahaja, ponteng sekolah sering dikaitkan dengan masalah disiplin lain termasuklah, isu merokok, melepak di cafe siber dan pusat membeli belah, kurang ajar dan sebagainya. Menurut Laporan Disiplin Pelajar Sekolah Malaysia (1991), ponteng sekolah merupakan salah satu di antara sembilan jenis tingkah laku pelanggaran disiplin oleh pelajar disamping jenis-jenis tingkah laku yang lain. Hasil dari kajian Unit Disiplin Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (1991), didapati bahawa kes ponteng sekolah mencatat peratus kekerapan yang tertinggi dibandingkan dengan kes-kes yang lain iatu sebanyak 15%. Menurut Ee Ah Meng (1997), kes ponteng sekolah merupakan kes salah laku pelajar yang paling tinggi di sekolah.Berdasarkan kertas kerja Pengarah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (Abdul Raof Husin, 1999), bilangan kes ponteng sekolah merupakan kategori salah laku yang paling tinggi iaitu sebanyak 38053 kes. Menurut Timbalan Menteri Pelajaran,Dato Datuk Mahadzir Mohd Khir dalam Utusan Malaysia (15 Oktober 2004), isu ponteng kini berada pada tahap kritikal dan dianggap sebaga langkah pertama remaja

Upload: amy-lalala

Post on 07-Dec-2015

767 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan 1 Isu Pelajar Ponteng Sekolah (1)

ISU PELAJAR PONTENG SEKOLAH

1.0       PENGENALAN

Sejak kebelakangan ini, peningkatan kadar masalah disiplin di sekolah-sekolah di Malaysia

sama ada di peringkat sekolah rendah ataupun sekolah menengah semakin meruncing dan

perlu diatasi dalam kadar yang segera. Masalah disiplin berlaku tidak kira sekolah

di kawasan bandar ataupun luar Bandar, sekolah harian biasa ataupun sekolah berasrama

penuh. Fenomena ini semakin merunsingkan banyak pihak terutamanya para guru dan ibu

bapa. Kes ponteng sekolah terutamanya mencatat bilangan yang tertinggi berbanding kes-

kes disiplin yang lain.

Isu ponteng sekolah bukanlah sesuatu yang baharu dalam arena pendidikan. Ia telah

lama wujud malah semakin serius kerana tiada jalan penyelesaian yang efektif walaupun

pelbagai langkah penyelesian telah dilaksanakan sama ada bersifat undang-undang

mahupun bukan undang-undang. Malah, isu ponteng sekolah ini mendapat liputan hangat

daripada pihak media massa. Bukan itu sahaja, ponteng sekolah sering dikaitkan dengan

masalah disiplin lain termasuklah, isu merokok, melepak di cafe siber dan pusat membeli –

belah, kurang ajar dan sebagainya.

Menurut Laporan Disiplin Pelajar Sekolah Malaysia (1991), ponteng sekolah

merupakan salah satu di antara sembilan jenis tingkah laku pelanggaran disiplin oleh pelajar

disamping jenis-jenis tingkah laku yang lain. Hasil dari kajian Unit Disiplin Bahagian Sekolah

Kementerian Pendidikan Malaysia (1991), didapati bahawa kes ponteng sekolah mencatat

peratus kekerapan yang tertinggi dibandingkan dengan kes-kes yang lain iatu sebanyak 15%.

Menurut Ee Ah Meng (1997), kes ponteng sekolah merupakan kes salah laku pelajar

yang paling tinggi di sekolah.Berdasarkan kertas kerja Pengarah Bahagian Sekolah,

Kementerian Pendidikan Malaysia (Abdul Raof Husin, 1999), bilangan kes ponteng sekolah

merupakan kategori salah laku yang paling tinggi iaitu sebanyak 38053 kes.

Page 2: Tugasan 1 Isu Pelajar Ponteng Sekolah (1)

Menurut Timbalan Menteri Pelajaran,Dato Datuk Mahadzir Mohd Khir dalam Utusan

Malaysia (15 Oktober 2004), isu ponteng kini berada pada tahap kritikal dan dianggap

sebaga langkah pertama remaja memasuki dunia yang penuh dengan masalah. Pelajar

sekolah menengah terutamanya di peringkat usia 14 dan 15 tahun, dikenalpasti sebagai

kumpulan majoriti yang terbabit dengan gejala ponteng (Berita Harian, 2 April 2001).

Di Malaysia, antara tahun 1994 hingga 2003 gejala ponteng sekolah dalam kalangan

pelajar adalah antara salah laku yang paling dominan dan menonjol (KPM, 2004).Data KPM

menunjukkan bilangan pelajar yang ponteng sekolah semakin meningkat dari tahun ke

tahun. Contohnya pada tahun 1993, bilangan pelajar yang terbabit dengan kes ponteng

sekolah adalah seramai 32,092 orang dan 80,937 orang pada tahun 1997. Majoriti pelajar

sekolah menengah yang ponteng sekolah adalah berumur antara 14 hingga 15 tahun.

Daripada segi jantina, pelajar lelaki lebih ramai ponteng sekolah berbanding pelajar

perempuan (Muhammed Sharif & Suria, 2012).

Laporan KPM (2004) menyatakan bahawa masalah ponteng sekolah merupakan isu

utama dalam rekod salah laku pelajar. Ia tidak dapat menjelaskan sejauh mana tahap

seseorang pelajar terlibat dalam masalah ponteng sekolah. Sesuatu kesalahan mungkin

dilakukan oleh pelajar yang sama secara berulang kali menyebabkan jumlah kes tersebut

meningkat. Pelajar yang tidak berminat untuk belajar sesuatu mata pelajaran kerap kali

hilang semangat untuk belajar dan seterusnya ponteng sekolah. Keadaan ini akan menjadi

bertambah serius jika guru tidak berusaha untuk menarik minat pelajar terhadap

pembelajarannya (Azizi, Shahrin, Yusof & How, 2007).

Fenomena ini telah mengundang perhatian KPM untuk mengingatkan semua pelajar

agar menjaga rekod kehadiran sekolah kerana ia akan mendatangkan masalah selepas

meninggalkan alam persekolahan (Zulkifli, 2007). Wee Ka Siong mengkategorikan salah laku

ponteng sekolah sebagai kes berat yang sama dengan kes pukul dan gaduh, beliau berkata

isu ponteng sekolah masih menjadi penyumbang terbesar kepada masalah disiplin pelajar.

(Utusan Malaysia, 2009, 1 Oktober).

Page 3: Tugasan 1 Isu Pelajar Ponteng Sekolah (1)

Di Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan buku,

Panduan bagi Mengatasi Masalah Ponteng Sekolah pada tahun 1994 dan Surat Pekeliling

Ikhtisas Bil. 6/1995 Menangani Masalah Ponteng Sekolah (Kementerian Pendidikan Malaysia,

2004).Kementerian Pelajaran mendedahkan bahawa kira-kira 76,300 atau 1.09 peratus

daripada tujuh juta pelajar di negara ini terbabit dalam pelbagai masalah disiplin (Engku

Ahmad Zaki Engku Alwi, 2005).

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Noh Omar pelajar dari bandar

menduduki senarai teratas pelajar paling ramai digantung dan buang sekolah( Harian Metro :

30 Julai 2006). Pelajar sekolah menengah terutamanya di peringkat usia antara 14 hingga 15

tahun telah dikenalpasti sebagai kumpulan majoriti yang terbabit dengan gejala ponteng.

Mengikut analisis dalam buku PTK, sepuluh salah laku yang berkerapan tinggi dan

berlaku di peringkat sekolah menurut urutan,ponteng sekolah menduduki tangga teratas

(Dipetik dari Mok Soon Sang, 2005)

Usaha bersepadu semua pihak amat diperlukan bagi mencari punca sebenar masalah

ponteng ini agar dapat ditangani diperingkat akar umbi kerana ia dikhuatiri menyebabkan

masalah yang lebih serius. Justeru itu, jika usaha menanganinya tidak dapat dilaksanakan

segera, akan memberi kesan kurang baik kepada sistem pendidikan negara dan masa depan

generasi muda.

2.0   DEFINISI PONTENG SEKOLAH

Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah. Ini

bermaksud seseorang pelajar dianggap ponteng sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa

sebab-sebab yang dibenarkan pada hari persekolahan. Oleh yang demikian, ponteng

merupakan istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan menghadiri kelas

di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah.

Page 4: Tugasan 1 Isu Pelajar Ponteng Sekolah (1)

Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab

atau tugas tanpa kebenaran. Selain dari itu, ponteng juga merujuk kepada pelajar yang

menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas, sama ada salah satu kelas, beberapa kelas

ataupun kesemua kelas dalam satu-satu hari.

Menurut Rasidah Bt. Omar (2005) dalam Azizi et. al. (2005) ponteng sekolah boleh

ditakrifkan sebagai ketidakhadiran pelajar ke sekolah tanpa sebarang alasan yang

munasabah. Gejala ponteng sekolah selalunya dikaitkan dengan masalah disiplin. Kamus

Dewan (2000), disiplin membawa pengertian latihan pemikiran dan kelakuan supaya ahli

masyarakat atau individu boleh mengawal diri, peraturan-peraturan yang telah ditetapkan

untuk melatih seseorang berkelakuan baik.

Ting (1983) mengaitkan aktiviti ponteng sekolah dengan tingkah laku devians atau

lencongan yang bermaksud tingkah laku yang tidak memenuhi norma sosial sesuatu

kumpulan masyarakat. Maka ponteng sekolah boleh ditakrifkan sebagai tingkah laku devians

seseorang pelajar kerana tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang sebab munasabah dan tanpa

pengetahuan ibu bapa atau guru. Sehubungan itu, KPM menerusi Jawatankuasa Bertindak

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006–2010 berusaha melaksanakan

pendekatan secara holistik bagi menangani gejala disiplin pelajar melalui Kempen Anti

Ponteng Sekolah (KPM, 2005).

2.1       Kategori Ponteng Sekolah

Fenomena gejala sosial adalah satu tabiat atau tingkahlaku yang tidak dapat diterima oleh

masyarakat terutama oleh pihak sekolah dan ibu bapa. Sehubungan dengan itu, ponteng

sekolah dapat dibahagikan kepada 2 kategori iaitu:

2.1.1    Ponteng Sekolah dengan Kebenaran

Pengertian ponteng sekolah dengan kebenaran ini lazimnya dikaitkan apabila didapati

seorang pelajar yang tidak menghadirkan diri ke sekolah disebabkan oleh sesuatu yang tidak

dapat dielakkan dan di luar bidang kawalan sama ada secara sengaja atau tidak. Dengan

Page 5: Tugasan 1 Isu Pelajar Ponteng Sekolah (1)

syarat pelajar tersebut mestilah membuat kenyataan sama ada dalam bentuk bertulis iaitu

melalui surat atau pemberitahuan secara lisan dibuat melalui panggilan telefon atau

disampaikan terus oleh saudara terdekat seperti ibu bapa atau penjaga.

2.1.2    Ponteng Sekolah Tanpa Kebenaran

Pengertian ponteng sekolah tanpa kebenaran pula bertentangan dengan ponteng sekolah

dengan kebenaran. Ponteng sekolah tanpa kebenaran ialah situasi pelajar yang tidak hadir

ke sekolah tanpa menyertakan sebarang apa jua bentuk penyataan sama ada secara bertulis

atau pemberitahuan lisan.

3.0       FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA GEJALA PONTENG SEKOLAH.

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan gejala ponteng sekolah dalam kalangan

pelajar. Faktor-faktor yang menyebabkan pelajar ponteng sekolah akan dibincangkan dari

lima aspek iaitu faktor pelajar, keluarga ,pengaruh rakan sebaya, persekitaran dan sekolah.

3.1       Pelajar

Hunt dan Hopko (2009) dan Muhammed Sharif dan Suria (2012) dalam kajiannya

menyatakan faktor diri pelajar mempunyai hubungan dengan ponteng sekolah. Kajian ini

dijalankan terhadap 367 orang pelajar sekolah menengah luar bandar di selatan

Appalachian. Pelajar yang risau, stres dan mempunyai masalah pembelajaran merupakan

antara punca mereka ponteng sekolah.

Ng (2005) dapat menonjolkan punca sakit tanpa surat doktor, tidak dapat memberi

perhatian dan lambat bangun adalah antara ítem dalam faktor diri sendiri yang

menyebabkan berlakunya ponteng sekolah.

Page 6: Tugasan 1 Isu Pelajar Ponteng Sekolah (1)

Manakala kajian Malcolm et al. (2003) menyatakan sikap malas, perasaan ingin cuba

dan marah adalah punca utama berlakunya ponteng sekolah. Mat Kilau (1997) dalam

kajiannya mendapati faktor diri pelajar adalah faktor dominan dalam ponteng sekolah

(Gabb, 1994).

 Kinder, Wakefield dan Wilkinson (1996) dalam kajiannya mendapati aspek kurang

self-esteem, kemahiran sosial, keyakinan diri dan kemahiran pengurusan diri mempunyai

hubungan dengan ponteng sekolah.

Menurut Maslow (1954, dalam Ropiah, 2005) sekiranya keperluan individu itu tidak

dipenuhi, terdapat beberapa masalah tingkah laku akan timbul sekiranya keperluan psikologi dan

sosial tidak dipenuhi, kanak-kanak akan menjadi nakal, salah asuhan, emosi yang tidak

stabil, cemburu, berasa rendah diri, kurang keyakinan diri, tidak berasa selamat dan menunjukkan

sikap agresif. Ini secara tidak langsung menunjukkan individu tersebut mempunyai konsep kendiri

yang negatif dan mudah terlibat dengan masalah disiplin dan akhirnya tidak suka pergi ke

sekolah.

Faktor sikap pelajar merupakan salah satu faktor utama yang menyebabkan pelajar-

pelajar terlibat dengan gejala ponteng sekolah.Pelajar-pelajar yang ponteng adalah terdiri

daripada mereka yang mempunyai sikap yang negatif terhadap sekolah dan pelajaran.

Mereka tidak mempunyai motivasi untuk belajar kerana menganggap belajar itu tidak

penting dan mereka lebih rela tidur daripada bangun awal pagi untuk ke sekolah atau

mengulangkaji pelajaran.

Menurut   (Wiersma,   1995), sikap negatif pelajar-pelajar terhadap pelajaran turut

menyebabkan berlakunya ponteng sekolah. Beliau juga mendapati bahawa masalah

peribadi, emosi dan keluarga juga boleh menyebabkan berlakunya ponteng sekolah.

Dikalangan pelajar-pelajar ponteng ini masih tidak faham akan objektif mereka pergi

ke sekolah. Mereka datang ke sekolah semata-mata untuk bersuka-suka dan menganggap

tidakdatang sekolah tidak akan merugikan mereka. Jika keadaan ini berlarutan akan

Page 7: Tugasan 1 Isu Pelajar Ponteng Sekolah (1)

menjejaskan masa depan mereka untuk menjadi seorang insan yang berilmu pengetahuan

serta berketrampilan. Berdasarkan dapatan kajian jelas menunjukkan pelajar-pelajar pergi ke

sekolah bukan sebagai menunaikan tanggungjawab tetapi hanya untuk memenuhi masa

lapang mereka. Sekiranya pelajar masih meneruskan sikap yang sedemikian lambat laun

akan merugikan mereka. Dalam hal ini ibu bapa serta guru hendaklah menyedarkan mereka.

Sikap pelajar yang sukakan hiburan dan mudah terikut-ikut dengan gaya penampilan

artis yang mereka minati, seperti memakai pakaian yang berjenama dan stail rambut yang

baru, jika tiada wang yang mencukupi, mereka rela ponteng sekolah untuk bekerja demi

mendapat wang. Begitu juga, apabila pelajar tidak berminat dalam sesuatu mata pelajaran

dan guru pula tidak berusaha menarik minat mereka, pelajar-pelajar itu akan hilang

semangat belajar dan ponteng sekolah.

3.2 Keluarga

Zhang (2007) dalam kajiannya menyatakan bahawa ponteng sekolah dan

implementasi notis penalti kepada 150 buah LEAs (Local Education Authorities) dan

Pengurus Kebajikan Pendidikan mendapati bahawa faktor keluarga mempunyai hubungan

dengan ponteng sekolah.

Kajian-kajian Hunt dan Hopko (2009), Henry, (2007) dan Ng (2005) juga menyatakan

hubungan yang signifikan antara faktor keluarga dan ponteng sekolah.

Kajian Malcolm, Wilson, Davidson dan Kirk (2003) menyatakan guru memberi

pandangan bahawa faktor keluarga merupakan punca utama berlakunya ponteng sekolah

dalam kalangan pelajar.

Kajian Butler (2003) dan Muhammed Sharif dan Suria (2012) mendapati adanya

hubungan antara keluarga yang bermasalah dengan ponteng sekolah. Kajian Wan Norasiah

(2003) mendapati bahawa pengaruh ibu bapa merupakan punca utama pelajar ponteng

sekolah.

Page 8: Tugasan 1 Isu Pelajar Ponteng Sekolah (1)

Kajian oleh Sham Sani Salleh (1994) menyatakan bahawa tingkah laku devian dan anti

sosial seperti ponteng sekolah turut dikaitkan dengan tingkah laku dan struktur keluarga itu

sendiri. Hal ini disahkan oleh Ismail Daros (1981), melalui dapatan kajiannya menunjukkan

bahawa terdapat enam elemen berlakunya ponteng sekolah. Di antaranya ialah faktor

keluarga. Menurutnya, kelemahan sosialisasi dalam keluarga dan tiada galakan daripada ibu

bapa menyebabkan pelajar-pelajar tidak mempunyai semangat untuk belajar dan berasa

bosan terhadap sekolah.

Dapatan kajian oleh Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (1993),

merujuk punca salah laku di kalangan pelajar seperti ponteng disebabkan oleh pelbagai

faktor. Faktor keluarga merupakan penyumbang tertinggi di mana kajian yang telah

dijalankan pada tahun 1993, menunjukkan bahawa 81.03 peratus pelajar melakukan

kesalahan kerana faktor kekeluargaan.Kajian-kajian yang telah dilakukan menunjukkan

bahawa persekitaran keluarga memainkan peranan yang penting dalam proses

pengsosialisasian remaja iaitu sikap, nilai dan sistem kepercayaan akan diterapkan ke dalam

minda remaja. Selain itu, persekitaran keluarga juga menjadi medan kepada proses

perkembangan emosi, kognitif dan sosial setiap ahli di dalamnya.

Mengikut Renfrew (1997), keluarga telah membentuk personaliti seseorang sejak

kecil dan terus memberikan pengaruh yang amat besar kepada tingkah laku, sikap dan

pemikiran seseorang dalam alam dewasa.

Menurut Jacobvitz et al., (1996),latar belakang tingkah laku anti sosial adalah kesan

daripada kekurangan, ketidaksesuaian atau kawalan disiplin yang tidak konsisten semasa

kanak-kanak. Kebanyakan tingkah laku antisosial remaja juga berpunca daripada kegagalan

cara gaya keibubapaan dan pengurusan keluarga.

Menurut Dishion et al., (1991), Kajian – kajian yang telah dibuat menunjukkan

bahawa remaja bermasalah kebanyakannya adalah berlatar belakangkan keluarga yang

bermasalah. Penyelidik berpendapat bahawa usaha ke arah pemantapan institusi

kekeluargaan dipercayai merupakan salah satu jalan penyelesaian kepada pelbagai masalah

di kalangan remaja masa kini. Kebanyakan masalah yang dialami oleh remaja kini sebahagian

Page 9: Tugasan 1 Isu Pelajar Ponteng Sekolah (1)

besarnya bertitik - tolak dari institusi keluarga remaja itu sendiri di mana kepincangan yang

wujud dari institusi keluarga akan membawa kepada pelbagai kesan negatif terhadap remaja

tersebut.

3.2.1 Sikap ibu bapa

faktor kesibukan ibu bapa bekerja mencari rezeki tidak kira siang dan malam

sehingga menyebabkan mereka mengabaikan tanggungjawab utama mereka terhadap anak-

anak. Malah, mereka langsung tidak mempunyai masa untuk bertemu dengan anak mereka

apatah lagi berkongsi masalah, berbual, dan mengambil tahu perkembangan anak-anak di

sekolah.

Ismail Yusuf (1983) dalam kajiannya mendapati bahawa lebih ramai ibu bapa

daripada kumpulan pelajar yang ponteng sekolah, tidak mengambil berat tentang

pelajaran dan kemajuan anak-anak. Kekangan masa bersama anak-anak ini menyebabkan

anak-anak berasa terabai dan tidak disayangi sehingga memberikan kesan emosi seperti

sedih, marah, benci, geram. Apabila masalah ini membebani mereka, konsentrasi mereka

terhadap pelajaran semakin merosot dan tidak berminat lagi untuk belajar.

Kajian yang dibuat oleh Universiti Chicago (Czikszentmihalyi, 1987) mendapati purata

masa yang dikongsi oleh remaja dan ibu bapa yang bekerja hanya 12 jam seminggu. Ini

mengakibatkan kekurangan masa bagi ibu bapa untuk mengasuh, mendidik dan

membimbing anak mereka. Tugas mereka sekadar menyediakan keperluan kewangan dan

persekolahan bagi tujuan membesarkan anak. Ibubapa juga tidak sepatutnya menyerahkan

tanggungjawab mendidik anak mereka kepada guru sepenuhnya. Mereka sepatutnya

mengunjungi sekolah sekali sekala supaya lebih memahami situasi anak mereka di sekolah

Ivor Morrish (1975) menyatakan, ibu bapa perlu menolong anak-anak supaya layak

memasuki masyarakat mereka.Seterusnya Hussein Mahmood dan Kamaruddin Abdul

Rahman mendapati bahawa masalah besar yang dihadapi oleh pelajar adalah masalah yang

berkaitan keluarga dan rumah.Keadaan ini dikaitkan dengan masalah disiplin kendiri dan

psikologi.

Page 10: Tugasan 1 Isu Pelajar Ponteng Sekolah (1)

Train, 1995 (pp 116) Masalah disiplin yang timbul mempunyai perkaitan yang rapat

dengan cara didikan dan asuhan di rumah. Sikap ibu bapa berupa penekanan dapat

mempengaruhi perkembangan kanak – kanak dari segi sahsiah dan aspirasinya.

3.2.2 Sosio ekonomi

Kajian yang dilakukan oleh Mohamad Yunus (1977) menyatakan salah satu sebab

berlakunya ponteng sekolah ialah ibu bapa tidak mampu membeli perkakasan sekolah

seperti buku, alat tulis dan pakaian sekolah. Dapatan daripada analisis kajian ini mendapati

pelajar-pelajar tidak datang ke sekolah sebab ibu bapa menyuruh mereka menjaga adik-adik

apabila mereka keluar bekerja. Pengkaji mendapati ramai ibu responden bekerja sambilan

untuk membantu meringan beban keluarga. Jadi terpaksa anak-anak yang lebih dewasa

membantu menjaga adik-adik dirumah. Selain itu daripada dapatan kajian ini juga

menunjukkan pelajar-pelajar tidak hadir ke sekolah kerana terpaksa membantu keluarga

membuat kerja-kerja harian dirumah.

Begitu juga dengan hasil kajian oleh Mohd Nor Abdullah @ Dollah (1986), dalam

kajiannya terhadap 100 pelajar di SMK Bachok, Kelantan mendapati punca ponteng adalah

status – ekonomi yang rendah dimana tenaga anak-anak diperlukan untuk membantu

meringankan beban ekonomi rumah tangga.

Schafer dan Olexa (1963), dalam kajiannya di sebuah sekolah tinggi di Amerika

yang mempunyai pelajar dari status sosio ekonomi yang berbeza, jelas menunjukkan

bahawa kebanyakan masalah disiplin yang wujud di sekolah tersebut adalah berpunca dari

pelajar-pelajar dari status sosio ekonomi yang rendah.

Galloway (1976), menyatakan sekolah-sekolah yang mempunyai kadar ponteng yang

tinggi adalah terdiri daripada pelajra-pelajar yang menghadapi kesukaran dari segi sosio-

ekonomi. Keadaan kehidupan yang terdesak membuatkan mereka kurang berminat dengan

pelajaran formal kerana ia memerlukan pebelanjaan yang mahal dimana kelas sosio ekonami

yang rendah tidak dapat menampung perbelanjaan persekolahan itu (Hyman, 1976).

Page 11: Tugasan 1 Isu Pelajar Ponteng Sekolah (1)

Collin & Douglas (1937), menyatakan kemungkinan kanak-kanak ini terpaksa bekerja

untuk membantu keluarga. Oleh yang demikian, mereka tidak dapat hadir ke kelas dan

terpaksa ponteng.

3.2.3 Hubungan ibu bapa

Faktor keruntuhan institusi kekeluargaan juga merupakan salah satu punca utama wujudnya

gejala ponteng sekolah. Majoriti pelajar yang terlibat dengan masalah ponteng sekolah ini

datang dari keluarga yang bermasalah atau tidak bahagia.

John Robertson (1981) juga menyatakan keruncingan dalam keluarga, pertelingkahan

ibu bapa, ibu bapa bengis, keluarga yang ramai, kurangnya perhatian kanak-kanak oleh

penjaga dan taraf pekerjaan penjaga rendah akan mempengaruhi emosi pelajar dan tingkah

laku.

Rozelle (1968), Morgan (1975) dan kooker (1976). Keadaan rumah tangga yang tidak

harmoni juga mengakibatkan timbul perasaan tidak gembira, rendah diri serta kekecewaan

yang boleh menyumbang kepada kejadian ponteng (Tyerman, 1958). Sementara itu,

Glosgow menyatakan terdapat hubungan yang signifikan antara tingkah laku ponteng

dengan keadaan rumah tangga yang kucar kacir.

Pertelingkahan yang timbul antara ibu bapa menyebabkan kebajikan anak-anak

diabaikan. Kesannya kepada anak-anak ialah segala perilaku anak-anak di luar rumah dan di

sekolah diabaikan.Keadaan ini menyebabkan anak-anak ketandusan kasih sayang dan berasa

tidak diberi perhatian oleh ibu-bapa mereka sehingga menyebabkan mereka

memberontak dengan melakukan sesuatu perkara yang boleh menarik semula perhatian

ibu bapa mereka. kegagalan pelajar mengawal emosi menyebabkan konflik diri berlaku

sehingga pelajar sanggup melanggar peraturan sekolah seperti ponteng sekolah, buli,

merokok, vandalisme serta melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral seperti berjudi,

mat rempit, seks bebas demi menarik perhatian ibu bapa mereka. Ini menunjukkan

keruntuhan institusi keluarga mempunyai pengaruh yang besar kepada masalah disiplin

dalam kalangan pelajar.

Page 12: Tugasan 1 Isu Pelajar Ponteng Sekolah (1)

3.3 Pengaruh rakan sebaya

Yusop (1998), Ng (2005) dan Muhammed Sharif dan Suria (2012) menunjukkan faktor

rakan sebaya mempunyai hubungan dengan ponteng sekolah.

Kinder et al. (1996) membuat kajian ke atas 160 murid tahun tujuh dan ke atas

mendapati faktor pengaruh rakan sebaya mempunyai hubungan dengan ponteng sekolah.

Kajian Wan Norasiah (2003) mendapati bahawa pengaruh rakan sebaya merupakan

punca utama pelajar ponteng sekolah. Hal ini kerana rakan sebaya merupakan individu yang

paling hampir dengan remaja selepas keluarga.

Menurut Thrasher (1963) bahawa perlakuan murid banyak terpengaruh oleh jiran

tetangga, rakan sebaya dan lain-lain yang ada di sekelilingnya.

Mengikut kajian oleh Dr. Amirah Latif dan Dr. Adillah Syazwani Khairi, dua orang

pensyarah pendidikan di Universiti Malaya yang mengkaji tentang punca pelajar ponteng di

beberapa buah sekolah di sekitar Lembah Klang mendapati dalam kajian yang melibatkan

125 orang pelajar yang pernah ponteng sekolah, hanya 10 orang pelajar yang menyatakan

bahawa mereka bosan dengan cara pengajaran guru. Yang lain-lain menyatakan bahawa

mereka ponteng kerana kurangnya minat untuk belajar, suka mengikut kawan-kawan dan

tidak kurang juga yang melakukan kerja sambilan.

Mohamed (2004:8) menjelaskan bahawa remaja berkecenderungan menolak piawaian

yang ditentukan oleh ibu bapa dan guru kerana mudah terpengaruh oleh rakan sebaya. Mereka

suka bercuba-cuba untuk membebaskan diri, berdikari dan membina keyakinan diri. Atas

sebab inilah mendorong pelajar suka ponteng kelas kononnya untuk mencari identiti sendiri.

Abdullah (2004:39), beliau mengatakan bahawa pengaruh rakan sebaya adalah

ketara dan dapat mempengaruh nilai-nilai seseorang pelajar. Sekiranya personaliti rakan

sebaya cenderung kepada negatif, maka begitulah sikap pelajar berkenaan.

Page 13: Tugasan 1 Isu Pelajar Ponteng Sekolah (1)

Menurut Mohd Amin (1998), pelajar yang ponteng adalah mereka yang mempunyai

pendirian yang lemah. Lemahnya pendirian seseorang akan menyebabkan seseorang itu

mudah dipengaruhi oleh orang lain. Pelajar ialah remaja yang dalam proses ingin mencari

identiti diri maka mereka suka mencuba sesuatu yang baharu tanpa berfikir panjang. Dalam

hal ini, pelajar mudah menerima ajakan rakan sebaya mereka untuk ponteng sekolah dan

mempengaruhi minda mereka dan tidak berfikir secara rasional. Biasanya, mereka akan

menurut segala pelawaan dan ajakan rakan-rakan tanpa berfikir panjang. Fenomena ini

berlaku kerana rakan-rakan yang bercadang untuk ponteng sekolah akan memberikan

pelbagai alasan yang dianggap munasabah bagi mereka. Sebagai contohnya, pelajaran di

sekolah dikatakan agak membosankan dan aktiviti ponteng sekolah dianggap boleh

menangani masalah itu serta merupakan aktiviti yang menyeronokkan. Ini jelas

menunjukkan pengaruh rakan sebaya berupaya mempengaruhi seseorang pelajar untuk

ponteng sekolah. Dalam hal ini, pelajar perlu bijak memilih kawan yang baik dan ibu bapa

perlu mengambil tahu dengan siapa anak mereka berkawan untuk mengelakkan anak

mereka berkawan dengan pelajar yang bermasalah.

Dalam lingkungan usia pelajar sekolah menengah khususnya masih mengalami proses

perkembangan dan pertumbuhan yang pesat iaitu zaman peralihan alam kanak-kanak

menuju ke alam remaja. Pada ketika ini, ibu bapa seharusnya tidak mengambil sikap lepas

tangan dengan membiarkan anak-anak mereka merentasi zaman remaja begitu sahaja tanpa

mengetahui pergolakan yang dihadapi oleh anak-anak mereka.

Tempoh peralihan inilah merupakan suatu masa yang penting untuk menentukan

konsep diri mereka. Hal ini kerana, apabila anak-anak melangkah ke alam dewasa, mereka

sudah pandai berfikir, menilai perasaan, mengkaji skrip hidup ibu bapa, mencuba sesuatu

yang baharu dan berkhayal. Selain itu, perubahan emosi dan sosial mendorong pelajar

membesarkan rakan sosialnya. Mereka meluaskan rakan sosial dengan cara menyertai

kumpulan tertentu atau membentuk kumpulan baharu berdasarkan umur sebaya, hobi yang

sama, prinsip hidup yang sama atau taraf sosial yang sama. Pada ketika inilah pelajar

berhadapan dengan situasi genting dalam memilih rakan –rakan. Seandainya tersalah pilih,

maka mereka akan cenderung ke arah salah laku negatif termasuklah ponteng sekolah.

Page 14: Tugasan 1 Isu Pelajar Ponteng Sekolah (1)

3.4       Sekolah

Mengikut Hussein (1993) pembelajaran yang berkesan datangnya dari suasana

sekolah yang tenteram, kerana ketenteraman itu amat kritikal bagi melahirkan pencapaian

yang baik dalam kalangan pelajar. Kewujudan suasana sekolah yang positif dari segi

kemudahan sekolah, pengajaran guru, kedudukan sekolah dari aspek pengangkutan pelajar

dan perlaksanaan disiplin yang efektif menjamin pembelajaran yang berkesan dan

mengurangkan kes-kes salah laku pelajar.

Menurut Muhamad Anuar Ismail (1976), suasana sekolah yang mempengaruhi

kegiatan ponteng ialah sikap guru, aktiviti-aktiviti sekolah yang kurang berkesan dan disiplin

sekolah yang dianggap ketat oleh sebilangan pelajar.

Menurut W.F Connel (1981), disiplin yang terlalu ketat dalam bentuk denda yang

kejam, sindiran dan pemeriksaan yang terlalu kasar pada kerja menyebabkan ketegangan

emosi di kalangan pelajar. Keadaan ini akan memburukkan suasana pembelajaran dan

menjadi salah satu penyebab pelajar bermasalah dalam kehadiran ke sekolah.

Ismail Darus (1981) yang menyatakan peraturan dan disiplin yang ketat boleh

mengakibatkan berlakunya ponteng. Corak kawalan yang membenarkan hukuman fizikal

boleh mengakibatkan pelajar tidak suka terhadap sekolah dan seterusnya mendorong

pelajar melakukan salah laku ponteng sekolah.

Mustaza Abu Amin (1994), menyatakan bahawa disiplin yang ketat dalam bentuk

denda yang kejam dan sikap guru disiplin yang kasar menyebabkan ketegangan emosi di

kalangan responden. Seterusnya mendorong mereka untuk ponteng sekolah.

Ee Ah Meng(1992),menyatakan guru yang gemar menghina pelajar-pelajar akan

menyebabkan pelajarpelajarnya menjadi pasif, menarik diri serta tidak yakin menyertai

aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pelajar akan mudah tersinggung apabila dikritik

atau ditegur di hadapan pelajar-pelajar yang lain. Menurut Ee Ah Meng (1992), menyatakan

Page 15: Tugasan 1 Isu Pelajar Ponteng Sekolah (1)

guru hendaklah memanggil pelajar untuk memberitahu kelemahan - kelemahannya di

tempat yang sesuai.

Faktor kawalan disiplin sekolah yang longgar juga memberi ruang kepada pelajar

untuk ponteng sekolah dan melakukan perkara-perkara negatif yang lain. Badan disiplin

sekolah termasuklah guru disiplin dan pengawas tidak berfungsi dengan baik bagi

membanteras kegiatan yang melanggar disiplin. Justeru, tugas guru bukan sahaja mengajar

dan mendidik, malah mereka juga perlu prihatin kepada perkembangan pelajar.

Ketidakprihatinan guru terhadap pelajar menyebabkan pelajar berasa tidak dihargai dan

tidak diberi perhatian. Ini menyebabkan pelajar membuat perkara-perkara yang negatif bagi

mendapatkan perhatian guru mereka.

Kajian Claes, Hooghe dan Reeskens (2009) menyatakan bahawa terdapat hubungan

antara faktor sekolah dengan ponteng sekolah dalam kalangan pelajar yang berumur 14

tahun. Bagitu juga dengan kajian Lloyd (2006) menyatakan terdapat hubungan antara faktor

kepimpinan sekolah dengan ponteng sekolah yang dijalankan di 31 buah sekolah menengah

di England. Hasil kajian Hallam et al. (2005) dan Muhammed Sharif dan Suria (2012) tingkah

laku pelajar di sekolah menunjukkan terdapatnya hubungan antara faktor sekolah dengan

ponteng sekolah. Laporan daripada Department of Children, Schools and Families (2007)

juga menunjukkan bahawa pelajar yang tidak puas hati dengan sekolah lebih kerap ponteng

sekolah berbanding dengan pelajar lain.

Kajian Henry (2007) menunjukkan sekolah yang berkesan dapat menangani masalah

ponteng sekolah dibandingkan dengan sekolah yang mempunyai ciri latar belakang pelajar

yang hampir sama. Hallinan (2008) dan Malcolm et al. (2003) mendapati faktor guru

mempunyai hubungan dengan ponteng sekolah. Kajian Gabb (1994) menyatakan sekolah

sebagai faktor penolak pelajar dari sekolah. Masalah peraturan sekolah yang kurang

konsisten dan penguatkuasaan menyebabkan berlakunya ponteng sekolah.

Kajian Enomoto (1997) mendapati pelajar sekolah tinggi lebih sedar tentang

kelonggaran penguatkuasaan polisi sekolah menyebabkan mereka lebih kerap ponteng

sekolah. Animasahun (2009) menyatakan bahawa motivasi pelajar juga mempunyai

Page 16: Tugasan 1 Isu Pelajar Ponteng Sekolah (1)

hubungan dengan ponteng sekolah. Motivasi pelajar untuk hadir sekolah adalah rendah

apabila guru tidak mempedulikan ketidakhadiran mereka. Kajian beliau menyatakan

peraturan sekolah yang lebih ketat terhadap kehadiran pelajar dapat mengurangkan kadar

ponteng sekolah.

Kajian Smink dan Reimer (2005) menunjukkan mata pelajaran yang kurang

merangsang, kerja sekolah yang tidak mencabar dan hubungan yang tidak mesra antara guru

dan pelajar merupakan faktor yang berkait rapat dengan jumlah kehadiran. Dalam kajian

Muhammed Sharif dan Suria (2012) menyatakan sikap guru merupakan faktor penting dalam

ponteng sekolah.

Ng (2005) dalam kajiannya mendapati bahawa pengajaran guru yang membosankan

merupakan antara faktor yang menyebabkan berlakunya ponteng sekolah. Sistem

pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik antara alasan yang kerap diberikan oleh

pelajar yang ponteng sekolah. Proses pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik

dan membosankan menyebabkan mereka lebih suka ponteng sekolah daripada hadir ke

sekolah. Keadaan ini berlaku apabila sesetengah guru kurang proaktif dalam menarik minat

pelajar. Pemilihan strategi, kaedah dan teknik pemgajaran yang kurang menarik, di samping

tiada variasi aktiviti atau gerak kerja yang menarik. Malah, penggunaan kaedah pengajaran

tradisional iaitu ‘chalk and talk’ juga membosankan pelajar.

Pelajar masa kini, memerlukan kaedah pengajaran secara induktif dan gaya

pembelajaran konstruktivisme dan mempergiatkan aktiviti berkumpulan yang berpusatkan

murid Selain itu, penggunaan Bahan bantu mengajar secara interaktif perlu diaplikasinya

untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. Selain itu, guru perlulah bersikap

adil terhadap pelajarnya dan menunjukkan personaliti yang baik sebagai ‘role

model’ kepada pelajar.

Menurut Ee Ah Meng (1991), kegiatan melanggar salah laku disiplin bermula dari

pengajaran guru iaitu dari segi penjelasan yang kurang lengkap, mutu suara yang kurang

baik, ketiadaan ketekalan guru dan iklim kelas yang diwujudkan guru kurang menggalakkan.

Page 17: Tugasan 1 Isu Pelajar Ponteng Sekolah (1)

Mengikut Koh Boh Boon (1981), guru yang kurang pandai teknik dan strategi

mengajar pelajar berkecenderungan mempunyai sikap negatif terhadap kebolehan dan

pencapaian pelajar. Sikap negatif ini merendahkan lagi konsep diri serta harga diri pelajar

yang kurang pandai dan seterusnya mengurangkan lagi minat dan keinginan mereka untuk

belajar seterusnya menjurus kepada masalah disiplin. Sikap negatif guru ini terhadap pelajar

lemah akan membawa masalah kepada pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Menurut Omardin (1996), menyatakan bahawa salah satu faktor yang menentukan

kejayaan pelajar- pelajar ialah melalui iklim dan budaya sekolah. Suasana dan persekitaran

yang harmoni boleh membangkitkan semangat dan akan melahirkan pelajar yang

mempunyai sikap cintakan sekolah. Dengan itu dapat mengurangkan masalah salah laku dan

disiplin. Menurutnya lagi sekolah perlu mewujudkan suasana persekitaran yang sesuai dan

indah bagi membolehkan supaya pelajar mempunyai sikap cinta kepada sekolah.

Membentuk disiplin tidak sesuai menggunakan kekerasan, emosi tidak boleh disekat, dengan

itu masalah disiplin pelajar dapat dikurangkan.

Mengikut Datuk Mahadzir Mohd Khir (Berita Harian, 2 April 2001), pelajar yang

ponteng adalah kerana berasa tertekan ketika berada di sekolah. Ini merujuk kepada

kemudahan sekolah atau bilik darjah yang serba kekurangan dari segi peralatan di kelas

serta suasana ceria di dalam dan luar kelas. Daripada keadaan ini, pihak sekolah

bertanggungjawab menyediakan kemudahan yang sepatutnya supaya masalah disiplin

akan dapat dikurangkan.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Khalid Yunus (Utusan Malaysia,

21 Mac 1997) hasil kajian yang disediakan oleh Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan

sepanjang tahun 1995 mendapati keadaan fizikal dan persekitaran sekolah yang tidak selesa

serta sikap guru yang tidak memberikan perhatian kepada pelajar yang ketinggalan dan

lemah akan menyebabkan pelajar bersikap liar. Ketidakselesaan ini khususnya pada keadaan

bilik darjah yang tidak sempurna akan mengakibatkan pembelajaran terganggu dan akan

mencetuskan masalah disiplin. Keadaan bilik darjah ini juga akan menyebabkan pelajar

menjadi bosan dan tidak selesa seterusnya membawa kepada ketidakhadiran pelajar ke

sekolah dan mencetuskan kes ponteng sekolah.

Page 18: Tugasan 1 Isu Pelajar Ponteng Sekolah (1)

4.0       KESAN PONTENG SEKOLAH

Di Malaysia Kesan ponteng ini telah memberi impak yang negatif terhadap diri,

agama, bangsa, negara,masyarakat, keluarga dan masa depan pelajar itu sendiri. Walaupun

masalah ponteng sekolah masih terkawal, namun isu ini harus dipandang serius kerana ianya

ibarat suatu virus yang menjadi titik tolak permulaan kepada salah laku disiplin yang lebih

besar seperti vandalisme, gengsterisme, penyalahgunaan dadah, mat rempit, ragut serta

pelbagai aktiviti idak bermoral yang akan meruntuhkan akhlak pelajar .

4.1 Ketinggalan dan keciciran pelajaran serta pencapaian rendah

Dari sudut kurikulum sekolah, pelajar yang terlibat dengan ponteng akan ketinggalan

dalam pelajaran, mundur atau mempunyai pencapaian yang rendah dan akhirnya

menghadapi masalah keciciran (Kementerian Pendidikan Malaysia, Panduan Mengatasi

Ponteng 1999).

4.2 Mengganggu sistem Pengajaran dan Pembelajaran

Menurut Hamdan Bin Mis (1999) pula dalam kajiannya, gejala ponteng juga boleh

menggagalkan sistem persekolahan dan memberi kesan kepada proses pengajaran dan

pembelajaran kerana pelajar tidak hadir ke sekolah dan tidak menyertai segala aktiviti yang

dilakukan oleh rakan, guru dan pihak sekolah. Contohnya, ponteng kelas. Apabila pelajar

tidak masuk ke kelas, mereka tidak memberi tumpuan sepenuhnya kepada proses

pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan di dalam bilik darjah, tidak mendapat nota

edaran daripada guru dan akan tercicir dari mengambil ujian dan peperiksaan.

4.3 Peningkatan statistik jenayah

Mengikut Mohamed Yunus Mohamed Noor (1994), pelajar yang ponteng sering

terpengaruh dengan kegiatan luar dan mendorong mereka melakukan kegiatan yang

melanggar undang-undang seperti mencuri, samseng serta menghisap dadah. Daripada

kegiatan-kegiatan yang dilakukan oleh pelajar ponteng, menunjukkan bahawa masalah

Page 19: Tugasan 1 Isu Pelajar Ponteng Sekolah (1)

ponteng boleh membawa kepada kegiatan jenayah yang berat apabila kegiatan ini

berterusan dilakukan oleh pelajar dan akan menjadi amalan kebiasaan. Ini akan merugikan

diri pelajar, masyarakat dan negara. Malah akan merugikan generasi akan datang dan

mengganggu perkembangan pendidikan negara. Maka langkah penyelesaian perlu dilakukan

dengan segera dari peringkat sekolah lagi.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mustafa Abdullah, dipetik sebagai berkata,

walaupun ponteng bukanlah masalah serius sehingga boleh dianggapsebagai jenayah,

mesyuarat itu berpendapat bantuan polis perlu kerana gejala berkenaan jika tidak

dibendung boleh mendorong pelajar terjebak ke kancah jenayah lebih serius (Berita

Harian:22 April 2004).

Menurut Bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Mahadzir Md. Khir pula, ponteng

tidak harus dianggap sebagai masalah remeh kerana gejala itu adalah antara kes salah laku

dan boleh menjurus pelajar ke arah amalan kehidupan negatif seperti budaya lepak dan

berfoya-foya.

Menurut Ting (1983) mengaitkan aktiviti ponteng sekolah dengan tingkah laku

devians atau lencongan yang bermaksud tingkah laku yang tidak memenuhi norma sosial

sesuatu kumpulan masyarakat

Dalam kajian yang dijalankan oleh Letchumy (2005), beliau berpendapat bahawa

ponteng juga akan mendorong kepada pembentukan peribadi pelajar yang suka

menipu,berpeleseran, penglibatan dalam pergaulan bebas dan sebagainya. Keadaan ini

akan membawa kepada kemerosotan disiplin pelajar dan juga pelajaran mereka.

Akhbar Utusan Malaysia (1 Mei 2009) melaporkan seramai 23 orang pelajar di

beberapa buah sekolah dalam daerah Kota Bharu yang ditahan oleh polis kerana ponteng

sekolah bukan sahaja ditahan kerana kesalahan tersebut, malah enam orang daripada

pelajar tersebut didapati positif mengambil dadah jenis pil kuda.

Page 20: Tugasan 1 Isu Pelajar Ponteng Sekolah (1)

4.4       Pembaziran Masa Dan Tenaga

Kesan yang dihadapi jika pelajar ponteng sekolah terutamanya adalah masa dan

tenaga mereka akan dirugikan kerana masa yang dibazirkan tidak akan dipulangkan ataupun

dikembalikan. Jika mereka dapat menggunakan masa mereka dengan baik iaitu tidak

ponteng sekolah dan mementingkan pelajarannya, mereka akan berjaya dalam masa yang

akan datang dan kejayaannya dapat memberi kehidupan yang lebih baik dan selesa kepada

generasi seterusnya.

4.5       Masyarakat Memandang Serong Kepada Pelajar

Kesan yang dihadapi adalah masyarakat akan memandang rendah ataupun hina

kepada mereka dan ini secara tidak langsung akan memalukan maruah keluarga. Sebagai

contoh, apabila seseorang ternampak sekumpulan pelajar yang ponteng sekolah, satu-

satunya pendapat mereka terhadap pelajar tersebut adalah mereka adalah ‘sampah

masyarakat’ kerana mereka tidak dapat memberi perkhidmatan kepada masyarat pada masa

depan. Masyarakat juga akan memarahi ibu bapa mereka kerana mereka tidak dapat

mendidik anak-anak dengan baik dan mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai ibubapa

atau penjaga.

4.6        Masa Depan Tidak Terjamin

Kesan lain yang akan dihadapi oleh pelajar tersebut adalah mereka akan

ditertawakan oleh rakan-rakan lain sekiranya mereka gagal dan masa depan pelajar ini akan

hancur kerana mereka tidak lagi dapat dipercayai oleh masyarakat dan kesannya negara

akan kekurangan bakal peneraju yang berwawasan.

4.7       Menjejaskan Peratus Kedatangan Pelajar

Lazimnya para pelajar yang kerap ponteng sekolah dengan sendirinya turut menjejaskan

rekod kedatangan fail peribadi pelajar. Kesannya lebih meruncing sekiranya peratus

kedatangan pelajar terbabit tidak mencapai syarat wajib kedatangan harian ke sekolah

Page 21: Tugasan 1 Isu Pelajar Ponteng Sekolah (1)

sebanyak 85%. Justeru, berkemungkinan rekod peribadi pelajar akan dicatatkan tidak

cemerlang dari segi sahsiah,ini memberikan kesan buruk di masa hadapan bila pelajar ini

ingin memohon pekerjaan.

Jika masalah ini tidak dibendung dengan kaedah yang betul dan konsisten, ini akan

memberikan kesan buruk kepada sistem pendidikan negara kita. Kesan-kesannya ialah

pelajar terlibat dengan gejala-gejala yang tidak sihat, merugikan diri sendiri, membazirkan

wang rakyat kerana banyak program-program yang dijalankan untuk mengurangkan gejala

ponteng sekolah dan perkara-perkara yang membawa kesan negatif terhadap diri sendiri,

agama, bangsa dan negara.

5.0       LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI GEJALA PONTENG SEKOLAH

Secara umumnya, untuk membasmi gejala ponteng sekolah secara total adalah agak sukar

untuk dicapai. Ini kerana ia melibatkan komitmen daripada pelbagai pihak dan tindakan

secara menyeluruh dan bersepadu di setiap peringkat bagi memastikan penularan gejala

ponteng sekolah.

5.1       Guru Dan Pihak Sekolah

Guru dan pihak sekolah antara individu yang bertanggungjawab dan memainkan peranan

penting dalam menangani masalah ponteng sekolah. Hal ini kerana, antara salah satu

alasan yang diberikan oleh pelajar yang ponteng sekolah ialah kelas yang membosankan

menyebabkan mereka lebih suka ponteng dan melepak atau berpeleseran di pusat membeli-

belah dan pusat kafe siber. Guru seharusnya melihat alasan ini sebagai cabaran untuk

mereka berusaha melakukan sesuatu agar proses pengajaran dan pembelajaran (p&p)

berjalan dengan baik dan menarik. Proses p&p yang menarik bukan sahaja akan

membuatkan pelajar berminat ke sekolah tetapi akan memudahkan lagi pemahaman

mereka terhadap pelajaran. Pihak sekolah juga perlulah mewujudkan suasana persekolahan

dan pembejaran yang kondusif, dinamik dan memberangsangkan. Pendekatan dan strategi

p&p serta aktiviti perlu dipelbagaikan dan diperbaharui untuk menjana perkembangan

kognitif pelajar. Selain itu, perbanyakkan pengunaan bahan bantu mengajar yang kreatif dan

Page 22: Tugasan 1 Isu Pelajar Ponteng Sekolah (1)

menarik serta banyakkan aktiviti berpusatkan murid sesuai dengan gaya pembelajaran

kontruktivisme melalui strategi berpusatkan murid bagi melahirkan pelajar yang kreatif dan

inovatif dalam mencipta sesuatu yang baharu dan bijak dalam menyelesaikan pemasalahan

yang dihadapi. Hubungan interpersonal dengan pelajar perlu diwujudkan. Malah, guru perlu

mempunyai personaliti yang baik dan bersikap profesional serta adil terhadap pelajarnya. Ini

bermakna guru perlu menjadi ‘role model’ yang baik kepada pelajar.

Pada masa yang sama, pelbagai aktiviti menarik melalui aktiviti kokurikulum seperti

perkehemahan, Program rakan Muda dan Program Latihan Khidmat Negara adalah wajib

disertai supaya pelajar dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah di samping

memperolehi banyak ilmu pengetahuan. Malah pelbagai kempen perlu giat diadakan sama

ada melalui media massa ataupun kempen di sekolah yang bersifat memberi kesedaran

kepada pelajar akan kesan negatif gejala ponteng sekolah.

Selain itu, guru juga perlu peka akan tingkah laku dan pergerakan pelajar dengan

meluangkan sedikit masa, walaupun dalam keadaan yang sibuk, untuk mengambil tahu

tentang masalah pelajar, memerhatikan perwatakan dan tingkah laku pelajar-pelajar di

bawah kawalannya. Sikap ambil berat guru ini, mungkin dapat mengesan dengan lebih awal

pelajar yang bermasalah. Tindakan yang bersesuaian dan tegas perlu diambil agar pelajar

yang bermasalah ini tidak terus hanyut dan dibiarkan bersendirian. Di samping itu,

pendekatan bimbingan dan kaunseling perlu diaplikasikan relevan dengan sikap remaja yang

sensitif dan suka memberontak.

Semua guru di sekolah tidak kira guru kanan, guru akademik biasa atau guru disiplin

bertanggungjawab terhadap masalah disiplin pelajar. Justeru, janganlah menunggu dilantik

sebagai guru disiplin atau guru kaunseling baharulah hendak mengambil berat tentang latar

belakang dan masalah pelajar. Semua warga sekolah perlu sama-sama mewujudkan suasana

yang positif untuk perkembangan jati diri para pelajar yang meningkat remaja dan dewasa.

Kesedaran dan komitmen semua pihak akan dapat membanteras gejala ponteng sekolah

secara berkesan. Malah tanamkan suasana ‘Sekolah Syurgaku’ untuk mewujudkan rasa

kepunyaan dan keselamatan di sekolah.

Page 23: Tugasan 1 Isu Pelajar Ponteng Sekolah (1)

Bagi merealisasikan keberkesanan tindakan dari semua pihak di sekolah, adalah

wajar sekiranya badan disiplin bergerak selari dan seiring dengan badan-badan lain yang

wujud di sekolah. Relevannya kerana pencapaian seseorang pelajar dalam sesuatu bidang ini

baik dalam bidang akademik atau bidang bukan akademik, bergantung kepada tahap disipilin

pelajar itu sendiri. Pelajar yang berjaya dalam kehidupan sering dikaitkan dengan mereka

yang berdisiplin. Pembentukan disiplin di sekolah dilihat sama pentingnya dengan

penyebaran ilmu pengetahuan. Oleh itu, badan disiplin harus bergerak dalam bentuk yang

terancang dan sistematik bagi membendung masalah yang akan timbul, seperti kata pepatah

“membendung dan mencegah adalah lebih baik daripada mengubatinya”.

5.2       Peranan Ibubapa

Langkah seterusnya ialah melalui peranan Ibu bapa. Ibu bapa perlu memastikan anak-anak

benar-benar pergi ke sekolah. Apa salahnya, sekali-sekala ibu bapa menghubungi pihak

sekolah bagi memastikan samada anak mereka benar-benar pergi ke sekolah ataupun

sebaliknya. Ibu bapa juga perlu mempunyai hubungan baik dengan guru demi kebaikan anak

mereka. Kadangkala anak-anak ini baik di depan mata ibu bapa tetapi sebaliknya di sekolah.

Masing-masing akan ketakutan apabila mereka ditangkap atas sesuatu kesalahan dan

kebiasaannya mereka akan merayu agar jangan diberitahu kepada ibu bapa mereka. Ibu

bapa pula sering tidak percaya dan menafikan anak mereka melanggar peraturan sekolah.

Anak-anak yang bermasalah ini biasanya akan membawa dua perwatakan berbeza; baik di

rumah tetapi nakal di sekolah. Justeru itu, ibu bapa sewajarnya menjalankan tanggungjawab

mereka sebaik mungkin demi masa depan anak mereka sendiri.

Keluarga adalah unit kecil dalam masyarakat, namun ia memberi sumbangan yang

amat besar dalam membina sesebuah negara. Kepincangan sebuah keluarga akan membawa

kepincangan sesebuah negara. Keluarga haruslah memberi keadaan persekitaran yang

mempunyai nilai keinsafan, adab, akhlak dan etika dan seterusnya akan berkembang baik

dalam generasi. Keluarga bertanggungjawab membentuk sikap, watak diri dan wawasan bagi

seseorang insan dan ini merupakan unsur utama dalam pembinaan bangsa dan negara yang

cemerlang.

Page 24: Tugasan 1 Isu Pelajar Ponteng Sekolah (1)

Melalui institusi keluargalah bermulanya peranan ibubapa dalam mencorak

kehidupan anak-anak. Anak-anak dilahirkan bagai kain putih yang bersih. Guru yang

pertama dalam hidup seseorang insan adalah ibubapa dan keluarganya sendiri. Ibu bapa

berperanan penting dalam membanteras gejala ponteng sekolah ini. Ibu bapa seharusnya

mencurahkan kasih sayang secukupnya kepada anak-anak mereka. Kasih sayang bukanlah

dengan hanya memberi kemewahan kepada anak-anak tetapi perhatian dan asuhan yang

baik. Sifat berdisiplin, akhlak yang mulia, budi pekerti serta patuh kepada ajaran agama

semuanya perlu disemai dari rumah lagi oleh ibu bapa.

Kita seharusnya menjadikan apa yang berlaku di Barat sebagai iktibar. Dunia

mengakui akan kemajuan mereka di dalam lapangan sains dan teknologi, kekukuhan

ekonomi dan kecanggihan teknologi dan ketenteraan. Namum, institusi kekeluargaan

mereka sangat rapuh dan terdedah dengan pelbagai penyakit sosial. Kita tidak mahu dalam

keghairahan masyarakat mengejar kemewahan asas, nilai dan kekukuhan institusi

kekeluargaan dilupakan.

5.3       Pelajar

Langkah untuk mengatasi gejala ponteng sekolah yang ketiga adalah melalui aspek sikap

pelajar di mana pelajar itu sendiri perlu sedar betapa pentingnya pelajaran terhadap masa

depan mereka. Tanpa pelajaran, kebiasaannya seseorang tidak akan dapat pekerjaan yang

baik dan masa depan yang kurang terjamin. Tambahan pula, kelulusan akademik yang

cemerlang menjadi penanda ukur utama mendapat pekerjaan yang baik. Malah, persaingan

sengit untuk mendapat pekerjaan kerana semakin ramai pelajar yang pandai pada zaman ini.

Oleh itu, sekiranya mereka ketinggalan, jelaslah akan merugikan mereka sendiri. Dengan

keadaan semasa, di mana setiap orang mengejar kemewahan dan kebendaan dan ia hanya

dapat dicapai dengan pengetahuan, usaha, ilmu dan pengalaman. Untuk itu, bagaimanakah

seseorang pelajar yang sering ponteng sekolah mempunyai masa depan yang cerah walhal

mereka sendiri sudah ketinggalan ilmu pengetahuan.

Pelajar perlu cekal dan mempunyai semangat jati diri yang tinggi supaya mereka

tidak hanyut dek arus kemajuan dan kemewahan yang ada. Mereka perlu pandai

Page 25: Tugasan 1 Isu Pelajar Ponteng Sekolah (1)

memikirkan dan menentukan antara nilai-nilai positif dan nilai negatif. Pelajar juga perlu

menolak ajakan rakan-rakan untuk melakukan perkara yang negatif kerana ianya hanya akan

membuang masa dan menyusahkan orang lain. Pelajar perlu sedar bahawa tanggungjawab

mereka adalah belajar dan menimba ilmu sebaik mungkin.

Sewajarnya, ketika usia muda remaja inilah seseorang itu mengambil berat tentang

pendidikan. Jangan mudah terpengaruh dengan kawan-kawan atau orang asing yang berniat

merosakkan akhlak. Pelajar wajar mengikut contoh tauladan yang baik, menyertai ceramah

atau motivasi mengenai pelajar cemerlang, beriadah sebaiknya bersama keluarga, aktif

dalam kelab sukan yang diminati dan kokorikulum sekolah dan memiliki didikan agama yang

intensif dan lengkap. Usia remaja tidak akan kembali lagi. Justeru itu, pelajar harus

menggunakan masa remaja ini sebaik mungkin demi masa depan yang terjamin.

5.4       Pihak Kementerian Dan Kerajaan

Langkah yang keempat yang perlu ditekankan ialah peranan pihak yang tertinggi dalam

sistem Pendidikan Negara iaitu Kementerian Pendidikan dalam menangani masalah ponteng

sekolah ini (sepertimana dalam lampiran surat dari kementerian kepada jabatan pendidikan

setiap negeri). Kementerian boleh mewujudkan pasukan khas bagi menangkap pelajar yang

ponteng sekolah. Kementerian juga boleh bekerjasama dengan pihak polis dalam

membanteras gejala ponteng sekolah ini. Ini kerana, pelajar yang ponteng sekolah ini

mungkin akan terlibat dengan kes-kes jenayah lain seperti mencuri dan meragut. Dengan

adanya bantuan pihak polis, gejala negatif ini dapat dibanteras lebih awal.

Selain itu, diharap kementerian dapat membantu guru dengan menyalurkan lebih

banyak peruntukan agar guru dapat lebih kreatif dan inovatif dalam menjalankan proses

p&p. Ini akan menambahkan lagi keberkesanan penyampaian ilmu pengetahuan.

Kementerian juga dapat membantu guru dengan mengurangkan bebanan kerja sampingan

supaya guru dapat fokus kepada proses p&p dan perkembangan pelajar. Pada masa kini,

tugas guru bukan setakat mengajar malah turut dibebani lima tugas lain iaitu

pertama;mengurus data, fail, buku rekod dan laporan; kedua, urusan

pentadbiran, ketiga; kegiatan kurikulum, keempat; kokurikulum dan kelima; urusan hal

Page 26: Tugasan 1 Isu Pelajar Ponteng Sekolah (1)

ehwal murid. Dengan kurangnya bebanan tugas ini, guru akan dapat membimbing pelajar

dengan lebih baik lagi dan tidak membiarkan pelajar hanyut dengan permasalahan mereka.

Kementerian juga boleh membuat satu kajian yang menyeluruh berkenaan dengan

sistem pendidikan dan peraturan sekolah yang sedia ada. Ketika ini sistem sekolah lebih

menjurus kepada kecemerlangan akademik tetapi kurang ke arah kecemerlangan sahsiah. Ini

dapat dilihat masalah disiplin dan moral juga ketara di sekolah sekolah berasrama penuh

walaupun mereka yang belajar di situ terdiri dari mereka yang terpilih.

6.0       KESIMPULAN

Konklusinya, semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani masalah ini ‘sebelum nasi

menjadi bubur’. Demi mewujudkan generasi dan modal insan yang lebih berguna pada masa

hadapan, maka satu langkah drastik daripada semua pihak patut dilaksanakan. Tindakan

daripada satu pihak sahaja tidak akan membuahkan hasil. Jadi, sama-samalah kita

berganding bahu untuk menangani masalah ponteng sekolah. Meskipun terdapat pelbagai

cadangan mengenai cara mana mengatasi masalah ponteng sekolah ini, namun ia hanya

berakhir di meja perbincangan, forum atau seminar. Sememangnya terdapat pelbagai

program yang dirangka untuk remaja dan pelajar tetapi ianya hanya memberi manfaat

kepada segelintir mereka sahaja dan lebih bersifat komersial. Ibu bapa, guru-guru, dan

masyarakat perlulah berganding bahu dan bekerjasama dalam memikul tanggungjawab

mendidik anak-anak dan para pelajar. Adalah wajar supaya pelajar didedahkan akan kesan

buruk dalam masyarakat melalui interaksi mereka di sekolah. Golongan ini juga perlu

didedahkan dengan pengetahuan undang-undang agar mereka gementar dengan

hukuman.

Pelajar dan remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa

depan negara. Mereka adalah aset kekayaan semulajadi yang bakal memegang peranan

penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan di negara ini. Namun demikian, masalah

disiplin di kalangan remaja adalah salah satu daripada ancaman kepada sumber tenaga

manusia yang akan merugikan negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu segala masalah

sosial yang dihadapi oleh para remaja harus dibendung dan di atasi supaya ia tidak terus

Page 27: Tugasan 1 Isu Pelajar Ponteng Sekolah (1)

mewujudkan ancaman besar terhadap aset utama yang merupakan sumber modal insan

yang selaras dengan falsafah pendidikan negara yang akan yang akan mempastikan

kelangsungan kemajuan dan keharmonian negara.