cgh allabout dengue malay

Upload: khoili

Post on 06-Apr-2018

248 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 CGH AllAbout Dengue MALAY

    1/8

    segala-galanya mengenai

    Denggi

  • 8/3/2019 CGH AllAbout Dengue MALAY

    2/8

    Apakah simptomnya?

    2

    Denggi berpunca daripada empat virus yang berkaitrapat (DEN-1, DEN-2, DEN-3 atau DEN-4). Ia merebak

    kepada manusia melalui gigitan nyamuk yang telah

    dijangkiti virus denggi.

    Demam denggi adalah penyakit seperti selesema

    yang teruk, yang boleh dihidapi oleh bayi, kanak-

    kanak dan remaja tetapi jarang sekali menyebabkan

    kematian. Dua bentuk denggi yang palingberbahaya adalah Demam Denggi Berdarah (DHF)

    dan Sindrom Renjat Denggi (DSS).

    Virus denggi berjangkit kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes betina

    yang dijangkiti. Nyamuk secara amnya mendapat virus tersebut semasa menghisap

    darah seseorang yang menghidap denggi. Sebaik sahaja dijangkiti, sepanjang

    hidupnya, seekor nyamuk itu boleh memindahkan virus tersebut kepada individu

    yang mudah dijangkiti. Virus denggi itu kemudian mengalir dalam darah manusia

    yang telah dijangkitinya itu selama 3-14 hari (purata 4 hingga 6 hari). Individu

    tersebut mungkin diserang demam secara tiba-tiba serta berbagai-bagai tanda

    dan simptom yang tidak khusus. Denggi tidak boleh merebak secara langsung dari

    seorang ke seorang yang lain.

    Apakah itu Denggi?

    Bagaimana ia berjangkit?

    Tanda dan simptom demam denggi berbeza-beza mengikut usia pesakit.

    Simptom-simptom utama denggi adalah demam panas, sakit kepala yang teruk,

    sakit belakang, sakit sendi, rasa loya dan muntah, sakit mata dan ruam.

  • 8/3/2019 CGH AllAbout Dengue MALAY

    3/8

    3

    Demam Denggi Berdarah dan Sindrom Renjat Denggi

    Demam Denggi Berdarah (DHF) dan Sindrom Renjat Denggi (DSS) boleh dikesan

    melalui serangan demam secara tiba-tiba, setinggi 40-41C. Ia akan berlanjutan

    selama 2 hingga 7 hari dengan tanda dan simptom demam denggi yang serupa.

    Ini diikuti oleh rerambut darah yang bocor, yang membolehkan komponen

    bendalir keluar daripada pembuluh darah, menyebabkan pendarahan renjatan

    dan berdarah seperti hidung atau gusi berdarah, dan kemungkinan pendarahan

    dalaman. Bilangan platelet akan merosot sehingga kurang daripada 100,000/mm3.

    Tempoh berlakunya DHF adalah 7-10 hari.

    Semasa dalam fasa awal serangan denggi, adalah sukar untuk membezakan DHF/

    DSS daripada demam Denggi atau penyakit bervirus yang lain. Peringkat kritikal

    DHF/DSS berlaku paling kerap, 24 jam selepas suhu badan jatuh atau di bawah

    paras normal. Jika Demam Denggi Berdarah tidak dirawat, ia boleh membawa

    kepada Sindrom Renjat Denggi.

    Bayi dan kanak-kanak kecil mungkin mengalami demam dan ruam. Mereka akanmengalami kesakitan yang agak kurang berbanding dengan kanak-kanak yang

    lebih besar dan orang dewasa.

    Sakit sendi

    Sakit otot

    Sakit kepala Demam

    Sakit mata

    Ruam

    Contoh ruam denggi yang biasa.

  • 8/3/2019 CGH AllAbout Dengue MALAY

    4/8

    4

    Untuk para pesakit yang menghidap DHF

    atau DSS yang teruk, demam serta tanda dan

    simptom yang tidak khusus akan berlaku

    untuk beberapa hari. Ia diikuti pula dengan

    keadaan pesakit yang merosot secara tiba-

    tiba. Pesakit tersebut mungkin kelihatan

    tidak bermaya dan menjadi resah.

    Tanda-tanda kegagalan peredaran darahadalah seperti:

    tekanan darah yang rendah

    denyutan nadi yang laju tetapi lemah

    sakit perut yang teramat

    kulit berlengas dan sejuk serta

    kelihatan resah

    Tanda-tanda pendarahan adalah seperti bintik-bintik merah di bawah kulit, gusi,hidung serta gastro-usus berdarah dan kadang kala aliran haid yang berlebihan.

    Mereka kerap mengalami sakit perut yang teruk, sejurus sebelum serangan

    renjatan.

    Tempoh pengeraman

    (Masa di antara gigitan nyamuk hingga tercetusnya simptom)

    Tempoh pengeraman untuk Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarahberlanjutan dari 3 hingga 14 hari. Tempoh purata pengeraman ialah 4-6 hari.

    Pendarahanpada usus

    Lebamkulit

    Perdarahansubkonjunktiva

    Hidung berdarah

    Perdarahankecil pada kulit

  • 8/3/2019 CGH AllAbout Dengue MALAY

    5/8

    Bagaimana mengesahkandenggi?

    Apakah jenis rawatan yangterdapat untuk demam Denggi?

    5

    Jangkitan denggi didiagnosis dalam makmal dengan mengesan antibodi khusus

    dalam serum pesakit (ujian serologi) lima hari selepas menghidap demam. Jika

    perlu, ujian tersebut harus diulang selepas 2-3 minggu. Sebilangan kit ujian cepat

    yang berdasarkan sampel serum tunggal boleh didapatkan secara komersil tetapi

    mungkin kurang sensitif daripada ujian serologi yang konvensional. Semasa lima

    hari pertama mengalami demam, jangkitan denggi boleh didiagnosis melalui

    pengesanan molekul (tindak balas berantai polimerase) dan antigen denggi

    (antigen NS 1). Darah untuk ujian diagnostik harus diambil daripada pesakit

    secepat mungkin selepas tercetusnya simptom.

    Tiada terdapat drug antivirus untuk merawat denggi. Rawatan utamanya adalah

    untuk mengawal simptom dan mencegah komplikasi yang timbul daripada DHF

    dan DSS yang teruk. Pengawalan awal bergantung pada pemantauan harian yang

    rapi bagi bilangan platelet, supaya pesakit dapat menerima terapi penggantian

    bendalir dan pemasukan platelet jika perlu.

    Jika anda fikir anda mempunyai denggi, rujuk kepada doktor atau pergi

    ke Jabatan Kemalangan dan Kecemasan di hospital yang berdekatan.

    Pengesanan dan rawatan awal bagi simptom tersebut boleh menyelamatkan

    nyawa.

    Jika doktor mengesyaki Demam Denggi Berdarah, anda akan dimasukkan ke

    hospital. Tekanan darah dan bilangan darah anda akan dipantau dengan rapi.

    Sesiapa yang merasakan bahawa mereka menghidap denggi harus

    mengambil pelega sakit, contohnya Acetaminophen atau parasetamol.

    Mereka harus berehat, minum banyak air dan rujuk kepada doktor.

  • 8/3/2019 CGH AllAbout Dengue MALAY

    6/8

    6

    Apakah tempoh jangkitanselepas tercetusnya simptom?

    Individu yang dijangkiti tidak akan menjangkiti orang lain secara sentuhan

    langsung. Walau bagaimanapun, jika seseorang individu itu digigit oleh nyamuk

    semasa berada dalam peringkat awal jangkitan demam denggi, nyamuk itu

    mungkin akan dijangkiti juga dan boleh memindahkan virus denggi kepada orang

    berikutnya melalui gigitannya.

    Terdapat 4 jenis virus Denggi. Jangkitan pada satu jenis tidak memberikan

    perlindungan jangka panjang daripada jenis-jenis yang lain. Terdapat juga bukti

    bahawa risiko mendapat DHF/DSS akan meningkat pada orang yang pernah

    dijangkiti salah satu daripada 4 jenis virus Denggi tersebut.

    Adakah jangkitan denggi bolehberulang pada orang yangpernah dijangkiti sebelumnya?

    1. Bagaimana saya boleh mengelakkan diri daripada dijangkitiDenggi?Cara terbaik untuk mengelakkan Denggi adalah dengan mengelakkan

    daripada digigit oleh nyamuk Aedes. Pembawa virus Denggi hidup dan

    membiak berdekatan kawasan perumahan atau di dalam rumah. Pembiakan

    berlaku di tempat air bertakung, contohnya dalam bekas kecil, pasu bunga

    dan sebagainya.

    Soalan Lazim

  • 8/3/2019 CGH AllAbout Dengue MALAY

    7/8

    7

    Penularan virus denggi boleh juga disebabkan oleh individu yang

    mempunyai virus tersebut di dalam badannya. Warga asing atau warga

    Singapura yang kembali dari negara endemik Denggi, ada kemungkinan

    dijangkiti virus tersebut.

    Orang ramai perlu lebih peka terhadap kawasan yang berisiko tinggi.

    Langkah-langkah supaya tidak digigit nyamuk, seperti berada di dalam

    bilik yang berjaring atau berhawa dingin, menggunakan racun serangga

    aerosol untuk membunuh nyamuk serta menggunakan penghalau nyamukyang mengandungi 20% - 30% DEET (dietiltoluamida). Sentiasa ambil tahu

    mengenai epidemik yang berlaku di negara yang anda kunjungi.

    2. Bolehkah saya mendapatkan vaksin melawan Denggi?Tiada vaksin yang berkesan yang dapat melawan denggi. Oleh itu adalah

    penting untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan diri

    daripada dijangkiti virus melalui gigitan nyamuk yang telah dijangkiti. Kajian

    penyelidikan masih dijalankan untuk mencari vaksin denggi yang berkesan.

    3. Bagaimana kita boleh mencegah dan mengawal denggi diSingapura?Orang ramai sering diingatkan untuk menjaga kawasan rumah mereka

    supaya bebas daripada denggi dengan mengamalkan sistem pemeriksaan

    rutin terhadap habitat pembiakan Aedes di dalam dan di sekeliling rumah.

    Mereka juga boleh membubuh racun serangga dan granul ke dalam bekas

    mengandungi air.

    Penghuni estet privet dinasihatkan agar membaiki alur bumbung yang rosak

    dan membubuh racun serangga pada alur bumbung dan piring pasu bunga.

    Bekas yang boleh menakung air hujan atau digunakan untuk menyimpan air

    (contohnya bekas plastik, baldi atau tayar kenderaan terpakai) harus ditutup

    atau dibuang dengan betul.

  • 8/3/2019 CGH AllAbout Dengue MALAY

    8/8

    05/2009

    Hospital Besar Changi (CGH) mempunyai Perkhidmatan Tanya-Jururawat-CGH

    pada laman web kami. Perkhidmatan ini memberi laluan bagi anda bertanyasoalan lanjut mengenai sebarang tanda, simptom, atau kemusykilan berkaitan

    kesihatan. Ianya disediakan oleh pasukan jururawat yang berpengalaman, dan

    akan berunding dengan pakar perubatan atau kakitangan paramedik kami, jika

    perlu.

    Perkhidmatan ini bukan bertujuan untuk menggantikan nasihat atau

    perundingan perubatan.

    Untuk menggunakan perkhidmatan ini, sila ke laman web kami di http://www.

    cgh.com.sg dan klikTanya-Jururawat-CGH untuk menuju soalan anda.

    Anda akan mendapat balasan daripada kami dalam masa tiga hari waktu kerja.

    Perkhidmatan Internet Tanya-Jururawat-CGH

    Organisation Accredited by

    Joint Commission International

    Panduan Pesakit Interaktifwww.cgh.com.sg/ipg

    CGH amat berbesar hati memperkenalkan Panduan Pesakit Interaktif (IPG) sistem

    pendidikan kesihatan interaktif dalam talian yang pertama di Singapura.

    Direka oleh pasukan pakar klinikal kami, IPG menyediakan pilihan multimedia yang

    menarik untuk mendapatkan maklumat berkaitan kesihatan.

    IPG memaparkan senarai keadaan perubatan yang biasa, rawatan, prosedur, selepas

    prosedur dan penjagaan selepas pembedahan melalui video dan teks yang boleh

    dicetak.

    Klip video membolehkan anda melihat bagaimana prosedur sebenar dijalankan atau

    perincian mengenai keadaan kesihatan. Agar lebih mudah, versi mesra pencetak juga

    disediakan supaya anda dapat mencetak dan membacanya bila anda mahu.

    Dengan IPG di Internet, anda boleh melayarinya pada bila-bila masa di rumah, malah

    dapat berkongsinya dengan keluarga dan rakan-rakan.

    Lungsuri lelaman kami hari ini!