cadangan penyelidikan.doc

8
CADANGAN PENYELIDIKAN (TAJUK) 1) TAJUK Teknologi Pembuatan Belacan di Alor Ibus, Kuala Kedah pada Tahun 1984-2000: Satu Tinjauan. 2) PENDAHULUAN Kajian ini membincangkan teknologi pengeluaran belacan daripada kaedah tradisional ke kaedah penggunaan teknologi terkini mengikut peredaran masa. Tumpuan kajian ini adalah untuk mengkaji kaedah yang digunakan oleh pihak pengusaha kilang belacan menggunakan teknologi untuk memajukan kilangnya. Penggunaan teknologi dapat menjimatkan masa , mengurangkan kos pekerja dan meningkatkan pengeluaran. Hal ini dapat memberi keuntungan yang lebih besar kepada pengusaha kerana dapat memasarkan belacan Alor Ibus ke seluruh Malaysia. Pengusaha telah menggunakan kaedah tradisional semasa kilang baru dibuka sehinggalah wujudnya teknologi pembuatan belacan. Melalui kajian, perkembangan teknologi pembuatan belacan Alor Ibus dapat dikaji sejak kilang ini diwujudkan sehingga tahun 2000. 3) OBJEKTIF KAJIAN Untuk menjawab persoalan yang ditimbulkan, kajian yang dibuat berdasarkan objektif. Objektif kajian ialah untuk mengkaji kaedah yang digunakan semasa pembuatan belacan Alor Ibus sejak kilang itu ditubuhkan sehingga

Upload: puteri

Post on 16-Jan-2016

265 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: CADANGAN  PENYELIDIKAN.doc

CADANGAN PENYELIDIKAN (TAJUK)

1) TAJUK

Teknologi Pembuatan Belacan di Alor Ibus, Kuala Kedah pada Tahun 1984-2000:

Satu Tinjauan.

2) PENDAHULUAN

Kajian ini membincangkan teknologi pengeluaran belacan daripada kaedah tradisional

ke kaedah penggunaan teknologi terkini mengikut peredaran masa. Tumpuan kajian ini

adalah untuk mengkaji kaedah yang digunakan oleh pihak pengusaha kilang belacan

menggunakan teknologi untuk memajukan kilangnya. Penggunaan teknologi dapat

menjimatkan masa , mengurangkan kos pekerja dan meningkatkan pengeluaran. Hal ini

dapat memberi keuntungan yang lebih besar kepada pengusaha kerana dapat

memasarkan belacan Alor Ibus ke seluruh Malaysia. Pengusaha telah menggunakan

kaedah tradisional semasa kilang baru dibuka sehinggalah wujudnya teknologi

pembuatan belacan. Melalui kajian, perkembangan teknologi pembuatan belacan Alor

Ibus dapat dikaji sejak kilang ini diwujudkan sehingga tahun 2000.

3) OBJEKTIF KAJIAN

Untuk menjawab persoalan yang ditimbulkan, kajian yang dibuat berdasarkan

objektif. Objektif kajian ialah untuk mengkaji kaedah yang digunakan semasa

pembuatan belacan Alor Ibus sejak kilang itu ditubuhkan sehingga kini. Selain itu,

objektif kajian yang kedua ialah mengenal pasti kesan positif dan kesan negatif

daripada perkembangan teknologi pembuatan belacan Alor Ibus. Akhir sekali,

menganalisa tahap penerimaan pengguna terhadap produk belacan sebelum dan selepas

penggunaan teknologi.

4) PERSOALAN KAJIAN

Daripada kajian ini, terdapat beberapa persoalan kajian iaitu belacan dapat dihasilkan

mengikut kaedah yang selaras dengan arus perubahan zaman. Selain itu, terdapat

pelbagai kesan positif dan kesan negatif daripada penggunaan teknologi pembuatan

belacan Alor Ibus. Akhir sekali, produk belacan telah mendapat tempat dalam pasaran

mengikut penerimaan masyarakat.

Page 2: CADANGAN  PENYELIDIKAN.doc

5) SKOP KAJIAN

Kajian ini telah dijalankan di Kampung Alor Ibus, Kuala Kedah. Kampung Alor

Ibus terletak di Tebengau iaitu kira-kira 12km dari bandar Alor Setar. Kampung Alor

Ibus terletak kira-kira 356km dari barat daya Kuala Lumpur.

Maklumat kajian juga dikumpulkan dari tahun 1984 hingga tahun 2000. Maklumat

kajian telah dianalisa sebanyak 16 tahun.

6) SOROTAN KAJIAN

Beberapa bahan rujukan telah digunakan sebagai sorotan kajian untuk dijadikan

rujukan kepada kajian penyelidikan. Antara sorotan kajian tersebut ialah tesis

mengenai produk makanan yang dikaji oleh Sharifah Nor Hanim Binti Sayed Hassan.

Beliau merupakan mahasiswi dari Universiti Malaysia Sabah. Beliau telah menjalankan

tesis yang bertajuk “Penghasilan Serunding Udang Geragau”. Dalam tesisnya, beliau

banyak memerihalkan tentang pemprosesan udang geragau sehingga menjadi serunding

menggunakan teknologi. Di samping itu, beliau juga mengkaji tentang bioproses

mengenai serunding udang geragau.

Selain itu, tema ini juga dikaji oleh C.A Zainon Ahamad dengan Zainon Ismail dari

Institut penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia. Penyelidik-penyelidik ini telah

mengkaji “Penghasilan Tepung Campuran yang Berasakan Pisang”. Kajian ini telah

dilakukan pada tahun 1994. Tepung campuran ini telah dihasilkan melalui penggunaan

teknologi moden. Di dalam kajian ini juga mereka turut menyediakan beberapa

cadangan makanan yang boleh dibuat menggunakan tepung campuran ini.

Seterusnya, Faridah Abd Aziz dan Rokiah Haji Baba juga mengkaji produk makanan

berasaskan sains dan teknologi. Mereka juga merupakan penyelidik dari Institut

Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia. Mereka telah mengkaji “Penghasilan

Sos Desert yang Berasaskan Buah”. Melalui kajian mereka dapatlah di ketahui bahawa

buah bukan sahaja untuk dimakan atau dibuat jus malah juga boleh dibuat sos.Untuk

menghasilkan sos ini, teknologi pembuatannya juga diperlukan. Sebagai contoh

teknologi yang digunakan ialah “viscotester”. Alat ini bertujuan untuk megukur

kelikatan sos.

Page 3: CADANGAN  PENYELIDIKAN.doc

Ketiga-tiga sorotan ini mempunyai persamaan iaitu menghasilkan produk makanan

menggunakan sains dan teknologi. Begitu juga dengan kajian saya yang mengkaji

penghasilan belacan menggunakan teknologi untuk meningkatkan pengeluaran belacan.

7) KAEDAH KAJIAN

Untuk mengumpulkan dan menganalisa maklumat bagi kajian ini, terdapat beberapa

kaedah yang digunapakai iaitu:

a) Kaedah Perpustakaan:-

Saya telah menggunakan rujukan di Perpustakaan Awam Negeri Kedah. Saya telah

mendapat beberapa bahan ilmiah untuk kajian ini. Contohnya buku yang diterbitkan

oleh MARDI yang bertajuk “Teknologi Makanan Jilid 4”.

Selain itu, Arkib Negeri Kedah juga merupakan tempat untuk dijadikan rujukan.

Pelbagai maklumat yang diperoleh untuk membantu kajian ini. Di Arkib terdapat

pelbagai panduan yang sesuai untuk membantu cara menulis proposal dengan betul.

b) Kaedah Temu bual:-

Saya telah menemu bual pihak pengusaha kilang belacan untuk membantu dalam

kajian ini. Beliau yang dikenali sebagai Tok Long merupakan orang sumber dalam

kajian ini.

c) Kajian lapangan:-

Saya telah meninjau tempat belacan diproses di Kampung Alor Ibus untuk melihat

bagaimana belacan diproses mengikut kaedah yang moden iaitu menggunakan

teknologi.

Page 4: CADANGAN  PENYELIDIKAN.doc

8) PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI:-

Pengenalan:

Maksud Sains dan Teknologi

Latar belakang Kilang Belacan Alor Ibus

Isi-isi penting:

Kaedah pengeluaran belacan secara tradisional mulai tahun 1984

Kaedah pengeluaran belacan secara moden pada tahun 1994 sehingga tahun

2000

Peningkatan hasil pengeluaran dalam penghasilan belacan

Peningkatan hasil pengeluaran dari segi pertambahan jenis keluaran dan kuantiti

keluaran belacan

Penggunaan tenaga buruh dalam penghasilan belacan

Kesimpulan:

Hasrat dan langkah yang akan diambil oleh pihak pengusaha untuk memajukan

produk mereka.

9) KESIMPULAN

Daripada kajian ini dapatlah dikumpulkan bahawa objektif kajian dapat dicapai

ataupun tidak.

10) BIBLIOGRAFI

1. Sumber Primer:-

a) Idaris Bin Bakar (pengusaha kilang Belacan Alor Ibus), ditemu bual oleh

Puteri Nur Fasihah, Kampung Alor Ibus, Tebengau, 23 Januari, 2015.

b) Rohani Binti Shaari (isteri pengusaha kilang Belacan Alor Ibus), ditemu bual

oleh Puteri Nur Fasihah, Kampung Alor Ibus, Tebengau, 02 Mac, 2015.

c) Farhana Binti Ali (menantu pengusaha kilang Belacan Alor Ibus), ditemu bual

oleh Puteri Nur Fasihah, Kampung Alor Ibus, Tebengau, 02 Mac, 2015.

Page 5: CADANGAN  PENYELIDIKAN.doc

2. Sumber Sekunder:-

a) Eprints (2005). Eprints Search- Dicapai pada November 11, 2005, from

http://eprints.ums.edu.my/ae000000000228.pdf

b) Kamus Dwibahasa, 1994, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

c) Adinan Hussin “Penghasilan Tepung Campuran Berasaskan Pisang” dlm.

Teknologi Makanan Jilid 13 hlm. 13-16, 1994.

d) Adinan Hussin “Penghasilan Sos Desert Berasaskan Buah” dlm. Teknologi

Makanan Jilid 13 hlm. 21-24, 1994