cadangan penyebaran

3

Click here to load reader

Upload: akmal-idrus

Post on 12-Jul-2016

229 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

jawi

TRANSCRIPT

Page 1: cadangan penyebaran

Cadangan penyebaran tulisan Jawi dan Rumi

Dalam usaha memastikan tulisan Jawi tidak pupus ditelan zaman, langkah-langkah

yang proaktif perlu diambil bagi memastikan tulisan tersebut sentiasa dekat di hati

masyarakat walaupun tulisan tersebut dianggap tidak penting pada hari ini. Terdapat

beberapa cadangan yang boleh saya kemukakan bagi membantu menyebarkan tulisan Jawi

tersebut.

Antaranya ialah dengan menggunakan media massa, elektronik dan bercetak.

Penggunaan media massa, elektronik dan bercetak amat penting kerana pada hari ini,

medium tersebut digunakan untuk menyebarkan informasi kepada masyarakat. Dengan

menggunakan medium seperti televisyen dan surat khabar, secara tidak langsung

masyarakat akan terdedah kepada tulisan Jawi dan seterusnya akan memudahkan

penyebaran tulisan tersebut kepada segenap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa.

Selain itu, tulisan Jawi juga dapat disebarkan melalui sistem pendidikan di negara

kita. Dalam usaha memartabatkan kembali tulisan Jawi, kerajaan harus mengambil inisiatif

bagi memasukkan tulisan Jawi dalam sukatan pelajaran di sekolah bermula dari tahun satu

lagi. Hal ini kerana, jika dilihat di sekolah pada hari ini, pengajaran tulisan Jawi hanya ada

apa mata pelajaran Pendidikan Islam dan hanya tertumpu kepada mereka yang beragama

Islam sedangkan tulisan tersebut merupakan antara tulisan yang pernah dan masih

digunakan bagi bahasa Melayu. Oleh itu, usaha untuk memasukkan tulisan Jawi dalam

sukatan pelajaran di sekolah dan bukan hanya kepada murid yang beragama Islam sahaja

perlu diambil bagi membantu menyebarkan tulisan Jawi dalam kalangan rakyat Malaysia.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Peribahasa ini amat bersesuaian dengan

cadangan saya yang seterusnya dalam usaha membantu menyebarkan tulisan Jawi iaitu

kanak-kanak perlu didedahkan kepada tulisan Jawi pada umur setahun jagung lagi. Dalam

hal ini, ibu bapa amat memainkan peranan yang penting. Oleh itu, ibu bapa juga harus

mengetahui asas tulisan Jawi iaitu mengetahui huruf-huruf yang digunakan dalam sistem

tulisan Jawi. Jika ibu bapa mampu memberikan asas pendidikan dari rumah lagi, kanak-

kanak akan lebih mudah mempelajari sesuatu perkara di sekolah.

Tulisan Jawi juga boleh disebarkan melalui penggunaan papan-papan tanda di

kawasan awam. Langkah ini mungkin telah diambil oleh beberapa buah negeri di Malaysia

namun tidak semua yang prihatin untuk memaparkan papan-papan tanda yang

menggunakan tulisan Jawi. Penggunaan tulisan Jawi pada papan-papan menunjukkan

Page 2: cadangan penyebaran

papan tanda tersebut unik dan akan menarik perhatian orang yang lalu-lalang di kawasan

yang terdapat papan tanda tersebut.

Seterusnya, kita beralih kepada cadangan bagi menyebarkan tulisan Rumi di

Malaysia. Seperti yang kita sedia maklum pada hari ini, bahasa Melayu menggunakan

sistem tulisan Rumi di samping sistem tulisan Jawi bagi perkara-perkara tertentu. Kita lihat

sendiri, bahasa Melayu dalam bidang pendidikan sendiri menggunakan tulisan Rumi dalam

usaha menyebarkan tulisan tersebut dalam kalangan murid. Oleh itu, adalah perkara biasa

jika dilihat kita menggunakan tulisan Rumi ketika menggunakan komunikasi secara

penulisan.

Penggunaan tulisan Rumi amatlah meluas di Malaysia disebabkan dominasi tulisan

tersebut terhadap bahasa Melayu. Sistem tulisan Rumi bukan sahaja digunakan dalam

bidang pendidikan, malah hampir kesemua bidang di Malaysia turut menggunakan tulisan

Rumi jika mereka menggunakan bahasa Melayu bagi tujuan komunikasi bertulis.

Kesimpulannya, tulisan Jawi seharusnya diangkat martabatnya agar setaraf dengan

tulisan Rumi. Oleh yang demikian, kita seharusnya berganding bahu dalam usaha

meneruskan penyebaran tulisan-tulisan tersebut agar sentiasa berada dekat dengan

mereka.