laporan penyebaran fahaman syiah di selangor
TRANSCRIPT
KERTAS LAPORANPERKEMBANGAN PENYEBARANFAHAMAN SYIAH DI SELANGOR
KERTAS LAPORANPERKEMBANGAN PENYEBARAN FAHAMAN SYIAH DI SELANGOR
12
1. TUJUAN
Kertas laporan ini dikemukakan kepada Ahli Jawatankuasa PerundingHukum Syarak (Fatwa) Negeri Selangor, untuk menimbang danmemutuskan mengenai perkembangan penyebaran fahaman Syiah diSelangor.
2. LATAR BELAKANG
a. Kebangkitan fahaman Syiah secara meluas di Malaysia bermuladari kemenangan revolusi Islam yang diketuai oleh Ayatullah al-Khomeini di Iran pada tahun 1979 dan menjadikan Iran sebagaiRepublik Islam. Atas nama kerajaan Islam itulah rakyat Malaysiatelah memberi sokongan tanpa menyedari orang-orang Iran yangberfahaman Syiah telah menyebarkan fahaman mereka denganmeluasnya di Malaysia.
b. Penyebaran fahaman Syiah di Malaysia dilakukan melaluibeberapa cara:
i. Lawatan pembesar-pembesar Iran ke Malaysia yang disusulidengan kempen dan penerangan fahaman mereka sertalawatan pelawat-pelawat Malaysia ke republik itu.
ii. Melalui pelajar-pelajar Malaysia yang ditawarkan belajar keRepublik itu dengan diberi biasiswa dan kemudahan asasyang secukupnya atau melalui pegawai-pegawai KedutaanIran di Malaysia yang membuat lawatan ke pusat-pusatpengajian tinggi di Malaysia.
iii. Memberi hadiah berupa buku-buku fahaman Syiah kepadaperpustakaan-perpustakaan umum seperti perpustakaanuniversiti, masjid dan toko-toko buku yang terkenal.
c. Di Malaysia terdapat 3 kumpulan Syiah yang berkembangbeberapa tahun lalu:
i. Syiah Tayibi Bohra (Dawood Bohra)
Kumpulan ini berasal dari India dan di Malaysia dikenalisebagai golongan yang memiliki kedai Bomby. Kumpulanyang berpusat di Daerah Klang ini mempunyai tanahperkuburan dan masjid sendiri dengan jumlah pengikutnyadianggarkan antara 200 hingga 400 orang.
KERTAS LAPORANPERKEMBANGAN PENYEBARAN FAHAMAN SYIAH DI SELANGOR
13
ii. Syiah Ismailiah Agha Khan
Kumpulan ini dikenali dengan nama kedai Perbhai yangbergerak di Lembah Klang. Bilangan pengikutnya lebih kecildari kelompok Bohra.
iii. Syiah Jafariyah @ Imamiah Ithna Assyariah
Kumpulan ini dipercayai mula bertapak di Malaysia padatahun 1979. Pengaruh ajaran dan fahaman menular melaluibahan bacaan dan individu seperti pensyarah IPT. Beberapabuku utama Syiah telah dijadikan rujukan dan telahditerjemah dalam Bahasa Melayu. Pengikut kumpulan inidianggarkan antara 300 hingga 500 orang.
3. PERKEMBANGAN SYIAH DI SELANGOR
a. Berdasarkan kajian dan siasatan Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) dan Polis, Syiah di Negeri Selangor dikategorikan sepertiberikut:
i. Pusat Pengajian Tinggi
Beberapa buah Pusat Pengajian Tinggi telah dikenalpastimenjadi sasaran Syiah bergerak iaitu di Universiti Malaya,Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti IslamAntarabangsa dan Institut Teknologi Mara.
ii. Orang awam
Hasil penyiasatan JAIS bersama polis dan JAKIM didapatibeberapa orang penyebar fahaman ini telah bergerak cergasdalam kelompok kecil untuk berkempen dari rumah kerumah. Di antara individu yang telah dikenalpasti ialah SyedJaafar bin Abd. Hamid al-Sagoff, beliau didapatimenyebarkan fahaman ini di Taman Permata dan TamanMelor di Hulu Klang.
b. Menubuhkan Persatuan
Terdapat usaha-usaha kumpulan ini menubuhkan persatuan untukmengembangkan fahaman Syiah kepada orang ramai yangdikenali dengan nama “Darul Husaini” tetapi pendaftaran ditolakpada 19 September 1992 atas nasihat MAIS dan JAKIM.
KERTAS LAPORANPERKEMBANGAN PENYEBARAN FAHAMAN SYIAH DI SELANGOR
14
4. PENYELEWENGAN SYIAH
a. PENYELEWENGAN DARI SUDUT AKIDAH
i. Imam adalah maksum
Syiah meyakini bahawa imam-imam adalah maksum iaituterpelihara daripada dosa-dosa kecil dan besar dari peringkatkanak-kanak hinggalah meninggal dunia, kedudukan merekasama seperti nabi-nabi. Pada iktiqad mereka imammemelihara syariat dalam Kitab Aqaid al-Imamiah olehSyeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal. 72.
ii. Kemunculan Imam Mahadi bersama orang yang telahmati
Golongan Syiah dikehendaki mempercayai bahawa AllahS.W.T akan menghidupkan semula orang-orang yang telahmati ke dunia ini bersama-sama Imam Mahadi untukmenghukum orang-orang yang telah melakukan kezaliman,seperti Saidina Abu Bakar, Omar, Uthman, Aishah, Hafsah,Muawiah dan lain-lain lagi.
Fakta ini dijelaskan dalam Kitab Aqaid al-Imamiah olehSyeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal. 83.
KERTAS LAPORANPERKEMBANGAN PENYEBARAN FAHAMAN SYIAH DI SELANGOR
15
iii. Berpura-pura
Mengikut aqidah Syiah, al-Taqiyyah ialah menunjukkansesuatu yang boleh membahayakan diri atau harta bendanyadengan melahirkan yang bukan hakikat sebenar darikandungan hatinya. al-Taqiyyah ini diamalkan dalam setiapperkara kecuali dalam masalah arak dan menyapu khuf.Perkara ini dijelaskan dalam buku al-Usul Min al-Kafi juz 2oleh Abu Jaafar Muhammad bin Yaakub bin Ishak al-Khulaini al-Razi, hal. 217.
KERTAS LAPORANPERKEMBANGAN PENYEBARAN FAHAMAN SYIAH DI SELANGOR
16
iv. Menyanjung Saidina Ali secara keterlaluan
Syiah menyanjung Saidina Ali secara berlebih-lebihan hinggaia disamatarafkan dengan Rasulullah. Bahkan dalambeberapa hal Saidina Ali dianggap lebih tinggi lagi. Perkaraini dinyatakan dalam Kitab al-Usul Min al-Kafi oleh al-Khulaini Jld. 1 hal. 197:
v. Menghalalkan Nikah Mut’ah
Golongan Syiah menghalalkan Nikah Mut’ah. Perkara inidinyatakan dalam Kitab Man La Yahdhuruhu al-Faqih olehAbu Jaafar Muhammad bin Ali bin Hussain Bahawiah al-Qanuni Juzu’ 1 hal. 358:
vi. Menambah syahadah
Golongan Syiah menambah nama Saidina Ali dalamSyahadah selepas nama Nabi Muhammad S.A.W. Perkara inidinyatakan di dalam Kitab al-Usul Min al-Kafi oleh al-Khulaini, Juzu’ 1 hal. 441:
KERTAS LAPORANPERKEMBANGAN PENYEBARAN FAHAMAN SYIAH DI SELANGOR
17
vii. Menolak hadis yang diriwayatkan oleh Ahli Sunnah WalJamaah sekalipun Hadis Mutawatir
Golongan Syiah juga menolak semua hadis yangdiriwayatkan oleh golongan Ahli Sunnah Wal Jamaahwalaupun hadis itu sampai kepada darjat mutawatir. Merekahanya berpegang kepada hadis yang diriwayatkan oleh AhliBait sahaja. Pegangan ini disebut di dalam buku Aslu al-Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad al-Husain Ali Kasyif al-Ghita, hal. 149:
viii. Khalifah diwasiatkan secara nas
Syiah mempercayai imam-imam telah ditentukan oleh Allahmelalui lisan RasulNya secara nas. Ini dinyatakan dalamKitab Aqaid al-Imamiah oleh ulama’ Syiah iaitu SyeikhMuhammad Redza al-Muzaffar, hal. 78:
KERTAS LAPORANPERKEMBANGAN PENYEBARAN FAHAMAN SYIAH DI SELANGOR
18
Syiah mempercayai wasi Rasulullah S.A.W. ialah SaidinaAli. Kemudian Saidina Ali mewasiatkannya pula kepadaanaknya Hasan dan Hasan mewasiatkannya pula kepadaHussain sehinggalah kepada Imam Dua Belas al-Mahadi al-Muntazar. Ia merupakan sunnah Allah kepada semua Nabi-nabi bermula daripada Nabi Adam sehinggalah kepada Nabiyang terakhir. Perkara ini disebutkan dalam kitab Aslu al-Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad bin Husain Ali Kasyifal-Ghita’, hal. 136:
ix. Ilmu Allah berubah-ubah mengikut sesuatu peristiwa yangberlaku kepada manusia
Dari segi bahasa al-Bada’ bermaksud lahir sesudahtersembunyi. Menurut akidah Syiah, al-Bada’ ialah peristiwaberkenaan yang sebelum ini dianggap tersembunyi daripada-Nya. Perkara ini jelas menganggap Allah itu jahil atau tidakmempunyai ilmu yang meliputi. Ini jelas seperti yangdisebutkan oleh al-Tabatabai dalam Kitab al-Usul Min al-Kafi oleh al-Kulaini Juzu’ 1 hal. 146:
KERTAS LAPORANPERKEMBANGAN PENYEBARAN FAHAMAN SYIAH DI SELANGOR
19
Mengikut akidah Syiah, Ilmu itu akan berubah danbersesuaian dengan fenomena baru. Tuhan akan berubahkehendakNya terhadap sesuatu perkara sesuai dengankeadaan yang berlaku. Hal ini dijelaskan dalam Kitab al-Usul Min al-Kafi.
x. Konsep al-Mahadi iaitu kepercayaan kepadaMuhammad bin Hassan al-Askari sebagai ImamMahadi al-Muntazar
Syiah Imamiah mempercayai bahawa Muhammad binHassan al-Askari adalah Imam yang ditunggu-tunggu yangtelah hilang dan akan muncul semula untuk memerintah danmenghukum orang-orang yang melakukan kezaliman.Beliau telah menghilangkan diri selama 65 tahun mulai tahun260H hingga 329H. Pada masa ini orang Syiah bolehmenghubungi imam mereka melalui wakil-wakil seramaiempat orang iaitu Uthman Ibnu Said al-Umri dan anaknyaMuhammad Ibnu Uthman dan Husain Ibnu Ruh serta AliIbnu Muhammad al-Saimiri. Zaman ini dikenali sebagaiGhaibah sughra. Manakala Ghaibah Kubra pula bermulaselepas tahun 329H hingga lahirnya Imam Mahadi yangditunggu. Dalam Tempoh ini, sesiapa pun tidak bolehmenghubungi Imam Mahadi walaupun melalui wakil-wakilnya. Sekiranya boleh dihubungi ia dianggap sebagaipendusta. Perkara ini dijelaskan dalam Kitab al-Syiah Wa al-Tashih al-Sira’, Baina al-Syiah Wa al-Tasysyu’.
KERTAS LAPORANPERKEMBANGAN PENYEBARAN FAHAMAN SYIAH DI SELANGOR
20
xi. Mengkafirkan para sahabat Rasulullah S.A.W.
Golongan Syiah ini mempercayai bahawa selepas wafatRasulullah s.a.w. semua murtad kecuali Ahlul-Bait danbeberapa orang sahabat termasuk Abu Dzar, Miqdad binAswad, Salman al-Farisi dan Ammar. Perkara ini disebutkandalam Kitab Bihar al-Anwar oleh al-Majlisi Juz. 27, hal. 64-66:
xii. Menuduh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Muawiyahsebagai empat berhala Quraisy serta pengikut-pengikutmereka adalah musuh Allah
Golongan Syiah menuduh Abu Bakar, Umar, Uthman danMuawiyah sebagai empat berhala Quraisy. Ini dinyatakandalam Kitab Tuhfah al-Awam Maqbul oleh Syed ManzurHusain hal. 330, dan di dalam kitab al-Tafsir oleh Abu al-Nadhar Muhammad bin Masud bin Iyasyi hal, 116:
KERTAS LAPORANPERKEMBANGAN PENYEBARAN FAHAMAN SYIAH DI SELANGOR
21
xiii. Hanya Ali dan para Imam sahaja yang menghafal danmenghimpunkan al-Quran dengan sempurna
Golongan Syiah menganggap bahawa tidak ada sahabatyang menghimpun, memahami dan menghafal al-Qurandengan sempurna kecuali Ali Sahaja. Perkara ini dinyatakandi dalam Kitab al-Usul Min al-Kafi oleh al-Khulaini, Juzu’ 1,hal. 228:
KERTAS LAPORANPERKEMBANGAN PENYEBARAN FAHAMAN SYIAH DI SELANGOR
22
xiv. Mengamalkan nikah Mut’ah
Golongan Syiah masih meneruskan amalan nikah Mut’ahyang pernah diharuskan di peringkat awal Islam di dalamkeadaan dan masa tertentu. Mereka masih mengamalkannikah ini sehingga sekarang. Dengan ini menunjukkanbahawa mereka menolak pemansuhan syariat tersebut.Mereka berpendapat bahawa nikah Mut’ah adalah diharuskandi dalam syariat Islam. Perkara ini dinyatakan dalam Kitab al-Nihayah Fi Mujarrad al-Fiqh Wa al-Fatawa oleh AbuJa’afar Muhammad b. Hassan b. Ali al-Tusi, hal.489:
b. PENYELEWENGAN DARI SUDUT SYARIAH
i. Menolak Ijma’ Ulama’
Golongan Syiah tidak menerima pakai ijma’ ulama’ buktinyamereka menolak perlantikan Khalifah Abu Bakar, Umar danUthman malah mereka berpegang kepada pendapat-pendapat Imam mereka kerana ijma’ pada mereka adalahkesalahan sedangkan pendapat Imam adalah maksum.Perkara ini dinyatakan di dalam Kitab Mukhtasar al-Tuhfahal-Ithna Assyariyyah oleh Shah Abdul Aziz al-ImamWaliyullah Ahmad Abdul Rahim al-Dahlawi hal. 51:
KERTAS LAPORANPERKEMBANGAN PENYEBARAN FAHAMAN SYIAH DI SELANGOR
23
ii. Menolak Qias
Golongan Syiah juga menolak Qias, kerana beramal denganQias akan merosakkan agama. Perkara ini dinyatakan didalam Kitab Aslu al-Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad binHusain Ali Kasyif al-Ghita’ hal. 149:
c. PELBAGAI PENYELEWENGAN UMUM
i. Menziarahi kubur Saidina Husain ganjarannya Syurga
Syiah mendakwa bahawa orang yang menziarahi kuburSaidina Husain akan memasuki Syurga. Perkara inidinyatakan di dalam Kitab al-Irsyad oleh as-Syeikh al-Mufidhal. 252, Sebagaimana yang diriwayatkan daripadaRasulullah S.A.W.:
ii. Menyeksa tubuh badan sempena 10 Muharram
Golongan Syiah mengadakan upacara memukul dada danmenyeksa tubuh badan sempena 10 Muharram bagi
KERTAS LAPORANPERKEMBANGAN PENYEBARAN FAHAMAN SYIAH DI SELANGOR
24
menangisi kematian Saidina Husain. Perkara ini dinyatakandi dalam Kitab al-Syiah wa al-Tashih al-Sira’, Baina al-Syiah Wa al-Tasysyu’ oleh Doktor Musa al-Musawi hal. 98:
iii. Menghina isteri-isteri Nabi Muhammad S.A.W.
Golongan Syiah juga jelas menghina isteri-isteri nabi. Perkaraini dinyatakan di dalam Kitab Tuhfah al-‘Awam Maqbuloleh al-Syed Manzur Husain hal. 330:
iv. Mengharuskan jamak sembahyang dalam semua keadaan
Golongan Syiah mengharuskan jamak sembahyang fardhuiaitu Zohor dan Asar dalam waktu Asar, Maghrib dan Isyakdalam waktu Isyak dalam semua keadaan tanpa sebarang
KERTAS LAPORANPERKEMBANGAN PENYEBARAN FAHAMAN SYIAH DI SELANGOR
25
sebab. Perkara ini dinyatakan di dalam buku MinhajKebenaran dan Pendedahan (Fiqh Lima Mazhab di antaraNas dan Ijtihad) oleh al-Hassan bin Yusuf al-Mutahar al-Hilliyyah, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim (Thn.1993) hal. 36:
Ja’fari: Harus menjama’kan di antara sembahyang Zohordan Asar, Maghrib dan Isyak samaada di dalam musafirataupun hadir tanpa sebab.
v. Sembahyang Duha adalah bid’ah
Golongan Syiah mendakwa sembahyang Duha adalahbid’ah. Perkara ini dinyatakan di dalam buku MinhajKebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab DiAntara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hassan bin Yusof al-Mutahar al-Hilliyyah, terjemahan Prof. Madya Dr. LutpiIbrahim hal. 31:
Ja’fari: Sembahyang Duha adalah bid’ah. Para imammazhab empat ianya sunat. Lantaran itu mereka menyalahisunnah Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan oleh al-Humaidi di dalam al-Jami’ Baina al-Sahihain daripadaMarwan al-Ajali, dia berkata: Aku berkata kepada IbnUmar, “Anda mengerjakan sembahyang Duha? DiaMenjawab, tidak. Aku pun bertanya lagi. Abu Bakar? Diamenjawab: “Tidak”. Humaidi pula meriwayatkan dariAisyah di dalam Musnad Aisyah, dia berkata,sesungguhnya Nabi S.A.W. tidak pernah mengerjakansembahyang Duha. Abdullah bin Umar juga berkata,“Sembahyang Duha adalah bid’ah dari segala bid’ah”.
vi. Imamah dan Khalifah sebahagian daripada Rukun Islamdan ianya berlaku melalui nas
Golongan Syiah mendakwa Imamah dan Khalifahsebahagian daripada rukun Islam dan ianya berlaku melaluinas. Perkara ini dinyatakan di dalam buku MinhajKebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab DiAntara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusof al-Mutaharal-Hilliyyah, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim hal.145-146:
Ja’fari: Imamah dan Khalifah sebahagian daripada rukunIslam dan ianya berlaku melalui nas.
KERTAS LAPORANPERKEMBANGAN PENYEBARAN FAHAMAN SYIAH DI SELANGOR
26
vii. Islam bukanlah syarat wajibnya Haji
Golongan Syiah mendakwa Islam bukanlah syarat wajibnyaHaji. Perkara ini dinyatakan dalam buku Minhaj Kebenarandan Pendedahnnya (Fiqh Lima Mazhab Di Antara Nas danIjtihad) oleh al-Hasan bin Yusof al-Mutahar al-Hilliyyah,terjemahan Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim hal. 55:
Ja’fari: Islam bukanlah syarat wajibnya Haji.
viii. Wajib menyapu kedua kaki dan tidak memadai basuhpada kedua-duanya
Golongan Syiah mendakwa menyapu kedua-dua kaki dantidak memadai basuh pada kedua-duanya. Perkara inidinyatakan di dalam buku Minhaj Kebenaran danPendedahannya (Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas danIjtihad) oleh al-Hasan bin Yusof al-Mutahar al-Hilliyyah,terjemahan Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim hal. 13-14:
Ja’fari : Wajib menyapu kedua kaki dan tidak memadaibasuh pada keduanya. Ini juga adalah pendapatsebahagian para sahabat, tabi’in seperti Ibn Abbas,Ikrimah, Anas Abu al-Aliyah dan al-Sya’bi.
5. TINDAKAN
a. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi HalEhwal Islam yang bersidang pada 3 Mei 1996 membuatkeputusan:
Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanyamengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli SunnahWal Jamaah dari segi Akidah, Syariah dan Akhlak.
Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripadapegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah denganHukum Syara’ dan Undang-undang Islam dan dengan demikianpenyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan AhliSunnah Wal Jamaah adalah dilarang.
b. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telahmenfatwakan ajaran Syiah menyeleweng pada 3 April 1997.
KERTAS LAPORANPERKEMBANGAN PENYEBARAN FAHAMAN SYIAH DI SELANGOR
27
6. SYOR
Memandangkan bahawa Mazhab Syiah ini bertentangan dengankonsep Ahli Sunnah Wal Jamaah yang boleh membawa revolusimazhab seperti yang berlaku di Pakistan dewasa ini, maka adalahdicadangkan supaya ajaran mazhab ini diharamkan di NegeriSelangor.
Adalah dicadangkan juga supaya fatwa mengenai Syiah Zaidiyahdan Jafariyah yang dibenarkan sebelum ini ditarik balik.
7. PENUTUP
Dikemukakan kepada Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak (Fatwa)Negeri Selangor untuk pertimbangan dan tindakan lanjut.
Disediakan olehBahagian PenyelidikanJabatan Agama Islam selangor.
*************************************************
KERTAS LAPORANPERKEMBANGAN PENYEBARAN FAHAMAN SYIAH DI SELANGOR
28
Sel. P. U. 10.
ENAKMEN PENTADBIRANPERUNDANGAN ISLAM 1989
FATWA TENTANG FAHAMAN SYIAH
PADA menjalankan kuasa yang diberi oleh seksyen 31(1)dan seksyen 32 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam1989, Mufti bagi Negeri Selangor, selepas berbincangdengan Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’, membuatfatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.
ADMINISTRATION OF ISLAMICLAW ENACTMENT 1989
FATWA ON FAHAMAN SYIAH
In exercise of the powers conferred by section 31(1) andsection 32 of the Administration of Islamic Law Enactment1989 the Mufti for the State of Selangor, after discussionswith the Islamic Legal Consultative Committee, makes thefatwa as specified in the Schedule.
JADUAL / SCHEDULE
1. Bahawa Fahaman dan Ajaran Syiah adalah bercanggah danmenyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
2. Fahaman dan Ajaran ini perlu disekat keseluruhannya. Terdapatbeberapa percanggahan di dalam fahaman tersebut sama ada darisudut Aqidah, Syariah dan lain-lain.
(a) Penyelewengan Dari Sudut Aqidah
(i) Iman adalah Maksum ( )(Sila lihat kitab ‘Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh MuhammadRedha al-Muzaffar, halaman 72).
En. 2/1989
En. 2/1989
KERTAS LAPORANPERKEMBANGAN PENYEBARAN FAHAMAN SYIAH DI SELANGOR
29
(ii) Kemunculan semula Iman Mahadi dan kumpulan orangyang telah mati untuk memberi keadilan ( )(Sila lihat kitab ‘Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh MuhammadRedha al-Muzaffar, halaman 83).
(iii) Berpura-pura ( )(Sila lihat kitab al-Kafi. Juzu’ 2 oleh Abu Ja’afar MuhamadBin Ya’kub Bin Ishak al-Kulaini al-Razi, halaman 217).
(iv) Saidina Ali disamatarafkan dengan Allah S.W.T.(Sila lihat kitab al-Usul Min al-Sira’ oleh al-Kulaini, Jilid 1,halaman 197).
(v) Menghalalkan Nikah Mut’ah(Sila lihat kitab Man La Yahduruhu al-Fiqih oleh Abu Ja’afarMuhammad Bin Ali Bin al-Husain Babawaih al-Qummi.Juzu’ 1, halaman 358).
(vi) Khalifah diwasiatkan secara Nas ( )(Sila lihat kitab ‘Aqaid al-lmamiah oleh Syeikh MuhammadRedha al-Muzaffar, halaman 78).
(vii) Ilmu Allah berubah-ubah mengikut sesuatu peristiwa yangberlaku kepada manusia ( )(Sila lihat kitab al-Usul Min al-Kafi oleh al-Kulaini Juzu’ 1,halaman 146).
(viii) Muhamamad Bin Hassan al-Askari ialah Iman Mahadial-Muntazar ( ) ( )(Sila lihat kitab as-Syiah Wa al-Tasbih al-Sira’ Baina al-SyiahWa al-Tasyayyu, oleh Doktor Musa al-Musawi, halaman61).
(ix) Mengkafirkan para Sahabat Rasulullah S.A.W.(Sila lihat kitab al-Anwar al-Nu’maniah oleh SyedNikmatullah al-Musawi, halaman 81).
(x) Menambah Syahadah seperti berikut(Sila lihat kitab al-Usul Min al-Kafi oleh al-Kulaini Juzu’ 1,halaman 441).
KERTAS LAPORANPERKEMBANGAN PENYEBARAN FAHAMAN SYIAH DI SELANGOR
30
(xi) Menolak Hadis yang diriwayatkan oleh Ahli Sunnah WalJamaah sekalipun hadis Mutawatir(Sila lihat buku Aslu al-Syiah Wa Usuluha oleh Muhammadal-Husain Ali Kasyif al-Ghita’, halaman 149).
(b) Penyelewengan Dari sudut Syariat
(i) Menolak ljma’ Ulama’(Sila lihat kitab Mukhtasar al-Tuhfah al-Ithna Assyariyyaholeh Shah Abdul Aziz al-Imam Wilayullah Ahmad AbdulRahim al-Dahlawi, halaman 51).
(ii) Menolak Qias(Sila lihat kitab Asli al-Syiah Wa Usuluha oleh MuhammadBin al-Husain Ali Kasyif al-Ghita’, halaman 149).
(iii) Mengamalkan Nikah Mut’ah(Sila lihat kitab al-Nihayah Fi Mujarrad al-Fiqh Wa al-Fatawaoleh Abu Ja’afar Muhammad Bin Hassan Bin Ali al-Tusi,halaman 489-491. Kitab Tahzib al-Ahkam oleh Abu Ja’afarMuhammad Bin al-Hassan al-Tusi, halaman 254, 259, 266)
(iv) Menolak ‘Aul dan mendahulukan Qurabah dari ‘Asobahdalam masalah Pusaka[Sila lihat buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya(Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas Dan Ijtihad) oleh al-HasanBin Yusuf al-Mutahhar al-Hilliyyah, terjemahan Prof. MadyaDr. Lutfi Ibrahim, halaman 100-101].
(v) Menuduh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Mu’awiyahsebagai empat berhala Quraisy serta pengikut-pengikutadalah musuh Allah(Sila lihat kitab al-Tafsir oleh al-Nadhar Muhammad BinMas’ud Bin ‘Iyasy al-Salami al-Samarqandi, Juzu’ 1,halaman 116)
(vi) Hanya Ali menghimpun al-Quran dengan sempunna(Sila lihat kitab al-Usul Min al-Kafi oleh al-Kulaini, Juzu’1, halaman 228)
KERTAS LAPORANPERKEMBANGAN PENYEBARAN FAHAMAN SYIAH DI SELANGOR
31
(c) Pelbagai Penyelewengan Umum
(i) Menziarahi kubur Saidina Husain ganjaran Syurga(Sila lihat al-Irsyad oleh Muhammad Bin Muhammad BinNu’kman al-Askibri al-Baghdadi al-Mulaqqab Bin al-Syeikhal-Mufid, Halaman 252)
(ii) Menyiksa tubuh badan sempena 10 Muharram(Sila lihat kitab al-Syiah Wa al-Tashih al-Sira’, Baina al-Syiah Wa al-Tasyayyu’, oleh Doktor Musa al-Musawi,halaman 98).
(iii) Menghina Abu Bakar dan Umar serta dua orang isteriNabi S.A.W. iaitu Saidatina Aishah dan Hafsah(Sila lihat kitab Tuhfah al-Awam Maqbul oleh al-SyedManzur Husain, halaman 330)
(iv) Mengharuskan Jamak Sembahyang dalam semuakeadaan[Sila lihat buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya(Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas Dan Ijtihad) oleh al-HasanBin Yusuf al-Mutahhar al-Hilliyyah, terjemahan Prof. MadyaDr. Lutfi Ibrahim, tahun 1993, halaman 36].
(v) Sembahyang Duha adalah haram[Sila lihat buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya(Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas Dan Ijtihad) oleh al-HasanBin Yusuf al-Mutahhar al-Hilliyyah, terjemahan Prof. MadyaDr. Lutfi Ibrahim, halaman 31].
(vi) Menetapkan Prinsip Khumus sebagai Kadar Zakat(Sila lihat kitab Tahzib al-Ahkam oleh Ja’afar MuhamadBin al-Hassan al-Tusi, halaman 122).
(vii) Imamah dan Khalifah daripada rukun Islam dan ianyaberlaku melalui Nas(Sila lihat buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya(Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas Dan Ijtihad) oleh al-HasanBin Yusuf al-Mutahhar al-Hilliyyah, terjemahan Prof. MadyaDr. Lutfi Ibrahim, halaman 145-146).
(viii) Islam bukan syarat wajibnya Haji[Sila lihat buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya(Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas Dan Ijtihad) oleh al-HasanBin Yusuf al-Mutahhar al-Hilliyyah, terjemahan Prof. MadyaDr. Lutfi Ibrahim, halaman 31].
KERTAS LAPORANPERKEMBANGAN PENYEBARAN FAHAMAN SYIAH DI SELANGOR
32
(ix) Wajib menyapu kedua-dua kaki dan tidak memadai basuhpada kedua-duanya.[Sila lihat buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya(Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas Dan Ijtihad) oleh al-HasanBin Yusuf al-Mutahhar al-Hilliyyah, terjemahan Prof. MadyaDr. Lutfi Ibrahim].
3. Oleh itu mana-mana orang Islam adalah dilarang berpegang kepadaajaran-ajaran dan fahaman tersebut kerana ia bertentangan denganpegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Larangan ini meliputi:
(a) Untuk mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepadaatau menyebarkan Ajaran-ajaran atau Fahaman-fahaman yangterkandung di dalam ajaran dan fahaman Syiah kecuali untukamalan individu itu sendiri; Atau
(b) Untuk menerbitkan apa-apa bentuk versi atau variasi atau apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa atau apa-apa bahanpublisiti atau apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atauelektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media, atau apa-apa kaedah yang boleh membawa kepada penyebaran ajaran-ajaran tersebut; atau
(c) Untuk menjadi anggota atau pemimpin mana-mana golonganSyiah atau membantu dalam menghidupkan ataumengembangkan kumpulan sedemikian.
Dibuat 14 Februari 1998.Made 14th February 1998.[(JAL. Sel. 8014/7: PU. Sel. AGM/0007. JId. 2)]
ABD. MAJID BIN OMARPemangku Mufti,
Selangor