penyebaran islam di eropah

11

Upload: roti-kari

Post on 12-Jun-2015

2.665 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

Mengenai faktor pertapakan Islam di Eropah yang telah membawa kesan yang mendalam kepada peradaban dunia pada masa kini.

TRANSCRIPT

Page 1: Penyebaran Islam Di Eropah
Page 2: Penyebaran Islam Di Eropah

Bab 6 : Pembentukan Kerajaan Islam dan

Sumbangannya

Faktor Penyebaran Islam ke Eropah

Page 3: Penyebaran Islam Di Eropah

Faktor –faktor penyebaran Islam ke Eropah terbahagi kepada 8 :

1. Pegangan Akidah yang kukuh dan akhlak yang tinggi di kalangan orang Islam

2. Semangat ghazi

3. Sistem ketenteraan empayar Uthmaniyah yang tersusun serta penggunaan peralatan senjata moden

4. Keadaan politik yang tidak stabil di Eropah

5. Kelemahan dan kejatuhan kerajaan Byzantine

6. Dasar diplomasi dan toleransi oleh Kerajaan Uthmaniyah

7. Dasar sosial Islam

8. Penghijrahan orang Turki ke kawasan Balkan dan usaha para pendakwah.

Page 4: Penyebaran Islam Di Eropah

Semangat Ghazi

•Tentera Islam semasa zaman Uthmaniyah mempunyai Semangat Ghazi,semangat ghazi merujuk pada semangat untuk menjadi pahlawan yang sanggup berkorban untuk menyebarkan Islam.

•Kekuatan semangat inilah yang membolehkan kerajaan Uthmaniyah memperluas kuasanya ke Eropah dan menjadi kerajaan Islam yang terbesar dan terkuat antara abad ke-14 hinggalah abad ke-17

Page 5: Penyebaran Islam Di Eropah

Sistem ketenteraan empayar Uthmaniyah yang tersusun serta penggunaan peralatan senjata

moden

• Kerajaan Uthmaniyah mempunyai tentera berkuda dan kumpulan infantri yang kuat.

• Juga mempunyai kumpulan Janissari, kumpulan elit yang sangat terlatih dalam selok-belok peperangan.Jumlah kumpulan ini meningkat kepada 54000 orang pada zaman Sultan Murad III .

• Mempunyai senjata moden sepertimeriam besar.

• Armada laut yang kuat seperti di Zaman Suleiman al-Kanuni mempunyai 300 buah kapal untuk mengawal Laut Mediterranean

Tentera infantri elit dalam sistem ketenteraan kerajaan Uthmaniyah kumpulan kanak-kanak diambil melalui sistem devshirme tidak semua akan menjadi pentadbir. Sebahagian daripada kumpulan tersebut akan diserapkan ke dalam sistem ketenteraan Uthmaniyah. Sebelum diserapkan ke dalam kumpulan Janissari, kanak-kanak tersebut akan diberi latihan fizikal dan ktenteraan terutamanya selok-belok dan taktik serta teknik peperangan

Page 6: Penyebaran Islam Di Eropah

Keadaan politik yang tidak stabil di Eropah

Akibat daripada pertelingkahan dan peperangan di kalangan kerajaan-kerajaan kecil juga telah membantu perluasan Islam di Eropah.

Contoh :

Kemasukan tentera Islam Uthmaniyah ke Eropah pada peringkat awal atas permintaan Maharaja John VI Cantecuzens.

Page 7: Penyebaran Islam Di Eropah

Kelemahan dan kejatuhan kerajaan Byzantine

•Institusi Gereja Greek Ortodoks, pada masa itu, tidak lagi menjadi pelindung kepada masyarakat.

•Institusi gereja hampir lumpuh disebabkan terdapat penyalahgunaan kuasa, pergaduhan para pemimpinnya, serta kekurangan kewangan untuk beroperasi sepenuhnya.

•Dalam keadaan begini, ramai Kristian tertarik kepada Islam

Page 8: Penyebaran Islam Di Eropah

Dasar diplomasi dan toleransi oleh Kerajaan Uthmaniyah

•Perluasan kawasan kerajaan Uthmaniyah ke kawasan Balkan tidak bermakna masyarakat Balkan dipaksa menganut agama Islam.

•Kerajaan Islam malah mengiktiraf kedudukan,perundangan dan harta Gereja Ortodoks serta membenarkan institusi tersebut melindungi kepentingan masyarakat kristian di kawasan Balkan.

•Kerajaan Islam tidak campur tangan dalam urusan keagamaan orang Kristian.

Page 9: Penyebaran Islam Di Eropah

Dasar sosial Islam

•Dasar sosial Islam yang berdasarkan kecemerlangan individu dan bukannya keturunan telah menarik minat orang Kristian untuk memeluk agama Islam.

•Berbeza daripada sistem sosial sebelum kedatangan Islam yang menitikberatkan latar belakang keturunan.

•Kerajaan Islam juga membina semula sekolah,rumah sakit dan kawasan perdagangan demi kemudahan rakyat.

•Dasar sosial yang progresif inilah yang telah menjadi tunjang kepada pembentukan masyarakat Islam terutamanya masyarakat bandar.

Page 10: Penyebaran Islam Di Eropah

Penghijrahan orang Turki ke kawasan Balkan dan usaha para pendakwah

•Ramai orang Turki telah berhijrah ke Balkan terutamanya ke kawasan Thrace, Lembah Maritsa, utara Bulgaria, dan Albania pada abad ke 14 dan 15.

•Mereka membina petempatan di kawasan yang didiami kumpulan sufi.

•Pengajaran kumpulan sufi yang banyak menekankan toleransi dan asimilasi dalam ajaran mereka telah menarik ramai orang Kristian yang memeluk Islam.

•Penyebaran islam di kawasan Balkan berterusan hingga ke abad 17 dan 18 apabila Islam turut tersebar ke kawasan utara Albania, Montenegro dan Selatan-Barat Macedonia serta Crete.

Page 11: Penyebaran Islam Di Eropah