cadangan pbd_kkp

8
PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU [EDU3043] dyan 5.0 CADANGAN Siapa yang tidak mau menjadi guru yang disukai pelajar. Semua guru sangat mengharapkan ini. Tapi tahukah anda bahwa semakin minta disukai pelajar semakin jauh kita dari kriteria guru yang layak disukai pelajar? jika disukai pelajar menjadi tujuan kita sebagai guru tidak ada yang namanya profesionalisme lagi, yang ada hanyalah menuruti apa yang murid mahu dan inginkan, bahkan bila yang diinginkan sudah keluar daripada kegiatan belajar dan mengajar. Bakal-bakal guru yang akan di hantar ke mana-mana tempat di Malaysia ini seharusnya mengetahui ciri-ciri guru yang efektif agar proses penyerapan ilmu dapat dilaksanakan dengan berkesan. Umum mengetahui bahawa Falsafah Pendidikan Guru (FPG) digubal bertujuan untuk membentuk guru yang berkualiti selaras dengan objektif pendidikan kebangsaan sekaligus menjadi panduan bagi merealisasikan FPK. Berlandaskan kepada FPK, FPG yang dinyatakan berikut akan menentukan arah haluan asas dan sumber inspirasi kepada matlamat dan pendidikan guru, iaitu: Pada pendapat saya, sekiranya semua guru berpegang teguh kepada semua prinsip yang terkandung dalam falsafah ini, nescaya guru-guru yang efektif dan disukai semua murid akan dapat dilahirkan. Menurut Syed Ismail Syed Mustafa dan Ahmad Subki Miskon Halaman |18 Guru yang bepekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu

Upload: rosdianah-rasit

Post on 14-Nov-2015

231 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

rujukan

TRANSCRIPT

ENGLISH LANGUAGE (ACADEMIC)

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU [EDU3043]dyan

5.0 CADANGANSiapa yang tidak mau menjadi guru yang disukai pelajar. Semua guru sangat mengharapkan ini. Tapi tahukah anda bahwa semakin minta disukai pelajar semakin jauh kita dari kriteria guru yang layak disukai pelajar? jika disukai pelajar menjadi tujuan kita sebagai guru tidak ada yang namanya profesionalisme lagi, yang ada hanyalah menuruti apa yang murid mahu dan inginkan, bahkan bila yang diinginkan sudah keluar daripada kegiatan belajar dan mengajar.

Bakal-bakal guru yang akan di hantar ke mana-mana tempat di Malaysia ini seharusnya mengetahui ciri-ciri guru yang efektif agar proses penyerapan ilmu dapat dilaksanakan dengan berkesan. Umum mengetahui bahawa Falsafah Pendidikan Guru (FPG) digubal bertujuan untuk membentuk guru yang berkualiti selaras dengan objektif pendidikan kebangsaan sekaligus menjadi panduan bagi merealisasikan FPK. Berlandaskan kepada FPK, FPG yang dinyatakan berikut akan menentukan arah haluan asas dan sumber inspirasi kepada matlamat dan pendidikan guru, iaitu:

Pada pendapat saya, sekiranya semua guru berpegang teguh kepada semua prinsip yang terkandung dalam falsafah ini, nescaya guru-guru yang efektif dan disukai semua murid akan dapat dilahirkan. Menurut Syed Ismail Syed Mustafa dan Ahmad Subki Miskon (2005), kandungan, hasrat dan cita-cita yang dinyatakan dalam FPK dan FPG akan memberikan kesan kepada peranan guru. Peranan guru yang utama ialah mendidik dan memberikan ilmu pengetahuan kepada murid-murid. Guru haruslah menghayati kedua-dua falsafah tersebut iaitu FPK dan FPG kerana guru memainkan peranan penting dalam merealisasikan matlamat FPK dan misi membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia serta menjadikannya sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di serantau.Guru yang disukai pelajarnya adalah guru yang berjaya membawa wataknya sebagai pendidik itu berjaya dan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan adalah menarik serta mampu memberikan tindakan yang positif kepada ank-anak didiknya. Namun guru yang tidak disukai oleh pelajarnya adalah gagal dalam embawa wataknya sebagai pendidik hal ini juga akan menjejaskan nilai keguruaan itu sendiri. Oleh itu bagi mendapatkan seorang guru yang disukai dan efektif yang pertama ialah guru harus mengutamakan daya pengeluaran tinggi dalam bidang kerjayanya. Cadangan keduanya ialah guru haruslah sentiasa mengikut perkembangan dan peredaran masa, ketiga ialah memahami perkembangan teknologi cadangan keempat ialah guru harus mempunyai sifat berani dan mahu mencuba idea baru dan inovatif.

Cadangan yang pertama saya untuk menjadi seorang guru yang disukai dan efektif ialah guru seharusnya mengutamakan daya pengeluaran tinggi dalam bidang kerjayanya. Yazid Abdul Manap (2001) menggariskan beberapastrategi yang telah diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha mereka memartabatkan profesion di samping menjadikanguru-guru disekolah lebih effisien dalam pengajaran. Manakala Wan Zahid (1996) menyarankan bahawa untuk membentuk persekitaran kerja yang baik, guru perlulah meningkatkan pengetahuan dan memperbaiki kemahiran mereka. Dengan kepakaran dan kelayakan yang tinggi guru-guru akan dilihat sebagai lebih berkemampuan dalam memberi sumbangan terhadap pembentukan persekitaran yang sesuai dan kondusif.

Tugas, tanggungjawab dan peranan guru pada masa ini bukan sahaja berbezaberbanding dahulu malahan lebih berat serta kompleks. Ini adalah akibat daripada perkembangan dan kemajuan pendidikan negara yang pesat. Guru harus menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa nanti.Perubahan pendidikan Malaysia yang pesat, khasnya perlaksanaan reformasi pendidikan dalam dekad 80-an hingga kini dengan pengenalan program KBSR, KBSM dan KSSR, memerlukan guru pula merefomasikan diri ke arah pandangan, sikap dan daya usaha melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajaryang canggih demi mempertingkatkan keupayaan dan prestasinya dalam bidang kerja yang kian mencabar.

Tugas dan kerja guru hari ini tidak sama dengan masa-masa yang lalu ekoran daripada reformasi pendidikan yang dilancarkan. Peranan guru pada masa ini lebih ditumpukan kepada menjadi seorang pembimbing, fasilitator dan pemberi perangsang dalam bilik darjah. Guru masa dahulu menumpukan masanya untuk menyedarkan masyarakat betapa mundurnya mereka dan usaha untuk berpadu tenaga mereka untuk memajukan diri sendiri sentiasa dipandang beratoleh guru-guru.

Guru yang berpengetahuan perlu serba tahu dengan menambah pembacaan untuk peningkatan ilmu serta dapat membawa isu-isu semasa untuk dibincang dan mencari penyelesaian. Isu-isu semasa berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti, ekonomi dan sebagainya. Guru yang berpengetahuan dapat melahirkan generasi anak didik yang cemerlang di kemudian hari. Dalam perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion perguruan perlu menyediakan diri dengan amalan nilai murni dan akhlak yang terpuji. Dalam kurikulum pendidikan ditegaskan nilai-nilai murni yang perlu diserapkan kepada pelajar dalam pengajaran. Penerapan nilai murni ini penting untuk menyediakan para pelajar menjadi warga yang berguna kepada bangsa dan negara.

Berikutan hal ini, guru harus sentiasa berusaha membawa perubahan dan penyesuaian demimempertingkatkan prestasi dan memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi dalam bidang profesion mereka. Usaha ini boleh dilaksanakan dengan menguasai beberapa kaedah asas seperti menjalankan kajian terhadap keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka di bilik darjah, menggunakan teknik refleksi dan menguasaikemahiran penilaian kendiri untuk mempertingkatkan kemahiran pembelajaran dalam bilik darjah mampu melahirkan guru yang disukai dan guru yang efektif.Berikutnya ialah cadangan kedua di mana guru haruslah sentiasa mengikut perkembangan dan peredaran masa hal ini kerana peranan guru pada hari ini amat mencabar kerana perlu mengikuti peredaran zaman dalam menyampaikan maklumat kepada pelajar. Guru harus mengejar dua kali ganda lebih pantas dari ada lebih-lebih lagi dengan kepesatan teknologi yang berkembang. Ini kerana semua permarkahan telah melibatkan sistem internet yang mewajibkan semua guru mengetahui bidang teknologi ini. Ini adalah satu permulaan ke arah pembelajaran berintegriti tinggi.

Salah satu cara untuk mendekatkan diri dengan murid adalah mengetahui trend semasa yang begitu pantas berubah. Guru haruslah melengkapi diri dengan perubahan semasa yang pesat ini lebih-lebih lagi dengan minat murid yang boleh mendatangkan manfaat bagi mereka. Walaupun trend sekarang yang lebih menjauhi buku dan mendekati ICT, guru boleh mengubah minat murid dengan mendekati murid kepada membaca dengan kaedah membaca novel di internet ataupun artikel-artikel yang disuruh sebagai kerja rumah. Ini sama seperti membaca buku akan tetapi mendekatkan diri dengan peredaran masa.

Selain itu, dengan melengkapi diri dengan ilmu pelbagai, guru menjadi serba guna dalam segala hal. Murid akan lebih menghormati dan mempercayai guru masih tempat untuk pertanyaan walaupun sumber internet lebih meluas. Perederan masa dan zaman yang berubah-ubah membuatkan guru mudah stress, akan tetapi ini cabaran profesyen perguruan untuk mendidik anak bangsa alam 2012 ini. Kita dapat melihat walaupun perkembangan yang pesat ini banyak dalam memusnahkan pemikiran pelajar dengan pelbagai cara, akan tetapi, kita sebagai guru menggunakan kuasa menarik mereka supaya banyak lagi cara dan langkah serta kaedah yang dapat membuka minda mereka dan memupuk nilai-nilai tradisi seperti mendekatkan mereka dengan sejarah lama dan memberi mereka sendiri peluang merasa keadaan zaman susah kita. contoh terbaik seperti pemakaian. Wujudkan hari memakai sarung, batik atau kain pelekat di sekolah supaya mereka menghargai tradisional rakyat Malaysia. Jangan guru mengaku kalah dengan zaman, jangan guru mundur dan tersekat dengan kemajuan. Jadikan ia sebagai cabaran dalam pendidikan.Seterusnya cadangan yang ketiga ialah memahami perkembangan teknologi ini kerana bidang perguruan sentiasa berkembang dan berubah sejajar dengan perubahan zaman. Perkembangan global dengan teknologi telekomunikasi dan internet menuntut banyak cabaran kepada pendidik untuk mencapai negara. Para guru mesti bersikap proaktif dan terangsang dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih ini. Ilmu ICT mesti terlebih dahulu dapat dikuasai oleh para pendidik sebagai golongan yang akan menyebar-luaskan kepada murid.

Guru juga perlu melengkapkan diri dengan kemahiran terkini bagi menyempurnakan penubuhan sekolah bestari yang berteraskan penggunaan komputer sebagai satu bentuk kurikulum wawasan negara Malaysia untuk menjadikan negara maju menjelang 2020. Guru juga harus memperlengkapkan diri secara global kerana dalam era teknologi maklumat masa kini masyarakat terpaksa berdepan dengan pelbagai peralatan elektronik dalam kehidupan harian sebagai cara hidup moden. Pembestarian sekolah seperti projek Sekolah Bestari danSchoolNet,hendaklah dihargai oleh guru dengan menggunakan segala kemudahan semaksima mungkin.

Guru sekarang telah ditugaskan dengan pelbagai kerja. Salah satunya ialah pengetahuan luas dalam memberi didikan berikutan kea rah kemajuan teknologi Negara. Seperti yang kita tahu penggunaan teknologi maklumat juga bergantung kepada keterbukaan warga pendidik menerima teknologi maklumat dalam elemen pengajaran dan pembelajaran yang dirancang sendiri oleh mereka. Secara keseluruhannya, kita ketahui ramai yang sudah mahir dan ketahui cara dan penggunaan teknologi maklumat ini. Bilangan guru yang mempunyai akses ke internet juga sudah semakin bertambah malahan mereka telah menganggap teknologi maklumat sesuatu yang perlu untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Perkembangan pesat dalam penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan merupakan satu jalan yang cerah untuk menjayakan pendidikan bertaraf dunia.

Guru haruslah beringat bahawa teknologi hanyalah sekadar alat, alat bantuan kita. Ianya hanya bantuan untuk memudahkan kita dalam pengajaran dan pembelajaran malah pengurusan. Walaupun tinggi kebaikkan teknologi ini, jangan kita hanyut dan tidak pedulikkan pengajaran tradisional yang lebih menekankan kepada nilai.

Akhir sekali ialah guru seharusnya mempunyai sifat berani dan mahu mencuba idea baru dan inovatif ini kerana keberkesanan guru yang mengajar di bilik darjah pula tidak akan tercapai dengan baik tanpa sokongan alat dan bahan bantu mengajar yang kreatif, cantik dan menarik. Bahan bantu mengajar itu pula perlu diinovasikan (Kamus Dewan 1989: 455) menjelaskan inovasibermaksud memperkenalkan sesuatu yang baru atau memperbaharui sesuatu yang telah sedia ada dengan diberi wajah baru). Oleh itu, alat dan bahan batu mengajar disekolah juga tidak mencukupi tanpa sokongan daripada pihak kerajaan.

Justeru itu, guru perlu kreatif dan inovatif dalam mempelbagaikan teknik dan kaedah pengajaran. Antara kaedah yang berkesan ialah melalui penggunaan bahan multimedia di dalam pengajaran seperti penggunaan Microsoft power point, klip video, peta minda dan internet. Berdasarkan pengalaman penulis sendiri, slaid power point telah menjadikan pengajaran lebih menarik dengan memasukkan pelbagai grafik yang berkesan disamping penggunaan muzik sebagai latar belakang telah meningkatkan kefahaman pelajar terhadap sesuatu topik.

Selain itu, guru harus berani untuk mencuba apa-apa cara tradisional atau masa kini untuk menarik perhatian murid dalam pelajaran. Spontan, lantang dan berani adalah perkara yang wajib disematkan di dalam diri seorang guru. Lakonan yang menjadi hiburan serta membuat murid lebih memahami apa yang guru ingin sampaikan. Keberanian ini bukan semua orang dapat menakluki, akan tetapi jika kita mencintai profesyen ini, kita akan bersungguh dalam segala usaha. Inovasi penggunaan cara lama dan cara baru ataupun menggabungkan kedua-duanya sekali pasti akan membuat murid terhibur dan mencurik perhatian mereka.

Kesimpulannya, pengajaran dan pembelajaran secara efektif telah berjaya menjadikan mata pelajaran ini lebih menarik, memberi motivasi, mampu meningkatkan kefahaman murid dan guru akan lebih disukai ini kerana hasil pembelajaran yang digunakan adalah pelbagai dan berlaianan.Guru yang bepekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Halaman |18