cabaran jabatan kebudayaan, kesenian dan … bte minhad(24 pages).pdf · borang pengesahan status...

24
i CABARAN JABATAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN NEGERI SELANGOR (JKKWNS) DALAM MENJADIKAN MUZIK KERONCONG SEBAGAI IDENTITI NEGERI SELANGOR AZIANA BTE MINHAD Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dan Kreatif ( Pengurusan Seni ) Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2007

Upload: truongtuyen

Post on 06-Feb-2018

240 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: CABARAN JABATAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN … BTE MINHAD(24 pages).pdf · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / LAPORAN JUDUL : CABARAN JABATAN KEBUDAYAAN, ... program Tunas Budaya, apresiasi

i

CABARAN JABATAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN NEGERI

SELANGOR (JKKWNS) DALAM MENJADIKAN MUZIK KERONCONG

SEBAGAI IDENTITI NEGERI SELANGOR

AZIANA BTE MINHAD

Projek ini merupakan salah satu keperluan

untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dan Kreatif

( Pengurusan Seni )

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2007

Page 2: CABARAN JABATAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN … BTE MINHAD(24 pages).pdf · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / LAPORAN JUDUL : CABARAN JABATAN KEBUDAYAAN, ... program Tunas Budaya, apresiasi

ii

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / LAPORAN

JUDUL : CABARAN JABATAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN NEGERI

SELANGOR (JKKWNS) DALAM MENJADIKAN MUZIK KERONCONG

SEBAGAI IDENTITI NEGERI SELANGOR.

SESI PENGAJIAN : 2004/2007

Saya : AZIANA BTE MINHAD

Mengaku membenarkan tesis/Laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik,

Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis / Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak

2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat

salinan untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat

pendijitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan

4. Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat

salinan tesis / laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi

5. *sila tanda

___________________ Disahkan

Tandatangan Penulis

Tarikh :

____________________

Alamat Tetap: Tandatangan Penyelia

A-152, Jalan Anggerik,Felda Ulu Tebrau Tarikh :

81810 Ulu Tiram, Johor.

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan

atau kepentingan seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972)

(Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan

oleh Organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

Catatan: * Tesis/Laporan dimaksudkan sebagai tesis Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda

* Jika Tesis/Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/

organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/laporan ini perlu dikelaskan

sebagai SULIT atau TERHAD

Page 3: CABARAN JABATAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN … BTE MINHAD(24 pages).pdf · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / LAPORAN JUDUL : CABARAN JABATAN KEBUDAYAAN, ... program Tunas Budaya, apresiasi

iii

Projek bertajuk ’Cabaran Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri

Selangor (JKKWNS) Dalam Menjadikan Muzik Keroncong Sebagai Identiti Negeri

Selangor’ telah disediakan oleh Aziana Bte Minhad dan telah diserahkan kepada

Fakulti seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Seni

Gunaan dan Kreatif dengan Kepujian ( Pengurusan Seni ).

Diterima untuk diperiksa oleh

:

________________________

(Cik Karen Audrey Samy)

Tarikh:

_______________

Page 4: CABARAN JABATAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN … BTE MINHAD(24 pages).pdf · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / LAPORAN JUDUL : CABARAN JABATAN KEBUDAYAAN, ... program Tunas Budaya, apresiasi

iv

PENGHARGAAN

Bismi’ Ilahi’r Rahmani’r Rahim

( Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang )

Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia-NYA, saya dapat

menyempurnakan penulisan ilmiah ini. Jutaan terima kasih kepada ahli keluarga

terutamanya ibu bapa saya Minhad Bin Saru dan Saijah Bte Samit kerana telah banyak

berkorban dan mambantu. Doa restu mereka telah banyak membantu saya dalam

menjayakan Projek Tahun Akhir ini.

Buat rakan-rakan seperjuangan, terima kasih yang tidak terhingga kerana

membantu saya menghadapi pelbagai halangan semasa menyiapkan Projek Tahun Akhir

ini. Segala sokongan, kata-kata semangat akan dikenang hingga akhir nanti.. Buat Cik

Karen Audrey Samy, saya amat terhutang budi dengan segala tunjuk ajar, kesabaran dan

bimbingan yang diberikan. Tidak lupa juga buat semua pensyarah program Pengurusan

Seni yang tidak jemu-jemu menegur dan menyokong saya. Tanpa kalian mungkin Projek

Tahun Akhir ini tidak mampu disempurnakan.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada En. Ku Shahril Azli, En. Awaludin,

Dr.Ariff Ahmad, Pn. Rokiah sekeluarga, kakitangan di Jabatan Kebudayaan, Kesenian

dan Warisan Negeri Selangor dan Majlis Kebudayaan Selangor serta sesiapa saja yang

telah membantu saya sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam memberikan

segala maklumat yang diperlukan. Moga segala usaha yang dilakukan diberkati dan

dirahmati oleh-NYA.

Sekian, Wassalam.

Page 5: CABARAN JABATAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN … BTE MINHAD(24 pages).pdf · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / LAPORAN JUDUL : CABARAN JABATAN KEBUDAYAAN, ... program Tunas Budaya, apresiasi

v

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

Tajuk i

Pengesahan ii

Pengesahan Penyelia iii

Penghargaan iv

Isi Kandungan v-viii

Abstrak ix

Abstract x

Bab 1 Pengenalan

1.1 Pengenalan 1-7

1.2 Definisi 8-17

1.3 Objektif 18-19

1.4 Hipotesis 20

1.5 Skop kajian 21-22

1.6 Permasalahan kajian 23-25

1.7 Kepentingan kajian 26-27

Rumusan 28

Page 6: CABARAN JABATAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN … BTE MINHAD(24 pages).pdf · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / LAPORAN JUDUL : CABARAN JABATAN KEBUDAYAAN, ... program Tunas Budaya, apresiasi

vi

Bab 2 Sorotan Kesusasteraan

2.1 Kaitan dengan sejarah muzik 29-34

keroncong

2.2 Keroncong Identiti Negeri Selangor 35-36

2.3 How to use qualitative methods in 36-37

evaluation

Rumusan 38

Bab 3 Metodologi Kajian

3.1 Pengenalan 39

3.2 Lokasi kajian 40-41

3.3 Sumber data 42-46

3.3.1 Data primer

3.3.2 Data sekunder

3.4 Populasi 47-49

3.5 Persampelan 49

3.6 Instrumen kajian 50

3.7 Limitasi kajian 51

3.8 Rumusan dan kesimpulan 52

Page 7: CABARAN JABATAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN … BTE MINHAD(24 pages).pdf · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / LAPORAN JUDUL : CABARAN JABATAN KEBUDAYAAN, ... program Tunas Budaya, apresiasi

vii

Bab 4 Analisa Data dan Dapatan Kajian

4.1 Pengenalan 53

4.2 Penganalisaan data 53

4.2.1 Borang soal selidik 54-67

4.2.2 Temuramah 68-70

4.3 Kesimpulam 71

Bab 5 Cadangan dan Rumusan Kajian

5.1 Pengenalan 72

5.2 Rumusan 73-75

5.3 Cadangan 76-78

5.4 Cadangan untuk pengkaji 79-80

akan datang

5.5 Kesimpulan 81-82

BIBLIOGRAFI 83

Page 8: CABARAN JABATAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN … BTE MINHAD(24 pages).pdf · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / LAPORAN JUDUL : CABARAN JABATAN KEBUDAYAAN, ... program Tunas Budaya, apresiasi

viii

Apendiks A

Lampiran 1

Lampiran 2

Lampiran 3

Lampiran 4

Lampiran 5

Lampiran 6

Page 9: CABARAN JABATAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN … BTE MINHAD(24 pages).pdf · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / LAPORAN JUDUL : CABARAN JABATAN KEBUDAYAAN, ... program Tunas Budaya, apresiasi

ix

ABSTRAK

AZIANA BTE MINHAD

Muzik keroncong datang ke Malaysia melalui penghijrahan orang-orang dari

Pulau Jawa, Indonesia. Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan,

Kesenian dan Warisan Negeri Selangor ( JKKWNS ) telah mengadakan pelbagai kaedah

pelaksanaan seperti pertandingan, seminar, bengkel, kursus dan lain-lain untuk

mengangkat muzik keroncong ini sebagai identiti negeri tersebut. Kajian ini akan melihat

keberkesanan kaedah pelaksanaan yang dijalankan oleh JKKWNS dalam mengangkat

muzik keroncong ini sebagai identiti Negeri Selangor.

Page 10: CABARAN JABATAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN … BTE MINHAD(24 pages).pdf · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / LAPORAN JUDUL : CABARAN JABATAN KEBUDAYAAN, ... program Tunas Budaya, apresiasi

x

ABSTRACT

AZIANA BTE MINHAD

Keroncong was introduced to Malaysia by immigrants from Pulau Jawa,

Indonesia. Selangor State Government and The Departmental of Culture, Arts and

Heritage of Selangor (JKKWNS) have organized many activities like singing

competitions, seminars and courses to promote keroncong music as a part of Selangor

state’s identity. This research aims to see how effective this planning is to make

keroncong a part of Selangor’s identity.

Page 11: CABARAN JABATAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN … BTE MINHAD(24 pages).pdf · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / LAPORAN JUDUL : CABARAN JABATAN KEBUDAYAAN, ... program Tunas Budaya, apresiasi

1

Bab 1

Pengenalan

1.1 Pengenalan

1.1.1 Sejarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Selangor

Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Selangor

(JKKWNS) ditubuhkan pada bulan Mac 1993. Jabatan ini berada di zon

tengah yang terletak di bawah naungan langsung Ibu Pejabat Kementerian

Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia (kini Kementerian

Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia atau KeKKWa ).

JKKWNS merupakan teraju atau pun tunggak utama dalam

pembentukan kebudayaan, kesenian dan warisan di negeri Selangor. Pelbagai

usaha menyeluruh dilakukan bagi membentuk dan mewujudkan masyarakat

yang cintakan kebudayaan dan kesenian. Peranan yang dimainkan oleh

JKKWNS ini amat penting kerana telah menyumbang kepada pembentukan

bangsa bagi mewujudkan negara yang cemerlang, terbilang dan gemilang.

JKKWNS sentiasa mempertingkatkan penglibatan masyarakat dalam setiap

aktiviti yang diadakannya.

Page 12: CABARAN JABATAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN … BTE MINHAD(24 pages).pdf · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / LAPORAN JUDUL : CABARAN JABATAN KEBUDAYAAN, ... program Tunas Budaya, apresiasi

2

1.1.2 Piagam pelanggan Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri

Selangor ( JKKWNS )

Menurut Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan

Negeri Selangor (JKKWNS), En. Othman Bin Ahmad, piagam pelanggan

ini telah mengikut polisi dari Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan

Warisan Malaysia (KeKKWa). Antara piagam pelanggan tersebut ialah

mempertingkatkan kegiatan seni dan budaya bagi menggalakkan

penglibatan dan penghayatan masyarakat terhadap kebudayaan kebangsaan,

bersama meningkatkan kegiatan pelancongan bagi menggalakkan

penglibatan dan penghayatan masyarakat terhadap industri pelancongan

negara, menghasilkan karya-karya seni yang bermutu tinggi dengan

mengutamakan ciri-ciri keperibadian kebangsaan serta menggalakkan

penyediaan prasarana kebudayaan dan kesenian yang bermutu tinggi bagi

kemudahan masyarakat.

Page 13: CABARAN JABATAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN … BTE MINHAD(24 pages).pdf · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / LAPORAN JUDUL : CABARAN JABATAN KEBUDAYAAN, ... program Tunas Budaya, apresiasi

3

1.1.3 Matlamat / wawasan

Program kebudayaan tertumpu kepada pembangunan kebudayaan

dan kesenian, pemeliharaan dan pemuliharaan warisan serta kecemerlangan

dan pembangunan seni tampak. Program kebudayaan yang dianjurkan

bertujuan untuk menggalakkan dan memperkenalkan seni budaya kepada

masyarakat.

Tema JKKWNS ialah untuk membentuk suatu masyarakat yang

matang dan berbudaya dalam usaha menyekat penyebaran unsur negatif

serta membendung kemasukan budaya asing.

Selain itu, En. Othman juga menyatakan bahawa JKKWNS

mempunyai matlamat dalam menjalankan segala aktiviti seni, budaya dan

warisan. Matlamat tersebut ialah bertanggungjawab kepada KeKKWa dalam

melaksanakan objektif kementerian untuk mempergiatkan aktiviti kesenian

dan kebudayaan pada peringkat negeri. JKKWNS juga membantu

meningkatkan galakan terhadap penglibatan dan penghayatan masyarakat

terhadap kebudayaan kebangsaan. JKKWNS juga berperanan

mengembangkan warisan kebudayaan dan kesenian melalui projek-projek di

bawah pengukuhan dasar, bimbingan seni, pendidikan seni serta

pemuliharaan dan pengembangan seni.

Page 14: CABARAN JABATAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN … BTE MINHAD(24 pages).pdf · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / LAPORAN JUDUL : CABARAN JABATAN KEBUDAYAAN, ... program Tunas Budaya, apresiasi

4

JKKWNS turut meningkatkan dan mengukuhkan kepimpinan

budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat juga sebagai

pendokong dan penggerak seni dan budaya. JKKWNS juga berusaha untuk

mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah mencapai kesedaran

kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia. Selain itu, JKKWNS

membantu dlaam memberi khidmat nasihat yang berkenaan kebudayaan dan

kesenian kepada Kerajaan Negeri Selangor, kerajaan tempatan, pihak

swasta, badan bukan kerajaan ( NGO ) dan orang perseorangan.

1.1.4 Aktiviti / kegiatan JKKWNS

Pelbagai aktiviti telah diatur oleh JKKWNS sama ada aktiviti

tetap oleh KeKKWa atau perancangan sendiri. Aktiviti tersebut dibahagikan

kepada aktiviti pengembangan kesenian, pengembangan budaya,

pemuliharaan dan penyelidikan, dokumentasi dan penerbitan dan

mengadakan aktiviti bersama jabatan lain. Antara aktiviti yang dijalankan

tersebut ialah festival tarian, festival teater, festival teater kanak-kanak,

program Tunas Budaya, apresiasi muzik tradisional dan puisi, kelab

kesenian sekolah, kumpulan kesenian negeri Selangor, penganjuran bicara

budaya, mengadakan pertemuan dengan NGO budaya di Selangor serta

mengadakan Jalinan Citra Budaya dengan negeri lain.

Page 15: CABARAN JABATAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN … BTE MINHAD(24 pages).pdf · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / LAPORAN JUDUL : CABARAN JABATAN KEBUDAYAAN, ... program Tunas Budaya, apresiasi

5

1.1.5 Usaha Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Selangor

(JKKWNS) dalam mengangkat muzik keroncong sebagai identiti negeri

Selangor

Usaha mengangkat muzik keroncong ini merupakan antara aktiviti

yang dikendalikan oleh JKKWNS. Usaha ini bermula apabila pihak kerajaan

negeri mula menyedari bahawa muzik ini mula mendapat tempat dalam

kalangan masyarakat. Rasionalnya muzik keroncong ini menjadi identiti

negeri Selangor kerana terdapat ramai penyumbang dan peminat yang

berterusan ke arah kegiatan keroncong di Selangor. Khairul Anuar ( 1999 )

menyenaraikan tokoh-tokoh pemimpin kumpulan dan penyanyi keroncong

di Selangor seperti Allahyarham Sudar Mohamad, Idris Salam, Zailan

Kamarudin, Jamaluddin Alias, Johar Bahar dan ramai lagi. Kumpulan-

kumpulan muzik pula Kumpulan Orkes Fajar Baru, Kumpulan Bunga

Mawar, Kumpulan Orkes Meru dan sebagainya.

Keroncong mempunyai keistimewaannya tersendiri. Alunan

muziknya yang lembut dan mendayu, seni katanya yang puitis juga

kepakaran penyanyinya melenggokkan lagu tersebut telah memikat jiwa

ramai pendengar. Muzik keroncong ini sangat sesuai dengan individu yang

berjiwa lembut, tenang dan inginkan sesuatu yang mendamaikan. Muziknya

tidak bercelaru kerana setiap alat muziknya memainkan peranan tersendiri.

Page 16: CABARAN JABATAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN … BTE MINHAD(24 pages).pdf · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / LAPORAN JUDUL : CABARAN JABATAN KEBUDAYAAN, ... program Tunas Budaya, apresiasi

6

Di situlah terletak keistimewaan keroncong yang mempunyai

peminatnya yang tersendiri. Di atas keistimewaan inilah JKKWNS dengan

sokongan dari Kerajaan Negeri Selangor mahu mengangkat muzik

keroncong ini sebagai identiti kepada negeri Selangor. Kerajaan negeri mahu

keroncong dikenali di Selangor seperti mana ghazal dikenali di Johor,

dondang sayang dikenali di Melaka dan sebagainya. Selama ini Selangor

tidak mempunyai identiti muziknya sendiri. Oleh itu kerajaan negeri dengan

usaha oleh JKKWNS mahu menjadikan muzik keroncong sebagai identiti

muzik mereka. Sokongan turut diperolehi dari kumpulan-kumpulan muzik,

aktivis seni dan peminat muzik itu sendiri.

JKKWNS telah mengadakan pelbagai pelaksanaan untuk

mengangkat muzik keroncong ini. Pelaksanaan tersebut ialah penganjuran

pertandingan dan festival, persembahan keroncong, kursus muzik, seminar,

bengkel, penerbitan album dan sebagainya. Pelaksanaan ini dapat dilihat

melalui Pertandingan Bintang Keroncong Remaja / Kumpulan peringkat

daerah, Festival Keroncong Selangor, Bengkel Seni Muzik keroncong UKM

2006, album Lagu-lagu Keroncong Selangor dan banyak lagi.

Page 17: CABARAN JABATAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN … BTE MINHAD(24 pages).pdf · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / LAPORAN JUDUL : CABARAN JABATAN KEBUDAYAAN, ... program Tunas Budaya, apresiasi

7

Seawal tahun 1997, Pertandingan Akhir Keroncong peringkat

Negeri Selangor telah diadakan . Pada tahun 1998 dan 1999 pula

penganjuran Malam Perdana keroncong diadakan sempena Pelancaran

Bulan Kebudayaan dan Pelancongan Selangor. Universiti Kebangsaan

Malaysia (UKM) merupakan institusi pengajian tinggi yang aktif

menganjurkan pelbagai seminar dan bengkel berkaitan muzik keroncong

kepada masyarakat. Pihak UKM baru-baru ini telah mengadakan Bengkel

Seni Muzik Keroncong UKM 2006 pada 6 hingga 8 Mei lalu.

Pihak Kerajaan Negeri Selangor juga telah menerbitkan album

Lagu-lagu Keroncong Selangor bekerjasama dengan Dr. Ariff Ahmad.

Abum tersebut mempunyai 12 buah lagu-lagu keroncong yang diilhamkan

dari latar sejarah dan keindahan negeri Selangor. Pada bulan Febuari 2007

pula, Festival Bintang Keroncong Remaja Selangor 2006/2007 akan

dianjurkan sebagai acara kemuncak bagi Pertandingan Akhir Bintang

Keroncong Remaja peringkat daerah/negeri Selangor. Pada waktu itu juga

akan berlangsung majlis pelancaran muzik keroncong sebagai muzik yang

melambangkan identiti negeri Selangor.

Page 18: CABARAN JABATAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN … BTE MINHAD(24 pages).pdf · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / LAPORAN JUDUL : CABARAN JABATAN KEBUDAYAAN, ... program Tunas Budaya, apresiasi

8

1.2 Definisi

1.2.1 Sejarah muzik keroncong

Menurut Ariff Ahmad ( 2001 ) terhadap sejarah kedatangan muzik

keroncong “...ada pendapat mengatakan muzik keroncong dibawa oleh

orang Portugis pada zaman mereka berkuasa di Asia Tenggara..”. Ariff

Ahmad juga menyatakan, pendapat ini dibuat kerana terdapat ramai orang

berketurunan Portugis yang menetap di beberapa daerah di Jakarta yang

sangat gemar akan lagu-lagu berentak keroncong. Oleh itu timbullah

pendapat yang menyatakan bahawa muzik keroncong berasal dari Portugis.

Pendapat ini juga berkaitan dengan penggunaan alat-alat muzik

keroncong yang berasal dari Portugis. Namun Mohd Ghouse Nasuruddin (

1992 ) juga menyatakan bahawa “The Portugese is credited with

introducing the violin and guitar..”. Penyataan tersebut dapat dilihat

dengan penggunaan violin dan gitar sebagai alat muzik penting dalam

memainkan muzik keroncong ini.

Page 19: CABARAN JABATAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN … BTE MINHAD(24 pages).pdf · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / LAPORAN JUDUL : CABARAN JABATAN KEBUDAYAAN, ... program Tunas Budaya, apresiasi

9

Ariff Ahmad juga menyatakan bahawa muzik keroncong ini

terhasil dari gabungan antara alat-alat muzik Barat dengan gamelan.

Bentuk permainan gamelan degung hampir sama dengan permainan muzik

keroncong. Persamaan ini dilihat dari segi peranan alat-alat yang digunakan

dan rentaknya. Terdapat juga aspek seni yang serupa iaitu rentak kedua-dua

muzik itu bercorak sederhana serta lagu-lagunya juga mempunyai bentuk

yang sama. Namun begitu perbezaan terhadap gamelan dan keroncong

ialah dari segi permainan.

Gamelan degung mempunyai cara permainan yang teratur dan

jarang-jarang diubah. Muzik keroncong pula memberi kebebasan kepada

pemain-pemainnya mengikut peredaran masa. Cara permainan atau

gubahan dalam memainkan sesuatu lagu adalah sama antara gamelan

degung dengan keroncong. Masing–masing menggunakan counter-melody

dan improvasi. Manakala permainan rentak asasnya pula didapati ada

counter beat atau syncopation yang digunakan. ( Ariff Ahmad, 2001 )

Page 20: CABARAN JABATAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN … BTE MINHAD(24 pages).pdf · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / LAPORAN JUDUL : CABARAN JABATAN KEBUDAYAAN, ... program Tunas Budaya, apresiasi

10

1.2.2 Seni muzik keroncong di Malaysia

Mohd Ghouse Nasuruddin ( 1992 ) menyatakan bahawa muzik

tradisional Melayu ini menerima pengaruh dari negara jirannya terutama

Indonesia dan Thailand. Imigran Indonesia seperti orang-orang Jawa,

Minangkabau, Acheh, Bugis dan Sumatra telah membawa bersama

sebahagian seni persembahan mereka ke Malaysia. Imigran-imigran ini

tertumpu di bahagian barat Semenanjung Malaysia seperti Johor, Melaka,

Negeri Sembilan dan Selangor. Oleh sebab itulah terdapat ramai penduduk

berketurunan Jawa tinggal di situ. Orang-orang Jawa tersebut membawa

kesenian mereka seperti muzik gamelan, keroncong, wayang kulit, kuda

kepang, barongan, hamdulok dan sebagainya. Ramai penduduk tempatan

telah terpengaruh dan memilih untuk turut serta dalam permainan muzik

orang-orang Jawa tersebut.

Menurut Ariff Ahmad ( 2001 ), sekitar tahun 20-an hingga 50-an

terdapat ramai orang peranakan Baba dan Nyonya terutamanya yang

tinggal di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura berminat dengan muzik

keroncong. Terdapat beberapa kumpulan muzik keroncong yang dianggotai

oleh mereka. Orang peranakan Baba dan Nyonya ini juga mengadakan

persembahan di majlis-majlis tertentu diikuti dengan persembahan tarian

tradisional yang diiringi muzik keroncong.

Page 21: CABARAN JABATAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN … BTE MINHAD(24 pages).pdf · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / LAPORAN JUDUL : CABARAN JABATAN KEBUDAYAAN, ... program Tunas Budaya, apresiasi

11

1.2.3 Definisi cabaran

Cabaran menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga ( 2002 ) ialah

sesuatu unsur atau faktor yang mencabar atau menguji kemampuan dan

ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi. Penggunaan perkataan ini

bersesuaian dengan JKKWNS kerana usaha untuk mengangkat muzik

keroncong ini sebagai identiti Selangor telah berlangsung lama namun

hasilnya masih kurang memberangsangkan. Oleh itu, JKKWNS perlu

mengahadapi cabaran tersebut bagi memastikan usaha mengangkat muzik

keroncong ini mendapat sambutan yang lebih menggalakkan.

1.2.4 Definisi identiti

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga ( 2002 ) identiti pula

membawa maksud sifat-sifat atau ciri-ciri yang terdapat pada seseorang

atau sesuatu secara keseluruhan untuk memperkenalkannya atau

mengasingkannya daripada yang lain. Dalam konteks JKKWNS, muzik

keroncong ini dipilih sebagai identiti kerana mahu Selangor dikenali

melalui muzik tersebut. Pihak JKKWNS dan kerajaan negeri mahukan

Selangor mempunyai identiti agar penduduk dari negeri lain dapat

mengenali negeri tersebut melalui muzik keroncong.

Page 22: CABARAN JABATAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN … BTE MINHAD(24 pages).pdf · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / LAPORAN JUDUL : CABARAN JABATAN KEBUDAYAAN, ... program Tunas Budaya, apresiasi

12

1.2.5 Definisi keroncong

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga ( 2002 ) keroncong

membawa maksud lagu atau irama Melayu ( rentak lama ). Muzik

keroncong merupakan salah satu muzik tradisional masyarakat Melayu.

Negeri Selangor mengangkat muzik keroncong ini kerana terdapat

peminat muzik ini di negeri tersebut dan pengaruhnya dalam masyarakat

Melayu di Selangor

1.2.6 Alat-alat muzik keroncong

Menurut Ariff Ahmad (2001), terdapat tujuh alat muzik

keroncong yang lazim digunakan semasa memainkan muzik keroncong ini. Alat-

alat muzik ini kesemuanya berasal dari Eropah. Berikut merupakan senarai alat-

alat muzik tersebut :

I ) Biola

Peranan biola dalam permainan muzik keroncong adalah sebagai

alat yang membawa melodi. Biola dimainkan secara counter-melody atau

sebagai melodi pengiring. Biola juga digunakan untuk membuka lagu iaitu

memainkan lagu pengenalan mengikut gubahan. Pemain biola perlu

bersefahaman dengan flute bagi mengelakkan percanggahan rentak.

Page 23: CABARAN JABATAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN … BTE MINHAD(24 pages).pdf · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / LAPORAN JUDUL : CABARAN JABATAN KEBUDAYAAN, ... program Tunas Budaya, apresiasi

13

II ) Seruling ( Flute )

Seruling atau flute ini mempunyai peranan yang sama seperti

biola iaitu memainkan melodi juga mengiringi counter-melody serta

memainkan not-not hiasan. Bunyi seruling dapat memberi keasyikan

kepada pendengarnya. Seruling dan biola adakalanya dimainkan secara

bersama untuk membawakan melodi asas tidak kira secara berharmoni

atau secara unison.

III ) Cuk ( Ukelele )

Cuk mempunyai tiga atau empat tali nilon dan larasnya boleh

ditukar mengikut nada lagu yang dimainkan. Cuk dimainkan hanya untuk

mengiringi lagu secara bermain kod dan dipetik secara strumming.

Namun kini cuk dimainkan secara petikan dan arpeggio

IV ) Cak ( mandolin )

Alat cak ini direka seakan-akan bentuk cuk tetapi hanya

menggunakan tiga tali dawai yang berpasangan. Bunyi yang terhasil

adalah lebih nyaring dan tinggi. Cak memainkan kod dengan

menggunakan rentak up-beat.

Page 24: CABARAN JABATAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN … BTE MINHAD(24 pages).pdf · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / LAPORAN JUDUL : CABARAN JABATAN KEBUDAYAAN, ... program Tunas Budaya, apresiasi

14

V) Gitar

Gitar dalam muzik keroncong adalah jenis kotak atau akustik

dengan menggunakan tali dawai untuk tali pertama dan kedua. Tali ketiga

hingga keenam dibuat daripada dawai yang dibalut dengan logam. Gitar

memainkan iringan yang berbentuk counter-melody atau adakalanya

rangkaian not-not yang naik atau menurun.

VI ) Cello

Di dalam muzik keroncong, cello dimainkan secara dipetik. Cello

dimainkan dengan lebih dinamik dan lincah untuk menambahkan ketegasan

rentak. Cello yang dimainkan untuk muzik keroncong telah diubah dengan

hanya menggunakan tiga tali sahaja.

VII) Double Bass

Double bass merupakan alat yang terbesar dalam keluarga biola.

Double bass digunakan dalam permainan muzik klasik dan moden. Talinya

diperbuat daripada dawai dan nilon. Double bass memainkan peranan yang

paling mudah dalam muzik keroncong kerana hanya membantu menekankan

rentak dalam melodi.