cabaran guru dalam profesion perguruan dan … · menghadapi cabaran dalam profesion perguruan dan...

26
CABARAN GURU DALAM PROFESION PERGURUAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEPUASAN KERJA DI KALANGAN GURU- GURU TEKNIKAL DI DUA BUAH SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI PERAK NOORMALA BINTI KAMARODIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: doannhi

Post on 30-May-2019

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: CABARAN GURU DALAM PROFESION PERGURUAN DAN … · menghadapi cabaran dalam profesion perguruan dan tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru teknikal di dua buah Sekolah Menengah

CABARAN GURU DALAM PROFESION PERGURUAN DAN

HUBUNGANNYA DENGAN KEPUASAN KERJA DI KALANGAN GURU-

GURU TEKNIKAL DI DUA BUAH SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI

PERAK

NOORMALA BINTI KAMARODIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: CABARAN GURU DALAM PROFESION PERGURUAN DAN … · menghadapi cabaran dalam profesion perguruan dan tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru teknikal di dua buah Sekolah Menengah
Page 3: CABARAN GURU DALAM PROFESION PERGURUAN DAN … · menghadapi cabaran dalam profesion perguruan dan tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru teknikal di dua buah Sekolah Menengah
Page 4: CABARAN GURU DALAM PROFESION PERGURUAN DAN … · menghadapi cabaran dalam profesion perguruan dan tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru teknikal di dua buah Sekolah Menengah

CABARAN GURU DALAM PROFESION PERGURUAN DAN

HUBUNGANNYA DENGAN KEPUASAN KERJA DI KALANGAN GURU-

GURU TEKNIKAL DI DUA BUAH SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI

PERAK

NOORMALA BINTI KAMARODIN

Laporan Projek Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2007

Page 5: CABARAN GURU DALAM PROFESION PERGURUAN DAN … · menghadapi cabaran dalam profesion perguruan dan tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru teknikal di dua buah Sekolah Menengah
Page 6: CABARAN GURU DALAM PROFESION PERGURUAN DAN … · menghadapi cabaran dalam profesion perguruan dan tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru teknikal di dua buah Sekolah Menengah

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala

pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T Tuhan seluruh alam. Salawat dan salam ke

atas junjungan Nabi Muhamad S.A.W.

Buat suami tercinta,

Zainal Anuar b. Mat Sayuti

Serta anak-anak tersayang,

Izhar Adib b. Zainal Anuar

Muhammad Dinie Adam b. Zainal Anuar

Nur Zurin Aisyah bt. Zainal Anuar

Terima kasih di atas pengorbanan kalian, membenarkan isterimu dan emak

belajar demi masa depan kita bersama. Sesungguhnya kalianlah segalanya.

Buat ayahanda dan bonda yang dikasihi,

Hj. Kamarodin b. Abas & Hjh. Aminah bt. Hj. Jelani

Tiada apa yang dapatku bicarakan, hanya doaku mengiringi setiap detik

perjalanan hidup ini. Harapanmu lebih sedekad yang lalu kini telah ku tunaikan jua.

Buat ayah dan ibu mertuaku,

Hj. Mat Sayuti b. Ahmad & Hjh. Rahimah bt. Ramli

Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasanmu tidak termampu diungkapkan

dengan kata-kata.

Pengorbanan dan keperitan dalam menghadapi dugaan hidup selama ini tetap

menjadi teladan dan kenangan kita sekeluarga. Semoga Allah memberi hidayah dan

membuka pintu RahmatNya.

Page 7: CABARAN GURU DALAM PROFESION PERGURUAN DAN … · menghadapi cabaran dalam profesion perguruan dan tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru teknikal di dua buah Sekolah Menengah

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia dan hidayah-

Nya, saya dapat menyiapkan penyelidikan ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan

terima kasih kepada Penyelia Tn. Hj. Mohd Anuar B. Abdul Rahman di atas segala

tunjuk ajar, bimbingan, teguran dan nasihat yang berterusan sehingga laporan projek

ini berjaya disiapkan.

Terima Kasih diucapkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia,

Bahagian Pendidikan Guru kerana memberikan peluang kepada saya mengikuti

Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) Ambilan 2004/2007.

Rakaman penghargaan juga kepada pihak-pihak yang terlibat iaitu

Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Perak, Pengetua serta

guru-guru di sekolah-sekolah yang terlibat amatlah dihargai.

Penghargaan juga ditujukan kepada semua pensyarah dan kakitangan

akademik Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Tidak lupa juga

kepada rakan-rakan seperjuangan di atas segala dorongan yang diberikan serta

kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung membantu

menjayakan laporan projek penyelidikan ini dan kepada semua insan yang

mendoakan kejayaan dan kebahagian saya.

Page 8: CABARAN GURU DALAM PROFESION PERGURUAN DAN … · menghadapi cabaran dalam profesion perguruan dan tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru teknikal di dua buah Sekolah Menengah

v

ABSTRAK

Kajian deskriptif berbentuk tinjauan ini bertujuan melihat tahap keupayaan

menghadapi cabaran dalam profesion perguruan dan tahap kepuasan kerja dalam

kalangan guru-guru teknikal di dua buah Sekolah Menengah Teknik di negeri Perak.

Selain itu, kajian ini juga bertujuan melihat perhubungan di antara cabaran dalam

profesion perguruan dengan kepuasan kerja guru dan perbezaan kepuasan kerja

berdasarkan jantina. Satu set soal selidik digunakan untuk mengumpulkan data

kajian dan dianalisis dengan bantuan Statistical Packages For Social Sciences (SPSS

versi 11.0 untuk Window). Responden kajian seramai 119 orang guru-guru teknikal.

Hasil kajian rintis menunjukkan nilai kebolehpercayaan item dan nilai alpha yang

diperolehi bagi soal selidik cabaran dalam profesion perguruan adalah 0.94 dan

kepuasan kerja guru adalah 0.75. Dapatan kajian menunjukkan tahap keupayaan

guru menghadapi cabaran dalam profesion perguruan adalah tinggi dan kepuasan

kerja adalah pada tahap sederhana. Ujian korelasi membuktikan bahawa terdapat

hubungan yang signifikan sederhana di antara cabaran dalam profesion perguruan

dengan kepuasan kerja guru. Hasil ujian-t, mendapati tidak terdapat perbezaan yang

signifikan kepuasan kerja berdasarkan jantina guru. Beberapa cadangan telah

dikemukakan di akhir kajian ini.

Page 9: CABARAN GURU DALAM PROFESION PERGURUAN DAN … · menghadapi cabaran dalam profesion perguruan dan tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru teknikal di dua buah Sekolah Menengah

vi

ABSTRACT

The purpose of this descriptive study was to identify the level of ability to

facing the challenges in teaching profession and to identify the level of job

satisfaction among technical teacher’s at two Technical Secondary Schools in Perak.

This study also aimed to examine the correlation between challenges in teaching

profession and the job satisfaction, differences job satisfaction level based on gender.

A set of questionnaire was used to gather all data related to the study and Statistical

Packages For Social Sciences (SPSS versi 11.0 for Windows) was used to analyze

the data. 119 school teacher’s are selected as the respondents of this study. The pilot

study was carried out to determine the realibility of the item. The analysis of

questionnaires realibility showed for teacher’s challenging in their profession was

0.94 and 0.75 for the job satisfaction on the Cronbach’s Alpha scale. The finding

showed that the level of teacher’s ability to facing the challenging in teaching

profession was high and level of job satisfaction was moderate. The result of the

Pearson correlation test showed that there was a significant relationship between the

challenging in teaching profession and job satisfaction at moderate level. However,

the t-test result showed, there was no significant differences between the teacher’s

gender. Several recommendations were suggested from results of this study.

Page 10: CABARAN GURU DALAM PROFESION PERGURUAN DAN … · menghadapi cabaran dalam profesion perguruan dan tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru teknikal di dua buah Sekolah Menengah

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN

JUDUL

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Hipotesis Kajian 9

1.7 Kepentingan Kajian 9

Page 11: CABARAN GURU DALAM PROFESION PERGURUAN DAN … · menghadapi cabaran dalam profesion perguruan dan tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru teknikal di dua buah Sekolah Menengah

viii

1.8 Skop dan Batasan Kajian 10

1.9 Definasi Kajian 11

1.10 Penutup 15

2 SOROTAN KAJIAN 16

2.1 Pengenalan 16

2.2 Tanggungjawab dan Peranan Guru 16

2.3 Cabaran-Cabaran Guru

2.3.1 Berkemahiran Sebagai Seorang

Pendidik

2.3.2 Meningkatkan Kepekaan Terhadap

Kehendak Dan Keperluan

Masyarakat Masa Kini

2.3.3 Menggalakkan Sikap Proaktif Di

Kalangan Guru (Tugas)

2.3.4 Berkesedaran Untuk Sentiasa

Mengemaskinikan Ilmu

Pengetahuan

18

20

22

25

28

2.4 Kepuasan Kerja Guru 32

2.5 Dapatan dari Kajian-Kajian Lepas 33

2.6 Penutup 35

3 METODOLOGI KAJIAN 36

3.1 Pengenalan 36

3.2 Rekabentuk Kajian 36

3.3 Lokasi Kajian 37

3.4 Populasi Kajian 37

3.5 Instrumen Kajian 38

Page 12: CABARAN GURU DALAM PROFESION PERGURUAN DAN … · menghadapi cabaran dalam profesion perguruan dan tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru teknikal di dua buah Sekolah Menengah

ix

3.6 Kajian Rintis 40

3.7 Prosedur Mengumpul Data Kajian 41

3.8 Analisis Data 42

3.9 Penutup 46

4 ANALISIS DATA 47

4.1 Pengenalan 47

4.2 Analisis Latar Belakang Responden 47

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 48

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 48

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Umur 49

4.2.4 Taburan Responden Mengikut Jawatan

Yang Disandang

50

4.2.5 Taburan Responden Mengikut

Pengalaman Mengajar

50

4.3 Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian Dan

Hipotesis Kajian

51

4.3.1 Tahap Keupayaan Guru Menghadapi

Cabaran Dalam Profesion Perguruan

51

4.3.2 Tahap Kepuasan Kerja Guru 59

4.3.3 Hubungan Cabaran Dalam Profesion

Perguruan Dengan Kepuasan Kerja Guru

4.3.4 Kepuasan Kerja Guru Berdasarkan Jantina

Guru

62

62

4.4 Penutup 63

Page 13: CABARAN GURU DALAM PROFESION PERGURUAN DAN … · menghadapi cabaran dalam profesion perguruan dan tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru teknikal di dua buah Sekolah Menengah

x

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 64

5.1 Pengenalan 64

5.2 Rumusan Kajian 65

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 67

5.3.1 Taburan Demografi Responden

5.3.2 Keupayaan Guru-Guru Menghadapi

Cabaran Dalam Profesion Perguruan

67

67

5.3.3 Kepuasan Kerja Guru

5.3.4 Hubungan Antara Cabaran Guru Dalam

Profesion Perguruan Dengan Kepuasan

Kerja

5.3.5 Kepuasan Kerja Guru Mengikut Jantina

73

74

75

5.4 Cadangan Tindakan 75

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 76

5.6 Penutup 77

BIBLIOGRAFI 78-86

LAMPIRAN 87-100

Page 14: CABARAN GURU DALAM PROFESION PERGURUAN DAN … · menghadapi cabaran dalam profesion perguruan dan tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru teknikal di dua buah Sekolah Menengah

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Taburan Guru Di Dua Buah SMT Di

Perak

38

3.2 Item-Item Soalan Dalam Melihat Tahap

Kemampuan Guru-Guru Teknikal

Menghadapi Cabaran

39

3.3 Kedudukan Item-Item Positif Dan Negatif 40

3.4 Kaedah Analisis Data Berdasarkan

Persoalan Kajian

42

3.5 Skala Pemeringkatan Likert Lima Pilihan 43

3.6 Pemeringkatan Skala Lima Mata Kepada

Tiga Mata

44

3.7 Pemarkatan Item Positif Dan Negatif 44

3.8 Tahap Pengukuran Min 45

3.9 Intreprestasi Nilai Pekali Korelasi 46

4.1 Taburan Bilangan Dan Peratusan

Mengikut Jantina

48

4.2 Taburan Bilangan Dan Peratusan

Mengikut Bangsa

48

4.3 Taburan Bilangan Dan Peratusan

Mengikut Umur

49

4.4 Taburan Bilangan Dan Peratusan

Mengikut Jawatan Yang Disandang

50

4.5 Taburan Bilangan Dan Peratusan

Mengikut Pengalaman Mengajar

50

Page 15: CABARAN GURU DALAM PROFESION PERGURUAN DAN … · menghadapi cabaran dalam profesion perguruan dan tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru teknikal di dua buah Sekolah Menengah

xii

4.6 Dapatan Kajian Dalam Aspek

Berkemahiran Sebagai Seorang Pendidik

52

4.7 Dapatan Kajian Dalam Aspek Peka

Terhadap Keperluan Dan Kehendak

Masyarakat Masa Kini

54

4.8 Dapatan Kajian Dalam Aspek

Menggalakkan Sikap Proaktif Di

Kalangan Guru (Tugas)

56

4.9 Dapatan Kajian Dalam Aspek

Berkesedaran Untuk Sentiasa

Mengemaskinikan Ilmu Pengetahuan

58

4.10 Dapatan Kajian Bagi Menilai Tahap

Kepuasan Kerja Guru

60

4.11 Nilai Korelasi Hubungan Cabaran Guru

Dengan Kepuasan Kerja Guru

62

4.12 Analisis Ujian-t Terhadap Kepuasan Kerja

Guru Berdasarkan Jantina

63

Page 16: CABARAN GURU DALAM PROFESION PERGURUAN DAN … · menghadapi cabaran dalam profesion perguruan dan tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru teknikal di dua buah Sekolah Menengah

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Hubungan Diantara Prestasi Peranan Guru

Dengan Pertambahan Tugas

27

Page 17: CABARAN GURU DALAM PROFESION PERGURUAN DAN … · menghadapi cabaran dalam profesion perguruan dan tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru teknikal di dua buah Sekolah Menengah

xiv

SENARAI SINGKATAN

Ho - Hipotesis nol

ICT - Teknologi Maklumat dan Komunikasi

ILO - Pertubuhan Buruh Sedunia

IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam

IPTS - Institut Pengajian Tinggi Swasta

IT - Teknologi Maklumat

JPA - Jabatan Perkhidmatan Awam

JPTek. - Jabatan Teknikal

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

PIBG - Persatuan Ibu Bapa Dan Guru

PTV - Pendidikan Teknik Dan Vokasional

SMT - Sekolah Menengah Teknik

SMV - Sekolah Menengah Vokasional

SPBT - Skim Pinjaman Buku Teks

SPSS - Statiscal Packages For Social Science

UPSI - Universiti Pendidikan Sultan Idris

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Y.A.B - Yang Amat Berhormat

SM - Sangat Mampu

M - Mampu

KM - Kurang Mampu

TM - Tidak Mampu

STM - Sangat Tidak Mampu

% - Peratus

Page 18: CABARAN GURU DALAM PROFESION PERGURUAN DAN … · menghadapi cabaran dalam profesion perguruan dan tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru teknikal di dua buah Sekolah Menengah

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 87

B Surat Kebenaran EPRD 93

C Surat Kebenaran Bagi Menjalankan

Kajian/Penyelidikan Ke Sekolah-

Sekolah Di Negeri Perak

94

D Surat Pengesahan Pelajar 95

E Surat Pengesahan Bilangan

Responden Dari Sekolah

96

F Keputusan Analisis Kajian Rintis 99

Page 19: CABARAN GURU DALAM PROFESION PERGURUAN DAN … · menghadapi cabaran dalam profesion perguruan dan tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru teknikal di dua buah Sekolah Menengah

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan sememangnya tidak dapat dipisahkan dari kehidupan setiap

manusia. Dari bayi sehinggalah dewasa, manusia sentiasa berhadapan dengan ilmu

pendidikan. Pendidikan juga adalah keperluan bagi jangka masa yang panjang

dimana ia adalah sebagai alat untuk membantu dan menggalakkan masyarakat yang

tidak ragu-ragu membuat perubahan samada pada dirinya dan juga persekitarannya

sebagaimana pernyataan Mahathir :

“ Malaysia mempunyai salah satu sistem pendidikan yang terbaik

di dunia ketiga. Namun sebagai bekal, kita harungi perjalanan

pada generasi kedua ini, piawaian yang baru hendaklah

ditetapkan dan matlamat baru dicapai.”

( Mahathir, 1991 : 16 )

Selaras dengan perkembangan masyarakat dunia, masyarakat Malaysia juga

mengalami proses perkembangan yang pesat dan mencabar. Oleh itu, sistem

pendidikan negara terpaksa menerima cabaran ini, kerana setiapkali proses

perkembangan sesuatu masyarakat dikaitkan secara langsung dengan pendidikannya.

Cabaran dan peranan pendidikan pada masa akan datang adalah ke arah melahirkan

manusia yang patuh kepada agama, berilmu, berakhlak, bertanggungjawab dan

memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara (Abdullah, 1995).

Page 20: CABARAN GURU DALAM PROFESION PERGURUAN DAN … · menghadapi cabaran dalam profesion perguruan dan tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru teknikal di dua buah Sekolah Menengah

2

Apabila memperkatakan tentang pendidikan, kita tidak dapat pisahkan

dengan pendidik atau guru. Guru merupakan penggerak utama dalam proses

pendidikan. Shahril @ Charil (1999), menyatakan bahawa guru merupakan tunjang

kepada sistem pendidikan. Guru adalah perlaksana segala dasar dan matlamat

kurikulum yang telah digariskan oleh pihak kerajaan. Tambah beliau lagi, tanpa

perancangan dan sokongan kaum guru, segala perancangan dan pendidikan yang

telah disediakan akan terbengkalai begitu sahaja. Seorang guru yang berkuasa

mempunyai kesedaran diri yang tinggi, pegangan yang kukuh mengenai kenyataan

dan mempunyai hala tuju yang jelas (Mc Grath, 1995).

Sehubungan dengan itu, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional yang

ditubuhkan pada tahun 1964 adalah pemangkin kepada negara bagi merealisasikan

wawasan 2020. Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) bertujuan menyediakan

pelajar-pelajar untuk memasuki bidang pekerjaan. Ia juga merupakan langkah untuk

menyokong dan menggiatkan lagi usaha kerajaan dalam memajukan bidang

ekonomi dan perindustrian berasaskan pengetahuan teknik dan vokasional (Laporan

Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran, 1979)

Sejajar dengan penubuhan itu, peranan Pendidikan Teknik dan Vokasional

(PTV) amat penting dalam sistem pendidikan negara. Ia bukan sahaja untuk

menampung sebilangan pelajar yang berminat dalam bidang teknik dan vokasional,

bahkan adalah untuk memenuhi permintaan keperluan tenaga mahir negara. PTV

adalah pendidikan yang menggabungkan latihan kemahiran dan pengetahuan teori.

Pendidikan ini amat penting dalam usaha menyediakan pekerja yang berpengetahuan

dan berkemahiran dalam bidang yang berkaitan dengan industri. Ini disokong oleh

Labaree (1997) yang menyatakan bahawa penubuhan sekolah dan pusat latihan

vokasional adalah untuk menjaga kepentingan ekonomi sesebuah negara agar dapat

menyediakan tenaga manusia yang diperlukan secara berterusan. Pendapat di atas

sama dengan takrifan yang diberikan oleh Ramlee (1999), yang menyatakan bahawa

pendidikan vokasional secara umumnya boleh ditakrifkan sebagai suatu program

pendidikan atau latihan yang berasaskan kemahiran teknikal untuk melahirkan guna

tenaga mahir dan separa mahir.

Page 21: CABARAN GURU DALAM PROFESION PERGURUAN DAN … · menghadapi cabaran dalam profesion perguruan dan tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru teknikal di dua buah Sekolah Menengah

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Globalisasi dikatakan sebagai dunia tanpa sempadan yang membawa

pelbagai perubahan dan kesannya meresap dalam kehidupan manusia. Dengan

itu, wujudlah cabaran-cabaran yang bakal dihadapi oleh manusia terutamanya

guru dalam memainkan peranannya bagi menjalankan tanggungjawab untuk

mendidik anak bangsa. Stick (1995), mengatakan bahawa manusia adalah

bangsa yang mana ia merupakan aset penting bagi sesebuah negara. Setiap

individu mempunyai kebolehan dalam membuat keputusan bagi menjadi

individu yang lebih kreatif dan inovatif. Ini disokong oleh Wan Mohd Zahid

(1993), yang mengatakan bahawa dalam masa setengah abad, dunia telah

berubah dengan begitu mendadak sekali. Manusia juga telah berjaya mengubah

nilainya, ekonominya dan juga budayanya bagi mewujudkan satu era baru dunia

yang tidak ada tolok bandingnya.

Profesion keguruan pada masa kini merupakan satu bentuk perkhidmatan

sosial yang sungguh mencabar. Dengan perlaksanaan berbagai-bagai reformasi

dalam pendidikan sudah pastinya peranan dan tanggungjawab guru-guru menjadi

lebih mencabar. Ini disokong oleh Abdul Rahim (2005) yang menyatakan

bahawa bagi mempertahankan kredibiliti profesionalisme keguruan, seseorang

guru perlu mengamalkan konsep belajar sepanjang hayat iaitu semangat untuk

terus belajar dalam bidang pendidikan dan juga bagi menguasai pengetahuan

yang boleh membantu dan meningkatkan kecemerlangan profesion perguruan.

Terdapat pelbagai tanggapan dan dakwaan berhubung dengan kerjaya

guru pada masa kini. Sesetengah ahli masyarakat mempunyai tanggapan bahawa

kerja, beban dan tugas guru sekarang menyebabkan kerjaya perguruan yang

kurang menarik. Malah tidak boleh dinafikan ada yang melihat sekolah sebagai

sebuah organisasi yang dihujani dengan pelbagai bebanan tugas dan ada kalanya

tugas ini bukan satu yang terancang tetapi muncul dari situasi yang tidak diduga.

Jika keadaan sedemikian dibiarkan berterusan agak pasti suasana pengajaran

pembelajaran di sekolah kini akan menuju ke arah satu keadaan yang tidak

Page 22: CABARAN GURU DALAM PROFESION PERGURUAN DAN … · menghadapi cabaran dalam profesion perguruan dan tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru teknikal di dua buah Sekolah Menengah

4

terurus dan akan menghadapi kegagalan untuk mencapai matlamat yang

diidamkan oleh sekolah.

Guru yang menerima tekanan ini dikhuatiri akan melemahkan semangat

mereka menyampaikan ilmu kepada pelajar. Bagaimanapun Pensyarah Fakulti

Sains Kognitif (Pendidikan), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Profesor

Datuk Dr. Isahak Harun bagaimanapun berkata, semangat guru tidak mudah luntur

dalam menjalankan tugas seharian di sekolah. Beliau yang mengakui profesion guru

amat mencabar pada masa kini berkata, masalah yang membelenggu guru tidak

terhad kepada menangani masalah pelajar nakal tetapi bebanan kerja yang terpaksa

dilakukan. Katanya, tugas mengajar bukan merupakan satu beban kepada guru

kerana mereka tahu itulah tugas hakiki mereka di sekolah (Utusan Malaysia, 2004)

Kajian Kementerian Pelajaran juga mendapati 320,000 guru di lebih 9,000

sekolah seluruh negara perlu mengisi 108 jenis borang bagi menyempurnakan tugas

pengajaran, kokurikulum dan kerja pentadbiran. Guru di Selangor, Johor, Melaka

dan Kuala Lumpur didapati menanggung bebanan kerja berlebihan, iaitu 74 jam

seminggu berbanding 48 jam yang dihadkan Pertubuhan Buruh Sedunia (ILO).

Mereka juga menghabiskan 38 hari bekerja dalam setahun untuk menghadiri kursus

atau latihan walaupun Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menetapkan jumlah

maksimum tujuh hari setahun saja. Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin

Hussein, berkata ia termasuk mengadakan perancangan, persediaan, penilaian

pelajaran, penyeliaan kokurikulum dan makluman kepada ibu bapa mengenai

kemajuan murid (Berita Harian, 2005).

Menjelang tahun 2020, sektor perindustrian dan perdagangan akan

bertambah jauh dan lebih maju lagi daripada sekarang. Negara akan memerlukan

tenaga mahir yang berketrampilan, tangkas dan inovatif perlu dilahirkan bagi

memenuhi kehendak kedua-dua sektor tersebut. Di dalam bidang pendidikan,

tumpuan baru telah diberikan kepada matapelajaran Sains dan Matematik,

Kemahiran Manipulatif, Kemahiran Hidup serta kumpulan matapelajaran

Vokasional dan Teknologi (Ee, 1997).

Page 23: CABARAN GURU DALAM PROFESION PERGURUAN DAN … · menghadapi cabaran dalam profesion perguruan dan tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru teknikal di dua buah Sekolah Menengah

5

Sejajar dengan perubahan teknologi di negara ini, guru juga perlu lebih

berkemahiran dalam menyediakan pelajar yang lebih kreatif dan inovatif dalam

pembelajaran. Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Datuk Dr.

Muhammad Rais Abdul Karim berkata, dalam membentuk pengajaran dan

pembelajaran (P&P) guru perlu faham tentang kesan teknologi kepada masyarakat

secara keseluruhan. Pengamatan guru perlu meliputi perubahan yang dibawa

teknologi terhadap cara bekerja, cara berkomunikasi dan pemahaman tentang

perkembangan pengetahuan (Utusan Malaysia, 2004).

Seorang guru harus mengambil inisiatif menambah nilai diri mereka sendiri

dan bersedia untuk berubah demi meningkatkan mutu profesion perguruan,

seterusnya sistem pendidikan negara. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri

Abdullah Ahmad Badawi berkata, dalam menjalankan tugas mereka dengan lebih

berkesan, setiap guru perlu peka kepada perkembangan semasa sama ada di dalam

atau luar negara (Berita Harian, 2005). Bagi mempastikan hasrat di atas tercapai,

guru-guru terutamanya guru-guru teknikal haruslah memainkan peranan mereka

sebaik mungkin.

Menurut Abdul Rahim (2005), perubahan dan kemajuan teknologi maklumat

dan komunikasi (ICT) yang berlaku dengan pesat memberikan cabaran baharu

kepada profesion keguruan dan pendekatan mengajar yang bersifat konvensional dan

tradisional yang diamalkan di sekolah dan pusat pengajian tinggi. Seorang guru juga

perlu mempunyai persediaan diri dalam pelbagai aspek bagi melahirkan individu

yang berilmu dari segi sains dan teknologi, mempunyai nilai-nilai murni dan

berketrampilan.

Kepuasan kerja adalah satu aspek yang penting dalam kehidupan seseorang.

Kebanyakan individu meluangkan sebahagian besar dari masanya di tempat kerja.

Oleh itu, dengan mengenalpasti faktor-faktor yang memberikan kepuasan kerja akan

dapat membantu individu berkenaan mengujudkan kehidupan yang sempurna dan

tenteram (Gruneberg, 1981).

Kepuasan kerja juga merupakan keperluan utama manusia yang perlu

Page 24: CABARAN GURU DALAM PROFESION PERGURUAN DAN … · menghadapi cabaran dalam profesion perguruan dan tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru teknikal di dua buah Sekolah Menengah

6

dipenuhi untuk mencapai tahap kesempurnaan kendiri. Menurut Maslow (1970),

kepuasan kerja memang dapat diperolehi jika individu terlibat merasakan kerja itu

betul-betul menyeronokkan dan pekerjaan itu penuh makna. Kepuasan kerja juga

dilihat sebagai sejauhmana seseorang itu dapat menyalurkan minat, kebolehan dan

menimbulkan rasa senang dan puas hati serta dapat menjalankan peranannya dengan

berkesan sebagaimana yang diharapkan daripada pekerjaannya.

Menurut Abdul Rahim (2005), mewujudkan suasana kerja yang harmoni dan

menyediakan insentif dan sokongan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan

pembelajaran dalam profesion keguruan akan dapat meningkatkan kepuasan kerja

yang lebih baik dalam profesion ini. Beban kerja guru yang bukan akademik atau

bukan berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran boleh dilakukan oleh

pembantu guru, kerani atau staf sokongan yang perlu diwujudkan bagi membantu

melicinkan lagi tugas guru. Tambah beliau lagi, keseronokan melakukan tugas dan

kerja mendidik, mengajar, membimbing dan mendorong pelajar perlu kekal pada

tahap yang tinggi walau apapun masalah yang dihadapi oleh seseorang guru. Guru

harus mengambil tanggungjawab mendidik sebagai satu tugas yang menyeronokkan,

bukan sebagai satu tugas yang membosankan atau hanya boleh dilakukan dengan

sambil lewa sahaja.

Walaupun kesan akibat cabaran kerja guru pada masa sekarang terhadap

kepuasan kerja mereka jarang sekali dibincangkan secara terbuka, tidak banyak

pilihan dapat dilakukan dalam menyelesaikan masalah berkenaan. Ini kerana semua

ini tidak dapat dielakkan daripada tugas dan tanggungjawab sebagai seorang guru.

1.3 Pernyataan Masalah

Pendidikan memainkan peranan yang penting bagi menyediakan bakal-bakal

pemimpin masa hadapan yang mantap, berani dan berilmu bagi mencorakkan

Page 25: CABARAN GURU DALAM PROFESION PERGURUAN DAN … · menghadapi cabaran dalam profesion perguruan dan tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru teknikal di dua buah Sekolah Menengah

7

perkembangan individu, masyarakat dan negara. Peranan guru bagi pencelik budaya

literasi ilmu memerlukan guru mempunyai pengetahuan luas dan terkehadapan

(advanced knowledge). Ini selaras dengan peranan guru bagi melahirkan generasi

yang berilmu pengetahuan bagi menghadapi dunia kehidupan yang serba mencabar.

Menurut Abdul Rahim (2005), pengurusan pendidikan dan profesion

keguruan menghadapi berbagai-bagai cabaran yang memerlukan mindset, sikap dan

nilai, pengetahuan dan kemahiran serta kualiti profesionalisme untuk menjadi tenaga

penggerak ke arah pembangunan manusia, menjadi perintis terhadap perubahan

sosial, menjadi pelaksana dasar-dasar baharu dan bertanggungjawab bagi

merealisasikan matlamat dan kehendak negara. Oleh itu, tidak hairanlah jika

didapati perasaan ketidakpuasan hati bekerja (job dissatisfaction) di kalangan guru

dalam profesion perguruan kebelakangan ini telah meningkat dengan begitu tinggi.

Ini disebabkan meningkatnya beban kerja dan jangkaan yang berbagai-bagai untuk

dilakukan oleh guru.

Bagaimanapun, dengan semangat berkhidmat yang tinggi dalam bidang

pendidikan membolehkan seseorang guru mencapai kepuasan dan keseronokan.

Perasaan akan menjadi lebih gembira dan kehidupan akan bahagia sekiranya sesuatu

kerja yang dilakukan dapat mencapai rasa kepuasan dan keseronokan. Nilai

kepuasan dan keseronokan bukan dinilaikan dengan wang atau pujian, tetapi kerana

semangat yang mendorong seseorang guru yang disukai dan dihormati oleh pelajar-

pelajarnya. Oleh sebab itu, guru harus sentiasa menjadikan diri mereka bebas

daripada sebarang gangguan dan kerungsingan serta belenggu kebendaan yang

menjadikan mereka tidak ceria dan tidak pernah puas mengejar matlamat kebendaan.

Selain itu, kaum guru juga tidak dapat melarikan diri daripada menjadi

sasaran kritikan kerana pendidikan adalah sentiasa terbuka kepada penilaian dan

akauntabiliti pelbagai pihak. Justeru itu, kajian ini dijalankan bagi melihat

keupayaan guru menghadapi cabaran dalam profesion perguruan ini dan

meninjau perhubungan antara cabaran guru-guru dalam profesion perguruan

dengan kepuasan kerja di kalangan guru-guru teknikal.

Page 26: CABARAN GURU DALAM PROFESION PERGURUAN DAN … · menghadapi cabaran dalam profesion perguruan dan tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru teknikal di dua buah Sekolah Menengah

8

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk :

i. Mengenal pasti tahap keupayaan guru-guru teknikal di dua SMT di

Perak menghadapi cabaran dalam profesion perguruan.

ii. Melihat tahap kepuasan kerja guru-guru teknikal di dua SMT di

Perak.

iii. Mengenal pasti hubungan cabaran guru dalam profesion perguruan

dengan kepuasan kerja guru-guru teknikal di dua SMT di Perak.

iv. Melihat perbezaan kepuasan kerja guru-guru teknikal berdasarkan

jantina.

1.5 Persoalan Kajian

i. Apakah tahap keupayaan guru-guru teknikal di dua SMT di Perak

menghadapi cabaran dalam profesion perguruan?

ii. Apakah tahap kepuasan kerja guru-guru teknikal di dua SMT di

Perak?

iii. Adakah terdapat hubungan antara cabaran guru dalam profesion

perguruan dengan kepuasan kerja guru-guru teknikal di dua SMT di

Perak?

iv. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi kepuasan kerja di

dua buah SMT di Perak berdasarkan jantina?