faktor-faktor stres di kalangan guru yang mengajar … · 1.2 latar belakang masalah profesion...

25

Upload: others

Post on 13-Sep-2019

22 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: FAKTOR-FAKTOR STRES DI KALANGAN GURU YANG MENGAJAR … · 1.2 Latar Belakang Masalah Profesion perguruan yang berbentuk kemanusiaan atau perkhidmatan dan berbentuk pengajaran adalah
Page 2: FAKTOR-FAKTOR STRES DI KALANGAN GURU YANG MENGAJAR … · 1.2 Latar Belakang Masalah Profesion perguruan yang berbentuk kemanusiaan atau perkhidmatan dan berbentuk pengajaran adalah
Page 3: FAKTOR-FAKTOR STRES DI KALANGAN GURU YANG MENGAJAR … · 1.2 Latar Belakang Masalah Profesion perguruan yang berbentuk kemanusiaan atau perkhidmatan dan berbentuk pengajaran adalah

FAKTOR-FAKTOR STRES DI KALANGAN GURU YANG MENGAJAR MATA

PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA

DAERAH MERSING, JOHOR.

NG GEK LUI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Pendidikan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

30 OKTOBER 2008

Page 4: FAKTOR-FAKTOR STRES DI KALANGAN GURU YANG MENGAJAR … · 1.2 Latar Belakang Masalah Profesion perguruan yang berbentuk kemanusiaan atau perkhidmatan dan berbentuk pengajaran adalah

ii

Page 5: FAKTOR-FAKTOR STRES DI KALANGAN GURU YANG MENGAJAR … · 1.2 Latar Belakang Masalah Profesion perguruan yang berbentuk kemanusiaan atau perkhidmatan dan berbentuk pengajaran adalah

iii

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan yang

tulus ikhlas kepada En. Ahmad Johari Bin Sihes selaku penyelia yang telah banyak

memberi bimbingan, tunjuk ajar, dorongan dan idea kepada saya sepanjang tempoh

menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Segala ilmu yang dicurahkan akan

digunakan sebaik mungkin.

Penghargaan turut ditujukan kepada pegawai-pegawai Pejabat Pelajaran

Daerah Mersing yang sudi membekalkan data dan maklumat untuk melengkapkan

kajian ini. Kesudian mereka untuk berkongsi maklumat dan pengalaman telah

meningkatkan kelicinan pelaksanaan kajian ini.

Terima kasih kepada guru besar-guru besar dan guru-guru SJK(C) Daerah

Mersing yang terlibat ketika saya menjalankan penyelidikan di sekolah

masing-masing.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang pernah

memberi sokongan dan bantuan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam

proses menjayakan Projek Sarjana Muda ini.

Page 6: FAKTOR-FAKTOR STRES DI KALANGAN GURU YANG MENGAJAR … · 1.2 Latar Belakang Masalah Profesion perguruan yang berbentuk kemanusiaan atau perkhidmatan dan berbentuk pengajaran adalah

iv

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk menentukan faktor-faktor stres di kalangan guru

yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina

Daerah Mersing. Seramai 21 orang guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa

Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Daerah Mersing dijadikan responden

dalam kajian ini. Penyelidikan ini adalah berbentuk deskriptif dan menggunakan

soal selidik. Faktor yang dikaji meliputi sikap murid, sikap ibu bapa, komunikasi

antara guru dan murid, dan sasaran yang ditetapkan oleh pihak atasan. Analisis data

dilaksanakan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science 11.5

(SPSS). Hasil analisis menunjukkan aspek komunikasi antara guru dengan murid

merupakan aspek yang paling mempengaruhi stres guru-guru Bahasa Melayu di

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Daerah Mersing. Ini diikuti dengan sasaran yang

ditetapkan oleh pihak atasan. Manakala sikap murid dan sikap ibu bapa kurang

mempengaruhi stres guru-guru di kalangan guru yang mengajar mata pelajaran

Bahasa Melayu. Beberapa cadangan dikemukakan untuk menangani masalah stres

di kalangan Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Daerah Mersing.

Page 7: FAKTOR-FAKTOR STRES DI KALANGAN GURU YANG MENGAJAR … · 1.2 Latar Belakang Masalah Profesion perguruan yang berbentuk kemanusiaan atau perkhidmatan dan berbentuk pengajaran adalah

v

ABSTRACT

The purpose of this study is to identify the factors of stress among Malay

language teachers at National Type Chinese School in Mersing district. Twenty one

respondents were involved in this study. The instrument used in this study is a set

of questionnaire. The factors studied include the attitude of students and parents,

communication between teachers and students and the targets set by the higher

authorities. Data were analyzed using the Statistical Package for the Social Science

(SPSS 11.5). Descriptive statistics such as frequency, mean and percentage were

used to analyse the data. Results indicate that communication between students and

teachers is the most influential factor of stress among the Malay language teachers,

followed by the various targets from the higher authorities. Meanwhile, students’

and parents’ attitude is the least influential factor of stress among the Malay language

teachers at National Type Chinese School in Mersing district. Several measures

were proposed to overcome this stress problem.

Page 8: FAKTOR-FAKTOR STRES DI KALANGAN GURU YANG MENGAJAR … · 1.2 Latar Belakang Masalah Profesion perguruan yang berbentuk kemanusiaan atau perkhidmatan dan berbentuk pengajaran adalah

vi

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGAKUAN ii

PENGHARGAAN iii

ABSTRAK iv

ABSTRACT v

KANDUNGAN vi

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Skop Dan Batasan kajian 10

1.8 Definisi Istilah 11

1.8.1 Guru 11

1.8.2 Murid 11

Page 9: FAKTOR-FAKTOR STRES DI KALANGAN GURU YANG MENGAJAR … · 1.2 Latar Belakang Masalah Profesion perguruan yang berbentuk kemanusiaan atau perkhidmatan dan berbentuk pengajaran adalah

vii

1.8.3 Stres 11

1.8.4 Stres Guru 12

1.8.5 Sikap 12

1.8.6 Sasaran 12

1.8.7 Komunikasi 13

1.9 Penutup 13

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 Stres 15

2.2.1 Teori Stres 16

2.2.2 Stres Di Kalangan Guru 16

2.2.3 Punca Stres Di Kalangan Guru 18

2.2.4 Tahap Stres Di Kalangan Guru 22

2.2.5 Kesan Stres Di Kalangan Guru 24

2.3 Sikap Pelajar 26

2.4 Pengaruh Keluarga 27

2.5 Komunikasi 28

2.6 Sasaran Yang Ditetapkan Oleh Pihak Atasan 29

2.7 Kesimpulan 31

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 33

3.2 Reka Bentuk Kajian 33

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 34

3.4 Tempat Kajian 35

3.5 Instrumen Kajian 35

3.5.1 Bahagian A: Latar Belakang Guru 36

3.5.2 Bahagian B: Soalan Soal Selidik Persoalan Kajian 36

Page 10: FAKTOR-FAKTOR STRES DI KALANGAN GURU YANG MENGAJAR … · 1.2 Latar Belakang Masalah Profesion perguruan yang berbentuk kemanusiaan atau perkhidmatan dan berbentuk pengajaran adalah

viii

3.6 Prosedur Kajian 37

3.7 Analisis Data 38

3.8 Kajian Rintis 39

3.9 Penutup 40

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 41

4.2 Analisis Data Bahagian A (Biodata Responden) 41

4.2.1 Jantina 42

4.2.2 Umur 42

4.2.3 Bangsa 43

4.2.4 Pengalaman Mengajar 43

4.2.5 Pengalaman Mengajar Bahasa Melayu Di SJK(C) 44

4.2.6 Bilangan Waktu Mengajar 45

4.2.7 Bilangan Waktu Mengajar Bahasa Melayu 46

4.3 Analisis Data Bahagian B 47

4.3.1 Aspek Sikap Murid 47

4.3.2 Aspek Sikap Ibu Bapa 50

4.3.3 Aspek Komunikasi Antara Guru Dengan Murid 53

4.3.4 Aspek Sasaran Yang Ditetapkan Oleh Pentadbir 56

4.4 Rumusan Dapatan Item Kajian 58

4.5 Penutup 59

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 60

5.2 Rumusan Kajian 60

Page 11: FAKTOR-FAKTOR STRES DI KALANGAN GURU YANG MENGAJAR … · 1.2 Latar Belakang Masalah Profesion perguruan yang berbentuk kemanusiaan atau perkhidmatan dan berbentuk pengajaran adalah

ix

5.2.1 Rumusan Kajian Latar Belakang Responden 61

5.2.2 Rumusan Kajian Persoalan Kajian 62

5.3 Perbincangan 62

5.3.1 Perbincangan Latar Belakang Responden 63

5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian 1 64

5.3.3 Perbincangan Persoalan Kajian 2 65

5.3.4 Perbincangan Persoalan Kajian 3 67

5.3.5 Perbincangan Persoalan Kajian 4 69

5.4 Cadangan 70

5.4.1 Cadangan Kepada Pihak Sekolah 70

5.4.2 Cadangan Kepada Guru Bahasa Melayu 71

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 72

5.6 Penutup 73

BIBLIOGRAFI 74

LAMPIRAN A - B 78 - 86

Page 12: FAKTOR-FAKTOR STRES DI KALANGAN GURU YANG MENGAJAR … · 1.2 Latar Belakang Masalah Profesion perguruan yang berbentuk kemanusiaan atau perkhidmatan dan berbentuk pengajaran adalah

x

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK HALAMAN

1.1 Bilangan Murid Dan Guru Di SJK(C) Daerah Mersing

Sehingga Bulan Februari Tahun 2008 4

1.2 Peratus Kelulusan Mata Pelajaran UPSR SJK(C) Daerah

Mersing Bagi Tahun 2005 Hingga Tahun 2007 6

2.1 Tahap Dan Kesan Stres 25

3.1 Data Guru-guru Bahasa Melayu Di SJK C Daerah Mersing

Johor Yang Di Jadikan Responden Kajian Pengkaji 35

3.2 Skala Likert 36

3.3 Taburan Item-item Soal Selidik Mengikut Persoalan Kajian 37

3.4 Tahap Penilaian Berdasarkan Nilai Min 39

4.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut Jantina 42

4.2 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut Umur 42

4.3 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut Bangsa 43

4.4 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut

Pengalaman Mengajar 44

4.5 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut

Pengalaman Mengajar Bahasa Melayu Di SJK(C) 45

4.6 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut

Bilangan Waktu Mengajar 45

4.7 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut

Bilangan Waktu Mengajar Bahasa Melayu 46

Page 13: FAKTOR-FAKTOR STRES DI KALANGAN GURU YANG MENGAJAR … · 1.2 Latar Belakang Masalah Profesion perguruan yang berbentuk kemanusiaan atau perkhidmatan dan berbentuk pengajaran adalah

xi

4.8 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus Dan

Min Bagi Sikap Murid 48

4.9 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan Dan Min

Bagi Aspek Sikap Ibu Bapa 51

4.10 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Bagi Aspek

Komunikasi Antara Guru Dan Murid 54

4.11 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Bagi Aspek

Sasaran Yang Ditetapkan Oleh Pentadbir 56

4.12 Perbezaan Keputusan Keseluruhan Persoalan Kajian 58

Page 14: FAKTOR-FAKTOR STRES DI KALANGAN GURU YANG MENGAJAR … · 1.2 Latar Belakang Masalah Profesion perguruan yang berbentuk kemanusiaan atau perkhidmatan dan berbentuk pengajaran adalah

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH PERKARA HALAMAN

2.1 Model Stres Guru 21

2.2 Model Schramm II 29

2.3 Faktor-faktor Tekanan Dalam Iklim Persekolahan 30

Page 15: FAKTOR-FAKTOR STRES DI KALANGAN GURU YANG MENGAJAR … · 1.2 Latar Belakang Masalah Profesion perguruan yang berbentuk kemanusiaan atau perkhidmatan dan berbentuk pengajaran adalah

xiii

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

BSM - Bahagian Sumber Manusia

JPA - Jabatan Perkhidmatan Awam

KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

PBK - Pembelajaran Berbantukankan Komputer

P&P - Pengajaran Dan Pembelajaran

PIBG - Persatuan Ibu Bapa Dan Guru

RMK 9 - Rancangan Malaysia Kesembilan

SJK(C) - Sekolah Jenis Kebangsaan Cina

SPSS - Statistical Package For The Social Science

UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

% - Peratus

Page 16: FAKTOR-FAKTOR STRES DI KALANGAN GURU YANG MENGAJAR … · 1.2 Latar Belakang Masalah Profesion perguruan yang berbentuk kemanusiaan atau perkhidmatan dan berbentuk pengajaran adalah

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN PERKARA Muka Surat

A Borang Soal Selidik 78-83

B Surat Kebenaran Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan 84-85

C Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri Johor 86

Page 17: FAKTOR-FAKTOR STRES DI KALANGAN GURU YANG MENGAJAR … · 1.2 Latar Belakang Masalah Profesion perguruan yang berbentuk kemanusiaan atau perkhidmatan dan berbentuk pengajaran adalah

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan adalah teras pembentukan semangat kenegaraan kita bersama

dan pembinaan tamadun. Oleh yang demikian, sistem dan proses pendidikan yang

berkesan dan berkualiti merupakan asas usaha membina negara.

Sejak negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, sistem pendidikan

kebangsaan telah mengalami perubahan ke arah kemajuan dan pemantapan. Kini,

pada abad ke 21, negara menghadapi cabaran dalaman dan luaran akibat daripada

kesan globalisasi, liberalisasi, dan perkembangan teknologi maklumat dan

komunikasi.

Dalam konteks ini, Kementerian Pelajaran sebagai sebuah kementerian yang

bertanggungjawab melaksanakan tuntutan masyarakat dan memenuhi keperluan

negara, telahpun merancangkan program pembangunan pendidikan yang dapat

melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, celik teknologi maklumat dan

komunikasi, berkemahiran, dan berakhlak mulia bagi memenuhi Falsafah

Pendidikan Kebangsaan.

Page 18: FAKTOR-FAKTOR STRES DI KALANGAN GURU YANG MENGAJAR … · 1.2 Latar Belakang Masalah Profesion perguruan yang berbentuk kemanusiaan atau perkhidmatan dan berbentuk pengajaran adalah

2

Demi menjayakan visi dan misi perancangan pendidikan, para pendidik

mempunyai tanggungjawab yang besar dan komitmen yang padu untuk

merealisasikannya. Ekspektasi daripada pelbagai pihak terhadap mutu pendidikan

yang tinggi dengan secara langsung mengekang semangat dan moral para guru.

Reformasi di dalam bidang pendidikan seperti Kurikulum Bersepadu Sekolah

Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) turut

menyumbangkan kepada beban kerja. Dalam hal ini, didapati bahawa guru-guru

KBSR dan KBSM yang mengalami stres sehingga cenderung untuk meninggalkan

profesion keguruan.

Pada setiap hari persekolahan, seorang guru terpaksa berdepan dengan

murid-murid yang berlainan perwatakan, maka ia tidak dapat elak daripada seribu

satu masalah. Dalam usaha guru melayan keperluan, kehendak dan keperihatinan

murid-muridnya, menghadapi pelbagai kebimbangan, tekanan dan desakan emosi.

Seseorang guru juga terpaksa menghadapi isu-isu dan cabaran-cabaran yang timbul

dari semasa ke semasa. Oleh itu, memang tidak dapat dinafikan wujudnya

masalah stres di kalangan guru.

Masalah stres perlu diambil perhatian yang serius. Jika dapat dikenal pasti

puncanya daripada awal, maka bolehlah diatur strategi untuk membantu guru

menangani masalah stres. Dengan itu, guru berkenaan tidak tergolong dalam

golongan guru-guru yang tidak bersemangat, tiada motivasi, kecewa, atau tiada

kepuasan kerja.

1.2 Latar Belakang Masalah

Profesion perguruan yang berbentuk kemanusiaan atau perkhidmatan dan

berbentuk pengajaran adalah pekerjaan yang penuh tekanan. Laporan Abdul

Rahman Arshad (2004, Bahagian Sumber Manusia, KPM) menunjukkan beban

Page 19: FAKTOR-FAKTOR STRES DI KALANGAN GURU YANG MENGAJAR … · 1.2 Latar Belakang Masalah Profesion perguruan yang berbentuk kemanusiaan atau perkhidmatan dan berbentuk pengajaran adalah

3

tugas guru bertambah kerana di samping menjalankan tugas pengajaran dan

pembelajaran, guru banyak membuat kerja-kerja bercorak perkeranian,

bermesyuarat dan kerja tambahan yang lain.

Akhbar The New Straits Times pada 29 Mac 1990 pula pernah melaporkan

bahawa terdapat sebanyak 1,175 kes guru bukan siswazah di sekolah rendah

mengalami tekanan mental. Mengikut kajian kaunselor Bahagian Sumber

Manusia (BSM), pada tahun 2000 terdapat seramai 30.3% orang guru telah

menghadapi kekerapan burnout pada tahap sederhana dan 38.3% menghadapi

burnout pada tahap yang tinggi. Masalah stres semakin meningkat di kalangan guru

apabila guru berhadapan dengan tanggungjawab yang semakin kompleks dan

mencabar. (2004, Bahagian Sumber Manusia, KPM).

Kajian di atas telah menjelaskan bahawa satu fenomena di mana guru

kurang keupayaan untuk menangani semua tekanan yang dialami ketika di

sekolah. Terdapat sebahagian guru yang sedang berada dalam keadaan dilema

kerana berasa kurang keyakinan untuk bersaing dengan kehendak sukatan yang

digariskan serta tuntutan kurikulum yang pelbagai. Memandangkan

tuntutan-tuntutan yang pelbagai dan berat ini, adalah tidak hairan bahawa isu

tekanan berlaku dalam kalangan guru.

Secara geografi daerah Mersing mempunyai empat buah sekolah rendah

jenis kebangsaan Cina. Dua buah sekolah dalam kategori Gred A (sekolah yang

mempunyai bilangan murid 800 orang dan keatas di kawasan Bandar, 350 orang

dan ke atas di kawasan luar bandar), sebuah Gred B (sekolah yang mempunyai

bilangan murid 150 orang hingga 800 orang di kawasan bandar, 150 orang hingga

350 orang di kawasan luar bandar ) dan sebuah lagi dikategorikan sebagai sekolah

kurang murid (SKM – Sekolah yang mempunyai bilangan murid yang kurang

daripada 150 orang ). Jumlah besar bilangan murid di keempat-empat buah

SJK(C) di daerah Mersing ialah 1,149 orang. Data guru dan murid SJK(C) Daerah

Mersing adalah seperti jadual 1.1 di bawah.

Page 20: FAKTOR-FAKTOR STRES DI KALANGAN GURU YANG MENGAJAR … · 1.2 Latar Belakang Masalah Profesion perguruan yang berbentuk kemanusiaan atau perkhidmatan dan berbentuk pengajaran adalah

4

Jadual 1.1: Bilangan Murid dan Guru Di SJK(C) Daerah Mersing Sehingga Bulan

Februari Tahun 2008

Sumber : Rekod Kedatangan Murid dan Rekod Analisis Guru Keempat-empat buah

sekolah 2008

Guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di SJK(C) Daerah

Mersing terdiri daripada guru-guru opsyen Bahasa Melayu dan juga guru-guru yang

bukan opsyen Bahasa Melayu. Pada keseluruhannya, guru-guru di sekolah Jenis

Kebangsaan Cina Daerah Mersing mengajar purata 32 waktu seminggu. Di

samping mengambil kira tugas-tugas perkeranian yang dilakukan, program

kokuriulum yang merangkumi aktiviti kelab, sukan dan permainan, penglibatan

dalam kelas tambahan, guru-guru juga dikehendaki bersiap sedia dengan kelas latih

tubi dan kelas persediaan untuk peperiksaan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa

dalam keadaan sedemikian iaitu apabila segala tugas perlu dilaksanakan oleh guru

telah menyebabkan tekanan (stres) kepada guru. Lebih-lebih lagi, bagi guru yang

mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu yang merupakan mata pelajaran teras di

dalam peperiksaan.

Kebanyakan guru yang mengajar di sekolah rendah terutamanya guru yang

mengajar mata pelajaran peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah

dibebankan dengan tanggungjawab yang berlebihan jika dibandingkan dengan guru

yang mengajar mata pelajaran yang lain.

Bilangan Murid/Guru SJK(C) Daerah

Mersing

Chiao Qing

Pai C

hee

Jemaluang

Kampung

Hubung

Jumlah

Murid Bukan Melayu 521 368 102 42 1033

Murid Melayu 22 67 3 24 116

Jumlah Murid 543 435 105 66 1149

Guru Bahasa Melayu (bukan opsyen) 3 8 3 2 16

Guru Bahasa Melayu (opsyen) 3 2 0 0 5

Jumlah Guru Bahasa Melayu 6 10 3 2 21

Page 21: FAKTOR-FAKTOR STRES DI KALANGAN GURU YANG MENGAJAR … · 1.2 Latar Belakang Masalah Profesion perguruan yang berbentuk kemanusiaan atau perkhidmatan dan berbentuk pengajaran adalah

5

Mata pelajaran UPSR di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina adalah seperti

berikut:

1. Bahasa Melayu (Pemahaman)

2. Bahasa Melayu (Penulisan)

3. Bahasa Cina (Pemahaman)

4. Bahasa Cina (Penulisan)

5. Bahasa Inggeris

6. Matematik

7. Sains

Berdasarkan Jadual 1.2, keputusan UPSR telah menunjukkan

keempat-empat buah Sekolah Kebangsaan Cina Daerah Mersing mempunyai

prestasi yang rendah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Peratus kelulusan bagi

mata pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina adalah lebih

rendah jika dibandingkan dengan mata pelajaran lain. Guru besar-guru besar dan

guru-guru Bahasa Melayu dikehendaki membuat laporan dan memberi penjelasan

kepada Pegawai Pendidikan Daerah Mersing dan juga Jabatan Pendidikan Negeri

Johor tentang sebab kemerosotan mata pelajaran ini. Mereka juga terpaksa

menghadapi komen-komen yang melemahkan semangat daripada pihak ibu bapa.

Sekolah-sekolah dikehendaki merancang dan menyediakan program-program untuk

meningkatkan prestasi Bahasa Melayu. Di samping itu, pemantauan terhadap guru

yang mengajar mata pelajaran ini sering dilakukan oleh Nazir Sekolah, Pegawai

Jabatan Pelajaran Johor, Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Mersing dan juga pihak

pentadbir sekolah berkenaan.Bahasa Melayu adalah mata pelajaran yang dianggap

penting kerana dengan lulus sekurang-kurangnya gred ‘C’ dalam subjek ini,

seseorang murid barulah layak diterima masuk ke tingkatan satu. Sebaliknya

sekiranya seseorang murid gagal dalam mata pelajaran tersebut, walaupun

mendapat keputusan cemerlang dalam mata pelajaran lain, murid berkenaan

terpaksa bermula pelajaran sekolah menengah di kelas peralihan. Syarat sedemikian

telah menyebabkan pihak sekolah dan pihak ibu bapa amat mengambil berat tentang

lulus atau gagal mata pelajaran ini. Oleh itu, dengan secara langsung telah

menyebabkan masalah stres di kalangan guru yang mengajar subjek ini.

Page 22: FAKTOR-FAKTOR STRES DI KALANGAN GURU YANG MENGAJAR … · 1.2 Latar Belakang Masalah Profesion perguruan yang berbentuk kemanusiaan atau perkhidmatan dan berbentuk pengajaran adalah

6

Jadual 1.2: Peratus Kelulusan Mata Pelajaran UPSR SJK(C) Daerah Mersing Bagi

Tahun 2005 Hingga Tahun 2007

Sumber: Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2007

Seseorang guru opsyen Bahasa Melayu yang mengajar mata pelajaran

Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina sering menghadapi kemusykilan

komunikasi dengan anak murid yang berasal dari masyarakat Cina. Anak murid

ini biasanya berasal daripada masyarakat Cina yang biasanya berkomunikasi dalam

Bahasa Cina. Kekeliruan dan salah faham turut berlaku jika guru tidak dapat

menangani masalah yang dihadapi dengan munasabah.

Dilema guru bukan opsyen Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan

Cina pula jikalau dipertanggunjawabkan untuk mengajar Bahasa Melayu, mereka

akan berasa kurang keyakinan dan tidak pasti akan kesesuaian pendekatan

SJK(C) Daerah Mersing

Mata Pelajaran UPSR

Tahun

Chia

Ching

(%)

Pai

Chee

(%)

Jema

Luang

(%)

Kg.

Hubung

(%)

2005 49.13 68.60 48.00 60.00

2006 66.33 69.33 47.62 46.05 Bahasa Melayu SJK

(Pemahaman) 2007 55.30 62.00 60.00 33.33

2005 49.12 67.50 36.00 40.00

2006 54.08 66.67 42.86 30.77 Bahasa Melayu SJK

(Penulisan) 2007 54.10 65.80 60.00 33.33

2005 92.98 91.30 100.00 80.00

2006 85.71 94.67 71.43 92.31 Bahasa Cina

(Pemahaman) 2007 82.40 81.00 70.00 55.56

2005 92.11 90.80 100 80.00

2006 79.59 90.67 76.19 76.92 Bahasa Cina

(Penulisan) 2007 82.40 81.00 70.00 55.56

2005 55.26 67.50 60.00 40.00

2006 63.27 68.00 42.86 69.23 Bahasa Inggeris

2007 55.30 67.10 50.00 44.44

2005 97.37 97.50 92.00 80.00

2006 90.82 98.67 85.71 92.31 Matematik

2007 95.30 91.10 95.00 77.78

2005 89.47 96.30 100.00 80.00

2006 85.71 94.67 80.95 92.31 Sains

2007 87.10 84.80 90.00 88.89

Page 23: FAKTOR-FAKTOR STRES DI KALANGAN GURU YANG MENGAJAR … · 1.2 Latar Belakang Masalah Profesion perguruan yang berbentuk kemanusiaan atau perkhidmatan dan berbentuk pengajaran adalah

7

pengajaran. Fenomena tersebut secara langsung akan membawa kesan negatif

terhadap prestasi murid.

Lokasi SJK(C) di Daerah Mersing semuanya di kawasan komuniti Cina,

Bahasa pertuturan luar sekolah hanyalah bahasa Mandarin dan loghat

masing-masing. Biasanya komuniti Cina lebih mementingkan bahasa ibunda iaitu

Bahasa Cina, mereka berpendapat anak mereka dewasa kelak akan mewarisi kerjaya

ibu bapa mereka (contoh: penternak ikan hiasan, pekebun, pekerja ladang kelapa

sawit), di mana hanya memerlukan Bahasa Cina sahaja. Tambahan pula walaupun

mereka juga tidak boleh berbahasa Melayu tetapi mereka masih boleh mendapat

pendapatan lumayan untuk membiayai keluarganya.

Sikap ibu bapa terhadap Bahasa Melayu dengan secara langsungnya telah

menanam sikap yang negatif terhadap pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah.

Fenomena sebegitu telah menyulitkan lagi usaha guru yang mengajar mata

pelajaran Bahasa Melayu di SJK(C) Daerah Mersing. Guru-guru akan berasa

musykil kerana hasrat hendak meningkatkan lagi prestasi murid dalam

matapelajaran Bahasa Melayu kurang sokongan daripada pihak ibu bapa.

1.3 Pernyataan Masalah

Guru merupakan sumber tenaga manusia terpenting dalam pendidikan. Jika

sumber tenaga ini tidak diuruskan secara bijak, banyak permasalahan akan timbul.

Beberapa kajian telah dijalankan oleh para pengkaji dan mendapati bahawa

profesion keguruan merupakan satu profesion yang berisiko tinggi untuk mengalami

stres (Durham dan Varma, 1998 dalam Noor Hadayah, 2003). Stres di tempat

kerja seharusnya dielakkan kerana ia boleh mempengaruhi kemerosotan prestasi

kerja yang akhirnya boleh menjejaskan perjalanan sesebuah organisasi (Duo,1994

dalam Noor Hadayah, 2003). Jikalau guru berada dalam keadaan stres, pengajaran

dan pembelajaran akan menjadi kurang berkesan.

Page 24: FAKTOR-FAKTOR STRES DI KALANGAN GURU YANG MENGAJAR … · 1.2 Latar Belakang Masalah Profesion perguruan yang berbentuk kemanusiaan atau perkhidmatan dan berbentuk pengajaran adalah

8

Guru-guru di SJK(C) biasanya bersikap cuba elakkan diri atau enggan

mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu kerana prestasi murid dalam mata

pelajaran ini sentiasa rendah terutamanya dalam peperiksaan UPSR. Demi

meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran tersebut, biasanya pihak

pentadbir akan merancangkan program-program yang dapat membantu

meningkatkan prestasi murid dalam mata pelajaran ini. Guru-guru yang mengajar

Bahasa Melayu juga kerapkali dipantau. Unsur-unsur tersebut mengakibatkan stres

kepada guru-guru berkenaan. Akibatnya, timbul persoalan stres di kalangan

guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di Daerah Mersing.

Masalah stres khususnya dikalangan guru-guru Bahasa Melayu SJK(C)

Daerah Mersing perlu diberi perhatian yang sewajarnya oleh pihak yang berkaitan.

Justeru itu, pengkaji akan memfokuskan kajian ini kepada faktor-faktor yang

mempengaruhi stres di kalangan guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu di

Daerah Mersing khasnya mereka yang mengajar kelas UPSR dengan harapan

semoga kajian ini sedikit sebanyak akan dapat membantu untuk mengesan serta

memperbaiki masalah stres di kalangan guru-guru bersesuaian dengan objektif

untuk meningkatkan mutu serta kecemerlangan profesion pendidikan.

1.4 Objektif Kajian

Secara umumnya, kajian ini adalah bertujuan untuk mengesan punca stres di

kalangan guru-guru Bahasa Melayu di SJK(C) Daerah Mersing. Manakala

pengkhusuan kajian ini ialah penekanan kepada komponen objektif utama seperti

berikut :

1.4.1 Menentukan sama ada sikap murid mempengaruhi stres guru-guru Bahasa

Melayu di SJK(C) Daerah Mersing.

1.4.2 Menentukan sama ada sikap ibu bapa mempengaruhi stres guru-guru

Bahasa Melayu di SJK(C) Daerah Mersing.

Page 25: FAKTOR-FAKTOR STRES DI KALANGAN GURU YANG MENGAJAR … · 1.2 Latar Belakang Masalah Profesion perguruan yang berbentuk kemanusiaan atau perkhidmatan dan berbentuk pengajaran adalah

9

1.4.3 Menentukan sama ada komunikasi antara guru dan murid mempengaruhi

stres guru-guru Bahasa Melayu di SJK(C) Daerah Mersing.

1.4.4 Menentukan sama ada sasaran yang ditetapkan oleh pihak atasan

mempengaruhi stres guru-guru Bahasa Melayu di SJK(C) Daerah Mersing.

1.5 Persoalan Kajian

1.5.1 Adakah sikap murid mempengaruhi stres guru-guru Bahasa Melayu di SJK(C)

Daerah Mersing?

1.5.2 Adakah sikap ibu bapa mempengaruhi stres guru-guru Bahasa Melayu di

SJK(C) Daerah Mersing?

1.5.3 Adakah komunikasi antara guru dan murid mempengaruhi stress guru-guru

Bahasa Melayu di SJK(C) Daerah Mersing?

1.5.4 Adakah sasaran yang ditetapkan oleh pihak atasan mempengaruhi stres

guru-guru Bahasa Melayu di SJK(C) Daerah Mersing?