profesion perguruan dari perspektif islam

56
ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1. Isi Kandungan 1 2. Penghargaan 2 3. Pendahuluan. - Konsep Profesion Perguruan 3-6 4. Sahsiah Guru Pendidikan Islam 7-9 5. Peranan Guru Pendidikan Islam 10-12 6. Etika Keguruan Islam 18-23 7. Etika Kerja 24-29 8. Perkembangan Dunia Pendidikan 30-39 9. Ciri-ciri Guru Cemerlang 40-45 10. Penutup 46 11 Refleksi 47-48 12 Rujukan 49-50 13. Lampiran A Borang Kolaborasi. 51-52 1

Upload: noor-aini-samsusah

Post on 25-May-2015

1.057 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Profesion perguruan dari perspektif islam

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1. Isi Kandungan 1

2. Penghargaan 2

3. Pendahuluan.

- Konsep Profesion Perguruan

3-6

4. Sahsiah Guru Pendidikan Islam 7-9

5. Peranan Guru Pendidikan Islam 10-12

6. Etika Keguruan Islam 18-23

7. Etika Kerja 24-29

8. Perkembangan Dunia Pendidikan 30-39

9. Ciri-ciri Guru Cemerlang 40-45

10. Penutup 46

11 Refleksi 47-48

12 Rujukan 49-50

13. Lampiran A Borang Kolaborasi. 51-52

1

Page 2: Profesion perguruan dari perspektif islam

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam selawat dan salam

buat junjungan besar Nabi Muhammad saw,ahli keluarga baginda

dan para sahabat yang dirahmati Allah.

Saya bersyukur kehadrat Allah sekali lagi pada sesi interaksi kali

ini kami mendapat peluang yang baik untuk terus menambah ilmu

pengetahuan dalam Ilmu Pendidikan. Kerja kursus kali begitu menarik

dan memberi kesan yang baik dalam memahami profesion perguruan

sebagai guru pelatih. Tajuk yang diberikan ialah Profesion Perguruan

dari Perspektif Islam.

Terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing Encik

Saidon Bin Mat yang begitu komited dan berdedikasi dalam

menyampaikan pengetahuan, memberi peneguhan, menilai dan

memberi tunjuk ajar tanpa jemu. Saya doakan semoga En.Saidon

mendapat kerahmatan dan ganjaran yang baik disisi Allah swt.

InsyaAllah ilmu yang saya perolehi ketika menyelesaikan tugasan

ini akan saya akan aplikasikan sebagai guru pendidikan Islam. Apa yang

baik datangnya daripada Allah dan segala yang buruk pasti daripada

kelemahan diri saya sendiri.

PENDAHULUAN

2

Page 3: Profesion perguruan dari perspektif islam

Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis

pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan

negara. Profesion perguruan merupakan profesion paling utama di dalam proses

penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat.Dalam era

globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar.

Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan

dari masa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati seterusnya dapat

merealisasikan Misi Nasional seperti yang digariskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri

Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9.

Dalam usaha meningkatkan martabat profesion perguruan yang

cemerlang,maka pakatan bijak semua pihak hendaklah digerakkan sama ada secara

langsung atau tidak langsung. Pihak-pihak tersebut ialah kerajaan khususnya

Kementerian Pelajaran Malaysia serta institusi-institusi yang berkaitan, guru, pelajar,

anggota masyarakat , pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO),kesatuan-

kesatuan guru dan pihak swasta.

KONSEP PROFESION KEGURUAN

Profesion merujuk kepada satu pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang

penting. Untuk mencapai fungsi tersebut, tahap kemahiran tertentu dan suatu

pengetahuan sistematik berasaskan teori yang dipegang oleh seseorang individu

diperlukan. Pendek kata, suatu profesion ialah suatu bidang yang mempunyai ciri-ciri

seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan ikhtisas yang mencukupi, khidmat

yang diperlukan oleh masyarakat, menikmati autonomi individu dan kumpulan,

mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod

etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan hal-hal yang

berkaitan dengan pendidikan (Lieberman, 1956 ).

Mengikut Kamus Dewan ( 2005 ), ‘profesion’ ialah pekerjaan terutamanya yang

memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang

undang-undang, senibina, perubatan, perakaunan dan lain-lain.‘Cemerlang’ pula

ialah bersinar (bercahaya) dengan terang, gilang-gemilang.Dari kedua-dua

pengertian tersebut, ia memberi makna bahawa imej profesion perguruan sama ada

tinggi atau rendah, jaya atau gagal dilihat dan dinilai oleh masyarakat dari sudut

peribadi para guru dan hasilnya kepada generasi pelajar. Nilaitara-nilaitara suatu

3

Page 4: Profesion perguruan dari perspektif islam

profesion merupakan peraturan yang ditetapkan oleh organisasi supaya setiap ahli

profesional akan mematuhinya demi mengawal kualiti dan nilaitara perkhidmatan

tersebut. Secara umumnya, kita boleh menganggap bidang keguruan sebagai suatu

profesion manakala guru-guru merupakan ahli-ahli profesional dalam profesion

tersebut.

Konsep profesional pula merujuk kepada ciri-ciri atau atribut yang terdapat

dalam kalangan kalangan ahli dalam suatu profesion. Mengikut Ornstein dan Levine

(1993), terdapat empat atribut dalam suatu profesion, iaitu ahli perlu menguasai ilmu

pengetahuan yang mendalam, kecekapan dan kepakaran dalam bidang tertentu,

adanya kod etika untuk mengawal tingkah laku ahli-ahlinya serta

kebenaran/persetujuan diberi kepada suatu profesion oleh masyarakat untuk

beroperasi.

Berdasarkan atribut di atas, seorang profesional perlu menguasai

pengetahuan yang mendalam seperti mana guru melalui pendidikan formal hingga

ke tahap sarjana muda, sarjana dan doktor fasafah. Satu standard yang ditetapkan

untuk seseorang guru memperoleh latihan keguruan dalam subjek penkhususan

sebelum diiktiraf sebagai profesional. Tambahan pula, profesion keguruan

mempunyai kod etika untuk mengawal tingkah laku mereka dan kod etika ini

merupakan pegangan dan panduan seorang guru semasa berkhidmat dalam

profesion keguruan.

ISLAM MEMANDANG TINGGI PROFESION PERGURUAN.

Guru adalah merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan

dan keberkesanan para guru adalah bersandarkan tanggungjawab,kelengkapan,

keilmuan dan keluhuran peribadi. Pendidik dari kacamata Islam merupakan

murabbi, muallim, muaddib, alim atau ulama’. Mereka berfungsi bukan saja untuk

memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga masyarakat. Ia juga berkait rapat

tentang tanggungjawab, amanah, komitmen dan hubungannya dengan Allah.

Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai–nilai murni seperti

saling menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama. Para

pendidik juga berperanan menerapkan nilai kerjasama dan toleransi di kalangan

4

Page 5: Profesion perguruan dari perspektif islam

pelajar. Jika kita lihat, orang-orang Islam telah diikat oleh satu peraturan supaya

hidup berjiran dan bersahabat dengan mereka. Hak jiran tidak boleh dikurangi dan

tidak boleh boleh dilanggar sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Rasulullah

s.a.w dalam pembentukan negara Islam. Dengan ini, terciptalah satu masyarakat

yang berbilang kaum dan kepercayaan demi mewujudkan kebahagiaan bersama

dalam satu masyarakat dan satu negara.

Sikap toleransi yang diterapkan oleh guru dapat membentuk hubungan yang baik

dalam masyarakat yang mampu melahirkan integrasi nasional.Guru merupakan

golongan pendidik yang banyak berjasa serta menabur bakti untuk memberi

pendidikan kepada anak bangsa kita. Sehubungan dengan itu, ibu bapa dan para

pelajar harus dan wajar memberi penghormatan serta 2pengiktirafan yang tertinggi

atas pengorbanan dan sumbangan guru- yang sentiasa bertungkus lumus tanpa

mengenal penat lelah mendidik anak bangsa kita.

Kita juga harus meletakkan martabat guru pada kedudukan yang tinggi dan

mulia kerana para guru adalah penentu masa depan generasi muda. Prestasi, imej

dan kualiti perkhidmatan mereka yang cemerlang akan melahirkan pelajar yang

cemerlang dan seterusnya akan membentuk sebuah masyarakat yang maju dan

cemerlang juga. Golongan pendidik adalah seperti lilin, membakarkan diri demi

menerangi orang lain. Oleh sebab itu, profesion guru disanjung tinggi oleh

masyarakat.

Kerajaan menghargai sumbangan guru dengan mengistiharkan tanggal 16 hb

Mei pada setiap tahun bermula dari tahun 1975 sebagai Hari Guru. Ini salah satu

usaha kerajaan untuk mengiktiraf dan mengenang segala jasa baik para guru. Saya

berharap tuan-tuan dan puan-puan sebagai bakal guru akan terus berusaha untuk

menyemaikan dan menyuburkan budaya ilmu dalam kalangan anak bangsa agar

kita dapat mencapai sebuah negara yang maju dan unggul pada masa hadapan.

Guru ialah mereka yang menyampaikan ilmu kepada anak bangsa supaya

menjadi orang yang berguna kepada agama, masyarakat, bangsa dan negara. Ilmu

pengetahuan merupakan salah satu alat terpenting yang amat berkesan dalam

kehidupan manusia bagi mencapai kebahagian hidup, sama ada di dunia mahupun

di akhirat. Seseorang Muslim dinilai dari segi ilmu, iman serta amalannya bagi

mengukur sejauh mana ketaqwaannya kepada Allah. Ia bukan dinilai dari segi

5

Page 6: Profesion perguruan dari perspektif islam

keturunan, kedudukan, bangsa, kekayaan,rupa dan warna kulit. Allah telah

meletakkan orang yang beriman dan berilmu ke tahap yang paling tinggi, seperti

yang ditegaskan oleh al-Quran:

‘ Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman antara kamu dan orang-orang

yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat’.

Mereka yang berilmu diberi kedudukan yang paling tinggi serta dijadikan

sebagai saksi kepada manusia lain serta Allah dan para malaikat. Mereka juga

diberi kedudukan yang teristimewa sesudah para nabi, khususnya umat Rasulullah

s.a.w. Mereka diberikan tanggungjawab untuk menyampaikan seruan, memimpin

umat dan mentadbirkannya selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Dengan kata lain,

mereka sebagai pewaris yang mempusakai tugas Rasulullah s.a.w. selepas

kewafatan baginda.

Imam al-Ghazali menyatakan, ‘tidak ada martabat yang lebih tinggi daripada

martabat kenabian dan tidak ada kemulian yang lebih mulia daripada menjadi

pewaris martabat kenabian’. Kelebihan ilmu pengetahuan juga dapat ditanggapi

daripada matlamat atau tujuan diutuskan Rasulullah s.a.w. sebagai nabi dan rasul

kepada umat manusia. Di samping menjadi rasul, baginda juga berperanan sebagai

seorang guru dan pendidik. Bak kata pepatah jasa guru umpama air mengalir dari

anak sungai hingga ke dasar lautan. Merujuk kepada al-Quran, Allah s.w.t. berfirman

dalam surah al-Mujaadalah, ayat 11 yang bermaksud :

‘Nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan

orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha

Mengetahui apa yang kamu kerjakan’.

Melalui ayat ini diperjelaskan tentang martabat dan kedudukan tinggi dan mulia para

guru atau pendidik. Pendidikan adalah aset penting yang menghala tuju

pembangunan negara serta aset yang bernilai dalam pembinaan minda manusia

serta alat untuk mewujudkan jati diri atau keperibadian yang unggul. Guru perlu

memiliki sifat dan ciri-ciri unggul sebagai penyampai ilmu (yang benar), sebagai

penyemai nilai luhur, pembimbing, penunjuk ajar dan pemberi pedoman hidup serta

yang paling penting dan berkesan sebagai contoh dan teladan kepada setiap anak

didiknya. Guru yang cemerlang bukan sahaja sihat tubuh badan dan sihat pula

6

Page 7: Profesion perguruan dari perspektif islam

mental dan pemikirannya tetapi seorang yang penuh dengan sifat-sifat iltizam,

dedikasi, bertanggungjawab, komited,tekun, sabar, bertimbang rasa, rajin, ceria serta

amanah dalam menjalankan tugasnya.

Prinsip utama seorang guru yang cemerlang adalah ia mesti faham bahawa

tugas 'mengajar dan mendidik serta meneladan' adalah pekerjaan yang sangat

mulia. Guru yang mengajar anak bangsanya perlu menganggap profesion ini

sebagai satu jihad yakni menentang, membasmi dan mencegah kejahilan,

kelemahan, kealpaan, kemunduran dan kehinaan akibat tidak berilmu pengetahuan

dan menjadikanny sebagai suatu ibadah. Oleh itu seseorang guru itu akan

memainkan peranan mengikut keadaan dan situasi secara penuh tanggungjawab,

jujur dan ikhlas.

SAHSIAH GURU PENDIDIKAN ISLAM

Sahsiah menurut Kamus Dewan bermaksud keperibadian. Ia juga membawa

maksud tingkah laku, tabiat atau perangai. Dalam bahasa biasa yang digunakan

sekarang ialah “ personaliti “. Ia merujuk kepada penampilan yang mencirikan

peribadi orang berkenaan. Peribadi menggambarkan sifat personaliti individu yang

membezakannya daripada orang lain. Sifat sahsiah merangkumi gaya hidup,

kepercayaan. Harapan, nilai, motif, pemikiran, perasaan, budi pekerti, persepsi,

tabiat, sikap dan watak.

Mengikut G.W Allport dalam bukunya ` Pattern ang Growth in Personality ‘,

sahsiah ditakrifkan sebagai organisasi dinamik sesuatu sistem psikofizikal di dalam

diri seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan fikirannya yang khusus.

Sistem psikofizikal merangkumi unsur-unsur psikologi seperti tabiat, sikap, nilai,

kepercayaan dan emosi, bersama dengan unsur-unsur fizikal seperti bentuk tubuh

badan, urat saraf, kelenjar, wajah dan gerak geri seseorang (Mok Soon Sang,1999)

Sahsiah dalam Islam lebih merujuk kepada akhlak Islamiah yang berpaksikan

keperibadian dan amalan Rasullah s.a.w. sebagai contoh utama sebagaimana firman

Allah s.w.t. dalam surah al-Ahzab : 21 yang beermaksud “ Sesungguhnya telah ada

pada diri Rasullah s.a.w. contoh teladan yang baik bagi kamu (iaitu) bagi orang yang

mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut

Allah.”

7

Page 8: Profesion perguruan dari perspektif islam

Maka seorang guru, khususnya “ Guru Pendidikan Islam ” yang lebih dikenali

dalam masyarakat kini sebagai “ Guru Agama ” atau “ Ustaz ” perlu memperbaiki

keperibadian yang boleh diteladani oleh murid-muridnya.

Tidak diragukan lagi bahawa guru yang mempunyai keperibadian yang baik

akan meninggalkan kesan yang positif dalam diri murid-muridnya. Meskipun kini

terdapat pelbagai bentuk pembelajaran seperti pembelajaran jarak jauh dan

pembelajaran secara on-line dan multimedia serta mempunyai pengaruhnya yang

besar, namun ia tidak dapat menafikan status dan peranan utama guru dalam

pembentukan sahsiah murid. Alat teknologi yang moden/pasca moden walau

bagaimana canggih sekalipun tidak dapat mengambil peranan guru. Faktor manusia

tetap diperlukan dalam proses pembentukan dan pematangan sahsiah murid. Sebab

itu banyank kajian yang dibuat tentang sifat-sifat yang perlu ada pada seorang guru

yang baik dan berkesan dalam pengajran mereka.

Para sarjana pendidikan Islam telah mengemukakan berbagai-bagai sifat yang

perlu dimiliki oleh guru pendidikan Islam khususnya dan kepada guru-guru amnya.

Sifat-sifat tersebut adalah saling melengkapi. Ini menunjukkan guru perlu memiliki

sifat-sifat yang terpuji sesuai dengan sifatnya yang mulia di sisi agama Islam. Ciri-ciri

guru yang baik dalam konteks profesionalnya sebagai seorang guru muslim adalah

tidak terlepas daripada ibadat. Di antara sarjana pendidikan Islam terkemuka ialah

AsSyaibani Omar Muhamad al-Tourmy (1979). Beliau telah menggariskan sifat dan

ciri seorang guru muslim ( khususnya guru Pendidikan Islam-Penulis) seperti berikut:

(a) Sifat Rohaniah

1. Keimanan yang kental kepada Allah yang Maha sempurna.

2. Keimanan kepada hari akhirat, hari pembalasan dan seluruh para Rasul.

3. Sifat-sifat keimanan asas yang lain.

(b) Sifat-sifat Akhlak

1. Benar dan jujur

2. Menepati janji

3. Amanah

4. Ikhlas dalam perkataan dan perbuatan

5. Merendah diri

8

Page 9: Profesion perguruan dari perspektif islam

6. Sabar, tabah dan cekal

7. Hilm, pemaaf dan tolenrasi

8. Menyayangi murid, mementingkan orang lain, pemurah, zuhud dan

qanaah.

(c) Sifat Mental, Kejiwaan dan Jasmani

i.Sifat Mental

1. Cerdas (kepintaran teori, amali dan sosial)

2. Menguasai mata murid dan takhasus

3. Luas pengetahuan am

4. Cenderung kepada pelbagai bidang akliah dan ilmiah yang sihat

5. Mengenai ciri, watak, kecendungan dan keperluan murid

6. Fasih, bijak dan petah dalam penyampaian

ii. Sifat Kejiwaan

1. Sifat tenang dan emosi yang mantap

2. Optimistik dalam hidup, penuh harap kepada Allah dan tenang jiwa bila

mengingatiNya

3. Kepercayaan kepada diri dan mempunyai kemahuan yang kuat

4. Bersifat lemah lembut dan baik dalam pergaulan

5. Berfikiran selesa dan boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat

iii. Sifat Fizikal

1. Sihat tubuh badan dan terhindar dari penyakit berjangkit atau tidak

berjangkit.

2. Berperawakan tampan, kemas dan bersih.

PERANAN GURU PENDIDIKAN ISLAM

9

Page 10: Profesion perguruan dari perspektif islam

Guru adalah agen pendidikan yang berkesan (Muhammad Uthman el-

Muhammady, 1991 dlm Ahmad Mohd Salleh,1997). Walau sebaik mana pun sesuatu

sistem pendidikan itu, jika guru yang mengajar bukannya guru yang berkesan

bermakna apa yang disampaikan/diajar tidak akan difahami oleh murid dan tidak

mencapai matlamat pengajaran. Oleh itu, guru khususnya guru-guru pendidikan

Islam terbahagi kepada lima ketagori berikut :

Guru sebagai Mudarris

Mudarris bermaksud guru yang mengajar dan menyampaikan maklumat

kepada orang lain. Guru ini boleh jadi orang Islam dan bukan Islam. Kalau dia orang

Islam, boleh jadi yang taat atau yang tidak taat. Perkara yang diajar boleh jadi baik

atau tidak baik. Guru yang mengajar ilmu sihir pun mudarris, demikian juga yang

mengajar ilmu salah atau ajaran sesat. Semua mereka ini termasuk dalam kategori

mudarris. Bagaimanapun dalam konteks perbincangan kita ialah guru adalah

mudarris yang menyampaikan ilmu yang benar yang sesuai dengan peranan guru

seterusnya iaitu guru juga sebagai mu`allim.

Guru sebagai Mu`allim

Mu`allim adalah kata nama yang muncul dari kata terbitan/masdar

ta`lim(pengajaran yang benar). Muallim ialah guru yang mengajar ilmu yang benar.

Surah Al-Baqarah ayat 31 menerangkan penggunaan kalimah mu`allim yang

membawa makna mengajar perkara yang benar.

Menurut Tengku Ghani Tengku Jusoh (2002),al-Ta`lim bermaksud

mengajar,iaitu menjadikan seseorang individu memiliki ilmu pengetahuan dan proses

tersebut berlaku secara berperingkat-peringkat. Al-Ghazali mengatakan ta`lim adalah

proses menguasai ilmu yang meningkatkan manusia daripada taraf haiwan kepada

taraf manusia. Manusia sememangnya memiliki sifat-sifat yang turut dimiliki oleh

haiwan antaranya hawa nafsu, bermusuhan dan sukakan kebendaan dan pada masa

yang sama manusia mempunyai sifat mereka sendiri seperti berakal, beriman,

bijaksana dan sebagainya ( Saedah Siraj, 2001 )

Di dalam sistem pendidikan sedia ada, para guru perlu memperkemaskan lagi

peranan mereka dalam memberi ilmu kepada murid. Ini kerana, ilmu ini akan

dijadikan panduan oleh murid dan juga perisai kehidupan untuk mengawal unsur-

10

Page 11: Profesion perguruan dari perspektif islam

unsur kehaiwan yang secara semulajadi ada dalam diri manusia (termasuk

murid)dan juga meningkatkan ahklak mereka.Mengenai perkara ini,Saedah Siraj

(2001)mengatakan bahawa seorang individu yang tahu menggunakan dengan baik

dan betul unsur-unsur kemanusiaannya akan dapat mengawal unsur-unsur

kehaiwanan yang ada dalam dirinya , maka ia akan menjadi manusia sebenar

dengan memiliki akhlak yang mulia. Sebaliknya,tambah beliau , jika seorang itu

tunduk kepada seluruh unsur haiwan yang ada di dalam dirinya , maka perbuatan ,

kelakukan ,pemikiran serta rohnya juga adalah sama tarafnya dengan haiwan.

Oleh itu , dalam pembangunan bangsa yang berasaskan ilmu pengetahuan

dewasa ini , guru , selain berperanan membentuk akhlak murid , mereka juga

berperanan sebagai mu’alim, perlu memberi tumpuan terhadap penguasan ilmu

pengatahuan (Wan Mohd. Nor Wan Daud , 1991). Dalam hal ini , guru perlu

menguasai ilmu sebagimana berikut:

i) llmu Bidang : ialah ilmu yang kita dianggap pakar dalam bidang

berkenaan dan itulah ilmu yang kita ajarkan kepada oranglain.

Dinisbahkan kepada guru Agama, maka ilmu agamalah bidang kita.

Justeru guru agama mesti dalam pengetahuannya tentang agama serta

permasalahannya dan mantap kefahamannya. Sekiranya guru tidak

menguasai bidangnya sendiri,ia tidak dapat menyampaikan pengajarannya

dengan baik dan berkesan serta tidak dapat menjawab persoalan yang

dikemukakan oleh murid kepadanya.

ii) Ilmu Fardhu Ain : bukan bermaksud hukun-hukum bersuci, solat, puasa,

zakat dan haji. Ini adalah Asas Fardhu Ain. Fardu Ain di sini bermaksud

ilmu tentang tanggungjawab setiap orang Islam, termasuk mengetahui

halal haram dan sebagainya. Sebagai seorang peniaga harus mengetahui

apa yang boleh diperniagakan dan apa yang dilarang oleh Islam. Guru

pun demikian juga. Adakah mengajar sahaja atau ada kerja-kerja lain yang

perlu dilakukan. Jika tidak seperti yang ditetapkan apa akibatnya. Ini

semua memerlukan ilmu agama khasnya yang berkaitan dengan amanah

dan tanggungjawab.

iii) Ilmu Alat pula ialah bermaksud ilmu yang perlu bagi menjalankan tugas

dengan lebih sempurna. Ini juga berdasarkan kepada bidang masing-

masing . Guru memerlukan ilmu yang berkaitan dengan pengajaran iautu

11

Page 12: Profesion perguruan dari perspektif islam

psikologi, pedagogi, sosiologi, prinsip-prinsip pengajaran, perkaedahan,

penilaian, kepimpinan, bahasa dan lain-lain.

Selaku mu`allim, dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru

sewajarnya mempunyai niat yang ikhlas, mengetahui dasar-dasar pendidikan dan

strategi mengajar yang berkesan, memberi rangsangan motivasi kepada pelajar

badan memahami kaedah pengurusan bilik darjah yang berkesan unuk

memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Di dalam proses pengajaran

dan pembelajaran , ImamAl-Ghazali menekankansupaya para guru mengajar

dengan niat untuk menyelamatkanpara muridnya daripada siksaan api neraka,

mengajar bukan untuk mendapatkan upah atau pun apa-apa ganjaran di dunia,

sebaliknya bertujuan mendekatkan diri kepada Allah, tidak memandang remeh ke

atas ilmu yang disampaikan, sebaliknya meyakininya dengan penuh bermakna,

memberi perhatian kepada murid yang lemah selain mengamalkan ilmu mereka

yang disampaikan kepada guru. Wan Bakar Wan Dagang(1991)menambah, guru

Pendidikan Islam perlu berusaha meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan,

sentiasa memberi pendekatan pengajaran yang boleh menimbulkan minat murid

s dan merta menanam minat dan penghayatan terhadap agama; cintakan agama,

mewujudkan ciri-ciri tamadun Islam di dalam dan di luar sekolah, sentiasa

memelihara dan meningkatkan kecekapan ikhtisas dalam bidang perguruan sama

ada melalui pengkajian, menghadiri kursus, mesyuarat, persidangan, seminar

dan lawatan.( Ahmad Mohd Salleh, 1997 )

Guru sebagai Murabbi

Murabbi berasal daripada kata terbitan, tarbiyyah (pendidikan). Hasan

Langgulung (1995) merujuk perkataan tarbiyyah dalam Al-Quran Surah Isra` ayat 24

yang bermaksud : Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan

penuh kesayangan dan ucapkanlah: “ Wahai Tuhanku, kasihilah mereka

berdua sebabagaima mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil”.

Tengku Ghani Tengku Jusoh (2002) mengatakan tarbiyyah adalah

mencurahkan kasih sayang, memelihara, mendidik,mengembangkan, menyuburkan

dan membesarkan.

12

Page 13: Profesion perguruan dari perspektif islam

Peranan guru Pendidikan Islam sebagai murabbi melibatkan proses mendidik,

memelihara dan membentuk murid sehingga wujud rasa kasih sayang dan saling

percaya mempercayai antara mereka. Antara ciri-ciri guru murabbi menurut Al-

Ghazali adalah :

i. Menyayangi murid dan memperlakukan mereka seperti anak sendiri.

ii. Sentiasa menasihati murid dalam segala hal termasuk pembelajaran

dan perlakuan mereka.

iii. Menjaga disiplin murid menggunakan “Pendekatan Mencegah dan

Menegur Secara Baik” terhadap perlakuan maksiat dan juga

menggalakkan perlakuan makruf secara kasih sayang.

Bagi Ahmad Mohd Salleh (1997) pula, antara ciri-ciri guru murabbi adalah :

i. Mengutamakan keselamatan dan kebajikan murid.

ii. Bersikap adil terhadap murid tanpa mengira latar belakang keluarga,

keupayaan akademik dan ekonomi.

iii. Merahsiakan maklumat sulit murid kecuali kepada yang berhak.

iv. Bersedia membimbing murid serta menunjukkan cara berpakaian,

pertuturan dan tingkah laku sebagai contoh yang baik kepada murid.

Guru sebagai Muaddib

Salah satu peranan utama guru adalah bertindak sebagai mua`ddib (Syed

Muhammad Naquib al-Attas, 1986; Zawawi Hj. Ahmad, 1992). Berhubung perkara

ini, Rasullullah saw mengatakan bahawa Allah swt sendiri yang telah mendidik

baginda dengan sebaik-baik pendidikan. Syed Muhammad Naquib al- Attas (1986)

lebih menekankan peranan guru sebagai muaddib berbanding murabbi dan mu`allim.

Beliau menggunakan perkataan ta`dib untuk menjelaskan erti pendidikan. Menurut

beliau, pendidikan Islam adalah lebih tepat dan berorentasikan kepada istilah ta`dib.

Ini kerana peranan guru yang paling menonjol, menurut beliau, adalah sebagai

muaddib. Terdahulu, al-Ghazali dalam menghuraikan konsep ta`dib oleh guru,

mengatakan bahawa ta`dib adalah :

“ Proses mendisiplinkan kedua-dua aspek spiritual dan fizikal manusia, yang

turut melibatkan perkataan, perbuatan, kepercayaan dan niat seseorang dan proses

ini melibatkan penguasaan ilmu pendidikan dan perubahan sahsiah bertujuan

13

Page 14: Profesion perguruan dari perspektif islam

mencapai akhlak yang mulia-proses ini melibatkan menahan nafsu dan disiplin yang

tinggi (riyadah).”

Abdullah Nasih `Ulwan (2002) mengatakan guru-guru dalam kategori ta`dib

perlu sedar dan insaf bahawa mereka sebenarnya menjadi ikutan dan teladan murid.

Oleh kerana itu, menurut Abdul Raof Dalip (1985,1993), guru-guru tersebut perlu :

i. Menanam dalam dirinya dan juga muridnya rasa cinta dan taat kepada

Allah.

ii. Menanamkan kepercayaan yang benar di dalam jiwa murid

iii. Mendedahkan dan memahamkan murid mengenai jenis-jenis ibadah

yang wajib dilaksanakan.

iv. Menaikkan semangat murid serta menimbulkan minat mereka untuk

mempraktiskan ajaran agama sehingga menjadi kebiasaan mereka.

Menurut Husain Mazhahiri (1993),Ibrahim Amini (1997) dan Abdullah Nasih

`Ulwan (2002), sebagai mua`ddib, guru wajib memiliki sejumlah sifat-sifat terpuji dan

sifat sifat terpuji yang paling utama adalah zuhud dalam proses mendidik bukan

kerana inginkan balasan kebendaan (wang,pangkat) dan penghormatan masyarakat

tetapi semata-mata bertujuan untuk mendapatkan keredaan Allah.

Bagaimanapun, Husain Mazhariri (1993) dan Ibrahim Amini (2001)

mengatakan dalam soal menerima balasan kebendaan (ganjaran-upah-gaji) dalam

proses mendidik murid, tidak bermakna guru tidak boleh menerima ganjaran

daripada usaha mereka. Apa yang perlu difahami di sini ialah kemuncak matlamat

kerja yang dilakukan seharusnya tidak diukur berdasarkan kepada pencapaian

kebendaan (berapa ganjaran yang diterima) kerana ini akan membahayakan

peningkatan diri dari aspek spiritual, kemuliaan individu yang berilmu di sisi Allah

akan tercemar apabila mereka mengajar sesuatu ilmu bertujuan hendak memperoleh

balasan kebendaan (ganjaran-upah-gaji). Ini kerana menyampaikan sesuatu

kebenaran atau ilmu Allah merupakan tugas dan tanggungjawab yang wajib

dilaksanakan oleh individu-individu yang berilmu; dan bukan hanya dengan diberi

ganjaran barulah mereka mahu melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka.

Individu-individu tertentu yang dekat dengan Allah seperti nabi dan rasul tidak

pernah, walaupun sekali, mengharapkan sebarang balasan kebendaan apabila

menyampaikan sesuatu kebenaran ataupun ilmu Allah. Dari aspek kualiti pengajaran

14

Page 15: Profesion perguruan dari perspektif islam

pula,kualiti pengajaran guru-guru (yang mengajar sesuatu ilmu bertujuan hendak

memperoleh balasan kebendaan (ganjaran-upah-gaji). Ini kerana menyampaikan

sesuatu kebenaran atau pun ilmu allah merupakan tugas dan tanggungjawab yang

wajib dilaksanakan oleh individu-individu yang berilmu ; dan bukan hanya dengan

diberi barulah mereka mahu melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka .

Individu-individu tertentu yang dekat dengan allah seperti nabi dan rasul tidak pernah

, walaupun sekali, mengharapkan sebarang balasan kebendaan apabila

menyampaikan sesuatu kebenaran ataupun ilmu allah .Dari aspek kualiti pengajaran

pula, kualiti pengajaran guru-guru (yang mengajar sesuatu ilmu bertujuan hendak

memperoleh balasan kebendaan-ganjaran-upah–gaji) akan menurun apabila mereka

tidak menerima ganjaran tinggi yang mereka harapkan.

Selain dari itu , ini juga akan membahayakan pencapaian murid kerana ;

kualiti pembelajaran menurun apabila kualiti pengajaran guru menurun ;dan kualiti

spiritual murid di sisi Allah terjejas apabila kemuliaan guru-guru mereka tercemar di

sisi Allah.

Menurut Husain Mazhahiri (1993) dan Ibrahim Amini (2001) sifat-sifat terpuji

mua’ddib yang lain adalah : Pembersihan atau penyucian diri – para pendidik perlu

membersihkan jiwa mereka dari segala bentuk kekotoran (dosa) seperti

riak,hasad,’ujub dan pemarah , selain para guru perlu memiliki kebersihan lahiriah

(antaranya makan makanan yang suci dan bersih, menjaga kebersihan diri,memakai

pakaian yang bersih) dan berperibadi mulia.

Dalam soal ini Muhammad Uthman El-Muhammadi (1991 dlm.Ahmad Mohd

Salleh,1997) mengatakan para guru perlu menjaga kehebatan dan kehormatan diri

mereka pada pandangan masyarakat. Ini boleh dilaksanakan dengan menjaga

peribadi, bersikap merendah diri dan tahu mengambil hati orang lain.Guru juga tidak

boleh melibatkan diri dalam suasana yang boleh menjatuhkan maruahnya samada

dalam cara berpakaian, perbuatan atau percakapan lain.

Guru pendidikan islam perlu menjadikan diri mereka sebagai sumber teladan

utama kepada para murid kerana selain berperanan sebagai mua`llim, murabbi dan

mu`addib, para guru pendidikan Islam adalah individu-individu yang sangat

berpengaruh dalam pembentukan akhlak anak murid ( Abdul Raof Dalip, 1993 ).

15

Page 16: Profesion perguruan dari perspektif islam

Guru sebagai Mursyid

Mursyid dari perkataan ( Arsyada ), Mursyid adalah adalah kata pelaku (isim

Fa`el) ini sinonim perkataan (ahda) yang bermaksud memberi petunjuk. Dengan itu,

perkataan mursyid bererti orang yang memberi petunjuk. Ini juga menunjukkan

peranan seorang individu yang memberi petunjuk atau seorang individu yang

menunjukkan hidayah ( petunjuk ) kepada murid adalah bertepatan dengan tujuan

profesion keguruan Pendidikan Islam itu sendiri.

Abdul Halim Muhammad (2003) mengaitkan antara ciri-ciri mursyid dengan

peribahasa “melentur buluh biarlah dari rebung” dan hadith Rasululllah saw yang

menyarankan supaya mendidikan anak mengerjakan solat seawal usia tujuh tahun.

Nasih Ulwan (1989) memetik ayat Al-Quran yang ada kaitan dengan sifat-sifat

muryid guru Pendidikan Islam antaranya yang bermaksud : Dan ( Dia berkata ) :

“ Hai kaum Ku Aku tiada meminta harta benda kepada kamu ( sebagai upah )

bagi seruan Ku.Upah Ku hanyalah dari Allah dan Aku sekali kali tidak akan

mengusir orang-orang yang beriman. Sesungguhnya mereka akan bertemu

dengan Tuhannya, akan tetapi Aku memandangmu suatu kaum yang tidak

mengetahui. ( Surah Hud :29 )

Beradasarkan dua ayat Al-Quran di atas, ikhlas adalah sifat yang paling utama

bagi seorang mursyid. Ini bermakna, guru yang muryid ialah guru yang sedia menjadi

seorang penasihat yang ikhlas.

Berhubung dengan peranan guru sebagai mursyid, murabbi, mua`llim dan

mu`addib, Husain Mazhahiri ( 1993,1994 ) dan Ibrahim Amani (2001) mengatakan

bahawa pendidik yang telah membimbing murid berjaya menghidupkan roh mereka

adalah satu kejayaan yang sangat besar kerana dapat membentuk golongan murid

yang berakhlak mulia khususnya dan masyarakat amnya.

Guru sebagai Da ‘ie:

Da`ei: bermakna orang yang mengajak orang lain berbuat kebajikan. Ini

maknanya guru bukan sahaja menyampaikan pelajaran, tetapi juga juga menagajar

dan mengajar muridnya melakukan kebajikan dan meninggalkan kejahatan. Dengan

itu guru haruslah terdiri daripada orang yang melakukan kebajikan dan menjauhi diri

daripada segala bentuk kemungkaran dan membolehkan menjatuhkan martabatnya.

16

Page 17: Profesion perguruan dari perspektif islam

Dengan erti kata lain guru perlu berusaha membentuk diri sebagai contoh terbaik

kepada anak muridnya. Hal ini akan lebih memudahkan proses pembentukan

sahsiah murid.

Guru perlu berusaha sedaya upaya mencontohi peribadi Rasullullah saw

kerana baginda telah dinobatkan oleh Allah sebagai contoh terbaik (model terbaik)

untuk seluruh umat manusia sebagaimana. Firman-Nya dalam surah Al-Ahzab ayat

21 : Maksudnya “ Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah saw contoh teladan

yang baik bagi kamu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan

(kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah”.

Sehubungan itu, Nasis `Ulwan (2002) mengatakan : Keteladanan dalam

pendidikan adalah metod berkesan yang paling meyakinkan keberhasilannya dalam

mempersiapkan dan membentuk anak di dalam moral, spiritual dan sosial. Hal ini

kerana pendidik adalah contoh terbaik dalam pandangan anak yang akan ditirunya

dalam tingkah lakunya, disedari atau tidak, bahkan tercetak dalam jiwa dan perasaan

suatu gambaran pendidik tersebut, baik dalam ucapan atau perbuatan baik material

atau spiritual diketahui atau tidak diketahui.

Oleh kerana itu, tidak kira sama ada guru berperanan sebagai mu`allim,

murabbi,mu`addib mahu pun da`i, tidak boleh tidak, sepertimana yang disepakati

juga oleh pakar-pakar pendidikan, mereka perlu menyediakan diri sebagai qudwah

hasanah (model terbaik) kepada murid kerana sifat tersebut adalah salah satu

daripada sunnah Rasul dengan Rasullullah saw sebagai modelnya yang terbaik.

ETIKA KEGURUAN ISLAM

Maksud Etika

17

Page 18: Profesion perguruan dari perspektif islam

Menurut Kamus Dewan (1995) bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat

atau tingkah laku atau kesusilaan. Menurut Kamus Oxford (1994) pula ia bermaksud

prinsip moral atau set prinsip moral. Dari perspektif Islam pula, etika merujuk kepada

tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan Al-Sunnah hasil dari ketaqwaan kepada

Allah.

Etika boleh dianggap sebagai satu disiplin yang menilai betul atau salah. Etika

bergerak selari dengan akauntabiliti/tanggungjawab sebagai pekerja dan kakitangan.

Akauntabiliti setiap pegawai dan kakitangan kerajaan ialah untuk mengikuti dan

patuh kepada arahan dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Kepentingan Etika Keguruan

Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion

keguruan. Kod etika dianggap penting kerana:

i. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku

dalam profesion keguruan, - sesuai untuk dirujuk dan diamalakan oleh

guru.

ii. Kod Etika Keguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab

guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan,-Guru lebih

faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.

iii. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini

menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain,-

guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara

ini ataupun di nagara lain.

iv. Kod etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod

ini dapat dilakukan,- kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat

menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan

dikuatkuasakan.

v. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi emej profesion

perguruan secara hitam putih dan rasmi,-membuka mata masyarakat

untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat serta

menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.

vi. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang pebting dalam sesebuah

organisasi,- pengalaman etika dapat mengekal dan memelihara

18

Page 19: Profesion perguruan dari perspektif islam

kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas serta memupuk

tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan antara ahli

dalam organisasi(INTAN,1991)

ETIKA KEGURUAN ISLAM

Bermaksud satu set tingkah laku atau tanggunggjawab guru terhadap pencipta

(ALLAH), terhadap diri,teradap ilmu, terhadap profesion, terhadap masyarakat dan

negara, terhadap murid, terhadap rakan sejawat dan terhadap ibu bapa pelajar serta

masyarakat dan negara lain.

Tergolong dalam kelompok guru pendidikan islam (Guru Agama – Ustaz) yang

mempunyai sahsiah yang baik juga ialah guru pendidikan islam yang mengamalkan

etika keguruan islam yang standard . Kod etika berkenaan memperincikan secara

khusus sifat dan ciri tertentu yang menjadi garis panduan guru-guru muslim

khususnya guru pendidikan islam yang baik personaliti mereka.

Ustaz Abdul Ghani Shamsudin bekas pensyarah Akedemi islam Universiti

Malaya,telah merumuskan Etika Kerguruan Islam sebagaimana berikut :

a) Tanggungjawab Terhadap Allah

Etika guru muslim terhadap Allah ialah seperti berikut :

i. Seorang guru Muslim hendaklah sentiasa memantapkan keyakinan dan

keimanan kepada Allah di samping mengukuhkan ke hubungannya

yang berterusan denganNya.

ii. Sifat istiqamah, iltizam semangat berbakti dan beramal soleh

hendaklah menjadi amalan harian.

iii. Guru Muslim mesti menghayati rasa khusyuk, takut dan harap kepada

Allah.

iv. Guru Muslim hendaklah prihatin untuk sentiasa mengagungkan syiar

agama Islam dan berusaha ke arah mendaulatkan syariat Islam.

v. Guru Muslim mesti melaksanakan kewajipan agama, menghindari

laranganNya dan menyempurnakan segala hak dan

tanggungjawabyang berkaitan dengannya.

19

Page 20: Profesion perguruan dari perspektif islam

vi. Guru Muslim hendaklah bersyukur kepada Allah di samping selalu

berdoa kepadaNya dengan membaca ayat-ayat Allahdan merendahkan

diri ke hadratNya.

b) Tanggungjawab Terhadap Diri

i. Guru Muslim hendaklah memastikan keselamatan diri sendiri, sama

ada dari aspek fizikal, emosional, mental mahupun moral.

ii. Prihatin terhadap kebersihan diri, pakaian, perawakan dan tempat

tinggal.

iii. Memahami kekuatan dan kelemahan diri untuk boleh dimanfaatkan

serta ditingkatkan dari segenap aspek.

iv. Meningkatkan kesejahteraan diri agar dapat berkhidmat selama dan

sebanyak mungkin kepada Allah, masyarakat dan negara.

v. Melibatkan diri dengan program dan agenda yang boleh meningkatkan

kualiti profesion sebagai seorang guru.

c) Tanggungjawab Terhadap Ilmu

i. Memastikan penguasaan ilmu takhassus secara mantap dan

mendalam.

ii. Beriltizam dengan amanah ilmiah.

iii. Prihatin untuk mengamalkan dan mengembangkan ilmu yang dipelajari.

iv. Sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terbaru dalam pengajaran

ilmu yang berkaitan.

v. Dari semasa ke semasa guru Muslim hendaklah menelurusi sudut atau

dimensi spirituality islam dalam pelbagai lapangan ilmu pengetahuan.

vi. Sentiasa memanfaatkan ilmu untuk tujuan kemanusiaan, kesejahteraan

dan keamanan umat manusia sejagat.

d) Tanggungjawab Terhadap Profesion

i) Seorang guru tidaklah harus bertinkah laku begitu rupa sehingga boleh

mencemarkan sifat profesionnya dan yang mana menyebabkan kurang

kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.

20

Page 21: Profesion perguruan dari perspektif islam

ii) Dia tidaklah harus bertingkah laku yang boleh kepada jatuhnya maruah diri

dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.

iii) Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah

menjalakannnya dengan jujur.

iv) Tanggungjawab utama seorang guru ialah terha dap pelajarnya.

Kepentingan para pelajarnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain

seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian.

v) Dia haruslah menumpukan perhatian dan pengajaran untuk semua pelajar

tidak kira bangsa, agama atau kepercayaan.

vi) Dia haruslah bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha

membentuk tingkah laku para pelajar ke arah matlamat-matlamat yang

diterima oleh masyarakat.

vii) Dia haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan terhadap setiap

pelajarnya.

viii) Dia harus mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua

pelajar tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan

politik, tempat asal keluarga, intelek, akademik dan status-status lain.

ix) Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu di kalangan pelajar

dan memandu mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi

jasmani, intelik daya cipta dan rohani.

x) Dia harus mengormati hak setiap pelajar supaya maklumat-maklumat sulit

mengenai diri para pelajar tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain

yang tidak berkenaan.

xi) Dia tidaklah harus bertingkah laku terhadap para pelajarnya begitu rupa

yang boleh membawa jatuhnya darjat perfesion perguruan.

xii) Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan

pelajar, masyarakat awam atau negara.

xiii) Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap para pelajarnya

supaya mereka dapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia

dan beragama.

xiv) Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh

mengurangkan keyakinan diri para pelajarnya dan ibu bapanya.

xv) Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh yang baik

terhadap pelajar.

21

Page 22: Profesion perguruan dari perspektif islam

xvi) Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada para pelajarnya

untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu

sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan.

xvii) Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau

pengajaran persendirian.

xviii) Dia tidaklah harus memaksa kepercayaan keagamaan, politik persendirian

terhadap para pelajarnya.

xix) Dia tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa para

pelajar atau ahli-ahli masyarakat dalam menjalankan tugas-tugas

profesionnya.

xx) Dia tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain.

xxi) Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah

menggunakan cara-cara yang sah sahaja ( iaitu berdasarkan kecekapan ).

xxii) Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan

namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion

perguruan.

e) Tanggungjawab Terhadap Pelajar/Murid

i) Guru muslim hendaklah mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar

dari hal-hal lain.

ii) Bersikap adil terhadap setiap seorang tanpa mengira faktor-faktor jasmani,

mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama.

iii) Menampilkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat

memberikan contoh yang baik kepada pelajar.

iv) Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam kelas sendiri atau

dalam mata-mata pelajaran yang diajar dalam kelas tanpa sebarang

bayaran.

v) Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian,

lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau

seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

f) Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat

i) Guru muslim hendaklah mengelakkan diri daripada membuat sebarang

kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang

22

Page 23: Profesion perguruan dari perspektif islam

guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh

menjatuhkan maruah seseorang guru.

ii) Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan

sebagai guru.

iii) Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin

dan bersungguh-sungguh serta mengekalkan kemajuan ikhtisas dan

sosial.

iv) Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang

baru dalam profesion perguruan.

v) Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion

perguruan.

g) Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara

i. Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh

merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara atau pun yang

boleh bertentangan dengan Rukun Negara.

ii. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu

membimbing mereka untuk menjadi warga negara yang taat setia,

bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang yang lebih tua dan

menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.

iii. Menghormati masyarakat tempat mereka berkhidmat dan memenuhi

segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa

sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.

iv. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu

bapa, institusi pendidkan dengan masyarakat.

v. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan tahap kehidupan morality,

kebudayaan dan kecendikiawanan masyarakat.

vi. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang boleh diterima oleh

masyarakat dan menjalani kehidupan seharian dengan baik.

h) Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa

i) Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak

mereka.

23

Page 24: Profesion perguruan dari perspektif islam

ii) Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di

antara institusi pendidikan dengan rumahtangga.

iii) Mengganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa

mengenai rumahtangga atau anak mereka sebagai sulit dan tidak akan

dibocorkan kepada sesiapa kecuali mereka yang berhak

mengetahuinya.

iv) Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak

mereka dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa

secara teliti dan bijaksana.

v) Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan

sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu

bapa atau penjaga mereka.

vi) Mengelakkan diri daripada penggunaan atau dipengaruhi oleh

kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.

ETIKA KERJA

24

Page 25: Profesion perguruan dari perspektif islam

Di samping itu Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewujudkan ETIKA KERJA

yang diamalkan oleh setiap pendidik. Etika kerja ini merupakan panduan tingkah laku

yang menjadi pegangan setiap pendidik yang berlandaskan kepada nilai-nilai akhlak

mulia profesion perguruan. Di bawah ini diperturunkan beberapa perbincangan

mengenai etika tersebut.

1. Objektif Etika Kerja

i. Menanamkan sikap yang positif dan menghapuskan sikap negatif

dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan tugas-tugas yang

diamanahkan bagi mempertingkatkan kualiti kerja.

ii. Meningkatkan disiplin diri bagi menghasilkan perkhidmatan yang

cemerlang kepada pelanggan dan organisasi.

iii. Memberi sumbangan positif yang berterusan kepada negara.

2. Prinsip Etika Kerja

Dalam melaksanakan dan menghayati etika kerja ini, maka perlu berdasarkan

beberapa prinsip iaitu:

i. Niat yang betul:

Melaksanakan pekerjaan dengan niat yang betul adalah penting dan

dituntut oleh agama Islam yang selari dengan kehendak Falsafah

Pendidikan Kebangsaan (FPK), misi, matlamat dan objektif Kementerian

Pendidikan Malaysia. Pendidik perlu ikhlas dalam menjalankan tugas dan

tanggungjawab terhadap agama dan negara, memberi sumbangan yang

maksimum dan bermutu disamping memperbaharui niat untuk melakukan

kebaikan setiap masa.

ii. Perlakuan yang baik:

Pendidik perlu melakukan tugas dengan sempurna merupakan

tanggungjawab ke arah mencapai hasil yang berkualiti di samping

memperbaiki imej organisasi. Pendidik perlu menunjukkan penampilan diri,

pertuturan dan perbuatan yang terbaik, menghasilkan kerja yang berkualiti

25

Page 26: Profesion perguruan dari perspektif islam

secara berterusan di samping memberikan kepuasan kepada pelanggan,

menghargai dan bertanggungjawab terhadap asil usaha organisasi.

iii. Penggerak ke arah kebaikan:

Bagi setiap pendidik yang bertugas dengan Kementerian Pendidikan

Malaysia hendaklah menjadi penggerak ke arah kebaikan. Mereka perlu

menampilkan diri sebagai seorang dinamik, maju, berdaya saing dan

mendorong seseorang melakukan kebaikan. Begitu juga harus berusaha

agar hasil kerja dan amalan dapat menonjolkan ciri-ciri kecemerlangan dan

ketinggian kualiti yang boleh menjadi sumber inspirasi kepada rakan

sejawat dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi pekerja yang

terbaik.

iv. Memperkata apa yang dikatakan:

Para pendidik hendaklah sentiasa berusaha melaksanakan apa yang

dikatakan, dengan menunjukkan ketekalan dalam tanggapan, pengucapan

dan tindakan sama ada terhadap diri sendiri atau orang lain. Setiap

perbuatan yang dilakukan mesti sesuai dengan apa yang diucapkan

dengan menepati apa yang dinyatakan dalam piagam pelanggan.

v. Berdisiplin dan Beradab:

Aktiviti yang berperaturan, mulia, berdisiplin dan beradab adalah penting

ke arah melahirkan warga Kementerian yang cemerlang. Pendidik perlu

menjaga adab sopan seperti ajaran Islam, mematuhi peraturan dan arahan

perkhidmatan yang berpandukan prosedur dan kaedah yang sesuai dan

betul.

3. Nilai Utama dalam Etika Kerja

Walaupun terdapat banyak nilai murni yang terdapat dalam Islam, tetapi tujuh

nilai utama sahaja yang menjadi fokus Etika kerja Kementerian Pendidikan

Malaysia, nilai-nilai itu adalah seperti berikut,

i. Amanah:

Sifat amanah merupakan sifat yang penting dalam Islam, sifat

bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas tanpa menyalahguna

kuasa dan kedudukan. Pegawai kerajaan hendaklah sentiasa

26

Page 27: Profesion perguruan dari perspektif islam

menjalakan tugas yang diberikan dengan penuh tanggungjawab tanpa

penyelewangan dan kecuaian. Disamping itu perlu bersikap jujur dan

setia kepada organisasi tanpa menyalahkan kuasa dan kedudukan.

Menggunakan masa dengan sebaik-baiknya dan menyiapkan kerja

dalam tempoh yang ditetapkan dan tidak menggunakan masa kerja

untuk urusan peribadi. Semasa bertugas sentiasa berdisiplin dan

mengawal diri serta tidak melakukan sesuatu yang boleh

menghilangkan kepercayaan orang lain terhadap diri sendiri. Pegawai

juga bertanggungjawab melaporkan penyelewengan dan

penyalahgunaan kuasa kepada ketua jabatan.

ii. Benar:

Pegawai kerajaan perlu mempunyai niat yang baik dan jujur dalam

melakukan sesuatu pekerjaan, tanpa niat yang tersembunyi atau

mengharapkan balasan. Bercakap benar dan menepati janji dengan

tidak bercakap bohong dan mungkir janji. Semasa menjalankan tugas

pegawai perlu memberi atau menerima arahan yang jelas dan tepat

serta tidak mengelirukan. Rela berkongsi pengalaman, ilmu dan

kepakaran untuk kejayaan bersama.

iii. Bijaksana:

Dalam menjalankan tugas, seseorang pegawai menggunakan

pemikiran dengan bijaksana dalam memberi keputusan dan tindakan

yang sesuai dengan masa dan keadaan. Keseluruhan potensi,

keupayaan dan kepakaran untuk menjayakan sesuatu tugas dengan

cemerlang dan tidak mengambil jalan mudah. Kerja yang dijalankan itu,

hendaklah kerja yang bermutu tinggi dan berkualiti.

Disamping itu, pegawai perlu mempunyai fikiran yang rasional dan

pertimbangan yang saksama dalam menyelesaikan sesuatu masalah

tanpa mengikut perasaan dan emosi, sifat bijaksana ini dapat

mempertingkatkan ilmu pengetahuan, kepakaran dan profesionalisme

perguruan.

27

Page 28: Profesion perguruan dari perspektif islam

iv. Bersyukur:

Perasaan dan perlakuan yang menghargai anugerah dan nikmat yang

diterima dalam masa menjalankan tugas. Menghargai anugerah dan

nikmat yang diterima tanpa mengaggap kejayaan sebagai hak, begitu

juga bersedia memberi pengiktirafan kepada mereka yang berjaya

tanpa sebarang prasangka, dendam dan menabur fitnah.

Pegawai perlu dalam keadaan tenang dalam menghadapi sebrang

masalah dan reda menerima ketetapan, kegagalan dan ujian serta

tidak putus asa. Perkara yang penting adalah berpuas hati dengan

nikmat yang diperolehi seperti ganjaran yang diterima dan kemudahan

yang disediakan oleh kerajaan.

v. Dedikasi:

Bekerja dengan penuh minat dan rela mengorbankan masa dan tenaga

secara berterusan dalam menghasilkan kerja yang berkualiti. Bekerja

tanpa rasa jemu dan bosan serta bersedia untuk menerima tugas

dengan tidak mencari sebarang helah.

Sanggup bekerja dengan berkorban masa dan tenaga demi

kepentingan perkhidmatan, begitu juga bekerja dengan penuh yakin

dan tekun serta bersikap positif dalam melaksanakan tugas, pegawai

bekerja dengan menghasilkan kerja yang berkualiti. Dalam

melaksanakan tugas, pegawai perlu bertanggungjawab dengan penuh

sabar, teliti dan ceria, tidak cuai dan merungut sebarang kerja yang

diberikan kepadanya. Seorang pegawai perlu bersikap cergas dan

pantas bekerja dan hasilnya menepati kehendak organisasi sendiri.

vi. Ikhlas:

Berhati suci dalam menunaikan tanggungjawab untuk menghasilkan

kerja yang terbaik tanpa mengharapkan ganjaran, menerima tugas dan

tanggungjawab dengan rela dan hati yang suci, tidak berpura-pura atau

mengelak daripada menerima sebarang tanggungjawab.

28

Page 29: Profesion perguruan dari perspektif islam

Pegaeai menjalankan tugas semata-mata untuk mencapai matlamat

organisasi, bukan kerana pangkat, kedudukan atau mendapat

perhatian orang lain. Dalam menjalankan tugas, seorang pegawai perlu

memberi layanan yang baik tanpa mengira pangkat, status atau

kedudukan dan bersikap tidak pilih kasih, begitu juga bersedia

menerima teguran dan kritikan dengan hati dan fikiran yang terbuka.

Setiap pegawai bekerja dalam semangat saling hormat –menghormati

antara satu sama lain tanpa sebarang kepentingan.

vii. Penyayang:

Pegawai mempunyai perasaan dan perlakuan yang menunjukkan sikap

memahami, menghargai dan mengambil berat dalam menjalankan

tugas. Bersikap pemaaf dan penyayang, tidak berdendam, sombong

dan suka meninggi diri. Pegawai perlu menganggap setiap orang

mempunyai harga yang perlu dihormati, tanpa sebarang prasangka

buruk dengan bersifat bertimbang rasa dan suka mengambil berat

dalam melaksanakan tugasnya.

Bekerja dengan menjadikan organisasi sebagai sebuah keluarga besar

yang penuh kemesraan, dan bersifat simpati.empati dalam

menjalankan tugas seharian.

PERKEMBANGAN DUNIA PENDIDIKAN

29

Page 30: Profesion perguruan dari perspektif islam

Bidang pendidikan sentiasa berkembang dan mengalami perubahan mengikut

tuntutan zaman, perkembangan pesat percantuman pelbagai teknologi maklumat

dan komunikasi seperti internet serta mendepani arus globalisasi,dunia telah

membawa banyak cabaran kepada kita. Kita tidak dapat menyangkal betapa

cepatnya ICT merubah dunia pembelajaran, umpamanya muncul pembelajaran

melalui 'online'. Para guru pada hari ini perlu bersikap produktif, proaktif dan

responsif terhadap perkembangan kecanggihan teknologi yang telah banyak

mengajar anak bangsa kita supaya menjadi satu 5bangsa yang maju. Ilmu dan

kemahiran dalam teknologi maklumat dan komunikasi yang dikuasai guru dapat

digunakan sebagai pemangkin ke arah menghasilkan pendidikan yang cemerlang

dan berkualiti.

Sebagai pemangkin, guru perlu menggunakan kemudahan teknologi

maklumat dan komunikasi bukan hanya untuk menyampaikan ilmu di dunia semata-

mata, tetapi juga untuk meraih kepentingan ilmu akhirat kerana pendidikan berkualiti

hanya akan dapat dicapai melalui keseimbangan dalam kedua-dua ilmu tersebut.

Penguasaan ilmu yang seimbang antara duniawi dan ukhrawi, insya-Allah akan

dapat melahirkan generasi yang berilmu,bertakwa, berkualiti, mampu bersaing dan

bersesuaian dengan kehendak pasaran dunia pada alaf baru ini.Sesungguhnya Allah

s.w.t. telah mengangkat darjat orang yang beriman dan berilmu dalam kalangan kita

semua. Oleh yang demikian, profesion perguruanadalah merupakan satu profesion

yang tinggi nilainya di sisi Allah s.w.t. Ini telah ditegaskan oleh Allah s.w.t. di dalam

firman-Nya dalam surah az-Zumar,ayat 9 yang bermaksud:

‘Katakanlah: Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan

orangorang yang tidak mengetahui?

Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan

hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.

PENDIDIKAN DI MALAYSIA.

Pendidikan adalah penting di dalam pembangunan sesebuah negara kerana ia

mempunyai pelbagai nilai bagi menjamin kemajuan sosial sesebuah negara.

a.Pendidikan sebelum merdeka

30

Page 31: Profesion perguruan dari perspektif islam

Semasa penjajahan British, sistem persekolahan yang diamalkan adalah dasar

‘pecah’ dan ‘perintah’. Kerajaan British mengamalkan dasar ‘laissez-faire’ dengan

membiarkan tiap-tiap sistem persekolahan itu berkembang mengikut haluan masing-

masing. Kesannya, telah wujud empat sistem persekolahan yang berbeza di negara

kita pada masa itu. Hal ini menyebabkan jurang ekonomi dan sosial yang semakin

ketara dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum. Kaum Melayu dengan sekolah

pondok yang bersifat tradisional memperlihatkan mutu pendidikan yang amat

terbatas dan sekolah-sekolah Melayu ini didirikan atas daya usaha orang

perseorangan. Manakala kaum Cina dengan sekolah Cina yang diusahakan oleh

sukarelawan Cina, sedangkan sekolah Tamil pula diuruskan oleh kaum India,

menakala Sekolah Inggeris pula diambil alih oleh mubaligh-mubaligh Kristian.

b. Perwujudan sistem pendidikan kebangsaan.

Sistem persekolahan yang berbeza mempunyai haluan masing-masing dan tidak

dapat melahirkan satu identiti bangsa. Atas rasa kesedaran kebangsaan menerusi

pendidikan sebagai alat untuk mencapai perpaduan bangsa, maka satu

jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji sistem pendidikan yang sedia ada.

Cadangan itu dikenali sebagai Penyata Razak 1956. Laporan Penyata Razak 1956

mengemukakan dua cadangan utama yang menjadi teras pembangunan pendidikan

negara. Pertama, laporan ini mencadangkan setiap kanak-kanak diberi peluang

mendapat pelajaran apabila mencapai umur persekolahan. Kedua, mengesyorkan

perwujudan satu sistem pendidikan bagi semua kanak-kanak agar dapat melahirkan

rakyat yang bersatu padu dan berdisiplin.

Bagi mencapai matlamat ini, Penyata Razak mengutamakan sistem pelajaran

kebangsaan yang pertama di Tanah Melayu. Penyata Razak ini kemudian dijadikan

Ordinan Pelajaran 1957 yang mengasaskan satu sistem bercirikan nasional dan

menjamin tempat di sekolah-sekolah rendah bagi setiap kanak-kanak di negara ini.

Penyata Razak ini telah diperakui dan diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran

tahun 1957. Ordinan ini juga mewajibkan semua jenis sekolah menggunakan

sukatan pelajaran yang sama. Laporan ini turut mengakui tujuan kerajaan untuk

menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar secara langsung berkait

rapat dengan usaha pembinaan negara. Bahasa Melayu digunakan dalam konteks

31

Page 32: Profesion perguruan dari perspektif islam

untuk membantu perpaduan kebangsaan dan menjadi wahana yang berkesan untuk

komunikasi pelbagai kumpulan etnik dan masyarakat pelbagai dialek.

Selain itu, Bahasa Melayu juga dapat membantu pembentukan jati diri

bangsa Malaysia yang menggunakan bahasa komunikasi yang mudah difahami.

c.Dasar Mewujudkan Perpaduan dan Pembangunan Negara.

Sejarah pendidikan di negara ini, terutamanya selepas merdeka telah dirangka bagi

pembinaan semula bangsa Malaysia yang bersatu padu dan mempunyai wawasan

hidup bersama berprinsipkan kepada keadilan sosial. Penekanan kepada konsep

‘Malayanization’ ialah membina satu bangsa Malaysia yang mempunyai taat setia

dan cintakan negara serta dapat menyumbang ke arah masa depan pembangunan

bangsa.

d.Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Selepas peristiwa 13 Mei 1969, berlakunya rusuhan kaum yang mengancam

keselamatan negara. Kerajaan menyedari bahawa pendidikan menjadi alat

perpaduan untuk membina rakyat yang bersatu padu dan merapatkan jurang

kemiskinan. Pembangunan pendidikan mestilah selaras dengan ideologi dan hasrat

negara untuk mencapai perpaduan kaum supaya menjadi satu kesatuan nilai untuk

menyatupadukan rakyat dan mewujudkan integrasi nasional.

Dasar Pendidikan Kebangsaan telah menggariskan 14 sasaran Kerja Utama

bagi mencapai matlamat wawasan pendidikan. Sasara kerja yang berkait rapat

dengan dengan aspek perpaduan dan pendidikan ialah Perpaduan Negara dan

Kurikulum. Dasar Pendidikan Kebangsaan memberi penekanan terhadap:

a. Penguasaan dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira (3 M);

b. Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah pada tahun 1982;

c. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang diperkenalkan

pada tahun 1989.

Kurikulum baru ini juga menekankan perkembangan diri pelajar dari segi

jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Bertitik tolak dari sinilah hasrat untuk

32

Page 33: Profesion perguruan dari perspektif islam

melahirkan pelajar seperti yang disarankan telah diterjemahkan dalam Falsafah

Pendidikan Negara (FPN):

’Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh untuk mewujudkan

insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani

berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran masyarakat dan negara’.

Rakyat Malaysia yang mempunyai nilai-nilai murni seperti percaya kepada

Tuhan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, setia kepada negara dapat

direalisasikan ke arah:

a. Perpaduan kaum dan polarisasi kaum;

b. Meneguhkan pembentukan sikap kenegaraan;

c. Penerapan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia;

d. Penerapan nilai-nilai Islam; dan

e. Pembentukan insan yang harmonis dan seimbang.

Kesemua penyataan ini menjadi asas kepada pembentukan Rukun Negara

yang mengamalkan prinsip-prinsip mulia untuk menjadi warganegara yang bersatu

padu, demokratik, adil, toleransi, progresif dan hidup dalam suasana aman dan

makmur. Penerapan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam rancangan kurikulum

adalah atas kesedaran bahawa:

a. Sekolah merupakan agen yang menjalankan tugas penyebaran ilmu

pengetahuan dan pembentukan akhlak yang murni bagi kanak-kanak .

b. Melalui sistem pendidikan, kanak-kanak akan dilatih atau diasuh mengikut

nilai-nilai dan norma-norma masyarakat yang dicita-citakan.

33

Page 34: Profesion perguruan dari perspektif islam

Peranan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Peranan kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia dalam

memartabatkan profesion ini merupakan kekuatan utama kerana kerajaan yang

bertanggungjawab dalam penggubalan dasar-dasar pendidikan negara. Jika dilihat

dalam misi nasional yang telah dilancarkan semasa pembentangan Rancangan

Malaysia Ke-9, Perdana Menteri Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi telah

menggariskan lima teras utama iaitu:

Teras 1 : Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi.

Teras 2 : Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta

memupuk ‘minda kelas pertama’.

Teras 3 : Menangani masalah ketidak-samaan sosioekonomi yang berterusan

secara membina dan produktif.

Teras 4 : Meningkatkan tahap dan kemampuan kualiti hidup

Teras 5 : Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan.

Di antara kelima-lima teras ini, teras yang kedua merupakan teras yang

berkait rapat dengan tindakan kerajaan untuk meningkatkan martabat profesion

perguruan. Dalam tempoh rancangan tersebut, usaha dipergiatkan bagi

membangunkan modal insan demi memacu transformasi negara ke arah keupayaan

ilmu pengetahuan. Antara kandungan program besar akan dilaksanakan untuk

meningkatkan martabat profesion perguruan berdasarkan Laporan Rancangan

Malaysia Ke-9, ialah:

a. Menambah baik sistem pendidikan.

Meningkatkan akses dan kualiti sistem pendidikan di semua peringkat kurikulum dan

pengajaran, pelaksanaan Kurikulum Pra-sekolah Kebangsaan yang seragam dan

berkualiti, mengkaji aktiviti kurikulum dan kokurikulum peringkat sekolah, kajian

terhadap kurikulum latihan perguruan, menambah baik kandungan mata pelajaran,

meningkatkan kemahiran pedagogi dan penggunaan ICT yang lebih meluas.

34

Page 35: Profesion perguruan dari perspektif islam

b. Kerjasama antara industri dengan institusi pengajian tinggi

Bertujuan untuk responsif kepada keperluan pasaran buruh, meningkatkan

keupayaan siswazah tempatan untuk kerjaya, program latihan praktikal

danpenempatan industri. Sistem Latihan Dual Kebangsaan akan diperbaiki lagi

melalui rundingan dengan pihak terbabit, menubuhkan Majlis Penasihat Kebangsaan

bagi pendidikan dan latihan bagi memberi panduan mengenai dasar dan strategi

berkaitan pendidikan dan industri.

c. Infrastruktur dan kemudahan.

Akses kepada pendidikan pra-sekolah akan diperluaskan dengan penyediaan lebih

banyak kelas pra-persekolahan, terutama kawasan luar bandar serta Sabah dan

Sarawak.

d. Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan.

Kualiti pengajaran di sekolah kebangsaan akan dipertingkatkan dengan 100 % guru

di sekolah menengah dan 25 % guru di sekolah rendah akan mempunyai kelayakan

ijazah pertama menjelang 2010. Peluang pendidikan untuk kanak-kanak istimewa,

pembestarian sekolah dan penggunaan teknologi dan ICT.

e. Melahirkan Institusi Tertiari bertaraf antarabangsa.

IPT akan ditanda aras mengikut piawai antarabangsa dan satu sistem penarafan

akan diperkenalkan.Lima teras Misi Nasional tersebut diperjelaskan lagi secara

terperinci dalam Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan (PTPP) 2006-2010 yang

telah dilancarkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa

Putrajaya (PICC) pada 16 Januari 2007, yang asas pembangunannya merangkumi

Misi Nasional, Dasar-dasar Pembangunan Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan,

Islam Hadhari serta Pelan Intergriti Nasional.

Matlamat pendidikan berkualiti untuk semua teras strategik PTPP adalah

untuk:

a. Membina Negara Bangsa.

b. Membangun Modal Insan.

35

Page 36: Profesion perguruan dari perspektif islam

c. Memperkasakan Sekolah Kebangsaan.

d. Merapatkan Jurang Pendidikan.

e. Memartabatkan Profesion Perguruan.

f. Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan.

Bertitik tolak dari Misi Nasional dan Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan maka

untuk mengangkat martabat profesion perguruan berbagai langkah dapat

dilaksanakan oleh kementerian seperti:

a. Membuka peluang peningkatan kerjaya.

Kerajaan mewujudkan gred baru guru berasaskan merit dan prestasi tahunan serta

menggariskan langkah-langkah bagi menambah perjawatan dan peluasan naik

pangkat guru-guru. Menerusi beberapa strategi pelaksanaan, penambahbaikan

perjawatan guru dengan menambah kuota bagi gred kenaikan pangkat guru besar

dan pengetua cemerlang akan dilaksanakan.

b. Pengambilan calon guru.

Syarat pengambilan calon guru telah diperketatkan sejak 2005 lagi dalam usaha

melahirkankan tenaga pengajar yang mahir dan berwibawa. Tiga pelan tindakan

telah dirangka mencakupi Program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan

calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Calon bagi Kursus Perguruan Lepasan

Ijazah (KPLI) perlu memiliki ijazah yang menepati bidang yang dipohon,menduduki

Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (MteST), aktif dalam kokurikulum, melepasi

tapisan keselamatan, bebas dari penyalahgunaan bahan dadah dan lulus temuduga.

Begitu juga dengan program kursus perguruan lepasan SPM pula calon perlu

melepasi syarat-syarat akademik yang ditetapkan, menduduki Ujian Sahsiah Guru,

ujian bertulis Bahasa Inggeris dan lulus temu duga. Kementerian juga telah

mengambilkira kelayakan dalam memenuhi Petunjuk Prestasi Utama untuk diberi

insentif kepada para guru. Melalui proses seperti ini dapat meyakinkan bahawa guru

yang diambil mampu menyumbang dan merealisasikan wawasan negara. Pemilihan

guru bukan sekadar akademik semata-mata malah mereka yang aktif dalam kegiatan

kokurikulum bagi membentuk modal insan yang cemerlang.

36

Page 37: Profesion perguruan dari perspektif islam

c. Menaik taraf Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru.

Dalam usaha melahir dan melestarikan guru yang berkualiti, kementerian telah

menaikkan taraf Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG).

Pengiktirafan ini telah diluluskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 Julai

2005. Dengan menaik taraf Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru

(IPG), kementerian dapat memantapkan pemilihan bakal guru dan memberi latihan

serta menambah baik karier perguruan dan persekitaran kerjanya. Proses seperti ini

dapat meyakinkan bahawa guru yang diambil merupakan guru yang mampu

menyempurnakan misi pendidikan negara. Pada ketika ini terdapat 27 Institut

Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara dan melibatkan seramai 3,129 pensyarah

dengan ‘Malaysian Quality Framework’ diguna sebagai garis panduan dalam usaha

mempertingkatkan kelayakan guru ke tahap siswazah dan memastikan tenaga kerja

yang berkualiti dapat dihasilkan. Kementerian juga telah menjenama dan

merangkaikan Institut Pendidikan Guru dengan universiti serta kolej terkenal di luar

negara dan dalam negara. Mewujudkan Program Khas Pensiswazahan guru,

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Program berkembar Praperkhidmatan

(Sarjana Muda Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) dan

Program Bahasa-Bahasa Antarabangsa.

Langkah kementerian menaik taraf IPG juga mampu melahirkan guru

siswazah yang memahami keperluan dan cabaran sekolah ke arah mencapai 9

sasaran kementerian untuk mengisi 100% guru siswazah di sekolah menengah dan

50% di sekolah rendah menjelang tahun 2010.

Semasa membentangkan bajet 2006, Perdana Menteri telah menyatakan

bahawa, kerajaan akan meningkatkan tahap latihan dan kurikulum termasuk

menarik kerjasama dan kepakaran asing dalam bidang perguruan sebagai usaha

memartabatkan profesion perguruan.

d. Guru Pendidikan Islam.

Kementerian juga akan melahirkan guru Pendidikan Islam yang berkualiti dan

berkesan dengan menubuhkan Institut Pembangunan Pendidikan Islam (IPPI).

Pendidikan Islam merupakan suatu usaha untuk memberi ilmu dan pendidikan

berteraskan wahyu kepada penganutnya supaya dapat memahami dan dapat

37

Page 38: Profesion perguruan dari perspektif islam

menghayatinya dalam kehidupan demi untuk kebahagiaan diri, keluarga, masyarakat

dan negara. Pendidikan Islam juga perlu didedahkan kepada orang yang bukan

Islam supaya mereka memahami agama tersebut dan seterusnya dapat mengikis

prasangka buruk terhadap Islam dan penganutnya serta tidak mengeluarkan tuduhan

yang tidak benar tentang Islam.

Pelaksanaan Program j-QAF (Jawi, Khatam al-Qur’an, Bahasa Arab dan

pengukuhan Fardhu Ain) sekolah rendah juga merupakan langkah untuk

14meningkatkan martabat profesion perguruan dan memperkasakan Pendidikan

Islam. Kementerian telah merangka strategi pelaksanaan program tersebut yang

melibatkan bahan, modul, prasarana, tenaga guru, penilaian dan pemantauan.

Tujuannya untuk membentuk dan melahirkan masyarakat Malaysia yang

mempunyai nilai-nilai rohani,bermoral tinggi dan mempunyai perasaan

bertanggungjawab yang berteraskan Falsafah Pendidikan Negara.

e. Kemudahan kediaman guru dan persekitaran kerja yang kondusif.

Kemudahan kediaman disediakan supaya guru lebih selesa menjalankan tugas

tanpa menghadapi masalah tempat tinggal, terutama untuk guru di luar bandar,

pedalaman dan bandar-bandar besar melalui pembinaan kuarters baru serta

membaik pulih kuarters yang sedia ada. Bagi keselesaan para guru, peruntukan

sebanyak RM690 juta disediakan untuk membina rumah guru dan dan hampir

separuh dari peruntukan tersebut untuk projek rumah guru di luar bandar.Selain itu

kemudahan bilik guru dan bilik darjah yang kondusif juga akan disediakan melalui

projek naik taraf, membina bangunan tambahan dan pembinaan bangunan-

bangunan baru. Setakat ini telah dikenalpasti sekolah usang sejumlah 5,951 buah

sekolah rendah dan 870 buah sekolah menengah yang berusia lebih 30 tahun dan

membangunkan infrastruktur yang membabitkan 767 buah sekolah rendah dan 28

buah sekolah menengah yang belum mempunyai bekalan elektrik selama 24 jam.

Langkah-langkah lain kementerian dalam mengangkat martabat profesion

perguruan ialah:

a. Memperkasakan sekolah kebangsaan.

38

Page 39: Profesion perguruan dari perspektif islam

Pendidikan awal kanak-kanak merupakan masa yang amat penting dalam

melahirkan generasi yang berwawasan. Dalam memperkasakan sekolah

kebangsaan, kementerian perlu menambahkan bilangan kelas pra-sekolah terutama

di kawasan luar bandar dan menggunakan Kokurikulum Pra-sekolah Kebangsaan.

Selain itu, kementerian menyediakan infrastruktur dan kemudahan asas yang

mencukupi serta berkualiti termasuk melengkapkan prasarana, mengubahsuai dan

menaik taraf sekolah-sekolah yang usang dan menambah bilangan bilik darjah.

b. Sistem pengawasan dan pemantauan.

Kementerian Pelajaran disaran memperkukuhkan dan memperkemaskan sistem

pengawasan dan pemantauan ke atas guruguru untuk memastikan mereka sentiasa

bertugas dengan betul, berdedikasi dan telus. Pemantauan yang sistematik

merupakan ciri penting bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran berjalan

seperti yang dirancangkan. Untuk mengetahui keberkesanan pengajaran guru

berkesan atau sebaliknya serta mengesan masalah dan membuat pemulihan.

Proses pemantauan harus dilakukan oleh pentadbir sekolah dan jemaah nazir.

Laporan pemantauan boleh digunakan untuk pengesahan dan kenaikan pangkat

guru.

c. Penguatkuasaan Akta Pendidikan.

Semasa menjadi Menteri Pendidikan, Dato’ Sri Najib Tun Razak pernah mengatakan

- ’Dengan terlaksananya kesemua akta berkenaan membolehkan kita menjalankan

transformasi yang menyeluruh kepada sistem pendidikan negara selaras dengan

wawasan negara dan tuntutan globalisasi dan zaman maklumat’. Dua akta baru telah

dikuatkuasakan iaitu Akta Pendidikan 1996 dan Akta Institusi Pendidikan Tinggi

Swasta 1996. Beliau menjelaskan, Akta Pendidikan 1996 bagi membolehkan

matlamat pendidikan diperluaskan dan disesuaikan dengan keperluan wawasan dan

tuntutan-tuntutan tersebut.

Sementara pelaksanaan Akta Institusi Pendidikan Swasta 1996 pula selaras

dengan hasrat hendak menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan

akademik. Dengan iltizam serta usaha kementerian ini seterusnya akan

diimplikasikan ke peringkat Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran

39

Page 40: Profesion perguruan dari perspektif islam

Daerah (PPD) seterusnya ke peringkat sekolah mengikut rangkaian bagi memastikan

kejayaan wawasan negara 2020 menjadi suatu kenyataan.

CIRI-CIRI GURU CEMERLANG.

Para pendidik hari ini telah memainkan peranan penting di dalam merealisasikan

aspirasi negara. Guru merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan.

Kedudukan perguruan sebagai suatu profesion di dalam Dasar Pelajaran

Kebangsaan turut menghadapi cabaran-cabaran masa kini dan akan datang. Di

tangan guru sendiri martabat profesion perguruan dapat ditingkatkan dengan

memainkan peranan dan melaksanakan tanggungjawab terhadap pelajar, ibu bapa,

masyarakat, negara, rakan sejawat dan tanggungjawab terhadap profesion

perguruan.

1. Mempertingkatkan Profesionalisme.

Guru harus sedar tentang tugas dan amanah yang dipikul untuk mendidik generasi

yang akan mencapai wawasan negara. Kemahiran dan pengetahuan dalam aspek

pendidikan perlu dikemaskini. Berusaha mengaplikasi kaedah- kaedah pengajaran

dan pendidikan terkini. Guru perlu menyambut baik dengan mengikuti kursus-kursus

pendidikan yang dianjurkan oleh pihak-pihak berwajib agar dapat mempertingkatkan

keupayaan, ketahanan dan prestasi bagi mendepani cabaran yang semakin

kompleks ini. Dengan ini suatu anjakan paradigma dapat dilakukan oleh para

pendidik.

2. Kemahiran Dalam Penggunaan ICT.

Bidang perguruan sentiasa berkembang dan berubah sejajar dengan perubahan

zaman. Perkembangan global dengan teknologi telekomunikasi dan internet

menuntut banyak cabaran kepada pendidik untuk mencapai Misi Nasional. Para guru

mesti bersikap proaktif dan terangsang dengan perkembangan teknologi yang

semakin canggih ini.Ilmu ICT mesti terlebih dahulu dapat dikuasai oleh para pendidik

sebagai golongan yang akan menyebar-luaskan kepada para pelajar. Guru juga

perlu melengkapkan diri dengan kemahiran terkini bagi menyempurnakan

penubuhan sekolah bestari yang berteraskan penggunaan komputer sebagai satu

bentuk kurikulum wawasan negara Malaysia untuk menjadikan negara maju

menjelang 2020. Guru juga harus memperlengkapkan diri secara global kerana

40

Page 41: Profesion perguruan dari perspektif islam

dalam era teknologi maklumat masa kini masyarakat terpaksa berdepan dengan

pelbagai peralatan elektronik dalam kehidupan harian sebagai cara hidup moden.

Pembestarian sekolah seperti projek Sekolah Bestari dan SchoolNet, hendaklah

dihargai oleh guru dengan menggunakan segala kemudahan semaksima mungkin.

3. Berpengetahuan, Berdaya Fikir dan Berakhlak.

Guru yang berpengetahuan perlu serba tahu dengan menambah pembacaan untuk

peningkatan ilmu serta dapat membawa isu-isu semasa untuk dibincang dan

mencari penyelesaian. Isu-isu semasa berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti,

ekonomi dan sebagainya. Guru yang berpengetahuan dapat melahirkan generasi

anak didik yang cemerlang di kemudian hari. Dalam perubahan sistem pendidikan

yang semakin mencabar ini, profesion perguruan perlu menyediakan diri dengan

amalan nilai murni dan akhlak yang terpuji. Dalam kurikulum pendidikan ditegaskan

nilai-nilai murni yang perlu diserapkan kepada pelajar dalam pengajaran. Penerapan

nilai murni ini penting untuk menyediakan para pelajar menjadi warga yang berguna

kepada bangsa dan negara.

4. Berupaya Membuat Keputusan, Menyelesai Masalah serta Berfikiran Kritis dan

Kreatif.

Para pendidik juga mesti sedar bahawa profesion mereka bukan sahaja mengajar

tetapi terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang,pelaksana, penilai, penyelia,

pengawal dan sebagainya.

5. Menyedari Tanggungjawab.

Menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing pelajar untuk mencapai

kemajuan dan wawasan, para guru perlu melaksanakan tanggungjawab terhadap:

a. Tanggungjawab terhadap pelajar seperti mengutamakan kebajikan dan

keselamatan pelajar, bersikap adil, memupuk nilai murni.

b. Tanggungjawab terhadap ibu bapa seperti mewujudkan hubungan mesra,

menghormati mereka, tidak dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi mereka

dan memberi maklumat kepada mereka untuk kepentingan anak-anak mereka.

41

Page 42: Profesion perguruan dari perspektif islam

c. Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara seperti mengelak dari menyebar

perkara negatif, menghormati masyarakat setempat serta menggalakkan kerjasama

dan persefahaman.

d. Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion seperti mengelak dari

membuat kenyataan negatif, tidak melibat diri dalam kegiatan yang menjejaskan

kepercayaan masyarakat serta membantu rakan sejawat.

6. Menjadi Guru Berkualiti.

Bagi mempertingkatkan profesion perguruan, seseorang guru mempunyai ciri-ciri

guru yang berkualiti seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara jika

mahu dipandang tinggi oleh masyarakat. Kualiti guru dapat diperkemaskan dari

masa ke semasa dengan latihan, seminar dan lain-lain kursus dalam

perkhidmatan.Penubuhan Institut Aminudin Baki (IAB) adalah untuk meneruskan

pelbagai latihan dalam perkhidmatan untuk melahirkan para guru yang lebih efisien.

Guru yang Berkesan.

Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang

berkesan itu? Ia merangkumi sebagaimana yang berikut:

1. Bersikap profesional.

2. Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.

3. Kaya ilmu pengetahuan.

4. Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.

5. Berakhlak terpuji dan mempunyai moral yang teguh.

6. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.

7. Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.

8. Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.

9. Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.

42

Page 43: Profesion perguruan dari perspektif islam

10. Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai

pendidik unggul pada setiap masa.

11. Mempastikan situasi 'guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.

12. Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai

kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.

13. Berupaya membina minda pelajar yang cemerlang akademik.

14. Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri

(bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan

situasi tertentu).

15. Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat

profesionnya.

16. Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah

bahagi.

17. Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.

PERANAN PELAJAR.

Pelajar merupakan modal insan yang akan dibentuk oleh guru.Kecemerlangan

pelajar menjadi ukuran keberkesanan pengajaran dan pendidikan para guru serta

dilihat oleh berbagai pihak. Kecekapan dan martabat profesion ini dilihat baik jika

ramai pelajar mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan awam dan sebaliknya.

Analisa peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR),

Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi

Pelajaran Malaysia (STPM) dibuat setiap kali keputusan diumumkan dan analisa

serta komen berbagai pihak akan dapat dilihat.

Pandangan umum juga melihat tahap disiplin pelajar di semua peringkat

pelajar sebagai angka tunjuk kecekapan profesion perguruan. Sejak akhirakhir ini,

masalah pelanggaran disiplin hebat diperbincangkan. Kes-kes jenayah pelajar

seperti peras ugut, pembunuhan, rogol, pelacuran, ponteng,vandalisme dan banyak

lagi salah laku pelajar semakin kerap diperbincangkan .

43

Page 44: Profesion perguruan dari perspektif islam

Oleh itu, peranan para pelajar sendiri merupakan faktor penting dalam

meningkatkan profesion ini. Pelajar mesti menyambut baik program dan dasar yang

telah ditetapkan demi untuk kesejahteraan mereka. Pelajar yang bermotivasi

mempunyai matlamat hidup masa depan. Satu model telah dirangka bagi

menunjukkan kepentingan hubungan antara pencapaian akademik dengan motivasi.

Motivasi dan matlamat ini mendorong pelajar yang cemerlang disiplin dan

cemerlang akademik.

PERANAN IBU BAPA DAN ANGGOTA MASYARAKAT.

Peranan ibu bapa dan anggota komuniti juga faktor yang boleh mengangkatkan

martabat guru. Ibu bapa sebagai anggota masyarakat mesti memainkan peranan

yang serius terhadap pendidikan anak-anak mereka.Pendidikan formal di sekolah

hanya lebih kurang 6 jam sehari sahaja dan selebihnya pelajar berada di tangan

keluarga dan masyarakat. Anggota masyarakat harus memberi maklumat dan

maklum balas kepada sekolah serta memberi kerjasama di dalam pelbagai aktiviti

pembinaan ilmu yang dijalankan oleh guru dan sekolah. Penglibatan anggota

masyarakat dalam proses pendidikan juga tidak kurang pentingnya, khususnya

institusi seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Jawatankuasa Kemajuan dan

Keselamatan Kampung (JKKK), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), jawatankuasa

masjid dan surau, RELA serta pihak Polis harus sentiasa berdamping dengan

sekolah-sekolah dan guruguru serta mengambil tahu proses pendidikan di sekolah-

sekolah di kawasan masing-masing. Mereka perlu dilibatkan bersama untuk

memainkan peranan dalam menentukan persekitaran selamat kepada pelajar dan

penduduk setempat. Konsep ‘School-Home-Community Partnership’ perlu diterapkan

dengan mengadakan program-program permuafakatan dan perkongsian yang

melibatkan pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat. Persatuan Ibu Bapa

dan Guru (PIBG) yang ditubuhkan di semua sekolah kerajaan adalah bertujuan untuk

mewujudkan pemuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah. Pemuafakatan ini

dapat membina kesefahaman tentang tanggungjawab bersama dalam usaha

meningkatkan mutu pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah. PIBG juga

sebagai pelengkap terhadap fungsi Kementerian Pelajaran dalam menyediakan

prasarana, kemudahan dan suasana sekolah yang selesa. PIBG juga berperanan ke

arah menjaga kestabilan sistem persekolahan dan perpaduan masyarakat setempat.

44

Page 45: Profesion perguruan dari perspektif islam

PERANAN PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO).

Penglibatan badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan-pertubuhan belia

seperti Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Majlis Belia Malaysia dan lain lain

juga penyumbang kepada peningkatan martabat profesion perguruan melalui aktiviti-

aktiviti penerangan kepada ahli. Sebahagian besar ahli NGO 22terdiri dari kalangan

guru-guru muda dan pelajar yang masih aktif dan bertenaga. Aktiviti-aktiviti

kepimpinan, pembinaan semangat, motivasi, gotong royong adalah antara aktiviti

positif ke arah mencapai matlamat tersebut.

Selain itu, antara pihak yang menyumbang kepada memartabatkan profesion

perguruan ialah seperti badan swasta dan kesatuan-kesatuan guru. Pihak swasta

juga harus menjalankan aktiviti-aktiviti membantu kegiatan sekolah dan guru- guru di

dalam proses pembinaan ilmu ini. Pihak swasta boleh mengambil sekolah-sekolah

berdekatan sebagai sekolah angkat mereka dan menyediakan peruntukan untuk

membantu program-program kecemerlangan di sekolah-sekolah angkat tersebut.

Dengan cara ini profesion perguruan akan lebih kukuh dan meyakinkan. Kesatuan-

kesatuan guru juga memainkan peranan dalam memperjuangkan kebajikan guru

demi meningkatkan martabat guru.

45

Page 46: Profesion perguruan dari perspektif islam

PENUTUP.

Wawasan 2020 merupakan satu wawasan yang amat mencabar bagi rakyat

Malaysia, khasnya golongan pendidik. Wawasan 2020 ini dikemukakan oleh Tun Dr.

Mahathir Mohamad pada 28 hb Februari 1991. Wawasan 2020 meletakkan

matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang maju dalam semua aspek

dan dimensi, ekonomi, politik, sosial, kerohanian,psikologi dan budaya. Hal ini

bermakna menjelang tahun 2020, Malaysia adalah sebuah negara maju, mampu

berdikari, progresif dan makmur. Objektif ini hanya dicapai jika rakyat Malaysia dapat

menghadapi dan mengatasi pelbagai halangan atau rintangan yang dianggap

sebagai cabaran. Peranan pendidikan dalam proses pembinaan bangsa Malaysia

perlu diasaskan kepada Wawasan 2020, iaitu satu gagasan pembinaan masa depan

masyarakat Malaysia yang bertunjangkan kepada Sembilan Cabaran utama. Perkara

ini bertujuan mewujudkan masyarakat adil, demokratik, penyayang, progresif dan

dinamik, masyarakat sains dan teknologi. Wawasan 2020 ini 23juga bermatlamat

perubahan futuristik Malaysia untuk membangun dan maju di masa

hadapan.Sebagai kesimpulannya, peningkatan martabat profesion perguruan

sebagaimana yang dihasratkan oleh kerajaan dapat dilakukan dengan gandingan

mantap berbagai pihak khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia, institusi-institusi

yang berkaitan serta individu terlibat dalam proses pendidikan. Usaha-usaha yang

berterusan dan kemaskini, insya-Allah akan dapat menyempurnakan wawasan

negara Malaysia bukan saja setakat 2020 bahkan melangkaui masa-masa

selepasnya.

46

Page 47: Profesion perguruan dari perspektif islam

Refleksi

Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan

salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para

sabaginda yang dirahmati Allah SWT. Saya bersyukur akhirnya kerja kursus ini

dapat diselesaikan mengikut waktu yang ditetapkan walaupun saya dihimpit

kesempitan masa sebagai guru praktikal fasa ke 2.Semasa menjalankan tugasan

ini, sayai membuat pemerhatian kepada kehendak soalan. Apa yang dikehendaki

ialah berkisar tentang profesion perguruan pendidikan Islam. Jawapan mestilah

tepat memandangkan pensyarah Ilmu Pendidikan iaitu Encik Saidon Bin Mat

merupakan orang yang begitu teliti dalam menilai jawapan dan membuatkan saya

khuatir akan jawapan yang saya berikan.

Oleh yang demikian,saya telah berusaha mengumpulkan bahan untuk

dijadikan rujukan. Untuk pertama kalinya kami telah meminjam buku di

perpustakaan Pusat Sumber Al-Farabi di Sek Agama Men. Tengku Ampuan

Jemaah .Sungguh mudah segala urusan peminjaman kerana pinjaman tidak

memerlukan kad seperti di zaman persekolahan saya. Teknologi membuatkan

manusia pantas melakukan sesuatu pekerjaan.

Setelah segala rujukan terkumpul, penelitian dijalankan dan proses

memilih rujukan terbaik, saya mendapat beberapa ilmu yang berguna dalam

profesion perguruan ini. Betapa ceteknya ilmu saya, melalui kerja kursus ini saya

banyak mengetahui tengtang sikap yang harus pada seorang guru, etika guru

pendidikan Islam dan etika kerja serta lain-lain lagi. Ini memberi kesedaran

kepada saya agar menjadi guru pendidikan Islam yang mampu mendidik diri

lantas dapat membentuk pelajar segabaimana yang dikehendaki oleh Islam dan

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Selain daripada itu, melalui kerja kursus ini juga penggunaan dan

kecekapan kami menggunakan sumber teknologi maklumat semakin baik. Selain

itu, banyak pengalaman dan teguran yang diberikan untuk saya perbaiki ketika

sesi praktikum inii.

Harapan kami semoga kerja kursus ini menepati kehendak soalan dan

mencapai markah yang cemerlang. Pengorbanan semua yang terlibat begitu

saya hargai.

47

Page 48: Profesion perguruan dari perspektif islam

Ketika menyelesaikan kerja kursus ini terdapat pelbagai rintangan pada saya

terutamanya daripada segi pengurusan masa. Tugasan di awal tahun begitu

banyak dan sesi persekolah pula tamat selewat jam 5 petang daripada hari Isnin

hingga Khamis. Tetapi saya cuba menggunakan waktu terluang dan berbincang

dengan rakan-rakan agar memberikan saya sedikit ruang untuk menyiapkan

segala kerja kursus saya.

Selain itu, ketiadaan rakan sekursus juga agak menyulitkan untuk saya

membuat perbincangan atau bertukar-tukar pendapat. Alhamdulillah teknologi

komunikasi masa kini begitu pantas, kami berhubung melalui email, facebook dan

juga telefon. Akhirnya segala masalah dapat dirungkaikan.

Sebagai kesimpulan, tugasan ini menyedarkan saya bahawa sebagai seorang

guru kita perlu sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni, sahsiah yang unggul,

mematuhi peraturan kerja dan mempunyai daya intelektual yang tinggi agar

berjaya menjadi guru yang diharapkan oleh agama, bangsa dan negara.

48

Page 49: Profesion perguruan dari perspektif islam

RUJUKAN

Abdul Halim Muhammad (2003). Keberkesanan Pendidikan Islam di peringkat

rendah dan pembentukan peribadi Muslim. Dlm. Suzalie Muhammad (Ed).

Memahami isu-isu Pendidikan Islam di Malaysia. Kuala Lumpur. Institut Kefahaman

Islam Malaysia (IKIM)

Abdul Raof Dalip (1985 ), November 17- Disember 13 ). Peranan guru agama

dalam pendidikan. Bahagian Pendidikan Islam, kementerian Pendidikan Malaysia,

Kuala Lumpur.

Abdul Raof Dalip (1993). Teknik pengajaran dan pembelajarn Pengetahuan

Agama Islam di Sekolah Menengah. Dlm. Ismail Abd. Rahman (Ed). Pendidikan

Islam Malaysia. Bangi, Selangor. Penerbit UKM

Abdullah Nasih Ulwan (2002). Pendidikan Anak-anak Dalam Islam. Terjemahan

Ahmad Semait. Syed. Pustaka Nasional Singapura.

Ahmad Mohd. Salleh (1997) Pendidikan Islam: Falsafah, Pedagogi dan

Metodologi Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ahmad Mohd Salleh, 1997 Kuala Lumpur: Pendidikan Islam, Asas Dinamika Guru.

Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti .

Hassan Langgulung (1991) . Pendidikan Islam menghadapi abad ke 21. Shah

Alam: Hizbi.

Hassan Langgulung. Prof Dr. (1995) Pendidikan Islam dan Peralihan Paradigma.

Kuala Lumpur. Pustaka Aman.

Kamus Dewan (1995), Kuala Lumpur: DBP.

49

Page 50: Profesion perguruan dari perspektif islam

Mook Soon Sang (1999). Ilmu pendidikan KPLI. Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

kuala Lumpur.

Saedah Siraj (2001). Perkembangan kurikulum: Teori dan amalan, Selangor.

Alam Pintar.

Syed Muhammad Naquib al-Attas (1986). Konsep Pendidikan Islam (Terjemahan :

Haidar Baqir ) Bandung, Indonesia: Mizan.

Tengku Ghani Tengku Jusoh (2002). Kalimah al-ta`lim dan al-tarbiyyah menurut

al-Quran. Kertas kerja Seminar Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Fakulti

Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Wan Bakar Wan Dagang (1991). Reformasi Pendidikan Islam di sekolah:

Matlamat dan harapan, kuala Lumpur: KPM BPI.

Zawawi Hj. Ahmad (1984). Pendidikan Islam. Kaedah dan Teknik Pengajaran.

Petaling Jaya. Internasional.

Zawawi Hj. Ahmad (1992). Strategi pengajaran Pendidikan Islam. Kuala Lumpur:

Fajar Bakti.

.http://www.muftiselangor.gov.my/E-book/Download/KertasKerja/T5%20Kepimpinan.pdf

50

Page 51: Profesion perguruan dari perspektif islam

Lampiran A

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

BORANG KOLABORASI

KULIAH : KDPM KDC SABK (SM) PA 5.01 Nov 2008

MATA PELAJARAN : ILMU PENDIDIKAN

TARIKH PERKARA YANG DIBINCANGKAN

CATATAN T/TANGAN NAMA AHLI

PERBINCANGANDesember 2011

Menerima soalan tugasan

Tugasan perlu dihantar pada Mac 2012

Tugasan perlu dihantar pada 5.03.2012

En. Saidon Bin Mat

4Jan 2012 Memahami kehendak soalan,

Selesaikan tugas secara individu

Membuat jadual kerja

Kerja diselesaikan secara individu

Noor Aini Samsusah

17 Feb 2012

Mencari maklumat dari sumber internet/pusat sumber

Catatkan maklumat internet

Nota ringkas Catatan bibliografi

22 Feb 2012 Menyediakan draf Menyusun maklumat

Individu

24 Feb 2012

Menghantar hasil sub-tugasan-semakan dan perbincangan dengan pensyarah pembimbing

Menganalisis maklumat

Menghubungkait maklumat yang releven

Membuat huraian terperinci

Menaip darf

Individu

27 Feb 2012

Mengemaskini kerja individu

Menganalisis maklumat

Menghubungkait

51

Page 52: Profesion perguruan dari perspektif islam

maklumat yang releven

Membuat h uraian terperinci

Menaip darf

Individu

28 Feb 2012

Menghantar hasil sub- tugasan draf selanjutnya kepada pensyarah pembimbing

Pembetulan telah dilakukan

Segala maklumat telah lengkap

Lampiran yang perlu telah dimasukkan

Tugasan telah dijid dengan kemas

En. Saidon Bin Mat

1.03.2012 Menghantar Tugasan kepada ketua

Menghantar tugasan lengkap kepada pensyarah pembimbing

Diterima dan direkodkan. Faizal Bin Zainal

En.Saidon Bin Mat

52

Page 53: Profesion perguruan dari perspektif islam

KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

________________________________________

ILMU PENDIDIKAN

“ PROFESION PERGURUAN

DARI PERSPEKTIF ISLAM ”

________________________________________

NAMA PELAJAR : NOOR AINI BINTI SAMSUSAH

NO. K/P : 760217-10-5674

NO. METRIK : 12331

KURSUS : KDPM KDC SABK SM PA 5.01 NOV 2008

PENSYARAH : ENCIK SAIDON BIN MAT

53