kesan jika guru tidak menjaga etika perguruan

Upload: myra-shah

Post on 11-Oct-2015

1.243 views

Category:

Documents


24 download

DESCRIPTION

Pembentangan EDU3108

TRANSCRIPT

Slide 1

Kesan Jika Guru Tidak Menjaga Etika PerguruanAsas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional GuruEDU3108 PPG PAI 1 Kohort 1 :Kumpulan 2Etika Keguruan.Harold Koontz & Heinz Weihrich (1990) menjelaskan etika adalah sebagai satu cabang ilmu pengetahuan yang meliputi perkara yang baik dan tidak baik seiring dengan kewajiban dan tanggungjawab moral.Dalam erti kata yang lain,etika adalah panduan dan ketetapan yang telah digariskan terhadap setiap perlakuan untuk memastikan matlamat yang ingin dicapai dapat diperolehi seperti yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, dalam konteks ingin membentuk sahsiah yang terpuji dalam diri seorang guru, adalah menjadi satu tenggungjawab bagi seorang guru untuk mempraktikkan etika keguruan dalam diri masing-masing bagi dalam usaha untuk mencapai hasrat untuk menjadi guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji.PendahuluanNamun begitu, sejak kebelakangan ini, kita telah banyak menyaksikan pelbagai isu negatif yang telah menafikan akauntibiliti dan etika perguruan dalam kalangan guru pada masa kini.Bukan sekali berita yang telah memaparkan kes tindakan salah laku guru disiarkan. Lebih membimbangkan lagi, peratus berlakunya isu yang melibatkan etika perguruan yang tidak menyenangkan tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan, malah graf pada statistik kajian ke atas perkara ini memaparkan lonjakan angka yang menggambarkan betapa parahnya isu etika perguruan yang sedang berlaku.Isu Etika Perguruan

Sepanjang tempoh bermula dari bulan Januari hingga Mei dalam tahun 2007, lebih 200 aduan telah diterima oleh pihak Kementerian Pelajaran berkenaan kes salah laku yang melibatkan guru. Terdapat beberapa jenis kesalahan utama yang telah dikenalpasti dalam aduan-aduan yang telah dibuat, seperti rasuah, tidak hadir bertugas, gangguan seksual, pecah amanah, penyalahgunaan dadah dan sebagainya. Berikut merupakan analisis jumlah peratus kesalahan yang telah dilaporkan.

Dalam akhbar-akhbar harian tempatan, baik dalam bentuk akhbar bercetak dan juga akhbar yang diakses melalui internet, setiap terbitan yang terkini tidak pernah lekang dengan topik etika perguruan. Berkesinambungan dengan analisis aduan yang terdapat di dalam Rajah 1. Berikut merupakan tajuk-tajuk utama berita, melibatkan etika perguruan yang terdapat di media massa dari tahun 2008 sehingga ke hari ini :Isu etika perguruan yang semakin parah dan berpotensi tinggi untuk menularkan kesan-kesan sampingan yang pelbagai kepada pelbagai pihak, khususnya terhadap akauntabiliti dan integriti perguruan, ekoran daripada tindakan guru yang menyalahi etika perguruan.

Implikasi /KesanMurid akan trauma untuk datang ke sekolahMurid-murid lain berfikiran negatif terhadap guru berkenaanMurid tidak berminat mengikuti pembelajaran dan pengajaran guru terbabitMurid tidak menghormati kerjaya guruMenimbulkan permasalahan yang berterusan kepada proses pembelajaranPengurusan pembelajaran dan pengajaran tidak berkualitiSistem pembelajaran negara akan tergendalaKesan Terhadap MuridMenjejas nama baik guruImej dan maruah guru dipersoalkan Guru sebagai pengganti ibu bapa di sekolah untuk mendidik tidak dipercayai dan dihormatiMasyarakat tidak yakin dengan kebolehan guru dalam mendidikKekurangan sumber guru yang berkualitiHilang integriti pada seorang guru

Kesan Terhadap GuruMasyarakat tidak lagi mengganggap sekolah sebagai institusi yang selamatSekolah tidak lagi dianggap sebagai institusi pendidikan yang memberi pendidikan berkualiti kepada murid

Kesan Terhadap SekolahGenerasi muda tidak berminat untuk menjadi guruKekurangan generasi muda yang berbakat untuk mendidik anak bangsaTidak dapat melahirkan guru-guru yang berkemahiran dalam pelbagai aspekKekurangan generasi muda yang ingin menceburi bidang perguruanMencabar kewibawaan profesion perguruanMelabelkan profesion ini sebagai pilihan terakhirJatuhnya akauntabiliti profesion perguruanKesan Terhadap Profesion PerguruanHilang kepercayaan masyarakat terhadap nilai-nilai murni seorang guruPersepsi sinis dari ibu bapa

Pengaruh yang dibawa oleh permasalahan tidak mematuhi kod etika perguruan terhadap profesion perguruan adalah begitu luas sehingga menjejaskan imej semua guru di negara kita.

Kesan Terhadap Masyarakata)Sikap guru itu.Sikap guru ini termasuklah rasa bosan yang terbit dalam diri guru setelah mereka bertahun-tahun di sekolah yang sama dan menjalani rutin harian yang sama. Guru tersebut akan mula berasa bosan dengan perkara yang hampir sama dilaluinya setiap hari. Sikap guru yang tidak bertanggungjwab dan tidak memegang amanah serta mengabaikan kod etika perguruan juga cenderung melakukan kesalah ini secara tidak sengaja. Malah mereka tidak menyedari bahawa mereka telah melakukan kesalahan yang amat berat dan melanggar etika keguruan dan secara tidak langsung merendahkan martabat keguruan dalam diri mereka itu sendiri. Selain ini minat yang hilang untuk mengajar juga merupakan salah satu faktor menyebabkan guru hilang motivasi untuk memberi komitmen yang sepenuhnya kepada sekolah.

Faktor Yang Mendorong Kepada Kelakuan Tidak Beretikab)PersekitaranApabila dikaitkan dengan persekitaran, guru yang ditugaskan di persekitaran sekolah yang harmonis akan memberikan komitmen sepenuhnya berbanding sebaliknya. Rakan-rakan kerja yang komited akan mempengaruhi sedikit sebanyak persembahan guru tersebut dalam pekerjaannya. Sekiranya guru itu ditugaskan di sekolah yang persekirannya agak pasif maka guru tersebut akan menjadi pasif dan akhirnya hilang motivasi kerja dan tidak memberi komitmen yang sepenuhnya.

Faktor Yang Mendorong Kepada Kelakuan Tidak Beretikac)Bebanan kerjaBebanan kerja guru yang semakin hari semakin meningkat merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada masalah guru ponteng. Tekanan kerja yang dibebani kadang kala menyebabkan mereka tidak bersedia untuk mengajar demi untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Guru mengambil langkah mudah dengan meminta murid untuk melakukan kerja masing-masing sementara guru tersebut menyiapkan tugasan yang diberikan kepadanya oleh pihak pentadbir. Masalah bebanan kerja ini perlu diteliti semula kerana bebanan kerja yang melampau akan menganggu proses P&P guru dan memberi tekanan emosi kepada guru sehinggakan minatnya untuk mengajar terganggu

Faktor Yang Mendorong Kepada Kelakuan Tidak BeretikaDalam memastikan guru menjaga keterampilan unggul dan tidak melanggari kod etika keguruan, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia haruslah memberi kursus dan latihan yang selengkapnya dalam melahirkan guru yang berwibawa pada masa akan datang.Seterusnya kerjasama daripada pihak pentadbir yang terdiri daripada Guru Besar mahupun Pengetua Sekolah yang tidak pilih kasih tetapi turut menilai prestasi guru-guru bawahannya secara adil dan saksama. Pihak atasan juga tidak seharusnya memberi tekanan kepada guru.Amalkan budaya CAKNA dengan menjelaskan garispanduan dan pekeliling untuk sentiasa ingat mengingati sesama guru.Selain daripada itu, guru-guru yang bakal dikeluarkan seharusnya menguasai elemen-elemen yang terdapat dalam kod etika keguruan di Malaysia sebelum mereka di tempatkan untuk mengajar kelak.Pihak kementerian pelajaran juga hendaklah mengambil tindakan tegas kepada guru-guru yang melanggar etika perguruan agar tidak lagi berlaku guru-guru yang melanggar etika keguruan. Penegasan dalam undang-undang juga akan memberi kesedaran kepada guru-guru lain agar tidak melakukan kesalahan yang sama dan berulang.Langkah Mengatasi Masalah Perlanggaran Etika Guru.Guru yang beretika sentiasa mempamerkan ciri-ciri kekuatan ilmu dan bertingkah-laku dengan keluhuran etika kerja serta menuntut kefahaman yangjelas serta mendalam, kesungguhan dan komitmen yang tinggi kepada penyempurnaan tugasannya di sekolah setiap masa dan waktu. Guru yang berjiwa waja tidak mudah mengaku kalah dalam kehidupan kerjayanyadi sekolah, dan mempunyai sikap optimistik dalam semua tindakan, serta sedia belajar dari kesilapan dan kelemahan.Orang-orang yang berfikiran dan bersikap optimistik tidak mudah melatah, merungut dan menyalahkan orang lain dan keadaan semata-mata, orang yang optimistik melihatsemuanya dari sudut yang serbaberkemungkinan berjaya dan meningkat maju, sama ada dari aspek diri peribadi mahu pun aspek organisasi.

KesimpulanSyed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon,(2012)Asas Kepimpinan & Perkembangan Profesional,Selangor, Penerbitan Multimedia Sdn. BhdAbdul Rahman Abdul Aziz (2000),Kemahiran Sosial Asas. Kuala Lumpur : UtusanPublications & Distributors.http://s6.zetaboards.com/DRAGONIZER/topic/760392/1/cuepacs.blogspot.com/2009/.../guru-bermasalah-elok-ke-pejabat.htmhttp://pendidikangurubaru.blogspot.com/2012/02/kod-etika-perguruan-malaysia.html#!/2012/02/kod-etika-perguruan-malaysia.html

Bibliografi

" Guru-guru perlu dapat menyampaikan ilmu pengetahuan secaraberkesan, menjadi pembimbing yang dihormati dan memastikandiri masing-masing dapat dijadikan contoh kepada pelajar. Olehitu pada setiap masa, kaum guru sekalian hendaklah menampilkanwatak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan berwawasan sebagaipendidik yang unggul." Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah.