12 - kkd2063 - unit 9 - etika profesion perguruan dan pembangunan sahsiah-1

Upload: narimah-hashim

Post on 05-Apr-2018

260 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 12 - Kkd2063 - Unit 9 - Etika Profesion Perguruan Dan Pembangunan Sahsiah-1

    1/17

    Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 128

    UNIT 9

    ETIKA PROFESION PERGURUAN DAN PEMBANGUNAN SAHSIAH

    HASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

    1. Menerangkan maksud etika.

    2. Membincangkan konsep etika kerja Kementerian Pelajaran Malaysia.

    3. Mengaitkan kod etika perguruan dengan amalan guru di sekolah.

    9.1 PENGENALAN

    Rajah 9.1Adakah ini merupakan etika seorang insan yang bergelar guru ?

  • 8/2/2019 12 - Kkd2063 - Unit 9 - Etika Profesion Perguruan Dan Pembangunan Sahsiah-1

    2/17

    Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 129

    Rajah 9.2 Inikah guru yang para pelajar nanti-nantikan?

    Sebagai seorang guru, anda mungkin boleh memahami situasi dan pandangan masyarakat

    terhadap guru seperti dalam Rajah 9.1 dan 9.2 di atas. Pada pendapat anda, mengapakah

    keadaan sebegitu berlaku dalam kalangan guru?

    erguruan bermaksud pekerjaan sebagai guru. Jadi ia adalah salah satu kerjaya (profesion)

    sebagaimana halnya dengan kerjaya-kerjaya yang lain dalam masyarakat seperti guaman,akauntan, perubatan, kaunseling, kejuruteraan, perniagaan dan sebagainya. Sebagai sebuah kerjaya

    keguruan, ia tertakluk kepada pelbagai syarat yang dikenakan seperti kod etika dan sebagainya yang

    bertujuan melahirkan modal insan guru yang berkualiti, berketerampilan, terpuji dan dapat menjadi model

    yang unggul kepada pelajar-pelajarnya (Hasan, 2002)

    Guru perlu mempunyai tatasusila yang tinggi dan berkomitmen menjalankan tugas sebagai

    pendidik yang baik. Sepanjang tahun 1995 hingga tahun 2008, sebanyak 41 kes keruntuhan moral

    membabitkan guru dilaporkan (Utusan Malaysia, 18 September 2008) termasuklah perbuatan sumbang

    mahram dan bersekedudukan. Media juga turut melaporkan kes-kes lain seperti guru memukul murid, guru

    besar menyembunyikan kes-kes disiplin, guru menyebarkan ajaran anti kerajaan dan sebagainya yang

    telah menarik perhatian umum serta menguji kredibiliti profesion perguruan.

    Pendedahan-pendedahan salah laku guru-guru boleh mengakibatkan kewibawaan profesion

    perguruan tergugat pada mata umum. Hal ini bertentangan dengan peranan dan tatasusila dan kod etika

    perguruan di Malaysia yang menyatakan guru perlu mematuhi kod etika perguruan iaitu menjalankan

    tanggungjawabnya guru kepada pelajar, ibu bapa pelajar, rakan sejawat dan masyarakat dan Negara.

    Jelasnya, guru sepatutnya tidak mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku terhadap pelajar tetapi

    sebaliknya membantu mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi. Selain itu terdapat kes di mana guru

  • 8/2/2019 12 - Kkd2063 - Unit 9 - Etika Profesion Perguruan Dan Pembangunan Sahsiah-1

    3/17

    Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 130

    menyebarkan sesuatu yang menjejaskan keselamatan negara. Hal ini bertentangan dengan tanggung

    jawab guru yang sepatutnya tidak menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan

    pelajar, masyarakat atau Negara (Utusan Malaysia, 18 September 2008). Oleh yang demikian, EtikaProfesion Perguruan penting untuk menjadi panduan guru-guru dalam menjalankan tugas mendidik. Bakal-

    bakal guru harus mengetahui kod etika profesion perguruan serta mematuhinya demi menjamin martabat

    profesion perguruan dipandang mulia.

    Etika yang dipegang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ialah berlandaskan Tatasusila

    Profesion Perguruan. Etika inilah yang menjadi landasan yang perlu diikuti dan dihayati oleh para guru di

    Malaysia. Penghayatan dan pengamalan etika-etika ini akan memartabatkan lagi kedudukan guru sebagai

    profesion yang dimuliakan oleh masyarakat sejak dahulu. Kejayaan dalam melahirkan guru yang beretika

    bergantung kepada sejauh mana guru komited dengan etika perguruan yang telah digariskan oleh

    Kementerian Pelajaran Malaysia. Persoalannya sekarang adakah para guru tahu dan mengamalkan etikaperguruan yang ada. Ikrar di bawah merupakan satu bentuk penyataan etika secara jelas yang dipersetujui

    untuk dipatuhi oleh guru sekiranya terlibat dalam profesion perguruan.

    Kami guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha

    menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang

    bertanggungjawab dan berkebolehan....

    .... dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing

    anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini

    kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan.

    Dari penyataan ikrar dan kod etika perguruan di atas, guru sesungguhnya mempunyai beban yang

    berat untuk dilaksanakan bagi melahirkan modal insan yang berkualiti dan berketerampilan.

    Mari sama-sama kita fikirkan mengenai kepentingan menjadi guru yang beretika dankeperluan mengikuti etika perguruan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

    Selepas anda selesai, buat refleksi dapatan tersebut dengan menjawab soalan berikut:

    a. Sejauhmanakah anda mengetahui kod etika perguruan yang telah diwartakan oleh Kementerian

    Pelajaran Malaysia?

    b. Sekiranya anda mengetahuinya, sejauh manakah anda mematuhi kod etika perguruan berkenaan?

  • 8/2/2019 12 - Kkd2063 - Unit 9 - Etika Profesion Perguruan Dan Pembangunan Sahsiah-1

    4/17

    Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 131

    9.2 Pengertian Etika

    tika (etimologi), berasal dari bahasa Yunani adalah Ethos, yang membawa maksud watakkesusilaan atau adat kebiasaan (custom). Etika biasanya berkait rapat dengan perkataan moral yang

    merupakan istilah dari bahasa Latin, iaitu Mos dan dalam bentuk jamaknya Mores, yang bererti juga

    adat kebiasaan atau cara hidup seseorang dengan melakukan perbuatan yang baik (kesusilaan), dan

    menghindari perkara-perkara tindakan yang buruk (Keith, 2006).

    Etika juga merupakan suatu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak dan tingkah laku bagi

    sesuatu kumpulan manusia atau organisasi. Sistem dasar ini meliputi aspek-aspek moral yang baik dan

    yang buruk, serta yang betul dan yang salah dengan tujuan memberi garis panduan kepada ahli-ahli

    berkenaan. Dalam pergaulan hidup bermasyarakat, bernegara hingga pergaulan hidup peringkat global

    diperlukan suatu sistem yang mengatur bagaimana seharusnya manusia bertingkah laku. Hal inilah yang

    mendasari kesuburan dan perkembangan etika dalam masyarakat kita.

    Menurut para sarjana, etika tidak lain adalah aturan perilaku, adat kebiasaan manusia dalam

    pergaulan antara sesamanya dan menegaskan mana yang benar dan mana yang buruk. Etika berkaitan

    dengan norma-norma, nilai-nilai, kaedah-kaedah dan ukuran-ukuran bagi tingkah laku manusia yang baik

    dan buruk yang boleh atau tidak boleh diikuti. Mengikut William (1971), etika ialah The normative science

    of the conduct of human beings living in societies a sciene which judges this conduct to be right or wrong,

    to be good or bad or in some similar way(Sains normatif mengenai perilaku manusia dalam masyarakat

    dimana sains ini menentukan sesuatu perilaku sebagai betul atau salah, baik atau buruk dan lain-lain).

    Manakala moral pula menurut Keith (2006), merujuk to that part of human behavior that can be

    evaluated in terms of right or wrong. Manakala menurut The Oxford School Dictionary (1994), Science of

    Morals. Morals itself is defined as concerned with goodness or badness of character or disposition or with

    the distinction between right or wrong. Jadi jelas bahawa etika dan moral adalah saling berkaitan dan tidak

    dapat dipisahkan. Etika dan moral lebih kurang sama pengertiannya, tetapi dalam kegiatan sehari-hari

    terdapat perbezaan, iaitu moral atau moralitas untuk penilaian perbuatan yang dilakukan, sedangkan etika

    adalah untuk pengkajian sistem nilai-nilai yang berlaku. Dari aspek kerjaya pula, ia merupakan aturan-aturan

    yang disepakati bersama oleh ahli-ahli yang mengamalkan kerjaya tertentu seperti guaman, keguruan,

    pengubatan dan sebagainya (Hasan Langgulung, 2002).

    Oleh itu berdasarkan pengertian di atas jelas bahawa etika berkaitan dengan pembuatan

    keputusan bagi semua jenis tindakan di mana tindakan-tindakan tersebut membawa seseorang itu untuk

    berinteraksi dengan orang lain secara berprotokol, sempurna, berkhemah dan berkesan. Di samping itu,

    juga etika melihat secara khusus mengenai tingkah laku manusia yang dikira patut atau tidak patut

    dilakukan selaras dengan norma-norma dan nilai-nilai yang diterima oleh semua masyarakat pelbagai

    kaum di Malaysia.

    E

  • 8/2/2019 12 - Kkd2063 - Unit 9 - Etika Profesion Perguruan Dan Pembangunan Sahsiah-1

    5/17

    Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 132

    Kesimpulannya, etika merupakan:

    1. Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Kamus Dewan, 2005).

    2. Prinsip moral atau set prinsip moral (The Oxford School Dictionary, 1994).

    3. Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.

    4. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan

    ketakwaan kepada Allah.

    Tuliskan secara ringkas, apakah yang anda faham tentang konsep etika dan moral.

    Etika : _____________________________________________________________________________

    Moral : _____________________________________________________________________________

    Rajah 9.3 Senario di bilik darjah yang melibatkan etika perguruan

  • 8/2/2019 12 - Kkd2063 - Unit 9 - Etika Profesion Perguruan Dan Pembangunan Sahsiah-1

    6/17

    Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 133

    Berdasarkan Rajah 9.3, apakah yang boleh anda fikirkan berkenaan sesi pengajaran dan

    pembelajaran di dalam kelas jika dikaitkan dengan etika perguruan? Catatkan secara

    ringkas apa yang anda fikirkan berkenaan etika guru dalam gambar tersebut.

    _____________________________________________________________________________________

    _____________________________________________________________________________________

    9.3 ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia adalah berdasarkan prinsip-prinsip berikut:

    Rajah 9.4 Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia

  • 8/2/2019 12 - Kkd2063 - Unit 9 - Etika Profesion Perguruan Dan Pembangunan Sahsiah-1

    7/17

    Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 134

    Secara berpasangan bincangkan setiap etika kerja yang digariskan oleh Kementerian

    Pelajaran Malaysia berdasarkan contoh-contoh yang sesuai.

    9.4 NILAI-NILAI UTAMA ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    Walaupun banyak terdapat nilai-nilai mulia, tetapi tujuh nilai utama menjadi fokus Etika Kerja Kementerian

    Pelajaran Malaysia. Nilai-nilai tersebut ialah:

    Rajah 9.5 Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia

    9.5 ETIKA PROFESION PERGURUAN

    Bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar,

    rakan sejawat dan ibu bapa pelajar. Setiap badan profesional mempunyai kod etika masing-masing. Setiap

    profesion menetapkan nilai-nilai asas yang perlu ditaati oleh semua insan yang menjalankan pekerjaan

    tersebut. Kementerian Pelajaran telah berusaha sejak dari dahulu lagi untuk menjadikan bidang perguruan

    ini sebagai satu kerjaya yang profesional. Laporan Suruhanjaya DiRaja Mengenai Perkhidmatan Perguruan

  • 8/2/2019 12 - Kkd2063 - Unit 9 - Etika Profesion Perguruan Dan Pembangunan Sahsiah-1

    8/17

    Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 135

    Malaysia Barat (Laporan Aziz, 1971), telah mencadangkan supaya diadakan Etika Profesion Perguruan

    (EPP) bagi Pembentukan Tatasusila Guru.

    Antara etika profesion perguruan yang perlu diikuti dan ditaati adalah:

    a. Seorang guru tidak harus bertingkah laku sebegitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat

    profesionnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion

    perguruan.

    b. Dia haruslah tidak bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan

    kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.

    c. Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannya dengan jujur.

    d. Tangungjawab utama seseorang guru ialah terhadap murid-muridnya. Kepentingan murid-muridnyaharuslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan-kepentingan masyarakat, persatuan

    atau persendirian.

    e. Dia haruslah menumpukan separuh perhatian terhadap keperluan tiap-tiap muridnya.

    f. Dia haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid tidak kira bangsa dan agama dan

    kepercayaaan.

    g. Dia haruslah bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha untuk membentuk tingkah laku

    murid-murid ke arah matlamat- matlamat yang diterima oleh masyrakat.

    h. Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa,

    warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, asal keluarga, intelek, akademik dan

    status-status lain.

    i. Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu dalam kalangan murid-muridnya dan

    memandu mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan

    rohani.

    j. Dia harus menghormati hak tiap-tiap murid supaya maklumat-maklumat sulit mengenai diri murid-murid

    tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak berkenaan.

    k. Dia haruslah bertingkah laku terhadap murid-muridnya sebegitu rupa yang boleh membawa jatuhnya

    darjat profesion perguruan.

    l. Dia haruslah tidak mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan murid-murid, masyarakat

    awam dan negara.m. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap murid-muridnya supaya mereka dapat

    berkembang menjadi warganegara yang taat setia dan berguna.

    n. Dia haruslah tidak menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri

    murid-muridnya dan ibu bapa pelajar.

    o. Dia haruslah bertingkah laku sebegitu rupa supaya menjadi contoh yang baik terhadap murid-

    murid.

    p. Dia haruslah tidak menerima apa-apa bayaran daripada murid-muridnya untuk pelajaran atau

    pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran-

    bayaran yang disahkan.

  • 8/2/2019 12 - Kkd2063 - Unit 9 - Etika Profesion Perguruan Dan Pembangunan Sahsiah-1

    9/17

    Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 136

    q. Dia haruslah tidak mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran persendirian.

    r. Dia haruslah tidak memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap murid-

    muridnya.s. Dia haruslah tidak meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa murid-murid atau ahli-ahli

    masyarakat dalam manjalankan tugas-tugas profesionnya.

    t. Dia tidak harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain.

    u. Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah menggunakan cara-cara yang sah

    sahaja, iaitu berdasarkan kecekapan.

    v. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk

    mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.

    Berdasarkan laman web di bawah, bincangkan empat (4) sumpah janji oleh guru Malaysiaterhadap negara.

    http://www.youtube.com/watch?v=BfAGv__vcTs

    1. ____________________________________________________________________________

    2.____________________________________________________________________________

    3.____________________________________________________________________________

    4.____________________________________________________________________________

    Empat Aspek Sumpah Janji Guru

    Malaysia Terhadap Negara

  • 8/2/2019 12 - Kkd2063 - Unit 9 - Etika Profesion Perguruan Dan Pembangunan Sahsiah-1

    10/17

    Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 137

    Berdasarkan kepada Etika Perguruan, terdapat 4 tanggungjawab utama seorang guru iaitu tanggungjawab

    terhadap pelajar; rakan sejawatan; masyarakat dan negara; dan ibu bapa. Jelaskan setiap tanggung jawab

    tersebut beserta contoh-contoh yang sesuai.

    Rajah 9.3 Tanggungjawab utama guru

    9.6 ASPEK-ASPEK YANG TERKANDUNG DALAM ETIKA PERGURUAN

    Berikut di bawah merupakan aspek-aspek penting yang terkandung dan menjadi rujukan dalam

    pembentukan Etika Perguruan Malaysia;

    Profesionalisme

    Integriti

    Kejujuran intelektual

    Neutraliti

    Akauntabiliti

    Berpakaian Berbahasa

    Pengurusan masa dan ketepatan waktu

    Membuat keputusan

    A

  • 8/2/2019 12 - Kkd2063 - Unit 9 - Etika Profesion Perguruan Dan Pembangunan Sahsiah-1

    11/17

    Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 138

    B

    Tanggungjawab guru bukan sekadar mengajar di bilik darjah. Mereka juga perlu bertindak secara

    profesional mengikut Kod Etika Perguruan yang telah termaktub. Berdasarkan peraturan 4(2),huraikan apa perkara yang sama sekali tidak boleh dilakukan oleh guru dalam profesion

    keguruan?

    9.7 Etika dan Pekeliling Sebagai Sumber Rujukan Pembentukan Etika Perguruan

    Etika Pakaian

    Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985 dan Pekeliling Perkhidmatan Bil.2 Tahun 1985

    1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985: Peraturan Pakaian Guru Di Sekolah/Pensyarah Di Maktab

    Perguruan, Politeknik, Lain-lain Pegawai Dan Kakitangan Perkhidmatan pelajaran Di Pejabat

    Pelajaran Daerah Atau Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri Dan Kementerian Pelajaran.

    2. Pekeliling Perkhidmatan Bil.2 Tahun 1985 - Pakaian Masa Bekerja Dan Semasa menghadapi

    Upacara-upacara rasmi Bagi Pegawai-Pegawai Awam.

    Etika Pengurusan Masa

    SPI. Bil 2/1982:

    1. Waktu hadir ke sekolah;

    2. Waktu hadir ke kelas;

    3. Mengajar ikut jadual waktuWaktu tidak mengajar(free period)

    4. Semak buku latihan murid;

    5. memberikan bimbingan.

  • 8/2/2019 12 - Kkd2063 - Unit 9 - Etika Profesion Perguruan Dan Pembangunan Sahsiah-1

    12/17

    Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 139

    Tanggungjawab Asas Guru

    P.U.(A) 531 Seksyen 8(1)

    Menyediakan Rancangan Tahunan berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Rancangan Tahunan terkiniyang sedang digunapakai. Sekiranya tidak akur adalah bersalahan mengikut P.U.(A) 531

    Seksyen 8 (1) yang dikenakan penalti RM 500.00

    Jadual Waktu

    Peraturan 6 (1) dan Peraturan 6(2)

    a. Peraturan 6 (1): Mengadakan serta merta jadual semua mata pelajaran yang diajar;

    b. Peraturan 6 (2): Mengadakan serta merta untuk pemeriksaan jadual waktu penggal semasa

    persekolahan.22.

    Sukatan PelajaranP.U.(A) Peraturan 11

    a. Guru hendaklah mengajar ikut sukatan pelajaran dan jadual waktu yang diluluskan (mesti

    ditandatangani). GB/Pengetua sesuatu sekolah hendaklah mempamerkan salinan

    jadual waktu sekolah bagi penggal persekolahan semasa yang ditandatangani olehnya pada

    tempat yang mudah dilihat di pejabat, kantin, laluan utama, bilik guru, bilik gerakan-VIN dipenjara 3

    bulan atau denda RM 5 ribu

    b. Mengadakan senarai semak kerja- kerja setiap hari yang telah dilaksanakan, refleksi P&P,

    pemantauan,penyeliaan dan penilaian program/aktiviti;

    c. Kawalan kerja- mutu/piawai dan semakan seperti senarai semak;

    Tatakelakuan/Larangan

    Peraturan 4 (2)

    a. Menguruskan perniagaan / pelaburan sendiri / isteri / anak / saudara mara / rakan-rakan dalam

    waktu pejabat / tugas rasmi;

    b. Menyebelahi / memberi keutamaan kepada saudara mara/rakan-rakan dalam menimbangkan

    sesuatu permohonan

    c. Menguruskan tender / sebutharga yang terdiri dari saudara mara;

    d. Menggunakan kenderaan pejabat untuk kegunaan sendiri dan balik ke pejabat, menghantar anak;

    e. Menggunakan kakitangan jabatan/alat/barang-barang jabatan untuk hal-hal persendirianf. Mencemar memburukkan nama baik perkhidmatan awam seperti;

    Berjudi di pejabat

    Disabitkan kesalahan jenayah/mahkamah syariah

    Kesusahan berat kerana berhutang

    Menerima keraian dari orang yang ada urusan rasmi; melakukan gangguan seksual

    Menggunakan wang tabung amanah untuk kegunaan sendiri

    Membuat bayaran tanpa menyemak kerja telah siap atau belum

    Mengemukakan sijil sakit palsu

  • 8/2/2019 12 - Kkd2063 - Unit 9 - Etika Profesion Perguruan Dan Pembangunan Sahsiah-1

    13/17

    Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 140

    g. Menghasut kakitangan kerajaan supaya jangan berusaha dalam menjalankan tugas;

    h. Mengambil cuti rehat di saat perkhidmatannya diperlukan;

    i. Tidak hadir tanpa cuti, tanpa kebenaran dan tanpa sebab yang munasabahj. Ingkar perintah. Seperti:

    Membantah atau melawan pegawai atasan;

    Membawa keluar fail peringkat jabatan tanpa kebenaran ketua jabatan;

    Keluar negara tanpa kelulusan;

    Masih tidak hadir setelah ketua jabatan mengarahkan supaya kembali bertugas

    Secara berpasangan, dapatkan segala Peraturan/Pekeliling/Akta yang berkaitan dengan etika

    perguruan. Semua ini anda boleh perolehi di KPM/JPN/PPD dan Sekolah tempat anda

    bertugas. Hasil kutipan tersebut perlulah anda laporkan dalam bentuk folio.

    9.8 ISU-ISU DALAM ETIKA PERGURUAN

    Cetek pengetahuan mengenai FPK, dasar Pendidikan Negara, Etika Perguruan, Psikologi

    Pendidikan,Teknologi Pendidikan, Kurikulum, Kokurikulum, Objektif mata pelajaran dan Penilaian Perintah

    Am (Bab A hingga G) menyebabkan timbulnya pelbagai isu dalam kerjaya perguruan. Antara isu yang

    sering dibicarakan ialah:

    Pakaian

    a. Lelaki: Tidak memakai tali leher dengan kemas dan teratur, memakai baju berlengan pendek dan

    memakai kasut sukan yang tidak sesuai dengan urusan rasmi.

    b. Perempuan: Memakai pakaian kurang sopan dengan baju tidak berlengan dan skirt yang

    pendek; berjubah, pakaian vietnam/siam bukan pakaian kebangsaan

    Rambut

    a. Rambut melebihi kolar baju, tidak diurus dan berbau.

    Tanda Nama

    a. Tidak memakai tanda nama

    Kehadiran

    a. Kerap ponteng, datang lambat, menipu waktu kehadiran, kawan tolong punch, keluar sekolah

    waktu pejabat bagi menguruskan hal peribadi seperti ke pasar, berniaga, temujanji hal-hal

    peribadi.

  • 8/2/2019 12 - Kkd2063 - Unit 9 - Etika Profesion Perguruan Dan Pembangunan Sahsiah-1

    14/17

    Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 141

    Adab

    a. Tidak memberi hormat kepada rakan atau ketua jabatan.

    b. Duduk bersilang kaki.c. Berbahasa kesat kerana menganggap diri hebat dan lebih pandai dari ketua.

    d. Tidak boleh ditegur dan mengugut perilakunya yang kurang beradab untuk tindakan

    disiplin/perkhidmatan.

    Hasil kerja

    a. Lambat menyiapkan tugas-tugas seperti membina soalan,menghantar markah ujian, tidak

    hantar buku rekod mengajar, tidak mengisi rekod kehadiran murid.

    RUMUSAN

    Oleh sebab kod etika itu adalah nilai-nilai sejagat perguruan di Malaysia, maka ia perlu dihayati dan

    diamalkan, bukan sekadar diketahui dan dihafalkan. Kod Etika Perguruan dianggap penting kerana:

    1. Kod etika merupakan garis panduan untuk bertindak dan bertingkah laku.

    2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru.

    3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini berbeza dengan kod

    etika di negara lain.

    4. Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara

    lain.

    5. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh

    dihayati, diamal, dipertahankan dan dikuatkuasakan.

    6. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan sesuai dengan

    kehendak dan aspirasi negara dan masyarakat.

    KATA KUNCI

    1. Etika 4. Sahsiah

    2. Kod Etika 5. Perofesion

    3. Moral 6. Pekeliling

  • 8/2/2019 12 - Kkd2063 - Unit 9 - Etika Profesion Perguruan Dan Pembangunan Sahsiah-1

    15/17

    Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 142

    PENILAIAN KENDIRI

    a. Apakah bentuk-bentuk tanggungjawab seorang guru terhadap rakan sejawat dalam profesionperguruan?

    b. Bagaimanakah seorang guru yang baik sentiasa dapat mengekalkan akauntibiliti mereka

    dalam profesion perguruan?

    c. Huraikan mana-mana empat Kod Etika Perguruan yang telah anda pelajari.

    d. Terangkan empat tanggungjawab guru berdasarkan kod etika perguruan.

    RUJUKAN

    Foo Say Fooi. (2005) Etika perguruan: Jaminan peningkatan profesionalisme. Serdang: Penertbit

    Universiti Putra Malaysia.

    Hasan Langgulung (1986). Pengenalan tamadun Islam dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasadan Pustaka.

    Hasan Langgulung (2002). Peralihan paradigma dalam pendidikan Islam dan sains sosial. Jakarta: Gaya

    Media Pratama

    Kamus Dewan (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Keith, G. (2006). Ethics in the workplace. New York: South Western Educ Pub.

    The Oxford School Dictionary (1994). London: Oxford University Press.

    Surat-surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia

    Utusan Malaysia, 18 September 2008

    William, L. (1971).An introduction to ethics. London: Methuen.

  • 8/2/2019 12 - Kkd2063 - Unit 9 - Etika Profesion Perguruan Dan Pembangunan Sahsiah-1

    16/17

    Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 143

    JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS

    Berdasarkan kepada Etika Perguruan, terdapat 4 tanggungjawab utama seorang guru iaitutanggungjawab terhadap pelajar; rakan sejawatan, masyarakat dan negara, dan ibu bapa.

    Jelaskan setiap tanggungjawab tersebut beserta contoh-contoh yang sesuai.

    Tanggungjawab Seorang Guru

    a. Tanggungjawab Terhadap Pelajar

    Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar.

    Adil terhadap setiap pelajar tanpa mengira faktor-faktor ekonomi, jasmani, mental,

    emosi, politik, sosial, keturunan dan agama.

    Perawakan yang baik dari segi pakaian, pertuturan serta memberi contoh yang baikkepada pelajar.

    b . Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawatan

    Tidak membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama

    baik seseorang guru.

    Membantu rakan sejawatan terutamanya mereka yang baru menyertai profesion

    perguruan.

    c. Tanggungjawab Terhadap Masyarakat Dan Negara

    Tidak menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh mencemarkan nama baik negara

    ataupun yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara.

    Memupukkan sikap dalam diri pelajar dengan nilai yang membantu dan membimbing

    mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia , bertanggungjawab dan berguna,

    menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan

    kebudayaan keturunan dan agama.

    Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan

    menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik.

    d. Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat.

    Merahsiakan segala maklumat sulit dan tidak akan membocorkannya.

    Memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka.

    Menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.

    Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata dan melakukan sesuatu yang boleh

    menjejaskan kepercayaan ibu bapa.

    A

  • 8/2/2019 12 - Kkd2063 - Unit 9 - Etika Profesion Perguruan Dan Pembangunan Sahsiah-1

    17/17

    Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 144

    Tanggungjawab guru bukan sekadar mengajar di bilik darjah. Mereka juga perlu bertindak

    secara profesional mengikut Kod Etika Perguruan yang telah termaktub. Berdasarkan

    peraturan 4(2), huraikan apa perkara yang sama sekali tidak boleh dilakukan oleh gurudalam profesion perguruan?

    Peraturan 4(2)

    Seorang Pegawai Tidak Boleh

    a. Menguruskan perniagaan/pelaburan sendiri/isteri/anak/saudara mara/rakan-rakan dalam waktu

    pejabat/tugas rasmi.

    b. Menyebelahi/memberi keutamaan kepada saudara mara/rakan-rakan dalam menimbangkan

    sesuatu permohonan.

    c. Menguruskan tender/sebut harga yang terdiri dari saudara mara.

    d. Menggunakan kenderaan pejabat untuk kegunaan sendiri pergi ke dan balik ke pejabat,menghantar anak.

    e. Menggunakan kakitangan jabatan/alat/barang-barang jabatan untuk hal-hal persendirian.

    f. Mencemar memburukan nama baik perkhidmatan awam seperti:

    Berjudi di pejabat.

    Disabitkan kesalahan jenayah/mahkamah syariah.

    Kesusahan berat kerana berhutang.

    Menerima keraian dari org yg ada urusan rasmi; melakukan gangguan seksual.

    Menggunakan wang tabung amanah utk kegunaan sendiri.

    Membuat bayaran tanpa menyemak kerja telah siap atau belum. Mengemukakan sijil sakit palsu.

    g. Menghasut kakitangan kerajaan supaya jangan berusaha dalam menjalankan tugas.

    h. Mengambil cuti rehat di saat perkhidmatannya diperlukan.

    i. Tidak hadir tanpa cuti, tanpa kebenaran dan tanpa sebab yang munasabah.

    j. Ingkar perintah. Seperti;

    Membantah atau melawan pegawai atasan.

    Membawa keluar fail terperingkat jabatan tanpa kebenaran ketua jabatan.

    Keluar negara tanpa kelulusan.

    Masih tidak hadir setelah ketua jabatan mengarahkan supaya kembali bertugas.

    Pergi berburu di padang datarDapat rusa berbelang kaki

    Kalau berguru kepalang ajarBagaikan bunga kembang tak jadi

    B