cabaran dan pengorbanan guru sekolah luar bandar.docx

16
Cabaran dan pengorbanan guru sekolah luar bandar Bagi sesetengah guru terutamanya yang tidak biasa dengan keadaan dan persekitaran pedalaman atau luar bandar yang serba kekurangan, ditugaskan mengajar di kawasan itu, bagaikan mimpi ngeri bagi mereka. Ini kerana pelbagai cabaran terpaksa diharungi antaranya kekurangan bekalan elektrik, masalah jalan raya, ketiadaan kemudahan telefon dan jaringan komunikasi seperti internet. Namun demikian bagi Jaismon Majamih, 33, salah seorang guru yang berjaya mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Open Universiti Malaysia (OUM) melalui Program Pensiswazahan Guru, semua kekurangan itu tidak menjadi masalah besar untuk meneruskan khidmat sebagai pendidik di sekolah luar bandar. Beliau yang berasal dari Tandek Kota Marudu, mengajar di SK Malubang Pitas sejak tahun 1999 sehingga kini selepas menamatkan kursus Diploma Perguruan di Maktab Perguruan Kent Tuaran. Katanya, sebelum ini iaitu pada tahun 2006, dia pernah mengikuti pengajian dalam bidang Sains Sukan di OUM tetapi hanya bertahan selama setahun kerana tidak mampu dan tidak sanggup berulang alik menaiki bot setiap hujung minggu dari sekolah ke pekan Pitas. “Sekolah tempat saya mengajar dan pekan Pitas sebelum ini hanya boleh dihubungi menggunakan bot tetapi tahun lalu sudah ada jalan raya dan kini boleh dilalui kereta pacuan empat roda,†katanya. Jaismon yang mengajar mata pelajaran Sains, berterima kasih kepada kerajaan atas keprihatinan membina jalan raya di kawasan itu. Berkenaan dengan peluang melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah yang ditaja oleh kerajaan, beliau berkata: “Saya amat gembira kerana kerajaan membiayai pengajian guru-guru melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggiâ€. “Ini adalah peluang keemasan bagi saya untuk memiliki segulung ijazah yang saya diimpi-impikannya selama ini,†katanya. Sementara itu Jumaidin Salihudin, 28, dari Kampung Randagong

Upload: norzaibasima

Post on 21-Dec-2015

65 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Cabaran dan pengorbanan guru sekolah luar bandar.docx

Cabaran dan pengorbanan guru sekolah luar bandar Bagi sesetengah guru terutamanya yang tidak biasa dengan keadaan dan persekitaran pedalaman atau luar bandar yang serba kekurangan, ditugaskan mengajar di kawasan itu, bagaikan mimpi ngeri bagi mereka.

Ini kerana pelbagai cabaran terpaksa diharungi antaranya kekurangan bekalan elektrik, masalah jalan raya, ketiadaan kemudahan telefon dan jaringan komunikasi seperti internet.

Namun demikian bagi Jaismon Majamih, 33, salah seorang guru yang berjaya mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Open Universiti Malaysia (OUM) melalui Program Pensiswazahan Guru, semua kekurangan itu tidak menjadi masalah besar untuk meneruskan khidmat sebagai pendidik di sekolah luar bandar.

Beliau yang berasal dari Tandek Kota Marudu, mengajar di SK Malubang Pitas sejak tahun 1999 sehingga kini selepas menamatkan kursus Diploma Perguruan di Maktab Perguruan Kent Tuaran.

Katanya, sebelum ini iaitu pada tahun 2006, dia pernah mengikuti pengajian dalam bidang Sains Sukan di OUM tetapi hanya bertahan selama setahun kerana tidak mampu dan tidak sanggup berulang alik menaiki bot setiap hujung minggu dari sekolah ke pekan Pitas.

“Sekolah tempat saya mengajar dan pekan Pitas sebelum ini hanya boleh dihubungi menggunakan bot tetapi tahun lalu sudah ada jalan raya dan kini boleh dilalui kereta pacuan empat roda,†katanya� .

Jaismon yang mengajar mata pelajaran Sains, berterima kasih kepada kerajaan atas keprihatinan membina jalan raya di kawasan itu.

Berkenaan dengan peluang melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah yang ditaja oleh kerajaan, beliau berkata: “Saya amat gembira kerana kerajaan membiayai pengajian guru-guru melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi†�.

“Ini adalah peluang keemasan bagi saya untuk memiliki segulung ijazah yang saya diimpi-impikannya selama ini,†katanya� .

Sementara itu Jumaidin Salihudin, 28, dari Kampung Randagong Ranau berkata, kekuatan mental dan fizikal perlu ada dalam diri seorang guru yang ditugaskan di sekolah luar bandar.

Katanya, antara cabaran yang dihadapi oleh guru-guru di kawasan pedalaman ialah kekurangan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya.

Bagaimanapun katanya, berbakalkan semangat dan komitmen yang tinggi untuk mendidik anak bangsa, menjadikan dia lebih tabah untuk terus berkhidmat di SK Pinangkau Beluran, walaupun terpaksa berjalan kaki selama dua jam dari sekolah itu ke simpang jalan utama.

Jumaidin yang juga mengajar mata pelajaran Sains turut berterima kasih

Page 2: Cabaran dan pengorbanan guru sekolah luar bandar.docx

kepada kerajaan kerana memberikan peluang kepada guru-guru sekolah luar bandar mengikuti Program Pensiswazahan Guru.

“Saya berharap dapat mempertingkatkan lagi pengetahuan untuk terus mendidik anak bangsa menjadi generasi yang berilmu dan berpengetahuan,†katanya yang mula bertugas di sekolah itu sejak tahun �2005.

Beliau yang mengajar murid Tahun 1, 2, 3, 5, dan 6, sebelum ini mengikuti kursus Diploma Perguruan di Maktab Perguruan Kent Tuaran.

Matseh Leman, 29, dari Papar yang bertugas di SK Solob Sipitang lebih kurang 60 kilometer dari Pejabat Pendidikan Daerah Sipitang amat bersyukur kerana berjaya mengikuti Program Pensiswazahan Guru yang ditaja sepenuhnya oleh kerajaan.

“Tanpa tajaan kerajaan seperti ini mungkin sukar bagi saya untuk mengambil ijazah kerana kos pengajian yang tinggi dan kos sara hidup keluarga yang semakin meningkat,†katanya yang sebelum ini mengajar di� SK Pulau Bait Semporna.

Ketika ditanya cabaran mengajar di kawasan luar bandar Matseh berkata, tahap pemahaman dan penerimaan pelajar dalam sesuatu mata pelajaran antara masalah yang dihadapinya.

“Kadang-kadang ada murid yang tidak kenal huruf, jadi kita terpaksa mengajar mereka membaca walaupun kita ajar mata pelajaran lain,†�katanya yang mengajar mata pelajaran Sains, Pendidikan Seni dan Pendidikan Jasmani.

Selain guru lelaki, cabaran guru wanita di kawasan luar bandar juga tidak kurang hebatnya.

Zora Chong, 28, dari Inanam, yang kini mengajar di SRK Lodung Kudat, lebih kurang 55 kilometer dari pekan Kudat berkata, kemudahan di kawasan luar bandar tidak banyak seperti di bandar-bandar atau pinggi bandar.

“Selain masalah keadaan jalan raya, bekalan elektrik, air dan kemudahan internet atau talian telefon, masalah banjir adalah antara yang sering dihadapi oleh guru-guru di sekolah tempat saya mengajar.

“Dalam tahun ini sahaja sudah dua kali sekolah kami dilanda banjir. Keadaan ini juga sedikit sebanyak menganggu pembelajaran para pelajar, kerana kami terpaksa membersihkan sekolah. Dari segi bekalan elektrik, tahun 2008 baru ada bekalan elektrik,†katanya� .

Zora yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan Muzik berkata, sebelum ini dia bertugas di SK Sungai Padas Sandakan.

Katanya, pengorbanan seorang guru yang mengajar di kawasan pedalaman dan luar bandar tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.

Mengenai peluang melanjutkan pengajian di OUM, Zora berkata: “Saya

Page 3: Cabaran dan pengorbanan guru sekolah luar bandar.docx

amat bersyukur dan bertuah kerana berjaya menjadi salah seorang daripada ribuan pelajar mengikuti Program Pensiswazahan Guru sebab bukan semua mendapat peluang seumpama ini†�.

“Terima kasih kepada kerajaan atas keprihatinan terhadap keperluan guru-guru untuk memperolehi segulung ijazah, ia akan memudahkan kita naik pangkat ke DG41,†katanya� .

Bagi Zamiah Abd Hamid, 41, yang berpengalaman luas mengajar di sekolah luar bandar, seorang guru haruslah mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dan sentiasa prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh para pelajarnya.

“Sebagai guru kita haruslah sabar dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh para pelajar. Kadang-kadang ada pelajar yang ponteng sekolah kerana rumah mereka terlalu jauh daripada sekolah. Ibu bapa tidak tahu anak mereka ponteng sekolah sebab awal pagi lagi mereka keluar untuk menorah getah,†katanya� .

“Bagi menangani masalah seperti ini, kita perlu memberikan motivasi kepada pelajar berkenaan,†katanya yang kini mengajar di SK Malangang �Baru Kiulu.

Sebelum ini Zamiah bertugas di beberapa sekolah iaitu di SK Barambangon, SK Muhibah, SK Suang Paai dan SK Sikuati Kudat.

Beliau juga berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi peluang kepada guru-guru naik taraf sehingga peringkat ijazah.

“Dengan peluang yang diberikan ini, saya berharap dapat mempertingkatkan lagi cara pengajaran untuk mengharungi pelbagai cabaran dalam mendidik murid-murid,†katan� ya.

Chen Zyinhui, 27, dari Perlis turut berterima kasih kepada kerajaan atas peluang yang diberikan untuk mengikuti Program Pensiswazahan Guru.

“Peluang ini memang bagus sebab dapat meningkatkan tahap pendidikan guru-guru sekolah rendah dan menengah,†� katanya yang mengajar mata pelajaran Bahasa Cina di SJK (C) St.Peter Telipok.

Para pelajar yang mendaftar di OUM untuk mengikuti Sarjana Muda Pengajaran dijadualkan mengikuti pengajian selama 12 semester dari Mac 2011 hingga Disember 2014.

Seramai 5,685 pelajar seluruh negara tajaan Bahagian Pendidikan Guru mengikuti program Sarjana Muda Pengajaran diOUM bagi Semester Januari 2011. Daripada jumlah itu seramai 714 calon adalah guru-guru di Sabah dan 62 dari Labuan.  Dunia pendidikan memang tidak lepas daripada pelbagai isu sama ada membabitkan para guru dan para pelajar.  Isu guru di pendalaman ini semakin hangat dibincangkan pada masa kini. Selain itu, isu mengenai guru yang enggan bertugas di luar Bandar walaupun menyedari tanggungjawab

Page 4: Cabaran dan pengorbanan guru sekolah luar bandar.docx

dan peranan profesion perguruan, ia bukan satu persetujuan bagi lepasan institusi perguruan untuk menerima tawaran mengajar di kawasan pendalaman. Selain faktor kedudukan sekolah yang amat jauh, kebanyakkan mereka sukar menerima jika dihantar di luar kawasan disebabkan alas an kemudahan terhadSelain masalah kemudahan, keselamatan guru-guru juga di pertikaikan semasa berada di pendalam. Lantaran itu, ada guru yang sanggup menganggur dan menukar profesion daripada dihantar nun jauh di pedalaman. Walaubagaimanapun tidak semua guru berfikiran sedemikian, mereka yang menedari tanggungjawab dan peranan sebagai pendidik anak bangsa akan menerima tawaran mengajar walaupun terpaksa meninggalkan keluarga dan kehidupan di bandar.

Sebab lain yang menjadi punca mengapa segelitir guru tidak mahu di hantar ke sekolah pendalaman adalah masalah pengangkutan. Kebanyakkan sekolah pedalaman  di Sabah dan Sarawak tiada kemudahan pegangkutan darat. Maka masalah ini akan menjadi mimpi ngeri bagi guru-guru yang akan di hantar ke sekolah pendalaman. Terputusnya hubungan dengan dunia luar juga merupakan punca ataupun sebab mengapa guru sekarang tidak mahu di hantar ke sekolah pedalaman. Contohnya, guru yang mengajar di sekolah pedalaman di Sarawak kebiasaannya akan pulang bercuti pada cuti hujung tahun persekolahan sahaja.             Menurut Dr.Puad Zarkashi, memang tidak dapat dinafikan guru – guru yang berada di pedalaman menghadapi kesukaran  bekalan makanan, sebgai contohnya di Kinarut apabila guru keluar membeli barang di Persiangan kadang-kadang guru yang keluar itu akan tersadai selama dua hari apabila pemandu terlupa mengambil guru tersebut. Ini akan menyebabkan guru tidak dapat mengajar manakala kos mereka untuk pergi dan balik adalah lebih kurang RM500 dengan hanya menaiki bot.            Walaubagaimanapun masalah yang dhadapi oleh guru di pedalaman, kerajaan tidak memandang ringan masalah yang mereka hadapi ini . Kerajaan sedang berusaha untuk menaik taraf kehidupan guru dipendalaman dengan sebaik mungkin. Selain itu, Kuaters guru  juga semakin menjadi isu buat masa sekarang kerana dikatakan  kuaters guru di kawasan pedalaman amat usang dan tidak mempunyai kemudahan seperti bekalan air dan bekalan elektrik. Begitu juga dengan bangunan yang tidak kukuh.            Bagaimanapun terdapat masalah lain selain daripada masalah kuaters guru-gru dipendalam iaitu masalah dimana para guru yang terpaksa merentasi kawasan hutan yang dipenuhi dengan binatang buas setiap hari untuk datang ke sekolah. Begitu juga guru yang harus mengharungi beberapa anak sungai. Cabaran seperti inilah yang akan melemahkan semangat guru-guru yang akan dihantar ke kawasan pedalaman. Namun tanggungjawab kita sebagai pendidik haruslah diperjuangkan dan jadikannya sebagai pengalaman hidup. Guru haruslah menyesuaikan diri dan pastinya guru akan menjadi lebih matang dan gembira menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik walau dimana pun guru itu ditempatkan.            Tambahan pula, ada kawasan pedalaman tidak mempunyai kemudahan klinik. Ini menyukarkan para guru untuuk memdapatkan

Page 5: Cabaran dan pengorbanan guru sekolah luar bandar.docx

rawatan dan membeli ubat. Hanya membawa bekalan ubat  yang dibeli di farmasi. Jika hendak ke klinik akan mengambil masa yang panjang. Kecuali keadaan kesihatan yang serius maka terpaksa juga mengagahkan diri ke bandar untuk mendapat rawatan.

Guru telah diberikan tanggungjawab dan amanah sebagai pendidik dan mendidik anak bangsa, pastinya segala kesukaran dihadapi tidak harus menjadi penghalang, sebalik  anggap ia sebagai cabaran. Madah menyebut, guru itu ibarat lilin, membakar diri demi menerangi orang lain amat berasas kerana mereka langsung tidak menjadikan kekurangan infrastruktur atau ketidakselesaan hidup di pedalaman

1.0       PENGENALAN

Page 6: Cabaran dan pengorbanan guru sekolah luar bandar.docx

Peranan guru amat penting dewasa ini, ia adalah domain utama yang perlu dilaksanakan dengan penuh amanah dalam proses penerapan dan penyampaian ilmu kepada anak bangsa. Ledakan era globalisasi turut mengheret kemajuan pesat bidang pendidikan negara. Hal ini menuntut warga pendidik untuk membangunkan diri, sama ada secara rela atau tidak supaya selari dengan bidang pendidikan yang sememangnya sentiasa berubah dan mengalami pembaharuan dari masa ke semasa. Situasi inilah secara umumnya telah mengakibatkan warga pendidik terpaksa berhadapan dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab  yang lebih mencabar, lebih berat dan semakin terbeban. Situasi inilah menyebabkan guru-guru dikatakan sangat terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami stres.

Dipetik daripada Utusan Online ruangan Gaya Hidup bahagian pendidikan oleh Noor Hamizah Abu Bakar di dalam artikelnya yang bertajuk; Guru Lebih Stes, menyatakan hasil kajian mendapati bahawa guru berada di kedudukan keempat dalam kerjaya yang paling mencetuskan tekanan atau stres terutama dari segi fizikal selepas polis, pegawai penjara dan jururawat. Malah, kedudukan itu berada di atas daripada profesion tentera yang menduduki tempat ke lima.

Stres di kalangan guru merupakan topik popular yang tidak asing lagi dibincangkan oleh media massa mutakhir kini. Di Malaysia, stres di kalangan guru dilaporkan meningkat pesat selari dengan kepesatan pembangunan pendidikan di Malaysia. Laporan berkenaan masalah dan salah laku guru di dada-dada akhbar, hampir kesemuanya adalah kesan daripada kegagalan guru-guru berkenaan menguruskan stres dalam diri. Masalah stres dikalangan guru haruslah dikenal pasti dan diketahui punca sebenar seterusnya ditangani sewajarnya. Sekiranya tidak ditangani masalah ini akan merebak sehingga mengakibatkan permasalahan-permasalahan yang serius yang berhubung kait rapat dengan gangguan emosi, perubahan dalam tingkah laku seterusnya “burn out” yang menghalang mereka daripada melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan (Kyriacou dan Sutcliffe, 1978).2.0       DEFINISI STRES

Stres merupakan perkataan pinjaman yang bersal daripada perkataan bahasa Inggeris; “stress” yang membawa maksud tekanan, titik berat, dan ketegangan.

Kamus Oxford pula mendefinisikan stres sebagai satu tekanan atau desakan, usaha, tuntutan ke atas keupayaan fizikal atau mental.Ini bermaksud stres adalah suatu keadaan dimana kekuatan fizikal, mental dan emosi seseorang individu teruji melampaui keupayaan tubuh dan mindanya yang tidak mampu menahan dan menanggungnya lagi.

Menurut Statt (1981), stres ialah ketegangan fizikal dan psikologi yang berpanjangan untuk suatu masa, yang boleh menggugat keupayaan seseorang untuk mengendali suatu situasi.

Page 7: Cabaran dan pengorbanan guru sekolah luar bandar.docx

Hans Selye (1963), telah memberikan maksud yang berbeza mengenai stres dengan membuktikan di dalam kajiannya terhadap binatang. Beliau menunjukkan bahawa stres boleh menyebabkan penyakit, seterusnya penyakit yang dihidapi akibat daripada stres yang berlebihan  boleh membawa maut. Daripada kajian beliau juga mendapati stres juga boleh berlaku ke atas manusia.

Secara keseluruhannya stres adalah :         Ketidakupayaan memenuhi tuntutan persekitaran.         Gangguan fungsi kehidupan.         Perubahan dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan masalah,

kekangan dan desakan hidup.         Peristiwa atau keadaan persekitaran yang mendatangkan akibat yang negatif.         Tekanan yang mengakibatkan kebimbingan, keletihan dan ketegangan kepada

individu.         Tindak balas luaran yang mengganggu mental dan fizikal atau tindak balas kimia

dalam tubuh.

3.0       FAKTOR-FAKTOR STRES DI KALANGAN GURU

            Terdapat banyak punca berlakunya stres dikalangan guru. Faktor-faktor ini dapat dibahagikan kepada lima faktor utama;

         Faktor diri.         Faktor interpersonal.         Faktor organisasi.         Faktor kekurangan sumber.

3.1       Faktor diriPada zaman yang sangat mencabar, pekerjaan yang diimpikan amat sukar

untuk diperolehi. Kebanyakan mahasiswa keluaran universiti-unversiti tempatan terpaksa mengangur begitu lama untuk mencari pekerjaan yang selesea, mudah, dan menjanjikan gaji yang lumayan.

Profesion keguruan sering dilihat sebagai pilihan terakhir. Sering kali profesion ini dianggap sebagai profesion peringkat pertengahan di bawah profesion professional yang lain seperti doktor, jurutera, peguam dan lain-lain. Ini menyebabkan ramai dikalangan guru yang tidak ikhlas semasa memilih profesion ini. Mereka meramalkan profesion ini begitu selesa dan tidak menyusahkan kerana beranggapan tanpa latihan asas pun mereka masih boleh menjadi guru dan menerima gaji bulanan yang lumayan disamping cuti yang banyak.

Hal ini menyebabkan golongan guru seperti ini menghadapi tekanan sebaik sahaja menjalani kehidupan sebagai seorang guru kerana realiti situasi yang dihadapi tidak seperti apa yang diramalkan. Menjadi seorang guru bukanlah sesuatu yang mudah. Insan guru mestilah insan yang ikhlas dan sanggup berkorban.

Page 8: Cabaran dan pengorbanan guru sekolah luar bandar.docx

3.2       Faktor InterpersonalDaripada kajian yang telah dijalankan, Azizi Yahya (2007) mendapati diantara

faktor interpersonal stres dikalangan guru ialah meraka merasakan diri mereka tersisih daripada rakan sekerja. Selain daripada itu, rakan guru juga mementingkan diri serta tidak menghormati tindakan, perasaan serta pendapat dari rakan guru yang lain.

Hal ini sepatutnya tidak berlaku kerana setiap insan guru perlulah meningkatkan motivasi diri, menanam sikap tolong menolong, bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu tugasan yang ditetapkan. Di samping menghormati perasaan dan pendapat rakan sekerja dengan hati yang terbuka dan cuba mempertingkatkan kelemahan yang ada pada diri.

3.3       Faktor OrganisasiFaktor organisasi merupakan antara faktor yang terbesar menyebabkan stres

dikalangan guru. Faktor ini juga merupakan faktor yang utama dalam sektor awam selain guru. Antara faktor-faktor stres yang dikategorikan sebagai faktor organisasi ialah;

         Semua kerja perlu segera - kesuntukan masa.         Tugasan kerja berterusan (kronik).         Perbezaan persediaan tugas dengan ketetapan tugas.         Tugasan kerja kerana kuantitatif dan kualitatif.         Perubahan dasar yang drastik.

Faktor-faktor yang diatas secara umumnya terus menerus berlaku dalam profesion keguruan dan telah menambah beban guru. Dipetik daripada arkib Utusan Online bertarikh 18 Mei 2009, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Anang di dalam laporan yang bertajuk; Beban Tugas boleh Bawa Tekanan Perasaan Guru, menegaskan bahawa peningkatan beban tugas dan tekanan kerja menyebabkan semakin ramai kalangan guru terdedah kepada risiko mengalami tekanan perasaan.3.4       Faktor kekurangan Sumber.

Kekurangan sumber terutamanya sumber tenaga manusia merumitkan lagi masalah stres yang dihadapi dalam bidang keguruan. Kekurangan guru sememangnya diakui merupakan faktor yang rumit dan sukar diatasi. Hal ini menabahkan lagi bebanan kerja guru-guru sedia ada secara terus menerus. Tahap stres guru sememangnya bertambah berikutan keadaan jumlah guru yang kurang dan tidak seimbang serta peningkatan jumlah murid tahun, guru-guru seringkali memikul tanggung jawab dan bebanan yang banyak.

Aziz Yahya (2007) menegaskan diantara faktor stres dikalangan guru ialah mereka terpaksa melakukan tugas yang bertentangan dengan bidang, kemahiran

Page 9: Cabaran dan pengorbanan guru sekolah luar bandar.docx

dan kehendak mereka. Hal ini sama sekali tidak akan berlaku sekiranya bilangan guru di sekolah mencukupi.

4.0       MENGENDALIKAN STRES DI KALANGAN GURUKesemua faktor yang menyumbang kepada masalah stres di kalangan guru

seharusnya diambil perhatian sepenuhnya oleh semua pihak seterusnya di atasi dengan cara yang palin sesuai dan berkesan. Sebagai tunggak pendidikan negara, guru sememangnya perlu bijak menangani segala isu pendidikan agar dapat mengawal stres. Oleh itu, guru perlu bijak dalam mengendalikan stres. Kegagalan guru untuk mengendalikan stres memberikan kesan negatif kepada kesejahteraan fizikal, mental dan emosi guru sekaligus menjejaskan profesion keguruan dan bidang pendidikan negara.

Stress dalam kalangan guru dapat dikendalikan dengan strategi berikut:4.1       Kenal pasti reaksi emosional.

Apabila keperluan emosi dapat dikenal pasti maka seseorang guru boleh menangani stress dengan cara yang lebih positif. Contoh situasi, seorang guru perempuan tidak bersefahaman dengan pengetua di sekolahnya. Guru tersebut telah menangani stress dengan cara yang negatif, iaitu menengking pengetua itu. Setelah guru tersebut mengetahui keperluan emosi dalam dirinya, guru tersebut sedar bahawa tindakannya adalah kerana suatu masa dahulu ayahnya telah menggunakan pendekatan yang sama oleh pengetua itu, iaitu lagak bapa yang menghukum anaknya. Guru tersebut sedar bahawa dia inginkan pengetua itu menghargai beliau. Guru tersebut telah berhadapan dengan pengetua dan memberitahu perasaannya itu. Akhirnya, hubungan mereka berjaya dipulihkan.

4.2       Komitmen sosial.Apabila berhadapan dengan stress, guru memerlukan sokongan daripada

orang-orang di sekelilingnya. Oleh itu, komitmen sosial amatlah penting.

4.3       Kehidupan fizikal.Stress menjejaskan kesihatan dari segi imunisasi tubuh. Oleh itu, seseorang

guru harus tahu teknik yang berkesan untuk menangani stress terutamanya menjelang waktu-waktu tekanan memuncak seperti musim peperiksaan pelajar dan pertukaran pentadbiran di sekolah.

Pengetahuan dalam senaman rutin dan pelan makanan seimbang boleh membantu guru menangani stress. Seorang guru perlu memberi perhatian kepada penjagaan kesihatan dan kecergasan diri. Perbanyakkan melakukan dan menyertai aktiviti yang menjurus kepada senaman berbentuk fizikal seperti aerobik dan

Page 10: Cabaran dan pengorbanan guru sekolah luar bandar.docx

bermain badminton serta melakukan secara beramai-ramai bagi menimbulkan suasana yang harmoni dan penuh gelak-ketawa.

Selain dari menjaga kecergasan diri, guru juga boleh bersosial dengan teman-teman rapat dalam masa yang sama untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat  tentang sesuatu isu.

Semua guru haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat dalam kehidupan seharian. Ini termasuklah menjaga soal pemakanan dengan pengambilan makanan yang seimbang serta banyak menghabiskan masa dengan keluarga dan mengelakkan gaya hidup yang negatif seperti merokok, minum arak, berhibur di kelab malam dan sering tidur lewat.

4.4       IntelekGuru hendaklah bergaul dengan golongan yang memiliki tahap intelek yang

serupa dengan mereka kerana aspek intelek boleh membantu guru menangani stress (Gold Yvonne dan A. Roth Robert, 1993).

Dengan menjadi guru tidak semestinya kita tidak perlu menambah ilmu pengetahuan terutamanya dalam mengetehui cara mengatasi stres. Guru seharusnya terus memperbanyakkan maklumat mengenai pengurusan tekanan dari pembacaan buku ataupun rencana akhbar mahupun menonton rancangan-rancangan berkaitan di televisyen. Lebih banyak maklumat yang diperolehi maka  lebih mudahlah untuk seseorang guru mengurus tekanannya.

Stress jika dibiarkan, boleh mendatangkan kesan sampingan yang tidak baik. Justeru adalah penting untuk mengubah diri individu untuk menangani stress dengan cara yang terbaik. Kenal pasti punca yang menyebabkan masalah tersebut dan ubah. Dengan mengetahui punca stress tersebut, individu bukan hanya meringankan masalah kini malah menghindarkan berulangnya masalah serupa pada masa akan datang. Contohnya, jika seseorang guru kecewa dengan perbalahan dengan pelajarnya, guru tersebut mungkin menyedari bahawa punca kekecewaannya itu bukan disebabkan oleh tingkah laku pelajar tetapi harapan yang tidak realistik guru berkenaan. Dengan mengubah standard yang ingin dicapai, guru tersebut akan mendapati bahawa tingkah laku pelajar tidak lagi mengganggunya.

Bagi mengatasi masalah tersebut juga, Goleman (1999) telah menyarankan lima faktor atribusi terhadap masalah stress atau burnout. Faktor- faktor tersebut ialah:a) Kesedaran Kendiri (self-awareness)b) Pengawalan Kendiri (self-regulation)c) Motivasi Kendiri (self-motivation)

Page 11: Cabaran dan pengorbanan guru sekolah luar bandar.docx

d) Empatie) Kemahiran Sosial (social skills)

Faktor atribusi pertama iaitu kesedaran kendiri bermaksud kebolehan seseorang guru untuk mengetahui perasaan mereka dalam satu-satu situasi dan keupayaan mereka untuk memilih keutamaan panduan dalam membuat keputusan. Seseorang guru yang mempunyai kesedaran kendiri juga mempunyai penilaian yang realistik tentang keupayaan diri dan mereka mempunyai keyakinan diri yang utuh.

Pengawalan kendiri (self-regulation) dimaksudkan sebagai kebolehan mengurus emosi agar ianya memudahkan dan bukannya mengganggu dalam menyelesaikan sesuatu tugasan. Guru yang boleh mengawal diri mereka sentiasa berhemah dan boleh menangguhkan sementara perasaan negatif mereka. Guru sedemikian juga cepat pulih daripada tekanan emosi.

Guru yang mempunyai motivasi kendiri (self-motivation) berupaya menggunakan kehendak diri dalam menggerak dan memandu arah mereka untuk mencapai sesuatu tujuan. Motivasi kendiri boleh membantu seseorang dalam mengambil inisiatif dan bersungguh-sungguh untuk memperbaiki diri. Individu dengan motivasi kendiri yang tinggi sentiasa tabah apabila menghadapi masalah atau dalam keadaan kekecewaan yang tinggi.

Empati merupakan faktor atribusi yang boleh membantu seseorang mengesan perasaan orang lain. Sifat berempati juga membolehkan seseorang guru melihat atau memahami sudut pandangan orang lain. Sifat ini juga boleh menjadi faktor pencetus dan penyubur kemesraan dan keserasian dengan individu dari pelbagai latar belakang. Individu yang mempunyai sifat empati boleh menyelami keperitan, kesusahan, kekecewaan atau keraguan seseorang terhadap sesuatu perkara. Rogers (dalam Corey, Corey & Callahan 1998) menyatakan bahawa seseorang yang boleh menunjukkan sifat berempati akan lebih mudah berinteraksi dengan orang lain terutama dalam proses membantu seseorang. Guru perlu memiliki sikap ini supaya dengan mudah memahami dan mendekati murid. Murid akan berasa selesa bersama guru dengan adanya kemahiran tersebut.

Faktor atribusi terakhir yang dicadangkan oleh Goleman (1999) ialah kemahiran bersosial (social skills). Beliau menyatakan bahawa faktor kemahiran bersosial ini membolehkan seseorang mengurus pelbagai emosi secara efektif dalam perhubungan. Mereka juga mampu mentafsir dengan tepat situasi sosial dan jaringannya selain daripada mahir memujuk dan memimpin. Seseorang guru yang mempunyai kemahiran bersosial yang berkesan juga mampu menjadi pakar runding yang baik disamping berkebolehan menyelesaikan konflik bagi mewujudkan kerjasama dan semangat berpasukan dalam bilik darjah.

Selain itu hubungan interpersonal yang baik juga perlu bagi guru antaranya berkongsi masalah dengan rakan sekerja, rakan sekerja sentiasa memberi kerjasama dan sentiasa mendapat galakan daripada pentadbir atau pengetua. Guru juga telah dibebankan dengan pelbagai tugasan pentadbiran yang telah menjadi

Page 12: Cabaran dan pengorbanan guru sekolah luar bandar.docx

rutin pekerjaan mereka, umpamanya mengisi borang, mengutip yuran, mengemas kini kedatangan pelajar, menyediakan laporan prestasi, menyediakan soalan ujian dan peperiksaan, memberi bimbingan dan pelbagai lagi bagi memajukan pelajarnya.

Kyriacou (1987) juga menekankan bahawa stres yang berpanjangan boleh melemahkan mental dan fizikal serta berupaya melemahkan secara signifikan kerjaya guru dan prestasi pelajarnya kerana stress menjejaskan kualiti pengajaran dan komitmen para guru. Keberkesanan sesuatu pendidikan adalah bergantung kepada pengerak utama sistem ini iaitu guru-guru. Prestasi guru dan komitmen adalah penting bagi seseorang guru untuk membantu anak bangsa dalam memperolehi kejayaan.

5.0       KAEDAH ISLAM DALAM MENANGANI STRES

Islam merupakan agama yang sempurna. Cara yang terbaik dalam menangani stres ialah dengan mendekatkan diri kepada Allah. Hashim Anang (2009) menyatakan pendidikan dan pengamalan Islam yang sepenuhnya akan membantu mengatasi masalah stres dikalangan guru.

Seorang guru yang beragama Islam seharusnya memainkan peranannya sebagai agen dakwah dengan melakukan segala perintah di dalam agama Islam terlebih dahulu. Di dalam ajaran Islam misalnya, amalan solat yang khusyuk lima waktu sehari semalam sebenarnya merupakan kaedah terbaik untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan sekaligus menangani segala masalah.  Allah SWT berfirman dalam surah al-Mukminun, 23: 1&2 yang bermaksud: "Sesungguhnya berjayalah orang-orang Yang beriman, Iaitu mereka Yang khusyuk Dalam solatnya".

Perkataan “aflaha” atau berjaya di sini bukan sekadar berjaya di dunia malah berjaya juga di akhirat. Mereka yang beroleh khusyuk dalam solat, akan juga beroleh khusyuk dan ketenangan dalam kehidupan dan minda mereka. Malah seruan azan juga turut mengaitkan solat dengan kejayaan. Marilah bersolat dan marilah menuju kejayaan.

Abu Darda' di dalam kitab al-Asas fi Tafsir menyatakan bahawa khusyuk itu ialah pengagungan terhadap Tuhan, keikhlasan dalam perkataan, kesempurnaan dalam keyakinan, memberikan sepenuh perhatian dan tidak berpaling ke kiri dan kanan kerana ia adalah dari syaitan. Faedah khusyuk ini akan membina jati diri seseorang muslim yang taat dan soleh, yang tenang dan aman jiwanya dan yang ikhlas dalam tindak-tanduk amalnya. Ketenangan jiwa merupakan penawar utama bagi masalah stres.

Berzikir juga merupakan amalan yang mampu menenangkan jiwa dan menghilangkan stres. Dalam hal ini, Allah SWT memberi jaminan bahawa mereka yang senantiasa mengingati-Nya akan beroleh ketenangan hati. Allah SWT berfirman dalam surah al-Rad, 13: 28 yang bermaksud, "(Iaitu) orangp-orang yang

Page 13: Cabaran dan pengorbanan guru sekolah luar bandar.docx

beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia". Allah SWT juga berfirman dalam surah al-Baqarah, 2:152 yang bermaksud; "Maka berzikirlah (ingatlah) kepada-Ku, nescaya Aku akan mengingati kamu sekelian".

Amalan membaca, mendengar dan menghayati al-Quran juga mampu menjadi penenang kepada jiwa. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Al-Quran adalah penawar kepada kesakitan minda". (Hadis riwayat Bukhari). Rasulullah SAW juga pernah bersabda: "Didiklah anak-anak kamu atas tiga sifat iaitu: Cintakan nabi mereka, cintakan keluarga nabi dan membaca al-Quran".

Jelas di sini berdasarkan pencerahan beberapa amalan di atas, Islam mempunyai kaedah tersendiri dalam menjaga kesihatan jiwa dan menangani stres. Mereka yang mengalami stres khususnya di kalangan guru seharusnya berusaha mencapai solat yang khusyuk, sentiasa berzikir dan menghayati isi kandungan al-Quran. Amalan-amalan ini terbukti mampu menjadikan diri kita sihat zahir dan batin.

6.0       PENUTUP

Profesion perguruan adalah profesion yang tidak mempunyai pembahagian masa yang jelas antara masa bekerja dan masa tidak bekerja. Keadaan sedemikian sememangnya mewujudkan stres kepada guru-guru.

Profesion keguruan dan tugas guru merupakan bidang yang kompleks dan mencabar. Guru bukan sahaja perlu mengajar, malah perlu melakukan kerja-kerja pengkeranian dan pentadbiran, menjalankan aktiviti kokurikulum dan juga melibatkan diri secara aktif dalam Persatuan Ibu-Bapa dan Guru. Disamping kerja-kerja yang dinyatakan, guru juga perlu memastikan tanggung jawab utama iaitu berinteraksi dengan pelajar-pelajar secara fizikal, dan emosi semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam keadaan yang kodusif.

Boleh dikatakan stres dapat dikawal dengan baik oleh guru sekiranya mereka mementingkan kepada cara-cara untuk menguruskan stres tersebut. Pengurusan

Page 14: Cabaran dan pengorbanan guru sekolah luar bandar.docx

stres amat kritikal atau diperlukan oleh guru bagi memastikan  mereka sentiasa bersedia untuk menghadapi segala cabaran dalam profesion keguruan dan dunia pendidikan yang mendatang. Hal ini seterusnya akan membantu pemecutan kemajuan bidang pendidikan negara.

disediakan oleh : ahmad faiz bin Malek Sifulazan