cabaran dalam organisasi awam

Upload: ct-kawaii

Post on 17-Feb-2018

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/23/2019 Cabaran Dalam Organisasi Awam

    1/7

    Cabaran terhadap pengurusan semestinya akan timbul di dalam sesebuah organisasi

    yang ingin melakukan perubahan. Ianya boleh berlaku secara terang-terangan, tersembunyi

    mahupun secara tertunda. Adalah mudah untuk mengatasi cabaran terang-terangan

    berbanding yang berlaku secara tersembunyi atau tertunda. Sumber-sumber cabaran ini boleh

    dibahagikan kepada dua kategori iaitu sumber daripada individu serta sumber daripada

    organisasi itu sendiri.

    CABARAN DARIPADA INDIVIDU

    Cabaran yang wujud daripada individu yang menyebabkan berlakunya penolakan

    kepada perubahan adalah lebih bersifat kemanusiaan seperti tanggapan, personaliti dan

    keperluan. isini saya dapat kaitkan beberapa halangan yang mungkin berlaku terhadap

    individu dalam organisasi awam itu sendiri yang menjadi faktor penolakan perubahan itu

    sendiri.

    a) KEBIASAAN

    Apa yang berlaku ini memang lumrah. Apabila mereka telah selesa dengan apa yang

    diamalkan, mereka jadi bimbang. Mereka risau jika sesuatu yang baru diperkenalkan ia

    mungkin tidak mendatangkan kebaikan kepada mereka

    !r. Chia "ai #eng, $%%$&

    aripada petikan diatas dapat disimpulkan perkaitan bahawa semua manusia

    merupakan mahkluk yang mempunyai tabiatnya yang tersendiri. 'akitangan awam itu

    sendiri tidak terkecuali daripada kebiasaannya tersendiri dan apabila berlaku perubahan

    dalam situasi kerja harian, mereka akan menjadi pasif dan takut terhadap perubahan yang

  • 7/23/2019 Cabaran Dalam Organisasi Awam

    2/7

    berlaku. Ianya kerana seseorang individu yang telah biasa dengan suasana kebiasaan

    bekerjanya akan merasa sukar untuk menerima sesuatu arahan perubahan kerana merasakan

    perubahan akan memberi kesan terhadap aktiviti kebiasaanya.

    b) KESELAMATAN

    Individu yang mempunyai keperluan kepada tahap keselamatan yang tinggi patinya

    akan menolak kepada perubahan. Situasi ini berlaku kerana individu ini beranggapan bahawa

    dengan berlakunya perubahan, maka tidak mustahil mereka akan kehilangan pekerjaan

    mereka ataupun hilang kepentingan mereka dalam organisasi itu sendiri. #erkara ini tidak

    dapat disangkal kerana ianya juga berlaku dalam organisasi awam itu sendiri dimana saya

    dapat melihat sendiri situasi ini. Situasi ini kebiasaannya berlaku terhadap kakitangan senior

    dan mempunyai kepentingan mereka sendiri.

    c) FAKTOR EKONOMI

    'esan kepada faktor ekonomi juga akan menjadi sumber utama kepada seseorang

    individu itu menolak perubahan. Individu yang menentang dasar ini beranggapan bahawa

    perubahan yang dilakukan akan menjejaskan pendapatan mereka. Sebagai contoh, dasar

    perkhidmatan awam yang diubah terhadap syarat serta kelayakan kenaikan pangkat pegawai

    menyebabkan kakitangan awam merasakan perubahan yang dilakukan menyukarkan peluang

    kenaikan pangkat mereka.

    d) KETAKUTAN TERHADAP PERUBAHAN

    'ekaburan maklumat dan ketidakpastian terhadap perubahan akan menimbulkan

    ketakutan dalam diri setiap individu. #erubahan yang berlaku ini akan menyebabkan

    seseorang individu itu terpaksa mempelajari banyak kerja-kerja baru yang dirasakannya

    membebankan. Situasi ini sering berlaku terhadap pegawai senior dalam sesebuah jabatan

  • 7/23/2019 Cabaran Dalam Organisasi Awam

    3/7

    awam yang sentiasa merasa terbeban terhadap perubahan yang dilakukan oleh jabatan

    berbanding dengan pegawai lantikan baru yang saya dialami oleh saya sendiri.

    e) PROSES PEMILIHAN MAKLUMAT

    #erbe(aan latar belakang manusia akan menyebabkan setiap individu mempunyai

    tanggapan yang berbe(a terhadap isu-isu baharu. Apabila seseorang individu itu telah selesa

    dengan keadaan sedia ada, maka mereka ini berpotensi untuk menolak terhadap sebarang

    perubahan yang dilaksanakan. )ereka ini akan cenderung untuk memilih maklumat yang

    disukai sahaja dan selari dengan tanggapan mereka pada waktu tersebut. 'ebiasaannya

    mereka hanya akan mendengar maklumat yang mereka hendak dengar sahaja dan akan

    mengabaikan sebarang maklumat yang akan menggugat keadaan semasa mereka.

    CABARAN DARIPADA ORGANISASI

    "rganisasi secara semula jadi adalah konservatif. )ereka secara aktif menentang

    sebarang bentuk perubahan. )ereka tetap akan meneruskan apa yang dilakukan selama ini

    tanpa menghiraukan adakah mereka perlu berubah seperti yang kita lihat penentangan

    cauvinis Cina menerusi pertubuhan-pertubuhan Cina yang menentang dasar kerajaan.

    *enomena ini jelas terbukti, di antaranya adalah enam punca tentangan organisasi untuk

    mengubah !+obbins dan Coulter, &.

    a) STRUKTUR SEDIA ADA

    #erubahan yang akan dilakukan akan melibatkan beberapa halangan kepada struktur

    organisasi sedia ada. "rganisasi yang telah lama terbentuk dan telah lama mempunyai sistem

    kerja yang tersendiri perlu dirombak kembali sekiranya perlu bagi tujuan perubahan yang

    dilakukan. Situasi ini sering kali berlaku apabila berlaku pertukaran pemimpin dalam jabatan

    itu sendiri.

  • 7/23/2019 Cabaran Dalam Organisasi Awam

    4/7

    b) FOKUS PERUBAHAN YANG TERHAD

    "rganisasi yang telah terbentuk mempunyai sistem dan sub-sistemnya yang tersendiri.

    "leh itu, perubahan tidak boleh dilakukan di satu bahagian sahaja tanpa memberi kesan

    kepada bahagian yang lain. "leh itu, satu perancangan perubahan yang sistematik perlu

    dilakukan supaya perubahan yang dilakukan di satu bahagian itu tidak menjejaskan sistem di

    bahagian yang lain. Sebagai contoh pelaksanaan u-Customs dan e-)anifest perlu dilakukan

    terhadap semua bahagian dalam ') yang menggunakan sistem ini.

    c) KUMPULAN YANG SEDIA ADA

    #ertubuhan atau kumpulan yang sedia ada di dalam organisasi juga boleh menjadi

    halangan kepada sesuatu perubahan. Individu yang telah bersedia untuk berubah akan

    mengubah fikiran sekiranya terdapat ahli dalam kumpulan enggan berbuat demikian demi

    norma kumpulannya.

    d) KEKANGAN PAKAR SEDIA ADA

    #erubahan kepada bentuk organisasi berkemungkinan akan memberi kesan kepada

    keperluan pakar-pakar baru dalam bidang sedia ada. Secara tidak lansung, kumpulan-

    kumpulan pakar yang sedia ada dalam organisasi akan merasa kedudukan mereka terancam.

    Sebagai contoh, tidak banyak pakar dalam bidang /S0 dalam ') walaupun

    pelaksanaannya telah lama dilakukan.

    e) KEKANGAN PERHUBUNGAN KUASA

  • 7/23/2019 Cabaran Dalam Organisasi Awam

    5/7

    Sebarang perubahan yang mungkin melibatkan struktur organisasi akan memberi

    kesan kepada kawalan atau kuasa membuat keputusan. #erubahan kepada gaya kepimpinan

    juga akan memberi kesan kepada struktur pengurusan yang sedia ada. Situasi ini berlaku

    kepada kebanyakkan organisasi awam di )alaysia apabila berlaku perubahan pucuk

    pimpinan sama ada peringkat atasan mahupun peringkat bahagian sahaja.

    f) KEKANGAN PERLETAKKAN SUMBER

    'umpulan-kumpulan dalam organisasi yang mengawal sumber yang banyak sering

    menganggap perubahan sebagai ancaman seperti organisasi yang mengawal sektor ekonomi

    negara. )ereka cenderung berasa puas hati dengan cara yang sedia ada kerana ia merupakan

    yang terbaik bagi mereka. )ereka berasa terancam oleh perubahan yang mungkin

    mempengaruhi pengagihan masa depan.

    MENGATASI HALANGAN UNTUK BERUBAH

    )emandangkan wujudnya tentangan sama ada dari individu mahupun organisasi,

    maka satu cara yang berkesan mesti disediakan supaya cabaran-cabaran ini tidak terus

    berlaku. )enurut +obbins dan Coulter !&, terdapat enam taktik yang boleh digunakan

    oleh agen-agen perubahan untuk menangani keengganan untuk berubah.

    a) PENDIDIKAN DAN MOTIVASI

    0entangan boleh dikurangkan melalui komunikasi dengan individu yang terlibat di

    dalam sesebuah organisasi untuk menolong mereka melihat kepada logik perubahan. 0aktik

    yang pada asasnya menganggap punca keengganan terletak pada komunikasi yang lemah dan

    pemberian maklumat yang silap. ika para kakitangan awam menerima fakta yang penuh dan

  • 7/23/2019 Cabaran Dalam Organisasi Awam

    6/7

    menyelesaikan ketidak sefahaman tersebut, komunikasi boleh dicapai melalui perbincangan

    secara perseorangan, memo, persembahan berkumpulan atau laporan.

    b) PENGLIBATAN

    Adalah sukar bagi manusia untuk tidak menerima keputusan untuk berubah sekiranya

    mereka terlibat secara langsung. Sebelum melakukan perubahan tersebut, mereka yang

    membantah boleh dibawa bersama dalam proses membuat keputusan. Andaikan mereka yang

    terlibat mempunyai kepakaran untuk menyumbang secara bermakna, penglibatan mereka

    boleh mengurangkan keengganan mendapat komitmen dan meningkatkan kualiti keputusan.

    c) KELENGKAPAN DAN SOKONGAN

    #ucuk pimpinan boleh menawarkan suatu rangkaian usaha-usaha sokongan untuk

    mengurangkan keengganan kakitangan awam terhadap perubahan yang dilakukan. Apabila

    pegawai awam umpamanya takut dan risau dengan perubahan yang dilakukan, kursus atau

    latihan yang dapat memberi peluang untuk brainstroming adalah antara langkah yang

    sewajarnya dilaksanakan dan mungkin juga melaksanakan perubahan peringkat demi

    peringkat.

    d) PERUNDINGAN

    Satu lagi taktik yang boleh digunakan oleh pemimpin sesebuah organisasi untuk

    menangani tentangan untuk berubah ialah menukar suatu yang bernilai sehingga

    mengurangkan keengganan itu. Contohnya, jika tentangan itu tertumpu pada beberapa

    individu yang berkuasa, satu pakej penghargaan yang tertentu boleh dirundingkan yang akan

    menepati kehendak individu mereka. +undingan merupakan suatu kaedah bagi suatu punca

    yang berkuasa besar.

  • 7/23/2019 Cabaran Dalam Organisasi Awam

    7/7

    e) PAKSAAN

    0aktik terakhir ialah penyalahgunaan kuasa pemimpin atasan seperti kerajaan

    menggunakan kuasa eksekutif secara langsung atau kuasa ke atas mereka yang enggan

    berubah. 1angkah ini merupakan langkah terakhir yang mungkin dilaksanakan oleh kerajaan

    sekiranya masih wujud penentangan daripada ahli-ahli organisasi untuk melibatkan diri

    dengan program-program perubahan. "leh itu, bagi mengelakkan berlakunya paksaan,

    perbincangan antara perunding dan ahli-ahli organisasi boleh dilaksanakan. 2ntuk

    menjayakan perundingan ini, agen perubahan mestilah merupakan individu yang

    menjalinkan hubungan yang baik dengan organisasi.