buletin integriti siri 1/2017 ntegriti i erti sebuah ... filekepentingan organisasi dan hak orang...

16
BULETIN INTEGRITI SIRI 1/2017 Terbitan: Unit Integriti

Upload: others

Post on 25-Oct-2019

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BULETIN INTEGRITI SIRI 1/2017 ntegriti I ERTI SEBUAH ... filekepentingan organisasi dan hak orang awam. Malahan, kepentingan organisasi, perkhidmatan serta negara hendaklah mengatasi

SERPIHAN KENANGAN

BULETIN INTEGRITI SIRI 1/2017

Terbitan: Unit Integriti

ERTI SEBUAH KECANTIKAN

Transformasi Negara PEMACU

Integriti i

Page 2: BULETIN INTEGRITI SIRI 1/2017 ntegriti I ERTI SEBUAH ... filekepentingan organisasi dan hak orang awam. Malahan, kepentingan organisasi, perkhidmatan serta negara hendaklah mengatasi

• Datin Zakiah Syerina Balqis binti Taha

• Abdul Majid bin Abdul Rahim

• Mohd Rafee bin Mohamad

• Wan Muhamad bin Wan Junoh

• Nor Azimah binti Nun

• Nursyarinatul Shima binti Safiai

• Shawalrizal bin Ahmad Zailan

P E N Y E L A R A S / P E N G A R A N G

SIDANG

REDAKSI P E N A S I H A T

Unit Integriti

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 2 dan 4, Blok E12

Kompleks Kerajaan Parcel E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Putrajaya

T E R B I T A N

Nazli Rasyid bin Haji Sulong

03 - 8884 7999

03 - 8884 7922

[email protected]

http://www.moe.gov.my

2

S U M B A N G A N K A R Y A

• Kami mengalu-alukan sebarang sumbangan karya bertema integriti (rencana, artikel, berita, cerpen,

sajak dan lain-lain) untuk dikongsi bersama pembaca Buletin Integriti.

• Hantarkan karya anda ke [email protected].

• Karya yang terpilih akan menerima sumbangan cenderahati daripada penganjur.

Page 3: BULETIN INTEGRITI SIRI 1/2017 ntegriti I ERTI SEBUAH ... filekepentingan organisasi dan hak orang awam. Malahan, kepentingan organisasi, perkhidmatan serta negara hendaklah mengatasi

3

Saya mengucapkan

syabas dan tahniah kepada

sidang redaksi dan semua

yang terlibat secara langsung

mahupun secara tidak

langsung dalam menjayakan

penerbitan buletin ini.

Semoga segala usaha murni

ini mendapat keberkatan

daripada Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

Objektif penerbitan buletin ini adalah

untuk melestarikan perkhidmatan awam

yang berintegriti selaras dengan hasrat

murni Kementerian untuk melahirkan

warga kerja KPM yang berintegriti dan

berkeperibadian unggul.

Tahun 2017 merupakan tahun

penyampaian perkhidmatan kepada

rakyat oleh kerajaan. Saya yakin dan

percaya betapa sesungguhnya warga

KPM pasti memasang azam dan janji

sama ada secara khusus mahu pun

secara umum untuk berusaha dengan

lebih gigih serta sentiasa

meningkatkan tahap profesionalisme

dalam perkhidmatan dengan lebih

efisien.

Integriti perlu dilihat dan dihayati

dalam konteks yang lebih luas. Integriti

bukan sahaja bermakna kita perlu

menjauhkan diri dari amalan-amalan

rasuah, penyelewengan dan salah guna

kuasa tetapi konsep integriti juga

membawa maksud nilai-nilai amanah,

boleh dipercayai, jujur, taat dan

mempunyai sifat-sifat keperibadian

yang teguh. Integriti juga bererti

sentiasa menghargai serta memelihara

kepentingan organisasi dan hak orang

awam. Malahan, kepentingan

organisasi, perkhidmatan serta negara

hendaklah mengatasi kepentingan diri

sendiri.

Ketua Setiausaha,

Kementerian Pendidikan Malaysia.

Alhamdulillah, bersyukur

ke hadrat Illahi kerana dengan limpah

kurniaNya, saya diberikan ruang dan

peluang untuk menyampaikan sedikit

amanat dalam penerbitan Buletin

Integriti Siri 1 Tahun 2017 bertemakan

“Pendidikan Asas Integriti”.

Warga berintegriti adalah

aspirasi negara. Oleh itu, saya

menyeru kepada seluruh warga

KPM agar bersama-sama

m e m b u d a y a k a n

i n t e g r i t i d a l a m

k e h i d u p a n

s e h a r i a n demi kejayaan

di dunia dan akhirat kelak.

Page 4: BULETIN INTEGRITI SIRI 1/2017 ntegriti I ERTI SEBUAH ... filekepentingan organisasi dan hak orang awam. Malahan, kepentingan organisasi, perkhidmatan serta negara hendaklah mengatasi

Oleh: Mohd Rafee bin Mohamad

Menerusi “Haluan Kerja Pendidikan

Merealisasikan Agenda Transformasi Negara”

nukilan Tan Sri Abd Ghafar bin Mahmud,

Mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,

“Pendidik Berintegriti” merujuk kepada

pasukan pendidik yang mempunyai

nilai-nilai keutuhan dalam diri yang

tinggi bagi mencapai hasrat sistem

pendidikan kebangsaan. “Transformasi

Negara” pula merujuk kepada aspirasi

„Rakyat Didahulukan, Pencapaian

Diutamakan‟, dan merealisasikan

Program Transformasi Kerajaan

(GTP) merangkumi komponen yang

dinyatakan dalam Bidang

Keberhasilan Utama Negara

(NKRA) dan Bidang Ekonomi

Negara (NKEA).

Transformasi Negara PEMACU

Persoalannya, bagaimanakah yang dikatakan

pendidik berintegriti mampu menjadi pemacu

transformasi negara?

“Pendidik Menghayati dan

Mempamerkan Watak Profesional

Pemacu Transformasi Negara”.

Demi menjayakan hasrat pembentukan masyarakat

1Malaysia dalam sistem pendidikan negara, penerapan

asas jiwa murni, akhlak terpuji dan budi pekerti menjadi

kunci melahirkan pendidik berintegriti. Kod Etika

Keguruan menjadi amalan, Standard Guru Malaysia

pengukur pencapaian, Falsafah Pendidikan Kebangsaan

menjadi panduan, prestasi dan kualiti murid terus diberi

keutamaan. Kini, perlaksanaan NKRA menuntut

kecemerlangan dalam perkhidmatan, sikap kebertanggung

jawaban dan semangat mujahadah demi nusa dan bangsa.

4

“Pendidik Berintegriti, Murid

Berinovasi, Negara Ditransformasi”.

Demi merapatkan jurang pendidikan ke arah

transformasi negara yang kita jayakan, kawasan

pedalaman mendapat imbuhan, guru baru akan

ditugaskan, mengajar si asli dan si penan, yang dahagakan

ilmu pengetahuan. Ilmu perlu di ajar tanpa memilih watak,

walau siapa mereka, itu bukan persoalannya. Hakikatnya,

17 februari 2011 menjadi saksi, SK Ulu Lubai pedalaman

Limbang Sarawak menjadi bukti, hasil sentuhan pendidik

berintegriti, sekolah berprestasi tinggi kini dikecapi.

Semua ini memerlukan keutuhan akhlak dan nilai murni

yang terpasak kukuh dalam sanubari setiap insani

bergelar pendidik berintegriti. Pendidik menghayati dan

mempamerkan watak professional pemacu transformasi

negara.

Page 5: BULETIN INTEGRITI SIRI 1/2017 ntegriti I ERTI SEBUAH ... filekepentingan organisasi dan hak orang awam. Malahan, kepentingan organisasi, perkhidmatan serta negara hendaklah mengatasi

Alaf baru menyaksikan gelombang perubahan hasil

daripada kemajuan sains, kecanggihan teknologi dan

ledakan ilmu demi melonjakkan kecemerlangan

pendidikan. Sebagai pendidik dan bakal pendidik, adakah

kita sedari kehadiran murid natif digital pada hari ini?

Menyedari kehadiran murid natif digital inilah, simposium

guru Malaysia dan Amerika Syarikat telah dilaksana,

khusus ke arah murid belajar dengan mengajar.

Hakikatnya, pendidik berintegriti pasti berusaha agar

murid natif digital yang ingin dilahirkan bukan sahaja

mampu memahami ilmu, malah mereka bentuk

pengetahuan baharu dan memodifikasi tingkah laku.

Menerusi program transformasi, kurikulum standard

sekolah rendah mula dihayati, program I-think kini

dilestari, memberi peluang murid melakukan eksplorasi,

dengan bimbingan pendidik berintegriti. Harus kita yakin

dan percaya, tanpa pendidik berintegriti, masyarakat

berinovasi hanya mimpi. Hakikatnya, pendidik berintegriti

terus bersemi, murid berinovasi, negara di transformasi.

“Pendidik berintegriti belajar

sepanjang hayat pemacu

transformasi negara”.

Tiada institusi perguruan, betapapun gemilang

namanya dan betapapun tinggi kualiti pendidikan

keguruannya, mampu membekalkan pengetahuan dan

kemahiran untuk digunakan oleh para pendidik sepanjang

kariernya. Justeru tertuntut di atas pundak pendidik dan

ketua pendidik untuk mengambil inisiatif mendalami

pengetahuan dan kemahiran baharu serta

mengembangkan pengetahuan dan kemahiran tersebut

sepanjang hayat profesion mereka. Profesionalisme guru

tanggungjawab sepanjang hayat. Institusi pendidikan guru

institusi pendidikan sepanjang hayat. Kini, pendidik

memerlukan transformasi untuk meningkatkan kualiti

diri, bahasa asing dikuasai, mahir dengan ICT, peka dengan

segala situasi bukti pendidik berintegriti. Bahagian

Pendidikan Guru, Institut Aminudin Baki, dan Institut

Pendidikan Guru Malaysia duduk semeja menyusun

latihan dan aktiviti demi pendidik berintegriti. Maka,

sahutlah seruan, tingkatkan ilmu pengetahuan, sepanjang

hayat yang dihasratkan. Pendidik berpengetahuan

berminda kelas pertama pemacu transformasi negara.

“Pendidik cemerlang

pemacu transformasi”.

Apabila membincangkan

kecemerlangan guru dan profession

keguruan perlu menfokuskan 5 tunjang

utama yang menjadi tonggak kejayaan.

Kekuatan intelek, kepimpinan

berwibawa, kemurnian akhlak,

kesediaan untuk berubah serta

minat dan cinta terhadap

profession keguruan. Fenomena global

kini melanda, dunia yang dahulunya hanya

dianggap biasa, kini menuntut produktiviti

yang bernatijah. Inovasi memerlukan

kehadiran tenaga otak, ketajaman daya fikir,

kekuatan daya imaginasi dan kreativiti.

Lantas, berlaku pertembungan dengan

pendidikan, pembelajaran, sekolah dan bilik

darjah. Pendidik cemerlang pasti

mengadaptasi dan mencerna teknologi

membuktikan pendidikan terus kita dorong

agar kita melihat pada mata burung bukan

duduk di bawah tempurung. Hakikatnya,

sebagai pemacu transformasi, sekolah bestari

terus dilestari, anugerah inovasi kini

terpateri, penggunaan ICT berada dihujung

jari. Ke arah wawasan 2020, ayuh pendidik

berintegriti pemacu transformasi, bersatu

hati meningkatkan kecemerlangan diri.

Secara tuntasnya, tugas besar menanti

warga pendidik berintegriti untuk memacu

transformasi. Ayuh memasak tekad, menjadi

pendidik berintegriti, watak professional

dipateri, melahirkan murid berinovasi,

pendidikan sepanjang hayat dihayati, pendidik

cemerlang terus dilestari.

5

Page 6: BULETIN INTEGRITI SIRI 1/2017 ntegriti I ERTI SEBUAH ... filekepentingan organisasi dan hak orang awam. Malahan, kepentingan organisasi, perkhidmatan serta negara hendaklah mengatasi

ERTI SEBUAH KECANTIKAN Kecantikan itu bukanlah pada memakai bongkah rantai emas

Mekap berjenama atau pakaian berfesyen dari butik dan

Dari luar negeri, yang pasti mahal harganya

Kecantikan juga bukan pada makan pil pelangsing diri

Pembedahan mengubah wajah, organ dan anggota badan

Dan kecantikan juga tak mungkin dimiliki andai tak mampu

Melahirkan jalur-jalur kebenaran dan keikhlasan dalam diri

Sekaligus menghindar hipokrasi

Kecantikan bisa bersemadi di sanubari seandainya diri

Dibaluti tingkah laku terpuji, akhlak yang mulia serta

Mewarnai seluruh aspek kehidupan duniawi dan ukhrawi

Justeru… Kecantikan adalah ilmu pengetahuan, amalan dan cerminan

Wajah kemanusiaan seperti apa yang dilihat pada sisi luaran diri

Penghayatan semua sifat terpuji, keindahan pada diri seseorang insan

Maka barulah bisa dianggap dia memiliki kecantikan.

Sumber:

Pasentren Ma’ahad Al Zaytun,

Indramayu Indonesia

2001

6

Kecantikan itu bukanlah pada memakai bongkah rantai emas Mekap berjenama atau pakaian berfesyen dari butik dan Dari luar negeri, yang pasti mahal harganya

Kecantikan juga bukan pada makan pil pelangsing diri Pembedahan mengubah wajah, organ dan anggota badan Dan kecantikan juga tak mungkin dimiliki andai tak mampu Melahirkan jalur-jalur kebenaran dan keikhlasan dalam diri Sekaligus menghindar hipokrasi

Kecantikan bisa bersemadi di sanubari seandainya diri Dibaluti tingkah laku terpuji, akhlak yang mulia serta Mewarnai seluruh aspek kehidupan duniawi dan ukhrawi

Justeru… Kecantikan adalah ilmu pengetahuan, amalan dan cerminan Wajah kemanusiaan seperti apa yang dilihat pada sisi luaran diri Penghayatan semua sifat terpuji, keindahan pada diri seseorang insan Maka barulah bisa dianggap dia memiliki kecantikan.

Sumber:

Dwilogi, Terbitan 2014

Oleh: Taha bin Kadir

Page 7: BULETIN INTEGRITI SIRI 1/2017 ntegriti I ERTI SEBUAH ... filekepentingan organisasi dan hak orang awam. Malahan, kepentingan organisasi, perkhidmatan serta negara hendaklah mengatasi

KUNING ,MERAH, HIJAU. Bukan sekadar warna-warna yang ada pada sebatang lampu isyarat. Namun warna-

warna ini pernah menyaksikan jutaan nyawa manusia terkorban dek kegagalan mematuhi peraturan. Menurut Majlis

Keselamatan Jalan Raya, 90% kemalangan berlaku berpunca daripada sikap pengguna jalan raya yang tidak

berhemah iaitu tidak berilmu, berdisiplin dan berakhlak. Sama ada pemandu kereta, bas, lori, penunggang motosikal

mahupun pejalan kaki, perlu sentiasa berintegriti, agar kemalangan dapat dihindari. Persoalannya, apakah medium

terbaik untuk melahirkan pengguna jalan raya yang berhemah sekaligus menjamin keselamatan bersama?

“Pendidikan Diutamakan, Kesedaran Dipugarkan”

Sikap berhemah pengguna jalan raya perlulah disulami dengan ilmu dan kemahiran yang tinggi. Di negara

Jerman, mendapatkan lesen memandu bukanlah suatu perkara yang mudah. Ujian yang sangat sukar, praktikal

memandu di laluan mencabar dan penerapan teori secara pintar sehingga pemandu mereka diiktiraf sebagai

pemandu paling berhemah di dunia. Berbeza dengan kita, tahap kesedaran masih membimbangkan. Meskipun

Pendidikan Keselamatan Jalan Raya telah diterapkan, pelbagai iklan dipaparkan, pelbagai papan tanda dipacakkan.

“Pandu Cermat Jiwa Selamat”, “Ingatlah Orang Yang Tersayang” dan “Pandu Laju Maut Menunggu.” Namun seperti

mencurahkan air ke daun keladi, merempit masih dijadikan tradisi, lumba haram makin menjadi-jadi, telefon bimbit

dijadikan teman sejati, nyawa orang lain menjadi galang ganti. Natijahnya, kerajaan telah berusaha, institusi

pendidikan telah diwahana, sikap pemandu masih di takuk lama.

7

“Kerajaan Prihatin, Memperkasa Disiplin”

Tahukah anda, negara-negara Skandinavia seperti Norway dan Sweden merupakan antara negara yang paling

rendah kadar kemalangannya. Sistem pengangkutan awam yang sistematik, jalan raya yang terbaik ditambah dengan

sikap pemandu yang cerdik adalah garapan ideal kepada kejayaan yang epik. Di negara kita, kerajaan mendahulukan

keselamatan jalan raya melalui pelbagai cara. Lebuhraya dibina, pengangkutan awam diperkasa, dan pelbagai kempen

dilaksana. Malah, undang-undang ketat juga dikuatkuasa dengan peranan JPJ dan PDRM yang bertugas pada setiap

masa. Namun, kita masih menghuni kelompok 25 buah negara yang paling berbahaya jalan rayanya di dunia. Setiap

hari, 18 orang maut dek kerana bersikap seperti “enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”.

Tuntasnya, kerajaan sudah berusaha, memperkasa disiplin paksi utama, pengguna jalan raya masih alpa.

“Keluarga Dominan, Memulih Kebejatan”

Syawal saban kali menjelma, hakikat yang amat pedih untuk kita terima, kemalangan maut kian berganda, ada

yang tidak sempat bersalaman di pagi raya, ada yang kempunan memakai baju baru pelbagai warna dan ada yang

meratap tangis pemergian insan tercinta. Justeru, peranan keluarga amat dituntut untuk memulihkan masalah yang

melanda. Amalan nasihat-menasihati perlulah sebati, budaya tegur-menegur perlulah dilentur dan sikap ambil berat

perlulah diperkuat, agar keselamatan bersama terus terpelihara.

Oleh: Mohd Fazlan bin Ismail

Guru SK St Joseph JB, Johor

Page 8: BULETIN INTEGRITI SIRI 1/2017 ntegriti I ERTI SEBUAH ... filekepentingan organisasi dan hak orang awam. Malahan, kepentingan organisasi, perkhidmatan serta negara hendaklah mengatasi

8

Oleh: Muhammad Hanif bin Mohd Saleh

Guru SK Kg. Pasir JB, Johor

Setiap negara mempunyai model pendidikan

mengikut acuan masing-masing. Dunia pendidikan hari

ini telah mengalami banyak perubahan, namun adakah

perubahan yang dilakukan itu benar-benar bersesuaian

dengan keperluan abad ke 21 yang serba mencabar ini?

Sistem pendidikan di negara lain secara tidak langsung

telah menjadi perbandingan di kalangan masyarakat

kita, kini sehinggakan ada yang sanggup berpindah ke

luar negara semata-mata tidak berpuas hati dengan

sistem sekolah di sini.

Naskhah „Bukan Salah Cikgu‟ cuba

mengemukakan beberapa bahagian penting dengan isu-

isu yang berkaitan dalam sistem pendidikan di dalam

dan luar negara. Buku setebal 160 muka surat ini ditulis

dengan santai oleh Azmira Amran selaku pemegang

Ijazah Sarjana Pendidikan & Globalisasi di Universiti

Oulu, Finland. Buku ini juga adalah bedasarkan kajian

serta pengalaman penulis yang pernah berkhidmat

menjadi guru di Malaysia dan pelajar di Finland.

Buku ini bukan bertujuan memburukkan sistem

pendidikan yang sedang kita diami, tetapi ia lebih

kepada satu pandangan semula ke mana arah

pendidikan kita pada hari ini. Antara topik menarik

yang dibincangkan dalam naskhah ini adalah seperti,

tujuan pendidikan di Malaysia, isu-isu pendidikan di

Malaysia, huraian tentang PISA, dan sistem pendidikan

di Finland secara ringkas.

Di dalam bahagian tujuan sistem pendidikan,

penulis ada membentangkan semula Falsafah

Pendidikan Negara dengan memberi beberapa

pandangan yang kritikal tentang Pelan Pembangunan

Pendidikan 2013-2025. Contohnya berkenaan isu akses

peluang dan kesamarataan pendidikan demi

merapatkan jurang antara murid di pedalaman dan

bandar. Antara punca utama yang tidak boleh dinafikan

ialah penggunaan sistem gred dan ranking yang secara

tidak langsung telah menjarakkan lagi jurang akses

pendidikan antara murid bandar dan luar bandar.

ULASAN BUKU BUKAN SALAH CIKGU:

Page 9: BULETIN INTEGRITI SIRI 1/2017 ntegriti I ERTI SEBUAH ... filekepentingan organisasi dan hak orang awam. Malahan, kepentingan organisasi, perkhidmatan serta negara hendaklah mengatasi

9

“Sekolah di Malaysia

seharusnya tidak diranking.

Setiap sekolah harus

mempunyai standard yang

tinggi dan memberi

pendidikan berkualiti

kepada setiap murid.

Bukannya siapa yang kaya

akan mendapat pendidikan

berkualiti dan sesiapa yang

tidak kaya, harus ke

sekolah tidak berkualiti.”

Antara masalah utama yang mengekang kita

untuk menjadi lebih maju ialah kita diikat dengan

gred. Setiap perkara akan digred. Secara tidak

langsung ini telah menyebabkan setiap perkara yang

dilaksanakan semata-mata untuk mengejar gred dan

bukan atas dasar ingin menghidupkan suasana

pembelajaran secara berterusan.

Isu lain yang dikemukakan dalam buku ini juga

termasuk seperti middle managers yang terlalu

ramai di dalam sistem pendidikan kita. Middle

managers yang sepatutnya bertujuan membantu

telah menghantui para guru di sekolah sebagai

kumpulan atau jemaah yang cuma ingin mencari

salah. Namun dalam hal ini, disisipkan juga peranan

middle managers yang berperanan sebagai

pembimbing dan bukan sekadar mencari salah dan

guru juga sepatutnya memberi kerjasama dalam sesi

perbincangan demi memantapkan sesi pembelajaran

di dalam kelas.

Apa yang lebih menarik tentang buku ini ialah

disamping menjadi kritis di dalam sistem pendidikan

sedia ada, penulis juga berkongsi model yang baik

untuk dijadikan panduan seperti model pendidikan

negara Finland. Antara beberapa perkongsian

menarik dalam sistem pendidikan Finland seperti

pembelajaran bukan peperiksaan, dan pendidikan

percuma dimulakan seawal usia sebulan di dalam

kandungan (pada ibu bapa) sehingga bayi tersebut

melanjut pelajaran ke peringkat PhD. Selain itu,

Finland juga mengamalkan sistem pembelajaran

secara menyeluruh dengan mengambil kira pendapat

ibu bapa, komuniti dan pelajar dalam memantapkan

sistem persekolahan mereka.

Seperti yang telah sedia maklum, Finland pada hari ini merupakan antara negara yang berada pada tahap

terbaik dunia di dalam bidang pendidikan. Namun begitu, kita tidak perlu untuk terburu-buru meniru ataupun

berpindah terlebih dahulu. Demikian apa yang berlaku di Finland juga bukanlah terjadi dalam masa yang singkat.

Telah banyak perkara dikorbankan demi memastikan sistem pendidikan mereka untuk menjadi yang terbaik di

dunia, seperti kadar cukai yang tinggi dan bajet tahunan yang besar diperuntukkan demi memastikan mereka dapat

menawarkan sistem yang baik. Hal ini juga antara faktor utama penyebab Finland dapat menawarkan pendidikan

percuma pada rakyatnya.

Secara kesimpulannya, buku ini wajar dibaca oleh semua golongan untuk memahami dan mendekati sistem

pendidikan. Disamping itu, penting bagi setiap komponen masyarakat untuk mendalami semula peranan masing-

masing selaku ibu bapa, guru, masyarakat dan kementerian. Setiap komponen ini perlu sedar bahawa dengan

memainkan peranan yang baik sistem pendidikan yang ideal dapat dibentuk. Sistem pendidikan yang baik akan

melahirkan generasi yang bijak, sementara generasi yang bijak akan melahirkan pemimpin yang berkualiti.

Page 10: BULETIN INTEGRITI SIRI 1/2017 ntegriti I ERTI SEBUAH ... filekepentingan organisasi dan hak orang awam. Malahan, kepentingan organisasi, perkhidmatan serta negara hendaklah mengatasi

JASAMU BAGAI BUIH DI LAUTAN

RENTASI OMBAK PERJALANAN

BERTATIH TEMPUHI LIKU KEHIDUPAN

KAUASUH KAMI PENUH KESABARAN

RESTUMU BAGAI PAYUNG MAHKOTA

NAUNGI LANGKAH SEJAHTERA

BERJUANG MENGEJAR MERCU CITA JAYA

KAUBELAI KAMI HINGGA PINTU SYURGA

KINI ENGKAU DIMAMAH USIA

LAYARI SISA HIDUP SUNYI SENJA

TIADA KHABAR MEMBALUT DERITA

YANG TINGGAL PENANTIAN HAMPA

LEMBUT JEMARIMU MENGHAYUN BUAIAN

MENITI JAMBATAN DUGAAN

NAMUN KERINGATMU KIAN DILUPAKAN

MENJADI SERPIHAN KENANGAN

LINANGAN AIR MATAMU KASIH

MERUNTUN ALPA DIRI INI

KUBERJANJI HINGGA AKHIR HAYAT NANTI

PENGORBANANMU GURINDAM DI HATI

SERPIHAN KENANGAN Oleh: (i) Mohd. Farik Madun, Guru SJK (C) Chi Wen, Labuan

(ii) Lucy Gawis, Pensyarah IPGK Gaya, Sabah

10

Page 11: BULETIN INTEGRITI SIRI 1/2017 ntegriti I ERTI SEBUAH ... filekepentingan organisasi dan hak orang awam. Malahan, kepentingan organisasi, perkhidmatan serta negara hendaklah mengatasi

Majlis Perutusan Tahun Baharu KPM 2017 dan

ANUGERAH TOKOH TELADAN INTEGRITI KPM 2016

10 Januari 2017

Dewan Plenari, PICC, Putrajaya

11

Dr. Habibah binti Abdul Rahim

Tokoh Teladan Integriti KPM 2016

Kategori Pengurusan dan Profesional

Zadurah binti Md Zain

Tokoh Teladan Integriti KPM 2016

Kategori Kumpulan Sokongan

Page 12: BULETIN INTEGRITI SIRI 1/2017 ntegriti I ERTI SEBUAH ... filekepentingan organisasi dan hak orang awam. Malahan, kepentingan organisasi, perkhidmatan serta negara hendaklah mengatasi

P R O G R A M W A C A N A I N T E G R I T I S I R I 1 / 2 0 1 7

7 Februari 2017

Dewan Serbaguna Aras 9, Blok E12,

Kompleks E, Putrajaya

12

Tuan Wan Jaapar bin Wan Ahmad Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama JAWI

Page 13: BULETIN INTEGRITI SIRI 1/2017 ntegriti I ERTI SEBUAH ... filekepentingan organisasi dan hak orang awam. Malahan, kepentingan organisasi, perkhidmatan serta negara hendaklah mengatasi

Bengkel Penambahbaikan Pelan Pengurusan Risiko Rasuah

KPM 2.0 Tahun 2017

15 - 17 Februari 2017

PLGDP Zon Timur Seri Tualang, Temerloh Pahang

13

Page 14: BULETIN INTEGRITI SIRI 1/2017 ntegriti I ERTI SEBUAH ... filekepentingan organisasi dan hak orang awam. Malahan, kepentingan organisasi, perkhidmatan serta negara hendaklah mengatasi

Majlis Perhimpunan Bulanan KPM dan

I K R A R B E B A S R A S U A H K P M

15 Mac 2017

Dewan Serbaguna Aras 9, Blok E12, Kompleks E, Putrajaya

14

Page 15: BULETIN INTEGRITI SIRI 1/2017 ntegriti I ERTI SEBUAH ... filekepentingan organisasi dan hak orang awam. Malahan, kepentingan organisasi, perkhidmatan serta negara hendaklah mengatasi

15

Page 16: BULETIN INTEGRITI SIRI 1/2017 ntegriti I ERTI SEBUAH ... filekepentingan organisasi dan hak orang awam. Malahan, kepentingan organisasi, perkhidmatan serta negara hendaklah mengatasi

16