bab1. pemerolehan bahasa

20
BAB 1 : Pemerolehan Bahasa 1 Bab 1: Pemerolehan Bahasa Bab 2: Pendekatan Pengajaran Bahasa Bab 3: Strategi Pengajaran & Pembelajaran Tahun 1 Bab 4: Strategi Pengajaran & Pembelajaran Tahun 2 Bab 5: Strategi Pengajaran & Pembelajaran Tahun 3 Bab 6: Strategi Pengajaran & Pembelajaran Tahun 4 Bab 7: Mengajar Kemahiran Membaca Bab 8: Mengajar Kemahiran Menulis Bab 9: Mengajar Kemahiran Mendengar & Bertutur Bab 1 : Pemerolehan Bahasa Pada akhir bab ini, pelajar akan dapat : a. Mempelajari teori-teori pemerolehan bahasa. b. Mengetahui kelemahan dan kelebihan teori-teori pemerolehan bahasa yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah. c. Membuat penilaian dan memilih mana-mana teori pemerolehan bahasa yang sesuai digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah. 1.1 Pengenalan 1.2 Teori Behavioris 1.3 Teori Kognitif 1.4 Teori Mentalis 1.5 Teori Interaksionalisme RINGKASAN RUJUKAN

Upload: nancylaniam

Post on 17-Jan-2016

134 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

bhasa

TRANSCRIPT

Page 1: Bab1. Pemerolehan Bahasa

BAB 1 : Pemerolehan Bahasa

1

Bab 1: Pemerolehan Bahasa Bab 2: Pendekatan Pengajaran Bahasa Bab 3: Strategi Pengajaran & Pembelajaran – Tahun 1 Bab 4: Strategi Pengajaran & Pembelajaran – Tahun 2 Bab 5: Strategi Pengajaran & Pembelajaran – Tahun 3 Bab 6: Strategi Pengajaran & Pembelajaran – Tahun 4 Bab 7: Mengajar Kemahiran Membaca Bab 8: Mengajar Kemahiran Menulis Bab 9: Mengajar Kemahiran Mendengar & Bertutur

Bab 1 : Pemerolehan Bahasa

Pada akhir bab ini, pelajar akan dapat :

a. Mempelajari teori-teori pemerolehan bahasa.

b. Mengetahui kelemahan dan kelebihan teori-teori pemerolehan

bahasa yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan

pembelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah.

c. Membuat penilaian dan memilih mana-mana teori pemerolehan

bahasa yang sesuai digunakan semasa pengajaran dan

pembelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah.

1.1 Pengenalan

1.2 Teori Behavioris

1.3 Teori Kognitif

1.4 Teori Mentalis

1.5 Teori Interaksionalisme

RINGKASAN RUJUKAN

Page 2: Bab1. Pemerolehan Bahasa

BAB 1 : Pemerolehan Bahasa

2

Kebolehan untuk berfikir dan berbahasa merupakan ciri utama yang membezakan antara

manusia dengan makhluk-makhluk yang lain. Dengan adanya bahasa, manusia boleh

berkomunikasi untuk berhubung dan menyampaikan buah fikiran. Salah satu objek pemikiran

manusia ialah tentang cara manusia bercakap. Pendapat para sarjana tentang pembelajaran

bahasa adalah pelbagai. Dalam bab ini, teori-teori tentang pemerolehan bahasa akan

dihuraikan. Antara teori-teori pemerolehan bahasa yang ada adalah teori behavioris, kognitif,

mentalis dan interasionalis.

Rajah 1.1 Beberapa Teori Pemerolehan Bahasa

Teori behavioris adalah antara teori yang paling dominan dan banyak mempengaruhi aspek

pembelajaran. Antara tokoh penting yang mempelopori serta banyak mengkaji teori

behavioris ialah Skinner, Thorndike dan Pavlov. Mereka menganggap pembelajaran sebagai

satu proses mekanisme untuk membentuk kebiasaan. Ahli-ahli behavioris berpendapat

bahawa wujud hubungan yang dinamik wujud antara ransangan dengan gerak balas. Sesuatu

gerak balas yang betul akan diulangi jika diberikan ganjaran. Gerak balas yang diikuti oleh

peneguhan yang positif juga wajar diulangi. Gerak balas yang diulangi pula akan membentuk

kebiasaan dalam diri.

Skinner telah cuba melanjutkan teori behavioris untuk menghuraikan kepentingan pengaruh

persekitaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Ahli-ahli behavioris menekankan

kepentingan pengaruh persekitaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Sesuatu

ujaran terbentuk kerana adanya ransangan dalam bentuk bahasa dan bukan bahasa. Misalnya,

seorang kanak-kanak boleh bertutur kerana ada orang yang bercakap dengannya ataupun

kanak-kanak itu sendiri perlu bercakap untuk memenuhi keperluan-keperluan asasinya seperti

berkehendakkan makanan atau minuman dan sebagainya. Bentuk-bentuk bahasa yang betul

dihasilkan oleh seorang kanak-kanak perlu diteguhkan supaya diulangi.

Teori pemerolehan

bahasa

Teori behavioris Teori Kognitif Teori Mentalis Teori

Interasionalis

1.1 PENGENALAN

1.2 TEORI BEHAVIORIS

Page 3: Bab1. Pemerolehan Bahasa

BAB 1 : Pemerolehan Bahasa

3

Antara ciri pembelajaran yang boleh disimpulkan dalam teori behavioris atau mekanis adalah

seperti berikut:

i. Pembelajaran ialah satu proses mekanis yang terjadi akibat daripada wujudnya

hubungan antara ransangan dengan tindak balas.

ii. Sesuatu gerak balas akan diulangi jika diikuti oleh ganjaran.

iii. Sesuatu gerak balas yang diikuti oleh peneguhan positif akan sering diulangi.

iv. Sesuatu gerak balas yang sering diulangi akan membentuk kebiasaan.

B.F Skinner

B.F Skinner merupakan sarjana behavioris yang mengajar di university

Harvard. Beliau telah mengkaji dan melakukan beberapa pena mbahbaikan terhadap teori behavioris. Menurut beliau, pembelajaran akan

berlaku jika ada ransangan dan tindak balas secara berulang-ulang.

Skinner membahagikan tingkah laku kepada dua bahagian utama iaitu

tingkah laku pantulan dan operan. Hasil kajian yang dilakukan oleh

Skinner, didapati bahawa apa-apa juga tingkah laku yang diikuti oleh

pengukuhan atau keadaan menyenangkan, maka tingkah laku tersebut

akan menjadi kelaziman.

Dalam kajian percubaannya, Skinner telah cuba memasukkan tikus dan

merpati. Tikus telah dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Pada dinding

kotak tersebut terdapat sebuah alat yang boleh mengeluarkan makanan. Dalam percubaan

awalnya, didapati tikus bertingkah laku rawak sahaja. Walaubagaimanapun, setelah beberapa

lama,tikus berkenaan dengan secara tidak sengaja telah tertekan alat yang boleh

mengeluarkan makanan itu. Kemudiannya, tikus tersebut tidak berhenti-henti menekan alat

tersebut untuk memperoleh makanan. Dengan demikian tikus tersebut telah mempelajari cara

untuk mendapatkan makanan.

Rajah 1.2 Kotak Eksperimen Skinner

Dalam kajian lain, Skinner telah menggunakan prinsip yang sama terhadap dua ekor merpati

untuk bermain ping pong. Setiap kali burung merpati dapat melepaskan bola ping pong ke

Grid Elektrik Mangkok

Pembesar suara

Lampu

B.F. Skinner

Page 4: Bab1. Pemerolehan Bahasa

BAB 1 : Pemerolehan Bahasa

4

sebelah jarring di tengah-tengah meja antara kedua-dua ekor burung merpati tersebut, sebiji

kacang hijau akan keluar. Tingkah laku tersebut telah dilakukan secara berulang-ulang.

Kacang hijau yang keluar merupakan pengukuhan.

Berdasarkan kajian Skinner, pengukuhan boleh dibahagikan kepada 3 bahagian.

E.L Thorndike (1874-1949)

Edward L.Thorndike telah mengemukakan beberapa hukum

pembelajaran. Menurut Thorndike, hukum-hukum pembelajaran yang

dikaitkan dengan ransangan dan gerak balas akan segera diikuti oleh

rasa kesenangan atau kepuasan. Rasa kesenangan atau kepuasan akan

wujud jika murid memperoleh sesuatu pujian atau ganjaran yang

pelbagai. Dalam hal ini, bentuk ransangan yang diberikan hendaklah

berupa peneguhan. Jika murid berhasil melaksanakan tugasannya

dengan betul dan pantas, akan muncul keselesaan dalam diri atas

kejayaan yan dicapai.

Teori yang dibangunkan oleh Thorndike juga menghuraikan bahawa

pembelajaran sebagai proses pembentukan hubungan antara ransangan dengan tindak balas.

Dalamnya pula terdapat hukum kesediaan atau law or readiness, hukum latihan atau law of

exercise dan hukum akibat atau law of effect.

PENGUKUHAN

Pengukuhan Positif

Pengukuhan Positif Berterusan

Pengukuhan Positif Berkala

Pengukuhan Negatif

- ransangan yang menyakitkan akibat

daripada sesuati tingkahlaku. peninggalan

tingkah laku tersebut akan menghasilkan suatu

keadaan yang menyenangkan atau

tidak menerima kesakitan.

Tiada Pengukuhan

- jika tiada pengukuhan, sama ada positif or negatif, tingkah

laku berkaitan tidak akan mendapat perhatian, selain

tidak terccapainya pelaziman

E.L. Thorndike

Page 5: Bab1. Pemerolehan Bahasa

BAB 1 : Pemerolehan Bahasa

5

Hukum Kesediaan Atau Law Or Readiness

Cara seseorang murid yang bersedia untuk melakukan sesuatu aktiviti. Sesorang

murid mempunyai kecenderungan untuk bertindak atau melakukan aktiviti tertentu

dengan sebenar-benarnya. Justeru, tindakkannya akan menimbulkan kepuasan pada

dirinya. Jika seseorang murid mempunyai kecenderungan untuk bertindak, sedangkan

tindakannya tidak mendatangkan kepuasan, maka murid tersebut akan menghindari

dari melakukan tindakan yang aktif.

Hukum Latihan Atau Law Of Exercise

Hukum latihan menyatakan bahawa jika hubungan stimulus-respons (ransangan-

tindak balas) sering wujud, akibatnya hubungan akan menjadi semakin teguh. Jika

semakin kurang berlakunya hubungan stimulus-respons, maka semakin lemahlah

hubungan tersebut. Hukum latihan yang pada dasarnya menggunakan stimulus

respons, maka semakin lemahlah hubungan tersebut. Hukum latihan yang pada

dasarnya menggunakan stimulus respons memiliki hubungan yang teguh antra satu

sama lain. Jika proses pengulangan sering dilakukan, maka semakin banyak aktiviti

terlaksana. Oleh itu, hubungan yang terjadi akan bersifat automatik. Jika seorang

murid dikemukakan soalan yang sering ditemukannya, maka murid tersebut akan

segera melakukan tanggapan secara pantas yang sesuai dengan pengalaman pada

waktu sebelumnya. Kenyataan menunjukkan bahawa pengulangan akan memberikan

kesan positif jika disusun secara sempurna. Bentuk pengulangan tersebut hendaklah

dalam suasana tidak membosankan, selain aktiviti yang disajikan hendaklah dengan

cara yang menarik.

Hukum Akibat Atau Law Of Effect

Dalam hukum akibat, dapat dirumuskan bahawa kepuasan yang wujud daripada

ganjaran guru akan menerbitkan kejayaan kepada murid. Murid cenderung untuk

berusaha meningkatkan kepada apa yang telah dicapai. Guru yang memberikan

senyuman terhadap jawapan murid akan semakin menguatkan konsep tindak balas.

Kata-kata ‘bagus’, ‘hebat’, ‘kamu sangat teliti’ dan sebagainya merupakan ganjaran

kepada murid untuk meningkatkan pencapaian dalam pembelajaran. Jika kekeliruan

wujud dalam diri murid tanpa penjelasan yang wajar daripada guru, ada kemungkinan

murid akan menganggap itulah yang benar dan akan mengulanginya. Jika murid

menyelesaikan tugasan sekolah di rumah, namun hasil kerjanya tidak diperiksan oleh

guru, kemungkinan juga jawapan yang diberi dianggap benar. Daripada hukum

akibat, dapat disimpulkan bahawa jika terdapat hubungan yang kuat antara soalan dan

jawapan maka bahan yang disampaikan boleh diingati dengan lebih lama.

Pengulangan yang kerap akan menentukan berapa lama konsep tersebut akan diingati

oleh murid.

Di samping itu, Thorndike berpendapat bahawa kualiti dan kuantiti hasil pelajaran

bergantung pada kualiti dan kualiti stimulus-respons (S-R). Implikasi daripada aktiviti

pengajaran dan pembelajaran berasaskan teori ini menunjukkan bahawa:

Page 6: Bab1. Pemerolehan Bahasa

BAB 1 : Pemerolehan Bahasa

6

Dalam penjelasan sesuatu konsep, guru perlu memberikan contoh yang sesuai yang

berkaitan dengan kehidupan seharian murid-murid, khususnya penghayatan kepada

alam sekeliling.

Cara pemberian tugas hendaklah padan dengan unsur penyerapan stimulus-res[ons

supaya wujud kelangsungan dalam pembelajaran.

Dalam kurikulum, bahan pembelajaran perlu disusun daripada yang mudah dan selari

dengan tahap murid. Penguasaan bahan yang lebih mudah adalah sebagai ransangan

untuk menguasai bahan yang lebih sukar. Dengan kata lain, topik asas haruslah

dikuasai lebih dahulu sebelum memahami topik yang seterusnya.

Ciri Behaviorisme dan Aplikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Teori Behaviorisme menekankan kepentingan persekitaran dalam pembelajaran bahasa yang

berlandaskan Teori Pelaziman Operan yang dipelopori oleh B.F.Skinner (1938). Menurut

Skinner, pembelajaran bahasa kanak-kanak berlaku apabila ibu bapa atau ahli keluarga yang

lain mengajar kanak-kanak bercakap dan memberi galakan dengan memberi ganjaran setiap

kali kanak-kanak dapat meniru atau menyebut perkataan yang diajar itu. Ganjaran yang diberi

adalah untuk mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa yang betul yang berjaya dilakukan oleh

kanak-kanak. Di antara ganjaran yang diberikan adalah pujian seperti ”pandai”, senyuman,

ciuman, tepuk tangan, pelukan, dan lain-lain yang boleh merangsang kanak-kanak bercakap.

Teori behaviorisme beranggapan bahawa bahasa diperolehi melalui proses pengulangan

Bahasa dikuasai melalui rangsangan dan gerak balas. Golongan ini mementingkan

pengukuhan dalam pembelajaran yang dapat ditimbulkan melalui ganjaran. Dalam konteks

pengajaran dan pembelajaran bahasa, teori ini menegaskan latihan dan latih tubi pola. Teori

ini juga menekankan kemahiran lisan dalam pengajaran.

Prinsip-prinsip pengajaran bahasa dari golongan ini adalah dari pandangan dan pendapat ahli-

ahli psikologi dan linguistik Aliran Behaviorisme. Golongan ini beranggapan bahawa, bahasa

yang diutamakan ialah bahasa lisan manakala bahasa tulisan merupakan bahasa kedua

penting. Ahli-ahli Behaviorisme menegaskan bahawa pengajaran bahasa mestilah

didahulukan bahasa lisan.

Ini kemudian diikuti dengan bahasa tulisan yang dianggap perkara penting yang kedua dalam

pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna guru-guru mestilah berusaha untuk

membolehkan murid-murid bertutur dalam bahasa itu dahulu dan kemudian baharulah kepada

pengajaran membaca dan menulis. Ini hanya dapat dilakukan setelah murid-murid dapat

menguasai sistem bahasa dan struktur bahasa.Kedua, bahasa adalah satu tabiat. Prinsip ini

sesuai diterapkan dalam proses pembelajaran kedua. Untuk membentuk kebiasaan ini latihan

dan latih tubi serta perbualan bahasa juga diutamakan. Guru perlu menyusun pelajaran

dengan baik dan pengajaran dimulakan daripada pola-pola yang senang kepada yang lebih

susah.

Ketiga, pengukuhan adalah satu syarat penting di dalam pembelajaran disebabkan ia

merupakan satu alat untuk menentukan pembentukan tingkah laku yang dikehendaki. Dalam

situasi pembelajaran bahasa pengukuh-pengukuhnya adalah pujian, keistimewaan,

pengiktirafan, maklum balas, galakan dan sebagainya. Mengikut prinsip ini sesuatu gerak

balas yang betul perlu diteguh oleh guru dengan cara memberikan pengukuhan seperti yang

disebutkan di atas. Keempat, latihan pembelajaran adalah latihan yang dikukuhkan. Ia

Page 7: Bab1. Pemerolehan Bahasa

BAB 1 : Pemerolehan Bahasa

7

merupakan latihan ulangan satu-satu gerak balas dengan satu-satu rangsangan. Latihan dan

latih tubi hendaklah dilakukan dalam keadaan yang bermakna. Ini adalah untuk mengelakkan

pelajaran tersebut dari berasa bosan.

Peneguhan boleh dilanjutkan oleh guru melalui penggunaan bahan-bahan makmal bahasa.

Kelima, model-model bahasa yang terbaik haruslah diutamakan. Dalam konteks

pembelajaran bahasa di sekolah-sekolah, bahasa guru menjadi model yang diikuti oleh

pelajar-pelajar. Jika model-model ini menggunakan bahasa yang sama atau mirip-mirip sama

dengan bahasa matlamat, maka ini akan menguntungkan pelajar-pelajar itu. Dan keenam,

mewujudkan operasi rangsangan dan tindak balas dalam proses pembelajaran. Bahasa adalah

hasil operasi rangsangan dan tindak balas. Pembelajaran bahasa akan lebih berkesan jika

kedua-dua unsure ini dapat diwujudkan. Selain bertujuan menghasilkan satu pembentukan

tingkah baru yang berkesan, ia juga boleh bertindak sebagai daya penggerak dan

meningkatkan minat serta motivasi.

Ada beberapa cara yang boleh dilakukan oleh guru untuk mempelbagaikan situasi

rangsangan. Pertama adalah dengan cara mempelbagaikan tingkah laku. Kedua adalah

dengan cara mempelbagaikan pengalihan saluran deria, ketiga dengan cara mempelbagaikan

pola interaksi guru dan murid dan keempat dengan cara mempelbagaikan pendekatan,

kaedah, teknik, strategi dan alat-alat bantu mengajar.

Berdasarkan teori ini terdapat satu pendekatan yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran

dan pembelajaran bahasa iaitu melalui pendekatan induktif. Pendekatan induktif ialah

memulakan sesuatu pengajaran itu dengan memberikan contoh-contoh terlebih dahulu dan

kemudian baharulah diterangkan.

KEKUATAN TEORI BEHAVIORISME

Teori ini sangat sesuai untuk melatih atau mendidik kanak-kanak yang masih

memerlukan bantuan daripada orang dewasa di sekeliling mereka.

Sebagai contoh, kanak-kanak tadika memerlukan bimbingan dan perhatian yang khusus

daripada orang di persekitarannya terutamanya guru-guru mereka kerana mereka mudah

mengikuti apa yang diajar dan disuruh selain suka meniru perlakuan orang di

sekelilingnya.

Selain itu, mereka juga suka dengar bentuk-bentuk penghargaan yang diberi kepadanya

seperti pujian dan melalui bentuk penghargaan tersebut ianya dapat menaikkan semangat

belajar dalam diri mereka.

Guru tidak perlu mengambil masa yang lama memberi penerangan yang panjang tentang

pembelajaran kepada murid-murid.

Selain daripada itu teori ini menekankan kemahiran lisan berbanding kemahiran

membaca dan menulis.

Melalui aspek kemahiran yang ditekankan dapat memberikan kelebihan kepada murid

kerana aspek lisan iaitu mendengar dan bertutur penting dalam situasi harian murid.

KELEMAHAN TEORI BEHAVIORISME

Proses pembelajaran yang tidak kondusif bagi murid-murid kerana pembelajaran berlaku

dalam keadaan sehala di mana ianya berpusat pada guru sahaja.

Page 8: Bab1. Pemerolehan Bahasa

BAB 1 : Pemerolehan Bahasa

8

Guru hanya mengajar dan melatih murid manakala murid hanya menerima apa yang

diajar guru tanpa memberi sebarang maklum balas.

Murid berperanan sebagai pendengar dan mereka menghafal apa yang didengar dan

dipandang cara belajar yang efektif.

Penggunaan hukuman merupakan salah satu cara guru mendisiplinkan murid dan akan

mendatangkan akibat buruk kepada murid. Hal ini kerana sistem pembelajaran tersebut

lebih tertumpu kepada rangsangan dan gerak balas yang ditunjukkan. Sekiranya tiada

rangsangan maka tindak balas tidak akan berlaku.

Sebagai contoh, guru akan beri rangsangan seperti hadiah dan baru mereka memberi

jawapan yang dikehendaki guru.

Teori ini adalah penambahan ilmu pengetahuan lebih tertumpu kepada buku teks.

Hal ini kerana mereka belajar mengikut urutan kurikulum yang sangat ketat sehinggakan

buku teks merupakan buku wajib dalam pembelajaran mereka.

Malah, mereka juga dikehendaki memahami dan mempersembahkan kembali isi

pembelajaran di dalam buku teks tersebut dengan baik.

Teori ini mengutarakan penyingkiran kesedaran atau fikiran yang dilakukan oleh ahli-ahli

behavioris sebagai satu kesilapan besar. Sebaliknya, mereka menganggap teori pembelajaran

menjadi sangat bermakna jika fikiran dimasukkan dalamnya sebagai satu bahagian yang tidak

dapat dipisahkan. Antara tokoh-tokoh yang mengutarakan teori ini ialah Jean Piaget, Max

Werthrimer, Wolfgang Kohler, Kurt Koffka, Jarome Brunner, Robert M.Gagne dan Ausubel.

Peringkat Perkembangan Teori Kognitif Jean Piaget

Piaget ialah seorang ahli biologi yang mempunyai sumbangan besar dalam pemahaman

terhadap perkembangan intelektual berbahasa murid. Dalam rangka memahami proses dan

peringkat perkembangan intelektual berbahasa murid, bertahun-tahun lamanya Piaget

melakukan pemerhatian terhadap perkembangan intelektual seorang murid. Melalui

1.3 TEORI KOGNITIF

a. Apakah yang diperkatakan oleh Skinner tentang teori

behaviorisme.

b. Apakah kelebihan dan kelemahan teori behaviorsme?

c. Tonton video di bawah untuk melihat pengaplikasian teori

behaviorisme dalam bilik darjah. http://www.youtube.com/watch?v=KYDYzR-ZWRQ

Page 9: Bab1. Pemerolehan Bahasa

BAB 1 : Pemerolehan Bahasa

9

pemerhatian yang mendalam, akhirnya Piaget dapat menggambarkan teori proses

perkembangan intelektual berbahasa murid.

Menurut Piaget, perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah mengikut

empat peringkat iaitu peringkat deria motor(0-2 tahun), pra operasi(2-7 tahun), operasi

konkrit(7-12 tahun) dan operasi formal(selepas 12 tahun).

Peringkat Deria Motor (0-2 Tahun)

Dalam peringkat ini, kanak-kanak mula menggunakan seria motornya untuk memahami dan

berinteraksi dengan persekitarannya. Selepas dilahir selama dua bulan, seorang bayi sudah

boleh membezakan objek-objek di dalam persekitrannya. Antara 4 hingga 8 bulan, bayi itu

kelihatan telah mempunyai daya koordinasi di antara penglihatan dan sentuhan. Apabila

berusia satu tahun, dia mula menyedari objek-objek lain di dalam persekitarannya. Diantara 1

hingga 2 tahun, kanak-kanak cuba menggunkan berbagai-bagai skema (struktur

menyelesaikan masalah yang dia hadapi). Pada akhir dua tahun, kanak-kanak kelihatan mula

boleh belajar bahasa dan lambang yang mudah. Dari kelahiran hingga umur 2 tahun, kanak-

kanak cuba belajar koordinasi di antara deria motor dengan gerakannnya serta cuba

mengaitkan perkataan-perkataan dengan objek-objek yang dapat dilihat dalam

persekitarannya. Contohnya, bayi berumur sebelum Sembilan bulan tidak akan mencari objek

yang tidak kelihatan setelah diperhatikan objek tersebut sebelummya. Pada tahap ini, bayi

melihat kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran. Kebolehan deria motornya

berkembang dari semasa ke semasa. Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya dengan

melihat, menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan untuk

meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (observational

learning) (Mussen dan Kagan, 1974). Dalam perkembangan sensorimotor ini, terdapat enam

sub tahap yang dikategorikan dengan melihat perkembangan kebolehan tertentu pada umur

yang tertentu.

a) Dari lahir hingga satu bulan (refleks)

Bayi hanya mampu melakukan gerakan pantulan. Gerakan pantulan yang diwujudkan lahir

melalui tingkah laku pendengaran, penyusunan, gerakan tangan (genggaman dan

sebagainya), penyesuaian, pandangan, pergerakan mata dan sebagainya. Gerakan ini

belum dapat ditentukan perbezaannya. Sebahagian besar daripada gerakan ini dilakukan

ialah untuk keperluan tertentu atau hanya sebagai gerakan pantulan sahaja.

b) Sebulan hingga empat bulan (reaksi asas sekular)

Peringkat pertama pencapaian untuk penyesuaian dan berlakunya reaksi sekular. bayi mula

mempunyai pengertian tentang bahagian badannya yang tertentu. Di tahap ini pengalaman

memainkan peranan yang penting untuk pembentukan tingkah laku kanak-kanak.

Pengalaman boleh didapati daripada perkembangan di tahap pertama. dengan itu tingkah

laku kanak-kanak pada tahap kedua ini sudah bergantung kepada andaian sebab musabab

yang tertentu untuk mewujudkan sesuatu situasi baru. Pergerakan sistem sensori mula

diselaraskan dengan sistem pandangan dan gerakan tangan. bila mendengar sesuatu bunyi,

bayi akan menggerakkan kepala dan matanya ke arah punca sumber bunyi. Contohnya,

sekiranya bayi tersebut melakukan sesuatu tingkah laku yang ganjarannya akan mendapat

menyeronokkan atau menyenangkan, dia akan mengulangi tingkah laku itu lagi.

Page 10: Bab1. Pemerolehan Bahasa

BAB 1 : Pemerolehan Bahasa

10

c) Empat hingga lapan bulan (reaksi sekular kedua)

Di tahap ini bayi mempunyai persediaan untuk membuat pandangan da n pemerhatian

yang lebih. Kebanyakan tingkahlaku bayi dihasilkan daripada sesuatu proses pem

belajaran. Bayi telah dapat melakukan tingkah laku baru seperti mengambil sesuat u

barang lalu menggerakkannya. Di waktu ini, bayi boleh membuat tanggapan ten tang

objek dalam tangannya. Contohnya, bayi itu sengaja memasukkan barang mainan ke

dalam mulut dengan tujuan untuk mengeta hui atau mengenali barang tersebut.

d) Lapan hingga dua belas bulan ( reaksi kordinasi)

Ia dikatakan sebagai masa pengukuhan di mana keadaan yang wujud sebelumnya

disesuaikan di antara satu sama lain. Pada tahap ini, perkembangan mental bayi sudah

dapat dikatakan sebagai sebagai berada di tahap perkembangan daya kognitif dan

kebolehan mental asas pada bayi. Bayi sudah mengetahui sebab akibat sesuatu keadaan

berlaku. Contohnya, apabila menggoncangkan sesuatu alat mainan, ia akan berbunyi.

e) Dua belas bulan hingga lapan belas bulan (reaksi sekular ketiga)

Pada ketika ini, penemuan makna baru melalui pengalaman yang dilalui oleh bayi berlaku

secara aktif. hal ini, bayi memerlukan kecepatan untuk melahirkan keseluruhan rangkaian

tingkah laku apabila berada di dalam sesuatu situasi baru. di tahap ini, bayi

memperlihatkan kemajuan yang pesat berhubung dengan pemahaman sesuatu konsep dan

telah mempunyai konsep yang kukuh tentang sesuatu objek. bayi juga mengalami proses

cuba jaya tetapi dalam keadaan yang mudah. Contohnya, kanak-kanak ini akan mencuba

pelbagai bunyi dan tingkah laku untuk mendapatkan perhatian.

f) Lapan belas bulan hingga dua tahun (penggambaran pemikiran awal)

Berlakunya kombinasi mental di mana kanak-kanak mula mempunyai keupayaan untuk

memahami aktiviti permainan dan fungsi simbolik. Pada ketika ini, kanak-kanak dapat

mengatasi masalah kaedah cuba jaya dan dapat membezakan jenis-jenis tingkah laku

peniruan yang diperhatikan. kanak-kanak juga telah mengetahui tentang peranan jantina

dan fungsi individu dalam rumahtangga.

Peringkat Pra Operasi (2 hingga 7 Tahun)

Dalam peringkat ini, kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta symbol untuk

mengambarkan sesuatu konsep. Apabila mencapai umur 4 tahun kanak-kanaktelah boleh

bertutur dengan fasih dan melalui bahasa yang dikuasai, perkembangan kognitifnya kian

menjadi pesat. Pemikiran kanak-kanak dalam peringkat ini adalah egosentrik. Mereka

menganggap pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupa dengannya. Mereka

percaya semua objek mempunyai jiwa, oleh itu mereka tidak boleh membezakan angan-

angan dengan kenyataan. Mereka hanya boleh memikir secara transdaktif, iaitu daripada

contoh khusus kepada contoh contoh khusus sahaja. Namun demikian, mereka tidak boleh

memikir secara deduktif (daripada umum kepada contoh khusus) dan secara induktif

(daripada contoh khusus kepada umum). Pada akhir peringkat ini, mereka mula berupaya

member sebab untuk menyokong kepercayaan mereka, boleh mengelaskan objek

mengikut ciri-ciri tertentu dan memahami konsep pengabadian bilangan.

Page 11: Bab1. Pemerolehan Bahasa

BAB 1 : Pemerolehan Bahasa

11

Peringkat Operasi Konkrit (7 hingga 12 Tahun)

Tahap ini bermula pada umur tujuh tahun atau lapan tahun hingga 11 atau 12 tahun.

Kanak-kanak dapat memanipulasikan dan membentuk reprentasi mental secara

dalaman. Mereka mempunyai pelbagai pemikiran dan memori tentang objek-objek yang

konkrit seperti computer, perabot dan benda-benda maujud. Dalam eksperimen konservasi

kuantiti yang dilakukan oleh Piaget, kanak-kanak dapat mengabadikan (conserve) dalam

minda kuantiti dan memerhatikan perubahan dalam bentuk luaran objek atau benda-benda.

Pada mulanya, kanak-kanak bergantung pada persepsi segera seperi rupa bentuk objek

secara luaran. Dengan perlahan-lahan mereka membentuk peraturan dan skema dalaman

tentang apa dan bagaimana sesuatu perkara berlaku.Seterusnya, menggunakan skema

dalaman untuk member panduan tentang penaakul daripada bentuk luaran sahaja. Kanak-

kanak di tahap operasi konkrit ini dapat memanipulasi representasi dalaman objek-objek

untuk mengenal pasti kuantiti-kuantiti yang terkandung di dalamnya. Seterusnya,

implikasi logikal dapat menyedarkan kanak-kanak tentang objek-objek yang disentuh.

Menurut Piaget, tahap terakhir dalam perkembangan kognitif adalah meneliti dan

mengaplikasi prinsip-prinsip yang sama kepada konsep-konsep abstrak.

Peringkat Operasi Formal (selepas 12 Tahun)

Tahap operasi formal bermula umur 11 atau 12 tahun dan seterusnya melibatkan operasi

mental pada yang abstrak dan symbol yang mungkin tidak mempunyai bentuk

fizikal dan konkrit. Dalam pada itu, kanak-kanak mula memahami perkara-perkara yang

mungkin mereka tidak terlibat dan alami secara langsung. Lebih daripada itu, mereka

dapat membentuk dan mencari untuk mewujudkan representasi mental pada situasi yang

dihadapinya dengan logic. Justeru, teori perkembangan kognitif adalah berasaskan tahap

demi tahap. Bagi Piaget, tahap-tahap ini berlaku pada usia yang sama bagi kanak-kanak.

Setiap tahap memasuki tahap baru, kanak-kanak memikirkan cara-cara dan ciri-ciri yang

dikenal pasti dalam tahap berkenaan dengan nyata dan berkesan. Dalam peringkat, remaja

telah boleh memikir secara abstrak dan boleh menyelesaikan masalah yang lebih

kompleks. Mereka juga boleh memikir secara deduktif atau induktif dan menggunakannya

untuk membuktikan teori atau hukum matematik.

Lima Konsep Asas Menurut Piaget

a) Skema

Ia merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan

sesuatu dengan cara tertentu.

Contohnya: Sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa

gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap,

memandang, mencapai, merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan

kaki. Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi

bertindakbalas dengan

persekitarannya.

b) Adaptasi

Wujud keseimbangan di antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan

dengan persekitaran.

Page 12: Bab1. Pemerolehan Bahasa

BAB 1 : Pemerolehan Bahasa

12

Perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan

berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan

terdedah kepada pengalaman yang relevan.

Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut, kanak-kanak dianggap tidak mampu

mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi. Oleh yang demikian, beliau

telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap yang mengikut

turutan umur.

c) Ekuilibirium

Ekuilibirium ialah kesinambungan dalam pengaturan diri yang memungkinkan

bahasa seseorang berkembang serta berubah sementara untuk menjadi lebih

mantap dan seimbang.

Ekuilibirium bukanlah keseimbangan dalam hal kekuatan berbahasa, tetapi

merupakan proses dinamik yang secara terus menerusmengatur tingkah laku.

Proses ekuilibirium juga disebut sebagai penyeimbangan antara ‘dunia luar’ dan

‘dunia dalam’. Tanpa perkembangan intelektual berbahasa, maka akan wujud

ketidakseimbangan dalam proses berfikir.

d) Asimilasi

Satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang

sedia ada.

Membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada

pengalaman yang baru diperolehi.

Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal.

Kanak tersebut akan menggunakan skema memegang dan sekaligus merasanya.

e) Akomodasi

Merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan.

Berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan) persekitaran

baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak.

Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet

akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian

konsep terhadap magnet itu.

Aplikasi teori Kognitif dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Teori belajar kognitif merupakan perubahan persepsi dan pemahaman, yang tidak selalunya

berbentuk tingkah laku yang dapat diamati dan dapat diukur. Penglibatan murid sangat

dipentingkan dalam proses pembelajaran.

Dengan membuat pemerhatian terhadap proses belajar seseorang murid, pendidik dapat

mengetahui kemampuan murid dan cara mereka berfikir. Murid pada usia muda akan belajar

dengan baik jika pengajar menggunakan benda-benda konkrit atau objek-objek untuk

menarik minat seseorang murid untuk belajar. Belajar untuk memahami sesuatu pembelajaran

adalah lebih bermakna daripada belajar dengan menghafal. Agar lebih mudah untuk murid

mengingat benda yang dipelajarinya, informasi dan isi pembelajaran haruslah dikaitkan dan

dihubungkan degan pengetahuan dan pengalaman seorang murid.

Page 13: Bab1. Pemerolehan Bahasa

BAB 1 : Pemerolehan Bahasa

13

Mengingat adalah penting dalam suatu proses pembelajaran. Pendidik harus tahu dan bijak

memilih teori yang tepat untuk diterapkan dalam pengajaran. Teori yang dipilih haruslah

bersesuaian dengan kemampuan pendidik dalam mengembangkan teori tersebut dan

menggunakannya dengan kreatif. Teori kognitif digunakan untuk mengimbangkan daya

berfikir atau kekuatan mental kanak-kanak yang berbeza usia.

Menurut teori ini, belajar adalah perubahan persepsi dan pemahaman. Perubahan persepsi dan

pemahaman tidak selalunya berbentuk perubahan tingkah laku yang boleh diperhatikan.

Teori ini merumuskan bahawa setiap orang mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam

dirinya. Proses belajar akan berjalan dengan baik apabila pembelajaran yang dijalankan

berasimilasi dengan baik dengan struktur kognitif yang dimiliki oleh seorang murid.

Teori kognitif banyak digunakan dalam dunia pendidikan khususnya dalam perancangan

suatu sistem instruksional, prinsip-prinsip tersebut antara lainnya ialah:

1. Seseorang yang belajar akan lebih mampu mengingat dan memahami sesuatu apabila

pelajaran tersebut disusun berdasarkan pola dan logika tertentu

2. Penyusunan isi pelajaran haruslah dari sederhana ke kompleks

3. Belajar dengan memahami akan jauh lebih baik daripada dengan hanya menghafal

tanpa memahami pelajaran yang dihafal.

Dalam mengaplikasikan teori belajar kognitif dalam pembelajaran, guru haruslah memahami

bahawa kanak-kanak bukanlah seperti orang dewasa yang mempunyai proses berfikir yang

mudah. Kanak-kanak pada pra sekolah dan awal sekolah belajar dengan menggunakan benda-

benda konkrit sebagai asas memahami sesuatu, keaktifan kanak-kanak sangat dipentingkan.

Guru haruslah menyusun bahan pembelajaran dengan menggunakan pola atau logika tertentu

dari sederhana ke kompleks. Guru haruslah menciptakan suasana pembelajaran yang

menarik, memerhatikan perbezaan setiap individu untuk mencapai hasil pembelajaran yang

memuaskan.

Ciri-ciri Teori Kognitif

Teori kognitif mengungkap bahawa pembelaran bahasa berasaskan beberapa ciri. Antaranya

yang penting:

Bahasa dihasilkan melalui proses mental.

Kanak-kanak boleh merumuskan bahasa berdasarkan keupayaan semulajadi yang berlaku

secara biologi.

Perkembangan bahasa kanak-kanak mengikut aspek-aspek yang dikuasai.

Pembelajaran berlaku secara tidal formal.

Penguasaan bahasa berdasarkan logik dan boleh difahami kerana mempunyai makna.

Pembelajaran bahasa tidak melalui kebiasaan, ulangan dan latih tubi.

Pembelajaran bahasa mempunyai struktur dalaman dan luaran.

Ungkapan yang hendak diucapkan adalah difikirkan terlebih dahulu.

Kelemahan Teori Kognitif

Pengkritik menyatakan bahawa Teori Piaget ini tidak mampu menerangkan struktur,

proses dan fungsi kognitif dengan jelas.

Page 14: Bab1. Pemerolehan Bahasa

BAB 1 : Pemerolehan Bahasa

14

Mereka menyatakan sekiranya kanak-kanak melalui setiap peringkat perkembangan

kognitif berasaskan set operasi yang khusus, maka apabila kanak-kanak tersebut berjaya

memahirkan set operasi tertentu, mereka sepatutnya juga dapat menyelesaikan semua

masalah yang memerlukan set operasi yang sama.

Kekuatan Teori Kognitif

Menekankan kepada proses perkembangan pemikiran kanak-kanak. Oleh itu

pembelajaran bahasa akan diajar secara berperingkat-peringkat mengikut kematangan

murid berkenaan. Dengan itu proses pembelajaran berlaku secara sistematik dan guru

dapat mengawal kadar kemajuan pembelajaran murid secara berperingkat-peringkat.

Menekankan kepada pembelajaran mengikut kadar kendiri, di mana murid berpeluang

belajar sesuatu pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat, kebolehan dan tahap

kognitif mereka sendiri.

Menekankan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar. Pengajaran berpusatkan pelajar

bermaksud pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan penggunaan

bahan-bahan pembelajaran berbanding guru. Oleh itu ia amat sesuai digunakan untuk

mengajar kemahiran berbahasa.

Teori ini menekankan fungsi mental seseorang. Teori ini menjelaskan bahawa bahasa sebagai

pengetahuan yang dihasilkan menerusi proses dalam otak. Menurut teori ini, bahasa yang

tercetus daripada aktiviti mental yang merupakan kebolehan semulajadi manusia. Naomi

Chomsky, salah seorang pelopor teori ini berpendapat bahawa manusia dilahirkan bersama

Peranti Pemerolehan Bahasa atau disebut Language Acquisition Device atau juga dikenali

sebagai LAD. Alat ini telah membolehkan individu untuk menjana ayat gramatis dengan cara

sejagat atau bebas budaya. Chomsky telah memperkenalkan beberapa perkara melalui teori

kod kognitifnya.. Menurutnya, setiap manusia yang dilahirkan di dunia sudah ada kecekapan

untuk berbahasa apabila sampai waktunya. Potensi berbahasa ini sebenarnya ialah sifat akal,

iaitu yang bersifat semula jadi. Dengan yang demikian, akalnya membolehkan seseorang

untuk menerbitkan perkataan atau ayat yang tak terkira. Chomsky juga berhujah bahawa

1.4 TEORI MENTALIS

a. Apakah ciri-ciri teori kognitif?

b. Nyatakan lima konsep asas mengikut Jean Piaget?

c. Tonton video di bawah untuk melihat pengaplikasian teori kognitif kepada

kanak-kanak.

http://www.youtube.com/watch?v=GLj0IZFLKvg&list=PL8648B2E5C69

EF71F

Page 15: Bab1. Pemerolehan Bahasa

BAB 1 : Pemerolehan Bahasa

15

peringkat permulaan belajar bukan sahaja terhad kepada operasi rangsangan dan tindak balas,

malah proses kognitif turut terlibat dalam proses pembelajaran tersebut. Tanpa peranan

kognitif perkembangan bahasa terbatas pada hal yang dialami sahaja.

Seterusnya, beliau berpendapat bahawa bahasa bersifat kreatif. Penghasilan sesuatu bahasa

itu tidak terbatas kepada objek dan peristiwa atau pengalaman yang dapat digarap oleh

perilaku semata-mata. Ujar beliau, semua komponen bahasa berkembang secara kreatif,

mengimbau atau melangkau batasan pengalaman naluri, iaitu rangsangan dan tindak balas.

Oleh sebab daya kreativiti itu, maka setiap kalimat seseorang mendengar, bertutur, membaca

dan menulis adalah sesuatu yang baharu. Chomsky berpendapat bahawa bahasa yang

dipelajari melalui satu set rumus yang digunakan untuk menerbitkan kalimat baharu itu. Di

sini beliau memperkenalkan dua istilah seperti berikut:

i. Kompetens

ii. Prestasi

Chomsky menjelaskan bahawa setiap penutur dan pendengar mempunyai kompetens dan

prestasi. Kompetens dapat diertikan sebagai sistem rumus yang mampu menghasilkan

kalimat yang tidak terbatas. Dengan kata lain, kompetens ialah pengetahuan penutur

mengenai bahasanya. Ia merupakan unsur dalaman dan berada di dalam otak. Sementara

prestasi pula dapat diertikan sebagai bunyi-bunyi yang dilafazkan. Bunyi-bunyi ini bermakna

dan dapat difahami oleh pendengarnya. Berbeza dengan kompetens ia terletak di bahagian

luar otak.

Seterusnya, Chomsky menerangkan bahawa tatabahasa generatif dalam otak diperoleh oleh

penutur daripada otaknya sendiri. Ini adalah kerana penutur telah pun mempunyai tatabahasa

sejagat yang diperoleh secara semula jadi. Semasa seseorang kanak-kanak itu membesar, dia

sudah tentu akan dipengaruhi oleh persekitaran. Setelah berumur lima tahun, kanak-kanak itu

akan membentuk tatabahasa generatif dalam otaknya. Dengan menghubungkan tatabahasa

sejagat dan pengalaman daripada persekitarannya, kanak-kanak itu akan dapat menghasilkan

tatabahasa generatif pada taraf kompetens. Setelah kanak-kanak memperoleh kompetens, dia

akan mempunyai prestasi.

Kompetens seumpama ini seterusnya menghasilkan prestasi. Kemudian prestasi ini pula akan

menghasilkan elemen seperti ayat-ayat yang didengar oleh pendengar, iaitu dari telinga ke

dalam otak dan mengulangi pula proses yang sama apabila pendengar bertutur.

Teori linguistik Chomsky menekankan bahagian dalam bahasa yang berupa proses mental

yang dapat menghasilkan bahasa tanpa perangsang daripada luar. Teori ini memakai skema

S-O-R (stimulus-organism-response) yang menganggap bahasa sebagai pengetahuan yang

dihasilkan oleh sesuatu dalam otak dan saraf setelah menerima unsur-unsur dalam bentuk

perangsang daripada pancaindera. Sehubungan itu, Chomksy telah memperkenalkan teori

linguistik yang disebut Nahu Transformasi Generatif (TG). Teori ini menerangkan bahawa

kanak-kanak mempunyai LAD yang dibawa sejak lahir yang memungkinkan kanak-kanak itu

memperoleh bahasa ibundanya dengan mudah. Dengan adanya LAD, kanak-kanak dapat

memilih bentuk-bentuk yang diterima dalam bahasa itu, dan menolak bentuk-bentuk yang

bukan struktur bahasa berkenaan.

Kanak-kanak akan mengalami beberapa peringkat perkembangan dalam pemikiran, iaitu

bermula dari peringkat terendah deria motor, kemudian kepada pra operasi, operasi konkrit

dan operasi formal seperti yang telah dibincangkan di atas. Sebagaii contoh, dalam

Page 16: Bab1. Pemerolehan Bahasa

BAB 1 : Pemerolehan Bahasa

16

pembelajaran bahasa, kanak-kanak akan menguasai kemahiran memahami dahulu sebelum

mereka belajar bertutur. Teori mentalis ini memberikan penekanan kepada tiga perkara

utama. Ini melibatkan penekanan kepada:

Proses perkembangan pemikiran kanak-kanak. Oleh itu, pembelajaran bahasa akan

diajar secara berperingkat mengikut kematangan murid. Oleh itu, proses pembelajaran

akan berlaku secara sistematik. Guru juga dapat mengawal kadar kemajuan

pembelajaran murid secara berperingkat.

Pembelajaran mengikut kadar kendiri, iaitu murid berpeluang belajar sesuatu

pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat, kebolehan dan tahap kognitif sendiri.

Strategi pengajaran yang berpusatkan murid. Pengajaran berpusatkan murid

bermaksud murid terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran, termasuk

menggunakan bahan-bahan pembelajaran. Oleh itu, strategi ini amat sesuai digunakan

untuk mengajar sesuatu kemahiran berbahasa.

Ciri-Ciri Teori Mentalis

Kanak-kanak mempunyai keupayaan semulajadi untuk merumus dan membentuk

ayat-ayat mengikut sistem bahasa yang mereka peroleh.

Seseorang mempunyai kecekapan dan prestasi. Kecekapan ialah rumus-rumus atau

undang-undang bahasa yang ada dalam stok mental seseorang. Prestasi merupakan

penggunaan atau penghasilan bahasa berdasarkan apa yang diketahui atau apa yang

ada pada kecekapan.

Bahasa mengandungi ciri-ciri kreativiti. Seseorang penutur mempunyai daya cipta

menggunakan bahasa yang dimakluminya.

Terdapat hubungan yang erat antara bahasa dengan pemikiran. Penguasaan bahasa

memerlukan proses mental.

Murid-murid harus diajar ayat-ayat yang gramatis, iaitu ayat yang sempurna

bentuknya dan makna dengan ketetapan pola-pola. Bentuk dan makna amat penting

dalam proses pembentukan ayat.

Dalam menghuraikan bahasa nahu transformasi generatif diterapkan.

Pemerolehan bahasa mementingkan proses pemikiran.

Mengutamakan kemahiran membaca dan menulis.

Pengajaran tatabahasa diajar secara formal.

a. Apakah pendapat anda tentang Peranti Pemerolehan Bahasa atau

LAD yang dikemukakan oleh Noam Chomsky?

b. Apakah ciri-ciri yang ada dalam teori Mentalis?

c. Teori mentalis ini memberikan penekanan kepada tiga perkara

utama. Nyatakan.

Page 17: Bab1. Pemerolehan Bahasa

BAB 1 : Pemerolehan Bahasa

17

Teori Interaksionalis telah dipelopori oleh Halliday. Perkembangan teori ini telah berlaku

sekitar tahun enam puluhan dan tujuh puluhan. Antara ahli-ahli bahasa yang turut menunjangi

teori ini adalah seperti Bloom (1979), Bowennan (1973-1976) dan juga Grommer (1976).

Mereka bersependapat bahawa kebolehan kognitif sahaja tidak boleh menjelaskan

penguasaan bahasa seseorang kanak-kanak itu. Ini berikutan dengan kemahiran kognitif

kanak-kanak yang hanya membolehkan mereka mentafsir makna tetapi tidak menjamin

tafsiran tersebut boleh dinyatakan atau dilahirkan dalam bentuk bahasa.

Menurut pandangan ahli-ahli interaksionalis, kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi

linguistik bagi menggambarkan bentuk linguistik yang jelas dan tepat. Mereka juga

menganggap bahawa penyampaian semantik (makna) adalah penting, dan harus berjalan

seiringan dengan struktur bahasa agar para pelajar dapat menggunakan sistem bahasa dengan

betul.Teori Interaksionalis memandang pembelajaran bahasa sebagai alat interaksi dan proses

ini melibatkan mental dan liguistik.

Teori ini turut menekankan pentingnya proses pembentukan hipotesis mengenai undang-

undang bahasa dalam sesuatu pembelajaran itu. Seseorang pelajar harus boleh menggunakan

struktur-struktur bahasa dengan betul terutamanya dari segi tatabahasa dan makna. Ini adalah

penting bagi membolehkan mereka berkomunikasi dalam masyarakat dengan baik dan

berkesan. Guru-guru disarankan supaya memberi banyak latihan kepada murid-murid.

Terdapat tiga prinsip dalam teori interaksionalis. Prinsip Pertama, makna adalah lebih

diutamakan dalam setiap komunikasi bahasa. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran

bahasa, sama ada pembelajaran penting. Pembelajaran bahasa bukan hanya secara

strukturalnya sahaja, tetapi apa yang lebih penting ialah belajar untuk berinteraksi.

Dalam prinsip kedua, pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik. Dalam

pengajaran dan pembelajaran bahasa, bahasa yang dituturkan dan makna yang dimaksudkan

mempunyai hubungan yang rapat. Teori Interaksionalis ini mementingkan kedua-dua unsur

iaitu makna dan juga struktur bahasa.

Seterusnya, prinsip ketiga menyatakan bahawa teori ini menekankan penumpuan terhadap

aktiviti-aktiviti yang bermakna. Jika guru dapat menyampaikan pengajaran dalam bentuk-

bentuk aktiviti yang bermakna, maka para pelajar akan dapat menggunakan bahasa itu

dengan lancar dan fasih.

Ciri-Ciri Teori Interaksionalis

Kanak-kanak menguasai bahasa kerana mereka ingin memenuhi keperluan untuk

berinteraksi dengan masyarakat.

Selepas kanak-kanak berjaya menguasai fungsi ujaran bahasa, mereka akan menguasai

pula fungsi informatif bahasa.

Sistem bahasa kanak-kanak berupaya menyatakan satu-satu fungsi seperti makan, lapar

dan sebagainya.

1.5 TEORI INTERAKSIONALIS

Page 18: Bab1. Pemerolehan Bahasa

BAB 1 : Pemerolehan Bahasa

18

Kanak-kanak dibantu dalam menguasai peraturan-peraturan bahasa. Kanak-kanak

menggunakan struktur bahasa yang betul dalam aspek tatabahasa.

Penyampaian makna lebih diutamakan daripada struktur bahasa.

Kelebihan Teori Interaksionalis

Merupakan interaksi sosial harian.

Individu berinteraksi dengan individu yang lain untuk mencapai motif dan sesuatu tujuan

atau matlamat.

Banyak menggunakan simbol seperti warna, lampu, isyarat, gerak geri, lambang dan

sebagainya dalam proses mencipta hubungan sosial.

Komunikasi dan cara hidup manusia mempunyai simboliknya yang tersendiri yang

sangat penting dan saling difahami oleh setiap individu sosial.

Kelemahan Teori Interaksionalis

Teori ini tidak melihat kehidupan sosial secara menyeluruh.

Walau bagaimanapun, teori interaksionalisme ini hanyalah salah satu daripada perspektif

tentang pemahaman dan pemikiran tentang dunia sosial.

Perbezaan pemahaman tentang dunia sosial ini menunjukkan hubungan antara manusia

dengan masyarakat adalah tidak terbatas.

Oleh itu, sebarang pendekatan sosiologi cuma boleh memberikan sebahagian huraian

tentang manusia dan masyarakat.

a) Apakah tiga prinsip yang terdapat dalam teori Interaksionalis?

b) Bagaimana teori ini boleh menjelaskan tentang kemahiran

penguasaan kanak-kanak?

c) Sebagai seorang guru, apakah pendapat anda tentang teori ini dan

boleh kah anda mengaplikasikan teori ini di dalam bilik darjah

untuk mengajar bahasa Melayu? Terangkan.

Page 19: Bab1. Pemerolehan Bahasa

BAB 1 : Pemerolehan Bahasa

19

Teori

Pemerolehan

Bahasa

Wujud akibat adanya kepelbagaian pandangan dalam kalangan

ahli bahasa tentang pemerolehan bahasa.

Fungsinya ada tiga iaitu:

-mendeskripsi, menerang dan menjelaskan fakta.

-meramalkan kejadian-kejadian yang akan terjadi.

-mengendali serta mencegah sesuatu supaya berlaku atau tidak

berlaku.

Teori Behavioris Tokoh penting-Skinner, Thorndike dan Pavlov

Pembelajaran sebagai proses mekanis untuk membentuk

kebiasaan.

Wujud hubungan antara ransangan dengan gerak balas.

Teori Kognitif Tokoh penting-Jean Piaget dan Sinclair

Pembelajaran ialah proses mental dan bukannya proses

mekanis.

Teori pembelajaran jadi sangat bermakna jika fikiran

dimasukkan dalamnya sebagai satu bahagian yang tidak dapat

dipisahkan.

Teori Mentalis Tokoh penting-Noam Chomsky

Teori ini menjelaskan bahawa bahasa sebagai pengetahuan

yang dihasilkan melalui proses dalam otak.

Oleh itu, menurut teori ini bahasa aktiviti mental yang

merupakan kebolehan semulajadi manusia.

Manusia itu dilahirkan bersama Peranti Pemerolehan Bahasa(

Language Acquisition Device) atau dikenali LAD.

Alat ini akan menyebabkan manusia mempunyai kenolehan

secara semula jadi untuk menguasai bahasa.

Teori

Interaksionalisme Tokoh penting-Bloom, Bowennan, Cromer dan Halliday.

Kebolehan kognitif sahaja tidak dapat menjelaskan

pemerolehan bahasa kerana perkembangan kognitif hanya

melengkapkan seseorang kanak-kanak dengan kebolehan

mentafsir makna tetapi pentafsiran ini tidak boleh dilahirkan

dalam bentuk bahasa.

Mereka berkompromi dengan mengambil jalan tengah antara

teori behaviorisme dengan teori mentalis.

Berpendapat persekitaran luaran dan faktor bawaan semulajadi

memainkan peranan penting dalam pemerolehan bahasa

kanak-kanak.

Kanak-kanak yang berkenaan perlu didedahkan kepada

interaksi linguistik supaya mereka boleh mempelajari cara-

cara menggambarkan makna-makna kognitif dalam bentuk-

bentuk bahasa yang tepat.

Page 20: Bab1. Pemerolehan Bahasa

BAB 1 : Pemerolehan Bahasa

20

Tuan Jah Tuan Yusof (2013). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

Kuala Lumpur. Penerbitan Multimedia.

Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad. Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala

Lumpur. Oxford Fajar.

Juriah Long et al(1994). Perkaedahan Bahasa Melayu (Edisi Ke-4). Kuala

Lumpur:Fajar Bakti Sdn. Bhd

Kamarudin Hj. Husin (1998). Pedagogi Bahasa Melayu (edisi ke-8). Selangor:

Longman Malaysia Sdn. Bhd.