buku map

12
MAPPiCXS oleh SHAYA’A OTHMAN 1 MAPPICXS BAB 1 _______________________ PENDAHULUAN

Upload: mappicxs-shayaa-othman

Post on 05-Dec-2014

654 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Buku map

MAPPiCXS oleh SHAYA’A OTHMAN 1

MAPPICXS BAB 1

_______________________

PENDAHULUAN

Page 2: Buku map

MAPPiCXS oleh SHAYA’A OTHMAN 2

BAB 1

PENDAHULUAN

Belajar adalah satu kewajipan anda semua, dan proses

pembelajaran adalah bermula dari perut ibu anda hinggalah

anda mati di tanam ke perut bumi. Tempat dan di mana anda

belajar tidak dijadikan satu ukuran, di mana Nabi sekalian

manusia iaitu Nabi Muhammad [s.a.w.] menyarankan anda

belajar walaupun ke Negeri Cina.

Sebagai seorang pelajar anda perlu melengkapkan diri anda

dengan ilmu dan kemahiran belajar, supaya ianya dapat

membantu anda belajar dengan lebih efektif dan efisyen.

EFEKTIF DAN EFISYEN

Efektif di sini dimaksudkan ‘berkesan’, iaitu segala matlamat

yang anda tetapkan tercapai. Contohnya matlamat anda ialah

untuk mendapat markah ‘A’ dalam semua mata pelajaran

anda. Sekiranya teknik yang anda amalkan ini adalah efektif,

anda berjaya memenuhi matlamat anda.

Page 3: Buku map

MAPPiCXS oleh SHAYA’A OTHMAN 3

Efisyen pula bermaksud bahawa peralatan yang digunakan

adalah mudah diperolehi dengan kos yang murah. Contohnya

sebagai pelajar, teknik yang anda gunakan untuk belajar

mestilah mudah diperolehi dengan kos yang murah iaitu

seperti pensil, pen dan kertas.

MAPPiCXS

MAPPiCXS adalah merupakan satu teknik yang efektif dan

efisyen, yang mudah digunakan oleh berbagai-bagai lapisan

masyarakat, iaitu daripada seorang pelajar sekolah hinggalah

kepada seorang profesional.

Perkataan MAPPiCXS adalah merupakan gabungan dari 3

perkataan bahasa Inggeris iaitu perkataan-perkataan ‘MAP’

[peta] ‘PICTURE’ [gambar] dan ‘MATRIX’ [jadual matrik].

Dalam kajian yang dibuat, adalah diperhatikan bahawa pelajar

yang menggunakan teknik MAPPiCXS ini sungguh berkesan.

Walaupun mereka golongan yang lemah, tetapi penggunaan

teknik ini dapat membantu mereka menghasilkan pencapian

yang cemerlang.

Kajian mendapati bahawa teknik seumpama ini walaupun

tidak dikenali sebagai MAPPiCXS, digunakan oleh para

genius dalam kehidupan seharian mereka, seperti mencari

ilham dan mencatat maklumat untuk difahami dan diingati.

Page 4: Buku map

MAPPiCXS oleh SHAYA’A OTHMAN 4

PENGGUNAAN MAPPiCXS

Penggunaan teknik MAPPiCXS ini adalah luas dan tidak

terhad kepada pelajar sahaja. Pensyarah, Pengurus, dan Guru

boleh menggunakan teknik ini dalam urusan seharian mereka:

Mengambil Nota [Taking Notes]

Mengajar [Teaching]

Memberi Kuliah [Lecturing]

Membuat Persembahan [Presentation],

Membuat Tugasan [Assignments]

Menghafal [Memorizing]

Mencari ilham [Brainstorming]

Menyelesaikan Masalah [Problem Solving].

Mahasiswi INSANIAH sentiasa tekun belajar

Page 5: Buku map

MAPPiCXS oleh SHAYA’A OTHMAN 5

Mahasiswa INSANIAH dari berbilang negara

MAPPiCXS UNTUK PELAJAR

Page 6: Buku map

MAPPiCXS oleh SHAYA’A OTHMAN 6

Contohnya seorang pelajar, sama ada di peringkat sekolah

mahupun di peringkat institusi pengajian tinggi, boleh

menggunakan kaedah ini antaranya seperti berikut:

Mengambil atau membuat nota pelajaran

Meringkaskan buku atau maklumat yang dibaca

Membuat tugasan – case studies, assignments, and

project papers

Mengulangkaji

Mengingat kembali pelajaran

Membuat persembahan dan sebagainya

Mencari Ilham

Page 7: Buku map

MAPPiCXS oleh SHAYA’A OTHMAN 7

MAPPiCXS UNTUK GURU

Para guru di sekolah, baik di peringkat sekolah rendah

mahupun di peringkat sekolah menengah, boleh menggunakan

teknik ini dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada

murid-murid mereka.

Gambar Murid-Murid Sekolah Fatih College, Istanbul Turkey

Cara ini lebih memudahkan murid-murid memahami perkara

yang ingin disampaikan atau diajar oleh guru-guru.

MAPPiCXS juga boleh membantu murid-murid dalam

mengingati kembali pelajaran yang diajari oleh guru-guru

mereka. Juga sekolah menengah, ianya sesuai untuk diajar

oleh guru baik dari peringkat tadika hinggalah ke peringkat

menengah.

Page 8: Buku map

MAPPiCXS oleh SHAYA’A OTHMAN 8

Murid – murid di peringkat sekolah rendah lebih mudah

menerima pelajaran atau penerangan dalam bentuk

MAPPiCXS.

MAPPiCXS UNTUK PENSYARAH

Bagi seorang pensyarah pula, teknik MAPPiCXS sangat

berkesan dijadikan sebagai alat untuk menyampaikan

pelajaran atau maklumat. Dengan menggunakan teknik ini, ia

memudahkan para pensyarah mengajar dengan lebih tersusun,

efektif dan mudah difahami atau diterima oleh para pelajar.

Pensyarah boleh menggunakan teknik MAPPiCXS antaranya

dalam perkara-perkara berikut:

Menyampaikan Kuliah

Merancang Penyelidikan

Merangka Penulisan

Menyediakan Nota

Mencari Ilham

Pelajar INSANIAH dari berbilang negara mengikuti

kursus English Language

Page 9: Buku map

MAPPiCXS oleh SHAYA’A OTHMAN 9

MAPPiCXS UNTUK PENGURUS

MAPPiCXS ini juga amat sesuai digunakan oleh pengurus-

pengurus dalam melaksanakan tugas-tugas harian mereka,

antaranya meliputi fungsi asas seorang pengurus:

Memikir [Thinking]

Merancang [planning],

Menyusun [organizing],

Membimbing [leading], dan

Mengawal [controlling].

Dalam melaksanakan tugas-tugas ini, MAPPiCXS boleh

dijadikan sebagai alat pengurusan [management tool], seperti

membuat persembahan [presentation], mencari ilham

[brainstorming] dan menyelesaikan masalah [problem

solving].

Semua Pegawai LKIM juga telah didedahkan dengan

teknik MAPPiCXS dalam urusan harian mere

Page 10: Buku map

MAPPICXS oleh SHAYA’A OTHMAN 10

ASPEK-ASPEK YANG DIBINCANGKAN

DALAM BUKU INI

Sebelum membincangkan bagaimana dan cara teknik

MAPPICXS ini digunakan, buku ini akan membincangkan

aspek-aspek yang ada kaitannya dengan MAPPiCXS :

Sifat-Sifat Seorang Genius

Proses Pengurusan

Ilmu dan Kemahiran

Fungsi Otak Manusia

Otak Manusia Hemisfera Kiri dan Kanan

Perbandingan Otak Manusia dengan Binatang

Proses Ingatan

MAPPiCXS

Teknik Membentuk MAPPiCXS

Senaman Merangsang Otak

Pengetahuan mengenai otak manusia dan perbezaan fungsi di

antara otak kiri dan otak kanan adalah penting. Ini adalah

disebabkan kaedah dan teknik MAPPiCXS adalah

menggunakan fungsi otak kiri dan otak kanan seseorang

dalam memproses maklumat.

Memahami proses ingatan dapat membantu anda memahami

bagaimana otak anda menyimpan maklumat dan seterusnya

membolehkan anda mengingatnya kembali.

Penggunaan teknik MAPPiCXS memudahkan otak

memahami maklumat yang telah dibentuk dalam bentuk

Page 11: Buku map

MAPPICXS oleh SHAYA’A OTHMAN 11

MAPPiCXS dan seterusnya memudahkan proses menyimpan

maklumat dari simpanan jangka pendek [short term storage]

ke tempat simpanan jangka panjang [long term storage] dan

seterusnya memudahkan anda mengingat kembali segala

maklumat yang disimpan.

Carta 1.2 MAPPiCXS berikutnya menggambarkan kepada

anda, keseluruhan skop perbincangan buku ini serta bidang

ilmu dan kemahiran yang akan diperolehi.

Anda boleh memilih bidang yang baru atau yang anda anggap

penting untuk anda dalami.

Mahasiswi di INSANIAH kelihatan penuh

bersemangat untuk belajar

Page 12: Buku map

MAPPICXS oleh SHAYA’A OTHMAN 12

Carta 1.2 SKOP PERBINCANGAN BUKU