map i think.by norliana

Click here to load reader

Post on 06-Sep-2015

20 views

Category:

Documents

9 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

i-Think 8 peta pemikiraniTHINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif.Program ini adalah hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) serta telah dirintis di 10 buah sekolah (6 SR dan 4 SM) sebelum diperkembangkan ke seluruh MalaysiaKenapa Diadakan Program i-THINK?

Dapatan pentaksiran antarabangsa (TIMSS dan PISA) mendapati kedudukan Malaysia semakin menurun dalam subjek bahasa, Sains dan Matematik. Kajian mendapatimurid berpengetahuan, tetapi tidak tahu untuk mengaplikasikannya. Jadi pengenalan Program i-THINK ialah adalah bertujuan untukmelahirkan modal insan masa depan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatifsertamemupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)dan mampu berdaya saing.

Alat Berfikir Yang Diperkenalkan Dalam Program i-THINK

Peta PemikiranPeta Pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk peta pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentasi kurikulum. Ia boleh digunapakai oleh murid seawal usia 4 tahun. Ada 8 jenis peta pemikiran yang boleh digunakan.