buku bab 3 komunikasi dlm pen

Upload: fatwa-mulya-sari

Post on 11-Jul-2015

135 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BAB lllKomunikasi Dalam PendidikanPengenalan Komunikasi adalah satu seni yang menyalurkan maklumat dan idea dari seorang kepada seorang yang lain. Dengan tujuan untuk mengwujudkan persamaan (commoness) dan perkongsian maklumat dan idea dengan seseorang. Perkataan komunikasi ini berasal dari perkataan Latin, communis dan commune yang membawa erti sama. Sifat Komunikasi Komunikasi merupakan satu proses yang melibatkan penghantaran maklumat antara dua pihak dari penyampai kepada penerima. Penyampai menghantar maklumat kepada penerima dan penerima pula cuba memahami maklumat yang dihantar dan bertanyakan balik jika terdapat perkara-perkara yang tidak jelas dan difahaminya pada penyampai. Cara maklumat ini disalurkan didapat melalui empat (4) cara seperti berikut. a. Tatap muka ( F2F) b. Bermedia ( Mediated) c. Menggunakan suara(Verbal) d. Komunikasi tanpa suara ( Non Verbal) Menggunakan simbol Isyarat Kial ( Gesture) Gambar Fungsi Komunikasi Komunikasi sebagaimana yang telah dijelaskan tadi merupakan satu proses untuk menyampaikan maklumat, idea dari penyampai kepada penerima. Ia merupakan satu mekanisma atau alat dalam proses ransangan untuk berhubung. Apabila manusia berhubung akan wujud saling pengaruh mempengaruhi hingga terbentuk satu pengalaman atau pengetahuan, sikap dan tingkahlaku yang sama. Berdasarkan pada saranan ini menjelaskan bahawa komunikasi itu merupakan satu proses yang dinamis dan kompleks. Dinamis kerana wujudnya proses pengaruh mempengaruhi yang menyentuh pada aspek emosi manusia. Komunikasi menjadi salah satu kegiatan manusia untuk menyampaikan kepada orang lain yang akhirnya menjadi milik bersama.

18

Fungsi komunikasi pada umumnya adalah untuk; a. b. c. d. memberi tahu, penerangan, ( to inform) memberi pendidikan, mengajar-belajar. ( to educate) membujuk, mempengaruhi ( to persuade) mengisi waktu senggang pendidikan dan hiburan ( edutainment)

Dalam hidup seharian komunikasi memainkan peranan yang sangat penting untuk menjalinkan perhubungan antara seorang individu dengan yang lain. Cara mereka berhubung itu didapati berbeza-beza sama ada dilakukan secara langsung atau tidak langsung. Kalau di sekolah komunikasi berlaku antara guru dengan guru, antara guru dengan murid, dan antara murid dengan murid. Lazimnya perhubungan antara guru dan muridlah yang menjadi faktor utama ke arah membentuk dan mendidik anak-anak kita di sekolah. Melalui proses pengajaran yang efektif dan berkesan dijangkakan guru dapat mengwujudkan suasana dan minat pelajar belajar . Suasana dan minat belajar ini wujud setelah dapatnya commonness atau persefahaman antara guru dengan murid. Guru sebagai penyampai maklumat (mesej) manakala pelajar sebagai penerima maklumat berinteraksi atau berhubung antara satu dengan yang lain untuk mendapatkan kesefahaman. Komunikasi yang aktif apabila penerimaan maklumat berada diperingkat maksimum dengan situasi gangguan yang amat minimum. Tujuan Komunikasi. Tujuan komunikasi pada umumnya adalah untuk; a. b. c. d. mengubah sikap (attitude), mengubah pendapat (opinion); mengubah perilaku ( behaviour) mengubah perhubungan sosial di kalangan masyarakat ( social)

Pelajar sebagai penerima maklumat dijangkakan akan berubah perlakuannya setelah maklumat yang diterimanya itu difahami dan dihayati. Perubahan ini boleh berlaku serta merta dan ada yang mengambil masa yang lama. Terutamanya pemahaman dan penghayatan maklumat atau perkara yang disampaikan oleh penyampai didapati tidak jelas atau kabur. Apabila maklumat atau perkara yang diterima kurang jelasdan kabur, maka tujuan komunikasi untuk mengubah sikap ( attitude), mengubah pendapat (opinion); mengubah perilaku (behaviour), mengubah perhubungan sosial(social) di kalangan masyarakat akan tidak dapat dihasilkan. Untuk mengubah tingkahlaku ke arah keperluan sekolah beberapa komponen utama perlu bergerak serentak dan seiring. Komponen utama seperti guru sebagai penyampai ilmu, isi kandungan pelajaran yang hendak disampaikan dan pelajar yang menjadi sasaran pada proses penyampaian ilmu perlu bergerak serentak.

19

Dengan sebab itulah amat wajar bagi bakal-bakal guru yang baru melangkah ke dunia keguruan, perlu peka pada lima elemen yang boleh mempengaruhi seseorang pelajar. Elemen pertama adalah, mesej ( kandungan isi pelajaran yang disampaikan) , kedua adalah manusia yang menyampaikan maklumat kepada pelajar, ketiga bahan pengajaran ( perisian atau media dimana mesej di perolehi), keempat adalah kaedah (prosedur dan teknik yang digunakan untuk menyampaikan ilmu) dan akhir sekali adalah suasana. Kelima-lima elemen yang dinyatakan itu jika terdapat dalam beberapa model kommunikasi seperti Model Laswell (1948), Model Shanon dan Weaver (1949), Model Newcomb (1953), Model Osgood (1954), Model Schramm (1954) dan Model SMCR oleh Berlo (1960). Model Harold Lasswell Harold Lasswell ( 1948 ) merupakan seorang pelopor pada model komunikasi asas dan terulung. Model beliau memfokuskan pada proses pemindahan mesej melalui komunikasi massa. Dalam model ini Laswell menggambarkan komunikasi itu sebagai suatu proses input / output berbentuk linear dan sehala dengan tujuan untuk mempengaruhi penerima mesej yang disampaikan.

Model

Komunikasi

Linear

PenyampaiEnkod ( )

Mesej

PenerimaDekod ) (

Sumber: Internet

Rajah 3.1 : Model Komunikasi Linear ( sehala ) Elemen utama yang Harold Lasswell(1948) gunakan pada proses mempengaruhi individu , kumpulan atau masyarakat adalah dengan menumpukan pada kredibiliti elemennya seperti siapakah yang berkata, apakah yang dikatakan, saluran apakah yang digunakan, kepada siapakah yang dimaksudkan dan apakah kesan yang berlaku pada penerima mesej tersebut.20

Model Shanon Dan Weaver ( 1949 ) Claude Shanon dan Warren Weaver ( 1949 ) adalah jurutera yang bekerja di Makmal Telefon Bell (Bell Telephone) di Amerika Syarikat. Sebagai juurutera yang dedikated dengan tugasnya mereka berusaha untuk mendapatkan kadar keberkesanan yang maksimum untuk kabel telefon dan gelombang radio. Mereka membina model komunikasi yang dinamakan Model Shanon dan Weaver dengan tujuan untuk meningkatkan mutu teori matematik dalam komunikasi . Proses model komunikasi yang diusahakan ini berbentuk linear sehala dan bergerak mengikut turutan yang tertentu secara langsung dari satu punca atau sumber maklumat kepada destinasi atau penerima maklumat. Elemen utama yang terdapat pada model ini terdiri dari Sumber Saluran--IsyaratPenerima--Destinasi dan Gangguan sebagaimana yang dinyatakan di Rajah 3.2 berikut. Model ini juga jika dibuat analogi dengan cara kita berkomunikasi menggunaklan telefon bimbit SMS terdapat lima perkara berikut yang dilakukan secara berurutan Sistem Saraf Manusia Sumber

Individu ada maklumat yang ingin disampaikan pada kawan yang berada jauh dari anda. Peralatan Telefon Saluran

Maklumat ( mesej) ditaip untuk disalurkan melalui telefon bimbit Penentuan Gelombang Saluran

Pengantar memilih gelombang (nombor) dan peraturan mesej yang hendak dihantar dengan menaipkan kod penerima dan menekan isyarat OK.

Sumber gangguan Mesej isyarat mesej diterima

Sumber maklumat

Saluran

penerima

destinasi

Rajah 3.2 : Model Shannon dan Weaver

21

Telinga Pendengar Penerima Mesej ( Ada Gangguan)

Penerima akan dapat isyarat nada bunyi untuk di akses. Semasa mesej dihantar kadangkala ada gangguan pada saluran untuk menghantar mesej tersebut dan terdapat juga teks yang kurang jelas untuk dibaca. Penerima Dan Destinasi Mesej

Apabila mesej diterima, kawan anda sebagai penerima mesej dijangkakan akan dekod dan fahamkan maklumat yang disampaikan itu dan akan bertindak untuk melakukan sesuatu berasaskan mesej yang diterimanya itu tadi. Model Komunikasi David Berlo ( 1960) Model terakhir yang perlu difikirkan juga adalah Model SMCR yang telah direka oleh David K. Berlo pada tahun 1960. Sebagai seorang konsultan di bidang teori komunikasi beliau mementingkan aspek psikologi dalam modelnya. Dalam modelnya beliau menggunakan juga empat elemen utama seperti Sumber-Mesej-Saluran-dan Penerima. Kalau kita rujuk pada Model Berlo berikut, peringkat pertamanya adalah Sumber. Sumber merupakan saranan utama dalam semua proses komunikasi. Sumbernya boleh datangnya dari seorang individu, kawan, kumpulan, masyarakat, organisasi juga institusi seperti sekolah.

Rajah 3.3 Model Kominikasi Berlo

Menurut beliau sesuatu komunikasi itu terbentuk bergantung pada kemahiran sumber itu sendiri. Ia boleh berbentuk lisan, tulisan, lukisan, simbol, tingkahlaku, sikap, dan suasana yang perkara itu disampaikan pada penerima. Semua kemahiran ini menurut Berlo boleh diklasifikasikan pada kemahiran enkod, dekod dan unsur fikiran dan taakulan sebagaimana yang terdapat pada Model beliau di Rajah 3.3 di atas.

22

Perkara yang perlu dikuasai dan mahir pada setiap fasa komunikasi mengikut David Berlo berbeza-beza dari aspek berikut Fasa Mesej Fasa Saluran Fasa Penerima Fasa ini pula merupakan rangkaian yang terakhir dalam proses komunikasi. Individu, kumpulan, atau institusi yang jadi penerima mesej yang telah disalurkan oleh Sumber. Lazimnya para penerima sudah ada sedikit sebanyak pengetahuan sama ada dalam bentuk tulisan, lisan, simbol tentang mesej yang disalurkan. Persamaan ini sama dengan persamaan lapangan dalam Model Schramm. Untuk mempastikan mesej yang diterima itu jelas dan berkesan ia banyak bergantung pada faktor sikap, kepercayaan dan tingkahlaku para penerima. Model Komunikasi Wilbur Schramm ( 1954) Model komunikasi yang sering diperkatakan selain Model Aristotle Shanon, Model Weaver, Model Lasswell dan Model Berlo, Model Wilbur Schramm juga memainkan peranan penting yang perlu kita ketahui. Model-model ini secara umumnya membicarakan tentang ciri-ciri Sumber (Penghantar)- Saluran- Mesej- Penerima. Pada model komunikasi Wilber Schramm (1954 ) pula proses komunikasinya mempunyai lima (5) elemen utama seperti, sumber, enkod, mesej, dekod dan destinasi., sebagaimana yang dinyatakan di Rajah 3.4.berikut. Penglihatan Pendengaran Sentuhan Hidu Rasa Elemen mesej Kod yang digunakan Struktur mesej Isi mesej Pelaksanaan mesej. Kemahiran komunikasi Berpengetahuan tinggi Faham dan mahir tentang sistem sosial Budaya Sikap tingkahlaku pada subjek

23

Sumber

Enkod

Mese j

Dekod

Destinasi

Rajah 3.4 .Model Komunikasi Schramm 1. Berdasarkan pada lima elemen sebagaimana yang terdapat di Rajah 3.4 di atas itu, kita dapati bahawa komunikasi bermula dari perolehan sumber atau bahan yang hendak disampaikan. Kemudian dari pelbagai sumber yang ada itu dienkod atau dipilih berdasarkan pada matlamat atau objektif yang ingin di sampaikan. Setelah mempastikan bahan yang dienkod itu sesuai , mesej atau pesannya dihantar melalui saluran kepada penerimanya. Penerima kemudiannya akan dekod dan bertindak pada mesej yang disampaikan. Apabila ada tindakan dan perubahan pada penerima setelah komunikasi diterima, matlamat atau destinasi komunikasi sebagaimana yang ingin disampaikan itu berhasil. Jika dikaitkan model ini dengan proses pengajaran guru di bilik darjah, model penyampaian sehala ini beranggapan bahawa komunikasi bermula dengan sumber bahan atau ransangan. Guru membuat perancagan, interpretasi dan memilih (menkod) tentang ransangan berdasarkan pada pengalamannya. Kemudian guru menghantar mesej secara lisan atau menggunakan alat bantu kepada pelajar dengan cara sehala tanpa memikirkan sama ada mesej yang dihantarkan itu difahami atau ditafsirkan (dekod) menurut objektif guru itu tadi.

GangguanLapangan Pengalaman Lapangan Pengalaman

P(Punca PePengantaran

Enkod pilih

Saluran media

Dekod mentafsir

Destinasi Penerima

RAJAH 3.4 .Model Komunikasi Schramm ll.Maklumbalas

Rajah 3.5 Model Komunikasi Schramm 2

24

Kaedah komunikasi sehala ini lazimnya digunakan dengan tujuan untuk memberi tahu (to inform) dengan membuat asumsi bahawa mesej atau isi pelajaran yang disalurkan itu pelajar perlu tahu dan faham. Tanpa memfokuskan pada maklumbalas atau mengetahui sama ada penerima faham pada mesej atau pelajaran yang disampaikan. Dalam model yang kedua sebagaimana dilakarkan di Rajah 3.5, Schramm telah memfokuskan pada bidang pengalaman ( field of experience ) yang ada pada pihak penyampai juga pada pihak penerima. Menurut Schramm komunikasi berlaku apabila adanya commonness antara sumber yang dihantar dengan bidang pengalaman penerima mesej tersebut. Bermakna guru yang ingin wujudkan komunikasi yang berkesan perlu memilih bidang sumber berdasarkan pada pengalaman pelajar yang telah sedia ada. Sekiranya guru menyampaikan isi pengajaran di luar jangkauan atau pengalaman pelajar, mesej atau maklumat yang disampaikan itu tidak dapat diterima atau difahaminya. Sebagai contoh, kita ambil pada pemahaman pelajar tentang perkataan selalu. Jika mesej yang dihantar atau disalurkan pada pelajar yang datang dari negeri Kelantan sepertiKamu pergi selalu( Mu gi selalu) tindakan yang kita dapati bahawa pelajar berkenaan akan pergi dari situ ketika itu juga. Kerana pengalaman pelajar Kelantan perkataan selalu itu membawa maksud; pergi ketika itu juga atau terus pergi. Tetapi jika mesej yang sama dihantar pada pelajar dari negeri Melaka, tindakan yang pelajar dari Melaka tunjukkan didapati tidak sama sebagaimana pelajar dari negeri Kelantan itu tadi. Bagi orang Melaka perkataan selalu bermaksud berulangkali atau kerapkali. Ini menjelaskan bahawa perkara atau kandungan yang guru ingin sampaikan perlulah pada perkara yang pelajar sudah alami atau sudah sedia ada. Kerana dengan mempunyai unsur persamaan atau (commoness ) komunikasi antara guru-murid, ilmu yang disampaikan dapat berjalan dengan berkesan dan saling faham memahami. Dalam model ketiga yang diajukan oleh Schramm bersama dengan Osgood (Rajah 3.6 ) tumpuannya adalah pada wujudnya suasana interaksi antara guru dan murid dalam proses pengajaran-pembelajaran. Bermakna dalam model ini, pelajar mengdekod dan mentafsir mesej yang disampaikan untuk dihayati. Semasa proses penghayatan mesej itu dilakukan, dan terdapat perkara atau maklumat yang kurang jelas tentang mesej itu, pelajar akan membuat pertanyaan ( interaksi atau maklumbalas) kepada guru tentang maklumat atau perkara yang perlu di ketahui dengan lebih lanjut lagi sebagaimana di Rajah 3.6 berikut.

Enkod Tafsir DekodMesej Maklum atmbalas

Dekod Tafsir Enkod

Rajah. 3.6 Model Schramm Dua Hala

25

Dalam konteks ini maklumbalas atau interaksi guru-murid itu dilakukan kerana hendak mengwujudkan persamaan fahaman yang berterusan. Guru dan pelajar sama-sama berinteraksi untuk dapatkan maksud yang sama. Komunikasi dua hala ini jika dipraktikkan dalam proses pengajaran pembelajaran, pelajar akan menjadi aktif kerana pelajar memainkan peranan yang penting dalam diskusi dan interaksi itu. Pelajar turut melibatkan diri dalam proses pengajaranpembelajaran bersama-sama guru dan kawankawan setara. Guru juga dapat membuat penilaian sama ada pengajaran yang disampaikan itu, pelajar minat, faham dan dapat mereka kuasainya. Jika model komunikasi ini diaplikasikan dengan proses pengajaran dan pembelajaran guru di bilik darjah, kaitannya adalah sebagaimana di Rajah 3.7 berikut.

Guru Sumber Bahan

Pelajaran

Pelajar

Enkod

Saluran

Dekod

Tindak balas

Perancangan

Pengajaran

Pembelajaran

Rajah 3.7.Kaitan Model Komunikasi Dengan Proses Pengajaran dan Pembelajaran Guru

Faktor Yang Menjadi Proses Komunikasi Kurang Berkesan Masalah komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang selalu menjadi halangan pada proses komunikasi boleh dibahagikan kepada tiga (3) perkara a. Masalah manusia i) guru ii) pelajar b. Masalah teknikal c. Masalah proses

26

Masalah Manusia Semasa pelajar menerima pengajaran dan pembelajaran di sekolah kadang kala terdapat guru yang jadi faktor masalah komunikasi seperti, Kepakaran, kecenderungan atau kebolehan guru yang tidak terlatih dan profesional apabila menyampaikan maklumat boleh mengurangkan kepercayaan pelajar pada kebolehan guru tersebut. Apabila pelajar kurang yakin dan kurang kepercayaan terhadap gurunya, mesej yang disampaikannya juga dipinggirkan. Pengaruh sikap dan emosi guru yang negatif juga menjadi faktor pada masalah komunikasi seperti gaya komunikasi guru yang bercorak kawalan dengan mendesak atau mengugut dan menyindir Suara penyampaian guru yang kurang bertenaga dan jelas yang boleh menyebabkan beberapa bahagian mesej yang tertinggal omission untuk pelajar terima dan difahami. Guru kurang penguasaan bahasa untuk menyampaikan mesej. Ini boleh menimbulkan distortionatau memesungkan mesej yang sebenar. Faktor yang berpuncakan dari pelajar yang menjadi masalah menerima pengajaran dan pembelajaran guru di sekolah pula adalah seperti, Pelajar kurang cekap atau tidak bersedia menerima pengajaran. Mereka lalai dan tidak menumpukan perhatian pada pengajaran guru

Secara psikologinya pelajar mempunyai ragam kesediaan untuk belajar mengikut waktu pagi, tengahari dan petang. Suasana belajar yang berbeza ini menjadi faktor pada pelajar menerima pelajarannya.

Gangguan boleh juga berpunca daripada pelajar yang tidak hadzir, tidak buat kerja latihan. Pengetahuan pelajar yang terbatas menyebabkan pelajaran yang guru sampaikan susah hendak difahaminya.

Faktor biologi dan fizikal boleh menyebabkan kelemahan pada proses pembelajaran seperti kecacatan otak dan kurang pendengaran dan penglihatan semasa proses komunikasi berjalan. Pelajar menghadapi terlalu banyak perkara yang diterimanya dalam satu masa. Ini boleh mengagalkan pelajar menapis isi-isi yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

27

Faktor kedua berpuncakan dari masalah unsur teknikal yang menjadi masalah menerima pengajaran dan pembelajaran di sekolah seperti; Tulisan guru dan teks bahan yang kecil dan kurang terang, dan bilik darjah yang mempunyai pencahayaan yang kurang terang untuk belajar. Alatan tidak mencukupi untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya kekurangan radas, kimia, bahan dan alat di Pusat Sumber Sekolah yang pelajar tidak dapat guna dan membuat rujukan . Ketiadaan bahan dan perisian seperti CD yang guru gunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat pelajar gunakan untuk pengukuhan. Alat bantu mengajar yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran didapati tidak sesuai pada tempat, masa dan suasana Faktor ketiga berpuncakan dari proses menyampaikan mesej yang menjadi masalah menerima pengajaran dan pembelajaran di sekolah seperti; Mesej yang disampaikan didapati kabur, dan tidak

difahami oleh pendengar. Penggunaan bahasa untuk sesuatu maksud yang disampaikan terlalu tinggi hingga susah hendak difahaminya. Mesej yang disampaikan keluar dari latar belakang dan kebudayaan pendengar. Langkah Untuk Menwujudkan Komunikasi Yang Berkesan Pada hari ini guru yang dedikated senantisa berusaha untuk mencari dan mendapatkan ilmu tentang komunikasi yang berkesan. Melalui komunikasi ini dijangkakan mereka dapat mengwujudkan perasaan puashati, rasa dihargai dan berkeinginan untuk saling bekerjasama antara pelajar, guru, ibubapa dan masayarakat. Langkah-langkah untuk mengwujudkan komunikasi yang berkesan dapat dilakukan melalui seperti berikut. Perkataan atau perbendaharaan kata yang digunakan semasa komunikasi tepat, ringkas dan dengan antonasi yang jelas. Gerak laku (body language) dan gerak muka yang dilakukan mempunyai ciri yang positif dan serasi dengan keadaan. Mengawal emosi, perilaku yang bersopan dan mempunyai budi pekerti yang tinggi semasa berkomunikasi

28

Mengamalkan tatacara komunikasi berunsurkan 7Cs (Credibility, Continuity, Context, Contents, Clearity, Capabilities of Audience, Channel) yang disyorkan oleh Cutlip dan Allea H. Center (1982) semasa berkomunikasi Semasa berkomunikasi penyampai tidak gunakan sindiran dan perkataan yang boleh menyingung dan memperkecilkan orang lain. Senantiasa terbuka, mahu bekerjasa sama dan mesra

Amalan Dan Aksi Guru Menyampaikan Pengajaran Di Bilik Darjah. Guru semasa menyampaikan pengajarannya di bilik darjah didapati berbeza-beza antara seorang guru dengan yang lain. Antara beberapa pergerakan yang lazim guru amalkan semasa mereka berada di pentas atau di hadapan darjah adalah sebagaimana di Rajah 3.8 berikut seperti berdiri dan beraksi seperti teko (The Teapot), menapak kiri dan kanan (The Walker), berdiri dan membetulkan rambut (Hair Pusher), berdiri dan mengosokgosok tanggan (Hand Washer), berdiri dan melata meja (Table Crawler), dan membuat beberapa gangguan laku (Mannerism ) seperti melambung-lambungkan kapur atau pen, mengaru-garu badan dan memberul-betulkan seluar.

Rajah 3.8 Gaya Guru Dalam Pengajaran

29

Kesimpulan. Model komunikasi selain dari Model Schramm( 1954), terdapat juga Model Shanon dan Weaver (1949), Lasswell ( 1948, David Berlo ( 1960) terdapat juga beberapa lagi pakar teori komunikasi yang telah mengusahakannya seperti Mcluhan(1964), Stephenson, Gerbener, Osgood ( 1954)Rothestein dan banyak lagi. Model-model komunikasi yang diperjelaskan dengan rengkas ini adalah model yang berkaitan dengan komunikasi yang diguna pakai dalam hidupan harian kita juga di sekolah di mana proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Secara ringkasnya bagi semua model yang telah disarankan itu rata-rata mempunyai isi pentingnya seperti; Lasswell ( 1948) Komunikasi berlaku apabila terdapat kesan, perubahan, dan tindakn pada penerima komunikasi.

Shannon dan Weaver ( 1949) Gangguan noise boleh menjadi penghalang utama pada proses komunikasi. Schramm (1954) Berlo (1960) Lapangan pengalaman yang sama antara penyampai dengan penerima boleh memudahkan komunikasi Terdapat beberpa faktor utama yang perlu dipertimbang kan pada elemen Sumber, Mesej, Saluran dan Penerima.

Proses komunikasi dari komponen tersebut boleh dilakukan secara sehala dan dua hala dengan tujuan untuk memberi tahu atau menyampaikan maklumat. Walau bagaimana pun Schramm mengadakan model dua hala agar proses komunikasi itu dapat dilaksanakan dengan berkesan dan efektif. Dalam model ini penyampai adakan aktiviti yang boleh melibatkan pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan guru (penyampai) melalui maklum balas dan perbincangan Latihan ARAHAN: Bincang bersama kawan soalan berikut___________________________________________________________________________________

1. Bincangkan tentang perbezaan dan persamaan yang terdapat pada Model Berlo dengan Model Schramm. Kemudian bincangkan mana satukah dari Model tersebut yang paling sesuai digunakan sebagai model proses pengajaran dan pembelajaran? Mengapa 2 Model KOMUNIKASI yang di sarankan oleh beberapa orang Pakar didapati berbeza Model manakah yang perlu anda gunakan untuk merancang isi pelajaran yang sesuai bagi kelas anda nanti.dari perspektif kefahaman. A Model Shanon & Weaver B Model David Berlo C. Model Schramm D. Model Lasswell

30