sutera dlm lukisan

Upload: eeyqa-zynuddin

Post on 04-Apr-2018

268 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 sutera dlm lukisan

    1/48

    1

    Sutera Dalam Lukisan

    Abdul Talib Mohd Hassan

    Nama Sekolah : Sekolah Menengah

    Kebangsaan Telok Mas Melaka

    Analisis Novel : Sutera Dalam Lukisan

    Nama Murid : Nur Izwani Binti Zainuddin

    No. Kad Pengenalan : 961023-04-5264

    Tingkatan : 5 omega

    Tahun : 2013

    Nama Guru :

  • 7/30/2019 sutera dlm lukisan

    2/48

    2

    Isi Kandungan

    Bilangan Perkara Muka surat

    1. Penghargaan 32. Pendahuluan 43. Biodata Pengarang 54. Sinopsis

    Sinopsis keseluruhan 6Sinopsis bab demi bab 7-34

    5. Tema dan persoalan 356. Watak dan perwatakan

    Watak utama 36Watak sampingan 37-38

    7. Latar 39-418. Plot 429. Teknik plot 4310. Gaya bahasa 4411. Nilai dan pengajaran

    Nilai 45

    Pengajaran 46

    12. Ulasan murid 4713. Rujukan 48

  • 7/30/2019 sutera dlm lukisan

    3/48

    3

    Penghargaan

    Di sini saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada guru yang telah banyak

    membimbing dan memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan folio saya. Selain itu, saya

    juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya yang telah banyak

    memberikan dorongan dan sokongan serta membantu saya dalam segi kewangan bagi membeli

    bahan-bahan untuk menyiapkan tugasan ini. Malah, saya turut berterima kasih kepada rakan-

    rakan saya yang banyak menyumbangkan idea da nisi-isi penting supaya dapat dikembangkan

    lagi cerita dan penyampaian dalam folio ini serta tidak putus-putus memberikan semangat bagi

    menyiapkan tugasan yang diberikan. Akhir sekali, tidak lupa juga kepada yang teribat secara

    langsung mahupun tidak langsung, saya ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak. Jasa

    semua tetap akan dikenang. Terima kasih.

  • 7/30/2019 sutera dlm lukisan

    4/48

    4

    Pendahuluan

    Novel Sutera dalam lukisan mengupas kehidupan seorang pemuda yang meniti hari-hari duka dalam

    hidupnya. Suatu masa dahulu dia seorang pelajar yang pintar dan bercita-cita untuk menjadi seorang

    anggota tentera seperti ayahnya. Namun,kematian ayahnya yang ditimpa kecelakaan di jalan

    raya,menenggelamkan sinar serta menerbitkan episod duka dalam hidupnya pabila ibunya mengambil

    keputusan untuk berkahwin dengan Harun. Harun bukan sahaja menunjukkan kebenciannya malah

    kadang kala menganggap anak tirinya itu sebagai sampah yang menumpang. Bukan itu sahaja,Harun

    jugalah yang telah menendang pelita lalu menyebabkan kebakaran dan seterusnya mengakibatkan

    kematian ibu Bujei,Fatimah .Episod dukanya tidak terhenti di situ,Bujei telah difitnah bahawa dia bermain

    api sekali gus dipersalahkan kerana menyebabkan kematian Fatimah. Kenyataan itu diterima oleh

    penduduk kampung tanpa sebarang pembelaan daripadanya.Segala peristiwa pahit itu mempengaruhi

    ingatan dan fikirannya. Perlakuan peliknya semakin menjadi-jadi semenjak neneknya meninggal dunia.Dia sering dikenali sebagai seorang yang bodoh,dungu dan tidak berakal oleh penduduk kampung. Bujei

    rela dirinya berkeadaan begitu dan sanggup mengikut segala suruhan penduduk kampung yang

    memandang hina kepada dirinya terutama sekali Alias yang diibaratkan raja yang menguasai dirinya.

    Perkenalan dengan Adila,anak saudara Sidang Seman,mengubah kehidupan Bujei kerana keadaan Bujei

    yang sasau menarik perhatian Adila. Alias yang cemburu akan kemesraan Adila dan Bujei,bertindak

    mengganggu hubungan mereka dengan cuba mendekati Adila. Bujei yang berasa akan kehilangan Adila

    pergi ke tebing sungai sambil melayan perasaan. Malangnya,bapa tirinya yang tidak berpuas hati dengan

    tindakan Bujei yang merosakkan surat yang membolehkan dia menguasai harta peninggalan arwah ibu

    Bujei bertindak membelasah Bujei sehingga dia tidak sedarkan diri. Alias berpura-pura menyesal atas

    perbuatan jahatnya selama ini sehingga Bujei percaya bahawa Adila berpenyakit AIDS dan menjauhkan

    diri daripanya. Adila juga difitnah telah rosak dan cuba memiliki Bujei. Adila cuba mengubati kepedihan

    akibat difitnah dengan kembali ke Kuala Lumpur. Lama kelamaan,hubungan Adila dengan Bujei kembalipulih dan ini menaikkan kemarahan Alias lalu dia memarahi Bujei kerana tidak menjauhkan diri daripada

    Adila. Bujei mula mendapat keyakinan diri apabila berjaya mengenakan Alias,apabila dia meminta Alias

    menghalau Adila dari kampung sekiranya Adila menghidap penyakit berbahaya. Sejak hari itu,Alias tidak

    lagi mengganggu Bujei.Alias mula tidak tentu arah kerana terlalu mengharapkan Adila menerimanya.

    Adila yang menaruh hati kepada Bujei bertindak memaklumkan kepada Pak Long dan Mak Longnya

    tentang perasaannya terhadap Bujei. Seterusnya,Adila memaklumkan kepada Bujei bahawa tugasnya

    sudah selesai dan Bujei harus berdikari manakala Adila sendiri akan menerima tawaran sebagai

    pensyarah. Bujei berasa terhutang budi kepada Adila. Ketika itu,kelihatan seorang lelaki yang kurang

    siuman memandang mereka. Adila tidak berdendam dengan lelaki itu dan Bujei teringat akan dirinya

    dahulu apabila memandang lelaki itu.

  • 7/30/2019 sutera dlm lukisan

    5/48

    5

    Biodata Pengarang

    Abdul Talib Mohd Hassan

    Abdul Talib Mohd Hassan merupakan salah seorang penulis novel Malaysia. Beliau merupakan anaksulung dari tujuh beradik. Bapanya,Mohd Hassan bin Ali merupakan salah seorang pegawai Jabatan Laut.

    Pendidikan

    Abdul Talib Mohd Hassan (lahir 1947) mendapat pendidikan awal di Sekolah Umum Laki-laki Teluk Intan(1945-1957). Beliau kemudiannya menyambung pengajiannya di Sekolah Rendah Aglo-Chinese,TelukIntan (1958-1960),sebelum meneruskan pengajiannya di Sekolah Menengah Horley Methodist,TelukIntan (1960-1965). Selepas itu,beliau mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Harian,Teluk

    Intan dan pada masa yang sama belajar secara sambilan dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia pada 1969.Setelah tamat kursus,beliau kemudiaannya mengajar Di Sekolah Kebangsaan Sping Loi,Johor.

    Buku Penulisan

    (1989) Warisan,Wajah-wajah di Pelangi. (1990) Jelaga,Cinta Semalam,Primadona. (1991) Pelarian,Bebayang Ungu,Mimah,Mega-mega,Sinar di Sebalik Kabus,

    Destini Kasih,Ika,Ariani. (1992) Di Rahang Sumpah. (1993) Sutera dalam Lukisan,Saga Dua. (1994) Jerebu. (1997) Khailee.

    (2001) Saga Tiga,Komplikasi Destini Kasih,Komplikasi Bunga Sena. (2005) Diari Hati.

    Kerjaya Penulisan

    -Pemenang pertama Sayembara NOVEL GAPENA 1976 dengan novel Saga.-Hadiah kedua Sayembara Hari Guru 1977 dengan novel Pelarian.-Pemenang kedua Sayembara Novel GAPENA & Yayasan Sabah 1979 dengan novel Warisan.-Hadiah ketiga dalam Peraduan Menulis Skrip Drama Televisyen Anjang Aki.

  • 7/30/2019 sutera dlm lukisan

    6/48

    6

    Sinopsis

    Novel ini memaparkan kisah seorang pemuda yang mengalami konflik jiwa akibat kematian

    ibunya yang telah dibunuh oleh bapa tirinya. Kenangan pahit itu telah menjadikan Bujei atau nama

    sebenarnya Mohamad Hafiz, akhirnya telah menjadi sasau akibat sering menjadi cemuhan, dipandang

    hina, dipermain dan diperbudakkan oleh masyarakat kampung malah bapa tirinya, Harun juga sering

    menyeksanya malah telah cuba mengambil peluang untuk merampas hak milik Bujei yang ditinggalkan

    oleh arwah ibunya.Hidupnya keseorangan dan menanti permata hati untuk menerangi semula sinar

    hidupnya. Kehadiran Adila telah mengubah segala-galanya dan Bujei mulai merasai erti sebuah

    kehidupan.Namun banyak ranjau duri yang terpaksa diharunginya untuk meneruskan hubungan

    persahabatan bersama Adila.Alias yang turut menyimpan perasaan terhadap Adila terus menyimpan

    dendam terhadap Bujei dan Adila.Satu demi satu rancangan jahat diatur dalam usaha untuk memiliki

    Adila. Bujei diperdaya hingga akhirnya dia mempercayai Adila akan mengahwini Alias malah Adila

    turut difitnah menghidap penyakit AIDS kerana pernah menuntut di luar negara. Dendam yang kian

    membara menyebabkan Alias meminta khidmat neneknya untuk mendapatkan ilmu pengasih yang akan

    mendorong Adila tunduk kepada kehendaknya. Alias yang dirasuk kerinduan akhirnya telah menjadi

    sasau dan sanggup merayu kepada Bujei untuk mengharapkan simpati serta pengertian daripada Bujei

    supaya memujuk Adila menerima dirinya. Akhirnya, Alias sendiri terpaksa mendapatkan khidmatdaripada dukun yang sama dalam usaha untuk memulihkannya. Orang kampung pula kini telah melihat

    perubahan diri Bujei yang menjadi manusia normal berbanding Alias yang kini telah mengambil alih

    tempat Bujei. Sebelum pulang ke kota, Adila telah meluahkan isi hatinya kepada Sidang Saman dan

    isterinya tentang keputusannya untuk menerima Hafiz sebagai pasangan hidupnya. Adila akhirnya

    terpaksa kembali ke kota kerana ditawarkan pekerjaan sebagai seorang pensyarah di salah sebuah

    universiti swasta.

  • 7/30/2019 sutera dlm lukisan

    7/48

    7

    Sinopsis bab demi bab

    BAB 1 : SURATAN YANG PERLU KUTERIMA Di tepi sungai kecil, pada waktu petang, Hafiz/Bujei menampar-nampar agas yang hinggap di muka danhidungnya. (latar tempat dan masa) Pengarang menggambarkan anak sungai yang lebarnya lebih kurang 9 meter antara dua tebing. Airnyasentiasa mengalir walaupun pada musim kemarau. Airnya tidak sejernih dahulu tetapi masih tetap dingin dan

    segar.(teknik pemerian) Kadang-kadang Hafiz berada di tebing sungai untuk memancing dan memanggang ikan yangdiperolehnya dan diratahnya sampai habis. Biasanya tebing sungai itu menjadi tempat rehatnya, berbaring dan

    kemudian terlena. (latar tempat) Begitulah keadaan Hafiz sejak dahulu lagi. Sejak opahnya masih hidup lagi, dia sudah biasa di situ. Diaberasa tenteram apabila berada di situ. Penduduk kampung melihat Hafiz sebagai seorang pemuda yang tidak berakal, bodoh, dungu dan diasendiri merasakan dirinya sebegitu. Dia mahu menjadikan dirinya apa-apa yang orang lain ingin dia jadi. Namun, di sebalik segala keburukan itu, dalam dirinya, otaknya, hatinya dan perasaannya masihtersimpan benih-benih kemanusiaan. Kadang kala dia merasakan dirinya bukan seperti apa-apa yang dikatakanoleh orang lain. Dia sedar dirinya tidak sebodoh yang dituduh, tidak sedungu yang disangka malah akalnya masih

    berfungsi sebagai seorang insan yang biasa. Malangnya masih ada manusia lain yang terus-menerus mendesaknya menjadi bodoh, dungu dan tidakberakal. Kalaupun masih ada yang bersimpati, tetapi atas tuntutan lain dan kepentingan diri sendiri. (monolog

    dalaman) Bapa Hafiz ialah seorang tenteta. Dia begitu bangga dengan tugas bapanya dan sering kali berceritatentang bapanya kepada kawan-kawan di sekolah. Dia sendiri bercita-cita untuk mengikut jejak bapanya.

    (perwatakan luaran) Tragedi pertama yang menimpa dirinya ialah apabila bapanya meninggal dunia dalam suatu kemalangan

    jalan raya di Lebuh Raya Karak. Jiwa dan perasaannya terganggu. Ibunya membawanya pulang ke kampung.

    (imbas kembali) Walaupun dia tidak gembira sepenuhnya, namun didikan dan kasih sayang ibu serta kemesraanneneknya mampu menjadi penawar sehingga dia kembali segar dengan semangat dan harapan. Di sekolah, dia

    kembali membuktikan dirinya sebagai seorang murid yang cemerlang. Ibunya berkahwin lagi. Fatimah yang masih memiliki rupa yang menarik dan memiliki wang yang banyakhasil sumbangan daripada angkatan tentera dan pihak lain serta sebidang tanah yang ditinggalkan oleh arwah

    suaminya menjadi buruan lelaki.

  • 7/30/2019 sutera dlm lukisan

    8/48

    8

    Fatimah berkahwin dengan Harun, seorang duda yang menjadi mandur di ladang kelapa sawitberhampiran kampungnya tanpa melihat cacat-cela suaminya. Keluarganya kesal kerana Fatimah memilih Harun.

    Akhirnya Fatimah mula menyedari kesilapan yang dilakukannya. (perwatakan luaran) Beberapa bulan berkahwin, Harun memujuk Fatimah menyerahkan RM15 ribu untuk membeli keretawalaupun wang tersebut menjadi hajatnya untuk menunaikan haji dan menampung pelajaran anaknya. Fatimah

    terpengaruh dengan Harun yang menunjukkan sikap tanggungjawab yang tinggi sehingga bisik-bisik yangdidengarinya tidak langsung mempengaruhinya. Belum setahun perkahwinannya, sikap buruk Harun terdedah. Janji Harun untuk memberikan kasihsayang kepada anak tirinya tidak ditunaikan. Harun menunjukkan kebencian kepada anaknya dan menganggap

    sebagai sampah yang menumpang. Fatimah yang pada asalnya bersifat sederhana dan tidak tahu melawan turut

    menjadi mangsa. (perwatakan dalaman) Fatimah terus berlagak biasa seolah-olah dia terus bahagia dalam rumah tangga bersama Harun tetapiorang kampung sudah dapat meneka apa yang berlaku. Harun terus mendesak wang daripada isterinya sehingga wang peninggalan arwah suaminya habisdikikis Harun. Hafiz melihat ibunya dipukul, disepak dan diterajang oleh Harun. Pada waktu senja bapa tirinya

    meminta wang atau seutas rantai yang masih ada daripada ibunya. Ibunya diterajang sehingga pengsan. Hafiz

    menerkam ke arah bapa tirinya tetapi dilibas oleh Harun sehingga dia tercampak ke dinding. Dia melihat Harunmenyepak pelita sehingga terpelanting dan api menyambar rumah. Dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana

    badannya lemah. (latar masa, tempat, perwatakan dalaman) Dengan kudrat yang ada, Hafiz bingkas bangun dan meluru ke bilik untuk menyelamatkan ibunya tetapitidak dapat menembusi asap yang tebal. Dia merasakan dirinya dirangkul dengan kasar yang cuba menariknya

    keluar. Dia sempat mendengar batukan ibunya beberapa kali. (perwatakan dalaman) Di luar rumah, Hafiz melihat bapa tirinya memberitahu bahawa dialah yang bermain dengan pelitasehingga bilik terbakar. Orang ramai seolah-olah mempercayai kata-kata bapa tirinya. (imbas kembali) Begitulah kenangan yang selalu datang dalam ingatannya setiap kali dia bersendirian terutama ketikaberada di tebing sungai itu. Lamunannya tersentak apabila dia terdengar bunyi motorsikal yang bergerak

    menghampirinya. Sebaik sahaja motorsikal itu menghampiri sebuah jambatan, Hafiz terus terjun ke dalam sungai dandibenam-benamkan dirinya ke dalam air yang separas betisnya itu. (saspens) Tuk Sidang yang menunggang motorsikal berhenti di tengah-tengah jambatan itu dan hairan melihatpemuda di dalam sungai itu berkelakuan aneh. Walaupun dia sebenarnya sedar akan sifat dan sikap pemuda itu,

    namun baru sekali itulah dia melihatnya berkelakuan demikian. (latar tempat)

  • 7/30/2019 sutera dlm lukisan

    9/48

    9

    BAB 2 : INILAH DUNIA CIPTAANNYA Sidang Saman menegur Hafiz dengan panggilan Bujei daripada jambatan sungai kecil itu. Hafiz rasa lucuapabila melihat kehadiran Sidang Saman kerana dia menyangka orang lain yang menunggang motorsikal. Sidang Saman memarahi Hafiz yang berkelakuan sedemikian. Hafiz memberitahu bahawa dia bertindaksedemikian kerana menganggap Lias yang datang kerana LIas selalu menyuruh Hafiz terjun sungai. (dialog) Sidang Saman menghidupkan enjin motor sebaik sahaja azan maghrib berbunyi dan meminta Hafiz naikdengan segera sambil berlalu daripada situ. (latar masa) Hafiz kesal kerana perbuatannya yang sia-sia itu. Hafiz menggambarkan Alias yang merupakan orangyang ditakutinya di kampung itu. Apa-apa yang disuruh oleh Alias tidak pernah dibantahnya. Turun ke dalamsungai dan membasahkan serta mengotorkan seluruh badannya merupakan antara suruhan Alias. Alias akan

    menghukumnya andai dia membantah seperti disepak, dipukul dan diterajang. (imbas kembali) Hafiz bergerak ke rumahnya dalam keadaan basah kuyup. Perutnya lapar dan dia sedang menjangka-

    jangka makanan yang akan mengisi perutnya malam nanti. Mungkin pisang berangan, lebihan semalam masih

    ada di dapur. Apa-apa makanan tidak menjadi halangan kepadanya asalkan perutnya berisi. (imbas muka) Hafiz tinggal di rumah neneknya yang kurang sempurna. Dia membaiki sendiri rumah itu dan dijaganyadengan baik. Dia menyusun peralatan rumah dengan kemas. (perwatakan luaran) Suasana gelap sebaik sahaja dia tiba di rumah. Selepas membersihkan diri, dia berlagak sepertimenonton televisyen dan mendengar radio sambil makan pisang. Sesekali dia bersorak gembira, bertepuk tangan

    dan menjerit di hadapan televisyen. Itulah alamnya dan tiada sesiapa yang mengganggu. (perwatakan luaran) Sambil berbaring di dalam kelambu, dia berangan-angan. Dia kerap kali mengingati keadaan dirinyayang akan berubah suatu hari nanti. Dia bercita-cita untuk mendapat kesenangan, bekerja dan bergaji besar. Dia

    ingin memandu sebuah kereta mewah yang akan menjadi pandangan dan sebutan seluruh penduduk kampung.

    Ketika itulah dia akan berkahwin dengan Sameah. (imbas muka) Sameah ialah anak Sidang Saman. Sameah baik dan bertimbang rasa kepadanya . Sameah melayannyadengan dengan kasih sayang dan tidak pernah menganggapnya sama seperti anggapan orang lain terhadapnya.

    (perwatakan dalaman) Dia merasakan Sameah kasih kepadanya. Dia mengetahui bahawa Sameah sudah bertunang dan duabulan lagi akan melangsungkan perkahwinannya. Bakal suami Sameah seorang pegawai di kota besar. Pernah

    beberapa kali dia berbual-bual dengan bakal suami Sameah. Semua itu tidak menjadi halangan kepadanya untuk

    terus berangan bersama-sama Sameah.

    Hafiz akan tersedar setiap kali azan Subuh berbunyi. Dia akan terus mandi, menggosok gigi danmembersihkan badan seperti yang dianjurkan oleh Sameah. Apa-apa suruhan Sameah tidak pernah

    diingkarinya. (perwatakan dalaman) Hafiz berkira-kira pekerjaan yang akan dilakukannya pada hari itu. Biasanya dia akan menunggu sesiapasahaja di simpang berhampiran jambatan. Mereka mungkin akan mempelawanya untuk menolong di kebun. Apa

    yang penting baginya dia akan mendapat upah selepas itu. (imbas muka)

  • 7/30/2019 sutera dlm lukisan

    10/48

    10

    Hafiz berkata sendirian bahawa dia mesti bergaya sebelum pergi kerja ketika menyisir rambut.(monolog) Dalam keadaan gelap pagi, Hafiz berjalan meninggalkan rumah. Dia tiba di persimpangan jalanberhampiran jambatan. Di bawah pokok bunga dia menunggu-nunggu dengan penuh harapan. Akhirnya dia

    duduk bersandar di pangkal pokok dan terlena di situ. (latar masa dan tempat) Hafiz terjaga apabila dikejutkan oleh Kasim dan rakan-rakannya. Hafiz meminta air yang dibawa olehKasim sebagai bekal ke sekolah. Dia juga meminta kuih daripada Sulaiman. Sebagai upah, Hafiz perlu membawa

    beg sekolah mereka. Sambil berbual-bual dengan kanak-kanak tersebut, Hafiz membayangkan jika dia menjadi guru besar,dia akan memberi cuti setiap hari seperti pekerjaannya kini sebagai pegawai yang bercuti setiap hari. Dia

    meminta supaya sampaikan salam kepada cikgu Salabiah. Hafiz meminta mi daripada Husin. Hafiz sempat

    mengingatkan rakan-rakannya itu supaya belajar bersungguh-sungguh. (imbas muka dan perwatakan dalaman) Sebaik meninggalkan sekolah, Hafiz ke kedai makan kerana makanan yang diminta daripada budak-budak sekolah tadi belum mengenyangkannya. Langkahnya perlahan-lahan apabila sampai di kedai Pak Sulong,

    tetapi tiada orang yang mempelawanya. Hafiz menegaskan pada dirinya bahawa dia tidak mahu meminta-minta

    kerana dia mempunyai harga diri. Jika ada orang yang mempelawanya dia tidak akan menolak. (perwatakan

    dalaman) Hafiz berdiri pada tiang kedai dan akhirnya terduduk. Tiada seorangpun yang mempelawa dia makan.Pada saat inilah dia terkenangkan dirinya dan benar-benar rasa terbuang. Orang kampung melihatnya seperti

    musuh, tidak berhati perut dan tidak mempunyai perasaan belas kasihan. (latar masyarakat) Air mata Hafiz berlinangan, dia menekupkan kepala di atas lututnya dan tidak lama kemudian diatertidur.

  • 7/30/2019 sutera dlm lukisan

    11/48

    11

    BAB 3: MASIH ADA YANG SIMPATI Dalam perjalanan ke bandar, Sameah dan sepupunya, Adila melihat Hafiz tersandar pada tiang. Sudahlebih dua bulan Adila datang ke kampung dan tidak pasti bila akan pulang ke Kuala Lumpur. Kehadiran Adila

    banyak membantu Sameah membuat persiapan perkahwinannya yang tidak sampai dua bulan lagi. (latar masa) Adila memberitahu Sameah bahawa Hafiz tidak harus dibiarkan sebegitu. Sameah dapat merasakanperhatian Adila kepada Hafiz selama dua bulan dia datang ke kampung itu. Dia sering memberitahu Sameah

    bahawa Hafiz menjadi mangsa alam dan manusia di sekelilingnya. Adila sudah mengetahui sedikit sebanyak kisah

    Hafiz. (perwatakan dalaman) Sameah kurang berminat untuk bercerita tentang Hafiz kerana perhatiannya adalah pada perkahwinandan bakal suaminya. Hafiz padanya adalah mangsa keadaan. Sameah teringat kali pertama Adila bertemu dengan Hafiz dan peristiwa itu agak melucukannya. Duahari selepas kedatangan Adila ke kampung itu, dia membawa Adila berjalan-jalan. Sebaik tiba di persimpangan

    jalan berhampiran jambatan, tiba-tiba Hafiz muncul dalam keadaan basah kuyup dan berlumpur. Kepalanya

    digeleng-gelengkan. Adila hilang pertimbangan dan berlindung di belakang Sameah sambil memegang erat

    Sameah. Adila cemas, mukanya pucat dan benar-benar ketakutan. (latar masa, tempat dan imbas kembali) Adila memberitahu bahawa dia betul-cetul cemas pada hari itu apabila melihat Hafiz yang betul-betulmenakutkannya.

  • 7/30/2019 sutera dlm lukisan

    12/48

    12

    BAB 4: SIAPA YANG MENGERTI HATINYA Pada awal pagi, Alias mengarahkan Hafiz membasuh motornya. Opah Arah, nenek kepada Alias munculsehingga mengejutkan Hafiz. Opah Arah mempunyai perangai seperti Alias, iaitu amat tidak bertimbang rasa

    kepadanya. Sekiranya Alias mengapa-apakannya, orang tua itu bukan sahaja tidak mahu melarang malah seperti

    menggalakkannya pula. (latar masa, tempat dan perwatakan) Hafiz dapat merasakan kebencian Opah Arah melalui air muka dan matanya, dan seolah-olah Opah Arahberdendam padanya. Dia sangat takut kepada Opah Arah. Hafiz berhati-hati membasuh motor Alias kerana tidak mahu tercalar sehingga boleh menaikkankemarahan Alias. Jika Alias marah, apa-apa yang diharapkannya daripada Alias akan hampa sahaja. Walaupun diperlakukan macam-macam oleh Alias, dia tidak pernah serik. Ramai orang menasihatinyasupaya menjauhi Alias, tetapi semua itu tidak diendahkannya. Alias seperti seorang raja yang menguasai dirinya.

    (perwatakan dalaman) Alias berbual-bual dengan Sahak dan Sani yang merupakan sahabat baiknya. Mereka berbual-bualtentang Adila. Mereka tidak percaya Adila yang berkelulusan universiti datang ke kampung untuk menoreh getah.Sahak dan Sani mencabar Alias supaya mendapatkan Adila. Puji-memuji dan bermegah merupakan kebiasaan

    perbualan mereka seolah-olah merekalah wira. (dialog) Hafiz mendapatkan Alias setelah sudah membasuh motorsikalnya. Alias mengarahkan supaya Hafispergi tanpa memberi satu senpun. Hafiz tidak berganjak dan akan menuntut janji yang diberikan kepadanya.

    Andai sesiapa menjanjikan sesuatu kepadanya, dia dengan tegas mendakwa janji itu ditunaikan. Walaupun dia

    kenal sifat Alias, tetapi dia tidak mahu beralah. (perwatakan dalaman) Alias meluru ke arah Hafiz tetapi tidak sempat menampar Hafiz kerana Mak Som melarang. Mak Sommengajak Hafiz ke dapur untuk sarapan dan memberi seringgit. Mak Som menasihatkan Hafiz supaya tidak

    menurut kehendak atau suruhan Alias. (latar masyarakat)

  • 7/30/2019 sutera dlm lukisan

    13/48

    13

    BAB 5: RAJUK YANG TAK TERPUJUK Di serambi rumah, Sameah dan Adila sedang membentuk bekas bunga telur. Adila memberitahubahawa dia ingin menemu ramah Hafiz. Sameah berasa aneh dengan perkara yang akan Adila lakukan itu. Dia

    tidak dapat menerima kewajaran bahawa Hafiz boleh dijadikan bahan ilmu dan sumber kajian. Padanya, Hafiz

    tidak berbeza dengan manusia-manusia lain yang dikatakan terencat akal. (latar tempat) Adila menyatakan bahawa Hafiz boleh dipulihkan. Dia dapat merasakan bahawa Hafiz boleh dipulihkanmenjadi manusia biasa seperti mereka. Sameah menyedari bahawa tiada seorangpun orang kampung yang

    berfikir Hafiz boleh dipulihkan. Sameah mula memikirkan motif Adila datang ke kampung itu sejak dua bulan yang lalu. Lazimnyaseorang graduan akan bekerja setelah tamat pengajiannya tetapi Adila tidak menunjukkan hasrat untuk bekerja.

    Sameah yakin ada satu rahsia lain yang sedang disembunyikan Adila daripada pengetahuannya. (monolog

    dalaman) Hubungan mereka sebagai saudara sepupu sebenarnya tidak berapa mesra sebelum ini kerana merekaberjauhan. Adila tinggal di kota dan Sameah tinggal di kampung. Selama lima tahun Adila berada di luar negeridan kini berada di kampung dengan alasan yang belum diketahuinya. (latar masa dan monolog dalaman) Adila bersedia untuk menceritakan rahsia yang menyebabkan dia datang ke kampung itu tetapi tidaksempat bercerita kerana Sidang Saman pulang. Pada petang itu, Sameah dan Adila menyambung kerja mereka sambil dibantu oleh dua orang adiknya,Saniah dan Samsul. Sameah bertanyakan Samsul tentang kisah Hafiz pada hari itu kerana Samsul banyak

    bercerita tentang Hafiz setiap hari. (latar masa) Sidang Saman memberitahu bahawa dia mendengar Harun sudah pulang ke kampung semalam.Kepulangan Harun menjadi tanda tanya kerana Harun sudah lama menghilangkan diri. Mak Lamah mencurigai

    kepulangan Harun dan Sidang Saman mengagak kepulangan itu ada kaitan dengan musim buah sekarang ini.

    (dialog) Sameah terbayangkan tanah dusun sehektar di sebelah darat yang menjadi pusaka Hafiz. Tanah itusebenarnya masih atas nama arwah bapa kandungnya. Hasil dusun itu jarang-jarang benar dapat dinikmati oleh

    Hafiz kerana Harun membolot semuanya. Mak Lamah menanyakan Sameah yang ingin tidur di rumah pak usu. Sameah memberitahu bahawamereka akan pergi selepas asar nanti. (latar masa) Mak Usu Bakyah sudah agak lama mengharapkan kedua-dua anak saudaranya itu bertandang tidur dirumahnya. Mak Usu Bakyah ialah adik bongsu Sidang S aman, berusia lebih tiga puluh lima tahun. Sameah dan

    Adila gembira berada di rumah Mak Usuh Bakyah dan banyak kisah anak muda menjadi bahan bualan mereka. Malam itu, mereka bertiga masih berjaga dan berbual tentang banyak perkara seperti hal perkahwinanSameah, persediaan menghadapi perkahwinan dan kisah Adila di England. (latar masa) Adila menceritakan kisah hidup yang dirahsiakan sebelum ini. Sebelum dia meninggalkan tanah air untukmenuntut di England, dia mengenali Faizal yang berada di tahun akhir pengajiannya. Mereka berjanji untuk

    menunggu dan masingmasing bersumpah dalam hati untuk setia. Apabila pulang, Adila diberitahu bahawa Faizal

    sudah beristeri. Faizal datang berjumpa dengannya dan memujuk Adila kembali kepadanya. Adila tegas dengan

    keputusan yang tidak akan menerima kembali Faizal dan meminta ayahnya menghantarnya ke kampung itu.

    (latar tempat dan imbas kembali) Adila memberitahu bahawa dia ingin berehat dan menenangkan fikirannya dahulu sebelum mencaripekerjaan. Adila ingin tinggal di kampung itu sehingga dia betul-betul yakin semula.

  • 7/30/2019 sutera dlm lukisan

    14/48

    14

    Mak Usu Bakyah menyatakan lelaki yang lurus dan jujur ialah Hafiz, tetapi kurang akal pula. Sameahmenyatakan kejujuran yang ada pada Hafiz tidak bermakna kerana tiada siapa yang mahukannya tetapi dibantah

    oleh Mak Usu Bakyah. (perwatakan dalaman) Adila ingin mengetahui keistimewaan yang ada pada Hafiz. Mak Usu Bakyah menyamakan HafIz sepertisumur iaitu rupanya tidak elok, kelihatan airnya keruh dengan rumpai yang menyemarakkan tetapi tersembunyi

    sesuatu, umpama air segar dingin, bersih dan menyihatkan. Adila merasakan apa yang diperkatakan oleh MakUsu Bakyah ada kebenarannya. (dialog)

  • 7/30/2019 sutera dlm lukisan

    15/48

    15

    BAB 6: PASANG UMPAN Harun memberitahu Sidang Saman akan haknya yang ingin dituntut daripada bekas isterinya, Fatimah.Sidang Saman meminta Harun berjumpa dengan kadi dan pegawai agama untuk mengemukakan haknya.

    (perwatakan) Kata-kata Sidang Saman membuatkan air muka Harun merah padam. Dia menyedari tidak akanmendapat apa-apa yang dihajatinya. Tujuannya untuk mendapatkan timbang rasa dan kerjasama Sidang Samanbelum tentu tercapai. Terdetik dihatinya untuk menyogok Sidang Saman sekiranya ketua kampung itu sanggup

    membantunya. (perwatakan) Sidang Saman memberitahu tanah sawah dengan tapak rumah itu tidak sampai dua ekar dan itusahajalah harta atas nama arwah Fatimah. Tanah dusun yang ada itu tetap atas nama ayah Hafiz. Tapak rumah

    pula telah dijual oleh Harun tetapi belum ditukar nama lagi. Sidang Saman mempersoalkan yang mana lagi hak

    yang ingin dituntut oleh Harun. (dialog) Harun meminta tandatangan Sidang Saman untuk dia berkuasa di atas tanah sawah dan tapak rumah ituwalaupun tanah itu telah dijualnya. Sidang Saman menyedari perkara salah yang akan dilakukan oleh Harun.

    Harun menunjukkan keramahannya di hadapan Sidang Saman tetapi tersembunyi rahsia peribadinya yang

    sebenar. (perwatakan) Harun menjual tanah itu dengan harga RM4 ribu tanpa sebarang surat dan resit. Nama Fatimah masihtetap pada geran itu. Jika dia berkuasa ke atas tanah itu dia akan membayar balik RM4 ribu dan ditambah dua ribu

    lagi kepada Wak Senen. Sidang Saman mempersoalkan wang yang akan diperoleh Harun untuk membayar kepada Wak Senen.Harun menyatakan perkara itu tidak menjadi masalah kepadanya. Sidang Saman menyedari muslihat Harun dan menanyakan Harun tentang harga semasa tanah itu jikadijual sekarang ini. Harun menyatakan lebih kurang RM25 ribu akan diperoleh jika menjual harta itu. Sidang Saman menyarankan supaya Harun berjumpa dengan Hafiz kerana Hafiz juga ada hak ke atastanah itu. Harun meminta supaya Sidang Saman memujuk Hafiz kerana Hafiz tidak mahu bertemu dengannya.

    Sidang Saman menyarankan supaya Harun mendapatkan tandatangan Hafiz supaya hasratnya tercapai. Harun

    bersetuju tanpa menyedari bahawa Sidang Saman juga mempunyai muslihat tertentu. (dialog) Mak Lamah memarahi Sidang Saman kerana menyebelahi Harun. Sidang Saman menyarankan MakLamah supaya tidak membuat sangkaan buruk terhadapnya kerana dia tahu untuk menguruskan hal Harun.

    (perwatakan) Mak Lamah tidak dapat tidur memikirkan hal perbualan antara suaminya dengan Harun. Dia memikirkansuaminya akan menjadi fasik seperti Harun yang cuba membelakangkan hukum syarak dalam mengendalikan

    harta anak yatim. (monolog dalaman)

  • 7/30/2019 sutera dlm lukisan

    16/48

    16

    BAB 7: MALU Selepas peristiwa malang yang menimpa ibunya dahulu, Hafiz seperti bersumpah tidak mahumenghampiri tanah tapak rumah dan sawah pusakanya. Baginya melalui lorong ke situ apa lagi menghampiri

    kawasan itu hanya akan mengembalikan kenangan pahit dan mengerikan padanya. Sesekali Hafiz bertemu dengan Wak Senen dan Wak Senen akan memberinya duit. Duit-duit itu tidakpernah dibelanjakannya dan dia menyimpannya di dalam kendi tembaga yang ditinggalkan oleh neneknya dandisorokkannya di bawah rumah yang tidak mungkin diketahui oleh sesiapa. (latar tempat dan perwatakan) Hafiz ragu-ragu untuk menggunakan wang kertas RM10 itu kerana bimbang kalau-kalau akanmenimbulkan tuduhan orang terutamanya Alias kerana mungkin dian akan merampas kesemua wang yang

    disimpannya. Kepulangan Harun ke kampung itu sudah diketahuinya. Ada orang yang sengaja menakut-nakutkannyaakan kepulangan bapa tirinya itu. Sememangnya dia takut dituduh lagi sebagai penyebab kematian ibunya. Dia

    tahu bahawa dia tidak bersalah tetapi dia tidak mampu menafikan tuduhan bapa tirinya itu. (monolog dalaman) Sejak kepulangan bapa tirinya itu, dia tidak pernah sekalipun bersua muka. Sengaja dia mengelakkandirinya daripada bertemu dengan Harun. Dia begitu takut dan benci pada Harun. (perwatakan) Pada petang itu, ketika dia berkira-kira untuk mengambil buah betik masak di tanah Sidang Saman, diadisergah oleh Samsul. Samsul mengusik Hafiz dengan menyuruh panjat pokok betik dan disuruh turun pula.

    Samsul gembira dan puas kalau Hafiz berjaya diolok-olokkan. (latar masa) Hafiz tidak dibenarkan oleh Samsul makan betik itu sehingga dia berjumpa dengan Harun terlebihdahulu. Hafiz enggan berjumpa dengan bapa tirinya itu sambil beredar dari situ dengan langkah yang cepat. Samsul memberitahu bahawa orang yang sebenarnya ingin berjumpa dengan Hafiz ialah Adila. Hafizmalu untuk berjumpa dengan Adila kerana merasakan dirinya tidak padan dengan Adila. (perwatakan) Hafiz mengikut juga Samsul sambil memikirkan pertemuannya dengan Adila nanti. Dia bimbang akanpendapat Adila tentang dirinya yang tentu tidak sesuai dengan orang pekan itu. Di kawasan halaman rumah Sidang Saman, Sameah dan Adila sedang duduk di atas pangkin di bawahpokok belimbing besi. Hafiz dapat mendengar mereka ketawa. Hafiz ketakutan dan dari jauh melihat kedua-duanya senyum kepadanya. (latar tempat) Mak Lamah memanggil Hafiz dan menyediakan makanan. Dia jarang datang ke situ sejak Adilabertunang tetapi dia tahu selok-belok rumah itu. Hafiz menjaga tertib ketika makan di hadapan Mak Lamah dan

    keluarganya. Mak Lamah memberitahu bahawa Adila akan menemu ramah Hafiz setelah selesai makan. Hafiz keberatan untuk berjumpa dengan Adila kerana penampilannya yang agak kotor tetapi diyakinkanoleh Mak Lamah. Hafiz pergi juga bertemu dengan Adila. Dia menjadi rimas dengan senyuman Adila. Daripada

    jauh, Mak Lamah dan anak-anaknya memerhatikannya sambil ketawa. Hafiz berdebar-debar apabila berhadapan dengan Adila apatah lagi apabila mendengar suara sertaucapan yang lemah-lembut dan hormat daripada Adila terhadapnya. Hafiz duduk di bangku kayu panjang yang

    dibuat agak ke bawah sedikit daripada pangkin. Adila duduk di sebelah menghadap Hafiz. (latar tempat) Dia memperkenalkan dirinya sebagai Mohamad Hafiz. Tersentuh hatinya apabila orang memanggilnama sebenarnya. Dan menyedarkan dirinya bahawa masih ada manusia yang luhur. Adila menyatakan beberapa tujuan dia ingin berjumpa dengan Hafiz. Pertamanya dia ingin berkenalandengan Hafiz, kedua ingin bertanya tentang diri Hafiz dan ketiga ingin mengubah keadaan diri Hafiz. Dia ingin

    bercakap dengan Hafiz setiap hari. (dialog)

  • 7/30/2019 sutera dlm lukisan

    17/48

    17

    Hafiz merasakan terdapat perbezaan apabila berjumpa dengan Adila. Dia merasakan Adila tidakpunmenganggapnya sebagai seorang yang bodoh atau terkeluar daripada norma-norma kemanusiaan biasa. Dia

    merasakan Adila telah mengangkat darjat dirinya. Hafiz memberanikan dirinya bertanyakan sebab Adila ingin berjumpa dengannya. Adila memberitahubahawa dia ingin menulis kisah Hafiz untuk dijadikan sebagai kajian jika Hafiz bersetuju. Hafiz menjadi ketakutan

    setelah mendengar perkataan borang dan repot kerana dia pernah dipermainkan oleh Alias yang inginmembawanya kepada polis untuk mengisi borang dan repot. Hafiz tidak jadi untuk bercakap dengan Adila kerana bimbang apa yang dikatakan oleh Alias akandilakukan oleh Adila. Dia ingin meninggalkan tempat itu tetapi sempat dihalang oleh Samsul. Samsul meyakinkan

    Hafiz supaya tidak menyamakan Alias dengan Adila. Hafiz ditanya tentang kehidupan yang telah dilaluinya, fasal ibu bapanya yang telah meninggal dunia danneneknya. Hafiz dapat dipengaruhi untuk menceritakannya. Dia menahan kesedihan ketika menceritakan

    peristiwa yang menimpa emaknya dan berkali-kali pula dia menafikan bahawa dia menyebabkan kebakaran

    rumahnya. (perwatakan) Adila mempercayai kata-kata Hafiz dan menganggap Hafiz tidak bersalah. Hampir waktu asar berakhir,mereka berpisah. Dia seronok dapat berbual-bual dengan Adila dan berjanji akan datang keesokannya. (latar

    masa)

  • 7/30/2019 sutera dlm lukisan

    18/48

    18

    BAB 8: BERHARAP DALAM CURIGA Pertemuan antara Adila dengan Hafiz menimbulkan keraguan dan pertanyaan penduduk kampung. Aliasmenyimpan perasaan dendam apabila melihat Adila dan Hafiz di bawah pokok belimbing di halaman rumah

    Sidang Saman. (perwatakan) Alias tidak senang melihat Hafiz rapat dengan Adila. Sahak menjadi batu api untuk menimbulkankemarahan Alias. Pada masa sama Sahak juga menaruh hati kepada Adila dan dia sanggup menentang kawannyaitu untuk mendapatkan Adila. (perwatakan) Alias bertekad untuk mengajar Hafiz dan Sahak bersetuju dengan cadangan itu. Mereka pelik Adilamelayan Hafiz dengan mesra sekali. Alias mengingatkan supaya Sahak memberitahunya jika melihat Adila

    bersama dengan Hafiz keesokan hari. Esoknya, Sahak memaklumkan kepada Alias tentang pertemuan Hafiz dengan Adila. Alias terburu-buruke rumah Sidang Saman dengan motorsikalnya. Hafiz resah melihat kehadiran Alias. Alias merenung tajam ke

    arah Hafiz dan Hafiz mengerti maksud yang ditunjukkan oleh Alias iaitu dia tidak mahu Hafiz berada di situ lagi.

    (perwatakan) Alias menegur Adila dengan ramah dan dia tersentak apabila Adila menyebut nama sebenar Hafiz yangtidak pernah didengarinya. Hafiz meminta diri untuk meninggalkan Adila dengan Alias. Adila dapat mengagakbahawa kehadiran Alias tidak menyenangkan Hafiz. Adila tersentak apabila Alias memberitahunya bahawa tiada faedah Adila berbual dengan Hafiz keranaHafiz bodoh. Adila kaget kerana Alias menghina Hafiz dan dapat bertutur dalam bahasa Inggeris. Adila

    menganggap Alias berpelajaran. Alias memburuk-burukkan Hafiz dengan memberitahu Adila bahawa Hafiz ada penyakit kulit yang bolehberjangkit. Penyakit yang lebih teruk ialah maniac. Adila cemas mendengar kata-kata Alias. (dialog) Alias memberitahu bahawa tiada gunanya Adila bercakap dengan Hafiz kerana dia mempunyai IQ yangrendah. Pada masa sama Alias memberitahu sebenarnya dia sudah lama berhajat untuk berkenalan dengan Adila.

    (perwatakan)

    Alias minta diri lalu pergi dengan dada yang lapang dan hati yang tenang. Dia meyakinkan dirinya sendiribahawa Adila pasti akan berada dalam gengamannya selepas beberapa pertemuan lagi. (imbas muka) Sameah memarahi Adila kerana melayan Alias. Pada Sameah, Alias pantang kalau perempuan sukaberbual dengannya, timbullah perasaan yang kita hendakkan dia. Adila tidak menghiraukan perasaan Alias itu.

    (perwatakan) Hafiz berat hati meninggalkan Alias dengan Adila tetapi dia terpaksa pergi apabila melihat pandanganAlias yang mengancam. Dia mengintai di celah-celah pokok pisang. Dia bimbang jika Alias dapat mempengaruhi

    Adila dan Adila akan tertarik dengan Alias. Hafiz lemah dan tidak bermaya. Dia menuju ke tebing sungai tempat yang biasa dikunjunginya. Diabergerak ke jambatan, berhenti ditengah-tengah dan memandang aliran air sungai. Dia merebahkan dirinya di

    tebing tempat biasa dia memancing. Dia teringat hari-hari bersama dengan Adila. Kata-kata, nasihat dan dorongan Adila lebih kepadamembentuknya menjadi manusia sempurna semula. Adila berjaya membuka pintu hatinya. (imbas kembali) Baru seminggu dia bersama Adila. Daripada perbualan yang remeh-temeh kepada pembentukankembali jiwa dan perasaannya. Hafiz sudah melihat suatu kesempurnaan, Adila mengingatkannya supaya tidak

    takut pada kebenaran dan jika benar, dia mesti berani bersama dengan kebenaran itu. Adila memberitahu

    bahawa Hafiz memiliki kepandaian dan pengetahuan yang luas, Cuma Hafiz yang membodoh-bodohkan diri.

    Akhirnya Hafiz terlelap. (perwatakan)

  • 7/30/2019 sutera dlm lukisan

    19/48

    19

    Hafiz tersedar apabila dikejutkan dengan keras oleh Harun yang memegang kemas tangannya. Harunmemberitahu bahawa dia bukan ingin memukulnya tetapi ingin mendapatkan cap jarinya sahaja. Hafiz

    merasakan Harun telah berubah. Hafiz menanyakan surat yang dibawa oleh Harun. Dia perlu berhati-hati seperti yang diingatkan olehAdila kepadanya. Dia sudah begitu berani untuk menegakkan haknya,langsung tiada ketakutan apabila

    berhadapan dengan Harun. Harun menjadi hilang sabar dan sentimennya terhadap Hafiz yang sengajadipendamkannya seakan-akan tersembur keluar. (perwatakan) Hafiz menyedari bahawa apa-apa yang dilakukannya itu adalah tidak betul. Kebaikan dan manis mukaHarun tentunya mempunyai sebab. Dia meletakkan ibu jari pada pad dakwat hitam dan mengenakan kesan

    jarinya pada tempat yang diminta Harun dengan kuat sehingga menampakkan tumpahan dakwat yang tidak

    memberikan apa-apa makna. (perwatakan) Harun sangat marah kepada Hafiz dan menampar muka Hafiz. Hafiz lari dan dikejar oleh Harun. Harunrebah apabila tersangkut akar dan sebahagian tubuhnya tersembam pada lumpur dan air. Hafis terpegun melihat peristiwa itu sehingga dia ketawa dan geli hati melihat Harun bersusah payahbangun dari dalam lumpur. Hafiz teringat kata-kata Adila yang mengatakan tidak baik mentertawakan kesusahan

    orang. Hafiz membantu Harun keluar daripada lumpur itu dan membuang lumpur pada baju Harun. Tiba-tibapenumbuk Harun singgah di perutnya sehingga Hafiz terjatuh. Harun menerpa dan menyepak rusuk Hafiz.

    Beberapa sepakan singgah di belakang badan Hafiz sehingga dia tidak sedarkan diri. (perwatakan)

  • 7/30/2019 sutera dlm lukisan

    20/48

    20

    BAB 9: USAH KAURAYU Adila menunggu kedatangan Hafiz. Dia membuat telahan bahawa Alias kemungkinan memberi amarankepada Hafiz supaya tidak lagi berjumpa dengannya. Sameah menambah memang Alias yang melarang Hafiz

    datang ke situ. Mak Lamah menyatakan kebimbangannya kalau-kalau pertemuan Adila dengan Hafiz menimbulkanfitnah walaupun Adila berniat ikhlas. Mak Lamah menyokong apa yang dilakukan oleh Adila asalkan Adila bolehmelupakan kisah pahitnya itu. (dialog) Faizal datang ke rumah Sidang Saman menyebabkan Adila berasa cemas dan ketakutan. Mak Lamahmemujuk supaya Adila berjumpa dengan Faizal. Sidang Saman meninggalkan mereka berdua. Adila menyatakan

    semuanya sudah selesai dan tidak perlu dibincangkan lagi. Cara Faizal bercakap dan bahasanya sudah terpikat. Belum lagi ditambah dengan ketampanannya. Faizalseorang yang tegas dan berprinsip tetapi segala kesempurnaan Faizal hilang setelah Faiizal memperlakukan

    dirinya sedemikian. (perwatakan) Faizal menyatakan bahawa dirinya masih menyintai Adila. Adila menyatakan kedatangan Faizal sia-sia

    jika ingin memujuknya kerana Faizal sudahpun beristeri. Faizal memberitahu bahawa dia sudahpun menceraikan

    isterinya. Adila menganggap perkara itu tidak dapat mengubah pendiriannya sebaliknya menjadi marah danbenci kepada Faizal. (perwatakan) Adila tetap dengan keputusannya untuk tidak kembali kepada Faizal walaupun cuba dipujuk berkali-kali.Faizal memberitahu bahawa dia akan datang lagi memujuk Adila dan dia tidak putus asa. Adila memberitahu

    bahawa Faizal tidak menyesal jika dia datang kembali Adila sudahpun bersuami. (perwatakan) Ketika malam sudah pekat, Hafiz tersedar daripada pengsan, dia merasakan seluruh tubuhnya sengal-sengal. Dalam keadaan sedemikian dia bergerak ke rumahnya. Sebaik tiba di rumah dia terlelap lagi. Beberapa

    jam tertidur, dia terjaga semula dan bergerak ke dalam kelambu. (latar masa) Di dalam kelambu, dia teringat dua kejadian malang yang berlaku kepada dirinya pada hari itu, kedua-duanya disebabkan oleh orang-orang yang benci kepadanya. Kedatangan Adila menyedarkan dirinya bahawa di

    kampung itu masih ada orang yang tidak bersifat seperti Alias dan Harun. (monolog) Kemesraan dan sikap terbuka Adila mendorongnya merasai dirinya berharga. Satu persatu sikap burukdihilangkannya. Adila mengingatkannya supaya tidak mengorbankan keperibadian dan maruah diri jika ingin

    menuruti kehendak orang lain. Adila mengingatkan supaya dia berani menjaga maruah diri. (imbas kembali) Hafiz tidak dapat melelapkan matanya sehingga ayam berkokok beberapa kali. Dia terasa tubuhnyamenggigil dan dia mendengar suaranya sendiri mengerang. Dia terus berbaring walaupun hari sudah siang.

    Demam Hafiz semakin teruk menjelang senja. Sambil mengerang, dia menyebut nama Tuhan, meminta tolong

    daripada Allah. (latar masa)

    BAB 10: BIMBANG

  • 7/30/2019 sutera dlm lukisan

    21/48

    21

    Pagi itu, Adila tidak dapat menyembunyikan perasaannya terhadap Hafiz kepada Sameah. Adilabertanyakan Sameah tentang penyakit kulit yang diperkatakan oleh Alias yang ditanggung oleh Hafiz. Adila juga

    ingin mendapatkan kepastian tentang penyakit maniac yang ada pada Hafiz. (latar masa dan dialog) Sameah menceritakan kisah dia diganggu oleh Alias dan rakan -rakannya. Hafiz yang menyedariperbuatan itu, mencapai sebutir bom lalu mengacah untuk melempar kepada Alias dan rakan-rakannya. Keadaanmenjadi kelam kabut dan semua lari lintang-pukang. Hafiz memasukkan bom itu ke dalam poket seluarnya dan

    berjalan keliling kampung. Setibanya di kedai, semua orang melarikan diri. Hafiz masuk ke kedai Pak Sulong. Pak

    Sulong terpaksa melayan Hafiz kerana dia tidak sempat melarikan diri. Apa-apa yang diminta oleh Hafiz terus

    sahaja diberikan oleh Pak Sulong. Hafiz menyerahkan bom itu kepada Pak Sulong setelah Pak Sulong

    memujuknya. Benda yang dikatakan bom itu sebenarnya putik nanas. Sameah berasa geli hati kerana Hafiz

    dapat membodohkan orang kampung. Alias dipersalahkan kerana menghebohkan cerita Hafiz membawa

    bom. (imbas kembali)

    BAB 11: KASIHAN BUJEI

  • 7/30/2019 sutera dlm lukisan

    22/48

    22

    Setelah bertemu dan berbual dengan Adila, Alias berasa yakin akan dirinya. Dia menceritakanpertemuan itu kepada Sahak dan Sani. Sani menyokong tetapi Sahak berasa marah kerana dia juga mahukan

    Adila. Sani meminta supaya Sahak meminang Adila. Alias tidak mempercayai bahawa Adila belajar di seberang laut. Alias mengatakan Adila menipu belajardi sana. Dia terlihat fail yang dipegang oleh Adila tertulis perkataan universiti dan England, tetapi diamenganggap Adila membeli fail itu di kedai. (perwatakan) Hafiz sudah dua hari tidak pergi bertemu dengan Adila. Pada hari itu Alias sudah dua tiga kalimenunggang motorsikalnya melewati lorong di hadapan rumah Sidang Saman tetapi tidak nampak Adila di

    halaman rumah. (latar masa) Mereka bercadang untuk ke rumah Sidang Saman dengan lebih kerap untuk membantu kerja-kerja yangpatut sempena perkahwinan Sameah. Alias berasa bimbang jika ramai pemuda ke rumah Sidang Saman kerana

    akan mengganggu rancangannya. Dia bimbang jika rakan-rakannya memotong jalannya. Sani meyakinkan Alias

    bahawa Adila akan menyukainya jika dia yakin. Sedang mereka berbual, Alias ternampak Samsul yang dalam perjalanan ke baruh untuk mencari Hafiz.Alias memanggil Samsul untuk mengetahui tujuannya. Samsul memberitahu bahawa dia ingin mencari Hafizkerana sudah dua hari dia tidak datang ke rumah. Adila memintanya supaya mencari Hafiz. Alias menjadi geram apabila mendengar kata-kata Samsul. Alias meminta Samsul menyampaikan salamkepada Adila dan memberitahu rancangannya untuk berjumpa dengan Adila pada pukul sembilan keesokan hari

    di sebelah hilir jambatan. Alias ingin ajak Adila ke pekan. Alias gembira sendirian apabila rancangannya akan berjaya. Sani tersenyum memandangnya dan Sahakmenunjukkan muka benci. Samsul memberitahu keluarganya bahawa dia tidak menjumpai Hafiz. Dia keletihan kerana berjalan kakimencari Hafiz. Dia tidak naik ke rumah Hafiz kerana ketakutan. (perwatakan) Samsul menyampaikan pesanan Alias kepada Adila. Adila menceritakan perkara itu kepada Sameah.Kebetulan mereka juga ingin ke pekan esok, jadi mereka akan mengajak Alias bersama-sama. Sameah mengertimaksud sepupunya itu. Sidang Saman memarahi Samsul kerana tidak naik ke rumah Hafiz. Adila mencelah untuk membelaSamsul bahawa dia yang bersalah kerana menyuruh Samsul mencari Hafiz. Sidang Saman akan pergi ke rumah

    Hafiz selepas maghrib nanti untuk mencarinya. (latar masa) Selepas solat maghrib, Sidang Saman ke rumah Hafiz. Sejak Adila menunjukkan perhatiannya kepadaHafiz, dia perlu melibatkan diri juga. Sebelum ini keadaan dan kebajikan Hafiz tidak begitu diambil berat.. Hampir setengah jam kemudian, Sidang Saman pulang sambil membawa Hafiz bersama-samanya.Samsul membantu Hafiz untuk masuk ke rumahnya tetapi Hafiz enggan masuk. Sidang Saman meminta supaya

    Hafiz dibawa ke bangsal tempat menyimpan barang-barang. Bangsal itu agak besar dan lapang. Biasanya Samsul

    dan kawan-kawannya duduk dan tidur baring di situ. (latar masa dan tempat) Samsul terkejut melihat keadaan Hafiz sebaik sahaja suiz lampu dibuka. Mukanya bengkak dan berparut.Samsul tidak dapat menahan loya apabila melihat parut yang berair dan lendir yang berbau. Samsul meminta

    Hafiz membersihkan dirinya. Hafiz memakai pakaian lama Sidang Saman dan keadaannya jauh berbeza berbanding tadi. Samsulmembawa makanan untuk Hafiz. Sidang Saman memberitahu Samsul supaya Hafiz tidur di bangsal itu dan

    keesokan hari mereka akan membawanya ke pekan untuk gunting rambut dan ke klinik.

  • 7/30/2019 sutera dlm lukisan

    23/48

    23

    Pukul lapan malam, Samsul pergi semula ke bangkal tempat Hafiz ditempatkan. Hafiz sudah mulabercakap dengannya. Hafiz memberitahu bahawa dia tidak mahu pergi ke klinik. Hafiz memberitahu bahawa dia

    telah dipukul oleh Harun. Samsul menanyakan sebab Hafiz tidak menjawab panggilannya. Hafiz memberitahu dia

    sakit. (latar masa dan perwatakan) Samsul melihat pertama kali Hafiz menangis di hadapannya. Belum pernah dia melihat Hafiz menangissebelum ini. Selama dia mengenali Hafiz, ketawa dan keriangan sahaja yang ditunjukkan. Sekiranya dia dipukuloleh Alias, dia tidak pernah mengadu kepada orang lain. Samsul serba salah melihat Hafiz yang 10 tahun lebih tua daripadanya. Samsul meminta maaf danterharu melihat Hafiz. Hafiz memberitahu Samsul bahawa dia tidak bodoh, hanya orang lain yang mahu

    membodoh-bodohkannya. Hafiz menyatakan bahawa keluarga Sidang Saman baik dengannya. Adila pula telah

    menyedarkan dirinya, tetapi dia takut untuk berubah bimbang orang lain akan mengejeknya nanti. (perwatakan) Samsul meminta Hafiz bersabar dengan keadaan yang ditanggungnya. Hafiz menyatakan bahawaselama ini dia sudah bersabar. Samsul merasakan bahawa Hafiz sudah benar-benar berubah. Dia menyarankan

    supaya Hafiz tidur dan menyambung perbualan mereka pada keesokan hari. (perwatakan) Perasaan Samsul terganggu. Pengalaman singkatnya bersama Hafiz di bangsal itu menyedarkan dirinyabahawa dia juga merupakan salah seorang yang pernah mempermainkan dan mengabaikan Hafiz. (monolog) Keesokan pagi, Samsul mendapati Hafiz tiada di bangsal. Sameah meminta supaya Samsul mencari dirumahnya. Selepas membaiki tayar motorsikal, Samsul ke rumah Hafiz tetapi Hafiz tiada. Dalam perjalanan

    Samsul terserempak dengan Alias yang bertanyakan pesanannya semalam. Sebaik sahaja pulang, Mak Lamah

    memberitahu Hafiz sudah datang. Samsul mendapatkan Hafiz di bangsal yang sedang bersarapan. Dia ingin mengetahui sebab Hafizmenghilangkan diri. Hafiz memberitahu bahawa dia pulang ke rumah untuk mandi dan ambil duit. Hafiz

    mengeluarkan wang kertas sepuluh ringgit daripada poket seluarnya. Samsul terkejut melihat wang tersebut dan menanyakan Hafiz. Sempat juga Samsul menuduh Hafizmencuri wang itu. Hafiz menyatakan Wak Senen memberinya wang itu. Samsul tidak yakin dengan penjelasan

    Hafiz. (dialog)

    Samsul mengira wang itu yang berjumlah RM220. Hafiz meminta supaya Samsul mengambil separuhwang itu tetapi Samsul enggan. Hafiz menyarankan agar mereka berseronok apabila ke pekan nanti. Pada pukul 9 pagi, Adila memandu kereka ke pekan bersama-sama Sameah, Saniah, Samsul dan Hafiz.Sebaik tiba di jambatan, mereka melihat Alias tercegat di situ menunggu kedatangannya. Adila memperlahankan

    keretanya dan berpesan kepada Alias supaya berjumpa di pekan. Alias geram apabila melihat Hafiz ada bersama-

    sama dengan Adila. (latar masa dan tempat) Di pekan, mereka berpisah dengan urusan masing-masing. Samsul bersama-sama dengan Hafiz untukbergunting. Samsul sempat berpesan kepada Hafiz supaya sentiasa mengikutnya. Hafiz menunjukkan

    kebingungan semasa di bandar. Kesibukan orang ramai dan kesibukan kenderaan sesekali menakutkan dan

    mencemaskannya. (latar tempat) Selepas bergunting, mereka ke restoran dan supermarket. Dia menjadi tidak tentu arah melihattimbunan dan susunan barang yang pelbagai. Dia tidak sedar bahawa samsul telah berpisah dengannya. Samsultidak menyedari bahawa Hafiz tiada bersamanya. Samsul tersedar ketiadaan Hafiz dan berpatah balik untuk

    mencari Hafiz tetapi tidak dijumpainya. (saspens) Hafiz melihat radio dan dia berkenan untuk membeli radio. Dia memberitahu Samsul tetapi menyedariSamsul tiada bersamanya. Hafiz menjadi cemas dan matanya meliar mencari Samsul. Hafiz bergerak ke hulu dan

    ke hilir sambil memanggil nama Samsul. Samsul terpandang ke arah Hafiz dan menghampiri Hafiz kerana

    bimbang Hafiz akan melakukan perkara yang dil luar jangkaan.

  • 7/30/2019 sutera dlm lukisan

    24/48

    24

    Hafiz memeluk Samsul apabila Samsul menghampirinya. Perbuatan mereka menjadi perhatian orangramai. Hafiz membeli baju, seluar, kasut, jam tangan dan radio. Setelah selesai mereka pergi ke tempat letak

    kereta. Samsul meminta supaya Hafiz duduk di situ sementara dia pergi ke tempat lain. Hafiz menjadi takut

    apabila atendan tempat letak kereta datang dan mengisi resit. (latar tempat) Setelah pulang Hafiz tidak sabar untuk kembali ke rumahnya kerana hendak mendengar radio. Diamembunyikan radio dengan gembira sekali. Dia mula mengemas rumah kerana perubahan perludilakukannya. Televisyen dan radio lama telah dibuang. Kawasan rumah juga telah dibersihkan. Dia berbuat

    demikian kerana Adila pernah memberitahunya hendak datang ke rumahnya. (perwatakan) Pada waktu senja, dia melihat dalam kesamaran bahawa rumahnya agak bersih dan tersusun. Diamerebahkan diri, duduk bersandar pada tiang sambil mendengar radio. Apabila azan dilaungkan, dia bangun

    untuk membersihkan diri dan bersembahyang. (latar masa) Pada pagi keesokannya, sedang Hafiz mengemaskan rumah, Alias datang dengan motorsikalnya. Aliasnaik ke rumah Hafiz dan mengambil radio yang diletakkan di atas almari. Alias ke dapur mencari Hafiz sambil

    membawa radio. Hafiz terkejut dan Alias melambung-lambung radio tersebut. Hafiz dengan tegas dan berani

    meminta semula radionya. Alias menjatuhkan radio Hafiz ke lantai. Hafiz terasa pilu dan Alias ketawa sepuas-puasnya. Hafizmenyerang Alias dengan menumbuk perut. Hafiz mencapai parang panjang. Alias menjadi ketakutan. Sambilmenghayun-hayun parang itu, Hafiz meminta supaya Alias menggantikan radio yang dirosakkan itu. Alias ingin

    melarikan diri tetapi tersepak bendul dan dia tersungkur. Hafiz ingin membakar motorsikal Alias. Alias

    meninggalkan tempat itu untuk mengambil duit bagi menggantikan radio. (kejutan) Alias datang semula membawa ramai orang. Sidang Saman juga datang untuk menenangkan keadaan.Dia mendapat khabar bahawa Hafiz mengamuk dan ingin mencederakan Alias jika Alias tidak menyerahkan wang

    kepadanya. Dia tidak tahu perkara yang sebenar. Hafiz memberitahu bahawa Alias telah merosakkan radionya. Sidang Saman sudah mengetahui perkarayang sebenarnya. Hafiz menunjukkan radio yang dirosakkan oleh Alias. Alias menyerahkan duit RM50 tetapi

    harga radio itu RM80. Sidang Saman mengarahkan supaya Alias mengambil duit baki tiga puluh ringgit.

    (perwatakan) Opah Arah datang memaki hamun Hafiz dan Sidang Saman yang menyebelahinya. Alias berada dibelakang neneknya. Opah Arah ingin menerkam ke arah Hafiz tetapi dihalang oleh Sidang Saman. Alias

    menyerahkan duit baki RM30. Alias sempat menyepak Hafiz ketika Hafiz mengutip wang di tanah dan Hafiz

    sempat menerkam ke arah Alias yang sedang menghidupkan enjin motor. Alias terjatuh dan motor

    menghempapnya. Opah Arah terus memaki Hafiz. (saspens dan kejutan)

    BAB 12: KEBENARAN TERBUKTI

  • 7/30/2019 sutera dlm lukisan

    25/48

    25

    Orang ramai masih bercakap tentang peristiwa antara Hafiz dengan Alias. Mereka berbelah bahagi. Adilatahu bahawa Hafiz berada di pihak yang benar. Dia begitu yakin dengan panduan dan didikan yang diberikannya

    akan menyebabkan Hafiz akan kembali sebagai manusia biasa yang memiliki kesempurnaan. Adila mendapati kes Hafiz amat menarik. Dalam jangka masa yang singkat, Hafiz menunjukkanperubahan yang begitu ketara dan ini membuktikan bahawa penyakitnya bukan disebabkan faktor dalaman

    tetapi lebih kepada faktor luaran. (monolog dalaman) Kisah-kisah orang ketiga mengenai Hafiz dicatat dan dijadikan data untuk dibandingkan dengan kisah-kisah yang didengarnya sendiri daripada Hafiz dan kemudian disempurnakan pula oleh pemerhatiannya. Adila

    beranggapan Hafiz ialah pemuda biasa yang tidak diberi peluang untuk hidup dalam keadaan normal. Hafiz akhirnya mampu membaca dan berdialog tentang bahan bacaannya. Sungguhpun pendapat danfikirannya masih lagi dangkal, namun Adila kagum dengan daya bahas yang timbul hasil daripada setiap

    perbincangan. Pertemuannya dengan Adila sudah menjadi satu dorongan. Hafiz sudah bersih dan tiada lagi bau hamis.Rambutnya disikat kemas dan pakaiannya sudah kemas. Perlakuannya sudah teratur. Keluarga Sidang Saman

    gembira melihat usaha Adila sehingga Mak Lamah harus memperingatkan sesuatu kepada Adila kerana Hafiz

    lelaki dan Adila perlu berhati-hati. Adila menyedari apa yang diperkatakan oleh Mak Lamah. (perwatakan) Menjelang sepuluh hari majlis perkahwinan Sameah, Sidang Saman dikunjungi pak imam suami isteriuntuk merisik dan meminang Adila untuk Alias. Sidang Saman meminta tempoh seminggu kerana ingin

    bertanyakan Adila dan ibu bapanya dahulu. (latar masa) Mak Lamah ingin mengetahui jawapan Adila. Adila membuat keputusan bahawa dia tidak bersedia untukberumah tangga lagi. (perwatakan) Orang kampung sudah mengetahui Alias meminang Adila. Hafiz juga mengetahui berita itu. Dia agakkecewa dan dia melihat Adila sebagai seorang penipu dan telah memperdayakan dirinya. Keesokan hari dia tidak

    lagi pergi ke rumah Sidang Saman. Alias tidak dapat menyembunyikan perasaannya kepada kawan-kawannya. Dengan pujian kawan-kawannya, dia sudah berani mengaku bahawa Adila bakal menjadi isterinya nanti. Alias membayangkan bahawa

    dia akan bahagia bersama-sama Adila. Sani dan Sahak sudah dapat mengagak bahawa pinangan Alias akanditolak, tetapi kerana kawan mereka terus mengampunya sekadar untuk menyenangkan hati Alias sahaja. (imbas

    muka)

    BAB 13 : SIAPA SANGKA ....... MERDU SUARANYA

  • 7/30/2019 sutera dlm lukisan

    26/48

    26

    Sebahagian kawasan tanah di hadapan rumah neneknya sudah diterangkan. Belukar dan semak-samunsudah ditebas dan tanahnya sudah digemburkan. Hafiz pernah menyatakan hasratnya kepada Adila untuk

    menanam sayur-sayuran. Galakan Adila merupakan dorongan utama padanya. (latar tempat) Sudah dua hari Hafiz tidak meneruskan kerjanya. Berita Alias meminang Adila banyak mengganggu

    jiwanya. Dia seolah-olah hilang semangat, tenaga dan harapan. Dia berbisik sendirian dan bertanyakan dirinya

    sebab semuanya menjadi tidak kena pada dirinya. Makan, minum dan tidur semuanya terganggu. Mungkin diamenaruh hati kepada Adila. (monolog dalaman) Sebagai seorang insan, dia merasakan dirinya seperti orang lain juga iaitu mahu perempuanmendekatinya. Pernah dia mendekati Sameah dan hidupnya menjadi bahagia tetapi sejak Sameah bertunang

    dia menjauhkan diri. Dia menjadi kecewa. Perasaan itu kembali semula setelah Alias meminang Adila. Dia tidak

    dapat menerima jika Alias menjadi suami Adila. Kalau orang lain dia boleh menerima. (monolog dalaman) Hafiz menyedari bahawa kehidupan mesti diteruskan walaupun dia tidak bersama Adila. Diamenyambung semula kerjanya. Sedang dia bekerja, Samsul datang dan memuji kerajinan Hafiz. Samsul

    mengajak Hafiz ke rumahnya untuk membantu menyiapkan pelamin. (perwatakan) Lewat petang, pelamin yang akan digunakan oleh Sameah telah siap. Pengalaman Hafiz melihat orangmembuat astaka pelamin membantunya menyiapkan pelamin Sameah. Keesokan hari, pagi-pagi lagi Hafiz sudah

    datang ke rumah Sidang Saman untuk membantu apa-apa kerja. (latar masa) Dua hari menjelang hari perkahwinan Sameah, keluarga Adila datang . Hafiz sempat berbual dengan ibubapa Adila. (latar masa) Pada malam pengantin, diadakan persembahan pancaragam sebagai hadiah hiburan kepada merekayang telah menyempurnakan majlis perkahwinan. Juruhebah meminta Hafiz tampil ke pentas untuk menyanyi

    kerana permintaan seorang peminat rahsia yang ingin tujukan lagu itu kepada keluarga tuan rumah. (latar masa

    dan saspens) Hafiz melangkah tenang ke pentas dan menyampaikan sebuah lagu Bahtera Merdeka. Hafizmengumandangkan suaranya dengan iringan muzik yang sempurna sehinggalah ke akhirnya. Orang ramai yang

    pada mulanya bersorak menjadi diam. Mereka tidak menduga Hafiz boleh menyanyi. (perwatakan luaran)

    Adila mencari Hafiz tanpa mempedulikan orang ramai di baruh. Hafiz tidak dijumpainya. Adila kembalisemula bersama-sama penduduk kampung. Adila berasa bangga apabila orang kampung bercakap-cakap tentang

    Hafiz. Hafiz pada mereka telah banyak berubah atas pertolongan Adila. Adila merasakan kerjanya lebih mudah

    selepas ini apabila orang kampung ingin membantu memulihkan Hafiz.

    BAB 14 : TANAH PUSAKA

  • 7/30/2019 sutera dlm lukisan

    27/48

    27

    Kedua-duanya resah. Alias resah menungu keputusan peminangannya manakala Hafiz keletihan keranamajlis perkahwinan Sameah. Dia tidak keluar rumah langsung selepas majlis tersebut. Matanya tidak dapat lelap. Pada pukul 2.25 petang, Samsul datang ke rumah Hafiz membawa makanan. Samsul memberitahubahawa nyanyian Hafiz mendapat pujian ramai orang. Samsul memberitahu bahawa Bahar, iaitu ahli kugiran

    yang bekerja di pekan akan mencarinya. Adila juga turut memuji Hafiz. (latar masa dan tempat) Selepas makan, Hafiz ke rumah Sidang Saman. Dia dipuji hampir seluruh keluarga Sidang Saman. PakLang Dahlan mengajak Hafiz berbual-bual di bawah pokok belimbing besi. Hafiz tidak menyangka bahawa orang

    pekan sanggup berbual mesra dengannya. Hafiz tidak nampak Adila di rumah Sidang Saman. (latar tempat) Lewat petang, sebuah kereta muncul. Hafiz amat kecewa apabila melihat Adila menaiki kereta itubersama-sama seorang jejaka yang kacak. Faizal datang bersalam dengan Pak Lang Dahlan dan Hafiz. Akhirnya

    Faizal meminta diri selepas berbual seketika dengan Pak Lang Dahlan. (latar masa) Pak Lang Dahlan memberitahu Hafiz bahawa dia ingin pulang ke Kuala Lumpur pada malam itu danmengajak Hafiz datang ke rumahnya. Hafiz tidak tergamak untuk menanyakan sama ada Adila akan turut sama

    pulang ke Kuala Lumpur. Malam itu, ketika Hafiz memikirkan hal kehidupannya, Wak Senen datang ke rumahnya. Wak Senenmemberitahu bahawa dia menduduki tanah Hafiz sudah sepuluh tahun walaupun tanah itu dibeli daripada Harun,

    tetapi urusan jual beli itu tidak sah. Wak Senen memberitahu bahawa sepanjang dia menduduki tanah itu, dia

    sudah mendapat semula modalnya dengan melakukan aktiviti bercukuk tanam. Wak Senen ingin menyerahkan

    tanah itu kepada Hafiz jika Hafiz inginkan semula sambil berpesan supaya tidak menjual tanah itu kerana itulah

    satu-satunya pusaka arwah ibunya. (latar masa, tempat dan perwatakan) Wak Senen mengingatkan Hafiz supaya berhati-hati dengan Harun kerana Harun akan cuba menipuHafiz. Hafiz gembira kerana bapa tirinya itu tidak berjaya mendapatkan tandatangannya dahulu. (perwatakan) Hafiz meminta Wak Senen menjaga tanahnya itu setelah Wak Senen memberitahu bahawa tanahtempat Hafiz duduk sekarang bukan haknya kerana mungkin ada orang yang akan menuntutnya nanti. Wak

    Senen menasihatkan Hafiz bahawa Harun tidak boleh menjual tanah itu sebab nama Hafiz ada pada geran tanah

    itu. Wak Senen meninggalkan rumah Hafiz hampir lewat tengah malam. (latar masa dan perwatakan)

    Lewat petang, Mak Lamah meminta supaya mereka berhenti melakukan kerja-kerja pembersihan.Mereka berehat di bawah pokok belimbing sambil makan laksa. Adila duduk bersebelahan Hafiz sambil

    memberitahu bahawa dia kagum dengan Hafiz. (latar masa)

    BAB 15 : SERBA SALAH Adila rasa kesepian apabila Sameah mengikut suaminya. Timbul rasa ingin pulang ke kota. Adilamemikirkan Hafiz jika dia meninggalkan kampung itu. Mungkin Hafiz menganggap Adila ingin meninggalkannya.

  • 7/30/2019 sutera dlm lukisan

    28/48

    28

    Hafiz sudah berubah tetapi tidak boleh dibiarkan sendiri. Mak Lamah menyedari kegelisahan yang dihadapi oleh

    Adila. Mak Lamah menasihati supaya tidak memikirkan tentang Hafiz sebaliknya memikirkan tentang diri sendiri

    dan masa depan Adila. Mak Lamah memuji kerana Adila sudah banyak berbudi kepada Hafiz dan Mak Lamah

    percaya Hafiz sudah mampu berdikari. (monolog dalaman dan perwatakan) Mak Lamah menasihati Adila supaya pulang ke kota kerana tidak mahu Adila merosakkan masadepannya. Mak Lamah tidak mahu Alias melakukan perkara buruk kepada Adila. Ibu bapa Adila juga memintaMak Lamah menasihati Adila supaya bersama-sama dengan keluarga di kota. (perwatakan) Malam itu, Adila berada dalam keraguan. Dia perlu mengadakan pertemuan lagi dengan Hafiz bagimelengkapkan kajiannya. Dia ingin menyelami hati dan perasaan Hafiz. Hubungannya dengan Faizal telah putus

    dan dia tidak akan kembali kepada Faizal lagi. Faizal dianggapnya lemah berbanding Hafiz yang nampak lebih

    tegas dan gagah. Adila sudah bosan mendegar kata-kata Faizal. Adila tidak dapat melelapkan mata pada malam

    itu. (monolog dalaman dan perwatakan)

    BAB 16 : DIRASUK GELISAH Alias datang menemui Hafiz. Hafiz sudah tidak gerun lagi kepada Alias. Dia sudah yakin untukberhadapan dengannya. (perwatakan)

  • 7/30/2019 sutera dlm lukisan

    29/48

    29

    Alias datang untuk meminta maaf daripada Hafiz atas segala perbuatannya kepada Hafiz sebelum ini.Alias juga mengaku bahawa dia sendiri ingin berubah. Mereka duduk bersama di bangku kayu panjang bawah

    pokok jering di hadapan rumah Hafiz. (latar tempat) Alias memberitahu bahawa dia yang meminta Hafiz menyanyi pada malam itu. Sebenarnya dia inginmemalukan Hafiz tetapi dia tidak sangka Hafiz pandai menyanyi. Alias memberitahu Hafiz bahawa dia tidak jadi meminang Adila kerana Adila ada penyakit AIDS.Tunangnya di Kuala Lumpur juga memutuskan pertunangannya kerana penyakit tersebut. (perwatakan) Hafiz menjadi gelisah apabila mendengar cerita Alias. Alias membuat tuduhan bahawa Adila melakukanperbuatan terkutuk semasa berada di London sehingga dia mendapat penyakit tersebut. Oleh sebab orang Kuala

    Lumpur sudah tahu maka Adila datang ke kampung itu. Alias membohongi Hafis dengan mengatakan Adila

    meminta dia meminangnya, tetapi oleh sebab dia mengetahui keadaan sebenar, dia meminta Tuk Ngah Imam

    batalkan sahaja. (perwatakan) Hafiz ditinggalkan Alias keseorangan. Dia mempercayai kata-kata Alias. Baginya Alias telahmenyelamatkannya. Dia tidak sangka bahawa Alias yang dahulu membencinya kini dengan rela hati

    memberitahu akan bahaya yang mungkin dihadapi jika dia rapat dengan Adila. Alias memintanya supaya tidak

    menceritakan kepada sesiapa dan orang kampung sudah mengetahuinya. Hafiz menjadi gelisah dan jiwanya terganggu. Dia tidak pergi ke rumah Sidang Saman apabilamendengar cerita Alias. Kerjanya menyiapkan batas tanaman juga terganggu. Tiada lagi keperluan untuknya

    berjumpa dengan Adila. (monolog dalaman) Sudah masuk hari kelima dia tidak pergi ke rumah Sidang Saman. Dia menetapkan pendirian untuk tidakberjumpa dengan Adila. Dia berasa kecewa kerana dirinya diperalatkan. (latar masa dan monolog dalaman) Setelah lima hari itu, Hafiz menjadi curiga kerana tiada siapapun yang datang menjenguknya. Samsul

    juga tidak datang melihatnya apabila pulang daripada sekolah. Dia memikirkan mungkin Adila sakit teruk dan

    sudah dibawa ke rumah sakit. Pesan Alias menjadikan dia bertambah takut. (monolog dalaman) Adila menangis apabila difitnah orang kampung. Dia menerima surat layang yang menulis kata-katafitnah yang begitu mengecewakannya. Tulisan itu mengatakan bahawa dia menolak pinangan Alias kerana

    dirinya sudah rosak. Hafiz dikatakan sebagai perosak kepada Adila dan akibatnya dia akan berkahwin denganHafiz nanti. Adila menganggap ujian itu amat besar baginya. Sebelum ini dia dapat menghadapi dugaan apabilaputus tunang dengan Faizal. Adila menganggap Hafiz mengetahui berita itu sehingga dia tidak datang ke rumah

    Sidang Saman kerana malu. Adila terfikir untuk meninggalkan kampung itu yang tidak lagi memberikan

    kedamaian kepadanya. Mak Lamah mampu menasihati Adila supaya bersabar dan bertawakkal atas apa yang

    berlaku. Mereka tetap percaya dan menyokong Adila. (monolog dalaman) Adila mencadangkan kepada Mak Lamah untuk pulang sekejap ke Kuala Lumpur bagi menenangkanfikirannya. Ibunya sangat gembira apabila dia ingin pulang ke kota. Dalam perjalanan banyak perkara yang

    bermain di fikirannya. Dia memikirkan sama ada dia lemah sehingga perlu melarikan diri ke kota hanya kerana

    seorang lelaki yang mengkhianatinya dan hanya kerana fitnah. (monolog dalaman) Ayahnya meminta dia bekerja dan segala masalah akan selesai jika dia mempunyai tanggungjawab.Ayahnya memberitahu bahawa dia boleh membantu Adila mendapatkan pekerjaan kerana kawan-kawannya

    sedia membantu. Adila berhasrat menjadi pensyarah dan membuat master nanti. Ayahnya akan menemui Dr.

    Mahzan untuk membantunya. (dialog dan perwatakan) Adila akan memikirkan cadangan ayahnya itu. Dia memberitahu bahawa ada tugas yang belum selesai.Ayahnya bangga kerana Adila memiliki sifat kemanusiaan yang luhur dengan membantu Hafiz. Ibunya sempat

    memesan supaya berhati-hati di kampung kerana masih ada orang yang mengamalkan ilmu hitam. (perwatakan)

  • 7/30/2019 sutera dlm lukisan

    30/48

    30

    Adila memberitahu bahawa dia akan ke kampung seminggu dua untuk menyelesaikan beberapa perkaradengan Hafiz. Dia meminta izin untuk membawa Hafiz berjumpa dengan keluarganya. Ayahnya tidak mebantah

    cadangan Adila, tetapi ibunya semacam tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

    BAB 17: RINDU Hafiz tidak dapat lagi menahan perasaannya. Ancaman penyakit yang disebut oleh Alias tidak dapatmengalahkan rindunya kepada Adila. Sudah 10 hari dia tidak ke rumah Sidang Saman dan selama itulah dia tidak

    melihat wajah Adila. (latar masa)

  • 7/30/2019 sutera dlm lukisan

    31/48

    31

    Dia menunggu Samsul di jambatan. Samsul mengajak Hafiz pulang ke rumahnya. Mak Lamah memarahiHafiz kerana tidak datang ke rumahnya. Hafiz memberitahu bahawa dia sibuk berkebun. Hafiz makan bersama-

    sama Samsul. Hafiz bertanyakan Samsul tentang Adila. Samsul memberitahu bahawa Adila pulang berjumpa denganibu bapanya. Hafiz menanyakan keadaan Adila yang dikatakan sakit teruk. Samsul memarahi Hafiz kerana

    mempercayai fitnah orang. (perwatakan) Samsul memberitahu Adila sudah seminggu pulang ke kota. Selesai makan, mereka ke bangsal. Hafizmenceritakan semula dia dikenakan oleh Alias semasa di kedai Pak Sulong. Alias menyuruhnya menghisap rokok

    sambil minum teh tarik. Kerana rasa loya, rokok dan teh tarik yang ada di dalam mulutnya tersembur ke muka

    Alias. (imbas kembali) Samsul memikirkan cara untuk mengetahui fitnah terhadap Adila daripada Hafiz. Hafiz juga ragu-ragutentang penyakit yang dihadapi Adila. Samsul ingin mengetahui sama ada Hafiz pernah menyentuh Adila. Hafiz

    menjadi bimbang apabila Samsul bertanyakan hal itu kerana mengingatkan bahawa Adila ada penyakit seperti

    yang diberitahu oleh Alias. Hafiz memberitahu bahawa dia tidak pernah memegang Adila. Samsul juga dapat membuat rumusanbahawa tidak mungkin Hafiz melakukan perbuatan sumbang kepada Adila semasa dia bersama Adila di bawah

    pokok belimbing di rumahnya. Samsul ingin mengetahui sama ada Hafiz menyukai Adila atau tidak. Hafiz memberitahu bahawa diamenyukai Adila kerana dia baik dan mengajarnya macam-macam. Dia tidak tahu macam mana hendak balas budi

    baik Adila. Hafiz menberitahu bahawa dia sedar akan dirinya yang tidak layak untuk Adila dan Adila mungkin

    tidak mahukannya. (dialog dan perwatakan)

    BAB 18: KELIRU Dua minggu berlalu, jiwa dan perasaan Hafiz tidak tenteram lagi. Walaupun semangatnya untukmeneruskan kebunnya terus tinggi, fikirannya tidak terlepas daripada memikirkan hal Adila. (latar masa)

  • 7/30/2019 sutera dlm lukisan

    32/48

    32

    Dua hari lepas, Alias datang menemuinya lagi dengan membawa berita baru. Menurut Alias, Adila tidakakan datang lagi ke kampung itu kerana penyakitnya bertambah teruk. Alias meminta Hafiz tidak mempercayai

    kata-kata Samsul. Hafiz menjadi bertambah gelisah. Dia mempercayai kata-kata Alias. Alias menambah kegelisahannya dengan memesan supaya tidak selalu ke rumah Sidang Saman keranaseluruh keluarga itu sudah dijangkiti penyakit yang dibawa Adila. Alias memberitahu bahawa mereka sengaja

    hendak kahwinkan Adila dengan Hafiz kerana Adila sudah tidak laku dan tiada orang hendak lagi. (perwatakan) Hafiz bersetuju dengan kata-kata Alias. Dia membayangkan keadaan Adila yang sedang terbaringmenderita sakit. Tubuh Adila kurus kering dan rambut yang tidak terbela. (imbas muka) Hafiz menjadi tidak tenteram dari hari ke hari. Dia menjadi takut apabila ada orang yang akanmemberitahunya tentang kematian atau kepulangan Adila. Dia begitu risau jika Samsul datang memberitahunya

    Adila meninggal atau Adila sudah pulang ke kampung. Dia memikirkan alasan yang akan digunakan untuk

    mengelak daripada berjumpa dengan Adila. (monolog dalaman) Seminggu kemudian Samsul datang untuk meberitahu kepulangan Adila sudah tiga hari ke kampung.Samsul menyedari kelainan yang ditunjukkan oleh Hafiz yang tidak mahu menghampirinya. Samsul memberitahu

    bahawa Adila memanggilnya untuk menyambung tugasan yang belum selesai. (latar masa) Samsul mengajak Hafiz untuk ke hospital. Hafiz sudah menjangka bahawa Adila berada di rumah sakit.Samsul memberitahu bahawa Hafiz perlu melupakan persengketaannya kerana orang itu sedang menderita sakit

    dan Hafiz perlu menghiburkan hatinya. Hafiz menjadi serba salah dengan kata-kata Samsul itu. Hafiz

    memberitahu bahawa dia tidak boleh mengikut Samsul kerana dia ingin sudahkan kerjanya. (saspens) Hafiz benar-benar terhimpit apabila samsul meletakkan harapan agar Hafiz pergi melawat keranakemungkinan mereka tidak berpeluang lagi untuk bertemu dengannya. Kesungguhan Hafiz meyakinkannya

    bahawa Adila semakin teruk. (saspens) Apabila tiba di rumah Sidang Saman, Hafiz terkejut apabila melihat Adila berada di anjung rumah sedangberbual-bual dengan Mak Lamah. Hafiz menanyakan orang yang masuk hospital. Samsul memberitahu bahawa

    Sahak yang masuk hospital kerana berlumba dengan Alias dan terjatuh apabila tiba di jambatan kerana hendak

    mengelak lembu. (latar tempat)

    Hafiz berasa tidak selesa apabila berbual-bual dengan Adila kerana telah lama tidak bertemu. SidangSaman pulang memberitahu bahawa Sahak kurang darah dan tulang rusuknya patah. Adila memberitahu bahawa

    darah AB Sahak sama dengannya dan dia bersedia untuk menderma darah kepada Sahak. Hafiz menjadi cemas

    apabila Adila menyebut untuk menderma darah. (perwatakan)

    BAB 19: AKU CINTA ADILA Adila menganggap darah yang disumbangkan untuk Sahak itu sekadar kebajikan dan dia tidak angkuhdengan sumbangannya itu. Di sebalik bakti Adila dan kecelakaan Sahak itu, tidak sedikitpun menyedarkan Alias.

    Dia memperkecilkan Sahak dan menganggap kecelakaan yang menimpa Sahak adalah kerana keangkuhannya.

    (perwatakan)

  • 7/30/2019 sutera dlm lukisan

    33/48

    33

    Alias bertambah marah apabila Hafiz kembali bersama dengan Adila. Dia mahu Hafiz menjauhi Adila.Suatu pagi, Alias mendapatkan Hafiz dan menengking Hafiz kerana tidak mengikut kata-katanya. Hafiz

    memberanikan dirinya untuk berdebat dengan Alias. Katanya jika Alias percaya bahawa Adila berpenyakit, Alias

    perlu menghalau Adila daripada kampung itu. Alias tidak menduga bahawa Hafiz bertindak balas demikian rupa.

    (perwatakan) Alias menggunakan helah untuk berbincang dahulu dengan penduduk kampung. Hafiz tidak mahumelibatkan penduduk kampung sebaliknya mereka berdua sudah cukup untuk menghalau Adila. Aliasmeninggalkan Hafiz menyebabkan dia tersenyum melihat pertama kalinya dia merasakan satu kemenangan.

    (kejutan) Sejak itu, Alias tidak lagi datang menemui Hafiz. Perubahan Hafiz yang mendadak telah mencabaregonya. Orang suruhan yang dapat dijadikan hamba dan alat penghiburnya sudah tidak dapat diperalatkan lagi.

    Penolakan pinangannya meletakkan dirinya hina. Keintiman Hafiz dengan Adila menjadikan kebenciaannya

    mutlak. Alias mengarahkan kawan-kawannya menculik Adila kerana Adila adalah haknya. Kawan-kawan Aliasmenyedari perkara jahat yang akan dilakukan oleh Alias. Alias sudah menghantar beberapa pucuk surat kepada

    Adila. Setiap hari dia akan melalui lorong ke rumah Sidang Saman. Akhirnya dia menggunakan khidmat neneknya

    untuk mendapatkan ilmu pengasih supaya Adila tunduk kepadanya. Neneknya menurut kemahuan cucunya itukerana dia juga mendendami Sidang Saman sekeluarga lantaran menolak pinangan Alias. (perwatakan, kejutan

    dan klimaks) Alias kehilangan kawan-kawannya. Alias datang merayu kepada Hafiz supaya memujuk Adila agarsukakannya. Hafiz memikirkan bahawa Alias kini sudah kehilangan harga diri. Keadaan Alias bertambah teruk.

    Makan minum dan tidur baringnya sudah terganggu. Siang dan malam sudah tidak dapat dibezakannya.

    BAB 20: MEREKA TIDAK RAGU-RAGU LAGI Adila memberitahu sesuatu kepada Sidang Saman dan Mak Lamah. Mereka tidak percaya bahawa Adilatelah membuat keputusannya. Adila menyedari apa yang akan diperkatakan oleh Sidang Saman dan Mak Lamah

    tetapi dia tidak akan menarik balik keputusannya. Mak Lamah berharap agar Adila memilih lelaki yang setaraf

    dengannya. Akhirnya Sidang Saman menerima qada dan qadar dan bersetuju dengan pilihan Adila. (dialog)

  • 7/30/2019 sutera dlm lukisan

    34/48

    34

    Sidang Saman menghormati keputusan yang dibuat Adila. Dia menasihati Adila supaya berbincangdengan ibu bapanya dahulu. Padanya Hafiz belum bersedia untuk menjadi suami Adila. Mak Lamah akhirnya

    menerima kata-kata suaminya dan berharap Hafiz menjadi seorang lelaki yang sempurna. Keputusan tiga

    beranak itu tidak diketahui oleh sesiapapun termasuk Hafiz. Keesokan hari Hafiz berjumpa dengan Adila lagi. Adila memberitahu bahawa kerjanya telah selesai. Adilamemberitahu bahawa Hafiz sudah boleh berdikari. Hafiz memberitahu bahawa dia tidak dapat membalas budiAdila. Adila pula memberitahu bahawa Hafiz banyak berbudi kepadanya kerana mengajarnya erti kehidupan dan

    kemanusiaan. (dialog) Adila memberitahu bahawa dia akan pulang ke Kuala Lumpur dan akan bekerja. Kelmarin ayahnyamenelefon bahawa dia ditawarkan bekerja sebagai pensyarah di sebuah institut swasta. Adila mengharapkan supaya Hafiz belajar agama dan meminta supaya Hafiz berjumpa dengan SidangSaman untuk menguruskannya. Hafiz menerima cadangan Adila. Adila akan pulang ke Kuala Lumpur pada pukul

    11 pagi esok menaiki bas. (latar masa dan perwatakan) Adila mengingatkan pertemuan kali pertama mereka. Adila memberitahu bahawa dia tersangat takutpada masa itu ketika dia berjalan bersama-sama Sameah. Mereka gembira mengingatkan peristiwa lalu. (imbas

    kembali) Adila mengajak Hafiz ke Kuala Lumpur kerana ibu bapanya ada bertanyakan dirinya. Mereka terpandangseorang pemuda yang baru lalu kemudian berhenti di luar pagar. Pemuda itu memandang mereka dan kemudian

    berlalu pergi. (saspens) Hafiz sebak melihat pemuda itu. Terbayang tentang dirinya yang berdiri di luar pagar tadi. Adila tidakpernah meminta pemuda itu berkeadaan sedemikian. Adila dan Hafiz berpandangan sambil mengharapkan Hafiz

    menghantarnya ke pekan besok hari.

    Tema dan persoalan

  • 7/30/2019 sutera dlm lukisan

    35/48

    35

    Tema

    Konflik jiwa seorang pemuda dalam mengharungi kehidupan setelah kematian kedua ibu bapa

    dan neneknya. Pandangan negatif orang kampung akibat fitnah yang ditabur oleh bapa tirinya telah

    membentuk keperibadiannya menjadi manusia abnormal. Kehadiran Adila telah membawa sinar baru

    dalam hidup pemuda tersebut dan kembali menjadi manusia normal seperti sediakala.

    Persoalan

    1.) Persoalan tanggungjawab membantu sesama manusia tanpa mengira sifat individu seperti yang

    digambarkan melalui watak Adila yang begitu optimis untuk membentuk semula keperibadian

    abnormal yang dihidapi oleh Hafiz.

    2.) Persoalan menghormati hak individu tanpa menghilangkan hak diri sendiri yang digambarkan

    melalui watak Bujei atau nama sebenarnya Hafiz yang akhirnya sedar akan haknya setelah mendapat

    bimbingan dari Adila.3.) Persoalan kebaikan akan mengatasi kebatilan seperti yang tergambar dalam peristiwa Alias yang

    cuba mengenakan ilmu pengasih terhadap Adila telah menyebabkan dia mendapat pembalasan akibat

    perbuatannya sendiri.4.) Persoalan sifat kasih sayang dan hati yang luhur mampu mengubah sifat seseorang seperti yang

    digambarkan melalui watak Adila yang telah membimbing Bujei atau Hafiz untuk membentuk semula

    keperibadiannya telah berjaya mengubah Bujei menjadi insan yang berjaya.5. )Ketegasan dalam pendirian seperti yang tergambar melalui watak Wak Senen yang tegas dalam

    pendiriannya untuk mengembalikan hak Bujei yang telah dianiaya oleh bapa tirinya.6.) Persoalan jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Walaupun Adila pada asalnya begitu takut dengan

    Bujei, tetapi akhirnya telah memilih Bujei menjadi pasangan hidupnya. Walaupun telah bertunang dan

    berjanji sehidup semati dengan Faizal, tetapi akhirnya Faizal berkahwin dengan orang lain dan bukan

    dengan tunangnya Adila.7.) Persoalan berani mempertahankan hak atau harta daripada dirampas oleh orang lain. Bujei telah

    menunjukkan sikapnya yang tegas dan tidak boleh dipermainkan oleh Alias apabila meminta ganti rugi

    sebanyak RM80 sebagai gentian radionya yang telah rosak akibat perbuatan Alias.

    Watak dan perwatakan

  • 7/30/2019 sutera dlm lukisan

    36/48

    36

    Watak utama

    1. Bujei/ Hafiz

    - Bercita-cita untuk menjadi askar seperti arwah bapanya. Sewaktu dirinya kecil, dia sering

    menjadikan bapanya sebagai idola.- Suka berangan-angan menonton dan mendengar radio yang telah rosak di rumahnya.- Takut dengan Alias. Setiap perkara yang diminta oleh Alias akan dilakukan oleh Bujei tanpa sebarang

    bantahan.- Tidak mementingkan kebersihan tetapi berubah setelah dilatih oleh Adila. Membuang perkakasan

    yang tidak berguna di rumahnya dan membakarnya di halaman rumah.- Suka mendengar radio. Sanggup membeli radio baru sewaktu keluar pekan bersama Samsul.- Mempunyai bakat menyanyi. Bujei menyanyi lagu Bahtera Merdeka sewaktu majlis perkahwinan

    Sameah dan berjaya memukau orang ramai dengan kemerduan suaranya.- Mempunyai sifat suka berjimat. Tidak menggunakan wang pemberian Wak Senen yang besar nilainya

    dan menyimpannya dengan rapi di dalam kendi di rumahnya.- Pulih dari sikap abnormal menjadi normal dengan bantuan Adila. Keyakinan dirinya hadir kembali

    dengan bantuan Adila dan keluarga Sidang Saman.- Anak yang bertanggungjawab. Cuba menyelamatkan ibunya daripada kebakaran rumahnya tetapi tidak

    berjaya kerana api marak terlalu cepat dan dia dihalang oleh orang ramai daripada memasuki

    rumahnya yang terbakar.- Seorang pemuda yang mempunyai sikap abnormal. Dia membentuk peribadinya melalui pandangan

    penduduk kampung yang menganggapnya bodoh, dungu dan tidak berakal.- Tidak memilih pekerjaan, asalkan mendatangkan upah untuk dia mengalas perut.

    Watak sampingan

    2. Adila

  • 7/30/2019 sutera dlm lukisan

    37/48

    37

    - Lulusan universiti luar negara iaitu di England.- Mempunyai sifat optimis dan percaya sikap abnormal Bujei dapat dipulihkan.- Telah bertunang dengan Faizal tetapi putus kerana Faizal tidak menepati janji dan berkahwin dengan

    orang lain. Akibat kecewa, dia telah membawa dirinya pulang ke kampung dan tinggal dengan keluarga

    Pak Longnya iaitu Sidang Saman dalam jangka masa yang panjang.

    - Mempunyai pendirian yang tegas kerana menolak pinangan Alias dengan alasan belum bersedia untuk

    mendirikan rumahtangga.- Lemah lembut dan hormat kepada orang lain terutamanya orang yang lebih tua. Sewaktu tinggal di

    kampung, Adila sering mendapat pujian penduduk kampung. - Menjadi mangsa fitnah Alias. Alias telah memfitnah Adila telah rosak sewaktu belajar di luar

    negara.- Jatuh cinta dengan Bujei/ Hafiz. Telah meluahkan isi hatinya kepada Sidang Saman dan isterinya

    tentang perasaannya terhadap Bujei sebelum pulang kekota.

    3. Alias

    - Suka membuli Bujei/ Hafiz. Contohnya meminta Bujei mencuci motosikalnya dengan menjanjikan upah

    tetapi memungkirinya.- Suka kepada Adila dan menghantar pinangan tapi ditolak. Cuba mendekati Adila setelah gagal

    mendapatkan Sameah.- Suka terlibat dalam perlumbaan motor. Contohnya sewaktu berlumba motor dengannya, Sahak telah

    terlibat dalam kemalangan dan kritikal di hospital.- Bercakap kasar. Contohnya sering bercakap kasar terutamanya dengan Bujei.- Cuba menculik Adila dan mengenakan ilmu pengasih kepada Adila. Meminta bantuan dari neneknya

    untuk mencari ilmu pengasih.- Cuba memfitnah Adila setelah pinangannya ditolak.- Akhirnya menjadi sasau/ gila.

    4. Sidang Saman

    - Mengambil berat akan anak buahnya. Contohnya sering bertanyakan khabar Bujei dan akan meminta

    anaknya mencari Bujei sekiranya tidak melihat kelibatnya di kampung.- Bijak memerangkap orang yang bersalah melalui kata-kata. Contohnya sewaktu berbicara dengan

    Harun yang meminta pandangannya ketika ingin menjual tanah pusaka arwah isterinya.- Menjadi pangkal rujuk permasalahan Adila. Terutama sewaktu Adila mula jatuh cinta dengan Bujei.

    5. Sameah

  • 7/30/2019 sutera dlm lukisan

    38/48

    38

    - Bertimbangrasa dan baik dengan Bujei. Contohnya sering mengambil berat akan diri Bujei.

    Anak Sidang Saman.- Berkahwin dan mengikut suaminya berpindah ke Ipoh.

    6. Harun

    - Seorang duda.- Berkahwin dengan Fatimah, ibu Bujei setelah kematian bapa Bujei.- Bekerja sebagai mandur di ladang kelapa sawit.- Panas baran dan sering memukul serta mendera isterinya.- Mengikis wang peninggalan bekas suami Fatimah.Melakukan keganasan terhadap isteri dan anak

    tirinya Bujei sehingga isterinya terbunuh dalam kebakaran akibat dari perbuatannya dan anak tirinya

    menjadi sasau.- Suka berpura-pura. Contohnya berpura-pura baik dengan Bujei untuk mendapatkan tanda tangan

    Bujei bagi membolehkan dia menjual harta pusaka peninggalan Fatimah.

    7. Wak Senen

    - Suka bersedekah. Sering memberi wang kepada Bujei dengan nilaian yang besar.- Baik hati. Contohnya sanggup memulangkan semula tanah pusaka peninggalan ibu Bujei yang telah

    dijual oleh bapa tirinya Harun.- Mengambil tindakan dengan teliti. Contohnya sering berbincang dengan Sidang Saman sebelum

    melakukan sesuatu perkara seperti yang dilakukan sewaktu ingin memulangkan semula tanah pusaka

    Bujei.

  • 7/30/2019 sutera dlm lukisan

    39/48

    39

    Latar

    Latar Tempat

    Rumah peninggalan arwah nenek Bujei

    -Bujei menetap di rumah ini setelah ibunya meninggal dunia.Setelah neneknya meninggal dunia,Bujei

    tinggal berseorangan.

    Tebing sungai

    -Bujei begitu gemar melayan perasaannya di tebing sungai.Oleh sebab itu,Bujei menjadikan kawasan

    tebing sungai ini sebagai tempat untuk menghabiskan masanya.

    -Bujei dipukul oleh bapa tirinya apabila merosakkan surat serah kuasa ke atas tanah milik arwah ibu Bujei

    kepada dirinya.

    Di bawah pokok belimbing besi

    -Adila menunggu Bujei di bawah pokok belimbing besi untuk menemu ramah Bujei.Namun,Bujei pada

    awalnya agak keberatan untuk menemui Adila kerana berasa malu akan kekurangan dirinya.Mak Lamah

    berusaha memujuk Bujei agar menemui Adila.Bujei akhirnya menemui Adila dan sejak itu Bujei senang

    meluahkan perasaannya kepada Adila.

    Di dalam bangsal

    -Bujei meminta kebenaran untuk bermalam di dalam bangsal di luar rumah Sidang Saman setelah dibawa

    oleh Sidang Saman ke rumahnya.Hal ini kerana Bujei berasa malu dan segan untuk masuk ke rumah

    Sidang Saman kerana keadaannya yang agak teruk setelah jatuh sakit akibat dipukul oleh bapa

    tirinya,Harun dan keadaan dirinya yang berbau busuk.Samsul telah membawa makanan kepada Bujei dan

    di sinilah Buei meluahkan perasaannya menyebabkan Samsul berasa simpati akan nasib Bujei dan mula

    insaf akan kesilapannya selama ini yang juga gemar mempermainkan Bujei.

  • 7/30/2019 sutera dlm lukisan

    40/48

    40

    Latar Masa

    Waktu Subuh

    -Bujei akan bangun apabila terdengar bunyi azan Subuh dan segera mandi serta menyiapkan dirinya

    kononnya untuk pergi bekerja.Bujei membersihkan diri sebagaimana pesanan Sameah kepadadirinya.Bujei akan menyikat rapi rambutnya dan memilih kasutnya yang kebanyakannya sudah

    koyak.Bujei akan menunggu penorh getah di hujung jambatan dengan harapan dirinya akan dipelawa

    untuk membantu mereka di kebun.

    Waktu Pagi

    -Bujei dibawa ke pekan oleh Adila