budi semangkuk daging

22
* NAMA : THEINMOLI * TINGKATAN : 3 ARIF * TAJUK : BUDI SEMANGKUK DAG ( CERPEN )

Upload: theinavelusmoli

Post on 10-Aug-2015

287 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Budi Semangkuk Daging

* NAMA : THEINMOLI * TINGKATAN : 3 ARIF* TAJUK : BUDI SEMANGKUK DAGING ( CERPEN )

Page 2: Budi Semangkuk Daging

Puan Ainun hidup berjiran dengan PuanSalbiah , Puan Cheng , dan Cik Punita di sebuah kawasan perumahan. Pada suatu hari, Puan Ainun mencuba resepi barunya, iaitu daging masak Minang. Dia meminta kedua-dua orang anknya memberi setiap orang jirannya itu semangkuk daging. Semua jirannya memuji keenakan masakannya kecuali Cik Punita yang mengembalikan pembariannya.

Puan Ainun hairan dengan tindakan Cik PunitA dan tertanya-tanya akan sebabnya. Penolakan Cik Punita dianggap sebagai suatu penghinaan. Dia tidak berpuas hati dan berdendam dengan Cik Punita. Sejak peristiwa itu, Puan Ainun sengaja merenggangkan dirinya dengan Cik Punita.

Page 3: Budi Semangkuk Daging

Sekembali dari kampung, Cik Punita memberi Puan Ainun limau bali. Oleh sebab ingin membalas rasa sakit hatinya, dia menyuruh anaknya mengembalikan limau bali pemberian Cik Punita. Dia juga tidak memberi bubur kacang yang dimasaknya kepada Cik Punita kerana tidak mahu peristiwa tempoh hari berulang lagi.

Akhirnya, mereka berbaik semula apabila suami Puan Ainun memaklumkan bahawa penganut agama Hindu tidak makan daging lembu. Setelah menyedari kesilapannya, Puan Ainun sendiri menghantar semangkuk bubur kacang kepada Cik Punita.

Page 4: Budi Semangkuk Daging

Tema cerpen ini ialah pentingnya semangat kejiranan dalam kehidupan seharian.

Page 5: Budi Semangkuk Daging

Rakyat Malaysia terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum dan agama. Contohnya, Puan Ainun dan keluarganya tinggal di kawasan kejiranan yang terdiri daripada masyarakat pelbagai bangsa dan agama.Amalan tolong-menolong dalam hidup berjiran. Contohnya, jika cuaca hendak hujan, Puan Ainun akan menolong mengangkat pakaian Cik Punita di ampaian sekiranya jirannya itu lewat pulang dari tempat kerja.

Page 6: Budi Semangkuk Daging

Perasaan dendam yang mengakibatkan permusuhan. Contohnya, Puan Ainun tidak mahu menerima buah limau bali pemberian Punita kerana dia ingin membalas dendam terhadap jirannya itu kerana telah mengembalikan semangkuk daging yang telah diberikannya tempoh hari.Larangan serta kepercayaan dalam sesebuah agama. Contohnya, sebagai seorang penganut agama Hindu, Punita dilarang makan daging lembu keran kepercayaan agama tersebut yang menganggap lembu itu adalah suci.

Page 7: Budi Semangkuk Daging

Watak utama dalam cerpen ini ialah Puan Ainun. Watak sampingan dalam novel ini ialah Cik Punita, Puan Cheng, Encik Hilal, Shafiq dan Hanif.

Page 8: Budi Semangkuk Daging

Puan Ainun

Isteri kepada Encik Hilal.Ibu kepada Shafiq dan hanif.Berjiran dengan Cik Punita, Puan Cheng, dan Puan Salbiah.Mempunyai semangat kejiranan dan suka menolong jiran.Contohnya, Puan Ainun akan menolong Cik Punita mengangkat bajunya di ampaian jika dia pulang lewat dari tempat kerja.Gemar memasak dan mencuba resepi baharu.Mudah kecil hati dan pendendam.Insaf akan kesilapannya.

Page 9: Budi Semangkuk Daging

Encik Hilal

Suami kepada Puan Ainun.Bapa kepada Syafiq dan Hanif.Menasihati isterinya yang ingin menghadapi masalah dengan jirannya. Contohnya, Encik Hilal menyedarken Puan Ainun bahawa jiran mereka, Punita tidak boleh makan daging lembu.Memahami adat dan budaya masyarakat kaum lain.

Page 10: Budi Semangkuk Daging

Puan Punita

Berusia dalam lingkungan tiga puluhan.Berketurunan India dan beragama Hindu.Berpegang kuat pada ajaran agama. Contohnya, Cik Punita tidak makan daging lembu yang dianggap suci oleh ajaran agamanya.Fasih berbahasa Melayu.Jiran Puan Ainun.Menjual barangan kesihatan keluaran syarikat jualan langsung.Mempunyai semangat kejiranan.

Page 11: Budi Semangkuk Daging

Binaan PlotPermulaan - Mengishakan Puan Ainun yang suka memasak dan mencuba resepi baharu, iaitu daging masak Minang. Perkembangan - Puan Ainun meminta ank-anknya menghantar masakan tersebut kepada tiga orang jirannya, iaitu Puan Cheng, Cik Punita, dan Puan Salbiah. Cik Punita mengembalikan mangkuk yang berisi daging tersebut. Hal ini menyebabkan Puan Ainun berasa tidak puas hati dan menyimpan perasaan dendan terhadap Cik Punita.

Page 12: Budi Semangkuk Daging

Klimaks - Puan Ainun meminta anaknya mengembalikan buah limau bali yang diberikan oleh Cik Punita. Namun, akhirnya beliau mengetahui punca sebenar Cik Punita menolak pemberiannya melalui penkelasan Encik Hilal, suaminya. Rupa-rupanya Cik Punita tidak makan daging kerana penganut agama Hindu tidak boleh makan daging lembu.Peleraian - Puan Ainun sedar akan kesilapannya dan menghantar sendiri bubur kacang kepada Cik Punita.

Page 13: Budi Semangkuk Daging

Teknik PlotTeknik pemerian. Contohnya :Sejak hari itu, Puan Ainun dengan sengaja merenggangkan dirinya daripada Cik Punita. Dia sengaja mengelakan diri daripada bertembung dengan Cik Punita. Biar hujan ribut di luar rumah pun, dia tidak akan menolong Cik Punita dengan mengangkat pakaiannya lagi di ampaian. Baginya, orang seperti Cik Punita memang tidak boleh diberi muka. [ hal. 95 ]Teknik Dialog. Contohnya : "Hantar balik? Kenapa? " tanya Shafiq untuk meminta kepastian. " Emak kata, hantar balik sekarang ! Jangan banyak soal lagi ," kata Puan Ainun dengan tegas. [ hal . 99 ]

Page 14: Budi Semangkuk Daging

Teknik Imbas Kembali . Contohnya : Puan Ainun teringat akan peristiwa dia menolak penawaran Cik Punita terhadap produk kesihatan yang dijualnya pada minggu lepasTeknik Konflik . Contohnya :Puan Ainun menghadapi perselisihan faham dengan Cik Punita, iaitu jirannya yang menolak pemberian masakannya.Monolog Dalaman . Contohnya : "Tak mengapa! Ada ubi ada batas. Hari ini engkau buat pada aku.Esok lusa, aku akan buat begitu pada engkau pula," kata Puan Ainun dalam hati. [ hal. 95 ]

Page 15: Budi Semangkuk Daging

Latar MasaWaktu pagi. Contohnya, Puan Ainun keluar ke halaman rumah untuk menyidai pakaian.Waktu tengahari. Contohnya, Puan Ainun menyediakan masakan daging masak Minang untuk keluarganya dan memberikan masakan itu semangkuk seorang kepada tiga orang jirannya iaitu, Puan Cheng, Cik Punita,dan Puan Salbiah.Waktu petang. Contohnya, Puan AInun memasak bubur kacang untuk keluarganya dan meminta Syafiq menghantar semangkuk bubur kepada Puan Cheng.

Page 16: Budi Semangkuk Daging

Latar TempatDi rumah Puan Ainun - tempat Puan Ainun memasak masakan daging masak Minang dan bubur kacang kegemaran keluarga mereka.Di kawasan perumahan - tempat tinggal Puan Ainun bersama suaminya, Encik Hilal dan dua orang anak lelakinya, iaitu Shafiq dan Hanif.

Latar MasyarakatMasyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Contohnya, Puan Ainun tinggal di kawasan perumahan yang terdiri daripada masyarakat pelbagai bangsa dan agama.

Page 17: Budi Semangkuk Daging

Masyarakat yang mengamalkan semangat kejiranan. Contohnya, anak-anak Puan Ainun membantu Cik Punita menyiram pokok-pokokbunga semasa jika jirannya itu pulang ke kampung.Masyarakat yang memahami adat, budaya, dan agama kaum lain. Contohnya, Encik Hilal, suami Puan Ainun, mengetahui dan memahami adat dan kepercayaan penganut agama hindu, iaitu mereka tidak boleh makan daging lembu yang dianggap suci. Oleh sebab itu, Cik Punita menolak pemberian daging masak Minang yang diberi oleh Puan Ainun.

Page 18: Budi Semangkuk Daging

Bantu- membantu. Contohnya, Puan Ainun sering membantu Cik Punita menjaga rumahnya apabila jirannya itu pulang bercuti ke kampung .Bertanggungjawab. Contohnya, Puan Ainun surirumahtangga yang bertanggungjawab.Dia sentiasa memastikan ahli keluarganya hidup dalam keadaan yang selesa, malah dia gemar memasak untuk keluaraga kesayangannya itu.Kepatuhan. Contohnya, anak-anak Puan Ainun amat patuh akan suruhan ibunya. Meraka akan membuat apa-apa sahaja yang diminta oleh ibunya tanpa sebarang rungutan ataupun bantahan.

Page 19: Budi Semangkuk Daging

Keinsafan. Contohnya, Puan Ainun menyesali sikap buruk sangkanya terhadap Cik Punita tanpa menyelidik perkara yang sebnarnya.Prihatin. Contohnya, Encik Hilal suami Puan Ainun, amat prihatin terhadap kehidupan masyarkat berbilang kaum yang memiliki pelbagai adat dan kepercayaan yang perlu dipatuhi oleh setiap penganut. Dia memahami perihal Cik Punita menolak masakan pemberian Puan Ainun keran wanita itu tidak boleh makan daging lembu.

Page 20: Budi Semangkuk Daging

Kita hendaklah menghormati jiran dan adat budaya kaum lain.Contohnya, suami Puan Ainun, iaitu Encik Hilal memahami adat dan kepercayaan penganut agama Hindu yang tidak boleh makan daging lembu.Kita hendaklah bantu-membantu sesama jiran.Contohnya, Puan Ainun sering membantu Cik Punita menjaga rumahnya jika dia pulang bercuti ke kampung.Isteri hendaklah rajin dan pandai memasak. Contohnya, Puan Ainun sangat rajin dan pandai memasak.

Page 21: Budi Semangkuk Daging

Janganlah kita berburuk sangka terhadap seseorang tanpa usul periksa.Contohnya, Puan Ainun menyangka Cik Punita ingin bermusuh dengannya, sebaliknya perkara tersebut hanyalah salah faham semata-mata.Kita hendaklah menyemaikan nilai-nilai yang baik dalam diri anak-anak. Contohnya, Puan Ainun sering menasihati anak-ananknya agar berbuat baik terhadap jiran mereka.

Page 22: Budi Semangkuk Daging