budi bahasa

16
KONSEP BUDI BAHASA RAKYAT MALAYSIA Pengertian Budi Pengertian Bahasa Pengertian Budi Bahasa Ciri-Ciri Budi Bahasa Budi Bahasa Dalam Masyarakat Malaysia

Upload: intan-nurinahuda-mohd-yusoff

Post on 08-Jan-2017

198 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Budi bahasa

KONSEP BUDI BAHASA RAKYAT

MALAYSIA Pengertian Budi Pengertian Bahasa Pengertian Budi Bahasa Ciri-Ciri Budi Bahasa Budi Bahasa Dalam

Masyarakat Malaysia

Page 2: Budi bahasa

PENGERTIAN BUDIMenurut Kamus Dewan (2002: 180), budi ialah akal dan kebijaksanaan, perangai, akhlak, tingkah laku, kelakuan, watak, dan sifat baik, perbuatan baik, kebajikan, bicara dan daya upaya.

Mustafa Haji Daud (1995: 1) merumuskan definisi budi yang dikemukakan oleh Yunus Maris, Kamus Dewan dan Kamus Umum Bahasa Indonesia sebagai lambang pekerti yang baik atau akhlak yang terpuji.

Page 3: Budi bahasa

PENGERTIAN BAHASAKamus Dewan (2002: 87) mencatatkan maksud bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia, dan percakapan yang baik, tingkah laku yang baik, dan sopan santun.

Wilhelm Von Humboldt seorang sarjana Jerman, mendefinisikan bahasa sebagai sintesis bunyi.

Ferdinand de Saussure seorang sarjana linguistik Swiss pada awal abad ke-20 menyatakan bahasa sebagai sistem isyarat.

Page 4: Budi bahasa

John B. Carol juga meninjau bahasa dari sudut linguistik yang merupakan sistem bunyi vokal berstruktur dan urutan-urutan bunyi.

Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996: 87) menjelaskan bahawa bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu yang lain dan sebagainya.

Menurut Asmah Hj. Omar ( 1983:376) bahasa hanyalah bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat ujaran yang terdapat dalam rongga mulut dan rongga tekak manusia. Di sebalik ciri fizikal ini terdapat makna. Suatu urutan bunyi atau kata itu mempunyai makna. Tegasnya, ikatan antara bunyi dan makna yang diisyaratkan oleh pelbagai satuan itulah yang memungkinkan orang bukan sahaja berkomunikasi, tetapi juga mencipta.

Page 5: Budi bahasa
Page 6: Budi bahasa

PENGERTIAN BUDI BAHASA

Budi bahasa bermaksud mempunyai budi bahasa yang baik yang merangkumi pekerti, akhlak, watak dan kelakuan yang baik, sopan, pemurah dan sebagainya yang disebut sebagai nilai-nilai murni.

Budi bahasa merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun dan tatatertib, akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia, dengan kata lain, setiap gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain.

Page 7: Budi bahasa

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) edisi ketiga cetakan keenam 2002(m/s 180), budi didefinisikan sebagai akal, kebijaksanaan atau sifat baik, perbuatan baik dan kebajikan.

Page 8: Budi bahasa

CIRI-CIRI BUDI BAHASA

TertibBersopan SantunBerhemah Tinggi

Page 9: Budi bahasa

BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT

MALAYSIA

Page 10: Budi bahasa

MENGHORMATI ORANG YANG LEBIH TUA

Page 11: Budi bahasa

MEMBERI SALAM SEBAGAI TANDA PENGHORMATAN

Page 12: Budi bahasa

MENDERMA WANG SECARA IKHLAS

Page 13: Budi bahasa

MENDERMA DARAH

Page 14: Budi bahasa

MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA ORANG YANG

MEMBANTU KITA

Page 15: Budi bahasa

MEMINTA MAAF APABILA BERSALAH

Page 16: Budi bahasa

BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA

Tutur Kata (Percakapan yang bersopan dan lemah lembut.)Kelakuan (Tingkah laku yang baik dan hemah tinggi)Sopan Santun (Budi pekerti yang luhur, mulia dan baik.)Tatatertib (Peraturan yang perlu diikuti oleh seseorang dalam kelakuan serta tingkah laku.)Akal ( Boleh berfikir dengan rasional dan baik sebelum bertutur.)Kebijaksanaan (Pandai dalam memilih perkataan atau ayat untuk bertutur.)Perbuatan Kebajikan (Memberi bantuan kepada orang yang berada dalam kesusahan.)