1. sup jagung bebola daging - ramly

26
1. SUP JAGUNG BEBOLA DAGING A: 2 sudu besar Mentega 1 btg Celery 2 biji Ubi Kentang 1/2 batang Lobak Merah 1 biji Jagung 1 labu Bawang Besar B: 2 cawan Air C: 1 cawan Air 2 cawan Susu Segar 10 biji Bebola Daging Ramly – potong 4 1 kiub Stok Ayam 2 biji Sengkuang Cina Garam secukup rasa

Upload: phungthien

Post on 02-Jan-2017

255 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1. SUP JAGUNG BEBOLA DAGING - Ramly

1. SUP JAGUNG BEBOLA DAGING A: 2 sudu besar Mentega 1 btg Celery 2 biji Ubi Kentang 1/2 batang Lobak Merah 1 biji Jagung 1 labu Bawang Besar B: 2 cawan Air C: 1 cawan Air 2 cawan Susu Segar 10 biji Bebola Daging Ramly – potong 4 1 kiub Stok Ayam 2 biji Sengkuang Cina Garam secukup rasa

Page 2: 1. SUP JAGUNG BEBOLA DAGING - Ramly

CARA-CARA

1. Cairkan mentega, goreng semua bahan A sehingga layu. Mesin bahan-bahan tadi bersama 2 cawan air. Tapis dan masukkan ke dalam periuk.

2. Masak sup dengan api yang sederhana. Masukkan susu segar, air dan Bebola

Daging Ramly serta stok ayam. Masak sehingga hampir mendidih. 4. Akhir sekali masukkan sengkuang cina dan masukkan garam, masak seketika. 3. Sebagai tambahan, roti putih di bakar dan di potong 4 dan di sapu bersama

mentega. Hidang bersama sup jagung bebola daging.

Page 3: 1. SUP JAGUNG BEBOLA DAGING - Ramly

2. SOTONG BERINTI BURGER OBLONG A: 10 ekor Sotong Basah B: 3 keping Burger Lembu Oblong Klasik Ramly

1 labu Bawang Besar – dadu kecil-kecil 1/2 batang Lobak Merah – dadu kecil-kecil 1 biji Cili Merah 1/2 sudu kecil Serbuk Lada Hitam 1 biji Kuning Telur 3 biji Cendawan Tin – cincang halus

C: 2 cawan Santan Pekat

2 batang Serai 3 keping Halia

Page 4: 1. SUP JAGUNG BEBOLA DAGING - Ramly

CARA-CARA

1. Cuci bersih sotong basah, ketepikan. 2. Lecek Burger Lembu Oblong Klasik Ramly dan campurkan bersama bawang

besar, lobak merah, cili merah dan gaul sebati bersama serbuk lada hitam, kuning telur dan cendawan.

3. Masukkan inti tadi ke dalam sotong dan masak dengan santan, serai dan halia

hingga pekat. 4. Hidang bersama nasi putih.

Page 5: 1. SUP JAGUNG BEBOLA DAGING - Ramly

3. RISOLES BERSAMA SOS PERANG A: 300 gm Daging Ayam Kisar Ramly

1 labu Bawang Besar 3 ulas Bawang Putih 1 sudu besar Sos Tomato 1 sudu besar Sos Lada Hitam 1 biji Telur 2 keping Roti Putih (di carik-carik) 1 sudu kecil Serbuk Lada Hitam 1/2 sudu kecil Garam 1 biji Cili Merah – dicincang

B: 1 sudu besar Mentega

1 sudu besar Tepung Gandum 1.5 cawan Air 2 sudu besar Sos Perang (brown sos)

Page 6: 1. SUP JAGUNG BEBOLA DAGING - Ramly

1 sudu besar Pes Tomato 1/2 sudu kecil Garam 1/3 cawan Susu Segar 5 biji Cendawan Butang

CARA-CARA 1. Campurkan kesemua bahan A – leperkan dan goreng shallow 2. Cairkan mentega, masukkan tepung gandum dan air 3. Masukkan sos perang, pes tomato dan susu segar. 4. Akhir sekali masukkan cendawan butang dan garam. 5. Tuang di atas Risoles

Page 7: 1. SUP JAGUNG BEBOLA DAGING - Ramly

4. TALAM LABU BERLAUK A: 400 gm Labu Manis – rebus & lecek halus B: 1/2 cawan Tepung Gandum 1/2 cawan Tepung Ubi 1/2 cawan Tepung Beras 1/2 cawan Gula Pasir 1/2 cawan Santan 1/2 cawan Susu Cair 1 cawan Air 1/2 tsp Garam Sedikit Pewarna Kuning C: 1 sudu besar Minyak Masak

Page 8: 1. SUP JAGUNG BEBOLA DAGING - Ramly

Topping :

200 gm Daging Lembu Kisar Ramly

1 sudu besar Tasty Black Pepper Ramly 1/2 cawan Minyak Masak 1 sudu besar Sos Sotong 50 gm Udang Kering 1 pokok Daun Bawang 1 pokok Daun Sadri 2 biji Cili Merah 2 sudu besar Bawang Goreng CARA-CARA 1. Rebus labu manis sehingga lembut dan lecek dan ketepikan. 2. Campur ke semua bahan B, sebatikan dan masukkan labu manis yang telah di

lecek dan masukkan minyak masak. Gaul sebati. 3. Tuang adunan ke dalam loyang bujur dan kukus selama 20 minit. 4. Untuk membuat topping, panaskan minyak dan goreng Daging Lembu Kisar

Ramly dahulu. Masukkan Tasty Black Pepper Ramly dan sos sotong. Masak seketika dan tapis untuk membuang sedikit minyak dan sejukkan.

5. Tabur Daging Lembu Kisar Ramly bersama dengan udang kering, daun bawang , daun sadri , bawang goreng dan cili merah di atas talam labu tadi

6. Potong dan siap untuk dihidang.

Page 9: 1. SUP JAGUNG BEBOLA DAGING - Ramly

5. PESAMAH BEBOLA DAGING DAN REBUNG A: 20 biji Bebola Daging Ramly 200 gm Rebung Jeruk B: 1/2 cawan Minyak 3 ulas Bawang Merah 4 ulas Bawang Putih 4 cm Halia 1 labu Bawang Besar 5 biji Buah Keras C: 3 sudu besar Rempah Kari Daging 1 sudu besar Rempah Kurma

Page 10: 1. SUP JAGUNG BEBOLA DAGING - Ramly

1/2 cawan Air 2 sudu besar Kerisik

D: 2 cawan Santan Sederhana Asam Keping Garam Secukup Rasa CARA-CARA

1. Panaskan minyak, tumis bahan B sehingga kekuningan, masukkan rempah kari daging dan kurma yang telah dicampur air

2. Masukkan kerisik, sebatikan. Masukkan santan, asam keping, Bebola Daging

Ramly dan rebung. 3. Rasa asam dan garam. 4. Siap untuk dihidang.

Page 11: 1. SUP JAGUNG BEBOLA DAGING - Ramly

6. TAUHU PUH GORENG BIJAN A: Inti

2 sudu besar Minyak Sapi

1 labu Bawang Besar 1 sudu besar Rempah Kari Daging 4 keping Burger Lembu Rasa Panggang Ramly 1 batang Lobak Merah 1 sudu besar Serbuk Lada Hitam 1 sudu kecil Serbuk Jintan Manis Garam secukup rasa

B: 2 biji Telur Kuning C: 6 keping Tauhu Puh – dibahagi 2 1/2 cawan Bijan D: Minyak untuk menggoreng

Page 12: 1. SUP JAGUNG BEBOLA DAGING - Ramly

Hiasan : 2 batang Frankfurter Ayam Jumbo Berlada Hitam Ramly – goreng dahulu CARA-CARA 1. Panaskan minyak sapi, tumis bawang besar. Masukkan rempah kari daging.

Masak seketika, masukkan Burger Lembu Rasa Panggang Ramly. 2. Masukkan lobak merah, biar sedikit layu, masukkan serbuk lada hitam, serbuk

jintan manis dan garam secukup rasa. Biar sejuk seketika 3. Gaulkan bahan inti tadi bersama telur kuning. 4. Tauhu Puh di belah dua dan keluarkan isinya, masukkan inti Burger Lembu

Rasa Panggang Ramly dan dicelup bijan di bahagian isinya. 5. Goreng sehingga kekuningan. 6. Hias bersama Frankfurter Ayam Jumbo Berlada Hitam Ramly, siap untuk

dihidang.

Page 13: 1. SUP JAGUNG BEBOLA DAGING - Ramly

7. ROJAK UTARA PELBAGAI BEBOLA A: Kuah Rojak

1 sudu besar Rempah Kari Daging 1/2 cawan Cili Mesin 2 biji Bawang merah mesin 2 cm Halia 10 biji Buah Kurma – rebus & mesin 1 cawan Air

B: 5 keping Biskut Merry

1 sudu kecil Garam 2 sudu besar Gula 3 keping Asam keping 1 sudu besar Tasty Black Pepper Ramly 1 sudu besar Tasty Chili Ramly 1/2 cawan Kacang Tanah – goreng & tumbuk

Page 14: 1. SUP JAGUNG BEBOLA DAGING - Ramly

1 sudu besar Tepung Jagung – campur sedikit air 1 sudu besar Bijan – goreng tanpa minyak

Sayuran : 2 keping Tauhu - goreng 3 keping Tauhu Fucuk – goreng 1/2 batang Timun 1 biji Sengkuang 1 cawan Taugeh 10 biji Bebola Sotong Ramly – goreng 10 biji Bebola Ayam Ramly – goreng 10 biji Bebola Daging Ramly – goreng CARA-CARA 1. Tumis cili mesin, bawang merah dan halia. Masukkan rempah kari daging. Masak

sehingga garing 2. Masukkan buah kurma yang dimesin, kacang tanah, biskut merry. Masukkan air 3. Masukkan Tasty Black Pepper Ramly dan Tasty Chili Ramly. Masak seketika 4. Masukkan bijan dan asam keping. Akhir sekali masukkan tepung jagung. Rasa

garam dan gula. Masak seketika. 5. Goreng tauhu fucuk, celur taugeh dan potong semua sayuran,potong Bebola

Sotong Ramly, Bebola Ayam Ramly, Bebola Daging Ramly dan atur dalam pinggan dan hidang bersama kuah rojak.

Page 15: 1. SUP JAGUNG BEBOLA DAGING - Ramly

8. TELUR BUNGKUS BERDAGING

A: 5 biji Telur Ayam (gred C) - direbus B: 6 keping Burger Ayam Rasa Panggang Ramly 1 sudu besar Sos Sotong 2 sudu besar Serbuk Roti 1 biji Cili Merah – cincang halus 1 biji Putih telur 1 sudu kecil Serbuk Lada Hitam C: Pewarna Merah

Page 16: 1. SUP JAGUNG BEBOLA DAGING - Ramly

D: Minyak masak untuk menggoreng Hiasan : Tasty Mayo Ramly Tomato CARA-CARA 1. Telur ayam direbus terlebih dahulu, sejukkan dan kupas kulit dan ketepikan.

2. Lembutkan Burger Ayam Rasa Panggang Ramly dan masukka sos sotong, serbuk roti, cili merah, telur putih dan serbuk lada hitam. Masukkan sedikit pewarna merah.

3. Kepal-kepalkan inti ayam dengan telur rebus. 4. Panaskan minyak dan goreng telur, biar garing dan toskan. 5. Hidang dengan membelah telur tadi dan hias bersama Tasty Mayo Ramly dan

tomato.

Page 17: 1. SUP JAGUNG BEBOLA DAGING - Ramly

9. FRANKFURTER JUMBO RANGUP A: 6 keping Kulit Popia B: 6 batang Frankfurter Ayam Jumbo Berlada Hitam Ramly 1 cawan Serbuk Roti 20 keping Daun Bayam C: 1/2 cawan Tepung gandum Air secukupnya jadikan gam tepung D: 2 biji Telur Putih (di pukul –pukul)

1 cawan Bijan

E: Minyak Menggoreng

CARA-CARA 1. Frankfurter Ayam Jumbo Berlada Hitam Ramly di celup bersama serbuk

roti dan di balut bersama dengan bayam dan di balut terus dengan kulit popia. 2. Gam di tepi kulit dengan gam tepung gandum. 3. Celup dengan air atau telur putih dan di golek-golek di atas bijan. 4. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan

Page 18: 1. SUP JAGUNG BEBOLA DAGING - Ramly

10. LOAF AYAM BERGULUNG SAYUR

A: 6 keping Loaf Ayam Ramly 1 keping Fillet Ikan Talapia 6 keping Kiub Nanas 1 biji Lada Benggala – potong memanjang 6 biji Ceri Tomato 6 keping Kobis Cina 10 keping Kacang Peas 10 keping Cendawan Putih 5 Helai Daun Bawang

B: Sos

4 sudu besar Tasty Mayo Ramly 2 sudu besar Tasty Chili Ramly 2 sudu besar Tasty Blackpepper Ramly

C: 10 batang bilah Lidi Salad Sayuran : 6 keping Salad Coral hijau 6 keping Salad Coral Ungu 3 keping Timun – digulung & potong nipis 10 biji Tomato Ceri 1 biji Epal Hijau – potong dadu

Sos Salad : 2 Tbsp Jus Lemon 2 cawan Tasty Mayo Ramly 1 sudu kecil Serbuk Lada Hitam 1/4 sudu kecil Garam

CARA-CARA 1. Letakkan kobis cina, lada benggala, kacang peas, cendawan putih, kiub nanas,

ceri tomato dan fillet ikan tilapia ke dalam Loaf Ayam Ramly. Gulung kemas dan sematkan lidi. Kukus selama 10 minit. Ketepikan

2. Untuk membuat sos salad, campurkan Tasty Mayo Ramly, serbuk lada hitam, jus lemon dan garam, gaul sebati dan ketepikan.

3. Sayuran seperti salad dipotong dan digaul bersama sos salad mayonis yang telah dicampur bahan tadi.

4. Salad boleh dihidang bersama Loaf Ayam Ramly serta Tasty Mayo Ramly, Tasty Chili Ramly dan Tasty Blackpepper Ramly.

Page 19: 1. SUP JAGUNG BEBOLA DAGING - Ramly

11. KUE TEOW KUNGFU BEBOLA SOTONG

A: 1/2 kilo Kue Teow 2 biji Telur campur semua goreng bulat-bulat 1 sudu kecil Sos Sotong leper (shallow) B: 1 sudu besar Minyak Masak 4 ulas Bawang Putih – cincang 1/2 cawan Air 2 kiub Stok Ayam C: 2 pokok Sawi Pendek 100 gm Broccoli 5 biji Tomato Ceri 12 biji Bebola Sotong Ramly 2 sudu besar Tepung Jagung 1 cawan Air 1 sudu besar Tasty Black Pepper Ramly Hiasan : 1 ikat Suun – yang telah di goreng

CARA-CARA 1. Campur kesemua bahan A, bulat-bulatkan dan leper, goreng dan ketepikan. 2. Panaskan minyak, masukkan bawang putih. Masukkan air dan stok ayam. 3. Masukkan Bebola Sotong Ramly, sawi, broccoli, tomato ceri dan air, biar

mendidih. 4. Masukkan tepung jagung dan Tasty Black Pepper Ramly. 5. Kue teow di susun di atas pinggan. Dan di siram kuah ke atasnya. Letak sedikit

suun goreng. 6. Siap untuk dihidang

Page 20: 1. SUP JAGUNG BEBOLA DAGING - Ramly

12. DENDENG BURGER LEMBU RASA PANGGANG

A: 6 keping Burger Lembu Rasa Panggang Ramly

(goreng 1/2 masak & bahagi 2) 1 Sudu Besar Sos Lada Hitam B: 1/2 cawan Minyak Masak C: 4 biji Cili Merah 2 biji Cili Hijau ditumbuk kasar 4 ulas Bawang Putih 4 biji Buah Keras D: 1 tangkai Daun Selasih – goreng dahulu

1 labu Bawang Besar – potong bulat nipis & goreng 1 sudu besar Air Asam Jawa 1/2 cawan Kacang Tanah – cincang kasar CARA-CARA

1. Burger Lembu Rasa Panggang Ramly digoreng dahulu dengan separuh masak dan dibahagi kepada dua, dan di goreng semula sehingga garing.

2. Goreng bawang besar & daun selasih, ketepikan. 3. Tumbuk kasar bahan C dan tumis bersama minyak masak. 4. Masukkan Burger Lembu Rasa Panggang Ramly, gaul sebati ,masukkan air

asam jawa dan kacang tanah yang di cincang kasar. 5. Akhir sekali, masukkan bawang dan daun selasih yang telah digoreng,

balik-balikkan. 6. Siap untuk dihidang.

Page 21: 1. SUP JAGUNG BEBOLA DAGING - Ramly

13. PANCAKE BERLAPIS PEDAS A: Pancake 125 gm Tepung Gandum 1/2 sudu kecil Garam 2 biji Telur Mesin selama 1 minit & tapis 1/2 sudu kecil Serbuk Lada Putih 300 gm Susu Segar 1 sudu besar Minyak Inti:

30 gm Mentega 2 sudu besar Tepung Gandum 150 gm Susu Segar 2 labu Bawang Besar – dadu kecil & goreng 1 biji Epal – dipotong dadu & goreng 300 gm Daging Ayam Kisar Ramly 1 sudu besar Seasoning (kicap cair berperisa) 2 sudu besar Krim Tawar

Hiasan : bawang besar – potong bulat CARA-CARA

1. Mesin semua bahan A dan tapis. 2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Tuangkan satu senduk adunan biar

menjadi nipis dan masak sehingga kekuningan. Ulang sehingga beberapa kali pancake.

3. Buatkan inti pancake. Cairkan mentega, masukkan tepung gandum, sebatikan

dan masukkan susu segar. Apabila pekat, masukkan bawang, epal dan Daging Ayam Kisar Ramly. Masukkan seasoning dan krim tawar, masak seketika.

4. Lapiskan pancake bersama inti, dah hias bawang besar

Page 22: 1. SUP JAGUNG BEBOLA DAGING - Ramly

14. DAGING LEMBU STROGANOFF A: 3 biji Ubi Kentang rebus – goreng wedges B: 400 gm Burger Lembu Oblong Klasik Ramly

1 sudu kecil Serbuk Lada Hitam 1 sudu kecil Serbuk Mustard 1 sudu kecil Serbuk Pala

C: 4 sudu besar Minyak Masak 2 labu Bawang Besar – wedges

D: 2 sudu besar Mentega

100 gm Cendawan – hiris 3 sudu besar Crème’ 2 kiub Stok Ayam E: Sayuran : Brocoli/ Bunga Kobis/Asparagus CARA-CARA 1. Perap Burger Lembu Oblong Klasik Ramly bersama bahan B. 2. Panaskan kuali, goreng bawang besar sehingga kekuningan, angkat dan

ketepikan. 3. Goreng Burger Lembu Oblong Klasik Ramly yang telah diperap dan

ketepikan. 4. Cairkan mentega, masukkan cendawan yang telah di hiris, masak seketika.

masukkan crème’ dan stok daging. 5. Susun Burger Lembu Oblong Klasik Ramly di atas pinggan, hias bersama

kentang dan sayuran. Tuang kuah cendawan di atas Burger Lembu Oblong Klasik Ramly.

6. Siap untuk dihidang bersama roti atau nasi mentega.

Page 23: 1. SUP JAGUNG BEBOLA DAGING - Ramly

15. NASI MINYAK BEBOLA DAGING RAMLY

4 cawan Beras Basmati 1 cawan Susu Cair 4 sudu besar Minyak Sapi 1/2 cawan Minyak Masak 1/2 paket Bebola Daging Ramly

Sedikit Pewarna Kuning 1 sudu besar Garam 5 cawan Air 2 helai Daun Pandan

Bahan untuk menumis: 2 biji Bunga Lawang 5 kuntum Cengkih 2 inch Kulit Kayu Manis 5 biji Buah Pelaga 4 cm Halia 3 biji Bawang Besar mayang halus 10 ulas Bawang Putih

Bahan hiasan: 100 gm Buah Kismis 1 tin Kacang Peas

CARA-CARA:

1. Beras dibersihkan dan ditos airnya.

2. Panaskan minyak sapi dan minyak masak apabila cukup panas masukkan bahan-bahan untuk menumis, goreng sehingga naik bau.

3. Selepas itu masukkan Bebola Daging Ramly dan masukkan air serta daun pandan.

4. Apabila mendidih masukkan garam dan beras gaul rata dan masukkan susu cair biarkan sehingga kering.

5. Akhir sekali, masukkan pewarna kuning, kismis dan kacang peas. Siap, untuk dihidang.

Page 24: 1. SUP JAGUNG BEBOLA DAGING - Ramly

16. MEE REBUS DAGING LEMBU KISAR

A: Mesin

2 cm Lengkuas 2 cm Halia 2 biji Bawang Besar 5 biji Bawang Putih 10 tangkai Cili Kering 1/2 cawan Udang Kering 1 sudu besar Serbuk Kari

B: Kuah

1 paket Daging Lembu Kisar Ramly 2 batang Lobak Merah- dipotong dadu 2 biji Ubi Kentang - dipotong dadu 6 biji Ubi Kentang direbus dan dilecekkan 2 batang Serai 2 batang Celery 1 cawan Kacang Tanah- dimesin 2 sudu besar Minyak Masak

Air Secukupnya, 1 sudu besar Garam 1 sudu besar Gula 2 sudu besar Tepung Jagung dicampur sedikit air

C: Hidangan

1 kilo Mee Kuning 3 keping Tauhu digoreng garing dan dipotong dadu

Taugeh & Limau Kasturi 3 biji Telur Rebus

Cili Hijau, Cili Merah dimayang halus Bawang Goreng

CARA-CARA 1. Panaskan minyak, masukkan bahan-bahan yang dikisar dan goreng

sampai garing. 2. Masukkan Daging Lembu Kisar Ramly dan gaul sebati. Masukkan air,

ubi kentang, lobak merah, serai dan ubi kentang lecek dan masak sehingga ubi kentang dan lobak merah menjadi lembut.

3. Masukkan celery dan kacang tanah, gaul sebati dan masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan air. Masak sehingga pekat.

4. Siapkan bahan-bahan hidangan di dalam mangkuk dan kuah. Siap untuk dihidang.

Page 25: 1. SUP JAGUNG BEBOLA DAGING - Ramly

17. RENDANG ANEKA AIDILFITRI A: 6 keping Burger Lembu Oblong Klasik Ramly – dihancur 250 gm Hati Lembu 250 gm Paru 120 gm Jantung 100 gm Limpa 1 senduk Minyak Masak 2 biji Tomato – potong dadu B: 8 biji Cili Hijau - mesin 10 biji Cili Api - mesin 1 cawan Lengkuas- mesin 6 batang Serai- mesin 1 labu Bawang Besar – mesin 4 ulas Bawang merah – mesin 5 ulas Bawang Putih – mesin 5 biji Buah Keras – mesin 2 sudu besar Rempah Kurma

C: 2 cawan Santan 3 sudu besar Kerisik Asam Keping Daun Kunyit Daun Limau Purut Garam Secukup Rasa CARA-CARA 1. Panaskan minyak, tumis buah tomato dan masak sehingga layu. Mesin bahan B

dan masukkan ke dalam kuali. Masukkan juga rempah kurma. 2. Masukkan bahan A, kacau sebati. 3. Masukkan santan, asam keping, kerisik dan masak sehingga kering. Masukkan

daun kunyit dan daun limau purut. 4. Masukkan garam. Sedia untuk dihidang.

Page 26: 1. SUP JAGUNG BEBOLA DAGING - Ramly

18. PULUT PANGGANG BERDAGING AYAM

A: 2 cawan Beras Pulut (rendam selama 4 jam) dan kukus B: 1 cawan Santan Sedikit Garam C: INTI

2 sudu besar Minyak Masak 200 gm Burger Ayam Rasa Panggang Ramly 1 sudu kecil Serbuk Jintan Manis 1 sudu kecil Serbuk Kari Daging 1/2 cawan Bawang Goreng 1 sudu kecil Kicap Sotong 1/2 sudu kecil Serbuk Lada Hitam D: 10 helai Daun Pisang - dilayur 10 helai Tali Rafia

CARA-CARA 1. Kukus pulut dan sebatikan dengan santan yang telah dicampur garam.

2. Untuk membuat inti. panaskan minyak. Tumis Burger Ayam Rasa Panggang Ramly, serbuk jintan manis dan masak seketika. Masukkan serbuk kari daging dan gaul sebati.

3. Masukkan kicap sotong,, serbuk lada hitam dan bawang goreng. Sebatikan dan

ketepikan.

4. Daun pisang dilayur terlebih dahulu, letakkan pulut yang telah dikukus dan letakkan inti ayam ditengah.

5. Gulung dan ikat bersama tali rafia. 6. Rebus selama 15 minit, dan siap untuk dihidang