borang pengesahan status tesis - fp.utm.my · laporan ini di sepanjang tempoh laporan kajian ini...

23
PSZ 19:16Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP. SESI PENGAJIAN: 2008-2009 Saya ROZI BIN BABA (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, ___________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 1318-B KG. PENGKALAN SETAR, PROFESOR DR. ZAITUN HJ. SIDIN GELUGOR KEDAI, 20050 K. TERENGGANU, TERENGGANU. Tarikh: ______________________ Tarikh:_______________________ CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: phamkhue

Post on 06-Mar-2019

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PSZ 19:16Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ♦

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP.

SESI PENGAJIAN: 2008-2009

Saya ROZI BIN BABA (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

Pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

Institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, ___________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap:

1318-B KG. PENGKALAN SETAR, PROFESOR DR. ZAITUN HJ. SIDIN GELUGOR KEDAI, 20050 K. TERENGGANU,

TERENGGANU. Tarikh: ______________________ Tarikh:_______________________

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

“Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.

Tandatangan : ...................................................................

Nama Penyelia : PROFESOR DR. ZAITUN HJ. SIDIN

Tarikh : ...................................................................

PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)

DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP

ROZI BIN BABA

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran

Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2009

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ........................................................

Nama Penulis : ROZI BIN BABA

Tarikh : ........................................................

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.

Buat ayah dan ibuku,

Allahyarham Baba bin Muda dan Hitam bt. Salleh

Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasan bantuanmu tidak termampu

diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang

Maha Mengetahui dan membalasnya .

Istimewa buat

Isteri yang dicintai Siti Haida bt. Jusoh.

Pengorbanan dan keikhlasanmu yang menanti kejayaan dan kepulanganku

Serta

Untuk anak-anak yang dikasihi

Nurazieda Dayana, Nurazieda Damia dan Nurazieda Danisa

Semoga dengan kejayaan Ayahanda ini menjadi pendorong buat kalian

Seterusnya

Penyelia pembimbing yang telah mendidik dengan penuh sabar

Prof. Dr. Zaitun Haji Sidin

Akhirnya

Rakan-rakan seperjuangan PKPG

Yang sentiasa memberi pertolongan dan bantuan.

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulilah segala puji dan syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan

limpah dan kurnia-Nya Projek Sarjana Muda ini dapat disempurnakan.

Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih khasnya kepada Prof. Dr. Zaitun

Haji Sidin di atas segala bimbingan, tunjuk ajar, saranan-saranan yang bernas,

sokongan yang berterusan serta kesediaan beliau meluangkan masa menyemak

laporan ini di sepanjang tempoh laporan kajian ini disiapkan.

Kerjasama daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran

Negeri Terengganu dan sekolah-sekolah menengah di daerah Kuala Terengganu

Selatan yang terlibat dalam kajian ini amatlah saya hargai dan ribuan terima kasih

diucapkan.

Penghargaan juga ditujukan kepada semua pensyarah dan kakitangan

akademik Fakulti Pendidikan UTM. Tidak lupa juga ucapan terima kasih buat rakan-

rakan seperjuangan, 4 SPH PKPG serta kepada semua yang terlibat sama ada secara

langsung atau tidak langsung membantu menjayakan projek penyelidikan ini.

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap literasi Teknologi Maklumat

dan Komunikasi (TMK) dalam kalangan guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu

(KHB), tahap dan bentuk penggunaan serta keupayaan infrastruktur TMK dalam

proses pengajaran dan pembelajaran KHB. Kajian ini telah dijalankan di sekolah

menengah di daerah Kuala Terengganu Selatan. Seramai 115 orang guru dipilih

sebagai sampel dari keseluruhan populasi terlibat dalam penyelidikan ini.

Pengumpulan data dilakukan melalui borang soal selidik dan penganalisisan data

dilakukan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS).

Hasil dapatan kajian ini menunjukkan tahap literasi TMK dalam kalangan guru-guru

KHB adalah sederhana tinggi. Guru-guru KHB sering menggunakan kaedah tutorial

dan penerokaan semasa mengaplikasikan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran

KHB. Kebanyakan sekolah telah mempunyai infrastruktur TMK yang mencukupi

untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran tapi kebolehcapaiannya

dalam mata pelajaran KHB adalah rendah dalam kajian ini. Dapatan ini boleh

memberi panduan kepada pelbagai pihak terutamanya pihak sekolah dan guru-guru

KHB dalam membuat perancangan masa depan bagi meningkatkan lagi penggunaan

TMK dalam pengajaran dan pembelajaran KHB.

vi

ABSTRACT

This study aims to determine the literacy level of Information

Communication and Technology (ICT) among Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB)

teachers, their level of understanding, the type of usage and also the ICT

infrastructure availability in the teaching and learning process. This research was

conducted in secondary schools in the southern region of Kuala Terengganu. A total

of 115 teachers were selected from the population as samples for this study. Data

colletion was done by distributing questionnaires and the data were analyzed and

interpreted using Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) software. The

finding indicates that the literacy of ICT level among KHB teachers is moderate.

KHB teachers often use tutorials and exploration methods when applying ICT in the

process of teaching and learning. Most schools have adequate ICT infrastructure for

teaching and learning but it’s application in KHB subject is still low in this study.

This finding may guide schools and KHB teachers in future planning to increase the

usage of ICT in KHB teaching and learning process.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latarbelakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Batasan Kajian 9

1.8 Definasi Istilah 9

1.8.1 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) 10

1.8.2 Literasi ICT 10

viii

1.8.3 Penggunaan ICT 10

1.8.4 Proses Pengajaran dan Pembelajaran 11

1.9 Kesimpulan 11

2 SOROTAN PENULISAN 12

2.1 Pengenalan 12

2.2 Latar Belakang Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 12

Bersepadu

2.3 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) 14

2.4 Literasi ICT dalam Kalangan Guru 15

2.5 Pengaplikasian ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran 17

Dalam Kalangan Guru

2.6 Kemudahan dan Kebolehcapaian ICT di Sekolah 20

2.7 Kesimpulan 22

3 METODOLOGI KAJIAN 24

3.1 Pengenalan 24

3.2 Rekabentuk Kajian 24

3.3 Prosedur Kajian 25

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 26

3.5 Instrumen Kajian 27

3.5.1 Bahagian A 28

3.5.2 Bahagian B 29

3.5.3 Bahagian C 29

3.5.4 Bahagian D 30

3.6 Kajian Rintis 30

3.7 Analisis Data 31

3.8 Kesimpulan 33

ix

4 ANALISIS DATA 34

4.1 Pengenalan 34

4.2 Maklum Balas Soal Selidik 34

4.3 Profil Demografi Responden 35

4.3.1 Jantina 35

4.3.2 Pengalaman Mengajar 36

4.3.3 Kelulusan Akademik 37

4.3.4 Elektif Yang Diajar Oleh Guru-guru KHB 37

4.4 Maklum Balas Responden 38

4.4.1 Tahap Literasi ICT 39

4.4.2 Tahap Pengaplikasian ICT 42

4.4.3 Bentuk Penggunaan ICT 45

4.4.4 Keupayaan Infrastruktur ICT 50

4.5 Kesimpulan 52

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 53

5.1 Pengenalan 53

5.2 Rumusan Dapatan Kajian 54

5.2.1 Rumusan Latar Belakang Responden 55

5.2.2 Rumusan Persoalan Kajian 56

5.3 Perbincangan dan Implikasi Kajian 56

5.3.1 Tahap Literasi ICT Guru-Guru Kemahiran Hidup 57

5.3.2 Tahap Pengaplikasian ICT Dalam Pengajaran dan

Pembelajaran KHB 58

5.3.3 Bentuk Penggunaan ICT Yang Digunakan Dalam

Pengajaran dan Pembelajaran KHB 60

5.3.4 Keupayaan Infrastruktur ICT Dalam Pengajaran

dan Pembelajaran KHB 61

x

5.4 Cadangan 63

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 64

5.6 Penutup 65

RUJUKAN 66

Lampiran A – E 72 - 83

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Pembahagian dan Taburan bilangan Soal Selidik 28

3.2 Jadual Penentuan Skor Min 32

3.3 Penentuan Tahap Peratusan 32

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 36

4.2 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar 36

4.3 Taburan Responden Mengikut Kelulusan Akademik 37

4.4 Taburan Responden Mengikut Elektif Kemahiran Hidup 38

4.5 Literasi ICT di Kalangan Guru-Guru KHB 40

4.6 Pengaplikasian ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran KHB 43

4.7 Penggunaan ICT Untuk Pembelajaran Tutorial 46

4.8 Penggunaan ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan 48

4.9 Penggunaan ICT Sebagai Pemudah Komunikasi 49

4.10 Kemudahan Infrastruktur ICT Dalam Pengajaran Dan

Pembelajaran KHB 51

xii

SENARAI SINGKATAN/SIMBOL

ICT Information Communication and Technology

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

KHB Kemahiran Hidup Bersepadu

P&P Pengajaran dan Pembelajaran

SMK Sekolah Menengah Kebangsaan

P&P Pengajaran dan Pembelajaran

PPK Pusat Perkembangan Kurikulum

JPN Jabatan Pelajaran Negeri

PPD Pejabat Pelajaran Daerah

STS Sangat Tidak Setuju

S Setuju

SS Sangat Setuju

STT Sangat Tidak Tahu

SP Sisihan Piawai

ST Sangat Tahu

TMK Teknologi Maklumat dan Komunikasi

TP Tidak Pasti

Y Ya

T Tidak

TT Tidak Tahu

SPSS Statistical Package for Social Science

UTM Universiti Teknologi Malaysia

f Frekuensi

% Peratus

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal selidik. 72

B Analisis SPS Alpha Kajian rintis 78

B Pengesahan Item soal selidik 79

C Surat dari KPM 80

D Surat dari JPN Terengganu 82

E Surat kebenaran mendapatkan maklumat 83

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sistem pendidikan di Malaysia adalah bersifat dinamik, penambahbaikan

sering dilakukan bagi menyesuaikan pengisian dengan sistem pendidikan formal

supaya dapat memenuhi kehendak dan keperluan semasa bagi mencapai wawasan

negara. Perubahan yang perlu adalah dalam aspek-aspek seperti budaya pengajaran

dan pembelajaran, sistem pengurusan, sistem pentaksiran (penilaian) dan

pembangunan kemudahan teknologi multimedia. Keadaan ini memberi gambaran

tentang arus perubahan dalam sistem pendidikan iaitu berhubung dengan

pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) atau dalam bahasa

yang selalu digunakan, Information Communication and Technology (ICT) dalam

proses pengajaran dan pembelajaran (p&p).

Fenomena p&p berbantukan komputer ataupun pengaplikasian ICT sudah

tidak asing lagi bagi kita pada abad ini. Pelbagai program atau kursus yang berkaitan

dengan komputer telah diberikan kepada guru mahupun bakal guru yang berada di

institusi pengajian. Guru-guru juga mestilah mempunyai inisiatif untuk

melengkapkan diri serta meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang

2

ICT supaya dapat mengaplikasikannya bagi tujuan p&p di sekolah. Namun,

dikatakan masih agak ramai lagi golongan guru yang tidak menyedari kepentingan

ICT dalam membantu p&p. Misalnya menurut Mazyla (2004) dalam kajiannya

mendapati guru teknikal tidak menggunakan ICT dalam melaksanakan pengajaran

dan pembelajaran walaupun mereka diberi kemudahan yang cukup.

Ini menunjukan bahawa terdapat golongan guru tidak menggunakan

sepenuhnya kelebihan dan kemudahan ICT di sekolah masing-masing walaupun

kerajaan telah membekalkan peralatan dan keperluan ICT yang secukupnya. Perkara

ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Misalnya, K.S Ting dan Y.L Woo

(2005) menyatakan terdapat cabaran dan masalah dalam penggunaan ICT dalam

proses pengajaran dan pembelajaran, iaitu sikap negatif guru terhadap penggunan

ICT dan guru kurang berkemahiran dalam menggunakan ICT untuk proses

pengajaran dan pembelajaran. Ini disokong oleh Yuszalina (2005) dalam kajiannya

mendapati tahap pengetahuan dan kemahiran sedia ada guru-guru Kemahiran Hidup

dalam penggunaan ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran adalah berada di

tahap rendah.

Sehingga kini banyak projek berkaitan ICT telah dilaksanakan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Antaranya, projek pengkomputeran pada

Mac 2000 di mana KPM telah menyediakan 4,500 sekolah dengan makmal komputer

iaitu tambahan kepada 5,104 makmal komputer sedia ada. Pelaksanaan Pengajaran

dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada tahun

2003 yang melibatkan pelajar Tahun 1, Tingkatan 1 dan Tingkatan Enam telah

memperlihatkan banyak perkakasan ICT dibekalkan ke sekolah terutamanya

komputer riba dan projektor LCD. KPM juga telah melaksanakan Projek Rangkaian

SchoolNet bagi menyambung semua sekolah di Malaysia dalam satu jaringan

rangkaian berkelajuan 1Mbps (muat turun) dan 128 Kbps (muat naik). Projek ini

dilaksanakan bagi membudayakan penggunaan internet dalam pengajaran dan

pembelajaran melalui pembangunan laman web yang menyediakan bahan sumber

pendidikan untuk pelajar, guru dan pentadbir (Salleh Hassan, 2006).

3

1.2 Latarbelakang Masalah

Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) mula diperkenalkan

sejak tahun 1989 melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) bagi

menggantikan Sistem Pendidikan Komprehensif melalui mata pelajaran yang

berasaskan pravokasional. Mata pelajaran KHB adalah berunsurkan teknologi dan

ditawarkan kepada semua murid di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Mata pelajaran

KHB ini dirancang untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti

negara melalui penglibatan masyarakat secara kreatif, inovatif dan produktif

seterusnya dapat menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas bagi

memenuhi keperluan sektor perdagangan dan industri selain untuk tujuan

melanjutkan pengajian dalam bidang teknikal dan vokasional yang berkaitan.

Struktur mata pelajaran KHB terbahagi kepada dua iaitu bahagaian Teras dan

Elektif. Bahagian Teras mengandungi satu bidang pembelajaran iaitu Reka Bentuk

dan Teknologi yang wajib dipelajari oleh semua pelajar. Bahagian Elektif

mengandungi empat komponen iaitu Kemahiran Teknikal, Ekonomi Rumah Tangga,

Pertanian serta Perdagangan dan Keusahawanan. Dalam pengajaran dan

pembelajaran (p&p) Kemahiran Hidup, pelajar digalakkan menggunakan teknologi

maklumat dan komunikasi (TMK) atau Information Communication and Technology

(ICT) terutamanya dalam pengumpulan data, pemilihan dan pemprosesan maklumat.

Dengan ini kemahiran ICT murid juga boleh diperkembangkan seperti melayari

laman web, menggunakan perisian, CD-ROM dan pengkalan data serta

berkomunikasi secara elektronik (Pusat Perkembangan Kurikulum 2002).

Keupayaan ICT dalam membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran

sememangnya tidak perlu disangkal lagi. Walaupun begitu, tidak dinafikan masih

terdapat guru yang tidak menyedari kepentingan ICT dalam membantu proses

pengajaran dan pembelajaran supaya ianya menjadi lebih bermakna. Sebenarnya,

guru tidak perlu menjadi pakar, cukup sekadar menguasai kemahiran asas ICT yang

boleh diperolehi melalui kursus literasi komputer yang telah dianjurkan oleh KPM,

4

Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) mahupun pihak sekolah. Kerajaan telah

membekalkan banyak peralatan dan keperluan ICT bagi kebanyakan sekolah di

negara kita tetapi masih terdapat segelintir guru yang tidak menggunakan

sepenuhnya kelebihan dan kemudahan ICT yang telah dibekalkan. Adakah ini

disebabkan oleh tahap literasi ICT guru berada pada tahap rendah ataupun kerana

sikap guru itu sendiri yang tidak berminat dalam ICT? Sebenarnya, dalam konteks

penggunaan ICT dalam p&p, tiada satu kaedah pun yang boleh dikatakan sebagai

lengkap dan boleh diterima pakai oleh kesemua golongan pendidik. Pendekatan

yang terbaik ialah penggunaan ICT perlu serasi dengan keperluan murid dan

membuahkan hasil yang diharapkan dalam jangka masa yang munasabah.

Bahagian Perkembangan Kurikulum, dulunya dikenali Pusat Perkembangan

Kurikulum (2001) telah merangka satu garis panduan dalam konteks penggunaan

ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Ianya telah dikategorikan kepada dua

bahagian iaitu aspek pengajaran dan aspek pembelajaran. Aspek pengajaran adalah

guru menggunakan ICT sebagai alat persembahan dan alat demonstrasi manakala

dalam aspek pembelajaran pula pelajar yang menggunakan ICT. Penggunaan ICT

dalam pengajaran dan pembelajaran boleh dikategorikan kepada:-

i) ICT untuk pembelajaran tutorial

ICT digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan

urutan yang telah ditetapkan iaitu merangkumi pembelajaran ekspositori yang

memberikan penjelasan secara terperinci mengenai sesuatu perkara atau

subjek, demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan urutan babaknya

dikawal oleh sistem dan latihan atau latih tubi yang disampaikan dan dikawal

oleh sistem. Pelajar hanya menerima bahan pelajaran yang dikawal dan

ditentukan oleh sistem.

5

ii) ICT untuk pembelajaran penerokaan (eksploratori)

Penggunaan ICT adalah sebagai medium untuk mencari dan mengakses

maklumat daripada CD-ROM, internet, portal maklumat dan sebagainya.

Pelajar mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena atau

demonstrasi secara simulasi. Dalam pembelajaran penerokaan, pelajar boleh

mengawal dan menentukan maklumat yang diterima melalui ICT.

iii) ICT sebagai alat aplikasi

ICT digunakan sebagai alat aplikasi apabila membantu pelajar

melaksanakan tugasan pembelajaran dan bukan sebagai mekanisma

penyaluran maklumat pengajaran dan pembelajaran. Contohnya penggunaan

perisian hamparan elektronik, editor grafik, dan Computer Aided Design

(CAD) yang membantu murid melaksanakan aktviti pembelajaran.

iv) ICT sebagai alat pemudah komunikasi

ICT sebagai alat pemudah komunikasi apabila digunakan untuk

membolehkan pelajar dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar,

menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks,

grafik, audio, dan video.

Walapun terdapat empat bentuk penggunan ICT untuk proses pengajaran dan

pembelajaran di sekolah, penyelidik dapati fungsi ICT sebagai alat aplikasi adalah

sebahagian daripada fungsi ICT untuk pembelajaran penerokaan. Oleh itu dalam

kajian ini hanya tiga jenis bentuk penggunaan ICT akan dikaji iaitu, ICT untuk

pembelajaran tutorial, ICT untuk pembelajaran penerokaan dan ICT sebagai alat

pemudah komunikasi.

6

Guru-guru KHB perlu bijak mengatur strategi dalam penggunaan ICT ketika

menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana pengajaran KHB lebih

tertumpu kepada pengajaran dan pembelajaran amali melibatkan bengkel, makmal,

kelas, dan luar dari bilik darjah. Oleh itu perancangan awal perlu dilakukan bagi

membuat pemilihan tajuk-tajuk yang sesuai untuk mengintegrasikan ICT supaya

proses p&p dapat berjalan dengan lancar tanpa gangguan. Ini kerana dalam mata

pelajaran KHB, tiada perisian khas yang dibekalkan oleh KPM seperti mana yang

yang telah dibekalkan dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.

Keberkesanan proses p&p dengan pengintegrasian ICT dalam mata pelajaran

KHB bergantung kepada keupayaan dan kebolehan guru-guru KHB menggunakan

sumber yang dibekalkan serta mengaplikasikan teknologi maklumat. Isu ini

memberi cabaran yang besar kepada guru-guru KHB terhadap kadar penerimaan dan

persiapan dalam penggunaan ICT. Adakah guru-guru KHB telah menguasai literasi

ICT bagi membolehkan mereka memainkan peranan dengan berkesan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran?

1.3 Pernyataan masalah

Masih lagi terdapat segelintir guru-guru yang kurang peka terhadap

penggunaan ICT terutamanya yang melibatkan mata pelajaran teknikal seperti KHB.

Kebanyakkan guru-guru di sekolah telah didedahkan dengan kursus-kursus literasi

ICT, sama ada yang dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM),

Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) atau sekolah. Tidak

seperti guru-guru Sains dan Matematik, pihak KPM tidak membekalkan kemudahan

komputer riba (laptop) atau projektor LCD untuk kegunaan guru-guru KHB.

Adakah ini menunjukkan guru-guru KHB menghadapi masalah kekurangan

infrastruktur ICT dalam melaksanakan p&p bagi mata pelajaran KHB? Sebaliknya

7

pula, jika guru-guru KHB yang mempunyai literasi ICT dan mempunyai inisiatif

yang tinggi, mereka boleh menggunakan sumber-sumber lain jika berminat

melaksanakan ICT dalam mata pelajaran KHB.

Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk melihat literasi ICT di kalangan guru-

guru KHB serta pengaplikasiannya dalam P&P di sekolah. Adakah guru-guru KHB

merancang bentuk penggunaan ICT mengikut cadangan penggunaan ICT yang telah

dikeluarkan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum?

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

1. Untuk mengenal pasti tahap literasi ICT di kalangan guru-guru KHB.

2. Untuk mengetahui tahap pengaplikasian ICT dalam pengajaran dan

pembelajaran KHB.

3. Untuk mengenal pasti bentuk penggunaan ICT dalam pengajaran dan

pembelajaran KHB.

4. Untuk mengenal pasti kemudahan infrastruktur ICT yang terdapat di sekolah

bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran KHB.

8

1.5 Persoalan Kajian

Sebagai panduan untuk mencapai tujuan dan objektif-objektif kajian beberapa

persoalan kajian berikut dikemukakan:

1. Sejauh manakah tahap literasi ICT di kalangan guru-guru KHB?

2. Sejauh manakah tahap pengaplikasian ICT dalam pengajaran dan

pembelajaran KHB?

3. Apakah bentuk penggunaan ICT yang digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran KHB?

4. Adakah kemudahan infrastruktur ICT di sekolah mencukupi bagi tujuan

pengajaran dan pembelajaran KHB?