apakah yang anda perlu tahu mengenai denggi

Upload: codybowlsmalaysia

Post on 31-May-2018

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 APAKAH YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI DENGGI

    1/22

    APAKAH YANG ANDA PERLU

    TAHU MENGENAI DENGGI?

    o * Apa itu penyakit denggi?

    o * Jenis-jenis demam denggi.

    o * Agen penyebab penyakit

    denggi.o * Pembawa agen penyakit

    denggi.

    o * Cara jangkitan penyakit

    denggi.

    o * Tempat pembiakan pembawa

    agen penyakit denggi.

    o * Tanda-tanda/gejala-gejala

    penyakit denggi.

    http://www.commhlth.medic.ukm.my/dengue/kelas.htm#info2http://www.commhlth.medic.ukm.my/dengue/kelas.htm#JENIShttp://www.commhlth.medic.ukm.my/dengue/kelas.htm#AGENhttp://www.commhlth.medic.ukm.my/dengue/kelas.htm#AGENhttp://www.commhlth.medic.ukm.my/dengue/kelas.htm#PEMBAWAhttp://www.commhlth.medic.ukm.my/dengue/kelas.htm#PEMBAWAhttp://www.commhlth.medic.ukm.my/dengue/kelas.htm#CARAhttp://www.commhlth.medic.ukm.my/dengue/kelas.htm#CARAhttp://www.commhlth.medic.ukm.my/dengue/kelas.htm#TEMPAThttp://www.commhlth.medic.ukm.my/dengue/kelas.htm#TEMPAThttp://www.commhlth.medic.ukm.my/dengue/kelas.htm#TANDA-TANDAhttp://www.commhlth.medic.ukm.my/dengue/kelas.htm#TANDA-TANDAhttp://www.commhlth.medic.ukm.my/dengue/kelas.htm#JENIShttp://www.commhlth.medic.ukm.my/dengue/kelas.htm#AGENhttp://www.commhlth.medic.ukm.my/dengue/kelas.htm#AGENhttp://www.commhlth.medic.ukm.my/dengue/kelas.htm#PEMBAWAhttp://www.commhlth.medic.ukm.my/dengue/kelas.htm#PEMBAWAhttp://www.commhlth.medic.ukm.my/dengue/kelas.htm#CARAhttp://www.commhlth.medic.ukm.my/dengue/kelas.htm#CARAhttp://www.commhlth.medic.ukm.my/dengue/kelas.htm#TEMPAThttp://www.commhlth.medic.ukm.my/dengue/kelas.htm#TEMPAThttp://www.commhlth.medic.ukm.my/dengue/kelas.htm#TANDA-TANDAhttp://www.commhlth.medic.ukm.my/dengue/kelas.htm#TANDA-TANDAhttp://www.commhlth.medic.ukm.my/dengue/kelas.htm#info2
  • 8/14/2019 APAKAH YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI DENGGI

    2/22

    o * Diagnosis penyakit denggi.

    o * Rawatan penyakit denggi.

    o

    * Cara pencegahan dankawalan penyakit denggi.

    APA ITU PENYAKIT

    DENGGI?

    Penyakit denggi adalah suatupenyakit berjangkit yang merbahaya

    yang boleh membawa maut kerana

    sehingga kini belum ada ubat untuk

    mengubati penyakit ini.

    Denggi biasa terjadi di kalangan

    orang dewasa dan kanak-kanak akibat

    dari gigitan nyamuk Aedes.

    Penyakit ini biasanya berlangsung

    selama 10 hari dan kadang-kadangmemerlukan masa yang lama untuk

    sembuh sepenuhnya.

    http://www.commhlth.medic.ukm.my/dengue/kelas.htm#DIAGNOSIShttp://www.commhlth.medic.ukm.my/dengue/kelas.htm#DIAGNOSIShttp://www.commhlth.medic.ukm.my/dengue/kelas.htm#RAWATANhttp://www.commhlth.medic.ukm.my/dengue/denggi2.htm#KAWALANhttp://www.commhlth.medic.ukm.my/dengue/denggi2.htm#KAWALANhttp://www.commhlth.medic.ukm.my/dengue/kelas.htm#DIAGNOSIShttp://www.commhlth.medic.ukm.my/dengue/kelas.htm#RAWATANhttp://www.commhlth.medic.ukm.my/dengue/denggi2.htm#KAWALANhttp://www.commhlth.medic.ukm.my/dengue/denggi2.htm#KAWALAN
  • 8/14/2019 APAKAH YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI DENGGI

    3/22

    Penyakit denggi kerap berlaku di

    kawasan bandar jika dibandingkan

    dengan luar bandar.

    JENIS-JENIS PENYAKIT

    DENGGI

    Terdapat 2 jenis penyakit denggi

    iaitu:

    a. Demam denggi klasikal.

    Pesakit menunjukkan gejala

    demam, ruam, sakit badan, sakit

    sendi dan sakit otot. Gejalapenyakit ini biasanya tidak teruk

    dan jarang menyebabkan

    kematian. Demam jenis ini juga

    pernah dinamakan 'demam patah

    tulang' atau 'breakbone fever'.

    b. Demam denggi berdarah.

  • 8/14/2019 APAKAH YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI DENGGI

    4/22

    Biasanya terjadi di kalangan

    kanak-kanak terutama dalam

    lingkungan umur 2-13 tahun.Pada tahap awal (selama 2-4 hari)

    gejala yang dihidapi adalah sama

    seperti demam denggi klasikal

    dan diikuti oleh tahap yang lebih

    teruk dengan gejala sepertitekanan darah rendah, ruam dan

    bintik-bintik merah di badan,

    perdarahan gusi, berak berdarah

    (najis berwarna hitam) disertai

    dengan sawan dan tidak sedar diri.Ia sering menyebabkan kematian

    jika rawatan tidak diberikan

    dengan segera. Ia juga dipanggil

    sebagai 'demam berdarah

    Filipina'.

    AGEN PENYEBAB PENYAKIT

    DENGGI

  • 8/14/2019 APAKAH YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI DENGGI

    5/22

    Penyakit denggi disebabkan oleh

    sejenis kuman virus yang dipanggil

    virus denggi. Virus ini tergolong didalam keluarga Togaviridae. Ia

    merupakan virus yang berkembang

    biak dalam serangga. Terdapat 4 jenis

    'serotype' virus yang telah

    dikenalpasti iaitu Den 1, Den 2, Den3 dan den 4. Semua jenis serotype ini

    boleh meransang pembentukan

    antibodi yang berbeza-beza. Namun

    begitu kekebalan yang dihasilkan

    oleh pertahanan badan tidakmenyeluruh terhadap semua jenis

    virus denggi. Ia akan hanya

    melindungi individu untuk jenis virus

    tersebut sahaja.

    Virus ini masuk ke dalam peredarandarah manusia melalui gigitan

    nyamuk Aedes dan boleh didapati

    dalam tempoh yang singkat sahaja

  • 8/14/2019 APAKAH YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI DENGGI

    6/22

    iaitu 4-5 hari pada tahap awal

    penyakit.

    PEMBAWA AGEN PENYAKIT

    DENGGI

    Nyamuk Aedes merupakan pembawa

    bagi kuman virus denggi. Gigitan

    nyamuk merupakan satu carapenyebaran virus denggi dari seorang

    ke seorang yang lain. Daripada 1

    gigitan ia boleh menghisap darah

    sebanyak 2-4 mg darah iaitu 1.5 kali

    berat badannya.Nyamuk Aedes iniboleh dikenali dengan tanda belang

    hitam dan putih di kaki.Terdapat 2

    jenis nyamuk Aedes yang membawa

    virus denggi iaitu:

    1.Aedes aegypti

    Ciri-ciri: Tanda putih-perak

    bentuk kecapi dikepala.

  • 8/14/2019 APAKAH YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI DENGGI

    7/22

    2.Aedes albopictus

    Ciri-ciri: garisan putih-perak

    disepanjang pertengahankepala dan badan.

    NyamukAedes aegyptiberterbangan

    di sekitar rumah dan tinggal di

    tempat-tempat gelap di dalam rumah.Ia bertelur dan berkembang biak di

    dalam bekas buatan di dalam dan di

    luar rumah.

    Nyamuk Albopictus pula terdapat di

    kawasan perumahan di bandar, kebundan juga di hutan. Ia biasa terdapat di

    luar rumah pada tumbuh-tumbuhan

    dan menggigit manusia di luar rumah.

    Kadang-kadang ia memasuki rumah

    untuk menggigit manusia. Disampingbekas buatan nyamuk ini juga boleh

    berkembang biak dalam berbagai-

    bagai bekas alamiah seperti lubang

  • 8/14/2019 APAKAH YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI DENGGI

    8/22

    pada pokok, tunggul pokok, buluh,

    ketiak daun seperti daun pandan dan

    nenas dan lain-lain tempat yang bolehair bertakung.

    Jarak terbang kedua-dua jenis

    nyamuk ini biasanya tidak melebihi

    350 meter.

    CARA JANGKITAN

    Manusia dijangkiti kuman virus

    denggi melalui gigitan nyamuk. Virus

    denggi ini hidup dan berkembang

    biak di dalam air liur nyamuk. Ia

    memerlukan masa pengeraman

    selama 8-10 hari untuk berkembang

    biak dan terkumpul di dalam air liur

    nyamuk. Nyamuk yang telah

    dijangkiti akan terus membawa virus

    denggi sepanjang hidupnya. Apabila

    nyamuk Aedes betina menggigit

  • 8/14/2019 APAKAH YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI DENGGI

    9/22

    manusia atau haiwan ia akan

    memasukkan sekali virus denggi

    yang ada di dalam air liurnya kedalam sistem aliran darah manusia.

    Apabila nyamuk Aedes betina

    menghisap darah manusia yang

    mengandungi virus denggi ia akan

    melengkapi kitaran hidup virustersebut dan menyebarkan kepada

    orang lain.

    Penularan virus denggi boleh juga

    terjadi apabila nyamuk aedes betina

    sedang menghisap darah orang yangdijangkiti virus denggi diganggu dan

    nyamuk itu dengan segera menggigit

    orang lain pula. Ini akan

    menyebabkan virus yang terdapat

    dalam belalai nyamuk tersdebut akanmasuk ke dalam peredaran darah

    orang kedua tanpa memerlukan masa

  • 8/14/2019 APAKAH YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI DENGGI

    10/22

    pengeraman. Cara ini dipanggil

    'Penularan Mekanikal'.

    Selain dari cara-cara di atas jangkitanvirus denggi boleh juga berlaku

    melalui penularan transovari dimana

    ia merupakan suatu proses penularan

    agen penyakit daripada serangga

    betina melalui telur, jentik-jentikhingga kepada serangga dewasa

    generasi berikutnya.

    Penularan transovari sangat penting

    bagi virus denggi kerana proses inimembolehkan virus tersebut

    berkekalan di persekitaran. Melalui

    proses penularan ini nyamuk bukan

    sahaja berperanan sebagai agen

    pembawa tetapi juga sebagai

    perumah kepada agen penyakit.

  • 8/14/2019 APAKAH YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI DENGGI

    11/22

    Cara jangkitan penyakit denggi

    TEMPAT PEMBIAKAN

    Nyamuk Aedes membiak di dalam

    takungan air jernih di dalam dan di

    luar rumah.

    Ia tidak boleh membiak di dalam air

    yang kotor.

    A. Di dalam rumah

    1. Ia membiak di dalam piring alas

    pasu bunga.

    2. Tadahan air seperti kolah mandi,

    tempayan atau baldi.

    http://www.commhlth.medic.ukm.my/dengue/link1.htmhttp://www.commhlth.medic.ukm.my/dengue/link1.htmhttp://www.commhlth.medic.ukm.my/dengue/link1.htmhttp://www.commhlth.medic.ukm.my/dengue/link1.htm
  • 8/14/2019 APAKAH YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI DENGGI

    12/22

    3. Perangkap semut.

    B. Di luar rumah

    1. Di dalam tayar buruk.

    2. Saluran air hujan.

    3. Tin-tin kosong atau botol.

    4. Bata bangunan atau kawasanpembinaan

    5. Cawan getah

    6. Lubang pokok

    7. Tunggul buluh

    8. Ketiak daun seperti -pandan dan

    nenas

    AWAS!!!! ANDA AKAN DIDENDA

    JIKA DIDAPATI MEMBIAKNYAMUK AEDES DI KAWASAN

    RUMAH.

    http://www.commhlth.medic.ukm.my/dengue/denggi2.htm#DENDAhttp://www.commhlth.medic.ukm.my/dengue/denggi2.htm#DENDA
  • 8/14/2019 APAKAH YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI DENGGI

    13/22

    TANDA-TANDA ATAU GEJALA

    1. Demam Denggi Klasikal

    Tanda-tanda demam denggi ini

    bergantung kepada usia pengidap

    tersebut. Pada bayi atau kanak-kanak

    ciri utama ialah ruam yang disertai

    oleh demam panas. bagi orangdewasa dan remaja pula demam kuat

    yang muncul dengan tiba-tiba yang

    berlangsung selama 2-7 hari, sakit

    kepala, sakit di belakang mata, sakit

    otot dan sendi yang diikuti oleh ruamyang timbul pada hari ke3-4. Bintik-

    bintik merah di bawah kulit juga

    boleh didapati.

    Penemuan makmal: Jumlah leukosit

    dan platlet dalam darah menurun.

    2. Demam Denggi Berdarah

  • 8/14/2019 APAKAH YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI DENGGI

    14/22

    Demam denggi berdarah mempunyai

    4 ciri klinikal yang utama seperti

    demam yang sangat panas,perdarahan, pembesaran hati dan

    kegagalan sistem peredaran darah.

    Perdarahan yang berlaku adalah

    seperti bintik-bintik merah di bawah

    kulit, perdarahan hidung, gusi, darahdalam najis(najis berwarna hitam),

    kencing berdarah dan kadang kala

    mendapat haid yang berlebihan.

    Pembesaran hati terjadi padaperingkat awal penyakit. Pembesaran

    hati ini boleh mencapai 2-4cm di

    bawah tulang rusuk kanan.

    Kegagalan atau gangguan peredaran

    ditunjukkan melalui tanda-tandaseperti kesejukan dan kongesti kulit,

    kebiruan dan peningkatan kadar nadi.

    Mereka juga kelihatan resah dan

  • 8/14/2019 APAKAH YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI DENGGI

    15/22

    lemah dan kemudian dengan cepat

    mengalami renjatan atau sawan.

    Keadaan ini juga dipanggil sebagai'Dengue Shock Syndrome'(DSS).

    Penemuan makmal:

    Thrombositopenia yang disertai

    dengan hemokonsentrasi yang

    ditunjukkan oleh peningkatan nilaihematokrit.

    DIAGNOSIS PENYAKIT

    DENGGI

    Diagnosis demam denggi secara

    klinikal kadangkala menyebabkan

    kekeliruan . Oleh itu diagnosis

    makmal adalah sangat penting.

    Terdapat 3 teknik untuk

    mendiagnosis denggi di makmal iaitu

    secara isolasi virus, serologi dan

    mengenalpasti DNA virus denggi.

  • 8/14/2019 APAKAH YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI DENGGI

    16/22

    Kini terdapat satu peralatan komersial

    yang dipanggil 'Dengue Blot' yang

    digunakan untuk tujuan yang sama.1. Isolasi virus denggi

    Isolasi virus denggi dari darah atau

    spesimen tisu adalah cara yang paling

    konklusif untuk diagnosis denggi.Walaubagaimanapun tatacara ini

    bukanlah mudah kerana virus ini

    tidak hidup dengan baik di dalam

    binatang dan kultur sel. Satu cara

    yang telah dimodifikasikan supayakeputusan didapati dengan mudah

    dan lebih cepat adalah dengan

    mengisolasikan virus melalui

    inokulasi larva 'Toxorhynchites

    splendens' (Lam 1993). Pusat Demam

    Denggi dan Demam Denggi berdarah

    di Universiti Malaya dengan

    kerjasama WHO telah menggunakan

  • 8/14/2019 APAKAH YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI DENGGI

    17/22

    teknik kombinasi inokulasi nyamuk

    dan kultur sel nyamuk

    2. Serologi

    Kebanyakan makmal menggunakan

    teknik serologi bagi mengenalpasti

    penyakit denggi. Ujian piawaian bagi

    penyakit denggi adalah'Haemagglutination Inhibition

    Test'(HI). Ujian ini berdasarkan

    kepada keupayaan antibodi seseorang

    menghalang virus denggi dari

    mengaglutinasikan sel-sel darahmerah yang tertentu. Selain dari

    memastikan jangkitan denggi ujian

    HI ini juga berupaya memastikan

    samada jangkitan adalah primer atau

    sekunder berdasar kepada tahap

    antibodi. WHO telah menetapkan

    titer bagi jangkitan sekunder sebagai

  • 8/14/2019 APAKAH YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI DENGGI

    18/22

    1:2560, manakala Malaysia pula

    menggunakan titer1:1280.

    Ujian yang lebih cepat ialahpengesanan denggi IgM melalui

    'Enzyme-Linked Immunoabsorbent

    Assay'(ELISA). IgM ini didapati

    hanya seketika pada jagkitan primer

    dan sekunder dan pengesanan IgM didalam serum menunjukkan kepada

    jangkitan aktif atau jangkitan yang

    baru. Lebih dari 6,000 sampel serum

    telah diuji dengan ujian HI dan

    ELISA dan didapati kedua-dua ujianadalah sama dari segi spesifisiti dan

    sensitiviti. Namun begitu ELISA

    lebih cepat, hanya memakan masa

    beberapa jam bagi jangkitan sekunder

    dan 7 hari untuk jangkitan primer.

    3. Dengue Blot

  • 8/14/2019 APAKAH YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI DENGGI

    19/22

    Dengue Blot adalah satu peralatan

    komersial yang telah dimodifiaksikan

    dari ujian ELISA. Kajian yang telahdilakukan bagi mengetahui

    keberkesanan Dengue Blot mendapati

    ia mempunyai sensitiviti 100% bagi

    jangkitan sekunder dan hanya 28.6%

    bagi jangkitan primer. Oleh itu ujianini berguna sebagai ujian saringan

    terutama sekali di negeri-negeri yang

    endemik dimana sebilangan besar

    penduduk telah dijangkiti virus

    denggi. Sampel-sampel yang negatifperlu dibuat ujian serologi yang lain

    (Lam 1993).

    4. Pengesanan asid nuklik virus

    Ini merupakan satu teknik yang baru

    dengan menggunakan teknik

    'Polymerase Chain reaction'(PCR).

    PCR telah dapat memastikan

  • 8/14/2019 APAKAH YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI DENGGI

    20/22

    beberapa kematian akibat denggi

    apabila teknik-teknik lain gagal

    berbuat demikian.

    RAWATAN

    Setakat ini tiada rawatan yang

    spesifik bagi membunuh virus

    denggi.

    1. Rawatan Demam Denggi

    Klasikal

    Rawatan yang diberi adalah untuk

    menstabilkan pesakit bergantungkepada keadaan pesakit iaitu:

    a. mengurangkan demam(suhu

    badan)

    b. mengelakkan dari perdarahanberlaku

  • 8/14/2019 APAKAH YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI DENGGI

    21/22

    2. Rawatan Demam Denggi

    Berdarah

    a. Demam yang sangat panas,kehilangan selera makan dan muntah

    menyebabkan dehidrasi. Pesakit

    digalakkan supaya minum air lebih

    banyak.

    b. Demam yang sangat panas

    meningkatkan risiko terjadinya

    sawan, oleh itu demam patut dikawal

    dengan antipiretik.

    c. Pesakit juga diawasi supaya gejalaperdarahan dan sawan dapat dikesan

    awal. Masa yang paling genting ialah

    pada hari ke-3 hingga hari ke7.

    d. Pemberian aliran intravena perlu

    jika sekiranya kiraan hematokrit

    meningkat kerana ia menggambarkan

    darjah kehilangan plasma.

  • 8/14/2019 APAKAH YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI DENGGI

    22/22