bahasa melayu - 6 perkara yang anda patut tahu

28

Upload: funkseoul

Post on 07-Aug-2015

237 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bahasa Melayu - 6 Perkara Yang Anda Patut Tahu
Page 2: Bahasa Melayu - 6 Perkara Yang Anda Patut Tahu

ANTARA BATU BERSURAT YANG TERAWAL

DI ASIA TENGGARA(BAHASA TEMPATAN)

Page 3: Bahasa Melayu - 6 Perkara Yang Anda Patut Tahu

taken from the net

Batu Bersurat (Prasasti) Kedukan Bukit merupakan spesimen Bahasa Melayu terawal (setakat ini) berasal dari kurun ke tujuh masihi (7 AD)

ANTARA BATU BERSURAT TERAWAL DI ASIA TENGGARA (BAHASA TEMPATAN)

Page 4: Bahasa Melayu - 6 Perkara Yang Anda Patut Tahu

taken from wiki

Batu Bersurat Dong Yen Chau (dalam Bahasa Cham & dari kurun yang lebih awal) juga mengandungi beberapa perkataan Bahasa Melayu Kuno [14]

Kedua-duanya mengandungi perkataan Bahasa Melayu Kuno (yg masih digunakan sehingga kini) seperti “dengan”, “dari”, “naik”, “mudik”, “jalan”, “dua”, “orang”, “punya”, “tahun”, “yang” & beberapa perkataan Sanskrit seperti “sukacita”, “neraka” & “jaya” [14] [15]

ANTARA BATU BERSURAT TERAWAL DI ASIA TENGGARA (BAHASA TEMPATAN)

Page 5: Bahasa Melayu - 6 Perkara Yang Anda Patut Tahu

BAHASA NUSANTARA“THE LINGUA FRANCA”

Page 6: Bahasa Melayu - 6 Perkara Yang Anda Patut Tahu

Sejak seawal zaman Empayar Srivijaya lagi, penggunaan Bahasa Melayu telah mula tersebar sebagai bahasa perdagangan di Nusantara [1]

BAHASA NUSANTARA – THE LINGUA FRANCA

Page 7: Bahasa Melayu - 6 Perkara Yang Anda Patut Tahu

Yi Jing (I-Tsing) semasa berada di Srivijaya pada kurun ke 7 memberitahu, sami Buddha Cina telah mempelajari bahasa K’unlun (Bahasa Melayu Kuno), selain dari bahasa Sanskrit semasa berada di Srivijaya (Sumatra) [1]

Yi Jing (I-Tsing) semasa berada di Srivijaya pada kurun ke 7 memberitahu, sami Buddha Cina telah mempelajari bahasa K’unlun (Bahasa Melayu Kuno), selain dari bahasa Sanskrit semasa berada di Srivijaya (Sumatra) [1]

Batu Bersurat Sojomerto yang bertarikh sekitar kurun ke tujuh (dijumpai di Jawa) & Batu Bersurat Tembaga Laguna yang berasal dari Filipina (kurun ke 9) yang kedua-duanya ditulis dalam campuran Bahasa Melayu Kuno memberi tanda bahawa pengunaan Bahasa Melayu ketika itu yg sedang berkembang pesat

Batu Bersurat Sojomerto yang bertarikh sekitar kurun ke tujuh (dijumpai di Jawa) & Batu Bersurat Tembaga Laguna yang berasal dari Filipina (kurun ke 9) yang kedua-duanya ditulis dalam campuran Bahasa Melayu Kuno memberi tanda bahawa pengunaan Bahasa Melayu ketika itu yg sedang berkembang pesat

BAHASA NUSANTARA – THE LINGUA FRANCA

Page 8: Bahasa Melayu - 6 Perkara Yang Anda Patut Tahu

Laporan oleh Antonio Galvao membandingkan penggunaan & penyebaran bahasa Melayu dengan bahasa Latin di Eropah (1490-1557)

Laporan oleh Antonio Galvao membandingkan penggunaan & penyebaran bahasa Melayu dengan bahasa Latin di Eropah (1490-1557)

Jan Huygen van Lindschoten (1563-1611), pelayar Belanda mengatakan “Sesiapa yang tidak tahu berbahasa Melayu di kawasan India Timur tidak akan mampu untuk menjelajah, seperti mana mereka yang tidak tahu bahasa Perancis dari kalangan kami” [1]

Jan Huygen van Lindschoten (1563-1611), pelayar Belanda mengatakan “Sesiapa yang tidak tahu berbahasa Melayu di kawasan India Timur tidak akan mampu untuk menjelajah, seperti mana mereka yang tidak tahu bahasa Perancis dari kalangan kami” [1]

Penggunaan Bahasa Melayu di Nusantara dikatakan mempunyai persamaan dengan pengunaan umum Latin dan Bahasa Perancis, kata cendekiawan Belanda, Francois Valentijn (1666–1727) [10]

Penggunaan Bahasa Melayu di Nusantara dikatakan mempunyai persamaan dengan pengunaan umum Latin dan Bahasa Perancis, kata cendekiawan Belanda, Francois Valentijn (1666–1727) [10]

BAHASA NUSANTARA – THE LINGUA FRANCA

Page 9: Bahasa Melayu - 6 Perkara Yang Anda Patut Tahu

Dari Anthony Reid dalam bukunya South East Asia in the Age of Commerce 1450-1680 Vol. 1, Yale University Press “…apabila Orang Asing (Pelayar, Pedagang dan sebagainya) telah menguasai Bahasa Melayu mereka boleh beroperasi (berdagang) dengan efektif di semua Pelabuhan besar (sekitar Kepulauan Asia Tenggara) kecuali di Vietnam” [2]

Dari Anthony Reid dalam bukunya South East Asia in the Age of Commerce 1450-1680 Vol. 1, Yale University Press “…apabila Orang Asing (Pelayar, Pedagang dan sebagainya) telah menguasai Bahasa Melayu mereka boleh beroperasi (berdagang) dengan efektif di semua Pelabuhan besar (sekitar Kepulauan Asia Tenggara) kecuali di Vietnam” [2]

BAHASA NUSANTARA – THE LINGUA FRANCA

Page 10: Bahasa Melayu - 6 Perkara Yang Anda Patut Tahu

SEBAHAGIANKELUARGA BAHASA

AUSTRONESIA

Page 11: Bahasa Melayu - 6 Perkara Yang Anda Patut Tahu

Keluarga Bahasa Austronesia merupakan keluarga bahasa yang menjangkau dari Madasgascar di timur Afrika sehingga ke hujung lautan Pasifik (Polinesia), dan dari Taiwan hingga ke Pulau Cocos (Australia) [11]

KELUARGA BAHASA AUSTRONESIA

Keluarga Bahasa Austronesia juga adalah kelompok bahasa yang tersebar paling luas di dunia sebelum zaman pejelajahan Eropah bermula [11]

Page 12: Bahasa Melayu - 6 Perkara Yang Anda Patut Tahu

Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa utama di dalam Keluarga Bahasa Austronesia (dari segi bilangan jumlah penutur) [11]

KELUARGA BAHASA AUSTRONESIA

Page 13: Bahasa Melayu - 6 Perkara Yang Anda Patut Tahu

BAHASA KEBANGSAAN

Page 14: Bahasa Melayu - 6 Perkara Yang Anda Patut Tahu

Malaysia, Indonesia & Brunei telah menjadikan Bahasa Melayu sebagai asas bahasa kebangsaan negara masing-masing [8][11]

BAHASA KEBANGSAAN

Page 15: Bahasa Melayu - 6 Perkara Yang Anda Patut Tahu

Di Indonesia, walaupun terdapat bahasa serantau lain yg lebih besar jumlah penutur & pengaruhnya (contoh, Jawa, Sunda & Minang), namun Bahasa Melayu telah dipilih sebagai asas bahasa kebangsaan Indonesia kerana ia difahami oleh beratus-ratus etnik di Indonesia [1][11]

BAHASA KEBANGSAAN

Bahasa Indonesia sebagai “Bahasa Penyatuan” di dalam Sumpah Pemuda

Page 16: Bahasa Melayu - 6 Perkara Yang Anda Patut Tahu

JUMLAH PENUTUR LEBIH 200 JUTA ORANG

Page 17: Bahasa Melayu - 6 Perkara Yang Anda Patut Tahu

Apabila dikira jumlah keseluruhan penutur Bahasa Malaysia & Bahasa Indonesia, sekurang-kurangnya terdapat 200 juta lebih orang yang menuturkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pertama (ibunda) dan / atau sebagai bahasa kedua [8][11]

LEBIH 200 JUTA ORANG PENUTUR

Page 18: Bahasa Melayu - 6 Perkara Yang Anda Patut Tahu

According to lingo.edu.sg [13]

Ini menjadikan Bahasa Melayu bahasa yang terluas penggunaannya di Asia Tenggara & antara yang utama di Asia (bersama-sama Bahasa Mandarin, Bahasa Arab, Bahasa Hindi/Urdu & Bahasa Bengali)

LEBIH 200 JUTA ORANG PENUTUR

Page 19: Bahasa Melayu - 6 Perkara Yang Anda Patut Tahu

MITOS 3 PERKATAAN

Page 20: Bahasa Melayu - 6 Perkara Yang Anda Patut Tahu

Sering didengari bahawa Bahasa Melayu pada asal hanya mempunyai beberapa perkataan asli (3 atau 4), selainnya adalah kata pinjam

MITOS TIGA PERKATAAN

Namun kajian bahasa membuktikan sebaliknya & dakwaan tersebut adalah amat tidak benar

Page 21: Bahasa Melayu - 6 Perkara Yang Anda Patut Tahu

Lebih kurang 50% perkataan dari 243 kosa kata utama Bahasa Melayu adalah warisan dari Proto-Malayo-polynesian [9][4]

Bermakna, sekurang-kurangnya terdapat sebanyak 121 perkataan asli Melayu yang diwarisi sejak turun-temurun

MITOS TIGA PERKATAAN

121 daripada 243 senarai kata

adalah pengekalan kata

kosa (~ 50%)! Selebihnya

adalah inovasi

Page 22: Bahasa Melayu - 6 Perkara Yang Anda Patut Tahu
Page 23: Bahasa Melayu - 6 Perkara Yang Anda Patut Tahu

Sehingga tahun 2013, Bahasa Melayu adalah bahasa kedua di Asia yg paling banyak digunakan di laman Twitter selepas Bahasa Jepun [16]

NO. 2 PENGGUNA TWITTER DI ASIA

Page 24: Bahasa Melayu - 6 Perkara Yang Anda Patut Tahu

Bahasa Melayu pernah dicadangkan penggunaannya sebagai bahasa antarabangsa atau bahasa serantau ASEAN [17][18][19] [20]

BAHASA BEKERJA ASEAN @ ANTARABANGSA

Page 25: Bahasa Melayu - 6 Perkara Yang Anda Patut Tahu

TAMAT

Page 26: Bahasa Melayu - 6 Perkara Yang Anda Patut Tahu

NOTA DARI PENULIS

Penulis amat menyarankan pembaca untuk meneliti lebih lanjut bahan-bahan rujukan yang digunakan untuk slide ini

Gambar yang digunakan di dalam slide ini adalah hak milik asal pemilik gambar tersebut

Slide ini dikarang untuk tujuan pendidikan, informasi umum & tanpa sebarang nilai komersial

Hubungi penulis melalui email (iqbalfauzi85 [at] yahoo [dot] com) untuk sebarang komen, kritikan dan lain-lain

Page 27: Bahasa Melayu - 6 Perkara Yang Anda Patut Tahu

RUJUKAN & SUMBER BAHAN BACAAN PENTING

1. James Sneddon, The Indonesian Language: Its History and Role in Modern Society, UNSW Press, 2003

2. Anthony Reid, Southeast Asia in the Age of Commerce, 1450-1680: Volume One: The Lands below the Winds , Yale University, 1988

3. A. Teeuw, The History of The Malay Language, Royal Netherlands Institute of Southeast Asian and Caribbean Studies, 1959

4. Asmah Haji Omar, Susur Galur Bahasa Melayu, Dewan Bahasa & Pustaka Malaysia, 1988

5. Andaya, Leonard Y, The Search for the 'Origins' of Melayu, Journal of Southeast Asian Studies, 32 (3) (University of Singapore), 2001

6. Abdul Rashid, Melebek; Amat Juhari, Moain, Sejarah Bahasa Melayu, Utusan Publications & Distributors, 2006

7. Noriah, Mohamed, Sejarah Sosiolinguistik Bahasa Melayu Lama, Penerbit Universiti Sains Malaysia, 1999

8. Dr. U. Kozok, How many people speak Indonesian?, http://www.indonesian-online.com/faq/how-many-people-speak-indonesian (retrieved 2014 Dec 15)

9. Greenhill, S.J., Blust. R, & Gray, R.D. (2008). The Austronesian Basic Vocabulary Database: From Bioinformatics to Lexomics. Evolutionary Bioinformatics, 4:271-283.

10. Anthony Milner, The Malays, Wiley-Blackwell, 2008

Page 28: Bahasa Melayu - 6 Perkara Yang Anda Patut Tahu

11. Robert Blust, The Austronesian Languages (Revised Ed.), Asia-Pacific LinguisticsResearch School of Pacific & Asian Studies, The Australian National University, 2013

12. Persada Kegemilangan Bahasa Melayu, Arkib Negara Malaysia, 2014

13. Learn Malay @ Lingo, http://www.lingo.edu.sg/malay-language (retrieved 2014 Dec 9)

14. Dong Yen Chau Inscription, http://en.wikipedia.org/wiki/Dong_Yen_Chau_inscription (retrieved 2014 Dec 22)

15. Kedukan Bukit Inscription, http://en.wikipedia.org/wiki/Kedukan_Bukit_inscription (retrieved 2014 Dec 22)

16. The Many Tongues Of Twitter, http://www.technologyreview.com/graphiti/522376/the-many-tongues-of-twitter/ (retrieved 2015 Feb 1)

17. The search for a common language: Thai or Malay as ‘Bahasa ASEAN’?, http://asiancorrespondent.com/74196/thai-or-malay-as-bahasa-asean (retrieved 2014 Dec 9)

18. Develop Bahasa Melayu as regional lingua franca, http://www.theborneopost.com/2013/02/18/abg-johari-develop-bahasa-melayu-as-regional-lingua-franca/ (retrieved 2014 Dec 9)

19. Make Indonesian AIPA’s official language, http://www.thejakartapost.com/news/2011/09/20/make-indonesian-aipa%E2%80%99s-official-language-marzuki-alie.html (retrieved 2014 Dec 9)

20. Malay Can Be International Language, says Chinese Academician, http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/malaycanbeinternationallanguagesayschinaacademicbernama (retrieved 2014 Dec 9)

RUJUKAN & SUMBER BAHAN BACAAN PENTING